KORANG LEBIH SUKA COUPLE MANA?
ADRIANNA N RAYYAN FAHRIN KE QALISHA N JEFFREY...BAGILAH FEEDBACK SKIT KAT KITA...
Total Pageviews
Tuesday, 25 September 2012
AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 16
BAB
16
Di bilik yang satu lagi pulak….
Konfrantasi
Adrianna dan Rayyan Fahrin baru bermula. Sampai sahaja di dalam bilik,Adrianna
membuka tudung dengan kasar dan selendang yang sedondon dengan baju kebaya akad
nikah tadi dihempas kasar ke atas katil. Dia terasa sangat geram dan marah,
seolah-olah masih tidak percaya lelaki itu adalah Rayyan Fahrin..ye..lelaki
yang telah pun sah menjadi suaminya. Oleh kerana terlalu geram habis semua
bantal dan patung-patung beruang comel yang selalu menjadi peneman tidur di
balingnya ke lantai. Nasiblah kau beruang comel…tuan kau tengah mengamuk sakan
tu. Sabar..bawak-bawak bertenang ye..
Di
luar pintu pula, Rayyan Fahrin sedang mengumpul kekuatan dan keberanian untuk
berdepan dengan isteri yang baru beberapa jam dinikahinya.
“
Rileks Fahrin..ingat apa yang bapak mertua kau pesan. Jangan cepat mengaku
kalah.”
Dengan
berbekalkan sedikit keberanian, Rayyan Fahrin membuka pintu bilik. Sebaik pintu bilik terbuka..’bukk!’
“ Adoi..apa ni sayang..mana aci
macam ni? Main baling je..nasib baik patung beruang je..kalau pasu bunga ,mahu
benjol dahi abang. Karang tak hensem lagi abang…suami sapa, suami sayang jugak….”
Belum apa-apa seekor beruang comel tepat mendarat di muka Rayyan Fahrin. Nak buat macam mana,itu baru permulaan.
Tabahkan dan cekalkan hatimu Rayyan Fahrin. Man jadda wajada! Ini pun
sebahagian daripada perjuangan fisabilillah jugak ni.
“ Apa sayang-sayang! Tak hingin
aku!” Adrianna terus menyinga setelah mendengar suara Rayyan Fahrin. Sebenarnya
tadi tu bukan sengaja dia nak membaling patung beruang ke muka Rayyan Fahrin.
Tak sengaja terbaling. Rayyan Fahrin bukak pintu at the wrong time waktu Adrianna
sedang melepaskan geram.
“ Amboi mulut tu..sedap sungguh bahasa sayang.
Tergoda abang. Rasa nak gigit-gigit mulut comel tu. Kalau selalu sayang buat
mulut macam tu, nanti tak keluar bilik abang.
Seksi sungguh abang nampak bila sayang buat muncung macam tu.” Beruang
comel yang dilemparkan tadi di kutip. Rayyan Fahrin mendekati Adrianna yang
masih menyinga.
“
Lepas ni, sayang tak perlukan beruang-beruang comel ni untuk menjadi peneman
tidur..Abangkan ada..” Rayyan Fahrin
sengaja membisikkan kata-kata yang dia sendiri tahu akan menambahkan suhu magma
di hati Adrianna.
Buntang
mata Adrianna sebaik sahaja mendengar kata-kata Adrianna. Hati-hati Fahrin,
gunung berapi dah nak meletus tu! Baik kau blah..selamatkan diri dulu. Rayyan
Fahrin berlalu ke arah built –in closet
yang terletak di kanan bilik. Awal-awal lagi Mak mertua terchenta sudah
memberitahunya, semua keperluan ada dalam closet tersebut. So, tak payah nak
bersusah- payah mencari. Bagus betul
dapat mertua macam ni. Bukan senang nak jumpa orang kaya yang tak berlagak .
Dahlah kaya, baik hati dan merendah diri pulak. Kira rezeki tersepak untuk kau
Fahrin. Sehelai tuala di capai dan dia terus berlalu ke arah bilik air sambil
mengenyitkan mata kepada Adrianna, sengaja menambah lagi suhu ke takat didih.
Sambil
berlalu ke bilik air sempat lagi dia menyakat Adrianna, “ Tak nak join abang
ke? Anna siapkan sehelai t-shirts dan kain pelikat untuk abang... Abang belum
kerjakan solat Isya’ ni..kalau abang keluar, baju dan kain pelikat takde, Anna
yang abang kerjakan nanti.” Wah hebat kau Fahrin, dalam sakatan..(eh.. ada ke
perkataan ni ah lantak janji sempoi. Sori ye cikgu BM..) ada arahan yang tegas..Satu
flying kiss diberi kepada Adrianna.
Woohoo..caya lu bro! lepas ni gerenti Adrianna geram tahap maksimum kuasa
lapan!
Sebaik
Sahaja kelibat Rayyan Fahrin hilang di sebalik pintu, Adrianna mengambil sebiji
bantal lalu menekupkan muka. Apa ke hal ni Anna? Takkan nak commit suicide
pulak! Dosa besar tu! Tak cium bau syurga. La..ingatkan apa tadi.Nak menjerit
rupa dia. Inilah contoh KL menjerit yang sebenar.
“ Arghhhhh! Tenang Adrianna..control
marah kau. Kang muda-muda dah dapat darah tinggi.Cool.. chill out
girl!..inhale..exhale…tarik…hembus…kau kena bersabar banyak-banyak. Memang dia
saja nak test kesabaran kau. Kalau kau marah, maka tercapailah objektif dia.
Memang itu pun tujuan dia kan..saja nak buat kau marah. So sekarang ni..kau
pergi ambik baju dan kain pelikat yang
dia nak tadi. Ingat Anna, dia lelaki,kau perempuan. Apalah sangat kudrat kau
ada nak lawan dia. Sekarang ni yang penting strategi..nak lawan Rayyan Fahrin
pakai kekuatan buang karan namanya. Nak lawan dia..you have to use your brain
Anna.” Ha.ha..ha..itu dia Si Fikiran jahat sudah mari!
“ Takpe Fahrin,ada ubi ada batas,ada
lori ada bas, ada boeing ada airbus! Ada hari pasti akan ku balas!..” Adrianna
terus menapak ke arah closet. Dia tahu baju-baju dan semua keperluan Rayyan
Fahrin telah disediakan oleh Mamanya. Semalam dia nampak Asih dan Tuty memasukkan
semua pakaian Fahrin ke dalam closetnya. Kalau diikutkan hati, tak hingin dia
nak berkongsi almari dengan mamat kerek perasan bagus tu. Tapi bak kata pepatah,ikut
hati mati,ikut rasa binasa, sakit jiwa kacau dan merana. So apa yang penting
sekarang adalah strategi,strategi,strategi dan strategi macam mana nak
mematahkan serangan musuh.
“ Huh..lama giler Mamat kerek ni
mandi. Mandi ke buat iklan Rejoice kat dalam tu? Ke tertidur dalam jakuzi?
Maklumlah orang kampung, mana pernah jumpa jakuzi. Jumpa tab mandi pun dah kira
bagus.” Sementara menunggu Rayyan Fahrin keluar,sempat lagi Adrianna mengutuk
Rayyan Fahrin.
“
Mengutuk ke menghina tu Anna? Sewaktu je bunyinya. Hati-hati dengan mulut tu,
nak jadi isteri derhaka ke? Tak cium bau syurga nanti. Ingat kau tu dah jadi
isteri dia.Syurga kau di bawah telapak kaki lelaki yang bernama Rayyan Fahrin.
Ingat pesan orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan
binasa.” Minda sedar berbicara.
“ Baik aku ‘landing’ kejap sementara
tunggu mamat kerek ni keluar.Mandi kemain lama mengalahkan anak dara..” Tanpa
disedari Adrianna terlena di atas katil sambil mengiring,masih lagi dalam baju
kebaya yang di pakai semasa majlis akad nikah tadi. Oleh kerana terlalu letih
dan jam sudah menginjak ke pukul 2.00 pagi, ibarat orang mengantuk di sorongkan
bantal, apa lagi sekejap sahaja Adrianna terus belayar ke alam mimpi.. Lagi
satu, Adrianna ni pantang jumpa bantal, kejap aje boleh terus terlena. Tambah
pulak badan penat, mata mengantuk, apa lagi bom atom meletup pun tak ingat
dunia dah.
Bunyi Azan yang sayup-sayup
kedengaran mengejutkan Adrianna dari lena. Matanya masih berat seolah ada magnet yang sedang menarik matanya
supaya terus tertutup. Rasa mengantuk yang teramat sangat sampai nak bukak mata
pun susah. Dalam keadaan mamai, Adrianna
cuba mengingati semula apa yang berlaku. Seingatnya tadi, hampir pukul 2.00
pagi dia masih hangin satu badan dengan Fahrin. Tunggu punya tunggu, sampai
sudah tak keluar daripada bilik air.
“ Eh..apasal Cico keras semacam je
ni?”
Dalam cahaya yang samar-samar, Adrianna
mencelikkan mata. Dia menenyeh-nyenyeh mata yang masih mengantuk. Sebaik
matanya celik, jantungnya berdegup laju! Patutlah keras semacam! Rupanya bukan
Cico, si patung beruang besar yang di peluknya tapi Rayyan Fahrin! Buntang mata
bundarnya apabila dia elok-elok ‘landing’ cantik di atas dada Fahrin yang tak berbaju. Tangannya laju
memetik suis lampu meja yang terletak di sisi katil. Jantung ni pun satu,
time-time macam nilah dia nak masuk lumba lari. Slow-slow sikit wahai
jantungku..kang tak pasal-pasal kau terlompat keluar arwah terus aku!
“
Masyaallah! Apa aku dah buat kat dia? Eh.. tak pembetulan, apa dia dah buat kat
aku? Eh..tunggu jap..tadi aku tunggu dia keluar daripada bilik air .Lepas tu
aku ‘landing’ kejap, aku pakai baju kebaya lagi masa tu…eh bila masa pulak aku
tukar baju tidur ni? “ Darah tiba-tiba menyirap ke mukanya. Adrianna bagaikan
mahu histeria apabila memandang badannya hanya tersarung baju tidur kain satin
bertali halus berwarna biru muda. Dahlah tak berlengan, nipis dan separas peha
pulak tu.Seksi gila!
“
Baju ni memang baju aku, tapi aku takkan hilang akal pakai baju macam ni depan
Mamat kerek ni….arghhh…!!!!!” Adrianna menjerit sekuat hati dan serentak dengan
itu dia apa saja yang boleh di capai lalu di balingnya Rayyan Fahrin yang
sedang tidur pulas. Beruang-beruang comel, jam loceng, majalah,buku, semuanya
terbang melayang ke arah Rayyan Fahrin.
Sebaik
mendengar jeritan nyaring Adrianna, mata Rayyan Fahrin terus terbuka luas.
Automatik dia bangun daripada katil dan mencampakkan comforter ke lantai.
Terkejut beruk Rayyan Fahrin apabila melihat barang-barang melayang ke arahnya.
Dengan mulut memaki hamun Rayyan Fahrin, Adrianna terus mencampakkan barang dan
tiba-tiba Adrianna berhenti dengan nafas yang tercungap-cungap. Marah Adrianna
sampai tahap maksimum apabila dia ternampak Rayyan Fahrin hanya memakai seluar
boxer pendek giler!
“
Apa kau dah buat kat aku! Dasar jantan tak guna! Kau ambil kesempatan kat aku
masa aku tak sedar!” Adrianna terus menghamburkan kemarahan kepada Rayyan
Fahrin. Tak cukup dengan patung beruang, majalah, jam loceng, di capainya lagi
novel-novel tersusun cantik di atas di sisi katil lalu terus di baling kepada
Rayyan Fahrin.
Satu!
Yea..tak kena. Dua..sempat tangkap! Tiga..yes! tak kena lagi.empat..boleh elak
lagi…lima..adoi Anna..dahlah tu yang..benjol dah ni kepala Abang! Anna sayang,
bawak bertenang, mengucap..cuba bagi tahu Abang apa dah buat sampai sayang
mengamuk macam ni sekali. Tengok tu, kesian jam loceng tu. Habis terburai isi
perut dia. Abang rasa dah arwah jam loceng tu..” Kedua-dua tangan Rayyan Fahrin
masih berada di posisi menahan macam perisai.
“
Sudah tahu lagi mau tanya! What did you do to me last night? How come we end up
on the same bed!” Adrianna bersuara lantang.
“
La..pasal tu rupanya. Abang ingatkan pasal apalah tadi..” Rayyan Fahrin
mengurut dada lega. Rayyan Fahrin tersengih. Sebenarnya bukan setakat tersengih
lagi dah. Dia dah gelak tergolek di dalam hati.
Sebenarnya
tiada apa yang berlaku pun. Lepas mandi
dah pun pukul 2.00 pagi. Sebaik keluar daripada bilik air, Dia ternampak
Adrianna sudah tertidur di atas katil, masih berkebaya ayu. Dia cuba
mengejutkan Adrianna berkali-kali tapi mungkin kerana keletihan ,lena betul si
Adrianna tidur. Tidur pulas tak ingat dunia! Tiba-tiba akal jahat yang tak
berapa jahat muncul. Yelah kalau betul-betul jahat, Rayyan Fahrin dah
‘ngap’Adrianna. Tapi, Rayyan Fahrin ni lelaki budiman tau, takkan ambil secara
memaksa walau pun dah terang lagi bersuluh Adrianna memang dah menjadi haknya
yang sah. Jadi, nak dijadikan cerita, apa lagi Rayyan Fahrin terus menyelongkar
closet Adrianna mencari baju tidur yang paling seksi dan yang baju tidur satin
tanpa lengan bertali halus itulah yang dia jumpa. Korang pun tahulahkan apa
yang berlaku selanjutnya. Rayyan Fahrin menukarkan baju Adrianna dengan
berhati-hati. Korang jangan nak jadi otak kuning ye.. Rayyan Fahrin tutup lampu
tau! Tak caya? Bukan apa, dia takut tergoda. Gentleman gentleman jugak, kalau
dah rezeki di depan mata tak tertolak weh..kucing dengan ikan takkan pejam mata
saja, betul tak? Itu kucing dengan ikan, apatah lagi Rayyan Fahrin lelaki yang punya naluri dan keinginan yang sama.
Dah memang fitrah kejadian manusia begitu.Purposely memang Rayyan Fahrin nak Adrianna
fikir mereka dah ehem-ehem…sebab itulah dia sengaja tidur pakai boxer je. Lepas
tu dia baring sebelah Adrianna, tidur satu comforter. Itulah ceritanya. Tapi
yang bab Adrianna peluk Rayyan Fahrin tu..Adrianna sendiri yang buat. Bukan
salah Rayyan Fahrin ye. Rayyan Fahrin sendiri tak sedar bila masa Adrianna
peluk dia pun, dia tak tahu. Fuh! Aku dah ceriter detail dah kat korang macam
mana Rayyan Fahrin dan Adrianna end-up on the same bed. Penat rahang aku ni
tau..anyway berbaloi gak sebab tengok tu..korang tersenyum-senyum tu apa kes?
Back to kisah mereka berdua ni…
“
You..you!” kata-kata Adrianna terhenti di situ, Speechless bila mendengar
jawapan selamba Rayyan Fahrin.
“
Yang Anna marah sangat ni kenapa? Abang
rasa apa yang berlaku semalam tak salah pun. Kitakan dah kahwin, Semalamkan
wedding night kita. Takkanlah nak habiskan wedding night kita dengan bertekak
je..rugilah. Lagi pun, Anna yang goda Abang dulu tau! Abang tak buat apa-apa
pun! Anna tau tak..semalam Anna telah meragut keterunaan Abang yang abang jaga
selama tiga puluh tahun.. Sebab Anna adalah isteri Abang, maka Abang dengan
rela menyerahkan mahkota berharga Abang sebab Anna adalah isteri Abang…jangan
kau persiakan diriku…” Rayyan Fahrin sengaja menayang muka sedih. Entah mana
datang ayat tu dia sendiri pun tak tahu. Spontan sahaja keluar. Tak kisahlah
sebab dia tahu Adrianna memang sakit hati bila dengan kata-katanya itu dan
memang itulah tujuannya.
Buk!
Seekor beruang comel dengan jayanya mendarat di muka Rayyan Fahrin.
Ala..beruang comel lagi,cuba baling angsa ganas ke baru kaw!
“
Kau ni giler ke apa! Bila masa pulak aku goda kau! Kau ni kan
memang…memang…memang…” Adrianna terus meluru ke arah Rayyan Fahrin yang sedang
berdiri di birai katil.
Bagi
Adrianna pada waktu itu, apa nak jadi, jadilah. Tunggu kau Mamat kerek akanku
cekik kau sampai dapat! Tapi malangnya kakinya tersadung pada comforter di atas
lantai lalu terus ter’landing’ dan merempuh cantek Rayyan Fahrin yang terpacak
di birai katil. Akibat daripada ‘pendaratan cemas’ tersebut, Rayyan Fahrin
tidak sempat membuat apa-apa selain daripada memeluk isteri terchenta dengan
kemas. Adrianna selamat mendarat di atas badan Rayyan Fahrin, Kedua-duanya terjatuh
ke atas katil dan pendaratan cemas itu menyebabkan bibir mereka bercantum kemas.
Seakan ada cas elektrik yang mengalir sehinggakan mata mereka saling berbalas
pandangan dan mereka kaku seketika.Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati.
Yang pasti buat seketika Rayyan Fahrin dan Adrianna hanyut dalam renungan
antara mereka.
Pada
waktu yang sama pula, Datuk Abdullah dan Datin Maimun yang baru hendak menapak
menuruni anak tangga sangat terkejut dengan bunyi jeritan nyaring Adrianna.
Lovely couple ni memang selalu bangun awal. Selepas subuh selalunya Datin
Maimun akan menemankan Datuk Abdullah bersenam di gim mereka. Mereka menyangka
sesuatu yang buruk telah berlaku, jadi apa lagi pintu bilik Adrianna terus di
terjah dan..
“
Ops! Maaf..Baba dengan Mama ingat apalah tadi..chop! Jangan risau kami tak
nampak apa-apa…” Pintu bilik di tutup semula.
Datuk
Abdullah dan Datin Maimun memandang sesama sendiri. Seketika kemudian ketawa
mereka berdua terburai. Berair-air mata mereka
berdua ketawa, siap buat ‘high five’ lagi. Mereka berdua betul-betul tak
menyangka rancangan mereka berjaya secepat ini.
Sepantas
kilat, Adriana terus bangkit. Dia terus mengesat bibirnya seolah ada kotoran
yang melekat di situ.Melihat muka Rayyan Fahrin tersengih macam kerang busuk,
terus tanganya mendarat pada perut Rayyan Fahrin yang tak berbaju, mencubit sekuat
hati .
Rayyan
Fahrin pula, “ Adoiiii..dahlah tu yang..dah biru perut Abang ni..”Rayyan Fahrin
menyeringai kesakitan. Bukan setakat cubitan manja lagi dah, ini dah boleh
masuk kategori ‘domestic violence’ dah ni.
“
Apalah nasib aku dapat bini macam ganas macam gangster. Baru satu hari dah
benjol kepala, lebam dekat perut.Kalau dua hari,tiga hari,empat
hari..berhari-hari? Warghhh!!!!! Nek Wan tolong Ayin!!!!!!”
Bersabarlah
Fahrin. Dah nasib badan kau dapat bini gangster, nak buat macam mana..bapak
borek anak rintik, bapak pun macam gangster anak pun lebih kurang sama. Mana
nak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Apa nak buat..terima ajelah..
“ Padan muka! Tak dapat cekik, cubit pun
jadilah..ambik kau!” Gumam Adrianna di dalam hati. Walau pun tangannya sendiri
berasa sakit, semua itu tak penting janji hatinya puas.
“
Darling….I nak mandi ni..you nak join ke?” Adrianna sengaja buat suara manja
mengada-ada.
Laju
saja Rayyan Fahrin mengeleng-gelengkan kepala. “ Fuh! Nak mampus? Menempah bala
namanya tu. Entah-entah disiramnya aku dengan air panas terus masuk gol..Adrianna.Adrianna..Ya
Allah, kau lembutkanlah hati isteriku..” Rayyan Fahrin menggosok-gosok perutnya
yang masih sengal dengan cubitan kamikaze isterinya sambil matanya memerhati
Adrianna menghilang ke dalam bilik air.
p/s : HARAP KORANG PUAS HATI KISAH ANNA DAN FAHRIN...RAMAI BAGI FEEDBACK..PENDEK SANGAT SETIAP EN3..YE KE? ANYWAY WAY..KEEP READING N KEEP SUPPORTING ME BEBEH! LUV YOU ALL..
Monday, 17 September 2012
AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 15
BAB
15
Di suatu sudut ditepi kolam, Qalisha
sedang memeluk Nek Jah dengan erat. Entah kenapa Qalisha seperti tidak mahu
melepaskan neneknya. Selepas pelukan dileraikan, Nek Jah mengusap lembut pipi
cucu kesayangannya. Hatinya berasa sayu dan sedikit terkilan kerana anak
menantunya, arwah Qhairil dan Khairunnisa tidak sempat melihat satu-satunya
anak mereka,Qalisha berumahtangga. Peristiwa yang berlaku 10 tahun yang lepas masih segar dalam ingatan bila dia
di datangi oleh dua orang pegawai daripada Wisma Putra yang memaklumkan berita
kemalangan anaknya, Qhairil bersama isteri dalam satu nahas jalan raya di
Massachussets, Amerika Syarikat. Ketika itu, arwah Qhairil sedang mengikuti
pengajian peringkat Doktor Falsafah di bawah tajaan kerajaan Malaysia di
Massachussets Institute of Technology, sebuah Universiti yang tersohor di
Amerika Syarikat. Qalisha yang ketika itu berusia 14 tahun terselamat kerana dia berada di sekolah. Hancur luluh hati Nek Jah ketika apabila
menyambut kepulangan jenazah arwah Qhairil dan Khairunnisa dilapangan terbang.
Sejak daripada peristiwa itu, berbulan-bulan Qalisha menjadi murung dan tidak
mahu bergaul dengan orang lain. Nasib baiklah Qhairul yang ketika itu berusia
20 tahun berjaya memujuk Qalisha. Peristiwa inilah yang menjadi titik tolak kepada perwatakan
Qalisha sekarang. Dia berubah kepada perwatakan gadis yang agak kasar dan sejak itu juga, jeans dan t-shirts menjadi
baju kebangsaan Qalisha.
“ Ya Allah, berikanlah kebahagiaan
kepada cucuku ini. Permudahkanlah urusannya,jauhkanlah malapetaka dan
bahaya,hindarkanlah cucuku ini daripada perbuatan khianat dan hasad dengki
manusia, kau berikanlah Nur dan HidayahMu semoga dia dapat menjadi isteri yang
solehah…Amin..” Doa tulus Nek Jah bergema di dalam hati tuanya.
Jeffrey yang sejak daripada tadi
menjadi pemerhati PBB, kagum dengan keakraban Qalisha dengan nenek serta bapa
saudaranya. Mama ada memberitahunya
beberapa hari yang lepas yang ibu bapa Qalisha telah meninggal dunia dalam
nahas jalan raya, bila dan di mana tidak pula diberitahu. Dia pun berat mulut
pula hendak bertanya. Perlahan, dia melangkah menghampiri Qalisha dan Nek Jah.
Watak cucu menantu yang baik harus di mainkan sebaik mungkin.
“ Assalamualaikum, semuanya okay
ke?” Jeffrey menegur cucu dan nenek yang masih tengah ‘feeling’. Tangan kanan
ringan sahaja merangkul pinggang Qalisha.
‘Pendaratan’ tangan Jeffrey di
pinggang menyebabkan mood ‘feeling’ Qalisha terhenti. Qalisha sedikit tersentak
namun cepat-cepat dia mengawal diri agar tidak melenting.
“ Chef ‘poyo’ ni memang nak kena .
Karang ada jugak chef berenti kerja sebab tangan dah kena ‘lipat’ dengan
aku.Nak cacat seumur hidup ke? Selamba je dia pegang-pegang pinggang aku.
Jangan pegang kat tempat aku geli sudah. Tak pasal-pasal nanti aku bukak langkah karate dan lian padukan.” Gumam Qalisha di dalam hati. Bibirnya masih
mengukir senyuman yang di buat-buat.
“ Saya harap awak beli insurans
untuk tangan awak tu yang paling mahal, sebab saya rasa macam nak ‘lipat-lipat’
je tangan awak yang merayap-rayap tak reti duduk diam kat pinggang saya.”
Qalisha berbisik perlahan ke telinga Jeffrey sambil mengetapkan gigi. Senyuman
tetap dilemparkan. Terserlah dua lesung pipit di kiri kanan pipinya.
Tunggulah..perang dunia ke-3 bakal meletus.
Jeffrey hanya berpura-pura tidak
mendengar apa yang dibisikkan oleh Qalisha. Sebaliknya dia hanya tersenyum
sambil mengenyitkan sebelah mata kepada Qalisha. “ Ermm..garangnya..I like it.” Jeffrey membuat muka selamba. Cupp! Satu
ciuman spontan hinggap di pipi kiri Qalisha.
Qalisha mengetapkan bibir menahan
rasa geram yang mula membara. Hatinya
mendidih seperti lahar gunung berapi bila Jeffrey membisikkan ayat yang jelas
bertujuan mahu menaikkan suhu kemarahannya. Dia langsung tidak menyangka dengan
selamba babun Jeffrey berani mengucup pipinya di depan Nek Jah pulak tu!
“ Ehem-ehem…kot ya pun nak
berbisik-bisik, nak romantic-romantik,ingatlah sikit kat Nenek yang ada kat
sebelah ni..” Nek Jah bersuara setelah kaget dengan gelagat Qalisha dan Jeffrey
yang berbisik –bisik . Lega juga hati tuanya apabila melihat adegan ala-ala
romantik di depannya. Dia berharap Qalisha dan Jeffrey boleh berbaik-baik.
Kembang bertaman-taman hati tua Nek Jah bila Jeffrey tanpa segan silu mengucup
pipi Qalisha. Dia berharap Jeffrey Berjaya mencairkan hati Qalisha dengan kasih
sayang seorang suami. Memang tak cukup kasih sayang pun cucu aku yang seorang
ni!
“ Err..Nenek, saya mintak maaf.Lupa
pulak nenek ada kat sini. Cucu nenek ni cantik sangat,itu yang buat Jeff lupa
nenek ada kat sebelah ni…” Fuh..kelas ayat kau Jeffrey. Terbaik dari ladang.
Memang tiada tandingan. Ikhlas ke tu puji Qalisha cantik?
Qalisha buat-buat senyum.Hatinya
geram tak terkata. Kalau di ikutkan hati mahu saja dia tendang si Jeffrey ni
biar jatuh ke dalam kolam! Boleh jugak tengok aksi chef berenang dengan baju
melayu..okay jugak tu!
“ Jeff, Nenek nak cakap sikit
boleh?” Nek Jah memandang tepat ke dalam mata Jeffrey. Dah sudah…drama queen
Halijah nak beraksi.
Qalisha sedikit kaget. Berdebar dia
menunggu ayat yang bakal keluar daripada mulut Nek Jah. “ Apa yang nenek nak
cakap ni? Janganlah nenek cakap yang bukan-bukan” Doa Qalisha di dalam hati.
“ Nenek nak cakap apa?” Tukas
Jeffrey spontan.
Nek Jah tersenyum. “ yang pertama,
nenek nak cakap..Nenek peminat setia Jeff..nenek suka tengok gaya Jeff dalam tv
sambil masak..nanti masak untuk Nenek boleh? Nenek teringin pulak nak rasa
masakan Jeff...”
Hampir tergelak Jeffrey mendengar
kata-kata Nek Jah. Suspen sungguh! Ingatkan nak cakap apa tadi. “ No problem!
Nanti sebelum Nenek balik , Jeff masak spesel untuk Nenek. Nenek cakap je apa
yang nenek nak..insyaallah Jeff cuba buatkan…”
Makin mendidih hati
Qalisha mendengar kata-kata Jeffrey. “ Tak boleh jadi ni! Nampak gaya si
Jeffrey nak membodek nenek aku. ‘gelap’ masa depan aku kalau nenek kamceng dengan
si Jeffrey. Aku kena fikirkan sesuatu..”
“ Yang kedua, Nenek nak minta tolong
Jeff.. Tolong jaga cucu Nenek dengan baik ye. Cucu Nenek ni banyak
kekurangan..harap Jeff boleh terima Qalisha dengan hati terbuka. Sayangi dan
lindungi dia. Jangan sakiti Qalisha..dialah satu-satunya cucu nenek..” Air mata
Nek Jah bergenang.Suaranya sebak kedengaran. Tangan kanan Jeffrey di raih lalu
di letakkan di atas tangan kiri Qalisha.
“ Aduyai..Nenek buat drama versi
mana ni? Drama melayu,Hindustan,siam,korea semua ‘blend’ sekali. Nenek..nenek.
Panjang sungguh akalmu. Boleh pulak dia terfikir macam ni. Siap letak tangan
chef mangkuk kat atas tangan aku lagi. Nak suruh berjanjilah tu…adus..kusut
kusut!” Qalisha terkejut dengan perlakuan Nek Jah. Panas dan pijar pipi Qalisha
di buatnya. Malu weh!
Jeffrey pulak tunjuk reaksi biasa
sambil tersenyum. Ceh! Takde riak terkejut langsung! Selamba saja tangan dia
yang sebelah lagi tu memegang tangan Qalisha. Siap di elus-elus tangan Qalisha
dengan lembut.
“ Nenek jangan risau, Jeff akan jaga
Qalisha dengan baik. Jeff percaya restu dan jodoh pilihan orang tua akan
membawa kebahagiaan pada Jeff. Jeff akan cuba yang terbaik tapi Jeff nak cakap
awal-awal lagi ni..kalau dengar gossip-gossip liar tentang Jeff jangan mudah
percaya ye! Maklumlah selebriti selalu kena gossip dan gossip tu kadang-kadang
mengarut je, takde hujung pangkal pun..” Lancar sahaja Jeffrey berkata-kata.
“ Biar betul mangkuk ni. Hafal skrip
ke apa? Dasar buaya tembaga.Mengayat je tahu..sampai Nenek terchenta aku pun
dia nak ayat. Belum apa-apa dia dia dah ampu Nenek.Susah aku macam ni. Aku kena
pasang strategi kalau macam ni..” Otak Qalisha ligat berfikir. Dia cuba menarik
tangannya daripada genggaman Jeffrey tapi makin kemas pulak si Jeffrey
menggenggam tangan Qalisha.
“ Ewah ewah! Ini sudah lebih..bikin
hati wa panas woo..sabar
Qalish..cool..depan Nenek kau takyah le nak tunjuk lawan.Silap hari
bulan kepala kau kena pelangkung dengan Nenek! Nampak gaya si Jeffrey nak
merampas takhta cucu kesayangan Nek Jah daripada kau tu..” Qalisha cuba
tersenyum paksa. Jeffrey pulak buat muka selamba derk! Agaknya nanti apa yang
berlaku antara Qalisha dan Jeffrey ye? Hishh..tak sabar nak tau ni.
Perbualan mereka terhenti apabila
suara Datuk Abdullah memecah keheningan suasana. Semua yang berada di situ
berpaling ke arah Datuk Abdullah. Macam
biasalah, Datin Maimun pula setia di sisi. Loving couple betul mereka berdua
ni. Memang patut macam tu pun kan? Tak macam sesetengah pasangan zaman
sekarang. Masa bercinta semuanya indah belaka. Kalau berjalan berpimpin tangan
tak lepas. Kalau tersepak batu, batu tu yang buta. Bila dah anak berderet,
suami di depan isteri sebatu di belakang. Kalau tersepak batu, woi! Mata kau
buta ke ape? Dunia oh dunia..itulah hakikatnya bila cinta dah pudar warna.
“ Malam pun dah menginjak nak tengah
malam ni. Rasanya semua pun dah penat.Jadi kita bersurai dululah ye. Nanti Mak
Yam, Asih dan Tuti akan tunjukkan bilik-bilik tetamu. Jangan malu dan segan,
buatlah macam rumah sendiri ye. Apa-apa hal kita bincang esok. Jangan risau,
kalau ada apa-apa keperluan, beritahu Mak Yam.Pengantin-pengantin kita jangan
tak jumpa cari bilik pulak. Anna, bawa suami kamu naik berehat kat bilik!
Ha..kamu pun sama Jeff, bawa Qalisha naik. Mesti Qalish dah penat tu..”
Kata-kata Datuk Abdullah bagaikan
satu arahan pada Jeffrey dan Adrianna. Pada Qalisha dan Rayyan Fahrin pula bagai
di jatuhkan hukuman mandatori pulak. Fikiran mereka berempat berkecamuk. Otak
masing-masing merangka pelan dan rancangan mempertahankan diri. Di depan Datuk
Abdullah semua berlagak ‘cool’ pada hal di dalam hati masing-masing semuanya
berperang dengan perasaan, berfikir macam mana nak berdepan dengan pasangan
masing-masing.
Mak Yam, Tuti dan Asih membawa
keluarga Rayyan Fahrin dan Qalisha ke bilik-bilik tetamu. Bab bilik takde hal
ye. Villa Chinta Qaseh ni dah macam hotel lima enam bintang. Oleh kerana
masing-masing dah kepenatan, mereka semua menuju ke bilik yang di tunjukkan
oleh Mak Yam dan dua orang minah indon tanpa banyak soal. Apa-apa hal nak tanya,
nak cerita, itu semua cerita esok. Cerita sekarang, mandi,rehat dan tidur!
Setelah semua naik, giliran Datuk
Abdullah dan Datin Maimun pula melangkah ke tingkat atas. Sambil melangkah,
sempat lagi dia mencerlung mata kepada Adrianna dan juga Jeffrey, menghantar
isyarat telepati ‘ bawa laki dan bini korang masuk bilik sekarang,yang tercegat
kat situ kenape?’
Tanpa suara Adrianna dengan selamba berlalu ke atas.
Suaminya, Rayyan Fahrin di tinggalkan begitu sahaja. Sengaja Adrianna berbuat
begitu, geram dan marah pada Rayyan Fahrin masih berbuku di hati.
“ Lantak engkaulah Encik
Fahrin..malas aku nak layan. Pandai-pandailah sendirilah. Yang pasti aku tidur
kat atas katil, engkau tidur kat atas
karpet malam ni dan seterusnya. Jangan harap aku nak berkongsi katil favourite
aku dengan mamat kerek macam kau!” Adrianna melangkah tanpa menoleh lagi.
Jeffrey pula memandang Qalisha
dengan seribu satu macam agenda. Yang
pasti tiada satu agenda positif pun yang tercerna dalam minda Jeffrey. Entah
apa yang bakal dilakukan oleh Jeffrey nanti tak siapa tahu. Jeffrey melangkah anak tangga dengan akal
mindanya menerawang jauh,merangka rancangan yang akan dilakukan. Setelah
beberapa langkah dia berhenti.
“ Well..are you coming? Ke nak kena
dukung ke atas?” Jeffrey bersuara sinis. Tiada lagi suara lembut mesra macam
dia bercakap dengan Nek Jah tadi. Dia menoleh ke belakang setelah Qalisha tidak
berganjak.
Buat seketika, Qalisha tidak tahu
apa yang nak dibuat. Perasaan meluat membuak-buak. Memang sudah dia agak, Jeffrey
hanya berpura-pura mesra di hadapan keluarganya. Setelah melihat Qalisha tidak
memberi reaksi, dengan selamba dia terus melangkah tanpa menoleh lagi.
Sebelum
melangkah, sempat lagi dia mengeluarkan kata-kata sinis pada Qalisha.
“
Suka hati kaulah.Nak naik tak nak naik, itu kau punya pasal. I don’t give a
damn..tapi kalau Baba tanya kenapa tak naik lagi, kau pandai-pandailah jawab.
Tapi ingat, kalau jawapan itu menyusahkan aku, you’ll be sorry..remember my
words.” Jeffrey berlalu sambil sebuah flying kiss di beri kepada Qalisha.
Kata-kata Jeffrey bagaikan bara api
buat Qalisha. Merah padam pipinya menahan kemarahan. Mahu tak mahu dia
melangkah mengikuti Jeffrey dari jauh. Mana lagi nak pergi malam-malam buta ni.
Jeffrey telah lama meloloskan diri ke dalam bilik tanpa mempedulikan Qalisha
lagi. Qalisha pula masih tercegat di depan pintu bilik, masih berkira-kira nak
masuk atau tidak.
“ Masuk…tidak..masuk…tidak..tapi
kalau tak masuk, mana aku nak pergi? ..wahai hati..tabahlah ye..lantaklah apa
nak jadi. Eh sejak bila Qalisha jadi penakut ni?..”
“ Eh Qalish? Kenapa tak masuk lagi?
Bertuah punya Jeffrey, dia biarkan Qalish kat luar ye?” Sapaan daripada Datin
Maimun mengejutkan Qalisha daripada lamunan.
“ Eh tak..errr..” Suara Qalisha
tersekat dikerongkong.Tiba-tiba lidahnya kelu tak terkata, tak tahu nak cakap
apa. Hanya mampu memberikan senyuman manis kepada ibu mertuanya sambil
menggaru-garu kepala yang memang sah tak gatal.
Datin Maimun mendapatkan Qalisha dan
tangannya laju laju mengetuk pintu bilik.
Tok!
Tok! Tok! “ Jeffrey!” Suara Datin Maimun
dari luar mengejutkan Jeffrey yang baru hendak melangkah ke bilik air.
“ Alamak! Suara Mama!
Haish..geramnya aku. Ni mesti pasal minah kampung tu.” Dia yang masih berbaju
melayu melangkah malas ke arah pintu bilik.
“ Eh Mama..apa Mama buat kat sini?
Tak tidur lagi? Dah lewat ni..” Jeffrey menggaru-garu kepala yang tak gatal.
Dah sah kantoi dengan Mama.
“ Do you forget something?” Datin
Maimun bercekak pinggang. Qalisha di sebelah hanya menundukkan muka.
“ Eh Sayang..dah minum air? Tadi
suruh Abang naik dulu, kata nak pergi ke dapur nak minum air. Dah minum ke
belum? Dari tadi Abang tunggu tak naik-naik. Baru je Abang nak turun cari
sayang kat dapur..takut sayang sesat. Err.. Mama pulak buat apa kat sini?”
Dengan lagak suami romantik, dia menarik tangan Qalisha mengajak Qalisha masuk
ke dalam bilik. Bagaikan robot, Qalisha hanya menurut. Namun di dalam hatinya,
dia mencebik. Pandai betul Jeffrey ni berlakon.” Okay aku nak tengok sejauh
mana Si Jeffrey ni nak berlakon. Ini Qalisha Qhairil. Takde aku herannya bakat
lakonan kau tu!”
“ Mama ingat kamu dah lupa dengan
Qalish. Mama nak turun ke dapur ,tu yang Mama nampak Qalish tercegat macam
patung cendana kat depan pintu. Mama ingat Jeff dah lupa yang Jeff dah
beristeri. Yelah kan..isteri pilihan Mama. Jangan pernah terlintas dalam
fikiran Jeff nak buli menantu Mama. Kalau Mama tahu Jeff hurts her in any
ways..tahulah apa yang Mama nak buat dengan Jeff.” Sengaja Datin Maimun
bersuara mendatar dan sinis. Pipi anak terunanya dielus lembut dengan pandangan
mata yang tajam.
“ Eh Mama ni…takkanlah Jeff dah lupa
kat isteri Jeff yang cantik manis ni.Mampus aku kali ni..nampak gaya Mama
sayang giler dengan dia. Kalau dia mengadu dengan Mama, berarak mendung kelabu
hidup aku nanti. Takpe..takpe..kau kan best aktor..so apa lagi..camera
rolls..1,2,3 action!
“ Manalah tahu kan….Qalish dengar
sini, kalau Jeff buli Qalish, cakap dengan Mama tau! Dan kamu Jeff, jangan nak
buli menantu Mama yang manis ni lebih-lebih. Dah cepat masuk! Qalish mesti dah
penat..semua keperluan Qalish, Mama dah suruh Tuti sediakan tadi. Selamat malam
sayang.” Datin Maimun merangkul Qalisha dengan mesra dan sebuah ciuman mendarat
di pipi mulus Qalisha. Entah kenapa kasihnya telah tertumpah pada gadis yang
telah menjadi menantunya itu. Jauh di sudut hati, Datin Maimun benar-benar
yakin Qalisha adalah pilihan yang tepat buat Jeffrey. Qalisha seorang yang
istimewa. Dari apa yang diketahui daripada Nek Jah, Qalisha mempunyai kualiti
yang tidak ada pada anak gadis yang lain. Walau pun zahirnya nampak kasar, dia
yakin Qalisha ibarat kepompong yang akan bertukar menjadi rama-rama yang cantik
bila tiba masanya. Apa yang penting sekarang, dia cukup senang dengan sifat
kesederhanaan yang ada pada Qalisha dan dia percaya yang Qalisha mampu menawan
hati Jeffrey. Ini adalah misi keduanya. Dia akan pastikan Qalisha dan Jeffrey
saling jatuh cinta di antara satu sama
lain. Tahun depan dia dan Datuk Abdullah akan pastikan yang mereka berdua akan
menimang cucu, sama ada anak Jeffrey dan Qalisha atau anak Adrianna dan
Fahrin.Inilah Janji dan ikrar pengakap Datin Maimun!
Sebaik pintu di tutup, Jeffrey terus
berlalu menuju ke bilik air seperti orang tidak berperasaan. Sebenarnya dari
tadi lagi dia nak ‘terkucil’. Nak masuk bilik air, Mama pulak sibuk memanggil.
Pintu bilik air di tutup dengan kuat. Berdentum bunyinya. Ada orang tak puas hati nampak!
Setelah Jeffrey menghilangkan diri ke dalam
bilik air,Qalisha yang masih diam tak terkutik memandang sekeliling ruang di dalam
bilik itu. Mak ai! Besar sungguh weh! Saiz bilik dah macam saiz apartment!
Boleh buat padang golf kat dalam ni! Wah..melampaulah tu sampai boleh buat
padang golf. Tapi betul korang..besar giler bilik Chef poyo ni.Warna dindingnya
berasaskan biru. Ada ton warna yang berbeza dari biru gelap ke biru cerah dan terang. Jangan haru-biru lepas ni sudah. Mak
datuk! Kalau macam ni tak payah susah-susah, kalau nak jogging, buat lari
ulang-alik dalam bilik pun dah cukup.. Qalisha masih memerhati ruang
sekeliling. Katil bersaiz king saiz berada di tengah-tengah bilik, di hiasi
dengan meja kayu kecil dengan lampu meja di kiri dan kanan katil. Ada karpet
berbulu lembut pulak di atas lantai kiri dan kanan katil. Mahu tenggelam buku
lali aku. Ermm..minat bulu rupanya Chef poyo ni.
Di bahagian penjuru kanan ada set
sofa ‘two and three seater’ daripada fabrik moden yang berwarna ke’purple’an.
Eh ada ke vocab tu? Sofa pun ada ton warna gelap ke cerah jugak. Gila ton warna
ke apa Mamat ni? ungu gelap, violet,lavender bagai semua ada. Ada pulak home
teater dengan tv yang besar gedabak!Entah berapa inci saiznya, dua kali ganda
lebih besar daripada tv LED Samsung yang Nek Jah beli bulan lepas semata-mata
nak tengok muka Jeffrey kat ASTRO. Pintu
yang tengah tu dah tentu bilik air sebab Jeffrey masuk kat situ tadi. Di
bahagian kiri ada meja study yang cantik dan di sebelahnya ada rak –rak buku
yang di pasang siap di dinding dengan pelbagai buku dan majalah, nipis dan
tebal tersusun rapi. Inilah kali pertama dia melihat rak buku seperti itu.
Ermm…reka bentuk pelik tapi ‘nice and unique’. Ada satu yang kurang dalam bilik
ni..takde almari baju ke? Mana dia simpan semua pakaian? Tadi Mama cakap dia
dah sediakan semua keperluan aku, mana pulak minah indon tu letak?
Tiba-tiba pandangan mata bundarnya tertancap
pada sebuah pintu lagi di dinding bilik itu. Bilik apa pulak ni? Connecting
door ni nak pergi ke mana pulak? Tombol pintu warna kayu original itu di buka.
“Bagus! Tak kunci..macam Inspektor Gadjet
pulak aku”. Qalisya ketawa di dalam hati. “Eh..apasal gelap semacam je ni? Kat
mana pulak suis lampu?” Tangan Qalisha meraba-raba dinding sebelah pintu
mencari suis lampu. Matanya tertancap pada satu juntaian tali.
“Tali
apa pulak ni?..adoi suspen betul!” Tali di tarik dan lampu bilik itu terpasang.
“ La..nak bukak lampu tarik tali ni rupanya.Tanpa melengahkan masa dan dengan
semangat ingin tahu yang membuak, Qalisha terus masuk dan pintu bilik di tutup.
“ Mak Datuk! Dahsyatnya Mamat ni…”
Mulut Qalisha terlopong luas dengan apa yang terhidang di depan mata. ‘Bilik’
itu adalah built- in closet a.k.a dressing room yang menempatkan semua pakaian Jeffrey. Qalisha
seakan tidak percaya dengan apa yang di lihat. Macam kanak-kanak ribena dia
berlari anak membelek semua pakaian dalam bilik itu. Dari pengamatannya,
Jeffrey mempunyai koleksi pakaian yang boleh bukak butik! Banyak
betul..semuanya tersusun rapi mengikut warna. Kalau hitam..semua hitam…lepas tu
kelabu….merah pun ada….err..yang ni pulak..baju seragam chef dia..putih bersih.
Qalisha berpusing ke belakang..ada rak kasut dengan berpuluh pasang jenis
kasut. Ini iklan Zalora Online fashion store ke apa? Secalit debu pun takde.
Mahu ‘die standing’ nak kemas semua ni. Qalisha lupa seketika kepada Jeffrey.
Keasyikan membelek pakaian membuatnya leka dan secara tak langsung dia belajar
sesuatu tentang Jeffrey hari ini. Chef poyo ni mesti cerewet giler. Tengok cara
barang-barang ni disusun pun dah tahu. Kalau Qalisha, dia kemas ala kadar je,
asal tak sakit mata memandang dah. Dia mencapai sehelai tuala dan sepasang
pijama satin berwarna ungu lembut.
“ Ni agaknya yang Mama sediakan
untuk aku…Yelah..takkan Chef poyo tu pulak tidur pakai pijama satin warna macam
ni. Lagi pun, nampak baru dan bau kedai lagi.Mesti baju ni Mama beli untuk aku.
Ah..tak kisahlah sapa punya. Janji aku boleh tukar baju.Takkan aku nak pakai
kebaya ni sampai esok pagi.” Ringan tangannya mencapai baju pijama yang
berwarna ungu lembut tersebut.Dia menyusup masuk di celah deretan baju uniform
Jeffrey yang tergantung kemas. Tiba-tiba
dia terasa gelihati.Terkekeh-kekeh dia ketawa seorang diri. Dia membayangkan
kalau dia main sorok-sorok dengan Nek Jah mesti best. Mahu hangin satu badan
Nek Jah mencarinya.
“ Kalau main sorok-sorok mesti best
. Dah la aku pakai baju sedondon sekaler dengan baju uniform ni..menyamar jadi
langsuir ke orait gak. Buat rambut mengerbang sikit…mesti jadi.”
Qalisha..Qalisha..tak habis-habis dengan idea nak menyakat orang.
Sementara itu, di luar pintu
pula,Jeffrey baru sahaja selesai membersihkan diri. Dengan hanya bertuala
sampai ke paras lutut, dia merebahkan diri di atas katil favouritenya.
“ Arghh..bestnya dapat baring. Naik
senak belakang aku berdiri sejak tadi.” Jeffrey menggeliat malas. Tiba-tiba
mindanya teringatkan sesuatu.
“ Eh..mana pulak minah kampung ni
pergi? Ah..lantak dialah nak pergi ke mana pun.Yang penting aku nak tidur. Ada
dia buat menyemak je ” Mata Jeffrey melilau mencari kelibat Qalisha yang tidak
kelihatan. Kurang asam boi betul si Jeffrey ni kan? Dia langsung tidak
mempedulikan Qalisha, isteri yang baru di nikahi sebentar tadi. Kau ni spesis
‘jual ikan’ ke apa? Siaplah kau kalau Datin Moon tahu kau buat ‘derk’ kat
menantu kesayangan dia tu.
Jeffrey bingkas bangun dan menapak
menuju ke ‘wardrobe’yang menempatkan semua pakaiannya.
“ Eh..tadi aku rasa aku dah tutup
lampu..macam mana pulak boleh terpasang ni? Ermm..mesti aku lupa nak tutup..”
Jeffrey melangkah masuk tanpa terlintas di fikirannya kemungkinan Qalisha
berada di dalam closet besar itu. Qalisha pula, dia terkejut beruk bila
ternampak pintu closet di kuak dari luar. Oleh kerana terkejut, Qalisha hanya
mematung-cendanakan dirinya di sebalik deretan gantungan baju uniform Jeffrey.
Jelas kelihatan Jeffrey hanya bertuala dan daripada reaksinya, sah dia tidak
sedar Qalisha sedang berdiri di sebalik gantungan baju tersebut. Kejap lagi
mesti ada tayangan percuma.Kan dah kata…
Dengan selamba, Jeffrey melucutkan
tuala yang di pakai lalu berpusing ke belakang menarik laci mengeluarkan
sehelai seluar kain kapas yang longgar untuk di pakai. Dia berpusing ke
belakang semula untuk mencapai tuala di atas lantai. Bila sahaja dia
membongkokkan badan, tiba-tiba matanya tertancap pada sepasang kaki.
“ Erk..kaki? kaki apa…..”Buntang mata Jeffrey melihat sepasang kaki.Dia mendongak
sambil menyeret deretan baju uniformnya dan…
“ Arghhh!!!!!…….kau buat apa kat sini!
Kau ni giler ke mereng! Nak bagi aku sakit jantung ke!” Lantang suara Jeffrey
menjerit. Terkejut sungguh Jeffrey apabila melihat Qalisha berdiri tegak macam
patung sambil tersengih-sengih. Siap buat tanda’peace’ lagi dengan dua jarinya
sambil mata yang sengaja di kelip-kelip. Jeffrey terlopong sehingga dia terlupa
dia belum lagi menyarungkan seluar.
Sepantas kilat, Qalisha meluru ke
arah pintu. Sebelum meloloskan diri, sempat lagi dia berkata kepada Jeffrey, “
Errr..cantik seluar awak..sekaler dengan kulit.” Qalisha terus berlari menuju
ke arah bilik air dengan ketawa yang masih bersisa. Cepat-cepat dia menguncikan
diri dari dalam.
“ Astargfirrullahhalazim…tak
pasal-pasal mata aku tengok ‘free show’ tadi,Erk..pembetulan ye..tertengok. Dah
namanya ‘ter..’ dah tentu tak sengaja. Masih terbayang muka terkejut Jeffrey
tadi. Tak berdosa kalau tak sengaja. Eh..apa pulak berdosa. Dia kan dah jadi
laki aku..takde batasan aurat dah aku dengan dia.” Qalisha menepuk-nepuk dahi
sambil berdiri di belakang pintu.
Di dalam closet pula, merah padam
muka Jeffrey menahan marah dan malu. “ Ishh..macam mana pulak aku boleh lupa
nak pakai seluar tadi..ishh.ishh..malunya aku..tentu dia dah nampak aku tadi.
Dialah perempuan pertama melihat aurat aku..aduhh..macam mana aku nak berdepan
dengan dia nanti. Pipi aku dah rasa tebal 14 inci dah ni..err..sudah ‘ternoda’kah
kemachoan dan keterunaanku?” Jeffrey menhantukkan-hantukkan kepalanya di
belakang pintu.
Malu
weh..Qalisha dah nampak tu…
“ Woi..kau ni sengal ke apa? Qalisha
dah jadi bini kau lah..nak malu buat apa! Rileks bro..kau tak boleh tunjuk
perasaan malu kau tu. Buat ‘dono’ je…jaga ego kau tu. Lagi pun antara kau
dengan dia, dah takde batasan aurat. Sudah tahu lagi mau cakap ka?” Si Minda
bersuara.
“ Ye..buat tak tahu je.” Setelah
menyarungkan seluar, sehelai t-shirts nipis berwarna putih di sarungkan. Insiden
sebentar tadi masih tergambar diruang mata dan geram di hati masih bersisa.
Langkah di atur ke arah pintu bilik
menuju ke dapur. Tekaknya terasa haus semacam. Setelah menghilangkan dahaga,
Jeffrey terus melangkah kembali ke bilik. Azamnya Cuma satu,nak tidur dan walau
apa pun dia takkan berkongsi katil pujaan hatinya dengan minah kampung tu. Dia
menguap berkali-kali. Matanya terasa berat dan mengantuk tahap gaban. Namun
baru sahaja dia nak membuat acara ‘landing’ maut ke atas katil, di lihatnya Qalisha
sudah berjaya ‘landing’ dengan gaya meniarap dengan dua tangan di depakan.
“ Wah..wah..banyak cantik! Ini katil
aku..aku takkan benarkan kau buat rampasan kuasa ke atas katil favourite aku…
Woi..bangunlah! pegi tidur kat sofa!” Siklon tropika sudah melanda hati
Jeffrey. Qalisha hanya diam tak bergerak
langsung.
“ Woi..bangunlah! fuh..dasar minah
kampung. Tidur mampus ke dia ni…” Bahu Qalisha di tepuk-tepuk berkali-kali.
Namun hampa, Qalisha sudah tidur tak ingat dunia.
Jeffrey mengetap gigi kerana terlalu
geram. Ye.. geram dan sakit hati sungguh. Belum pun 24 jam kahwin dengan
perempuan ni, hatinya sudah geram yang teramat sangat. Oleh kerana matanya
sudah tersangat mengantuk, dia melangkah ke arah sofa three-seater dan terus
menghempaskan badan ke atas sofa tersebut. Seketika kemudian dengkuran halus
Jeffrey kedengaran.zzzzzz…apa-apa hal tidur dulu. Sambung gaduh esoklah ye….
Dan Qalisha pula, “ Yes! Yes!
Yes!..jangan harap kau dapat buli aku ye..Mr.chef poyo..ini Qalisha Qhairil. In
your dream lah kalau nak buli aku.See you tomorrow Chef poyo..” La...buat-buat
tidur rupanya ye. Nakal betul budak ni. Nasib kaulah Jeffrey dapat bini macam
Qalisha ni. Bawak banyak-banyak bersabar ye..banyak kejutan menanti buat kau.
Qalisha membalikkan badan masuk ke dalam comforter.
“ Argh..bestnya.padan muka kau Chef
Poyo..sweet dream bebeh..” Seketika kemudian Qalisha sudah hanyut di buai
mimpi.
Wednesday, 12 September 2012
CARTA TOP TEN - MY FAVOURITE NOVELS
LIST NOVEL FAVOURITE SAYA..BACA DAH TAK INGAT BERAPA KALI..
1. M.A.I.D - SURI RYANA
2. DI BIUS CINTA- QASH IRDINA
3. BISIK-BISIK GELORA- FAUZIAH ASHARI
4. KAU DAN AKU- SITI ROSMIZAH
5. TAKDIR ITU MILIK AKU- SITI ROSMIZAH
6. LAFAZKANLAH KALIMAH CINTAMU- SITI ROSMIZAH
7.SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA- ZURA ASYFAR
8. LOVE YOU MR ARROGANT- ALIESHA KIRANA
9.JODOH ITU MILIK AKU- SARA AISHA
10. SUAMI YANG K BENCI- E-MAN SUFI
DAN BANYAK LAGILAH....KALAU SAYA SUKA SANGAT SAYA AKAN BELI..
TAPI KADANG-KADANG SAYA PINJAM BUKU DEKAT NATIONAL LIBRARY KAT JALAN TUN RAZAK TU JE...NASIB BAIK RUMAH DEKAT DGN PNM..TAK SAMPAI 5 MINIT DAH SAMPAI...
Nasihat percuma...
daripada korang buang masa dengan aktiviti yang xde pekdah..baik korang layan buku. At least berkembang juga minda dan creativity korang.
KALAU NOVEL INGGERIS PULAK SAYA SUKA LAYAN JOHN GRISHAM'S. MENCABAR MINDA BACA BUKU DIA NI..YELAH LAWYER TURN WRITER KATAKAN..KADANG2 SY KENA BUKAK KAMUS CARI MAKNA PERKATAAN YG 'LARAS TINGGI'..BAGUS JUGAK KAN..ENRICH OUR VOCABULARY. Sy xdelah specific satu-satu penulis je...kadang -kala x kisah pun sapa pun penulis, asal citer dia best berjaya menarik minat sy...sy layan je..
1. M.A.I.D - SURI RYANA
2. DI BIUS CINTA- QASH IRDINA
3. BISIK-BISIK GELORA- FAUZIAH ASHARI
4. KAU DAN AKU- SITI ROSMIZAH
5. TAKDIR ITU MILIK AKU- SITI ROSMIZAH
6. LAFAZKANLAH KALIMAH CINTAMU- SITI ROSMIZAH
7.SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA- ZURA ASYFAR
8. LOVE YOU MR ARROGANT- ALIESHA KIRANA
9.JODOH ITU MILIK AKU- SARA AISHA
10. SUAMI YANG K BENCI- E-MAN SUFI
DAN BANYAK LAGILAH....KALAU SAYA SUKA SANGAT SAYA AKAN BELI..
TAPI KADANG-KADANG SAYA PINJAM BUKU DEKAT NATIONAL LIBRARY KAT JALAN TUN RAZAK TU JE...NASIB BAIK RUMAH DEKAT DGN PNM..TAK SAMPAI 5 MINIT DAH SAMPAI...
Nasihat percuma...
daripada korang buang masa dengan aktiviti yang xde pekdah..baik korang layan buku. At least berkembang juga minda dan creativity korang.
KALAU NOVEL INGGERIS PULAK SAYA SUKA LAYAN JOHN GRISHAM'S. MENCABAR MINDA BACA BUKU DIA NI..YELAH LAWYER TURN WRITER KATAKAN..KADANG2 SY KENA BUKAK KAMUS CARI MAKNA PERKATAAN YG 'LARAS TINGGI'..BAGUS JUGAK KAN..ENRICH OUR VOCABULARY. Sy xdelah specific satu-satu penulis je...kadang -kala x kisah pun sapa pun penulis, asal citer dia best berjaya menarik minat sy...sy layan je..
AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 14
BAB
14
“ Alhamdulillah, semuanya berjalan
lancar. Mai gembira sangat bang..kita dapat dua menantu sekali gus malam ni.”
Datin Maimun melahirkan rasa syukur kerana semuanya berjalan seperti yang di
rancang. . Dia merangkul tangan Datuk Abdullah dengan mesra.
“ Ye Mai. Abang pun rasa lega yang
teramat sangat kerana anak-anak kita dah pun selamat berkahwin dan yang paling
penting mereka berkahwin dengan pilihan kita. Abang harap pilihan kita tepat.
Lepas ni Mai tahu apa yang nak kena buat kan? Untuk mengelakkan sebarang
masalah yang tak diundang di masa hadapan, kita laksanakan misi yang kedua
pula. Misi pertama: mencari menantu-menantu yang boleh dipercayai kita dah
‘accomplished’. Sekarang misi kedua: paksarela menantu-menantu kita memikat
pasangan masing-masing. Tugas Mai sekarang ialah ‘ikat’ Qalisha dengan Jeffrey
supaya tak bercerai-berai. Mai kena main peranan, bagi sokongan dan kena ‘push’
Qalisha supaya bekerjasama. No matter what, Mai kena pastikan they both fall in
love. Mai tahu Jeff tu macam mana kan…perempuan gedik keliling pinggang! Kita
kena buat yang terbaik demi janji kita pada mendiang Chee Seng dan Mary Jane.
By hook by crook, kena pastikan Jeffrey fall in love dengan Qalisha. Pasal
Rayyan Fahrin, serah pada abang. I have
the right plan for him.” Datuk Abdullah memandang isterinya dengan penuh kasih.
Ada
kalanya, Datuk Abdullah terfikir juga apa yang di lakukan agak ‘gila’ tak di
buat dek ibu bapa lain. Orang lain akan membiarkan anak-anak mencari pasangan
hidup sendiri, yelah..yang nak hidup tu dia orang. Ada ketikanya juga, rasa
bersalah tetap bermukim di hati tuanya.Terasa seperti dia ‘manipulate’
kehidupan anak-anak demi kepentingan diri sendiri. Tapi itulah risiko yang
perlu di ambil. Dia kena pastikan
anak-anaknya mempunyai ‘secured life’.Dia sendiri tidak tahu berapa lama lagi
dia boleh hidup. Tekanan darah tinggi agak membimbangkan sejak kebelakangan
ini. Doktor peribadinya sudah berbuih mulut menasihatinya supaya berehat dan
jangan terlalu stress. Takut nanti penyakit jantung pula yang menanti.
“
Jangan bimbang Bang, soal Qalisha, abang serah kat Mai. Tahulah apa yang Mai
nak buat. Oh ya..Bang, mana Hashim? Kenapa dia tak muncul malam ni? Setahu Mai,
dia kan orang kanan Abang..” Datin Maimun melahirkan rasa ingin tahu kenapa Hashim
tidak muncul di majlis akad nikah sebentar tadi.
“ Dia ada hal penting berkenaan
dengan Ocean Blue Resort.” Pertanyaan isterinya di jawab dengan jujur.
Datin Maimun mengangguk perlahan.
Perkataan ‘Ocean Blue Resort’ sememangnya memberikan makna yang mendalam bagi
mereka berdua. Hak Jeffrey dan Mary Jane akan mereka bela. Datuk Abdullah dan
Datin Maimun akan pastikan kematian Chee Seng tidak sia-sia! Budi sahabat karib
yang telah 28 tahun pergi meninggal meninggalkan mereka di balas dan keadilan
pasti akan ditegakkan. Amanat yang ditinggalkan oleh Chee Seng perlu
dilaksanakan.
“ Jom Bang, kita jumpa besan-besan
kita. Banyak benda yang nak kita jelaskan. Lagi pun tetamu lain dah beredar.
Mana pergi menantu-menantu kita bang?” Datin Maimun menarik lengan Datuk
Abdullah menuju ke arah Nek Wan dan Nek Jah yang sedang duduk bersembang di
kerusi di tepi kolam dimana majlis jamuan ringkas diadakan selepas majlis akad
nikah. Mata Datin Maimun melilau mencari kelibat anak menantunya. Matanya
tertancap pada dua individu yang sedang rancak berbual di tepi kolam.Nek Jah
dan Qalisha.Entah apa yang mereka bualkan. Perlakuan nenek dan cucu cukup
menarik perhatiannya. Mungkin si nenek sedang memmberi nasihat manakala si cucu
hanya menganngguk-anggukkan kepala. Mungkin banyak betul ‘amanat’yang hendak
Nek Jah sampaikan pada Qalisha sehinggakan dah macam burung kakak tua gayanya
si Qalisha, angguk-angguk,geleng-geleng,tunduk-tunduk. Apa pun, Qalisha cukup
anggun mala ini. Datin Maimun tidak menyangka Si Melvin berjaya men’transfer’
penampilan gadis yang agak ‘plain’ kepada seorang gadis yang cukup ayu, anggun menawan. Semua yang hadir
memuji kecantikan dan keanggunan Qalisha yang punya tarikan tersendiri. Kalau
Jeffrey tak nampak keistimewaan yang ada pada Qalisha, memang dia letak mata
kat kepala lututlah tu!Tengoklah dulu..menantu sapa tu? Ini menantu Datin
Maimun a.k.a Datin Vogue dari Villa Chinta Qaseh ya!
Dari tingkat atas, Adrianna
memerhatikan seorang demi seorang tetamu beransur pulang. Kelihatan sekarang
Baba dan Mama sedang rancak berbual dengan keluarga Qalisha dan keluarga
suaminya. Entah apa yang mereka yang mereka bualkan. Dia langsung tak terasa
nak mengambil tahu. Qalisha dan Jeffrey turut ada di situ walau pun seorang di
sebelah timur dan seorang di barat. Apalah yang akan berlaku dalam hidup dia
dan Jeffrey selepas ini hanya Dia yang tahu.Suaminya? Mana dia menyorok? Dari
tadi Adrianna cuba mengelak daripada bertembung dengan lelaki yang bernama
Rayyan Fahrin yang sudah sah menjadi suaminya. Peristiwa di Tasik Titiwangsa
mula terimbau kembali. Perasaan malu masih bersisa. Sejak tadi lagi dia
‘menyembunyikan diri’ di Lehernya di panjangkan sedikit sementara dua tangannya
memegang palang balkoni. Matanya
meninjau-ninjau mencari kelibat Rayyan Fahrin. Cahaya samar di balkoni
biliknya membuatnya tidak sedar yang dirinya sedang diperhatikan dari jarak
yang dekat. Dekat sangat..right behind her!
“ Cari apa? Cari abang ke?” Suara
lelaki membuatkan Adrianna terkejut. Sebaik berpaling ke belakang, jantungnya
seakan mahu tercabut. Rayyan Fahrin sedang bersandar di pintu gelangsar sambil
menyilangkan dua tangannya. Walau pun dalam cahaya yang agak malap,senyuman
nakal Rayyan Fahrin masih jelas kelihatan.
“ You! How you get in here! You nak
I mati sakit jantung ke? Tak reti bagi salam ? Terkejut tahu tak! And..sapa
bagi you masuk kat sini..this is my room!” Ibarat mesin gan Adrianna melontar
suara ‘merdu’ pada lelaki yang sudah pun bergelar suaminya.
“ Amboi-amboi..’merdunya’ suara
isteri abang ni..dengar sini sayang…yang pertama, Abang dah bagi salam tapi nak
buat macam mana, Anna yang syok sangat dok mengintai-intai sampai abang bagi
salam pun tak dengar. Kedua, Mama yang bagi tahu Anna ada kat atas ni. Dia
suruh Abang panggil Anna turun, semua tunggu nak jumpa Anna especially keluarga
abang. Abang nak kenalkan Anna pada nenek dan adik-adik abang tapi rupanya kat
sini Anna menyorok.” Rayyan Fahrin sudah bersiap sedia dengan jawapan untuk
serangan torpedo isteri yang baru beberapa jam dinikahi.
“ Apa sayang-sayang..uwekk! nak
muntah I dengar tahu tak!boleh jalanlah dengan ‘sayang’ awak tu.” Adrianna
bercekak pinggang. Hatinya tiba-tiba hangat.
“ Aik..abang belum buat apa-apa lagi
pun Anna dah nak muntah?wah hebat ni!”
“Eiii..loyar buruk pulak dia. Sabar
Anna ,sabar…tak baik tinggikan suara. Ingat dia suami kau. Control…kang
muda-muda dah dapat darah tinggi. Tak cium bau syurga pulak nanti.” Adrianna
mengetapkan gigi menahan geram yang teramat sangat. Dia cuba mententeramkan
dirinya. Azamnya untuk belajar menerima suami melayang entah ke mana
Rayyan Fahrin memandangnya dengan
renungan yang tajam dan dalam. Dia mengatur langkah menghampiri Adrianna.
Adrianna pula mengundur selangkah demi selangkah ke belakang. Langkahnya berakhir
apabila dia bersandar di palang balkoni. Adrianna menelan air liur yang
dirasakan kelat.Rayyan Fahrin masih tersenyum nakal. Dia menghadang dua
tangannya mengepung Adrianna dan dia berdiri hampir sekali dengan isterinya
itu. Ketinggian Adrianna yang hanya separas bahu memberikan satu ‘advantage’
kepada Rayyan Fahrin.
“ How dare you! Let me go this
instant or…” Wajah Adrianna sudah berona marah. Jaga-jaga Fahrin, gunung berapi
nak meletup.
“ Or what?Listen my dear wife, we
need to talk. I won’t let you go and we are not going anywhere until you
promise me to listen to what I’m going to say. So what do you say?” Rayyan
Fahrin mendekatkan mukanya pada wajah Adrianna.
“I…I……I..” Adrianna tergagap-gagap.
Jantungnya bagai nak pecah. Inilah kali pertama dia berdiri sebegitu rapat
dengan seorang lelaki.
“ Well…I’m waiting….anyway Abang tak
kisah duduk rapat-rapat dengan Anna macam ni. Rasa romantiklah pulak….”
Adrianna sudah kepanasan. Deru nafas
Rayyan Fahrin di rasakan terlalu hampir. Nampaknya dia terpaksa mengalah.
“ Okay..i promise. I promise to
listen…” Adrianna bersuara perlahan.
“ Takpe..takpe.hari ni hari
kau,esok-esok aku balas wahai suamiku..tunggulah bila saatnya..” Ikrar Adrianna
di dalam hati.
“ Good girl..okay listen very
carefully. Semua family I beranggapan we got married because we love each
other. Kita bercinta sejak sama-sama belajar di Dublin and I want to keep it
that way. Nenek I sakit, breast cancer.
Jantung dia pun tak berapa sihat juga. Nek Wan adalah orang yang I sayang dan I tak mahu kebenaran tentang perkahwinan
kita diketahui oleh family I terutamanya Nek Wan. I takut kesihatan Nek Wan
terjejas, So you have to make them believe it..yang kita sememangnya in lurve... Faham
tak sayang?” Lancar sekali suara Rayyan Fahrin. Pipi Adrianna diusap-usap
dengan jari-jemari. Dah macam thai lakornlah pulak.
“ Fuh..gila! you nak I bohong orang
tua. Kalau I tak nak janji you nak buat apa?”
“ Anggaplah saja ’it’s a white lie’.
Kalau you tak nak janji..kita mulakan wedding night right now and right here...
Lagi pun, I memang dah jatuh cinta dengan you sejak kita dating kat Tasik Titiwangsa
dua minggu yang lepas..and you cantik sangatlah malam ni, buat I tergoda. Dua
minggu lepas dah ‘red flag’ so malam ni mesti ‘line clear’ kan? Alah... bukan
berdosa pun,dah halalkan…” Rayyan Fahrin menundukkan muka membisikkan ayat-ayat
yang berbau ugutan kecil-kecilan. Dia sudah mengagak apa tindak balas seperti
Adrianna bila diprovok.
Bulat mata Adrianna apabila
mendengar bisikan Rayyan Fahrin.Hatinya berdegup pantas dan tangannya di
genggam kemas. Marah sungguh Adrianna. Bagi Adrianna, kata-kata Rayyan Fahrin
tidak boleh di pandang enteng. Dia belum kenal siapa Rayyan Fahrin yang sebenar
jadi apa saja kata Rayyan Fahrin mesti di ambil kira.
” Tengah subur ni Anna, baik kau
mengalah dulu. Kang tak pasal-pasal bulan depan perut kau dah berisi. Kau belum
kenal dia lagi,jangan buat main.Kalau dia buat betul apa yang dia cakap
sebentar tadi,tak pasal-pasal ada free show dekat balkoni pulak tu.” Otaknya
sudah berfikir macam-macam.
“ Gila, manalah Baba jumpa dia ni.
Entah-entah mamat psiko, tak pun perogol bersiri. Dia bercakap macam dah biasa
buat pulak” Adrianna merungut perlahan.
“ Apa dia Yang? Cakaplah kuat sikit
Abang tak dengarlah…” Rayyan Fahrin merenung mata Adrianna. Entah kenapa
jantung Rayyan Fahrin berdegup laju.Seketika dia tenggelam dalam renungan mata
antara mereka. Wajah marah Adrianna dirasakan sungguh cantik.
“ Err..okay,deal. So, shall we go
now? Semua orang tengah tunggu kita kan?” buat kali pertama dalam hidupnya,
Adrianna Bt Abdullah mengalah kepada seorang lelaki dan lelaki itu adalah
Rayyan Fahrin b. Iskandar. Ada ubi ada batas, ada lori ada bas, ada hari pasti
akanku balas!” Ikrar Adrianna di dalam hati.
Rayyan Fahrin tersenyum tanda
kemenangan. Sebaik Rayyan Fahrin
menjatuhkan tangan yang menghalang, Adrianna cepat-cepat berlalu pergi tanpa
menoleh kepada Rayyan Fahrin.
Itu sudah kira satu petanda yang
baik. Rasa nak melompat gembira. “ Terima kasih daun keladi wahai bapa
mertuaku. Jasamu pasti akanku kenang. Kalau tak kerana tips yang kau berikan
sebentar tadi,mungkin aku dah terduduk terkena serangan peluru berpandu
isteriku yang garang.” Wah berfalsampah pulak Rayyan Fahrin ni. Teruskan
semangat dan usahamu Rayyan Fahrin. Semoga Berjaya dalam usaha ‘menjinakkan’
puteri kesayangan Datuk Abdullah dan Datin Maimun.
Rayan Fahrin terduduk sambil
memegang dada kiri. Dadanya berombak kencang. Kalau selalu macam ni rasanya
arteri pulmonary boleh pecah! Nasib tak terkencing dalam seluar! Sebenarnya
tadi dia ‘action’ je. Sebelum masuk ke dalam bilik Adrianna tadi, bapa mertua
yang paling cool di dunia memanggil dan menurunkan sedikit ilmu ‘mempertahankan
diri dan mematahkan serangan’ puteri tebuan tanahnya. Kalau Datuk Abdullah tak
berpesan pada dia tadi, mahu dia tergagap-gagap bila bercakap dengan Adrianna.
“ Ingat yang Baba pesan tadi. Bila
bercakap dengan Anna jangan tunjukkan rasa gentar.nervous-nervous jangan layan!
Fahrin kena tunjuk kuasa veto sebagai suami. Anna tu nampak aje garang tapi
hati dia lembut. Fahrin kena pandai main peranan dan cakap nanti biar
yakin..jangan tergagap-gagap pulak! Tapi ingat ye..jangan nak over pulak..Anna
tu satu-satunya anak perempuan Baba. Anggaplah ini adalah langkah pertama Fahrin
memikat anak Baba. Lain kali Baba beritahu lagi ‘maklumat-maklumat rahsia
rahsia sulit kerajaan’ Adrianna yang lain.” Datuk Abdullah membisikkan amanat
sebagai bekal bertarung dengan puteri harimau Malaya kepada menantunya. Bahu
Rayyan Fahrin di pegang sebagai tanda sokongan.
“Mana nak dapat bapak mertua macam
ni zaman sekarang bro! Memang dapat rezeki tersepak betul kau Fahrin. Dapat
sokongan padu daripada mertua. Cerah masa depan tu! Tapi ingat Fahrin, kau kena
bersedia mental dan fizikal sebab you’re dealing with unexpected Adrianna’.
Memang kena berusaha gigih dan jerih nak jinakkan dia.” Otak Fahrin bersuara
mengingatkan tuannya.
P/S : TERIMA KASIH ATAS MORAL SUPPORTS YG KORANG BERIKAN.harap puas hati dengan entry ini..keep reading k!
Subscribe to:
Posts (Atom)