Total Pageviews

Friday, 22 February 2013

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 29


BAB 29
            Setibanya Jeffrey di Princecourt,Jeffrey terus ke kaunter pertanyaan.Dia bertanya kepada petugas di situ di mana dia boleh mencari Qalisha.Sedang dia menantikan jawapan daripada petugas tersebut,Dia ternampak Mamanya sedang menapak ke arahnya.
Jeffrey terus mendapatkan Datin Maimun.Tangan Datin Maimun dicium hormat.
“ Apa yang berlaku sebenarnya Ma? Macam mana Qalish boleh kemalangan? Dia kan duduk rumah saja.” Macam torpedo Jeffrey melontarkan pertanyaan kepada Datin Maimun.
Sambil berjalan ke wad yang menempatkan Qalisha, Datin Maimun menerangkan apa yang berlaku satu persatu kepada Jeffrey.
“ Apa! Dia berbasikal sorang-sorang di taman! Apa benda yang dia buat di taman tu? Memang Minah Kampung ni suka  menyusahkan orang! Dasar perempuan tak sedar diri! Orang lain sibuk kerja, dia sibuk cari nahas.”Jeffrey seolah tidak percaya dengan apa yang baru di sampaikan oleh Datin Maimun kepadanya. Hati Jeffrey berasa sungguh risau namun sedaya- upaya dia cuba menyembunyikan perasaannya itu.
“ Jeff! Kenapa cakap macam tu? Ini bukan salah Qalish.” Datin Maimun tidak suka apa yang di dengar keluar daripada mulut Jeffrey.
“ Habis tu kalau bukan salah dia, salah siapa pulak?” Jeffrey menyambung dengan nada yang kurang senang dan sinis. Meluat pula bila Mama sentiasa menyokong segala tindak-tanduk Qalisha.
“ Dah..Mama malas nak bertekak dengan Jeff. Jom masuk tengok Qalish. Dan lagi satu, jaga sikit mulut tu, nak bercakap biar berlapik sikit, jangan main redah je.”
Sebaik tiba di wad yang menempatkan Qalisha,Jeffrey menolak daun pintu. Ketika itu,seorang doktor perempuan sedang menulis sesuatu pada carta pesakit. Doktor itu meletak jari telunjuk di mulut sebagai  isyarat supaya diam. Jeffrey akur dengan kehendak doktor itu dan mereka beredar ke arah set sofa yang tersedia di dalam wad tersebut.
“ Maaf, pesakit baru saja tidur. Dia perlukan rehat yang secukupnya.” Ujar doktor yang memakai tag nama ‘ Dr.Emelda’ dengan suara yang terkawal.
“ So doktor,macam mana keadaan dia. Dia okay tak?” Jeffrey bertanya dengan riak muka yang jelas menunjukkan yang dia amat risau.
“ Dia okay. Ada dua jahitan di atas pangkal dahi dan sedikit lelasan mungkin akibat pergelutan. Kami sudah lakukan x-ray pada pergelangan kaki ,she’s okay, cuma terseliuh sikit. Mengikut daripada pengalaman saya merawat pesakit, kalau kesyang macam ini biasanya akan pulih dalam seminggu. Saya terpaksa tahan pesakit di dalam wad untuk dua hari. Secara fizikal, tiada apa yang perlu Encik dan Puan perlu risau. Cuma saya rasa pesakit sedikit terkejut. Kalau boleh jangan ganggu dia dan beri pesakit masa untuk bertenang.” Dr.Emelda memberi penjelasan tentang keadaan Qalisha kepada Jeffrey dan Datin Maimun.
Dr.Emelda memandang Jeffrey yang sudah berada di tepi katil di mana Qalisha sedang lena tidur. Muka Jeffrey di rasakan sungguh biasa di lihat tapi di mana ya? Seketika kemudian barulah dia teringat.
“ Oh! Dia chef selebriti tu. Apa hubungan dia dengan pesakit ini agaknya ya? Risau semacam je, macam muka suami yang risaukan isteri kesayangan yang jatuh sakit je. Tapi dia belum kahwin.” Dr. Emelda hanya bermonolog di dalam hati.
“ Maafkan saya Puan, saya perlu memeriksa pesakit yang lain. Saya minta diri dulu. Kalau Puan perlukan apa-apa boleh tekan butang merah yang disediakan dan jururawat akan datang dengan segera.”
Datin Maimun hanya melihat Dr. Emelda keluar daripada wad mewah tersebut. Dia mengatur langkah ke arah Jeffrey yang sedang ralit memerhatikan Qalisha yang sedang tidur. Mungkin kerana kesan ubat yang di ambil membuatkan Qalisha tidur dengan begitu lena sekali.
“ Mama rasa bersalah pulak. Qalisha jadi begini sebab semua orang terlalu sibuk sehingga tidak mempedulikan perasaannya. Jeff pun satu, sibuk sangat ke sekarang ni? Korang dah kahwin hampir tiga bulan dan tiga bulan juga Qalisha kebosanan sendirian di villa. Tak boleh ke Jeff take a break, bawa Qalisha pergi bercuti ke, jalan-jalan ke? Kalau takut wartawan nampak Jeff pergilah ke luar negeri. Korang belum pergi honeymoon kan?” Datin Maimun bersuara perlahan,takut juga kalau Qalisha tersedar daripada tidur.
“ Honeymoon apa ke bendanya Ma. Jeff tengah sibuklah sekarang. Banyak show  dan rakaman ,mana boleh ambil cuti macam tu je.Kontrak dah sain, so kena ikut kontraklah.”
“ Show,show,show,outstation sampai berminggu-minggu. Perlu sangat ke Jeff kerja sampai begitu sekali? Kalau pasal duit, rasanya pendapatan Jeff dengan Ritz Carlton pun dah boleh buat Jeff hidup mewah. Secara jujur Jeff Mama katakan, Mama dah tak gembira dengan kerjaya Jeff yang terlampau sibuk semenjak dua menjak ni. Sibuk mengalahkan perdana menteri pulak Mama tengok. Kerjaya Jeff yang sekarang ni buat Jeff jauh daripada keluarga. Ya Jeff, Mama takut Jeff bila jauh di mata nanti akan jauh jauh juga di hati.” Sayu suara Datin Maimun menuturkan kata. Jaga-jaga semua! Drama queen is coming! Datin Maimun mengambil kesempatan itu untuk melembutkan hati anak lelaki yang sudah bergelar suami orang ini.
“ Mama, please don’t say that.We’ve discussed about this before right? Okay, Jeff janji Jeff akan kurangkan aktiviti modeling and pengacaraan. Lepas habis musim ni, Jeff tak akan sambung kontrak talk show tu lagi.”
Termakan pujuk juga si Jeffrey dengan kata-kata Datin Maimun. Sebenarnya, niat di hati Jeffrey memang tidak mahu menyambung kontrak untuk menjadi talk show yang dikendalikan bersama Lya Safiyya. Sekali fikir menyesal pula kerana talk show tersebut lebih banyak mengundang gossip negatif berbanding positif dan di tambah pula rasa rimas bila terpaksa bergandingan dengan Lya Safiyya yang boleh tahan gediknya itu, memang dia nekad untuk tidak menyambung kontrak untuk musim kedua.
“ Janji?” Datin Maimun meminta kepastian.Yang di kata mesti di kota. Memang Datin Maimun cukup pantang kalau bab mungkir janji.
“ Ya, Jeff janji. Jeff minta maaf kalau tindakan Jeff sejak kebelakangan ini buat Mama terasa jauh hati.
“Mama maafkan Jeff dan Mama nak Jeff minta maaf dengan Qalish jugak.”
“ Kenapa Jeff nak kena mintak maaf dengan Qalish pulak?”
“ Sebab Jeff sudah banyak abaikan tanggungjawab Jeff pada Qalish. Jeff tinggalkan dia terkontang-kanting di rumah sendirian berminggu-minggu tau! Ni lagi satu Mama nak tanya, Jeff ada bagi nafkah dekat Qalisha tak?” Itu dia soalan cepu emas daripada Datin Maimun  buat anak lelaki tercinta.
“ Errr..hari tu Jeff ada bagi kad kredit kat dia. Jeff dah suruh dia guna kalau dia nak beli apa-apa.” Soalan yang tidak terduga daripada Datin Maimun membuatkan lidah Jeffrey teragak-agak untuk berkata-kata.
“ Jeffrey! Apa benda yang ada dalam kepala otak Jeff ni? Jeff ingat Qalish tu mata duitan dan kaki shopping ke? Qalish takkan guna kad kredit platinum Jeff tu.Itu Mama boleh pastikan. Mama tahu macam mana orangnya Qalisha tu. Kalau perempuan lain, Mama rasa mahu dah rabak poket Jeff tu dikerjakan. Lagi satu, itu nafkah zahir, yang batinnya macam mana? Jangan ingat Mama tak tahu Jeff. Mama hanya nak mengingatkan sahaja, tanggungjawab Jeff sebagai lelaki dan suami sangat besar.” Nada suara Datin Maimun sudah agak meninggi. Dia  menyambung lagi, nada suara sudah mendayu sedikit.
“ Percayalah cakap Mama Jeff, Qalisha tu nampak sahaja agak kasar tapi dia punyai sesuatu yang jarang di miliki oleh perempuan lain. Kalau Jeff bimbing dia dengan betul, insyaallah dia akan jadi isteri yang terbaik buat Jeff. Bukalah pintu hati Jeff untuk terima dia. Mungkin sekarang Jeff agak ragu dengan kata-kata Mama tapi suatu hari nanti, Jeff akan mengerti kenapa Baba dan Mama buat semua ini.”
Kata-kata yang keluar daripada mulut Datin Maimun benar-benar menusuk hati Jeffrey. Mungkin kata-kata Mama semuanya benar. Memang selama tiga bulan ini dia yang sengaja menutup pintu hati buat Qalisha dan ada kalanya dia buat-buat tak nampak akan kewujudan Qalisha di rumah. Dia juga sengaja menyibukkan diri dengan menjadikan kerjayanya sebagai chef selebriti,pengacara rancangan dan model sebagai alasan supaya dia tidak perlu berdepan dengan Qalisha setiap hari. Selama tiga bulan ini juga dia berkongsi bilik yang sama dengan Qalisha, namun mereka tidur berasingan. Kira macam pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat tidur atas katil dan kalau lambat maka sofabed menjadi tempat beradu. Tanpa dia sedari selama tiga bulan ini dia dengan sengaja mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan menidakkan hak Qalisha sebagai isteri.
Dada Jeffrey terasa sesak apabila memikirkan bab dosa dan pahala. Semua itu akan di dipersoalkan kepadanya di Padang Mahsyar nanti. Apa yang dia telah lakukan? Apa yang mesti dia lakukan sekarang? Mestikah dia mengorbankan egonya dan mengalah dengan Qalisha? Semua persoalan itu mengasak mindanya sekali gus.
Datin Maimun memandang wajah anak lelaki yang amat disayanginya itu. Raut wajah Jeffrey di perhatikan. Wajah Jeffrey lebih mirip kepada Mary Jane. Hidung yang mancung dan kulit yang putih bersih mengingatkannya kepada Mary Jane. Wajah Jeff lebih ke arah ‘orang putih’ berbanding wajah anak cina. Seingatnya dulu, Chee Seng bermata sepet dan berkening lebat dan tinggi lampai. Ketinggian Chee Seng rasanya mahu mencecah enam kaki dan gen tinggi lampai itu yang diwarisi oleh Jeffrey.
Qalisha yang dari tadi hanya berpura-pura tidur memasang telinga mendengar perbualan antara dua beranak tersebut. Tersentuh juga di dasar hatinya apabila mendengar butir bicara Datin Maimun. Rasa bertuah sungguh dirinya kerana mendapat ibu mertua yang begitu perihatin dan baik hati. Dia sendiri berjeda mendengar nasihat dan teguran yang dituturkan oleh Datin Maimun kepada Jeffrey sebentar tadi. Dia juga turut terasa kerana dia juga menyumbang sedikit sebanyak kedinginan Jeffrey terhadapnya. Dia juga banyak menyakitkan hati Jeffrey dan melawan cakap. Tak semena tazkirah Nek Jah sebelum dia berkahwin menerjah ruang ingatan.
“ Ingat pesan Nenek ni. Dah jadi isteri orang nanti kena dengar cakap suami. Isteri wajib taat dan patuh pada suami dia tidak menyuruh kita melakukan maksiat. Suami kena hormat,kalau bercakap tu jangan sekali-kali tinggikan suara kalau tak nanti tak cium bau Syurga.Lagi satu, hati mesti ikhlas melaksanakan tanggungjawab kepada suami dan maruah suami hendaklah dijaga dengan sebaik mungkin….” Terngiang-ngiang suara serak-serak Nek Jah di kinda Qalisha.
“ Tanggungjawab? Adeh…rasa bersalah dan berdosalah pulak.Baru tiga bulan kahwin, dosa dengan suami sudah berguni-guni. Macam mana ni? Belum lagi masuk bab tidur berasingan.Adoi!!! kusut! Berserabai jiwa aku macam ni. Nampak gaya aku kena mengalah,kena mintak maaf dengan Chef Poyo tu. Ops! Baru nak insaf, kau panggil lagi laki kau ‘Poyo’lagi.” Qalisha bermonolog sendirian.Matanya masih dipejamkan,tak habis-habis buat-buat tidur.
Qalisha membuka sedikit matanya,mengintai apa yang dilakukan oleh Datin Maimun dan Jeffrey. Mereka berdua masih duduk di sofa empuk di dalam bilik wad ekslusif ni. Qalisha menahan gelak apabila melihat perlakuan Jeffrey yang mengangguk-angguk.Macam Woody Woodpecker pula gayanya. Apa lagi menahan telinga mendengar sesi usrah percuma yang disampaikan oleh Datin Maimun yang jelita. Mahu menanah telinga Jeffrey!
“ Ingat apa yang Mama pesan tadi. Bila Qalish bangun nanti,layan dan jaga dia elok-elok. Yang penting jaga tutur kata,jangan nak sakitkan hati Qalish pula nanti.Dah, Mama nak balik dulu, nanti Mama datang lagi bawa keperluan Jeff. Mama tak kira, malam ni Jeff yang kena tunggu Qalish kat sini. Apa pun urusan Jeff malam ni,batalkan!” Suara Datin Maimun cukup tegas.Dengan air muka yang serius, Datin Maimun terus bangun dan tas tangan di sebelah di capai. Dia bersedia untuk beredar. Baru sahaja Jeffrey hendak membuka mulut,terus Datin Maimun mencantas. Huh! Zionis betul! Tak beri peluang langsung untuk Jeffrey membuka kata.
“ Takde tapi-tapi. Dah memang tanggungjawab Jeff yang jaga Qalish waktu dia sakit kan? Lagi pun Mama dah check jadual Jeff dengan Izmin tadi.Jeff takde apa-apa show ke,shooting ke..so tak payah nak bagi alasan. Okay sayang, Mama gerak dulu.Nanti Mama datang lagi lepas maghrib bawak keperluan Jeff dan Qalish.Assalamualaikum.” Sebaik Jeffrey bersalam dan mencium tangan, Datin Maimun terus menapak ke arah pintu untuk beredar.
Jeffrey betul-betul terkedu. Mama langsung tidak memberi peluang untuknya bersuara. Baru sahaja hendak membuka mulut, Datin Maimun terus membuat isyarat supaya dia men’zip’kan mulutnya.
“ Huh! Mama tak bagi langsung untuk aku nak bercakap.Langsung tak boleh nak bela diri.Nasib baik Mama bukan lawyer,kalau tak lagi tak boleh nak sangkal kata-katanya.Ini semua pompuan ni punya pasal! Free-free aku kena tadah telinga mendengar tazkirah yang berjela-jela. Siap kau Minah Kampung!Tak faham aku,apalah yang Mama nampak pada pompuan yang tak macam pompuan ni,bukan main sayang lagi sampai aku sendiri konpius,siapa anak siapa menantu sekarang ni.” Jeffrey mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
Jeffrey mula menapak ke arah katil di mana Qalisha sedang enak tidur. Dia berdiri sambil memeluk tubuh sambil memerhatikan wajah polos Qalisha. Lama dia memerhati Qalisha. ‘Plaster’ yang tertampal di atas kiri dahi diperhatikan. Tanpa dia sedari, tangan kanannya mengusap lembut rambut Qalisha dan kemudian tangan itu menjalar pula ke pipi dan ke dagu. Lama dia berkeadaan begitu. Memang itulah Jeffrey.Mulut bukan main lagi laser tapi dalam hati ada jugak taman walau pun sekadar bunga tahi ayam. Qalisha yang sejak tadi berpura-pura tidur berdebar-debar. Bukan apa, Cuma takut juga kalau terkantoi.
“ Sabar Qalish.Relakslah..laki kau memang macam tu.Cakap selalu macam orang takde perasaan dan suka mengambil kesempatan. Setakat usap-usap,raba-raba sikit-sikit tu bukan luak pun.” Qalisha menyabarkan dirinya sendiri.
Tiba-tiba telefon di dalam poket Jeffrey berbunyi. Jeffrey menapak jauh sedikit daripada Qalisha kerana takut akan mengganggu lena Qalisha. Telefon diangkat dengan suara yang terkawal, namun butir percakapan masih jelas didengari oleh Qalisha.
“ Hello Luq.”
“ What’s up bro?’
“ Sorry, something came up. Qalisha kena serang masa kat taman tadi. Ini pun aku ada kat Princecourt ni. Mama paksa aku jaga dia.Aku rasa aku tak datang café malam ni. Kau proceed projek kita tanpa aku.”
“ What? Kena serang?Teruk ke Qalisha Jeff?”
“ Nampak macam tak teruk sangat tapi doktor nak monitor dia dalam dua tiga hari. Pasal projek kita tu, aku dah deal dengan Azlan and the Typewriter.Dia orang dah pun setuju nak perform kat café kita malam ni. Tadi  Lan dah confirmed dengan aku.Dia kata no problem. Apa-apa hal kau confirm dengan dia sekali lagi. Sorry bro. I can’t be there tonight.”
“ It’s okay Jeff.Mesti kau risau giler bila dapat tahu pasal Qalisha tadi tu kan?”
“ Giler kau! Mahu aku tak terkejut. Nak tercabut jantung aku tadi.Errr.. luq kalau sampai surat saman kau jangan terkejut pulak. Aku redah lampu merah tadi.  Bukan satu tapi dua lampu merah aku terjah. Nasib tak kena kejar dengan polis trafik tadi.Kamera AES terpacak cantik tapi nak cepat sampai punya pasal aku cilok berani mati tadi.”
“ Giler kau Jeff! Bila aku cakap kau dah syok kat bini sendiri tak nak percaya. Tak nak mengaku konon. Tak mustahil Jeff, kalau Allah titipkan benih kasih sayang dalam hati kau,suatu hari nanti dalam hati kau akan ada taman.”
“ Wo ho bro, tunggu jab.Apa ni benih kasihlah,dalam hati ada tamanlah.Aku dengan Qalisha takkan ada benda-benda tu semua okay.Kalau ada pun it’s just lust, not love. Kena tunggu dia kat hospital ni terseksa jiwa aku. Lagi pun she’s not my type of girl. Malaslah aku nak layan kau. Apa-apa berlaku kat café, kau roger aku.See you tomorrow.”
 Jeffrey terus mematikan talian. Telefon di tangan direnung buat seketika.Kata-kata Luqman sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Minda egonya masih terus-terusan menidakkan perasaan sayang dan tarikan yang mula dirasai terhadap Qalisha.
Sementara itu, Luqman di sebelah sana hanya mampu menggelengkan kepala. Di dalam hati tidak lupa dititipkan doa semoga akan tiba masanya,Jeffrey akan menyedari bahawa Qalisha adalah yang terbaik buat dirinya. Luqman cukup yakin bahawa Qalisha mampu mencairkan hati beku Jeffrey dengan kasih sayang. Gadis yang agak kasar tersebut punyai sesuatu yang tidak ada pada gadis lain. Kali pertama dia menatap wajah isteri sahabatnya itu,hatinya sudah terpaut namun mengingatkan berdosa jatuh cinta pada isteri orang apatah lagi isteri sahabat karib sendiri, cepat-cepat dia melenyapkan perasaan itu.
“ Jeff, aku harap tiba masanya hati kau akan terbuka untuk menerima Qalisha dengan redha. Bukalah pintu hati kau untuk dia Jeff,She’s one in a million.” Luqman bermonolog di dalam hati.
Usai memakir kereta BMW Z4 milik Jeffrey,langkah di atur ke arah café, The Pastries milik mereka bertiga, dia ,Jeffrey dan Andy. Gembira dan berbunga hatinya apabila dari jauh café tersebut penuh dengan pelanggan yang menikmati hidangan. Ternyata idea Andy untuk membuat pentas istimewa dan persembahan ‘live band’benar-benar berkesan. Buktinya café tersebut sesak dengan pelanggan malah ada di antara mereka sanggup menunggu meja dan ada juga yang sanggup berdiri semata-mata mahu menyaksikan persembahan ‘live’ Azlan and The Typewriter secara percuma sehinggakan pelayan café mereka tidak menang tangan. Luqman tersenyum. Tangannya melambai Andy dan isterinya, Hani yang sedia menanti.

Sementara itu, Qalisha yang mendengar setiap butir bicara perbualan telefon antara Jeffrey dan Luqman berasa terkilan dan tersentap rasa hati. Kata-kata Jeffrey yang dengan angkuh mengatakan jiwanya terseksa kerana terpaksa rela menjaganya. Hatinya tiba-tiba terasa panas dan hangat. Dia mengiringkan badannya sedikit.Tanpa disangka-sangka, titis-titis jernih mula menitis daripada kelopak mata. Hatinya terasa sungguh perit dan sakit mengenangkan nasib bersuamikan lelaki berhati aisberg. Kedua-dua tangan di dalam selimut dikepal-kepal bagaikan mahu menumbuk orang. Kalau menumbuk suami tidak berdosa, sudah lama Jeffrey poyo itu akan menjadi orang pertama yang merasa tumbukannya. Ops! Bukan yang pertama, yang kedua.Penumbuk pertamanya selamat mendarat cantik di mata Sudin, pemuda gatal bermulut laser di kampungnya dulu yang suka-suki mengutuk dan memanggilnya tomboy. Seminggu lebih jugak mata Sudin  lebam.  Padan muka dia.Sarang lebah jangan dijolok.
“ Mama, Papa…Qalish rindu. Kenapa cepat sangat Mama dan Papa tinggalkan Qalish. Qalish sunyi.”Dalam asyik melayan perasaan lara, akhirnya Qalisha betul tertidur.
Dari jauh Qalisha ternampak cahaya yang menyilaukan mata itu. Sebelah tangannya digunakan untuk menahan terjahan cahaya suria yang cukup bersinar terang. Anehnya, dia sinaran sang suria itu tidak membahang. Di depannya terbentang luas padang yang penuh dengan bunga-bunga berwarna ungu. Bayu yang sepoi-sepoi bahasa menyapa wajahnya dengan lembut. Haruman semerbak daripada bunga-bunga ungu tersebut menyapa rongga hidung. Harum! Lavender! Ya bunga-bunga lavender. Qalisha berpusing melihat sekeliling.Ternyata dia sekarang sedang berdiri di tengah-tengah lembah yang di penuhi dengan bunga lavender yang sedang mekar. Tiba-tiba di depannya, dia ternampak dua orang yang sangat dirindui siang dan malam. Dengan jelas Qalisha nampak Khairunnisa dan Qhairil berjalan berpegangan tangan. Mereka menoleh kepadanya dan tersenyum. Mereka berdua beriringan menghayunkan langkah meneruskan perjalanan seperti mahu pergi. Sekali  lagi perempuan berselendang putih labuh itu menoleh kepadanya dan melambai seolah mengucapkan selamat tinggal.
“ Mama, Papa…tunggu Qalish! Qalish nak ikut. Ke mana Mama dan Papa pergi tinggalkan Qalish selama ini? Mama…Papa…” Qalisha meracau-racau di dalam tidur. Mungkin kerana terlalu rindukan arwah Khairunnisa dan Qhairil, dia bermimpi dan mengigau-igau. Dalam tidak sedar tangan Qalisha seolah-olah mahu mengapai sesuatu.
Suara Qalisha yang mendayu-dayu memanggil Mama dan Papa membuatkan Jeffrey yang sedang asyik melayan Galaxy Note 2 tersentak. Usai menunaikan solay Isyak tadi, dia berehat sambil berbaring di atas sofa yang tersedia di dalam wad mewah tersebut sementara menunggu kedatangan Datin Maimun semula seperti yang dijanjikan.
“ Apa kena minah ni? Mengigau ke? Siap memanggil Mama, Papa lagi. Takkanlah Mama balik sekejap pun dah kecoh. Rapat betul dia dengan Mama sampai dalam mimpi pun panggil Mama.” Jeffrey bercakap sendirian. Namun seketika kemudiaan dia tersedar bahawa Qalisha memanggil ‘Mama’ dan ‘Papa’, bukannya ‘Mama’ dan ‘ Baba’.
Langkah di atur menghampiri Qalisha sedang mengapai-gapai tangan. Jeffrey mengapai tangan Qalisha dan cuba untuk mengejutkannya namun sebaik tangan Jeffrey mengenggamnya, Qalisha mengenggam tangan Jeffrey dengan kemas.
“ Mama, Papa..jangan tinggalkan Qalish lagi.Qalish sayang dan rindukan Mama dan Papa…” Qalisha terus meracau-racau. Air mata menjejeh-jejeh di pipi Qalisha.
Perbuatan Qalisha di luar sedar itu membuatkan Jeffrey kaget dan terpana seketika. Tersentuh juga hati aisberg Jeffrey apabila mendengar suara Qalisha yang mendayu-dayu merayu seseorang supaya jangan pergi. Tanpa disedari sebelah lagi tangannya menyeka airmata Qalisha. Agak lama juga Qalisha merengek-rengek seperti anak kecil. Manja. Qalisha tetap tidak melepaskan tangan Jeffrey. Oleh sebab itu, Jeffrey terpaksa berdiri di sisi katil. Kakinya naik lenguh dan kebas.
“ Bila minah ni nak lepaskan tangan aku? Tak cukup kasih sayang rupanya bini aku yang tak berapa nak ayu ni. Agaknya dia rindukan Mama dan Papa dia sampai mengigau-gigau dalam tidur.”
Jeffrey tahu yang Mama dan Papa Qalisha sudah meninggal. Dia pernah terdengar Mak Yam dan Mama bercakap tentang itu di dapur dua bulan yang lepas. Namun siapa, bila dan mengapa ibu bapa Qalisha meninggal dunia langsung tidak diambil peduli. Itu pun kerana terdengar secara tidak sengaja. Memang bongkah aisberg betul si Jeffrey ni kan? Siapa mak dan bapak mertua langsung tidak di ambil ‘port’ langsung!
Oleh kerana sudah agak terlalu lama dan kaki tangan pun dah kebas, Jeffrey duduk bertenggek sedikit di tepi katil. Dia duduk dengan perlahan dan cuba meleraikan pegangan Qalisha namun makin kuat pula Qalisha memegang tangan dan lengannya. Akhirnya Jeffrey akur. Dia tidak mahu Qalisha tiba-tiba terjaga dan melihat mereka sedang berpegangan tangan. Entah apa yang akan difikirkan oleh Qalisha nanti.Minah Kampung ni bukan boleh dibuat kira.Silap hari bulan diterajangnya terus tak pasal-pasal dengan dia sekali duduk hospital.
Dengan berhati-hati, Jeffrey ikut sama berbaring di sebelah Qalisha. Dia mengiring menghadap Qalisha. Seketika wajah sedih Qalisha direnung. Simpati mula bertandang. Bentuk wajah bujur sirih Qalisha diusap perlahan. Inilah kali pertama dia merenung wajah Qalisha dari jarak yang dekat, amat dekat. Hampir tersentuh hidungnya dan hidung Qalisha. Wajah Qalisha diperhati satu persatu. Wajah bujur sirih.Alis matanya lentik dan kening terukir cantik,asli. Hidung mancung dan dua ulas bibir Qalisha merah merkah.Cukup seksi di mata Jeffrey. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memagut bibir merah itu namun dia tidak mahu mengambil kesempatan apatah lagi dalam keadaan sekarang. Pipi Qalisha yang gebu ,putih bersih diusap lembut dan di situ juga dua lesung pipit tersembunyi. Memang senyuman Qalisha mengetarkan naluri lelakinya.Hanya dia yang cuba menidakkan. Satu ciuman singgah di ubun-ubun Qalisha. Wajah ayu Qalisha sewaktu majlis akad nikah terbayang-bayang di ruang mata. Entah mengapa satu perasaan yang amat menenangkan dan mendamaikan hati bertandang di hati Jeffrey.Oleh kerana Jeffrey juga keletihan berkejar sana –sini sepanjang hari, akhirnya dia turut terlena. Inilah kali pertama mereka lena di atas katil yang sama.Katil hospital pulak tu! Ajaibnya, Qalisha tidak meracau-racau dan  mengigau-gigau lagi selepas itu. Buat pertama kali, Qalisha lena di dalam dakapan sang suami.

Thursday, 21 February 2013

my dear readers..

hello guys... sorry coz takde update apa2 dekat sebulan k...semalam baru siap repair laptop kesayangan so br boleh berblogging.sy akan update nanti tp sabarlah ye..i know korang tension tujuh petala langit bila bukak blog tp takde update. please understand me..klau korang tension tahap tujuh petala langit..eden lagilah..sepanjang masa laptop masuk icu, idea2 terpaksa sy tulis dlm buku..satu kojer pulak nak menaip..adehhhh...harap korang faham.segala kesulitan amatlah dikesali...( hehehe..macam label jalan rosak pulak...) from the bottom of my heart, thank you very much for all your supports...

hugs and kisses,
Hariissa Hariis a.k.a Batrissyea Balqiss

Monday, 14 January 2013

WAJAH-WAJAH WATAK..SBG MOOD MENULIS..HE HE...

QALISHAJEFFREYADRIANNARAYYAN FAHRIN

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 28

BAB 28

Ocean Blue Villa.
            Di satu sudut di dalam sebuah bilik, seorang lelaki tua berbangsa cina sedang duduk tanpa kata di atas sebuah kerusi roda. Jururawat yang menjaganya menyorong kerusi roda tersebut ke arah balkoni seperti selalu. Usai pembantu yang digaji khas untuk menjaga lelaki itu membersihkannya, jururawat berbangsa India yang bernama Sushmita  itu akan mengambil alih tugas untuk menjaga lelaki yang sudah berusia enam puluh tahun. Sejak beberapa bulan yang lalu,lelaki itu diserang strok yang serius sehingga mulutnya herot dan dia tidak dapat bercakap. Tangan kirinya  juga sukar untuk digerakkan. Ya,lelaki itu bernama Kenny Tan.Setakat apa yang diketahui oleh Sushmita,lelaki itu adalah bapa kepada pemilik rangkaian hotel dan resort Ocean Blue, Robert Tan.
            Semua orang di dalam villa selalu sibuk yang jarang-jarang berada di rumah. Madam Susan,isteri kepada Kenny Tan juga selalu keluar.Dia lebih suka menghabiskan masa dengan berjudi mahjong di kelab atau rumah kawan-kawan daripada menjaga suami yang sakit. Semua urusan suaminya diserahkan kepada Maria dan Lola, dua orang pembantu rumah Filipina serta Sushmita,jururawat peribadi yang di tugaskan.
            Villa yang tersergam indah di tepi pantai itu di jaga oleh pasangan suami isteri Chen Fong dan Siew Lan serta seekor anjing Rottweiler. Garang giler anjing ni.Pantang nampak orang yang tidak dikenali,terus ia akan menyalak. Suatu ketika, anjing itu terlepas dan telah mengigit seorang tetamu sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
                        Robert Tan juga jarang pulang ke rumah. Dia yang masih belum berkahwin lebih suka menghabis masa di kelab atau pun di rumah perempuan-perempuan simpanannya. Dia lebih suka berfoya-foya dan berjudi di kasino atau lumba kuda daripada menguruskan perniagaan Ocean Blue . Macau dan Las Vegas adalah dua destinasi perjudian yang selalu dikunjungi selain dari Singapura. Tugas sebagai CEO Ocean Blue consortium dijalankan sambil lewa malah pernah menggelapkan wang syarikat semata-mata untuk berjudi.Tugas menguruskan hal ehwal perniagaan Ocean Blue dipikul oleh Stephanie dan Connie, dua adik perempuannya yang berlainan sikap. Stephanie yang merendah diri dan komited dengan kerja dan Connie yang pemalas dan lebih kurang sama fiil dengan abangnya.
            Pranggg!!! Berdentum bunyi kaca pecah dari bilik di tingkat atas.
            “ Adoi! Apa pulak kali ni. Entah apa pula yang pecah.Tak sedar diri betul orang tua ni. Dahlah sakit,lumpuh,sebelah tangan tidak boleh bergerak,menyusahkan betul!Kalau dua-dua tangan tak boleh gerak kan senang.Takdelah aku tukang kutip kaca pecah je.” Sushmita berlari ke tingkat atas untuk melihat Kenny Tan yang selalu membaling barang sambil merungut tak berhenti-henti. Hatinya geram apabila disaat rancangan kegemaran mahu ke udara di Astro Vaanavil,di saat itu juga Kenny Tan mengamuk.
            “ Uncle,janganlah ini macam.Kasi susah sama saya.Saya juga mahu rehat.” Muka Sushmita sudah cemberut. Menyampah pun ada apabila melihat muka lelaki bermulut herot tersebut. Muk kaca dilihatnya sudah pecah berkecai di lantai.
            “ Ah lantaklah.Itu kerja Maria.” Sushmita menyorong kerusi roda Kenny agar jauh sedikit daripada serpihan kaca muk. Seperti biasa,tidak lama kemudian Maria pula datang membawa penyapu dan penyodok sampah. Setiap hari pasti ada cawan ,pinggan atau mangkuk di baling oleh Kenny.
            Seketika kemudian, seorang perempuan yang berusia  dua puluh lima tahun menolak daun pintu bilik.
            “ Papa..apa lagi yang Papa baling hari ni?Dari bawah lagi sudah dengar.” Stephanie menapak arah bapanya yang separa lumpuh itu.
            “ Mita,Papa saya sudah makan ubatkah?” Pertanyaan diajukan kepada Sushmita selaku jururawat.
            “ Belum Cik, dah puas saya paksa.Dia baling lagi muk tadi.”
            Stephanie menolak kerusi roda bapanya ke luar balkoni,tempat kegemaran Kenny.
            “ Papa, saya ada beli tart telur kegemaran Papa.Papa nak tak? Sedap ni. Masih panas.Ermmm..sedapnya.” Stephanie cuba memujuk.
            Air muka Kenny bersinar-sinar.Mulutnya yang herot cuba mengatakan sesuatu.
            “ Uh uh uh..” Kenny Tan cuba untuk bersuara namun tiada patah kata yang jelas kedengaran.
            “ Okay,kalau Papa mahu tart telur ini,Papa kena makan ubat dulu ya. Mita, bawakan ubat Papa saya.” Arah Stephanie kepada Sushmita. Terkocoh-kocoh Sushmita datang menghulurkan ubat-ubatan yang perlu di ambil oleh Kenny.
            Seperti yang dijanjikan, Stephanie memberi tart telur yang menjadi kegemaran Papanya.Tart telur itu disuap penuh kasih. Air mata Stephanie berlinangan mengenangkan nasib Papanya yang di serang strok sejak empat bulan yang lalu. Semuanya telah berubah. Hanya dia yang cuba sedaya upaya menjaga Papa yang sakit sedangkan mummy,abang dan kakaknya langsung tidak menghiraukan Papa mereka lagi.  Setelah selesai Kenny Tan memakan ubat, Stephanie menyorong kerusi roda papanya ke arah balkoni. Dia tahu, dari reaksi yang ditunjukkan, Papa nya suka berada di situ.
            Kenny merenung pemandangan pantai yang jelas kelihatan dari balkoni. Matanya merenung jauh ke laut biru.Jauh di sudut hati,dia sungguh menyesal kerana terlalu mengikut kata-kata Susan selama ini. Mungkin inilah balasan terhadap dosa dan kezaliman yang dilakukannya terhadap anak saudaranya,Jason. Dia tahu semuanya.Dia tahu Susan yang mengarahkan supaya Jason dan isterinya yang sarat mengandung di bunuh.Ya dia tahu! Namun dia tidak buat apa-apa malah dia hanya mengikut telunjuk Susan supaya merampas semua harta yang sepatutnya menjadi milik Jason dan isteri serta anak mereka. Dia juga telah bersekongkol dengan Susan membunuh abang kandung dan kakak iparnya sendiri iaitu ibu bapa Jason. Kemalangan yang telah dirancang telah membunuh mereka. Kereta yang telah dipotong brek telah menjunam ke dalam gaung lalu terbakar,hangus dan rentung. Jason mati ditembak oleh pembunuh upahan Susan. Itulah kekesalan yang menghantuinya selama ini. Andai dapat diundurkan masa,sudah pasti dia akan cuba membantu sedaya yang termampu. Isteri Jason…Mary Jane dan anak mereka,masih hidupkah sekarang ini? Di mana mereka? Itulah persoalan yang sering berlegar di dalam minda Kenny Tan.
            “ Bagaimana aku mahu mencari mereka?” Kenny Tan cuba menjerit untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati namun tiada suara yang keluar. Batin Kenny Tan cukup terseksa. Dengan keadaan dirinya yang separuh badannya lumpuh diserang strok dan berkerusi roda, dia tidak mampu untuk melakukan sesuatu untuk menebus dosa. Rasa bersalah yang menggunung benar-benar menghimpit perasaannya.
            Kenny Tan masih ingat, Mary Jane dan anaknya telah diselamatkan oleh sahabat baik Jason,Abdullah dan sejak itu Abdullah telah menghilangkan diri bersama keluarganya dan juga Mary Jane serta anak Jason.
            “ Maafkan uncle Jason,maafkan saya abang,maafkan saya kakak.Arghhhh!!!!!” Sekali lagi Kenny mengamuk.
………………………………………………………………………………………………………

            Aktiviti penghuni Villa Chinta Qaseh kembali seperti biasa. Rayyan Fahrin dan Adrianna telah pulang semula ke villa setelah seminggu berada di  Tanjung Karang. Begitu juga Jeffrey telah kembali ke aktiviti rutin sebagai selebriti yang sibuk giler tu. Shooting sana,shooting sini,talk show sana, modeling sini sehingga sudah berminggu tidak dapat ‘bertekak’ dengan Qalisha.
            Datuk Abdullah dan Rayyan Fahrin sedang sibuk dengan projek mega kondominium Seri Impiana dan dalam masa yang sama sedang melaksanakan gerak-gempur prrojek ‘merampas’ semula Ocean Blue. Adrianna pula sedang sibuk menguruskan pembukaan cawangan baru syarikatnya. Begitu juga Datin Maimun yang sibuk dengan nursery dan tapak semaian bunga-bunga yang menjadi minatnya. Huh! Semua melibatkan diri dengan dunia korporat.
                        Untuk menghilangkan kebosanan, Qalisha turut sama membantu Datin Maimun di nursery namun kerja-kerja sebegitu tidak membuatnya gembira dan teruja. Satu-satunya perkara yang membuatkan dia gembira ialah bila mengikut Datin Maimun mengambil anak pokok di tapak semaian Nek Jah di Kampung Rhu Seberang sebab hanya dengan cara itu dia dapat melepaskan rindu bertemu dengan Nek Jah dan Pak Usunya. Pak Usu juga telah berkahwin dengan Kak Yasmin dua bulan yang lepas dan sekarang Kak Yasmin tengah bunting pelamin. Qalisha cukup gembira kerana ahli keluarganya akan bertambah tak lama lagi. Perbualan telefon dengan Kak Yasmin semalam cukup mengembirakannya.
            “ Qalish, Mak Usu nak bagi tahu ni, tak lama lagi Qalish akan dapat adik sepupu.Mak Usu dah mengandung sebulan lebih.”

            “ Ye ke! Eiiii!!! Teruklah Pak Usu  tu,tak nyempat-nyempat! Baru je kahwin terus Pak Usu bagi penyakit buatan orang kat Mak Usu. Ha ha ha!!”
            “ Amboi Qalish ni,bukan main lagi mengata Pak Usu ye! Anak tu kan rezeki,pengikat kasih antara suami isteri. Yang Qalish tu bila lagi? Takkan perang sabil memanjang dengan Jeffrey.”
            Hah ambik kau! Sekali Mak Usu bersuara terus dia tembak dengan peluru berpandu. Sekali kena terus terhenyak.
            “ Alah Mak Usu kan tahu orang dengan Jeffrey tu macam mana. Dia sibuk giler sekarang ni dan Qalish pulak tengah boring giler sekarang ni. Lambat laun kalau macam ni, mahu hilang jugak ilmu pomen yang Qalish ada. Rindu betul nak pegang spanar.”
            “ Qalish kerjalah kalau bosan. Mesti banyak kerja kat ofis bapak mertua Qalish tu. Susah-susah Qalish jadi je driver Datin Moon.” Yasmin cuba berseloroh.
            “ Kerja ofis? Mak Usu ni buat lawak ke apa? Qalish ni sesuai ke kerja kat pejabat. Karang habis tunggang –langgang ofis tu Qalish kerjakan!” Qalisha sudah ketawa berdekah-dekah.
            “ Buat apa Qalish nak kerjanya. Jeffrey tak bagi duit ke?” Yasmin turut sama ketawa.
            “ Bukan pasal duit Mak Usu. Qalish Cuma bosan bila semua orang keluar pergi kerja. Villa ni sunyi sepi tau Mak Usu.”
            “ Mak Usu tahu macam mana nak bagi villa tu tak sunyi.Mesti Qalish pun tak bosan lagi.”
            “ Macam mana Mak Usu?” Qalisha bertanya tidak sabar.
            “ Qalish beranaklah ramai-ramai. Gerenti villa tu riuh-rendah nanti.” Yasmin ketawa mengekek-gekek.
            “ Eii..geramlah cakap dengan Mak Usu ni.Orang cakap betul-betul,dia main-main pulak”
            “ Betul cakap Mak Usu ni,kalau ada budak kecik kat villa tu,mesti semua orang kat situ suka dan Qalish pun tak sunyi lagi.
            Semua penghuni villa sedang sibuk dengan aktiviti  dan kerja masing-masing.Tuti dan Asih juga sibuk mengemas bilik.Mak Yam pula sibuk di dapur. Begitu juga dengan Pak Din yang sedang sibuk menyiram pokok-pokok bunga keliling villa. Pendek kata semua orang ada kerja kecuali Qalisha.
            “ Boringnya,apa yang aku nak buat pagi ni ye?” Qalisha berkira-kira apa yang akan dilakukannya pada pagi itu.
            Tiba-tiba akalnya mendapat idea. Dia terus bingkas bangun daripada sofa yang diduduki sejak tadi menuju ke bilik di tingkat atas. Dia terus menapak ke dalam walk-in wardrobe dan menukar pakaian dengan memakai pakaian sukan. Sehelai t-shirts berwarna kelabu di sarungkan ke badam bersama seluar track bottom. Topi  baseball Nike pula mendarat cantik di kepala. Telefon dan sedikit duit di masukkkan ke dalam poket track bottom. Dengan hati yang teruja, Qalisha menuruni anak tangga sambil bernyanyi riang. Dia mahu berbasikal hari ini .
            Langkah di atur ke muka pintu. Sneakers Nike disarung laju dan garaj adalah destinasi yang bermain di mindanya ketika itu.
            “ Qalish nak ke mana tu?” Pak Din menegur dengan sopan.
            “ Qalish nak pergi ronda-ronda berbasikal keliling kawasan ni.Kalau ada sapa-sapa tanya,cakap Qalish pusing-pusing jab.” Qalisha membalas pertanyaan Pak Din dengan mesra.
             “ Baiklah,Qalish. Kalau Datin tanya Pak Din cakap macam tu, Hati-hati ya!” Pak Din sempat berpesan. Qalisha sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
            Sebaik pintu pagar automatik terbuka, Qalisha terus mengayuh basikal yang baru di belinya beberapa minggu yang lepas keluar dari perkarangan villa yang tersergam indah di kawasan berbukit itu. Dari satu lorong ke satu lorong dia mengayuh basikal sehinggalah dia berasa sedikit penat. Dia berhenti rehat seketika di satu kawasan reakreasi dan taman permainan yang terdapat di kawasan perumahan elit tersebut. Basikalnya disandarkan pada bangku yag terdapat di taman itu dan punggungnya dilabuhkan pada bangku tersebut. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi.Mentari pagi mula memancarkan sinar yang terik.Namun lokasi bangku yang diduduki agak redup kerana terletak di bawah pohon ketapang yang merimbun. Sedang asyik Qalisha melayan pemandangan ikan-ikan tilapia berenang-renang di dalam kolam buatan berhampiran, telinganya menangkap bunyi suara orang sedang bergaduh.
            Tidak jauh kelihatan  empat orang budak lelaki yang berambut punk sedang membelasah dua orang lelaki yang lain. Kecut perut Qalisha seketika melihat kejadian itu. Cepat-cepat Qalisha menyorok di sebalik batang pokok ketapang yang besar. Dadanya berombak kencang dan dia panik seketika. Apa yang ditakuti ialah kalau-kalau sekumpulan lelaki itu melihatnya.Apa yang akan terjadi padanya? Apa yang akan berlaku nanti. Qalisha menuntun basikalnya perlahan-lahan.Niat di hati mahu beredar dari situ secepat yang mungkin. Namun hati nuraninya menghalang apabilamengenangkan nasib dua budak lelaki yang sedang dibelasah.
            Tiba-tiba dia baru teringat. Beberapa minggu yang lepas, dia ada menyimpan nombor telefon Abang Amir,salah seorang bodyguard Datuk Abdullah. Tanpa membuang masa,telefon di dalam kocek seluar trek di keluarkan lalu jari-jemari Qalisha laju mencari nombor kontak Amir.
Sebaik nombor telefon Abang Amir tertera di skrin,Qalisha terus mendail.
            “ Hello, Abang Amir,Qalisha sini.Abang Amir Qalish nak mintak tolong. Sekarang Qalish ada dekat taman tasik dekat kawasan villa.Abang tolong…..” Belum sempat Qalisha menyudahkan ayat, dia terdengar salah seorang lelaki punk tersebut bercakap.
            “ Joe ada oranglah sebalik pokok ketapang tu. Entah-entah dia dah telefon polis! Joe kejar dia!”
            “ Qalisha tahu dia dalam bahaya. “ Abang Amir tolong Qalish! Mereka kejar Qalish! Abang tolong Qalish sekarang! Qalish ada ka” Qalisha sudah membuka langkah seribu. Dua orang lelaki mengejarnya. Hanya Allah yang tahu perasaannya ketika itu. Rasa takut yang teramat sangat membuatkan Qalisha berlari sekuat hati.
            Sementara itu, Amir yang baru mendapat panggilan yang tidak di sangka-sangka daripada menantu Datuk Abdullah terus memecut kereta yang di pandu. Ketika itu dia memang dalam perjalanan ke rumah Datuk untuk mengambil kereta yang diarahkan oleh Datuk Abdullah.
            “ Ajib, Mirul, kita ke taman tasik dekat rumah Datuk tu dengan segera. Puan Qalisha dalam bahaya!” Amir bersuara lantang kepada Najib dan Amirul,dua anak buah yang selalu mengikutnya. Dia bersuara lagi. “ Ajib kau call Jim dan Raju suruh dia datang dengan segera!”
Najib segera melakukan apa yang disuruh oleh Amir tanpa banyak soal.
            Sementara itu Qalisha sudah kepenatan berlari. Kebetulan pula waktu itu tiada pengunjung lain yang berada di kawasan taman jadi suara meminta tolong Qalisha tidak didengari oleh orang lain kecuali lelaki –lelaki yang mengejarnya. Tiba-tiba kaki Qalisha tersadung pada seketul batu membuatnya terjatuh. Ketika itulah lelaki-lelaki yang mengejarnya berjaya menangkapnya.
            “ Laju giler dia ni..mana kau nak lari hah! Joe pegang dia kuat-kuat!” Penjahat yang bernama Bob mengarahkan supaya rakan sekutunya memegang tangan Qalisha kuat-kuat. Topi di kepala Qalisha di tanggalkan.
            “ Pompuan rupanya,ingatkan jantan tadi. Jom kita bawak dia jumpa bos,mesti bos suka dapat ayam muda.” Lelaki yang bernama Bob mencengkam pipi Qalisha dengan kuat.
            “ Lepaskan aku!”  Qalisha cuba meronta sekuat hati namun kekuatan pegangan dua lelaki tersebut pada kedua-dua belah tangannya terlalu kuat.Kudrat perempuannya tidak mampu melawan.
            “ Lain kali jangan nak menyibuk hal orang.Bob,sekali tengok comel jugak dia ni. Mesti bos suka dapat rezeki tersepak hari ni.” Kedua-dua lelaki tersebut mengheret Qalisha sambil ketawa. Lutut Qalisha  seakan lembik. Dia hanya mampu berserah. Hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya dia ketika itu.
            “ Amir,Ajib dan Mirul yang baru tiba terus keluar mencari-cari kelibat Qalisha sambil melaung-laungkan namanya.
            “ Qalish! Qalish!” Amir, Ajib dan Mirul sama –sama berteriak memanggil nama Qalisha. Mereka tahu Qalisha ada di situ.
            “ Alamak! Joe ada orang datanglah! Apa kita nak buat ni.” Penjahat yang bernama Bob sudah sedikit menggelabah.
            Qalisha terus mengambil peluang itu untuk menjerit meminta tolong.
            “ Tolong! Tolong!...” Belum sempat Qalisha meneruskan jeritannya,mulutnya sudah di tekup. Serentak dengan itu, satu penampar singgah di pipi Qalisha menyebabkan dia terus pengsan.
            “ Mir, kat sana!” Ajib menuding jari ke arah suara meminta tolong yang di dengarinya tadi. Amir, Mirul dan Ajib berlari ke arah yang ditunjukkan oleh Ajib. Dari jauh mereka nampak dua lelaki sedang mengheret Qalisha.
            “ Hoi! Lepaskan dia!” Teriak Amir dengan kuat. Dia sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
            “ Apa hoi hoi? Ingat orang tiada nama ke? Korang siapa nak kacau daun. Kita orang dulu yang jumpa awek ni so kira rezeki kita oranglah. Fisrt come first servelah weh.” Joe bersuara dengan celupar. Memang mencari nahas mamat berekor- ekor ni. Dah tentu mereka ni tak tahu yang Amir,Najib dan Amirul adalah bodyguard terlatih.
            “ Kau ingat awek tu anak kucing ke? Awek tu adik aku dan aku tak akan lepaskan orang yang cederakan dia.Dah puas hidup ke? Kalau tak puas hidup lagi kat dunia ni,baik kau lepaskan adik aku sekarang. Kalau tak jangan menyesal.” Amir mengetapkan gigi dengan geram.Kalau tidak memikirkan keselamatan Qalisha,sudah tentu mamat-mamat punk ini akan dibelasah cukup-cukup.”
            “ Eii takutnya! Kau takut tak Bob?” Penyangak Joe pura-pura bertanya kepada rakannya.
            “ Takut takut takut!” rakannya pula menjawab dengan gaya Upin Ipin.
            Seketika kemudian, Raju dan Jim pula sampai. Sekarang mereka sudah berlima.
            “ Kalau yang ni,korang takut tak? Ke nak try kat dulu.Kat lutut ke,kat perut pun okay gak..”Amir mengeluarkan sepucuk pistol yang terselit di pinggang. Gaya gangster habis!
            Melihat pistol yang di keluarkan oleh Amir. Penyangak-penyangak punk tersebut mengigil lutut. Mereka menyangka mereka sudah ganas dengan bersenjatakan pisau Rambo.Mana tahu Abang-abang men in black ni lagi ganas siap berpistol bagai.
            “ Err… Bang.Ini adik abang ye. Maaf ye bang,kita orang gurau-gurau je tadi. Ni adik abang ni kita orangletak kat sini.” Penyangak-penyangak tersebut meletakkan Qalisha yang tidak sedarkan diri di atas tanah.
            “ Gurau kepala otak kau! Cepat blah sebelum aku naik angin dan lagi satu, area ni aku conquer,so ingat! aku tak mahu nampak muka korang di kawasan ni lagi.Kalau aku jumpa korang buat kacau dekat kawasan ni lagi..phew!” Amir berpura-pura membidik ke arah mereka dan muncung pistol di cium.
            Sebaik Amir habis berkata-kata,lintang –pukang penyangak-penyangak punk tersebut lari meninggalkan mereka. Seketika kemudian,bunyi deruman motosikal menunjukkan mereka sudah beredar dari situ. Amir dan anak-anak buahnya terus mendapatkan Qalisha yang terbaring lemah. Kesan penampar  jelas terpampang di pipi kiri Qalisha.
            “ Ajib call Datin dan Datuk.Bagi tahu apa yang berlaku.Tanya sama ada nak bawak Puan Qalisha balik atau terus kita bawa ke hospital.” Amir bersuara tegas mengarahkan Najib supaya menelefon Datin Maimun dan Datuk Abdullah memaklumkan insiden yang baru berlaku.
            Amir cuba mengejutkan Qalisha perlahan dengan menepuk-nepuk pipi Qalisha. Bibir Qalisha pecah sedikit mungkin kerana tamparan yang kuat di pipi. Dahi Qalisha juga luka sedikit kerana terhantuk pada anak batu ketika dia jatuh ketika di kejar oleh mamat-mamat punk itu tadi. Seketika kemudian, Qalisha membuka mata.
            “ Syukurlah Qalish dah sedar.Qalish okay ke?” Amir cuba membantu Qalisha duduk di bangku yang berhampiran.
            Qalisha mengangguk perlahan.Mulutnya terasa perit.Tiba-tiba dia teringat dua budak lelaki yang dibelasah tadi.
            “ Eh Bang Amir! Macam mana dengan dua budak lelaki yang kena belasah tadi?” Qalisha bersuara sambil tangannya mengusap bibir yang agak perit.
            “ Budak mana? Masa abang sampai tadi,abang nampak Qalish yang sedang di heret oleh penyangak-penyangak punk tu.”
            “ Mir! Ada dua budak ke belasah kat sana. Teruk jugak aku tengok!” Mirul menuding ke arah yang dimaksudkan. Dia ternampak dua budak lelaki terbaring di atas rumput dengan kesan kecederaan yang agak serius.Kedua-duanya sedang mengerang kesakitan.
            Dalam masa yang sama, Najib memberi tahu supaya Datuk dan Datin mengarahkan supaya Qalisha terus di bawa ke hospital yang terdekat dengan mereka.
            “ Jom! Datuk dan Datin suruh bawak Qalish ke Hospital Princecourt.” Tanpa meminta persetujuan Qalisha,dia terus mencempung Qalisha dan langkah di atur ke arah kereta.
            “ Jim, Raju..korang uruskan budak-budak tu. Bawak mereka ke hospital Kuala Lumpur. Kalau tunggu ambulan lambat pulak. Kau pulak Mirul bawak basikal Puan Qalisha balik.” Amir memberi arahan yang cukup jelas kepada anak-anak buahnya.
………………………………………………………………………………………………………
            “ Macam mana dengan menantu saya Mir?” Tanya Datin Maimun sebaik tiba di Hospital Princecourt. Amir sudah menunggu kedatangan Datin Maimun di lobi hospital.
            “ Jangan risau Datin, Puan Qalisha tidak apa-apa cuma luka di dahi dan di bibir sedikit. Tiada kecederaan lain dan mungkin Puan Qalisha agak terkejut sedikit dengan apa yang berlaku.” Amir cuba mententeramkan Datin Maimun yang jelas nampak risau.
            “Sukur Alhamdulillah.Apa yang sebenarnya berlaku Mir?”
            “ Saya pun tak pasti Datin.Saya bergegas ke tempat kejadian selepas Puan Qalisha menelefon saya meminta tolong. Baik Datin Tanya Puan Qalisha sendiri. Puan Qalisha ada dalam bilik rawatan sekarang.”Jujur Amir memberitahu.
            Seketika kemudian, pintu bilik rawatan di buka, Seorang doktor keluar.Datin Maimun terus meluru mendapatkan doktor tersebut.
            “ Doktor, macam mana dengan menantu saya?”
            “ Puan ni saudara Puan Qalisha ke?” Doktor yang memakai  tag nama ‘ Dr.Azrul’ pula yang bertanya.
            “Saya mak mertuanya.Bagimana keadaan dia sekarang doktor?” Datij Maimun cukup risau.
            “ Jangan risau,Puan Qalisha tidak mengalami kecedraan yang serius. Luka di dahi perlu di jahit sedikit,mungkin dua atau tiga jahitan. Luka di bibir pula tidak serius Cuma pergelangan  kaki Puan Qalisha terseliuh. Saya terpaksa menahan Puan Qalisha sehari dua di wad untuk pemeriksaan lanjut. Puan boleh uruskan pendaftaran wad di sana.Puan boleh jumpa dia di dalam sebentar.Nanti jururawat akan bawa Puan Qalisha ke wad.
            “ Terima kasih doktor.” Datin Maimun terus masuk ke dalam bilik rawatan usai berbicara dengan doktor.
            Di dalam bilik rawatan, Qalisha termangu seorang diri di atas katil. Rasa menyesal mula bertandang di hati kerana keluar bersiar-siar tanpa memberitahu Mama terlebih dahulu. Rasa menyesal bertambah apabila dia merasakan insiden yang berlaku akan menyusahkan dan membuatkan orang lain risau terhadapnya. Kalau Nek Jah dan Pak Usu tahu, sudah tentu mereka akan risau.
            “ Qalish! Qalish okay tak? Kesiannya menantu Mama ni. Risau Mama tadi!” Datin Maimun memeluk Qalisha dengan penuh kasih.
            Qalisha menceritakan apa yang berlaku kepada Datin Maimun tanpa sedikit pun tertinggal.
            “ So kiranya Qalish berada di tempat dan masa yang salah ketika kejadian itu berlaku. Mungkin mereka ingat Qalish menelefon polis.Itu yang mereka kejar dan tangkap Qalish tu.” Qalisha bersuara perlahan. Bimbang juga kalau-kalau Datin Maimun marahkannya.
            “ Mama minta maaf ya sayang. Ini semua salah Mama yang tak fikirkan Qalish.Qalish tentu bosan berada di rumah sorang-sorang.”
            “ Mama jangan cakap macam tu.Ini semua  salah Qalish.”
            “ Dah tak payah cakap apa-apa lagi.Sekarang Qalish rehat.Ni dah bagi tahu Jeff ke belum?’
            Sebaik nama Jeffrey keluar daripada mulut Datin Maimun,Qalisha berasa kecut perut. Entah apa reaksi chef poyo itu nanti. Qalisha mengeleng-gelengkan kepalanya perlahan sebagai jawapan kepada pertanyaan yang diajukan oleh Daatin Maimun.
            Seorang jururawat datang untuk membawa Qalisha ke wad. Datin Maimun  pula terpaksa ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar kemasukan Qalisha ke wad.  Selesai urusan tersebut, Datin Maimun mengeluarkan telefon lalu menelefon Datuk Abdullah dan disusuli dengan Jeffrey.
            Datuk Abdullah dalam perjalanan ke hospital bersama Rayyan Fahrin dan juga Adrianna. Mereka akan terus berkejar ke hospital sebaik di maklumkan oleh Datin Maimun. Berkali-kali Datin Maimun cuba mendail nombor telefon Jeffrey namun hampa apabila setiap panggilan hanya masuk ke peti simpanan suara. Dia mendail pula nombor telefon Luqman kerana dia tahu Jeffrey dan Luqman sedang shooting bersama.
            “ Hello,Luqman ke ni? Ini Auntie Moon.”
            “ Hello,Auntie Moon,ada apa ya? Lain benar suaranya.”
            “ Jeff ada kat situ tak? Kalau ada pass telefon kat Jeff sekejap boleh.Ada hal penting.Auntie called telefon dia tapi asyik mel suara.”
            “ Hah itu dia,sekejap ye Auntie.” Luqman mengamit Jeffrey yang baru sahaja menamatkan babak pengambarannya untuk hari itu. Ada persoalan yang terdetik di hatinya.Suara Datin Maimun seolah-olah risaukan sesuatu.
            “ Jeff! Mama kau telefon ni,urgent nak cakap dengan kau sekarang!” Luqman menayang ke udara I-phone 4Snya.
            “ Mama aku? Alamak aku lupa bateri telefon aku kong.” Jeffrey berlari anak mendapatkan Luqman. Dia tahu mesti ada sesuatu yang penting,kalau tidak Mama tidak akan menelefon Luqman untuk bercakap dengannya.
            “ Yelah Mama kau Auntie Moon,berapa orang Mama yang kau ada. Hurry up! She’s on the line now.” Luqman menghulurkan telefonnya kepada Jeffrey.
            “ Hello Ma,sorry telefon Jeff habis bateri. Ada apa Ma?” Jeffrey terus mengajukan pertanyaan.
            “ Ada sesuatu terjadi pada Qalish…dia ada di Princecourt sekarang.Dia…” Belum sempat Datin Maimun menghabiskan kata,Jeffrey sudah memotong.
            “ What! Is she okay?Okay Jeff datang sekarang!” Mendengar sahaja Qalisha berada di Princecourt,hati Jeffrey terus tidak keruan. Dia risau bukan kepalang. Fikirannya mula memikirkan perkara yang bukan –bukan.
            “ Luq! Scene aku dah beres kan? I’ve got to go.Something happened,Qalisha is in the hospital now. Tolong cakap dengan Izmin suruh dia uruskan barang-barang aku. Sori got to go now.And one more thing?” Jeffrey berbicara laju.
            “ Apa dia?” Luqman bertanya.
            “ Bak sini kunci ‘bini’ kau.Aku perlu cepat.Balik nanti kau balik pakai Z4 aku.” Jeffrey menghulurkan tangan.
            “ Luq cepatlah sikit! Bagi helmet dan jacket kau sekali.” Jeffrey sudah tidah sabar. Tanpa dia sedari,hatinya cukup risau akan keadaan Qalisha.
            “ Engko jangan nak rempit teruk ‘bini’ aku tu! Kemek sikit kau ganti baru.Nah!” Luqman menghulurkan kunci superbikenya kepada Jeffrey. Dia juga turut menghulurkan kunci BMW Z4 kepada Luqman.
            “ Thanks bro! I owe you one today.”
            Kunci bertukar tangan. Sambil berlari anak,Jeffrey menyarungkan jaket kulit milik Luqman. Kemudian, helmet full face pula di sarungkan. Seketika kemudian superbike milik Luqman mengaum dan Jeffrey terus memecut keluar daripada tapak pengambaran tersebut.
            Tindakan Jeffrey meninggalkan lokasi pengambaran dalam keadaan tergesa-gesa menimbulkan tanda tanya di kalangan kru pengambaran. Luqman memberitahu Izmin apa yang di pesan oleh Jeffrey sebentar tadi. Lepas tu tugas Izmin sebagai PA Jeffrey untuk menjelaskan kepada pengarah kenapa Jeffrey terpaksa meninggalkan scene dengan tergesa-gesa.
            “ Kenapa dengan Jeff? Macam lipas kudung pulak aku tengok.” Izmin bertanya.
            “ Dia terpaksa pergi hospital,bini dia kemalangan.” Laju Luqman menjawab sambil memeriksa set kameranya.
“ Alamak! Aku tersasullah pulak.Mintak-mintak Iz tak perasan.” Luqman bersuara di dalam hati.
“Tengok bini? Bila masa pulak si Jeff kahwin??” Izmin agak keliru.
“ Bila masa pulak aku cakap bini Jeff! Aku cakap dia pergi hospital bawak ‘bini’ aku.Senang nak cilok.Ada sedara dia kemalangan,itu yang dia tergesa-gesa tadi tu.” Luqman main belasah saja ayat asalkan boleh cover ketersasulan dia tadi. Nyaris rahsia tentang perkahwinan Jeffrey diketahui oleh Izmin.
“ Ye ke? Aku rasa kau cakap ‘bini’dia kemalangan tadi. Aku rasa aku tak silap. Aku belum dapat penyakit ‘soundtrouble’ lagi. Kau sembunyikan sesuatu daripada aku ke?” Izmin dengan yakinnya berkata.
“ Sembunyikan apanya Izmin oi! Kau kan PA dia.Kalau dia dah tukar status bujang ke status suami orang,aku rasa kaulah antara orang pertama akan tahu.”Luqman sudah risau bohong sunatnya akan terbongkar.
“ Aa ahh ye tak ye  jugak! Takkanlah Jeff kahwin tak beritahu aku. Akukan PA terbaik dari ladang.” Izmin sudah masuk bakul angkat sendiri.
“ Malas aku layan kau.Banyak tanya pulak.Buat kerja aku lagi baik daripada layan kau yang banyak songeh ni.Jangan lupa kemas barang Jeff nanti.” Luqman berpura-pura membelek kamera. Makin dilayan makin menjadi pulak si Izmin ni.
“ Fuh selamat! Nasib baik Iz percaya,kalau tidak masak aku dengan Jeff.” Luqman menarik nafas lega.


           
P/S: MAAF COZ MENDERA KORANG.PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN KAN...LAYANNNNN..SMG BERPUAS HATI.LOVE UOLS!