Total Pageviews

Monday 8 April 2013

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 32

Soriiiiiii sesangat.Cibuk tahap..tak tahu tahap apa dah. Apa pun layannnnnn...enjoy and peace!


BAB 32
           
            “  Apa kita nak buat Datuk? Wilson Chan belum beri kata putus sama ada dia mahu jualkan sepuluh peratus saham dia tu. Liat juga dia ni,sudah bermacam-macam cara saya cuba  namun dia masih bermain tarik tali.”
            Hashim berhati-hati menyampaikan kerisauannya kepada Datuk Abdullah. Datuk Abdullah hanya mendiamkan diri namun Hashim  tahu otak Datuk Abdullah sedang ligat berfikir.
            “ Bagaimana dengan Benard? Dia setuju ke?
            Datuk Abdullah mengajukan pertanyaan sambil menyisip kopi o pekat dengan perlahan. Kepul asap yang nipis daripada kopi panas tersebut masih jelas kelihatan. Tanpa menunggu jawapan daripada Hashim, dia bersuara lagi.
            “ Aturkan pertemuan saya dengan Wilson dan Benard secepat yang mungkin.Kalau boleh esok. Kalau perlu, kita ‘up’kan sikit harga tawaran. Bawa wang tunai RM 500 ribu sebagai pendahuluan dan yang selebihnya bila transaksi pindah milik selesai. Kita kena beri umpan yang boleh menggoda si ikan dan saya rasa wang tunai adalah umpan terbaik. Saya kenal siapa Benard dan Wilson tu.Mereka berdua ni dua kali lima sahaja. Sama-sama kaki judi dan kaki perempuan.”
            Tenang sekali Datuk Abdullah mengatur kata. Hashim yang sentiasa setia di sisi mengangguk sambil mencatat sesuatu di dalam diari hitam miliknya.
            “ Datuk, bulan depan Ocean Blue akan mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarahnya. Semua pemegang syer utama akan hadir.Since Datuk sudah memiliki dua puluh lima peratus saham, Datuk sendirikah yang akan hadir nanti?”
            Datuk Abdullah tersenyum. Sebelum Hashim mengutarakan hal tersebut, dia sendiri sudah memikirkannya.
            “ Belum masanya saya memunculkan diri Shim. Menantu saya yang akan menjadi proksi saya di sana nanti. Saya nak awak sediakan surat lantikan Fahrin sebagai proksi saya yang sah dan juga surat lantikan Stephen sebagai pembantu merangkap penasihat guaman kepada Fahrin. Dan satu lagi, suruh Stephen jumpa saya di pejabat pada pukul sepuluh.”
            Hashim mengangguk tanda faham. Dia sudah masak benar dengan arahan dan sikap Datuk Abdullah. Selama lima belas tahun menjadi orang kanan Datuk Abdullah, dia tahu segala-galanya. Pernah juga dia cuba di sogok oleh musuh perniagaan Datuk Abdullah dengan wang yang jumlahnya bukan sedikit untuk membeli kepercayaan dan kesetiaannya namun tidak mungkin dia mengkhianati Datuk Abdullah. Jasa dan budi yang dihulurkan oleh Datuk Abdullah kepada keluarganya bukan sedikit. Kalau bukan kerana Datuk Andullah dan Datin Maimun, mungkin isteri tercinta Aishah tidak berada di sisinya sekarang ini. Lima belas tahun yang lalu, Datuk Abdullah telah menyumbangkan wang lebih daripada lima puluh ribu untuk membiayai kos pembedahan jantung Aishah. Bukan itu sahaja,malah Datuk Abdullah telah menampung semua kos sepanjang sebulan dia berada di Singapura. Pembedahan itu telah Berjaya dan Aishah sudah sembuh sepenuhnya.Tidak mungkin dia akan menikam Datuk Abdullah daripada belakang walau nyawanya yang terpaksa di pertaruhkan. Jauh di sudut hati, Hashim bebar-benar bersyukur kerana di pertemukan dengan orang kaya yang cukup merendah diri dan pemurah  seperti Datuk Abdullah.
            Lamunan Hashim terhenti apabila telefon Blackberry Datuk Abdullah berbunyi. Senyuman terpancar pada wajah Datuk Abdullah.
            “ Datin.” Ucap Datuk Abdullah sepatah.
            Untuk memberi sedikit privasi, Hashim bangun dengan alas an mahu ke bilik air.
            “ Waalaikummussalam Yang. Hai awal lagi telefon Abang ni kenapa? Dah rindu ke?”
            “ Ye Bang, Mai rindu sangat. Abang ni kan, tak habis-habis nak mengusik. Ni Bang, Mai nak bagitahu berita gembira ni. Jane dah boleh bercakap. Walau pun dua tiga patah tapi Mai cukup gembira. Dia kenal Mai tadi Bang. Dia sebut nama Mai dan dia peluk Mai tadi Bang. Doktor Fernando cakap, it’s like a miracle! Cuma itulah, dia seolah kebingungan apabila melihat sekeliling. Doktor cakap ia satu perkembangan yang menakjubkan dan Jane akan perlukan masa untuk kembali pada dirinya yang asal. Dua puluh lapan tahun Bang, baru dia bukak mulut. Tapi tadi Mai tersentuh sangat sebab perkataan pertama yang dia sebut adalah ‘ Jason’. Mesti Jane sangat sayangkan Jason kan Bang.”
            Pada fikiran Datuk Abdullah, berita yang di sampaikan oleh Datin Maimun cukup mengembirakan hatinya. Doanya selama dua lapan tahun ini dimakbulkan Tuhan dan dia amat bersyukur sekali.
            “ Ya Allah, kau berikanlah peluang supaya Jane boleh kembali mengingati siapa dirinya yang asal. Berikanlah aku kekuatan ya Allah supaya ibu dan anak boleh bersatu dan apa yang sepatutnya menjadi milik mereka akan dikembalikan.” Doa kudus Datuk Abdullah bergema di dalam hati.
            “ Abang? Abangggg…Mai cakap dengan Abang ni..Abang dengar ke tak?”
            “ Ye Mai, Abang ada kat sini.Abang dengar apa yang Mai cakap tu. Mai tak payahlah jerit kuat sangat sebab suara Mai seksi giler memang tergoda habis Abang.” Satu teguran secara halus untuk Datin Maimun diberikan.Kalau tegur secara ‘direct’ kang ada yang tidur atas sofa pulak malam nanti.
            “ Bang, Mai rasa tak sedap hatilah. Boleh ke Jeff terima semua ni dengan fikiran terbuka. Mai takut kalau Jeff marah pada kita sebab sembunyikan Mary Jane, ibu kandungnya sampai sekarang. Sampai sekarang ni Jeff ingat Mummy Jane sudah meninggal dunia sedangkan dia masih hidup. Mai takut sangat Bang.Mai takut Jeff marah dan tinggalkan kita.Kalau itu berlaku, mati Mai, Jeff dan Anna adalah nyawa Mai. Walau dia bukan darah daging kita, Mai tetap sayangkan dia sama seperti Mai sayangkan Adrianna.”
            Datin Maimun tidak dapat menyembunyikan rasa gundah di dalam hatinya. Air mata menitis tanpa disedari. Sungguh dia takut akan kehilangan anak lelaki yang di susui selama dua tahun itu.
            “ Mai, sayang dengar sini. Abang tak nak Mai risau tak tentu pasal okay. Jangan fikir yang bukan-bukan. Abang tak nak darah tinggi Mai naik lagi. Pasal Jeff serahkan pada Abang. Abang tahu apa yang Abang perlu lakukan, just trust me okay.”
            Datuk Abdullah cukup memahami isi hati Datin Maimun. Dan dia amat bersyukur kerana dikurniakan isteri yang setia dan sanggup menempuh segala ranjau berduri sepanjang tiga puluh tahun berkahwin. Tidak pernah terlintas di dalam hati untuk mencari yang lain. Maimun adalah isteri yang dia inginkan sebagai peneman di dunia dan di akhirat nanti.

………………………………………………………………………………………………………

            “ Sial!macam mana gua boleh tidak tahu!”
Robert Tan sudah mengamuk sakan. Habis fail di atas meja bertaburan ke lantai.Satu pandangan yang tajam di lontarkan kepada adiknya Stephanie yang duduk bertentangan dengannya.
“ Lu jangan nak salahkan gua ya! Selama ini pun Lu apa tahu? Lu hanya tahu joli sana-sini,habiskan duit syarikat atas meja judi, tabur duit pada perempuan-perempuan simpanan, gro kelab malam dan lu jangan ingat  gua tak tahu semua aktiviti lu. Semua ada dalam kocek gua! Lu dengan Connie sama saja,hanya tahu habiskan duit sahaja. Seamua hal Ocean Blue lu lempar pada gua. Bila jadi macam ni, gua yang kena tanggung.Banyak cantik muka korang!” Stephanie turut sama menyinga. Belum sempat Robert membuka mulut, dia menyambung lagi.
“ Mummy pun satu hal. Kepala gua rasa mahu pecah tahu tak! Belum lagi tambah dengan hal Daddy. Korang semua langsung tak pedulikan Daddy.Kesian dia.Dulu apa yang lu nak Daddy tunaikan. Bila Daddy sakit semua lepas tangan. Gua penat tahu tak! Hal Ocean Blue gua yang kena uruskan.Kalau tak kerana gua, dah lama Ocean Blue lingkup. Gua tak boleh uruskan seorang Robbie, gua  perlukan lu dan di rumah pula Daddy perlukan kita semua.”
Kemarahan Stephanie mula mengendur setelah semua isi hatinya di hambur pada Abangnya. Sudah cukup lama dia memendam rasa, menguncikan mulut namun tidak hari ini. Fikirannya cukup kusut dan serabut memikirkan kemungkinan yang akan terjadi kepada Ocean Blue.Empayar hotel dan resort milik keluarga mereka mesti diselamatkan.
Semalam, dia menerima laporan hasil kaji selidik yang di lakukan oleh pembantunya, Aaron dan laporan yang diterimanya cukup merisaukan. Laporan itu menunjukkan bahawa pengunjung dan pelancong yang berkunjung ke hotel dan resort semakin berkurangan. Bukan hanya di Kuantan, malah senario yang sama turut sama berlaku di Kuala Lumpur,Langkawi, Johor Bahru dan juga Pulau Pangkor. Kos operasi di semua cawangan melebihi pendapatan yang diperolehi sekali gus terang lagi bersuluh Ocean Blue sememangnya sedang berdepan dengan krisis kewangan yang serius!
“ Saham kita jatuh merudum Robbie.We need to do something before it’s too late. Tak kan lu mahu Ocean Blue tersungkur. Daddy worked so hard for it. Gua tak sampai hati lihat semua usaha Daddy goes in vain.”
Laporan kewangan dan laporan kaji selidik di lemparkan oleh Stephanie ke atas meja Robert. Dengan rakus, Robert membuka fail tersebut. Dia cuba menbaca apa yang tertulis di situ namun otaknya tidak dapat memproses maklumat yang bertaip cantik di dalam bahasa Inggeris.
“ Lain kali lu suruh  lu punya pembantu taip report ni dalam bahasa mandarin baru aku boleh faham dengan jelas.” Robert cuba memberi alasan.
Pada hal dia ni tulis report dalam bahasa apa pun bukan dia boleh faham. Bukan cerdik sangat dia ni. Dapat ijazah pun atas kertas saja.Mummy dia yang belikan ijazah pentadbiran perniagaan dia tu di black market.
“ Steph, lu ada cara tak macam mana nak selamatkan Ocean Blue?” Buat pertama kali Robert menunjukkan minat dan tumpuan serius terhadap perkara yang di bincangkan. Pertanyaan tersebut di ajukan kepada Stephanie, adiknya yang juga merangkap pengarah operasi  Ocean Blue yang beribu pejabat di Kuantan.
“ Entahlah Robbie,gua rasa kita tenat.Terlalu banyak spekulasi buruk tentang Ocean Blue sekarang. Gua rasa memang ada pihak yang sengaja mencanang spekulasi buruk tentang kita kebelakangan ini. Kita kena siasat siapa mereka dan apa tujuan sebenar mereka menyebarkan spekulasi buruk tentang kita.”
“ Kita kena buat sesuatu untuk pulihkan imej Ocean Blue. Apa kata kita buat promosi, kasi diskaun, offer pakej yang murah untuk seminar ke,family day ke,taja rancangan tv ke..apa-apa sajalah yang boleh memulihkan keyakinan customer terhadap rangkaian hotel dan resort kita semula.”  Robert serius memberi cadangan.
“ Kalau daripada dulu lu serius macam ni kan bagus. Aku tak pening nak hadap Ocean Blue sorang-sorang dan Ocean Blue takkan perlu berdepan dengan masalah kewangan seperti ini.”
“ Maafkan gua Steph. Gua tahu gua salah dan gua janji sama lu, gua akan ganti balik semua duit company yang gua pakai and thanks for your trust. Kita sama bangunkan Ocean Blue semula okay.”
Stephanie hanya mencebikkan bibir kepada Robert. Hatinya masih berbelah bagi.Bukan dia tidak kenal dengan Robert, takkanlah boleh insaf sekelip mata. Kalau pun benar Robert sudah insaf, dia masih belum mampu mempercayai Robert seratus peratus. Takut hangat-hangat tahi ayam pula nanti. Buat kerja separuh jalan dan dia juga yang harus di menyelesaikan semuanya nanti.
“ Gua ada satu lagi berita yang tak baik. Gua tak tahu sama ada lu sudah tahu atau tidak pasal ini.”
Stephanie cuba mengawal suara setenang yang mungkin. Dari riak air muka Robert dia sudah tahu yang Robert belum mengetahui tentang perkara itu lagi.
“ Apa lagi? Lu jangan nak buat gua suspen boleh tak?”
“ Lu tahu tak, Eric dan Tengku Mukhriz sudah menjual semua saham mereka?”
“ Hah! Bila? Mereka jual semuakah? Siapa yang beli?” Robert sungguh terkejut dengan perkhabaran itu.
Tekaan Stephanie tepat. Robert memang CEO yang tak tahu apa-apa. Entah macam manalah Daddy boleh melantik Robert sebagai pemangku CEO sedangkan dia tahu otak udang seperti Robert memang tidak tahu membuat sebarang kerja.
“ Eric dan Tengku jual kepada Datuk Abdullah Rahman. Lu kenal tak siapa dia? Sekarang ni Datuk Abdullah sudah memiliki dua puluh lima peratus saham Ocean Blue. Baik lu tanya shareholders yang lain.Manalah tahu mereka ada menerima tawaran yang serupa daripada Datuk Abdullah. Hari tu Daddy dah pindahkan semua saham ke atas nama lu ke?”
“ Daddy belum sempat lagi pindahkan semua saham  kat gua. Takkan lu tak ingat, hari yang sepatutnya Daddy sain dokumen pindah hak milik itukan Daddy kena serangan strok.  Kau jangan risau.Kalau semua shareholders jual saham mereka pun, kita masih major shareholders. Lima percent milik kau,lima percent lagi milik Connie,lima percent adalah milik Mummy dan selebihnya adalah atas nama Daddy. Semuanya berjumlah lima puluh lima percent. Don’t worry Steph, Ocean Blue tidak akan jatuh ke tangan orang lain.”
Panjang lebar Robert cuba meraih keyakinan Stephanie walau pun hatinya sendiri tidak yakin dengan kata –kata itu.
“ Lu jangan terlalu selesa Robbie. Anything can happen. Baik lu jumpa  Benard dan Wilson secepat yang mungkin. Kita tak tahu apa motif sebenar Datuk Abdullah membeli saham kita. I smell something fishy here.Trust me Robbie, he has the hidden agendas.”
“ Hal Benard dan Wilson lu serah pada gua. Tugas lu sekarang ialah rancang strategi supaya pengunjung hotel dan resort kita meningkat.”
“ Gua ada satu cadangan.Kalau Lu setuju, Gua proceed. Apa kata kita taja lokasi rancangan masakan yang popular kat tv tu ‘ cooking with love’. Gua tengok Chef yang jadi pengacara tu sangat hensem, funny, santai dan bulan lepas rancangan masakan tu dapat award rancangan masakan terbaik Asia.”
“ Bagus! Bagus! Lu proceed. Gua setuju.Kalau perlu lu offer dia jadi duta hotel kita terus.”
“ Yang itu Gua rasa tak boleh sebab dia ada kontrak sebagai duta  Ritz Carlton.”
“ Ritz Carlton? Wah, mesti itu chef banyak bagus. Lu proceed. Gua setuju.”
Stephanie mengangguk. Buat kali pertama dia bersemangat mahu melakukan tugas. Nombor telefon PA Chef Jeffrey di cari. Awal-awal lagi dia sudah mencari nombor kontak tersebut. Chef Jeffrey…..wajah lelaki idolanya terus berlayar di ruang mata.
………………………………………………………………………………………………

Rayyan Fahrin mengatur langkah menuju ke arah bilik bacaan Datuk Abdullah dengan dada yang berdebar-debar. Hati kecilnya tertanya-tanya apa yang mahu dibincangkan oleh Datuk Abdullah dengannya.  Apabila tiba di depan pintu bilik bacaan yang terletak di tingkat dua villa,Rayyan Fahrin menarik nafas yang agak dalam cuba mencari kekuatan untuk diri sendiri.
            “ Pasti tentang sesuatu yang serius, kalau tak tentu Baba akan bincang dekat ofis saja.” Minda Rayyan Fahrin cuba menebak.
            Dengan lafaz Bismillah, Rayyan Fahrin mengetuk pintu. Salam di beri dan seketika kemudian,salam disahut daripada dalam.
            “ Waalaikummussalam,masuklah Fahrin.”
            Datuk Abdullah sedang bersandar pada kerusi kulit sambil memandang Fahrin dengan pandangan yang bermakna.
            “ Duduklah Fahrin.Kenapa tercegat sahaja. Baba ada beberapa hal yang nak di bincangkan.”
            Usai Rayyan Fahrin melabuhkan punggung pada kerusi yang bertentangan, Datuk Abdullah menghulurkan sebuah fail berwarna biru. Rayyan Fahrin menyambut fail tersebut dengan minda yang penuh dengan tanda tanya.
            “ Itu fail tentang Ocean Blue. Baba nak Fahrin study maklumat yang ada dalam fail tu dengan teliti. Tak lama lagi Ocean Blue akan mengadakan board meeting. Baba rasa Uncle Hashim sudah terangkan pasal Ocean Blue kan? Baba mahu Fahrin jadi proksi Baba sebagai salah seorang shareholder kat situ.”
            Rayyan Fahrin mengangguk-anggukkan kepala. Sememangnya dia telah sedia maklum tentang hal berkaitan dengan Ocean Blue. Datuk Abdullah telah mengarahkan supaya selepas majlis resepsi nanti, dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Ocean Blue dan tugasnya di Casa Impiana akan di bantu oleh Reggie, salah seorang eksekutif yang amat berdedikasi dan sudah tentu telah melepasi tapisan SIRIM oleh Datuk Abdullah sendiri.
            “ Okay.”
Rayyan Fahrin menjawab dengan yakin. Memang dia sedia maklum tentang itu.
“ Baba sudah arahkan Stephen untuk menjadi penasihat. Nanti Uncle Hashim akan serahkan surat lantikan. Baba mahu Fahrin jadi mata dan telinga Baba. Baba sudah jelaskan misi Baba dengan Ocean Blue kan? So Baba nak Fahrin bantu Baba melaksanakan misi ini secepat mungkin.”
“ Jeff dah tahu ke pasal ni Baba?”
“ He will know when the time comes.”
“ At the meantime, Fahrin kena terus buat tak tahu macam sekarang. Ingat, jangan sampai Jeffrey tahu pasal ni. Jeff hanya boleh tahu tentang Ocean Blue daripada mulut Baba sahaja.”
“ Ya, Baba .Saya faham.Don’t worry, you can count on me.”
“ Bagaimana persiapan majlis resepsi nanti? Dah beres?’ Datuk Abdullah menukar topic perbualan.
“ Eveything is great.Baba pun sedia maklum siapa plannernya kan? Mama tetapkan segala-galanya. Tema majlis pun Mama dah tetapkan. Papa tahu kan yang Mama dah tetapkan tema fairytales. Papa pakai kostum apa nanti?”
“ Mama kamu ni pun satu.Tak pernah di buat orang. Mama kamu ni dah hilang akal agaknya. Ada ke pilih tema macam tu. Dia kata dia nak tunaikan impian dia nak tengok Adrianna kahwin pakai gaun Cinderella. Walau apa pun, Baba setuju dengan idea Mama ni sebab ia unik. Kadang-kala seronok juga kalau kita lari sedikit daripada kebiasaan. Yang pasti semua orang akan berseronok dan gembira sepanjang majlis berlangsung. Tak salah selagi tidak melanggar hukum-hukum syarak kan?”
“ Itu dah pasti.Ia akan jadi special moment untuk saya dan Adrianna.Definately kami akan ingat sampai bila-bila. Manalah tahu boleh masuk Malaysia Book Of Record ke.” Mereka berdua sama-sama ketawa.
“ Bagaimana hubungan Fahrin dan Anna sekarang?” Datuk Abdullah cuba mencungkil rahsia.
“Okay, at least kami dah kurang bergaduh. Kami decided nak mulakan hubungan kami dengan friendship first.Then barulah kami fikirkan untuk pergi lebih jauh.” Lurus bendul Rayyan Fahrin menjawab tanpa memikirkan bukan ‘hubungan’ itu yang di maksudkan oleh Datuk Abdullah.
“ Maknanya sudah tiga bulan kamu kahwin dan kamu dengan Anna belum menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenar?” Datuk Abdullah mengerutkan keningnya sedikit.
“ Parah. Kalau macam ni, dua tahun lagi pun aku tak dapat menimang cucu.Aku kena campur tangan. Nasiblah dapat menantu bendul macam ni. Belajar sampai ke seberang laut tapi bab memikat perempuan tak sampai seberang parit pun.” Otak Datuk Abdullah sudah ligat berfikir.
“ Nak buat macam mana Ba.Anak Baba tu susah betul saya nak tackle. Ini pun dah kira okay sebab kami boleh jadi kawan.Kalau tak, patung beruang comel dia tu asyik menyinggah kat muka saya je. Nasib baik patung-patung tu lembut.Kalau keras mahu sompek sana-sini muka saya ni Baba.”
Datuk Abdullah tergelak kecil apabila mendengar kata-kata Rayyan Fahrin. Alahai! Kesian sungguh menantu aku yang ini.Kena buli dengan anak aku rupanya. Takpe Fahrin,Baba comes for the rescue!
“ Tukar strategi.” Datuk Abdullah bersuara dengan cukup serius.
“ Hah! Tukar strategi apa Ba?’
“ Dengar sini Fahrin. Baba nak Fahrin tukar strategi pikat anak Baba. Kalau tak jalan cara lembut, Fahrin guna cara lain pulak. Guna kuasa veto sebagai suami. Habis cerita. Apa pun tahun depan Baba nak cucu.Ingat tu ,tahun depan.”
Terkedu Rayyan Fahrin mendengar tutur kata bapa mertuanya.
“ Biar betul Baba ni! Hari tu dia jugak yang suruh aku tackle anak dia slow-slow, guna kelembutan, guna kasih-sayang.Sekarang dia suruh aku tukar strategi pulak.Apa kes ni beb?” Rayyan Fahrin masih lagi blur mahu mentafsir maksud sebenar kata-kata Datuk Abdullah.
“ Lepas majlis resepsi, Baba nak Fahrin buat ni.”
Datuk Abdullah bangun daripada kerusi. Dia menapak ke arah Rayyan Fahrin. Dia membisikkan sesuatu di telinga Rayyan Fahrin.Panjang benar arahannya.Ada kalanya Rayyan Fahrin mengangguk tanda faham apa yang harus di lakukan.
“ Saya kena buat semua tu?”
“ Yelah! Kau ni Fahrin, belajar kemain tinggi tapi itu pun nak kena Baba cakap satu persatu ke?
“ Tapi………..”
“ Takde tapi-tapi. Yang Baba nak dengar Fahrin buat seperti apa yang Baba cakap tadi. Semuanya Baba sponsor. Kalau nak tahu pasal Anna, cari Elaine.Dulu mereka berdua tu macam kembar siam. Ke mana pun berdua.Tapi semenjak peristiwa Si Shamsul cuba nak culik Anna tu, terus mereka jadi renggang. Baba tahu, Elaine tu bukannya jahat Cuma dia diperalatkan oleh sepupu bongok ia tu.Kita lelaki kena kreatif sikit. Ingat Fahrin apa pesan Baba.”
Rayyan Fahrin tersenyum. Tak sangka bapa mertuanya akan memberi idea sebegitu. Walau apa pun, Baba you rocks!
“ Okay Baba! Perintahmu akanku junjung!” Rayyan Fahrin siap tabik hormat lagi. Hahaha..siaplah Anna nanti!

15 comments:

  1. tiap2 hari check kot2 ade , la ni bru ade . ur the best la !

    ReplyDelete
  2. Thankz 4 dis entry. Lama tunggu.
    Ehem2 nak lagii.

    ReplyDelete
  3. baekkk punya pak mertua!!... peace...

    ReplyDelete
  4. hahaha.... ada bau ikan ni....
    sporting abis pak mentua....
    saya suka saya suka....

    ReplyDelete
  5. Lm dh dok tggu..br muncul.....baik tol baba ana ni....sporting je

    ReplyDelete
  6. baba you rockssss la.....hahahaha >_________________<

    ReplyDelete
  7. hahhahaa kan best kalu ada pak mentua mcm baba...blm lagi dtn moon msk...lepas rindu:)

    ReplyDelete
  8. Bgus gilew kalu dpt bpk mentua cm ni..sporting habis..next en3 update cpt skit eh..rndu lah ngn anna n fahrin..x trtanggung dh rndu ni..nice story..

    ReplyDelete
  9. Sgt best..cpt2 upload nxt n3...

    ReplyDelete
  10. best punyer cerite.. dah ade novel ke blum? kalu dah ade msti jadi best seller punyer

    ReplyDelete
  11. Bila buku nsk kuar...best citer ni....tsk sabao dah

    ReplyDelete
  12. Buku ni dah d terbitkan kah?..

    ReplyDelete
  13. Saya ingin tahu cerita ni sudah diterbitkan ke

    ReplyDelete