Total Pageviews

Friday 23 November 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 25


BAB 25

            Seperti yang telah di rancang, Rayyan Fahrin dan Adrianna bertolak pulang ke Tanjung Karang. Perjalanan Kuala Lumpur ke Tanjung Karang jaraknya lebih kurang 85km saja dengan masa perjalanan paling cepat pun satu jam setengah sahaja.Itu pun kalau takde kesesakan lalulintas. Rayyan Fahrin memandu kereta Lexus CT 200h Sports warna biru yang baru di beli minggu lepas. Mengancam gila siot!harga kereta tu sahaja lebih kurang RM200K! Lalu kat jalan,dua tiga kali orang toleh. Memang boleh meleleh air liur,kalau dapat kereta ni,kerja dok gosok kereta ni dua puluh empat jam.
            Kalau di ikutkan hati, Si Rayyan Fahrin yang low profile ni nak beli kereta Proton je tapi di tegah oleh Datuk Abdullah.
            “ Kereta apa yang Fahrin nak beli?Nanti nak pergi showroom ajak Anna.”
            “ Err..ingat nak beli Proton je..”
            “ Proton? Fahrin ni biar betul! Bodyguard Baba pakai Perdana V6,takkan menantu Baba nak pakai kereta Proton je.Fahrin jangan salah faham.Baba bukan merendahkan jenama kereta buatan Malaysia, cuma Fahrin kena faham apa yang Fahrin buat,pakaian apa yang Fahrin pakai,pandu kereta apa,semua tu orang akan relate pada Baba dan family kita. Baba tak nak ada orang buat mulut Baba ni kedekut sampai dengan menantu pun berkira. Macam ni sajalah,petang esok kita pergi showroom Lexus. Ada model baru hidrid keluar.Esok kita tengok,kalau Fahrin berkenan,terus book.” Itu dia sekali Datuk Abdullah ni bukak mulut.
            Terkedu Rayyan Fahrin mendengar kata-kata Datuk Abdullah. Segan pula rasanya. Sungguh dia tidak terfikir sampai begitu sekali. Bagi Rayyan Fahrin,kereta apa pun dia tak kisah janji boleh guna ulang-alik.Segan pula bila asyik pinjam kereta Adrianna dan Datin Maimun.Semuanya kereta jenama terkenal dan mahal-mahal tahap dewa-dewi. Walau pun Adrianna dan Datin Maimun mahu pun Datuk Abdullah sendiri tidak pernah berkira tentang penggunaan kereta,namun Rayyan Fahrin lebih selesa menaiki kereta sendiri. Zaman sekarang, kereta ibarat kaki,tiada kereta ibarat patah kaki. Susah mahu ke sana sini untuk bergerak. Walau pun kereta di Villa Chinta Qaseh pun sudah berbelas biji,namun tiada satu pun yang sesuai dengan jiwanya. Bukan apa, semua kereta tersebut berjenama mewah sedangkan Rayyan Fahrin hanyalah seorang yang sederhana dan sebenarnya Rayyan Fahrin tidak mahu di label sebagai pengikis’ harta dan kemewahan keluarga mertuanya. Tambahan pula, dia tidak mahu berboros kerana dia perlu menampung kos rawatan Nek Wan  yang mencecah ribuan ringgit sebulan. Fahrin,Fahrin. Nampak gayanya kau kena ubah sikap yang terlalu merendah diri dan bersederhana tu.
            “ Lambat lagi ke nak sampai?”
            Pertanyaan Adrianna membuatkan Rayyan Fahrin tersedar daripada lamunan.
            “ Anna tanya apa tadi? Sori, Abang tak dengar.” Rayyan Fahrin bertanya semula kepada Adrianna.
            “ Ceh! Siap mengelamun lagi.Poyo..” Mulut Adrianna membebel perlahan.
            “ Yang mulut terkumat-kamit tu apa kes? Anna tengah baca jampi serapah ke?” Rayyan Fahrin cuba berseloroh apabila Adrianna hanya diam,masam mencuka.
            “ Jampi serapah? Takde masanya saya nak jampi serapah awak,buang karan je. Saya tanya ,bila kita nak sampai? Tadi kata sejam setengah,ni dah dekat dua jam pun papan tanda Tanjung Karang pun saya tak nampak lagi.” Adrianna menjawab dengan perasaan geram.
            “ Tadi kan jam kat KL,itu yang buat kita lambat.Kalau tidak,dari tadi lagi kita dah sampai. Kenapa? Anna dah penat ke duduk dalam kereta?” Rayyan Fahrin meneruskan pemanduan. Sesekali wajah ayu Adrianna dijeling dengan ekor mata.
            “ Alahai isteriku,makin hari makin cantik pulak aku tengok.Wahai hati sabarlah ye,nak buat macam mana,dapat spesis lebah madu.Madunya manis tapi kalau silap ‘tackle’ kena sengat.”
            “ Bukan penat tapi saya rasa nak buang air. Nanti kalau nampak mana stesen minyak, awak berhenti.Saya dah tak tahan ni.” Adrianna bersuara cemberut. Menyesal pun ada. Bukan apa,dia menyesal tak buang air siap-siap sebelum bertolak tadi.
            “ Okay, sabarlah sayang,kejap lagi ada stesen minyak Shell di Pekan Tanjung Karang.Lagi dua kilometer sampailah kita. Tahan ye.” Rayyan Fahrin bersuara dengan penuh perihatin sehingga tidak sedar perkataan ‘sayang’ terlepas keluar.
            “ Sayang? sapa sayang awak? Perasan!” Adrianna mencebikkan bibir.
            “ Ni nak kena denda ni.Dah berapa kali Abang cakap jangan buat mulut macam tu. Nasib baik dalam kereta dan Abang tengah memandu sekarang ni,kalau tak…tiada maaf bagi mu.” Rayyan Fahrin  menjeling Adrianna yang sedang membelek majalah.
            “ Eleh…tak takut pun.”Adrianna menjawab selamba. Sengaja dia berkata begitu kerana dia tahu Rayyan Fahrin tidak akan berani buat sesuatu yang membahayakan pemanduan.
            “ Oooo, mentang-mentang Abang tengah bawak kereta,berani Anna cakap macam tu ye! Takpe..malam nanti siap Anna Abang kerjakan!” Rayyan Fahrin berlagak serius.
            “ Takkan dapatnya, saya tengah ABC,Allah bagi cuti.” Adrianna bersuara selamba tahap gaban. Dia tahu kata-kata itu seolah-olah mencabar Rayyan Fahrin.
            “ Yang tu memanglah tak boleh,tapi yang lain-lain,yang ringan-ringan boleh kan? Kat rumah Nenek ni, jangan harap Abang akan bagi muka kat Anna.Anna kena tidur sebelah Abang atas katil.Takde bantahan,sebarang pertanyaan,surat-menyurat tidak akan di layan.”Rayyan Fahrin menjeling Adrianna sambil sebelah keningnya di angkat-angkat.
            “ Erk! Habislah kau Anna! Itulah pasal,sapa suruh jawab macam tu,kang dah dapat penyakit.” Air muka Adrianna sudah seperti orang tertelan biji buah rambutan.Rayyan Fahrin ni bukan boleh dibuat kira,jenis tak makan saman pulak tu.Adrianna menampar-nampar mulutnya sendiri,menyesal kerana bersuara tanpa berfikir terlebih dahulu.
            “ Hah itu dia! Ada Shell kat depan tu! Cepat sikit,saya dah tak tahan ni.” Adrianna sengaja berkata sebegitu,niatnya Cuma mahu menukar topik perbualan.Bukannya dia nak kencing sangat pun. Lagi pun Si Rayyan Fahrin ni kalau di layan semakin menjadi loyar buruk dia.
            “ Yelah,yelah.Jangan sampai terkucil dalam kereta sudah. Okay,kita dah sampai.Abang pun nak isi minyak kereta penuh-penuh.Nanti senang nak ronda-ronda kampung takyah nak sibuk-sibuk cari stesen minyak.” Rayyan Fahrin memberi signal ke kiri sebaik sahaja stesen minyak Shell kelihatan.
            Sebaik sahaja Rayyan Fahrin memberhentikan kereta di pam nombor lapan, Adrianna terus meloloskan diri keluar daripada kereta. Adrianna hanya santai dengan seluar jeans biru di padankan dengan blaus longgar.Rambutnya yang sudah panjang separas belikat dibiarkan lepas. Perlahan-lahanlah ya Fahrin,akan tiba masanya nanti Adrianna akan bertudung cantik.
            Sedang Rayyan Fahrin mengisi minyak,seorang lelaki datang menghampirinya.
            “ Assalamualaikum, Wah! dah berkereta mewah dia.” Lelaki itu menegur.
            “ Eh Pak Ngah! Pak Ngah dari mana ni?” Rayyan Fahrin agak terperanjat apabila bahunya di tepuk daripada belakang.
            “ Pak Ngah baru balik pekan ni,beli barang sikit dengan Mak Ngah kamu.Ni kamu balik sorang-sorang ke?” Ngah Seman memadang ke kiri  dan ke kanan.
            “Eh Tak lah Pak Ngah. Saya balik dengan isteri sayalah. Saya balik ni untuk majlis kesyukuran merangkap kenduri menyambut menantu yang Nenek nak buat lusa ni.” Rayyan Fahrin berbahasa.
            “ Mana isteri kamu,Fahrin? Pandai ye kamu ni,senyap-senyap sahaja.Alih-alih dengar cerita dah kahwin dengan orang Kolumpo.” Ngah Seman bersuara lagi. Nada suaranya bunyinya agak sinis.
Jauh di sudut hati Ngah Seman agak terkilan kerana dia memasang angan-angan mahu menjodohkan anaknya,Nadhia dengan Rayyan Fahrin. Hatinya cukup berkenan dengan tingkah –laku Rayyan Fahrin yang berbudi bahasa,muka pun hensem dan berpelajaran tinggi. Pendek kata cukup satu pakej lengkap untuk dijadikan menantu. Mulanya dia agak terkejut juga apabila Nek Wan mengkhabarkan berita tentang perkahwinan Rayyan Fahrin dengan anak perempuan Datuk Abdullah dari Kuala Lumpur. Yang paling terkilan ialah Nadhia.Bukan Ngah seman tidak tahu yang Nadhia menyukai Rayyan Fahrin sejak dari dulu lagi. Walau pun pahit terpaksalah terima,jodoh pertemuan,ajal,maut semuanya di tangan Tuhan. Kita hanya merancang ,namun yang menentukan semuanya Dia di atas sana.
“ Isteri saya pergi ke bilik air tadi.Hah itu pun dia.” Rayyan Fahrin menolah ke arah Adrianna yang sedang berjalan ke arahnya. Ngah Seman turut sama menoleh.
“ Ermmm..cantik jugak bini kau Fahrin. Patutlah kau tak pandang langsung Nadhia.” Bicara Ngah Seman di dalam hati.
“ Sayang, kenalkan ini Pak Ngah Seman,jiran sebelah rumah Abang.” Rayyan Fahrin memperkenalkan Adrianna kepada Ngah Seman. Sebelah tangannya di letakkan pada pinggang Adrianna dengan mesra. Sengaja dia berbuat begitu di depan Ngah Seman. Rayyan Fahrin mahu Ngah Seman melihat kemesraannya dengan isteri. Bukan dia tak tahu perangai bermuka-muka Ngah Seman itu. Adik perempuannya memberitahu yang Ngah Seman sibuk menjaja cerita yang bukan tentang dirinya di serata kampung. Rayyan Fahrin kena tangkap basahlah,jadi pak sangguplah dan macam-macam tohmahan lagi yang dilemparkan kepada Rayyan Fahrin apabila berita tentang perkahwinan tersebar. Semuanya berpunca daripada buah mulut yang disampaikan oleh Ngah Seman dan isterinya.
“ Apa khabar Pak Cik? Saya Adrianna.” Adrianna menghulurkan tangan untuk bersalam. Adrianna memaniskan senyum. Walau pun tidak sukakan Rayyan Fahrin,maruah suaminya perlu dijaga.
“ Pak Ngah mintak diri dululah,Mak Ngah kamu ada dalam kereta.Nanti apa pulak kata dia,maklumlah,air-cond kereta rosak,karang rabak telinga Pak Ngah dengar dia membebel.” Ngah Seman berlalu pergi dengan perasaan sebal. Berbulu pula mata melihat kemesraan Rayyan Fahrin dan isterinya.
“ Kirim salam dengan Mak Ngah,nanti jangan lupa datang kenduri.” Rayyan Fahrin bersalaman dengan Ngah Seman sebelum masuk ke dalam kereta.
“ Siapa dia tu? Betul ke dia jiran awak? Lain macam je pandang saya.Seram tengok mata dia, tak padan dengan tua,pandang orang atas bawah atas bawah,bukan main gatal lagi.” Adrianna mengajukan pertanyaan.
“ Jiran dan juga bapa mertua tak jadi.” Dengan selamba Rayyan Fahrin berkata sambil memandu kereta keluar daripada stesen minyak. Dua tiga pasang mata menoleh ke arahnya. Sebenarnya mereka menoleh kepada kereta yang masih berkilat birunya.Tuan kereta jangan perasan ya!
            “ Bapa mertua tak jadi? Oooo..jadi awak pernah skandal dengan anak dialah.” Adrianna membuat rumusannya sendiri. Entah kenapa jauh di sudut hati,hatinya meruntun. Rasa ingin tahu membuak-buak tentang siapa perempuan itu.
            “ Jangan nak buat spekulasi. Abang tak pernah suka pada anak dia.Anak dia yang suka dengan Abang. Itu dua pernyataan yang berbeza. Lagi pun hati Abang ni sudah di isi oleh seseorang. Abang hanya akan berikan cinta dan hati Abang pada dia sahaja. Tiada yang lain. Dan yang penting dia bukan Nadhia.” Rayyan Fahrin berkata dengan serius.
            Tersentap hati Adrianna apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Rayyan Fahrin. Jantung mula bekerja lebih masa.
            “ Siapa perempuan yang ada dalam hati Fahrin tu? “ Satu suara bergema di dalam hati sanubari Adrianna.
            “ Siapa perempuan yang ada dalam hati awak tu? Don’t say it’s me because we hardly know each other.” Spontan sahaja kata-kata itu keluar daripada mulut Adrianna. Mulut jalan dulu,baru otak memproses maklumat.
            Tiba-tiba, ‘sreetttttttttt!!!’ Rayyan Fahrin memberhentikan kereta secara mengejut. Tanpa di duga, Rayyan Fahrin berhenti di bahu jalan. Akibat daripada brek mengejut tersebut, Adrianna terdorong ke hadapan..Nasib baiklah dia memakai tali pinggang keledar,kalau tidak mahu dia terhantuk pada cermin.
            “ What’s wrong with you! Suddenly stop like this. I tahulah I ni bukan sapa-sapa pun pada you. You nak nak mati ke! Nasib baik….”
            Belum sempat Adrianna menghabiskan kata-kata. Rayyan Fahrin tiba-tiba menutup mulut Adrianna dengan jarinya. Adrianna tersentak dengan tindakan Rayyan Fahrin. Seketika kemudian,Rayyan Fahrin meraihnya ke dalam pelukan.
            “ Shhhhh….don’t say that. You are not nobody in my life, you are my everything. Anna adalah pemilik hati Abang sampai bila-bila pun.” Lembut sahaja Rayyan Fahrin membisikkan kata-kata itu. Alahai,boleh cair iman mendengar kata-kata gemersik yang keluar daripada mulut Rayyan Fahrin. Lebih manis daripada gula.
Kata-kata Rayyan Fahrin tulus dan ikhlas dari hati nuraninya. Adrianna meronta-ronta cuba meloloskan diri daripada pelukan Rayyan Fahrin tetapi Rayyan Fahrin mengemaskan lagi pelukannya. Akhirnya rontaan Adrianna semakin mengendur. Adrianna cuba mencerna dan memproses semula apa yang diucapkan oleh Rayyan Fahrin.
            “ Shhhhh…Susah sangat ke Anna nak percaya yang Abang sayang dan cintakan Anna. Abang sudah berjanji pada diri Abang,hanya Anna yang akan bergelar isteri Abang hinggalah nafas Abang yang terakhir.Dalam hati Abang hanya ada Adrianna bt Abdullah, hanya Anna!” Rayyan Fahrin memegang kedua pipi Adrianna dan mata mereka bertentang mata. Tanpa suara, hanya mata yang menyampaikan maksud hati. Hati Rayyan Fahrin penuh dengan bunga-bunga cinta untuk si isteri namun mata Si isteri seolah-olah ragu dan curiga bermukim di hati. Dengan satu helaan nafas yang panjang, Rayyan Fahrin bersuara lagi.
            “ Look Anna, Abang tahu mungkin Anna tak percayakan kata-kata Abang. All I ask from you is bukalah pintu hati Anna untuk Abang.Let me in.” Kata-kata Rayyan Fahrin penuh pengharapan. Sinar matanya penuh keikhlasan. Jauh di sudut hati dia amat berharap yang Adrianna dapat membaca keikhlasan hatinya.
            Rayyan Fahrin melepaskan pelukannya.Wajahnya hampir bersentuhan dengan wajah Adrianna. Adrianna hanya mematungkan diri.Tiada sepatah pun perkataan yang keluar daripada bibirnya. Lidah Adrianna kelu tak terkata. Dia masih sedikit terkejut dengan tindakan Rayyan Fahrin. Otaknya ligat memikirkan apa yang sebenarnya berlaku sebentar tadi. Melihat Adrianna yang hanya membatukan diri, Rayyan Fahrin meneruskan pemanduan tanpa sepatah suara. Hatinya sedikit terkilan kerana anak mata Adrianna jelas terpancar keraguan.Tiada cinta di situ.
            “ Rilekslah bro! Jangan terlalu mendesak. Bagi Dia masa untuk dia terima kau dalam hidup dia. Yang kau ni pun satu, yang brek mengejut tu apa kes? Nasib baik dia tak tersembam muka kat cermin.Kalau tidak..tak tahulah apa yang akan terjadi. Mau kena ‘pancung’ dengan bapak dia. Jangan kusut bro..” Minda Rayyan Fahrin bersuara.
            “ Ya Allah, aku ikhlas menyayanginya.Andainya dia adalah serpihan tulung rusukku,Kau bukalah pintu hati isteriku untuk menerima aku Ya Allah.” Doa kudus Rayyan Fahrin bergema di dalam hati.
            Sepanjang baki perjalanan, Rayyan Fahrin dan Adrianna hanya mendiamkan diri. Masing-masing cuba mententeramkan diri.Sunyi sepi antara mereka. Jiwa dan perasaan masing-masing bergelora dengan pelbagai persoalan.
            “ Ambillah seberapa banyak masa yang Anna perlukan untuk terima Abang dalam hidup Anna. Abang akan tunggu even if it takes  a life time.” Namun suara itu hanya bergema di dalam lubuk hati Rayyan Fahrin yang paling dalam.
            Tiba-tiba suara Adrianna membawa Rayyan Fahrin kembali semula ke alam nyata. Jauh Rayyan Fahrin mengelamun. Tanpa disedari, mereka sudah melewati kawasan kampung Rayyan Fahrin yang di penuhi dengan sawah padi yang menghijau. Saujana mata memandang. Sungguh mengasyikkan.Pemandangan petak-petak sawah padi yang masih belum mengeluarkan buah membuatkan di kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan kehijauan.
Tanpa mempedulikan Rayyan Fahrin, Adrianna menekan butang ‘off’ penghawa dingin kereta lalu tingkap kereta di buka seluasnya.Angin desa yang nyaman menerobos masuk membuatkan rambut Adrianna berombak mengikut arah tiupan angin. Dia memandang ke luar tingkap kereta dengan perasaan teruja yang cukup terserlah.Lagaknya seperti kanak-kanak yang baru mendapat lollipop.
“ Cantiknya kampung ni. Macam dalam lukisan pulak. Cuba you tengok tu, sawah padi!seumur hidup I, I tak pernah tengok pemandangan secantik ini.” Adrianna bersuara riang seolah tiada apa-apa yang berlaku.
Sebuah senyuman terukir di wajah Rayyan Fahrin.Dia mengeleng-gelengkan kepala seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Hatinya tercuit dengan perangai keanak-anakan yang tertonjol dalam diri Adrianna. Melihat Adrianna yang begitu teruja, Rayyan Fahrin memperlahankan pemanduan.
“ Bagi signal kiri,please stop there. I  nak ambik gambar jab.Please…..” Adrianna bersuara dengan lembut,mendayu sekali sambil memandang tepat ke arah Rayyan Fahrin yang sedang memandu.Matanya sengaja dikebil-kebilkan. Satu senyuman manis terpancar di wajahnya. Satu senyuman yang bukan dibuat-buat. Pada ketika itu,Adrianna betul-betul teruja dengan panorama kampung yang cukup mengasyikkan bagi gadis kota sepertinya.
Rayyan Fahrin ketawa menampakkan barisan gigi yang teratur dan putih bersih.Sah mamat ni tidak merokok. Idea mahu menyakat Adrianna bertandang.
“ Okay, kalau nak Abang berhenti boleh,no problem tapi ada satu syarat. Kiss kat sini dulu.” Rayyan Fahrin menuding pipinya dengan jari telunjuk.
Mendengar kata-kata Rayyan Fahrin, Adrianna hanya mencebik manja.
“ Itu je? Ingatkan nak kiss kat mana tadi. Cup!” Dengan selamba Adrianna mencium pipi Rayyan Fahrin.
Perbuatan Adrianna membuatkan Rayyan Fahrin terkedu.Mulutnya melopong luas.Rayyan Fahrin masih belum percaya yang Adrianna telah mencium pipinya sebentar tadi. Sangkanya Adrianna akan membentaknya seperti selalu.
“ You ni kenapa?tutup mulut tu,kang tak pasal-pasal tertelan lalat pulak. Cepatlah berhenti,I want to capture this beautiful scenery.” Adrianna bersuara dengan selamba lagi sambil mengeluarkan Iphone dari dalam tas tangannya.
Rayyan Fahrin memberi signal untuk berhenti. Sebaik kereta berhenti, Adrianna terus membuka pintu dan keluar. Tanpa membuang masa, Adrianna terus mengambil beberapa keping gambar pemandangan sawah padi yang menghijau. Terdapat beberapa orang-orangan yang cukup menarik perhatian Adrianna sedang terpacak pada batas sawah padi,meliuk-lentok di tiup angin petang yang sepoi-sepoi bahasa.
Rayyan Fahrin hanya memerhatikan perlakuan Adrianna sambil menyandar pada sebuah dangau yang hanya berbumbungkan atap rumbia yang sudah agak usang. Dua tangannya di silangkan ke dada. Cermin mata hitam pula di letakkan di atas kepala. Matanya tidak lekang daripada memandang gelagat Adrianna yang amat mencuit hatinya.
“ Aduh,cutenya isteri aku ni. Apa lagi yang aku kena buat supaya dia tangkap cintan dengan aku. Susah betul nak ‘tackle’ dia ni.” Fikiran Rayyan Fahrin sudah mula berangan. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata bapa mertuanya beberapa hari yang lepas.
“ Anna tu nampak saja keras tapi kalau kena gayanya,dia akan jatuh cinta dengan Fahrin.Baba rasa Fahrin kena usaha lebih kalau nak ‘tackle’ Anna. Fahrin kena tunjukkan keikhlasan Fahrin menyayanginya dengan perbuatan bukannya kata-kata manis semata. Anna tak akan tergoda dengan bunga ke ,coklat ke,intan berlian ke sebab Baba tahu anak Baba tu macam mana. Dia bukan seorang yang material walau pun dibesarkan dengan penuh kemewahan. Dan yang penting,jangan mudah mengalah. Kalau perlu, Fahrin kena bertegas dengannya.”Kata-kata Datuk Abdullah masih terngiang-ngiang di telinga Rayyan Fahrin.
“ Kena tunjuk kasih sayang melalui perbuatan. Ermmmm…..kena pasang strategi kalau macam ni. Strategi memikat isteri yang keras hati. Nampak gayanya aku kena guna kuasa veto suami ni. Tapi nak kena ingat juga, tak boleh terlalu memaksa nati dia bertambah tak suka kat aku. Ermmmm… nak buat macam mana ya?” Otak Rayyan Fahrin ligat memikirkan pelan tindakan memikat isterinya tanpa menyedari dia sudah mengelamun panjang.
Adrianna tersenyum kerana dia sempat menangkap gambar beberapa keping gambar Rayyan Fahrin yang sedang  jauh mengelamun. Gambar Rayyan Fahrin direnung.
“ Hensem juga suami aku ni. Mesti ramai perempuan yang tergila-gilakan dia . Entah-entah player.Manalah aku tahu. Nak kena siasat ni..” Cepat-cepat Adrianna menutup Iphonenya. Gambar –gambar Rayyan Fahrin yang di ambil sekejab tadi akan menjadi rahsia,hanya dirinya saja yang tahu.
“ Ehem ehem, dah sampai mana dah? Ke tengah teringat nostalgia dengan girlfriend lama?” Suara Adrianna membuatkan Rayyan Fahrin sedikit tersentak.
“ Ishh, mana ada Abang mengelamun.” Rayyan Fahrin cuba menafikan pada hal dah terang lagi bersuluh dia sedang memikirkan sesuatu sehingga tidak sedar sudah berapa lama Adrianna sudah berada di sebelahnya.
“ Iyalah tu, tak nak mengaku lagi. I lambai tangan depan muka pun tak sedar.”
“ Takdelah,tadi Abang tengah teringatkan kata-kata Baba.” Rayyan Fahrin melabuhkan punggung di atas dangau yang mengadap ke petak sawah. Dua kakinya dijuntaikan.
Sebaik perkataan ‘Baba’ keluar daripada mulut Rayyan Fahrin, Sepasang mata bundar Adrianna dibesarkan sedikit. Rasa ingin tahu tiba-tiba membuak-buak di dalam hatinya.
“ Baba cakap apa?” Tanya Adrianna tidak sabar.
“ Meh dok sini dulu, jangan takutlah,takkan runtuhnya pondok ni,lainlah kalau Anna ni saiz triple XL.” Rayyan Fahrin menghulurkan tangan.
Mahu tak mahu,Adrianna hulurkan juga tangannya. Rayyan Fahrin meraih pinggang Adrianna membantunya duduk di atas dangau tersebut. Buat seketika, masing-masing hanya membisu. Mata mereka jauh memandang ke hadapan,menikmati pemandangan suasana petang sawah padi yang sedang menghijau. Beberapa ekor burung berterbangan di dada langit. Angin petang meniup rambut Adrianna yang separas bahu dengan lembut. Rayyan Fahrin bersuara,memecahkan kesunyian antara mereka.
“ Cantik tak kat sini?”
Adrianna mengangguk-anggukkan kepala sambil memejamkan mata,menikmati bayu yang menyapa lembut.
“ Anna, boleh Abang minta sesuatu?”
Pertanyaan Rayyan Fahrin membuatkan Adrianna membuka matanya. Dia memandang Rayyan Fahrin dengan dahi sedikit berkerut.
“ Nak mintak apa pulak dia ni? Jangan minta yang bukan-bukan kat sini sudah.” Hati Adrianna berdetik pantas. Suspen juga soalan Rayyan Fahrin ni.
“ Nak apa? You jangan nak mengada-ada kat sini ya!”
“ Boleh tak, jangan cakap i-you,i-you. Honestly, Abang tak suka. Nanti kalau Nek Wan dengar, apa pulak Nek Wan kata.”
“ Kalau I tak nak?”
“ Takde kalau-kalau. Mulai saat ni jugak Abang tak nak dengar i-you,i-you lagi. Bunyi pun lain macam je. Abang ni suami Anna,jadi Anna kena dengar cakap Abang. Kalau Anna tak mahu,Anna tanggunglah dosanya,dosa ingkar cakap suami.”  Rayyan Fahrin bersuara agak tegas.
“ Habis tu takkan nak guna saya-awak,saya-awak.Bunyi macam budak sekolah je.” Adrianna masih cuba menyangkal.
“ Anna panggil Abang,’Abang’ dan Abang akan panggil Anna, ‘Anna’ atau pun ‘Sayang’. Kan lebih mesra tu.
“ ‘Sayang’? eiii tak nak lah. Gedik je bunyi bunyinya. Just call me ‘Anna’. I prefer that.”
“ Kalau Anna guna lagi i-you,i-you, siap! Abang gigit mulut tu!” Rayyan Fahrin memberi amaran.
“ Eiii..takutnya!cedera parahlah mulut I lepas ni kena gigit…” Adrianna cepat-cepat melompat turun dan terus membuka langkah seribu. Dia tahu Rayyan Fahrin akan ‘hangat’ kerana mengejek-ejek percakapannya.
“ Orang serius,dia main-main pulak. Ooooh..dah buat salah nak lari pula ya! Nak pergi mana tu? Anna,tunggu Abang!!!” Rayyan Fahrin mengejar Adrianna yang sudah jauh di hadapan. Dah berbaik ke dia orang ni? Buang tabiat betul, berlari berkejaran di atas batas sawah padi. Takde tempat lain ke?
“ Gotcha!” Rayyan Fahrin merangkul pinggang Adrianna daripada belakang. Adrianna meronta-ronta cuba melepaskan diri,namun tidak berjaya. Rangkulan tangan Rayyan Fahrin terlalu kuat. Rayyan Fahrin menggeletek pinggang Adrianna. Adrianna yang tidak tahan digeletek,ketawa terbahak-bahak sehingga matanya berair-air.
“ Okay! Cukup Bang! Cukup! Anna dah tak tahan lagi!” Adrianna bersuara dengan suara yang termengah-mengah.
“ So dah surrenderlah ni?lain kali nak main-mainkan Abang lagi?” Rayyan Fahrin mencegilkan mata. 
Cepat-cepat Adrianna mengeleng-gelengkan kepala. “ Ya ampun! Kalau Rayyan Fahrin terus mengeletek tadi,rasanya boleh terkencing di dalam seluar!” Adrianna melurut nafas lega sebaik Rayyan Fahrin berhenti mengeletek pinggangnya.
Tiba-tiba, satu suara menyergah mereka berdua. Sergahan itu membuatkan mereka tersentak dan mereka berdua sama-sama berpaling ke arah suara itu. Seorang lelaki tua berdiri tidak jauh dari mereka sambil bercekak pinggang.
“ Hoi! Korang berdua ni buang tabiat ke? Takde tempat lain ke korang nak berasmaradana dan buat adegan Hindustan? Habis batas padi aku rosak!” Lelaki tua itu menuding jari ke arah batas padi yang di maksudkan.
Rayyan Fahrin dan Adrianna memandang sesama mereka kemudian mereka sama-sama memandang ke arah batas padi yang agak ‘lunyai’ mereka kerjakan semasa berlari berkejaran tadi.
“ Err..kami minta maaf Pak Cik,kami mengaku kami bersalah. Kami tak sengaja rosakkan batas padi Pak Cik ni.Macam ni sajalah Pak Cik, bagi saya cangkul tu, saya betulkan balik batas padi Pak Cik ni.” Rayyan Fahrin mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Rasa bersalah mula bertandang di hatinya kerana telah mendatangkan masalah kepada Pak Cik tua tersebut.
“ Ini Anna punya pasallah. Tengok apa dah jadi,tak pasal-pasal Abang kena yang hensem ni kena pegang cangkul. Siap Anna nanti!” Rayyan Fahrin berkata separa berbisik kepada Adrianna.
“ Eh! Apa pulak salah Anna, Abang yang kejar jadi sebagai tindakan reflek,Anna larilah.” Adrianna membalas kata-kata Rayyan Fahrin.Dia juga tidak mahu mengalah. Dengan muka macam lepat pisang basi, Rayyan Fahrin menapak ke arah Lelaki Tua itu mahu mengambil cangkul.
“ Eh! Kamu ni Fahrin kan? Cucu sulung Hajah Kamariah?” Lelaki tua itu merenung Rayyan Fahrin seolah-olah mengenalinya.
“ Ya saya, saya cucu sulung Hajah Kamariah. Kenapa Pak Cik Tanya?Pak Cik kenal saya ke?”
“ Kamu dah lupa ke? Ini Tok Mat,Atuk kawan baik atuk kamu. Wah dah segak kamu ye! Patutlah tak kenal Atuk lagi.”
“ Err Tok, saya mintak maaf,saya tak perasan tadi. Kenalkan ini isteri saya,Adrianna.Kahwin baru sebulan lebih Tok, itu yang buang tebiat sikit tadi tu. Maaf ye Tok.” Rayyan Fahrin menghulurkan salam. Adrianna turut sama menghampiri dan menghulurkan tangannya bersalaman dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Tok Mat itu. Merah padam muka Adrianna.Bukan kerana marah tapi kerana malu.Malu kerana aksi Hindustan spontan tadi rupanya di tonton orang.
“ Baru kahwin. Patutlah,Atuk ingat mamat dengan minah tiga suku mana tadi dok berkejaran kat atas batas padi Atuk ni.Kamu dari mana ni?Itu kereta kamu ke?Berkilat lagi tu,mesti kereta baru. Kereta apa tu? Mesti mahal.Atok tak pernah nampak kereta lagu ni kat sini.” Tok Mat menuding jari telunjuk ke arah kereta di tepi jalan. Sah Tok Mat ni berasal dari Kelantan.
“ Lexus,alah kereta biasa-biasa je.” Hampir tergelak Rayyan Fahrin mendengar pertanyaan Tok Mat.
“ Letchus, nama kereta pun Atok tak pernah dengar.” Tok Mat tersengih sehingga menampakkan giginya yang hanya tinggal dua.
Rayyan Fahrin dan Adrianna menahan ketawa apabila mendengar kata-kata Tok Mat.Sungguh mencuit hati.
Usai membaiki semula batas padi yang ‘lunyai’ tersebut, Rayyan Fahrin meminta diri untuk beredar. Adrianna sudah bersandar di pintu kereta menunggunya sambil tersenyum dengan ibu jarinya ‘thumb up’ ke arah Rayyan Fahrin.
Geram hati Rayyan Fahrin apabila Adrianna mengusiknya begitu.
“ Tengok tu,sempat lagi usik Abang.Takpe malam karang Anna kena picit-picit badan Abang yang leguh-lenguh ni. Ada ke patut Abang yang hensem dengan spek mata Rayban lagi kena menyangkul batas padi di petang yang mulia ni. Anna pulak jadi mandur je,Abang kena jadi buruh paksa. Mana aci?”
“ Aci-aci bukak pintulah.” Adrianna sengaja menambah geram di hati Rayyan Fahrin. Sebaik Rayyan Fahrin menekan alarm kereta, dia terus meloloskan diri ke dalam perut kereta.
Rayyan Fahrin hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Adrianna.
“ Hermmm..boleh tahan loyar buruk bini aku ni.” Rayyan Fahrin berkata pada dirinya sendiri. Yang pasti,hari ini dia mengenali Adrianna dari sudut yang berbeza.Hari ini dia mengenali Adrianna yang periang dan mesra bukan Adrianna yang keras kepala.

P/S: Terima kasih kerana sudi menunggu setiap entry sy. Luv u guys.

Tuesday 13 November 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 24


BAB 24

            Diam tak diam,usia perkahwinan Jeffrey dan Qalisha ,Rayyan Fahrin dan Adrianna sudah mencecah  sebulan. Kerana kesibukan dan hal-hal yang tidak dapat dielakkan,kenduri kesyukuran merangkap kenduri meraikan perkahwinan disebelah keluarga Rayyan Fahrin di Tanjung Karang,terpaksa di tunda seminggu lebih lewat. Esok,Rayyan Fahrin dan Adrianna akan bertolak balik ke Tanjung Karang manakala ahli keluarga Adrianna yang lain akan menyusul pada hari berlangsungnya majlis.
            Usai bersama-sama menikmati minum petang, Datuk Abdullah dan Datin Maimun bergegas untuk keluar. Pada semua orang,Datuk dan Datin memaklumkan yang mereka ada aktiviti di kelab. Sebenarnya,Datuk Abdullah dan Datin Maimun mahu ke House of Hope. Dr.John De Souza,doktor berketurunan portugis dari Melaka merangkap doktor peribadi yang merawat Mary Jane ada menelefon. Setelah mereka berusaha selama bertahun-tahun memberikan terapi kepada Mary Jane, akhirnya Mary Jane mula mahu bercakap. Berita itu cukup mengembirakan Datuk Abdullah dan Datin Maimun, sebab itulah mereka berdua bergegas ke House of Hope.
            Sebaik sahaja Datuk dan Datin beredar, Adrianna pula menyusul ke tingkat atas.Tak lain tak bukan mahu mengelakkan diri daripada bercakap dengan Rayyan Fahrin lah tu! Laju sahaja Adrianna meninggalkan gazebo yang berhampiran kolam renang villa itu menuju ke bilik yang terpaksa dikongsi bersama Rayyan Fahrin dengan alasan mahu  berehat,penat setelah seharian di pejabat.
            Jeffrey pula pulang lambat kerana ada shooting rancangan masakan yang di kendalikannya di sebuah studio di Plaza Alam Sentral,Shah Alam. Sibuk betul chef selebriti kita ni ya!
            Rayyan Fahrin membiarkan sahaja Adrianna berlalu pergi.Dia sendiri sudah kepenatan.Sejak kebelakangan ini, banyak perkara yang terpaksa dia uruskan. Tiga hari lepas,Datuk Abdullah mahu dia dan Uncle Hashim menguruskan hal berkenaan dengan pembelian saham Ocean Blue. Datuk Abdullah telah melantiknya sebagai wakil atau proksi untuk menandatangani pembelian saham tersebut.Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar. Rayyan Fahrin memandang Qalisha yang sedang duduk di tepi kolam. Dua kakinya di juntaikan ke dalam kolam. Sejak bergelar menantu kepada Datuk Abdullah, Rayyan Fahrin belum lagi berkesempatan berbual secara personal dengan isteri Jeffrey,merangkap adik ipar kepada isterinya sendiri.Jadi dengan Rayyan Fahrin,Qalisha  ni kira biraslah kan? Betul tak?
            “ Hai,boleh Abang join?” Tanpa menunggu balasan daripada Qalisha,Rayyan Fahrin melabuhkan punggung di tepi kolam.Dia duduk di sebelah Qalisha dan turut menjuntaikan dua kaki ke dalam kolam sama seperti yang sedang dilakukan oleh Qalisha.
            Rayyan Fahrin menyambung lagi, “ Dah sebulan kita jadi menantu kat villa ni dan kita belum berkenalan secara ‘proper’ lagi kan? Rayyan Fahrin memulakan perbualan.
            Qalisha hanya tersenyum manis hingga menampakkan dua lesung pipit di pipi.
            “ Ah aah, kita belum berkenalan lagi.” Qalisha bersuara dengan gembira. Mahu tak gembira, ada jugak yang sudi berbual dengannya.Sudah sebulan dia kebosanan.Ya bosan tahap tujuh petala langit!
            “ Kalau macam tu biar Abang kenalkan diri secara rasmi dulu. Ehem..ehem..Nama Abang Rayyan Fahrin bin Iskandar,  umur 30 tahun,panggil Abang Fahrin pun boleh.” Rayyan Fahrin menghulurkan tangan untuk bersalam.
 “ Giliran kita pulak. Ehem-ehem…Nama saya Qalisha Bt Qhairil,umur 24 tahun,panggil Qalish je.” Salam bersambut mesra.
“ Abang suami Cik Lebah madu kat atas tu.”
“ Kita pulak isteri Encik Chef Poyo yang sibuk giler tu”
“ Jaga-jaga,chef poyo tu adik ipar Abang,kang Abang repot kat dia baru tau!”
“ Hek eleh! Abang pun sama, jaga-jaga kang Qalish  repot kat ‘Puan Lebah Madu’ kat atas tu. Puan Lebah Madu tu kakak ipar Qalish tau!”
Mereka berdua ketawa mengekek-ngekek bersama apabila mendengar gelaran yang diberikan kepada pasangan masing –masing. Walau pun baru berkenalan, lagak gayanya macam sudah kenal sepuluh tahun.Siap bertepuk tampar lagi.
“ Qalish tak nak panggil Abang ‘Abang Fahrin’ lah.Tak ‘rock’lah bunyinya.”Qalisha bersuara manja. Bukan manja gedik ya! Tapi manja macam adik dengan abang sahaja. Lagi pun si Qalisha ni memang jenis cepat mesra alam,begitu juga dengan Rayyan Fahrin. Qalisha sudah dianggap seperti adiknya sendiri.
“ Habis tu Qalish nak panggil apa? Panggil Abang Long pun boleh.Semua adik-adik Abang panggil macam tu.”
“ Itu pun tak nak jugak.” Qalisha mengeleng-gelengkan kepala.
“ Habis tu nak panggil Abang apa? Jangan panggil Abang ‘sayang’ sudah.Kalau dengar kat Lebah Madu kat atas tu,bengkaklah satu badan Abang kena sengat.
“ Ada ke Qalish nak panggil Abang macam tu! Uwek! Qalish nak panggil Abang ‘Abang Ray’ boleh? Biar lain dari yang lain.Lagi pun tadi Abang dah janji nak jadi Abang angkat Qalish kan?” Qalisha menjelirkan lidah dan mencebik manja.
“ ‘Abang Ray’? ermmm…sedap jugak bunyinya tu. Ok,kalau macam tu,secara rasminya sekarang,mulai saat dan detik ini,Qalish telah menjadi adik Abang. Achaner? Setuju? Ada berani tak?”
“ Ok set! Give me five! No..no give me ten!” Qalisha sudah mengangkat kedua belah tangannya untuk memberi ‘high five’,ops silap! ‘high ten’ kepada Rayyan Fahrin.
Rayyan Fahrin pula menyambut ‘high ten’ Qalisha dengan mesra sekali. Perangai Qalisha hampir sama dengan perangai adiknya Rania yang berada di kampung,Cuma Qalisha lebih kasar dan berambut ‘boyish’sedikit. Spontan Rayyan Fahrin mencubit pipi Qalisha apabila Qalisha menjelirkan lidah dan mencebiknya. Mereka bergelak riang,ketawa bersama.Banyak benda yang mereka bualkan. Sedikit sebanyak rindu Qalisha pada Pak Usu Qhairul terubat apabila bergelak ketawa,bergurau senda dengan Rayyan Fahrin. ‘Abang Ray’ pun kuat menyakat dan cukup sempoi sama seperti Pak Usu. Bezanya Cuma Pak Usu berusia dua tahun lebih tua daripada Abang Ray. Best jugak dapat member kamceng yang sejiwa dan berkongsi minat yang sama.
“ Tipulah..Abang tak percaya yang Qalish ni pomen..” Rayyan Fahrin bersuara masih tidak percaya dengan kata-kata Qalisha.”
“ Abang Ray! Qalish tak tipulah.Kalau tak percaya,Abang Ray boleh tanya Mama ke,Baba ke tak pun Pak Mid. Atau pun Abang Ray nak Qalish tunjukkan bukti.Meh sini bawak kereta yang rosak,start tak hidup ke.Small matter je tu,anytime Qalish boleh repair.”Qalisha mencuit hidungnya sendiri,buat-buat gaya budak angkuh dan berlagak.
“ Okay,nanti Abang nak tengok repair kereta depan Abang.Abang nak tengok ye ke tidak adik Abang yang sorang ni pomen keta.”
Mereka berdua ketawa lagi. Ada sahaja cerita yang keluar daripada mulut mereka seolah-olah mereka sudah kenal lama. Tanpa mereka sedari ada dua pasang mata yang sedang memerhatikan gelagat mereka berdua daripada bilik yang berasingan. Hati dan perasaan empunya dua pasang mata tersebut sudah terbakar,meruap-ruap,berasap-asap apabila melihat kemesraan Rayyan Fahrin dan Qalisha yang bergelak ketawa siap bertepuk tampar lagi.
“ Huh! Dasar jantan gatal,miang! Perempuan itu sama gatal gedik.” Adrianna melihat kemesraan Rayyan Fahrin dengan Qalisha daripada sebalik langsir labuh yang menutupi tingkap bilik.
“ Apasal? Jeles ke?kata menyampah dengan Rayyan Fahrin,tapi kenapa tadi bunyi macam suara isteri yang cemburu tengok suami bermesra dengan orang lain.” Cik Hati sudah bersuara,mencabar tuannya.
“ Dasar perempuan gedik. Dengan aku bukan main menyombong. Dengan Mamat tu boleh pulak ketawa mengekek,siap ‘high five high ten’ lagi. Siap kau Minah Kampung. Jangan ingat kau boleh main-mainkan aku. I’ll make your life miserable after this!”
“ Yang ni apa kes? Cemburu jugak ke?” Minda dan Hati bergabung tenaga bertanyakan soalan yang sama.
Dari tingkat atas, Jeffrey hanya memandang kemesraan Rayyan Fahrin dan Qalisha di tepi kolam dengan pandangan yang tajam.Dia hanya berdiri di balkoni dengan perasaan sakit hati dan geram. Niatnya tadi hendak mengambil angin di luar balkoni sambil melepaskan tekanan kerja.Pengambaran terpaksa di batalkan kerana pengarah fotografi,siapa lagi kalau bukan si Luqman mendapat panggilan telefon kecemasan daripada ahli keluarganya. Bapa Luqman diserang sakit jantung secara mengejut,jadi shooting terpaksa di batalkan.  Jadi, Jeffrey balik awal kerana shooting telah ditunda esok.Tidak sangka pula, niat mahu melepaskan tekanan rupa-rupanya menambah tekanan yang ada. Langsung Jeffrey tidak menyangka akan adegan kemesraan Rayyan Fahrin dan Qalisha di tepi kolam dapat di tonton secara ‘live’ di depan mata. Alah, bukan apa pun.Bila ego dan cemburu bergabung tenaga,semuanya nampak yang buruk sahaja.Pada hal Rayyan Fahrin dan Qalisha hanya duduk bersembang saja. Wah ini sudah bagus! Ada orang jeles tahap gaban tapi tak nak mengaku dalam hati sudah ada taman. Atau mungkinkah tuan punya punya diri tidak sedar yang dalam hati sudah ada taman?
“ Ini rupanya kerja kau masa aku takde kat rumah ye Qalisha…siap kau nanti.” Jeffrey sudah berkira-kira mengenakan Qalisha dengan teruk. Tiba-tiba,fikirannya teringatkan tentang ‘lingerie’ yang dibeli di Seoul hari tu,khas untuk mengenakan Qalisha. Jeffrey sudah tersenyum sendirian. Entah apa akal gila yang muncul di minda,yang pasti Qalisha bersedialah kau ,Jeffrey mahu melancarkan serangan berani mati terhadapmu!
Lantas, Jeffrey menapak menuju ke arah dressing room. Pintu dressing room dibuka dengan kasar. Otaknya ligat memikirkan idea yang akan digunakan untuk mengenakan Qalisha. Dia mahu kemenangan berpihak kepadanya. Seketika kemudian, beg kertas yang berisi gaun tidur dan lingerie seksi temui di tempat yang agak tersorok.Siapa lagi yang menyorokkan ‘benda alah’ tersebut kalau bukan dirinya sendiri.
Jeffrey membuka beg kertas tersebut dan merenung isi kandungan beg kertas itu dengan akal yang berselirat. Jeffrey tersengih-sengih sendirian.Akalnya sudah mencerna apa yang akan dilakukannya selepas ini. Dia mahu gunakan kuasa veto sebagai suami ke atas Qalisha dan memaksa memakai gaun tersebut. Gambaran kemesraan Qalisha dan Rayyan Fahrin sebentar tadi masih memenuhi segenap ruang mindanya.
“ Jaga kau ‘Minah Kampung’, aku akan kenakan kau cukup-cukup”.Kata-kata itu bergema di dalam hati Jeffrey.
Jeffrey memegang beg kertas berwarna hitam itu dan dengan serentak, langkah kakinya diayun kearah pintu yang menghubungkan biliknya dan dressing room. Dia mahu keluar dan membersihkan diri sebelum melancarkan serangan ke atas Qalisha. Pintu dressing room di buka perlahan-lahan,takut juga kalau-kalau Qalisha akan menyedari kehadirannya di situ. Jeffrey menjengukkan kepalanya keluar mahu  memastikan sama ada Qalisha sudah masuk ke dalam bilik atau tidak.
“ Fuh lega! Minah Kampung tu belum masuk lagi.” Jeffrey terus melangkah keluar daripada dressing room. Dia menapak ke arah ruang menonton tv di dalam bilik yang mewah dan luas lalu beg kertas di tangannya di letakkan di atas sofa dua tempat duduk.
Tiba-tiba pintu bilik di buka daripada luar dan kelihatan Qalisha dengan selamba melangkah masuk. Tindakan Qalisha itu membuatkan Jeffrey yang baru hendak melangkah ke arah bilik air memalingkan badan. Jeffrey agak terkejut lalu dengan spontan mulut yang tiada insurans bersuara.
“ Tak reti nak bagi salam ke? Main redah je! Takde adab langsung.”
Qalisha juga agak terperanjat melihat Jeffrey ada di dalam bilik. Lebih terperanjat lagi bila terus di sembur sebaik pintu di tutup.
“ Erk! Bukan ke Chef Poyo ni ada pengambaran.Sepatutnya dia ada di Shah Alam .Mama yang cakap dengan aku tadi.” Qalisha bermonolog di dalam hati. Hatinya turut berasa hangat semacam. Mulut Qalisha turut spontan menjawab.
“ Habis tu yang di sana tu dah cukup adab ke? Ke dah terlebih adab?” Qalisha membalas pandangan Jeffrey.
“ Paku dulang paku serpih.,mengata orang dia yang lebih.” Qalisha berkata seolah berbisik pada dirinya sendiri.
Jeffrey sudah mula hangat.Walau pun perlahan,dia mendengar kata-kata Qalisha itu dan dia tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya.
“ Apa kau cakap? Cuba kau ulang sekali lagi.” Jeffrey sudah menapak menghampiri Qalisha.
“ Alamak! Chef poyo dah bertukar menjadi king kong! Baik aku cabut. Erk! Mana aku nak lari ni?” Mata Qalisha melilau ke kiri dan ke kanan.
Qalisha memusingkan badan ke belakang. Satu-satunya perkara yang terlintas di dalam fikirannya ialah keluar daripada bilik itu.Dia meluru ke arah pintu sepantas mungkin. Namun, Jeffrey sudah mengagak apa yang akan di lakukan oleh Qalisha. Pengalaman sebagai ‘sprinter’ terbaik sekolah pada zaman persekolahan digunakan sebaik mungkin. Jeffrey lebih laju berlari ke arah pintu bilik. Dia terlebih dahulu berjaya menghadang pintu lalu menguncinya. Dua tangannya pula mencengkam lengan Qalisha dengan kuat.
“ Mana kau nak lari hah?Oooo..jadi inilah kerja yang kau buat bila aku takde kat rumah ye!Jeffrey menguatkan lagi cengkaman pada lengan Qalisha. Hatinya membara dan panas.
“ Apa hal kau ni? Bulan mengambang? Ke hormon tak stabil? Lepaslah! Sakit tau tak! Lagi satu,kerja apa yang aku buat?sejak bertukar status ‘cik’ kepada ‘puan’, hari-hari aku kerja tanam anggur saja kat villa ni.” Qalisha turut sama membentak.
“ Kau jangan nak loyar buruk dengan aku ya!Yang tadi tu apa? Dengan mata kepala aku sendiri aku nampak bukan main mesra kau dengan Fahrin berdua-duaan di tepi kolam.Siap bertepuk tampar,cubit-cubit pipi pulak. Kau ada ‘affair’ dengan dia ke?” Bertambah hangat dan sakit hati Jeffrey mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Qalisha.
 “ Kau ni kenapa? Tiba-tiba nak hangin kat aku. Salah ke aku bercakap dengan Abang Ray? Dia bukan orang lain pun,Abang ipar kau jugak. Kau siapa nak halang aku? Aku punya sukalah nak bercakap dengan siapa pun.” Qalisha semakin hangat.Geram sungguh hatinya apabila di tuduh sebegitu.
“ Aku siapa kau cakap! Cuba kau jawab soalan aku ni,siapa aku pada kau?” Jeffrey memandang tepat ke dalam mata Qalisha. Anak mata mereka bertembung. Kedua-duanya di landa kemarahan seperti lava yang sedang mengelegak. Qalisha hanya mendiamkan diri,dadanya berombak kencang menahan kemarahan.
“ Kau pekak ke?jawab soalan aku! Siapa aku pada kau?” Jeffrey menjerkah Qalisha.
Qalisha tersentak . Seumur hidupnya inilah kali pertama dia dijerkah sebegitu kuat di depan muka lagi.
“ Dia ni gila ke apa? Ini sudah lebih. Nenek dan Pak Usu pun tidak pernah jerkah aku macam ni! Nak pecah gegendang telinga aku. Dah lah air liur pun terpercik sama. Qalisha bermonolog di dalam hati.
“ Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak jawab soalan aku tadi.” Jeffrey mengetatkan cengkaman pada lengan Qalisha. Dia mendekatkan mukanya. Anak matanya tajam menikam ke dalam anak mata Qalisha.
Qalisha tahu dia terpaksa mengalah. Tergagap-gagap dia menjawab soalan Jeffrey.
“ Kau..kau…kau..”
“ Kau apa!” Sekali lagi Qalisha disergah.Huh! Suka betul menjerkah orang Si Jeffrey ni.
“Kau suami aku!” Laju mulut Qalisha menjawab apabila disergah.
“ Kalau aku ni suami kau, kenapa dengan aku kau buat ‘dert’ je sedangkan dengan ‘Abang Ray’ bukan main mesra lagi. Ingat Qalisha, syurga kau di bawah tapak kaki aku. Kau nak tanggung dosa ke? Kalau aku tak redha….”
Dengan pantas Qalisha memotong perkataan yang keluar daripada mulut Jeffrey. Bila keluar bab dosa pahala,kecut juga perutnya buat seketika. Qalisha tahu sebagai isteri dia tidak seharusnya meninggikan suara dan melawan cakap suami. Sebelum berkahwin dulu pun,sudah berjela-jela tazkirah disampaikan oleh Nek Jah kepadanya.
“ Look Jeff, I’m so sorry kalau kau tak suka aku bercakap dengan Abang Ray. Aku betul-betul tak faham,pasal apa yang kau ‘hot’ sangat.Tak masuk akal tau tak. Kau pun tak sukakan aku.Cuba kau bagi tiga sebab kenapa kau tak suka aku bercakap dengan Abang Ray.” Spontan sahaja mengajukan pertanyaan.Suaranya juga sudah mengendur sedikit.
“ Tiga je? Kalau kau nak,sepuluh pun aku boleh beri. Listen carefully my dear,first,I’m your legally wedded husband,second,you’re mine,third,kau kena dengar cakap aku kalau tak aku tak akan maafkan kesalahan kau.Tadi pun bukan main kau tinggikan suara kat aku.” Jeffrey menepuk-nepuk pipi Qalisha.
‘You’re mine.’ “ Possesisve giler dia ni. Ingat aku ni barang ke? Sorilah bro, tak sengaja tinggi suara kat engko.Dah yang kau jerkah-jerkah aku tu apa citer?” Qalisha bersuara perlahan seperti berbisik sambil mengetapkan gigi.
“ Apa kau cakap?”
“Err…takde apa-apa. Aku cuma cakap, aku minta maaf. Boleh lepaskan lengan aku tak? Sakit tau tak!”
“ Macam tu ke orang kampung minta maaf?bunyi tak ikhlas langsung. Kalau kau nak aku maafkan kau dan lepaskan kau…kau kena rendahkan ton suara tu. Lagi satu, mulai hari ini, kau tak boleh panggil aku,’kau’ lagi.”
“ Habis tu kau nak aku panggil kau apa?hubby?darling?honey bee?sayang?kanda?” Qalisha mencebik.Loya tekak mahu menyebut semua panggilan ‘manja’ tersebut.
Jeffrey menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan semua panggilan yang disebut oleh Qalisha.
“ Aku pun gelilah dengar semua panggilan yang kau sebut tadi.Apa yang sesuai ye….ermmm.Okay,mulai sekarang ni,aku nak kau panggil aku ‘Abang’. Cuba panggil sekarang,aku nak dengar. Sebagai denda kau meninggikan suara tadi,aku nak pujuk rayu aku supaya maafkan kau.” Jeffrey mengangkat-angkat keningnya.Kata-katanya sebenarnya lebih berbau cabaran kepada Qalisha. Jeffrey menyambung lagi.
“ Cepat,I’m waiting.Kalau aku cair dengan pujuk rayu kau tu ,I’ll let you go.”
“ Kalau aku tak mahu kau nak buat apa?” Qalisha mula berasa cuak dan tidak selesa.
“ Kalau tak nak sudah,but I ‘m your husband and I ….” Kata-kata Jeffrey tergantung begitu sahaja. Tiba-tiba Jeffrey menundukkan badan dan secara drastik, dia merangkul lutut Qalisha dengan kedua-dua belah tangannya.Sepantas itu juga dia memikul Qalisha di atas bahunya dan menapak ke arah katil yang bersaiz king.
Qalisha amat terkejut dengan tindakan Jeffrey yang tidak di duga itu.
“ Apa yang kau nak hah? Turunkan aku sekarang jugak!” Kedua-dua tangan Qalisha memukul-mukul belakang Jeffrey sekuat hati.
Jeffrey tidak menghiraukan kata-kata Qalisha.Senak belakang yang di pukul oleh Qalisha hanya di tahan. Tangan kanannya menepuk-nepuk punggung Qalisha dengan sengaja.
“ Aku nak kau. Sebab kau ni isteri yang degil,aku nak jalankan tanggungjawab aku sebagai suami sekarang jugak!”
Kecut perut Qalisha apabila mendengar ayat ‘aku nak kau’ yang keluar daripada mulut Jeffrey. Minda Qalisha ligat memikirkan sesuatu.  Wahai idea cepatlah kau datang, jangan pulak di saat-saat genting ni kau nak menyepikan diri.
“ Okay,Abang,please let me down.” Qalisha bersuara selembut mungkin. Hatinya berdoa supaya Jeffrey menurunkannya.
“ I’s too late dear. I want to claim my right now.” Jeffrey bersuara selamba.
“ Please Jeff, I’ll do anything but please let me down okay.”
“ Anything? Anything is a big word.Careful my dear.” Jeffrey masih lagi berlagak control macho dan jual mahal.
“ I  promise,I’ll do anything but please Jeff let me down.” Qalisha bersuara manja tanpa disedari, melontarkan pa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa memikirkan impak kata-katanya.
“ Okay, sebab kau dah berjanji.Kau kena ikut semua cakap aku.” Jeffrey sudah gelak tergolek di dalam hati.
“ Okay,aku janji.”
“ Panggil aku ‘abang’ sekarang.” Jeffrey bersuara mula menggiat Qalisha.
“ What!”
“ Nak turun ke tak nak?”
“ Nak…”
“ Kalau nak turun cepat panggil’ abang’”
“ Abang!”
“ Lembut dan manja sikit.”
“ Abaaangggg…” Qalisha mencebik di dalam hati. “ Whateverlah,janji dia tak ‘ngap’ aku.”
“ Ulang cakap aku. I love you. Buat ala-ala gedik sikit.”
“ I love you.” Ulang Qalisha.
“ Lagi sekali tak dengar.”Jeffrey mengarah.
“ I love you….please say you love me too,these three words that could change our live forever,and I promise you that we will always be together…till the end of time.”
“ Woi! Apa benda yang kau melalut tu Qalisha? Sampai lirik lagu Celine Dion masuk sekali. Sengal betul bini kau ni Jeffrey.” Miss Heart berkata.
“ What? Lagi sekali tak sempat nak dengar.” Jeffrey terus menggiat.
“ I love you,Jeffrey..I love you.” Lembut Qalisha bersuara.
Terbuai Jeffrey mendengar suara Qalisha yang lembut serak-serak basah. Mana tak serak kalau dok bertekak sejak dari tadi lagi. Jeffrey menurunkan Qalisha dengan menghempaskan Qalisha di atas tilam empuk sehingga badan Qalisha melantun.
“ Adoi..boleh terpeleot urat pinggang aku.Kurang asam Jawa kau chef Poyo! Tak pe..hari ini hari kau, takpe..takpe..buah kelapa atas bas, tak mengapa nanti aku balas!”
 Qalisha cepat-cepat bangun dengan sepantas kilat. Dia mahu keluar daripada bilik itu dengan secepat mungkin.
“ Nanti dulu!Mana kau nak pergi.”
“ Apa yang kau nak lagi?” Qalisha bersuara.
“Ehem-ehem..” Jeffrey sengaja berdehem-dehem.
“ Err..apa yang Abang nak? Boleh saya tolong.” Qalisha membetulkan ayat apabila Jeffrey mencegilkan matanya.
“ Ha,macam itulah. Abang nak panggil ‘Qalish’ mulai daripada sekarang, kecuali in public.Qalish tahukan kenapa?” Jeffrey bermain kata.
Qalisha mengangguk kepalanya laju.” Apa lagi yang chef poyo ni nak?” Suara bergema di dalam hati.
“ Tadi Qalish cakap ,you will do anything kan? So tonight, Abang nak Qalish pakai ni. Abang belikan hadiah ni khas untuk isteri Abang yang comel ni.” Jeffrey mula melakonkan watak hero filem cinta,Ombak Rindu 2-Haron Aziz. Beg kertas yang berisi gaun tidur dan pakaian dalam seksi dihulur kepada Qalisha. Cannot say no,ingat tu..kalau tak Abang ‘kerjakan’ Qalish malam ni jugak.
Laju tangan Qalisha mencapai beg kertas yang berwarna hitam itu.
“ Hek eleh! Setakat nak suruh pakai baju tu anytime boleh. Mesti dia nak suruh aku pakai baju bercirikan perempauan melayu terakhir. Mentang-mentang penampilan aku macam tomboy,kau nak suruh aku pakai baju kurung,blaus,skirt bagai. ,No hal bro!jangan kau tergoda dengan keayuanku sudah.” Qalisha membuat andaian sendiri. Tiba-tiba Jeffrey bertindak merampas semula beg kertas di tangan Qalisha.
“ Chop! Tak boleh tengok sekarang.Nanti tak surprise.Malam nanti baru Abang bagi hadiah ni. So see you tonight. Qalish boleh keluar sekarang.Abang nak mandi..kalau Qalish nak join punAbang lagi suka.” Itu dia Chef Romeo sudah bermain kata.
Sepantas kilat Qalisha bangun dan terus berdesup keluar daripada bilik yang menyesakkan nafasnya itu. Sebaik pintu bilik di tutup,Qalisha meraik nafas lega.
“ Agaknya  baju apa yang chef poyo nak suruh aku pakai tu ya? Korang tahu tak? Kalau tahu bagi klu kat aku sikit.Boleh aku bersedia apa yang patut.”
Sebaik sahaja Qalisha keluar daripada bilik,Jeffrey terus ketawa tergolek di atas katil.
“ Yes! Jaga kau ‘Minah Kampung’ aku akan kenakan kau cukup-cukup malam nanti. Otak Jeffrey cuba membayangkan rupa Qalisha yang berambut pendek dan berimej tomboy memakai baju gaun tidur tidur seksi. Jeffrey sudah ketawa berdekah-dekah seorang diri. Mengikut rancangan Jeffrey ,dia mahu mengetawakan Qalisha sekuat hati dan mengejek Qalisha apabila Qalisha memakai gaun tidur tersebut. Apakah yang akan terjadi nanti? Adakah perancangan Jeffrey berjalan lancar? Kita tunggu dan lihat ya.



P/S: Terima kasih kerana sabar menanti sambungan...macam biasa komen skit...luv u guys!