Salam semua...terima kasih
lama sungguh tak meng update blog...maaf sesangat ya.
saya tahu ramai masih menunggu ATKSD. Saya sedang cuba yang terbaik.kekangan itu di pihak saya. Buat pengetahuan saya masih mengusahakan manuskrip. Insyaallah..pengikut ATKSD kan dapat memeluk versi cetak juga nanti. Doakan saya di beri kelapangan dan kesihatan untuk terus berusaha.tq kerana menyokong dan teruskan menyokong saya..luv u guys.
hugs and kisses,
Hariissa Hariis
Total Pageviews
Thursday, 24 March 2016
Wednesday, 9 April 2014
be patients all ATKSDivores!
ku tahu waiting is killing..
ku tahu penantian itu satu penyiksaan
bila penantian itu akan berakhir..I'll let u all know
A.S.A.P!
LUV U OLS.
Hariissa Hariis
ku tahu penantian itu satu penyiksaan
bila penantian itu akan berakhir..I'll let u all know
A.S.A.P!
LUV U OLS.
Hariissa Hariis
Wednesday, 5 March 2014
Saturday, 7 December 2013
LAMANYER X BERBLOGGING...
Slm sayang utk readers ATKSD.
Harap korang semua bleh terus bersabar k. kalau tiada aral, ATKSD akan diterbitkan oleh PEKAN ILMU PUBLICATIONS. kENAPA? X CAYA? Mesti ramai yg tertanya2 kenapa dgn pekan ilmu? why tak ks/p2u, kn...dll.macam mana nk jawab ya???? dah jodoh atksd dgn Pekan ilmu kot...bila? sy akan bagi tau nanti. bukan senang nak terbitkan buku terutama bg penulis yg baru nk belajar berjalan mcm sy. apa pun, berbillion trma kasih sy ucapkn kepada semua yg menyokong. sy nk tanya anda sebagai pembeli dan pembaca, yg mana satu yg anda suka:
1) ATKSD YG DICETAK SEPERTI KERTAS BIASA ( MCM NOVEL KN ,P2U/KS) DAN BERAT? ATAU
2)ATKSD YG DICETAK MENGGUNAKAN KERTAS YG LEBIH RINGAN?
BG FEEDBACK SIKIT YA! TQ IN ADVANCE.
HUGS AND KISSES FROM: HARiiSSA HARiiS
Harap korang semua bleh terus bersabar k. kalau tiada aral, ATKSD akan diterbitkan oleh PEKAN ILMU PUBLICATIONS. kENAPA? X CAYA? Mesti ramai yg tertanya2 kenapa dgn pekan ilmu? why tak ks/p2u, kn...dll.macam mana nk jawab ya???? dah jodoh atksd dgn Pekan ilmu kot...bila? sy akan bagi tau nanti. bukan senang nak terbitkan buku terutama bg penulis yg baru nk belajar berjalan mcm sy. apa pun, berbillion trma kasih sy ucapkn kepada semua yg menyokong. sy nk tanya anda sebagai pembeli dan pembaca, yg mana satu yg anda suka:
1) ATKSD YG DICETAK SEPERTI KERTAS BIASA ( MCM NOVEL KN ,P2U/KS) DAN BERAT? ATAU
2)ATKSD YG DICETAK MENGGUNAKAN KERTAS YG LEBIH RINGAN?
BG FEEDBACK SIKIT YA! TQ IN ADVANCE.
HUGS AND KISSES FROM: HARiiSSA HARiiS
Thursday, 1 August 2013
SALAM AIDILFITRI
SELAMAT HARI RAYA KPD SEMUA READERS NO MATTER WHO ARE U, WHERE U ARE..SEMOGA AILDILFITRI INI MENGGAMIT MEMORI YG TERINDAH.
DOAKAN YG TERBAIK UTK ATKSD..PEACE!
DOAKAN YG TERBAIK UTK ATKSD..PEACE!
Saturday, 27 April 2013
hi frens..this the last post here. tunggu versi cetak pulak ye! so enjoy...AKANKU ' TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 33
BAB
33
Jeffrey menyeret beg troli dengan
langkah perlahan. Badan dan mindanya cukup sungguh letih. Sambil berjalan pun
sempat lagi dia menguap. Pengambaran rancangan masakan yang dihoskannya baru
sahaja selesai pengambaran di Bali. Matanya liar mencari Aziz, pemandu
keluarganya yang sudah tentu sedang menunggu di luar balai ketibaan.
Dari jauh lagi Aziz sudah
melambai-lambai sambil mengatur langkah mendekati Jeffrey.
“ Hi Jeff, Abang tengok penat
sungguh kali ni?” Aziz memulakan perbualan.
Jeffrey hanya membalas dengan satu
senyuman hambar. Cepat-cepat dia meloloskan diri ke dalam perut kereta bahagian
belakang. Bagasi hanya di biarkan di luar kereta.
“ Ermm, terlalu letih agaknya dia
ni. Biasanya bukan main ramah lagi.” Faham akan tugas yang harus dilakukan,
Aziz mengangkat bagasi milik Jeffrey dan memasukkannya ke dalam bonet kereta
Mercedes Compressor.
“ Alahai, belum apa-apa dah
tertidur? Sah dia ni terlalu penat. Jeff,Jeff. Hairan sungguh aku tengok budak
ni.Kerja kuat bagai nak rak. Duit mak bapak dah berkepuk tujuh keturunan tak
habis nak makan tapi masih lagi bekerja mencari duit sampai macam ni sekali.”
Aziz mengeleng-ngelengkan kepala.
Tanpa
membuang masa, Aziz terus menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang ke Villa
Chinta Qaseh.
“
Jeff, bangun.Kita dah sampai ni.” Aziz mengejutkan Jeffrey yang masih lena di
tempat duduk belakang.”
Terpisat-pisat
Jeffrey membuka mata.
“
Kita dah sampai ke? Sorry Bang, saya tertidur tadi.”
“
Takpe.Abang tahu Jeff kepenatan tadi. Jeff masuklah dulu.Nanti Abang bawa semua
beg Jeff ke bilik.”
Jeffrey
hanya mengangguk kecil. Usai mengucapkan terima kasih, terus dia mengatur
langkah masuk ke dalam villa. Tuti si pembantu siap-sedia membukakan pintu
untuknya. Laju kaki melangkah seolah-olah lambaian katil bersaiz king
mengamit-gamit tuannya untuk beradu.
Tiba
sahaja di dalam bilik, Jeffrey terus merebahkan tubuh di atas katil dan dia
terus tertidur tak ingat dunia. Kalau gempa bumi pun belum tentu boleh
mengejutkan dia daripada lena.
“
Ya Allah budak ni! Jeff bangun! Dah masuk waktu maghrib ni.Apa nak jadi dengan
Jeff Mama pun tak tahulah. Cepat bangun! Pergi mandi dan solat! Tak baik tidur
waktu maghrib.Waktu maghrib ni waktu iblis dan syaitan tukar syif. Sebab itu
orang tua- tua marah benar kalau tidur. Otak boleh jadi bengap dan badan pun
jadi letih.” Berjela bebelan Datin Maimun terhadap Jeffrey.
“
Alah Mama. Bagilah Jeff tidur kejap lagi.Letih ni.”
‘Pap!’
satu tamparan hinggap di belakang Jeffrey.
“
Jangan nak mengada-ada Jeff! Bangun sekarang atau Mama mandikan Jeff kat atas
katil. Cepat! 1,2……3…”
Belum
sempat kiraan lima, Jeffrey sudah bingkas bangun.
“
Mama ni kacau aje.Orang nak tidur lama sikit pun tak boleh.” Dengan muncung
panjang sedepa, Jeffrey menapak ke bilik air.
“
Hah menjawab, ingat Mama tak dengar ke. Muncung saja sudah empat belas
hasta.Macam budak kecil kamu ni Jeff. Lepas sembahyang turun.Dah lama kita tak
dinner sama-sama. Mama dan Baba tunggu kat bawah.”
……………………………………………………………………………………………..
“
Hai Mama, mmuah!” Jeffrey mengucup pipi Datin Maimun yang sedang menolong Mak
Yam di dapur menyediakan makan malam.
“
Ish kamu ni Jeff, cubalah bagi salam dulu. Nasib baik senduk Mama tak singgah
kat dahi.”
Jeffrey
dan Mak Yam sama-sama tersenyum dan dalam masa yang sama matanya melilau
mencari seseorang. Buah tembikau susu yang baru siap dipotong dimakan dengan
lahap sekali. Dari tadi lagi dia belum makan apa-apa. Begitulah Jeffrey, kalau
badannya terlalu letih, selera makan turut sama terbantut.
“
Errr…Mama, mana Qalish? Merayap merayap ke mana dia? Dari tadi tak Nampak
pun?” Jeffrey bersuara selamba.
Sebenarnya
sejak pulang petang tadi lagi lagi hati Jeffrey meronta-ronta ingin tahu di
mana Qalisha. Entah kenapa hatinya cukup resah ketika berada di Bali. Wajah
isterinya itu sentiasa berlegar di ruang minda dan ada kalanya sampai termimpi-mimpi.
Walau pun mulutnya sentiasa menidakkan perasaannya terhadap Qalisha, namun
wajah yang padanya tak berapa nak ayu itulah yang sentiasa terbayang-bayang di
ruang mata. Memang hampeh kan si Jeffrey ni? Bini punyalah cantik dia kata tak
berapa nak ayu. Hah tunggulah nanti bila Si Qalish tu buat make over,baru
terjojol biji mata kau Jeff!
‘Pap!’
satu tamparan yang cukup memedihkan kulit menyinggah pada lengan Jeffrey.
“
Adoi! Sakitlah Ma.” Kulit Jeffrey yang putih terus kemerahan hasil penangan
tamparan Datin Maimun yang sememangnya sedang menahan geram yang teramat
sangat.
“
Jeff ni kalau tak buat Mama marah tak sah kan? Isteri sakit Jeff tak peduli
langsung. Lepas tu yang paling menyakitkan hati Mama ialah bila call tak
jawab. Jeff sibuk sangat ke sampai Mama
tengok sibuk mengalahkan perdana menteri.”
“
Mama, I’m so sorry. Masa tengah shooting hari tu, telefon Jeff terjatuh dalam
kolam. Pekerja hotel yang tolong ambilkan.Bila nak on memang tak boleh. Dah
arwah terus note 2 yang baru Jeff beli tiga bulan lepas.” Datin Maimun di
rangkul daripada belakang.Dia cuba memujuk hati Mama yang sedang marah
terhadapnya.
“
Patutlah Qalish cakap dia call berpuluh-puluh kali tapi tak dapat.”
“
Qalish pergi mana Ma?”
“
Entah. Isteri Jeff kan? Kenapa Tanya Mama pulak.Patutnya Jeff yang lebih tahu.”
Datin Maimun sengaja bermain tarik tali.
“
Ya, dia isteri Jeff tapi isteri Jeff tu bff Mama dan jugak menantu kesayangan
Mama so mustahil sangat kalau Mama tak tahu mana bff Mama tu pergi.”
“
Ishhh..rimaslah peluk-peluk Mama macam ni. Pergi temankan Baba dan yang
lain kat depan. Cuba pergi beramah-mesra
dengan Abang ipar Jeff tu. Mama tengok Jeff tak banyak bercakap dengan Fahrin.
Ingat Jeff, he’s married to your sister so he’s part of our family now.”
“
Jeff tahu tu, tak payahlah Mama nak ingatkan. Ma..please tell me mana Qalish
pergi.Please..Jeff takkan lepaskan Mama selagi Mama tak cakap mana Qalish.”
Jeffrey cuba memujuk lagi.Sungguh! hatinya benar-benar mahu tahu.”
“Balik
kampung.”
“
Hah! Balik kampung? Buat apa?”
Datin
Maimun menarik nafas yang agak dalam. Dia berpusing lalu mengajak Jeffrey duduk
di ‘bar stool’ yang ada di dapur mewah tersebut.
“
Jeff, Mama nak Tanya Jeff.Jawab betul-betul. Jujur okay,jujur. Apa perasaan
sebenarnya Jeff pada Qalish?”
Jeffrey
memandang Datin Maimun dengan pandangan seperti seseorang yang sedang memohon
pengertian.
“
Entahlah Ma.Really.. Jeff tak tahu. She’s different.I never met a girl like
her.Jeff tak tahu nak cakap apa. Secara jujur Jeff katakan Jeff tak tahu apa
masa depan hubungan Jeff dengan Qalish.”
“
Mama rasa bersalah sebab memaksa Jeff tapi Mama dan Baba tetap yakin she’s the
best for you. Cubalah Jeff buka pintu hati Jeff untuk Qalish. Try to get to
know her.Ada banyak perkara yang Jeff sebagai suami patut tahu tentang Qalish.
Mama takkan beritahu Jeff apa dia sebab Mama dan Baba mahu Jeff sendiri mencari
dan megenali siapa isteri Jeff yang sebenar. Believe me Jeff, she is an
extraordinary girl dan suatu hari nanti Jeff sendiri yang berterima kasih pada
Mama dan Baba sebab menjodohkan Jeff dengan dia. Don’t you miss her Jeff?”
Datin
Maimun benar-benar berharap agar kata-katanya sebentar tadi sedikit-sebanyak
meresap ke dalam hati Jeffrey.
Pertanyaan
Datin Maimun ‘ Don’t you miss her’ di biarkan sepi. Tiada suara yang keluar
daripada mulut Jeffrey.
“
I miss her Ma.I really really do! Hanya Qalisha yang boleh buat Jeff tak senang
duduk macam ni. Damn!She really drives me crazy!” Namun suara itu hanya bergema
di dalam hati Jeffrey.
“
Jeff, Qalish kat kampung. Nek Jah bawak dia balik sebab nak urut kaki dia yang
terseliuh tu.” Datin Maimun terus berlalu meninggalkan Jeffrey yang masih
keliru dengan perasaan sendiri.
Sebaik
mendengar perkataan ‘kampung’, hati Jeffrey terus menjadi tidak keruan. Semasa
berada di Bali, hatinya tidak tenteram kerana fikirannya asyik teringatkan
Qalisha. Rasa bersalah menggunung kerana dia terpaksa meninggalkan Qalisha di
hospital begitu sahaja. Namun apalah dayanya, jadual pengambaran dan kontrak
yang ditandatangani menuntut janji. Kalau boleh dia mahu menjaga Qalisha di
hospital. Peristiwa yang berlaku di hospital di mana dia dan Qalisha tertidur
di atas katil hospital masih terbayang di dalam ingatan.
Sungguh
indah! Itulah perasaan Jeffrey. Entah mengapa, hatinya berasa sungguh tenang
dan tenteram apabila Qalisha tanpa sedar
memeluk dan merangkulnya sepanjang malam. Kalaulah detik indah itu boleh
di ulang, dia akan mengulanginya berpuluh-puluh kali!
Usai
makan malam, Jeffrey terus meminta diri dengan alas an badan penat dan mahu
berehat. Pandailah dia meng’excuse’kan diri. Bukan dia tidak tahu, semasa di
meja makan, Baba asyik memandang dengan
muka tanpa senyum sampai dia nak makan pun rasa tak selesa. Dia cukup faham,
kalau Baba memandang bagai nak telan orang tu, mesti ada sesuatu. Baba tidak
macam Mama yang selalu menegur dan meleterinya. Baba jarang bersuara namun
sekali bersuara mahu dia berasap telinga, pedih sebab selalunya apa yang Baba
tegur memang kena atas batang hidungnya.
Di
dalam bilik, Jeffrey baring terlentang
di atas katil bersaiz king yang sudah agak lama tidak di’landing’.
“
Arghh, best betul dapat baring macam ni. Home sweet home. Bagus jugak Minah
Kampung tu takde, kalau tidak dah sah aku kena tidur atas sofa.” Jeffrey
bercakap seorang diri sambil matanya memandang siling.
Jeffrey
cuba untuk tidur untuk merehatkan badan dan minda yang agak stress up dengan
jadual pengambaran yang cukup padat. Namun sebaliknya pula yang berlaku, matanya
langsung tidak mahu terpejam. Puas dia mencuba namun tidak berjaya. Sekejap dia
membalikkan badan ke kiri, sekejap ke kanan begitulah seterusnya. Hampir satu
jam dia berkeadaan begitu. Akhirnya Jeffrey bangun memalapkan lampu dan
menghidup lilin aromaterapi yang selalu digunakan untuk membantunya tidur,
namun semuanya hampeh! Makin cerah mata adalah!
“
Kenapalah kau mendera aku begini Qalish. Apa yang kau dah buat kat aku? Kenapa
aku tidak boleh berhenti daripada berfikir tentang dia.Arghhhhh! Kusut!”
Jeffrey
membaling bantalnya ke lantai melepaskan rasa geram. Mungkin kerana kepenatan,
akhirnya Jeffrey terlena juga. Itu pun setelah jam sudah menginjak ke pukul
empat pagi. Dia bermimpi berjalan beriringan di taman bunga yang penuh dengan
rama-rama berwarna-warni bersama Qalisha. Jeffrey tersenyum meleret di dalam
tidurnya. Nampak gayanya memang dah parah si Jeffrey ni. Dah masuk kategori
angau tapi hati tetap ego untuk mengakui yang memang dia dah jatuh cinta dengan
isteri sendiri.
Awal-awal
lagi Jeffrey sudah bersiap-siap.Dia nekad melawan kata hati egonya untuk pergi
ke kampung Qalisha. Rindunya pada Qalisha sudah tidak tertanggung. Dia rindu
mahu mendengar dan bertekak dengan Qalisha. Dia rindu untuk menatap wajah wajah
yang selalu menganggu lenanya.
“
Hai Jeff, awal Jeff bersiap-siap ni nak
ke mana? Shooting lagi ke?’, tegur Mak Yam.
“
Eh taklah. Mama mana Mak Yam? Tak nampak pun.” Jeffrey membuka peti sejuk lalu
sekotak Marigold Peelfresh dikeluarkan terus dituang ke dalam gelas yang
tersedia di atas meja.
“
Pagi-pagi lagi Datin dah keluar. Ada kelas pilates dengan geng datin-datin dia
katanya.”
“
Mama join pilates? Cayalah Mama. Dulu yoga, sekarang pilates.”
“
Itu dulu. Yoga kan dah diharamkan so Datin join pilates pulak. Nak hilangkan
stress katanya. Jeff pulak nak ke mana? Santai je Mak Yam tengok.”
“
Err..Jeff ingat nak balik kampung Qalish. Mama cakap dah seminggu Qalish kat sana. Minggu depan kan majlis resepsi Anna. Nak
jemput Qalish baliklah ni.”
“
Bagus sangat Jeff. Kesian Mak Yam tengok dengan
Qalish. Jeff sibuk sangat sampai tak ada masa untuk dia.Nasib baiklah
Qalish tu jenis ringan mulut.Semua orang dia buat kawan.”
“Nanti
Mak Yam tolong beritahu Mama ye.”
Mak
Yam hanya mengangguk sambil tersenyum.
Usai menghabiskan segelas jus oren dan dua keping roti bakar, Jeffrey terus
bangun menuju ke pintu depan. Kunci BMW Z4 di capai dan beberapa ketika
kemudian, Jeffrey terus memandu ke Kampung Rhu Seberang. Dia sudah berkira-kira, paling cepat pun dua
jam lagi baru dia akan sampai ke destinasi yang di tuju. Qalisha…hanya nama itu
yang meniti di bibir Jeffrey yang tidak lekang dengan senyuman.
Sementara
itu di Kampung Rhu Seberang, Qalisha sedang duduk bermalas-malasan di atas sofa
sambil melayan rancangan tv di saluran Astro supersports. Sudah seminggu dia
berada di kampung dan kakinya sudah pulih sepenuhnya. Nek Jah sendiri yang
mengurut kakinya setiap pagi dan petang. Pak Usu sudah berada di bengkel dan
Mak Usu macam biasalah setia menemaninya. Awal—awal lagi Nek Jah sudah keluar
ke pekan dan sebelum pergi sempat lagi dia berpesan supaya jangan merayap ke
sana sini memandangkan kakinya yang baru sahaja sembuh.
“
Boring kuasa lapan dah ni. Kaki dah baik, Nek Jah dah ke pekan, Pak Usu dah
pergi bengkel,perut pulak lapar.Ermmmm…kalau pekena mee rebus kat warung Pak Din best jugak ni.”
Qalisha
sudah berkira-kira seorang diri. Tanpa menghiraukan pesanan penaja Nek Jah,
Qalisha terus bangun melangkah ke arah tempat kotak menyangkut kunci. Kunci Cik
Miut di capai. Sudah lama dia tidak menunggang skuter comelnya meronda kampung.
Hajat di hati mahu ke warung Pak Din pekena mee rebus barang semangkuk dan
selepas itu singgah di rumah Nawra, rakan sekelas sewaktu di sekolah menengah
dulu.
Usai
menikmati mee rebus di warung, Qalisha menunggang Cik Miut ke rumah Nawra.
Sampai sahaja di simpang jalan, Sebuah Honda Jazz berwarna biru menahannya
supaya berhenti. Seorang perempuan yang berbaju sendat dan seksi keluar
daripada kereta tersebut. Barulah Qalisha perasan orang yang menahannya
berhenti ialah Wardina anak Mak Kiah.
“
Hai Qalish, lama tak nampak.Aku dengar kaki terseliuh. Dah okay ke?”
“ Mana kau tahu aku terseliuh kaki?” Lain di tanya lain pula yang dijawab oleh Qalisha.
“
Mak aku yang cakap dua tiga hari lepas. Mesti kaki kau dah baik kalau tak
takkan kau
meronda
kampung pakai skuter cabuk tu.”
“
Wah ini sudah lebih! Aku punyalah sayang kat Cik Miut yang comel lote ni,
dia panggil skuter cabuk. Bikin hati
hangat je. Mak dengan anak sama saja.Mulut macam longkang! Ni sah-sah dia
sengaja nak cari pasal dengan aku. Sabar Qalish, sabar. Buang karan je kau
layan orang macam dia.” Qalisha cuba menyabarkan hati. Bukan dia tidak tahu,
dia dan Wardina tidak pernah sebulu sejak zaman persekolahan lagi.
“
Qalish, aku dengar kau dah kahwin, betul ke? Mana laki kau? Rasanya dah tiga
bulan lebih kau kahwin kan? Takkan malu nak tunjuk laki kat orang kampung kot.
Ada jugak aku dengar orang kampung cakap kau kahwin dengan orang tua. Ke kau jadi
bini nombor dua?” Sesedap mulut sahaja Wardina berbicara.
Qalisha
mengetapkan bibir menahan hati yang mula membara. Kalau tidak difikirkan air
muka Nek Jah, malu sahaja dia menumbuk muka Wardina.
Wardina
memprovok Qalisha lagi dengan kata-kata yang cukup menyakitkan hati.
“
Berapa hantaran kau hari tu? Aku kahwin hari tu laki aku bagi kereta ni, sebuah
rumah banglo dan duit RM50,000. Aku tak mintak tapi dia yang bagi. Masa
honeymoon dia bawak aku pusing Eropah lagi.”
“
Wah bertuah betul kau kan Dina. Tahniah. Dengan siapa aku kahwin tak perlulah
kau tahu.Lagi pun laki aku tu orang biasa-biasa je. Tak macam laki kau, anak
datuk yang kaya-raya. Kerja pun pilot. Gaji sebulan pun mahu RM50 ribu
lebih.Belum campur duit mak bapak dia lagi. Memang pandai kau pancing. Aku blah
dululah Dina.Karang membebel pulak Nenek aku tu.”
Baru
sahaja dia hendak bergerak,dua buah motosikal menghalang laluannya. Sebuah di
sebelah kanan dan sebuah lagi di belakang. Qalisha tidak dapat bergerak kerana
kereta Wardina pula menghalang laluan di hadapannya. Qalisha sudah mula
menyampah kerana penunggang dan pembonceng kedua-dua motosikal tersebut cukup
dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan penyangak kampung yang cukup terkenal,
Sudin,Mamat,Rahimi dan juga Nadzhan.
“
Eh Mat, kau tengok sapa yang kita jumpa hari ni. Langkah kanan betul. Hai
Dina, cantik kereta. Dan yang ni pulak
Minah Tomboi dengan skuternya. Wah ada perjumpaan bestfriend forever ke ni? Kat
simpang jalan pulak tu.Boleh kita orang join sekaki?”
Wardina
sudah tersengih-sengih. Matlamatnya adalah untuk menyakitkan hati Qalisha.
Nampaknya kutu rayau a.k.a mat rempit ni tiba tepat pada waktunya. Pucuk di
cita ulam mendatang. Dia tahu Sudin memang bengkak hati dengan Qalisha kerana
suatu ketika dulu, Qalisha pernah menumbuk Sudin sehingga lebam biji mata
seminggu.
“
Eh korang nak pergi mana ni? Tak sangka pulak boleh jumpa korang kat sini. Aku
saja tanya khabar Qalisha.Yelah takkan korang tak tahu Qalisha kan dah kahwin
dan tinggal di kolumpo. Dah lama tak jumpa dia.Rindulah jugak nak bersembang
dengan Puan Qalisha kita ni. Sudin, dulu Qalisha yang tumbuk mata kau sampai
lebam seminggu kan?” Sengaja Wardina mengungkit kisah lalu untuk menghangatkan
hati Sudin pula.
Qalisha
sudah mula cuak. Sakit hati sudah sampai ke tahap maksima. Lebih lama dia di
situ, lagi membara hati. Untuk mengelakkan sebarang masalah, baik dia blah.
“
Korang ni pehal? Tepilah aku nak balik. Blah,blah, blah! Menyemak aje.Apa suwei
boleh terjumpa korang semua hari ni.” Qalisha cuba berlalu namun tiba-tiba
Sudin memegang lengannya.
“
Takkan dah nak balik kot. Takut laki marah ke?” Tindakan Sudin itu mengundang
tawa daripada Mamat, Rahimi, Nadzhan dan juga Wardina.
Qalisha
lengan yang di pegang oleh Sudin. Marahnya sudah tidak boleh di tahan lagi. Monyet-monyet
tak sekolah ni perlu di ajar! Qalisha mematikan enjin Cik Miut. Dia turun
daripada motor dan kemarahan yang membara, dia menendang motosikal Sudin.
Akibat daripada tendangan itu motosikal itu hilang imbangan lalu terjatuh.
Sudin dan pemboncengnya, Nadzhan jatuh bagai nangka busuk.
“
Aku dah cakap jangan cari pasal dengan aku. Pergilah buat kerja yang berfaedah
sikit.”
Wardina yang memerhati ketawa berdekah-dekah.
Mamat dan Rahimi cepat-cepat membantu mengangkat motor ‘bos’ mereka yang
terbalik.
Sudin
sudah berang. Dia bangkit lalu merentap tangan Qalisha dengan kuat. Dia mahu
menampar Qalisha. Namun perbuatannya terhenti apabila terdengar bunyi hon yang
kuat.
“
Hoi! Korang nak buat apa tu! Lepaskan dia.” Seorang lelaki berkaca mata hitam
keluar daripada kereta sport cap BMW yang berhenti di tepi jalan. Semua yang
ada di situ melopong seketika.Bukan selalu kereta mewah lalu kat kampung
mereka.
Semuanya
berpaling. Qalisha sudah melopong. Dia cukup kenal dengan kereta BMW sport
tersebut.
“
Jeffrey? Apa dia buat kat sini?”
Qalisha
cuba merentap pergelangan tangannya yang dipegang oleh Sudin namun tidak
berjaya. Sudin mencengkam tangannya dengan kuat. Air mata Qalisha bergenang
menahan sakit.
“
Kau ni siapa nak kacau daun. Ini antara aku dengan dia.” Sudin bersuara dengan
bodoh sombong. Konco-konco sama bangang dengannya hanya mengangguk-ngangguk
kepala tanda setuju dengan perbuatan Sudin.
Wardina
yang memerhati mula kaget dengan apa yang berlaku namun dasar pisau cukur,
matanya cukup teruja melihat kereta sport BMW dan tuan kereta yang hensem
giler! Hatinya tertanya-tanya siapa gerangan jejaka tersebut kerana inilah kali
pertama dia melihatnya. Plet kereta sahaja sudah cukup menggambarkan yang
lelaki itu bukan orang sini.
Jeffrey
menanggalkan cermin mata hitam lalu menyelitkannya di leher baju T-shirts yang
di pakai. Dia mara ke arah mereka dengan penumbuk dikepal-kepal.
“
Aku kacau daun sebab orang yang kau kacau tu isteri aku! Lepaskan dia
sekarang!” Jeffrey sudah bengang.
Ternyata
Wardina,Sudin, Mamat, Rahimi dan Nadzhan terkejut dengan perkataan yang keluar
daripada mulut Jeffrey. Wardina sudah melopong. Sedar dengan kemungkinan yang
akan berlaku, dia terus memecut meninggalkan tempat tersebut.
Kekalutan
tersebut mula menarik perhatian penduduk kampung yang lalu-lalang. Sudin dan
konco-konconya mula sedar tindakan bodoh mereka telah mengundang perhatian
orang kampung.
“
Din, baik kau lepaskan Qalisha sekarang. Aku rasa baik kita blah. Orang kampung dah mula tengok-tengok kat
kita. Silap haribulan kita kena belasah nanti.” Nadzhan bersuara dengan
takut-takut.
“
Errr..maaf ye Bang. Kita orang bukan buat apa-apa pun. Saja lama tak jumpa
Qalisha.Itu yang kita orang saja berhenti tanya khabar.Kita orang chow dulu
ye.”
Serentak
dengan itu,kelam-kabut mat-mat rempit tersebut meninggalkan Qalisha di tepi
bahu jalan. Qalisha terduduk.Tangan kanannya memegang pergelangan tangan kiri
yang sudah kemerahan akibat cengkaman kuat oleh Sudin.
“
Are you okay?”
Pergelangan
tangan Qalisha diraih.Jelas ternampak kemerahan di situ. Hati membara sekali
lagi. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia membelasah penyangak-penyangak
kampung tersebut.
Jeffrey
meraih Qalisha ke dalam pelukan. Ubun-ubun Qalisha dicium.Rindu sungguh dia
pada Qalisha. Menyedari mereka berada di tepi jalan, Qalisha menolak dada
Jeffrey yang enak-enak memeluknya. Dah buang tebiat ke dia ni? Dia ingat ini
filem ke nak peluk-peluk orang sesuka hati.
“
Awak ni kenapa? Kita kat tepi jalan ni. Tak payah nak berlakon romantic tak
bertempat.Malu orang kampung tengok tahu tak!” Qalisha sedaya –upaya mengawal
suara supaya decibel tidak naik ke tahap luar kawalan.
Jeffrey
melepaskan pelukan dengan muka selamba. Namun sempat juga Jeffrey berbisik
sesuatu sebelum melepaskan pelukannya.
“
I miss you.” Itulah bisikan yang keluar daripada mulut Jeffrey.
Meremang
bulu roma Qalisha apabila mendengar bisikan tersebut. Bulat mata Qalisha dan
mulutnya hampir terlopong. Namun begitu, cepat-cepat dia mengingatkan dirinya.
“
Rileks Qalish. Jangan cepat terpedaya dengan Chef Poyo plus romeo ni. Bukan kau
tak tahu mengayat saja yang lebih.”
Sedang
Qalisha dan Jeffrey saling berpandangan, tiba-tiba telefon di dalam poket
Qalisha berbunyi. Cepat-cepat Qalisha menjawabnya apabila nama Nawra tertera pada skrin.
“
Hoi Qalish! Kata nak datang rumah.Dah penat aku tunggu tau tak!” Nawra sudah
menjerit di talian tanpa memberi salam.
“
Beb, kot ya pun bagilah salam dulu. Aku baru nak call kau. Sorry Beb aku tak
jadi pergi rumah kau sekarang. Maybe petang-petang sikit kot. ‘Hubby’ aku baru
sampai dari KL. Aku story-morry later. Okay aku chow dulu.Petang nanti kita
jumpa kat port biasa.” Qalisha mematikan talian sambil memandang Jeffrey yang
sedang bercekak pinggang.
Tanpa
sedar, Qalisha memberikan satu senyuman yang nakal siap dengan isyarat ‘peace’
lagi. Dia tahu Jeffrey bengang sebab dia melayannya acuh tak acuh. Jeffrey
terpaku. Senyuman yang diberikan oleh Qalisha sungguh memukau sehingga dia
hanyut dalam lamunan buat seketika.
“
Hello,hello, ada orang di rumah?” Qalisha melayang-layangkan tapak tangan di
depan muka Jeffrey berkali-kali.
“
Awak? Jeff? Hellooooo..” Jeffrey masih terkaku.
“
Dia ni pehal pulak? Khayal sampai ke Gunung ke Gunung Fuji ke?” Qalisha
memandang Jeffrey dengan muka berkerut.
“
Abang!”
Qalisha
menjerit separa kuat di telinga Jeffrey. Kalau sekuat hati karang ada yang
pecah gegendang telinga.
“
Kau ni pehal? Ingat aku pekak ke? Tak boleh cakap slow-slow sikit.” Jeffrey
berasa cuak dengan perlakuan Qalisha.
“
Whatever. Lama –lama boleh mental aku ada laki macam ni. Perasan bagus. Panggil
slow tak dengar.Panggil kuat pulak membebel.” Omel Qalisha perlahan hanya untuk
dirinya sendiri.
“
Apa kau cakap?”
“
Nothing.”
Serentak
dengan itu Qalisha mengatur langkah mendapatkan Cik Miut tanpa berkata apa-apa
kepada Jeffrey.
“
Nak pergi mana tu?”
“
Nak baliklah. Takkan nak jadi tiang bendera kat simpang jalan ni?”
Qalisha
menghidupkan enjin Cik Miut dan terus berlalu tanpa menoleh kepada Jeffrey.
Jeffrey pula bagai lipas kudung berlari ke arah keretanya.Cepat-cepat dia
mengekori Qalisha yang sudah agak jauh meninggalkannya.
“
Hampeh betul dapat bini macam ni. Bukan nak tunggu aku. Boleh tahan juga skuter
cabuk dia tu.Sabar ajelah Jeff, nak buat
macam mana kalau dapat bini tak berapa nak ayu macam tu.” Jeffrey memujuk
hatinya sendiri.
Usai
sampai di rumah, Qalisha sudah menelan liur. Kelat semacam pulak rasanya.
Tambah-tambah lagi apabila melihat Nek Jah yang sudah bercekak pinggang.
“
Cucu bertuah, mana Qalish pergi? Buat
penat saja Nenek cakap dengan kamu? Kaki
baru nak baik dah merewang sebijik kampung. Patutnya daripada dulu lagi Nenek
cincang skuter kamu.Lepas tu buang kat sungai biar jadi tukun kat dasar
sungai.”
“
Assalamualaikum Nek. Tak jawab berdosa.”
“
Dah jangan nak auta Nenek.Mana kamu pergi?”
“
Qalish pergi makan mee rebus kat warung Pak Din. Penat Qalish tunggu Nenek.
Qalish lapar tadi. Ingatkan Nenek lambat balik so itu yang saja nak test power
kaki dah okay ke belum.”
“
Pandailah kamu menjawab. Mesti Jeff pening dengan kamu kan? Kalau tak menjawab
tak sah.”
Nek
Jah tidak jadi membebel apabila sebuah kereta berhenti di laman rumah.
Sebaik Si pemandu keluar, Nek Jah sudah
tersenyum sampai ke telinga.
“
Assalamualaikum Nek.Apa khabar?” Jeffrey mencium tangan Nek Jah dengan penuh
hormat.
“
Waalaikummussalam. Jeff! Panjang umur kamu.Baru sebut dah ada depan mata.
Qalish, tak nak salam suami kamu ke?” Mata Nek Jah sudah mencerlung.
Qalisha
buat-buat tersenyum.Tangan kanan Jeffrey di raih lalu di cium lama. Jeffrey
pula tersengih-sengih nakal. Inilah masa mahu mengenakan Qalisha.Dahi Qalisha
dicium lama.
“
Mmmuah! Rindu kat sayang.Sayang tak rindu kat abang ke?”
Qalisha
mengetapkan bibir.Geram.
“
Sayang?boleh muntah hijau kalau hari-hari macam ni. Oooo..nak berlakon ye. Meh
sini aku join sekaki.”Qalisha mengukir senyum nakal.
“
Rindu Bang.rinduuuuuuu…sangat. Qalish rindu kat Abang sampai tidur tak lena,
mandi tak basah. Tak caya tanya Nenek.”
Nek
Jah sudah tersenyum-senyum tanpa mengesyaki apa-apa.
“
Dah.Nak lepas rindu dendam pun masuk dalam rumah dulu. Jangan nak buat aksi dot
dot kat depan rumah. Kalau tak malu dengan Nenek pun malu dengan Jlo dan Jolie
ni hah.” Dua ekor anak kambing menggesel-gesel kaki Nek Jah dengan manja.
Qalisha
mencegilkan mata ke arah Jeffrey. Macam biasalah, Jeffrey hanya buat muka poyo
dia sambil memandang ke atas. Mahu tak mahu, Qalisha terpaksa
membawa Jeffrey masuk ke dalam biliknya. Nak buat macam mana, kalau Jeffrey di
bawa ke bilik tamu mahu berdarah telinga kena marah dengan Nek Jah. Sampai
sahaja di dalam bilik ,Jeffrey terus baring di atas katil.
“
Argh penatnya.” Jeffrey mendepakan kedua-dua tangannya sambil mengeliat.
“Qalish,sini
jap.”
Qalisha
berpaling. Berkerut dahinya mahu mencerna apa tindakan Jeffrey seterusnya.
“
Kenapa?”
“
Urut badan Abang.Penat ni.”
Serentak
dengan itu,Jeffrey menanggalkan baju t-shirts yang di pakai.Yang tinggal
hanyalah seluar khaki separas lutut.
Buntang
mata Qalisha melihat perlakuan Jeffrey. Hatinya mula berdebar-debar.Jantung
mula berdegup di luar kawalan.
“
Dia ni kenapa, ke dia nak ngap aku? Apa aku nak buat ni? Kalau dia ambil
kesempatan aku lipat aje dia, senang citer. Tapi dia laki aku. Aku memang dah
jadi hak dia.Kalau aku ingkar, aku pulak yang berdosa.Aduhhh..apa aku nak buat
ni?” Qalisha bermonolog di dalam hati.
“
Apa lagi tercegat kat situ.Cepat urut belakang Abang.Lenguh tahu tak. Ingat tak
penat ke drive ke sini.Semalam balik dari Bali.Pagi ni terus drive ke sini nak
jumpa Qalish tau.”
Qalisha
takut-takut mahu mendekati Jeffrey.Akhirnya dia duduk di sebelah Jeffrey yang
sedang berbaring. Jeffrey pula menyembamkan muka di atas tilam. Dia
sedaya-upaya menahan ketawa. Perlakuan Qalisha amat melucukan sekali. Dia bukannya sakit badan
sangat.Cuma sengaja mahu menguji sejauh mana kedegilan Qalisha.
Qalisha
mula mengurut belakang Jeffrey. Pakai hentam saja kerana dia bukan pandai
mengurut sangat pun.
“
Atas sikit.Bawah sikit.Aaa kat situ.kuat sikit.” Jeffrey sengaja mengarah-arah
Qalisha sambil menahan tawa.
“
Ermmm best jugak minah ni urut.”
Tiba-tiba
Jeffrey membalikkan badan dan terus merangkul Qalisha dengan pantas. Qalisha
yang tidak menduga perlakuan Jeffrey terus terbaring di dalam dakapan Jeffrey.
Aduh
sesak nafas, sesak nafas! Qalisha cuba melepaskan diri namun ternyata tenaga Jeffrey
lebih kuat.
“
Please Qalish, Don’t fight me.I just want to hug you.”
Qalisha
terdiam apabila mendengar bisikan Jeffrey yang begitu hampir di telinganya
sehingga dia dapat mendengar desah nafas Jeffrey dengan jelas. Tak guna dia
melawan, buat penat aje. Akhirnya Qalisha akur. Dia hanya mendiamkan diri di
dalam dakapan Jeffrey. Buat seketika Jeffrey hanya memeluknya sambil memejamkan
mata. Lama dia begitu seolah melepaskan rindu yang menggunung.
“
I just want to hug you.” Jeffrey mengulangi kata-katanya.
“
and I want to kiss you so bad…” Jeffrey terus membenamkan bibirnya pada bibir
Qalisha yang merah merkah walau pun tanpa secalit lipstick.
Buntang
mata Qalisha dengan perlakuan Jeffrey yang tidak di duga. Dia sudah bertukar
menjadi patung cendana. Qalisha hanya mengeraskan badan tidak membalas ciuman
Jeffrey. Baru sahaja Jeffrey mahu ciuman Jeffrey mahu menular ke tempat lain,
Nek Jah mengetuk pintu dengan kuat.
“
Qalish! Ajak suami kamu minum.” Suara Nek Jah membuatkan Jeffrey tersentak.
Cepat-cepat Qalisha meloloskan diri.
“
Errr.. Nenek panggil.Err..Abang mandi dulu. I’ll prepare your drinks.” Qalisha
menoleh kepada Jeffrey seketika dan kemudian terus keluar daripada bilik
seperti lipas kudung. Dadanya berdegup bagai nak pecah.
“Aduh
Nek Jah ni tak kasi can langsung! Aku baru nak mengayat dah kacau daun. Baru
nak buat eksperimen nak tengok dia tergoda dengan godaan aku atau tidak. Takpe
Jeff.ikan laga dalam perigi, esok-esok aku cuba usha lagi.” Jeffrey
tersengih-sengih sendirian.Dia mengusap bibir. Masih terasa hangatnya ciuman
tadi.
“Silap
hari bulan aku yang tergoda nanti. Aduhhhh…”
Jeffrey
mengetuk-getuk dahinya sendiri.
Dan
Qalisha pula, “ Huh! Apa kena dengan Chef Poyo ni? Bahaya,bahaya. Situasi amat
mencemaskan. Aku kena pasang perisai mulai daripada sekarang. Perisai apanya! Dia
laki aku.Aduh macam mana ni. Kusut kusut. Tak boleh jadi kalau macam ni.Aku
kena cari pakar rujuk. Yes! Nawra.Diakan penyimpan mohor besar rahsia aku.”
Qalisha
terus mengeluarkan telefon di dalam poket seluarnya. Nombor Nawra di dail laju.
“
Hello Beb, jumpa aku kat port biasa sekarang.”
Menonong
sahaja Qalisha melangkah ke pintu depan. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
“
Alamak! Tadi Nek Jah suruh ajak Si Jeff minum. Macam mana ni? Ahh lantaklah.
Minuman dah tersedia kat meja. Self-service ye Chef Poyo.Aku nak jumpa
consultant aku dulu.”
“
Qalish! Nak ke mana tu?”
Suara
Nek Jah hanya di biarkan tanpa tolehan.
Sorry
Nek. Qalish nak keluar kejap aje. Skuter di tunggang dengan laju meninggalkan
Nek Jah yang sedang bercekak pinggang.
Friday, 26 April 2013
hi guys..
dah banyak hari aku tak berblogging..maaf semua coz buat korang tertunggu-tunggu dengan chapter 33. Kita hanya merancang tapi Dia yg menentukannya. Mungkin i'm pushing too hard for everything...work,study,assignments,exam,tulis buku lagi,kids..maybe it's too much 4 me to handle at a time...am i? On 24th suddenly i collapsed during the school hour!during english lesson of my year 6 students.
because of that i was admitted to GH dan menginaplah aku kat wad for 3 three days! nak tak nak exam pun kena postpone! ACUTE GASTRITIS itulah sakit aku...i've learned my lesson wei....never skip meals even xlapar pon makan jugak skit..korang yg sakit gastrik kat luar sana jgn ambik mudah tau. Sakitnya hanya Allah yg tahu..boleh berguling-guling dibuatnya.
Tapi setiap yg berlaku ada hikmahnya..semasa dok dlm wad ,..tengah tangan dok tengah sengal2 kena cucuk iv ( sebelah tangan kena masuk drip..3 hari 10 botol wei..) tiba2 the whole idea 4 my second book menjengah.Tetiba je..siap dgn semua nama watak lg,plot cerita skali..just pop up into my mind! sampai aku pergi mintak kertas dgn nurse..nak tulis semuanya. Semuanya berlaku bila aku terpandangkan doc yg merawat aku. Encem siot! nama doc tu biar aku sorang aja yg tahu.Aku siap interview dia lg.research wei research...hahahaha!! terima kasih doc ----- kau ilhamku! utk watak DR ERRAN FIRHAN. Lepas ni kena cari ilham utk EDRY FIRYAL dan jugak EDRUSE FIRMAN pulak.....what do you think nama 3 watak hero ni? nama watak heroine dah short-listed tapi apa kata korang bagi suggestions skit..nak test imaginasi koranglah...cadangan dialu-alukan..silakan dears..luv uols...chap 33 ATKSD pulak sehari dua lg k...
hugs and kisses,
hariissa hariiis
because of that i was admitted to GH dan menginaplah aku kat wad for 3 three days! nak tak nak exam pun kena postpone! ACUTE GASTRITIS itulah sakit aku...i've learned my lesson wei....never skip meals even xlapar pon makan jugak skit..korang yg sakit gastrik kat luar sana jgn ambik mudah tau. Sakitnya hanya Allah yg tahu..boleh berguling-guling dibuatnya.
Tapi setiap yg berlaku ada hikmahnya..semasa dok dlm wad ,..tengah tangan dok tengah sengal2 kena cucuk iv ( sebelah tangan kena masuk drip..3 hari 10 botol wei..) tiba2 the whole idea 4 my second book menjengah.Tetiba je..siap dgn semua nama watak lg,plot cerita skali..just pop up into my mind! sampai aku pergi mintak kertas dgn nurse..nak tulis semuanya. Semuanya berlaku bila aku terpandangkan doc yg merawat aku. Encem siot! nama doc tu biar aku sorang aja yg tahu.Aku siap interview dia lg.research wei research...hahahaha!! terima kasih doc ----- kau ilhamku! utk watak DR ERRAN FIRHAN. Lepas ni kena cari ilham utk EDRY FIRYAL dan jugak EDRUSE FIRMAN pulak.....what do you think nama 3 watak hero ni? nama watak heroine dah short-listed tapi apa kata korang bagi suggestions skit..nak test imaginasi koranglah...cadangan dialu-alukan..silakan dears..luv uols...chap 33 ATKSD pulak sehari dua lg k...
hugs and kisses,
hariissa hariiis
Subscribe to:
Posts (Atom)