Total Pageviews

Tuesday 23 October 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 22


BAB 22

            Datuk Abdullah sedang membaca buku di bilik bacaan yang juga merangkap bilik kerjanya. Buku ‘ World’s Great Leaders’ yang berkulit tebal menarik perhatiannya. Buku yang di beli oleh Jeffrey ketika berkunjung ke Tokyo dua bulan lepas  amat menarik perhatiannya. Sudah lama dia mahu membacanya namun kesibukan membuatkan Datuk Abdullah menangguhkan hobinya yang satu itu. Sedang asyik melayan buku, tiba telefon bimbit yang di khaskan untuk urusan peribadi berbunyi. Tidak ramai yang tahu nombor tersebut. Talian itu khas untuk urusanya bersama Hashim dan orang kepercayaannya seperti Amir dan Amri.
            “ Hello.”
Hanya sepatah perkataan yang keluar daripada mulut Datuk Abdullah. Nadanya cukup serius. Bila nama ‘Hashim’ tertera di skrin telefon pintar tersebut, Datuk Abdullah sudah mencerna perkara yang akan di khabarkan oleh Hashim.
            “ Hello Datuk. Hashim bercakap. Kita dah berjaya. Eric Chia bersetuju dengan tawaran yang kita tawarkan. Dia bersetuju menjual lima belas peratus syer Ocean Blue dan merahsiakan penjualan ini daripada pengetahuan Robert Tan. Dia sudah menandatangani kontrak penjualan dan penyerahan syer.”
“ Alhamdulillah.Saya cukup gembira dengan berita ini. Pandai  awak uruskan orang macam Eric, Shim.”
“ Bukan saya seorang Datuk. Ini semua adalah atas kebijaksanaan Stephen bermain kata.Lagi pun, Eric Chia benar-benar dalam keadaan terdesak jadi tawaran kita umpama orang mengantuk di sorongkan bantal.”
 Seperti yang dipersetujui, saya sudah arahkan Stephen untuk menguruskan pembebasan Eric daripada tahanan pihak berkuasa Macau. Kita terpaksa membayar bon jaminan kepada pihak berkuasa Macau. Tapi Datuk jangan risau, semuanya sudah beres. Saya dan Stephen dalam perjalanan balik ke Malaysia sekarang.” Panjang lebar Hashim menyampaikan maklumat terkini kepada Datuk Abdullah.
            “ Bagus Shim, nanti aturkan pertemuan saya dengan Eric Chia. Saya nak bersemuka dengan dia secepat yang mungkin.” Datuk Abdullah berkata dengan tegas.
            “ Bagaimana dengan Tengku Mukhriz, Datuk?” Giliran Hashim pula bertanya.
            “ Ermm,saya tunggu awak dan Stephen balik. Esok  saya akan Tengku Mukhriz sudah bersetuju untuk bermain golf bersama. Saya akan cuba memujuk Tengku Mukhriz supaya menjualkan sepuluh peratus lagi syer miliknya kepada saya. Tambahan pula sekarang ini,harga saham Ocean Blue jatuh teruk. Ada spekulasi yang mengatakan Ocean Blue sedang mengalami masalah kewangan yang teruk. Saya rasa awak pun dah tahu,saham Ocean Blue adalah antara sepuluh kaunter yang paling rugi di niagakan di Papan Kedua semalam. Saya rasa kita ada peluang. Saya akan pergi bersama Amri dan Amir,mungkin saya akan ajak menantu saya,Rayyan Fahrin bersama juga.”
            “ Kalau macam tu,Datuk ada peluang beli semua saham di dengan harga yang rendah.Tapi Datuk, bagaimana kalau harga saham Ocean Blue terus merudum? Datuk akan mengalami kerugian yang besar nanti.” Hashim melahirkan kebimbangan. Bukan apa.ia melibatkan jumlah wang yang berjuta.
            “ Jangan risau,saya akan fikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Awak tahu kan,by hook by crook saya perlu kuasai Ocean Blue Konsortium Berhad.” Mendatar sahaja bunyi suara Datuk Abdullah.
            “ Saya setuju Datuk bawa Amri dan Amir, mereka berdua boleh diharapkan untuk sebarang kemungkinan. Saya harap Datuk berhati-hati dengan Tengku Mukhriz.Maklumat yang saya dapat mengesahkan dia terlibat dengan Geng Naga Merah.” Hashim melahirkan sedikit kebimbangan terhadap Datuk Abdullah.
            “ Saya tahu.Awak tak perlu risau. Saya akan sentiasa berhati-hati.” Jawab Datuk Abdullah.
            “ Menantu Datuk sudah tahukah tentang semua ini?”
            “ Awak jangan risau.Dia belum tahu.Rayyan Fahrin akan tahu bila tiba masanya. Bila saya betul-betul percayakannya.”
            “ Datuk masih belum percayakan Fahrin?”
            “ Saya percayakan dia tapi bukan seratus peratus. Setakat ini, saya nampak dia ada ciri kepimpinan seperti yang saya harapkan.Saya yakin dia boleh membimbing anak saya dengan baik. Dari segi bisnes pula, saya yakin dia boleh jadi pengganti saya suatu hari nanti. Pada pandangan saya dia mempunyai aura charismatic leader. Saya tak pernah silap lagi dalam membuat penilaian dan saya harap penilaian saya kali ini juga tidak silap.”
            “ Baiklah Datuk.Saya akan laporkan perkembangan semasa. Jumpa Datuk bila saya tiba di Malaysia nanti. Assalamualaikum.” Hashim mematikan talian.
Datuk Abdullah meletakkan telefon pintar di atas meja. Badannya di sandarkan pada kerusi kulit mewah yang dibeli khas oleh Datin Maimun untuknya. Kepalanya sarat memikirkan perancangan yang sudah lama di rancang.Tinggal lagi melaksanakan sahaja dan sekarang dia telah mula melancarkan ‘serangan balas’.Walau dengan apa cara sekali pun,dia perlu merampas semula Ocean Blue yang sepatutnya menjadi hak mutlak Mary Jane dan Jeffrey . Mary Jane dan Jeffrey adalah pewaris sah empayar Ocean Blue Konsortium, Syarikat besar yang terlibat dalam bidang perhotelan dan juga resort peranginan.
“ Aku janji pada kau Seng, aku akan rampas semula apa yang mereka rampas daripada kau. Tiba masanya nanti,aku akan satukan semula Jeffrey dengan Mary Jane. Aku juga akan pastikan Ocean Blue Resort ‘kembali’ semula kepada isteri dan anak kau.”
Dua puluh lapan tahun bukanlah suatu masa yang singkat.Dalam tempoh inilah Datuk Abdullah berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti penat dan lelah membangunkan empayar dan  perniagaan Casa Impiana. Sehingga sekarang,dia mampu tersenyum kerana usaha jerihnya itu akhirnya berbalas. Buktinya, Casa Impiana sekarang adalah sebuah syarikat hartanah yang terkemuka serta tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Semua ini adalah kerana sedikit modal yang ditinggalkan oleh Mendiang Chee Seng.
Masih segar dalam ingatan Datuk Abdullah peristiwa yang berlaku dua puluh lapan tahun yang lalu. Setelah Chee Seng di bunuh di hospital sehari selepas Mary Jane selamat melahirkan Jeffrey,dia terpaksa membawa Mary Jane dan juga Jeffrey yang masih merah lari meredah malam yang gelap bersama Maimun dan juga anak perempuannya,Adrianna. Dengan hanya menaiki kereta Nissan Corona buruk peninggalan arwah ayahnya, Datuk Abdullah lari sejauh mungkin daripada konco-konco dan mungkin juga pembunuh upahan yang di upah oleh bapa saudara Chee Seng sendiri, Kenny Tan.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Chee Seng sempat menyerahkan satu kunci peti keselamatan bank bersama satu surat kebenaran kepada Datuk Abdullah. Mungkin Chee Seng sudah tahu rancangan jahat bapa saudaranya yang mahu membolot semua harta peninggalan bapa Chee Seng. Sebab itulah diri awal lagi Chee Seng membuat persediaan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku terhadapnya,nyawa dan keselamatan Mary Jane dan Jeffrey mesti diutamakan. Tambahan pula, Mary Jane tidak mempunyai saudara lain di Malaysia. Satu-satunya orang yang dipercayai sepenuh jiwa dan raga adalah Sahabat baik yang di kenali sejak kecil,Abdullah.
Di dalam peti keselamatan bank, Chee Seng telah meletakkan wang tunai tiga puluh ribu ringgit bersama loket berbentuk hati. Satu kotak kayu kecil turut di letak bersama wang tunai tersebut.Di dalam kotak kayu tersebut terdapat satu rantai dan loket,satu medallion jed warisan keluarga dan juga dua pucuk surat. Apabila di buka,loket tersebut jelas terpampang gambar dirinya bersama Mary Jane ,wanita yang amat di cintai. Bila tiba masanya, Chee Seng mahu Abdullah menyerahkan semua ‘harta’ di dalam kotak tersebut kepada Jeffrey. Dengan menggunakan wang yang di tinggalkan oleh Chee Seng itulah Datuk Abdullah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Berkat kesungguhan dan dorongan Datin Maimun yang sentiasa setia menempuh kesusahan dan rintangan bersama,akhirnya Datuk Abdullah berjaya.
Datuk Abdullah memejamkan matanya seketika. Ada kalanya, amanat yang di amanahkan oleh Chee Seng di rasakan amat berat. Tangan kanan memicit kepalanya. Denyutan demi denyutan makin kuat terasa. Datuk Abdullah membuka mata. Segugus kunci di ambil lalu laci meja kerjanya di buka. Kemudian, sebuah kotak kayu di keluarkan lalu di letakkan di atas meja. Satu nafas yang dalam di tarik dan di hembus perlahan. Sebaik kotak kayu dibuka untuk kesekian kalinya, matanya tertancap pada isi kandungan kotak tersebut. Loket dan rantai di renung. Dua pucuk surat yang sudah agak usang kekuningan di keluarkan.Untuk mengelakkan surat itu daripada rosak, Datuk Abdullah telah menglaminasikan surat-surat tersebut. Untuk kesekian kalinya,Datuk Abdullah membaca isi kandungan surat tersebut.

Surat pertama
Abdullah,
                Sebaik kau membaca surat ini, bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini. Pertamanya, aku memohon jutaan maaf kerana terpaksa menyusahkan kau,percayalah sahabatku,aku tiada pilihan. Aku tidak percayakan orang lain lebih-lebih lagi Uncle Kenny dan isterinya Susan. Hanya engkaulah orang yang aku percaya dan aku tahu walau seberat mana pun bebannya,kau tidak akan mengecewakan aku.
Sahabatku,
                Aku mahu dan bermohon pada kau,Lindungilah  isteriku Mary Jane dan anakku . Aku tahu aku akan dapat anak lelaki,jadi namakan dia ‘Jeffrey’ Dia adalah lambang kasih sayang aku dan Mary Jane. Jagalah mereka sebaik mungkin. Mary Jane hanya sebatang kara di Malaysia. Jagalah  dan kau didiklah Jeffrey seperti  anak kau sendiri.
Bersama ini,aku tinggalkan wang tunai yang tidak seberapa. Gunakan wang ini untuk memulakan hidup baru.Aku mahu kau bawa Mary Jane dan Jeffrey lari sejauh mungkin ke tempat di mana orang-orang Uncle Kenny tidak dapat mencari mereka termasuklah keluarga kau sendiri. Aku tahu, Kenny akan rampas apa yang aku miliki. Berusahalah sahabatku, aku mahu kau kembalikan semula hak anak dan isteriku suatu hari nanti. Aku minta maaf, aku tahu permintaanku ini terlalu besar dan berat untuk kau tunaikan. Namun aku yakin, kau mampu melakukannya.Aku tahu kau dan Maimun mampu memberikan kasih sayang ibu bapa yang tak mungkin aku dan Mary Jane dapat berikan pada Jeffrey.
Sahabatku Abdullah,
Sebaik sahaja Jeffrey menyambut hari jadinya yang ke dua puluh lapan, aku minta kau serahkan surat yang berwarna biru kepadanya. Aku kira, pada usia dua puluh lapan tahun,Jeffrey sudah menjadi lelaki yang matang, mampu berfikir dengan fikiran terbuka. Aku juga berharap, bila dia berusia dua puluh lapan tahun, dia sudah mempunyai isteri yang baik.Isteri yang akan sentiasa berada di sisinya diwaktu susah dan senang seperti mana setianya Maimun disisi kau selama ini.
Sekali lagi aku menyusun jari meminta ampun dan maaf kerana meminta kau berkorban untuk aku, melakukan sesuatu yang mungkin di luar kerelaan kau sendiri. Maaf Abdullah, aku terdesak dan tiada pilihan lain lagi. Sampaikan salam sayang,kasih yang tak terucapku kepada Mary Jane dan Jeffrey. Katakan pada mereka berdua, “ I love you both with all my heart and soul.” Doaku dan kasih sayangku akan sentiasa bersama kamu semua.
Salam Kasih,
Jason Tan Chee Seng. ( 8 September 1984)
            Tanpa di sedari, titis-titis mutiara jernih gugur daripada tubir mata Datuk Abdullah. Surat tersebut di letakkan semula ke dalam kotak kayu di depannya. Kemudian, Satu lagi surat berwarna biru di renung.
            “ Aku akan tunaikan amanatmu,sahabatku. Tiba masanya nanti Jeffrey dan Mary Jane akan bersatu dan surat ini akan aku serahkan pada hari lahir Jeffrey ke dua puluh lapan,3 Jun nanti.” Ikrar Datuk Abdullah di dalam hati.
            Tangan Datuk Abdullah laju mencapai calendar lipat yang terdapat di atas mejanya. Tarikh 3 Jun di bulatkan dengan sebatang marker pen berwarna merah. Sekarang sudah awal Mac, maknanya lebih kurang tiga bulan lagi dia perlu menyerahkan surat kedua yang berwarna biru kepada Jeffrey.  Macam manalah agaknya penerimaan Jeffrey nanti.? Bolehkah Jeffrey menerima berita bahawa ibu kandungnya masih hidup? Semua persoalan ini cukup mengusarkan hati dan perasaan Datuk Abdullah.
Ya, memang benar Mary Jane masih hidup. Dua puluh lapan tahun dia terpaksa menyembunyikan identity Mary Jane daripada pengetahuan semua orang. Kini Mary Jane di tempatkan di sebuah pusat penjagaan swasta House of Hope,di pinggir ibu kota yang mana hanya Datuk Abdullah,Datin Maimun dan Hashim sahaja yang tahu mengenainya. Sejak dua puluh lapan tahun yang lalu sehingga sekarang Mary Jane masih trauma. Tidak pernah bercakap sejak peristiwa Chee Seng di bunuh di depan matanya. Setiap hujung minggu atau bila-bila ada kelapangan, Datuk Abdullah atau Datin Maimun akan melawat Mary Jane di House of Hope. Doktor peribadi yang merawat Mary Jane sudah kehabisan cara bagaimana untuk memulihkan Mary Jane. Hanya keajaiban yang mampu membawa Mary Jane semula ke alam sedar yang nyata. Siapa tahu, mungkin akan tiba suatu masa, Mary Jane akan pulih seperti sedia kala. Allah Maha Besar,Maha Berkuasa,tiada satu apa pun yang mustahil dan semua boleh berlaku dengan izinNya.Keadaan Mary Jane yang seperti mayat hidup itu jugalah memaksa Datuk Abdullah dan Datin Maimun merahsiakan identity Mary Jane. Sekiranya berjumpa dengan orang yang tidak dikenali, Mary Jane akan hysteria dan mengamuk sakan. Itulah yang Datuk Abdullah dan Datin Maimun takutkan.  Datuk Abdullah menutup kotak kayu dan buku catatan peribadi di atas meja dengan perlahan bersama satu keluhan yang berat.Di dalam hati Datuk Abdullah tersemat azam yang membara untuk merampas semula apa yang telah mereka rampas daripada Chee Seng dan keluarganya. Demi janji dan persahabatannya dengan Chee Seng, dia akan berkorban apa sahaja walau pun nyawanya menjadi galang ganti.
……………………………………………………………………………………………………..
            Usai menunaikan solat asar, Rayyan Fahrin sempat lagi memanjatkan doa kepada Ilahi untuk kesejahteraan rumahtangga dan semoga Nek Wan benar-benar pulih daripada penyakit kanser payu dara yang di hidapi. Tidak lupa juga dititipkan doa supaya roh kedua ibu bapanya sentiasa di cucuri rahmat dan diampunkan segala dosa. Sejadah yang berwarna biru laut di lipat dan di letakkan di atas katil. Matanya melilau mencari kelibat Adrianna. Bukan dia tidak perasan,sejak hari pertama perkahwinan,Adrianna suka mengelakkan diri daripada duduk sebilik dengannya terutamanya sejak peristiwa dia menukar baju tidur Adrianna.
            “ Mesti bini aku ada kat bawah. Nampak gayanya aku kena berguru dengan bapak mertua aku lagi nak dapatkan rahsia sulit Adrianna. Nak jinak bini garang macam dia ni aku perlukan segala pertolongan yang ada.” Rayyan Fahrin mengusap –usap lembut ‘goatee’nya seolah menunggu mentol lampu otaknya menyala. Setelah menukar kain pelikat yang di pakai dengan sehelai track bottom Adidas, dia melangkah keluar daripada bilik. Niatnya mahu bersantai di luar rumah sambil mencari di mana gerangan isteri terchenta bersembunyi.
            Sebaik tiba di ruang tamu bawah, Rayyan Fahrin memandang keliling. Rumah besar macam istana tapi sunyi.
            “ Aik! Mana semua orang pergi? Semua pakat sembunyi dalam bilik ke?” Rayyan Fahrin bertanya soalan kepada dirinya sendiri. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
            “ Err..maaf Tuan muda Fahrin, Datuk dan yang lain ada di tepi kolam. Datuk minta Tuan Muda ikut serta untuk minum petang.” Pembantu rumah yang bernama Asih datang menyapa.Bagus minah indon ni,bertahun-tahun menetap di Malaysia menyebabkan dia boleh bertutur bahasa Melayu tanpa pengaruh slang Indonesia namun slanga Indonesia tetap ada.
            “ Ohh..patutlah senyap saja.Rupanya semua orang ada kat situ ye.Terima kasih ye Asih.Saya ke sana sekarang.” Ujar Rayyan Fahrin dengan mesra.
            Kembang lubang hidung Asih bila Rayyan Fahrin menyebut namanya. Kalau Jeffrey sampai sudah selalu tertukar dia dengan Tuti.
            “ Waduh waduh,menantu Datuk ini ganteng bangat!” Asih cukup mengkagumi Rayyan Fahrin dalam diam.
            Tanpa melengahkan masa Rayyan Fahrin laju menapak ke kolam renang. Takut dan segan pula apabila memikirkan semua orang sedang menunggu dirinya di situ. Dari jauh, Rayyan Fahrin melihat semua sudah duduk menikmati minum petang di bawak gazebo yang di bina khas berhampiran dengan kolam. Gazebo yang bercirikan oriental itu sangat cantik siap dengan juntaian kain langsir panjang yang di ikat cantik. Jelas menunjukkan ada sentuhan pereka dalaman yang professional di situ.
            Rayyan Fahrin menghela nafas yang panjang sambil mengatur langkah menghampiri semua ahli Villa Chinta Qaseh lain yang sedang menikmati minum petang.
            “ Assalamualaikum semua, maaf lambat sikit.”
            Rayyan Fahrin melabuhkan punggung di sebelah Adrianna. Spontan dia mengucup lembut pipi Adrianna. Sebelum duduk, sempat lagi dia membisik sesuatu di telinga Adrianna.
            “ Sampai hati tak tunggu Abang.”
            Adrianna yang ketika itu sedang menhirup secawan kopi tersedak.
            “ Uhuk uhuk!’
            Spontan Rayyan Fahrin menepuk-nepuk belakang Adrianna dengan lembut. Adrianna mula terasa pijar di kedua pipi. Perbuatan Rayyan Fahrin mencium pipinya di depan ahli keluarga mengundang perasaan malu dan segan.
            Datin Maimun dan Datuk Abdullah mengukir senyuman sesama sendiri. Qalisha yang duduk bersebelahan dengan Datin Maimun turut tersenyum.
            “ Huh..Mamat ni memang  tak makan saman betul.Nak tunjuk kasih sayang pun agak-agaklah.Ni selamba beruk je dia cium aku depan Papa dan Mama.Si Qalisha lagi, Mak Yam pun ada,eii..geram betul!” Adrianna melempar satu jelingan tajam kepada Rayyan Fahrin. Namun Rayyan Fahrin hanya tersenyum.
            “ Janganlah buat jelingan menggoda macam tu kat sini.Nanti tergoda Abang,kang Abang cium-cium mulut Anna kat sini.Tak ingat ke apa yang Abang cakap hari tu?” Rayyan Fahrin berbisik di telinga Adrianna.
            “ Yang kamu berdua berbisik –bisik ni kenapa?” Datuk Abdullah berpura-pura meninggikan suara.Pada hal di dalam hati hati tuanya berbunga riang.
            “ Err maaf Papa, Abang Fahrin ni memang terlebih kasih sayang sikit. “ Selamba Adrianna bersuara namun matanya mercerlung tajam kepada Rayyan Fahrin.
            Macam biasalah,Rayyan Fahrin hanya menayang muka selamba.
            Datuk Abdullah bersuara lagi. “ Jeff mana Qalish? Tak turun-turun lagi?”
            “ Err nanti Qalish naik tengok,tadi dia suruh turun dulu,katanya nak solat Asar dulu.” Qalisha melemparkan senyuman kepada bapa mertuanya.Soalan ditanya dijawab sesopan mungkin. Qalisha meminta diri untuk naik ke bilik.
            “ Eii geramnya. Entah apalah yang dibuatnya kat dalam bilik, dasar Chef Poyo. Siap kau Jeffrey! Jangan ingat kau boleh buli aku.” Qalisha menapak ke bilik dengan perasaan geram.
            Sebaik pintu bilik di buka, matanya melilau mencari kelibat Jeffrey. Matanya tertancap pada susuk badan Jeffrey yang terbungkam di atas katil masih bertuala.
            “ Ya Allah! Mangkuk betul dia ni. Tadi halau aku turun dulu, kata nak mandi sekejap rupanya dia buat taik mata kat sini. Bukan dia tak tahu,bapak dia ni cukup pantang bab tunggu-menunggu ni.” Geram sungguh apila melihat Jeffrey boleh terlena sebegitu.
            Tiba-tiba akal mahu mengusik Jeffrey muncul . “ It’s payback time! Tadi bukan main kau jerkah aku aku ye.Sekarang rasakan penangan isteri kau yang comel ni. He he he.”
            Qalisha berjengket-jengket menghampiri Jeffrey yang sedang tidur .Dia membongkokkan badan .Telinga Jeffrey bakal menjadi sasaran! Dengan suara yang sengaja digaraukan sedikit,Qalisha berkata, “ Marobbuka..siapa Tuhan kamu!”
            Serentak dengan itu Jeffrey membukakan mata. Suara kuat yang separa menjerit di telinga membuatkan dia terjaga daripada lena. Dadanya berombak kencang.Sesiapa pun jika terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba jantungnya akan berdegup laju sebegitu.
            “ Kau ni memang senget tau tak! Tak boleh tengok orang senang!” Jeffrey sudah mula berangin. Tambah geram dan sakit hati bila dia melihat Qalisha sudah tergolek mengetawakan dirinya. Jeffrey duduk di birai katil sambil tangan kanan masih memegang kiri dada yang masih berdegup pantas.
            “ Engko ni apa hal?Kang tadi aku suruh kau turun dulu.Nanti aku turunlah.Tak Faham bahasa ke?”
            “ Eh hello..kalau takde apa hal,aku pun malas nak menghadap muka kau ni.Cepat! Papa suruh turun. Kalau tak kuasa aku nak bercakap dengan Chef Poyo macam kau ni tau tak .”  Qalisha turut sama menyinga.
            “ Apa kau cakap? Chef Poyo? Aku yang hensem ni kau panggil Poyo?” Jeffrey sudah bercekak pinggang. Makin hangin satu badan bila Qalisha hanya mencebik. Jeffrey menghampiri Qalisha yang pada masa itu baru hendak bangun dengan perasaan marah membara. Pantang sungguh bagi Jeffrey bila orang megutuknya terang-terangan. Belum pernah lagi orang berani mengenakannya seperti Qalisha. Dengan perasaan marah yang sudah membara,Jeffrey menapak menghampiri Qalisha.
            Melihat Jeffrey yang seolah-olah singa lapar yang mahu menerkam mangsa,Qalisha cuba membuka langkah seribu.Namun tidak berjaya kerana tangan Jeffrey lebih pantas menangkap pergelangan tangan Qalisha.Jeffrey seolah-olah hilang kawalan. Perasaan marah dan geram sudah menguasainya. Jeffrey menarik Qalisha dengan kuat sehingga Qalisha terdorong ke dalam pelukan Jeffrey. Jeffrey mengunci pergerakan Qalisha dengan kemas. Kedua-dua tangan Qalisha hanya mampu menahan dada Jeffrey yang tak berbaju.
            Semakin kuat Qalisha cuba merungkai pelukan,semakin kuat jugalah Jeffrey memeluk Qalisha. Keduanya tidak mahu mengalah,namun apalah sangat kudrat Qalisha.Sah sah Si Jeffrey ni lebih gagah perkasa. Tiba-tiba bergelut punyai bergelut,Jeffrey dan Qalisha saling tersadung. Nasib baiklah mereka berdua mendarat cantik di atas katil dalam keadaan mengiring. Nafas mereka berdua tercungap-cungap. Jeffrey terus mengambil kesempatan yang ada menindih peha Qalisha dengan kakinya. Qalisha yang sudah agak keletihan tetap tidak mahu mengalah. Kesempatan itu di ambil oleh Jeffrey dengan menindih tubuh Qalisha dan mengunci kedua tangan Qalisha dengan kemas.
            “ Boleh tahan ganas kau ni.” Jeffrey bersuara dengan nafas tercungap-cungap. Jeffrey merenung Qalisha yang juga tercungap-cungap. Tiba-tiba naluri kelakiannya muncul. Bibir Qalisha yang merah merkah membuatkan dadanya bergetar.
            “ Comelnya bibir dia ni.” Tanpa sedar hati Jeffrey berbisik.
            “ Lepaslah! Kau ni kenapa? Dah hilang akal ke? Sakit tau tak?” Qalisha membentak.
            Jeffrey tidak mampu lagi menahan keinginannya. Lalu dia membenamkan bibirnya,mencium Qalisha dengan rakus. Buntang mata Qalisha dengan perlakuan Jeffrey. Qalisha cuba melawan Jeffrey dengan sekuat kudrat yang ada. Namun semakin kuat dia melawan,semakin kuat  juga Jeffrey bertindak balas. Namun selepas beberapa ketika seperti ada tarikan kuasa magnet,tanpa disedari,Qalisha mula membalas ciuman Jeffrey. Kekuatannya mula mengendur dan tangannya mula bertindak balas,lembut dan tidak lagi menentang. Mereka berdua hanyut buat seketika dalam keasyikan.
            “ Woi Jeff! Kau buat apa tu? Kawal diri kau Jeff! Takkan dengan begitu mudah kau tertarik pada Minah Kampung ni?” Satu suara tiba-tiba membawa semula Jeffrey ke alam nyata. Spontan Jeffrey melepaskan ciuman. Dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia sendiri tidak percaya dia telah mencium Qalisha sebegitu.Lebih mengejutkan lagi setelah penat bergaduh berguling-guling dengan Qalisha, Qalisha turut tergoda dengan ciumannya.
            Jeffrey mendekatkan mukanya sehingga hampir bersentuhan dengan hidung Qalisha. Lalu dengan ego setinggi gunung,Jeffrey dengan sinisnya berkata, “ Ini baru permulaan, next time around ,I’ll make sure it will be more than this!” Jeffrey merenung dalam ke dalam anak mata dengan tajam. Dia terus bangkit daripada katil meninggalkan Qalisha yang masih terkena ‘renjatan elektrik’. Jeffrey membetulkan tuala yang sudah longgar di pinggangnya dan terus menapak ke arah bilik air.
            Bunyi dentuman pintu yang di tutup kuat oleh Jeffrey, membuatkan lamunan Qalisha berhenti. Spontan tangan kanannya memegang bibir. Qalisha kaku seketika dan otaknya cuba mencerna apa yang baru berlaku sebentar tadi. Qalisha mengetuk kepala-kepalanya berkali- kali.
            “ Apa kena dengan kau ni Qalisha? Apa yang dah kau buat tadi? Dah tergoda dengan Jeffrey ke? Mula-mula ‘resist’ bagai nak rak,lepas tu yang kau ter’balas’ balik ciuman Jeffrey tu apa kes?.Dah jatuh hati ke?” Bertubi-tubi soalan ditanya pada diri sendiri. Jantung Qalisha berdegup pantas bagai nak pecah. Tiba-tiba satu senyuman tersungging di bibir.
            “ Alah apa yang ‘big deal’ sangat, aku cium ke,tercium ke,dia laki aku. Bukannya aku buat maksiat. Bukannya berdosa pun. Huh! tak sangka pulak ganas giler ciuman pertama aku. Kalau nak difikirkan balik, ermm..best jugak tadi.Kah kah kah..” Qalisha tergelak sendiri sambil menekup muka pada bantal. Hah! Gelak,jangan tak gelak!
            Azam baru mula tersemat di hati. Qalisha mengusap-usap dagunya dan otaknya pula sarat berfikir. Masalah negara ke? Strategi,ya strategi..
“Ini Qalisha bt Qhairil. Kau nak buli aku Jeffrey? Jangan mimpilah.Nak sakitkan hati aku? Hati kau yang akan sakit nanti. Jeffrey,Jeffrey..you’re dealing with unexpected Qalish here,believe me my dear, you don’t know who you’re dealing with.”
Tanpa berlengah lagi Qalisha terus menapak keluar daripada bilik. Sebelum mukanya jadi tebal empat belas inci,baik blah awal-awal. Amaran Jeffrey tidak boleh di pandang ringan.
“ Ya Allah! Kenapa dengan aku ni?jantung ni pulak apa hal?” Qalisha menekup dada kirinya dengan tangan. Jantungnya berdegup pantas bagai nak pecah.  Lututnya pulak bagai lemah mahu melangkah.Satu perasaan aneh muncul setiap kali dia berhadapan dengan Jeffrey. Perasaan apakah itu?
Di dalam bilik air pula,Jeffrey merenung cermin besar dengan perasaan yang dia sendiri tidak faham. Apabila berdepan dengan Qalisha,dia berasa hangin satu badan,namun dalam masa yang sama wajah polos tanpa mekap itu jugalah yang mengasyikkannya.Memang tidak dinafikan wajah Qalisha memang ayu.Dua lesung pipit dan mata bundar yang jernih menambah lagi kecantikan semulajadi ‘minah kampung’ itu. Jeffrey tertanya-tanya pada dirinya,kenapa perasaan ‘aneh’ itu muncul setiap kali Qalisha berdekatan dengannya.
“ Adakah sebab keayuannya? Tak mungkin..sebab aku dalam karier aku,wanita cantik bersepah. Sebelum ini ramai perempuan ‘mengendeng’ dengan aku tapi aku tak rasa apa-apa pun. Kenapa dengan Qalisha aku rasa lain.Jantung aku berdegup pantas pada hal dia tak buat apa-apa pun, tak macam perempuan lain. Nak kata dia cantik sangat,dia ni macam tomboy asyik pakai seluar jeans memanjang.Kenapa? kenapa? Kenapa mesti dia yang mengganggu lena aku. Hah ! aku tahu,mesti aku dah gila!” Jeffrey merenung refleksi dirinya di dalam cermin. Sesekali mukanya diraup dengan dua tangan. Dia mendengus dengan kuat. Jiwa dah celaru ke?
“ Aku tidak akan membiarkan diri aku jatuh cinta dengan ‘Minah Kampung’ tu.Ada ke patut,muka idaman Malaya ni dia kata muka poyo.” Jeffrey menilik-nilik mukanya di dalam cermin.
Tiba-tiba satu senyuman tersungging di bibir. Jeffrey mengeleng-gelengkan kepala sambil tangannya menyentuh bibir. Masih terasa kehangatan ‘rough kiss’ antara dia dan Qalisha tadi.
“ Warrghh!!!!! Kalau memang dah gila Jeff!” Jeffrey terus berlalu ke dalam ‘shower’.Namun semakin kuat dia cuba melupakan apa yang baru berlaku,semakin kuat pula ingatan itu bertandang.
“ Tidak! Aku tidak akan sekali-kali membiarkan diri aku jatuh cinta pada ‘Minah Kampung’ yang tak semengah tu! Tidak! Tidak!Tidak!” Boleh pakai ke azam kau ni Jeffrey?
           

19 comments:

  1. hehehe,,dah ade cinta dlm hati,,jeft dan qalisha,,,,,,,suke3,,,,

    ReplyDelete
  2. nak lagi please cepat sambung ya tq,selamat hari raya adha.

    ReplyDelete
  3. best2, smbng lgi ya.. Selamat hari raya

    ReplyDelete
  4. amboi berazam sgghla c jeff nie kan..huhu

    ReplyDelete
  5. cinta sudah mula berputik...... tpi rayyan.... makan hati... aduhh lamanya please sambung....

    ReplyDelete
  6. jeff n qalisha...... sape dulu yg menyerah...... mahu tapi malu.... cinta dah mula berputik......
    rayyan..... sabar yea... si arianna ni memang liat sikit...... hati besi kepala batu..... slow2.... lama2 lembutlah hati dia...

    ReplyDelete
  7. kak..bile nak ade new n3 lg??

    ReplyDelete
  8. salam... maaf ada komen sikit, ada perkataan perlu diperhatikan semula seperti " menarik amat menarik perhatiannya", "kamu awak" cite ok, cuma ada yg terlajak keluar perkatAan yang boleh mengelirukan... minta di perhatikan semula sebelum memaparkan di blog.. maaf komen, ni pun sebagai perhatian tuk penulis dan keselesaan para pengunjung blog anda... terima kasih ye...

    ReplyDelete
  9. Visiting for at least the 20th time today wishing for update this novel is so addictive all the best!

    ReplyDelete
  10. haha mmg u dah 'gila' jeff...gila bayang kat 'minah kampung' u tu...pndai u buat dua2 couple ni sengal hehehe bila adegan thriller nak mula...bila nak smbng???

    ReplyDelete
  11. aduh.... bila nak smbung balik.... lama dah rasanya nie....

    ReplyDelete
  12. lamanye menunggu... dah x larat rasanye ni.... up la cepat n3 lagi ye..

    ReplyDelete
  13. Bila nak sambung lagi...novel bila nak publish...

    ReplyDelete
  14. Best lah >> Bila nak smbung lagi >>

    ReplyDelete