BAB 9
Adrianna memandu pulang ke rumah
dengan perasaan yang teramat geram. Peristiwa yang berlaku sebentar tadi
setelah selesai berjoging di Taman Tasik Tititwangsa masih jelas di ingatannya.
Sesekali, tangannya menghentak stereng kereta melepaskan geram yang masih
bersisa di hati. Hatinya masih berasa tidak puas hati dan muka Mamat ‘kerek +
poyo’ dengan senyuman mengejek tadi amat mengjengkelkan.
“ Bodoh punya lelaki. Harap muka je
hensem tapi ‘attitude’ zero. Huh..tak pasal-pasal hangin satu badan.” Adrianna
menghamburkan kata-kata kepada dirinya sendiri. Satu nafas yang dalam ditarik
dan kemudian dilepaskan. Tiba-tiba, minda Adrianna teringat akan sesuatu.
“
Wait a minute..Mamat tu bawak keta Perdana Hitam tadi. Nombor plet kereta dia
tadi WKL 6705 macam familiar sangat.Aku rasa macam pernah Nampak keta tu..tapi
kat mana yek?” Adrianna cuba untuk mengingati di mana dia pernah nampak kereta
yang di pandu oleh lelaki yang bertekak dengannya di Taman Tasik Tadi. Namun kerana perasaan marah yang membuak-buak di
dalam dada, dia langsung tidak dapat mengingati di mana dia pernah ternampak
kereta Perdana hitam tersebut.
Sebenarnya,
memang kereta Perdana Hitam itu biasa Adrianna nampak. Apa taknya,kereta itu
adalah kereta syarikat bapanya,Datuk Abdullah. Amir selaku pemandu dan orang
kanan Uncle Hashim selalu menggunakan kereta tersebut. Adrianna..Adrianna..itu
pun boleh tak ingat.
Akhirnya,
Adrinna tiba di perkarangan Villa Chinta Qaseh. Pintu kereta di hempas kasar
sehingga Pak Hamid yang sedang mencuci kereta Mercedes Kompressor agak
terkejut. Dia hanya mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah Adrianna yang
agak ‘kepala angin’ itu. Dalam hatinya berkata, “ Siapalah yang berani menjolok
sarang tebuan cantik ni . Tebuan bukan sebarang tebuan , tebuan tanah pulak
tu…” Tapi Pak Hamid tahu ,marah Adrianna hanya sekejap. Pak Hamid cukup faham
kerana dia melihat Adrianna membesar di depan mata sejak dia mula bekerja
sebagai pemandu peribadi Datuk Abdullah sejak 15 tahun yang lalu. Walau pun
agak garang, Adrianna seorang gadis yang menghormati orang tua dan tidak pernah
meninggi diri dengan kedudukan yang ada.
………………………………………………………………………………………………………
Usai mandi, Adrianna menghempaskan
badan di atas katil empuk di dalam bilik tidurnya. Dia merenung siling kapur
yang berukir cantik dengan renungan yang kosong. Dia mahu merehatkan fikiran
dan sebolehnya tidak mahu memikirkan perkara yang menyerabutkan otak. Walau pun
cuba untuk mengosongkan fikirannya, namun wajah lelaki yang bertengkar
dengannya di Taman Tasik Titiwangsa pagi tadi tidak berjaya di usir.
“ Apa kena dengan kepala otak aku
ni..asyik teringatkan muka Mamat ‘kerek’ tu je..jantung aku ni pulak pasal apa
pulak asyik berdebar-debar? Masa aku bercinta dengan Shamsul dulu pun tak macam
ni?” Adrianna meletakkan tapak tangan kanannya di dada kiri.Tangannya jelas
dapat merasakan debaran jantung yang ‘out of rhythm’ seperti baru lepas lumba
lari seratus meter.
“ Muka dia tadi..aduh…ada iras-iras
Fahrin Ahmad, hero drama ‘Seindah Sakura’ yang menjadi pujaan kalbu aku pulak
tu. Badan dia pun ‘tough’ gila macam orang yang sudah biasa dengan kerja-kerja
berat. Ermm..mungkin dia selalu ‘work-out’dekat gim kot. Bestnya kalau dapat
jumpa dia lagi...” Tanpa Adrianna sedari, spontan dia mengolek-golekkan badan
di atas katil. Dah macam orang angau tak sudah pulak lagaknya.
“ Oii Cik Anna..bawak-bawak sedarkan
diri sikit. Awak tu bakal nak kahwin tak lama lagi. Jangan nak berangan nak
tangkap cintan dengan orang lain pulak.” Cik Otak sudah bersuara mengingatkan
tuan empunya badan.
Lamunan Adrianna terhenti apabila
Iphonenya berbunyi. Nama ‘Elaine’ tertera di skrin telefon yang baru di beli
bulan lepas.
“ Hello El, what’s up?” Adrianna
menjawab panggilan sahabat karib semenjak belajar di Dublin dengan mesra dan
ceria sekali. Mood marah pagi tadi sudah bertukar menjadi mood ceria
berbunga-bunga.
“ Hello Cik Kak! Inikan hari
Ahad.buat apa terperuk kat rumah je..jomlah kita shopping ke, tengok wayang ke,jomlah…aku
tengah boring giler ni.” Elaine bersuara dari sebelah sana.
“ Sorry..El. Hari ni tak bolehlah.
Kau dah lupa ke? Hari inikan family aku ada ‘important’ dinner. Mama aku dah
warning awal-awal lagi. Tak boleh keluar.” Adrianna menjawab dengan bersahaja.
“ Oh ya…lupa pulak aku. Orang tu tak
sabar-sabar nak jumpa bakal tunang a.k.a bakal husband-to-be. Mestilah dah lupa
member kat sini. “ Elaine sengaja buat-buat merajuk.
“ Cik Elaine! Jangan nak buat aku
marah yea..geram ni tau tak? Member kena paksa kahwin kau boleh lagi nak
menyakat aku” Adrianna agak geram dengan Elaine yang memang suka mengusiknya.
“ Alalalala..cayang bucuk..janganlah
marah nanti kena jual. Tapikan Anna, ‘dinner’ tu kan malam nanti. Sekarang ni
baru tengahari, jomlah kita jalan-jalan kejap.
Temankan aku makan aiskrim dekat ‘Tutty-Fruity’ kejap. Dah lama aku tak
makan aiskrim favourite aku kat situ. Air liur aku dah meleleh dah
ni..Please..please..please!” Elaine cuba memujuk Adrianna keluar dengannya .
“ Kau ni kan..kalah pompuan
yang mengidam anak sulung tau tak!
Okay..demi ‘bff’ku yang tercenta, jom keluar tapi ingat..sekejap je tau! So..nak jumpa kat mana ni.?” Adrianna tergelak
bila mendengar ayat memujuk sahabat baiknya itu.
“ Kau tunggu kat umah engko
je.Sepuluh minit lagi aku sampai. See you..bye darling!” Dengan ceria Elaine mematikan
telefon.
Setelah bersiap ala kadar dan santai
dengan jeans biru dan T-shirts Lady Like putih, Adrianna mencapai beg tangan
‘Coach’ dan bergegas turun ke bawah.
“ Mama..Anna nak keluar dengan
Elaine kejap ye..kejap je..promise!” Dia memberikan ciuman di pipi Datin
Maimun. Datin Maimun dan Mak Yam ketika itu berada di dapur
bersedia untuk memulakan ‘acara memasak’ untuk makan malam nanti.
“ Okay..tapi ingat sekejap je tau!”
Datin mengingatkan Adrianna.
“ Thanks Mama! Balik nanti Anna
tolong Mama masak okay! Anna ingat nak buat pudding koktail. Jeff mana Mama?
Takkan chef popular tak nak turun padang..” Badan Datin Maimun di peluk dan
sekali lagi satu ciuman singgah di pipi Datin Maimun.
“ Ada kat atas . Dah lapar nanti
turunlah dia. Dia kata nak buat ‘cheese cake Cinta Kasih’ dia tu. Jeff kata nak
buat istimewa untuk bakal abang ipar dia yang tercinta..” Datin Maimun
tersenyum. Sengaja menekankan perkataan ‘abang ipar yang tercinta’kepada
Adrianna.
Dengan muncung panjang sehasta,
Adrianna berlalu pergi. Hatinya geram bila Mama, Baba, Jeff dan semua orang
‘bersekongkol’ mengenakannya. Dari luar pagar, Elaine sudah membunyikan hon
kereta Mini Coopernya menandakan dia
sudah tiba. Setelah Adrianna menutup pintu kereta, Elaine terus memecut Mini Cooper
merah itu menuju ke destinasi, Kedai aiskrim ‘Tutty Fruity’ di Platinum Walk.
……………………………………………………………………………………………………..
Usai menunaikan solat fardhu Zuhur,
Jeffrey menapak ke dapur. Dia sudah berjanji untuk menyediakan satu hidangan
pencuci mulut untuk makan malam nanti. Hatinya agak teruja kerana sama seperti
ahli villa Chinta Qaseh yang lain, dia juga tak sabar untuk berjumpa dengan
bakal suami Adrianna.Dengan kata lain, dia sebenarnya tak sabar-sabar nak
menyakat Adrianna nanti.
Jeffrey tersenyum sendirian. Minggu
lepas bukan main lagi Anna menyakatnya. Sudah seminggu dia menjadi tunangan
kepada perempuan yang bernama Qalisha dan selama seminggu inilah Adrianna
menyakatnya. Bertambah geram lagi bila semua gambar majlis pertunangannya yang
diambil Adrianna pada minggu lepas satu pun tak berapa ‘clear’. Bukan sebab
gambar di ambil menggunakan kamera ‘cap ayam’ tapi orang yang mengambil gambar
tu..fuh tak tahulah nak cakap
apa.Langsung takde bakat dalam bidang fotografi. Rasanya budak umur lapan tahun
boleh ambil gambar lebih cantik. Dalam tak suka, hati Jeffrey teringin juga
melihat gerangan wajah gadis yang menjadi tunangannya. Semua orang yang
mengikuti rombongan meminang tidak habis-habis memuji kecantikan Qalisha.
Qalisha cantik sangat, Qalisha manis sangat,Qalisha dan Jeff bagai pinang di
belah dua…bla bla bla. Semua orang asyik mengatakan benda yang sama.
“ Cantik sangatkah dia? Alah kalau
muka je cantik perangai zero buat apa?” Jeffrey sempat lagi mengomel sendirian.
Dalam masa 45 minit, sebiji ‘cheese
cake Cinta Kasih’ dan ‘kek lapis blueberry’ siap masuk ke dalam oven. Alah apa
yang nak di hairankan, setakat buat dua biji kek tu, ‘kacang’ sahaja bagi
Jeffrey. Kerjayanya sebagai Pastry chef di Ritz Carlton yang ada rancangan
masakan kat tv lagi, adalah perkara biasa
baginya.
Jam sudah menunjukkan 5.30 petang.
Datin Maimun mula risau bila Adrianna masih belum pulang. Lantas dia mendail
nombor telefon Adrianna namun panggilannya hanya masuk ke peti mel suara.
“ Mana pulak Anna ni pergi? Tadi
cakap nak keluar sebentar sahaja. Ini sudah dekat tiga jam tak balik-balik
lagi.” Datin Maimun mengomel sendirian. Lantas nombor telefon Elaine pula
di dail dan jawapan dari sebelah sana, ‘
harap maaf,nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.Sila cuba sebentar
lagi.’
Datin Maimun sudah berasa agak cuak. Dia
berasa agak hairan kerana dia tahu benar perangai anak perempuannya yang
seorang itu. Bukan jenis yang suka memungkiri janji dan seorang yang amat
menepati waktu. Datin Maimun menapak ke
arah kolam renang di mana Jeffrey dan Datuk Abdullah sedang berenang, bersantai
merehatkan badan.
“
Dua beranak ni pun satu, kalau dapat berendam dalam kolam macam tak ingat
dunia. Kalah budak kecik. Siap main percik-percik air lagi.” Melihat perlakuan
Jeffrey dan Datuk Abdulah yang sedang bermandi-manda,Datin Maimun tersenyum
sambil mengeleng-gelengkan kepala.
“
Mama , jomlah join kami. Berenang terapi yang bagus untuk ‘maintain bodyshape’.
Nanti body Mama makin mengancam kalah anak dara!” Jeffrey mula mengayat Datin
Maimun. Datuk Abdullah mengangguk-angguk kepala tanda bersetuju dengan
kenyataan Jeffrey.
“
Apa Jeff ingat ‘body’ Mama tak cukup ‘shape’ lagi ke? Dah sudah malas Mama nak
layan kamu. Ni Mama tengah risau ni, dari tadi lagi Anna keluar tak
balik-balik. Pukul satu tadi dia kata nak keluar dengan Elaine sekejap tapi
sampai sekarang belum Nampak batang hidung lagi. Ni bukan macam kebiasaan Anna.
Kalau ada apa-apa, dia akan call..” Nada suara Datin Maimun sudah berbaur
kerisauan.
Datin
Maimun menghulurkan tuala kepada Datuk Abdullah yang baru keluar daripada
kolam.
“
Dah call dia? Mana pulak Anna pergi. Takkan dia tak tahu kita ada ‘special
dinner tonight’. Datuk Abdullah mula bersuara sambil melabuhkan punggung di
kerusi rehat di tepi kolam renang. Lantas tangannya mencapai telefon bimbit
yang terletak di atas meja bersebelahan lalu nombor telefon Anna ditekan. Tiada
jawapan. Seketika kemudian nombor telefon Amir pula di tekan.
“
Hello Amir, cari Adrianna. Entah mana pulak dia pergi. Tadi dia cakap nak
keluar sekejap nak jumpa Elaine tapi sampai sekarang tak balik-balik lagi. Suruh
anak buah kamu cari anak saya sampai dapat!” Tegas sekali arahan Datuk
Abdullah.
Bukan
paranoid, tapi kedudukan yang di miliki dan pengalaman mengajar Datuk Abdullah
supaya sentiasa berwaspada. Kejadian yang berlaku sepuluh tahun yang lalu di
mana Adrianna di culik dan penculik meminta wang tebusan, cukup meninggalkan
trauma pada dirinya. Nasib baiklah Adrianna tidak diapa-apakan ketika itu.
Kepantasan dan kecekapan pihak polis telah berjaya menangkap dalang yang
terlibat. Tidak lain tidak bukan, salah seorang kakitangan syarikatnya sendiri
yang bersekongkol dengan penculik. Itulah manusia, selalu cepat kelabu mata
dengan wang ringit malah sanggup mengkhianati orang lain asalkan cita-cita
tercapai. Sebab itulah Datuk Abdullah mengupah ‘bodyguards’ yang akan
memerhatikan gerak-geri anak-anaknya dari jauh tanpa mereka sendiri sedari. Dan
sebab itu jugalah dia sangat berhati-hati serta tidak mudah menaruh kepercayaan
kepada orang.
“
Rilekslah Baba, takde ke mananya Anna tu. Maybe dia jalan-jalan tengok wayang
ke dengan kawan-kawan dia..bukan selalu pun. Baba pun tahu Anna macam mana
kan?” Jeffrey bersuara cuba memujuk Babanya. Dia tahu Baba paling tidak suka dengan
bab-bab mungkir janji, balik lambat tak telefon, lewat dan sewaktu dengannya.
“
Mai macam mana? Dah beres ‘preparation’ untuk dinner?” Datuk Abdullah
mangalihkan pandangan ke arah Datin Maimun yang duduk di kerusi bersebelahan.
“
Beres..Mai dan Mak Yam dah masak spesel. Yelah nak kenal bakal menantu
kan..kenalah masak spesel sikit. Jeff pun dah buat cheese cake trademark dia
tu. Tunggu bakal menantu kita yang abang pilih tu je muncul. Ermmm..Rayyan
Fahrin. Sedap nama dia. Orangnya macam mana pula ye?” Datin Maimun menjawab
pertanyaan Datuk Abdullah dengan senyuman meleret.
“
Nanti Mai nilai sendiri bila dia datang malam karang. Abang suka dia. Abang
yakin abang tak silap pilih dia untuk Anna. Abang yakin dia boleh menjadi suami
yang baik untuk Anna dan menantu yang baik untuk kita. Kita doakan yang Rayyan
Fahrin adalah jodoh yang tepat buat anak kita.”
“
Mai pun sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak kita bang..” Jauh di sudut
hati Datin Maimun, dia berharap anak-anaknya akan mengecapi kebahagiaan sebagai
mana kebahagiaan yang dikecapinya bersama Datuk Abdullah.
...........................................................................................................................................
“ El..how could you do this to me!
You know how important this dinner tonight for my parents..for me! I thought you
are my bestfriend..but you lied dan yang paling aku bengang sangat, kau sanggup aturkan pertemuan aku dengan jantan
tak guna tu! “ Ton Suara Adrianna sudah meninggi. Marah dan geram sungguh
Adrianna bila kawan baiknya sanggup menipu dirinya kononnya mahu keluar sekejap
nak makan aiskrim di ‘Tutty Fruity’ tapi alih-alih sampai ke Bagan Lalang,
Sepang!
“ Okay Anna, calm down. Kau patut
berterima kasih kat aku. Aku tengah tolong kau sekarang ni. Aku tahu kau tak
mahu kahwin dengan lelaki pilihan Baba kau dan aku jugak tahu walau pun mulut
kau cakap kau benci, jauh di sudut hati kau masih sayangkan Shamsul kan. That’s
why aku sanggup tolong Shamsul..dia masih cintakan kau Anna…” Elaine bersuara
tanpa rasa bersalah dengan apa yang telah di lakukan. Dia yakin walau pun
Adrianna marah ,dia telah ‘menyelamatkan’sahabat baiknya itu.
“ Cukup Elaine! Kalau kau kawan aku,
bawa aku balik sekarang. Dah pukul 7 lebih. Mama aku tentu dah risaukan aku.
Dan untuk kali terakhir Elaine, aku jelaskan sekali lagi..aku bencikan lelaki
hipokrit macam Shamsul. Walau pun Shamsul adalah sepupu kau, aku tak mungkin
sekali-kali menerima dia lagi di dalam hidup aku apatah lagi sebagai suami aku!
Tak mungkin aku maafkan apa yang telah dia buat pada aku. Aku sungguh tak
sangka Elaine,kau sanggup khianati aku. Sampai hati kau..” Ada sedikit getaran
dan kekecewaan di dalam suara Adrianna.
Keyakinan Elaine mula goyah bila
mendengar kata-kata Adrianna. Sungguh! Dia langsung tidak terniat untuk
menyusahkan Adrianna. Memang dia akui, suatu masa dahulu sepupunya, Shamsul
pernah melukakan hati Adrianna apabila dia di tangkap khalwat dengan seorang
perempuan yang juga setiausahanya di sebuah hotel ketika seminggu lagi majlis
pertunangan mereka. Namun, apabila Shamsul merayu-rayu meminta tolong supaya
mengaturkan pertemuan dengan Adrianna
atas alasan mahu meminta maaf dan mahu memujuk Adrianna supaya menerima cinta
kembali. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Shamsul beberapa hari
yang lalu.
“ Please El, aku benar-benar
menyesal dan aku sedar akan kesilapan aku. Adrianna adalah yang terbaik untuk
aku dan tak mungkin aku boleh melupakan dia. Aku tahu dia masih cintakan aku
walau pun mulutnya mengatakan dia bencikan aku. Kau tolong aku ye..Adrianna
paling percayakan kau. Dah bermacam-macam aku buat untuk memujuk dia tapi
semuanya tak berhasil. Aku berjanji kalau kali ini juga tak berjaya, aku akan
undurkan diri selamanya dalam hidup Adrianna. Aku takkan kacau dia lagi.”
Elaine
seorang yang lembut hati dan kerana termakan pujuk rayu Shamsul dia sanggup
menolong Shamsul dengan memujuk Adrianna
mengikutnya walau pun dengan cara menipu. Dia tidak tahu Shamsul, kaki perempuan
yang tak pernah berubah. Dia berpura-pura berlagak baik di hadapan Elaine
kerana hanya Elaine yang boleh membantunya mendekati Adrianna
.
Shamsul mahu membalas dendam kerana dia berasa sangat sakit hati apabila
Adrianna tidak mahu menerimanya kembali dan langsung tidak mahu memberikan
peluang kedua kepadanya untuk meraih cinta Adrianna.Adrianna gadis yang keras
hati dan penolakan cinta oleh Adrianna telah membuatkan ego lelakinya tercabar!
Kasanova terkenal takkan kalah kepada gadis yang bernama Adrianna. Bagi
Shamsul,kalau dirinya tidak dapat memiliki Adrianna, maka tiada lelaki lain
yang berhak! hanya dirinya dan dia sudah nekad, dia akan pastikan dia dahulu
yang akan menghisap ‘madu’ Adrianna dan siapa pun bakal suami Adrianna
nanti,hanya akan mendapat sepahnya!
…………………………………………………………………………………………………….
Jam sudah menunjukkan pukul 8.00
malam. Dengan perasaan marah yang masih berapi-api, Adrianna meninggalkan
Elaine di restoran makanan laut dalam keadaan yang terpinga-pinga, mungkin berasa
sedikit serba –salah. Lebih geram lagi kerana bateri iphonenya telah habis dan
dia tidak dapat menghubungi keluarganya. Tentu mereka semmua sedang risaukan
dirinya! Adrianna mahu menapak ke arah telefon awam yang terletak di luar
restoran. Nasib baiklah dia ingat nombor telefon Jeffrey. Namun langkahnya
terhenti sebaik daun pintu masuk restoran itu ditolak. Shamsul berdiri terpacak
di hadapannya dengan senyuman yang sukar di mengertikan. Lidah Adrianna kelu
tak terkata apabila Shamsul tiba-tiba menariknya
kasar ke arah sebuah kereta Toyota Camry hitam sudah sedia menanti.
Semuanya
berlaku dengan pantas! Elaine yang menyaksikan insiden itu berasa sangat
terkejut dan dia kini menyesal teramat sangat kerana telah terpedaya dengan
kata-kata Shamsul.
“
Ya Allah! Apa yang telah aku lakukan! Selamatkanlah sahabatku Ya Allah!
Sekiranya apa-apa berlaku pada Adrianna, aku tak mungkin dapat maafkan diriku
sendiri !”
……………………………………………………………………………………………………
“
Hello Mir, budak-budak aku yang mengekori Shamsul cakap,lewat petang tadi Shamsul
bergegas ke Bagan Lalang,Sepang. Dia orang Nampak Shamsul naik Camry dan
berhenti di sebuah restoran makanan laut kat situ…Oh tunggu kejap Mir, ada call
masuk.” Amri terus menekan butang ‘hold’
pada telefon bimbitnya dan dengan pantas menjawab panggilan daripada anak
buahnya.
“Hello,Amri sini.Ada perkembangan terbaru ke?
Apa! Okay aku nak korang ikut Camry tu! Jangan sampai terlepas pandangan.
Jangan ikut terlalu dekat, aku takut Shamsul tahu dia diekori dan dia akan buat
sesuatu pada Cik Adrianna! Buat apa yang patut! Yang penting Cik Adrianna
selamat!” Amri, orang yang Datuk
Abdullah tugaskan untuk mengawasi gerak-geri Shamsul melaporkan perkembangan
terkini kepada Amir, salah seorang orang kepercayaan Datuk Abdullah.
“
Hello Mir! Budak-budak aku Nampak Shamsul tarik Cik Adrianna masuk ke dalam
Camry hitam dan mereka sedang mengekori si bedebah tu sekarang. Okay Mir, aku
nak gerak! Aku update kau kemudian.” Amri terus menghidupkan motorsikal kuasa
besarnya dan terus memecut untuk mengejar kereta yang di naiki oleh Shamsul.
………………………………………………………………………………………………………
Rayyan Fahrin tiba bersama Uncle
Hashim di Villa Chinta Qaseh seperti yang dijanjikan. Dia segak dengan kemeja
biru firus dan berseluar ‘slack’ hitam. Puas dia memikirkan baju mana yang
hendak di pakai. Akhirnya, dia memilih kemeja biru firus dan slack hitam,
Nampak tak terlalu formal dan tidak juga terlalu selekeh. Yelah, nak jumpa
bakal mertua ni beb!
Kedatangan mereka di sambut oleh Datin Maimun
dengan senyuman. Pertama kali bila Hashim memperkenalkan Rayyan Fahrin, mata
Datin Maimun sudah bersinar-sinar. Senyuman tidak lekang daripada bibir dan
dengan ramahnya, Datin Maimun menjemput mereka ke ruang tamu. Sempat juga
Rayyan Fahrin memerhati keadaan villa mewah Datuk Abdullah. Memang mewah.
“
Mak aii..besar betul rumah ni. Boleh sesat kalau macam ni. 3-4 tingkat pulak
tu..siap ada kolam renang mewah..kalau berendam mahu aku tak naik ni.” Rayyan
Fahrin amat terpukau dengan hiasan dalaman,susun atur dan dekorasi vila
tersebut. Semua perabot dah tentu diimport daripada luar Negara.Memang kelas!
Mewah giler!
Seketika
kemudian Datuk Abdullah dan Jefrrey turun dari tingkat atas dan berjalan menuju
ke arah ruang tamu di mana Rayyan Fahrin, Hashim dan Datin Maimun sedang rancak
berbual. Dengan kata lain, Datin Maimun sedang rancak menemuramah bakal menantu
pilihan Datuk Abdullah.
Sebaik
Nampak Datuk Abdullah sedang menuju ke arahnya, secara spontan terus Rayyan
Fahrin berdiri. Terkejut Datin Maimun di buatnya.
“
Assalamualaikum, Datuk…” Rayyan Fahrin memberikan salam sambil menghulurkan
tangan.
“
Waalaikummussalam..dah lama sampai? Tentu
dah kenal dengan isteri sayakan. Dan ini anak lelaki saya Jeffrey.
Rayyan Fahrin berjabat tangan dengan Jeffrey dan disambut dengan renungan yang
dalam oleh Jeffrey. Renungan Jeffrey itu mengundang sedikit rasa gelisah dalam
hati Rayyan Fahrin.
“
Apasal dia ni? Pandang aku sampai macam tu sekali. Senyum tidak,masam pun
tidak. Air muka takde ekspresi langsung. Ke dia tak suka aku?” Minda Rayyan
Fahrin mula membuat andaian.
“
So inilah dia Rayyan Fahrin, bakal abang ipar aku tu. Ermm..not bad pilihan
Baba.Ada rupa, ada gaya..tapi ‘clumsy’sikit. Mungkin gugup jumpa bakal mertua
kot? “ Dalam diam Jeffrey membuat penilaiannya sendiri.
“
Hek eleh..pandailah kau nak nilai orang. Kalau kau macam mana? Nanti bila kau jumpa keluarga bakal isteri kau tu nanti,
barulah kau tahu .Gugup ke? Gagap ke? Entah-entah kau lebih teruk daripada
dia.” Otak Jeffrey mula melancarkan serangan kepada tuan empunya diri.
Namun
Rayyan Fahrin berasa sedikit hairan. Satu, sebab dia belum Nampak lagi anak
perempuan Datuk Abdullah. Kedua, sebab
air muka Datuk Abdullah serius giler! Macam orang tengah risau pun ada. Ketiga,
muka anak lelaki dia langsung takde iras muka Datuk Abdullah mahu pun Datin
Maimun. Macam muka orang putih campur cina adalah! Harap-harap anak perempuan
dia se’cun’ anak lelaki dia.
Kehairanan
semakin bertambah bila tiba-tiba Datuk
Abdullah bangun dan meminta Uncle Hashim mengikutnya ke bilik bacaan dan
kemudian Jeffrey pula menyusul daripada belakang. Air muka Datin Maimun pula
sedikit kelat seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu.
Rayyan
Fahrin mula risau dan otak mula fikirkan perkara yang bukan-bukan. “ Apa kena
mereka ni? Pelik betul.Macam ni ke gaya orang kaya menerima tetamu? Suspicious
betul.”
“
Err..maaf ye Rayyan, something came up..kami tengah risau ni. Adrianna tak
balik-balik lagi. Kami risau Adrianna kena culik.” Datin Maimun berterus terang
dengan Rayyan Fahrin apabila bila melihat muka Rayyan Fahrin berkerut melihat
perlakuan suaminya.
Seketika
kemudian, Mak Yam terkocoh-kocoh datang menghulurkan telefon bimbit kepada
Datin Maimun. “ Datin, telefon.”
Sebaik nama ‘Elaine’ kelihatan pada skrin
telefon, Tangkai hati Datin Maimun bagaikan disentap. Tanpa berlengah, dia
terus menjawab panggilan tersebut.
“
Hello Elaine, mana Anna? Mana kamu pergi tak balik-balik lagi ni? She needs to
be here now! Apa! Ya Allah Anna!” Serentak dengan itu, Datin Maimun hampir
terkulai namun Rayyan Fahrin sempat menyambut
sebelum Datin Maimun terjelepok ke lantai.
“
Ya Allah Datin!” Datin Maimun pengsan dalam pangkuan Rayyan Fahrin. Pantas dia
mengambil telefon yang masih di dalam genggaman Datin Maimun dan meletakkan
telefon di telinga dengan harapan si pemanggil masih berada di talian.
“
Hello,siapa di sana? Apa yang berlaku?” Sedang Rayyan Fahrin berbicara dengan
si pemanggil, Datuk Abdullah dan Jeffrey bergegas turun setelah suara soprano Mak Yam melaung meminta tolong.
Setelah
menamatkan perbualan. Rayyan Fahrin memberitahu apa yang si pemanggil yang
bernama Elaine cakap sebentar tadi kepada semua yang ada di situ. Keselamatan
Adrianna terancam sekarang ini dan jauh di sudut hati Rayyan Fahrin, dia berdoa
agar bakal isterinya itu selamat. Kalau boleh nak dia ‘hero’ menyelamatkan ‘heroin’
tapi mana nak redah kalau tak tahu hujung pangkal cerita.
“
Tak guna budak Shamsul tu. Dari dulu lagi saya tak percayakan dia dan sekarang
apa yang cuba dia lakukan.” Datuk
Abdullah melontarkan kemarahan namun ditenangkan oleh Hashim dan Jeffrey.Walau
pun Shamsul adalah anak kepada sahabat baiknya, Datuk Syed Bukhari,dia akan
pastikan si Shamsul meringkuk di dalam penjara.
Oleh
kerana terlalu marah , Datuk Abdullah mencapai telefon dan mendail nombor Datuk
Syed Bukhari.
“
Hello Syed…listen to me very carefully. Your son just kidnapped my daughter!
Anything happen to my daughter, I’ll make your son sorry that he was born!”
Suara Datuk Abdullah lantang sekali. Semua yang berada di situ terkedu. Rasanya
mahu pecah gedendang telinga kalau dijerit begitu. Hashim cuba menenangkan
Datuk Abdullah kerana dia bimbang tak pasal-pasal tekanan darah Datuk Abdullah
naik. Silap haribulan dengan Datuk Abdullah sekali pengsan!
…………………………………………………………………………………………………….
Setelah berlaku adegan kejar
mengejar seperti adegan kejar-mengejar dalam f ilem arahananak
Datuk Yusof Haslam, akhirnya Amri dan anak-anak buahnya berjaya memintas kereta
Toyota Camry yang melarikan Adrianna. Si pemandu Camry terpaksa memhentikan
keretanya setelah di kepung depan dan belakang.
Di dalam kereta pula, Adrianna
bergelut dengan Shamsul.
“ Your game is over Shamsul! Kat
luar tu dah tentu orang –orang bapak aku.Serah diri je kalau kau tak mahu di
apa-apakan.” Adrianna masih lagi meronta-ronta kerana kedua-dua tangannya masih
lagi di pegang kemas oleh Shamsul. Air muka Shamsul mula cemas.
“ Sial!..macam mana diorang boleh
datang secepat ni! Yang kau berhenti buat apa! Jalanlah Ben!” Jerit Shamsul
kepada lelaki yang memandu kereta.
“ Nak jalan macam mana! Kau tengok
sendiri,depan belakang dah kena ‘blocked’.Apa ni Sham! Kau cakap kau nak dating
dengan awek je,alih-alih jadi macam ni! Aku tak nak terlibat. Mereka ramai, aku
tak nak mati katak!” Lelaki yang di panggil Ben mula kecut perut lalu terus
membuka pintu keluar dan mengangkat tangan.
“ Tolong jangan apa-apakan saya.
Saya tak salah.Saya di paksa pandu kereta ni!” Ben bersuara dalam ketakutan.
“ Tak guna punya member.” Shamsul
sudah terperangkap.Dia sedar jika dia melawan,dia yang akan cedera parah.Silap
haribulan boleh arwah terus.
Seketika kemudian, pintu belakang
kereta di buka kasar. Anak-anak buah Amri menarik keluar Shamsul dan Adrianna
daripada kereta itu.
“
Cik Adrianna okay ke? Jangan takut.Saya Amri dan mereka semua anak buah saya.
Datuk tugaskan kami mengawasi gerak –geri Si Keparat ni.”
Sebaik
sahaja keluar, satu penumbuk hinggap di muka Shamsul. Dua orang anak buah Amri
memegang kedua tangan Shamsul dan seorang lagi menumbuk Shamsul bertalu-talu.
Adrianna menjerit meminta anak buah
Amri berhenti memukul Shamsul. Walau pun Shamsul cuba melakukan perbuatan
terkutuk terhadapnya, dia tidak mahu melihat keganasan berlaku di depan mata.
“ Sudahlah lepaskan dia. Ingat Sham, jangan ganggu aku lagi,kalau tak, aku
tak jamin kau akan selamat lain kali.” Adrianna meminta semua bersurai. Lelaki
yang bernama Ben,cepat-cepat mendapatkan Shamsul yang sudah tak bermaya.
Adrianna menghentikan langkah
.Mindanya melarang tapi hati marahnya minta dia melakukan sesuatu. Dia
berpusing dan berjalan menuju ke arah
Shamsul yang berdiri sambil di papah oleh Ben. Tiba-tiba, dia menendang dengan
kuat di celah kelengkang Shamsul.Akibat daripada tendangan itu, Shamsul jatuh
terjelepok sambil muka menahan kesakitan yang teramat sangat.
Perbuatan Adrianna menyebabkan Amri
dan semua anak buahnya terkejut. Masing-masing membuat muka menyeringai
seolah-olah menahan sakit.
Salah seorang anak buah Amri
berkata, “ Bos, brutal..ganas betul anak datuk ni. Seram saya tengok.”
Adrianna berjalan ke arah Amri dan
berkata, “ Dah, saya penat.bawak saya balik. Famili saya mesti tengah risau
giler sekarang ni. Bakal suami saya pun dah tentu dah penat menunggu.”
Tanpa
menunggu untuk dibukakan pintu , Adrianna terus memboloskan diri ke dalam perut
kereta Honda Accord yang di pandu oleh anak buah Amri.
“ Hello Amir,semua okay.Kau cakap
dengan Datuk anak dia selamat.Kita orang dalam perjalanan balik sekarang.” Amri
mematikan talian telefon dengan perasaan lega kerana Cik Adrianna berjaya
diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Dan Shamsul, nasib kaulah.Sapa suruh
cari pasal dengan Datuk Abdullah dan keluarganya. Nampaknya berkampung di hospitallah kau lepas ni. Paling tidak pun
seminggu.Berdoalah semoga kau tak mandul akibat tendangan ‘maut’ Cik Adrianna
tadi.
……………………………………………………………………………………………………..
“ Alhamdulillah, Adrianna
selamat.Amri akan bawa dia pulang.” Datuk Abdullah menadah tangan mengucapkan
syukur ke hadrat Ilahi kerana Adrianna Berjaya diselamatkan tanpa
kecederaan.Sebaik mendapatkan perkhabaran Adrianna telah selamat semua berasa
lega dan bersyukur terutamanya Datin Maimun.
“ Nampaknya, takde rezeki Fahrin
diperkenalkan pada Anna malam ni. Takpelah jom kita makan. Saya pun dah lapar
ni. Macam-macam hal pulak yang berlaku hari ni.Macam drama tv pulak. Takpelah
Fahrin, sabar sajalah ye.Lagi seminggu,kahwinlah awak dengan Adrianna.Lepas
kahwin, berkenalanlah puas-puas dengan anak saya ye! Datuk Abdullah mengurut
dada kelegaan. Sempat lagi dia berlelucon.
“ Biar betul bakal bapak mertua aku
ni..sempat lagi dia buat lawak” Desis Rayyan Fahrin di dalam hati.
Usai makan malam, Rayyan Fahrin dan
Uncle Hashim bertolak pulang. Walau pun tidak dapat mengenali bakal isteri
seperti yang dirancang, Rayyan Fahrin akur dengan kehendakNya. Mungkin ada
hikmah disebalik kejadian yang berlaku pada malam ini.
“ Sabarlah hati, dah sah nikah
nanti, akanku tatap wajah Adriannaku yang bak…bak apa yek? Manalah aku tahu
rupa dia macam mana…” Otak Rayyan Fahrin terus berangan…
Kejadian yang berlaku menyebabkan
Datuk Abdullah mengambil langkah yang lebih berhati-hati terutamanya pada hari
akad nikah anak-anaknya di Pusat Islam. Dia tidak mahu ada gangguan yang akan
mengganggu kelancaran majlis tersebut. Majlis tersebut adalah majlis tertutup
dan dia tidak mahu ada pihak seperti pihak media dan paparazzi yang tak di
undang di dalam majlis itu nanti.
Empat hari lagi majlis pernikahan
dua pasang pengantin akan diadakan. Semua persiapan sedang giat dijalankan dan
semua orang sibuk dengan tugas masing-masing. Rayyan Fahrin telah pulang untuk
menjemput Nenek dan adik perempuannya di kampung.Manakala, adik lelakinya,datang
sendiri. Jarak Universiti Lim Kok Wing di Cyberjaya bukanlah jauh sangat dengan
kondominium Platinum Lake di Danau Kota.
Datuk Abdullah juga telah meminta
Jeffrey bercuti awal sedikit untuk membuat persiapan akad nikah nanti. Lebih
tepat lagi, Datuk Abdullah mengarahkan Jeffrey buat rehearsal dulu. Kata Datuk
Abdullah, “ Ada masa tu,practice-practice dulu ayat penting nak jawab masa akad
nikah nanti. Biar sekali lafaz saja dah sah! Kalau berkali-kali tak sah-sah jugak,
buat malu Baba je! Sia-sia je Baba bagi sekolah tinggi kalau jawab kad nikah
berkali-kali!”
“
Diktator betul Baba ni.Ish tension betul aku!” Baik aku keluar dengan
Luqman.Lepak dekat café pun okay gak..” Lantas kunci kereta Honda CRZ Hybrid di
capai dan kaki terus melangkah keluar. Enjin kereta yang baru di beli dua
minggu yang lalu di hidupkan. Kereta yang berwarna silver itu terus membelah
jalan menuju ke café ‘The Pastries’ yang terletak di Bukit Bintang.
Suasana
di café agak sibuk. Hujung minggu memang ramai pengunjung yang datang. Jeffrey
terus ke meja ‘private spot’ yang memang di khaskan untuk para ‘shareholders’
bersidang. Andy menyambut kedatangannya dengan senyuman panjang. Luqman pula
masih belum nampak batang hidungnya.
Sebaik
sahaja Andy dan Jeffrey duduk, pelayan yang bernama Maya datang ke meja.
“
Bos-bos nak minum apa?” Pantang kalau Jeffrey datang ke café, belum sempat
pelayan lain datang, Si Maya dulu yang akan melayan. Peminat setia katakan,nak
buat macam mana.
“
Saya nak diet Coke” Balas Jeffrey acuh tak acuh. Kadang-kala dia naik rimas
dengan kegedikan Maya. Kalau tak kerana Maya tu saudara bau-bau taik ayam
dengan Andy, mau je dia suruh Andy pecat saja Si Maya.
“
Bagi Abang air Rutbir je. Lepas tu bawaklah apa-apa jajan yang ada, kami ada
hal nak bincang. Jangan nak kacau!” Sengaja Andy buat suara tegas kalau tak
nanti menempel sajalah kerja Si Maya. Seketika kemudian, Maya datang menatang
dulang dan dua gelas minuman yang dikehendaki di letakkan. Sambil meletakkan
dulang, sempat lagi dia merenung muka Jeffrey yang sememangnya hensem. Satu
kerlingan tajam diberi oleh Andy dan Maya terus berlalu pergi selepas itu.
“
So macam mana Jeff? Dah ready ke nak jadi suami orang” Soalan cepu berlian
keluar daripada mulut Andy.
“
Kau ni spoil mood aku je. Aku datang sini nak release tension. Semua orang
asyik Tanya aku soalan tu..cuba Tanya soalan lain. Bantut terus selera
aku.” Gelas yang berisi dengan Diet Coke
di tolak sedikit ke depan.
“
Rileks bro..kahwin best tau! Nak makan ada orang layan, nak tidur ada ‘bantal’
peluk yang boleh gerak-gerak lagi.Tak payah pakai bateri. Kalau sejuk, ada yang
tolong’ hangatkan’..”
“
Dah..jangan nak keluar ayat 25SX kau tu
kat aku. Kang aku cakap dengan Hani yang laki dia ni gatal sangat. Hah tu,
‘Honey’ kau dah datang tu.” Jeffrey menjuihkan mulut ke arah Hani,isteri Andy
yang sarat mengandung tujuh bulan . Hani sedang menapak ke meja mereka.
“
Bini aku sportinglah..takde cepat melenting,cepat cemburu macam perempuan
lain..” Belum sempat Andy menyudahkan ayat, Hani sudah menyampuk.
“ Perempuan mana bang? Jangan sampai Hani tau abang ada ‘affair’ dengan perempuan
lain. Kalau Hani tahu, Abang dengan kekasih gelap abang tu Hani kerat lapan
belas!”
“
Mak ai..ganasnya.Bini sapa ni?” Jeffrey
mengeleng-ngelengkan kepala melihat telatah dua suami isteri yang gaduh-gaduh
manja di hadapannya.
“
Yang, Jeffrey tanya abang tadi, best tak kahwin?” Andy masih berseloroh.
“
Weh..bila masa pulak aku tanya macam tu?” Jeffrey melemparkan popcorn yang ada
di tangan kepada Andy.
“
Bestttt sesangat! Kalau tak best takdelah aku dapat ‘title’ PJK.” Ujar Hani
selamba.
“
PJK tu apa?” Tanya Jeffrey sedikit ‘blur’.
“
Perut jalan ke depan!” Hani dan Andy menjawab serentak dan mereka semua ketawa.
“
Kita orang dah tak sabar nak tengok muka bakal isteri kau..sapa nama dia yang
kau cakap hari tu..Qarmila.. Qarmina..eh tak..alah lupa pulak aku.” Andy
menggaru-garu kepala yang tak gatal.
“
Qalisha…” jawab Jeffrey selamba.
“
Syahdu aku dengar bila kau sebut nama dia. Ermm..Qalisha..Jeffrey. Memang
sesuai sangat nama korang ni. Jeff, citerlah sikit pasal Qalisha ni..misteri
betul. Teruja aku nak tahu. Takkan gambar dia kau takde langsung. Tunjuklah kat
kita orang.” Andy beria-ia menantikan jawapan daripada mulut Jeffrey.
“
Qalisha..dia ni seorang yanggg…entahlah bro,aku pun tak tahu. Aku tak pernah
kenal atau jumpa dia. Masa tunang hari tu,mana aku ada pergi. Gambar dia pun
aku tak ada. Video dan gambar masa tunang hari tu ,hampeh! Anna sengaja nak
kenakan aku. Kau tau, semua gambar yang dia ambil semuanya entah apa-apa. Yang
clear pulak,tengah tunduklah, terlindung dengan muka Mama lah..arghh.geram kau
tahu. Yelah kan,walau pun tunang paksarela, nak jugak aku tengok muka dia
sebelum nikah. Di buatnya kalau gigi dia jongang ke, muka penuh jerawat batu
ke, hidung kena lenyek dengan steamroller ke mampus aku.” Ujar Jeffrey dengan
lagak selamba.
“
Wah wah wah! Sesedap mulut kau redah ye! Takkanlah Mama kau carikan orang yang
macam tu nak buat menantu. Mama kau tu pun dah ‘vogue’giler, menantu dia
mestilah yang sewaktu dengannya dan yang paling penting ‘sekufu’ dengan engko.”
“
Ahh lantaklah. Kalau Mama dan Baba aku dah suka, aku ikut ajelah. Aku nak buat
macam Anna, cuba redha dengan pilihan orang tua. Malas aku nak fikir banyak.Tak
nak jadi anak derhaka beb!” Jeffrey cuba menenangkan fikirannya yang celaru.
“
Macam itulah bro, dengan restu ibu bapa insyaalah kau akan bahagia. Tengok
macam aku dengan Hani ni, Mak aku sayang giler dengan dia ni. Dan yang pasti,
ramai yang gigit jari bila tahu kau dah kahwin nanti,termasuklah peminat setia
kau tu..” Andy memeluk bahu isterinya sambil menjuihkan bibir ke arah Si Maya
yang mencuri-curi pandang pada Jeffrey.
“
Bukan salah aku ramai pompuan jatuh cinta. Nak buat macam mana aku chef
ter’hensem’ dalam abad ini..” Jeffrey meletakkan ibu jari dan telunjuk di
dagunya dan matanya sengaja di kerlip-kerlip berkali-kali.
“
Uwekk! perasan ! masuk belon terbang sendiri.” Andy dan Hani berkata serentak
sambil menjelirkan lidah. Mereka bertiga ketawa dan buat seketika,fikiran Jeffrey
tenang.
P/s: harap korang puas hati dengan en3 ni.wait
4 next chapter k.happy reading..
yeaahhhh kite dah jumpe!!!!!!masih mood raya so salam eid mubarak n salam merdeka....bila nak smbng????
ReplyDelete