Total Pageviews

Monday 18 March 2013

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 31


BAB 31

            Ngah seman duduk di atas pangkin buluh di bawah pokok jambu air yang terletak di hadapan rumah. Sesekali peluh yang menitis di dahi di lap menggunakan kain tuala yang sedia berada di atas bahu. Penat selepas balik daripada kebun di atas bukit sana masih belum hilang lagi. Terasa sengal-sengal seluruh badan apabila mencangkul membina batas-batas tanaman ubi keledek di kebun. Dia berpaling ke rumah sebelah apabila terdengar suara Nek Wan memanggil cucunya,Rania. Setelah Rayyan Fahrin berangkat pulang ke Kuala Lumpur bersama isteri, Nek Wan tinggal bersama dua lagi adik Rayyan Fahrin. Dengar khabar, Rayyan Fahrin mahu membawa Nek Wan tinggal bersamanya di Kuala Lumpur apabila Rayyan Firdaus dan Rania Irdiani menyambung pelajaran masing-masing.
            Rayyan Fahrin. Pemuda itu pernah diangankan untuk menjadi menantunya. Namun belum sempat dia mencucuk jarum pada Nek Wan,dia dikejutkan dengan berita perkahwinan Rayyan Fahrin dengan anak datuk dari Kuala Lumpur. Nak buat macam, mungkin sudah suratan jodoh anaknya,Nadhia bukan dengan Rayyan Fahrin. Dia tahu anak gadisnya itu menaruh perasaan yang mendalam terhadap cucu sulung Nek Wan merangkap jiran sebelah rumahnya.
            “ Bang! apa yang awak menungkan tu sampai berkerut-kerut dahi saya tengok?”Pertanyaan Ngah Senah membuatkan Ngah Seman sedikit tersentak.
            “ Awak ni, cubalah bagi salam dulu.Terkejut saya.Hah, mana kopi yang saya mintak?” Ngah Seman membuat muka tidak senang hati apabila disergah begitu oleh isterinya.
            “ Kopi dah habis,teh o saja ada. Sebelum ke kebun tadi saya suruh Nadhia yang belikan tapi hampeh! Entah apa yang di buatnya kat rumah sampai suruh beli kopi kat kedai runcit pun malas.
            Ngah Seman hanya mendengar rungutan isterinya sambil menyisip perlahan teh o yang dihidangkan oleh Ngah Senah.
            “ Saya risaulah Bang tengok si Nadhia tu. Sejak dua menjak ni,asyik terperap di dalam bilik saja. Hairan betul saya.Sejak Fahrin bernikah, dia jadi pendiam dan tak banyak cakap. Pelik betul saya dengan anak kita yang seorang ni.Orang lain sibuk keluar daripada kampung nak cari kerja kat Bandar,tapi dia ni terbalik pulak.Puas saya suruh dia cari kerja di Bandar tapi dia buat muka selamba.Katanya malas nak kerja di Bandar,sesak sangatlah,bising sangatlah..berbagai-bagai alasan lagi. Kalau asyik tanam anggur yang tak berbuah,sampai bila pun tak boleh makan hasilnya.” Ngah Senah mengunyah pisang goreng yang di beli dekat simpang semasa pulang daripada berkebun tadi sambil mulutnya berjela mengomel tentang anak daranya.
            “ Yelah.Saya pun nampak. Saya rasa dia frust menonggeng sebab Fahrin kahwin dengan orang Kolumpo tu kot?” Ngah Seman menyerkap jarang.
            “ Bang, saya rasalah kan, Si Fahrin tu entah-entah jadi pak sanggup je kot.Tak pun kahwin kontrak. Itu yang tup-tup dengar dah kahwin.”
            “ Awak ni Senah pandai sahaja buat andaian.pak sangguplah,kahwin kontraklah.Itulah banyak sangat tengok drama sampai otak kamu tu suka sangat buat andaian.Kalau betul tak apalah.” Ngah Seman melahirkan rasa tidak gembira dengan kata-kata yang keluar daripada mulut isterinya.
            Sementara itu, di dalam rumah,Nadhia sedang berkurung di dalam biliknya. Dia menulis sesuatu di dalam diarinya. Baru seketika dia menulis, tiba-tiba dia mengoyakkan helaian tersebut dengan kasar sehingga beberapa helaian terkoyak sekali gus. Dia mendengus kasar dan mengeronyokkan kertas yang di koyak dengan perasaan marah dan dendam.
            “ Tak guna kau Fahrin! Bertahun aku sayangkan kau tapi langsung kau tak pandang aku.Jangan ingat kau boleh hidup senang-lenang selepas ini. Pergi mampus kau dan keluarga kau sekali. Kau fikir kau boleh hidup senang dengan isteri kau ye.Kau bina kebahagiaan kau di atas air mata aku dan ini Nadhia, Fahrin! Aku akan balas keperitan dan luka di hati aku yang kau toreh ini…dan kau perempuan…aku akan pastikan yang Rayyan Fahrin adalah milik aku selamanya. Aku akan rampas Fahrin dan kalau aku tidak dapat memilikinya,tiada orang lain yang akan dapat sebab dia hanya milik aku seorang. Ha ha ha hi hi hi….”
Tiba-tiba Nadhia mengilai-ngilai.Dia ketawa seorang diri sambil gambar Rayyan Fahrin yang di ambil secara curi di dakap kemas.Dan kemudian,dia menangis sambil mengamuk-ngamuk. Semua barang di balingnya ke dinding. Seketika kemudian pula, dia ketawa lagi dan kemudian senyap. Sebilah pisau di keluarkan lalu gambar-gambar Fahrin dan Adrianna serta ahli keluarganya yang di ambil secara sembunyi semasa majlis menyambut menantu di rumah Nek Wan beberapa minggu lau di tikam-tikam sehingga hancur.
            “ Adrianna…aku akan pastikan kau hidup tak lama di atas muka bumi ini. Aku tak akan biarkan kau berbahagia dengan lelaki yang paling aku cinta.”
 Serentak dengan itu, pisau di tangan Nadhia menikam tepat pada muka Adrianna di dalam gambar sehingga bahagian dahi Adrianna di dalam gambar tersebut berlubang luas. Dendam kesumat yang sudah sebati di dalam hati Nadhia. Para syaitan bertepuk tangan menandakan kemenangan menghasut seorang lagi anak Adam supaya bersama-samanya di dalam neraka jahannam nanti.
“ Aku akan hapuskan siapa sahaja yang menghalang aku. Rayyan Fahrin hanya milik aku seorang dan selama-lamanya akan menjadi milik aku.Tidak Adrianna dan tidak juga perempuan lain!”
 Nadhia  menyeringai dengan wajah yang cukup menakutkan.Gambar Rayyan Fahrin di bawa ke dalam dakapan. Dia sudah terlalu obses dalam mengejar cinta Rayyan Fahrin tanpa menyedari perasaan obses itu akan memusnahkan dirinya suatu hari nanti.
…………………………………………………………………………………………..

Dua hari selepas keluar daripada wad, Qalisha telah di bawa oleh Nek Jah pulang ke Kampung Rhu Seberang dengan alasan mahu mengurut sendiri kaki Qalisha. Datuk Abdullah dan Datin Maimun bersetuju dengan permintaan Nek Jah memandangkan Chef sibuk giler tu terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menjaga isteri yang sakit. Nasib baiklah Nek Jah tidak merungut dan memahami kesibukan Jeffrey.
Qalisha cukup teruja kerana sudah lama dia tidak berjumpa dengan kak Yasmin. Banyak perkara yang hendak dia kongsikan dengan Kak Yasmin. Rindu juga mahu memegang spanar dan bergaduh dengan anak jirannya,Usop dan Udin serta Yop dengan Leman. Agaknya sudah berjanggut dua ekor kambing jantan milik Nek Jah yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga mahu melihat Kambing betina dan anak kambing yang baru Nek Jah beli. Namanya Kembang.Anak-anak Kembang pula namanya Jlo dan Jolie. Rindu dekat kambing rupanya.Sabar sajalah dengan perangai Qalish ni macamlah takde orang lain yang sepatutnya di rindui selain kambing dua ekor tu. Selain itu,niat di hati Qalisha ialah mahu berjoli sakan tanpa memikirkan apa-apa yang menyesakkan fikiran.
Ketika Qalisha bertolak pulang ke kampung bersama Nek Jah, Jeffrey sudah dua hari tidak pulang kerana berada di lokasi pengambaran rancangan masakannya di Pulau Pangkor. Hanya mesej yang di titip oleh Qalisha sebagai penganti diri setelah berbelas panggilan suara hanya masuk ke dalam peti simpanan suara.
“ Salam,ikut nenek balik kampung.maybe a few days.tytl.”
Ringkas giler mesej yang Qalisha hantar kepada Jeffrey selepas semua panggilan tidak berjawab. Namun begitu, Datin Maimun sudah mengetahui perihal Qalisha balik ke kampung dan bagi pihak Jeffrey, dia memberi keizinan kepada Qalisha.
Jauh di sudut hati Datin Maimun, dia semakin berasa terkilan dengan kesibukkan Jeffrey yang melampau. Pada hematnya, dia perlu berbincang dengan suaminya.Sesuatu perlu dilakukan dengan segera bagi ‘mengikat’ Jeffrey dengan Qalisha. Begitu juga halnya dengan Fahrin dan Anna. Sepanjang pemerhatiannya, misi menyatukan kedua-dua pasangan ini akan menemui jalan buntu tanpa campurtangan dia dan Datuk Abdullah.
Suatu petang, ketika Datuk Abdullah sedang menikmati minum petang di tepi kolam,Datin Maimun mengambil peluang itu untuk berbincang dengan Datuk Abdullah.
“ Tiga bulan sudah berlalu Bang. Saya risau melihat perkembangan hubungan anak-anak dan menantu-menantu kita. Sorang ke hulu,sorang ke hilir. Kalau macam ni, masalah kita Bang.”
Datuk Abdullah hanya mendengar dengan tenang apa yang di luahkan oleh isterinya sambil menyisip perlahan kopi o yang masih berasap nipis.
Riak muka Datin Maimun jelas menampakkan kerisauan. Dahinya berkerut sedikit.
“ Abang,Abang dengar tak apa yang Mai cakapkan ni?”
Muka Datin Maimun sudah mencuka.
“ Ya sayang, Abang dengar.Abang pun tengah fikir ni.Ada kalanya Abang pun kesian dengar Fahrin.Sudah macam-macam cara dia cuba,tapi hati anak kita tu keras betul.Qalish pun sama.Saya kesian benar dengan menantu-menantu kita. Baiklah kalau plan A tak jalan, kita kena lancarkan plan B.”
Tenang sahaja Datuk Abdullah menuturkan kata sedangkan hati Datin Maimun sudah berkecamuk.Mana tak risau weh!
“ Plan B yang mana pulak ni? Mai dah konpius ni.Boleh tak Abang cakap tu biar terang.Hati saya risau tahu tak.Saya tak mahu rumahtangga berantakan macam tu je. Yang buat paling saya geram dan marah ialah Jeffrey. Kita kena beri kata dua pada anak teruna kita ni bang. Entah apa yang dia kejar pun saya tak tahu. Duit bukan soalnya.Kalau glamer yang di cari, suatu hari dia akan menyesal tak sudah. Qalisha is the sweetest girl I ever met. Kat mana dia letak mata dia pun saya tak tahu.Kat kepala lutut agaknya. Kalau nak di bandingkan, Qalish sepuluh kali ganda lebih cantik daripada penyanyi perempuan yang di gosipkan dengan Jeff. Alah sapa nama dia..Maria..Ria Safira..eh tak.hah! Lya Safiyya.”
Datin meluahkan apa ketidakpuasan hatinya.Datuk Abdullah hanya setia mendengar.
“ Mai jangan risau.Abang nak buat majlis resepsi perkahwinan mereka dekat hotel. Abang nak umumkan kepada public siapa menantu-menantu kita.Lagi pun kita belum buat majlis di pihak kita kan? Bila Jeff balik nanti kita bincangkan pasal ni dengan dia.Kita bagi dia dua pilihan, sama ada kita umumkan perkahwinannya dengan Qalisha dalam masa yang terdekat atau dia kurangkan aktiviti dia yang membuatkan dia sibuk giler tu. Kita paksa dia pilih antara satu. Pasal Anna  pulak,Mai jangan bimbang. Abang yakin,Fahrin boleh mencairkan hati Anna tak lama lagi. Percayalah cakap Abang. Just wait and see.”
“ Bila Abang rancang nak buat majlis resepsi ni?”
Datin Maimun sudah mula teruja sebaik mendengar kata-kata Datuk Abdullah.
“ Mai rasa dua minggu cukup tak masa untuk Mai uruskan persiapan majlis ni?”
“ Dua minggu? Di tanggung beres! Esok jugak Mai mula. Mai akan panggil staff peribadi Mai bersidang esok. Pasal majlis ni Abang serah saja kat Mai. Tahulah apa yang Mai nak buat. Tapi seminggu ni ,Mai nak pinjam Amir dan anak buahnya boleh?Abang rasa hotel mana yang sesuai?”
“ Terpulang pada Mai tapi Abang nak hotel yang dekat  dengan rumah kita. Cuba Mai survey Hotel Seri Pasifik yang dekat PWTC tu? Atau pun hotel Ritz Carlton.Jeff kan duta dia. Senang nak kautim. Okay Mai boleh ‘pinjam’ Amir dan anak-anak buahnya pada Mai untuk seminggu tapi ada syaratnya.”
“ Mak ai! Siap bersyarat bagai. Apa syaratnya?”
Datin Maimun bertanya dengan tidak sabar.
Datuk Abdullah tidak menjawab pertanyaan Datin Maimun itu dengan kata-kata.Sebaliknya dia menjawab dengan telunjuknya di halakan ke pipi.
“ Abang! Dah buang tebiat ke? Miang! Malu kalau anak menantu nampak.”
Pipi Datin Maimun sudah kemerahan apabila diusik oleh Datuk Abdullah sebegitu.
“ Abang miang pun dengan Mai saja.”
Datuk Abdullah mengenyitkan mata,masih menggiat Datin Maimun yang sudah kemerahan pipinya menahan malu.
“ Dah, malas Mai nak layan Abang. Abang duduklah minum kopi o sorang-sorang.Mai nak naik atas nak buat senarai tetamu jemputan. Baik Mai mulakan kerja daripada melayan Abang yang gatal ni.”
Datin Maimun terus berlalu dengan mulut mengulum senyum. Datuk Abdullah pula hanya tergelak kecil melihat reaksi Datin Maimun yang masih merajuk manja dan segan apabila diusik. Sudah hampir tiga puluh berkahwin namun, Datin Maimun masih lagi malu-malu persis anak dara yang baru berkahwin.
……………………………………………………………………………………………

“ Ma..kita dah bincang pasal ni sebelum ini kan. Jeff tak boleh nak umumkan lagi perkahwinan Jeff dengan Qalisha macam tu saja. Jeff tak nak melanggar kontrak, nanti tak pasal-pasal Jeff di label selebriti yang berimej negative.I don’t want that to happen besides tinggal beberapa bulan je lagi kontrak tu tamat. After that, Jeff tak kisah kalau Mama nak canang satu dunia pun yang Qalisha tu menantu mama.”
Sedaya –upaya Jeffrey cuba memujuk Datin Maimun yang mahu membuat majlis resepsi perkahwinannya dan Adrianna serentak.
Sebenarnya, isu kontrak tu nombor dua. Nombor satu ialah dirinya sendiri yang belum bersedia mahu mengumumkan status perkahwinannya kepada public.Dalam fikirannya, kalau diumumkan sudah tentu press akan minta gambar atau pun sesi bergambar dengan isterinya. Takkanlah dia nak muncul di dada akhbar dan majalah bersama Qalisha yang tak berapa nak ayu tu. Dahlah tak ayu,kasar pulak.Mana dia nak letak muka bila berdepan dengan rakan-rakan selebriti. Tidak sanggup dia mahu memikirkan situasi itu kalau betul-betul berlaku.Ya ampun!
Jeffrey ni memang kan? Dia betul-betul underestimate Qalisha.Alahai Jeffrey,mata kau letak kat kepala lutut ke? Cubalah kau pandang isteri kau tu betul-betul, isteri punyalah cantik dia tak Nampak. Cuba kau suruh Qalisha buat make over sikit,mahu terjojol bijik mata terbeliak dengan kecantikan Qalisha.
“ Okay fine kalau Jeff nak macam tu. In two weeks times Mama akan buat resepsi Anna dengan Fahrin dulu. It’s time to let everybody knows who is the son-in law of Datuk Abdullah and Datin Maimun. Baba nak semua orang kenal dengan Rayyan Fahrin dan kalau boleh mama juga nak semua orang tahu yang Qalisha adalah isteri Jeff supaya takde lagi pompuan-pompuan yang entah apa-apa entah mengaku sebagai girlfriend Jeff.”
Akhirnya Datin Maimun terpaksa mengalah dengan permintaan anak lelaki kesayangannya. Namun dia tidak menoktahkan kata-katanya begitu sahaja.
“ Tapi Jeff mesti ingat, you have to stay ‘clean’ as you promised.Kalau ada saja gossip mengarut keluar kat public,Mama dan Baba akan masuk campur dan masa tu Jeff tak boleh bantah sebarang keputusan yang Mama dan Baba buat. Deal?” Muka Jeffrey direnung dengan serius.
“ Okay then.Deal.Anything you say Mama.Jeff akan ikut.” Jeffrey menarik nafas lega apabila Datin Maimun yan tegas itu sanggup berkompromi dengannya.
………………………………………………………………………………………………
Seminggu sebelum berlangsung majlis, Datin Maimunlah orang yang paling sibuk. Perancangan majlis resepsi Adrianna dan Rayyan Fahrin berjalan dengan lancar. Majlis resepsi tersebut akan di buat di Ballroom Hotel Ritz Carlton  bertemakan garden and fairy tale wedding. Warna ungu pula menjadi warna tema dan semua ahli keluarga Villa Chinta Qaseh akan berpakaian serba ungu. Semua tetamu yang hadir di mestikan memakai pakaian atau kostum yang dilhamkan daripada cerita Cinderella,Snow White,Repunzel dan lain-lain cerita Grimm’s Brother. Gaun pengantin Adrianna pula ditempah khas ala-ala gaun ballroom Cinderella. Ini semua Datin Maimun punya Idea.Rayyan Fahrin pula berpakaian seperti Prince Charming dan nanti mereka akan  menaiki kereta kuda dari jarak 500meter sehinggalah ke pintu masuk utama hotel. Ini semua adalah idea Datin Maimun. Macamlah korang tak tau bila Datin Maimun a.k.a Datin Vogue bersuara, siapa yang berani  nak membantah. Tambahan pula, Datuk Abdullah sendiri yang memberi mandat kepada Datin Maimun untuk menentukan segala-galanya.
            Tengahari itu, Rayyan Fahrin sudah mula bercuti dua minggu tapi Adrianna masih terpaksa ke pejabat untuk memastikan semua urusan Casa Impiana Landscape and Design terurus sebelum bercuti. Datin Maimun sudah berkali-kali mengingatkan supaya menjemput Adrianna untuk pergi fitting baju di Butik  Melvin Choo.
            Rayyan Fahrin hanya berpakaian ringkas T-shirts Polo berwarna biru laut di padan dengan seluar Bermuda separas bawah lutut menuju ke pejabat Adrianna. Sampai sahaja di perkarangan bangunan empat tingkat tersebut,Rayyan memakir kereta Lexus Ct Sport miliknya di ruangan yang dikhaskan di sebelah bangunan. Jam di tangan di kerling.
            “ Alamak! Lambat lagi! Janganlah bini aku mengamuk.”
            Rayyan Fahrin cukup faham dengan perangai Adrianna kalau masuk bab ‘punctuality’. Sebaik kaki melangkah di ruang lobi, macam biasalah beberapa pasang mata memandang kepadanya.Tapi hari ini,mereka menoleh dua kali kerana memang tidak dapat di sangkal lagi,Rayyan Fahrin memang punya aura yang boleh membuatkan ramai anak dan mak dara meleleh air liur.Hensem siot!
            “ Aduhhhh..hensem giler dia ni..kenapalah dia tak kahwin dengan aku.” Khaty,Si penyambut tetamu yang baru sebulan bekerja mula berangan.
            “ Assalamualaikum Khaty, can you please tell my ‘mem’ yg saya dah sampai.Thank you.”
            “ Baik Encik Fahrin,Encik tunggu disana sajalah ya.” Khaty melayan Rayyan Fahrin sesopan,seayu dan dengan senyuman semanis yang mungkin.
            Langkah kaki Rayyan Fahrin di atur ke arah ruang menunggu lalu punggung di labuh pada sofa yang disediakan. Cermin mata hitam pula mendarat cantik di atas kepala.
            “ Puan Adrianna, please.” Tanpa membuang masa Khaty terus menyambung talian ke meja Fizz, PA Adrianna.
            “ Yes,Puan Adrianna’s office, may I help you?”
            “ Hoi Fizz, aku aku ni. Ni kau cakap dengan Puan Adrianna,laki hensem dia dah sampai.”
            “ Hah! Dia dah sampai? Cat, hensem tak dia hari ni?” Fizz separa berbisik dengan Khaty yang mula akrab dengannya.
            “ Hensem giler siot! Nak meleleh air  liur aku tengok. Rugi kau, hari ni dia tak naik.Dia mintak Puan Adrianna turun.dia tunggu kat lobi.”
            “ Alaaa…”
            “ Oit Fizz! Cepat sikit.Dah lama Abang hensem tunggu.”  Khaty terus mematikan talian.
Apa-apalah budak berdua ni. Si Khaty dan Si Fizz cukup admire dengan Rayyan Fahrin. Walau pun Rayyan Fahrin bukan berdarah kacukan tapi dia tetap hensem giler.Tubuh tegap,tinggi lampai,kulit tak gelap dan juga terlalu cerah,gigi pun putih tersusun rapi,pendek kata cukup satu pakej lengkap untuk dijadikan lelaki idaman. Orang kelate kato,sedang molek!
Tanpa membuang masa, Fizz terus menekan butang intercom untuk memberitahu Adrianna tentang kedatangan Rayyan Fahrin.
“ Yes Fizz,anything important?”
“ Cik Adrianna, your hubby sedang menunggu kat bawah.Hari ni dia tak naik.” Ada nada sedikit frust pada suara si Fizz.
“ Dia dah sampai? Okay,I’ll be there in few minutes.”
Tanpa berlengah,Adrianna terus bangun mencapai tas tangan di atas meja.Memang dari tadi dia menunggu Rayyan Fahrin. Mama sudah berkali-kali menelefon supaya jangan lambat. Pukul 2.30 petang mesti ada di Butik Melvin. Langkah terus di atur dengan senyuman meleret di bibir. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan suami yang di nikahi tiga bulan yang lalu.
Apa kes ni Anna? Ooo..baru faham.Depan Rayyan Fahrin kau jual mahal eh..buat-buat sombong buat-buat macam takde perasaan,pada hal dalam hati sudah ada taman.Kesian kat Abang Fahrin tau Anna.Bukan main dia berusaha nak me’nackle’ engko tapi ko main tarik tali dengan dia.Aduhai..nasib engkolah Fahrin sebab dapat bini macam Anna ni.Jinak-jinak merpati makan di tangan di tangkap lari.
Tiba di lobi, Adrianna memandang Rayyan Fahrin yang khusyuk membelek majalah sambil bersiul-siul kecil.
“ Ehem-ehem.”Adrianna berdehem namun tiada respon daripada Rayyan Fahrin. Sekali lagi dia berdehem-dehem namun respon yang diberi oleh Rayyan Fahrin tetap sama,tiada respon. Oleh kerana Adrianna berasa sedikit geram, sebiji anak batu kecil berwarna yang terdapat di dalam pasu bunga disebelahnya di ambil lalu di lontar ke arah Rayyan Fahrin.
‘Pap’ terkena pada majalah yang sedang di baca oleh Rayyan Fahrin membuatkan dia mendongak.
“ Eh Anna, sejak bila Anna jadi pak pacak ni? Meh duduk sebelah Abang jab,Abang nak tunjuk gambar perempuan seksi kat dalam majalah ni…fuh! Seksi giler ni.” Rayyan Fahrin menyakat walhal gambar yang di lihatnya tadi adalah gambar-gambar kereta mewah yang di impot.
“ Sempat lagi eh dia melayan gambar yang tak senonoh.Dasar lelaki berdahi licin.Pantang Nampak perempuan cantik,mulalah.” Adrianna membuat muka menyampah termakan kata-kata Rayyan Fahrin.
“ Cuba tengok ni, seksi ke seksa?” Majalah roda tadi di suakan di depan mata Adrianna. Mahu tak mahu dia terpaksa melihat dan apabila gambar kereta yang di lihatnya, pipinya mula berona merah. Malu seh!tersilap cemburu tadi.
Rayyan Fahrin tersenyum melihat reaksi Adrianna. Tangan Adrianna di capai lalu di kucup mesra. Dia mendekatkan mulut ke telinga Adrianna lalu berbisik.
“ You’re hot! Anna dah cukup seksi pada mata Abang.Jangan buat mulut macam tu lagi tambah-tambah lagi kat sini.Nanti Abang tak tahan.” Bibirnya dengan sengaja mengucup telinga Adrianna dengan lembut dan pantas.
“ Abang! Behave youself! Jangan nak buat Anna malu depan staf Anna sendiri.” Adrianna sudah mula cuak.Memang kadang-kala Rayyan Fahrin ni romantic tak bertempat. Dahlah tak bertempat, tak makan saman pulak tu.
Rayyan Fahrin hanya muka selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“ Jom, kita dah lambat ni.Kang tak pasal-pasal Mama mengamuk. Anna tahu tak Mama called Abang empat kali untuk ingatkan pasal ni.” Rayyan Fahrin mengatur langkah sambil menggenggam erat jemari Adrianna.
“ Kalau Abang empat kali Mama called, Anna lebih daripada tu.  Pot pet pot pet, naik rimas Anna tau! Ni tengok ni, lapan missed calls,sengaja Anna tak angkat.” Telefon Sony Xperia di suakan pada Rayyan Fahrin.
“ Mama bukan apa. Dia nak yang terbaik untuk kita dan dia nak majlis resepsi kita ni berjalan lancar tanpa gangguan. Dalam hal ni no doubt that Mama is the best.”
“ Yang Abang puji Mama melangit ni apa kes?”
“ Salah ke yang Abang cakap? Mama is the best right? Kalau orang lain, tambah pulak yang berkedudukan macam Mama, hanya jadi pengarah je.”
Adrianna mengangguk kepala sebagai  tanda dia bersetuju dengan kata-kata Rayyan Fahrin.
“ Tapi kan Bang, mesti konco-konco Mama tension giler minggu ni.”
“ Kenapa pulak?”
“ Yang sabar tahap tujuh petala langit je boleh bertahan dengan arahan Datin Maimun.’
“ Ish sayang ni, ada ke cakap macam tu.”
“ Betul apa yang Anna cakap..”
Mereka berdua berbual-bual sehinggalah ke tempat letak kereta. Mesra.Ya mesra.Teman tapi mesra. Satu permulaan yang bagus untuk hubungan mereka berkembang lebih jauh lagi.
Usai tiba di Butik Melvin, Cepat-cepat mereka masuk. Rayyan Fahrin dan Adrianna berasa lega apabila kelibat Mama tidak kelihatan. Mereka beranggapan mereka tiba dahulu daripada Datin Maimun.
“ Ehem-ehem! Baru sekarang nak Nampak batang hidung. Buat penat je Mama called berkali-kali.” Datin Maimun menyergah daripada belakang.
“ Eh Mama! Dah lama Mama sampai? Kalau Mama nak marah, Mama marah kat Abang sebab dia yang lambat ambik Anna.” Adrianna menuding ke arah Rayyan Fahrin.
Buntang mata Rayyan Fahrin apabila mendengar kata-kata Adrianna yang terang-terang menyalahkannya.
“ Eh mana ada Abang lambat, Anna tu yang berjalan lenggang kangkong.Elok sampai kat kereta nak pergi pergi rest roomlah,tertinggal handphonelah..”Rayyan Fahrin turut sama tidak mahu mengalah.
“ Bila masa pulak Anna tertinggal handphone? Eiiii..geramnya Abang ni memandai je reka cerita.” Terus handbag di tangan pantas menhempap bahu Rayyan Fahrin.
“ Adoi! Sakitlah Anna. Oh berani cepuk Abang macam tu depan Mama eh! Nak kena dia ni.Cuba cepuk sekali lagi..” Adrianna sudah lari ke belakang Datin Maimun.
Tadi sebelum sampai ke butik bukan main teman tapi mesra. Sekarang apa sudah jadi? Mereka saling berkejar mengelilingi Datin Maimun. Datin Maimun sudah naik pening dengan perangai anak menantunya ini. Kalau berterusan boleh pitam di buatnya. Entah apa kena dengan budak berdua ni hari ini. Tak pernah Datin Maimun melihat Rayyan Fahrin dan Adrianna berlari berkejaran macam kanak-kanak ribena. Melvin yang memerhati hanya mampu tersenyum. Datin Maimun pula sudah terduduk sambil mengipas-gipas mukanya dengan tangan.


Monday 4 March 2013

Akanku 'tackle' kau sampai dapat! 30


BAB 30
            “ Harap-harap Jeffrey tak bertekak dengan Qalish ya Bang.” Ujar Datin Maimun sambil beriringan bersama Datuk Abdullah menuju ke wad yang menempatkan Qalisha.
            “ Eh! Kenapa Mai cakap macam tu?” Hairan pula bertandang di benak Datuk Abdullah . Wajah isteri disebelah di pandang dengan penuh tanda Tanya.
            “ Yelah, takkan Abang tak tahu Jeff tu pantang nampak Qalish. Mulut laser takde insurans.Cakap main redah je,langsung tak fikirkan perasaan si Qalish. Abang jangan tertipu dengan pelakon idaman Malaya tu. Depan kita, bukan main romantik dia layan Qalish, belakang kita, menyakitkan hati Qalish sahaja kerjanya.” Datin Maimun sudah tidak berselindung tentang perangai Jeffrey.
            “ Mana Mai tahu? Qalish ada mengadu kat Mai ke?” Tanya Datuk Abdullah lagi.
            “ Qalish nak mengadu? Cari Qalish lainlah Bang. Qalish tu menantu yang baik. Walau pun apa yang anak kesayangan kita buat kat dia, sekali pun dia tak pernah cakap atau mengadu apa-apa. Dekat Nek Jah dan Pak Usunya pun sama. Saya sendiri yang nampak dan dengar. Jeff tak pernah cakap elok-elok dengan dia. Qalish pun boleh tahan juga, barulah bertemu buku dengan ruas si Jeff tu. Setiap kali dia nak mengenakan Qalish,dia yang terkena balik. Ada satu hari tu kan Bang, Mai ternampak mereka berdua bertekak sampai jatuh tergolek atas karpet..” Galak sekali Datin Maimun bercerita.
            “ Awak skodeng anak menantu kita ke? Tak elok awak buat macam tu sorang-sorang. Lain kali ajak Abang sekali.” Datuk Abdullah berlagak serius. Namun selepas itu ketawa kecil menyusul.
            “ Abang! Ke situ pulak dia! Mana ada Mai skodeng! Mai ternampak.Kebetulan masa tu Mai nak turun ke dapur nak minum air. Pintu bilik mereka separuh terbuka.Ada ke tuduh kita skodeng anak menantu.”Datin Maimun sudah mula mencuka. Merajuk manja.
            “ Ai dah merajuk ke? Abang usik je tadi.” Sebelah tangan merangkul mesra bahu Datin Maimun.
            “ Mana ada merajuk.Dah tua-tua ni Bang, tak larat nak merajuk dah.” Balas Datin Maimun bersahaja.
            “ Mana ada tua, Mai tetap muda dan jelita di hati Abang.Sambil bila-bila.Insyaalah sampai ke nafas Abang yang terakhir.” Satu ciuman singgap di ubun-ubun Datin Maimun.
            “ Ish Abang ni, nak romantik pun tengok tempatlah. Kita kat hospital ni.” Pipi Datin Maimun mula membahang seketika. Namun jauh di dalam hati, hatinya berbunga-bunga mendengar pujian sang suami. Walau pun usia sudah separuh abad, kasih sayang antara mereka suami isteri tidak pernah pudar malah sentiasa dibaja dengan gurau senda. Mendengar kata-kata Datin Maimun, Datuk Abdullah hanya buat muka selamba. Tiba-tiba muka selamba Rayyan Fahrin apabila melayan kerenah Adrianna bertandang dibenak Datin Maimun.
            “ Ermm…ini rupanya tok guru muka selamba Fahrin tu ya.Baru aku tahu..” Satu senyuman manis diberikan kepada suami.
            Sebaik tiba di depan pintu bilik wad yang menempatkan Qalisha, Datin Maimun terus memulas tombol pintu. Tanpa menoleh kepada Qalisha, matanya melilau mencari kelibat Jeffrey. Barang keperluan Jeffrey dan Qalisha yang di bawa di letakkan di atas meja di depan sofa. Datin Maimun berpaling ke arah Datuk Abdullah sambil mulutnya mengomel.
            “ Mana pulak perginya si Jeffrey ni..” Dia menghentikan kata-katanya apabila melihat Datuk Abdullah meletakkan jari telunjuk di bibir.
            “ Shhhhh..” Datuk Abdullah menuding ke arah Jeffrey dan Qalisha yang sedang lena di atas katil. Nyenyak sekali walau pun dalam cahaya yang terang.
            Bulat mata Datin Maimun memandang seolah tidak percaya apa sedang dilihat. Dia turut tersenyum. Tiba-tiba mentol lampu mindanya bernyala. Cepat-cepat dia mengeluarkan Samsung Galaxy Tablet di dalam tas tangannya lalu beberapa keping gambar kandid Jeffrey dan Qalisha diambil. Dia menunjukkan gambar-gambar yang di rakam kepada Datuk Abdullah.
            “ Abang tengok ni,so sweet. Romantik sangat gambar mereka berdua yang sedang lena tidur ni. Gambar sisi yang sangat cantik.Mai nak framekan gambar ni,letak dalam bilik mereka besar-besar.” Datin Maimun mengawal suaranya.Takut juga kalau mereka berdua tersedar.Selain itu, Datin Maimun risau aksi berdakapan mesra bertukar menjadi aksi bertolakan sampai keduanya jatuh daripada katil.
            “ Tak payah kacau dia oranglah Mai. Jom kita balik. Biarkan mereka macam ni. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa Qalish ni. Mana tahu mereka berdua betul-betul berbaik.” Sporting sekali Datuk Abdullah mengajak Datin Maimun keluar.Malas nak kacau daun.
            Bagaikan pencuri pula Datuk Abdullah dan Datin Maimun menyelinap keluar. Sebelum menutup daun pintu, sempat lagi mereka berdua menjeling ke arah Qalisha dan Jeffrey yang lena di ulit mimpi. Mereka berdua beredar daripada situ dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir.
            Pukul lima setengah pagi, seorang jururawat bertugas masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan rutin. Usai selesai menjenguk bilik –bilik sebelumnya, jururawat yang bernama Evelyn menolak daun pintu bilik 405 dengan perlahan. Sebuah troli di tolak bersamanya. Tanpa memandang ke arah katil, dia membaca carta pesakit dan meneliti carta tersebut. Pen hitam di dalam poket baju dikeluarkan lalu beberapa catatan rutin di tulis pada carta tersebut. Sudah tiba masanya untuk mengejutkan pesakit untuk mengambil bacaan tekanan darah dan makan ubat.
            “Qalisha Bt Qhairil. Umur dua puluh empat. Minor cuts and bruises only.” Jururawat berketurunan serani itu membaca carta.
            “Erk! Alahai ada aksi dot dot pulak. Mak ai, siap tidur berpelukan lagi. Tahulah ini private hospital yang mewah.Kot ya pun, tak perlulah tunjuk kasih sayang kat sini. Ni mesti kes baru kahwin. Eh macam aku kenal je muka yang lelaki ni,tapi kat mana ya? Adoi,aku pulak yang naik segan nak kejutkan mereka ni.” Jururawat Evelyn mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Muka si lelaki amat biasa di lihat namun fikirannya pada masa itu tidak mampu mengecam siapa gerangan lelaki tersebut.
            Walau pun sedikit segan, Evelyn terpaksa juga mengejutkan Qalisha. Dia perlu mengambil bacaan tekanan darah gadis tersebut dan memberi ubat seperti di dalam preskripsi yang telah ditetapkan oleh doktor di dalam carta.
            “ Err..Cik Qalisha. Maaf mengganggu. It’s time to get up. Saya perlu ambil bacaan tekanan darah Cik.” Evelyn bersuara namun tiada jawapan. Tiada pergerakkan daripada kedua mereka baik yang lelaki mahu pun perempuan.
            “ Mak ai, ni tidur ke pengsan?” Evelyn mencuba sekali lagi.Kali ini lebih kuat.
            Panggilan namanya sayup-sayup kedengaran. Qalisha membuka mata perlahan. Matanya masih berat dan rasa mengantuk masih bersisa. Rasa berat sekali untuk membuka mata. Dia lupa seketika yang dia berada di atas katil hospital. Entah kenapa dia tidur dengan lenanya serta bermimpikan Mama dan Papa.
            “ Eh apasal susah sangat nak bangun ni? Apa benda pulak yang ‘menghempap’ perut aku ni berat semacam je.” Qalisha masih terpisat-pisat. Tiba-tiba matanya terbuka luas sebaik dia melihat tangan yang enak-enak melingkar pada pinggangnya. Dia terus menjerit sebaik ternampak muka Jeffrey yang agak terlalu hampir dengan mukanya.
            “ Argh!!!!!!!! Apa kau buat kat aku!” serentak dengan itu, kakinya automatik menendang Jeffrey dengan sekuat hati. Akibat daripada tendangan tersebut,Jeffrey jatu tergolek ke bawah bagaikan nangka busuk.
“ Buk! Adoi! What the ….Wei, apasal kau tendang aku? Buang tebiat betul dia ni.” Jeffrey cuba untuk bangun. Sengal juga punggung dan pinggangnya bila terjatuh sebegitu. Boleh tahan juga tinggi katil hospital tersebut. Tiba-tiba Qalisha dan Jeffrey sama-sama terdiam. Mereka sama-sama terkejut namun masing-masing cuba control ayu apabila melihat sepasang mata jururawat beruniform merah jambu yang turut sama  melopong di situ, barulah Jeffrey tersedar di mana dia berada. Begitu juga dengan Qalisha. Langsung dia tidak menyangka tindakan spontannya menendang Jeffrey sebentar tadi menjadi bahan tontonan. Rasa bersalah pula menjengah kerana secara tidak sengaja, dia telah memalukan Jeffrey.
            “Errr.. maaf nurse, maaf abang. Qalish tak sengaja. Ingatkan perogol bersiri mana tadi.” Selamba tenuk Qalisha menjawab sambil membuat muka simpati mahu menutup rasa malu dan segan yang bertandang sehingga tergagap-gagap bicaranya.
            Jururawat yang turut sama terkejut akhirnya turut sama tersenyum malu.Tidak sangka tugasan rutin pada hari tersebut membuatkan dirinya dapat menonton lawak mega. Walau pun dia turut sama terkejut beruk, namun tercuit juga rasa hati melihat gelagat pasangan yang berada di depannya. Tanpa berlengah, dia terus menjalankan tugasnya untuk memeriksa tekanan darah pesakit.
            “ Ermm..bacaan normal.Ini ubat yang puan kena makan. Saya keluar dulu. Kalau Puan nak bersihkan diri boleh. Pukul lapan nanti doktor akan datang untuk memeriksa puan. So kalau tak ada apa-apa,saya keluar dulu.” Jururawat Evelyn menghulurkan beberapa biji tablet di dalam cawan kecil kepada Qalisha. Qalisha hanya menggangguk dengan muka yang masih tebal. Malu siot!
            Sebaik jururawat berlalu pergi, Qalisha memandang muka Jeffrey yang terang-terang masih tidak puas hati. Sebelah tangannya masih mengurut pinggang yang sengal-sengal.Boleh tahan jugak tendangan Qalisha tadi.
            “ Ko ni pehal tendang-tendang aku? Kau tahu tak apa hukumnya isteri yang memperlakukan suami macam yang kau buat tadi. Nak aku jelaskan satu persatu ke?Eh lupa pulak, kau kan arif bab-bab isteri yang ingkar dan derhaka ni. Buat apa aku nak cakapkan.” Kata-kata Jeffrey cukup sinis.
Perkataan ‘abang’ sudah berganti dengan perkataan ‘aku’ dan ‘kau’. Sakit hatinya apabila diperlakukan begitu oleh Qalisha sedangkan niatnya hanya mahu menolong mententeramkan Qalisha yang meracau-racau di dalam tidur. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan reflex Qalisha apabila dia memeluknya. Tanpa menunggu jawapan daripada Qalisha, Jeffrey terus menapak ke bilik air yang terdapat di dalam bilik wad itu.Malu siot! Secara tidak sengaja jururawat tadi ternampak aksi yang memakukan itu. Jeffrey berdoa agar Jururawat tadi tidak mengecamnya. Pintu bilik air dihempas sehingga berdentum bunyinya.
            Kata-kata Jeffrey cukup menghangatkan cuping telinga Qalisha.Sinis sekali. Rasa sakit hati dan geram mula bertapak di hatinya.Namun dalam masa yang sama, rasa bersalah turut menjelma. Memang Qalisha berasa amat bersalah.Sebenarnya dia bukan sengaja mahu menendang Jeffrey sehingga jatuh tergolek tetapi oleh kerana terlampau terkejut dia tertendang  Jeffrey secara tidak sengaja.
            “ Alamak merajuk pulak Si Jeff tu.Apa aku nak buat ni.Memang aku yang salah pun.Habislah aku kalau macam ni.Mama pun akan cakap aku yang salah.Nek Jah? Mati keras aku kalau Nek Jah tahu. Erk! Nampak gayanya aku kena mengalah dan minta maaf dengan dia. Pujuk dia? Mampus aku.Bab pujuk-memujuk rayu-merayu lelaki yang aku lemah sangat ni.Bukan setakat lemah tapi gagal terus.” Qalisha mula mundar-mandir di tempat yang sama. Mindanya sarat mempertimbangkan apa yang harus di lakukan.
            Qalisha masih lagi mundar-mandir di depan pintu menunggu Jeffrey keluar daripada bilik air. Apa pun yang terjadi, dia akan memohon maaf daripada Jeffrey. Qalisha sudah nekad. Terpulanglah pada Jeffrey sama ada mahu memaafkan dia atau tidak.
            Sebaik sahaja pintu bilik air di kuak dari dalam, sepantas itu juga Qalisha berdiri terpacak menghalang langkah Jeffrey. Terkejut sungguh Jeffrey dengan tindakan Qalisha itu. Hatinya mula berangin taufan. Entah apa lagi yang perempuan ini mahu darinya.
“Tepilah! Pagi-pagi dah buat aku menyampah.”Keras sekali kata-kata yang dilontarkan Jeffrey.Namun Qalisha tetap tidak berganjak.
“ Errr..awak…eh! Abang…” Kata-kata Qalisha tersangkut di situ.           
“ Kau fikir dulu apa yang kau nak cakap lepas tu baru kau bagi tahu.Aku takde masa nak melayan orang gagap macam kau.” Jeffrey merengus sambil menepis Qalisha dengan kasar. Hampir terjatuh Qalisha di buatnya.
Qalisha terpana dengan tindakan Jeffrey. Rumusan yang mampu Qalisha fikirkan pada masa itu adalah Jeffrey benar-benar marah. Tiba-tiba teringat pula kata yang pernah disampaikan oleh salah seorang pendakwah bebas di kaca tv, ‘jangan biarkan suami meninggalkan rumah dalam keadaan marah dan kecil hati terhadap kita.Jika itu berlaku, kita berdosa dan para malaikat juga turut sama melaknat selagi si isteri tidak meminta ampun dengan suaminya.’
Kecut perut bila memikirkan kata-kata tersebut. Jeffrey sudah mahu beredar, jaket kulit yang terdampar di atas sofa di ambil bersama topi keledar ‘full face’. Jeffrey mengambil kunci motosikal berkuasa besar milik Luqman dan mula mengatur langkah pergi.Sedikit pun tidak mempedulikan Qalisha lagi. Melihat tindakan Jeffrey yang mahu pergi, Qalisha terus berlari mendapatkan Jeffrey dan memeluk Jeffrey daripada belakang. Egonya di campak sejauh mungkin.Kemaafan Jeffrey perlu diraih.Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Walau pun pergelangan kaki masih sakit dan sedikit terhencut-hencut, Qalisha memeluk Jeffrrey dengan kemas.
“ Please don’t go. Forgive me. Qalish tahu Qalish tak patut buat Abang begitu. Hukumlah Qalish.Qalish memang berdosa dengan Abang.Qalish betul-betul minta maaf.” Qalisha memejamkan mata menanti tindakan Jeffrey selanjutnya.Qalisha mengemaskan pelukan apabila Jeffrey seolah cuba melepaskan pelukannya.
Buat seketika tiada suara keluar antara mereka.Terkejut juga Jeffrey dengan tindakan Qalisha memeluk dan memohon maaf daripadanya. Akhirnya dengan dengan keluhan yang dalam, Jeffrey bersuara.
“ Ikhlas ke kau minta maaf ni? Jangan pulak dah minta maaf lepas ni kau buat lagi.” Jeffrey memusingkan badannya untuk mengadap Qalisha.Dia cuba mencari kemaafan daripada si pemilik mata bundar yang jernih itu.
Qalisha menggangguk-anggukkan kepala. Dagu Qalisha di angkat dan mata Qalisha direnung. Mata bundar itu mula berkaca, tersentuh dengan perlakuan sang suami.
“ Qalish sanggup buat apa saja asalkan Abang maafkan Qalish.” Perlahan sahaja bunyi suara Qalisha.Jantungnya bagai nak pecah dek kerana terlalu berdebar-debar menanti reaksi oleh Si Jeffrey.
Tiba-tiba, ‘cup!’ satu ciuman singgah di bibir Qalisha.Qalisha terpaku. Jeffrey hanya tersenyum.Namun pada pengamatan Qalisha, senyuman itu cukup sinis.Ada unsur tanpa perasaan di situ.
“ Abang akan claim janji Qalish yang sanggup buat apa sahaja asalkan Abang maafkan Qalish tu kemudian.Sekarang ni, pergi mandi.Busuk.”Jeffrey berpura-pura menutup hidung. Matanya dikenyit nakal dan satu flying kiss diberikan pada Qalisha yang masih terpaku. Kemudian dia terus berlalu pergi meninggalkan Qalisha yang masih ternganga.Speechless!
“ Erk! Dia maafkan aku ke tak ni?” Qalisha mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Akhirnya dia tersenyum sendiri. Boleh tahan juga tindakan berani matinya sebentar tadi.
“ Aduh…senyuman itu bisa sekali menusuk kalbu. Ganteng bangat sih.Memang bisa mengganggu-gugat dan memporak-perandakan jiwa aku. Eh bila masa pulak aku jadi awek indon nih?” Qalisha mengaru-garu kepala yang memang sah tiada kutu rayau.
Tengahari itu ketika waktu melawat, Rayyan Fahrin dan Adrianna datang melawat Qalisha bersama-sama dengan Datuk Abdullah dan Datin Maimun. Jeffrey? Macam biasalah, subuh hari lagi dia kembali ke lokasi pengambaran di Shah Alam. Rayyan Fahrin dan Adrianna berjalan beriringan dengan Adrianna. Rayyan Fahrin menggenggam erat tangan Adrianna menuju ke arah wad yang menempatkan Qalisha.
Pada mulanya, Rayyan Fahrin agak teragak-agak juga mahu meraih tangan Adrianna. Bukan apa, takut juga kalau isteri yang di cintainya itu tiba-tiba melenting. Rayyan Fahrin berasa lega apabila Adrianna tidak membantah sebaliknya hanya membiarkan Rayyan Fahrin menggenggam lembut jari-jemarinya. Rayyan Fahrin tersenyum puas. Sikap Adrianna yang  tidak lagi memberi tindak –balas negative membuatkan hatinya terpaut dengan isterinya sendiri.
Adrianna pula, hanya membiarkan jemari runcingnya digenggam erat oleh Rayyan Fahrin. Sesekali mata Adrianna menjeling ke wajah lelaki yang sudah tiga bulan lebih bergelar suaminya dengan perasaan yang berbaur. Baginya amat sukar sekali untuk dia mempercayai kata-kata yang lahir daripada mulut lelaki tampan dan bermulut –manis seperti Rayyan Fahrin. Apa yang berlaku antara dia dan Shamsul suatu ketika dulu benar-benar merobek perasaan.Nasib baiklah dia tidak berkahwin dengan buaya tembaga tu,kalau tidak sudah tentu dia makan hati sepanjang masa.
Tiba-tiba, telefon milik Rayyan Fahrin berbunyi. Rayyan Fahrin terpaksa melepaskan tangan Adrianna yang dipegang. Kocek seluar jean yang di pakai di seluk.Sebaik sahaja melihat nama pemanggil,Rayyan Fahrin terus mengukir senyum.
“ Hello cutie, kejap lagi Abang sampai.”
“Ya…Abang ada bawak ‘Tabby’ Qalish ni ha. Kenapa? Dah bosan sangat ke dok sorang-sorang kat wad?”.Sungguh manja suara Rayyan Fahrin. Ya, manja yang di buat-buat untuk menguji sama ada Adrianna cemburu atau tidak. Qalisha memintanya membawa Samsung tablet apabila dia datang melawatnya di hospital untuk menghilangkan kebosanan.
Adrianna sudah mula berasa cuak. Dia tahu Rayyan Fahrin sedang berbual dengan Qalisha di telefon. Entah mengapa, hatinya berasa jengkel dan meluat mendengar perbualan Rayyan Fahrin dengan Qalisha yang pada pendengarannya cukup akrab. Adrianna melajukan langkah kakinya dengan muka bagaikan mangga muda. Dia meninggalkan Rayyan Fahrin yang sedang berbual di talian lalu menyaingi Mama dan Baba yang sedang beriringan di hadapan.
“ Huh! Buat aku menyampah je! Kejap lagi cakaplah face-to-face lama-lama. Tunggu ya Qalish..Abang Ray datang ni…” Adrianna mencebik di dalam hati. Tanpa dia sedari, perasaan cemburu apabila Rayyan Fahrin berbicara mesra dengan Qalisha atau mana-mana perempuan lain sudah mula bertapak di dalam hati.
Setiap kali Rayyan Fahrin datang ke pejabatnya, melopong semua semua staff perempuan sampai ada yang ternganga mulut. Di tambah pula dengan Rayyan Fahrin yang memang tak lekang dengan senyuman ‘killer’ dia tu dan ramah pula melayan semua staffnya, maka bertambahlah geram hati Adrianna. Bukan setakat staff pompuan, malah si Fizz ,PA jambu Adrianna pun bukan main lagi. Dengar sahaja Rayyan Fahrin datang dia tersengih sampai ke telinga! Hensem sangat ke laki kau ni Adrianna?
Rayyan Fahrin sudah tersenyum.Bukan dia tak nampak muncung Adrianna yang sudah boleh di ikat riben itu. Tadi pun sengaja dia bercakap lembut dan romantic dengan Qalisha kerana mahu melihat reaksi  daripada Adrianna sehinggakan Qalisha mengatakan dia sudah buang tabiat kerana memanggilnya ‘cutie’. Kata Qalisha lagi, bunyinya macam memanggil anak kucing pula.
“ Ermmm…nampak macam ada unsur jeles.Jeles tandanya sayang.Dia sayang ke tak kat aku agaknya ya? Nampak gaya nak kena buat eksperimen ni.” Otak Rayyan Fahrin sudah berkira-kira dengan apa yang akan di lakukannya sebentar nanti.
“ Anna, tunggu abang!” Rayyan Fahrin sudah berlari anak mendapatkan Adrianna yang sudah jauh di hadapan.
Adrianna berpaling apabila dengan kuatnya Rayyan Fahrin memanggil. Bukan setakat Anna sahaja yang berpaling,malah beberapa orang yang berada di laluan koridor ke wad itu turut sama berpaling.Ada yang membuat tanda ‘shhhh’ mengingatkan yang mereka berada di kawasan wad.
Adrianna menepuk dahi.Geram pula rasa hatinya kerana tidak pasal-pasal dia menjadi tumpuan orang seketika. Datin Maimun dan Datuk Abdullah sudah jauh di depan macam tak sabar pula mahu berjumpa dengan menantu kesayangan.
“ Kenapa tak jerit kuat sikit lagi? Yang tadi tu tak berapa nak dengar.” Adrianna menyindir. Langkahnya di hentikan.Sempat lagi satu dengan jelingan yang tajam diberikan pada Rayyan Fahrin.
“ Sorry sayang,Abang tak perasan tadi Abang panggil sayang terlebih ‘volume’. Kenapa tinggalkan Abang macam tu je?” Sengaja suaranya di lantun dengan gaya yang cukup menggoda.Siap berbisik lagi dan dengan selamba, sebelah tangannya memaut pinggang Adrianna mesra supaya berjalan beriringan dengannya.
“ Awak ni kenapa? Kita kan kat hospital ni.Tak payahlah nak tunjuk romantik bagai.” Adrianna sudah berasa kurang selesa bila ada mata-mata yang memandang apabila mereka berselisih.
“ Kat sini tak boleh, jadi kalau kat rumah bolehlah ye?” Rayyan Fahrin cuba menggiat Adrianna.Dia cukup suka apabila melihat muka Adrianna yang putih melepak itu berona merah menahan marah dan malu. ‘Cupp!!’ saru ciuman pantas singgah di pipi Adrianna.
“ ‘Abang’.Kalau Anna panggil Abang, ‘awak’ sekali lagi,Abang cium kat bibir pulak,tak kira kat mana pada masa tu. Hari tu kan cakap.”
“ Arghhhh!!! Malas nak layan awa…eh Abang ni tahu tak! Buat sakit hati je.”Adrianna terus menonong ke depan mencari kelibat Datin Maimun dan Datuk Abdullah yang sudah hilang daripada pandangan.
Rayyan Fahrin tersenyum puas.Menjadi juga ujian spontan yang di lakukan tadi. Rayyan Fahrin pasti Adrianna cemburu apabila dia berpura-pura melayan panggilan telefon daripada Qalisha dengan mesra.
“ Abang tahu Anna sayangkan abang. Cuma mungkin bukan masanya lagi untuk Anna luahkan. Ambillah seberapa lama masa yang Anna perlukan.Abang akan tunggu.” Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati Fahrin. Langkah di hayun menuju ke wad di mana Qalisha di tempatkan di mana Adrianna dan ahli keluarga yang lain berkumpul.
Suasana di dalam wad eksklusif tersebut bertukar kepada mood yang ceria. Usai tiba di situ, Doktor Emelda dan Doktor Azrul selaku doktor pakar yang merawat Qalisha mengesahkan yang Qalisha sudah dibenarkan untuk keluar daripada hospital pada petang itu. Qalisha gembira bukan kepalang kerana dia tidak perlu berada di wad lagi dan yang paling penting, dia tidak perlu menyusahkan sesiapa untuk bersusah-payah menemaninya di dalam wad. Esok. Nek Jah dan Usu Qhairul serta Kak Yasmin akan datang untuk melawatnya. Bila difikirkan tentang Nenek kesayangannya itu,Qalisha berasa kecut perut. Entah apa yang akan dihamburkan oleh Nek Jah apabila mengetahui apa yang terjadi. Mahu tak mahu sudah tentu dia terpaksa menadah telinga untuk mendengar tazkirah yang bakal di sampaikan oleh Nek Jah nanti.
Datin Maimun dan Datuk Abdullah juga teramat bersyukur kerana tiada apa serius berlaku kepada Qalisha ketika di serang.Kalau tidak tentu mereka akan berasa malu yang teramat sangat dengan Nek Jah kerana tidak dapat menjaga cucu kesayangannya. Datuk Abdullah sudah berkira-kira untuk menugaskan seorang pengawal untuk menjaga keselamatan ahli keluarganya.Dia cukup bimbang sekiranya sesuatu yang buruk akan menimpa keluarganya sekiranya tanpa pengawasan yang rapi. Datuk Abdullah tahu, ramai orang yang akan cuba menghampiri Qalisha sekiranya mereka tahu Qalisha adalah menantunya.Tambah haru lagi sekiranya orang surat khabar mendapat tahu Qalisha adalah isteri Jeffrey. Otak Datuk Abdullah sudah ligat untuk memikirkan apa yang harus di lakukan dengan menantu perempuannya itu.
Sedang mereka berbual, mereka sekeluarga din kejutkan dengan suara orang orang member salam.
“ Assalamualaikum.”
Semua yang berada di dalam bilik wad itu menoleh ke arah pintu masuk.
“ Waalaikummussalam.”
Pantas sekali Qalisha menjawab dengan perasaan teruja.Dia cukup kenal suara itu.
“ Nenek!”
Tanpa menghiraukan keadaan kakinya yang masih terhincut-hincut, Qalisha turun daripada katil dan meluru ke arah Nek Jah dan Qhairul yang sedang menapak masuk.
“ Nenek! Rindunya.dah hampir sebulan tak jumpa. Nenek sihat?”
Batang tubuh Nek Jah yang sudah mencecah usia enam puluh tahun di peluk kemas. Kedua belah pipi tua di cium mesra.
“ Ya Allah kamu ni Qalish! Kamu kan sakit.”
Nek Jah cuba meleraikan dakapan Qalisha. Begitulah Qalisha,sememangnya dia cukup manja dan mesra dengan Neneknya.
Qalisha meraih tangan Nek Jah lalu di salam dan kemudian tangan Qhairul pula menjadi sasaran.
“Apa khabar Datuk,Datin..maaflah kalau cucu saya yang seorang ini menyusahkan Datuk dan Datin sekeluarga.”
Ucapan spontan itu keluar daripada mulut Nek Jah sebaik menyambut salam yang di hulurkan oleh Datin Maimun.
“ Ya Allah Kak Jah, janganlah panggil kami sebegitu. Panggil saya Mai sudah.Lagi pun, saya yang sepatutnya meminta maaf kerana tidak menjaga menantu  saya dengan baik.”
Datin Maimun pula yang berbahasa. Jujur jauh di sudut hati dia berasa segan dengan Nek Jah atas apa yang berlaku pada Qalisha. Mujurlah Qalisha tidak diapa-apakan kalau tidak apa yang hendak dia cakapkan pada wajah tua yang mengamanahkan tanggungjawab menjaga Qalisha padanya? Apa yang lebih menyakitkan hati ialah sikap lepas tangan Jeffrey. Kalau hendak diikutkan malu pula rasanya pada Nek Jah. Isteri berada di hospital tapi si suami tak habis-habis dengan shooting sana-sini.
 Nek Jah membelek pergelangan kaki Qalisha yang terseliuh. Masih bengkak sedikit.Kalau tak di urut lambat nak baik dan boleh memudaratkan.
“ Datuk,Datin, Nenek rasa kaki Qalisha perlu di untuk cepat sembuh. Nenek rasalah, Nenek nak bawak Qalisha balik kampung dalam seminggu.Nenek nak urut sendiri.Takut nanti kalau berurut dengan orang yang tak berapa mahir lain pula jadinya.” Nek Jah meminta kebenaran dengan penuh berhemah. Bimbang kalau-kalau Datuk dan Datin tersalah faham.
“ Nek Jah, Mai mintak maaf sebab tak jaga Qalish dengan baik.” Datin Maimun bersuara perlahan.Dia berasa besalah  di atas kejadian yang menimpa Qalisha.
“ Kenapa cakap macam tu? Ini bukan salah sesiapa.Benda dah nak jadi. Nak buat macam mana?” Giliran Nek Jah pula yang bersuara.
Lain pula dengan Qalisha. Dengar saja perkataan ‘kampung’,kalau boleh dia nak melompat sampat ke siling. Gembira bukan kepalang.Rindu sungguh pada rumah Nek Jah dan biliknya dan katilnya dan bantalnya, Yop,Leman,Kembang dan anak Kembang yang dua ekor tu!  Kelas Nek Jah anak kembang di beri nama Jlo dan Jolie. Ha ha ha! Bila masa Nek Jah jadi peminat tegar artis Hollywood ni takde sapa yang tahu!