Total Pageviews

Tuesday 18 December 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 27


BAB 27
            “Mana Jeff ni? Kata dua puluh minit,ni dah setengah jam belum nampak batang hidung lagi.” Rungut Andy.
            “ Rileklah, kau pun tahu kan,kawan kita tu kan selebriti.Tu mesti ada anak dara mak dara mana yang mintak nak bergambar atau pun nak autograph bagai. Kalau tak mesti dia dah sampai. Takkan kau tak kenal lagi Si Jeff tu,dia tu jenis punctual. Aku tahu sebab aku yang selalu kerja dengan dia.” Luqman pula yang bersuara.
            Setengah jam yang lepas, Luqman telah menelefon Jeffrey untuk mengingatkan tentang perjumpaan mereka bertiga di kafe. Kafe yang di buka sejak setahun yang lepas diuruskan sepenuh masa oleh Andy dan di bantu oleh Hani,isterinya.Manakala Jeffrey dan Luqman pula bertindak sebagai sleeping partners. Modal membuka perniagaan itu dikongsi bersama.Memandangkan Jeffrey seorang chef selebriti dan luqman pula jurugambar yang terlibat secara langsung di belakang tabir, mereka berdua tidak mempunyai masa untuk mengendalikan operasi kafe mereka. Cuma tugas promosi dan publisiti diserahkan kepada Jeffrey dan Luqman kerana itu adalah kepakaran mereka.
            Saban hari, kafe yang terletak di dalam segitiga emas Kuala Lumpur itu sesak dengan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat. Kafe yang berkongsepkan kopitiam itu turut menjadi tempat lepak yang popular juga dikalangan selebriti dan juga artis tempatan terutamanya pada malam minggu. Bila ada artis,ada pula peminatnya. Semua itu menjadi  satu tarikan orang ramai berkunjung ke kafe mereka. Di tambah pula keenakan makanan yang disajikan kepada pelanggan adalah yang terbaik. Menu yang disajikan adalah pelbagai daripada menu barat,masakan melayu, cina dan juga ada beberapa menu baba dan nyonya Melaka. Semuanya boleh dinikmati pada harga yang berpatutan. Dan yang paling popular adalah pencuci mulut yang disediakan oleh Jeffrey. Jeffrey melatih seorang tukang masak khas untuk menyediakan desserts trademark kafe mereka sekiranya dia tidak berkesempatan ke kafe atau sibuk dengan tugasan luar. Memang Kek Keju Cinta Kasih, Pai Epal Selebriti,aiskrim special dan Tart Telur Blueberry adalah makanan menjadi signature kafe tersebut. Bukan sebab original recipes daripada Chef Jeffrey, tapi kerana memang semua makanan tersebut sangat sedap. Selalunya selepas mencuba, ada diantara pelanggan yang mintak tapau. Ceh! Dah macam iklan jalan-jalan cari makanlah pulak.
            “ Hah itu pun dia.Panjang umur,baru sebut dah sampai.” Andy pula bersuara.
            “ Sorry guys, aku lambat.” Jeffrey melagakan penumbuk dengan Andy dan juga Luqman. Laga penumbuk adalah aksi simbolik persahabatan mereka. Bukan nak bertumbuk ya!
            “ What’s up bro! Bini tak kasi keluar ke?” Andy berlelucon.
            “ No excuse, memang aku yang keluar lambat.” Bicara Jeffrey selamba,nada tanpa perasaan di situ. Fikiran masih melayang pada apa yang berlaku antara dia dan Qalisha sejam yang lalu. Semakin kuat dia cuba menepis,semakain kuat pula ingatan tentang itu bertandang. Aduh,kusut! Memang sangat kusut kepala otak Jeffrey di kala itu. Lebih tepat lagi,dia sendiri yang mengusutkan kepala otaknya.
            Andy dan Luqman memandang ke arah Jeffrey serentak kemudian mereka berdua saling berpandangan sambil dahi mereka berdua berkerut. Ini bukan Jeffrey yang mereka kenali. Jeffrey yang mereka kenali seorang yang happy-go-lucky tapi Jeffrey yang duduk dihadapan mereka ini Nampak seperti clueless. Jeffrey tidak akan menunjukkan masalah yang dihadapi dengan senang melainkan bila didesak berkali-kali barulah dia akan membuka mulut. Itu pun hanya pada Andy atau pun Luqman.
            “Kau ni kenapa? Macam muka ayam berak kapur je aku tengok,tak pun muka tertelan biji durian.” Luqman menepuk bahu Jeffrey setelah nampak kusut benar kawan baiknya itu.
            “ Hoi! Kau ni pun agak-agaklah,ada ke orang tertelan biji durian? Biji punyalah besar takkan boleh tertelan kot. Yang tertelan tu memang sah mereng tahap cipan.” Andy ketawa mengekek.Hatinya tercuit dengan perumpamaan yang diberikan oleh Luqman.
            “Apa punya memberlah kau ni. Aku bagi kiasan saja. Cubalah kau tengok kawan kita ni. Kusut benar nampak gayanya. Cuba kau citer dengan kami,manalah tahu kami boleh leraikan kekusutan yang melanda kepala otak kau tu.” Luqman bersuara sambil menyisip Diet Coke di hadapannya.
            “ Aaa aah! Cerciter.” Andy bersetuju dengan kata-kata Luqman.
            “ Later onlah.Ni, apa benda yang kau panggil aku dan Luqman datang malam ni. Ada masalah ke dengan kafe kita?” Jeffrey mengalih topik perbualan.
            “ Aku tahulah kau dengan Luqman sibuk giler sekarang ni. Engkorang kan partners,jadi apa yang berlaku pada kafe kita ni,korang kena ambil tahu jugak.” Andy bersuara serius.
            Jeffrey dan Luqman sudah mula berdebar. Kata-kata Andy membuatkan mereka memberikan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang bakal Andy perkatakan.
            “ Bukan masalah, sebenarnya aku nak bincang dengan korang. Aku ada cadangan ni, apa kata kita buat satu pentas dalam kafe kita ni dan kita upahlah pemuzik atau pun band yang boleh bermain muzik serta menyanyi secara ‘live’. Aku rasa cara ni boleh menarik lebih ramai pelanggan untuk datang ke kafe kita. Camna? Korang setuju tak? Kalau korang setuju kita on ‘live band’ ni.” Andy bersungguh-sungguh menyampaikan cadangan yang sudah lama difikirkannya. Bila dia betul-betul yakin,barulah diutarakan kepada dua rakan kongsinya ini.
            “ Fuh! Kau ni buat suspen betul. Aku ingat apalah tadi. Kalau pasal  buat pentas dan ‘live band’ ni aku setuju. Aku dan Luqman kan kenal ramai artis dan penyanyi. Kita boleh ajak artis yang sporting datang lepak kat kafe kita ni,dendang lagu selagu dua okay gak tu. Aku setuju. Kau camne Luq?” Jeffrey berkata dengan penuh semangat.
            “ Aku pun setuju. Brilliantlah otak kau Andy.Memang otak bisnes betul. Thanks sebab berusaha bersungguh-sungguh untuk majukan kafe kita ni.” Giliran Luqman pula melontarkan kata. Kalau nak di harapkan dia dan Jeffrey,alamatnya gulung tikarlah kafe ni.
            “ Don’t say that bro! Inikan kafe kita, periuk nasi aku kat sini. Aku tak macam korang yang terlibat dengan dunia glamour tanahair. Kalau korang takde syer kat kafe ni pun duit korang dah berkepuk. Aku apa ada? Kafe inilah periuk nasi aku. Tu, bini aku nak bersalin dah tak lama lagi. Aku kena usaha lebih untuk keluarga aku.” Andy berceloteh sambil memuncungkan mulut ke arah kaunter. Isterinya,Hani sedang melayan pelanggan yang mahu membayar harga makanan.
            “ Okay enough! Aku tak suka dengar lagi kau cakap macam tu. Kitakan kawan baik.Tugas kau sekarang ni, uruskan dan ‘jelmakan’ pentas secepat mungkin. Tugas aku dengan Jeff pulak cari band atau penyanyi. Bahagian kami untuk bulan ni kau guna dulu untuk beli alat-alat muzik dan semua yang sewaktu dengannya.” Luqman turut sama teruja dengan cadangan Andy.
            “ Aku rasa, aku boleh ajak Lya Safiyya datang perform kat kafe kita sekali-sekala.” Jeffrey memberi cadangan.
            “ Ehem-ehem,sebut Lya Safiyya ni, kau ada apa-apa ke dengan dia? Aku dengar hangat jugak gossip kau dengan dia sekarang ni.” Andy mengajukan pertanyaan tanpa memandang muka Jeffrey.  Baki air vanilla Coke di dalam gelas di teguk sehingga habis.
            “ Hey bro! Cakap tu perlahan sikit.Kang ada mana paparazzi ke, wartawan ke yang menyamar pelanggan kat dalam kafe ni tak ke haru? Aku takde apa-apalah dengan dia. Buat derk je kat gossip tu,lama kelamaan hilang macam tu je. Aku ni kan dah kahwin. Lagi satu,kau ingat aku bodoh sangat ke,kalau Baba aku tahu aku ada affair dengan mana-mana pompuan,alamatnya masuk ICU terus! Itu baru Baba,kalau Mama aku,erk!” Jeffrey mengayakan aksi kena pancung leher kepada Andy dan Luqman. Tiga sahabat itu ketawa bersama. Mereka cukup faham macam mana karekter Datuk Abdullah dan Datin Maimun tu macam mana.
            “ Hoi,cakap cakap jugak. Air aku mana? Mana peminat gedik aku tu? Dia takde ke hari ni?” Kata-kata Jeffrey ditujukan kepada Maya.
            “ Dia takde hari ni,mc.Katanya demam.” Serentak dengan itu, Andy menggamit salah seorang pelayan kafe mereka, JJ supaya datang ke meja.  Si pelayan yang bernama JJ atau nama penuhnya Jali b.Jamal datang ke meja dengan segera apabila tiga bos memanggilnya.
            “ Ya bos! Ada apa yang boleh saya bantu?”
            Bos Jeffrey bersuara , “Bawak jus oren untuk saya.”
            “Jus oren siap! Saya ambil sekarang.” JJ terus beredar. Seketika kemudian,dia datang membawa jus oren yang di pesan oleh Jeffrey.
            “ Okay pasal bisnes kita, done!. Sekarang pasal kau pulak. Okay,citer kat kami apa yang buat muka kau macam ayam berak kapur tadi.Luq yang cakap bukan aku...”Andy pula yang menukar topik perbualan.
            “ Just forget it. It is nothing.” Jeffrey menyisip jus orennya.
            “Jangan nak kelentong kami. Kita orang kenal kau lama dah,sejak zaman sekolah rendah lagi. Apa benda yang kita tak share,bini je yang kita tak share tahu!yang lain semua kita buat sama-sama tau.” Andy bersuara. Sama seperti Luqman,dia juga rasa terpanggil,chewah!rasa terpanggil untuk mengetahui permasalahan yang melanda sahabat baiknya itu.
            “ Really,it is nothing.Don’t worry okay,you guys are my best buddies. Hanya korang yang tahu,yang kenal aku selain daripada family aku. Betul...aku okay.Takde apa-apa yang berlaku kat aku Cuma family matters je.” Jeffrey berdalih. Nak mampos! Kalau bukak mulut pasal apa yang terjadi antara dia dan Qalisha tadi,mahu terbalik kerusi Luqman dan Andy gelakkannya.
            “ Suka hati kaulah Jeff tapi kalau kau nak bercakap dengan kami,feel free to do so. We are always available for you. Dua puluh empat jam.A friend in need is a friend indeed right?” Andy berkata lagi dan Luqman pula mengiyakannya. Sekali lagi mereka bertiga membuat aksi laga penumbuk.
            “ Ni, apasal datang sorang? Kenapa tak bawak Qalisha? Sekali-sekala apa salahnya. Boleh berkawan dengan Hani. Don’t worry pasal bab ‘rahsia’ tu,pandailah kami nak cover line.
            Sebaik nama ‘Qalisha’keluar daripada mulut Andy, Jeffrey yang sedang menyisip jus oren terus tersembur. Habis jus oren di dalam mulut tersembur pada muka Luqman yang duduk berhadapan dengannya.
            “ Woi! Apo ni Jeff,baru sebut namo ‘Qalisha’ mu sembur habih muka aku dengan air oren.” Habis terkeluar loghat Kelantan si Luqman. Eh! Lupa nak cakap dengan korang, Bapak Luqman orang Rantau Panjang,Kelantan.Mak dia pulak orang Siam,Songkhla.
            “ Sorry bro,tak sengaja.” Jeffrey mneghulurkan beberapa helai tisu kepada Luqman.
            “ Aku tahu, ni mesti pasal Qalisha kan? Yes! I knew it! Sebab tu muka kau macam tertelan biji durian tadi. Apa yang dia dah buat kat kau,Jeff?” Luqman menyerkap jarang. Serkap jarangnya itu mengena apabila air muka Jeffrey turut berubah sebaik nama Qalisha disebut sekali lagi.
            Jeffrey melepaskan satu keluhan yang dalam. Dua tangannya meraup muka dan rambutnya.
            “ Come on Jeff,takkan dengan kami pun nak berahsia.” Andy pula menyampuk.
            “ Okay I admit it! Entahlah Luq,Andy..she.. she..she...” Tutur kata Jeffrey tersekat-sekat.Dia cuba mencari perkataan yang sesuai untuk diluahkan.
            “ Adoiii!!! Gagaplah pulak kawan aku ni. Sejak bila kau gagap ni Jeff.Jangan buat kami tanya-tanya.” Luqman menyampuk pula.Suspen pulak bila Jeffrey tergagap-gagap begitu.
            “ She drives me crazy!” Jeffrey berkata dengan pantas.
            “ Err..aku bukan blur ya Jeff tapi boleh tak kau detail sikit pasal perkataan ‘crazy’ tu? Dia buat kau ‘crazy’ yang mana? ‘Crazy’ yang marah,bengang,bengkek dan yang sewaktu dengannya atau ‘crazy’ kau dah tangkap cintan-cintun dengan dia?” Luqman mengerutkan dahinya sedikit.
            “Aku tak tahu yang mana satu. Yang aku tahu,bila nampak saja dia,aku jadi hangin satu badan. Dengan muka selamba tenuk dia tu,dengan sikap kasar dia tu, semualah,buat aku hangin tahu tak. Mulut dia boleh tahan jugak menjawab.Dengan aku tak pernah cakap elok-elok,tapi kalau dengan Abang ipar aku tu,boleh bergelak ketawa.bertepuk-tampar bagai.Siap panggil Abang Ray lagi.Dengar nama ‘Abang Ray’ tu pun berbulu telinga aku tahu tak!” Jeffrey meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Memang selama ini, Luqman dan Andy menjadi telinganya.Begitu juga dengan Andy dan Luqman, mereka bertiga sentiasa berkongsi masalah atau pun hanya sebagai pendengar yang setia. Apa pun yang mereka bicarakan akan menjadi rahsia mereka bertiga.
“ Oooh oooh! I smell a jealous husband here.” Andy sudah melopong.
“ Walau pun antara kita bertiga, aku sorang yang belum kahwin, dari percakapan dan muka tertelan biji durian kau tu, I can tell,kau cemburukan Qalisha.” Luqman turut bersetuju dengan kenyataan Andy.
“ What! Aku cemburu? Nonsense and no sense at all! Takde maknanya aku nak cemburu. Korang tahukan cerita aku dengan dia,bagaimana kami kahwin,semua tu.Tak ada cemburu-cemburu. Mengarutlah korang ni.” Jeffrey menafikan telahan dua sahabat karibnya itu dengan bersungguh-sungguh.
“Cuba kau jawab soalan aku dengar jujur.Ingat..jujur ok.Kira macam soalan kaji selidik.Lepas ni baru aku cakap apa dapatan uji kaji aku ni. Ingat jawab dengan jujur!” Andy menuding telunjuk ke muka Jeffrey. Jeffrey mengangkat kening sebagai tanda agak keliru dengan soalan yang akan ditanyakan oleh Andy. Melihat Andy yang kelihatan bersungguh mahu bertanya soalan,dia tetap melayan sahabat baiknya itu.
“ Jantung kau berdebar-debar tak bila berdekatan dengan Qalisha”
“ Adalah sikit-sikit.”
“ Kau rasa geram atau marah tak bila Qalisha berbual mesra dengan lelaki lain?”
“Hangin satu badan aku bro!”
“Kau rasa dia cantik tak? cuba kau describe Qalisha di mata kau.”
“ Dia...wajah dia memang cantik,ayu jugaklah walau pun adakalanya perangai kasar dia terserlah.Dua lesung pipit dia tu buat dia nampak manis sangat bila dia senyum. There’s something about her yang aku tak tahu nak cakap kat kau macam mana. Dia ada ‘something’ yang tak pernah aku nampak pada semua perempuan yang pernah aku jumpa sebelum ini.” Air muka Jeffrey ceria dan tanpa dia sedari bibirnya menguntum senyum. Andy dan Luqman saling menyigung bahu, ralit mereka memerhatikan Jeffrey yang sedang bercerita tentang Qalisha. Mereka berdua tersenyum simpul. Andy terus memainkan peranan.
“Kau rasa geram tak kat dia? Maksud aku ‘geram’ nak terkam dia,nak peluk cium dia.?”
“ Apa punya soalan ni bro?”
“ Banyak songeh,aku tanya kau jawab sajalah!”
“That’s why aku cakap she drives me crazy! Mula-mula tu hangin satu badan,nak marah giler aku kat dia,tapi lepas tu lain pulak jadinya. Kau tahu, bila dekat dengan dia Jantung aku ni dup dap dup dap semacam. Aku rasa macam nak ‘ngap’ dia je.”
“ Kau dah ‘ngap’ dia belum?”
“ Hoi!Itu pun kau tanya? Dah..malaslah aku nak layan korang berdua ni.Makin kusut otak aku adalah.”
“ Daripada skor yang ko dapat ni Jeff, walau pun kau nafikan,ketahuilah sahabatku,kau sememangnya dah jatuh cinta dengan isteri kau sendiri!” Andy bersuara dengan penuh kenyakinan.
Kata-kata yang keluar daripada mulut Andy membuatkan Jeffrey ketawa kuat. Dia ketawa sehingga ada pelanggan kafe menoleh kepadanya. Ketawa sampai mengetuk-getuk meja.Giliran Luqman pula menuturkan kata.
“ Ketawalah kuat-kuat Jeff.Kita orang tak rasa lucu pun. Tanya hati kau Jeff,apa perasaan sebenar kau pada Qalisha. Hanya kau yang tahu.Suatu hari nanti,aku bet kau akan confess jugak cinta kau pada Qalisha.Masa tu,aku dan Andy pulak yang gelakkan kau. Masa kau jawab soalan tadi,air muka kau menceritakan semuanya. Mungkin sekarang kau masih belum sedar dalam hati kau tu dah ada taman. Tapi suatu hari nanti kau akan mengaku juga. Qalisha memang  jodoh yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk kau Jeff. Hanya dia yang mampu buat muka kau macam tertelan biji durian tu.”
“ Aku setuju dengan Luq, sebelum ni pun ramai perempuan mengendeng dengan kau kan tapi takde pulak kau rasa seperti apa yang kau rasa pada Qalisha,betul tak?Benci,marah,sayang,rindu,bengang all in one kan? Sekarang ni pun kau terbayangkan wajah dia,betul tak apa yang aku cakap?” Andy pula bersuara dengan penuh  yakin.
“ Dahlah korang,aku nak balik.Esok jangan lupa pulak.Datang awal sikit,lambat kena tinggal.” Jeffrey mengingatkan Andy dan Luqman tentang majlis kenduri sebelah keluarga Rayyan Fahrin di Tanjung Karang sempena perkahwinan Rayyan Fahrin dan Kakaknya,Adrianna.
......................................................................................................................................................

“ Mana Jeff? Bersiap mengalahkan anak dara.Geram betul dengan dia ni.Dah lebih daripada layak jadi bapak budak dah,perangai masih budak-budak. Asyik nak orang ikut cakap dia je,cakap orang dia tak nak dengar.” Sudah agak lama Datin Maimun tidak mengomel fasal Jefrey. Wajah polos Qalisha direnung.  Walau pun hanya dengan solekan yang hanya ala kadar,Qalisha sudah cukup menarik.
            Semua warga Villa Chinta Qaseh bersiap-sedia untuk bertolak ke Tanjung Karang. Majlis kesyukuran merangkap majlis menyambut menantu di pihak keluarga Rayyan Fahrin akan berlangsung pada petang nanti. Semua ahli keluarga di sebelah pihak perempuan mengenakan pakaian berwarna biru firus manakala keluarga pihak Rayyan Fahrin pula mengenakan busana berwarna ungu muda.
            Setelah semuanya bersedia,Pak Mid memulakan pemanduan, mengetuai rombongan ke Tanjung Karang.Datuk Abdullah dan Datin Maimun menaiki Mercedes Benz yang di pandu oleh Pak Hamid. Jeffrey dan Qalisha menaiki BMW Z4 yang di pandu oleh Jeffrey. Awal-awal lagi Datin Maimun berkeras mahu Jeffrey memandu sendiri. Siap bagi warning lagi supaya jangan nak mengada-gada. Kalau Datin Maimun bagi arahan,siapa yang berani membantah. Amir,Amri dan Hashim pula menaiki BMW yang di pandu oleh Amri. Manakala Aziz pula memandu Alphard dan penumpangnya pula adalah Pak Din,Mak Yam termasuklah si Tuti dan Asih. Tidak ketinggalan juga dengan Andy dan isterinya,Hani dan juga Luqman. Mereka juga tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan majlis meraikan perkahwinan Adrianna dan Rayyan Fahrin.Macam biasalah,Andy dan Luqman adalah jurukamera yang ditugaskan untuk merakam detik-detik bersejarah petang nanti. Ceh! Ada detik bersejarah ke?
            “ Huh! Bersiap mengalahkan ratu cantik.” Qalisha mengomel di dalam hati. Dia membetulkan baju kebaya moden yang sedondon warna dengan Jeffrey yang tersarung cantik di tubuhnya. Dari tadi lagi dia sudah siap menunggu di dalam kereta.
Seketika kemudian, Jeffrey membuka pintu kereta dan duduk dengan tergesa-gesa. Qalisha memandang sekilas ke arah Jeffrey. Memang tidak dinafikan Jeffrey sungguh kacak berbaju melayu Johor dan bersongkok. Kulitnya yang cerah menyerlahkan lagi kekacakkannya. Warna biru firus tampak sungguh sesuai dengan Jeffrey. Wajahnya yang bersih tanpa cela,hidung yang mancung dan ketinggiannya membuatkan dia kelihatan seperti model.Memang model pun!
            “ Okay,here we go.” Jeffrey bersuara kepada dirinya sendiri. Ekor matanya menjeling sekilas ke arah isteri yang sedang memandang ke arah luar cermin. Hatinya berdegup pantas sebaik sahaja sepasang matanya mendarat pada wajah ayu Qalisha. Walau pun dengan hanya solekan yang tipis,Qalisha tetap ayu.Kecantikkan semulajadinya terserlah.
            Insiden yang berlaku malam semalam mula membuat ulang tayang di ruang ingatan Jeffrey. Satu senyuman terukir di bibir Jeffrey secara tidak sengaja, Lucu pula bila difikirkan. Masing-masing berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku dan cuba berlagak selamba yang mungkin. Dalam hati,masing-masing malu setebal 24 inci.
            “ Ehem-ehem..” Jeffrey berdehem.Tekaknya tiba-tiba terasa perit.
            “ Ehem-ehem,ehem-ehem daripada tadi lagi. Kalau nak air cakap sajalah.” Qalisha mengomel dan omelan itu ditujukan khas buat Chef Poyo yang sedang memandu.
            “ Bukakan air mineral ni boleh.” Tangan kiri Jeffrey menghulurkan air mineral yang dibeli di stesen minyak Shell tadi. Tangan kanan pula memegang stereng kereta. Dia tidak berpaling kepada Qalisha.Matanya tetap fokus pada pemanduan.
            Tanpa berkata apa-apa,Qalisha membuka tutup botol dan botol air disuakan kepada Jeffrey. Jeffrey mengambil air mineral tersebut lalu diteguk agak kasar. Oleh kerana meneguk air dengan tangan kiri dan sedang memandu,air tersebut meleleh sedikit di mulut Jeffrey.”
            Qalisha yang memerhati secara spontan menarik beberapa helai tisu yang tersedia di dalam kereta lalu tanpa disuruh terus mengelap dagu Jeffrey. Niatnya hanyalah untuk mengelap air pada dagu Jeffrey, tidak lebih daripada itu.
            “ Macam budak kecik,minum air pun boleh meleleh.” Tanpa disedari Qalisha membebel perlahan.”
            Jeffrey memperlahankan sedikit pemanduan.Dia agak terkejut dengan perlakuan Qalisha. Tanpa Qalisha sedari, Jeffrey memerhatikan perbuatan Qalisha mengelap dagunya dengan pandangan yang redup.. Entah mengapa dia tidak boleh menahan matanya daripada memandang Qalisha. Mindanya seolah-olah menyuruh-yuruh dia berbuat demikian.Sejak berkahwin dengan Qalisha, hatinya tidak keruan kalau tidak dapat memandang wajah ayu itu dalam sehari. Adakalanya,dia mengintai perbuatan Qalisha bila isterinya itu sedang ralit ber’muka buku’ atau ber’twitter’ di tepi kolam renang. Adakalanya juga,dia suka memerhatikan gelagat Qalisha apabila berbual dengan Nek Jah dan Pak Usunya melalui telefon. Suara Qalisha yang manja dan cara duduk di atas katil atau sofa yang tak berapa nak ayu tu,cukup mencuit perasaan dan hati Jeffrey.
            “Pandang depan!kang tak pasal-pasal cium bontot kereta Baba.” Qalisha menyedari perbuatan Jeffrey yang asyik memandangnya.
            Tanpa suara Jeffrey terus memandang ke depan. Kata-kata Qalisha sebentar tadi singgah di benaknya. Dia tersenyum dan mengeleng-geleng kepala sendiri. Dah angau ke kau ni Jeff?
            “ Betul juga,kang tak pasal-pasal cium bontot kereta Baba kat depan,mau bernanah Datin Moon membebel kat aku. Boleh imagine macam mana Datin Moon melontarkan suara merdu nanti.Kereta kemek boleh baiki,kalau muka yang kemek?” Jeffrey melayan akal fikiran yang sudah menerjah jauh.
            “ Fius terbakar ke dia ni? Dari tadi asyik tersengih-sengih,tersenyum-senyum sendirian. Senyum pun dah mengalahkan Yob dengan Leman Nek Jah. Aik! Tersengih lagi? Memang sah, ada saraf putus dalam otak dia ni.Ke dia dok teringat apa yang berlaku semalam.” Dalam diam,Qalisha turut sama memerhatikan Jeffrey yang nampak macam fokus dalam pemanduan.Yelah, luaran nampak macam tenang,dalamannya entah ke mana otaknya menerjah tak siapa yang tahu.
            Masing-masing sibuk melayan fikiran.Agak lama mereka membisu.Hanya bunyi lagu cari radio yang mengisi kebisuan antara mereka.
            “ Tak bestlah channel ni,dari tadi asyik main lagu yang entah apa-apa.”Tanpa menunggu jawapan daripada Jeffrey,Qalisha terus menukar ke frequensi Flyfm,Stesen radio yang cukup diminatinya.
            Kedengaran suara Dj Natalie yang petah bersuara memberitahu lagu yang akan dimainkan sebentar nanti.
            “ Yes! Lagu fall for you,Secondhand Serenade! This one  is my favourite number! ” Qalisha sudah terjerit-jerit seperti kanak-kanak riang.
            “ Ya Allah dia ni! Terkejut beruk aku. Ini pun lagu favourite aku,samalah pulak taste aku dengan dia.” Jeffrey tersenyum.Kata-kata itu terzahir di dalam hati.Moodnya turut terikut-ikut dengan mood gembira Qalisha.
            “ Abang pun suka lagu ni. Okay kita nyanyi sama-sama. Verse pertama Abang nyanyi then Qalish sambung. Okay ready,shoot..” Perkataan ‘Abang’ keluar daripada mulut Jeffrey spontan tanpa disedari.
The best thing about tonight’s that we’re not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don’t think that I am trying
I know you’re wearing thin down to the core

“Okay Qalish sambung.” Ujar Jeffrey tersenyum.

But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find

Qalisha turut sama tersenyum, Terbuai hatinya apabila mendengar suara Jeffrey yang boleh tahan sedapnya.

This is not what I intended
I always swore to you i’d never fall apart
You always thought that I was stronger
I may of failed
But I have loved you from the start
Ohhhh

Qalisha dan Jeffrey bersama-sama menyanyikan  rangkap korus dengan penuh ekspressi.

But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
It’s impossible to find

So breathe in so deep
Breathe me in
I’m yours to keep
And hold onto your words
Cuz talk is cheap
And remember me tonight
When your asleep
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find

 Botol air mineral menjadi mikrofon bagi Qalisha  manakala Jeffrey mengetuk-getuk stereng kereta mengikut alunan akustik lagu tersebut. Lagu di radio sudah bertukar rentak,namun Jeffrey masih menyanyikan part korus lagu  fall for you perlahan. Alunan akustik lagu tersebut benar-benar menyentuh jiwanya.
            “ Boleh tahan juga suara Minah Kampung ni.Serak-serah basah tapi sedap di dengar.” Jeffrey dalam diam memuji suara Qalisha.
            Dalam masa yang sama Qalisha turut sama memuji suara Jeffrey. “ Ermm..sedap juga suara Chef Poyo ni.Muka hensem,ada bakat,suara pun sedap,body pulah..pergh! mengoda keimanan aku betul.”
                Tiba-tiba telefon Qalisha berbunyi.  Nada dering lagu ‘insane’ BtoB’ berkumandang.Cepat-cepat Qalisha menjawab apabila nama ‘Mama Moon’tertera pada skrin .
            “ Hello, Assalamualaikum Mama.” Qalisha mendengar dengan teliti setiap butir bicara Datin Maimun yang menelefonnya dari kereta Mercedes di hadapan.
            “ Okay,nanti Qalish cakap kat Jeff. Okay Mama.” Qalisha mematikan talian.
            Jeffrey yang tenang memandu hanya menjadi pendengar. Hati kecilnya tertanya-tanya apa yang dibualkan oleh Qalisha dengan Mama tadi.
            “ Mama cakap apa?”
            “ Mama cakap,slow sikit,nanti nak kena berhenti kat depan. Tunggu Daus,adik Abang Ray datang. Gps tak bolah nak pakai, takut sesat nanti kita tak sampai rumah Abang Ray on time.” Qalisha menyampaikansebijik-sebijik  apa yang diberitahu oleh Datin Maimun di dalam telefon sebentar tadi.
            Jeffrey hanya menganggukkan kepala tanda faham. Dia turut memberi signal ke kiri untuk berhenti di bahu jalan apabila melihat kereta Merce yang di pandu Pak Mid sudah berhenti di tepi jalan.
            “ Ada GPS tapi tak boleh guna,sia-sia je.alat punyalah canggih tapi hampeh! Siap hari bulan gps ni bawak kita terjun sawah.”Jeffrey merungut.
            Tidak lama kemudian, kereta Lexus CT berwarna biru yang di pandu oleh Rayyan Firdaus muncul. Setelah membuat pusingan u,Rayyan Firdaus memberi isyarat supaya semua mengikutnya.
            “ Wah! Cantik betul kampung Abang Ray.Banyak sawah padi,lebih kurang sama dengan kampung saya.” Qalisha sungguh teruja apabila melihat pemandangan sawah padi yang menghijau di kiri dan kanan jalan.
            “ Abang Ray,Abang Ray. Bila sebut nama dia bukan main kau happy ye! Meluat aku dengar.” Sakit hati Jeffrey apabila mendengar Qalisha menyebut nama ‘Abang Ray’ namun dia hanya mencebik di dalam hati. Cemburulah tu tapi tak nak mengaku.
            Lebih kurang lima belas minit pemanduan,mereka membelok ke arah satu anak jalan yang menuju ke rumah Nek Wan.Dari jauh kelihatan dua buah kanopi yang besar yang bertemakan warna biru dan putih berhias cantik. Ramai juga tetamu yang sedang menjamu selera ketika itu.
            Banyak mata memandang ke arah deretan kereta mewah yang berhenti di tepi jalan. Masing-masing mengandaikan bahawa keluarga isteri Fahrin sudah tiba. Semua turun daripada kereta dan menuju ke arah kanopi di mana tuan rumah sedang sibuk bersalaman dengan tetamu.
            Rania memimpin Nek Wan untuk bertemu dengan tetamu –tetamu di tunggu sejak tadi. Adrianna yang sibuk melayan tetamu bersama Rayyan Fahrin turut sama teruja apabila kelibat orang-orang yang disayangi sudah tiba.
            “ Jom,Mama,Baba,Jeff dan yang lain-lain dah sampai.” Bisik Adrianna kepada Rayyan Fahrin.
            Rayyan Fahrin tersenyum sambil menganggukkan kepala. Selepas meminta diri dan menjemput tetamu untuk menjamu selera, Rayyan Fahrin beriringan dengan Adrianna menapak ke arah ahli keluarga sebelah keluarga Adrianna yang baru tiba. Luqman dan Andy terus pula terus mengambil gambil gambar-gambar yang dirasakan menarik pada pandangan mereka. Hani,isteri Andy yang sarat mengandung tidak dapat menahan air liurnya yang sudah kecur melihat air batu cendol. Terus dia melayan dirinya sendiri mendapatkan air batu cendol tanpa mempedulikan yang lain.
            “ Mama, I miss you.” Adrianna bersalam dan memeluk Datin Maimun dengan erat.
            “ I miss you too.Cantiknya anak Mama. Macam mana? Suka tak suasana kampung Fahrin ni?” Datin mencium pipi Adrianna dan Adrianna turut membalas perbuatan yang sama kepada ibunya yang tercinta. Selepas itu giliran Baba dan seterusnya yang lain-lain.
            “ Abang Ray! Hensemlah Abang hari ni.” Qalisha bersalam dengan Rayyan Fahrin yang sudah dianggap seperti abang.
            “ Aik! Takkan hari ni je Abang hensem kot,hari lain?” Rayyan Fahrin melayan Qalisha dengan gembira.
            “ Hari-hari abang hensem.” Bicara Qalisha dengan gembira.
            Jeffrey mula panas telinga apabila mendengar tutur kata Qalisha dan Rayyan Fahrin. Dalam masa yang sama Adrianna turut berasa cemburu apabila melihat Qalisha yang begitu mesra berbual dengan Rayyan Fahrin.
            Dengan selamba, Jeffrey berdiri disebelah Qalisha lalu merangkul pinggang Qalisha,meraih supaya Qalisha rapat kepadanya. Dia menghulurkan tangan kepada Rayyan Fahrin untuk bersalam.
            “ Since kau dah jadi abang ipar aku, aku nak mintak tolong boleh?” Tutur Jeffrey serius sambil memandang tepat ke dalam anak mata Rayyan Fahrin. Dia menyambung lagi.
            “ You better take good care of my sister,one drop of her tear,you’ll regret it.” Kata-kata Jeffrrey cukup serius.Sambil tersenyum,pandangan anak matanya jauh menikam mata Rayyan Fahrin.
            Rayyan Fahrin tidak terkejut dengan kata-kata Jeffrey. Memang dia akur,sejak dia bergelar suami kepada Adrianna,dia dan Jeffrey jarang bertegur-sapa. Dari apa yang diketahuinya,Adrianna dan Jeffrey adalah adik-beradik susuan dan hubungan mereka amat rapat. Rayyan Fahrin tidak mengambil hati akan kata-kata Jeffrey. Dia membuat andaian sudah tentu Jeffrey sangat menyayangi Adrianna sebab itulah dia berkata sedemikian. Kalau dia ditempat Jeffrey sekali pun mungkin dia juga akan berasa curiga apabila adiknya berkahwin dengan orang yang langsung tidak dikenali.
            Qalisha mempamerkan air muka yang tidak selesa apabila pinggangnya di rangkul oleh Jeffrey di khalayak ramai, lebih-lebih lagi di dalam keramaian di kampung Fahrin. Qalisha cuba merenggangkan badannya sedikit namun rangkulan tangan Jeffrey kemah-keming di pinggangnya. Sambil mengetapkan gigi kerana geram,Qalisha berbisik ke telinga Jeffrey.
            “ Weh,awak ni pehal? Lepaslah! Tak malu ke orang tengok?awak dah lupa ke yang awak tu selebriti?” Qalisha berpura-pura memaniskan senyuman. Bertambah sakit hati Qalisha apabila Jeffrey terus berlagak selamba seolah-olah tidak mendengar langsung rungutannya.
            Rayyan Fahrin sedar akan tindakan Jeffrey terhadap Qalisha,Air muka Qalisha jelas menunjukkan bahawa dia sungguh tidak selesa diperlakukan begitu. Rayyan Fahrin bersuara dengan tenang sekali.
            “ Sini kampung bro,tak payahlah kau nak tunjuk sangat romeo kau tu kat sini. Lagi satu,kat sini boleh tahan juga mak-mak dan anak-anak dara yang tengok rancangan tv kau.Kang tak pasal-pasal esok keluar gossip kat murai.com ke,facebook youtube ke,apa kau nak jawab? And more thing, you better take good care of my ‘sister’ too.”  Mata Rayyan Fahrin dialihkan pada Qalisha.
            Jeffrey merenggangkan sedikit rangkulan apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Rayyan Fahrin. Namun dia tetap berlagak selamba.
            “ I  mean it every words  I said. Aku tak akan lepaskan orang yang menyakiti Adrianna. Remember,I’m watching you.” Jeffrey beredar sambil menarik tangan Qalisha pergi bersamanya.
            “ Suddenly I feel so damn hungry.Jom temankan Abang makan.” Jeffrey berbisik di telinga Qalisha sambil mengatur langkah ke arah meja buffet. Qalisha menuruti langkah Jeffrey dengan muka yang kelat.
            “ Apa kena dengan Jeffrey ni? Tak faham betul aku dengan sikap dia. Kenapa dia macam ‘hot’ je dengan Abang Ray? Takkan dia masih jeles lagi pasal hari tu?”  Perbagai pertanyaan berlegar di dalam fikiran Qalisha.
            Tanpa mereka sedari,Datin Maimun dan Datuk Abdullah ralit memerhatikan gelagat mereka.
            “ Macam mana ni Bang? Apa kita nak buat dengan anak-anak dan menantu-menantu kita? Susah nak jalan rancangan kita kalau mereka tak bersatu hati. Tak boleh jadi kalau macam ni. Kita kena buat sesuatu untuk ‘rapatkan’ mereka.” Datin Maimun melahirkan rasa bimbang.
            “ Yelah Mai,tengok tadi tu. Jeffrey  macam nak telan Fahrin saja Abang tengok.” Giliran Datuk Abdullah pula bersuara gusar.
            “ Itu baru Jeffrey dengan Fahrin.Belum lagi masuk bab Qalisha dan Anna. Mereka juga tak mesra Bang. Tapi kan Bang..Abang tengok tak tadi Jeff dengan Qalish. Jeff macam tak kisah je dirinya diperhatikan orang. Siap pegang-pegang pinggang Qalish lagi dan Qalish pulak merah padam pipi bila Jeff buat macam tu. Mesti dia rasa malu dan segan dengan Fahrin.” Datin Maimun tidak dapat menahan tawa kecil daripada meletus. Datuk Abdullah turut sama ketawa bersamanya.
            “ Jangan risaulah Mai.Nanti kita fikirkan apa yang kita nak buat dengan anak-anak dan menantu-menantu kita.Percayalah cakap Abang, pilihan kita memang tepat. Mereka memang sesuai bersama.” Datuk Abdullah tersenyum sambil memandang wajah isteri yang disayanginya.

Rayyan Fahrin menjemput semua ahli keluarga dan sahabat keluarga Adrianna menikmati hidangan yang disediakan secara buffet.Menu yang disediakan cukup memikat selera,siap ada air batu cendol lagi.  Sambil menjamu selera,mereka berbual-bual sesama mereka. Rayyan Fahrin dan Adrianna serta Nek Wan pula tidak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Walau pun majlis mahu diadakan sederhana,tetamu yang datang cukup ramai. Tambah-tambah lagi dengan kehadiran Jeffrey. Ramai orang kampung mengambil kesempatan mahu bergambarnya.Nak buat macam mana kalau dah namanya selebriti. Mahu tak mahu,Jeffrey terpaksa melayan semua mak-mak dan anak-anak dara yang mahu bergambar dengannya.
Adrianna memandang Jeffrey dengan perasaan kesian. Susah betul kalau dah jadi public figure. Ke mana pergi menjadi tumpuan orang. Dia menghampiri Rayyan Fahrin dengan niat mahu Rayyan Fahrin menyuraikan keadaan.
“ Err..Abang, will you do me a favour?” Rasa seperti mahu tergeliat lidah Adrianna mahu menyebut perkataan ‘abang’.
“ Yes, ada apa sayang.”Spontan Rayyan Fahrin menutur balas.
“ Ish,dia ni nak mulalah tu.” Adrianna cuba memaniskan muka.
“ Boleh tak Abang tolong Jeff?Tolong ‘selamatkan’ Jeff boleh tak? Please..Jeff mesti sedang rimas kena kerumun oleh orang kampung Abang.Lagi pun inikan majlis kita,kita yang patut jadi tumpuan bukan Jeff.” Adrianna cuba memujuk Rayyan Fahrin supaya berbuat sesuatu.
“ Nak buat macam mana Yang oii! Adik awak tu selebriti popular.Kalau Anna nak tahu,boleh bukak kelab peminat Jeffrey kat Tanjung Karang ni.Ramai mak-mak dara yang minat dengan dia.”Ketawa Rayyan Fahrin meletus menampakkan senyuman memikat sehingga Adrianna terpegun seketika.
“ You better do something now or I akan ikut Mama dan Baba balik nanti!” Suara Adrianna sudah bertukar rentak.
Rayyan Fahrin terpaksa akur kerana dia tahu kata-kata Adrianna adalah serius sama serius dengan air muka yang dipamerkan sekarang. Bukan kerana takutkan isteri tapi kerana dia tidak mahu mewujudkan suasana yang tenang bila dia dan Adrianna berada di kampung.
Ligat otak Rayyan Fahrin mencari idea bagaimana mahu ‘menyelamatkan’ Jeffrey. Tiba-tiba dia terpandangkan pembesar suara yang tersedia atas pentas ‘ad-hoc’ di bawah kanopi. Tan pa membuang masa, Rayyan Fahrin menarik tangan Adrianna sambil mengatur langkah menuju ke arah mkirofon yang tersedia disitu.
“ Ehem..Assalamualaikum semua.Bagi pihak keluarga saya, saya dan isteri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis sambutan perkahwinan saya. Saya minta semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak untuk tampil ke depan untuk sesi pergambaran. Err.. termasuklah adik ipar saya yang popular kat belakang tu. Puan-puan dan Cik-cik sila ‘lepaskan’ adik ipar saya seketika ya.” Rayyan Fahrin membuat pengumuman.
“ Huh! Berpeluh aku kena kerumun Anna. Aku pakai cermin mata hitam pun dia orang kenal lagi. Dashsyat betul orang kampung ni,rimas giler aku.! Sakit rahang aku asyik tersenyum.” Jeffrey berbisik di telinga Adrianna.
Mendengarkan kata-kata Jeffrey,Adrianna tergelak kecil.
“ Padan muka! Sapa suruh kau jadi selebriti. Huh! Tak pasal-pasal aku pun glamer sekaki, tempias jadi kakak selebriti.” Adrianna menumbuk mesra bahu Jeffrey.
Lewat petang,semua tetamu beransur pulang. Begitu juga keluarga Adrianna. Setelah semua menunaikan solat Asar di atas rumah Nek Wan,mereka bertolak untuk pulang.
“ Nek Wan,kami pulang dululah ye. Terima kasih atas layanan Nek Wan terhadap kami sekeluarga.” Datin Maimun bersalaman mesra dengan Nek Wan.
“ Kalau ada masa datanglah lagi.Rumah Nenek terbuka untuk semua.” Nek Wan bersuara dengan ramah.
Rayyan Fahrin dan Adrianna melambai tangan ke arah ahli keluarga yang semakin menjauh meninggalkan rumah Nek Wan. Rayyan Fahrin dan Adrianna akan berada di Tanjung Karang selama tiga hari lagi.
“ Jom naik, Anna mesti dah penat kan. Kita rehat kat bilik ye.” Perlahan sahaja suara Fahrin menyapa di telinga Adrianna.
Adrianna hanya mengangguk perlahan.Badannya terasa sungguh penat kerana sejak pagi lagi melayan tetamu. Dia mengikut sahaja apabila Rayyan Fahrin menarik tangannya naik ke atas rumah. Matanya sungguh mengantuk dan badannya terasa lenguh semacam.Adrianna mengatur langkah di sisi Rayyan Fahrin seolah-olah ternampak lambaian sang katil memanggilnya beradu.
Sampai sahaja di dalam bilik, Adrianna terus membaringkan diri di atas katil.
“ Aduh penatnya.” Adrianna mengeliat seketika. Oleh kerana terlalu penat, sekejap sahaja Adrianna sudah terlena.
Usai menyegarkan badan, Rayyan Fahrin keluar daripada bilik air.   Hanya tuala yang melilit pinggangnya ke paras peha. Dia berjalan masuk semula ke bilik berjengket-jengket kerana kain pelikat yang di bawa tadi terjatuh ke dalam kolah. Bilik air rumah Nek Wan terletak di bahagian dapur jadi untuk ke biliknya, dia perlu melintasi beberapa bilik lain. Bukan apa, segan pula kerana tuala tersebut terlalu senteng dan manalah tahu takut-takut masih ada lagi tetamu yang belum pulang.
“ Huh lega! Nasib baik takde orang nampak.” Rayyan Fahrin cepat-cepat menutup pintu biliknya.
Mata Rayyan Fahrin melekat pada Adrianna yang sudah terlena di atas katil. Jauh disudut hati Rayyan Fahrin berasa kasihan apabila melihat wajah Adrianna yang terlena. Baju kebaya moden yang tersarung di badan masih belum di tukar.
“ Ermmm..mesti penat sangat.” Rayyan Fahrin merenung wajah Adrianna sambil tangannya mengelus-gelus lembut pipi.
“ Sayang, bangun. Mandi dulu. Lepas tu baru rehatkan badan.” Rayyan Fahrin berbisik lembut pada telinga Adrianna.
Adrianna membuka matanya sedikit. “ Penatlah, nak baring kejap lagi.” Mulut Adrianna merengek manja.
“ Takde-takde. Cepat bangun kalau tak Abang cium!” Rayyan Fahrin bersuara agak tegas separa mengugut. Mendengar perkataan ‘cium’, Adrianna terus bangun.
“ Sikit-sikit cium,sikit-sikit cium. Takde kerja lain.Tak boleh tengok orang senang.” Adrianna terus bingkas daripada katil lalu menapak ke arah penyidai kain untuk mengambil tuala. Sehelai t-shirts dan kain batik dikeluarkan. Tanpa mempedulikan Rayyan Fahrin, dia terus keluar daripada bilik untuk ke bilik air yang terletak di bahagian dapur.
Di dalam bilik air, Adrianna menyangkut kain tuala,kain batik dan t-shirts pada penyangkut yang tersedia di belakang pintu bilik air. Air sejuk daripada kolah membuatkan rasa mengantuk yang bersisa terus hilang.  Usai mandi dan mengeringkan badan, dia menyarung kain batik dan berkemban. Semasa hendak mencapai t-shirts,tiba-tiba dia terpandang seekor lipas. Sekelip mata lipas itu terbang dan hinggap pada dadanya. Adrianna yang memang cukup takut dan geli pada makhluk Allah yang satu    itu terus menjerit-jerit sekuat hati.
“ Arghhhhh!!!! Lipas! Mana dia? Mana dia? Arghhhh!!!” Adrianna terus melompat-lompat mencari mana perginya lipas tersebut.
 Tiba-tiba Adrianna terasa seperti ada benda yang bergerak-gerak di bahagian belakang di dalam kain batik yang dipakainya. Oleh kerana terlalu takut,sebelah tangannya terus menekup ‘benda’ yang di sangkanya lipas itu sambil terjerit-jerit. Tuala di atas bahu dan baju t-shirts terbang entah ke mana.Semuanya sudah dicampakkan ketika dia terkejut tadi.
“ Arghhhh!!! “
Rayyan Fahrin yang baru selesaikan menunaikan solat Asar amat terkejut mendengar jeritan Adrianna dari bilik air. Dengan masih berkain pelikat dan kopiah di atas kepala, Rayyan Fahrin berlari mendapatkan Adrianna yang sedang terjerit-jerit meminta tolong. Pintu bilik air terus diterjah oleh Rayyan Fahrin.
“ Kenapa sayang? Apa yang berlaku?” Rayyan Fahrin bertanya dengan panik. Tanpa berfikir panjang lagi, pintu bilik air di terjah. Rayyan Fahrin melihat Adrianna sedang terkial-kial cuba melihat ke belakang badannya sendiri sambil sebelah tangan sedang menekup sesuatu.Berkerut-kerut dahinya apabila melihat perlakuan Adrianna. Air mata Adrianna menjejeh-jejeh keluar.
“ Abang! Buang lipas ni,buang lipas ni!” Adrianna menyuakan belakangnya kepada Rayyan Fahrin.
Rayyan Fahrin yang agak terkejut cuba mencari di mana lipas yang di maksudkan oleh Adrianna.
“ Takde pun!” Rayyan Fahrin melihat dengan teliti tempat yang ditekup oleh Adrianna.
“ Tadi ada!” Adrianna masih ketakutan. Mukanya pucat sekali.
“ Cuba Anna kibas-kibaskan kain batik yang Anna pakai.” Rayyan Fahrin memberi cadangan dengan harapan ketakutan Adrianna akan reda.
Adrianna melakukan seperti apa yang disuruh oleh Rayyan Fahrin tanpa banyak soal. Dengan selamba dia mengibas-gibaskan kain batik di hadapan Rayyan Fahrin tanpa langsung memikirkan keadaan dirinya ketika itu.  Mulut Rayyan Fahrin pula sudah terlopong luas tidak percaya dengan perlakuan Adrianna di depan matanya. Nafsu lelaki tiba-tiba menguasai diri Rayyan Fahrin namun cepat-cepat dia menyedarkan diri Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia ‘ngap’ Adrianna kat situ juga namun akal fikiran masih bertapak kukuh.
“ Dia ni biar betul? Nak goda aku ke ni? Sabar Fahrin,sabar..” Rayyan Fahrin meraup mukanya. Dadanya berombak kencang. Mana tak tergoda weh apabila melihat isteri yang seksi dan seksa di depan mata sebegitu. Rayyan Fahrin tersenyum.Kelakuan Adrianna  sebentar tadi cukup mencuit hati.Matanya masih masih ralit memerhatikan Adrianna.
Seketika kemudian,barulah Adrianna tersedar.  Dia terasa seakan ada mata yang sedang memerhatinya. Barulah dia tersedar keadaan dirinya yang berkemban dengan seksi di depan Rayyan Fahrin. Dia memusingkan badan mahu mencari tuala yang digunakan tadi namun bulat matanya apabila melihat tuala dan t-shirts sudah basah kuyup dan ‘terendam’ cantik di dalam kolah. Perasaan malu mula menguasai diri apabila mindanya pula mula memproses kejadian yang berlaku sebentar tadi.
“ Adoi malunya aku! Jahanam punya lipas!kerana lipas seekor habis berterbangan kain baju!” Adrianna mengetuk-getuk dahinya berkali-kali. Mukanya dirasakan sudah tebal berinci-inci.
“ Err…boleh tak Abang ambilkan saya tuala dan baju  yang lain.” Mahu tak mahu dia terpaksa meminta pertolongan Rayyan Fahrin.
“ Kenapa pandang Anna macam tu?” Geram mula menguasai diri Adrianna apabila Rayyan Fahrin hanya membatukan diri sambil tersengih-sengih. Adrianna mula berasa cuak.
“ Err..apa yang Abang nampak tadi?”Spontan soalan itu keluar daripada mulut Adrianna.
“ Everything. Yup! Abang dah nampak semuanya. You’re so beautiful and soon you will be mine.” Rayyan Fahrin berbisik ke telinga Adrianna dan serentak dengan itu pinggang Adrianna terus diraih ke dalam pelukan. Tanpa membuang masa Rayyan Fahrin terus memagut bibir Adrianna. Keinginannya yang satu itu tidak tertahan lagi. Adrianna hanya terkaku di dalam pelukan Rayyan Fahrin. Bulat matanya memandang Rayyan Fahrin. Dia cuba untuk menolak namun tangan sasa Rayyan Fahrin lebih kemas memeluknya.
Ketukan dari luar pintu bilik air membuatkan Rayyan Fahrin dan Adrianna tersentak. Dari luar jelas kedengaran suara Rayyan Firdaus.
“ Long! Kau ke kat dalam tu? Cepatlah keluar aku sakit perut ni! Apa benda yang kau buat bertapa kat dalam tu lama-lama!”
Otak Rayyan Fahrin ligat mencari alasan. Jarinya mengisyaratkan supaya Adrianna mendiamkan diri.
“ Ngah! Nasib baik kau datang. Tolong ambilkan abang tuala kat dalam bilik abang boleh? Tuala abang jatuh dalam kolah ni. Cepat sikit!” Rayyan Fahrin bersuara dari dalam.
“ Adoi!!! Kau ni macam-macam hallah Long. Masa aku tengah sakit perut ni ,masa tu jugak kau nak mintak tolong.” Rayyan Firdaus beredar mengambil tuala yang dikehendaki oleh Rayyan Fahrin.
Seketika kemudia,n,Rayyan Firdaus mengetuk pintu.
“ Long, nah tuala kau.”
Rayyan Fahrin membuka pintu sedikit dan tangannya dihulurkan sedikit untuk mencapai tuala.
“ Ngah ,kalau kau tak tahan,kau guna tandas kat luar rumahlah. Abang pun sakit perut ni.”
“ Apasal tak cakap dari tadi kau pun cirit. Buang karan aku tunggu.” Derapan tapak kaki menunjukkan Rayyan Firdaus sudah berlari beredar dari situ.
Adrianna menarik nafas lega. Tuala di tangan Rayyan Fahrin disentap rakus. Tuala tersebut terus digunakan untuk menutup bahunya yang terdedah. Pintu bilik air di buka dan dia terus berlari anak masuk ke dalam bilik meninggalkan Rayyan Fahrin yang terkulat-kulat sendirian.
“ Thanks Daus, kalau tak kerana kau, entah apa yang berlaku di dalam bilik air tadi. Sama ada Fahrin yang mengoda dan aku pula tergoda atau silap hari bulan aku pula yang menggoda dia dan aku sama-sama tergoda. Adoi!! Apa kena dengan kepala otak kau ni Anna?” Adrianna mengetuk-getuk kepalanya sendiri.

P/S: TQ 4 PATIENTLY WAITING.  I'M TRULY DEEPLY SORRY COZ ENTRIES WILL BE A BIT LATE AFTER THIS. SY PERLU FOKUS UTK MENYIAPKAN MANUSKRIP ATKSD A.S.A.P. DOAKAN YG TERBAIK KAY! LOVE U GUYS!

Saturday 1 December 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 26


BAB 26

            “ Bila Abang Long kamu nak sampai ni? Kuala Lumpur dengan Tanjung Karang bukan jauh sangat pun.Kata bertolak pukul dua petang,ni dah pukul 5 lebih tak sampai-sampai lagi. Risau pula Nenek. Nia, cuba telefon kat Abang kamu,tanya dia kat mana.” Nek Wan sudah mula risau. Sejak tadi lagi dia menunggu kepulangan Rayyan Fahrin bersama isteri. Rindu sungguh mahu bertemu dengan cucu dan cucu menantu barunya itu.
            “ Rileklah Nek, kejab lagi sampailah tu. Mungkin Abang Long dan Kak Long singgah kat mana-mana dulu,itu yang lambat sikit.Nanti Nia call tanya kat mana sekarang.” Rania Irdiani cuba menenangkan hati Nek Wan yang gusar. Dia tahu Nek Wan telah menunggu sejak dari tadi kepulangan Abang sulungnya.
            Sedang mereka berbual sebuah kereta berwarna biru masuk ke perkarangan rumah. ‘Pon! Pon!’
            “ Hah panjang umur Abang Long dan Kak Long,baru sebut dah sampai.” Rania Irdiani bersuara girang. Orang yang di tunggu sudah tiba. Rania memimpin Nek Wan ke arah pintu. Sebaik sahaja membantu Nek Wan duduk, Rania menapak laju ke arah abang dan kakak ipar yang baru turun daripada kereta.
            “ Assalamualaikum.” Rayyan Fahrin memberi salam. Dia menyambut tangan adik bongsunya , Selepas mencium tangan, Rania Irdiani memeluknya.
            “ Rindunya kat Abang Long, wah! Cantiknya kereta baru Abang ni. Nanti Nia nak pinjam ronda kampung boleh?” Tanpa mempedulikan Abang sulungnya, Rania membelek-belek kereta tersebut.
            Gelagat Rania mengundang ketawa semua yang ada di situ. Rayyan Fahrin dan Nek Wan hanya mengelengkan-gelengkan kepala sambil tersenyum. Gelagat Rania seperti kera mendapat bunga membelek-belek kereta turut sama mengundang senyum Adrianna. Hatinya turut sama tercuit.
            “ Eh! Lupa diri pulak.Baru tengok kereta baru terus lupa kakak ipar Nia yang cantik jelita ni. Kak Long apa khabar? Abang buli Kak Long tak?” Rania menghampiri Adrianna, bersalam lau memeluk Adrianna dengan mesra.
            Belum sempat Adrianna membuka mulut, Rayyan Fahrin sudah menyampuk.
            “ Mana ada Abang buli Kak Long Nia, Kak Long Nia yang selalu buli Abang.”
            “ Uwek! Tak tanya pun!Orang tanya Kak Long bukan tanya Abang.” Rania menjelirkan lidah ke arah Rayyan Fahrin.
            “ Tengok Nek,boleh dia jelir lidah kat Ayin. Hah jelir lagi,nanti Abang potong lidah tu.” Rayyan Fahrin turut sama melayan Rania sambil duduk bersila di depan Nek Wan.
            “ Jangan peduli kat Abang tu Kak, dia memang selalu macam tu,dengkilah tu.” Rania memimpin Adrianna naik ke atas rumah.
            Adrianna tersenyum mesra. Dia senang hati kedatangannya disambut mesra oleh keluarga Rayyan Fahrin. Sejak daripada tadi hatinya berdebar-debar. Hatinya tertanya-tanya reaksi dan penerimaan keluarga Rayyan Fahrin terutamanya Nek Wan.
            “ Sudahlah tu kamu berdua ni,asal berjumpa je mulalah nak bertekak. Ayin,ajak Adrianna naik. Kamu ni pun satu, naik menonong tak ajak isteri. Dia kan belum biasa lagi dengan suasana kampung dan rumah ni. Naik Anna, buat macam rumah sendiri.” Nek Wan menjemput Adrianna naik.
            “Takpelah Nek,Nenek sihat?” Adrianna duduk di sebelah Nek Wan dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
            Nek Wan memerhatikan raut wajah Adrianna.
            “ Ayunya muka cucu menantu aku ni. Patutlah si Ayin dok gilakan sangat. Cuma tak bertudung je. Takpelah tu,nanti perlahan-lahan Ayin bimbinglah dia.” Nek Wan bersuara di dalam hati. Nek Wan percaya yang Adrianna adalah kekasih hati Rayyan Fahrin semenjak belajar di seberang laut lagi.
            “ Mana beg-beg kamu Ayin? Nia,pergi tolong Abang kamu angkat beg.” Satu arahan yang tegas oleh Nek Wan.
            Rayyan Fahrin menghulurkan kunci kereta kepada Rania. Sempat lagi dia menyakat Rania.
            “ Angkat semua beg Beta dan Permaisuri beta sekali ye khadam. Lepas tu letak dalam bilik peraduan beta. Cepat! Apa yang terhegeh-hegeh lagi, nanti beta kasi upahlah.” Rayyan Fahrin membuat mimik muka dan mengajuk cakap P.Ramlee di dalam filem Ahmad Albab.
            “ Nenek,tengok Abang ni! Dia panggil Nia khadam.” Rania sudah mula merajuk.
            “ Dah jom, biar Kak Long tolong.” Adrianna bingkas bangun merapati Rania yang sedang muncung mencuka. Dia mencegilkan mata kepada Rayyan Fahrin tanda tidak setuju Rayyan Fahrin mengusik adiknya sebegitu.
            “ Yelah,yelah. Abang minta maaf okay. Jom Abang tolong sekali.” Rayyan Fahrin turut sama menapak ke arah kereta yang diparkir di halaman rumah.
            “ Ayin,bawak isteri kamu masuk berehat kat dalam bilik. Tunjukkan dia kat mana bilik air.” Nek Wan bersuara lagi.
Bukan apa dia takut Adrianna tidak biasa dengan kehidupan kampung. Maklumkah anak orang kaya dan dibesarkan dengan penuh kemewahan pula. Namun daripada tutur percakapan Adrianna, Nek Wan rumuskan boleh tahan juga orangnya. Berbudi –bahasa dan tahu menghormati orang tua. Cuma penampilannya yang agak moden,namun pakaiannya tidaklah menjolok mata. Itu sudah di kira bagus. Boleh di lentur perlahan-lahan.
            “ Jom sayang, kita berehat kat bilik. Abang pun belum solat Asar lagi ni. Tak macam sayang, cuti wajib setiap bulan.” Rayyan Fahrin mahu memimpin tangan Adrianna namun lain pula yang dia dapat. Satu cubitan singgah di pinggang Rayyan Fahrin.
            “ Cakap merapu lagi. Kenapa tak pakai mikrofon je announce kat semua orang yang saya ni tengah period. Malu tau tak,malam ni you tidur kat bawah.” Adrianna sudah mula hangat. Geram dengan sikap Rayyan Fahrin yang secara terang-terangan memberitahu semua orang. Rayyan Firdaus yang baru keluar daripada bilik turut sama tersengih.
            “ Aduh bisanya ketam ni. Baru Abang tahu Abang kahwin dengan ketam rupanya.Dahlah tu Yang, sakitlah.”
            “ Padan muka.Lain kali nak cakap tu tengok belakang depan dulu.” Adrianna melepaskan cubitannya.
            “ Apa khabar Long,bila sampai? Sori tak sedar tadi. Qadha tidur,mengantuk giler.” Memang sejak dulu lagi Rayyan Fahrin dan  Rayyan Firdaus lebih senang membahasakan diri mereka Long dan Ngah.
            “ Mana tak mengantuk Long, semalam dia berjaga tengok bola Liverpool lawan Manchester United. Alih-alih seri. Takde sapa yang menang atau kalah.Mana tak rabak mata tu.” Rania mencebik ke arah Rayyan Firdaus yang masih lagi menguap-guap. Usai bersalaman, Rayyan Firdaus terus ke bilik air. Malu juga kakak ipar yang jelita memandangnya yang hanya berseluar pendek dan tuala yang bersangkut di leher.
            “ Mandi sekejab sudah Ngah, tak payah nak buat iklan pantene kat dalam tu.Along nak ambil wuduk pulak!” Rayyan Fahrin melaungkan suara sambil menapak ke dalam bilik.
            Adrianna hanya memerhati. Ternyata hubungan Rayyan Fahrin dengan adik-adiknya amat akrab. Sama seperti hubungannya dengan Jeffrey walau pun mereka hanya adik-beradik susuan sahaja.
            “ Inilah bilik kita untuk beberapa hari ni. Rasanya Nia dah kemaskan bilik ni awal-awal lagi. Jom kita masuk. Anna boleh berehat. Kalau nak baring pun dipersilakan.Abang nak cakap dengan Nek Wan dulu sambil tunggu Ngah keluar dari bilik air. Make youself at home.” Rayyan Fahrin berlalu keluar dari bilik.
            Adrianna tersenyum.Hatinya gembira kerana sikap Rayyan Fahrin tidak terlalu menyakitkan hatinya setakat ini. Dia berjalan menghampiri jendela yang terbuka luas. Dia memerhati keadaan sekitar rumah kampung tersebut. Nyaman sekali dengan pepohon menghijau di sekeliling. Dari jendela itu, dia dapat melihat pemandangan sawah padi yang luas terbentang tidak jauh daripada rumah tersebut. Ada pokok mangga telur yang sedang berbuah lebat dan pokok manggis yang juga sedang berbuah tetapi belum masak,buahnya masih kehijauan. Pokok jambu air juga ada serta beberapa jenis pokok buah-buahan yang lain.
            Tiba-tiba Adrianna berasa seperti sedang di perhatikan oleh seseorang. Matanya melilau meninjau ke luar rumah. Nalurinya kuat mengatakan bahawa memang ada seseorang sedang melihatnya dari jauh. Mata Adrianna tertancap pada sepasang mata yang sedang memerhatikannya dengan renungan yang tajam dari rumah yang jaraknya tidak jauh daripada rumah Rayyan Fahrin. Gadis itu  sedang merenungnya dari bawah pokok mempelam yang tinggi merimbun. Di tangannya terdapat sebatang penyapu lidi.
            “ Apasal dia pandang aku macam tu? Macam nak telan aku je? Sapa dia tu agaknya ya?” Pelbagai persoalan bermain di minda Adrianna.
            “ Kak Long, Kak Long nak mandi tak? Mari Nia tunjukkan bilik air.” Suara Rania membuatkan Adrianna tersentak.
            “ Maaf Kak, Nia tak berniat nak buat akak terkejut.” Rania terasa bersalah.
            “ Err..it’s okay Nia.Nia ,akak nak tanyalah.Tadi kan masa akak berdiri depan tingkap,akak nampak ada seorang perempuan pandang akak semacam je. Dia tengok akak macam nak telan. Dia berdiri kat situ. Eh! Mana dia pergi?” Adrianna melilau mencari kelibat perempuan yang di maksudkan tadi.
            “Ni mesti akak nampak Kak Nadhia. Dia anak jiran sebelah.” Rania menduga.
            “ Nadhia? Macam pernah aku dengar je tapi kat mana ye? Yes! Fahrin penah sebut tentang perempuan yang gilakan dia masa berhenti kat tepi sawah tadi.” Adrianna memetik jarinya.
            “ Errr..kak, Nia nak cakap sikit. Nanti kalau berjumpa dengan Kak Nadhia tu,akak hati-hati sikit tau!” Rania bersuara separa berbisik.
            “ Hati-hati? Kenapa pulak?” Adrianna turut sama berbisik. Adoi, sekepala pulak Rania dengan Adrianna ni kan?
            “ Dia tu lain pesen sikit. Dia suka betul dengan Abang Long. Rasanya dialah orang yang paling frust menonggeng bila Abang kahwin dengan akak. Tapi akak jangau risau sebab Abang Long tak pernah layan dia tu.Dia saja yang terhegeh-hegeh gilakan Abang.Shhh..ini rahsia kita tau!” Rania menghulurkan jari kelingking. Ikrar janji macam kanak-kanak ribena.
            “ Apa yang rahsia sangat tu?Sampai berbisik-bisik.’ Suara Rayyan Fahrin menerjah.
            “ Ishh Abang ni! Cubalah bagi salam,buat orang terkejut je tau! Takde apa-apa,just ladies’ talk only.” Rania cepat berlalu keluar daripada bilik.
            Adrianna membuka zip beg pakaiannya. Baju-baju, tuala dan toiletries dikeluarkan. Tiba-tiba dia terasa seperti kehilangan sesuatu.
            “ Mana pergi Cico? Pagi tadi aku dah masukkkan dalam beg ni. Ala macam mana ni,kalau takde Cico macam mana aku nak tidur.”
            Rayyan Fahrin bersiul-siul riang. Adrianna memandang Rayyan Fahrin sambil bercekak pinggang. Dia tahu,tidak lain tidak bukan,mesti Rayyan Fahrin yang mengeluarkan semula Cico dari dalam begnya.
            “ Mesti you yang keluarkan Cico kan? Jangan nak menipu, I tahu memang you yang keluarkan Cico. Eiii..geramnya!” Adrianna mula menghamburkan kemarahan. Sebiji bantal di baling ke arah Rayyan  Fahrin.
            “ Alamak! Mampos aku kali ni! Memang aku yang keluarkan beruang dia tu. Takpe Fahrin,kau kena berlagak macho.” Minda Rayyan Fahrin berkata.
            “ Sikit-sikit beruang dia tu. Balik kampung pun nak bawak beruang comel dia tu sekali. Memang Abang yang keluarkan Cico tu,so Anna nak buat apa kat Abang? Lagi satu, tadi kan dah cakap,no more you-I,you-I dengan Abang.Ni nak kena denda ni? Degil betul isteri Abang ni eh..” Rayyan Fahrin menghampiri Adrianna yang sedang memegang tuala. Niatnya mahu mandi tadi.
            “ You jangan nak dekat ya,kalau tak I jerit! Biar semua orang dengar.” Adrianna mengundurkan diri setapak demi setapak.
            “ Jeritlah kalau berani.Tahulah apa yang Abang nak buat kat Anna nanti.” Rayyan Fahrin mencabar.
            “ Arghhhhh!!!!! Nek Waaan!!!”Adrianna menjerit sekuat hati.
            Cepat-cepat Rayyan Fahrin menekup mulut Adrianna. “ Aduh dia ni! Tak makan saman langsung!
            “ Anna cabar Abang ya! Cup!!!” Satu ciuman mendarat di bibir Adrianna. Dia meronta namun Rayyan Fahrin lebih kemas merangkul pinggang dan dua tangannya di pegang kemas oleh Rayyan Fahrin.
            Adrianna mencegilkan matanya namun Rayyan Fahrin hanya buat selamba.
            “ Hmmmm…sweet.Your lips are so sweet,so soft and so nice.”Rayyan Fahrin membenamkan satu lagi ciuman. Kali ini agak lama.
            “ Ayin! Apa benda yang Anna terjerit-jerit tadi tu?” Nek Wan mengetuk pintu daripada luar.
            “ Adoi Nek Wan! Kacau daun betul.” Gumam Rayyan Fahrin di dalam hati.
            “ Takde apa-apa Nek.Anna ni hah,dia terkejut kat lipas. Ada lipas jantan masuk dalam baju dia tadi.” Rayyan Fahrin menjawab daripada dalam sambil mengangkat-angkat kening sebagai tanda amaran kepada Adrianna. Kalau Adrianna menjerit lagi,maknanya Rayyan Fahrin akan mencium dia lagi.
            “ Aaa aah Nek, ada lipas tadi.Besar sangat.Itu yang Anna terkejut tadi tu.” Adrianna menjawab secara paksarela. Rayyan Fahrin mengarahkannya menjawab begitu kalau tidak dah tentu dia kena cium lagi. Adrianna mengetapkan gigi dan menggenggam tangan dengan kuat. Hatinya sungguh geram tak terkata dengan perlakuan Rayyan Fahrin.
            “ Buat apa Cico,Abang  kan ada.” Rayyan Fahrin mengenyitkan mata sambil berlalu keluar.
            “ Rayyan Fahrin!!!!!!!!!!!!” namun jeritan itu hanya bergema di dalam hati Adrianna.
………………………………………………………………………………………………………

            “ Lambat betul Minah Kampung ni keluar. Ni mesti buat iklan ubat gigi,pencuci muka dan iklan syampu sekali. Mandi sahaja berjam-jam.” Jeffrey  mundar –mandir di dalam bilik. Sejak daripada tadi dia menunggu Qalisha keluar daripada bilik air. Dia mahu lihat sama ada Qalisha akan menunaikan janjinya memakai pakaian yang akan di berikannya nanti. Dia sendiri masih mengenakan baju melayu dan berkain pelikat. Usai selesai solat berjemaah bersama Baba tadi, dia cepat-cepat masuk ke bilik sehingga menimbulkan tanda tanya kepada Datuk Abdullah dan Datin Maimun.
            Pintu bilik air di kuak daripada dalam. Qalisha keluar dengan berpijama lengan pendek dan seluar panjang serta kepala yang berbungkus tuala.
            “ Buat aku terkejut je Mamat Poyo ni. Duduk macam patung cendana kat bucu katil.” Qalisha mengomel sendiri.
            “ Qalish buat apa kat dalam lama-lama.Penat Abang tunggu tau!” Itu dia Chef Romeo a.k.a bakal pemenang anugerah pelakon baru terbaik sudah muncul.
            “ Sapa suruh tunggu. Tu yang masih berkain pelikat,berbaju melayu apa kes? Ke nak sambung solat sunat dan qiyamullail kat masjid belakang?” Qalisha menapak selamba ke arah meja solek.
            “ Huish mulut! Muncung tu pendekkkan sikit,kalau tak nanti kalau kena cium,Abang tak tahu.”Jeffrey menahan hati yang mula membara. Pantang betul orang menjawab mulut versi takde insurans.
            Qalisha hanya mencebik.Tanpa menghiraukan Jeffrey,dia menyapu losyen badan ke tubuh. Meliuk-lentok lehernya apabila tangan membelainya dengan olesan losyen. Jeffrey yang memandang hanya menelan liur.
            “ Dia ni memang nak goda aku ke?” Jeffrey bertanya di dalam hati kepada dirinya sendiri.
            “ Dah lupa janji ke? Petang tadi Qalish janji apa dengan Abang?” Jeffrey mengutarakan pertanyaan sambil beg kertas berwarna hitam di goyang-goyangkan di udara.
            “ Aiseyman,macam mana dia boleh ingat lagi.Ingat kan dah lupa.” Qalisha bermonolog di dalam hati.
            “Takde tapi-tapi, ambil baju ni pergi pakai sekarang. Dah siap keluar. Abang tunggu kat sini.” Jeffrey menghulurkan beg kertas tersebut kepada Qalisha.
            Mahu menyambut beg kertas tersebut dengan perasaan yang berbelah –bagi. Seribu pertanyaan bermain di minda.
            “ Tunggu apa lagi? Cepat!” Jeffrey menuding jari ke arah dressing room.
            Qalisha berlalu dengan langkah yang berat. Pintu Dressing di tutup berdentum sebagai tanda protes.
            Sementara menunggu Qalisha, Jeffrey mengeluarkan Galaxy Note 2 yang baru dibeli petang semalam daripada poket baju melayu. Dia duduk berbaring di atas katil yang bersaiz king dengan satu tangan di letakkan di bawah kepala. Manakala tangan yang lagi satu sedang mengodek-godek telefon yang baru dibeli. Hatinya sudah ketawa bergolek-golek. Tidak sabar mahu melihat reaksi dan bagaimana rupa Qalisha yang kasar tu berbaju gaun tidur seksi. Feminin dan seksi habis siot!
            Sementara itu, di dalam dressing room, Qalisha membuka beg kertas tersebut lalu isi kandungannya di keluarkan. Oleh kerana dia mengeluarkannya dengan sedikit kasar, tiba-tiba satu seluar dalam yang dibuat daripada kain lace seksi terjatuh.
            “ Erk! Benda alah apa ni? Masyaallah! Jeffrey nak aku pakai sepentot seksi ni ke? Dahlah jarang kain pun cenonet je,baik tak payah pakai terus,lagi senang. Dia terus menyelongkar yang lain-lain pula. Dah hilang akal ke apa Chef Poyo ni nak aku pakai semua benda ni? No Way! Aku takkan pakai.” Hati Qalisha membentak.
            “ Wait the minute,ermmm…aku tahu. Yes! Chef Poyo tu sengaja nak kenakan aku. Mesti dia dah plan awal-awal semua benda ni.Aduhai Jeffrey, ada hati kau nak buli aku. Mari kita lihat siapa yang kena. Ini Qalishalah. Mak aku dulu bekas ratu cantik kat Wilayah Hua Hin, Siam.Ini anak dia,mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ini aku belum transform lagi ni. Ceh, dah masuk bab riak ni,Astaghfirullahhalazim. Okay,okay,rilek Qalisha you can do it! Baiklah Jeffrey,aku akan ikut rentak kau. Kau nak kenakan aku kan? Tunggu lepas ni ya! Aku nak tengok sama ada kau tergoda dengan aku atau tidak!” Wah! Kuat betul azam di dalam hati Qalisha.
“ Boleh jalan ke ni?Sanggup ke kau pertaruhkan mahkota yang kau jaga selama ni pada Mamat Poyo tu?”
“ Jangan risaulah beb!takkan ada apa-apa yang berlakunya. Kalau ya pun apa yang kau susah hati sangat? Dia tu kan laki kau.” Minda Qalisha sudah bercabang-cabang.
“ Buat apa kat dalam tu lama-lama yang oii!! Abang kira sampai tiga, kalau Qalish tak keluar,Abang yang masuk! Sa…tu,du….aa,tiiii…ga!” Habis sahaja kiraan,Jeffrey sudah berkira-kira mahu menerjah masuk. Namun belum sempat tombol pintu dipegang,Qalisha sudah membuka pintu daripada dalam.
“ Huh! Tak sabar-sabar. Orang nak keluarlah ni.” Qalisha menapak keluar daripada dressing room dengan memakai jubah satin separas lutut.
“ Mana lingerie yang Abang bagi tadi tu?” Jeffrey bertanya.
“ Ada kat dalam ni. Malulah nak tunjuk.” Sengaja Qalisha buat gaya gedik tersipu-sipu malu tapi mahu.Qalisha sudah melancarkan serangan berani mati. Ibarat satu badan sudah dipasang dengan bom dan dia sudah nekad. Apa nak jadi,jadilah.
“ Sabar Qalish, tahan je perasaan malu kau tu,takde luak sikit pun,ingat dia tu suami kau,takde batas aurat antara kau dengan dia.” Hati Qalisha cuba mententeramkan dirinya sendiri.
“ Cepat bukak Abang nak tengok.” Jeffrey mengarahkan.Dia sudah tidak sabar. Tidak sabar apa? Tidak sabar mahu mengetawakan Qalisha.
“ Malulah…” Qalisha sengaja bersuara gedik. Bravo Qalish!
“ Malu apa pulak? Kitakan dah kahwin.” Giliran Jeffrey pula buat-buat jadi Romeo.
“Malulah..lampu terang-benderang.”
“ La..kalau tutup lampu macam mana Abang nak nampak.”
“ Abang bukaklah sendiri.”
“ Pulak…ala, Qalish bukak cepat,Abang nak tengok.”
“ Okay,kalau macam tu Abang tutup mata dulu.Bila Qalish kira 1,2,3 buka,baru buka ok?”
“Ada jugak yang kena tendang dengan aku malam ni,main tutup-tutup matalah pulak! Sabar Jeff, dia sengaja nak goda kau tu.”
“ 1…jangan tipu tau! Semula tak aci tadi. 1…2,3 buka.”
Jubah satin sudah melurut ke lantai dan dengan menahan perasaan malu setebal dua puluh empat inci, Qalish merelakan sebahagian dirinya dipertontonkan kepada Jeffrey,Suaminya. Walau pun dengan wajah polos tanpa solekan, Qalisha ternyata sungguh cantik.Tubuhnya yang tinggi lampai,ramping cukup mempesona. Dua tanggannya disilangkan ke dada mahu menutup bahagian dada yang seksi terdedah. Berani mati giler si Qalisha ni ya! Alang-alang dah tunjuk,tunjuk semualah!
Jeffrey pula melopong terkaku,terpegun dengan kecantikkan tubuh isterinya sendiri. Memang tidak dapat di nafikan, she’s gorgeous! She’s drop dead gorgeous! Niat mahu mengetawakan Qalisha mati terus.Tanpa di sedari Jeffrey melangkah merapati Qalisha. Telefon di tangan terlepas ke lantai namun tidak dipedulikan. Sebelah tangannya merangkul pinggang Qalisha dan sebelah lagi mengangkat dagu. Tanpa dia sedari, Bibirnya sudah bersatu dengan Qalisha. Bagai ada satu kuasa magnet yang menarik. Mereka berdua saling tertarik.Ciuman yang mulanya kasar bertukar rentak,lembut dan buat seketika mereka hanyut.Hanyut dalam lautan asmara. Qalisha hanya merelakan perbuatan Jeffrey dengan hati yang rela. Tangan Jeffrey sudah menjalar ke bahagian belakang. Tiba-tiba bunyi telefon mengejutkan mereka berdua.  Pelukan dileraikan.Kedua mereka memandang dengan pandangan yang mereka sendiri tidak faham.
Jeffrey cepat-cepat mengambil telefon di atas lantai. Qalisha pula cepat-cepat  menyarungkan semula jubah satin dan terus berlalu ke dalam bilik air. Dia menguncikan diri dan bersandar sebalik pintu dengan dada yang berombak kencang. Jantungnya berdegup bagai nak pecah.
“ Wahai jantungku,janganlah laju sangat.Depan tu ada speed trap.Kalau takde speed trap pun,karang terbabas masuk gaung,arwah aku.” Qalisha mengurut-urut dadanya.Dia sendiri seakan tidak percaya perbuatan berani mati yang dilakukannya dengan Jeffrey tadi. Buat seketika dia terus bersembunyi di dalam bilik air,mententeramkan dirinya sendiri.
“ What the heck’s going on with you, Jeff!” Jeffrey mengetuk-getuk dahinya sendiri.
“ Fuh! Save by the bell. Hello Luq,yes.I’m coming.Tengah bersiap ni,okay see you there.”
Panggilan telefon tersebut adalah daripada Luqman. Baru dia teringat yang setengah jam lagi dia ada meeting dengan Andy dan Luqman di Café mereka,The Pastries di Bukit Bintang. Jeffrey cepat-cepat berlalu ke dalam dressing room tanpa mempedulikan Qalisha.Sebaik pintu di tutup, dia menyandarkan dirinya di belakang pintu. Jantung berdegup pantas bagai nak pecah.
“ Apa dah jadi Jeff? Kata nak gelak puas-puas,kau tak gelak pun!” Suara jahat menghasut.
“ Damn! Kenapa aku boleh tergoda dengan dia?” Jeffrey berkata pada dirinya sendiri.
“ Kau nak nafi apa lagi Jeff, tadi kau juga yang cakap,She’s drop dead gorgeous.Memang isteri kau cantik,everything about her is perfect! Cuma perangai kasar tu,kau kena lenturlah sikit bro!mengaku sajalah dalam hati ada taman,kan senang!”
“ Tidak! Tidak!Tidak! I won’t easily fall in love with her!never! What I felt about her is just lust not love!” Hati dan minda Jeffrey sungguh celaru. Hanya masa yang akan menentukan segalanya.
            Usai berpakaian ringkas dengan seluar Bermuda dan t-shirts, Jeffrey keluar daripada bilik. Kunci ‘Baby’ di atas meja sisi di capai,meninggalkan Qalisha yang turut sama melayan perasaan keliru di dalam bilik air.
            Adoi!!! Geram betul dengan perangai Jeffrey dan Qalisha ni.Asyik main tarik-tarik pulak. Tension betul!
P/s: sy tahu korang tak puas….chapter ni memang pendek skit…tq 4 stay addicted.