BAB 24
Diam tak diam,usia perkahwinan
Jeffrey dan Qalisha ,Rayyan Fahrin dan Adrianna sudah mencecah sebulan. Kerana kesibukan dan hal-hal yang
tidak dapat dielakkan,kenduri kesyukuran merangkap kenduri meraikan perkahwinan
disebelah keluarga Rayyan Fahrin di Tanjung Karang,terpaksa di tunda seminggu
lebih lewat. Esok,Rayyan Fahrin dan Adrianna akan bertolak balik ke Tanjung
Karang manakala ahli keluarga Adrianna yang lain akan menyusul pada hari
berlangsungnya majlis.
Usai bersama-sama menikmati minum
petang, Datuk Abdullah dan Datin Maimun bergegas untuk keluar. Pada semua
orang,Datuk dan Datin memaklumkan yang mereka ada aktiviti di kelab.
Sebenarnya,Datuk Abdullah dan Datin Maimun mahu ke House of Hope. Dr.John De
Souza,doktor berketurunan portugis dari Melaka merangkap doktor peribadi yang
merawat Mary Jane ada menelefon. Setelah mereka berusaha selama bertahun-tahun
memberikan terapi kepada Mary Jane, akhirnya Mary Jane mula mahu bercakap.
Berita itu cukup mengembirakan Datuk Abdullah dan Datin Maimun, sebab itulah
mereka berdua bergegas ke House of Hope.
Sebaik sahaja Datuk dan Datin
beredar, Adrianna pula menyusul ke tingkat atas.Tak lain tak bukan mahu
mengelakkan diri daripada bercakap dengan Rayyan Fahrin lah tu! Laju sahaja
Adrianna meninggalkan gazebo yang berhampiran kolam renang villa itu menuju ke
bilik yang terpaksa dikongsi bersama Rayyan Fahrin dengan alasan mahu berehat,penat setelah seharian di pejabat.
Jeffrey pula pulang lambat kerana ada
shooting rancangan masakan yang di kendalikannya di sebuah studio di Plaza Alam
Sentral,Shah Alam. Sibuk betul chef selebriti kita ni ya!
Rayyan Fahrin membiarkan sahaja
Adrianna berlalu pergi.Dia sendiri sudah kepenatan.Sejak kebelakangan ini,
banyak perkara yang terpaksa dia uruskan. Tiga hari lepas,Datuk Abdullah mahu
dia dan Uncle Hashim menguruskan hal berkenaan dengan pembelian saham Ocean
Blue. Datuk Abdullah telah melantiknya sebagai wakil atau proksi untuk menandatangani
pembelian saham tersebut.Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar. Rayyan Fahrin
memandang Qalisha yang sedang duduk di tepi kolam. Dua kakinya di juntaikan ke
dalam kolam. Sejak bergelar menantu kepada Datuk Abdullah, Rayyan Fahrin belum
lagi berkesempatan berbual secara personal dengan isteri Jeffrey,merangkap adik
ipar kepada isterinya sendiri.Jadi dengan Rayyan Fahrin,Qalisha ni kira biraslah kan? Betul tak?
“ Hai,boleh Abang join?” Tanpa
menunggu balasan daripada Qalisha,Rayyan Fahrin melabuhkan punggung di tepi
kolam.Dia duduk di sebelah Qalisha dan turut menjuntaikan dua kaki ke dalam
kolam sama seperti yang sedang dilakukan oleh Qalisha.
Rayyan Fahrin menyambung lagi, “ Dah
sebulan kita jadi menantu kat villa ni dan kita belum berkenalan secara
‘proper’ lagi kan? Rayyan Fahrin memulakan perbualan.
Qalisha hanya tersenyum manis hingga
menampakkan dua lesung pipit di pipi.
“ Ah aah, kita belum berkenalan
lagi.” Qalisha bersuara dengan gembira. Mahu tak gembira, ada jugak yang sudi
berbual dengannya.Sudah sebulan dia kebosanan.Ya bosan tahap tujuh petala
langit!
“ Kalau macam tu biar Abang kenalkan
diri secara rasmi dulu. Ehem..ehem..Nama Abang Rayyan Fahrin bin Iskandar, umur 30 tahun,panggil Abang Fahrin pun boleh.”
Rayyan Fahrin menghulurkan tangan untuk bersalam.
“ Giliran kita pulak. Ehem-ehem…Nama saya
Qalisha Bt Qhairil,umur 24 tahun,panggil Qalish je.” Salam bersambut mesra.
“
Abang suami Cik Lebah madu kat atas tu.”
“
Kita pulak isteri Encik Chef Poyo yang sibuk giler tu”
“
Jaga-jaga,chef poyo tu adik ipar Abang,kang Abang repot kat dia baru tau!”
“
Hek eleh! Abang pun sama, jaga-jaga kang Qalish
repot kat ‘Puan Lebah Madu’ kat atas tu. Puan Lebah Madu tu kakak ipar
Qalish tau!”
Mereka
berdua ketawa mengekek-ngekek bersama apabila mendengar gelaran yang diberikan
kepada pasangan masing –masing. Walau pun baru berkenalan, lagak gayanya macam
sudah kenal sepuluh tahun.Siap bertepuk tampar lagi.
“
Qalish tak nak panggil Abang ‘Abang Fahrin’ lah.Tak ‘rock’lah bunyinya.”Qalisha
bersuara manja. Bukan manja gedik ya! Tapi manja macam adik dengan abang
sahaja. Lagi pun si Qalisha ni memang jenis cepat mesra alam,begitu juga dengan
Rayyan Fahrin. Qalisha sudah dianggap seperti adiknya sendiri.
“
Habis tu Qalish nak panggil apa? Panggil Abang Long pun boleh.Semua adik-adik
Abang panggil macam tu.”
“
Itu pun tak nak jugak.” Qalisha mengeleng-gelengkan kepala.
“
Habis tu nak panggil Abang apa? Jangan panggil Abang ‘sayang’ sudah.Kalau
dengar kat Lebah Madu kat atas tu,bengkaklah satu badan Abang kena sengat.
“
Ada ke Qalish nak panggil Abang macam tu! Uwek! Qalish nak panggil Abang ‘Abang
Ray’ boleh? Biar lain dari yang lain.Lagi pun tadi Abang dah janji nak jadi
Abang angkat Qalish kan?” Qalisha menjelirkan lidah dan mencebik manja.
“
‘Abang Ray’? ermmm…sedap jugak bunyinya tu. Ok,kalau macam tu,secara rasminya
sekarang,mulai saat dan detik ini,Qalish telah menjadi adik Abang. Achaner?
Setuju? Ada berani tak?”
“
Ok set! Give me five! No..no give me ten!” Qalisha sudah mengangkat kedua belah
tangannya untuk memberi ‘high five’,ops silap! ‘high ten’ kepada Rayyan Fahrin.
Rayyan
Fahrin pula menyambut ‘high ten’ Qalisha dengan mesra sekali. Perangai Qalisha
hampir sama dengan perangai adiknya Rania yang berada di kampung,Cuma Qalisha
lebih kasar dan berambut ‘boyish’sedikit. Spontan Rayyan Fahrin mencubit pipi
Qalisha apabila Qalisha menjelirkan lidah dan mencebiknya. Mereka bergelak
riang,ketawa bersama.Banyak benda yang mereka bualkan. Sedikit sebanyak rindu
Qalisha pada Pak Usu Qhairul terubat apabila bergelak ketawa,bergurau senda
dengan Rayyan Fahrin. ‘Abang Ray’ pun kuat menyakat dan cukup sempoi sama
seperti Pak Usu. Bezanya Cuma Pak Usu berusia dua tahun lebih tua daripada
Abang Ray. Best jugak dapat member kamceng yang sejiwa dan berkongsi minat yang
sama.
“
Tipulah..Abang tak percaya yang Qalish ni pomen..” Rayyan Fahrin bersuara masih
tidak percaya dengan kata-kata Qalisha.”
“
Abang Ray! Qalish tak tipulah.Kalau tak percaya,Abang Ray boleh tanya Mama
ke,Baba ke tak pun Pak Mid. Atau pun Abang Ray nak Qalish tunjukkan bukti.Meh
sini bawak kereta yang rosak,start tak hidup ke.Small matter je tu,anytime
Qalish boleh repair.”Qalisha mencuit hidungnya sendiri,buat-buat gaya budak
angkuh dan berlagak.
“
Okay,nanti Abang nak tengok repair kereta depan Abang.Abang nak tengok ye ke
tidak adik Abang yang sorang ni pomen keta.”
Mereka
berdua ketawa lagi. Ada sahaja cerita yang keluar daripada mulut mereka
seolah-olah mereka sudah kenal lama. Tanpa mereka sedari ada dua pasang mata
yang sedang memerhatikan gelagat mereka berdua daripada bilik yang berasingan.
Hati dan perasaan empunya dua pasang mata tersebut sudah
terbakar,meruap-ruap,berasap-asap apabila melihat kemesraan Rayyan Fahrin dan
Qalisha yang bergelak ketawa siap bertepuk tampar lagi.
“
Huh! Dasar jantan gatal,miang! Perempuan itu sama gatal gedik.” Adrianna
melihat kemesraan Rayyan Fahrin dengan Qalisha daripada sebalik langsir labuh
yang menutupi tingkap bilik.
“
Apasal? Jeles ke?kata menyampah dengan Rayyan Fahrin,tapi kenapa tadi bunyi
macam suara isteri yang cemburu tengok suami bermesra dengan orang lain.” Cik
Hati sudah bersuara,mencabar tuannya.
“
Dasar perempuan gedik. Dengan aku bukan main menyombong. Dengan Mamat tu boleh
pulak ketawa mengekek,siap ‘high five high ten’ lagi. Siap kau Minah Kampung.
Jangan ingat kau boleh main-mainkan aku. I’ll make your life miserable after
this!”
“
Yang ni apa kes? Cemburu jugak ke?” Minda dan Hati bergabung tenaga bertanyakan
soalan yang sama.
Dari
tingkat atas, Jeffrey hanya memandang kemesraan Rayyan Fahrin dan Qalisha di
tepi kolam dengan pandangan yang tajam.Dia hanya berdiri di balkoni dengan
perasaan sakit hati dan geram. Niatnya tadi hendak mengambil angin di luar
balkoni sambil melepaskan tekanan kerja.Pengambaran terpaksa di batalkan kerana
pengarah fotografi,siapa lagi kalau bukan si Luqman mendapat panggilan telefon
kecemasan daripada ahli keluarganya. Bapa Luqman diserang sakit jantung secara
mengejut,jadi shooting terpaksa di batalkan. Jadi, Jeffrey balik awal kerana shooting telah
ditunda esok.Tidak sangka pula, niat mahu melepaskan tekanan rupa-rupanya
menambah tekanan yang ada. Langsung Jeffrey tidak menyangka akan adegan
kemesraan Rayyan Fahrin dan Qalisha di tepi kolam dapat di tonton secara ‘live’
di depan mata. Alah, bukan apa pun.Bila ego dan cemburu bergabung
tenaga,semuanya nampak yang buruk sahaja.Pada hal Rayyan Fahrin dan Qalisha
hanya duduk bersembang saja. Wah ini sudah bagus! Ada orang jeles tahap gaban
tapi tak nak mengaku dalam hati sudah ada taman. Atau mungkinkah tuan punya
punya diri tidak sedar yang dalam hati sudah ada taman?
“
Ini rupanya kerja kau masa aku takde kat rumah ye Qalisha…siap kau nanti.”
Jeffrey sudah berkira-kira mengenakan Qalisha dengan teruk.
Tiba-tiba,fikirannya teringatkan tentang ‘lingerie’ yang dibeli di Seoul hari
tu,khas untuk mengenakan Qalisha. Jeffrey sudah tersenyum sendirian. Entah apa
akal gila yang muncul di minda,yang pasti Qalisha bersedialah kau ,Jeffrey mahu
melancarkan serangan berani mati terhadapmu!
Lantas,
Jeffrey menapak menuju ke arah dressing room. Pintu dressing room dibuka dengan
kasar. Otaknya ligat memikirkan idea yang akan digunakan untuk mengenakan
Qalisha. Dia mahu kemenangan berpihak kepadanya. Seketika kemudian, beg kertas
yang berisi gaun tidur dan lingerie seksi temui di tempat yang agak
tersorok.Siapa lagi yang menyorokkan ‘benda alah’ tersebut kalau bukan dirinya
sendiri.
Jeffrey
membuka beg kertas tersebut dan merenung isi kandungan beg kertas itu dengan
akal yang berselirat. Jeffrey tersengih-sengih sendirian.Akalnya sudah mencerna
apa yang akan dilakukannya selepas ini. Dia mahu gunakan kuasa veto sebagai
suami ke atas Qalisha dan memaksa memakai gaun tersebut. Gambaran kemesraan
Qalisha dan Rayyan Fahrin sebentar tadi masih memenuhi segenap ruang mindanya.
“
Jaga kau ‘Minah Kampung’, aku akan kenakan kau cukup-cukup”.Kata-kata itu
bergema di dalam hati Jeffrey.
Jeffrey
memegang beg kertas berwarna hitam itu dan dengan serentak, langkah kakinya
diayun kearah pintu yang menghubungkan biliknya dan dressing room. Dia mahu
keluar dan membersihkan diri sebelum melancarkan serangan ke atas Qalisha.
Pintu dressing room di buka perlahan-lahan,takut juga kalau-kalau Qalisha akan
menyedari kehadirannya di situ. Jeffrey menjengukkan kepalanya keluar mahu memastikan sama ada Qalisha sudah masuk ke
dalam bilik atau tidak.
“
Fuh lega! Minah Kampung tu belum masuk lagi.” Jeffrey terus melangkah keluar
daripada dressing room. Dia menapak ke arah ruang menonton tv di dalam bilik
yang mewah dan luas lalu beg kertas di tangannya di letakkan di atas sofa dua
tempat duduk.
Tiba-tiba
pintu bilik di buka daripada luar dan kelihatan Qalisha dengan selamba
melangkah masuk. Tindakan Qalisha itu membuatkan Jeffrey yang baru hendak
melangkah ke arah bilik air memalingkan badan. Jeffrey agak terkejut lalu
dengan spontan mulut yang tiada insurans bersuara.
“
Tak reti nak bagi salam ke? Main redah je! Takde adab langsung.”
Qalisha
juga agak terperanjat melihat Jeffrey ada di dalam bilik. Lebih terperanjat
lagi bila terus di sembur sebaik pintu di tutup.
“
Erk! Bukan ke Chef Poyo ni ada pengambaran.Sepatutnya dia ada di Shah Alam
.Mama yang cakap dengan aku tadi.” Qalisha bermonolog di dalam hati. Hatinya
turut berasa hangat semacam. Mulut Qalisha turut spontan menjawab.
“
Habis tu yang di sana tu dah cukup adab ke? Ke dah terlebih adab?” Qalisha
membalas pandangan Jeffrey.
“
Paku dulang paku serpih.,mengata orang dia yang lebih.” Qalisha berkata seolah
berbisik pada dirinya sendiri.
Jeffrey
sudah mula hangat.Walau pun perlahan,dia mendengar kata-kata Qalisha itu dan
dia tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya.
“
Apa kau cakap? Cuba kau ulang sekali lagi.” Jeffrey sudah menapak menghampiri
Qalisha.
“
Alamak! Chef poyo dah bertukar menjadi king kong! Baik aku cabut. Erk! Mana aku
nak lari ni?” Mata Qalisha melilau ke kiri dan ke kanan.
Qalisha
memusingkan badan ke belakang. Satu-satunya perkara yang terlintas di dalam
fikirannya ialah keluar daripada bilik itu.Dia meluru ke arah pintu sepantas
mungkin. Namun, Jeffrey sudah mengagak apa yang akan di lakukan oleh Qalisha.
Pengalaman sebagai ‘sprinter’ terbaik sekolah pada zaman persekolahan digunakan
sebaik mungkin. Jeffrey lebih laju berlari ke arah pintu bilik. Dia terlebih
dahulu berjaya menghadang pintu lalu menguncinya. Dua tangannya pula mencengkam
lengan Qalisha dengan kuat.
“
Mana kau nak lari hah?Oooo..jadi inilah kerja yang kau buat bila aku takde kat
rumah ye!Jeffrey menguatkan lagi cengkaman pada lengan Qalisha. Hatinya membara
dan panas.
“
Apa hal kau ni? Bulan mengambang? Ke hormon tak stabil? Lepaslah! Sakit tau
tak! Lagi satu,kerja apa yang aku buat?sejak bertukar status ‘cik’ kepada
‘puan’, hari-hari aku kerja tanam anggur saja kat villa ni.” Qalisha turut sama
membentak.
“
Kau jangan nak loyar buruk dengan aku ya!Yang tadi tu apa? Dengan mata kepala
aku sendiri aku nampak bukan main mesra kau dengan Fahrin berdua-duaan di tepi
kolam.Siap bertepuk tampar,cubit-cubit pipi pulak. Kau ada ‘affair’ dengan dia
ke?” Bertambah hangat dan sakit hati Jeffrey mendengar perkataan yang keluar
daripada mulut Qalisha.
“ Kau ni kenapa? Tiba-tiba nak hangin kat aku.
Salah ke aku bercakap dengan Abang Ray? Dia bukan orang lain pun,Abang ipar kau
jugak. Kau siapa nak halang aku? Aku punya sukalah nak bercakap dengan siapa
pun.” Qalisha semakin hangat.Geram sungguh hatinya apabila di tuduh sebegitu.
“
Aku siapa kau cakap! Cuba kau jawab soalan aku ni,siapa aku pada kau?” Jeffrey
memandang tepat ke dalam mata Qalisha. Anak mata mereka bertembung. Kedua-duanya
di landa kemarahan seperti lava yang sedang mengelegak. Qalisha hanya
mendiamkan diri,dadanya berombak kencang menahan kemarahan.
“
Kau pekak ke?jawab soalan aku! Siapa aku pada kau?” Jeffrey menjerkah Qalisha.
Qalisha
tersentak . Seumur hidupnya inilah kali pertama dia dijerkah sebegitu kuat di
depan muka lagi.
“
Dia ni gila ke apa? Ini sudah lebih. Nenek dan Pak Usu pun tidak pernah jerkah
aku macam ni! Nak pecah gegendang telinga aku. Dah lah air liur pun terpercik
sama. Qalisha bermonolog di dalam hati.
“
Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak jawab soalan aku tadi.” Jeffrey
mengetatkan cengkaman pada lengan Qalisha. Dia mendekatkan mukanya. Anak
matanya tajam menikam ke dalam anak mata Qalisha.
Qalisha
tahu dia terpaksa mengalah. Tergagap-gagap dia menjawab soalan Jeffrey.
“
Kau..kau…kau..”
“
Kau apa!” Sekali lagi Qalisha disergah.Huh! Suka betul menjerkah orang Si
Jeffrey ni.
“Kau
suami aku!” Laju mulut Qalisha menjawab apabila disergah.
“
Kalau aku ni suami kau, kenapa dengan aku kau buat ‘dert’ je sedangkan dengan
‘Abang Ray’ bukan main mesra lagi. Ingat Qalisha, syurga kau di bawah tapak
kaki aku. Kau nak tanggung dosa ke? Kalau aku tak redha….”
Dengan
pantas Qalisha memotong perkataan yang keluar daripada mulut Jeffrey. Bila keluar
bab dosa pahala,kecut juga perutnya buat seketika. Qalisha tahu sebagai isteri
dia tidak seharusnya meninggikan suara dan melawan cakap suami. Sebelum berkahwin
dulu pun,sudah berjela-jela tazkirah disampaikan oleh Nek Jah kepadanya.
“
Look Jeff, I’m so sorry kalau kau tak suka aku bercakap dengan Abang Ray. Aku
betul-betul tak faham,pasal apa yang kau ‘hot’ sangat.Tak masuk akal tau tak.
Kau pun tak sukakan aku.Cuba kau bagi tiga sebab kenapa kau tak suka aku
bercakap dengan Abang Ray.” Spontan sahaja mengajukan pertanyaan.Suaranya juga
sudah mengendur sedikit.
“
Tiga je? Kalau kau nak,sepuluh pun aku boleh beri. Listen carefully my
dear,first,I’m your legally wedded husband,second,you’re mine,third,kau kena
dengar cakap aku kalau tak aku tak akan maafkan kesalahan kau.Tadi pun bukan
main kau tinggikan suara kat aku.” Jeffrey menepuk-nepuk pipi Qalisha.
‘You’re
mine.’ “ Possesisve giler dia ni. Ingat aku ni barang ke? Sorilah bro, tak
sengaja tinggi suara kat engko.Dah yang kau jerkah-jerkah aku tu apa citer?”
Qalisha bersuara perlahan seperti berbisik sambil mengetapkan gigi.
“
Apa kau cakap?”
“Err…takde
apa-apa. Aku cuma cakap, aku minta maaf. Boleh lepaskan lengan aku tak? Sakit
tau tak!”
“
Macam tu ke orang kampung minta maaf?bunyi tak ikhlas langsung. Kalau kau nak
aku maafkan kau dan lepaskan kau…kau kena rendahkan ton suara tu. Lagi satu,
mulai hari ini, kau tak boleh panggil aku,’kau’ lagi.”
“
Habis tu kau nak aku panggil kau apa?hubby?darling?honey bee?sayang?kanda?”
Qalisha mencebik.Loya tekak mahu menyebut semua panggilan ‘manja’ tersebut.
Jeffrey
menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan semua panggilan yang disebut
oleh Qalisha.
“
Aku pun gelilah dengar semua panggilan yang kau sebut tadi.Apa yang sesuai
ye….ermmm.Okay,mulai sekarang ni,aku nak kau panggil aku ‘Abang’. Cuba panggil
sekarang,aku nak dengar. Sebagai denda kau meninggikan suara tadi,aku nak pujuk
rayu aku supaya maafkan kau.” Jeffrey mengangkat-angkat keningnya.Kata-katanya
sebenarnya lebih berbau cabaran kepada Qalisha. Jeffrey menyambung lagi.
“
Cepat,I’m waiting.Kalau aku cair dengan pujuk rayu kau tu ,I’ll let you go.”
“
Kalau aku tak mahu kau nak buat apa?” Qalisha mula berasa cuak dan tidak
selesa.
“
Kalau tak nak sudah,but I ‘m your husband and I ….” Kata-kata Jeffrey tergantung
begitu sahaja. Tiba-tiba Jeffrey menundukkan badan dan secara drastik, dia
merangkul lutut Qalisha dengan kedua-dua belah tangannya.Sepantas itu juga dia
memikul Qalisha di atas bahunya dan menapak ke arah katil yang bersaiz king.
Qalisha amat terkejut dengan tindakan Jeffrey yang
tidak di duga itu.
“ Apa yang kau nak hah? Turunkan aku sekarang
jugak!” Kedua-dua tangan Qalisha memukul-mukul belakang Jeffrey sekuat hati.
Jeffrey tidak menghiraukan kata-kata Qalisha.Senak
belakang yang di pukul oleh Qalisha hanya di tahan. Tangan kanannya
menepuk-nepuk punggung Qalisha dengan sengaja.
“ Aku nak kau. Sebab kau ni isteri yang degil,aku
nak jalankan tanggungjawab aku sebagai suami sekarang jugak!”
Kecut perut Qalisha apabila mendengar ayat ‘aku nak
kau’ yang keluar daripada mulut Jeffrey. Minda Qalisha ligat memikirkan
sesuatu. Wahai idea cepatlah kau datang,
jangan pulak di saat-saat genting ni kau nak menyepikan diri.
“ Okay,Abang,please let me down.” Qalisha bersuara
selembut mungkin. Hatinya berdoa supaya Jeffrey menurunkannya.
“ I’s too late dear. I want to claim my right now.”
Jeffrey bersuara selamba.
“ Please Jeff, I’ll do anything but please let me
down okay.”
“ Anything? Anything is a big word.Careful my dear.”
Jeffrey masih lagi berlagak control macho dan jual mahal.
“ I
promise,I’ll do anything but please Jeff let me down.” Qalisha bersuara
manja tanpa disedari, melontarkan pa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa
memikirkan impak kata-katanya.
“ Okay, sebab kau dah berjanji.Kau kena ikut semua
cakap aku.” Jeffrey sudah gelak tergolek di dalam hati.
“ Okay,aku janji.”
“ Panggil aku ‘abang’ sekarang.” Jeffrey bersuara
mula menggiat Qalisha.
“ What!”
“ Nak turun ke tak nak?”
“ Nak…”
“ Kalau nak turun cepat panggil’ abang’”
“ Abang!”
“ Lembut dan manja sikit.”
“ Abaaangggg…” Qalisha mencebik di dalam hati. “
Whateverlah,janji dia tak ‘ngap’ aku.”
“ Ulang cakap aku. I love you. Buat ala-ala gedik
sikit.”
“ I love you.” Ulang Qalisha.
“ Lagi sekali tak dengar.”Jeffrey mengarah.
“ I love you….please say you love me too,these three
words that could change our live forever,and I promise you that we will always
be together…till the end of time.”
“ Woi! Apa benda yang kau melalut tu Qalisha? Sampai
lirik lagu Celine Dion masuk sekali. Sengal betul bini kau ni Jeffrey.” Miss
Heart berkata.
“ What? Lagi sekali tak sempat nak dengar.” Jeffrey
terus menggiat.
“ I love you,Jeffrey..I love you.” Lembut Qalisha
bersuara.
Terbuai Jeffrey mendengar suara Qalisha yang lembut
serak-serak basah. Mana tak serak kalau dok bertekak sejak dari tadi lagi.
Jeffrey menurunkan Qalisha dengan menghempaskan Qalisha di atas tilam empuk
sehingga badan Qalisha melantun.
“ Adoi..boleh terpeleot urat pinggang aku.Kurang
asam Jawa kau chef Poyo! Tak pe..hari ini hari kau, takpe..takpe..buah kelapa
atas bas, tak mengapa nanti aku balas!”
Qalisha
cepat-cepat bangun dengan sepantas kilat. Dia mahu keluar daripada bilik itu
dengan secepat mungkin.
“ Nanti dulu!Mana kau nak pergi.”
“ Apa yang kau nak lagi?” Qalisha bersuara.
“Ehem-ehem..” Jeffrey sengaja berdehem-dehem.
“ Err..apa yang Abang nak? Boleh saya tolong.”
Qalisha membetulkan ayat apabila Jeffrey mencegilkan matanya.
“ Ha,macam itulah. Abang nak panggil ‘Qalish’ mulai
daripada sekarang, kecuali in public.Qalish tahukan kenapa?” Jeffrey bermain
kata.
Qalisha mengangguk kepalanya laju.” Apa lagi yang
chef poyo ni nak?” Suara bergema di dalam hati.
“ Tadi Qalish cakap ,you will do anything kan? So
tonight, Abang nak Qalish pakai ni. Abang belikan hadiah ni khas untuk isteri
Abang yang comel ni.” Jeffrey mula melakonkan watak hero filem cinta,Ombak
Rindu 2-Haron Aziz. Beg kertas yang berisi gaun tidur dan pakaian dalam seksi
dihulur kepada Qalisha. Cannot say no,ingat tu..kalau tak Abang ‘kerjakan’
Qalish malam ni jugak.
Laju tangan Qalisha mencapai beg kertas yang
berwarna hitam itu.
“ Hek eleh! Setakat nak suruh pakai baju tu anytime
boleh. Mesti dia nak suruh aku pakai baju bercirikan perempauan melayu
terakhir. Mentang-mentang penampilan aku macam tomboy,kau nak suruh aku pakai
baju kurung,blaus,skirt bagai. ,No hal bro!jangan kau tergoda dengan keayuanku
sudah.” Qalisha membuat andaian sendiri. Tiba-tiba Jeffrey bertindak merampas
semula beg kertas di tangan Qalisha.
“ Chop! Tak boleh tengok sekarang.Nanti tak
surprise.Malam nanti baru Abang bagi hadiah ni. So see you tonight. Qalish
boleh keluar sekarang.Abang nak mandi..kalau Qalish nak join punAbang lagi
suka.” Itu dia Chef Romeo sudah bermain kata.
Sepantas kilat Qalisha bangun dan terus berdesup
keluar daripada bilik yang menyesakkan nafasnya itu. Sebaik pintu bilik di
tutup,Qalisha meraik nafas lega.
“ Agaknya
baju apa yang chef poyo nak suruh aku pakai tu ya? Korang tahu tak?
Kalau tahu bagi klu kat aku sikit.Boleh aku bersedia apa yang patut.”
Sebaik sahaja Qalisha keluar daripada bilik,Jeffrey
terus ketawa tergolek di atas katil.
“ Yes! Jaga kau ‘Minah Kampung’ aku akan kenakan kau
cukup-cukup malam nanti. Otak Jeffrey cuba membayangkan rupa Qalisha yang
berambut pendek dan berimej tomboy memakai baju gaun tidur tidur seksi. Jeffrey
sudah ketawa berdekah-dekah seorang diri. Mengikut rancangan Jeffrey ,dia mahu
mengetawakan Qalisha sekuat hati dan mengejek Qalisha apabila Qalisha memakai
gaun tidur tersebut. Apakah yang akan terjadi nanti? Adakah perancangan Jeffrey
berjalan lancar? Kita tunggu dan lihat ya.
P/S: Terima kasih kerana sabar menanti sambungan...macam biasa komen skit...luv u guys!
Semakin menarik..jln cerita yg mmg ada dlm kepala otak..nice job
ReplyDeleteBest....
ReplyDeletealahai awatnya pendek je rasa... dah la stop kat part yg mengusik jiwa.. hahaha.. Batrissyea jgn lambat2 kasi n3 lagi ye.. dah nak meroyan ni..
ReplyDeleteX sbr nk tunggu part fahrin ngn ana.. :-)
ReplyDeleteAla..nape dah stop.wat la smpi qalish pakai bj tidur.ni suspen ni.cpt smbg ye.tak sabar nak tggu.
ReplyDeleteeeee.. nape stop kat tempat yg tak sepatutnya..
ReplyDeletelamalah lagi kita nak tggu next entry..
tak sabar nak tggu reaction si jeff bila tgk qalisha pakai nite dress tu..
kita tgk saper yag kena.. he he he
semakin menarik...... apa akan jadi.....
ReplyDeletecepat la sambung
ReplyDeleteNAK LG CEPATLAH SAMBUNG YA TQ.
ReplyDeleteNice story.... :)
ReplyDeletedear, dah lame da shida tunggu. Terase pendek je entry ni.
ReplyDeletebila nak smbung lagi? xsabarnyeeeee.
i'm waiting~
Pendek sgt..... tak puas..... ternanti-nanti apa jdi nanti..... make it more challenge ok.....u r good at it...... fahrin ngan anna?
ReplyDeletebest gila kot...
ReplyDeletealah knpa pendek sgat... nak tahu tntg ana ngan rayyan... cpat2 la... hope next entry lbeh pnjg... best cita nieg... ta sbaq nak tgu novelnya.. good luck...
ReplyDeleteHahaha.....lawak la wei O:-)
ReplyDeleteBest....
ReplyDeleteCpt laa smbg....
ok nice start from long vacation..... hope to see ur n3 more often.... cayyok... speking london seh....
ReplyDeletelalala jth gedebak ko nanti jeff ooiii...si ana pulak nak buat apa ngan abang ray???? cepat smbng!!!!
ReplyDeletehehehheehe...best yeeeeeerrrrrr...lmbt lagi ke nk terbit...dh ramai dh 2 penerbit yg duk tunggu 2....heeehehehe
ReplyDeleteahahahahaa... jgn engko terkono dah ler jeff.. x sabar nak tgu n3 seterusnya.. cepatlah update..
ReplyDeletetq 4 all supports.klau lambat skit update jgnlah marah k.sabar itu separuh drp iman....he he
ReplyDeletea'a..cepatlah update...kalo boleh weekend nie ke ...hehehe...
ReplyDeletekelakar la.. part smpai air liur pun terpercik sama..XD
ReplyDeletekalo novel, mesti lagi cun.! :)
tak sabar dah ni nak tunggu
ReplyDelete(nazfa namia)
lme dh org tunggu nie ...
ReplyDeletebila nak sambung ni writer? berjanggut dah sy tunggu depan lappy ni..
ReplyDeletexpe anisa dan lappy sama2 jadi musang berjanggut lepas ni.. he he..tq for reading.
ReplyDeleteciter ni nak jadi novel ke? hihi.. kalau camtu saye nak beli cepat2... memanjang je senyum time bace ;)
ReplyDeleteWelcome... Sabar tu kan separuh drpd iman^_^
ReplyDeleteKlau ade novel nyer mmg nak beli terus kat online or bookstore... Haha
ReplyDelete