Total Pageviews

Friday 22 February 2013

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 29


BAB 29
            Setibanya Jeffrey di Princecourt,Jeffrey terus ke kaunter pertanyaan.Dia bertanya kepada petugas di situ di mana dia boleh mencari Qalisha.Sedang dia menantikan jawapan daripada petugas tersebut,Dia ternampak Mamanya sedang menapak ke arahnya.
Jeffrey terus mendapatkan Datin Maimun.Tangan Datin Maimun dicium hormat.
“ Apa yang berlaku sebenarnya Ma? Macam mana Qalish boleh kemalangan? Dia kan duduk rumah saja.” Macam torpedo Jeffrey melontarkan pertanyaan kepada Datin Maimun.
Sambil berjalan ke wad yang menempatkan Qalisha, Datin Maimun menerangkan apa yang berlaku satu persatu kepada Jeffrey.
“ Apa! Dia berbasikal sorang-sorang di taman! Apa benda yang dia buat di taman tu? Memang Minah Kampung ni suka  menyusahkan orang! Dasar perempuan tak sedar diri! Orang lain sibuk kerja, dia sibuk cari nahas.”Jeffrey seolah tidak percaya dengan apa yang baru di sampaikan oleh Datin Maimun kepadanya. Hati Jeffrey berasa sungguh risau namun sedaya- upaya dia cuba menyembunyikan perasaannya itu.
“ Jeff! Kenapa cakap macam tu? Ini bukan salah Qalish.” Datin Maimun tidak suka apa yang di dengar keluar daripada mulut Jeffrey.
“ Habis tu kalau bukan salah dia, salah siapa pulak?” Jeffrey menyambung dengan nada yang kurang senang dan sinis. Meluat pula bila Mama sentiasa menyokong segala tindak-tanduk Qalisha.
“ Dah..Mama malas nak bertekak dengan Jeff. Jom masuk tengok Qalish. Dan lagi satu, jaga sikit mulut tu, nak bercakap biar berlapik sikit, jangan main redah je.”
Sebaik tiba di wad yang menempatkan Qalisha,Jeffrey menolak daun pintu. Ketika itu,seorang doktor perempuan sedang menulis sesuatu pada carta pesakit. Doktor itu meletak jari telunjuk di mulut sebagai  isyarat supaya diam. Jeffrey akur dengan kehendak doktor itu dan mereka beredar ke arah set sofa yang tersedia di dalam wad tersebut.
“ Maaf, pesakit baru saja tidur. Dia perlukan rehat yang secukupnya.” Ujar doktor yang memakai tag nama ‘ Dr.Emelda’ dengan suara yang terkawal.
“ So doktor,macam mana keadaan dia. Dia okay tak?” Jeffrey bertanya dengan riak muka yang jelas menunjukkan yang dia amat risau.
“ Dia okay. Ada dua jahitan di atas pangkal dahi dan sedikit lelasan mungkin akibat pergelutan. Kami sudah lakukan x-ray pada pergelangan kaki ,she’s okay, cuma terseliuh sikit. Mengikut daripada pengalaman saya merawat pesakit, kalau kesyang macam ini biasanya akan pulih dalam seminggu. Saya terpaksa tahan pesakit di dalam wad untuk dua hari. Secara fizikal, tiada apa yang perlu Encik dan Puan perlu risau. Cuma saya rasa pesakit sedikit terkejut. Kalau boleh jangan ganggu dia dan beri pesakit masa untuk bertenang.” Dr.Emelda memberi penjelasan tentang keadaan Qalisha kepada Jeffrey dan Datin Maimun.
Dr.Emelda memandang Jeffrey yang sudah berada di tepi katil di mana Qalisha sedang lena tidur. Muka Jeffrey di rasakan sungguh biasa di lihat tapi di mana ya? Seketika kemudian barulah dia teringat.
“ Oh! Dia chef selebriti tu. Apa hubungan dia dengan pesakit ini agaknya ya? Risau semacam je, macam muka suami yang risaukan isteri kesayangan yang jatuh sakit je. Tapi dia belum kahwin.” Dr. Emelda hanya bermonolog di dalam hati.
“ Maafkan saya Puan, saya perlu memeriksa pesakit yang lain. Saya minta diri dulu. Kalau Puan perlukan apa-apa boleh tekan butang merah yang disediakan dan jururawat akan datang dengan segera.”
Datin Maimun hanya melihat Dr. Emelda keluar daripada wad mewah tersebut. Dia mengatur langkah ke arah Jeffrey yang sedang ralit memerhatikan Qalisha yang sedang tidur. Mungkin kerana kesan ubat yang di ambil membuatkan Qalisha tidur dengan begitu lena sekali.
“ Mama rasa bersalah pulak. Qalisha jadi begini sebab semua orang terlalu sibuk sehingga tidak mempedulikan perasaannya. Jeff pun satu, sibuk sangat ke sekarang ni? Korang dah kahwin hampir tiga bulan dan tiga bulan juga Qalisha kebosanan sendirian di villa. Tak boleh ke Jeff take a break, bawa Qalisha pergi bercuti ke, jalan-jalan ke? Kalau takut wartawan nampak Jeff pergilah ke luar negeri. Korang belum pergi honeymoon kan?” Datin Maimun bersuara perlahan,takut juga kalau Qalisha tersedar daripada tidur.
“ Honeymoon apa ke bendanya Ma. Jeff tengah sibuklah sekarang. Banyak show  dan rakaman ,mana boleh ambil cuti macam tu je.Kontrak dah sain, so kena ikut kontraklah.”
“ Show,show,show,outstation sampai berminggu-minggu. Perlu sangat ke Jeff kerja sampai begitu sekali? Kalau pasal duit, rasanya pendapatan Jeff dengan Ritz Carlton pun dah boleh buat Jeff hidup mewah. Secara jujur Jeff Mama katakan, Mama dah tak gembira dengan kerjaya Jeff yang terlampau sibuk semenjak dua menjak ni. Sibuk mengalahkan perdana menteri pulak Mama tengok. Kerjaya Jeff yang sekarang ni buat Jeff jauh daripada keluarga. Ya Jeff, Mama takut Jeff bila jauh di mata nanti akan jauh jauh juga di hati.” Sayu suara Datin Maimun menuturkan kata. Jaga-jaga semua! Drama queen is coming! Datin Maimun mengambil kesempatan itu untuk melembutkan hati anak lelaki yang sudah bergelar suami orang ini.
“ Mama, please don’t say that.We’ve discussed about this before right? Okay, Jeff janji Jeff akan kurangkan aktiviti modeling and pengacaraan. Lepas habis musim ni, Jeff tak akan sambung kontrak talk show tu lagi.”
Termakan pujuk juga si Jeffrey dengan kata-kata Datin Maimun. Sebenarnya, niat di hati Jeffrey memang tidak mahu menyambung kontrak untuk menjadi talk show yang dikendalikan bersama Lya Safiyya. Sekali fikir menyesal pula kerana talk show tersebut lebih banyak mengundang gossip negatif berbanding positif dan di tambah pula rasa rimas bila terpaksa bergandingan dengan Lya Safiyya yang boleh tahan gediknya itu, memang dia nekad untuk tidak menyambung kontrak untuk musim kedua.
“ Janji?” Datin Maimun meminta kepastian.Yang di kata mesti di kota. Memang Datin Maimun cukup pantang kalau bab mungkir janji.
“ Ya, Jeff janji. Jeff minta maaf kalau tindakan Jeff sejak kebelakangan ini buat Mama terasa jauh hati.
“Mama maafkan Jeff dan Mama nak Jeff minta maaf dengan Qalish jugak.”
“ Kenapa Jeff nak kena mintak maaf dengan Qalish pulak?”
“ Sebab Jeff sudah banyak abaikan tanggungjawab Jeff pada Qalish. Jeff tinggalkan dia terkontang-kanting di rumah sendirian berminggu-minggu tau! Ni lagi satu Mama nak tanya, Jeff ada bagi nafkah dekat Qalisha tak?” Itu dia soalan cepu emas daripada Datin Maimun  buat anak lelaki tercinta.
“ Errr..hari tu Jeff ada bagi kad kredit kat dia. Jeff dah suruh dia guna kalau dia nak beli apa-apa.” Soalan yang tidak terduga daripada Datin Maimun membuatkan lidah Jeffrey teragak-agak untuk berkata-kata.
“ Jeffrey! Apa benda yang ada dalam kepala otak Jeff ni? Jeff ingat Qalish tu mata duitan dan kaki shopping ke? Qalish takkan guna kad kredit platinum Jeff tu.Itu Mama boleh pastikan. Mama tahu macam mana orangnya Qalisha tu. Kalau perempuan lain, Mama rasa mahu dah rabak poket Jeff tu dikerjakan. Lagi satu, itu nafkah zahir, yang batinnya macam mana? Jangan ingat Mama tak tahu Jeff. Mama hanya nak mengingatkan sahaja, tanggungjawab Jeff sebagai lelaki dan suami sangat besar.” Nada suara Datin Maimun sudah agak meninggi. Dia  menyambung lagi, nada suara sudah mendayu sedikit.
“ Percayalah cakap Mama Jeff, Qalisha tu nampak sahaja agak kasar tapi dia punyai sesuatu yang jarang di miliki oleh perempuan lain. Kalau Jeff bimbing dia dengan betul, insyaallah dia akan jadi isteri yang terbaik buat Jeff. Bukalah pintu hati Jeff untuk terima dia. Mungkin sekarang Jeff agak ragu dengan kata-kata Mama tapi suatu hari nanti, Jeff akan mengerti kenapa Baba dan Mama buat semua ini.”
Kata-kata yang keluar daripada mulut Datin Maimun benar-benar menusuk hati Jeffrey. Mungkin kata-kata Mama semuanya benar. Memang selama tiga bulan ini dia yang sengaja menutup pintu hati buat Qalisha dan ada kalanya dia buat-buat tak nampak akan kewujudan Qalisha di rumah. Dia juga sengaja menyibukkan diri dengan menjadikan kerjayanya sebagai chef selebriti,pengacara rancangan dan model sebagai alasan supaya dia tidak perlu berdepan dengan Qalisha setiap hari. Selama tiga bulan ini juga dia berkongsi bilik yang sama dengan Qalisha, namun mereka tidur berasingan. Kira macam pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat tidur atas katil dan kalau lambat maka sofabed menjadi tempat beradu. Tanpa dia sedari selama tiga bulan ini dia dengan sengaja mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan menidakkan hak Qalisha sebagai isteri.
Dada Jeffrey terasa sesak apabila memikirkan bab dosa dan pahala. Semua itu akan di dipersoalkan kepadanya di Padang Mahsyar nanti. Apa yang dia telah lakukan? Apa yang mesti dia lakukan sekarang? Mestikah dia mengorbankan egonya dan mengalah dengan Qalisha? Semua persoalan itu mengasak mindanya sekali gus.
Datin Maimun memandang wajah anak lelaki yang amat disayanginya itu. Raut wajah Jeffrey di perhatikan. Wajah Jeffrey lebih mirip kepada Mary Jane. Hidung yang mancung dan kulit yang putih bersih mengingatkannya kepada Mary Jane. Wajah Jeff lebih ke arah ‘orang putih’ berbanding wajah anak cina. Seingatnya dulu, Chee Seng bermata sepet dan berkening lebat dan tinggi lampai. Ketinggian Chee Seng rasanya mahu mencecah enam kaki dan gen tinggi lampai itu yang diwarisi oleh Jeffrey.
Qalisha yang dari tadi hanya berpura-pura tidur memasang telinga mendengar perbualan antara dua beranak tersebut. Tersentuh juga di dasar hatinya apabila mendengar butir bicara Datin Maimun. Rasa bertuah sungguh dirinya kerana mendapat ibu mertua yang begitu perihatin dan baik hati. Dia sendiri berjeda mendengar nasihat dan teguran yang dituturkan oleh Datin Maimun kepada Jeffrey sebentar tadi. Dia juga turut terasa kerana dia juga menyumbang sedikit sebanyak kedinginan Jeffrey terhadapnya. Dia juga banyak menyakitkan hati Jeffrey dan melawan cakap. Tak semena tazkirah Nek Jah sebelum dia berkahwin menerjah ruang ingatan.
“ Ingat pesan Nenek ni. Dah jadi isteri orang nanti kena dengar cakap suami. Isteri wajib taat dan patuh pada suami dia tidak menyuruh kita melakukan maksiat. Suami kena hormat,kalau bercakap tu jangan sekali-kali tinggikan suara kalau tak nanti tak cium bau Syurga.Lagi satu, hati mesti ikhlas melaksanakan tanggungjawab kepada suami dan maruah suami hendaklah dijaga dengan sebaik mungkin….” Terngiang-ngiang suara serak-serak Nek Jah di kinda Qalisha.
“ Tanggungjawab? Adeh…rasa bersalah dan berdosalah pulak.Baru tiga bulan kahwin, dosa dengan suami sudah berguni-guni. Macam mana ni? Belum lagi masuk bab tidur berasingan.Adoi!!! kusut! Berserabai jiwa aku macam ni. Nampak gaya aku kena mengalah,kena mintak maaf dengan Chef Poyo tu. Ops! Baru nak insaf, kau panggil lagi laki kau ‘Poyo’lagi.” Qalisha bermonolog sendirian.Matanya masih dipejamkan,tak habis-habis buat-buat tidur.
Qalisha membuka sedikit matanya,mengintai apa yang dilakukan oleh Datin Maimun dan Jeffrey. Mereka berdua masih duduk di sofa empuk di dalam bilik wad ekslusif ni. Qalisha menahan gelak apabila melihat perlakuan Jeffrey yang mengangguk-angguk.Macam Woody Woodpecker pula gayanya. Apa lagi menahan telinga mendengar sesi usrah percuma yang disampaikan oleh Datin Maimun yang jelita. Mahu menanah telinga Jeffrey!
“ Ingat apa yang Mama pesan tadi. Bila Qalish bangun nanti,layan dan jaga dia elok-elok. Yang penting jaga tutur kata,jangan nak sakitkan hati Qalish pula nanti.Dah, Mama nak balik dulu, nanti Mama datang lagi bawa keperluan Jeff. Mama tak kira, malam ni Jeff yang kena tunggu Qalish kat sini. Apa pun urusan Jeff malam ni,batalkan!” Suara Datin Maimun cukup tegas.Dengan air muka yang serius, Datin Maimun terus bangun dan tas tangan di sebelah di capai. Dia bersedia untuk beredar. Baru sahaja Jeffrey hendak membuka mulut,terus Datin Maimun mencantas. Huh! Zionis betul! Tak beri peluang langsung untuk Jeffrey membuka kata.
“ Takde tapi-tapi. Dah memang tanggungjawab Jeff yang jaga Qalish waktu dia sakit kan? Lagi pun Mama dah check jadual Jeff dengan Izmin tadi.Jeff takde apa-apa show ke,shooting ke..so tak payah nak bagi alasan. Okay sayang, Mama gerak dulu.Nanti Mama datang lagi lepas maghrib bawak keperluan Jeff dan Qalish.Assalamualaikum.” Sebaik Jeffrey bersalam dan mencium tangan, Datin Maimun terus menapak ke arah pintu untuk beredar.
Jeffrey betul-betul terkedu. Mama langsung tidak memberi peluang untuknya bersuara. Baru sahaja hendak membuka mulut, Datin Maimun terus membuat isyarat supaya dia men’zip’kan mulutnya.
“ Huh! Mama tak bagi langsung untuk aku nak bercakap.Langsung tak boleh nak bela diri.Nasib baik Mama bukan lawyer,kalau tak lagi tak boleh nak sangkal kata-katanya.Ini semua pompuan ni punya pasal! Free-free aku kena tadah telinga mendengar tazkirah yang berjela-jela. Siap kau Minah Kampung!Tak faham aku,apalah yang Mama nampak pada pompuan yang tak macam pompuan ni,bukan main sayang lagi sampai aku sendiri konpius,siapa anak siapa menantu sekarang ni.” Jeffrey mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
Jeffrey mula menapak ke arah katil di mana Qalisha sedang enak tidur. Dia berdiri sambil memeluk tubuh sambil memerhatikan wajah polos Qalisha. Lama dia memerhati Qalisha. ‘Plaster’ yang tertampal di atas kiri dahi diperhatikan. Tanpa dia sedari, tangan kanannya mengusap lembut rambut Qalisha dan kemudian tangan itu menjalar pula ke pipi dan ke dagu. Lama dia berkeadaan begitu. Memang itulah Jeffrey.Mulut bukan main lagi laser tapi dalam hati ada jugak taman walau pun sekadar bunga tahi ayam. Qalisha yang sejak tadi berpura-pura tidur berdebar-debar. Bukan apa, Cuma takut juga kalau terkantoi.
“ Sabar Qalish.Relakslah..laki kau memang macam tu.Cakap selalu macam orang takde perasaan dan suka mengambil kesempatan. Setakat usap-usap,raba-raba sikit-sikit tu bukan luak pun.” Qalisha menyabarkan dirinya sendiri.
Tiba-tiba telefon di dalam poket Jeffrey berbunyi. Jeffrey menapak jauh sedikit daripada Qalisha kerana takut akan mengganggu lena Qalisha. Telefon diangkat dengan suara yang terkawal, namun butir percakapan masih jelas didengari oleh Qalisha.
“ Hello Luq.”
“ What’s up bro?’
“ Sorry, something came up. Qalisha kena serang masa kat taman tadi. Ini pun aku ada kat Princecourt ni. Mama paksa aku jaga dia.Aku rasa aku tak datang café malam ni. Kau proceed projek kita tanpa aku.”
“ What? Kena serang?Teruk ke Qalisha Jeff?”
“ Nampak macam tak teruk sangat tapi doktor nak monitor dia dalam dua tiga hari. Pasal projek kita tu, aku dah deal dengan Azlan and the Typewriter.Dia orang dah pun setuju nak perform kat café kita malam ni. Tadi  Lan dah confirmed dengan aku.Dia kata no problem. Apa-apa hal kau confirm dengan dia sekali lagi. Sorry bro. I can’t be there tonight.”
“ It’s okay Jeff.Mesti kau risau giler bila dapat tahu pasal Qalisha tadi tu kan?”
“ Giler kau! Mahu aku tak terkejut. Nak tercabut jantung aku tadi.Errr.. luq kalau sampai surat saman kau jangan terkejut pulak. Aku redah lampu merah tadi.  Bukan satu tapi dua lampu merah aku terjah. Nasib tak kena kejar dengan polis trafik tadi.Kamera AES terpacak cantik tapi nak cepat sampai punya pasal aku cilok berani mati tadi.”
“ Giler kau Jeff! Bila aku cakap kau dah syok kat bini sendiri tak nak percaya. Tak nak mengaku konon. Tak mustahil Jeff, kalau Allah titipkan benih kasih sayang dalam hati kau,suatu hari nanti dalam hati kau akan ada taman.”
“ Wo ho bro, tunggu jab.Apa ni benih kasihlah,dalam hati ada tamanlah.Aku dengan Qalisha takkan ada benda-benda tu semua okay.Kalau ada pun it’s just lust, not love. Kena tunggu dia kat hospital ni terseksa jiwa aku. Lagi pun she’s not my type of girl. Malaslah aku nak layan kau. Apa-apa berlaku kat café, kau roger aku.See you tomorrow.”
 Jeffrey terus mematikan talian. Telefon di tangan direnung buat seketika.Kata-kata Luqman sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Minda egonya masih terus-terusan menidakkan perasaan sayang dan tarikan yang mula dirasai terhadap Qalisha.
Sementara itu, Luqman di sebelah sana hanya mampu menggelengkan kepala. Di dalam hati tidak lupa dititipkan doa semoga akan tiba masanya,Jeffrey akan menyedari bahawa Qalisha adalah yang terbaik buat dirinya. Luqman cukup yakin bahawa Qalisha mampu mencairkan hati beku Jeffrey dengan kasih sayang. Gadis yang agak kasar tersebut punyai sesuatu yang tidak ada pada gadis lain. Kali pertama dia menatap wajah isteri sahabatnya itu,hatinya sudah terpaut namun mengingatkan berdosa jatuh cinta pada isteri orang apatah lagi isteri sahabat karib sendiri, cepat-cepat dia melenyapkan perasaan itu.
“ Jeff, aku harap tiba masanya hati kau akan terbuka untuk menerima Qalisha dengan redha. Bukalah pintu hati kau untuk dia Jeff,She’s one in a million.” Luqman bermonolog di dalam hati.
Usai memakir kereta BMW Z4 milik Jeffrey,langkah di atur ke arah café, The Pastries milik mereka bertiga, dia ,Jeffrey dan Andy. Gembira dan berbunga hatinya apabila dari jauh café tersebut penuh dengan pelanggan yang menikmati hidangan. Ternyata idea Andy untuk membuat pentas istimewa dan persembahan ‘live band’benar-benar berkesan. Buktinya café tersebut sesak dengan pelanggan malah ada di antara mereka sanggup menunggu meja dan ada juga yang sanggup berdiri semata-mata mahu menyaksikan persembahan ‘live’ Azlan and The Typewriter secara percuma sehinggakan pelayan café mereka tidak menang tangan. Luqman tersenyum. Tangannya melambai Andy dan isterinya, Hani yang sedia menanti.

Sementara itu, Qalisha yang mendengar setiap butir bicara perbualan telefon antara Jeffrey dan Luqman berasa terkilan dan tersentap rasa hati. Kata-kata Jeffrey yang dengan angkuh mengatakan jiwanya terseksa kerana terpaksa rela menjaganya. Hatinya tiba-tiba terasa panas dan hangat. Dia mengiringkan badannya sedikit.Tanpa disangka-sangka, titis-titis jernih mula menitis daripada kelopak mata. Hatinya terasa sungguh perit dan sakit mengenangkan nasib bersuamikan lelaki berhati aisberg. Kedua-dua tangan di dalam selimut dikepal-kepal bagaikan mahu menumbuk orang. Kalau menumbuk suami tidak berdosa, sudah lama Jeffrey poyo itu akan menjadi orang pertama yang merasa tumbukannya. Ops! Bukan yang pertama, yang kedua.Penumbuk pertamanya selamat mendarat cantik di mata Sudin, pemuda gatal bermulut laser di kampungnya dulu yang suka-suki mengutuk dan memanggilnya tomboy. Seminggu lebih jugak mata Sudin  lebam.  Padan muka dia.Sarang lebah jangan dijolok.
“ Mama, Papa…Qalish rindu. Kenapa cepat sangat Mama dan Papa tinggalkan Qalish. Qalish sunyi.”Dalam asyik melayan perasaan lara, akhirnya Qalisha betul tertidur.
Dari jauh Qalisha ternampak cahaya yang menyilaukan mata itu. Sebelah tangannya digunakan untuk menahan terjahan cahaya suria yang cukup bersinar terang. Anehnya, dia sinaran sang suria itu tidak membahang. Di depannya terbentang luas padang yang penuh dengan bunga-bunga berwarna ungu. Bayu yang sepoi-sepoi bahasa menyapa wajahnya dengan lembut. Haruman semerbak daripada bunga-bunga ungu tersebut menyapa rongga hidung. Harum! Lavender! Ya bunga-bunga lavender. Qalisha berpusing melihat sekeliling.Ternyata dia sekarang sedang berdiri di tengah-tengah lembah yang di penuhi dengan bunga lavender yang sedang mekar. Tiba-tiba di depannya, dia ternampak dua orang yang sangat dirindui siang dan malam. Dengan jelas Qalisha nampak Khairunnisa dan Qhairil berjalan berpegangan tangan. Mereka menoleh kepadanya dan tersenyum. Mereka berdua beriringan menghayunkan langkah meneruskan perjalanan seperti mahu pergi. Sekali  lagi perempuan berselendang putih labuh itu menoleh kepadanya dan melambai seolah mengucapkan selamat tinggal.
“ Mama, Papa…tunggu Qalish! Qalish nak ikut. Ke mana Mama dan Papa pergi tinggalkan Qalish selama ini? Mama…Papa…” Qalisha meracau-racau di dalam tidur. Mungkin kerana terlalu rindukan arwah Khairunnisa dan Qhairil, dia bermimpi dan mengigau-igau. Dalam tidak sedar tangan Qalisha seolah-olah mahu mengapai sesuatu.
Suara Qalisha yang mendayu-dayu memanggil Mama dan Papa membuatkan Jeffrey yang sedang asyik melayan Galaxy Note 2 tersentak. Usai menunaikan solay Isyak tadi, dia berehat sambil berbaring di atas sofa yang tersedia di dalam wad mewah tersebut sementara menunggu kedatangan Datin Maimun semula seperti yang dijanjikan.
“ Apa kena minah ni? Mengigau ke? Siap memanggil Mama, Papa lagi. Takkanlah Mama balik sekejap pun dah kecoh. Rapat betul dia dengan Mama sampai dalam mimpi pun panggil Mama.” Jeffrey bercakap sendirian. Namun seketika kemudiaan dia tersedar bahawa Qalisha memanggil ‘Mama’ dan ‘Papa’, bukannya ‘Mama’ dan ‘ Baba’.
Langkah di atur menghampiri Qalisha sedang mengapai-gapai tangan. Jeffrey mengapai tangan Qalisha dan cuba untuk mengejutkannya namun sebaik tangan Jeffrey mengenggamnya, Qalisha mengenggam tangan Jeffrey dengan kemas.
“ Mama, Papa..jangan tinggalkan Qalish lagi.Qalish sayang dan rindukan Mama dan Papa…” Qalisha terus meracau-racau. Air mata menjejeh-jejeh di pipi Qalisha.
Perbuatan Qalisha di luar sedar itu membuatkan Jeffrey kaget dan terpana seketika. Tersentuh juga hati aisberg Jeffrey apabila mendengar suara Qalisha yang mendayu-dayu merayu seseorang supaya jangan pergi. Tanpa disedari sebelah lagi tangannya menyeka airmata Qalisha. Agak lama juga Qalisha merengek-rengek seperti anak kecil. Manja. Qalisha tetap tidak melepaskan tangan Jeffrey. Oleh sebab itu, Jeffrey terpaksa berdiri di sisi katil. Kakinya naik lenguh dan kebas.
“ Bila minah ni nak lepaskan tangan aku? Tak cukup kasih sayang rupanya bini aku yang tak berapa nak ayu ni. Agaknya dia rindukan Mama dan Papa dia sampai mengigau-gigau dalam tidur.”
Jeffrey tahu yang Mama dan Papa Qalisha sudah meninggal. Dia pernah terdengar Mak Yam dan Mama bercakap tentang itu di dapur dua bulan yang lepas. Namun siapa, bila dan mengapa ibu bapa Qalisha meninggal dunia langsung tidak diambil peduli. Itu pun kerana terdengar secara tidak sengaja. Memang bongkah aisberg betul si Jeffrey ni kan? Siapa mak dan bapak mertua langsung tidak di ambil ‘port’ langsung!
Oleh kerana sudah agak terlalu lama dan kaki tangan pun dah kebas, Jeffrey duduk bertenggek sedikit di tepi katil. Dia duduk dengan perlahan dan cuba meleraikan pegangan Qalisha namun makin kuat pula Qalisha memegang tangan dan lengannya. Akhirnya Jeffrey akur. Dia tidak mahu Qalisha tiba-tiba terjaga dan melihat mereka sedang berpegangan tangan. Entah apa yang akan difikirkan oleh Qalisha nanti.Minah Kampung ni bukan boleh dibuat kira.Silap hari bulan diterajangnya terus tak pasal-pasal dengan dia sekali duduk hospital.
Dengan berhati-hati, Jeffrey ikut sama berbaring di sebelah Qalisha. Dia mengiring menghadap Qalisha. Seketika wajah sedih Qalisha direnung. Simpati mula bertandang. Bentuk wajah bujur sirih Qalisha diusap perlahan. Inilah kali pertama dia merenung wajah Qalisha dari jarak yang dekat, amat dekat. Hampir tersentuh hidungnya dan hidung Qalisha. Wajah Qalisha diperhati satu persatu. Wajah bujur sirih.Alis matanya lentik dan kening terukir cantik,asli. Hidung mancung dan dua ulas bibir Qalisha merah merkah.Cukup seksi di mata Jeffrey. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memagut bibir merah itu namun dia tidak mahu mengambil kesempatan apatah lagi dalam keadaan sekarang. Pipi Qalisha yang gebu ,putih bersih diusap lembut dan di situ juga dua lesung pipit tersembunyi. Memang senyuman Qalisha mengetarkan naluri lelakinya.Hanya dia yang cuba menidakkan. Satu ciuman singgah di ubun-ubun Qalisha. Wajah ayu Qalisha sewaktu majlis akad nikah terbayang-bayang di ruang mata. Entah mengapa satu perasaan yang amat menenangkan dan mendamaikan hati bertandang di hati Jeffrey.Oleh kerana Jeffrey juga keletihan berkejar sana –sini sepanjang hari, akhirnya dia turut terlena. Inilah kali pertama mereka lena di atas katil yang sama.Katil hospital pulak tu! Ajaibnya, Qalisha tidak meracau-racau dan  mengigau-gigau lagi selepas itu. Buat pertama kali, Qalisha lena di dalam dakapan sang suami.

Thursday 21 February 2013

my dear readers..

hello guys... sorry coz takde update apa2 dekat sebulan k...semalam baru siap repair laptop kesayangan so br boleh berblogging.sy akan update nanti tp sabarlah ye..i know korang tension tujuh petala langit bila bukak blog tp takde update. please understand me..klau korang tension tahap tujuh petala langit..eden lagilah..sepanjang masa laptop masuk icu, idea2 terpaksa sy tulis dlm buku..satu kojer pulak nak menaip..adehhhh...harap korang faham.segala kesulitan amatlah dikesali...( hehehe..macam label jalan rosak pulak...) from the bottom of my heart, thank you very much for all your supports...

hugs and kisses,
Hariissa Hariis a.k.a Batrissyea Balqiss