Total Pageviews

Friday, 23 November 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 25


BAB 25

            Seperti yang telah di rancang, Rayyan Fahrin dan Adrianna bertolak pulang ke Tanjung Karang. Perjalanan Kuala Lumpur ke Tanjung Karang jaraknya lebih kurang 85km saja dengan masa perjalanan paling cepat pun satu jam setengah sahaja.Itu pun kalau takde kesesakan lalulintas. Rayyan Fahrin memandu kereta Lexus CT 200h Sports warna biru yang baru di beli minggu lepas. Mengancam gila siot!harga kereta tu sahaja lebih kurang RM200K! Lalu kat jalan,dua tiga kali orang toleh. Memang boleh meleleh air liur,kalau dapat kereta ni,kerja dok gosok kereta ni dua puluh empat jam.
            Kalau di ikutkan hati, Si Rayyan Fahrin yang low profile ni nak beli kereta Proton je tapi di tegah oleh Datuk Abdullah.
            “ Kereta apa yang Fahrin nak beli?Nanti nak pergi showroom ajak Anna.”
            “ Err..ingat nak beli Proton je..”
            “ Proton? Fahrin ni biar betul! Bodyguard Baba pakai Perdana V6,takkan menantu Baba nak pakai kereta Proton je.Fahrin jangan salah faham.Baba bukan merendahkan jenama kereta buatan Malaysia, cuma Fahrin kena faham apa yang Fahrin buat,pakaian apa yang Fahrin pakai,pandu kereta apa,semua tu orang akan relate pada Baba dan family kita. Baba tak nak ada orang buat mulut Baba ni kedekut sampai dengan menantu pun berkira. Macam ni sajalah,petang esok kita pergi showroom Lexus. Ada model baru hidrid keluar.Esok kita tengok,kalau Fahrin berkenan,terus book.” Itu dia sekali Datuk Abdullah ni bukak mulut.
            Terkedu Rayyan Fahrin mendengar kata-kata Datuk Abdullah. Segan pula rasanya. Sungguh dia tidak terfikir sampai begitu sekali. Bagi Rayyan Fahrin,kereta apa pun dia tak kisah janji boleh guna ulang-alik.Segan pula bila asyik pinjam kereta Adrianna dan Datin Maimun.Semuanya kereta jenama terkenal dan mahal-mahal tahap dewa-dewi. Walau pun Adrianna dan Datin Maimun mahu pun Datuk Abdullah sendiri tidak pernah berkira tentang penggunaan kereta,namun Rayyan Fahrin lebih selesa menaiki kereta sendiri. Zaman sekarang, kereta ibarat kaki,tiada kereta ibarat patah kaki. Susah mahu ke sana sini untuk bergerak. Walau pun kereta di Villa Chinta Qaseh pun sudah berbelas biji,namun tiada satu pun yang sesuai dengan jiwanya. Bukan apa, semua kereta tersebut berjenama mewah sedangkan Rayyan Fahrin hanyalah seorang yang sederhana dan sebenarnya Rayyan Fahrin tidak mahu di label sebagai pengikis’ harta dan kemewahan keluarga mertuanya. Tambahan pula, dia tidak mahu berboros kerana dia perlu menampung kos rawatan Nek Wan  yang mencecah ribuan ringgit sebulan. Fahrin,Fahrin. Nampak gayanya kau kena ubah sikap yang terlalu merendah diri dan bersederhana tu.
            “ Lambat lagi ke nak sampai?”
            Pertanyaan Adrianna membuatkan Rayyan Fahrin tersedar daripada lamunan.
            “ Anna tanya apa tadi? Sori, Abang tak dengar.” Rayyan Fahrin bertanya semula kepada Adrianna.
            “ Ceh! Siap mengelamun lagi.Poyo..” Mulut Adrianna membebel perlahan.
            “ Yang mulut terkumat-kamit tu apa kes? Anna tengah baca jampi serapah ke?” Rayyan Fahrin cuba berseloroh apabila Adrianna hanya diam,masam mencuka.
            “ Jampi serapah? Takde masanya saya nak jampi serapah awak,buang karan je. Saya tanya ,bila kita nak sampai? Tadi kata sejam setengah,ni dah dekat dua jam pun papan tanda Tanjung Karang pun saya tak nampak lagi.” Adrianna menjawab dengan perasaan geram.
            “ Tadi kan jam kat KL,itu yang buat kita lambat.Kalau tidak,dari tadi lagi kita dah sampai. Kenapa? Anna dah penat ke duduk dalam kereta?” Rayyan Fahrin meneruskan pemanduan. Sesekali wajah ayu Adrianna dijeling dengan ekor mata.
            “ Alahai isteriku,makin hari makin cantik pulak aku tengok.Wahai hati sabarlah ye,nak buat macam mana,dapat spesis lebah madu.Madunya manis tapi kalau silap ‘tackle’ kena sengat.”
            “ Bukan penat tapi saya rasa nak buang air. Nanti kalau nampak mana stesen minyak, awak berhenti.Saya dah tak tahan ni.” Adrianna bersuara cemberut. Menyesal pun ada. Bukan apa,dia menyesal tak buang air siap-siap sebelum bertolak tadi.
            “ Okay, sabarlah sayang,kejap lagi ada stesen minyak Shell di Pekan Tanjung Karang.Lagi dua kilometer sampailah kita. Tahan ye.” Rayyan Fahrin bersuara dengan penuh perihatin sehingga tidak sedar perkataan ‘sayang’ terlepas keluar.
            “ Sayang? sapa sayang awak? Perasan!” Adrianna mencebikkan bibir.
            “ Ni nak kena denda ni.Dah berapa kali Abang cakap jangan buat mulut macam tu. Nasib baik dalam kereta dan Abang tengah memandu sekarang ni,kalau tak…tiada maaf bagi mu.” Rayyan Fahrin  menjeling Adrianna yang sedang membelek majalah.
            “ Eleh…tak takut pun.”Adrianna menjawab selamba. Sengaja dia berkata begitu kerana dia tahu Rayyan Fahrin tidak akan berani buat sesuatu yang membahayakan pemanduan.
            “ Oooo, mentang-mentang Abang tengah bawak kereta,berani Anna cakap macam tu ye! Takpe..malam nanti siap Anna Abang kerjakan!” Rayyan Fahrin berlagak serius.
            “ Takkan dapatnya, saya tengah ABC,Allah bagi cuti.” Adrianna bersuara selamba tahap gaban. Dia tahu kata-kata itu seolah-olah mencabar Rayyan Fahrin.
            “ Yang tu memanglah tak boleh,tapi yang lain-lain,yang ringan-ringan boleh kan? Kat rumah Nenek ni, jangan harap Abang akan bagi muka kat Anna.Anna kena tidur sebelah Abang atas katil.Takde bantahan,sebarang pertanyaan,surat-menyurat tidak akan di layan.”Rayyan Fahrin menjeling Adrianna sambil sebelah keningnya di angkat-angkat.
            “ Erk! Habislah kau Anna! Itulah pasal,sapa suruh jawab macam tu,kang dah dapat penyakit.” Air muka Adrianna sudah seperti orang tertelan biji buah rambutan.Rayyan Fahrin ni bukan boleh dibuat kira,jenis tak makan saman pulak tu.Adrianna menampar-nampar mulutnya sendiri,menyesal kerana bersuara tanpa berfikir terlebih dahulu.
            “ Hah itu dia! Ada Shell kat depan tu! Cepat sikit,saya dah tak tahan ni.” Adrianna sengaja berkata sebegitu,niatnya Cuma mahu menukar topik perbualan.Bukannya dia nak kencing sangat pun. Lagi pun Si Rayyan Fahrin ni kalau di layan semakin menjadi loyar buruk dia.
            “ Yelah,yelah.Jangan sampai terkucil dalam kereta sudah. Okay,kita dah sampai.Abang pun nak isi minyak kereta penuh-penuh.Nanti senang nak ronda-ronda kampung takyah nak sibuk-sibuk cari stesen minyak.” Rayyan Fahrin memberi signal ke kiri sebaik sahaja stesen minyak Shell kelihatan.
            Sebaik sahaja Rayyan Fahrin memberhentikan kereta di pam nombor lapan, Adrianna terus meloloskan diri keluar daripada kereta. Adrianna hanya santai dengan seluar jeans biru di padankan dengan blaus longgar.Rambutnya yang sudah panjang separas belikat dibiarkan lepas. Perlahan-lahanlah ya Fahrin,akan tiba masanya nanti Adrianna akan bertudung cantik.
            Sedang Rayyan Fahrin mengisi minyak,seorang lelaki datang menghampirinya.
            “ Assalamualaikum, Wah! dah berkereta mewah dia.” Lelaki itu menegur.
            “ Eh Pak Ngah! Pak Ngah dari mana ni?” Rayyan Fahrin agak terperanjat apabila bahunya di tepuk daripada belakang.
            “ Pak Ngah baru balik pekan ni,beli barang sikit dengan Mak Ngah kamu.Ni kamu balik sorang-sorang ke?” Ngah Seman memadang ke kiri  dan ke kanan.
            “Eh Tak lah Pak Ngah. Saya balik dengan isteri sayalah. Saya balik ni untuk majlis kesyukuran merangkap kenduri menyambut menantu yang Nenek nak buat lusa ni.” Rayyan Fahrin berbahasa.
            “ Mana isteri kamu,Fahrin? Pandai ye kamu ni,senyap-senyap sahaja.Alih-alih dengar cerita dah kahwin dengan orang Kolumpo.” Ngah Seman bersuara lagi. Nada suaranya bunyinya agak sinis.
Jauh di sudut hati Ngah Seman agak terkilan kerana dia memasang angan-angan mahu menjodohkan anaknya,Nadhia dengan Rayyan Fahrin. Hatinya cukup berkenan dengan tingkah –laku Rayyan Fahrin yang berbudi bahasa,muka pun hensem dan berpelajaran tinggi. Pendek kata cukup satu pakej lengkap untuk dijadikan menantu. Mulanya dia agak terkejut juga apabila Nek Wan mengkhabarkan berita tentang perkahwinan Rayyan Fahrin dengan anak perempuan Datuk Abdullah dari Kuala Lumpur. Yang paling terkilan ialah Nadhia.Bukan Ngah seman tidak tahu yang Nadhia menyukai Rayyan Fahrin sejak dari dulu lagi. Walau pun pahit terpaksalah terima,jodoh pertemuan,ajal,maut semuanya di tangan Tuhan. Kita hanya merancang ,namun yang menentukan semuanya Dia di atas sana.
“ Isteri saya pergi ke bilik air tadi.Hah itu pun dia.” Rayyan Fahrin menolah ke arah Adrianna yang sedang berjalan ke arahnya. Ngah Seman turut sama menoleh.
“ Ermmm..cantik jugak bini kau Fahrin. Patutlah kau tak pandang langsung Nadhia.” Bicara Ngah Seman di dalam hati.
“ Sayang, kenalkan ini Pak Ngah Seman,jiran sebelah rumah Abang.” Rayyan Fahrin memperkenalkan Adrianna kepada Ngah Seman. Sebelah tangannya di letakkan pada pinggang Adrianna dengan mesra. Sengaja dia berbuat begitu di depan Ngah Seman. Rayyan Fahrin mahu Ngah Seman melihat kemesraannya dengan isteri. Bukan dia tak tahu perangai bermuka-muka Ngah Seman itu. Adik perempuannya memberitahu yang Ngah Seman sibuk menjaja cerita yang bukan tentang dirinya di serata kampung. Rayyan Fahrin kena tangkap basahlah,jadi pak sangguplah dan macam-macam tohmahan lagi yang dilemparkan kepada Rayyan Fahrin apabila berita tentang perkahwinan tersebar. Semuanya berpunca daripada buah mulut yang disampaikan oleh Ngah Seman dan isterinya.
“ Apa khabar Pak Cik? Saya Adrianna.” Adrianna menghulurkan tangan untuk bersalam. Adrianna memaniskan senyum. Walau pun tidak sukakan Rayyan Fahrin,maruah suaminya perlu dijaga.
“ Pak Ngah mintak diri dululah,Mak Ngah kamu ada dalam kereta.Nanti apa pulak kata dia,maklumlah,air-cond kereta rosak,karang rabak telinga Pak Ngah dengar dia membebel.” Ngah Seman berlalu pergi dengan perasaan sebal. Berbulu pula mata melihat kemesraan Rayyan Fahrin dan isterinya.
“ Kirim salam dengan Mak Ngah,nanti jangan lupa datang kenduri.” Rayyan Fahrin bersalaman dengan Ngah Seman sebelum masuk ke dalam kereta.
“ Siapa dia tu? Betul ke dia jiran awak? Lain macam je pandang saya.Seram tengok mata dia, tak padan dengan tua,pandang orang atas bawah atas bawah,bukan main gatal lagi.” Adrianna mengajukan pertanyaan.
“ Jiran dan juga bapa mertua tak jadi.” Dengan selamba Rayyan Fahrin berkata sambil memandu kereta keluar daripada stesen minyak. Dua tiga pasang mata menoleh ke arahnya. Sebenarnya mereka menoleh kepada kereta yang masih berkilat birunya.Tuan kereta jangan perasan ya!
            “ Bapa mertua tak jadi? Oooo..jadi awak pernah skandal dengan anak dialah.” Adrianna membuat rumusannya sendiri. Entah kenapa jauh di sudut hati,hatinya meruntun. Rasa ingin tahu membuak-buak tentang siapa perempuan itu.
            “ Jangan nak buat spekulasi. Abang tak pernah suka pada anak dia.Anak dia yang suka dengan Abang. Itu dua pernyataan yang berbeza. Lagi pun hati Abang ni sudah di isi oleh seseorang. Abang hanya akan berikan cinta dan hati Abang pada dia sahaja. Tiada yang lain. Dan yang penting dia bukan Nadhia.” Rayyan Fahrin berkata dengan serius.
            Tersentap hati Adrianna apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Rayyan Fahrin. Jantung mula bekerja lebih masa.
            “ Siapa perempuan yang ada dalam hati Fahrin tu? “ Satu suara bergema di dalam hati sanubari Adrianna.
            “ Siapa perempuan yang ada dalam hati awak tu? Don’t say it’s me because we hardly know each other.” Spontan sahaja kata-kata itu keluar daripada mulut Adrianna. Mulut jalan dulu,baru otak memproses maklumat.
            Tiba-tiba, ‘sreetttttttttt!!!’ Rayyan Fahrin memberhentikan kereta secara mengejut. Tanpa di duga, Rayyan Fahrin berhenti di bahu jalan. Akibat daripada brek mengejut tersebut, Adrianna terdorong ke hadapan..Nasib baiklah dia memakai tali pinggang keledar,kalau tidak mahu dia terhantuk pada cermin.
            “ What’s wrong with you! Suddenly stop like this. I tahulah I ni bukan sapa-sapa pun pada you. You nak nak mati ke! Nasib baik….”
            Belum sempat Adrianna menghabiskan kata-kata. Rayyan Fahrin tiba-tiba menutup mulut Adrianna dengan jarinya. Adrianna tersentak dengan tindakan Rayyan Fahrin. Seketika kemudian,Rayyan Fahrin meraihnya ke dalam pelukan.
            “ Shhhhh….don’t say that. You are not nobody in my life, you are my everything. Anna adalah pemilik hati Abang sampai bila-bila pun.” Lembut sahaja Rayyan Fahrin membisikkan kata-kata itu. Alahai,boleh cair iman mendengar kata-kata gemersik yang keluar daripada mulut Rayyan Fahrin. Lebih manis daripada gula.
Kata-kata Rayyan Fahrin tulus dan ikhlas dari hati nuraninya. Adrianna meronta-ronta cuba meloloskan diri daripada pelukan Rayyan Fahrin tetapi Rayyan Fahrin mengemaskan lagi pelukannya. Akhirnya rontaan Adrianna semakin mengendur. Adrianna cuba mencerna dan memproses semula apa yang diucapkan oleh Rayyan Fahrin.
            “ Shhhhh…Susah sangat ke Anna nak percaya yang Abang sayang dan cintakan Anna. Abang sudah berjanji pada diri Abang,hanya Anna yang akan bergelar isteri Abang hinggalah nafas Abang yang terakhir.Dalam hati Abang hanya ada Adrianna bt Abdullah, hanya Anna!” Rayyan Fahrin memegang kedua pipi Adrianna dan mata mereka bertentang mata. Tanpa suara, hanya mata yang menyampaikan maksud hati. Hati Rayyan Fahrin penuh dengan bunga-bunga cinta untuk si isteri namun mata Si isteri seolah-olah ragu dan curiga bermukim di hati. Dengan satu helaan nafas yang panjang, Rayyan Fahrin bersuara lagi.
            “ Look Anna, Abang tahu mungkin Anna tak percayakan kata-kata Abang. All I ask from you is bukalah pintu hati Anna untuk Abang.Let me in.” Kata-kata Rayyan Fahrin penuh pengharapan. Sinar matanya penuh keikhlasan. Jauh di sudut hati dia amat berharap yang Adrianna dapat membaca keikhlasan hatinya.
            Rayyan Fahrin melepaskan pelukannya.Wajahnya hampir bersentuhan dengan wajah Adrianna. Adrianna hanya mematungkan diri.Tiada sepatah pun perkataan yang keluar daripada bibirnya. Lidah Adrianna kelu tak terkata. Dia masih sedikit terkejut dengan tindakan Rayyan Fahrin. Otaknya ligat memikirkan apa yang sebenarnya berlaku sebentar tadi. Melihat Adrianna yang hanya membatukan diri, Rayyan Fahrin meneruskan pemanduan tanpa sepatah suara. Hatinya sedikit terkilan kerana anak mata Adrianna jelas terpancar keraguan.Tiada cinta di situ.
            “ Rilekslah bro! Jangan terlalu mendesak. Bagi Dia masa untuk dia terima kau dalam hidup dia. Yang kau ni pun satu, yang brek mengejut tu apa kes? Nasib baik dia tak tersembam muka kat cermin.Kalau tidak..tak tahulah apa yang akan terjadi. Mau kena ‘pancung’ dengan bapak dia. Jangan kusut bro..” Minda Rayyan Fahrin bersuara.
            “ Ya Allah, aku ikhlas menyayanginya.Andainya dia adalah serpihan tulung rusukku,Kau bukalah pintu hati isteriku untuk menerima aku Ya Allah.” Doa kudus Rayyan Fahrin bergema di dalam hati.
            Sepanjang baki perjalanan, Rayyan Fahrin dan Adrianna hanya mendiamkan diri. Masing-masing cuba mententeramkan diri.Sunyi sepi antara mereka. Jiwa dan perasaan masing-masing bergelora dengan pelbagai persoalan.
            “ Ambillah seberapa banyak masa yang Anna perlukan untuk terima Abang dalam hidup Anna. Abang akan tunggu even if it takes  a life time.” Namun suara itu hanya bergema di dalam lubuk hati Rayyan Fahrin yang paling dalam.
            Tiba-tiba suara Adrianna membawa Rayyan Fahrin kembali semula ke alam nyata. Jauh Rayyan Fahrin mengelamun. Tanpa disedari, mereka sudah melewati kawasan kampung Rayyan Fahrin yang di penuhi dengan sawah padi yang menghijau. Saujana mata memandang. Sungguh mengasyikkan.Pemandangan petak-petak sawah padi yang masih belum mengeluarkan buah membuatkan di kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan kehijauan.
Tanpa mempedulikan Rayyan Fahrin, Adrianna menekan butang ‘off’ penghawa dingin kereta lalu tingkap kereta di buka seluasnya.Angin desa yang nyaman menerobos masuk membuatkan rambut Adrianna berombak mengikut arah tiupan angin. Dia memandang ke luar tingkap kereta dengan perasaan teruja yang cukup terserlah.Lagaknya seperti kanak-kanak yang baru mendapat lollipop.
“ Cantiknya kampung ni. Macam dalam lukisan pulak. Cuba you tengok tu, sawah padi!seumur hidup I, I tak pernah tengok pemandangan secantik ini.” Adrianna bersuara riang seolah tiada apa-apa yang berlaku.
Sebuah senyuman terukir di wajah Rayyan Fahrin.Dia mengeleng-gelengkan kepala seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Hatinya tercuit dengan perangai keanak-anakan yang tertonjol dalam diri Adrianna. Melihat Adrianna yang begitu teruja, Rayyan Fahrin memperlahankan pemanduan.
“ Bagi signal kiri,please stop there. I  nak ambik gambar jab.Please…..” Adrianna bersuara dengan lembut,mendayu sekali sambil memandang tepat ke arah Rayyan Fahrin yang sedang memandu.Matanya sengaja dikebil-kebilkan. Satu senyuman manis terpancar di wajahnya. Satu senyuman yang bukan dibuat-buat. Pada ketika itu,Adrianna betul-betul teruja dengan panorama kampung yang cukup mengasyikkan bagi gadis kota sepertinya.
Rayyan Fahrin ketawa menampakkan barisan gigi yang teratur dan putih bersih.Sah mamat ni tidak merokok. Idea mahu menyakat Adrianna bertandang.
“ Okay, kalau nak Abang berhenti boleh,no problem tapi ada satu syarat. Kiss kat sini dulu.” Rayyan Fahrin menuding pipinya dengan jari telunjuk.
Mendengar kata-kata Rayyan Fahrin, Adrianna hanya mencebik manja.
“ Itu je? Ingatkan nak kiss kat mana tadi. Cup!” Dengan selamba Adrianna mencium pipi Rayyan Fahrin.
Perbuatan Adrianna membuatkan Rayyan Fahrin terkedu.Mulutnya melopong luas.Rayyan Fahrin masih belum percaya yang Adrianna telah mencium pipinya sebentar tadi. Sangkanya Adrianna akan membentaknya seperti selalu.
“ You ni kenapa?tutup mulut tu,kang tak pasal-pasal tertelan lalat pulak. Cepatlah berhenti,I want to capture this beautiful scenery.” Adrianna bersuara dengan selamba lagi sambil mengeluarkan Iphone dari dalam tas tangannya.
Rayyan Fahrin memberi signal untuk berhenti. Sebaik kereta berhenti, Adrianna terus membuka pintu dan keluar. Tanpa membuang masa, Adrianna terus mengambil beberapa keping gambar pemandangan sawah padi yang menghijau. Terdapat beberapa orang-orangan yang cukup menarik perhatian Adrianna sedang terpacak pada batas sawah padi,meliuk-lentok di tiup angin petang yang sepoi-sepoi bahasa.
Rayyan Fahrin hanya memerhatikan perlakuan Adrianna sambil menyandar pada sebuah dangau yang hanya berbumbungkan atap rumbia yang sudah agak usang. Dua tangannya di silangkan ke dada. Cermin mata hitam pula di letakkan di atas kepala. Matanya tidak lekang daripada memandang gelagat Adrianna yang amat mencuit hatinya.
“ Aduh,cutenya isteri aku ni. Apa lagi yang aku kena buat supaya dia tangkap cintan dengan aku. Susah betul nak ‘tackle’ dia ni.” Fikiran Rayyan Fahrin sudah mula berangan. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata bapa mertuanya beberapa hari yang lepas.
“ Anna tu nampak saja keras tapi kalau kena gayanya,dia akan jatuh cinta dengan Fahrin.Baba rasa Fahrin kena usaha lebih kalau nak ‘tackle’ Anna. Fahrin kena tunjukkan keikhlasan Fahrin menyayanginya dengan perbuatan bukannya kata-kata manis semata. Anna tak akan tergoda dengan bunga ke ,coklat ke,intan berlian ke sebab Baba tahu anak Baba tu macam mana. Dia bukan seorang yang material walau pun dibesarkan dengan penuh kemewahan. Dan yang penting,jangan mudah mengalah. Kalau perlu, Fahrin kena bertegas dengannya.”Kata-kata Datuk Abdullah masih terngiang-ngiang di telinga Rayyan Fahrin.
“ Kena tunjuk kasih sayang melalui perbuatan. Ermmmm…..kena pasang strategi kalau macam ni. Strategi memikat isteri yang keras hati. Nampak gayanya aku kena guna kuasa veto suami ni. Tapi nak kena ingat juga, tak boleh terlalu memaksa nati dia bertambah tak suka kat aku. Ermmmm… nak buat macam mana ya?” Otak Rayyan Fahrin ligat memikirkan pelan tindakan memikat isterinya tanpa menyedari dia sudah mengelamun panjang.
Adrianna tersenyum kerana dia sempat menangkap gambar beberapa keping gambar Rayyan Fahrin yang sedang  jauh mengelamun. Gambar Rayyan Fahrin direnung.
“ Hensem juga suami aku ni. Mesti ramai perempuan yang tergila-gilakan dia . Entah-entah player.Manalah aku tahu. Nak kena siasat ni..” Cepat-cepat Adrianna menutup Iphonenya. Gambar –gambar Rayyan Fahrin yang di ambil sekejab tadi akan menjadi rahsia,hanya dirinya saja yang tahu.
“ Ehem ehem, dah sampai mana dah? Ke tengah teringat nostalgia dengan girlfriend lama?” Suara Adrianna membuatkan Rayyan Fahrin sedikit tersentak.
“ Ishh, mana ada Abang mengelamun.” Rayyan Fahrin cuba menafikan pada hal dah terang lagi bersuluh dia sedang memikirkan sesuatu sehingga tidak sedar sudah berapa lama Adrianna sudah berada di sebelahnya.
“ Iyalah tu, tak nak mengaku lagi. I lambai tangan depan muka pun tak sedar.”
“ Takdelah,tadi Abang tengah teringatkan kata-kata Baba.” Rayyan Fahrin melabuhkan punggung di atas dangau yang mengadap ke petak sawah. Dua kakinya dijuntaikan.
Sebaik perkataan ‘Baba’ keluar daripada mulut Rayyan Fahrin, Sepasang mata bundar Adrianna dibesarkan sedikit. Rasa ingin tahu tiba-tiba membuak-buak di dalam hatinya.
“ Baba cakap apa?” Tanya Adrianna tidak sabar.
“ Meh dok sini dulu, jangan takutlah,takkan runtuhnya pondok ni,lainlah kalau Anna ni saiz triple XL.” Rayyan Fahrin menghulurkan tangan.
Mahu tak mahu,Adrianna hulurkan juga tangannya. Rayyan Fahrin meraih pinggang Adrianna membantunya duduk di atas dangau tersebut. Buat seketika, masing-masing hanya membisu. Mata mereka jauh memandang ke hadapan,menikmati pemandangan suasana petang sawah padi yang sedang menghijau. Beberapa ekor burung berterbangan di dada langit. Angin petang meniup rambut Adrianna yang separas bahu dengan lembut. Rayyan Fahrin bersuara,memecahkan kesunyian antara mereka.
“ Cantik tak kat sini?”
Adrianna mengangguk-anggukkan kepala sambil memejamkan mata,menikmati bayu yang menyapa lembut.
“ Anna, boleh Abang minta sesuatu?”
Pertanyaan Rayyan Fahrin membuatkan Adrianna membuka matanya. Dia memandang Rayyan Fahrin dengan dahi sedikit berkerut.
“ Nak mintak apa pulak dia ni? Jangan minta yang bukan-bukan kat sini sudah.” Hati Adrianna berdetik pantas. Suspen juga soalan Rayyan Fahrin ni.
“ Nak apa? You jangan nak mengada-ada kat sini ya!”
“ Boleh tak, jangan cakap i-you,i-you. Honestly, Abang tak suka. Nanti kalau Nek Wan dengar, apa pulak Nek Wan kata.”
“ Kalau I tak nak?”
“ Takde kalau-kalau. Mulai saat ni jugak Abang tak nak dengar i-you,i-you lagi. Bunyi pun lain macam je. Abang ni suami Anna,jadi Anna kena dengar cakap Abang. Kalau Anna tak mahu,Anna tanggunglah dosanya,dosa ingkar cakap suami.”  Rayyan Fahrin bersuara agak tegas.
“ Habis tu takkan nak guna saya-awak,saya-awak.Bunyi macam budak sekolah je.” Adrianna masih cuba menyangkal.
“ Anna panggil Abang,’Abang’ dan Abang akan panggil Anna, ‘Anna’ atau pun ‘Sayang’. Kan lebih mesra tu.
“ ‘Sayang’? eiii tak nak lah. Gedik je bunyi bunyinya. Just call me ‘Anna’. I prefer that.”
“ Kalau Anna guna lagi i-you,i-you, siap! Abang gigit mulut tu!” Rayyan Fahrin memberi amaran.
“ Eiii..takutnya!cedera parahlah mulut I lepas ni kena gigit…” Adrianna cepat-cepat melompat turun dan terus membuka langkah seribu. Dia tahu Rayyan Fahrin akan ‘hangat’ kerana mengejek-ejek percakapannya.
“ Orang serius,dia main-main pulak. Ooooh..dah buat salah nak lari pula ya! Nak pergi mana tu? Anna,tunggu Abang!!!” Rayyan Fahrin mengejar Adrianna yang sudah jauh di hadapan. Dah berbaik ke dia orang ni? Buang tabiat betul, berlari berkejaran di atas batas sawah padi. Takde tempat lain ke?
“ Gotcha!” Rayyan Fahrin merangkul pinggang Adrianna daripada belakang. Adrianna meronta-ronta cuba melepaskan diri,namun tidak berjaya. Rangkulan tangan Rayyan Fahrin terlalu kuat. Rayyan Fahrin menggeletek pinggang Adrianna. Adrianna yang tidak tahan digeletek,ketawa terbahak-bahak sehingga matanya berair-air.
“ Okay! Cukup Bang! Cukup! Anna dah tak tahan lagi!” Adrianna bersuara dengan suara yang termengah-mengah.
“ So dah surrenderlah ni?lain kali nak main-mainkan Abang lagi?” Rayyan Fahrin mencegilkan mata. 
Cepat-cepat Adrianna mengeleng-gelengkan kepala. “ Ya ampun! Kalau Rayyan Fahrin terus mengeletek tadi,rasanya boleh terkencing di dalam seluar!” Adrianna melurut nafas lega sebaik Rayyan Fahrin berhenti mengeletek pinggangnya.
Tiba-tiba, satu suara menyergah mereka berdua. Sergahan itu membuatkan mereka tersentak dan mereka berdua sama-sama berpaling ke arah suara itu. Seorang lelaki tua berdiri tidak jauh dari mereka sambil bercekak pinggang.
“ Hoi! Korang berdua ni buang tabiat ke? Takde tempat lain ke korang nak berasmaradana dan buat adegan Hindustan? Habis batas padi aku rosak!” Lelaki tua itu menuding jari ke arah batas padi yang di maksudkan.
Rayyan Fahrin dan Adrianna memandang sesama mereka kemudian mereka sama-sama memandang ke arah batas padi yang agak ‘lunyai’ mereka kerjakan semasa berlari berkejaran tadi.
“ Err..kami minta maaf Pak Cik,kami mengaku kami bersalah. Kami tak sengaja rosakkan batas padi Pak Cik ni.Macam ni sajalah Pak Cik, bagi saya cangkul tu, saya betulkan balik batas padi Pak Cik ni.” Rayyan Fahrin mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Rasa bersalah mula bertandang di hatinya kerana telah mendatangkan masalah kepada Pak Cik tua tersebut.
“ Ini Anna punya pasallah. Tengok apa dah jadi,tak pasal-pasal Abang kena yang hensem ni kena pegang cangkul. Siap Anna nanti!” Rayyan Fahrin berkata separa berbisik kepada Adrianna.
“ Eh! Apa pulak salah Anna, Abang yang kejar jadi sebagai tindakan reflek,Anna larilah.” Adrianna membalas kata-kata Rayyan Fahrin.Dia juga tidak mahu mengalah. Dengan muka macam lepat pisang basi, Rayyan Fahrin menapak ke arah Lelaki Tua itu mahu mengambil cangkul.
“ Eh! Kamu ni Fahrin kan? Cucu sulung Hajah Kamariah?” Lelaki tua itu merenung Rayyan Fahrin seolah-olah mengenalinya.
“ Ya saya, saya cucu sulung Hajah Kamariah. Kenapa Pak Cik Tanya?Pak Cik kenal saya ke?”
“ Kamu dah lupa ke? Ini Tok Mat,Atuk kawan baik atuk kamu. Wah dah segak kamu ye! Patutlah tak kenal Atuk lagi.”
“ Err Tok, saya mintak maaf,saya tak perasan tadi. Kenalkan ini isteri saya,Adrianna.Kahwin baru sebulan lebih Tok, itu yang buang tebiat sikit tadi tu. Maaf ye Tok.” Rayyan Fahrin menghulurkan salam. Adrianna turut sama menghampiri dan menghulurkan tangannya bersalaman dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Tok Mat itu. Merah padam muka Adrianna.Bukan kerana marah tapi kerana malu.Malu kerana aksi Hindustan spontan tadi rupanya di tonton orang.
“ Baru kahwin. Patutlah,Atuk ingat mamat dengan minah tiga suku mana tadi dok berkejaran kat atas batas padi Atuk ni.Kamu dari mana ni?Itu kereta kamu ke?Berkilat lagi tu,mesti kereta baru. Kereta apa tu? Mesti mahal.Atok tak pernah nampak kereta lagu ni kat sini.” Tok Mat menuding jari telunjuk ke arah kereta di tepi jalan. Sah Tok Mat ni berasal dari Kelantan.
“ Lexus,alah kereta biasa-biasa je.” Hampir tergelak Rayyan Fahrin mendengar pertanyaan Tok Mat.
“ Letchus, nama kereta pun Atok tak pernah dengar.” Tok Mat tersengih sehingga menampakkan giginya yang hanya tinggal dua.
Rayyan Fahrin dan Adrianna menahan ketawa apabila mendengar kata-kata Tok Mat.Sungguh mencuit hati.
Usai membaiki semula batas padi yang ‘lunyai’ tersebut, Rayyan Fahrin meminta diri untuk beredar. Adrianna sudah bersandar di pintu kereta menunggunya sambil tersenyum dengan ibu jarinya ‘thumb up’ ke arah Rayyan Fahrin.
Geram hati Rayyan Fahrin apabila Adrianna mengusiknya begitu.
“ Tengok tu,sempat lagi usik Abang.Takpe malam karang Anna kena picit-picit badan Abang yang leguh-lenguh ni. Ada ke patut Abang yang hensem dengan spek mata Rayban lagi kena menyangkul batas padi di petang yang mulia ni. Anna pulak jadi mandur je,Abang kena jadi buruh paksa. Mana aci?”
“ Aci-aci bukak pintulah.” Adrianna sengaja menambah geram di hati Rayyan Fahrin. Sebaik Rayyan Fahrin menekan alarm kereta, dia terus meloloskan diri ke dalam perut kereta.
Rayyan Fahrin hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Adrianna.
“ Hermmm..boleh tahan loyar buruk bini aku ni.” Rayyan Fahrin berkata pada dirinya sendiri. Yang pasti,hari ini dia mengenali Adrianna dari sudut yang berbeza.Hari ini dia mengenali Adrianna yang periang dan mesra bukan Adrianna yang keras kepala.

P/S: Terima kasih kerana sudi menunggu setiap entry sy. Luv u guys.

20 comments:

  1. best...nak lagi

    ReplyDelete
  2. jeffrey & qalish takda ke? btw, cerita ni superb.

    ReplyDelete
  3. Best! Rading this entry sambil dengar lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih. Oohhh...good job, writer. :-)

    ReplyDelete
  4. akhirnyaaaaa! lama tunggu haha..
    awesome, keep it up! next entry please...=)

    ReplyDelete
  5. beest! waiting for next entry, jeffrey and qalish! :)

    ReplyDelete
  6. terbaikkkkkkk!!!! cpat2 smbung next entry... fahrin and anna...

    ReplyDelete
  7. bestt!! xsabar nak tunggu n3 sterusnya. cepat2 update yeee.

    ReplyDelete
  8. Allah.... bestnyer..... tertunggu 2 entry ni..... teruskan.....

    ReplyDelete
  9. Sweetnyeer lah.

    ReplyDelete
  10. seriously best gila novel ni . haha comellah dyeorang ni .

    ReplyDelete
  11. hahaha..mmmg sweet la diaorg nie... kan semoga adriana terima rayyan

    ReplyDelete
  12. wah ! nak lagi ~ tak sabarnya ....

    ReplyDelete
  13. x sabar nak tunggu sambungan... bila nak kuar novelnya???

    ReplyDelete
  14. Fahrin klu bersuara selamba ajer....... best

    ReplyDelete