Total Pageviews

Saturday 27 April 2013

hi frens..this the last post here. tunggu versi cetak pulak ye! so enjoy...AKANKU ' TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 33


BAB 33

            Jeffrey menyeret beg troli dengan langkah perlahan. Badan dan mindanya cukup sungguh letih. Sambil berjalan pun sempat lagi dia menguap. Pengambaran rancangan masakan yang dihoskannya baru sahaja selesai pengambaran di Bali. Matanya liar mencari Aziz, pemandu keluarganya yang sudah tentu sedang menunggu di luar balai ketibaan.
            Dari jauh lagi Aziz sudah melambai-lambai sambil mengatur langkah mendekati Jeffrey.
            “ Hi Jeff, Abang tengok penat sungguh kali ni?” Aziz memulakan perbualan.
            Jeffrey hanya membalas dengan satu senyuman hambar. Cepat-cepat dia meloloskan diri ke dalam perut kereta bahagian belakang. Bagasi hanya di biarkan di luar kereta.
            “ Ermm, terlalu letih agaknya dia ni. Biasanya bukan main ramah lagi.” Faham akan tugas yang harus dilakukan, Aziz mengangkat bagasi milik Jeffrey dan memasukkannya ke dalam bonet kereta Mercedes Compressor.
            “ Alahai, belum apa-apa dah tertidur? Sah dia ni terlalu penat. Jeff,Jeff. Hairan sungguh aku tengok budak ni.Kerja kuat bagai nak rak. Duit mak bapak dah berkepuk tujuh keturunan tak habis nak makan tapi masih lagi bekerja mencari duit sampai macam ni sekali.” Aziz mengeleng-ngelengkan kepala.
Tanpa membuang masa, Aziz terus menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang ke Villa Chinta Qaseh.
“ Jeff, bangun.Kita dah sampai ni.” Aziz mengejutkan Jeffrey yang masih lena di tempat duduk belakang.”
Terpisat-pisat Jeffrey membuka mata.
“ Kita dah sampai ke? Sorry Bang, saya tertidur tadi.”
“ Takpe.Abang tahu Jeff kepenatan tadi. Jeff masuklah dulu.Nanti Abang bawa semua beg Jeff ke bilik.”
Jeffrey hanya mengangguk kecil. Usai mengucapkan terima kasih, terus dia mengatur langkah masuk ke dalam villa. Tuti si pembantu siap-sedia membukakan pintu untuknya. Laju kaki melangkah seolah-olah lambaian katil bersaiz king mengamit-gamit tuannya untuk beradu.
Tiba sahaja di dalam bilik, Jeffrey terus merebahkan tubuh di atas katil dan dia terus tertidur tak ingat dunia. Kalau gempa bumi pun belum tentu boleh mengejutkan dia daripada lena.
“ Ya Allah budak ni! Jeff bangun! Dah masuk waktu maghrib ni.Apa nak jadi dengan Jeff Mama pun tak tahulah. Cepat bangun! Pergi mandi dan solat! Tak baik tidur waktu maghrib.Waktu maghrib ni waktu iblis dan syaitan tukar syif. Sebab itu orang tua- tua marah benar kalau tidur. Otak boleh jadi bengap dan badan pun jadi letih.” Berjela bebelan Datin Maimun terhadap Jeffrey.
“ Alah Mama. Bagilah Jeff tidur kejap lagi.Letih ni.”
‘Pap!’ satu tamparan hinggap di belakang Jeffrey.
“ Jangan nak mengada-ada Jeff! Bangun sekarang atau Mama mandikan Jeff kat atas katil. Cepat! 1,2……3…”
Belum sempat kiraan lima, Jeffrey sudah bingkas bangun.
“ Mama ni kacau aje.Orang nak tidur lama sikit pun tak boleh.” Dengan muncung panjang sedepa, Jeffrey menapak ke bilik air.
“ Hah menjawab, ingat Mama tak dengar ke. Muncung saja sudah empat belas hasta.Macam budak kecil kamu ni Jeff. Lepas sembahyang turun.Dah lama kita tak dinner sama-sama. Mama dan Baba tunggu kat bawah.”
……………………………………………………………………………………………..

“ Hai Mama, mmuah!” Jeffrey mengucup pipi Datin Maimun yang sedang menolong Mak Yam di dapur menyediakan makan malam.
“ Ish kamu ni Jeff, cubalah bagi salam dulu. Nasib baik senduk Mama tak singgah kat dahi.”
Jeffrey dan Mak Yam sama-sama tersenyum dan dalam masa yang sama matanya melilau mencari seseorang. Buah tembikau susu yang baru siap dipotong dimakan dengan lahap sekali. Dari tadi lagi dia belum makan apa-apa. Begitulah Jeffrey, kalau badannya terlalu letih, selera makan turut sama terbantut.
“ Errr…Mama, mana Qalish? Merayap merayap ke mana dia? Dari tadi tak Nampak pun?”  Jeffrey bersuara selamba.
Sebenarnya sejak pulang petang tadi lagi lagi hati Jeffrey meronta-ronta ingin tahu di mana Qalisha. Entah kenapa hatinya cukup resah ketika berada di Bali. Wajah isterinya itu sentiasa berlegar di ruang minda dan ada kalanya sampai termimpi-mimpi. Walau pun mulutnya sentiasa menidakkan perasaannya terhadap Qalisha, namun wajah yang padanya tak berapa nak ayu itulah yang sentiasa terbayang-bayang di ruang mata. Memang hampeh kan si Jeffrey ni? Bini punyalah cantik dia kata tak berapa nak ayu. Hah tunggulah nanti bila Si Qalish tu buat make over,baru terjojol biji mata kau Jeff!
‘Pap!’ satu tamparan yang cukup memedihkan kulit menyinggah pada lengan Jeffrey.
“ Adoi! Sakitlah Ma.” Kulit Jeffrey yang putih terus kemerahan hasil penangan tamparan Datin Maimun yang sememangnya sedang menahan geram yang teramat sangat.
“ Jeff ni kalau tak buat Mama marah tak sah kan? Isteri sakit Jeff tak peduli langsung. Lepas tu yang paling menyakitkan hati Mama ialah bila call tak jawab.  Jeff sibuk sangat ke sampai Mama tengok sibuk mengalahkan perdana menteri.”
“ Mama, I’m so sorry. Masa tengah shooting hari tu, telefon Jeff terjatuh dalam kolam. Pekerja hotel yang tolong ambilkan.Bila nak on memang tak boleh. Dah arwah terus note 2 yang baru Jeff beli tiga bulan lepas.” Datin Maimun di rangkul daripada belakang.Dia cuba memujuk hati Mama yang sedang marah terhadapnya.
“ Patutlah Qalish cakap dia call berpuluh-puluh kali tapi tak dapat.”
“ Qalish pergi mana Ma?”
“ Entah. Isteri Jeff kan? Kenapa Tanya Mama pulak.Patutnya Jeff yang lebih tahu.” Datin Maimun sengaja bermain tarik tali.
“ Ya, dia isteri Jeff tapi isteri Jeff tu bff Mama dan jugak menantu kesayangan Mama so mustahil sangat kalau Mama tak tahu mana bff Mama tu pergi.”
“ Ishhh..rimaslah peluk-peluk Mama macam ni. Pergi temankan Baba dan yang lain  kat depan. Cuba pergi beramah-mesra dengan Abang ipar Jeff tu. Mama tengok Jeff tak banyak bercakap dengan Fahrin. Ingat Jeff, he’s married to your sister so he’s part of our family now.”
“ Jeff tahu tu, tak payahlah Mama nak ingatkan. Ma..please tell me mana Qalish pergi.Please..Jeff takkan lepaskan Mama selagi Mama tak cakap mana Qalish.” Jeffrey cuba memujuk lagi.Sungguh! hatinya benar-benar mahu tahu.”
“Balik kampung.”
“ Hah! Balik kampung? Buat apa?”
Datin Maimun menarik nafas yang agak dalam. Dia berpusing lalu mengajak Jeffrey duduk di ‘bar stool’ yang ada di dapur mewah tersebut.
“ Jeff, Mama nak Tanya Jeff.Jawab betul-betul. Jujur okay,jujur. Apa perasaan sebenarnya Jeff pada Qalish?”
Jeffrey memandang Datin Maimun dengan pandangan seperti seseorang yang sedang memohon pengertian.
“ Entahlah Ma.Really.. Jeff tak tahu. She’s different.I never met a girl like her.Jeff tak tahu nak cakap apa. Secara jujur Jeff katakan Jeff tak tahu apa masa depan hubungan Jeff dengan Qalish.”
“ Mama rasa bersalah sebab memaksa Jeff tapi Mama dan Baba tetap yakin she’s the best for you. Cubalah Jeff buka pintu hati Jeff untuk Qalish. Try to get to know her.Ada banyak perkara yang Jeff sebagai suami patut tahu tentang Qalish. Mama takkan beritahu Jeff apa dia sebab Mama dan Baba mahu Jeff sendiri mencari dan megenali siapa isteri Jeff yang sebenar. Believe me Jeff, she is an extraordinary girl dan suatu hari nanti Jeff sendiri yang berterima kasih pada Mama dan Baba sebab menjodohkan Jeff dengan dia. Don’t you miss her Jeff?”
Datin Maimun benar-benar berharap agar kata-katanya sebentar tadi sedikit-sebanyak meresap ke dalam hati Jeffrey.
Pertanyaan Datin Maimun ‘ Don’t you miss her’ di biarkan sepi. Tiada suara yang keluar daripada mulut Jeffrey.
“ I miss her Ma.I really really do! Hanya Qalisha yang boleh buat Jeff tak senang duduk macam ni. Damn!She really drives me crazy!” Namun suara itu hanya bergema di dalam hati Jeffrey.
“ Jeff, Qalish kat kampung. Nek Jah bawak dia balik sebab nak urut kaki dia yang terseliuh tu.” Datin Maimun terus berlalu meninggalkan Jeffrey yang masih keliru dengan perasaan sendiri.
Sebaik mendengar perkataan ‘kampung’, hati Jeffrey terus menjadi tidak keruan. Semasa berada di Bali, hatinya tidak tenteram kerana fikirannya asyik teringatkan Qalisha. Rasa bersalah menggunung kerana dia terpaksa meninggalkan Qalisha di hospital begitu sahaja. Namun apalah dayanya, jadual pengambaran dan kontrak yang ditandatangani menuntut janji. Kalau boleh dia mahu menjaga Qalisha di hospital. Peristiwa yang berlaku di hospital di mana dia dan Qalisha tertidur di atas katil hospital masih terbayang di dalam ingatan.
Sungguh indah! Itulah perasaan Jeffrey. Entah mengapa, hatinya berasa sungguh tenang dan tenteram apabila Qalisha tanpa sedar  memeluk dan merangkulnya sepanjang malam. Kalaulah detik indah itu boleh di ulang, dia akan mengulanginya berpuluh-puluh kali!
Usai makan malam, Jeffrey terus meminta diri dengan alas an badan penat dan mahu berehat. Pandailah dia meng’excuse’kan diri. Bukan dia tidak tahu, semasa di meja makan, Baba  asyik memandang dengan muka tanpa senyum sampai dia nak makan pun rasa tak selesa. Dia cukup faham, kalau Baba memandang bagai nak telan orang tu, mesti ada sesuatu. Baba tidak macam Mama yang selalu menegur dan meleterinya. Baba jarang bersuara namun sekali bersuara mahu dia berasap telinga, pedih sebab selalunya apa yang Baba tegur memang kena atas batang hidungnya.
Di dalam  bilik, Jeffrey baring terlentang di atas katil bersaiz king yang sudah agak lama tidak di’landing’.
“ Arghh, best betul dapat baring macam ni. Home sweet home. Bagus jugak Minah Kampung tu takde, kalau tidak dah sah aku kena tidur atas sofa.” Jeffrey bercakap seorang diri sambil matanya memandang siling.
Jeffrey cuba untuk tidur untuk merehatkan badan dan minda yang agak stress up dengan jadual pengambaran yang cukup padat. Namun sebaliknya pula yang berlaku, matanya langsung tidak mahu terpejam. Puas dia mencuba namun tidak berjaya. Sekejap dia membalikkan badan ke kiri, sekejap ke kanan begitulah seterusnya. Hampir satu jam dia berkeadaan begitu. Akhirnya Jeffrey bangun memalapkan lampu dan menghidup lilin aromaterapi yang selalu digunakan untuk membantunya tidur, namun semuanya hampeh! Makin cerah mata adalah!
“ Kenapalah kau mendera aku begini Qalish. Apa yang kau dah buat kat aku? Kenapa aku tidak boleh berhenti daripada berfikir tentang dia.Arghhhhh! Kusut!”
Jeffrey membaling bantalnya ke lantai melepaskan rasa geram. Mungkin kerana kepenatan, akhirnya Jeffrey terlena juga. Itu pun setelah jam sudah menginjak ke pukul empat pagi. Dia bermimpi berjalan beriringan di taman bunga yang penuh dengan rama-rama berwarna-warni bersama Qalisha. Jeffrey tersenyum meleret di dalam tidurnya. Nampak gayanya memang dah parah si Jeffrey ni. Dah masuk kategori angau tapi hati tetap ego untuk mengakui yang memang dia dah jatuh cinta dengan isteri sendiri.
Awal-awal lagi Jeffrey sudah bersiap-siap.Dia nekad melawan kata hati egonya untuk pergi ke kampung Qalisha. Rindunya pada Qalisha sudah tidak tertanggung. Dia rindu mahu mendengar dan bertekak dengan Qalisha. Dia rindu untuk menatap wajah wajah yang selalu menganggu lenanya.
“ Hai Jeff, awal Jeff bersiap-siap  ni nak ke mana? Shooting lagi ke?’, tegur Mak Yam.
“ Eh taklah. Mama mana Mak Yam? Tak nampak pun.” Jeffrey membuka peti sejuk lalu sekotak Marigold Peelfresh dikeluarkan terus dituang ke dalam gelas yang tersedia di atas meja.
“ Pagi-pagi lagi Datin dah keluar. Ada kelas pilates dengan geng datin-datin dia katanya.”
“ Mama join pilates? Cayalah Mama. Dulu yoga, sekarang pilates.”
“ Itu dulu. Yoga kan dah diharamkan so Datin join pilates pulak. Nak hilangkan stress katanya. Jeff pulak nak ke mana? Santai je Mak Yam tengok.”
“ Err..Jeff ingat nak balik kampung Qalish.  Mama cakap dah seminggu Qalish kat sana.  Minggu depan kan majlis resepsi Anna. Nak jemput Qalish baliklah ni.”
“ Bagus sangat Jeff. Kesian Mak Yam tengok dengan  Qalish. Jeff sibuk sangat sampai tak ada masa untuk dia.Nasib baiklah Qalish tu jenis ringan mulut.Semua orang dia buat kawan.”
“Nanti Mak Yam tolong beritahu Mama ye.”
Mak Yam hanya mengangguk sambil  tersenyum. Usai menghabiskan segelas jus oren dan dua keping roti bakar, Jeffrey terus bangun menuju ke pintu depan. Kunci BMW Z4 di capai dan beberapa ketika kemudian, Jeffrey terus memandu ke Kampung Rhu Seberang.  Dia sudah berkira-kira, paling cepat pun dua jam lagi baru dia akan sampai ke destinasi yang di tuju. Qalisha…hanya nama itu yang meniti di bibir Jeffrey yang tidak lekang dengan senyuman.
Sementara itu di Kampung Rhu Seberang, Qalisha sedang duduk bermalas-malasan di atas sofa sambil melayan rancangan tv di saluran Astro supersports. Sudah seminggu dia berada di kampung dan kakinya sudah pulih sepenuhnya. Nek Jah sendiri yang mengurut kakinya setiap pagi dan petang. Pak Usu sudah berada di bengkel dan Mak Usu macam biasalah setia menemaninya. Awal—awal lagi Nek Jah sudah keluar ke pekan dan sebelum pergi sempat lagi dia berpesan supaya jangan merayap ke sana sini memandangkan kakinya yang baru sahaja sembuh.
“ Boring kuasa lapan dah ni. Kaki dah baik, Nek Jah dah ke pekan, Pak Usu dah pergi bengkel,perut pulak lapar.Ermmmm…kalau pekena mee rebus  kat warung Pak Din best jugak ni.”
Qalisha sudah berkira-kira seorang diri. Tanpa menghiraukan pesanan penaja Nek Jah, Qalisha terus bangun melangkah ke arah tempat kotak menyangkut kunci. Kunci Cik Miut di capai. Sudah lama dia tidak menunggang skuter comelnya meronda kampung. Hajat di hati mahu ke warung Pak Din pekena mee rebus barang semangkuk dan selepas itu singgah di rumah Nawra, rakan sekelas sewaktu di sekolah menengah dulu.
Usai menikmati mee rebus di warung, Qalisha menunggang Cik Miut ke rumah Nawra. Sampai sahaja di simpang jalan, Sebuah Honda Jazz berwarna biru menahannya supaya berhenti. Seorang perempuan yang berbaju sendat dan seksi keluar daripada kereta tersebut. Barulah Qalisha perasan orang yang menahannya berhenti ialah Wardina anak Mak Kiah.
“ Hai Qalish, lama tak nampak.Aku dengar kaki terseliuh. Dah okay ke?”

“ Mana kau tahu aku terseliuh kaki?” Lain di tanya lain pula yang dijawab oleh Qalisha.
“ Mak aku yang cakap dua tiga hari lepas. Mesti kaki kau dah baik kalau tak takkan kau
meronda kampung pakai skuter cabuk tu.”
“ Wah ini sudah lebih! Aku punyalah sayang kat Cik Miut yang comel lote ni, dia  panggil skuter cabuk. Bikin hati hangat je. Mak dengan anak sama saja.Mulut macam longkang! Ni sah-sah dia sengaja nak cari pasal dengan aku. Sabar Qalish, sabar. Buang karan je kau layan orang macam dia.” Qalisha cuba menyabarkan hati. Bukan dia tidak tahu, dia dan Wardina tidak pernah sebulu sejak zaman persekolahan lagi.
“ Qalish, aku dengar kau dah kahwin, betul ke? Mana laki kau? Rasanya dah tiga bulan lebih kau kahwin kan? Takkan malu nak tunjuk laki kat orang kampung kot. Ada jugak aku dengar orang kampung cakap kau kahwin dengan orang tua. Ke kau jadi bini nombor dua?” Sesedap mulut sahaja Wardina berbicara.
Qalisha mengetapkan bibir menahan hati yang mula membara. Kalau tidak difikirkan air muka Nek Jah, malu sahaja dia menumbuk muka Wardina.
Wardina memprovok Qalisha lagi dengan kata-kata yang cukup menyakitkan hati.
“ Berapa hantaran kau hari tu? Aku kahwin hari tu laki aku bagi kereta ni, sebuah rumah banglo dan duit RM50,000. Aku tak mintak tapi dia yang bagi. Masa honeymoon dia bawak aku pusing Eropah lagi.”
“ Wah bertuah betul kau kan Dina. Tahniah. Dengan siapa aku kahwin tak perlulah kau tahu.Lagi pun laki aku tu orang biasa-biasa je. Tak macam laki kau, anak datuk yang kaya-raya. Kerja pun pilot. Gaji sebulan pun mahu RM50 ribu lebih.Belum campur duit mak bapak dia lagi. Memang pandai kau pancing. Aku blah dululah Dina.Karang membebel pulak Nenek aku tu.”
Baru sahaja dia hendak bergerak,dua buah motosikal menghalang laluannya. Sebuah di sebelah kanan dan sebuah lagi di belakang. Qalisha tidak dapat bergerak kerana kereta Wardina pula menghalang laluan di hadapannya. Qalisha sudah mula menyampah kerana penunggang dan pembonceng kedua-dua motosikal tersebut cukup dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan penyangak kampung yang cukup terkenal, Sudin,Mamat,Rahimi dan juga Nadzhan.
“ Eh Mat, kau tengok sapa yang kita jumpa hari ni. Langkah kanan betul. Hai Dina,  cantik kereta. Dan yang ni pulak Minah Tomboi dengan skuternya. Wah ada perjumpaan bestfriend forever ke ni? Kat simpang jalan pulak tu.Boleh kita orang join sekaki?”
Wardina sudah tersengih-sengih. Matlamatnya adalah untuk menyakitkan hati Qalisha. Nampaknya kutu rayau a.k.a mat rempit ni tiba tepat pada waktunya. Pucuk di cita ulam mendatang. Dia tahu Sudin memang bengkak hati dengan Qalisha kerana suatu ketika dulu, Qalisha pernah menumbuk Sudin sehingga lebam biji mata seminggu.
“ Eh korang nak pergi mana ni? Tak sangka pulak boleh jumpa korang kat sini. Aku saja tanya khabar Qalisha.Yelah takkan korang tak tahu Qalisha kan dah kahwin dan tinggal di kolumpo. Dah lama tak jumpa dia.Rindulah jugak nak bersembang dengan Puan Qalisha kita ni. Sudin, dulu Qalisha yang tumbuk mata kau sampai lebam seminggu kan?” Sengaja Wardina mengungkit kisah lalu untuk menghangatkan hati Sudin pula.
Qalisha sudah mula cuak. Sakit hati sudah sampai ke tahap maksima. Lebih lama dia di situ, lagi membara hati. Untuk mengelakkan sebarang masalah, baik dia blah.
“ Korang ni pehal? Tepilah aku nak balik. Blah,blah, blah! Menyemak aje.Apa suwei boleh terjumpa korang semua hari ni.” Qalisha cuba berlalu namun tiba-tiba Sudin memegang lengannya.
“ Takkan dah nak balik kot. Takut laki marah ke?” Tindakan Sudin itu mengundang tawa daripada Mamat, Rahimi, Nadzhan dan juga Wardina.
Qalisha lengan yang di pegang oleh Sudin. Marahnya sudah tidak boleh di tahan lagi. Monyet-monyet tak sekolah ni perlu di ajar! Qalisha mematikan enjin Cik Miut. Dia turun daripada motor dan kemarahan yang membara, dia menendang motosikal Sudin. Akibat daripada tendangan itu motosikal itu hilang imbangan lalu terjatuh. Sudin dan pemboncengnya, Nadzhan jatuh bagai nangka busuk.
“ Aku dah cakap jangan cari pasal dengan aku. Pergilah buat kerja yang berfaedah sikit.”
 Wardina yang memerhati ketawa berdekah-dekah. Mamat dan Rahimi cepat-cepat membantu mengangkat motor ‘bos’ mereka yang terbalik.
Sudin sudah berang. Dia bangkit lalu merentap tangan Qalisha dengan kuat. Dia mahu menampar Qalisha. Namun perbuatannya terhenti apabila terdengar bunyi hon yang kuat.
“ Hoi! Korang nak buat apa tu! Lepaskan dia.” Seorang lelaki berkaca mata hitam keluar daripada kereta sport cap BMW yang berhenti di tepi jalan. Semua yang ada di situ melopong seketika.Bukan selalu kereta mewah lalu kat kampung mereka.
Semuanya berpaling. Qalisha sudah melopong. Dia cukup kenal dengan kereta BMW sport tersebut.
“ Jeffrey? Apa dia buat kat sini?”
Qalisha cuba merentap pergelangan tangannya yang dipegang oleh Sudin namun tidak berjaya. Sudin mencengkam tangannya dengan kuat. Air mata Qalisha bergenang menahan sakit.
“ Kau ni siapa nak kacau daun. Ini antara aku dengan dia.” Sudin bersuara dengan bodoh sombong. Konco-konco sama bangang dengannya hanya mengangguk-ngangguk kepala tanda setuju dengan perbuatan Sudin.
Wardina yang memerhati mula kaget dengan apa yang berlaku namun dasar pisau cukur, matanya cukup teruja melihat kereta sport BMW dan tuan kereta yang hensem giler! Hatinya tertanya-tanya siapa gerangan jejaka tersebut kerana inilah kali pertama dia melihatnya. Plet kereta sahaja sudah cukup menggambarkan yang lelaki itu bukan orang sini.
Jeffrey menanggalkan cermin mata hitam lalu menyelitkannya di leher baju T-shirts yang di pakai. Dia mara ke arah mereka dengan penumbuk dikepal-kepal.
“ Aku kacau daun sebab orang yang kau kacau tu isteri aku! Lepaskan dia sekarang!” Jeffrey sudah bengang.
Ternyata Wardina,Sudin, Mamat, Rahimi dan Nadzhan terkejut dengan perkataan yang keluar daripada mulut Jeffrey. Wardina sudah melopong. Sedar dengan kemungkinan yang akan berlaku, dia terus memecut meninggalkan tempat tersebut.
Kekalutan tersebut mula menarik perhatian penduduk kampung yang lalu-lalang. Sudin dan konco-konconya mula sedar tindakan bodoh mereka telah mengundang perhatian orang kampung.
“ Din, baik kau lepaskan Qalisha sekarang. Aku rasa baik kita blah.  Orang kampung dah mula tengok-tengok kat kita. Silap haribulan kita kena belasah nanti.” Nadzhan bersuara dengan takut-takut.
“ Errr..maaf ye Bang. Kita orang bukan buat apa-apa pun. Saja lama tak jumpa Qalisha.Itu yang kita orang saja berhenti tanya khabar.Kita orang chow dulu ye.”
Serentak dengan itu,kelam-kabut mat-mat rempit tersebut meninggalkan Qalisha di tepi bahu jalan. Qalisha terduduk.Tangan kanannya memegang pergelangan tangan kiri yang sudah kemerahan akibat cengkaman kuat oleh Sudin.
“ Are you okay?”
Pergelangan tangan Qalisha diraih.Jelas ternampak kemerahan di situ. Hati membara sekali lagi. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia membelasah penyangak-penyangak kampung tersebut.
Jeffrey meraih Qalisha ke dalam pelukan. Ubun-ubun Qalisha dicium.Rindu sungguh dia pada Qalisha. Menyedari mereka berada di tepi jalan, Qalisha menolak dada Jeffrey yang enak-enak memeluknya. Dah buang tebiat ke dia ni? Dia ingat ini filem ke nak peluk-peluk orang sesuka hati.
“ Awak ni kenapa? Kita kat tepi jalan ni. Tak payah nak berlakon romantic tak bertempat.Malu orang kampung tengok tahu tak!” Qalisha sedaya –upaya mengawal suara supaya decibel tidak naik ke tahap luar kawalan.
Jeffrey melepaskan pelukan dengan muka selamba. Namun sempat juga Jeffrey berbisik sesuatu sebelum melepaskan pelukannya.
“ I miss you.” Itulah bisikan yang keluar daripada mulut Jeffrey.
Meremang bulu roma Qalisha apabila mendengar bisikan tersebut. Bulat mata Qalisha dan mulutnya hampir terlopong. Namun begitu, cepat-cepat dia mengingatkan dirinya.
“ Rileks Qalish. Jangan cepat terpedaya dengan Chef Poyo plus romeo ni. Bukan kau tak tahu mengayat saja yang lebih.”
Sedang Qalisha dan Jeffrey saling berpandangan, tiba-tiba telefon di dalam poket Qalisha berbunyi. Cepat-cepat Qalisha menjawabnya apabila nama  Nawra tertera pada skrin.
“ Hoi Qalish! Kata nak datang rumah.Dah penat aku tunggu tau tak!” Nawra sudah menjerit di talian tanpa memberi salam.
“ Beb, kot ya pun bagilah salam dulu. Aku baru nak call kau. Sorry Beb aku tak jadi pergi rumah kau sekarang. Maybe petang-petang sikit kot. ‘Hubby’ aku baru sampai dari KL. Aku story-morry later. Okay aku chow dulu.Petang nanti kita jumpa kat port biasa.” Qalisha mematikan talian sambil memandang Jeffrey yang sedang bercekak pinggang.
Tanpa sedar, Qalisha memberikan satu senyuman yang nakal siap dengan isyarat ‘peace’ lagi. Dia tahu Jeffrey bengang sebab dia melayannya acuh tak acuh. Jeffrey terpaku. Senyuman yang diberikan oleh Qalisha sungguh memukau sehingga dia hanyut dalam lamunan buat seketika.
“ Hello,hello, ada orang di rumah?” Qalisha melayang-layangkan tapak tangan di depan muka Jeffrey berkali-kali.
“ Awak? Jeff? Hellooooo..” Jeffrey masih terkaku.
“ Dia ni pehal pulak? Khayal sampai ke Gunung ke Gunung Fuji ke?” Qalisha memandang Jeffrey dengan muka berkerut.
“ Abang!”
Qalisha menjerit separa kuat di telinga Jeffrey. Kalau sekuat hati karang ada yang pecah gegendang telinga.
“ Kau ni pehal? Ingat aku pekak ke? Tak boleh cakap slow-slow sikit.” Jeffrey berasa cuak dengan perlakuan Qalisha.
“ Whatever. Lama –lama boleh mental aku ada laki macam ni. Perasan bagus. Panggil slow tak dengar.Panggil kuat pulak membebel.” Omel Qalisha perlahan hanya untuk dirinya sendiri.
“ Apa kau cakap?”
“ Nothing.”
Serentak dengan itu Qalisha mengatur langkah mendapatkan Cik Miut tanpa berkata apa-apa kepada Jeffrey.
“ Nak pergi mana tu?”
“ Nak baliklah. Takkan nak jadi tiang bendera kat simpang jalan ni?”
Qalisha menghidupkan enjin Cik Miut dan terus berlalu tanpa menoleh kepada Jeffrey. Jeffrey pula bagai lipas kudung berlari ke arah keretanya.Cepat-cepat dia mengekori Qalisha yang sudah agak jauh meninggalkannya.
“ Hampeh betul dapat bini macam ni. Bukan nak tunggu aku. Boleh tahan juga skuter cabuk dia tu.Sabar ajelah Jeff,  nak buat macam mana kalau dapat bini tak berapa nak ayu macam tu.” Jeffrey memujuk hatinya sendiri.
Usai sampai di rumah, Qalisha sudah menelan liur. Kelat semacam pulak rasanya. Tambah-tambah lagi apabila melihat Nek Jah yang sudah bercekak pinggang.
“ Cucu bertuah, mana  Qalish pergi? Buat penat saja Nenek cakap dengan kamu?  Kaki baru nak baik dah merewang sebijik kampung. Patutnya daripada dulu lagi Nenek cincang skuter kamu.Lepas tu buang kat sungai biar jadi tukun kat dasar sungai.”
“ Assalamualaikum Nek. Tak jawab berdosa.”
“ Dah jangan nak auta Nenek.Mana kamu pergi?”
“ Qalish pergi makan mee rebus kat warung Pak Din. Penat Qalish tunggu Nenek. Qalish lapar tadi. Ingatkan Nenek lambat balik so itu yang saja nak test power kaki dah okay ke belum.”
“ Pandailah kamu menjawab. Mesti Jeff pening dengan kamu kan? Kalau tak menjawab tak sah.”
Nek Jah tidak jadi membebel apabila sebuah kereta berhenti di laman rumah. Sebaik  Si pemandu keluar, Nek Jah sudah tersenyum sampai ke telinga.
“ Assalamualaikum Nek.Apa khabar?” Jeffrey mencium tangan Nek Jah dengan penuh hormat.
“ Waalaikummussalam. Jeff! Panjang umur kamu.Baru sebut dah ada depan mata. Qalish, tak nak salam suami kamu ke?” Mata Nek Jah sudah mencerlung.
Qalisha buat-buat tersenyum.Tangan kanan Jeffrey di raih lalu di cium lama. Jeffrey pula tersengih-sengih nakal. Inilah masa mahu mengenakan Qalisha.Dahi Qalisha dicium lama.
“ Mmmuah! Rindu kat sayang.Sayang tak rindu kat abang ke?”
Qalisha mengetapkan bibir.Geram.
“ Sayang?boleh muntah hijau kalau hari-hari macam ni. Oooo..nak berlakon ye. Meh sini aku join sekaki.”Qalisha mengukir senyum nakal.
“ Rindu Bang.rinduuuuuuu…sangat. Qalish rindu kat Abang sampai tidur tak lena, mandi tak basah. Tak caya tanya Nenek.”
Nek Jah sudah tersenyum-senyum tanpa mengesyaki apa-apa.
“ Dah.Nak lepas rindu dendam pun masuk dalam rumah dulu. Jangan nak buat aksi dot dot kat depan rumah. Kalau tak malu dengan Nenek pun malu dengan Jlo dan Jolie ni hah.” Dua ekor anak kambing menggesel-gesel kaki Nek Jah dengan manja.
Qalisha mencegilkan mata ke arah Jeffrey. Macam biasalah, Jeffrey hanya buat muka poyo dia  sambil memandang  ke atas. Mahu tak mahu, Qalisha terpaksa membawa Jeffrey masuk ke dalam biliknya. Nak buat macam mana, kalau Jeffrey di bawa ke bilik tamu mahu berdarah telinga kena marah dengan Nek Jah. Sampai sahaja di dalam bilik ,Jeffrey terus baring di atas katil.
“ Argh penatnya.” Jeffrey mendepakan kedua-dua tangannya sambil mengeliat.
“Qalish,sini jap.”
Qalisha berpaling. Berkerut dahinya mahu mencerna apa tindakan Jeffrey seterusnya.
“ Kenapa?”
“ Urut badan Abang.Penat ni.”
Serentak dengan itu,Jeffrey menanggalkan baju t-shirts yang di pakai.Yang tinggal hanyalah seluar khaki separas lutut.
Buntang mata Qalisha melihat perlakuan Jeffrey. Hatinya mula berdebar-debar.Jantung mula berdegup di luar kawalan.
“ Dia ni kenapa, ke dia nak ngap aku? Apa aku nak buat ni? Kalau dia ambil kesempatan aku lipat aje dia, senang citer. Tapi dia laki aku. Aku memang dah jadi hak dia.Kalau aku ingkar, aku pulak yang berdosa.Aduhhh..apa aku nak buat ni?” Qalisha bermonolog di dalam hati.
“ Apa lagi tercegat kat situ.Cepat urut belakang Abang.Lenguh tahu tak. Ingat tak penat ke drive ke sini.Semalam balik dari Bali.Pagi ni terus drive ke sini nak jumpa Qalish tau.”
Qalisha takut-takut mahu mendekati Jeffrey.Akhirnya dia duduk di sebelah Jeffrey yang sedang berbaring. Jeffrey pula menyembamkan muka di atas tilam. Dia sedaya-upaya menahan ketawa. Perlakuan Qalisha amat  melucukan sekali. Dia bukannya sakit badan sangat.Cuma sengaja mahu menguji sejauh mana kedegilan Qalisha.
Qalisha mula mengurut belakang Jeffrey. Pakai hentam saja kerana dia bukan pandai mengurut sangat pun.
“ Atas sikit.Bawah sikit.Aaa kat situ.kuat sikit.” Jeffrey sengaja mengarah-arah Qalisha sambil menahan tawa.
“ Ermmm best jugak minah ni urut.”
Tiba-tiba Jeffrey membalikkan badan dan terus merangkul Qalisha dengan pantas. Qalisha yang tidak menduga perlakuan Jeffrey terus terbaring di dalam dakapan Jeffrey.
Aduh sesak nafas, sesak nafas! Qalisha cuba melepaskan diri namun ternyata tenaga Jeffrey lebih kuat.
“ Please Qalish, Don’t fight me.I just want to hug you.”
Qalisha terdiam apabila mendengar bisikan Jeffrey yang begitu hampir di telinganya sehingga dia dapat mendengar desah nafas Jeffrey dengan jelas. Tak guna dia melawan, buat penat aje. Akhirnya Qalisha akur. Dia hanya mendiamkan diri di dalam dakapan Jeffrey. Buat seketika Jeffrey hanya memeluknya sambil memejamkan mata. Lama dia begitu seolah melepaskan rindu yang menggunung.
“ I just want to hug you.” Jeffrey mengulangi kata-katanya.
“ and I want to kiss you so bad…” Jeffrey terus membenamkan bibirnya pada bibir Qalisha yang merah merkah walau pun tanpa secalit lipstick.
Buntang mata Qalisha dengan perlakuan Jeffrey yang tidak di duga. Dia sudah bertukar menjadi patung cendana. Qalisha hanya mengeraskan badan tidak membalas ciuman Jeffrey. Baru sahaja Jeffrey mahu ciuman Jeffrey mahu menular ke tempat lain, Nek Jah mengetuk pintu dengan kuat.
“ Qalish! Ajak suami kamu minum.” Suara Nek Jah membuatkan Jeffrey tersentak. Cepat-cepat Qalisha meloloskan diri.
“ Errr.. Nenek panggil.Err..Abang mandi dulu. I’ll prepare your drinks.” Qalisha menoleh kepada Jeffrey seketika dan kemudian terus keluar daripada bilik seperti lipas kudung. Dadanya berdegup bagai nak pecah.
“Aduh Nek Jah ni tak kasi can langsung! Aku baru nak mengayat dah kacau daun. Baru nak buat eksperimen nak tengok dia tergoda dengan godaan aku atau tidak. Takpe Jeff.ikan laga dalam perigi, esok-esok aku cuba usha lagi.” Jeffrey tersengih-sengih sendirian.Dia mengusap bibir. Masih terasa hangatnya ciuman tadi.
“Silap hari bulan aku yang tergoda nanti. Aduhhhh…”
Jeffrey mengetuk-getuk dahinya sendiri.

Dan Qalisha pula, “ Huh! Apa kena dengan Chef Poyo ni? Bahaya,bahaya. Situasi amat mencemaskan. Aku kena pasang perisai mulai daripada sekarang. Perisai apanya! Dia laki aku.Aduh macam mana ni. Kusut kusut. Tak boleh jadi kalau macam ni.Aku kena cari pakar rujuk. Yes! Nawra.Diakan penyimpan mohor besar rahsia aku.”
Qalisha terus mengeluarkan telefon di dalam poket seluarnya. Nombor Nawra di dail laju.
“ Hello Beb, jumpa aku kat port biasa sekarang.”
Menonong sahaja Qalisha melangkah ke pintu depan. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
“ Alamak! Tadi Nek Jah suruh ajak Si Jeff minum. Macam mana ni? Ahh lantaklah. Minuman dah tersedia kat meja. Self-service ye Chef Poyo.Aku nak jumpa consultant aku dulu.”
“ Qalish! Nak ke mana tu?”
Suara Nek Jah hanya di biarkan tanpa tolehan.
Sorry Nek. Qalish nak keluar kejap aje. Skuter di tunggang dengan laju meninggalkan Nek Jah yang sedang bercekak pinggang.









29 comments:

  1. OMG...OMG....
    bestnye.....suke sangat...
    pe jadik ekk lepas ni?
    adoyai....lama tak nk tunggu buku dia?
    dh x sabar ni.....

    kalau boleh cetak cepat2 ye cik writer....
    cerita yg sangat menarik...
    excited lebeh ni...

    tahniah...

    ReplyDelete
  2. sweet sgt2!!
    bla nk kluar versi cetak??
    xsbar nie...

    ReplyDelete
  3. Oh my ALLAH!!!! sweet93!!!
    umm cpat2 la kluaq versi ctak..
    ta sbaq tgu ni... tiap2 haqi bka blog tgu n3 bqu..
    hope chex writer update psai AKTKSD bla kluaq ok..
    snang nak cqi n tempah..
    ALL THE BEST 4 U N GOOD LUCK..
    <3 <3 <3 <3 4 u

    TAHNIAHHHHHHHH!!!!!!!!!!!

    KIPAS SUSAH MATI CIK WRITER!!!!
    :D

    ReplyDelete
  4. agrh....sweet kuasa 3...what will happen lps ni? x sbr nk tunggu...
    bile nk kuar?
    lmbt lgi ke?
    nnt big teaser ek
    i will always wait for AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT..
    seriously antara bnyk2 novel best yg sye bce..
    ATKSD yg menarik perhatian sye..
    tiap2 hri sye akan melawat blog ni..kot2 la ada entry bru ATKSD
    mmg x sbr nk tunggu smbungan kisah antara Jeff, Qhalish, Fahri n Anna versi cetak..
    crita yg writer buat ni..mmg TERBAIK..
    Sye x penah nk komen pnjg2 mcm ni..
    but for ATKSD, sye akn komen pnjg mne pown..
    dri bab 1 smpai bab 33, ATKSD mmg x lps. bce brulang kli.
    crita yg sweet, lwk. mampu membuatkn sye ktawa x henti.
    sye jdi kagum dgn writer
    all the best for u. tahniah sye ucapkn.
    smoga semua bjalan dgn lancar..

    sye pown kipas susah mati cik writer..:)

    ReplyDelete
  5. saya di indonesia bagaimana caranya saya bisa pesan novel ini???

    ReplyDelete
  6. best n sweetnya nt3 akhirnie xsabar nak tunggu dlam versi cetak teruja teruja hihihihihi cepat ya siapkan akk pasti beli kalu dah ada dipasaran nanti good luck

    ReplyDelete
  7. best sgt2 jalan critanya .. akk sblm ni prnah ada nvel dipsaran ke ?? ayat yg digunakan pun tersgt best n power .. bilanya nak kluar nvel ni ?? xsbar nak menunggunya ..

    Psstt: please rply me kak hariissa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. this is my 1st novel.actually tulis suka2 je..xsangka plak dpt feedback cukup awesome.so skrg jadi serius plak hehehe..tq 4 suppoting my journey k. rajinlah2 singgah blog klau lpg akk post teaser dgn citer yg ke-2 KAU MEMIKAT AKU TERPIKAT..sabar menunggu ye dik..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. ala..x sabar nk tunggu versi cetak.. plezzz kluarla cepat2. mood setia menanti ni.. Akak. novel akak ni mmg terbaik!!!! saya suka...

    ReplyDelete
  9. bila citer ni kuar? xsbr nk peluk..huhu

    ara

    ReplyDelete
  10. Waa best best best.....saya mmg tak sabar nsk tunngu versi cetak.....bila nak keluar.....dulu ingat keluar waktu pbakl....

    ReplyDelete
  11. Salam akak..agk nye, bila la buku akak tu nk siap yer???sye br jer bc blog akak slps d perkenal kn oleh kwn..rs tak sabar nk bc kesudahan cerita nie...

    ReplyDelete
  12. bila novel ni nak kluar ek.... x sabar nak tunggu....xcited giler..=D

    ReplyDelete
  13. Bila novel nie nk kluar??lmbt lgy ker...dh x sbr nie nk bce...

    ReplyDelete
  14. Printed copy bila nak kuar? Citer best...2 thumbs up!!!

    ReplyDelete
  15. dah kuar ke belom niee ??? bestt laaaa

    ReplyDelete
  16. sis bile nk kuar nie??? penantian itu suatu penyiksaan... huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. Best bila nk keluar novel kak???

    ReplyDelete
  18. sis tolong la bg info bila nak keluar novel ni.....

    ReplyDelete
  19. bgtau lar bila nak kuar novel nie dlm pasaran..uhuk..uhuk..lamanyaaaa

    ReplyDelete
  20. Best sngat2 bla nk keluar novel niey????

    ReplyDelete
  21. Biler nk terbit ni ?? Tk sabar nk bce ..

    ReplyDelete
  22. bila la nak kluar novel ni..dah bertahun tunggu tak ada khabar berita pun..penulis lain bleh kluar setahun 2 buku kot...

    ReplyDelete
  23. Best gile...excited sgt na bca smbgn dye..bila na kluar versi cetak ni...ta sbar sgtt da ni tggu smbgn cerita..hope cpt la kluar e versi cetak pnya..ATKSD daebak..

    ReplyDelete
  24. Sampai hari ni senyap cite ni...jd nvel ke tdk pn xdpt dikesan...kesian..ramai yg mnanti..

    ReplyDelete
  25. Cik pnulis..x boleh ke bg apa2 info psal novel u ni..dh btahun2 xde kluar pun..wujud ke x..x hargai pmbca lnsung

    ReplyDelete