Total Pageviews

Tuesday 25 September 2012

NAK TANYA KORANG NI...BAGILAH FEEDBACK KAY..

KORANG LEBIH SUKA COUPLE MANA?

ADRIANNA N RAYYAN FAHRIN KE QALISHA N JEFFREY...BAGILAH FEEDBACK SKIT KAT KITA...

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 16


BAB 16

            Di bilik yang satu lagi pulak….
Konfrantasi Adrianna dan Rayyan Fahrin baru bermula. Sampai sahaja di dalam bilik,Adrianna membuka tudung dengan kasar dan selendang yang sedondon dengan baju kebaya akad nikah tadi dihempas kasar ke atas katil. Dia terasa sangat geram dan marah, seolah-olah masih tidak percaya lelaki itu adalah Rayyan Fahrin..ye..lelaki yang telah pun sah menjadi suaminya. Oleh kerana terlalu geram habis semua bantal dan patung-patung beruang comel yang selalu menjadi peneman tidur di balingnya ke lantai. Nasiblah kau beruang comel…tuan kau tengah mengamuk sakan tu. Sabar..bawak-bawak bertenang ye..
Di luar pintu pula, Rayyan Fahrin sedang mengumpul kekuatan dan keberanian untuk berdepan dengan isteri yang baru beberapa jam dinikahinya.
“ Rileks Fahrin..ingat apa yang bapak mertua kau pesan. Jangan cepat mengaku kalah.”
Dengan berbekalkan sedikit keberanian, Rayyan Fahrin membuka pintu  bilik. Sebaik pintu bilik terbuka..’bukk!’
            “ Adoi..apa ni sayang..mana aci macam ni? Main baling je..nasib baik patung beruang je..kalau pasu bunga ,mahu benjol dahi abang. Karang tak hensem lagi abang…suami sapa, suami sayang jugak….” Belum apa-apa seekor beruang comel tepat mendarat di muka Rayyan Fahrin.  Nak buat macam mana,itu baru permulaan. Tabahkan dan cekalkan hatimu Rayyan Fahrin. Man jadda wajada! Ini pun sebahagian daripada perjuangan fisabilillah jugak ni.
            “ Apa sayang-sayang! Tak hingin aku!” Adrianna terus menyinga setelah mendengar suara Rayyan Fahrin. Sebenarnya tadi tu bukan sengaja dia nak membaling patung beruang ke muka Rayyan Fahrin. Tak sengaja terbaling. Rayyan Fahrin bukak pintu at the wrong time waktu Adrianna sedang melepaskan geram.
 “ Amboi mulut tu..sedap sungguh bahasa sayang. Tergoda abang. Rasa nak gigit-gigit mulut comel tu. Kalau selalu sayang buat mulut macam tu, nanti tak keluar bilik abang.  Seksi sungguh abang nampak bila sayang buat muncung macam tu.” Beruang comel yang dilemparkan tadi di kutip. Rayyan Fahrin mendekati Adrianna yang masih menyinga.
“ Lepas ni, sayang tak perlukan beruang-beruang comel ni untuk menjadi peneman tidur..Abangkan ada..”  Rayyan Fahrin sengaja membisikkan kata-kata yang dia sendiri tahu akan menambahkan suhu magma di hati Adrianna.
Buntang mata Adrianna sebaik sahaja mendengar kata-kata Adrianna. Hati-hati Fahrin, gunung berapi dah nak meletus tu! Baik kau blah..selamatkan diri dulu. Rayyan Fahrin berlalu ke arah built –in closet  yang terletak di kanan bilik. Awal-awal lagi Mak mertua terchenta sudah memberitahunya, semua keperluan ada dalam closet tersebut. So, tak payah nak bersusah-  payah mencari. Bagus betul dapat mertua macam ni. Bukan senang nak jumpa orang kaya yang tak berlagak . Dahlah kaya, baik hati dan merendah diri pulak. Kira rezeki tersepak untuk kau Fahrin. Sehelai tuala di capai dan dia terus berlalu ke arah bilik air sambil mengenyitkan mata kepada Adrianna, sengaja menambah lagi suhu ke takat didih.
Sambil berlalu ke bilik air sempat lagi dia menyakat Adrianna, “ Tak nak join abang ke? Anna siapkan sehelai t-shirts dan kain pelikat untuk abang... Abang belum kerjakan solat Isya’ ni..kalau abang keluar, baju dan kain pelikat takde, Anna yang abang kerjakan nanti.” Wah hebat kau Fahrin, dalam sakatan..(eh.. ada ke perkataan ni ah lantak janji sempoi. Sori ye cikgu BM..) ada arahan yang tegas..Satu  flying kiss diberi kepada Adrianna. Woohoo..caya lu bro! lepas ni gerenti Adrianna geram tahap maksimum kuasa lapan!
Sebaik Sahaja kelibat Rayyan Fahrin hilang di sebalik pintu, Adrianna mengambil sebiji bantal lalu menekupkan muka. Apa ke hal ni Anna? Takkan nak commit suicide pulak! Dosa besar tu! Tak cium bau syurga. La..ingatkan apa tadi.Nak menjerit rupa dia. Inilah contoh KL menjerit yang sebenar.
            “ Arghhhhh! Tenang Adrianna..control marah kau. Kang muda-muda dah dapat darah tinggi.Cool.. chill out girl!..inhale..exhale…tarik…hembus…kau kena bersabar banyak-banyak. Memang dia saja nak test kesabaran kau. Kalau kau marah, maka tercapailah objektif dia. Memang itu pun tujuan dia kan..saja nak buat kau marah. So sekarang ni..kau pergi ambik  baju dan kain pelikat yang dia nak tadi. Ingat Anna, dia lelaki,kau perempuan. Apalah sangat kudrat kau ada nak lawan dia. Sekarang ni yang penting strategi..nak lawan Rayyan Fahrin pakai kekuatan buang karan namanya. Nak lawan dia..you have to use your brain Anna.” Ha.ha..ha..itu dia Si Fikiran jahat sudah mari!
            “ Takpe Fahrin,ada ubi ada batas,ada lori ada bas, ada boeing ada airbus! Ada hari pasti akan ku balas!..” Adrianna terus menapak ke arah closet. Dia tahu baju-baju dan semua keperluan Rayyan Fahrin telah disediakan oleh Mamanya. Semalam dia nampak Asih dan Tuty memasukkan semua pakaian Fahrin ke dalam closetnya. Kalau diikutkan hati, tak hingin dia nak berkongsi almari dengan mamat kerek perasan bagus tu. Tapi bak kata pepatah,ikut hati mati,ikut rasa binasa, sakit jiwa kacau dan merana. So apa yang penting sekarang adalah strategi,strategi,strategi dan strategi macam mana nak mematahkan serangan musuh.
            “ Huh..lama giler Mamat kerek ni mandi. Mandi ke buat iklan Rejoice kat dalam tu? Ke tertidur dalam jakuzi? Maklumlah orang kampung, mana pernah jumpa jakuzi. Jumpa tab mandi pun dah kira bagus.” Sementara menunggu Rayyan Fahrin keluar,sempat lagi Adrianna mengutuk Rayyan Fahrin.
“ Mengutuk ke menghina tu Anna? Sewaktu je bunyinya. Hati-hati dengan mulut tu, nak jadi isteri derhaka ke? Tak cium bau syurga nanti. Ingat kau tu dah jadi isteri dia.Syurga kau di bawah telapak kaki lelaki yang bernama Rayyan Fahrin. Ingat pesan orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Minda sedar berbicara.
            “ Baik aku ‘landing’ kejap sementara tunggu mamat kerek ni keluar.Mandi kemain lama mengalahkan anak dara..” Tanpa disedari Adrianna terlena di atas katil sambil mengiring,masih lagi dalam baju kebaya yang di pakai semasa majlis akad nikah tadi. Oleh kerana terlalu letih dan jam sudah menginjak ke pukul 2.00 pagi, ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal, apa lagi sekejap sahaja Adrianna terus belayar ke alam mimpi.. Lagi satu, Adrianna ni pantang jumpa bantal, kejap aje boleh terus terlena. Tambah pulak badan penat, mata mengantuk, apa lagi bom atom meletup pun tak ingat dunia dah.
            Bunyi Azan yang sayup-sayup kedengaran mengejutkan Adrianna dari lena. Matanya masih berat  seolah ada magnet yang sedang menarik matanya supaya terus tertutup. Rasa mengantuk yang teramat sangat sampai nak bukak mata pun  susah. Dalam keadaan mamai, Adrianna cuba mengingati semula apa yang berlaku. Seingatnya tadi, hampir pukul 2.00 pagi dia masih hangin satu badan dengan Fahrin. Tunggu punya tunggu, sampai sudah tak keluar daripada bilik air.
            “ Eh..apasal Cico keras semacam je ni?”
 Dalam cahaya yang samar-samar, Adrianna mencelikkan mata. Dia menenyeh-nyenyeh mata yang masih mengantuk. Sebaik matanya celik, jantungnya berdegup laju! Patutlah keras semacam! Rupanya bukan Cico, si patung beruang besar yang di peluknya tapi Rayyan Fahrin! Buntang mata bundarnya apabila dia elok-elok ‘landing’ cantik di atas  dada Fahrin yang tak berbaju. Tangannya laju memetik suis lampu meja yang terletak di sisi katil. Jantung ni pun satu, time-time macam nilah dia nak masuk lumba lari. Slow-slow sikit wahai jantungku..kang tak pasal-pasal kau terlompat keluar arwah terus aku!
“ Masyaallah! Apa aku dah buat kat dia? Eh.. tak pembetulan, apa dia dah buat kat aku? Eh..tunggu jap..tadi aku tunggu dia keluar daripada bilik air .Lepas tu aku ‘landing’ kejap, aku pakai baju kebaya lagi masa tu…eh bila masa pulak aku tukar baju tidur ni? “ Darah tiba-tiba menyirap ke mukanya. Adrianna bagaikan mahu histeria apabila memandang badannya hanya tersarung baju tidur kain satin bertali halus berwarna biru muda. Dahlah tak berlengan, nipis dan separas peha pulak tu.Seksi gila!
“ Baju ni memang baju aku, tapi aku takkan hilang akal pakai baju macam ni depan Mamat kerek ni….arghhh…!!!!!” Adrianna menjerit sekuat hati dan serentak dengan itu dia apa saja yang boleh di capai lalu di balingnya Rayyan Fahrin yang sedang tidur pulas. Beruang-beruang comel, jam loceng, majalah,buku, semuanya terbang melayang ke arah Rayyan Fahrin.
Sebaik mendengar jeritan nyaring Adrianna, mata Rayyan Fahrin terus terbuka luas. Automatik dia bangun daripada katil dan mencampakkan comforter ke lantai. Terkejut beruk Rayyan Fahrin apabila melihat barang-barang melayang ke arahnya. Dengan mulut memaki hamun Rayyan Fahrin, Adrianna terus mencampakkan barang dan tiba-tiba Adrianna berhenti dengan nafas yang tercungap-cungap. Marah Adrianna sampai tahap maksimum apabila dia ternampak Rayyan Fahrin hanya memakai seluar boxer pendek giler!
“ Apa kau dah buat kat aku! Dasar jantan tak guna! Kau ambil kesempatan kat aku masa aku tak sedar!” Adrianna terus menghamburkan kemarahan kepada Rayyan Fahrin. Tak cukup dengan patung beruang, majalah, jam loceng, di capainya lagi novel-novel tersusun cantik di atas di sisi katil lalu terus di baling kepada Rayyan Fahrin.
Satu! Yea..tak kena. Dua..sempat tangkap! Tiga..yes! tak kena lagi.empat..boleh elak lagi…lima..adoi Anna..dahlah tu yang..benjol dah ni kepala Abang! Anna sayang, bawak bertenang, mengucap..cuba bagi tahu Abang apa dah buat sampai sayang mengamuk macam ni sekali. Tengok tu, kesian jam loceng tu. Habis terburai isi perut dia. Abang rasa dah arwah jam loceng tu..” Kedua-dua tangan Rayyan Fahrin masih berada di posisi menahan macam perisai.
“ Sudah tahu lagi mau tanya! What did you do to me last night? How come we end up on the same bed!” Adrianna bersuara lantang.
“ La..pasal tu rupanya. Abang ingatkan pasal apalah tadi..” Rayyan Fahrin mengurut dada lega. Rayyan Fahrin tersengih. Sebenarnya bukan setakat tersengih lagi dah. Dia dah gelak tergolek di dalam hati.
Sebenarnya tiada  apa yang berlaku pun. Lepas mandi dah pun pukul 2.00 pagi. Sebaik keluar daripada bilik air, Dia ternampak Adrianna sudah tertidur di atas katil, masih berkebaya ayu. Dia cuba mengejutkan Adrianna berkali-kali tapi mungkin kerana keletihan ,lena betul si Adrianna tidur. Tidur pulas tak ingat dunia! Tiba-tiba akal jahat yang tak berapa jahat muncul. Yelah kalau betul-betul jahat, Rayyan Fahrin dah ‘ngap’Adrianna. Tapi, Rayyan Fahrin ni lelaki budiman tau, takkan ambil secara memaksa walau pun dah terang lagi bersuluh Adrianna memang dah menjadi haknya yang sah. Jadi, nak dijadikan cerita, apa lagi Rayyan Fahrin terus menyelongkar closet Adrianna mencari baju tidur yang paling seksi dan yang baju tidur satin tanpa lengan bertali halus itulah yang dia jumpa. Korang pun tahulahkan apa yang berlaku selanjutnya. Rayyan Fahrin menukarkan baju Adrianna dengan berhati-hati. Korang jangan nak jadi otak kuning ye.. Rayyan Fahrin tutup lampu tau! Tak caya? Bukan apa, dia takut tergoda. Gentleman gentleman jugak, kalau dah rezeki di depan mata tak tertolak weh..kucing dengan ikan takkan pejam mata saja, betul tak? Itu kucing dengan ikan, apatah lagi Rayyan Fahrin lelaki  yang punya naluri dan keinginan yang sama. Dah memang fitrah kejadian manusia begitu.Purposely memang Rayyan Fahrin nak Adrianna fikir mereka dah ehem-ehem…sebab itulah dia sengaja tidur pakai boxer je. Lepas tu dia baring sebelah Adrianna, tidur satu comforter. Itulah ceritanya. Tapi yang bab Adrianna peluk Rayyan Fahrin tu..Adrianna sendiri yang buat. Bukan salah Rayyan Fahrin ye. Rayyan Fahrin sendiri tak sedar bila masa Adrianna peluk dia pun, dia tak tahu. Fuh! Aku dah ceriter detail dah kat korang macam mana Rayyan Fahrin dan Adrianna end-up on the same bed. Penat rahang aku ni tau..anyway berbaloi gak sebab tengok tu..korang tersenyum-senyum tu apa kes? Back to kisah mereka berdua ni…
“ You..you!” kata-kata Adrianna terhenti di situ, Speechless bila mendengar jawapan selamba Rayyan Fahrin.
“ Yang Anna marah sangat ni kenapa?  Abang rasa apa yang berlaku semalam tak salah pun. Kitakan dah kahwin, Semalamkan wedding night kita. Takkanlah nak habiskan wedding night kita dengan bertekak je..rugilah. Lagi pun, Anna yang goda Abang dulu tau! Abang tak buat apa-apa pun! Anna tau tak..semalam Anna telah meragut keterunaan Abang yang abang jaga selama tiga puluh tahun.. Sebab Anna adalah isteri Abang, maka Abang dengan rela menyerahkan mahkota berharga Abang sebab Anna adalah isteri Abang…jangan kau persiakan diriku…” Rayyan Fahrin sengaja menayang muka sedih. Entah mana datang ayat tu dia sendiri pun tak tahu. Spontan sahaja keluar. Tak kisahlah sebab dia tahu Adrianna memang sakit hati bila dengan kata-katanya itu dan memang itulah tujuannya.
Buk! Seekor beruang comel dengan jayanya mendarat di muka Rayyan Fahrin. Ala..beruang comel lagi,cuba baling angsa ganas ke baru kaw!
“ Kau ni giler ke apa! Bila masa pulak aku goda kau! Kau ni kan memang…memang…memang…” Adrianna terus meluru ke arah Rayyan Fahrin yang sedang berdiri di birai katil. 
Bagi Adrianna pada waktu itu, apa nak jadi, jadilah. Tunggu kau Mamat kerek akanku cekik kau sampai dapat! Tapi malangnya kakinya tersadung pada comforter di atas lantai lalu terus ter’landing’ dan merempuh cantek Rayyan Fahrin yang terpacak di birai katil. Akibat daripada ‘pendaratan cemas’ tersebut, Rayyan Fahrin tidak sempat membuat apa-apa selain daripada memeluk isteri terchenta dengan kemas. Adrianna selamat mendarat di atas badan Rayyan Fahrin, Kedua-duanya terjatuh ke atas katil dan pendaratan cemas itu menyebabkan bibir mereka bercantum kemas. Seakan ada cas elektrik yang mengalir sehinggakan mata mereka saling berbalas pandangan dan mereka kaku seketika.Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Yang pasti buat seketika Rayyan Fahrin dan Adrianna hanyut dalam renungan antara mereka.
Pada waktu yang sama pula, Datuk Abdullah dan Datin Maimun yang baru hendak menapak menuruni anak tangga sangat terkejut dengan bunyi jeritan nyaring Adrianna. Lovely couple ni memang selalu bangun awal. Selepas subuh selalunya Datin Maimun akan menemankan Datuk Abdullah bersenam di gim mereka. Mereka menyangka sesuatu yang buruk telah berlaku, jadi apa lagi pintu bilik Adrianna terus di terjah  dan..
“ Ops! Maaf..Baba dengan Mama ingat apalah tadi..chop! Jangan risau kami tak nampak apa-apa…” Pintu bilik di tutup semula.
Datuk Abdullah dan Datin Maimun memandang sesama sendiri. Seketika kemudian ketawa mereka berdua terburai. Berair-air mata mereka  berdua ketawa, siap buat ‘high five’ lagi. Mereka berdua betul-betul tak menyangka rancangan mereka berjaya secepat ini.
Sepantas kilat, Adriana terus bangkit. Dia terus mengesat bibirnya seolah ada kotoran yang melekat di situ.Melihat muka Rayyan Fahrin tersengih macam kerang busuk, terus tanganya mendarat pada perut Rayyan Fahrin yang tak berbaju, mencubit sekuat hati .
Rayyan Fahrin pula, “ Adoiiii..dahlah tu yang..dah biru perut Abang ni..”Rayyan Fahrin menyeringai kesakitan. Bukan setakat cubitan manja lagi dah, ini dah boleh masuk kategori ‘domestic violence’ dah ni.
“ Apalah nasib aku dapat bini macam ganas macam gangster. Baru satu hari dah benjol kepala, lebam dekat perut.Kalau dua hari,tiga hari,empat hari..berhari-hari? Warghhh!!!!! Nek Wan tolong Ayin!!!!!!”
Bersabarlah Fahrin. Dah nasib badan kau dapat bini gangster, nak buat macam mana..bapak borek anak rintik, bapak pun macam gangster anak pun lebih kurang sama. Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Apa nak buat..terima ajelah..
 “ Padan muka! Tak dapat cekik, cubit pun jadilah..ambik kau!” Gumam Adrianna di dalam hati. Walau pun tangannya sendiri berasa sakit, semua itu tak penting janji hatinya puas.
“ Darling….I nak mandi ni..you nak join ke?” Adrianna sengaja buat suara manja mengada-ada.
Laju saja Rayyan Fahrin mengeleng-gelengkan kepala. “ Fuh! Nak mampus? Menempah bala namanya tu. Entah-entah disiramnya aku dengan air panas terus masuk gol..Adrianna.Adrianna..Ya Allah, kau lembutkanlah hati isteriku..” Rayyan Fahrin menggosok-gosok perutnya yang masih sengal dengan cubitan kamikaze isterinya sambil matanya memerhati Adrianna menghilang ke dalam bilik air.


p/s : HARAP KORANG PUAS HATI KISAH ANNA DAN FAHRIN...RAMAI BAGI FEEDBACK..PENDEK SANGAT SETIAP EN3..YE KE? ANYWAY WAY..KEEP READING N KEEP SUPPORTING ME BEBEH! LUV YOU ALL..


Monday 17 September 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 15


BAB 15

            Di suatu sudut ditepi kolam, Qalisha sedang memeluk Nek Jah dengan erat. Entah kenapa Qalisha seperti tidak mahu melepaskan neneknya. Selepas pelukan dileraikan, Nek Jah mengusap lembut pipi cucu kesayangannya. Hatinya berasa sayu dan sedikit terkilan kerana anak menantunya, arwah Qhairil dan Khairunnisa tidak sempat melihat satu-satunya anak mereka,Qalisha berumahtangga. Peristiwa yang berlaku 10 tahun  yang lepas masih segar dalam ingatan bila dia di datangi oleh dua orang pegawai daripada Wisma Putra yang memaklumkan berita kemalangan anaknya, Qhairil bersama isteri dalam satu nahas jalan raya di Massachussets, Amerika Syarikat. Ketika itu, arwah Qhairil sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah di bawah tajaan kerajaan Malaysia di Massachussets Institute of Technology, sebuah Universiti yang tersohor di Amerika Syarikat. Qalisha yang ketika itu berusia 14 tahun terselamat kerana  dia berada di sekolah. Hancur luluh hati Nek Jah ketika apabila menyambut kepulangan jenazah arwah Qhairil dan Khairunnisa dilapangan terbang. Sejak daripada peristiwa itu, berbulan-bulan Qalisha menjadi murung dan tidak mahu bergaul dengan orang lain. Nasib baiklah Qhairul yang ketika itu berusia 20 tahun berjaya memujuk Qalisha. Peristiwa inilah yang menjadi titik tolak kepada perwatakan Qalisha sekarang. Dia berubah kepada perwatakan gadis yang agak kasar dan sejak itu juga, jeans dan t-shirts menjadi baju kebangsaan Qalisha.
            “ Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada cucuku ini. Permudahkanlah urusannya,jauhkanlah malapetaka dan bahaya,hindarkanlah cucuku ini daripada perbuatan khianat dan hasad dengki manusia, kau berikanlah Nur dan HidayahMu semoga dia dapat menjadi isteri yang solehah…Amin..” Doa tulus Nek Jah bergema di dalam hati tuanya.
            Jeffrey yang sejak daripada tadi menjadi pemerhati PBB, kagum dengan keakraban Qalisha dengan nenek serta bapa saudaranya. Mama ada  memberitahunya beberapa hari yang lepas yang ibu bapa Qalisha telah meninggal dunia dalam nahas jalan raya, bila dan di mana tidak pula diberitahu. Dia pun berat mulut pula hendak bertanya. Perlahan, dia melangkah menghampiri Qalisha dan Nek Jah. Watak cucu menantu yang baik harus di mainkan sebaik mungkin.
            “ Assalamualaikum, semuanya okay ke?” Jeffrey menegur cucu dan nenek yang masih tengah ‘feeling’. Tangan kanan ringan sahaja merangkul pinggang Qalisha.
            ‘Pendaratan’ tangan Jeffrey di pinggang menyebabkan mood ‘feeling’ Qalisha terhenti. Qalisha sedikit tersentak namun cepat-cepat dia mengawal diri agar tidak melenting.
            “ Chef ‘poyo’ ni memang nak kena . Karang ada jugak chef berenti kerja sebab tangan dah kena ‘lipat’ dengan aku.Nak cacat seumur hidup ke? Selamba je dia pegang-pegang pinggang aku. Jangan pegang kat tempat aku geli sudah. Tak pasal-pasal nanti aku bukak langkah karate dan lian padukan.” Gumam Qalisha di dalam hati. Bibirnya masih mengukir senyuman yang di buat-buat.
            “ Saya harap awak beli insurans untuk tangan awak tu yang paling mahal, sebab saya rasa macam nak ‘lipat-lipat’ je tangan awak yang merayap-rayap tak reti duduk diam kat pinggang saya.” Qalisha berbisik perlahan ke telinga Jeffrey sambil mengetapkan gigi. Senyuman tetap dilemparkan. Terserlah dua lesung pipit di kiri kanan pipinya. Tunggulah..perang dunia ke-3 bakal meletus.
            Jeffrey hanya berpura-pura tidak mendengar apa yang dibisikkan oleh Qalisha. Sebaliknya dia hanya tersenyum sambil mengenyitkan sebelah mata kepada Qalisha. “ Ermm..garangnya..I like  it.” Jeffrey membuat muka selamba. Cupp! Satu ciuman spontan hinggap di pipi kiri Qalisha.
            Qalisha mengetapkan bibir menahan rasa geram yang mula membara.  Hatinya mendidih seperti lahar gunung berapi bila Jeffrey membisikkan ayat yang jelas bertujuan mahu menaikkan suhu kemarahannya. Dia langsung tidak menyangka dengan selamba babun Jeffrey berani mengucup pipinya di depan Nek Jah pulak tu!
            “ Ehem-ehem…kot ya pun nak berbisik-bisik, nak romantic-romantik,ingatlah sikit kat Nenek yang ada kat sebelah ni..” Nek Jah bersuara setelah kaget dengan gelagat Qalisha dan Jeffrey yang berbisik –bisik . Lega juga hati tuanya apabila melihat adegan ala-ala romantik di depannya. Dia berharap Qalisha dan Jeffrey boleh berbaik-baik. Kembang bertaman-taman hati tua Nek Jah bila Jeffrey tanpa segan silu mengucup pipi Qalisha. Dia berharap Jeffrey Berjaya mencairkan hati Qalisha dengan kasih sayang seorang suami. Memang tak cukup kasih sayang pun cucu aku yang seorang ni!
            “ Err..Nenek, saya mintak maaf.Lupa pulak nenek ada kat sini. Cucu nenek ni cantik sangat,itu yang buat Jeff lupa nenek ada kat sebelah ni…” Fuh..kelas ayat kau Jeffrey. Terbaik dari ladang. Memang tiada tandingan. Ikhlas ke tu puji Qalisha cantik?
            Qalisha buat-buat senyum.Hatinya geram tak terkata. Kalau di ikutkan hati mahu saja dia tendang si Jeffrey ni biar jatuh ke dalam kolam! Boleh jugak tengok aksi chef berenang dengan baju melayu..okay jugak tu!
            “ Jeff, Nenek nak cakap sikit boleh?” Nek Jah memandang tepat ke dalam mata Jeffrey. Dah sudah…drama queen Halijah nak beraksi.
            Qalisha sedikit kaget. Berdebar dia menunggu ayat yang bakal keluar daripada mulut Nek Jah. “ Apa yang nenek nak cakap ni? Janganlah nenek cakap yang bukan-bukan” Doa Qalisha di dalam hati.
            “ Nenek nak cakap apa?” Tukas Jeffrey spontan.
            Nek Jah tersenyum. “ yang pertama, nenek nak cakap..Nenek peminat setia Jeff..nenek suka tengok gaya Jeff dalam tv sambil masak..nanti masak untuk Nenek boleh? Nenek teringin pulak nak rasa masakan Jeff...”
            Hampir tergelak Jeffrey mendengar kata-kata Nek Jah. Suspen sungguh! Ingatkan nak cakap apa tadi. “ No problem! Nanti sebelum Nenek balik , Jeff masak spesel untuk Nenek. Nenek cakap je apa yang nenek nak..insyaallah Jeff cuba buatkan…”
                          Makin mendidih hati Qalisha mendengar kata-kata Jeffrey. “ Tak boleh jadi ni! Nampak gaya si Jeffrey nak membodek nenek aku. ‘gelap’ masa depan aku kalau nenek kamceng dengan si Jeffrey. Aku kena fikirkan sesuatu..”
            “ Yang kedua, Nenek nak minta tolong Jeff.. Tolong jaga cucu Nenek dengan baik ye. Cucu Nenek ni banyak kekurangan..harap Jeff boleh terima Qalisha dengan hati terbuka. Sayangi dan lindungi dia. Jangan sakiti Qalisha..dialah satu-satunya cucu nenek..” Air mata Nek Jah bergenang.Suaranya sebak kedengaran. Tangan kanan Jeffrey di raih lalu di letakkan di atas tangan kiri Qalisha.
            “ Aduyai..Nenek buat drama versi mana ni? Drama melayu,Hindustan,siam,korea semua ‘blend’ sekali. Nenek..nenek. Panjang sungguh akalmu. Boleh pulak dia terfikir macam ni. Siap letak tangan chef mangkuk kat atas tangan aku lagi. Nak suruh berjanjilah tu…adus..kusut kusut!” Qalisha terkejut dengan perlakuan Nek Jah. Panas dan pijar pipi Qalisha di buatnya. Malu weh!
            Jeffrey pulak tunjuk reaksi biasa sambil tersenyum. Ceh! Takde riak terkejut langsung! Selamba saja tangan dia yang sebelah lagi tu memegang tangan Qalisha. Siap di elus-elus tangan Qalisha dengan lembut.
            “ Nenek jangan risau, Jeff akan jaga Qalisha dengan baik. Jeff percaya restu dan jodoh pilihan orang tua akan membawa kebahagiaan pada Jeff. Jeff akan cuba yang terbaik tapi Jeff nak cakap awal-awal lagi ni..kalau dengar gossip-gossip liar tentang Jeff jangan mudah percaya ye! Maklumlah selebriti selalu kena gossip dan gossip tu kadang-kadang mengarut je, takde hujung pangkal pun..” Lancar sahaja Jeffrey berkata-kata.
            “ Biar betul mangkuk ni. Hafal skrip ke apa? Dasar buaya tembaga.Mengayat je tahu..sampai Nenek terchenta aku pun dia nak ayat. Belum apa-apa dia dia dah ampu Nenek.Susah aku macam ni. Aku kena pasang strategi kalau macam ni..” Otak Qalisha ligat berfikir. Dia cuba menarik tangannya daripada genggaman Jeffrey tapi makin kemas pulak si Jeffrey menggenggam tangan Qalisha.
            “ Ewah ewah! Ini sudah lebih..bikin hati wa panas woo..sabar  Qalish..cool..depan Nenek kau takyah le nak tunjuk lawan.Silap hari bulan kepala kau kena pelangkung dengan Nenek! Nampak gaya si Jeffrey nak merampas takhta cucu kesayangan Nek Jah daripada kau tu..” Qalisha cuba tersenyum paksa. Jeffrey pulak buat muka selamba derk! Agaknya nanti apa yang berlaku antara Qalisha dan Jeffrey ye? Hishh..tak sabar nak tau ni.
            Perbualan mereka terhenti apabila suara Datuk Abdullah memecah keheningan suasana. Semua yang berada di situ berpaling ke arah  Datuk Abdullah. Macam biasalah, Datin Maimun pula setia di sisi. Loving couple betul mereka berdua ni. Memang patut macam tu pun kan? Tak macam sesetengah pasangan zaman sekarang. Masa bercinta semuanya indah belaka. Kalau berjalan berpimpin tangan tak lepas. Kalau tersepak batu, batu tu yang buta. Bila dah anak berderet, suami di depan isteri sebatu di belakang. Kalau tersepak batu, woi! Mata kau buta ke ape? Dunia oh dunia..itulah hakikatnya bila cinta dah pudar warna.
            “ Malam pun dah menginjak nak tengah malam ni. Rasanya semua pun dah penat.Jadi kita bersurai dululah ye. Nanti Mak Yam, Asih dan Tuti akan tunjukkan bilik-bilik tetamu. Jangan malu dan segan, buatlah macam rumah sendiri ye. Apa-apa hal kita bincang esok. Jangan risau, kalau ada apa-apa keperluan, beritahu Mak Yam.Pengantin-pengantin kita jangan tak jumpa cari bilik pulak. Anna, bawa suami kamu naik berehat kat bilik! Ha..kamu pun sama Jeff, bawa Qalisha naik. Mesti Qalish dah penat tu..”
            Kata-kata Datuk Abdullah bagaikan satu arahan pada Jeffrey dan Adrianna. Pada Qalisha dan Rayyan Fahrin pula bagai di jatuhkan hukuman mandatori pulak. Fikiran mereka berempat berkecamuk. Otak masing-masing merangka pelan dan rancangan mempertahankan diri. Di depan Datuk Abdullah semua berlagak ‘cool’ pada hal di dalam hati masing-masing semuanya berperang dengan perasaan, berfikir macam mana nak berdepan dengan pasangan masing-masing.
            Mak Yam, Tuti dan Asih membawa keluarga Rayyan Fahrin dan Qalisha ke bilik-bilik tetamu. Bab bilik takde hal ye. Villa Chinta Qaseh ni dah macam hotel lima enam bintang. Oleh kerana masing-masing dah kepenatan, mereka semua menuju ke bilik yang di tunjukkan oleh Mak Yam dan dua orang minah indon tanpa banyak soal. Apa-apa hal nak tanya, nak cerita, itu semua cerita esok. Cerita sekarang, mandi,rehat dan tidur!
            Setelah semua naik, giliran Datuk Abdullah dan Datin Maimun pula melangkah ke tingkat atas. Sambil melangkah, sempat lagi dia mencerlung mata kepada Adrianna dan juga Jeffrey, menghantar isyarat telepati ‘ bawa laki dan bini korang masuk bilik sekarang,yang tercegat kat situ kenape?’
            Tanpa suara  Adrianna dengan selamba berlalu ke atas. Suaminya, Rayyan Fahrin di tinggalkan begitu sahaja. Sengaja Adrianna berbuat begitu, geram dan marah pada Rayyan Fahrin masih berbuku di hati.
            “ Lantak engkaulah Encik Fahrin..malas aku nak layan. Pandai-pandailah sendirilah. Yang pasti aku tidur kat atas katil, engkau  tidur kat atas karpet malam ni dan seterusnya. Jangan harap aku nak berkongsi katil favourite aku dengan mamat kerek macam kau!” Adrianna melangkah tanpa menoleh lagi.
            Jeffrey pula memandang Qalisha dengan seribu satu macam agenda.  Yang pasti tiada satu agenda positif pun yang tercerna dalam minda Jeffrey. Entah apa yang bakal dilakukan oleh Jeffrey nanti tak siapa tahu.  Jeffrey melangkah anak tangga dengan akal mindanya menerawang jauh,merangka rancangan yang akan dilakukan. Setelah beberapa langkah dia berhenti.
            “ Well..are you coming? Ke nak kena dukung ke atas?” Jeffrey bersuara sinis. Tiada lagi suara lembut mesra macam dia bercakap dengan Nek Jah tadi. Dia menoleh ke belakang setelah Qalisha tidak berganjak.
            Buat seketika, Qalisha tidak tahu apa yang nak dibuat. Perasaan meluat membuak-buak. Memang sudah dia agak, Jeffrey hanya berpura-pura mesra di hadapan keluarganya. Setelah melihat Qalisha tidak memberi reaksi, dengan selamba dia terus melangkah tanpa menoleh lagi.
Sebelum melangkah, sempat lagi dia mengeluarkan kata-kata sinis pada Qalisha.
“ Suka hati kaulah.Nak naik tak nak naik, itu kau punya pasal. I don’t give a damn..tapi kalau Baba tanya kenapa tak naik lagi, kau pandai-pandailah jawab. Tapi ingat, kalau jawapan itu menyusahkan aku, you’ll be sorry..remember my words.” Jeffrey berlalu sambil sebuah flying kiss di beri kepada Qalisha.
            Kata-kata Jeffrey bagaikan bara api buat Qalisha. Merah padam pipinya menahan kemarahan. Mahu tak mahu dia melangkah mengikuti Jeffrey dari jauh. Mana lagi nak pergi malam-malam buta ni. Jeffrey telah lama meloloskan diri ke dalam bilik tanpa mempedulikan Qalisha lagi. Qalisha pula masih tercegat di depan pintu bilik, masih berkira-kira nak masuk atau tidak.
            “ Masuk…tidak..masuk…tidak..tapi kalau tak masuk, mana aku nak pergi? ..wahai hati..tabahlah ye..lantaklah apa nak jadi. Eh sejak bila Qalisha jadi penakut ni?..”
            “ Eh Qalish? Kenapa tak masuk lagi? Bertuah punya Jeffrey, dia biarkan Qalish kat luar ye?” Sapaan daripada Datin Maimun mengejutkan Qalisha daripada lamunan.
            “ Eh tak..errr..” Suara Qalisha tersekat dikerongkong.Tiba-tiba lidahnya kelu tak terkata, tak tahu nak cakap apa. Hanya mampu memberikan senyuman manis kepada ibu mertuanya sambil menggaru-garu kepala yang memang sah tak gatal.
            Datin Maimun mendapatkan Qalisha dan tangannya laju laju mengetuk pintu bilik.
Tok! Tok! Tok!  “ Jeffrey!” Suara Datin Maimun dari luar mengejutkan Jeffrey yang baru hendak melangkah ke bilik air.
            “ Alamak! Suara Mama! Haish..geramnya aku. Ni mesti pasal minah kampung tu.” Dia yang masih berbaju melayu melangkah malas ke arah pintu bilik.
            “ Eh Mama..apa Mama buat kat sini? Tak tidur lagi? Dah lewat ni..” Jeffrey menggaru-garu kepala yang tak gatal. Dah sah kantoi dengan Mama.
            “ Do you forget something?” Datin Maimun bercekak pinggang. Qalisha di sebelah hanya menundukkan muka.
            “ Eh Sayang..dah minum air? Tadi suruh Abang naik dulu, kata nak pergi ke dapur nak minum air. Dah minum ke belum? Dari tadi Abang tunggu tak naik-naik. Baru je Abang nak turun cari sayang kat dapur..takut sayang sesat. Err.. Mama pulak buat apa kat sini?” Dengan lagak suami romantik, dia menarik tangan Qalisha mengajak Qalisha masuk ke dalam bilik. Bagaikan robot, Qalisha hanya menurut. Namun di dalam hatinya, dia mencebik. Pandai betul Jeffrey ni berlakon.” Okay aku nak tengok sejauh mana Si Jeffrey ni nak berlakon. Ini Qalisha Qhairil. Takde aku herannya bakat lakonan kau tu!”
            “ Mama ingat kamu dah lupa dengan Qalish. Mama nak turun ke dapur ,tu yang Mama nampak Qalish tercegat macam patung cendana kat depan pintu. Mama ingat Jeff dah lupa yang Jeff dah beristeri. Yelah kan..isteri pilihan Mama. Jangan pernah terlintas dalam fikiran Jeff nak buli menantu Mama. Kalau Mama tahu Jeff hurts her in any ways..tahulah apa yang Mama nak buat dengan Jeff.” Sengaja Datin Maimun bersuara mendatar dan sinis. Pipi anak terunanya dielus lembut dengan pandangan mata yang tajam.
            “ Eh Mama ni…takkanlah Jeff dah lupa kat isteri Jeff yang cantik manis ni.Mampus aku kali ni..nampak gaya Mama sayang giler dengan dia. Kalau dia mengadu dengan Mama, berarak mendung kelabu hidup aku nanti. Takpe..takpe..kau kan best aktor..so apa lagi..camera rolls..1,2,3 action!
            “ Manalah tahu kan….Qalish dengar sini, kalau Jeff buli Qalish, cakap dengan Mama tau! Dan kamu Jeff, jangan nak buli menantu Mama yang manis ni lebih-lebih. Dah cepat masuk! Qalish mesti dah penat..semua keperluan Qalish, Mama dah suruh Tuti sediakan tadi. Selamat malam sayang.” Datin Maimun merangkul Qalisha dengan mesra dan sebuah ciuman mendarat di pipi mulus Qalisha. Entah kenapa kasihnya telah tertumpah pada gadis yang telah menjadi menantunya itu. Jauh di sudut hati, Datin Maimun benar-benar yakin Qalisha adalah pilihan yang tepat buat Jeffrey. Qalisha seorang yang istimewa. Dari apa yang diketahui daripada Nek Jah, Qalisha mempunyai kualiti yang tidak ada pada anak gadis yang lain. Walau pun zahirnya nampak kasar, dia yakin Qalisha ibarat kepompong yang akan bertukar menjadi rama-rama yang cantik bila tiba masanya. Apa yang penting sekarang, dia cukup senang dengan sifat kesederhanaan yang ada pada Qalisha dan dia percaya yang Qalisha mampu menawan hati Jeffrey. Ini adalah misi keduanya. Dia akan pastikan Qalisha dan Jeffrey saling jatuh  cinta di antara satu sama lain. Tahun depan dia dan Datuk Abdullah akan pastikan yang mereka berdua akan menimang cucu, sama ada anak Jeffrey dan Qalisha atau anak Adrianna dan Fahrin.Inilah Janji dan ikrar pengakap Datin Maimun!
            Sebaik pintu di tutup, Jeffrey terus berlalu menuju ke bilik air seperti orang tidak berperasaan. Sebenarnya dari tadi lagi dia nak ‘terkucil’. Nak masuk bilik air, Mama pulak sibuk memanggil. Pintu bilik air di tutup dengan kuat. Berdentum bunyinya. Ada orang tak  puas hati nampak!
             Setelah Jeffrey menghilangkan diri ke dalam bilik air,Qalisha yang masih diam tak terkutik memandang sekeliling ruang di dalam bilik itu. Mak ai! Besar sungguh weh! Saiz bilik dah macam saiz apartment! Boleh buat padang golf kat dalam ni! Wah..melampaulah tu sampai boleh buat padang golf. Tapi betul korang..besar giler bilik Chef poyo ni.Warna dindingnya berasaskan biru. Ada ton warna yang berbeza dari biru gelap ke biru cerah dan  terang. Jangan haru-biru lepas ni sudah. Mak datuk! Kalau macam ni tak payah susah-susah, kalau nak jogging, buat lari ulang-alik dalam bilik pun dah cukup.. Qalisha masih memerhati ruang sekeliling. Katil bersaiz king saiz berada di tengah-tengah bilik, di hiasi dengan meja kayu kecil dengan lampu meja di kiri dan kanan katil. Ada karpet berbulu lembut pulak di atas lantai kiri dan kanan katil. Mahu tenggelam buku lali aku. Ermm..minat bulu rupanya Chef poyo ni.
            Di bahagian penjuru kanan ada set sofa ‘two and three seater’ daripada fabrik moden yang berwarna ke’purple’an. Eh ada ke vocab tu? Sofa pun ada ton warna gelap ke cerah jugak. Gila ton warna ke apa Mamat ni? ungu gelap, violet,lavender bagai semua ada. Ada pulak home teater dengan tv yang besar gedabak!Entah berapa inci saiznya, dua kali ganda lebih besar daripada tv LED Samsung yang Nek Jah beli bulan lepas semata-mata nak tengok muka Jeffrey kat ASTRO.  Pintu yang tengah tu dah tentu bilik air sebab Jeffrey masuk kat situ tadi. Di bahagian kiri ada meja study yang cantik dan di sebelahnya ada rak –rak buku yang di pasang siap di dinding dengan pelbagai buku dan majalah, nipis dan tebal tersusun rapi. Inilah kali pertama dia melihat rak buku seperti itu. Ermm…reka bentuk pelik tapi ‘nice and unique’. Ada satu yang kurang dalam bilik ni..takde almari baju ke? Mana dia simpan semua pakaian? Tadi Mama cakap dia dah sediakan semua keperluan aku, mana pulak minah indon tu letak?
            Tiba-tiba pandangan mata bundarnya tertancap pada sebuah pintu lagi di dinding bilik itu. Bilik apa pulak ni? Connecting door ni nak pergi ke mana pulak? Tombol pintu warna kayu original itu di buka.
            “Bagus! Tak kunci..macam Inspektor Gadjet pulak aku”. Qalisya ketawa di dalam hati. “Eh..apasal gelap semacam je ni? Kat mana pulak suis lampu?” Tangan Qalisha meraba-raba dinding sebelah pintu mencari suis lampu. Matanya tertancap pada satu juntaian tali.
“Tali apa pulak ni?..adoi suspen betul!” Tali di tarik dan lampu bilik itu terpasang. “ La..nak bukak lampu tarik tali ni rupanya.Tanpa melengahkan masa dan dengan semangat ingin tahu yang membuak, Qalisha terus masuk dan pintu bilik di tutup.
            “ Mak Datuk! Dahsyatnya Mamat ni…” Mulut Qalisha terlopong luas dengan apa yang terhidang di depan mata. ‘Bilik’ itu adalah built- in closet a.k.a dressing room yang menempatkan semua pakaian Jeffrey. Qalisha seakan tidak percaya dengan apa yang di lihat. Macam kanak-kanak ribena dia berlari anak membelek semua pakaian dalam bilik itu. Dari pengamatannya, Jeffrey mempunyai koleksi pakaian yang boleh bukak butik! Banyak betul..semuanya tersusun rapi mengikut warna. Kalau hitam..semua hitam…lepas tu kelabu….merah pun ada….err..yang ni pulak..baju seragam chef dia..putih bersih. Qalisha berpusing ke belakang..ada rak kasut dengan berpuluh pasang jenis kasut. Ini iklan Zalora Online fashion store ke apa? Secalit debu pun takde. Mahu ‘die standing’ nak kemas semua ni. Qalisha lupa seketika kepada Jeffrey. Keasyikan membelek pakaian membuatnya leka dan secara tak langsung dia belajar sesuatu tentang Jeffrey hari ini. Chef poyo ni mesti cerewet giler. Tengok cara barang-barang ni disusun pun dah tahu. Kalau Qalisha, dia kemas ala kadar je, asal tak sakit mata memandang dah. Dia mencapai sehelai tuala dan sepasang pijama satin berwarna ungu lembut.
            “ Ni agaknya yang Mama sediakan untuk aku…Yelah..takkan Chef poyo tu pulak tidur pakai pijama satin warna macam ni. Lagi pun, nampak baru dan bau kedai lagi.Mesti baju ni Mama beli untuk aku. Ah..tak kisahlah sapa punya. Janji aku boleh tukar baju.Takkan aku nak pakai kebaya ni sampai esok pagi.” Ringan tangannya mencapai baju pijama yang berwarna ungu lembut tersebut.Dia menyusup masuk di celah deretan baju uniform Jeffrey yang tergantung  kemas. Tiba-tiba dia terasa gelihati.Terkekeh-kekeh dia ketawa seorang diri. Dia membayangkan kalau dia main sorok-sorok dengan Nek Jah mesti best. Mahu hangin satu badan Nek Jah mencarinya.
            “ Kalau main sorok-sorok mesti best . Dah la aku pakai baju sedondon sekaler dengan baju uniform ni..menyamar jadi langsuir ke orait gak. Buat rambut mengerbang sikit…mesti jadi.” Qalisha..Qalisha..tak habis-habis dengan idea nak menyakat orang.
            Sementara itu, di luar pintu pula,Jeffrey baru sahaja selesai membersihkan diri. Dengan hanya bertuala sampai ke paras lutut, dia merebahkan diri di atas katil favouritenya.
            “ Arghh..bestnya dapat baring. Naik senak belakang aku berdiri sejak tadi.” Jeffrey menggeliat malas. Tiba-tiba mindanya teringatkan sesuatu.
            “ Eh..mana pulak minah kampung ni pergi? Ah..lantak dialah nak pergi ke mana pun.Yang penting aku nak tidur. Ada dia buat menyemak je ” Mata Jeffrey melilau mencari kelibat Qalisha yang tidak kelihatan. Kurang asam boi betul si Jeffrey ni kan? Dia langsung tidak mempedulikan Qalisha, isteri yang baru di nikahi sebentar tadi. Kau ni spesis ‘jual ikan’ ke apa? Siaplah kau kalau Datin Moon tahu kau buat ‘derk’ kat menantu kesayangan dia tu.
            Jeffrey bingkas bangun dan menapak menuju ke ‘wardrobe’yang menempatkan semua pakaiannya.
            “ Eh..tadi aku rasa aku dah tutup lampu..macam mana pulak boleh terpasang ni? Ermm..mesti aku lupa nak tutup..” Jeffrey melangkah masuk tanpa terlintas di fikirannya kemungkinan Qalisha berada di dalam closet besar itu. Qalisha pula, dia terkejut beruk bila ternampak pintu closet di kuak dari luar. Oleh kerana terkejut, Qalisha hanya mematung-cendanakan dirinya di sebalik deretan gantungan baju uniform Jeffrey. Jelas kelihatan Jeffrey hanya bertuala dan daripada reaksinya, sah dia tidak sedar Qalisha sedang berdiri di sebalik gantungan baju tersebut. Kejap lagi mesti ada tayangan percuma.Kan dah kata…
            Dengan selamba, Jeffrey melucutkan tuala yang di pakai lalu berpusing ke belakang menarik laci mengeluarkan sehelai seluar kain kapas yang longgar untuk di pakai. Dia berpusing ke belakang semula untuk mencapai tuala di atas lantai. Bila sahaja dia membongkokkan badan, tiba-tiba matanya tertancap pada sepasang kaki.
            “ Erk..kaki? kaki apa…..”Buntang mata  Jeffrey melihat sepasang kaki.Dia mendongak sambil menyeret deretan baju uniformnya dan…
            “ Arghhh!!!!!…….kau buat apa kat sini! Kau ni giler ke mereng! Nak bagi aku sakit jantung ke!” Lantang suara Jeffrey menjerit. Terkejut sungguh Jeffrey apabila melihat Qalisha berdiri tegak macam patung sambil tersengih-sengih. Siap buat tanda’peace’ lagi dengan dua jarinya sambil mata yang sengaja di kelip-kelip. Jeffrey terlopong sehingga dia terlupa dia belum lagi menyarungkan seluar.
            Sepantas kilat, Qalisha meluru ke arah pintu. Sebelum meloloskan diri, sempat lagi dia berkata kepada Jeffrey, “ Errr..cantik seluar awak..sekaler dengan kulit.” Qalisha terus berlari menuju ke arah bilik air dengan ketawa yang masih bersisa. Cepat-cepat dia menguncikan diri dari dalam.
            “ Astargfirrullahhalazim…tak pasal-pasal mata aku tengok ‘free show’ tadi,Erk..pembetulan ye..tertengok. Dah namanya ‘ter..’ dah tentu tak sengaja. Masih terbayang muka terkejut Jeffrey tadi. Tak berdosa kalau tak sengaja. Eh..apa pulak berdosa. Dia kan dah jadi laki aku..takde batasan aurat dah aku dengan dia.” Qalisha menepuk-nepuk dahi sambil berdiri di belakang pintu.
            Di dalam closet pula, merah padam muka Jeffrey menahan marah dan malu. “ Ishh..macam mana pulak aku boleh lupa nak pakai seluar tadi..ishh.ishh..malunya aku..tentu dia dah nampak aku tadi. Dialah perempuan pertama melihat aurat aku..aduhh..macam mana aku nak berdepan dengan dia nanti. Pipi aku dah rasa tebal 14 inci dah ni..err..sudah ‘ternoda’kah kemachoan dan keterunaanku?” Jeffrey menhantukkan-hantukkan kepalanya di belakang pintu.
Malu weh..Qalisha dah nampak tu…
            “ Woi..kau ni sengal ke apa? Qalisha dah jadi bini kau lah..nak malu buat apa! Rileks bro..kau tak boleh tunjuk perasaan malu kau tu. Buat ‘dono’ je…jaga ego kau tu. Lagi pun antara kau dengan dia, dah takde batasan aurat. Sudah tahu lagi mau cakap ka?” Si Minda bersuara.
            “ Ye..buat tak tahu je.” Setelah menyarungkan seluar, sehelai t-shirts nipis berwarna putih di sarungkan. Insiden sebentar tadi masih tergambar diruang mata dan geram di hati masih bersisa.
            Langkah di atur ke arah pintu bilik menuju ke dapur. Tekaknya terasa haus semacam. Setelah menghilangkan dahaga, Jeffrey terus melangkah kembali ke bilik. Azamnya Cuma satu,nak tidur dan walau apa pun dia takkan berkongsi katil pujaan hatinya dengan minah kampung tu. Dia menguap berkali-kali. Matanya terasa berat dan mengantuk tahap gaban. Namun baru sahaja dia nak membuat acara ‘landing’ maut ke atas katil, di lihatnya Qalisha sudah berjaya ‘landing’ dengan gaya meniarap dengan dua tangan di depakan.
            “ Wah..wah..banyak cantik! Ini katil aku..aku takkan benarkan kau buat rampasan kuasa ke atas katil favourite aku… Woi..bangunlah! pegi tidur kat sofa!” Siklon tropika sudah melanda hati Jeffrey.  Qalisha hanya diam tak bergerak langsung.
            “ Woi..bangunlah! fuh..dasar minah kampung. Tidur mampus ke dia ni…” Bahu Qalisha di tepuk-tepuk berkali-kali. Namun hampa, Qalisha sudah tidur tak ingat dunia.
            Jeffrey mengetap gigi kerana terlalu geram. Ye.. geram dan sakit hati sungguh. Belum pun 24 jam kahwin dengan perempuan ni, hatinya sudah geram yang teramat sangat. Oleh kerana matanya sudah tersangat mengantuk, dia melangkah ke arah sofa three-seater dan terus menghempaskan badan ke atas sofa tersebut. Seketika kemudian dengkuran halus Jeffrey kedengaran.zzzzzz…apa-apa hal tidur dulu. Sambung gaduh esoklah ye….
            Dan Qalisha pula, “ Yes! Yes! Yes!..jangan harap kau dapat buli aku ye..Mr.chef poyo..ini Qalisha Qhairil. In your dream lah kalau nak buli aku.See you tomorrow Chef poyo..” La...buat-buat tidur rupanya ye. Nakal betul budak ni. Nasib kaulah Jeffrey dapat bini macam Qalisha ni. Bawak banyak-banyak bersabar ye..banyak kejutan menanti buat kau. Qalisha membalikkan badan masuk ke dalam comforter.
            “ Argh..bestnya.padan muka kau Chef Poyo..sweet dream bebeh..” Seketika kemudian Qalisha sudah hanyut di buai mimpi.
           
           
           

Wednesday 12 September 2012

CARTA TOP TEN - MY FAVOURITE NOVELS

LIST NOVEL FAVOURITE SAYA..BACA DAH TAK INGAT BERAPA KALI..

1. M.A.I.D - SURI RYANA
2. DI BIUS CINTA- QASH IRDINA
3. BISIK-BISIK GELORA- FAUZIAH ASHARI
4. KAU DAN AKU- SITI ROSMIZAH
5. TAKDIR ITU MILIK AKU- SITI ROSMIZAH
6. LAFAZKANLAH KALIMAH CINTAMU- SITI ROSMIZAH
7.SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA- ZURA ASYFAR
8. LOVE YOU MR ARROGANT- ALIESHA KIRANA
9.JODOH ITU MILIK AKU- SARA AISHA
10. SUAMI YANG K BENCI- E-MAN SUFI


DAN BANYAK LAGILAH....KALAU SAYA SUKA SANGAT SAYA AKAN BELI..
TAPI KADANG-KADANG SAYA  PINJAM BUKU DEKAT NATIONAL LIBRARY KAT JALAN TUN RAZAK TU JE...NASIB BAIK RUMAH DEKAT DGN PNM..TAK SAMPAI 5 MINIT DAH SAMPAI...

Nasihat percuma...
daripada korang buang masa dengan aktiviti yang xde pekdah..baik korang layan buku. At least berkembang  juga minda dan creativity korang.

KALAU NOVEL INGGERIS PULAK SAYA SUKA LAYAN JOHN GRISHAM'S. MENCABAR MINDA BACA BUKU DIA NI..YELAH LAWYER TURN WRITER KATAKAN..KADANG2 SY KENA BUKAK KAMUS CARI MAKNA PERKATAAN YG 'LARAS TINGGI'..BAGUS JUGAK KAN..ENRICH OUR VOCABULARY. Sy xdelah specific satu-satu penulis je...kadang -kala x kisah pun sapa pun penulis, asal citer dia best berjaya menarik minat sy...sy layan je..

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 14


BAB 14

            “ Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mai gembira sangat bang..kita dapat dua menantu sekali gus malam ni.” Datin Maimun melahirkan rasa syukur kerana semuanya berjalan seperti yang di rancang. . Dia merangkul tangan Datuk Abdullah dengan mesra.
            “ Ye Mai. Abang pun rasa lega yang teramat sangat kerana anak-anak kita dah pun selamat berkahwin dan yang paling penting mereka berkahwin dengan pilihan kita. Abang harap pilihan kita tepat. Lepas ni Mai tahu apa yang nak kena buat kan? Untuk mengelakkan sebarang masalah yang tak diundang di masa hadapan, kita laksanakan misi yang kedua pula. Misi pertama: mencari menantu-menantu yang boleh dipercayai kita dah ‘accomplished’. Sekarang misi kedua: paksarela menantu-menantu kita memikat pasangan masing-masing. Tugas Mai sekarang ialah ‘ikat’ Qalisha dengan Jeffrey supaya tak bercerai-berai. Mai kena main peranan, bagi sokongan dan kena ‘push’ Qalisha supaya bekerjasama. No matter what, Mai kena pastikan they both fall in love. Mai tahu Jeff tu macam mana kan…perempuan gedik keliling pinggang! Kita kena buat yang terbaik demi janji kita pada mendiang Chee Seng dan Mary Jane. By hook by crook, kena pastikan Jeffrey fall in love dengan Qalisha. Pasal Rayyan Fahrin, serah pada abang.  I have the right plan for him.” Datuk Abdullah memandang isterinya dengan penuh kasih.
Ada kalanya, Datuk Abdullah terfikir juga apa yang di lakukan agak ‘gila’ tak di buat dek ibu bapa lain. Orang lain akan membiarkan anak-anak mencari pasangan hidup sendiri, yelah..yang nak hidup tu dia orang. Ada ketikanya juga, rasa bersalah tetap bermukim di hati tuanya.Terasa seperti dia ‘manipulate’ kehidupan anak-anak demi kepentingan diri sendiri. Tapi itulah risiko yang perlu di ambil. Dia kena pastikan      anak-anaknya mempunyai ‘secured life’.Dia sendiri tidak tahu berapa lama lagi dia boleh hidup. Tekanan darah tinggi agak membimbangkan sejak kebelakangan ini. Doktor peribadinya sudah berbuih mulut menasihatinya supaya berehat dan jangan terlalu stress. Takut nanti penyakit jantung pula yang menanti.
“ Jangan bimbang Bang, soal Qalisha, abang serah kat Mai. Tahulah apa yang Mai nak buat. Oh ya..Bang, mana Hashim? Kenapa dia tak muncul malam ni? Setahu Mai, dia kan orang kanan Abang..” Datin Maimun melahirkan rasa ingin tahu kenapa Hashim tidak muncul di majlis akad nikah sebentar tadi.
            “ Dia ada hal penting berkenaan dengan Ocean Blue Resort.” Pertanyaan isterinya di jawab dengan jujur.
            Datin Maimun mengangguk perlahan. Perkataan ‘Ocean Blue Resort’ sememangnya memberikan makna yang mendalam bagi mereka berdua. Hak Jeffrey dan Mary Jane akan mereka bela. Datuk Abdullah dan Datin Maimun akan pastikan kematian Chee Seng tidak sia-sia! Budi sahabat karib yang telah 28 tahun pergi meninggal meninggalkan mereka di balas dan keadilan pasti akan ditegakkan. Amanat yang ditinggalkan oleh Chee Seng perlu dilaksanakan.
            “ Jom Bang, kita jumpa besan-besan kita. Banyak benda yang nak kita jelaskan. Lagi pun tetamu lain dah beredar. Mana pergi menantu-menantu kita bang?” Datin Maimun menarik lengan Datuk Abdullah menuju ke arah Nek Wan dan Nek Jah yang sedang duduk bersembang di kerusi di tepi kolam dimana majlis jamuan ringkas diadakan selepas majlis akad nikah. Mata Datin Maimun melilau mencari kelibat anak menantunya. Matanya tertancap pada dua individu yang sedang rancak berbual di tepi kolam.Nek Jah dan Qalisha.Entah apa yang mereka bualkan. Perlakuan nenek dan cucu cukup menarik perhatiannya. Mungkin si nenek sedang memmberi nasihat manakala si cucu hanya menganngguk-anggukkan kepala. Mungkin banyak betul ‘amanat’yang hendak Nek Jah sampaikan pada Qalisha sehinggakan dah macam burung kakak tua gayanya si Qalisha, angguk-angguk,geleng-geleng,tunduk-tunduk. Apa pun, Qalisha cukup anggun mala ini. Datin Maimun tidak menyangka Si Melvin berjaya men’transfer’ penampilan gadis yang agak ‘plain’ kepada seorang gadis yang  cukup ayu, anggun menawan. Semua yang hadir memuji kecantikan dan keanggunan Qalisha yang punya tarikan tersendiri. Kalau Jeffrey tak nampak keistimewaan yang ada pada Qalisha, memang dia letak mata kat kepala lututlah tu!Tengoklah dulu..menantu sapa tu? Ini menantu Datin Maimun a.k.a Datin Vogue dari Villa Chinta Qaseh ya!
            Dari tingkat atas, Adrianna memerhatikan seorang demi seorang tetamu beransur pulang. Kelihatan sekarang Baba dan Mama sedang rancak berbual dengan keluarga Qalisha dan keluarga suaminya. Entah apa yang mereka yang mereka bualkan. Dia langsung tak terasa nak mengambil tahu. Qalisha dan Jeffrey turut ada di situ walau pun seorang di sebelah timur dan seorang di barat. Apalah yang akan berlaku dalam hidup dia dan Jeffrey selepas ini hanya Dia yang tahu.Suaminya? Mana dia menyorok? Dari tadi Adrianna cuba mengelak daripada bertembung dengan lelaki yang bernama Rayyan Fahrin yang sudah sah menjadi suaminya. Peristiwa di Tasik Titiwangsa mula terimbau kembali. Perasaan malu masih bersisa. Sejak tadi lagi dia ‘menyembunyikan diri’ di Lehernya di panjangkan sedikit sementara dua tangannya memegang palang balkoni. Matanya  meninjau-ninjau mencari kelibat Rayyan Fahrin. Cahaya samar di balkoni biliknya membuatnya tidak sedar yang dirinya sedang diperhatikan dari jarak yang dekat. Dekat sangat..right behind her!
            “ Cari apa? Cari abang ke?” Suara lelaki membuatkan Adrianna terkejut. Sebaik berpaling ke belakang, jantungnya seakan mahu tercabut. Rayyan Fahrin sedang bersandar di pintu gelangsar sambil menyilangkan dua tangannya. Walau pun dalam cahaya yang agak malap,senyuman nakal Rayyan Fahrin masih jelas kelihatan.
            “ You! How you get in here! You nak I mati sakit jantung ke? Tak reti bagi salam ? Terkejut tahu tak! And..sapa bagi you masuk kat sini..this is my room!” Ibarat mesin gan Adrianna melontar suara ‘merdu’ pada lelaki yang sudah pun bergelar suaminya.
            “ Amboi-amboi..’merdunya’ suara isteri abang ni..dengar sini sayang…yang pertama, Abang dah bagi salam tapi nak buat macam mana, Anna yang syok sangat dok mengintai-intai sampai abang bagi salam pun tak dengar. Kedua, Mama yang bagi tahu Anna ada kat atas ni. Dia suruh Abang panggil Anna turun, semua tunggu nak jumpa Anna especially keluarga abang. Abang nak kenalkan Anna pada nenek dan adik-adik abang tapi rupanya kat sini Anna menyorok.” Rayyan Fahrin sudah bersiap sedia dengan jawapan untuk serangan torpedo isteri yang baru beberapa jam dinikahi.
            “ Apa sayang-sayang..uwekk! nak muntah I dengar tahu tak!boleh jalanlah dengan ‘sayang’ awak tu.” Adrianna bercekak pinggang. Hatinya tiba-tiba hangat.
            “ Aik..abang belum buat apa-apa lagi pun Anna dah nak muntah?wah hebat ni!”
            “Eiii..loyar buruk pulak dia. Sabar Anna ,sabar…tak baik tinggikan suara. Ingat dia suami kau. Control…kang muda-muda dah dapat darah tinggi. Tak cium bau syurga pulak nanti.” Adrianna mengetapkan gigi menahan geram yang teramat sangat. Dia cuba mententeramkan dirinya. Azamnya untuk belajar menerima suami melayang entah ke mana
            Rayyan Fahrin memandangnya dengan renungan yang tajam dan dalam. Dia mengatur langkah menghampiri Adrianna. Adrianna pula mengundur selangkah demi selangkah ke belakang. Langkahnya berakhir apabila dia bersandar di palang balkoni. Adrianna menelan air liur yang dirasakan kelat.Rayyan Fahrin masih tersenyum nakal. Dia menghadang dua tangannya mengepung Adrianna dan dia berdiri hampir sekali dengan isterinya itu. Ketinggian Adrianna yang hanya separas bahu memberikan satu ‘advantage’ kepada Rayyan Fahrin.
            “ How dare you! Let me go this instant or…” Wajah Adrianna sudah berona marah. Jaga-jaga Fahrin, gunung berapi nak meletup.
            “ Or what?Listen my dear wife, we need to talk. I won’t let you go and we are not going anywhere until you promise me to listen to what I’m going to say. So what do you say?” Rayyan Fahrin mendekatkan mukanya pada wajah Adrianna.
            “I…I……I..” Adrianna tergagap-gagap. Jantungnya bagai nak pecah. Inilah kali pertama dia berdiri sebegitu rapat dengan seorang lelaki.
            “ Well…I’m waiting….anyway Abang tak kisah duduk rapat-rapat dengan Anna macam ni. Rasa romantiklah pulak….”
            Adrianna sudah kepanasan. Deru nafas Rayyan Fahrin di rasakan terlalu hampir. Nampaknya dia terpaksa mengalah.
            “ Okay..i promise. I promise to listen…” Adrianna bersuara perlahan.
            “ Takpe..takpe.hari ni hari kau,esok-esok aku balas wahai suamiku..tunggulah bila saatnya..” Ikrar Adrianna di dalam hati.
            “ Good girl..okay listen very carefully. Semua family I beranggapan we got married because we love each other. Kita bercinta sejak sama-sama belajar di Dublin and I want to keep it that way. Nenek I  sakit, breast cancer. Jantung dia pun tak berapa sihat juga. Nek Wan adalah orang yang I sayang  dan I tak mahu kebenaran tentang perkahwinan kita diketahui oleh family I terutamanya Nek Wan. I takut kesihatan Nek Wan terjejas, So you have to make them believe it..yang kita sememangnya in lurve... Faham tak sayang?” Lancar sekali suara Rayyan Fahrin. Pipi Adrianna diusap-usap dengan jari-jemari. Dah macam thai lakornlah pulak.
            “ Fuh..gila! you nak I bohong orang tua. Kalau I tak nak janji you nak buat apa?”
            “ Anggaplah saja ’it’s a white lie’. Kalau you tak nak janji..kita mulakan wedding night right now and right here... Lagi pun, I memang dah jatuh cinta dengan you sejak kita dating kat Tasik Titiwangsa dua minggu yang lepas..and you cantik sangatlah malam ni, buat I tergoda. Dua minggu lepas dah ‘red flag’ so malam ni mesti ‘line clear’ kan? Alah... bukan berdosa pun,dah halalkan…” Rayyan Fahrin menundukkan muka membisikkan ayat-ayat yang berbau ugutan kecil-kecilan. Dia sudah mengagak apa tindak balas seperti Adrianna bila diprovok.
            Bulat mata Adrianna apabila mendengar bisikan Rayyan Fahrin.Hatinya berdegup pantas dan tangannya di genggam kemas. Marah sungguh Adrianna. Bagi Adrianna, kata-kata Rayyan Fahrin tidak boleh di pandang enteng. Dia belum kenal siapa Rayyan Fahrin yang sebenar jadi apa saja kata Rayyan Fahrin mesti di ambil kira.
            ” Tengah subur ni Anna, baik kau mengalah dulu. Kang tak pasal-pasal bulan depan perut kau dah berisi. Kau belum kenal dia lagi,jangan buat main.Kalau dia buat betul apa yang dia cakap sebentar tadi,tak pasal-pasal ada free show dekat balkoni pulak tu.” Otaknya sudah berfikir macam-macam.
            “ Gila, manalah Baba jumpa dia ni. Entah-entah mamat psiko, tak pun perogol bersiri. Dia bercakap macam dah biasa buat pulak” Adrianna merungut perlahan.
            “ Apa dia Yang? Cakaplah kuat sikit Abang tak dengarlah…” Rayyan Fahrin merenung mata Adrianna. Entah kenapa jantung Rayyan Fahrin berdegup laju.Seketika dia tenggelam dalam renungan mata antara mereka. Wajah marah Adrianna dirasakan sungguh cantik.
            “ Err..okay,deal. So, shall we go now? Semua orang tengah tunggu kita kan?” buat kali pertama dalam hidupnya, Adrianna Bt Abdullah mengalah kepada seorang lelaki dan lelaki itu adalah Rayyan Fahrin b. Iskandar. Ada ubi ada batas, ada lori ada bas, ada hari pasti akanku balas!” Ikrar Adrianna di dalam hati.
            Rayyan Fahrin tersenyum tanda kemenangan.  Sebaik Rayyan Fahrin menjatuhkan tangan yang menghalang, Adrianna cepat-cepat berlalu pergi tanpa menoleh kepada Rayyan Fahrin.
            Itu sudah kira satu petanda yang baik. Rasa nak melompat gembira. “ Terima kasih daun keladi wahai bapa mertuaku. Jasamu pasti akanku kenang. Kalau tak kerana tips yang kau berikan sebentar tadi,mungkin aku dah terduduk terkena serangan peluru berpandu isteriku yang garang.” Wah berfalsampah pulak Rayyan Fahrin ni. Teruskan semangat dan usahamu Rayyan Fahrin. Semoga Berjaya dalam usaha ‘menjinakkan’ puteri kesayangan Datuk Abdullah dan Datin Maimun.
            Rayan Fahrin terduduk sambil memegang dada kiri. Dadanya berombak kencang. Kalau selalu macam ni rasanya arteri pulmonary boleh pecah! Nasib tak terkencing dalam seluar! Sebenarnya tadi dia ‘action’ je. Sebelum masuk ke dalam bilik Adrianna tadi, bapa mertua yang paling cool di dunia memanggil dan menurunkan sedikit ilmu ‘mempertahankan diri dan mematahkan serangan’ puteri tebuan tanahnya. Kalau Datuk Abdullah tak berpesan pada dia tadi, mahu dia tergagap-gagap bila bercakap dengan Adrianna.
            “ Ingat yang Baba pesan tadi. Bila bercakap dengan Anna jangan tunjukkan rasa gentar.nervous-nervous jangan layan! Fahrin kena tunjuk kuasa veto sebagai suami. Anna tu nampak aje garang tapi hati dia lembut. Fahrin kena pandai main peranan dan cakap nanti biar yakin..jangan tergagap-gagap pulak! Tapi ingat ye..jangan nak over pulak..Anna tu satu-satunya anak perempuan Baba. Anggaplah ini adalah langkah pertama Fahrin memikat anak Baba. Lain kali Baba beritahu lagi ‘maklumat-maklumat rahsia rahsia sulit kerajaan’ Adrianna yang lain.” Datuk Abdullah membisikkan amanat sebagai bekal bertarung dengan puteri harimau Malaya kepada menantunya. Bahu Rayyan Fahrin di pegang sebagai tanda sokongan.  
            “Mana nak dapat bapak mertua macam ni zaman sekarang bro! Memang dapat rezeki tersepak betul kau Fahrin. Dapat sokongan padu daripada mertua. Cerah masa depan tu! Tapi ingat Fahrin, kau kena bersedia mental dan fizikal sebab you’re dealing with unexpected Adrianna’. Memang kena berusaha gigih dan jerih nak jinakkan dia.” Otak Fahrin bersuara mengingatkan tuannya.   

P/S : TERIMA KASIH ATAS MORAL SUPPORTS YG KORANG BERIKAN.harap puas hati dengan entry ini..keep reading k!