BAB
26
“ Bila Abang Long kamu nak sampai
ni? Kuala Lumpur dengan Tanjung Karang bukan jauh sangat pun.Kata bertolak
pukul dua petang,ni dah pukul 5 lebih tak sampai-sampai lagi. Risau pula Nenek.
Nia, cuba telefon kat Abang kamu,tanya dia kat mana.” Nek Wan sudah mula risau.
Sejak tadi lagi dia menunggu kepulangan Rayyan Fahrin bersama isteri. Rindu
sungguh mahu bertemu dengan cucu dan cucu menantu barunya itu.
“ Rileklah Nek, kejab lagi sampailah
tu. Mungkin Abang Long dan Kak Long singgah kat mana-mana dulu,itu yang lambat
sikit.Nanti Nia call tanya kat mana sekarang.” Rania Irdiani cuba menenangkan
hati Nek Wan yang gusar. Dia tahu Nek Wan telah menunggu sejak dari tadi
kepulangan Abang sulungnya.
Sedang mereka berbual sebuah kereta
berwarna biru masuk ke perkarangan rumah. ‘Pon! Pon!’
“ Hah panjang umur Abang Long dan
Kak Long,baru sebut dah sampai.” Rania Irdiani bersuara girang. Orang yang di
tunggu sudah tiba. Rania memimpin Nek Wan ke arah pintu. Sebaik sahaja membantu
Nek Wan duduk, Rania menapak laju ke arah abang dan kakak ipar yang baru turun
daripada kereta.
“ Assalamualaikum.” Rayyan Fahrin
memberi salam. Dia menyambut tangan adik bongsunya , Selepas mencium tangan,
Rania Irdiani memeluknya.
“ Rindunya kat Abang Long, wah!
Cantiknya kereta baru Abang ni. Nanti Nia nak pinjam ronda kampung boleh?”
Tanpa mempedulikan Abang sulungnya, Rania membelek-belek kereta tersebut.
Gelagat Rania mengundang ketawa
semua yang ada di situ. Rayyan Fahrin dan Nek Wan hanya mengelengkan-gelengkan
kepala sambil tersenyum. Gelagat Rania seperti kera mendapat bunga
membelek-belek kereta turut sama mengundang senyum Adrianna. Hatinya turut sama
tercuit.
“ Eh! Lupa diri pulak.Baru tengok
kereta baru terus lupa kakak ipar Nia yang cantik jelita ni. Kak Long apa khabar?
Abang buli Kak Long tak?” Rania menghampiri Adrianna, bersalam lau memeluk
Adrianna dengan mesra.
Belum sempat Adrianna membuka mulut,
Rayyan Fahrin sudah menyampuk.
“ Mana ada Abang buli Kak Long Nia,
Kak Long Nia yang selalu buli Abang.”
“ Uwek! Tak tanya pun!Orang tanya
Kak Long bukan tanya Abang.” Rania menjelirkan lidah ke arah Rayyan Fahrin.
“ Tengok Nek,boleh dia jelir lidah
kat Ayin. Hah jelir lagi,nanti Abang potong lidah tu.” Rayyan Fahrin turut sama
melayan Rania sambil duduk bersila di depan Nek Wan.
“ Jangan peduli kat Abang tu Kak,
dia memang selalu macam tu,dengkilah tu.” Rania memimpin Adrianna naik ke atas
rumah.
Adrianna tersenyum mesra. Dia senang
hati kedatangannya disambut mesra oleh keluarga Rayyan Fahrin. Sejak daripada
tadi hatinya berdebar-debar. Hatinya tertanya-tanya reaksi dan penerimaan
keluarga Rayyan Fahrin terutamanya Nek Wan.
“ Sudahlah tu kamu berdua ni,asal
berjumpa je mulalah nak bertekak. Ayin,ajak Adrianna naik. Kamu ni pun satu,
naik menonong tak ajak isteri. Dia kan belum biasa lagi dengan suasana kampung
dan rumah ni. Naik Anna, buat macam rumah sendiri.” Nek Wan menjemput Adrianna
naik.
“Takpelah Nek,Nenek sihat?” Adrianna
duduk di sebelah Nek Wan dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
Nek Wan memerhatikan raut wajah
Adrianna.
“ Ayunya muka cucu menantu aku ni.
Patutlah si Ayin dok gilakan sangat. Cuma tak bertudung je. Takpelah tu,nanti
perlahan-lahan Ayin bimbinglah dia.” Nek Wan bersuara di dalam hati. Nek Wan
percaya yang Adrianna adalah kekasih hati Rayyan Fahrin semenjak belajar di
seberang laut lagi.
“ Mana beg-beg kamu Ayin? Nia,pergi
tolong Abang kamu angkat beg.” Satu arahan yang tegas oleh Nek Wan.
Rayyan Fahrin menghulurkan kunci
kereta kepada Rania. Sempat lagi dia menyakat Rania.
“ Angkat semua beg Beta dan
Permaisuri beta sekali ye khadam. Lepas tu letak dalam bilik peraduan beta.
Cepat! Apa yang terhegeh-hegeh lagi, nanti beta kasi upahlah.” Rayyan Fahrin
membuat mimik muka dan mengajuk cakap P.Ramlee di dalam filem Ahmad Albab.
“ Nenek,tengok Abang ni! Dia panggil
Nia khadam.” Rania sudah mula merajuk.
“ Dah jom, biar Kak Long tolong.”
Adrianna bingkas bangun merapati Rania yang sedang muncung mencuka. Dia
mencegilkan mata kepada Rayyan Fahrin tanda tidak setuju Rayyan Fahrin mengusik
adiknya sebegitu.
“ Yelah,yelah. Abang minta maaf
okay. Jom Abang tolong sekali.” Rayyan Fahrin turut sama menapak ke arah kereta
yang diparkir di halaman rumah.
“ Ayin,bawak isteri kamu masuk berehat
kat dalam bilik. Tunjukkan dia kat mana bilik air.” Nek Wan bersuara lagi.
Bukan
apa dia takut Adrianna tidak biasa dengan kehidupan kampung. Maklumkah anak
orang kaya dan dibesarkan dengan penuh kemewahan pula. Namun daripada tutur
percakapan Adrianna, Nek Wan rumuskan boleh tahan juga orangnya. Berbudi
–bahasa dan tahu menghormati orang tua. Cuma penampilannya yang agak
moden,namun pakaiannya tidaklah menjolok mata. Itu sudah di kira bagus. Boleh
di lentur perlahan-lahan.
“ Jom sayang, kita berehat kat
bilik. Abang pun belum solat Asar lagi ni. Tak macam sayang, cuti wajib setiap
bulan.” Rayyan Fahrin mahu memimpin tangan Adrianna namun lain pula yang dia
dapat. Satu cubitan singgah di pinggang Rayyan Fahrin.
“ Cakap merapu lagi. Kenapa tak
pakai mikrofon je announce kat semua orang yang saya ni tengah period. Malu tau
tak,malam ni you tidur kat bawah.” Adrianna sudah mula hangat. Geram dengan
sikap Rayyan Fahrin yang secara terang-terangan memberitahu semua orang. Rayyan
Firdaus yang baru keluar daripada bilik turut sama tersengih.
“ Aduh bisanya ketam ni. Baru Abang
tahu Abang kahwin dengan ketam rupanya.Dahlah tu Yang, sakitlah.”
“ Padan muka.Lain kali nak cakap tu
tengok belakang depan dulu.” Adrianna melepaskan cubitannya.
“ Apa khabar Long,bila sampai? Sori
tak sedar tadi. Qadha tidur,mengantuk giler.” Memang sejak dulu lagi Rayyan
Fahrin dan Rayyan Firdaus lebih senang
membahasakan diri mereka Long dan Ngah.
“ Mana tak mengantuk Long, semalam
dia berjaga tengok bola Liverpool lawan Manchester United. Alih-alih seri.
Takde sapa yang menang atau kalah.Mana tak rabak mata tu.” Rania mencebik ke
arah Rayyan Firdaus yang masih lagi menguap-guap. Usai bersalaman, Rayyan
Firdaus terus ke bilik air. Malu juga kakak ipar yang jelita memandangnya yang
hanya berseluar pendek dan tuala yang bersangkut di leher.
“ Mandi sekejab sudah Ngah, tak
payah nak buat iklan pantene kat dalam tu.Along nak ambil wuduk pulak!” Rayyan
Fahrin melaungkan suara sambil menapak ke dalam bilik.
Adrianna hanya memerhati. Ternyata
hubungan Rayyan Fahrin dengan adik-adiknya amat akrab. Sama seperti hubungannya
dengan Jeffrey walau pun mereka hanya adik-beradik susuan sahaja.
“ Inilah bilik kita untuk beberapa
hari ni. Rasanya Nia dah kemaskan bilik ni awal-awal lagi. Jom kita masuk. Anna
boleh berehat. Kalau nak baring pun dipersilakan.Abang nak cakap dengan Nek Wan
dulu sambil tunggu Ngah keluar dari bilik air. Make youself at home.” Rayyan
Fahrin berlalu keluar dari bilik.
Adrianna tersenyum.Hatinya gembira
kerana sikap Rayyan Fahrin tidak terlalu menyakitkan hatinya setakat ini. Dia
berjalan menghampiri jendela yang terbuka luas. Dia memerhati keadaan sekitar
rumah kampung tersebut. Nyaman sekali dengan pepohon menghijau di sekeliling.
Dari jendela itu, dia dapat melihat pemandangan sawah padi yang luas terbentang
tidak jauh daripada rumah tersebut. Ada pokok mangga telur yang sedang berbuah
lebat dan pokok manggis yang juga sedang berbuah tetapi belum masak,buahnya
masih kehijauan. Pokok jambu air juga ada serta beberapa jenis pokok
buah-buahan yang lain.
Tiba-tiba Adrianna berasa seperti
sedang di perhatikan oleh seseorang. Matanya melilau meninjau ke luar rumah.
Nalurinya kuat mengatakan bahawa memang ada seseorang sedang melihatnya dari
jauh. Mata Adrianna tertancap pada sepasang mata yang sedang memerhatikannya
dengan renungan yang tajam dari rumah yang jaraknya tidak jauh daripada rumah
Rayyan Fahrin. Gadis itu sedang
merenungnya dari bawah pokok mempelam yang tinggi merimbun. Di tangannya
terdapat sebatang penyapu lidi.
“ Apasal dia pandang aku macam tu?
Macam nak telan aku je? Sapa dia tu agaknya ya?” Pelbagai persoalan bermain di
minda Adrianna.
“ Kak Long, Kak Long nak mandi tak?
Mari Nia tunjukkan bilik air.” Suara Rania membuatkan Adrianna tersentak.
“ Maaf Kak, Nia tak berniat nak buat
akak terkejut.” Rania terasa bersalah.
“ Err..it’s okay Nia.Nia ,akak nak tanyalah.Tadi
kan masa akak berdiri depan tingkap,akak nampak ada seorang perempuan pandang
akak semacam je. Dia tengok akak macam nak telan. Dia berdiri kat situ. Eh!
Mana dia pergi?” Adrianna melilau mencari kelibat perempuan yang di maksudkan
tadi.
“Ni mesti akak nampak Kak Nadhia.
Dia anak jiran sebelah.” Rania menduga.
“ Nadhia? Macam pernah aku dengar je
tapi kat mana ye? Yes! Fahrin penah sebut tentang perempuan yang gilakan dia
masa berhenti kat tepi sawah tadi.” Adrianna memetik jarinya.
“ Errr..kak, Nia nak cakap sikit.
Nanti kalau berjumpa dengan Kak Nadhia tu,akak hati-hati sikit tau!” Rania
bersuara separa berbisik.
“ Hati-hati? Kenapa pulak?” Adrianna
turut sama berbisik. Adoi, sekepala pulak Rania dengan Adrianna ni kan?
“ Dia tu lain pesen sikit. Dia suka
betul dengan Abang Long. Rasanya dialah orang yang paling frust menonggeng bila
Abang kahwin dengan akak. Tapi akak jangau risau sebab Abang Long tak pernah
layan dia tu.Dia saja yang terhegeh-hegeh gilakan Abang.Shhh..ini rahsia kita
tau!” Rania menghulurkan jari kelingking. Ikrar janji macam kanak-kanak ribena.
“ Apa yang rahsia sangat tu?Sampai
berbisik-bisik.’ Suara Rayyan Fahrin menerjah.
“ Ishh Abang ni! Cubalah bagi
salam,buat orang terkejut je tau! Takde apa-apa,just ladies’ talk only.” Rania
cepat berlalu keluar daripada bilik.
Adrianna membuka zip beg pakaiannya.
Baju-baju, tuala dan toiletries dikeluarkan. Tiba-tiba dia terasa seperti
kehilangan sesuatu.
“ Mana pergi Cico? Pagi tadi aku dah
masukkkan dalam beg ni. Ala macam mana ni,kalau takde Cico macam mana aku nak
tidur.”
Rayyan Fahrin bersiul-siul riang.
Adrianna memandang Rayyan Fahrin sambil bercekak pinggang. Dia tahu,tidak lain
tidak bukan,mesti Rayyan Fahrin yang mengeluarkan semula Cico dari dalam
begnya.
“ Mesti you yang keluarkan Cico kan?
Jangan nak menipu, I tahu memang you yang keluarkan Cico. Eiii..geramnya!”
Adrianna mula menghamburkan kemarahan. Sebiji bantal di baling ke arah
Rayyan Fahrin.
“ Alamak! Mampos aku kali ni! Memang
aku yang keluarkan beruang dia tu. Takpe Fahrin,kau kena berlagak macho.” Minda
Rayyan Fahrin berkata.
“ Sikit-sikit beruang dia tu. Balik
kampung pun nak bawak beruang comel dia tu sekali. Memang Abang yang keluarkan
Cico tu,so Anna nak buat apa kat Abang? Lagi satu, tadi kan dah cakap,no more
you-I,you-I dengan Abang.Ni nak kena denda ni? Degil betul isteri Abang ni
eh..” Rayyan Fahrin menghampiri Adrianna yang sedang memegang tuala. Niatnya
mahu mandi tadi.
“ You jangan nak dekat ya,kalau tak
I jerit! Biar semua orang dengar.” Adrianna mengundurkan diri setapak demi
setapak.
“ Jeritlah kalau berani.Tahulah apa
yang Abang nak buat kat Anna nanti.” Rayyan Fahrin mencabar.
“ Arghhhhh!!!!! Nek
Waaan!!!”Adrianna menjerit sekuat hati.
Cepat-cepat Rayyan Fahrin menekup
mulut Adrianna. “ Aduh dia ni! Tak makan saman langsung!
“ Anna cabar Abang ya! Cup!!!” Satu
ciuman mendarat di bibir Adrianna. Dia meronta namun Rayyan Fahrin lebih kemas
merangkul pinggang dan dua tangannya di pegang kemas oleh Rayyan Fahrin.
Adrianna mencegilkan matanya namun
Rayyan Fahrin hanya buat selamba.
“ Hmmmm…sweet.Your lips are so
sweet,so soft and so nice.”Rayyan Fahrin membenamkan satu lagi ciuman. Kali ini
agak lama.
“ Ayin! Apa benda yang Anna terjerit-jerit
tadi tu?” Nek Wan mengetuk pintu daripada luar.
“ Adoi Nek Wan! Kacau daun betul.”
Gumam Rayyan Fahrin di dalam hati.
“ Takde apa-apa Nek.Anna ni hah,dia
terkejut kat lipas. Ada lipas jantan masuk dalam baju dia tadi.” Rayyan Fahrin
menjawab daripada dalam sambil mengangkat-angkat kening sebagai tanda amaran
kepada Adrianna. Kalau Adrianna menjerit lagi,maknanya Rayyan Fahrin akan
mencium dia lagi.
“ Aaa aah Nek, ada lipas tadi.Besar
sangat.Itu yang Anna terkejut tadi tu.” Adrianna menjawab secara paksarela.
Rayyan Fahrin mengarahkannya menjawab begitu kalau tidak dah tentu dia kena
cium lagi. Adrianna mengetapkan gigi dan menggenggam tangan dengan kuat.
Hatinya sungguh geram tak terkata dengan perlakuan Rayyan Fahrin.
“ Buat apa Cico,Abang kan ada.” Rayyan Fahrin mengenyitkan mata
sambil berlalu keluar.
“ Rayyan Fahrin!!!!!!!!!!!!” namun
jeritan itu hanya bergema di dalam hati Adrianna.
………………………………………………………………………………………………………
“ Lambat betul Minah Kampung ni keluar.
Ni mesti buat iklan ubat gigi,pencuci muka dan iklan syampu sekali. Mandi
sahaja berjam-jam.” Jeffrey mundar
–mandir di dalam bilik. Sejak daripada tadi dia menunggu Qalisha keluar
daripada bilik air. Dia mahu lihat sama ada Qalisha akan menunaikan janjinya
memakai pakaian yang akan di berikannya nanti. Dia sendiri masih mengenakan
baju melayu dan berkain pelikat. Usai selesai solat berjemaah bersama Baba
tadi, dia cepat-cepat masuk ke bilik sehingga menimbulkan tanda tanya kepada
Datuk Abdullah dan Datin Maimun.
Pintu bilik air di kuak daripada
dalam. Qalisha keluar dengan berpijama lengan pendek dan seluar panjang serta
kepala yang berbungkus tuala.
“ Buat aku terkejut je Mamat Poyo
ni. Duduk macam patung cendana kat bucu katil.” Qalisha mengomel sendiri.
“ Qalish buat apa kat dalam
lama-lama.Penat Abang tunggu tau!” Itu dia Chef Romeo a.k.a bakal pemenang
anugerah pelakon baru terbaik sudah muncul.
“ Sapa suruh tunggu. Tu yang masih
berkain pelikat,berbaju melayu apa kes? Ke nak sambung solat sunat dan
qiyamullail kat masjid belakang?” Qalisha menapak selamba ke arah meja solek.
“ Huish mulut! Muncung tu pendekkkan
sikit,kalau tak nanti kalau kena cium,Abang tak tahu.”Jeffrey menahan hati yang
mula membara. Pantang betul orang menjawab mulut versi takde insurans.
Qalisha hanya mencebik.Tanpa
menghiraukan Jeffrey,dia menyapu losyen badan ke tubuh. Meliuk-lentok lehernya
apabila tangan membelainya dengan olesan losyen. Jeffrey yang memandang hanya
menelan liur.
“ Dia ni memang nak goda aku ke?”
Jeffrey bertanya di dalam hati kepada dirinya sendiri.
“ Dah lupa janji ke? Petang tadi
Qalish janji apa dengan Abang?” Jeffrey mengutarakan pertanyaan sambil beg
kertas berwarna hitam di goyang-goyangkan di udara.
“ Aiseyman,macam mana dia boleh
ingat lagi.Ingat kan dah lupa.” Qalisha bermonolog di dalam hati.
“Takde tapi-tapi, ambil baju ni
pergi pakai sekarang. Dah siap keluar. Abang tunggu kat sini.” Jeffrey
menghulurkan beg kertas tersebut kepada Qalisha.
Mahu menyambut beg kertas tersebut
dengan perasaan yang berbelah –bagi. Seribu pertanyaan bermain di minda.
“ Tunggu apa lagi? Cepat!” Jeffrey
menuding jari ke arah dressing room.
Qalisha berlalu dengan langkah yang
berat. Pintu Dressing di tutup berdentum sebagai tanda protes.
Sementara menunggu Qalisha, Jeffrey
mengeluarkan Galaxy Note 2 yang baru dibeli petang semalam daripada poket baju
melayu. Dia duduk berbaring di atas katil yang bersaiz king dengan satu tangan
di letakkan di bawah kepala. Manakala tangan yang lagi satu sedang
mengodek-godek telefon yang baru dibeli. Hatinya sudah ketawa bergolek-golek.
Tidak sabar mahu melihat reaksi dan bagaimana rupa Qalisha yang kasar tu
berbaju gaun tidur seksi. Feminin dan seksi habis siot!
Sementara itu, di dalam dressing
room, Qalisha membuka beg kertas tersebut lalu isi kandungannya di keluarkan.
Oleh kerana dia mengeluarkannya dengan sedikit kasar, tiba-tiba satu seluar
dalam yang dibuat daripada kain lace seksi terjatuh.
“ Erk! Benda alah apa ni?
Masyaallah! Jeffrey nak aku pakai sepentot seksi ni ke? Dahlah jarang kain pun
cenonet je,baik tak payah pakai terus,lagi senang. Dia terus menyelongkar yang
lain-lain pula. Dah hilang akal ke apa Chef Poyo ni nak aku pakai semua benda
ni? No Way! Aku takkan pakai.” Hati Qalisha membentak.
“ Wait the minute,ermmm…aku tahu.
Yes! Chef Poyo tu sengaja nak kenakan aku. Mesti dia dah plan awal-awal semua
benda ni.Aduhai Jeffrey, ada hati kau nak buli aku. Mari kita lihat siapa yang
kena. Ini Qalishalah. Mak aku dulu bekas ratu cantik kat Wilayah Hua Hin,
Siam.Ini anak dia,mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ini aku belum
transform lagi ni. Ceh, dah masuk bab riak ni,Astaghfirullahhalazim.
Okay,okay,rilek Qalisha you can do it! Baiklah Jeffrey,aku akan ikut rentak
kau. Kau nak kenakan aku kan? Tunggu lepas ni ya! Aku nak tengok sama ada kau
tergoda dengan aku atau tidak!” Wah! Kuat betul azam di dalam hati Qalisha.
“
Boleh jalan ke ni?Sanggup ke kau pertaruhkan mahkota yang kau jaga selama ni
pada Mamat Poyo tu?”
“
Jangan risaulah beb!takkan ada apa-apa yang berlakunya. Kalau ya pun apa yang
kau susah hati sangat? Dia tu kan laki kau.” Minda Qalisha sudah
bercabang-cabang.
“
Buat apa kat dalam tu lama-lama yang oii!! Abang kira sampai tiga, kalau Qalish
tak keluar,Abang yang masuk! Sa…tu,du….aa,tiiii…ga!” Habis sahaja
kiraan,Jeffrey sudah berkira-kira mahu menerjah masuk. Namun belum sempat
tombol pintu dipegang,Qalisha sudah membuka pintu daripada dalam.
“
Huh! Tak sabar-sabar. Orang nak keluarlah ni.” Qalisha menapak keluar daripada
dressing room dengan memakai jubah satin separas lutut.
“
Mana lingerie yang Abang bagi tadi tu?” Jeffrey bertanya.
“
Ada kat dalam ni. Malulah nak tunjuk.” Sengaja Qalisha buat gaya gedik
tersipu-sipu malu tapi mahu.Qalisha sudah melancarkan serangan berani mati.
Ibarat satu badan sudah dipasang dengan bom dan dia sudah nekad. Apa nak
jadi,jadilah.
“
Sabar Qalish, tahan je perasaan malu kau tu,takde luak sikit pun,ingat dia tu
suami kau,takde batas aurat antara kau dengan dia.” Hati Qalisha cuba
mententeramkan dirinya sendiri.
“
Cepat bukak Abang nak tengok.” Jeffrey mengarahkan.Dia sudah tidak sabar. Tidak
sabar apa? Tidak sabar mahu mengetawakan Qalisha.
“
Malulah…” Qalisha sengaja bersuara gedik. Bravo Qalish!
“
Malu apa pulak? Kitakan dah kahwin.” Giliran Jeffrey pula buat-buat jadi Romeo.
“Malulah..lampu
terang-benderang.”
“
La..kalau tutup lampu macam mana Abang nak nampak.”
“
Abang bukaklah sendiri.”
“
Pulak…ala, Qalish bukak cepat,Abang nak tengok.”
“
Okay,kalau macam tu Abang tutup mata dulu.Bila Qalish kira 1,2,3 buka,baru buka
ok?”
“Ada
jugak yang kena tendang dengan aku malam ni,main tutup-tutup matalah pulak!
Sabar Jeff, dia sengaja nak goda kau tu.”
“
1…jangan tipu tau! Semula tak aci tadi. 1…2,3 buka.”
Jubah
satin sudah melurut ke lantai dan dengan menahan perasaan malu setebal dua
puluh empat inci, Qalish merelakan sebahagian dirinya dipertontonkan kepada
Jeffrey,Suaminya. Walau pun dengan wajah polos tanpa solekan, Qalisha ternyata
sungguh cantik.Tubuhnya yang tinggi lampai,ramping cukup mempesona. Dua
tanggannya disilangkan ke dada mahu menutup bahagian dada yang seksi terdedah.
Berani mati giler si Qalisha ni ya! Alang-alang dah tunjuk,tunjuk semualah!
Jeffrey
pula melopong terkaku,terpegun dengan kecantikkan tubuh isterinya sendiri.
Memang tidak dapat di nafikan, she’s gorgeous! She’s drop dead gorgeous! Niat
mahu mengetawakan Qalisha mati terus.Tanpa di sedari Jeffrey melangkah merapati
Qalisha. Telefon di tangan terlepas ke lantai namun tidak dipedulikan. Sebelah
tangannya merangkul pinggang Qalisha dan sebelah lagi mengangkat dagu. Tanpa dia
sedari, Bibirnya sudah bersatu dengan Qalisha. Bagai ada satu kuasa magnet yang
menarik. Mereka berdua saling tertarik.Ciuman yang mulanya kasar bertukar
rentak,lembut dan buat seketika mereka hanyut.Hanyut dalam lautan asmara.
Qalisha hanya merelakan perbuatan Jeffrey dengan hati yang rela. Tangan Jeffrey
sudah menjalar ke bahagian belakang. Tiba-tiba bunyi telefon mengejutkan mereka
berdua. Pelukan dileraikan.Kedua mereka
memandang dengan pandangan yang mereka sendiri tidak faham.
Jeffrey
cepat-cepat mengambil telefon di atas lantai. Qalisha pula cepat-cepat menyarungkan semula jubah satin dan terus
berlalu ke dalam bilik air. Dia menguncikan diri dan bersandar sebalik pintu
dengan dada yang berombak kencang. Jantungnya berdegup bagai nak pecah.
“
Wahai jantungku,janganlah laju sangat.Depan tu ada speed trap.Kalau takde speed
trap pun,karang terbabas masuk gaung,arwah aku.” Qalisha mengurut-urut
dadanya.Dia sendiri seakan tidak percaya perbuatan berani mati yang
dilakukannya dengan Jeffrey tadi. Buat seketika dia terus bersembunyi di dalam
bilik air,mententeramkan dirinya sendiri.
“
What the heck’s going on with you, Jeff!” Jeffrey mengetuk-getuk dahinya
sendiri.
“
Fuh! Save by the bell. Hello Luq,yes.I’m coming.Tengah bersiap ni,okay see you
there.”
Panggilan
telefon tersebut adalah daripada Luqman. Baru dia teringat yang setengah jam
lagi dia ada meeting dengan Andy dan Luqman di Café mereka,The Pastries di
Bukit Bintang. Jeffrey cepat-cepat berlalu ke dalam dressing room tanpa
mempedulikan Qalisha.Sebaik pintu di tutup, dia menyandarkan dirinya di
belakang pintu. Jantung berdegup pantas bagai nak pecah.
“
Apa dah jadi Jeff? Kata nak gelak puas-puas,kau tak gelak pun!” Suara jahat
menghasut.
“
Damn! Kenapa aku boleh tergoda dengan dia?” Jeffrey berkata pada dirinya
sendiri.
“
Kau nak nafi apa lagi Jeff, tadi kau juga yang cakap,She’s drop dead
gorgeous.Memang isteri kau cantik,everything about her is perfect! Cuma
perangai kasar tu,kau kena lenturlah sikit bro!mengaku sajalah dalam hati ada taman,kan
senang!”
“
Tidak! Tidak!Tidak! I won’t easily fall in love with her!never! What I felt
about her is just lust not love!” Hati dan minda Jeffrey sungguh celaru. Hanya
masa yang akan menentukan segalanya.
Usai berpakaian ringkas dengan
seluar Bermuda dan t-shirts, Jeffrey keluar daripada bilik. Kunci ‘Baby’ di
atas meja sisi di capai,meninggalkan Qalisha yang turut sama melayan perasaan
keliru di dalam bilik air.
Adoi!!! Geram betul dengan perangai
Jeffrey dan Qalisha ni.Asyik main tarik-tarik pulak. Tension betul!
P/s:
sy tahu korang tak puas….chapter ni memang pendek skit…tq 4 stay addicted.
update kul 1 pg..writer x tido ke???
ReplyDeletewohooo....awesome please update soon :)
ReplyDeleteWAH!!!!!!!!!!! Cepat sambung!!!!!!! Terima kasih. ehehe
ReplyDeleteBest....
ReplyDeleteNampaknya Jeff dah terkena umpan sendiri.... #^_^
awesome!! ade kisah 2 2, dah lama tunggu update :)
ReplyDeletehahahahaha... aduyaiii 2 2 beradik nie dah termakan janji sendiri...heheheheh
ReplyDeleteTergoda ko jeff...br tau penangan boyish mcm qalish....hahaha
ReplyDeletela nak lagi boleh ..........terbailklah...
ReplyDelete"nazfa namia"
best2
ReplyDeleteBest3... nak lagiiii!!!
ReplyDeletesmut... can i say that? wants more...
ReplyDeleteSY memang species burung hantu skit...tidur slalu lmbat sbb time tu line clear xde gangguan budak Dan bapak budak...he he yg check update kol satu apa citer?
ReplyDeleteHai sy bru ikuti cerita novel ni. Best sgttttttt.......
DeleteNak tanya dah ada buku novel ka?
Bessstttt! suka part Jef & Qalisha, suweeeettttt sgt!
ReplyDeleteT.kasih.
ReplyDeletebessstttt!!!
ReplyDeletebest sgat... mcm ta ckop... klau boleh update 2-3 ep skali gus ka..
ReplyDeleteheheheh @_@....
apo pon t'baik...
keep it up....
terbaik!! cepat sambung.... ^________^
ReplyDeletemuehheheeeee....kaco je tepon tuh...
ReplyDeleteTERBAIK...........
ReplyDeleteterbaik laa part jeff n qalish .... suka suka suka ....
ReplyDeletebest but yg pakai baju seksi klu blh edit jgn smp ke arah yg tak baik andai pembaca baca coz pembaca kat penulisan2u&blog awak ada peringkat remaja
ReplyDeleteBest cepat sambung. Dah byk x saye ulang bace entry ni...... lawak
ReplyDeletetu lah kacau je tepon tu...apepon bez sgt..keep it up
ReplyDeletex sabar tggu bab seterusnya..keep up the gud work..will always support u..
ReplyDeletebest sgt cerita ney.. harap cpt2 update en3 seterusnya erk..xsabar rsenye nk baca part fahrin n adrianna... sweet sgt.. hehe :)
ReplyDeleteterima kasih semua atas sokongan. Insyaallah akan di terbitkan ,dlm proses menyiapkan manuskrip.Doakan sy mampu siapkan ASAP ya!
ReplyDeletesalam, congrats...amongst those who will wait for a.t.k.s.d 2 b published!!!
DeleteAduhai...Jeff,romantiknyer....:D
ReplyDeleteTahniah..tp kt blog ni ada n3 lg tak?
ReplyDeletebila nak kasi n3 baru ni...?
ReplyDeleteSambung lah cepat
ReplyDeletebila nak sambung ni..
ReplyDeletesambung la cepat... x sabar nak tau citer seterusnya...
ReplyDeletebtol btol btol ...
ReplyDeletesambung la cpat ..