Total Pageviews

Sunday 12 August 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 9



BAB 9

            Adrianna memandu pulang ke rumah dengan perasaan yang teramat geram. Peristiwa yang berlaku sebentar tadi setelah selesai berjoging di Taman Tasik Tititwangsa masih jelas di ingatannya. Sesekali, tangannya menghentak stereng kereta melepaskan geram yang masih bersisa di hati. Hatinya masih berasa tidak puas hati dan muka Mamat ‘kerek + poyo’ dengan senyuman mengejek tadi amat mengjengkelkan.
            “ Bodoh punya lelaki. Harap muka je hensem tapi ‘attitude’ zero. Huh..tak pasal-pasal hangin satu badan.” Adrianna menghamburkan kata-kata kepada dirinya sendiri. Satu nafas yang dalam ditarik dan kemudian dilepaskan. Tiba-tiba, minda Adrianna teringat akan sesuatu.
“ Wait a minute..Mamat tu bawak keta Perdana Hitam tadi. Nombor plet kereta dia tadi WKL 6705 macam familiar sangat.Aku rasa macam pernah Nampak keta tu..tapi kat mana yek?” Adrianna cuba untuk mengingati di mana dia pernah nampak kereta yang di pandu oleh lelaki yang bertekak dengannya di Taman Tasik Tadi. Namun  kerana perasaan marah yang membuak-buak di dalam dada, dia langsung tidak dapat mengingati di mana dia pernah ternampak kereta Perdana hitam tersebut.
Sebenarnya, memang kereta Perdana Hitam itu biasa Adrianna nampak. Apa taknya,kereta itu adalah kereta syarikat bapanya,Datuk Abdullah. Amir selaku pemandu dan orang kanan Uncle Hashim selalu menggunakan kereta tersebut. Adrianna..Adrianna..itu pun boleh tak ingat.
Akhirnya, Adrinna tiba di perkarangan Villa Chinta Qaseh. Pintu kereta di hempas kasar sehingga Pak Hamid yang sedang mencuci kereta Mercedes Kompressor agak terkejut. Dia hanya mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah Adrianna yang agak ‘kepala angin’ itu. Dalam hatinya berkata, “ Siapalah yang berani menjolok sarang tebuan cantik ni . Tebuan bukan sebarang tebuan , tebuan tanah pulak tu…” Tapi Pak Hamid tahu ,marah Adrianna hanya sekejap. Pak Hamid cukup faham kerana dia melihat Adrianna membesar di depan mata sejak dia mula bekerja sebagai pemandu peribadi Datuk Abdullah sejak 15 tahun yang lalu. Walau pun agak garang, Adrianna seorang gadis yang menghormati orang tua dan tidak pernah meninggi diri dengan kedudukan yang ada.

………………………………………………………………………………………………………

            Usai mandi, Adrianna menghempaskan badan di atas katil empuk di dalam bilik tidurnya. Dia merenung siling kapur yang berukir cantik dengan renungan yang kosong. Dia mahu merehatkan fikiran dan sebolehnya tidak mahu memikirkan perkara yang menyerabutkan otak. Walau pun cuba untuk mengosongkan fikirannya, namun wajah lelaki yang bertengkar dengannya di Taman Tasik Titiwangsa pagi tadi tidak berjaya di usir.
            “ Apa kena dengan kepala otak aku ni..asyik teringatkan muka Mamat ‘kerek’ tu je..jantung aku ni pulak pasal apa pulak asyik berdebar-debar? Masa aku bercinta dengan Shamsul dulu pun tak macam ni?” Adrianna meletakkan tapak tangan kanannya di dada kiri.Tangannya jelas dapat merasakan debaran jantung yang ‘out of rhythm’ seperti baru lepas lumba lari seratus meter.
            “ Muka dia tadi..aduh…ada iras-iras Fahrin Ahmad, hero drama ‘Seindah Sakura’ yang menjadi pujaan kalbu aku pulak tu. Badan dia pun ‘tough’ gila macam orang yang sudah biasa dengan kerja-kerja berat. Ermm..mungkin dia selalu ‘work-out’dekat gim kot. Bestnya kalau dapat jumpa dia lagi...” Tanpa Adrianna sedari, spontan dia mengolek-golekkan badan di atas katil. Dah macam orang angau tak sudah pulak lagaknya.
            “ Oii Cik Anna..bawak-bawak sedarkan diri sikit. Awak tu bakal nak kahwin tak lama lagi. Jangan nak berangan nak tangkap cintan dengan orang lain pulak.” Cik Otak sudah bersuara mengingatkan tuan empunya badan.
            Lamunan Adrianna terhenti apabila Iphonenya berbunyi. Nama ‘Elaine’ tertera di skrin telefon yang baru di beli bulan lepas.
            “ Hello El, what’s up?” Adrianna menjawab panggilan sahabat karib semenjak belajar di Dublin dengan mesra dan ceria sekali. Mood marah pagi tadi sudah bertukar menjadi mood ceria berbunga-bunga.
            “ Hello Cik Kak! Inikan hari Ahad.buat apa terperuk kat rumah je..jomlah kita  shopping ke, tengok wayang ke,jomlah…aku tengah boring giler ni.” Elaine bersuara dari sebelah sana.
            “ Sorry..El. Hari ni tak bolehlah. Kau dah lupa ke? Hari inikan family aku ada ‘important’ dinner. Mama aku dah warning awal-awal lagi. Tak boleh keluar.” Adrianna menjawab dengan bersahaja.
            “ Oh ya…lupa pulak aku. Orang tu tak sabar-sabar nak jumpa bakal tunang a.k.a bakal husband-to-be. Mestilah dah lupa member kat sini. “ Elaine sengaja buat-buat merajuk.
            “ Cik Elaine! Jangan nak buat aku marah yea..geram ni tau tak? Member kena paksa kahwin kau boleh lagi nak menyakat aku” Adrianna agak geram dengan Elaine yang memang suka mengusiknya.
            “ Alalalala..cayang bucuk..janganlah marah nanti kena jual. Tapikan Anna, ‘dinner’ tu kan malam nanti. Sekarang ni baru tengahari, jomlah kita jalan-jalan kejap.  Temankan aku makan aiskrim dekat ‘Tutty-Fruity’ kejap. Dah lama aku tak makan aiskrim favourite aku kat situ. Air liur aku dah meleleh dah ni..Please..please..please!” Elaine cuba memujuk Adrianna keluar dengannya .
            “ Kau ni kan..kalah pompuan yang  mengidam anak sulung tau tak! Okay..demi ‘bff’ku yang tercenta, jom keluar tapi ingat..sekejap je tau!  So..nak jumpa kat mana ni.?” Adrianna tergelak bila mendengar ayat memujuk sahabat baiknya itu.
            “ Kau tunggu kat umah engko je.Sepuluh minit lagi aku sampai. See you..bye darling!” Dengan ceria Elaine mematikan telefon.

            Setelah bersiap ala kadar dan santai dengan jeans biru dan T-shirts Lady Like putih, Adrianna mencapai beg tangan ‘Coach’ dan bergegas turun ke bawah.
            “ Mama..Anna nak keluar dengan Elaine kejap ye..kejap je..promise!” Dia memberikan ciuman di pipi Datin Maimun.  Datin Maimun  dan Mak Yam ketika itu berada di dapur bersedia untuk memulakan ‘acara memasak’ untuk makan malam nanti.
            “ Okay..tapi ingat sekejap je tau!” Datin mengingatkan Adrianna.
            “ Thanks Mama! Balik nanti Anna tolong Mama masak okay! Anna ingat nak buat pudding koktail. Jeff mana Mama? Takkan chef popular tak nak turun padang..” Badan Datin Maimun di peluk dan sekali lagi satu ciuman singgah di pipi Datin Maimun.
            “ Ada kat atas . Dah lapar nanti turunlah dia. Dia kata nak buat ‘cheese cake Cinta Kasih’ dia tu. Jeff kata nak buat istimewa untuk bakal abang ipar dia yang tercinta..” Datin Maimun tersenyum. Sengaja menekankan perkataan ‘abang ipar yang tercinta’kepada Adrianna.
            Dengan muncung panjang sehasta, Adrianna berlalu pergi. Hatinya geram bila Mama, Baba, Jeff dan semua orang ‘bersekongkol’ mengenakannya. Dari luar pagar, Elaine sudah membunyikan hon kereta  Mini Coopernya menandakan dia sudah tiba. Setelah Adrianna menutup pintu kereta, Elaine terus memecut Mini Cooper merah itu menuju ke destinasi, Kedai aiskrim ‘Tutty Fruity’ di Platinum Walk.
……………………………………………………………………………………………………..

            Usai menunaikan solat fardhu Zuhur, Jeffrey menapak ke dapur. Dia sudah berjanji untuk menyediakan satu hidangan pencuci mulut untuk makan malam nanti. Hatinya agak teruja kerana sama seperti ahli villa Chinta Qaseh yang lain, dia juga tak sabar untuk berjumpa dengan bakal suami Adrianna.Dengan kata lain, dia sebenarnya tak sabar-sabar nak menyakat Adrianna nanti.
            Jeffrey tersenyum sendirian. Minggu lepas bukan main lagi Anna menyakatnya. Sudah seminggu dia menjadi tunangan kepada perempuan yang bernama Qalisha dan selama seminggu inilah Adrianna menyakatnya. Bertambah geram lagi bila semua gambar majlis pertunangannya yang diambil Adrianna pada minggu lepas satu pun tak berapa ‘clear’. Bukan sebab gambar di ambil menggunakan kamera ‘cap ayam’ tapi orang yang mengambil gambar tu..fuh tak tahulah  nak cakap apa.Langsung takde bakat dalam bidang fotografi. Rasanya budak umur lapan tahun boleh ambil gambar lebih cantik. Dalam tak suka, hati Jeffrey teringin juga melihat gerangan wajah gadis yang menjadi tunangannya. Semua orang yang mengikuti rombongan meminang tidak habis-habis memuji kecantikan Qalisha. Qalisha cantik sangat, Qalisha manis sangat,Qalisha dan Jeff bagai pinang di belah dua…bla bla bla. Semua orang asyik mengatakan benda yang sama.
            “ Cantik sangatkah dia? Alah kalau muka je cantik perangai zero buat apa?” Jeffrey sempat lagi mengomel sendirian.
            Dalam masa 45 minit, sebiji ‘cheese cake Cinta Kasih’ dan ‘kek lapis blueberry’ siap masuk ke dalam oven. Alah apa yang nak di hairankan, setakat buat dua biji kek tu, ‘kacang’ sahaja bagi Jeffrey. Kerjayanya sebagai Pastry chef di Ritz Carlton yang ada rancangan masakan kat tv lagi, adalah perkara biasa  baginya.
            Jam sudah menunjukkan 5.30 petang. Datin Maimun mula risau bila Adrianna masih belum pulang. Lantas dia mendail nombor telefon Adrianna namun panggilannya hanya masuk ke peti mel suara.
            “ Mana pulak Anna ni pergi? Tadi cakap nak keluar sebentar sahaja. Ini sudah dekat tiga jam tak balik-balik lagi.” Datin Maimun mengomel sendirian. Lantas nombor telefon Elaine pula di  dail dan jawapan dari sebelah sana, ‘ harap maaf,nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.Sila cuba sebentar lagi.’
 Datin Maimun sudah berasa agak cuak. Dia berasa agak hairan kerana dia tahu benar perangai anak perempuannya yang seorang itu. Bukan jenis yang suka memungkiri janji dan seorang yang amat menepati waktu. Datin Maimun menapak  ke arah kolam renang di mana Jeffrey dan Datuk Abdullah sedang berenang, bersantai merehatkan badan.
“ Dua beranak ni pun satu, kalau dapat berendam dalam kolam macam tak ingat dunia. Kalah budak kecik. Siap main percik-percik air lagi.” Melihat perlakuan Jeffrey dan Datuk Abdulah yang sedang bermandi-manda,Datin Maimun tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala.
“ Mama , jomlah join kami. Berenang terapi yang bagus untuk ‘maintain bodyshape’. Nanti body Mama makin mengancam kalah anak dara!” Jeffrey mula mengayat Datin Maimun. Datuk Abdullah mengangguk-angguk kepala tanda bersetuju dengan kenyataan Jeffrey.
“ Apa Jeff ingat ‘body’ Mama tak cukup ‘shape’ lagi ke? Dah sudah malas Mama nak layan kamu. Ni Mama tengah risau ni, dari tadi lagi Anna keluar tak balik-balik. Pukul satu tadi dia kata nak keluar dengan Elaine sekejap tapi sampai sekarang belum Nampak batang hidung lagi. Ni bukan macam kebiasaan Anna. Kalau ada apa-apa, dia akan call..” Nada suara Datin Maimun sudah berbaur kerisauan.
Datin Maimun menghulurkan tuala kepada Datuk Abdullah yang baru keluar daripada kolam.
“ Dah call dia? Mana pulak Anna pergi. Takkan dia tak tahu kita ada ‘special dinner tonight’. Datuk Abdullah mula bersuara sambil melabuhkan punggung di kerusi rehat di tepi kolam renang. Lantas tangannya mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja bersebelahan lalu nombor telefon Anna ditekan. Tiada jawapan. Seketika kemudian nombor telefon Amir pula di tekan.
“ Hello Amir, cari Adrianna. Entah mana pulak dia pergi. Tadi dia cakap nak keluar sekejap nak jumpa Elaine tapi sampai sekarang tak balik-balik lagi. Suruh anak buah kamu cari anak saya sampai dapat!” Tegas sekali arahan Datuk Abdullah.
Bukan paranoid, tapi kedudukan yang di miliki dan pengalaman mengajar Datuk Abdullah supaya sentiasa berwaspada. Kejadian yang berlaku sepuluh tahun yang lalu di mana Adrianna di culik dan penculik meminta wang tebusan, cukup meninggalkan trauma pada dirinya. Nasib baiklah Adrianna tidak diapa-apakan ketika itu. Kepantasan dan kecekapan pihak polis telah berjaya menangkap dalang yang terlibat. Tidak lain tidak bukan, salah seorang kakitangan syarikatnya sendiri yang bersekongkol dengan penculik. Itulah manusia, selalu cepat kelabu mata dengan wang ringit malah sanggup mengkhianati orang lain asalkan cita-cita tercapai. Sebab itulah Datuk Abdullah mengupah ‘bodyguards’ yang akan memerhatikan gerak-geri anak-anaknya dari jauh tanpa mereka sendiri sedari. Dan sebab itu jugalah dia sangat berhati-hati serta tidak mudah menaruh kepercayaan kepada orang.
“ Rilekslah Baba, takde ke mananya Anna tu. Maybe dia jalan-jalan tengok wayang ke dengan kawan-kawan dia..bukan selalu pun. Baba pun tahu Anna macam mana kan?” Jeffrey bersuara cuba memujuk Babanya. Dia tahu Baba paling tidak suka dengan bab-bab mungkir janji, balik lambat tak telefon, lewat dan sewaktu dengannya.
“ Mai macam mana? Dah beres ‘preparation’ untuk dinner?” Datuk Abdullah mangalihkan pandangan ke arah Datin Maimun yang duduk di kerusi bersebelahan.
“ Beres..Mai dan Mak Yam dah masak spesel. Yelah nak kenal bakal menantu kan..kenalah masak spesel sikit. Jeff pun dah buat cheese cake trademark dia tu. Tunggu bakal menantu kita yang abang pilih tu je muncul. Ermmm..Rayyan Fahrin. Sedap nama dia. Orangnya macam mana pula ye?” Datin Maimun menjawab pertanyaan Datuk Abdullah dengan senyuman meleret.
“ Nanti Mai nilai sendiri bila dia datang malam karang. Abang suka dia. Abang yakin abang tak silap pilih dia untuk Anna. Abang yakin dia boleh menjadi suami yang baik untuk Anna dan menantu yang baik untuk kita. Kita doakan yang Rayyan Fahrin adalah jodoh yang tepat buat anak kita.”
“ Mai pun sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak kita bang..” Jauh di sudut hati Datin Maimun, dia berharap anak-anaknya akan mengecapi kebahagiaan sebagai mana kebahagiaan yang dikecapinya bersama Datuk Abdullah.
...........................................................................................................................................

            “ El..how could you do this to me! You know how important  this dinner  tonight for my parents..for me! I thought you are my bestfriend..but you lied dan yang paling aku bengang sangat, kau  sanggup aturkan pertemuan aku dengan jantan tak guna tu! “ Ton Suara Adrianna sudah meninggi. Marah dan geram sungguh Adrianna bila kawan baiknya sanggup menipu dirinya kononnya mahu keluar sekejap nak makan aiskrim di ‘Tutty Fruity’ tapi alih-alih sampai ke Bagan Lalang, Sepang!
            “ Okay Anna, calm down. Kau patut berterima kasih kat aku. Aku tengah tolong kau sekarang ni. Aku tahu kau tak mahu kahwin dengan lelaki pilihan Baba kau dan aku jugak tahu walau pun mulut kau cakap kau benci, jauh di sudut hati kau masih sayangkan Shamsul kan. That’s why aku sanggup tolong Shamsul..dia masih cintakan kau Anna…” Elaine bersuara tanpa rasa bersalah dengan apa yang telah di lakukan. Dia yakin walau pun Adrianna marah ,dia telah ‘menyelamatkan’sahabat baiknya itu.
            “ Cukup Elaine! Kalau kau kawan aku, bawa aku balik sekarang. Dah pukul 7 lebih. Mama aku tentu dah risaukan aku. Dan untuk kali terakhir Elaine, aku jelaskan sekali lagi..aku bencikan lelaki hipokrit macam Shamsul. Walau pun Shamsul adalah sepupu kau, aku tak mungkin sekali-kali menerima dia lagi di dalam hidup aku apatah lagi sebagai suami aku! Tak mungkin aku maafkan apa yang telah dia buat pada aku. Aku sungguh tak sangka Elaine,kau sanggup khianati aku. Sampai hati kau..” Ada sedikit getaran dan kekecewaan di dalam suara Adrianna.
            Keyakinan Elaine mula goyah bila mendengar kata-kata Adrianna. Sungguh! Dia langsung tidak terniat untuk menyusahkan Adrianna. Memang dia akui, suatu masa dahulu sepupunya, Shamsul pernah melukakan hati Adrianna apabila dia di tangkap khalwat dengan seorang perempuan yang juga setiausahanya di sebuah hotel ketika seminggu lagi majlis pertunangan mereka. Namun, apabila Shamsul merayu-rayu meminta tolong supaya mengaturkan  pertemuan dengan Adrianna atas alasan mahu meminta maaf dan mahu memujuk Adrianna supaya menerima cinta kembali. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Shamsul beberapa hari yang lalu.
            “ Please El, aku benar-benar menyesal dan aku sedar akan kesilapan aku. Adrianna adalah yang terbaik untuk aku dan tak mungkin aku boleh melupakan dia. Aku tahu dia masih cintakan aku walau pun mulutnya mengatakan dia bencikan aku. Kau tolong aku ye..Adrianna paling percayakan kau. Dah bermacam-macam aku buat untuk memujuk dia tapi semuanya tak berhasil. Aku berjanji kalau kali ini juga tak berjaya, aku akan undurkan diri selamanya dalam hidup Adrianna. Aku takkan kacau dia lagi.”
Elaine seorang yang lembut hati dan kerana termakan pujuk rayu Shamsul dia sanggup menolong Shamsul dengan memujuk  Adrianna mengikutnya walau pun dengan cara menipu. Dia tidak tahu Shamsul, kaki perempuan yang tak pernah berubah. Dia berpura-pura berlagak baik di hadapan Elaine kerana hanya Elaine yang boleh membantunya mendekati Adrianna
. Shamsul mahu membalas dendam kerana dia berasa sangat sakit hati apabila Adrianna tidak mahu menerimanya kembali dan langsung tidak mahu memberikan peluang kedua kepadanya untuk meraih cinta Adrianna.Adrianna gadis yang keras hati dan penolakan cinta oleh Adrianna telah membuatkan ego lelakinya tercabar! Kasanova terkenal takkan kalah kepada gadis yang bernama Adrianna. Bagi Shamsul,kalau dirinya tidak dapat memiliki Adrianna, maka tiada lelaki lain yang berhak! hanya dirinya dan dia sudah nekad, dia akan pastikan dia dahulu yang akan menghisap ‘madu’ Adrianna dan siapa pun bakal suami Adrianna nanti,hanya akan mendapat sepahnya!
…………………………………………………………………………………………………….

            Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Dengan perasaan marah yang masih berapi-api, Adrianna meninggalkan Elaine di restoran makanan laut dalam keadaan yang terpinga-pinga, mungkin berasa sedikit serba –salah. Lebih geram lagi kerana bateri iphonenya telah habis dan dia tidak dapat menghubungi keluarganya. Tentu mereka semmua sedang risaukan dirinya! Adrianna mahu menapak ke arah telefon awam yang terletak di luar restoran. Nasib baiklah dia ingat nombor telefon Jeffrey. Namun langkahnya terhenti sebaik daun pintu masuk restoran itu ditolak. Shamsul berdiri terpacak di hadapannya dengan senyuman yang sukar di mengertikan. Lidah Adrianna kelu tak terkata apabila Shamsul tiba-tiba  menariknya kasar ke arah sebuah kereta Toyota Camry hitam sudah sedia menanti.
Semuanya berlaku dengan pantas! Elaine yang menyaksikan insiden itu berasa sangat terkejut dan dia kini menyesal teramat sangat kerana telah terpedaya dengan kata-kata Shamsul.
“ Ya Allah! Apa yang telah aku lakukan! Selamatkanlah sahabatku Ya Allah! Sekiranya apa-apa berlaku pada Adrianna, aku tak mungkin dapat maafkan diriku sendiri !”

……………………………………………………………………………………………………
“ Hello Mir, budak-budak aku yang mengekori Shamsul cakap,lewat petang tadi Shamsul bergegas ke Bagan Lalang,Sepang. Dia orang Nampak Shamsul naik Camry dan berhenti di sebuah restoran makanan laut kat situ…Oh tunggu kejap Mir, ada call masuk.” Amri terus menekan  butang ‘hold’ pada telefon bimbitnya dan dengan pantas menjawab panggilan daripada anak buahnya.
 “Hello,Amri sini.Ada perkembangan terbaru ke? Apa! Okay aku nak korang ikut Camry tu! Jangan sampai terlepas pandangan. Jangan ikut terlalu dekat, aku takut Shamsul tahu dia diekori dan dia akan buat sesuatu pada Cik Adrianna! Buat apa yang patut! Yang penting Cik Adrianna selamat!”  Amri, orang yang Datuk Abdullah tugaskan untuk mengawasi gerak-geri Shamsul melaporkan perkembangan terkini kepada Amir, salah seorang orang kepercayaan Datuk Abdullah.
“ Hello Mir! Budak-budak aku Nampak Shamsul tarik Cik Adrianna masuk ke dalam Camry hitam dan mereka sedang mengekori si bedebah tu sekarang. Okay Mir, aku nak gerak! Aku update kau kemudian.” Amri terus menghidupkan motorsikal kuasa besarnya dan terus memecut untuk mengejar kereta yang di naiki oleh Shamsul.

………………………………………………………………………………………………………

            Rayyan Fahrin tiba bersama Uncle Hashim di Villa Chinta Qaseh seperti yang dijanjikan. Dia segak dengan kemeja biru firus dan berseluar ‘slack’ hitam. Puas dia memikirkan baju mana yang hendak di pakai. Akhirnya, dia memilih kemeja biru firus dan slack hitam, Nampak tak terlalu formal dan tidak juga terlalu selekeh. Yelah, nak jumpa bakal mertua ni beb!
 Kedatangan mereka di sambut oleh Datin Maimun dengan senyuman. Pertama kali bila Hashim memperkenalkan Rayyan Fahrin, mata Datin Maimun sudah bersinar-sinar. Senyuman tidak lekang daripada bibir dan dengan ramahnya, Datin Maimun menjemput mereka ke ruang tamu. Sempat juga Rayyan Fahrin memerhati keadaan villa mewah Datuk Abdullah. Memang mewah.
“ Mak aii..besar betul rumah ni. Boleh sesat kalau macam ni. 3-4 tingkat pulak tu..siap ada kolam renang mewah..kalau berendam mahu aku tak naik ni.” Rayyan Fahrin amat terpukau dengan hiasan dalaman,susun atur dan dekorasi vila tersebut. Semua perabot dah tentu diimport daripada luar Negara.Memang kelas! Mewah giler!
Seketika kemudian Datuk Abdullah dan Jefrrey turun dari tingkat atas dan berjalan menuju ke arah ruang tamu di mana Rayyan Fahrin, Hashim dan Datin Maimun sedang rancak berbual. Dengan kata lain, Datin Maimun sedang rancak menemuramah bakal menantu pilihan Datuk Abdullah.
Sebaik Nampak Datuk Abdullah sedang menuju ke arahnya, secara spontan terus Rayyan Fahrin berdiri. Terkejut Datin Maimun di buatnya.
“ Assalamualaikum, Datuk…” Rayyan Fahrin memberikan salam sambil menghulurkan tangan.
“ Waalaikummussalam..dah lama sampai? Tentu  dah kenal dengan isteri sayakan. Dan ini anak lelaki saya Jeffrey. Rayyan Fahrin berjabat tangan dengan Jeffrey dan disambut dengan renungan yang dalam oleh Jeffrey. Renungan Jeffrey itu mengundang sedikit rasa gelisah dalam hati Rayyan Fahrin.
“ Apasal dia ni? Pandang aku sampai macam tu sekali. Senyum tidak,masam pun tidak. Air muka takde ekspresi langsung. Ke dia tak suka aku?” Minda Rayyan Fahrin mula membuat andaian.
“ So inilah dia Rayyan Fahrin, bakal abang ipar aku tu. Ermm..not bad pilihan Baba.Ada rupa, ada gaya..tapi ‘clumsy’sikit. Mungkin gugup jumpa bakal mertua kot? “ Dalam diam Jeffrey membuat penilaiannya sendiri.
“ Hek eleh..pandailah kau nak nilai orang. Kalau kau macam mana? Nanti bila kau  jumpa keluarga bakal isteri kau tu nanti, barulah kau tahu .Gugup ke? Gagap ke? Entah-entah kau lebih teruk daripada dia.” Otak Jeffrey mula melancarkan serangan kepada tuan empunya diri.
Namun Rayyan Fahrin berasa sedikit hairan. Satu, sebab dia belum Nampak lagi anak perempuan Datuk  Abdullah. Kedua, sebab air muka Datuk Abdullah serius giler! Macam orang tengah risau pun ada. Ketiga, muka anak lelaki dia langsung takde iras muka Datuk Abdullah mahu pun Datin Maimun. Macam muka orang putih campur cina adalah! Harap-harap anak perempuan dia se’cun’ anak lelaki dia.
Kehairanan semakin bertambah bila tiba-tiba Datuk  Abdullah bangun dan meminta Uncle Hashim mengikutnya ke bilik bacaan dan kemudian Jeffrey pula menyusul daripada belakang. Air muka Datin Maimun pula sedikit kelat seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu.
Rayyan Fahrin mula risau dan otak mula fikirkan perkara yang bukan-bukan. “ Apa kena mereka ni? Pelik betul.Macam ni ke gaya orang kaya menerima tetamu? Suspicious betul.”
“ Err..maaf ye Rayyan, something came up..kami tengah risau ni. Adrianna tak balik-balik lagi. Kami risau Adrianna kena culik.” Datin Maimun berterus terang dengan Rayyan Fahrin apabila bila melihat muka Rayyan Fahrin berkerut melihat perlakuan suaminya.
Seketika kemudian, Mak Yam terkocoh-kocoh datang menghulurkan telefon bimbit kepada Datin Maimun. “ Datin, telefon.”
 Sebaik nama ‘Elaine’ kelihatan pada skrin telefon, Tangkai hati Datin Maimun bagaikan disentap. Tanpa berlengah, dia terus menjawab panggilan tersebut.
“ Hello Elaine, mana Anna? Mana kamu pergi tak balik-balik lagi ni? She needs to be here now! Apa! Ya Allah Anna!” Serentak dengan itu, Datin Maimun hampir terkulai namun Rayyan Fahrin sempat menyambut  sebelum Datin Maimun terjelepok ke lantai.
“ Ya Allah Datin!” Datin Maimun pengsan dalam pangkuan Rayyan Fahrin. Pantas dia mengambil telefon yang masih di dalam genggaman Datin Maimun dan meletakkan telefon di telinga dengan harapan si pemanggil masih berada di talian.
“ Hello,siapa di sana? Apa yang berlaku?” Sedang Rayyan Fahrin berbicara dengan si pemanggil, Datuk Abdullah dan Jeffrey bergegas turun setelah  suara soprano Mak Yam  melaung meminta tolong.
Setelah menamatkan perbualan. Rayyan Fahrin memberitahu apa yang si pemanggil yang bernama Elaine cakap sebentar tadi kepada semua yang ada di situ. Keselamatan Adrianna terancam sekarang ini dan jauh di sudut hati Rayyan Fahrin, dia berdoa agar bakal isterinya itu selamat. Kalau boleh nak dia ‘hero’ menyelamatkan ‘heroin’ tapi mana nak redah kalau tak tahu hujung pangkal cerita.
“ Tak guna budak Shamsul tu. Dari dulu lagi saya tak percayakan dia dan sekarang apa yang cuba dia lakukan.”  Datuk Abdullah melontarkan kemarahan namun ditenangkan oleh Hashim dan Jeffrey.Walau pun Shamsul adalah anak kepada sahabat baiknya, Datuk Syed Bukhari,dia akan pastikan si Shamsul meringkuk di dalam penjara.
Oleh kerana terlalu marah , Datuk Abdullah mencapai telefon dan mendail nombor Datuk Syed Bukhari.
“ Hello Syed…listen to me very carefully. Your son just kidnapped my daughter! Anything happen to my daughter, I’ll make your son sorry that he was born!” Suara Datuk Abdullah lantang sekali. Semua yang berada di situ terkedu. Rasanya mahu pecah gedendang telinga kalau dijerit begitu. Hashim cuba menenangkan Datuk Abdullah kerana dia bimbang tak pasal-pasal tekanan darah Datuk Abdullah naik. Silap haribulan dengan Datuk Abdullah sekali pengsan!
…………………………………………………………………………………………………….

            Setelah berlaku adegan kejar mengejar  seperti  adegan kejar-mengejar dalam f ilem arahananak Datuk Yusof Haslam, akhirnya Amri dan anak-anak buahnya berjaya memintas kereta Toyota Camry yang melarikan Adrianna. Si pemandu Camry terpaksa memhentikan keretanya setelah di kepung depan dan belakang.
            Di dalam kereta pula, Adrianna bergelut dengan Shamsul.
            “ Your game is over Shamsul! Kat luar tu dah tentu orang –orang bapak aku.Serah diri je kalau kau tak mahu di apa-apakan.” Adrianna masih lagi meronta-ronta kerana kedua-dua tangannya masih lagi di pegang kemas oleh Shamsul. Air muka Shamsul mula cemas.
            “ Sial!..macam mana diorang boleh datang secepat ni! Yang kau berhenti buat apa! Jalanlah Ben!” Jerit Shamsul kepada lelaki yang memandu kereta.
            “ Nak jalan macam mana! Kau tengok sendiri,depan belakang dah kena ‘blocked’.Apa ni Sham! Kau cakap kau nak dating dengan awek je,alih-alih jadi macam ni! Aku tak nak terlibat. Mereka ramai, aku tak nak mati katak!” Lelaki yang di panggil Ben mula kecut perut lalu terus membuka pintu keluar dan mengangkat tangan.
            “ Tolong jangan apa-apakan saya. Saya tak salah.Saya di paksa pandu kereta ni!” Ben bersuara dalam ketakutan.
            “ Tak guna punya member.” Shamsul sudah terperangkap.Dia sedar jika dia melawan,dia yang akan cedera parah.Silap haribulan boleh arwah terus.
            Seketika kemudian, pintu belakang kereta di buka kasar. Anak-anak buah Amri menarik keluar Shamsul dan Adrianna daripada kereta itu.
“ Cik Adrianna okay ke? Jangan takut.Saya Amri dan mereka semua anak buah saya. Datuk tugaskan kami mengawasi gerak –geri Si Keparat ni.”
Sebaik sahaja keluar, satu penumbuk hinggap di muka Shamsul. Dua orang anak buah Amri memegang kedua tangan Shamsul dan seorang lagi menumbuk Shamsul bertalu-talu.
            Adrianna menjerit meminta anak buah Amri berhenti memukul Shamsul. Walau pun Shamsul cuba melakukan perbuatan terkutuk terhadapnya, dia tidak mahu melihat keganasan berlaku di depan mata.
            “ Sudahlah lepaskan dia. Ingat  Sham, jangan ganggu aku lagi,kalau tak, aku tak jamin kau akan selamat lain kali.” Adrianna meminta semua bersurai. Lelaki yang bernama Ben,cepat-cepat mendapatkan Shamsul yang sudah tak bermaya.
            Adrianna menghentikan langkah .Mindanya melarang tapi hati marahnya minta dia melakukan sesuatu. Dia berpusing dan berjalan menuju ke  arah Shamsul yang berdiri sambil di papah oleh Ben. Tiba-tiba, dia menendang dengan kuat di celah kelengkang Shamsul.Akibat daripada tendangan itu, Shamsul jatuh terjelepok sambil muka menahan kesakitan yang teramat sangat.
            Perbuatan Adrianna menyebabkan Amri dan semua anak buahnya terkejut. Masing-masing membuat muka menyeringai seolah-olah menahan sakit.
            Salah seorang anak buah Amri berkata, “ Bos, brutal..ganas betul anak datuk ni. Seram saya tengok.”
            Adrianna berjalan ke arah Amri dan berkata, “ Dah, saya penat.bawak saya balik. Famili saya mesti tengah risau giler sekarang ni. Bakal suami saya pun dah tentu dah penat menunggu.”
Tanpa menunggu untuk dibukakan pintu , Adrianna terus memboloskan diri ke dalam perut kereta Honda Accord yang di pandu oleh anak buah Amri.
            “ Hello Amir,semua okay.Kau cakap dengan Datuk anak dia selamat.Kita orang dalam perjalanan balik sekarang.” Amri mematikan talian telefon dengan perasaan lega kerana Cik Adrianna berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Dan Shamsul, nasib kaulah.Sapa suruh cari pasal dengan Datuk Abdullah dan keluarganya. Nampaknya berkampung di  hospitallah kau lepas ni. Paling tidak pun seminggu.Berdoalah semoga kau tak mandul akibat tendangan ‘maut’ Cik Adrianna tadi.

……………………………………………………………………………………………………..

            “ Alhamdulillah, Adrianna selamat.Amri akan bawa dia pulang.” Datuk Abdullah menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana Adrianna Berjaya diselamatkan tanpa kecederaan.Sebaik mendapatkan perkhabaran Adrianna telah selamat semua berasa lega dan bersyukur terutamanya Datin Maimun.
            “ Nampaknya, takde rezeki Fahrin diperkenalkan pada Anna malam ni. Takpelah jom kita makan. Saya pun dah lapar ni. Macam-macam hal pulak yang berlaku hari ni.Macam drama tv pulak. Takpelah Fahrin, sabar sajalah ye.Lagi seminggu,kahwinlah awak dengan Adrianna.Lepas kahwin, berkenalanlah puas-puas dengan anak saya ye! Datuk Abdullah mengurut dada kelegaan. Sempat lagi dia berlelucon.
            “ Biar betul bakal bapak mertua aku ni..sempat lagi dia buat lawak” Desis Rayyan Fahrin di dalam hati.
            Usai makan malam, Rayyan Fahrin dan Uncle Hashim bertolak pulang. Walau pun tidak dapat mengenali bakal isteri seperti yang dirancang, Rayyan Fahrin akur dengan kehendakNya. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku pada malam ini.
            “ Sabarlah hati, dah sah nikah nanti, akanku tatap wajah Adriannaku yang bak…bak apa yek? Manalah aku tahu rupa dia macam mana…” Otak Rayyan Fahrin terus berangan…


            Kejadian yang berlaku menyebabkan Datuk Abdullah mengambil langkah yang lebih berhati-hati terutamanya pada hari akad nikah anak-anaknya di Pusat Islam. Dia tidak mahu ada gangguan yang akan mengganggu kelancaran majlis tersebut. Majlis tersebut adalah majlis tertutup dan dia tidak mahu ada pihak seperti pihak media dan paparazzi yang tak di undang di dalam majlis itu nanti.
            Empat hari lagi majlis pernikahan dua pasang pengantin akan diadakan. Semua persiapan sedang giat dijalankan dan semua orang sibuk dengan tugas masing-masing. Rayyan Fahrin telah pulang untuk menjemput Nenek dan adik perempuannya di kampung.Manakala, adik lelakinya,datang sendiri. Jarak Universiti Lim Kok Wing di Cyberjaya bukanlah jauh sangat dengan kondominium Platinum Lake di  Danau Kota.
            Datuk Abdullah juga telah meminta Jeffrey bercuti awal sedikit untuk membuat persiapan akad nikah nanti. Lebih tepat lagi, Datuk Abdullah mengarahkan Jeffrey buat rehearsal dulu. Kata Datuk Abdullah, “ Ada masa tu,practice-practice dulu ayat penting nak jawab masa akad nikah nanti. Biar sekali lafaz saja dah sah! Kalau berkali-kali tak sah-sah jugak, buat malu Baba je! Sia-sia je Baba bagi sekolah tinggi kalau jawab kad nikah berkali-kali!”
“ Diktator betul Baba ni.Ish tension betul aku!” Baik aku keluar dengan Luqman.Lepak dekat café pun okay gak..” Lantas kunci kereta Honda CRZ Hybrid di capai dan kaki terus melangkah keluar. Enjin kereta yang baru di beli dua minggu yang lalu di hidupkan. Kereta yang berwarna silver itu terus membelah jalan menuju ke café ‘The Pastries’ yang terletak di Bukit Bintang.
Suasana di café agak sibuk. Hujung minggu memang ramai pengunjung yang datang. Jeffrey terus ke meja ‘private spot’ yang memang di khaskan untuk para ‘shareholders’ bersidang. Andy menyambut kedatangannya dengan senyuman panjang. Luqman pula masih belum nampak batang hidungnya.
Sebaik sahaja Andy dan Jeffrey duduk, pelayan yang bernama Maya datang ke meja.
“ Bos-bos nak minum apa?” Pantang kalau Jeffrey datang ke café, belum sempat pelayan lain datang, Si Maya dulu yang akan melayan. Peminat setia katakan,nak buat macam mana.
“ Saya nak diet Coke” Balas Jeffrey acuh tak acuh. Kadang-kala dia naik rimas dengan kegedikan Maya. Kalau tak kerana Maya tu saudara bau-bau taik ayam dengan Andy, mau je dia suruh Andy pecat saja Si Maya.
“ Bagi Abang air Rutbir je. Lepas tu bawaklah apa-apa jajan yang ada, kami ada hal nak bincang. Jangan nak kacau!” Sengaja Andy buat suara tegas kalau tak nanti menempel sajalah kerja Si Maya. Seketika kemudian, Maya datang menatang dulang dan dua gelas minuman yang dikehendaki di letakkan. Sambil meletakkan dulang, sempat lagi dia merenung muka Jeffrey yang sememangnya hensem. Satu kerlingan tajam diberi oleh Andy dan Maya terus berlalu pergi selepas itu.
“ So macam mana Jeff? Dah ready ke nak jadi suami orang” Soalan cepu berlian keluar daripada mulut Andy.
“ Kau ni spoil mood aku je. Aku datang sini nak release tension. Semua orang asyik Tanya aku soalan tu..cuba Tanya soalan lain. Bantut terus selera aku.”  Gelas yang berisi dengan Diet Coke di tolak sedikit ke depan.
“ Rileks bro..kahwin best tau! Nak makan ada orang layan, nak tidur ada ‘bantal’ peluk yang boleh gerak-gerak lagi.Tak payah pakai bateri. Kalau sejuk, ada yang tolong’ hangatkan’..”
“ Dah..jangan nak keluar ayat 25SX  kau tu kat aku. Kang aku cakap dengan Hani yang laki dia ni gatal sangat. Hah tu, ‘Honey’ kau dah datang tu.” Jeffrey menjuihkan mulut ke arah Hani,isteri Andy yang sarat mengandung tujuh bulan . Hani sedang menapak ke meja mereka.
“ Bini aku sportinglah..takde cepat melenting,cepat cemburu macam perempuan lain..” Belum sempat Andy menyudahkan ayat, Hani sudah menyampuk.
“  Perempuan mana bang? Jangan sampai  Hani tau abang ada ‘affair’ dengan perempuan lain. Kalau Hani tahu, Abang dengan kekasih gelap abang tu Hani kerat lapan belas!”
“ Mak ai..ganasnya.Bini sapa ni?”  Jeffrey mengeleng-ngelengkan kepala melihat telatah dua suami isteri yang gaduh-gaduh manja di hadapannya.
“ Yang, Jeffrey tanya abang tadi, best tak kahwin?” Andy masih berseloroh.
“ Weh..bila masa pulak aku tanya macam tu?” Jeffrey melemparkan popcorn yang ada di tangan kepada Andy.
“ Bestttt sesangat! Kalau tak best takdelah aku dapat ‘title’ PJK.” Ujar Hani selamba.
“ PJK tu apa?” Tanya Jeffrey sedikit ‘blur’.
“ Perut jalan ke depan!” Hani dan Andy menjawab serentak dan mereka semua ketawa.
“ Kita orang dah tak sabar nak tengok muka bakal isteri kau..sapa nama dia yang kau cakap hari tu..Qarmila.. Qarmina..eh tak..alah lupa pulak aku.” Andy menggaru-garu kepala yang tak gatal.
“ Qalisha…” jawab Jeffrey selamba.
“ Syahdu aku dengar bila kau sebut nama dia. Ermm..Qalisha..Jeffrey. Memang sesuai sangat nama korang ni. Jeff, citerlah sikit pasal Qalisha ni..misteri betul. Teruja aku nak tahu. Takkan gambar dia kau takde langsung. Tunjuklah kat kita orang.” Andy beria-ia menantikan jawapan daripada mulut Jeffrey.
“ Qalisha..dia ni seorang yanggg…entahlah bro,aku pun tak tahu. Aku tak pernah kenal atau jumpa dia. Masa tunang hari tu,mana aku ada pergi. Gambar dia pun aku tak ada. Video dan gambar masa tunang hari tu ,hampeh! Anna sengaja nak kenakan aku. Kau tau, semua gambar yang dia ambil semuanya entah apa-apa. Yang clear pulak,tengah tunduklah, terlindung dengan muka Mama lah..arghh.geram kau tahu. Yelah kan,walau pun tunang paksarela, nak jugak aku tengok muka dia sebelum nikah. Di buatnya kalau gigi dia jongang ke, muka penuh jerawat batu ke, hidung kena lenyek dengan steamroller ke mampus aku.” Ujar Jeffrey dengan lagak selamba.
“ Wah wah wah! Sesedap mulut kau redah ye! Takkanlah Mama kau carikan orang yang macam tu nak buat menantu. Mama kau tu pun dah ‘vogue’giler, menantu dia mestilah yang sewaktu dengannya dan yang paling penting ‘sekufu’ dengan engko.”
“ Ahh lantaklah. Kalau Mama dan Baba aku dah suka, aku ikut ajelah. Aku nak buat macam Anna, cuba redha dengan pilihan orang tua. Malas aku nak fikir banyak.Tak nak jadi anak derhaka beb!” Jeffrey cuba menenangkan fikirannya yang celaru.
“ Macam itulah bro, dengan restu ibu bapa insyaalah kau akan bahagia. Tengok macam aku dengan Hani ni, Mak aku sayang giler dengan dia ni. Dan yang pasti, ramai yang gigit jari bila tahu kau dah kahwin nanti,termasuklah peminat setia kau tu..” Andy memeluk bahu isterinya sambil menjuihkan bibir ke arah Si Maya yang mencuri-curi pandang pada Jeffrey.
“ Bukan salah aku ramai pompuan jatuh cinta. Nak buat macam mana aku chef ter’hensem’ dalam abad ini..” Jeffrey meletakkan ibu jari dan telunjuk di dagunya dan matanya sengaja di kerlip-kerlip berkali-kali.
“ Uwekk! perasan ! masuk belon terbang sendiri.” Andy dan Hani berkata serentak sambil menjelirkan lidah. Mereka bertiga ketawa dan buat seketika,fikiran Jeffrey tenang.

 P/s: harap korang puas hati dengan en3 ni.wait 4 next chapter k.happy reading..


AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 3



BAB 3
“           Tok! Tok! Tok!” ketukan pada pintu bilik pejabat membuatkan Datuk Abdullah berhenti memeriksa fail ditangannya. “ Masuk! Jelas dan lantang sekali suara Datuk Abdullah dari dalam. “Assalamualaikum Datuk..” “ Waalaikummusssalam..” Salam dijawab dengan senyuman apabila muka Hashim ,orang kanan yang paling dipercayainya muncul. Datuk Abdullah bangun lantas ekor tangannya mengisyaratkan ke arah sofa kulit mewah yang import khas dari Itali. Sebaik duduk di sofa empuk, terus Datuk Abdullah bertanyakan perkembangan tugas yang diarahkannya kepada Hashim. “ So, Shim macam mana? Dah buat apa yang saya suruh? Saya harap awak tak hampakan saya..” ayat yang bersahaja tetapi tegas keluar dari mulut Datuk Abdullah.
            “ Dah datuk. Saya dah buat seperti yang apa datuk arahkan pada saya. Inilah butiran peribadi calon terakhir yang mampu bertahan dengan semua ujian yang telah datuk tetapkan. Dia yang terbaik  daripada sepuluh calon yang berjaya melepasi ujian peringkat akhir di Hutan Belum.Terpulang pada datuk sekarang hendak menerimanya atau tidak. Esok saya akan bawa dia ke lokasi yang telah kita bincangkan sebelum ini. Kita tengok sama ada dia mampu bertahan dan melepasi ujian yang akan menguji ketahanan mental,emosi dan fizikalnya.” Panjang lebar Hashim memberitahu setiap perkembangan “projek” yang ditugaskan sambil sebuah fail biru diserahkan kepada Datuk Abdullah. “ Err.. Datuk, boleh saya tanya..datuk betul-betul seriuskah dengan semua ini? Saya bukan apa,  Cuma seumur hidup saya inilah kali pertama saya berhadapan dengan perkara seperti ini.Cara datuk cari calon menantu lain daripada yang lain.” Hashim menyatakan apa yang terbuku dihatinya dengan perlahan. Bimbang juga kalau-kalau tutur katanya akan mengundang kemarahan Datuk Abdullah. Dia hanya mahukan kepastian untuk menghilangkan rasa was-was yang bermukim dihati. Sebaik mendengar kata-kata Hashim, cermin matanya ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja kopi. “ Awak sudah bekerja dengan saya sudah berapa tahun?” Pertanyaan Hashim dibalas pula dengan pertanyaan. “ Awak kenal siapa saya.Perlukah saya jawab soalan awak itu tadi? “ I do what I have to do.Proceed dengan apa yang telah kita rancang. Esok kita tengok sama ada dia layak atau tidak menjadi menantu saya. Biodata peribadi calon terakhir itu dibaca dan diamati dengan teliti.

Nama Penuh                  : Rayyan Fahrin Bin Iskandar
Tarikh lahir                   : 17 Julai 1982
Tempat lahir                 : Tanjung Karang, Selangor
Pendidikan  Tertinggi :  1) B.A. Hons- Pentadbiran Perniagaan
                                      ( Universiti Teknologi Malaysia)
2) Ijazah Sarjana kelas pertama dalam bidang ‘Business,economic and social studies’
( The University of Dublin, Ireland )
Ibu/bapa    : Iskandar B. Abd.Halim/ Mariam Khadijah bt. Talib.
( Kedua-duanya sudah meninggal dunia dalam nahas kemalangan di Mekah ketika menunaikan Umrah tahun 1992)
Adik-beradik : 3 orang, anak pertama. Adik lelaki Rayyan Firdaus (19), sedang belajar di Universiti Lim Kok Wing dan adik perempuan, Rania Irdiani ( 17) , tingkatan 5.
Latar Belakang:
·        Dibesarkan oleh datuk dan nenek setelah kedua ibu bapa meninggal.
·        Mengambil alih dan mengusahakan ladang ternakan kambing baka ‘Boer’ warisan datuknya.
·        Masih tinggal dengan nenek di Kuala Selangor.
Nenek sakit menghidap kanser payudara.sedang menjalani rawatan.

                    

“ Ermm.. boleh tahan calon ini. Tapi saya hairan ,dia ada kelulusan tinggi dan cemerlang tapi kenapa jadi penternak kambing je..” “ Itu pun saya dah siasat Datuk, dia belajar ke luar Negara atas scholarship syarikat swasta .Pulang daripada Ireland dia memang ada bekerja dengan sebuah Syarikat swasta dan menjawat jawatan yang tinggi. Tapi berhenti kerja sejak neneknya sakit sejak 2 tahun yang lalu. Dalam masa yang sama datuknya pulak meninggal.Dia yang menjaga neneknya yang sakit,ulang-alik hospital untuk rawatan kimoterapi neneknya.” Teliti sekali siasatan Hashim terhadap butiran peribadi Rayyan Fahrin. “ Bagus Shim, siasat dalam segenap aspek. Apa pun kita tengok esok sama ada dia seperti yang awak katakan..” Datuk Abdullah merenung tajam muka Hashim telah menjadi orang kepercayaannya sejak lima belas tahun yang lalu. Hashim mengangguk perlahan tanda mengerti. “ Baik Datuk. Saya akan pastikan semua orang kita bersedia. Saya sendiri akan jemput Datuk pagi esok dirumah.” Hashim bingkas bangun dan meminta diri untuk bersedia dengan tugasan seterusnya.Dalam hati tidak lupa doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar segala urusan yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

            “ Arghh….penatnya badan”. Gumam Rayyan Fahrin di dalam hati. Seluruh badannya terasa sengal-sengal. Bahunya dan lehernya rasa tegang semacam sahaja. Tangan kanannya mengurut-urut bahu dan pangkal leher yang penat tahap dewa. Fuh penat tak terkata. Manakan tidak, sejak tiga  minggu yang lalu pelbagai ujian ala komando dan halangan yang terpaksa di hadapi. Daripada berlari, berjalan sambil menggalas beban 20kg, berenang berpuluh-puluh kilometer, mendaki bukit, merentas hutan,menyelam dan menahan nafas di dalam air.Latihan ala komando yang telah dilalui benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikalnya. Tak cukup dengan itu, dia turut kehendaki mengaji quran dan menjadi bilal serta menjadi imam sebuah surau selama seminggu. Itu bukanlah masalah kepadanya kerana ia sudah menjadi rutin hidupnya di kampung. Pelik tapi benar. Itulah antara ujian yang terpaksa ditempuhi sebagai ‘interview kerja ‘ jawatan ‘Pembantu Khas Datuk Abdullah’ yang dipohonnya sebulan yang lalu. Iklan jawatan tersebut amat menarik  perhatiaannya. Semua syarat dan criteria yang dikehendaki sesuai dengannya dan yang paling penting gaji yang ditawarkan amak lumayan- RM7000! Dahulu dia tidaklah bercita-cita besar. Tetapi semenjak nenek kesayangannya didiagnos dengan kanser payudara, dia terpaksa berfikir jauh ke hadapan. Adik-adik yang masih belajar menuntut perbelanjaan yang tinggi. Termasuklah kos untuk rawatan untuk neneknya yang mencecah ribuan ringgit sebulan . Projek ternakan kambingnya tidak mendatangkan untung seperti yang di harapkan kerana kambing-kambingnya diserang penyakit kuku dan mulut. Maka pihak Jabatan Haiwan terpaksa mengkuarantinkan semua haiwan ternakan dalam kawasan Tanjung Karang. Lagi pula, siapa yang tidak kenal dengan Datuk Abdullah, seorang ahli perniagaan yang terkenal dan mempunyai  empayar perniagaan yang gah di dalam dan di luar Negara. Rayyan Fahrin merasakan ini satu peluang yang baik untuk dia membina kerjaya demi nenek dan adik-adiknya. “ Rayyan Fahrin! Fighting!fighting! “. Dia bermonolog sendirian cuba memberi semangat kepada dirinya sendiri. Badannya direbahkan di atas katil bilik hotel yang disediakan untuknya. Dek kerana badan yang amat keletihan, akhirnya Rayyan Fahrin terlena dalam dengkuran halus. Apa yang bakal di tempuhi esok hari adalah sesuatu diluar jangkaan Rayyan Fahrin. Yang pasti Rayyan Fahrin akan diuji dengan kaedah yang cukup luar biasa.
            Pukul lapan malam keesokkan harinya, Rayyan Fahrin sudah di jemput oleh dua orang lelaki orang bawahan Hashim. Rayyan Fahrin dimaklumkan bahawa mereka akan ke lokasi untuk ujian akhir untuk jwatan yang ditawarkan. Dia dijelaskan yang Datuk Abdullah mahukan orang yang benar-benar berkemampuan untuk mengisi jawatan pembantu khasnya. Rayyan Fahrin mengangguk perlahan sebagai tanda faham semua arahan yang diberikan. Sesekali ada terlintas difikirannya, mana ada temuduga kerja  seperti yang dilaluinya sepanjang tiga minggu yang lalu. Namun, semua yang terlintas di lontarkan jauh-jauh dari fikirannya. Dia perlu fokus!
            Setelah  setengah jam berada di dalam perut kereta Toyota Vios yang di pandu oleh lelaki yang di kenali sebagai Zaki,akhirnya  berhenti di depan pintu masuk Restoran Pelita. “ Mir, kau bawa masuk Encik Fahrin dulu. Aku nak cari parking kejap.” Lelaki yang dikenali sebagai ‘Amir’ mengangguk mengerti. Rayyan Fahrin mengekori Amir dengan hati yang berdebar-debar.  Pelayan restoran yang berpakaian seragam kemas menyambut kedatangan mereka dengan senyuman manis. Seketika kemudian, seorang pelayan menghampiri dan membawa mereka sebuah meja dan perkataan ‘ RESERVED’ di atas meja dialihkan. “ Kita duduk di sini dulu, sekejap lagi Encik Hashim dan Datuk Abdullah akan datang.” Seketika kemudian, Zaki sampai  dan terus melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Amir. Bunyi deringan lagu ‘ ringing tone’ telefon Zaki memecah keheningan suasana antara mereka. “ Hello.. ya, Encik Hashim kami dah sampai . Ok” Ringkas sahaja perbualan telefon Zaki dengan si pemanggil.  Beberapa minit kemudian Rayyan Fahrin nampak figura yang hanya di kenalinya di dalam majalah-majalah ekonomi dan televisyen, Datuk Abdullah berjalan masuk ke dalam Restoran yang agak eksklusif itu diiringi oleh Encik Hashim yang dikenalinya sebagai seorang peguam syarikat Datuk Abdullah. Zaki mengangkat tangan melambai sebagai isyarat di mana mereka berada.
            Tiba-tiba bunyi dua das tembakan  “bang!bang!” mengejutkan semua yang berada di restoran itu. Tiga orang lelaki bertopeng ski-masked menyerbu masuk. Salah seorang meluru ke arah Datuk Abdullah dengan pantas dengan menyilangkan tangan dileher Datuk sambil mengacukan sepucuk pistol di kepalanya. Sekali lagi tembakan dilepaskan ke arah siling dan salah seorang lelaki bertopeng itu mengarahkan semua  meletakkan tangan di kepala. “ What the heck’s going on here?” Rayyan Fahrin cuba berfikir dengan jelas dengan apa yang baru sahaja berlaku di hadapannya. Dengan jelas dia melihat muka Datuk Abdullah berkerut  pistol di kepalanya. Mereka ini bukan perompak tapi penculik yang cuba menculik Datuk Abdullah. Sewaktu penculik cuba beredar ke arah pintu masuk kaca restoran, sewaktu itulah Rayyan Fahrin ternampak kotak fius restoran tersebut. Sepantas kilat, dia membuka kotak fius lalu menarik suis ‘on’ ke bawah menjadi ‘off’. Seluruh restoran  bergelap dan ketika itulah Rayyan Fahrin tangkas meluru ke arah Datuk Abdullah. Mujurlah cahaya dari luar restoran membantunya. Belum sempat penculik membuat apa-apa, Rayyan Fahrin telah menghentak tangan lelaki yang mengacukan pistol menyebabkan pistol terjatuh ke lantai. Satu tumbukan dan tendangan padu diberikan sehingga lelaki yang bertopeng jatuh terduduk. Menyedari perancangan tidak berjalan seperti yang dirancang, salah seorang lelaki bertopeng menjerit, “ lari! “. Lintang- pukang lelaki-lelaki bertopeng itu melarikan diri menuju ke arah sebuah kereta .yang sedia menunggu di luar restoran.  Rayyan Fahrin tersenyum puas. Tidak sia-sia tali pinggang hitam taekwando yang di milikinya ketika belajar di universiti dahulu. Rayyan Fahrin berjalan ke arah kotak fius dan butang ‘off “ diangkat ke atas. Cahaya lampu kembali menerangi restoran itu. Apabila berpaling, Dia ternampak Datuk Abdullah mengerang kesakitan. Tangan kanannya memegang bahagian kiri dada.  Encik Hasyim dan Rayyan Fahrin sama-sama berlari mendapatkan Datuk Abdullah yang dalam kesakitan. “ Sabar Datuk, sabar… kita bawa Datuk ke hospital!” Ucap Rayyan Fahrin bersungguh-sungguh. “ Tak perlu..ambilkan ubat saya di dalam poket baju kot saya.” Ucap Datuk Rayyan tersekat-sekat. Dengan segera Encik Hashim mencari ubat sakit jantung yang Datuk Abdullah maksudkan. Salah seorang pelayan restoran yang hanya memerhati sejak dari tadi bergegas mendapatkan segelas air. Seketika kemudian, Datuk Abdullah beransur pulih. “ Terima kasih kerana menyelamatkan saya. I owed you my life young man.”  Datuk Abdullah menghulurkan tangan kanan untuk berjabat salam tanda terima kasih yang tak terhingga.Kemudian, dia mengeluarkan sebuah buku cek dan sebatang pen dari dalam poket baju kot. “ Berapa yang awak mahukan di atas pertolongan awak tadi? Ini cek kosong yang telah saya tandatangani, tulislah berapa saja jumlah yang awak mahu, saya akan berikan.” Rayyan Fahrin tersenyum kecil apabila mendengar kata-kata Datuk Abdullah sambil mengeleng-gelengkan kepala.  “Datuk, you owe me nothing. Saya ikhlas menolong Datuk. Saya tidak meletakkan harga kepada apa yang saya lakukan. Lagi pun semua orang sama-sama menolong Datuk Tadi.” Jujur Rayyan Fahrin menolak tanpa megesyaki apa-apa.
            Sebenarnya apa yang Rayyan Fahrin tidak tahu ialah, semua insiden yang berlaku sebentar tadi adalah ‘drama’ semata-mata. Ya.. drama dan lakonan yang bertujuan untuk menguji sejauh mana Rayyan Fahrin akan bertindak bila berdepan dengan musibah dan sanggupkah dia mempertaruhkan nyawa demi orang lain. Ternyata Rayyan Fahrin memang seorang yang boleh diharapkan.

            “ By the way Datuk, inilah Rayyan Fahrin, calon pembantu khas Datuk yang kita nak jumpa tadi.” Encik Hashim sengaja menekankan perkataan ‘calon pembantu khas datuk’ sambil matanya memberi isyarat kepada Datuk Abdullah. Dalam hatinya hampir tergelak kerana Datuk Abdullah telah berlakon dengan baik sekali. Kalah pelakon drama tv. Tak pasal-pasal dengan dia sekali ikut sama berlakon. “ oh ye ke..” Datuk Abdullah pura-pura terkejut .Dia tersenyum kerana semua berjalan sperti apa yang dirancang. “ kalau macam tu.. tak payah nak interview lagi. Well..Encik Rayyan Fahrin. You are accepted dan qualified enough to be my…” tergantung begitu sahaja namun didalam hati Datuk Abdullah meyambung..my son –in-law. Bagus..ada pakej lengkap, muka handsome,badan sasa, kulit cerah, tinggi lampai sesuai dengan Rianna., berpendidikan dan pandai mengaji quran, boleh jadi imam.Inilah kriteria yang aku cari. Lelaki yang boleh memimpin keluarga dan paling paling penting membimbing puteri ‘garang’ kesayangannya. Muka Rayyan Fahrin ditenung lama sehingga membuatkan Rayyan Fahrin kelihatan gelisah bila diperhatikan begitu. Melihat Rayyan Fahrin gelisah ,Datuk Abdullah bersuara lagi,“ Hashim, esok awak bawa Encik Rayyan Fahrin ke pejabat saya. Tahniah Encik Fahrin, awak Berjaya. Saya akan terrangkan dengan terperinci tugas awak esok. Jangan lambat!”
Rayyan Fahrin berjabat tangan dengan senyuman yang lebar.Gembira tak terkata. Dia menadah tangan mengucapkan syukur kepadaNya kerana doanya makbul.Dapatlah dia berusaha merawat kanser  nenek dan menampung adik-adiknya yang masih belajar.
            Keesokkan paginya, Rayyan Fahrin awal-awal lagi siap berpakaian kemas. Setelah puas hati dengan penampilannya berkemeja biru lembut dengan tali leher sedondon, dia melangkah keluar dari bilik hotel . Encik Hashim telah menelefon memberikan  alamat pejabat Datuk Abdullah. Jam tangan di kerling.” Ahh..masih awal lagi..”getus hati kecilnya. Rayyan Fahrin memboloskan diri ke dalam perut teksi yang sedia menunggu di hadapan hotel. Sekeping nota kecil yang tertulis alamat tempat hendak dituju diberikan kepada pemandu teksi. Lebih kurang tiga puluh minit kemudian teksi yang dinaiki berhenti dihadapan sebuah bangunan yang tersergam megah. “ Menara Casa Impiana. Inilah tempatnya Encik.” Si pemandu teksi bersuara. Meter teksi menunjukkan ’12.70’.Not kertas sepuluh  dan lima Ringgit di keluarkan dari kocek baju lalu dihulurkan kepada pemandu teksi. “ Keep the change.Terima kasih”.
            Rayyan Fahrin menarik nafas dalam lalu mendongak ke atas.  “Menara Casa Impiana”.Dengan senyuman dan lafaz Bismillah, Rayyan Fahrin berjalan masuk ke main entrance bangunan. Matanya meninjau-ninjau sekeliling sambil melangkah ke arah ruang elevator. Sebaik pintu terbuka, cepat-cepat Rayyan Fahrin masuk lalu butang ‘22’ ditekan. Berdebar-debar dan teruja sungguh hatinya apabila melangkah keluar dari ruang lift. Meja penyambut tetamu dituju dengan senyuman mekar di bibir. “ Hello, Good morning miss, saya Rayyan Fahrin Iskandar.Saya ada appointment dengan Datuk Abdullah pukul 10.00.” Dengan senyuman manis , Kelly si penyambut tetamu memintanya tunggu sebentar. Seketika kemudian, seorang perempuan berkebaya merah muncul. “ Encik Rayyan Fahrin.Saya Melissa, Setiausaha Datuk Abdullah. Panggil saja Kak Mel. Silakan Datuk Abdullah sedang menunggu di atas.” Rayyan Fahrin menurut langkah setiausaha Datuk Abdullah menuju ke arah sebuah bilik. “ DATUK ABDULLAH B.RAHMAN. CEO”. “ Silakan..”
            “ Bagus, right on time”. Datuk Abdullah memulakan bicara. Cepat-cepat Rayyan Fahrin menghulurkan tangan berjabat salam. Encik Hashim orang kanan Datuk Abdullah yang merangkap peguam syarikat mengiringi mereka ke ruang rehat dalam pejabat Datuk Abdullah yang luas. Penuh gaya dan ekslusif pada pandangan Rayyan Fahrin. Mewah. Gabungan warna-warna pastel yang lembut sungguh mendamaikan hati. Bingkai-bingkai gambar dan lukisan menghiasi dinding ruang pejabat itu. Memang fisrt class taste Datuk Abdullah. “ Encik Rayyan Fahrin, let me be straight with you. Mesti awak terfikir-fikir why you have to undergo such an extreme job interview kan? Saya mencari orang yang terbaik to suit the position. Ini kontrak perjanjian jawatan awak. Sila tandatangan selepas awak go through the pages.” Rayyan Fahrin terlalu teruja. Dia hanya membaca semua butiran sepintas lalu. Entah kenapa butiran yang di baca tidak melekat di fikiran. Apa yang dia Nampak adalah bayaran bulanan yang akan diterima basic sahaja RM 6000. Itu tidak termasuk elaun. Otaknya sudah ligat berkira-kira dapatlah dia menampung kos rawatan kimoterapi nenek dan kos belajar adik-adiknya. Demi keluarga dia sanggup susah asalkan semua insan tersayang bahagia. Tanpa berfikir panjang lagi Rayyan Fahrin menurunkan tandatangan pada helaian perjanjian itu. Ya, perjanjian yang akan menyatukannya dengan seseorang.Selepas selesai, giliran Datuk Abdullah pula menurunkan tandatangan diikuti pula oleh Encik Hashim sebagai saksi.
            “ Awak faham tak apa yang awak tandatangan? Terima kasih awak baru sahaja bersetuju menjadi menantu saya.” “ me..nantu? siapa yang jadi menantu?” Awaklah..calon terbaik yang lulus ujian . “ Datuk bergurau ke? Rayyan Fahrin sungguh terkejut otaknya tidak dapat nak memproses sebarang maklumat.Rasa blank semacam. “ Saya tak bergurau. Sebulan lagi awak akan kahwin dengan anak perempuan saya, Adrianna. Don’t let me down.no..no..you can’t let me down.” Datuk Abdullah membetulkan ayatnya. Lidah Rayyan Fahrin kelu seribu bahasa dan dia betul-betul speechless! Dia cuba untuk membantah tapi entah kenapa tiada kata-kata yang mampu keluar dari mulutnya seolah terkunci rapat.
“ Saya dah siasat segala-galanya pasal awak. Awak still single…everything. It’s a win-win situation for both of us. Pasal nenek awak jangan risau. Saya akan tanggung kos rawatan dan hospital terbaik untuk nenek awak di luar negara. So in return, saya nak awak ‘jinakkan’ anak saya.Jadikan dia anak dan isteri solehah..atau kalau awak tak sanggup awak kena bayar suku juta tunai dalam masa tiga hari. The choice is yours.” Datuk Fahrin berkata dengan yakin sekali sambil surat perjanjian tadi ditunjuk-tunjukkan. Wah  hebat sungguh kejutan yang Rayyan Fahrin terima pada pagi yang mulia ini. “ Rayyan Fahrin..masak kau kali ni.. bukan setakat masak dah kira hangus rentung tak dapat diselamatkan lagi. Say no? mana nak cekau suku juta dalam masa 3 hari. Ish buduh betul kau ni Fahrin..tadi kenapa tak baca dulu perjanjian tu ..pakai sain je..itulah kau cepat sangat kelabu mata dengan gaji RM7000, sudahnya tergadai body..adoiii Nek Wan..tolong Ayin! Tapikan apa salahnya, Datuk kata dia akan tanggung kos rawatan nenek.Nenek akan dapat rawatan di hospital terbaik. Jadi apa salahnya kalau aku berkorban sikit..untung sabut timbul,untung batu tenggelam. Manalah tahu, anak datuk tu cantik kan aku juga yang untung. Kalau anak datuk gemuk gedempol macam mana? Ni sah sah anak datuk ni gemuk gedempol takde siapa yang nak sebab tu cari calon menantu macam ni sekali.ishh..habislah aku. Datuk kata dia nak aku ‘jinakkan’ anaknya…apa maksud dia tu? Anak dia kuda ke apa..silap haribulan aku  yang kena tendang..” “ So what’s your answer?” Pertanyaan Datuk Abdullah membuatkan Rayyan Fahrin sedikit tersentak. Fikirannya jauh menerawang cuba berfikir apa yang harus dilakukan. “ Saya..sa..ya.sa..ya..terima! “ Entah apa yang menyebabkan mulut Rayyan Fahrin laju sahaja memberikan jawapan. “ Bagus!  Hashim akan terangkan segala apa yang awak perlu lakukan. So wahai bakal menantuku, bersedialah sebulan daripada sekarang.”.”.Hashim, awak tahu apa yang nak di buat kan?” Pandangan Datuk Abdullah dialihkan pula pada Hashim. “ Jangan bimbang Datuk, saya akan uruskan segala-galanya.”

p/s: please comments..next chapter saya introduce bakal isteri Jeffrey pulak ye..