BAB
14
“ Alhamdulillah, semuanya berjalan
lancar. Mai gembira sangat bang..kita dapat dua menantu sekali gus malam ni.”
Datin Maimun melahirkan rasa syukur kerana semuanya berjalan seperti yang di
rancang. . Dia merangkul tangan Datuk Abdullah dengan mesra.
“ Ye Mai. Abang pun rasa lega yang
teramat sangat kerana anak-anak kita dah pun selamat berkahwin dan yang paling
penting mereka berkahwin dengan pilihan kita. Abang harap pilihan kita tepat.
Lepas ni Mai tahu apa yang nak kena buat kan? Untuk mengelakkan sebarang
masalah yang tak diundang di masa hadapan, kita laksanakan misi yang kedua
pula. Misi pertama: mencari menantu-menantu yang boleh dipercayai kita dah
‘accomplished’. Sekarang misi kedua: paksarela menantu-menantu kita memikat
pasangan masing-masing. Tugas Mai sekarang ialah ‘ikat’ Qalisha dengan Jeffrey
supaya tak bercerai-berai. Mai kena main peranan, bagi sokongan dan kena ‘push’
Qalisha supaya bekerjasama. No matter what, Mai kena pastikan they both fall in
love. Mai tahu Jeff tu macam mana kan…perempuan gedik keliling pinggang! Kita
kena buat yang terbaik demi janji kita pada mendiang Chee Seng dan Mary Jane.
By hook by crook, kena pastikan Jeffrey fall in love dengan Qalisha. Pasal
Rayyan Fahrin, serah pada abang. I have
the right plan for him.” Datuk Abdullah memandang isterinya dengan penuh kasih.
Ada
kalanya, Datuk Abdullah terfikir juga apa yang di lakukan agak ‘gila’ tak di
buat dek ibu bapa lain. Orang lain akan membiarkan anak-anak mencari pasangan
hidup sendiri, yelah..yang nak hidup tu dia orang. Ada ketikanya juga, rasa
bersalah tetap bermukim di hati tuanya.Terasa seperti dia ‘manipulate’
kehidupan anak-anak demi kepentingan diri sendiri. Tapi itulah risiko yang
perlu di ambil. Dia kena pastikan
anak-anaknya mempunyai ‘secured life’.Dia sendiri tidak tahu berapa lama lagi
dia boleh hidup. Tekanan darah tinggi agak membimbangkan sejak kebelakangan
ini. Doktor peribadinya sudah berbuih mulut menasihatinya supaya berehat dan
jangan terlalu stress. Takut nanti penyakit jantung pula yang menanti.
“
Jangan bimbang Bang, soal Qalisha, abang serah kat Mai. Tahulah apa yang Mai
nak buat. Oh ya..Bang, mana Hashim? Kenapa dia tak muncul malam ni? Setahu Mai,
dia kan orang kanan Abang..” Datin Maimun melahirkan rasa ingin tahu kenapa Hashim
tidak muncul di majlis akad nikah sebentar tadi.
“ Dia ada hal penting berkenaan
dengan Ocean Blue Resort.” Pertanyaan isterinya di jawab dengan jujur.
Datin Maimun mengangguk perlahan.
Perkataan ‘Ocean Blue Resort’ sememangnya memberikan makna yang mendalam bagi
mereka berdua. Hak Jeffrey dan Mary Jane akan mereka bela. Datuk Abdullah dan
Datin Maimun akan pastikan kematian Chee Seng tidak sia-sia! Budi sahabat karib
yang telah 28 tahun pergi meninggal meninggalkan mereka di balas dan keadilan
pasti akan ditegakkan. Amanat yang ditinggalkan oleh Chee Seng perlu
dilaksanakan.
“ Jom Bang, kita jumpa besan-besan
kita. Banyak benda yang nak kita jelaskan. Lagi pun tetamu lain dah beredar.
Mana pergi menantu-menantu kita bang?” Datin Maimun menarik lengan Datuk
Abdullah menuju ke arah Nek Wan dan Nek Jah yang sedang duduk bersembang di
kerusi di tepi kolam dimana majlis jamuan ringkas diadakan selepas majlis akad
nikah. Mata Datin Maimun melilau mencari kelibat anak menantunya. Matanya
tertancap pada dua individu yang sedang rancak berbual di tepi kolam.Nek Jah
dan Qalisha.Entah apa yang mereka bualkan. Perlakuan nenek dan cucu cukup
menarik perhatiannya. Mungkin si nenek sedang memmberi nasihat manakala si cucu
hanya menganngguk-anggukkan kepala. Mungkin banyak betul ‘amanat’yang hendak
Nek Jah sampaikan pada Qalisha sehinggakan dah macam burung kakak tua gayanya
si Qalisha, angguk-angguk,geleng-geleng,tunduk-tunduk. Apa pun, Qalisha cukup
anggun mala ini. Datin Maimun tidak menyangka Si Melvin berjaya men’transfer’
penampilan gadis yang agak ‘plain’ kepada seorang gadis yang cukup ayu, anggun menawan. Semua yang hadir
memuji kecantikan dan keanggunan Qalisha yang punya tarikan tersendiri. Kalau
Jeffrey tak nampak keistimewaan yang ada pada Qalisha, memang dia letak mata
kat kepala lututlah tu!Tengoklah dulu..menantu sapa tu? Ini menantu Datin
Maimun a.k.a Datin Vogue dari Villa Chinta Qaseh ya!
Dari tingkat atas, Adrianna
memerhatikan seorang demi seorang tetamu beransur pulang. Kelihatan sekarang
Baba dan Mama sedang rancak berbual dengan keluarga Qalisha dan keluarga
suaminya. Entah apa yang mereka yang mereka bualkan. Dia langsung tak terasa
nak mengambil tahu. Qalisha dan Jeffrey turut ada di situ walau pun seorang di
sebelah timur dan seorang di barat. Apalah yang akan berlaku dalam hidup dia
dan Jeffrey selepas ini hanya Dia yang tahu.Suaminya? Mana dia menyorok? Dari
tadi Adrianna cuba mengelak daripada bertembung dengan lelaki yang bernama
Rayyan Fahrin yang sudah sah menjadi suaminya. Peristiwa di Tasik Titiwangsa
mula terimbau kembali. Perasaan malu masih bersisa. Sejak tadi lagi dia
‘menyembunyikan diri’ di Lehernya di panjangkan sedikit sementara dua tangannya
memegang palang balkoni. Matanya
meninjau-ninjau mencari kelibat Rayyan Fahrin. Cahaya samar di balkoni
biliknya membuatnya tidak sedar yang dirinya sedang diperhatikan dari jarak
yang dekat. Dekat sangat..right behind her!
“ Cari apa? Cari abang ke?” Suara
lelaki membuatkan Adrianna terkejut. Sebaik berpaling ke belakang, jantungnya
seakan mahu tercabut. Rayyan Fahrin sedang bersandar di pintu gelangsar sambil
menyilangkan dua tangannya. Walau pun dalam cahaya yang agak malap,senyuman
nakal Rayyan Fahrin masih jelas kelihatan.
“ You! How you get in here! You nak
I mati sakit jantung ke? Tak reti bagi salam ? Terkejut tahu tak! And..sapa
bagi you masuk kat sini..this is my room!” Ibarat mesin gan Adrianna melontar
suara ‘merdu’ pada lelaki yang sudah pun bergelar suaminya.
“ Amboi-amboi..’merdunya’ suara
isteri abang ni..dengar sini sayang…yang pertama, Abang dah bagi salam tapi nak
buat macam mana, Anna yang syok sangat dok mengintai-intai sampai abang bagi
salam pun tak dengar. Kedua, Mama yang bagi tahu Anna ada kat atas ni. Dia
suruh Abang panggil Anna turun, semua tunggu nak jumpa Anna especially keluarga
abang. Abang nak kenalkan Anna pada nenek dan adik-adik abang tapi rupanya kat
sini Anna menyorok.” Rayyan Fahrin sudah bersiap sedia dengan jawapan untuk
serangan torpedo isteri yang baru beberapa jam dinikahi.
“ Apa sayang-sayang..uwekk! nak
muntah I dengar tahu tak!boleh jalanlah dengan ‘sayang’ awak tu.” Adrianna
bercekak pinggang. Hatinya tiba-tiba hangat.
“ Aik..abang belum buat apa-apa lagi
pun Anna dah nak muntah?wah hebat ni!”
“Eiii..loyar buruk pulak dia. Sabar
Anna ,sabar…tak baik tinggikan suara. Ingat dia suami kau. Control…kang
muda-muda dah dapat darah tinggi. Tak cium bau syurga pulak nanti.” Adrianna
mengetapkan gigi menahan geram yang teramat sangat. Dia cuba mententeramkan
dirinya. Azamnya untuk belajar menerima suami melayang entah ke mana
Rayyan Fahrin memandangnya dengan
renungan yang tajam dan dalam. Dia mengatur langkah menghampiri Adrianna.
Adrianna pula mengundur selangkah demi selangkah ke belakang. Langkahnya berakhir
apabila dia bersandar di palang balkoni. Adrianna menelan air liur yang
dirasakan kelat.Rayyan Fahrin masih tersenyum nakal. Dia menghadang dua
tangannya mengepung Adrianna dan dia berdiri hampir sekali dengan isterinya
itu. Ketinggian Adrianna yang hanya separas bahu memberikan satu ‘advantage’
kepada Rayyan Fahrin.
“ How dare you! Let me go this
instant or…” Wajah Adrianna sudah berona marah. Jaga-jaga Fahrin, gunung berapi
nak meletup.
“ Or what?Listen my dear wife, we
need to talk. I won’t let you go and we are not going anywhere until you
promise me to listen to what I’m going to say. So what do you say?” Rayyan
Fahrin mendekatkan mukanya pada wajah Adrianna.
“I…I……I..” Adrianna tergagap-gagap.
Jantungnya bagai nak pecah. Inilah kali pertama dia berdiri sebegitu rapat
dengan seorang lelaki.
“ Well…I’m waiting….anyway Abang tak
kisah duduk rapat-rapat dengan Anna macam ni. Rasa romantiklah pulak….”
Adrianna sudah kepanasan. Deru nafas
Rayyan Fahrin di rasakan terlalu hampir. Nampaknya dia terpaksa mengalah.
“ Okay..i promise. I promise to
listen…” Adrianna bersuara perlahan.
“ Takpe..takpe.hari ni hari
kau,esok-esok aku balas wahai suamiku..tunggulah bila saatnya..” Ikrar Adrianna
di dalam hati.
“ Good girl..okay listen very
carefully. Semua family I beranggapan we got married because we love each
other. Kita bercinta sejak sama-sama belajar di Dublin and I want to keep it
that way. Nenek I sakit, breast cancer.
Jantung dia pun tak berapa sihat juga. Nek Wan adalah orang yang I sayang dan I tak mahu kebenaran tentang perkahwinan
kita diketahui oleh family I terutamanya Nek Wan. I takut kesihatan Nek Wan
terjejas, So you have to make them believe it..yang kita sememangnya in lurve... Faham
tak sayang?” Lancar sekali suara Rayyan Fahrin. Pipi Adrianna diusap-usap
dengan jari-jemari. Dah macam thai lakornlah pulak.
“ Fuh..gila! you nak I bohong orang
tua. Kalau I tak nak janji you nak buat apa?”
“ Anggaplah saja ’it’s a white lie’.
Kalau you tak nak janji..kita mulakan wedding night right now and right here...
Lagi pun, I memang dah jatuh cinta dengan you sejak kita dating kat Tasik Titiwangsa
dua minggu yang lepas..and you cantik sangatlah malam ni, buat I tergoda. Dua
minggu lepas dah ‘red flag’ so malam ni mesti ‘line clear’ kan? Alah... bukan
berdosa pun,dah halalkan…” Rayyan Fahrin menundukkan muka membisikkan ayat-ayat
yang berbau ugutan kecil-kecilan. Dia sudah mengagak apa tindak balas seperti
Adrianna bila diprovok.
Bulat mata Adrianna apabila
mendengar bisikan Rayyan Fahrin.Hatinya berdegup pantas dan tangannya di
genggam kemas. Marah sungguh Adrianna. Bagi Adrianna, kata-kata Rayyan Fahrin
tidak boleh di pandang enteng. Dia belum kenal siapa Rayyan Fahrin yang sebenar
jadi apa saja kata Rayyan Fahrin mesti di ambil kira.
” Tengah subur ni Anna, baik kau
mengalah dulu. Kang tak pasal-pasal bulan depan perut kau dah berisi. Kau belum
kenal dia lagi,jangan buat main.Kalau dia buat betul apa yang dia cakap
sebentar tadi,tak pasal-pasal ada free show dekat balkoni pulak tu.” Otaknya
sudah berfikir macam-macam.
“ Gila, manalah Baba jumpa dia ni.
Entah-entah mamat psiko, tak pun perogol bersiri. Dia bercakap macam dah biasa
buat pulak” Adrianna merungut perlahan.
“ Apa dia Yang? Cakaplah kuat sikit
Abang tak dengarlah…” Rayyan Fahrin merenung mata Adrianna. Entah kenapa
jantung Rayyan Fahrin berdegup laju.Seketika dia tenggelam dalam renungan mata
antara mereka. Wajah marah Adrianna dirasakan sungguh cantik.
“ Err..okay,deal. So, shall we go
now? Semua orang tengah tunggu kita kan?” buat kali pertama dalam hidupnya,
Adrianna Bt Abdullah mengalah kepada seorang lelaki dan lelaki itu adalah
Rayyan Fahrin b. Iskandar. Ada ubi ada batas, ada lori ada bas, ada hari pasti
akanku balas!” Ikrar Adrianna di dalam hati.
Rayyan Fahrin tersenyum tanda
kemenangan. Sebaik Rayyan Fahrin
menjatuhkan tangan yang menghalang, Adrianna cepat-cepat berlalu pergi tanpa
menoleh kepada Rayyan Fahrin.
Itu sudah kira satu petanda yang
baik. Rasa nak melompat gembira. “ Terima kasih daun keladi wahai bapa
mertuaku. Jasamu pasti akanku kenang. Kalau tak kerana tips yang kau berikan
sebentar tadi,mungkin aku dah terduduk terkena serangan peluru berpandu
isteriku yang garang.” Wah berfalsampah pulak Rayyan Fahrin ni. Teruskan
semangat dan usahamu Rayyan Fahrin. Semoga Berjaya dalam usaha ‘menjinakkan’
puteri kesayangan Datuk Abdullah dan Datin Maimun.
Rayan Fahrin terduduk sambil
memegang dada kiri. Dadanya berombak kencang. Kalau selalu macam ni rasanya
arteri pulmonary boleh pecah! Nasib tak terkencing dalam seluar! Sebenarnya
tadi dia ‘action’ je. Sebelum masuk ke dalam bilik Adrianna tadi, bapa mertua
yang paling cool di dunia memanggil dan menurunkan sedikit ilmu ‘mempertahankan
diri dan mematahkan serangan’ puteri tebuan tanahnya. Kalau Datuk Abdullah tak
berpesan pada dia tadi, mahu dia tergagap-gagap bila bercakap dengan Adrianna.
“ Ingat yang Baba pesan tadi. Bila
bercakap dengan Anna jangan tunjukkan rasa gentar.nervous-nervous jangan layan!
Fahrin kena tunjuk kuasa veto sebagai suami. Anna tu nampak aje garang tapi
hati dia lembut. Fahrin kena pandai main peranan dan cakap nanti biar
yakin..jangan tergagap-gagap pulak! Tapi ingat ye..jangan nak over pulak..Anna
tu satu-satunya anak perempuan Baba. Anggaplah ini adalah langkah pertama Fahrin
memikat anak Baba. Lain kali Baba beritahu lagi ‘maklumat-maklumat rahsia
rahsia sulit kerajaan’ Adrianna yang lain.” Datuk Abdullah membisikkan amanat
sebagai bekal bertarung dengan puteri harimau Malaya kepada menantunya. Bahu
Rayyan Fahrin di pegang sebagai tanda sokongan.
“Mana nak dapat bapak mertua macam
ni zaman sekarang bro! Memang dapat rezeki tersepak betul kau Fahrin. Dapat
sokongan padu daripada mertua. Cerah masa depan tu! Tapi ingat Fahrin, kau kena
bersedia mental dan fizikal sebab you’re dealing with unexpected Adrianna’.
Memang kena berusaha gigih dan jerih nak jinakkan dia.” Otak Fahrin bersuara
mengingatkan tuannya.
P/S : TERIMA KASIH ATAS MORAL SUPPORTS YG KORANG BERIKAN.harap puas hati dengan entry ini..keep reading k!
bessst!!! teruskan....
ReplyDeletegreatt..
ReplyDeletesampai tergelak-gelak sepanjang membacanye..
x sabar nak tunggu next chapter..
best sangat...tengkiu hariissa
ReplyDeletegreat! yeay! da kuar chapter baru...
ReplyDeleteupdate la hari2.. nk lagi dan lagi..
tq dear..
bila nak update yg baru?
ReplyDeleteSabar ye my darling readers, SY Akan update. Don't worry k! SY tengah berusaha gigih nak siapkan manuscript. TYVM for supporting me k.
ReplyDeleteterbaik....
ReplyDeletebest sangt3..hlang stress..hihi..trima ksih akk pnulis..keep it up..hehe..terbaikkkkkkkkkkk...
ReplyDeleteHaha... Not bad 😂
ReplyDelete