BAB
23
Hari Sabtu yang indah. .Sesuai
sangat untuk bermain golf. Seawal jam 6.00 pagi lagi, Rayyan Fahrin sudah
bangun. Kalau diikutkan hati,mahu saja dia terus menyambung tidur sekejap lagi.
Namun bila diingatkan tentang agenda Datuk Abdullah mengajaknya bermain
golf,nafsu tidur di lupakan.
“ Warghhh!!!!” Rayyan Fahrin
menggeliatkan badan. Satu badan terasa sengal dan lenguh. Nasiblah dapat isteri
macam Adrianna. Malam tadi dia terpaksa tidur di atas sofa apabila Adrianna
sampai sudah tidak mahu mengalah dan tidak membenarkan dia berkongsi katil. Selepas
peristiwa malam pertama,Adrianna langsung tidak mahu bertolak ansur. Keras hati
betul anak perempuan Datuk Abdullah yang seorang ini. Kalau Rayyan Fahrin mahu
juga tidur di atas katil,maka Adrianna akan tidur di atas sofa. Jadi mahu tak
mahu, Rayyan Fahrin terpaksa mengalah.Takkan dia mahu isterinya yang cantik ini
tidur di atas sofa pula.Lelaki budiman tak akan mendera isteri sebegitu.
Suis lampu di buka. Rayyan Fahrin
mencapai tuala lalu menapak ke bilik air. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Lena
Adrianna langsung tidak terganggu walau pun lampu sudah di buka. Rayyan Fahrin
melangkah ke arah katil. Wajah Adrianna yang masih terlena direnung.
“ Ya Allah, cantik sungguh ciptaanMu.” Wajah isteri di renung
dengan hati yang tulus. Mungkin cara dia dan Adrianna disatukan agak pelik dan
janggal.Memang pelik pun! Mana ada orang pergi temuduga,short-listed daripada
senarai panjang dan jadi menantu macam tu saja. Tapi itulah hakikat penyatuan
dia dan Adrianna. Namun sebaik dia menjawab akad nikah tempoh hari,dia sudah
berazam untuk menerima baik dan buruk isteri serta menjadi suami yang terbaik
untuk isteri yang di kahwini.
“ Nampak gayanya Abang kena usaha
lebih gigih nak ‘tackle’ Anna. Kali pertama Abang menatap wajah Anna,Abang dah
jatuh hati. Makin Anna menolak,makin Abang geram.Abang berjanji tidak akan
berhenti dari jatuh cinta dengan Anna. Abang tahu suatu hari nanti Anna akan
jatuh cinta dengan Abang juga.” Rayyan Fahrin mengucup dahi Adrianna
lembut,takut juga kalau Adrianna tersedar mahu Si Cico akan jadi mangsa
balingannya nanti.
Rayyan Fahrin terus berlalu ke bilik air. Dia mahu
mandi,sembahyang subuh dan bersiap-sedia untuk mengikut Datuk Abdullah bermain
golf. Mahu tak mahu dia kena belajar bermain golf kerana kelak pasti Datuk
Abdullah mahu dia selalu menemaninya ke padang golf.
Usai bersiap-siap, Rayyan Fahrin
bersedia untuk menapak ke bawah. Jam baru menunjukkan 6.30 pagi. Adrianna yang
masih tidur di hampiri perlahan-lahan.
“ Sayang, cepat bangun!” Bahu
Adrianna di tepuk perlahan.
“Ishh..kacau je dia ni!” Adrianna
mengomel separa sedar.Comforter di tarik menutupi dada.
“ Cepat bangun! Abang kira sampai
lima,kalau tak bangun Abang cium! Sa..tu! dua! Ti..ga! em..pat! Li…”Belum
sempat kiraan berakhir,Adrianna terus bangun.
“ Huh! Tak boleh tengok orang
senang,kacau je!” Adrianna mendengus sambil menyelak comforter kasar. Pantang
sungguh kalau tidurnya di ganggu. Seperti anak kecil,dia menapak ke bilik air
dengan muncung mencuka. Siap hentak-hentak kaki lagi.
“
Buat lagi mulut macam tu,kang Abang cium.” Dengar sahaja perkataan
‘cium’ keluar daripada mulut Rayyan Fahrin,laju Adrianna berdecit ke dalam
bilik air. Tercuit hati Rayyan Fahrin melihat perlakuan Adrianna.
“ Tahu pun takut..” Satu senyuman
terukir di bibir Rayyan Fahrin. Kaki di atur keluar daripada bilik menuju ke
ruang tamu. Datuk Abdullah mahu keluar awal kerana mahu bersarapan di kelab.
“
Siapa agaknya orang yang Baba nak jumpa ni? Mesti orang yang
penting.”Hati Rayyan Fahrin tertanya-tanya. Langkah terus di atur menuruni anak
tangga menuju ke ruang tamu utama di tingkat bawah. Tiba sahaja di bawah,Rayyan Fahrin berasa lega kerana
Datuk Abdullah masih belum turun.
“ Fuh! Nasib baik aku turun dulu.
Baik aku jenguk Pak Hamid kat luar.”Ujar Rayyan Fahrin di dalam hati. Rayyan
Fahrin mengatur langkah pintu utama.
Di garaj, kelihatan Pak Hamid sedang
mengelap cermin kereta BMW mewah Datuk
Abdullah sambil bersiul-siul riang.
“ Assalamualaikum Pak Mid.” Rayyan
Fahrin member salam.
“ Waalaikummussalam..eh! Encik
Fahrin,maaf saya tak perasan Encik datang tadi.” Nada suara Pak Hamid sedikit
terkejut.
“ Pak Mid,hari tu saya dah cakap,tak
perlu ber’encik-encik’ dengan saya. Panggil saya Fahrin cukup. Saya lebih
selesa Pak Mid panggil saya begitu,lebih mesra bunyinya.Lagi pun,saya bukan bos
besar.Anggap sahaja saya ni macam anak Pak Mid.”Rayyan Fahrin bersuara lembut.
Memang banar,kalau arwah Papanya masih hidup,dia tentu hampir seusia Pak Mid.
“ Err..baiklah kalau macam tu.Mulai
hari ini,Pak Mid panggil ‘Fahrin’ tapi kalau depan Datuk atau orang lain,Pak
Mid tetap akan panggil ‘Encik Fahrin’,lebih formal begitu.” Pak Mid bersuara
dengan sopan.
“ Suka hati Pak Mid lah. Pak Mid
bawa kereta yang mana satu hari ni?” Hati Rayyan Fahrin tertanya-tanya apabila
melihat deretan kereta yang terparkir di dalam garaj. Ada dua belas buah
semuanya! Bermacam ‘brand’ pulak tu,kaya betul!
Sedang asyik Rayyan Fahrin dan Pak
Hamid berbual-bual,sebuah kereta Perdana V6 hitam berhenti di pintu pagar. Nampak sahaja kereta
itu,Pak Hamid terus menekan remote pintu pagar dan Perdana V6 terus masuk ke
dalam. Sebaik kereta di parkir di dalam garaj, dua orang ‘abang men in black’
muncul. Siapa lagi kalau bukan Amir dan Amri. Tapi hari ini mereka berdua ni
‘bersalin’ kulit,tidak memakai sut hitam seperti selalu. Yelah, nak pergi
padang golf weh! Cuba bayangkan dua’ men in black’ jadi guard di kiri kanan
dengan setianya dari satu lubang ke lubang,ikut sahaja ke mana ‘bos’ pergi
dengan muka dua tiga riusnya,dengan cermin
mata hitamnya, dah macam keluarga mafia pulak, betuk tak?
Dari perbualan dengan Amir dan Amri,
barulah Rayyan Faham yang dia akan pergi ke Kelab Golf di Templer Park, Rawang.
Datuk Abdullah ada perbincangan penting dengan Tengku Mukhriz sambil bermain
golf. Agaknya orang korporat memang selalu seperti ini,sambil bermain golf
sambil berbincang,kalau setuju, esok hantar proposal,sign dan ‘deal’.
Seketika kemudian,Datuk Abdullah
muncul.Penampilannya cukup santai,hanya berseluar slack, t-shirts Polo dan
bertopi.
“ Dah ready semua?” Datuk Abdullah
mengajukan pertanyaan kepada semua yang ada di situ.
“Dah,Datuk.Silakan.” Amri membuka pintu belakang kereta BMW mewah dan Datuk Abdullah terus meloloskan
diri ke dalam perut kereta. Rayyan Fahrin turut sama masuk. Pak Hamid yang
telah bersedia di tempat duduk pemandu bersedia untuk menerima isyarat daripada
Amir dan Amri untuk bergerak .Faham dengan isyarat yang di beri,Pak Hamid
memulakan pemanduan mengikut Perdana V6 keluar daripada perkarangan villa.
“
Hari ini, Baba ada perbincangan penting dengan Tengku Mukhriz. Ingat lagi tak
pasal saham Ocean Blue yang Baba cakap hari tu? Hari ini Baba nak Fahrin dengar
dengan teliti butir-butir perbincangan nanti. Baba nak pujuk Tengku Mukhriz
supaya menjual sepuluh peratus saham
Ocean Blue yang di milikinya kepada Baba.” Datuk Abdullah bersuara serius
sambil membelek majalah ‘ Times’ di tangan.
“
Baba, maaf kalau saya bertanya, apa rancangan
Baba dengan Ocean Blue?Bukan apa, dari apa yang saya tahu, Ocean Blue
adalah satu konsortium yang memiliki rangkaian hotel dan resort peranginan di
Malaysia.Mereka hanya terlibat dalam bidang perhotelan dan hospitaliti sahaja.
Dari maklumat yang saya dapat,Ocean Blue mempunyai tujuh cawangan hotel dan
resort di serata Malaysia,Kalau tak silap saya,di langkawi,Kuantan,Kota
Kinabalu,Johor Bharu,Pulau Pangkor,Kuching dan juga di Melaka. Hotel mereka
hanya bertaraf dua tiga bintang sahaja. Syarikat Baba pula fokus pada
pembangunan hartanah dan landscaping ,itu yang buat saya tertanya-tanya.Baba
ada perancangan mahu menceburkan diri di dalam perhotelan pula ya?”
Berhati-hati Rayyan Fahrin menuturkan kata,takut juga kalau dia tersalah
bicara.
Datuk
Abdullah hanya tersenyum. Dari apa yang dituturkan oleh Rayyan Fahrin, jelas
menunjukkan yang menantunya ini ada membuat ‘homework’.
“
Baba tahu mesti banyak persoalan yang bermain di minda Fahrin sekarang kan?Baba
akan jelaskan satu-persatu kemudian. Tapi untuk hari ini, Baba nak Fahrin fokus
pada perbincangan yang berlaku dan Baba mahu Fahrin ‘back –up’ Baba nanti. By
hook by crook, kita kena pastikan Tengku Mukhriz jualkan sepuluh peratus saham
Ocean Blue kepada kita.”
Rayan
Fahrin hanya menganggukkan kepala. Walau pun pelbagai persoalan bermain di
dalam kepalanya, semuanya di biarkan berlalu begitu sahaja. Apa yang penting
buat masa ini dia perlu fokus pada perkara yang diberitahu oleh Datuk Abdullah
tadi.
………………………………………………………………………………………………………
“ Apa khabar Tengku?” Datuk Abdullah
menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan Tengku Mukhriz. Bersama –sama
dengan Tengku Mukhriz seorang perempuan muda dan seksi berambut perang serta
berskirt pendek setia memegang lengannya.
“ Khabar baik. Maaf kalau Datuk
sudah lama menunggu. Oh ya! Kenalkan ini Camelia,my beautiful companion this
morning.”
“ Hai, I’m Camelia.” Dengan
gediknya, Camelia menghulurkan tangan untuk bersalam.
Kalau di ikutkan hati, mahu sahaja
Datuk Abdullah buat tak tahu pada huluran tangan Camelia. Namun bila memikirkan
yang dia perlu mengambil hati Tengku Mukhriz, huluran tangan Camelia di sambut
mesra.
“ Err..siapa jejaka tampan kat
sebelah Datuk ni.Tak nak kenalkan ke?” Camelia mengajukan pertanyaan kepada
Datuk Abdullah dengan suara yang menggoda. Memang sah dia ni sepsis pisau cukur
yang gedik.
“
Oh Ya! Lupa pulak nak kenalkan.Tengku,Cik Camelia, kenalkan ini Rayyan
Fahrin,menantu saya.” Datuk Abdullah tersenyum.
“ Menantu? Bila masa anak Datuk
kahwin? Saya tak dapat surat jemputan pun. Ai Datuk..senyap-senyap je terus
dapat menantu,ada apa-apa ke?” Tengku Mukhriz berasa agak terkejut. Seingat
dialah,Datuk Abdullah hanya mempunyai seorang anak perempuan.Cantik pula
orangnya.Matanya pernah terpukau dengan penampilan anak perempuan Datuk
Abdullah semasa majlis amal yang dianjurkan oleh kekandanya Tengku Manisa
beberapa bulan lepas. Huh! Dasar lelaki mata keranjang,pantang nampak perempuan
cantik mulalah nak meroyan.
“ Saya belum buat lagi majlis
resepsi perkahwinan anak perempuan saya.Insyaalllah,majlis akan menyusul.Tengku
jangan bimbang, Tengku adalah tetamu VVIP saya nanti dan saya akan pastikan
nama Tengku ada di dalam senarai yang paling atas.” Datuk Abdullah mengatur
ayat secantik mungkin untuk mengambil hati Tengku Mukhriz.
“ Pandailah Datuk.Terima kasih,
jangan tak jemput pulak.” Tengku Mukhriz bersuara senang hati.
Sambil berjalan ke arah ‘golf cart’
yang sedia menanti,Datul Abdullah dan Tengku Mukhriz berbual tentang pelbagai
perkara. Rayyan Fahrin hanya mendengar setia.Otaknya ligat memproses segala
maklumat yang berkaitan Ocean Blue. Datuk Abdullah menaiki ‘golf cart’ bersama
Tengku Mukhriz,jadi mahu tak mahu Rayyan Fahrin terpaksa menaiki ‘golf cart’
bersama perempuan gedik yang bernama Camelia itu. Dalam keterpaksaan,Rayyan
Fahrin memandu ‘golf cart’ dengan hati yang sedikit sebal dan tak selesa.Lagak
gaya Camelia tak ubah macam kucing parsi yang suka ‘menempel’ dengan tuannya.
“ Entah kat mana cantik perempuan ni
pun aku tak tahu.Agaknya mata Tengku Mukhriz ni letak mata kat kepala lutut
kot. Perempuan minah saleh celup ni di katakan cantik. Datin Maimun pun sepuluh
kali ganda cantik daripada perempuan ni. Kalau nak banding dengan
Adrianna..ermmm..Wajah Adrianna beratus kali ganda lebih menawan daripada
kucing parsi ni.” Rayyan Fahrin melayan lamunannya. Sesekali dia menganjak ke
tepi,rimas sungguh dengan perlakuan Camelia yang asyik memegang lengannya.
Makin dia ke tepi makin rapat pula perempuan ni ‘menyondol’.
“ Kalau tahu perempuan ni ada, mahu
aku paksa Anna ikut aku tadi.Takdelah aku terseksa jiwa raga melayan kerenah
perempuan gedik ni.” Rayyan Fahrin mengeluh di dalam hati. Kalau diikutkan
hati,mahu sahaja dia menolak Si Camelia ni biar jatuh ke bawah. Sekali –sekala
Rayyan Fahrin menoleh ke arah Amir dan Amri yang menaiki ‘golf cart’ lain di
belakangnya.
“ Kenapa Encik Fahrin,you nampak
gelisah je. You tak suka naik dengan I ke?” Camelia bersuara. Baguslah
tu,perasan juga yang orang tak sukakan dia.
“ Eh takdelah! I bukan apa,Cuma
teringatkan isteri I yang tak sihat kat rumah. Dia demam,itu yang I risau sikit
tu.” Rayyan Fahrin bersuara kelat.
“
Sayang betul you kat isteri ye.Kalau I dapat suami yang macam you ni,alamatnya
I ‘kepit’ tak lepas-lepas. I ‘terkam’ dia hari-hari, Meow!” Camelia membuat
aksi kucing menerkam.
“ Eii..seram betul perempuan ni. Kau
jangan terkam aku sudah.Pergi terkam kucing jantan berdarah raja kat depan tu.
Sesuai sangatlah korang berdua ni.Sorang miang,sorang gedik.Perfect couple.”
Rayyan Fahrin hanya mampu bersuara di dalam hati.
“ So,Tengku macam mana dengan
tawaran saya?” Datuk Abdullah bersuara sebaik selesai memukul bola. ‘Golf club’
nya dihulur kepada kedi yang setia mengekor dari satu lubang ke lubang yang
lain. Giliran Tengku Mukhriz pula membuat pukulan.
“ Apa yang membuatkan Datuk berminat
sangat dengan Ocean Blue?” Tengku Mukhriz bersuara usai membut pukulan. Bola
golf sedikit tersasar, selamat mendarat cantik lebih kurang sdua tiga kaki
daripada lubang.
“ Seperti yang saya jelaskan
tadi,saya nak cuba pula bidang perhotelan dan hospitality. Dalam keadaan
sekarang memang saya akui agak risky untuk saya memandangkan imej Ocean Blue
yang agak tercemar dengan insiden salah seorang pengunjung resort yang menyaman
Hotel Ocean Blue atas alasan kehilangan barang berharga.Pengunjung itu mendakwa
bilik hotelnya diceroboh. Kawalan keselamatan yang longgar,kes menggunakan
sijil halal palsu, sarang maksiat dan banyak lagi memberi impak negatif kepada
nama Ocean Blue. Saham Ocean Blue jatuh
merudum.Menurut penganalisis ekonomi dan saham saya, Saham Ocean Blue dijangka akan terus merudum dan
sekiranya itu berlaku, Ocean Blue akan terkeluar daripada Papan Kedua sedikit
masa lagi.” Datuk Abdullah sengaja mengembar-gemburkan berita negative
berkenaan Ocean Blue.
Riak wajah Tengku Mukhriz jelas
menunjukkan dia sedang berfikir sesuatu. Datuk Abdullah mengambil peluang itu
sebaik mungkin. Mungkin Tengku Mukhriz masih ragu-ragu mahu melepaskan sepuluh
peratus sahamnya di dalam Ocean Blue.
Rayyan
Fahrin hanya mendiamkan diri sejak dari tadi menyampuk.
“
Semalam, ada satu lagi kes yang melibatkan Ocean Blue. Seorang
kanak-kanak lelaki warga Argentina berusia enam tahun mati lemas di dalam kolam
renang Hotel Ocean Blue di Langkawi. Budak tu anak kepada pelancong yang
menginap di hotel. Mereka mendakwa ‘lifeguard’ lambat memberikan bantuan
sewaktu berlakunya kejadian. Nampaknya semakin buruklah nama Ocean Blue.”
Sengaja Rayyan Fahrin menambah perisa supaya Tengku Mukhriz terus hilang
keyakinan.
“
Kalau keadaan Ocean Blue sebegitu teruk,kenapa Datuk berminat? Malah Datuk
tawarkan harga yang agak tinggi untuk memiliki saham syarikat yang sedang
mengalami kerugian yang teruk. Itu yang buat saya muyskil sangat.Kalau rugi
buat apa nak beli.” Tengku Mukhriz melontarkan pertanyaan.
“
Fuh! Susah juga nak pujuk orang tua ni.” Rayyan Fahrin memandang Datuk Abdullah
dengan seribu pengertian.
“
Agaknya Tengku dah lupa.Saya kan ada seorang anak lelaki yang bergelar chef
selebriti. Dia tu tak minat dunia bisnes langsung.Jadi satu-satunya cara saya
memaksa dia menceburi dunia korporat ni ialah dengan membeli syarikat yang
terlibat secara langsung dengan bidang kerjayanya. Saya mahu dia bermula
daripada bawah, buktikan kemampuan dengan memajukan semula hotel yang
bermasalah.” Datuk Abdullah bersuara tenang.
“
Wah! Sayang betul Datuk dengan anak ye, sampaikan
sanggup mengeluarkan modal yang begitu besar.” Tengku Mukhriz bersuara
bersahaja. Datuk Abdullah hanya melontar senyuman.
“So,macam
mana Tengku?” Datuk Abdullah mengajukan pertanyaan.
“
Okay,saya setuju.Lagi pun memang saya berniat untuk menjualkan saham saya di
Ocean Blue.Ia buat saya rugi teruk kebelakangan ini. Kiranya tawaran Datuk tu
ibarat pucuk di cita ulam mendatang.
Datuk
Abdullah dan Rayyan Fahrin sama-sama tersenyum.
“
Satu lagi Tengku, boleh Tengku rahsiakan dulu daripada pengetahuan Robert Tan?
Tengku boleh umumkan penjualan saham Tengku ini apabila semua dokumentasi
transaksinya selesai.” Datuk Abdullah
menambah.
“
Okay,it won’t be a problem for me. Saya mahu lihat proposal dan wakil Datuk mesti
jumpa saya di pejabat first thing in the morning . So Isnin ni boleh? Transaksi pemindahan wang RM 500K harus selesai dalam minggu depan juga,kalau
tidak saya batalkan penjualan saham Ocean Blue dan untuk pengetahuan Datuk,
Robert Tan sendiri pernah menyuarakan sendiri hasratnya untuk membeli semua
saham saya.” Tengku Mukhriz bermain
kata. Sengaja dia berkata begitu supaya Datuk Abdullah lebih bersungguh mahukan syer tersebut.
“
Jangan risau Tengku,Pukul sepuluh pagi ,hari Isnin,saya akan pastikan peguam
saya ada di pejabat Tengku bersama dengan kontrak penjualan saham.” Datuk
Abdullah bersuara sambil berjabat salam dengan Tengku Mukhriz.
“
Yes! Alhamdulillah. Sekarang dua puluh lima peratus saham Ocean Blue sudah
berada dalam tangan aku. Aku akan tunaikan hasrat kau Seng..tak lama lagi.”
Datuk Abdullah memanjatkan syukur yang tak terkira kepada Dia yang Maha Melihat
di atas sana.
" Selepas ini,perlu 'approach' Bernard Wong dan Wilson Chan untuk dapatkan lagi dua puluh peratus saham Ocean Blue.Ermmm.." Datuk Abdullah sudah merangka strategi bagaimana mahu mendapatkan saham-saham tersebut.Pelan tindakan sudah dirangka,tinggal lagi peringkat pelaksanaannya sahaja. Gerak gempur untuk mendapatkan semula Ocean Blue sudah bermula.
aiseyy camelia hg nikan gatai nk terkam laki org...bini dia pon xprnh terkam lg...nk lg cik writer citer fahrin ngan adrianna...sory gram sngt terkluar aura kedah...heheh
ReplyDeletebila adrianna terkam jgn sakit jantung plak..he he..selamat membaca.
ReplyDeletethere is so many plot in this novel... ocean blue la, fahrin & adriana la, jeffery & qalisha la.. datuk & datin la.. semuanye interesting & happening... so cik writer jgn la lmbt2 kasi n3 baru ye.. hihihi..
ReplyDeletekalau lambat update bawak bertenang,sabar banyak2 ye...tengah pulun assignment ni...manuskrip lg...doakan smg sy dikurniakan KEKUATAN YG EXTRAORDINARY nak buat semuanye...huhuuuu..
ReplyDeleteaduhai apa pulak strategi gerak gempur datuk ni... jgn lah terjadi hal2 yg tak elok.. tgh berdebar ni..jgn meletup jantung dah lerr.. hehhee.. tuk cik writer teruskan perjuangan anda dan sentiasa ceria..
ReplyDeleteeh... gatalss camelia nih....huhuhuhu
ReplyDeletebest la! dah release novel ke?
ReplyDeletedare i say dat d 'thriller' part of d story has started? cepat smbng!!!!
ReplyDeleteHuh gedik tol kamelia ni, dah terang2 si fahrin tu menantu datuk lg nk mcm kucing parsi.tuk penulis,nk lg ye.
ReplyDeletenak lagi.. pleasee :')
ReplyDeletecomfirm....!!!
ReplyDeletekalo release novel neh bole jd best seller... xD
Ceriter ni dah macam ceriter Godfather pulak.Ada unsur-unsur mafia pulak . Apapun ceriternya best.
ReplyDeleteBest..... bile nak sambung
ReplyDeletebagus betul cita ala-ala mafia n yakuza....
ReplyDeleteharap dpr ikut sampai penghujung cerita!