BAB
30
“ Harap-harap Jeffrey tak bertekak
dengan Qalish ya Bang.” Ujar Datin Maimun sambil beriringan bersama Datuk
Abdullah menuju ke wad yang menempatkan Qalisha.
“ Eh! Kenapa Mai cakap macam tu?”
Hairan pula bertandang di benak Datuk Abdullah . Wajah isteri disebelah di
pandang dengan penuh tanda Tanya.
“ Yelah, takkan Abang tak tahu Jeff
tu pantang nampak Qalish. Mulut laser takde insurans.Cakap main redah
je,langsung tak fikirkan perasaan si Qalish. Abang jangan tertipu dengan
pelakon idaman Malaya tu. Depan kita, bukan main romantik dia layan Qalish,
belakang kita, menyakitkan hati Qalish sahaja kerjanya.” Datin Maimun sudah
tidak berselindung tentang perangai Jeffrey.
“ Mana Mai tahu? Qalish ada mengadu
kat Mai ke?” Tanya Datuk Abdullah lagi.
“ Qalish nak mengadu? Cari Qalish
lainlah Bang. Qalish tu menantu yang baik. Walau pun apa yang anak kesayangan
kita buat kat dia, sekali pun dia tak pernah cakap atau mengadu apa-apa. Dekat
Nek Jah dan Pak Usunya pun sama. Saya sendiri yang nampak dan dengar. Jeff tak
pernah cakap elok-elok dengan dia. Qalish pun boleh tahan juga, barulah bertemu
buku dengan ruas si Jeff tu. Setiap kali dia nak mengenakan Qalish,dia yang
terkena balik. Ada satu hari tu kan Bang, Mai ternampak mereka berdua bertekak
sampai jatuh tergolek atas karpet..” Galak sekali Datin Maimun bercerita.
“ Awak skodeng anak menantu kita ke?
Tak elok awak buat macam tu sorang-sorang. Lain kali ajak Abang sekali.” Datuk
Abdullah berlagak serius. Namun selepas itu ketawa kecil menyusul.
“ Abang! Ke situ pulak dia! Mana ada
Mai skodeng! Mai ternampak.Kebetulan masa tu Mai nak turun ke dapur nak minum
air. Pintu bilik mereka separuh terbuka.Ada ke tuduh kita skodeng anak
menantu.”Datin Maimun sudah mula mencuka. Merajuk manja.
“ Ai dah merajuk ke? Abang usik je
tadi.” Sebelah tangan merangkul mesra bahu Datin Maimun.
“ Mana ada merajuk.Dah tua-tua ni
Bang, tak larat nak merajuk dah.” Balas Datin Maimun bersahaja.
“ Mana ada tua, Mai tetap muda dan
jelita di hati Abang.Sambil bila-bila.Insyaalah sampai ke nafas Abang yang
terakhir.” Satu ciuman singgap di ubun-ubun Datin Maimun.
“ Ish Abang ni, nak romantik pun
tengok tempatlah. Kita kat hospital ni.” Pipi Datin Maimun mula membahang
seketika. Namun jauh di dalam hati, hatinya berbunga-bunga mendengar pujian
sang suami. Walau pun usia sudah separuh abad, kasih sayang antara mereka suami
isteri tidak pernah pudar malah sentiasa dibaja dengan gurau senda. Mendengar
kata-kata Datin Maimun, Datuk Abdullah hanya buat muka selamba. Tiba-tiba muka
selamba Rayyan Fahrin apabila melayan kerenah Adrianna bertandang dibenak Datin
Maimun.
“ Ermm…ini rupanya tok guru muka
selamba Fahrin tu ya.Baru aku tahu..” Satu senyuman manis diberikan kepada
suami.
Sebaik tiba di depan pintu bilik wad
yang menempatkan Qalisha, Datin Maimun terus memulas tombol pintu. Tanpa
menoleh kepada Qalisha, matanya melilau mencari kelibat Jeffrey. Barang
keperluan Jeffrey dan Qalisha yang di bawa di letakkan di atas meja di depan sofa.
Datin Maimun berpaling ke arah Datuk Abdullah sambil mulutnya mengomel.
“ Mana pulak perginya si Jeffrey
ni..” Dia menghentikan kata-katanya apabila melihat Datuk Abdullah meletakkan
jari telunjuk di bibir.
“ Shhhhh..” Datuk Abdullah menuding
ke arah Jeffrey dan Qalisha yang sedang lena di atas katil. Nyenyak sekali
walau pun dalam cahaya yang terang.
Bulat mata Datin Maimun memandang
seolah tidak percaya apa sedang dilihat. Dia turut tersenyum. Tiba-tiba mentol
lampu mindanya bernyala. Cepat-cepat dia mengeluarkan Samsung Galaxy Tablet di
dalam tas tangannya lalu beberapa keping gambar kandid Jeffrey dan Qalisha
diambil. Dia menunjukkan gambar-gambar yang di rakam kepada Datuk Abdullah.
“ Abang tengok ni,so sweet. Romantik
sangat gambar mereka berdua yang sedang lena tidur ni. Gambar sisi yang sangat
cantik.Mai nak framekan gambar ni,letak dalam bilik mereka besar-besar.” Datin
Maimun mengawal suaranya.Takut juga kalau mereka berdua tersedar.Selain itu,
Datin Maimun risau aksi berdakapan mesra bertukar menjadi aksi bertolakan
sampai keduanya jatuh daripada katil.
“ Tak payah kacau dia oranglah Mai.
Jom kita balik. Biarkan mereka macam ni. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian
yang menimpa Qalish ni. Mana tahu mereka berdua betul-betul berbaik.” Sporting
sekali Datuk Abdullah mengajak Datin Maimun keluar.Malas nak kacau daun.
Bagaikan pencuri pula Datuk Abdullah
dan Datin Maimun menyelinap keluar. Sebelum menutup daun pintu, sempat lagi
mereka berdua menjeling ke arah Qalisha dan Jeffrey yang lena di ulit mimpi.
Mereka berdua beredar daripada situ dengan senyuman yang tidak lekang daripada
bibir.
Pukul lima setengah pagi, seorang
jururawat bertugas masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan rutin. Usai
selesai menjenguk bilik –bilik sebelumnya, jururawat yang bernama Evelyn
menolak daun pintu bilik 405 dengan perlahan. Sebuah troli di tolak bersamanya.
Tanpa memandang ke arah katil, dia membaca carta pesakit dan meneliti carta
tersebut. Pen hitam di dalam poket baju dikeluarkan lalu beberapa catatan rutin
di tulis pada carta tersebut. Sudah tiba masanya untuk mengejutkan pesakit
untuk mengambil bacaan tekanan darah dan makan ubat.
“Qalisha Bt Qhairil. Umur dua puluh
empat. Minor cuts and bruises only.” Jururawat berketurunan serani itu membaca
carta.
“Erk! Alahai ada aksi dot dot pulak.
Mak ai, siap tidur berpelukan lagi. Tahulah ini private hospital yang mewah.Kot
ya pun, tak perlulah tunjuk kasih sayang kat sini. Ni mesti kes baru kahwin. Eh
macam aku kenal je muka yang lelaki ni,tapi kat mana ya? Adoi,aku pulak yang
naik segan nak kejutkan mereka ni.” Jururawat Evelyn mengaru-garu kepala yang
tidak gatal. Muka si lelaki amat biasa di lihat namun fikirannya pada masa itu
tidak mampu mengecam siapa gerangan lelaki tersebut.
Walau pun sedikit segan, Evelyn
terpaksa juga mengejutkan Qalisha. Dia perlu mengambil bacaan tekanan darah
gadis tersebut dan memberi ubat seperti di dalam preskripsi yang telah
ditetapkan oleh doktor di dalam carta.
“ Err..Cik Qalisha. Maaf mengganggu.
It’s time to get up. Saya perlu ambil bacaan tekanan darah Cik.” Evelyn
bersuara namun tiada jawapan. Tiada pergerakkan daripada kedua mereka baik yang
lelaki mahu pun perempuan.
“ Mak ai, ni tidur ke pengsan?”
Evelyn mencuba sekali lagi.Kali ini lebih kuat.
Panggilan namanya sayup-sayup
kedengaran. Qalisha membuka mata perlahan. Matanya masih berat dan rasa
mengantuk masih bersisa. Rasa berat sekali untuk membuka mata. Dia lupa
seketika yang dia berada di atas katil hospital. Entah kenapa dia tidur dengan
lenanya serta bermimpikan Mama dan Papa.
“ Eh apasal susah sangat nak bangun
ni? Apa benda pulak yang ‘menghempap’ perut aku ni berat semacam je.” Qalisha
masih terpisat-pisat. Tiba-tiba matanya terbuka luas sebaik dia melihat tangan
yang enak-enak melingkar pada pinggangnya. Dia terus menjerit sebaik ternampak
muka Jeffrey yang agak terlalu hampir dengan mukanya.
“ Argh!!!!!!!! Apa kau buat kat
aku!” serentak dengan itu, kakinya automatik menendang Jeffrey dengan sekuat
hati. Akibat daripada tendangan tersebut,Jeffrey jatu tergolek ke bawah
bagaikan nangka busuk.
“
Buk! Adoi! What the ….Wei, apasal kau tendang aku? Buang tebiat betul dia ni.”
Jeffrey cuba untuk bangun. Sengal juga punggung dan pinggangnya bila terjatuh
sebegitu. Boleh tahan juga tinggi katil hospital tersebut. Tiba-tiba Qalisha
dan Jeffrey sama-sama terdiam. Mereka sama-sama terkejut namun masing-masing
cuba control ayu apabila melihat sepasang mata jururawat beruniform merah jambu
yang turut sama melopong di situ,
barulah Jeffrey tersedar di mana dia berada. Begitu juga dengan Qalisha.
Langsung dia tidak menyangka tindakan spontannya menendang Jeffrey sebentar
tadi menjadi bahan tontonan. Rasa bersalah pula menjengah kerana secara tidak
sengaja, dia telah memalukan Jeffrey.
“Errr.. maaf nurse, maaf abang.
Qalish tak sengaja. Ingatkan perogol bersiri mana tadi.” Selamba tenuk Qalisha
menjawab sambil membuat muka simpati mahu menutup rasa malu dan segan yang
bertandang sehingga tergagap-gagap bicaranya.
Jururawat yang turut sama terkejut
akhirnya turut sama tersenyum malu.Tidak sangka tugasan rutin pada hari
tersebut membuatkan dirinya dapat menonton lawak mega. Walau pun dia turut sama
terkejut beruk, namun tercuit juga rasa hati melihat gelagat pasangan yang
berada di depannya. Tanpa berlengah, dia terus menjalankan tugasnya untuk
memeriksa tekanan darah pesakit.
“ Ermm..bacaan normal.Ini ubat yang
puan kena makan. Saya keluar dulu. Kalau Puan nak bersihkan diri boleh. Pukul
lapan nanti doktor akan datang untuk memeriksa puan. So kalau tak ada
apa-apa,saya keluar dulu.” Jururawat Evelyn menghulurkan beberapa biji tablet
di dalam cawan kecil kepada Qalisha. Qalisha hanya menggangguk dengan muka yang
masih tebal. Malu siot!
Sebaik jururawat berlalu pergi,
Qalisha memandang muka Jeffrey yang terang-terang masih tidak puas hati.
Sebelah tangannya masih mengurut pinggang yang sengal-sengal.Boleh tahan jugak
tendangan Qalisha tadi.
“ Ko ni pehal tendang-tendang aku?
Kau tahu tak apa hukumnya isteri yang memperlakukan suami macam yang kau buat
tadi. Nak aku jelaskan satu persatu ke?Eh lupa pulak, kau kan arif bab-bab
isteri yang ingkar dan derhaka ni. Buat apa aku nak cakapkan.” Kata-kata
Jeffrey cukup sinis.
Perkataan
‘abang’ sudah berganti dengan perkataan ‘aku’ dan ‘kau’. Sakit hatinya apabila
diperlakukan begitu oleh Qalisha sedangkan niatnya hanya mahu menolong
mententeramkan Qalisha yang meracau-racau di dalam tidur. Dia tidak menyangka
sampai begitu sekali tindakan reflex Qalisha apabila dia memeluknya. Tanpa
menunggu jawapan daripada Qalisha, Jeffrey terus menapak ke bilik air yang
terdapat di dalam bilik wad itu.Malu siot! Secara tidak sengaja jururawat tadi
ternampak aksi yang memakukan itu. Jeffrey berdoa agar Jururawat tadi tidak
mengecamnya. Pintu bilik air dihempas sehingga berdentum bunyinya.
Kata-kata Jeffrey cukup
menghangatkan cuping telinga Qalisha.Sinis sekali. Rasa sakit hati dan geram
mula bertapak di hatinya.Namun dalam masa yang sama, rasa bersalah turut
menjelma. Memang Qalisha berasa amat bersalah.Sebenarnya dia bukan sengaja mahu
menendang Jeffrey sehingga jatuh tergolek tetapi oleh kerana terlampau terkejut
dia tertendang Jeffrey secara tidak
sengaja.
“ Alamak merajuk pulak Si Jeff tu.Apa
aku nak buat ni.Memang aku yang salah pun.Habislah aku kalau macam ni.Mama pun
akan cakap aku yang salah.Nek Jah? Mati keras aku kalau Nek Jah tahu. Erk!
Nampak gayanya aku kena mengalah dan minta maaf dengan dia. Pujuk dia? Mampus
aku.Bab pujuk-memujuk rayu-merayu lelaki yang aku lemah sangat ni.Bukan setakat
lemah tapi gagal terus.” Qalisha mula mundar-mandir di tempat yang sama.
Mindanya sarat mempertimbangkan apa yang harus di lakukan.
Qalisha masih lagi mundar-mandir di
depan pintu menunggu Jeffrey keluar daripada bilik air. Apa pun yang terjadi,
dia akan memohon maaf daripada Jeffrey. Qalisha sudah nekad. Terpulanglah pada
Jeffrey sama ada mahu memaafkan dia atau tidak.
Sebaik sahaja pintu bilik air di
kuak dari dalam, sepantas itu juga Qalisha berdiri terpacak menghalang langkah
Jeffrey. Terkejut sungguh Jeffrey dengan tindakan Qalisha itu. Hatinya mula
berangin taufan. Entah apa lagi yang perempuan ini mahu darinya.
“Tepilah!
Pagi-pagi dah buat aku menyampah.”Keras sekali kata-kata yang dilontarkan
Jeffrey.Namun Qalisha tetap tidak berganjak.
“ Errr..awak…eh! Abang…” Kata-kata Qalisha
tersangkut di situ.
“ Kau fikir dulu apa yang kau nak cakap lepas tu
baru kau bagi tahu.Aku takde masa nak melayan orang gagap macam kau.” Jeffrey
merengus sambil menepis Qalisha dengan kasar. Hampir terjatuh Qalisha di
buatnya.
Qalisha terpana dengan tindakan Jeffrey. Rumusan
yang mampu Qalisha fikirkan pada masa itu adalah Jeffrey benar-benar marah.
Tiba-tiba teringat pula kata yang pernah disampaikan oleh salah seorang
pendakwah bebas di kaca tv, ‘jangan biarkan suami meninggalkan rumah dalam
keadaan marah dan kecil hati terhadap kita.Jika itu berlaku, kita berdosa dan
para malaikat juga turut sama melaknat selagi si isteri tidak meminta ampun
dengan suaminya.’
Kecut perut bila memikirkan kata-kata tersebut.
Jeffrey sudah mahu beredar, jaket kulit yang terdampar di atas sofa di ambil
bersama topi keledar ‘full face’. Jeffrey mengambil kunci motosikal berkuasa
besar milik Luqman dan mula mengatur langkah pergi.Sedikit pun tidak
mempedulikan Qalisha lagi. Melihat tindakan Jeffrey yang mahu pergi, Qalisha
terus berlari mendapatkan Jeffrey dan memeluk Jeffrey daripada belakang. Egonya
di campak sejauh mungkin.Kemaafan Jeffrey perlu diraih.Dia tidak mahu
mengeruhkan lagi keadaan. Walau pun pergelangan kaki masih sakit dan sedikit
terhencut-hencut, Qalisha memeluk Jeffrrey dengan kemas.
“ Please don’t go. Forgive me. Qalish tahu Qalish
tak patut buat Abang begitu. Hukumlah Qalish.Qalish memang berdosa dengan
Abang.Qalish betul-betul minta maaf.” Qalisha memejamkan mata menanti tindakan
Jeffrey selanjutnya.Qalisha mengemaskan pelukan apabila Jeffrey seolah cuba
melepaskan pelukannya.
Buat seketika tiada suara keluar antara
mereka.Terkejut juga Jeffrey dengan tindakan Qalisha memeluk dan memohon maaf
daripadanya. Akhirnya dengan dengan keluhan yang dalam, Jeffrey bersuara.
“ Ikhlas ke kau minta maaf ni? Jangan pulak dah
minta maaf lepas ni kau buat lagi.” Jeffrey memusingkan badannya untuk mengadap
Qalisha.Dia cuba mencari kemaafan daripada si pemilik mata bundar yang jernih
itu.
Qalisha menggangguk-anggukkan kepala. Dagu Qalisha
di angkat dan mata Qalisha direnung. Mata bundar itu mula berkaca, tersentuh
dengan perlakuan sang suami.
“ Qalish sanggup buat apa saja asalkan Abang maafkan
Qalish.” Perlahan sahaja bunyi suara Qalisha.Jantungnya bagai nak pecah dek
kerana terlalu berdebar-debar menanti reaksi oleh Si Jeffrey.
Tiba-tiba, ‘cup!’ satu ciuman singgah di bibir
Qalisha.Qalisha terpaku. Jeffrey hanya tersenyum.Namun pada pengamatan Qalisha,
senyuman itu cukup sinis.Ada unsur tanpa perasaan di situ.
“ Abang akan claim janji Qalish yang sanggup buat
apa sahaja asalkan Abang maafkan Qalish tu kemudian.Sekarang ni, pergi
mandi.Busuk.”Jeffrey berpura-pura menutup hidung. Matanya dikenyit nakal dan
satu flying kiss diberikan pada Qalisha yang masih terpaku. Kemudian dia terus
berlalu pergi meninggalkan Qalisha yang masih ternganga.Speechless!
“ Erk! Dia maafkan aku ke tak ni?” Qalisha
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Akhirnya dia tersenyum sendiri. Boleh
tahan juga tindakan berani matinya sebentar tadi.
“ Aduh…senyuman itu bisa sekali menusuk kalbu.
Ganteng bangat sih.Memang bisa mengganggu-gugat dan memporak-perandakan jiwa
aku. Eh bila masa pulak aku jadi awek indon nih?” Qalisha mengaru-garu kepala
yang memang sah tiada kutu rayau.
Tengahari itu ketika waktu melawat, Rayyan Fahrin
dan Adrianna datang melawat Qalisha bersama-sama dengan Datuk Abdullah dan
Datin Maimun. Jeffrey? Macam biasalah, subuh hari lagi dia kembali ke lokasi pengambaran di Shah
Alam. Rayyan Fahrin dan Adrianna berjalan beriringan dengan Adrianna. Rayyan
Fahrin menggenggam erat tangan Adrianna menuju ke arah wad yang menempatkan
Qalisha.
Pada mulanya, Rayyan Fahrin agak teragak-agak juga
mahu meraih tangan Adrianna. Bukan apa, takut juga kalau isteri yang di
cintainya itu tiba-tiba melenting. Rayyan Fahrin berasa lega apabila Adrianna
tidak membantah sebaliknya hanya membiarkan Rayyan Fahrin menggenggam lembut
jari-jemarinya. Rayyan Fahrin tersenyum puas. Sikap Adrianna yang tidak lagi memberi tindak –balas negative
membuatkan hatinya terpaut dengan isterinya sendiri.
Adrianna pula, hanya membiarkan jemari runcingnya
digenggam erat oleh Rayyan Fahrin. Sesekali mata Adrianna menjeling ke wajah lelaki
yang sudah tiga bulan lebih bergelar suaminya dengan perasaan yang berbaur.
Baginya amat sukar sekali untuk dia mempercayai kata-kata yang lahir daripada
mulut lelaki tampan dan bermulut –manis seperti Rayyan Fahrin. Apa yang berlaku
antara dia dan Shamsul suatu ketika dulu benar-benar merobek perasaan.Nasib
baiklah dia tidak berkahwin dengan buaya tembaga tu,kalau tidak sudah tentu dia
makan hati sepanjang masa.
Tiba-tiba, telefon milik Rayyan Fahrin berbunyi.
Rayyan Fahrin terpaksa melepaskan tangan Adrianna yang dipegang. Kocek seluar
jean yang di pakai di seluk.Sebaik sahaja melihat nama pemanggil,Rayyan Fahrin
terus mengukir senyum.
“ Hello cutie, kejap lagi Abang sampai.”
“Ya…Abang ada bawak ‘Tabby’ Qalish ni ha. Kenapa?
Dah bosan sangat ke dok sorang-sorang kat wad?”.Sungguh manja suara Rayyan
Fahrin. Ya, manja yang di buat-buat untuk menguji sama ada Adrianna cemburu
atau tidak. Qalisha memintanya membawa Samsung tablet apabila dia datang
melawatnya di hospital untuk menghilangkan kebosanan.
Adrianna sudah mula berasa cuak. Dia tahu Rayyan
Fahrin sedang berbual dengan Qalisha di telefon. Entah mengapa, hatinya berasa
jengkel dan meluat mendengar perbualan Rayyan Fahrin dengan Qalisha yang pada
pendengarannya cukup akrab. Adrianna melajukan langkah kakinya dengan muka
bagaikan mangga muda. Dia meninggalkan Rayyan Fahrin yang sedang berbual di
talian lalu menyaingi Mama dan Baba yang sedang beriringan di hadapan.
“ Huh! Buat aku menyampah je! Kejap lagi cakaplah
face-to-face lama-lama. Tunggu ya Qalish..Abang Ray datang ni…” Adrianna
mencebik di dalam hati. Tanpa dia sedari, perasaan cemburu apabila Rayyan
Fahrin berbicara mesra dengan Qalisha atau mana-mana perempuan lain sudah mula bertapak
di dalam hati.
Setiap kali Rayyan Fahrin datang ke pejabatnya,
melopong semua semua staff perempuan sampai ada yang ternganga mulut. Di tambah
pula dengan Rayyan Fahrin yang memang tak lekang dengan senyuman ‘killer’ dia
tu dan ramah pula melayan semua staffnya, maka bertambahlah geram hati
Adrianna. Bukan setakat staff pompuan, malah si Fizz ,PA jambu Adrianna pun
bukan main lagi. Dengar sahaja Rayyan Fahrin datang dia tersengih sampai ke
telinga! Hensem sangat ke laki kau ni Adrianna?
Rayyan Fahrin sudah tersenyum.Bukan dia tak nampak
muncung Adrianna yang sudah boleh di ikat riben itu. Tadi pun sengaja dia
bercakap lembut dan romantic dengan Qalisha kerana mahu melihat reaksi daripada Adrianna sehinggakan Qalisha
mengatakan dia sudah buang tabiat kerana memanggilnya ‘cutie’. Kata Qalisha
lagi, bunyinya macam memanggil anak kucing pula.
“ Ermmm…nampak macam ada unsur jeles.Jeles tandanya
sayang.Dia sayang ke tak kat aku agaknya ya? Nampak gaya nak kena buat
eksperimen ni.” Otak Rayyan Fahrin sudah berkira-kira dengan apa yang akan di
lakukannya sebentar nanti.
“ Anna, tunggu abang!” Rayyan Fahrin sudah berlari
anak mendapatkan Adrianna yang sudah jauh di hadapan.
Adrianna berpaling apabila dengan kuatnya Rayyan
Fahrin memanggil. Bukan setakat Anna sahaja yang berpaling,malah beberapa orang
yang berada di laluan koridor ke wad itu turut sama berpaling.Ada yang membuat
tanda ‘shhhh’ mengingatkan yang mereka berada di kawasan wad.
Adrianna menepuk dahi.Geram pula rasa hatinya kerana
tidak pasal-pasal dia menjadi tumpuan orang seketika. Datin Maimun dan Datuk
Abdullah sudah jauh di depan macam tak sabar pula mahu berjumpa dengan menantu
kesayangan.
“ Kenapa tak jerit kuat sikit lagi? Yang tadi tu tak
berapa nak dengar.” Adrianna menyindir. Langkahnya di hentikan.Sempat lagi satu
dengan jelingan yang tajam diberikan pada Rayyan Fahrin.
“ Sorry sayang,Abang tak perasan tadi Abang panggil
sayang terlebih ‘volume’. Kenapa tinggalkan Abang macam tu je?” Sengaja
suaranya di lantun dengan gaya yang cukup menggoda.Siap berbisik lagi dan
dengan selamba, sebelah tangannya memaut pinggang Adrianna mesra supaya
berjalan beriringan dengannya.
“ Awak ni kenapa? Kita kan kat hospital ni.Tak
payahlah nak tunjuk romantik bagai.” Adrianna sudah berasa kurang selesa bila
ada mata-mata yang memandang apabila mereka berselisih.
“ Kat sini tak boleh, jadi kalau kat rumah bolehlah
ye?” Rayyan Fahrin cuba menggiat Adrianna.Dia cukup suka apabila melihat muka
Adrianna yang putih melepak itu berona merah menahan marah dan malu. ‘Cupp!!’
saru ciuman pantas singgah di pipi Adrianna.
“ ‘Abang’.Kalau Anna panggil Abang, ‘awak’ sekali
lagi,Abang cium kat bibir pulak,tak kira kat mana pada masa tu. Hari tu kan
cakap.”
“ Arghhhh!!! Malas nak layan awa…eh Abang ni tahu
tak! Buat sakit hati je.”Adrianna terus menonong ke depan mencari kelibat Datin
Maimun dan Datuk Abdullah yang sudah hilang daripada pandangan.
Rayyan Fahrin tersenyum puas.Menjadi juga ujian
spontan yang di lakukan tadi. Rayyan Fahrin pasti Adrianna cemburu apabila dia
berpura-pura melayan panggilan telefon daripada Qalisha dengan mesra.
“ Abang tahu Anna sayangkan abang. Cuma mungkin
bukan masanya lagi untuk Anna luahkan. Ambillah seberapa lama masa yang Anna
perlukan.Abang akan tunggu.” Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati Fahrin.
Langkah di hayun menuju ke wad di mana Qalisha di tempatkan di mana Adrianna
dan ahli keluarga yang lain berkumpul.
Suasana di dalam wad eksklusif tersebut bertukar
kepada mood yang ceria. Usai tiba di situ, Doktor Emelda dan Doktor Azrul
selaku doktor pakar yang merawat Qalisha mengesahkan yang Qalisha sudah
dibenarkan untuk keluar daripada hospital pada petang itu. Qalisha gembira
bukan kepalang kerana dia tidak perlu berada di wad lagi dan yang paling
penting, dia tidak perlu menyusahkan sesiapa untuk bersusah-payah menemaninya
di dalam wad. Esok. Nek Jah dan Usu Qhairul serta Kak Yasmin akan datang untuk
melawatnya. Bila difikirkan tentang Nenek kesayangannya itu,Qalisha berasa
kecut perut. Entah apa yang akan dihamburkan oleh Nek Jah apabila mengetahui
apa yang terjadi. Mahu tak mahu sudah tentu dia terpaksa menadah telinga untuk
mendengar tazkirah yang bakal di sampaikan oleh Nek Jah nanti.
Datin Maimun dan Datuk Abdullah juga teramat
bersyukur kerana tiada apa serius berlaku kepada Qalisha ketika di serang.Kalau
tidak tentu mereka akan berasa malu yang teramat sangat dengan Nek Jah kerana
tidak dapat menjaga cucu kesayangannya. Datuk Abdullah sudah berkira-kira untuk
menugaskan seorang pengawal untuk menjaga keselamatan ahli keluarganya.Dia
cukup bimbang sekiranya sesuatu yang buruk akan menimpa keluarganya sekiranya
tanpa pengawasan yang rapi. Datuk Abdullah tahu, ramai orang yang akan cuba
menghampiri Qalisha sekiranya mereka tahu Qalisha adalah menantunya.Tambah haru
lagi sekiranya orang surat khabar mendapat tahu Qalisha adalah isteri Jeffrey.
Otak Datuk Abdullah sudah ligat untuk memikirkan apa yang harus di lakukan
dengan menantu perempuannya itu.
Sedang mereka berbual, mereka sekeluarga din
kejutkan dengan suara orang orang member salam.
“ Assalamualaikum.”
Semua yang berada di dalam bilik wad itu menoleh ke
arah pintu masuk.
“ Waalaikummussalam.”
Pantas sekali Qalisha menjawab dengan perasaan
teruja.Dia cukup kenal suara itu.
“ Nenek!”
Tanpa menghiraukan keadaan kakinya yang masih
terhincut-hincut, Qalisha turun daripada katil dan meluru ke arah Nek Jah dan Qhairul
yang sedang menapak masuk.
“ Nenek! Rindunya.dah hampir sebulan tak jumpa.
Nenek sihat?”
Batang tubuh Nek Jah yang sudah mencecah usia enam
puluh tahun di peluk kemas. Kedua belah pipi tua di cium mesra.
“ Ya Allah kamu ni Qalish! Kamu kan sakit.”
Nek Jah cuba meleraikan dakapan Qalisha. Begitulah
Qalisha,sememangnya dia cukup manja dan mesra dengan Neneknya.
Qalisha meraih tangan Nek Jah lalu di salam dan
kemudian tangan Qhairul pula menjadi sasaran.
“Apa khabar Datuk,Datin..maaflah kalau cucu saya
yang seorang ini menyusahkan Datuk dan Datin sekeluarga.”
Ucapan spontan itu keluar daripada mulut Nek Jah
sebaik menyambut salam yang di hulurkan oleh Datin Maimun.
“ Ya Allah Kak Jah, janganlah panggil kami sebegitu.
Panggil saya Mai sudah.Lagi pun, saya yang sepatutnya meminta maaf kerana tidak
menjaga menantu saya dengan baik.”
Datin Maimun pula yang berbahasa. Jujur jauh di
sudut hati dia berasa segan dengan Nek Jah atas apa yang berlaku pada Qalisha.
Mujurlah Qalisha tidak diapa-apakan kalau tidak apa yang hendak dia cakapkan
pada wajah tua yang mengamanahkan tanggungjawab menjaga Qalisha padanya? Apa
yang lebih menyakitkan hati ialah sikap lepas tangan Jeffrey. Kalau hendak
diikutkan malu pula rasanya pada Nek Jah. Isteri berada di hospital tapi si
suami tak habis-habis dengan shooting sana-sini.
Nek Jah
membelek pergelangan kaki Qalisha yang terseliuh. Masih bengkak sedikit.Kalau
tak di urut lambat nak baik dan boleh memudaratkan.
“ Datuk,Datin, Nenek rasa kaki Qalisha perlu di
untuk cepat sembuh. Nenek rasalah, Nenek nak bawak Qalisha balik kampung dalam
seminggu.Nenek nak urut sendiri.Takut nanti kalau berurut dengan orang yang tak
berapa mahir lain pula jadinya.” Nek Jah meminta kebenaran dengan penuh
berhemah. Bimbang kalau-kalau Datuk dan Datin tersalah faham.
“ Nek Jah, Mai mintak maaf sebab tak jaga Qalish
dengan baik.” Datin Maimun bersuara perlahan.Dia berasa besalah di atas kejadian yang menimpa Qalisha.
“ Kenapa cakap macam tu? Ini bukan salah
sesiapa.Benda dah nak jadi. Nak buat macam mana?” Giliran Nek Jah pula yang
bersuara.
Lain pula dengan Qalisha. Dengar saja perkataan ‘kampung’,kalau
boleh dia nak melompat sampat ke siling. Gembira bukan kepalang.Rindu sungguh
pada rumah Nek Jah dan biliknya dan katilnya dan bantalnya, Yop,Leman,Kembang
dan anak Kembang yang dua ekor tu! Kelas
Nek Jah anak kembang di beri nama Jlo dan Jolie. Ha ha ha! Bila masa Nek Jah
jadi peminat tegar artis Hollywood ni takde sapa yang tahu!
best ...best...nnt post n3 baru ye ..
ReplyDeleteBEST SANGAT-2 SELALU LAH UPDATE YA TQ.
ReplyDeleteBest! Agak2 novel ni bakal keluar dalam versi cetak tak? Tak puas baca online..hehe
ReplyDeletesronoknyeee slalulh update ek ~ayana
ReplyDeletesweeeetttt jeee.....
ReplyDeletesaya suka saya suka...
best2!!! nk lg..
ReplyDeleteFinally dpt jugak baca babak Rayyan n Adrianna, diorang very-very sweet
ReplyDeletepesanan utk Anna< kalau dah rase cinta di hati..., luahkanlah ianya dengan lafaz yang tulus < jiwang tak ayat eden, Chewahhh >_<
By the way,everything is perfecto.........n best sangat-sangat
keep it up my sister..^_^
*Kiesya_White*
Suka..suka.. Cpt smbung ya.. Ari2 jengok blog ni nk tngk entry bru.. Huhuhu
ReplyDeletewaiting for de next n3 !! cita memang da boomm !! gud job sis Risa ..
ReplyDeleteakak tk bukukan ke cite ni? tk sabar nak baca episod seterusnya~
ReplyDeleteBila nk publish jdi novel ni...
ReplyDeleteOrg nk baca smpai the end dia..
Best giler smpaikn termimpi-mimpi..
Hehehe.. ^..^
lama menunggu, terubat rindu...bila qalish balik kpg, rindu ke tak si jef tu...ingin nak tahu, smbg cepat yerrr
ReplyDeleteBestnyer...... terubat rindu........
ReplyDeletex nak buat buku ke?cite die best,,,hri2 bukak blog ni nk tgk sambungan
ReplyDeleteTolonglah bukukan
ReplyDeletesaya sangat suka sekali...
ReplyDelete