33 will be the last post for AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! Nantikan versi cetak pulak ye!
di kesempatan ini, berbillion terima kasih ku ucapkan kpd yg membaca, memberi komen, perangsang dan semangat utkku mewarnai dunia enovel tidak kira di mana anda berada. I've really appreciate it. From the bottom of my heart, THANK YOU once again.Doakan supaya i can do the best for ATKSD.
dan juga....jeng jeng jeng....
selesai sahaja manuskrip ATKSD, I 'll start to post new story tajuk dia......
KAU MEMIKAT AKU TERPIKAT..nantikan kemunculannya ye...
Hugs and kisses from:
Hariissa Hariis/ Batrissyea Balqiss
Total Pageviews
Monday, 15 April 2013
Monday, 8 April 2013
AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 32
Soriiiiiii sesangat.Cibuk tahap..tak tahu tahap apa dah. Apa pun layannnnnn...enjoy and peace!
BAB
32
“
Apa kita nak buat Datuk? Wilson Chan belum beri kata putus sama ada dia
mahu jualkan sepuluh peratus saham dia tu. Liat juga dia ni,sudah
bermacam-macam cara saya cuba namun dia
masih bermain tarik tali.”
Hashim berhati-hati menyampaikan kerisauannya
kepada Datuk Abdullah. Datuk Abdullah hanya mendiamkan diri namun Hashim tahu otak Datuk Abdullah sedang ligat
berfikir.
“ Bagaimana dengan Benard? Dia
setuju ke?
Datuk Abdullah mengajukan pertanyaan
sambil menyisip kopi o pekat dengan perlahan. Kepul asap yang nipis daripada
kopi panas tersebut masih jelas kelihatan. Tanpa menunggu jawapan daripada
Hashim, dia bersuara lagi.
“ Aturkan pertemuan saya dengan
Wilson dan Benard secepat yang mungkin.Kalau boleh esok. Kalau perlu, kita
‘up’kan sikit harga tawaran. Bawa wang tunai RM 500 ribu sebagai pendahuluan
dan yang selebihnya bila transaksi pindah milik selesai. Kita kena beri umpan
yang boleh menggoda si ikan dan saya rasa wang tunai adalah umpan terbaik. Saya
kenal siapa Benard dan Wilson tu.Mereka berdua ni dua kali lima sahaja.
Sama-sama kaki judi dan kaki perempuan.”
Tenang sekali Datuk Abdullah
mengatur kata. Hashim yang sentiasa setia di sisi mengangguk sambil mencatat
sesuatu di dalam diari hitam miliknya.
“ Datuk, bulan depan Ocean Blue akan
mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarahnya. Semua pemegang syer utama akan
hadir.Since Datuk sudah memiliki dua puluh lima peratus saham, Datuk sendirikah
yang akan hadir nanti?”
Datuk Abdullah tersenyum. Sebelum
Hashim mengutarakan hal tersebut, dia sendiri sudah memikirkannya.
“ Belum masanya saya memunculkan
diri Shim. Menantu saya yang akan menjadi proksi saya di sana nanti. Saya nak
awak sediakan surat lantikan Fahrin sebagai proksi saya yang sah dan juga surat
lantikan Stephen sebagai pembantu merangkap penasihat guaman kepada Fahrin. Dan
satu lagi, suruh Stephen jumpa saya di pejabat pada pukul sepuluh.”
Hashim mengangguk tanda faham. Dia
sudah masak benar dengan arahan dan sikap Datuk Abdullah. Selama lima belas
tahun menjadi orang kanan Datuk Abdullah, dia tahu segala-galanya. Pernah juga
dia cuba di sogok oleh musuh perniagaan Datuk Abdullah dengan wang yang
jumlahnya bukan sedikit untuk membeli kepercayaan dan kesetiaannya namun tidak
mungkin dia mengkhianati Datuk Abdullah. Jasa dan budi yang dihulurkan oleh
Datuk Abdullah kepada keluarganya bukan sedikit. Kalau bukan kerana Datuk
Andullah dan Datin Maimun, mungkin isteri tercinta Aishah tidak berada di
sisinya sekarang ini. Lima belas tahun yang lalu, Datuk Abdullah telah menyumbangkan
wang lebih daripada lima puluh ribu untuk membiayai kos pembedahan jantung
Aishah. Bukan itu sahaja,malah Datuk Abdullah telah menampung semua kos
sepanjang sebulan dia berada di Singapura. Pembedahan itu telah Berjaya dan
Aishah sudah sembuh sepenuhnya.Tidak mungkin dia akan menikam Datuk Abdullah
daripada belakang walau nyawanya yang terpaksa di pertaruhkan. Jauh di sudut
hati, Hashim bebar-benar bersyukur kerana di pertemukan dengan orang kaya yang
cukup merendah diri dan pemurah seperti
Datuk Abdullah.
Lamunan Hashim terhenti apabila
telefon Blackberry Datuk Abdullah berbunyi. Senyuman terpancar pada wajah Datuk
Abdullah.
“ Datin.” Ucap Datuk Abdullah
sepatah.
Untuk memberi sedikit privasi,
Hashim bangun dengan alas an mahu ke bilik air.
“ Waalaikummussalam Yang. Hai awal
lagi telefon Abang ni kenapa? Dah rindu ke?”
“ Ye Bang, Mai rindu sangat. Abang
ni kan, tak habis-habis nak mengusik. Ni Bang, Mai nak bagitahu berita gembira
ni. Jane dah boleh bercakap. Walau pun dua tiga patah tapi Mai cukup gembira.
Dia kenal Mai tadi Bang. Dia sebut nama Mai dan dia peluk Mai tadi Bang. Doktor
Fernando cakap, it’s like a miracle! Cuma itulah, dia seolah kebingungan
apabila melihat sekeliling. Doktor cakap ia satu perkembangan yang menakjubkan
dan Jane akan perlukan masa untuk kembali pada dirinya yang asal. Dua puluh
lapan tahun Bang, baru dia bukak mulut. Tapi tadi Mai tersentuh sangat sebab
perkataan pertama yang dia sebut adalah ‘ Jason’. Mesti Jane sangat sayangkan
Jason kan Bang.”
Pada fikiran Datuk Abdullah, berita
yang di sampaikan oleh Datin Maimun cukup mengembirakan hatinya. Doanya selama
dua lapan tahun ini dimakbulkan Tuhan dan dia amat bersyukur sekali.
“ Ya Allah, kau berikanlah peluang
supaya Jane boleh kembali mengingati siapa dirinya yang asal. Berikanlah aku
kekuatan ya Allah supaya ibu dan anak boleh bersatu dan apa yang sepatutnya
menjadi milik mereka akan dikembalikan.” Doa kudus Datuk Abdullah bergema di
dalam hati.
“ Abang? Abangggg…Mai cakap dengan
Abang ni..Abang dengar ke tak?”
“ Ye Mai, Abang ada kat sini.Abang
dengar apa yang Mai cakap tu. Mai tak payahlah jerit kuat sangat sebab suara
Mai seksi giler memang tergoda habis Abang.” Satu teguran secara halus untuk
Datin Maimun diberikan.Kalau tegur secara ‘direct’ kang ada yang tidur atas
sofa pulak malam nanti.
“ Bang, Mai rasa tak sedap hatilah.
Boleh ke Jeff terima semua ni dengan fikiran terbuka. Mai takut kalau Jeff
marah pada kita sebab sembunyikan Mary Jane, ibu kandungnya sampai sekarang.
Sampai sekarang ni Jeff ingat Mummy Jane sudah meninggal dunia sedangkan dia masih
hidup. Mai takut sangat Bang.Mai takut Jeff marah dan tinggalkan kita.Kalau itu
berlaku, mati Mai, Jeff dan Anna adalah nyawa Mai. Walau dia bukan darah daging
kita, Mai tetap sayangkan dia sama seperti Mai sayangkan Adrianna.”
Datin Maimun tidak dapat
menyembunyikan rasa gundah di dalam hatinya. Air mata menitis tanpa disedari.
Sungguh dia takut akan kehilangan anak lelaki yang di susui selama dua tahun
itu.
“ Mai, sayang dengar sini. Abang tak
nak Mai risau tak tentu pasal okay. Jangan fikir yang bukan-bukan. Abang tak
nak darah tinggi Mai naik lagi. Pasal Jeff serahkan pada Abang. Abang tahu apa
yang Abang perlu lakukan, just trust me okay.”
Datuk Abdullah cukup memahami isi
hati Datin Maimun. Dan dia amat bersyukur kerana dikurniakan isteri yang setia
dan sanggup menempuh segala ranjau berduri sepanjang tiga puluh tahun
berkahwin. Tidak pernah terlintas di dalam hati untuk mencari yang lain. Maimun
adalah isteri yang dia inginkan sebagai peneman di dunia dan di akhirat nanti.
………………………………………………………………………………………………………
“ Sial!macam mana gua boleh tidak
tahu!”
Robert
Tan sudah mengamuk sakan. Habis fail di atas meja bertaburan ke lantai.Satu
pandangan yang tajam di lontarkan kepada adiknya Stephanie yang duduk
bertentangan dengannya.
“
Lu jangan nak salahkan gua ya! Selama ini pun Lu apa tahu? Lu hanya tahu joli
sana-sini,habiskan duit syarikat atas meja judi, tabur duit pada
perempuan-perempuan simpanan, gro kelab malam dan lu jangan ingat gua tak tahu semua aktiviti lu. Semua ada
dalam kocek gua! Lu dengan Connie sama saja,hanya tahu habiskan duit sahaja.
Seamua hal Ocean Blue lu lempar pada gua. Bila jadi macam ni, gua yang kena
tanggung.Banyak cantik muka korang!” Stephanie turut sama menyinga. Belum
sempat Robert membuka mulut, dia menyambung lagi.
“
Mummy pun satu hal. Kepala gua rasa mahu pecah tahu tak! Belum lagi tambah
dengan hal Daddy. Korang semua langsung tak pedulikan Daddy.Kesian dia.Dulu apa
yang lu nak Daddy tunaikan. Bila Daddy sakit semua lepas tangan. Gua penat tahu
tak! Hal Ocean Blue gua yang kena uruskan.Kalau tak kerana gua, dah lama Ocean
Blue lingkup. Gua tak boleh uruskan seorang Robbie, gua perlukan lu dan di rumah pula Daddy perlukan
kita semua.”
Kemarahan
Stephanie mula mengendur setelah semua isi hatinya di hambur pada Abangnya.
Sudah cukup lama dia memendam rasa, menguncikan mulut namun tidak hari ini.
Fikirannya cukup kusut dan serabut memikirkan kemungkinan yang akan terjadi
kepada Ocean Blue.Empayar hotel dan resort milik keluarga mereka mesti
diselamatkan.
Semalam,
dia menerima laporan hasil kaji selidik yang di lakukan oleh pembantunya, Aaron
dan laporan yang diterimanya cukup merisaukan. Laporan itu menunjukkan bahawa
pengunjung dan pelancong yang berkunjung ke hotel dan resort semakin
berkurangan. Bukan hanya di Kuantan, malah senario yang sama turut sama berlaku
di Kuala Lumpur,Langkawi, Johor Bahru dan juga Pulau Pangkor. Kos operasi di
semua cawangan melebihi pendapatan yang diperolehi sekali gus terang lagi
bersuluh Ocean Blue sememangnya sedang berdepan dengan krisis kewangan yang
serius!
“
Saham kita jatuh merudum Robbie.We need to do something before it’s too late.
Tak kan lu mahu Ocean Blue tersungkur. Daddy worked so hard for it. Gua tak
sampai hati lihat semua usaha Daddy goes in vain.”
Laporan
kewangan dan laporan kaji selidik di lemparkan oleh Stephanie ke atas meja
Robert. Dengan rakus, Robert membuka fail tersebut. Dia cuba menbaca apa yang
tertulis di situ namun otaknya tidak dapat memproses maklumat yang bertaip
cantik di dalam bahasa Inggeris.
“
Lain kali lu suruh lu punya pembantu
taip report ni dalam bahasa mandarin baru aku boleh faham dengan jelas.” Robert
cuba memberi alasan.
Pada
hal dia ni tulis report dalam bahasa apa pun bukan dia boleh faham. Bukan
cerdik sangat dia ni. Dapat ijazah pun atas kertas saja.Mummy dia yang belikan
ijazah pentadbiran perniagaan dia tu di black market.
“
Steph, lu ada cara tak macam mana nak selamatkan Ocean Blue?” Buat pertama kali
Robert menunjukkan minat dan tumpuan serius terhadap perkara yang di bincangkan.
Pertanyaan tersebut di ajukan kepada Stephanie, adiknya yang juga merangkap
pengarah operasi Ocean Blue yang beribu
pejabat di Kuantan.
“
Entahlah Robbie,gua rasa kita tenat.Terlalu banyak spekulasi buruk tentang
Ocean Blue sekarang. Gua rasa memang ada pihak yang sengaja mencanang spekulasi
buruk tentang kita kebelakangan ini. Kita kena siasat siapa mereka dan apa
tujuan sebenar mereka menyebarkan spekulasi buruk tentang kita.”
“
Kita kena buat sesuatu untuk pulihkan imej Ocean Blue. Apa kata kita buat
promosi, kasi diskaun, offer pakej yang murah untuk seminar ke,family day
ke,taja rancangan tv ke..apa-apa sajalah yang boleh memulihkan keyakinan
customer terhadap rangkaian hotel dan resort kita semula.” Robert serius memberi cadangan.
“
Kalau daripada dulu lu serius macam ni kan bagus. Aku tak pening nak hadap
Ocean Blue sorang-sorang dan Ocean Blue takkan perlu berdepan dengan masalah
kewangan seperti ini.”
“
Maafkan gua Steph. Gua tahu gua salah dan gua janji sama lu, gua akan ganti
balik semua duit company yang gua pakai and thanks for your trust. Kita sama
bangunkan Ocean Blue semula okay.”
Stephanie
hanya mencebikkan bibir kepada Robert. Hatinya masih berbelah bagi.Bukan dia
tidak kenal dengan Robert, takkanlah boleh insaf sekelip mata. Kalau pun benar
Robert sudah insaf, dia masih belum mampu mempercayai Robert seratus peratus.
Takut hangat-hangat tahi ayam pula nanti. Buat kerja separuh jalan dan dia juga
yang harus di menyelesaikan semuanya nanti.
“
Gua ada satu lagi berita yang tak baik. Gua tak tahu sama ada lu sudah tahu
atau tidak pasal ini.”
Stephanie
cuba mengawal suara setenang yang mungkin. Dari riak air muka Robert dia sudah
tahu yang Robert belum mengetahui tentang perkara itu lagi.
“
Apa lagi? Lu jangan nak buat gua suspen boleh tak?”
“
Lu tahu tak, Eric dan Tengku Mukhriz sudah menjual semua saham mereka?”
“
Hah! Bila? Mereka jual semuakah? Siapa yang beli?” Robert sungguh terkejut
dengan perkhabaran itu.
Tekaan
Stephanie tepat. Robert memang CEO yang tak tahu apa-apa. Entah macam manalah
Daddy boleh melantik Robert sebagai pemangku CEO sedangkan dia tahu otak udang
seperti Robert memang tidak tahu membuat sebarang kerja.
“
Eric dan Tengku jual kepada Datuk Abdullah Rahman. Lu kenal tak siapa dia?
Sekarang ni Datuk Abdullah sudah memiliki dua puluh lima peratus saham Ocean
Blue. Baik lu tanya shareholders yang lain.Manalah tahu mereka ada menerima
tawaran yang serupa daripada Datuk Abdullah. Hari tu Daddy dah pindahkan semua
saham ke atas nama lu ke?”
“
Daddy belum sempat lagi pindahkan semua saham
kat gua. Takkan lu tak ingat, hari yang sepatutnya Daddy sain dokumen
pindah hak milik itukan Daddy kena serangan strok. Kau jangan risau.Kalau semua shareholders
jual saham mereka pun, kita masih major shareholders. Lima percent milik
kau,lima percent lagi milik Connie,lima percent adalah milik Mummy dan
selebihnya adalah atas nama Daddy. Semuanya berjumlah lima puluh lima percent.
Don’t worry Steph, Ocean Blue tidak akan jatuh ke tangan orang lain.”
Panjang
lebar Robert cuba meraih keyakinan Stephanie walau pun hatinya sendiri tidak
yakin dengan kata –kata itu.
“
Lu jangan terlalu selesa Robbie. Anything can happen. Baik lu jumpa Benard dan Wilson secepat yang mungkin. Kita
tak tahu apa motif sebenar Datuk Abdullah membeli saham kita. I smell something
fishy here.Trust me Robbie, he has the hidden agendas.”
“
Hal Benard dan Wilson lu serah pada gua. Tugas lu sekarang ialah rancang
strategi supaya pengunjung hotel dan resort kita meningkat.”
“
Gua ada satu cadangan.Kalau Lu setuju, Gua proceed. Apa kata kita taja lokasi
rancangan masakan yang popular kat tv tu ‘ cooking with love’. Gua tengok Chef
yang jadi pengacara tu sangat hensem, funny, santai dan bulan lepas rancangan
masakan tu dapat award rancangan masakan terbaik Asia.”
“
Bagus! Bagus! Lu proceed. Gua setuju.Kalau perlu lu offer dia jadi duta hotel
kita terus.”
“
Yang itu Gua rasa tak boleh sebab dia ada kontrak sebagai duta Ritz Carlton.”
“
Ritz Carlton? Wah, mesti itu chef banyak bagus. Lu proceed. Gua setuju.”
Stephanie
mengangguk. Buat kali pertama dia bersemangat mahu melakukan tugas. Nombor
telefon PA Chef Jeffrey di cari. Awal-awal lagi dia sudah mencari nombor kontak
tersebut. Chef Jeffrey…..wajah lelaki idolanya terus berlayar di ruang mata.
………………………………………………………………………………………………
Rayyan
Fahrin mengatur langkah menuju ke arah bilik bacaan Datuk Abdullah dengan dada
yang berdebar-debar. Hati kecilnya tertanya-tanya apa yang mahu dibincangkan
oleh Datuk Abdullah dengannya. Apabila
tiba di depan pintu bilik bacaan yang terletak di tingkat dua villa,Rayyan
Fahrin menarik nafas yang agak dalam cuba mencari kekuatan untuk diri sendiri.
“ Pasti tentang sesuatu yang serius,
kalau tak tentu Baba akan bincang dekat ofis saja.” Minda Rayyan Fahrin cuba
menebak.
Dengan
lafaz Bismillah, Rayyan Fahrin mengetuk pintu. Salam di beri dan seketika
kemudian,salam disahut daripada dalam.
“ Waalaikummussalam,masuklah
Fahrin.”
Datuk Abdullah sedang bersandar pada
kerusi kulit sambil memandang Fahrin dengan pandangan yang bermakna.
“ Duduklah Fahrin.Kenapa tercegat
sahaja. Baba ada beberapa hal yang nak di bincangkan.”
Usai
Rayyan Fahrin melabuhkan punggung pada kerusi yang bertentangan, Datuk Abdullah
menghulurkan sebuah fail berwarna biru. Rayyan Fahrin menyambut fail tersebut
dengan minda yang penuh dengan tanda tanya.
“ Itu fail tentang Ocean Blue. Baba
nak Fahrin study maklumat yang ada dalam fail tu dengan teliti. Tak lama lagi
Ocean Blue akan mengadakan board meeting. Baba rasa Uncle Hashim sudah
terangkan pasal Ocean Blue kan? Baba mahu Fahrin jadi proksi Baba sebagai salah
seorang shareholder kat situ.”
Rayyan Fahrin mengangguk-anggukkan
kepala. Sememangnya dia telah sedia maklum tentang hal berkaitan dengan Ocean
Blue. Datuk Abdullah telah mengarahkan supaya selepas majlis resepsi nanti, dia
akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Ocean Blue dan tugasnya di Casa
Impiana akan di bantu oleh Reggie, salah seorang eksekutif yang amat
berdedikasi dan sudah tentu telah melepasi tapisan SIRIM oleh Datuk Abdullah
sendiri.
“ Okay.”
Rayyan
Fahrin menjawab dengan yakin. Memang dia sedia maklum tentang itu.
“
Baba sudah arahkan Stephen untuk menjadi penasihat. Nanti Uncle Hashim akan
serahkan surat lantikan. Baba mahu Fahrin jadi mata dan telinga Baba. Baba
sudah jelaskan misi Baba dengan Ocean Blue kan? So Baba nak Fahrin bantu Baba
melaksanakan misi ini secepat mungkin.”
“
Jeff dah tahu ke pasal ni Baba?”
“
He will know when the time comes.”
“
At the meantime, Fahrin kena terus buat tak tahu macam sekarang. Ingat, jangan
sampai Jeffrey tahu pasal ni. Jeff hanya boleh tahu tentang Ocean Blue daripada
mulut Baba sahaja.”
“
Ya, Baba .Saya faham.Don’t worry, you can count on me.”
“
Bagaimana persiapan majlis resepsi nanti? Dah beres?’ Datuk Abdullah menukar
topic perbualan.
“
Eveything is great.Baba pun sedia maklum siapa plannernya kan? Mama tetapkan
segala-galanya. Tema majlis pun Mama dah tetapkan. Papa tahu kan yang Mama dah
tetapkan tema fairytales. Papa pakai kostum apa nanti?”
“
Mama kamu ni pun satu.Tak pernah di buat orang. Mama kamu ni dah hilang akal
agaknya. Ada ke pilih tema macam tu. Dia kata dia nak tunaikan impian dia nak
tengok Adrianna kahwin pakai gaun Cinderella. Walau apa pun, Baba setuju dengan
idea Mama ni sebab ia unik. Kadang-kala seronok juga kalau kita lari sedikit
daripada kebiasaan. Yang pasti semua orang akan berseronok dan gembira
sepanjang majlis berlangsung. Tak salah selagi tidak melanggar hukum-hukum
syarak kan?”
“
Itu dah pasti.Ia akan jadi special moment untuk saya dan Adrianna.Definately
kami akan ingat sampai bila-bila. Manalah tahu boleh masuk Malaysia Book Of
Record ke.” Mereka berdua sama-sama ketawa.
“
Bagaimana hubungan Fahrin dan Anna sekarang?” Datuk Abdullah cuba mencungkil
rahsia.
“Okay,
at least kami dah kurang bergaduh. Kami decided nak mulakan hubungan kami dengan
friendship first.Then barulah kami fikirkan untuk pergi lebih jauh.” Lurus
bendul Rayyan Fahrin menjawab tanpa memikirkan bukan ‘hubungan’ itu yang di
maksudkan oleh Datuk Abdullah.
“
Maknanya sudah tiga bulan kamu kahwin dan kamu dengan Anna belum menjadi suami
isteri dalam erti kata yang sebenar?” Datuk Abdullah mengerutkan keningnya
sedikit.
“
Parah. Kalau macam ni, dua tahun lagi pun aku tak dapat menimang cucu.Aku kena
campur tangan. Nasiblah dapat menantu bendul macam ni. Belajar sampai ke
seberang laut tapi bab memikat perempuan tak sampai seberang parit pun.” Otak
Datuk Abdullah sudah ligat berfikir.
“
Nak buat macam mana Ba.Anak Baba tu susah betul saya nak tackle. Ini pun dah
kira okay sebab kami boleh jadi kawan.Kalau tak, patung beruang comel dia tu
asyik menyinggah kat muka saya je. Nasib baik patung-patung tu lembut.Kalau
keras mahu sompek sana-sini muka saya ni Baba.”
Datuk
Abdullah tergelak kecil apabila mendengar kata-kata Rayyan Fahrin. Alahai!
Kesian sungguh menantu aku yang ini.Kena buli dengan anak aku rupanya. Takpe
Fahrin,Baba comes for the rescue!
“
Tukar strategi.” Datuk Abdullah bersuara dengan cukup serius.
“
Hah! Tukar strategi apa Ba?’
“
Dengar sini Fahrin. Baba nak Fahrin tukar strategi pikat anak Baba. Kalau tak
jalan cara lembut, Fahrin guna cara lain pulak. Guna kuasa veto sebagai suami.
Habis cerita. Apa pun tahun depan Baba nak cucu.Ingat tu ,tahun depan.”
Terkedu
Rayyan Fahrin mendengar tutur kata bapa mertuanya.
“
Biar betul Baba ni! Hari tu dia jugak yang suruh aku tackle anak dia slow-slow,
guna kelembutan, guna kasih-sayang.Sekarang dia suruh aku tukar strategi
pulak.Apa kes ni beb?” Rayyan Fahrin masih lagi blur mahu mentafsir maksud
sebenar kata-kata Datuk Abdullah.
“
Lepas majlis resepsi, Baba nak Fahrin buat ni.”
Datuk
Abdullah bangun daripada kerusi. Dia menapak ke arah Rayyan Fahrin. Dia
membisikkan sesuatu di telinga Rayyan Fahrin.Panjang benar arahannya.Ada
kalanya Rayyan Fahrin mengangguk tanda faham apa yang harus di lakukan.
“
Saya kena buat semua tu?”
“
Yelah! Kau ni Fahrin, belajar kemain tinggi tapi itu pun nak kena Baba cakap
satu persatu ke?
“
Tapi………..”
“
Takde tapi-tapi. Yang Baba nak dengar Fahrin buat seperti apa yang Baba cakap
tadi. Semuanya Baba sponsor. Kalau nak tahu pasal Anna, cari Elaine.Dulu mereka
berdua tu macam kembar siam. Ke mana pun berdua.Tapi semenjak peristiwa Si
Shamsul cuba nak culik Anna tu, terus mereka jadi renggang. Baba tahu, Elaine
tu bukannya jahat Cuma dia diperalatkan oleh sepupu bongok ia tu.Kita lelaki
kena kreatif sikit. Ingat Fahrin apa pesan Baba.”
Rayyan
Fahrin tersenyum. Tak sangka bapa mertuanya akan memberi idea sebegitu. Walau
apa pun, Baba you rocks!
“
Okay Baba! Perintahmu akanku junjung!” Rayyan Fahrin siap tabik hormat lagi.
Hahaha..siaplah Anna nanti!
Monday, 18 March 2013
AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 31
BAB 31
Ngah
seman duduk di atas pangkin buluh di bawah pokok jambu air yang terletak di
hadapan rumah. Sesekali peluh yang menitis di dahi di lap menggunakan kain
tuala yang sedia berada di atas bahu. Penat selepas balik daripada kebun di
atas bukit sana masih belum hilang lagi. Terasa sengal-sengal seluruh badan
apabila mencangkul membina batas-batas tanaman ubi keledek di kebun. Dia
berpaling ke rumah sebelah apabila terdengar suara Nek Wan memanggil
cucunya,Rania. Setelah Rayyan Fahrin berangkat pulang ke Kuala Lumpur bersama
isteri, Nek Wan tinggal bersama dua lagi adik Rayyan Fahrin. Dengar khabar,
Rayyan Fahrin mahu membawa Nek Wan tinggal bersamanya di Kuala Lumpur apabila
Rayyan Firdaus dan Rania Irdiani menyambung pelajaran masing-masing.
Rayyan
Fahrin. Pemuda itu pernah diangankan untuk menjadi menantunya. Namun belum
sempat dia mencucuk jarum pada Nek Wan,dia dikejutkan dengan berita perkahwinan
Rayyan Fahrin dengan anak datuk dari Kuala Lumpur. Nak buat macam, mungkin
sudah suratan jodoh anaknya,Nadhia bukan dengan Rayyan Fahrin. Dia tahu anak
gadisnya itu menaruh perasaan yang mendalam terhadap cucu sulung Nek Wan
merangkap jiran sebelah rumahnya.
“
Bang! apa yang awak menungkan tu sampai berkerut-kerut dahi saya
tengok?”Pertanyaan Ngah Senah membuatkan Ngah Seman sedikit tersentak.
“
Awak ni, cubalah bagi salam dulu.Terkejut saya.Hah, mana kopi yang saya
mintak?” Ngah Seman membuat muka tidak senang hati apabila disergah begitu oleh
isterinya.
“
Kopi dah habis,teh o saja ada. Sebelum ke kebun tadi saya suruh Nadhia yang
belikan tapi hampeh! Entah apa yang di buatnya kat rumah sampai suruh beli kopi
kat kedai runcit pun malas.
Ngah
Seman hanya mendengar rungutan isterinya sambil menyisip perlahan teh o yang
dihidangkan oleh Ngah Senah.
“
Saya risaulah Bang tengok si Nadhia tu. Sejak dua menjak ni,asyik terperap di
dalam bilik saja. Hairan betul saya.Sejak Fahrin bernikah, dia jadi pendiam dan
tak banyak cakap. Pelik betul saya dengan anak kita yang seorang ni.Orang lain
sibuk keluar daripada kampung nak cari kerja kat Bandar,tapi dia ni terbalik
pulak.Puas saya suruh dia cari kerja di Bandar tapi dia buat muka
selamba.Katanya malas nak kerja di Bandar,sesak sangatlah,bising
sangatlah..berbagai-bagai alasan lagi. Kalau asyik tanam anggur yang tak
berbuah,sampai bila pun tak boleh makan hasilnya.” Ngah Senah mengunyah pisang
goreng yang di beli dekat simpang semasa pulang daripada berkebun tadi sambil
mulutnya berjela mengomel tentang anak daranya.
“
Yelah.Saya pun nampak. Saya rasa dia frust menonggeng sebab Fahrin kahwin
dengan orang Kolumpo tu kot?” Ngah Seman menyerkap jarang.
“
Bang, saya rasalah kan, Si Fahrin tu entah-entah jadi pak sanggup je kot.Tak
pun kahwin kontrak. Itu yang tup-tup dengar dah kahwin.”
“
Awak ni Senah pandai sahaja buat andaian.pak sangguplah,kahwin
kontraklah.Itulah banyak sangat tengok drama sampai otak kamu tu suka sangat
buat andaian.Kalau betul tak apalah.” Ngah Seman melahirkan rasa tidak gembira
dengan kata-kata yang keluar daripada mulut isterinya.
Sementara
itu, di dalam rumah,Nadhia sedang berkurung di dalam biliknya. Dia menulis
sesuatu di dalam diarinya. Baru seketika dia menulis, tiba-tiba dia mengoyakkan
helaian tersebut dengan kasar sehingga beberapa helaian terkoyak sekali gus.
Dia mendengus kasar dan mengeronyokkan kertas yang di koyak dengan perasaan
marah dan dendam.
“
Tak guna kau Fahrin! Bertahun aku sayangkan kau tapi langsung kau tak pandang
aku.Jangan ingat kau boleh hidup senang-lenang selepas ini. Pergi mampus kau
dan keluarga kau sekali. Kau fikir kau boleh hidup senang dengan isteri kau
ye.Kau bina kebahagiaan kau di atas air mata aku dan ini Nadhia, Fahrin! Aku
akan balas keperitan dan luka di hati aku yang kau toreh ini…dan kau
perempuan…aku akan pastikan yang Rayyan Fahrin adalah milik aku selamanya. Aku
akan rampas Fahrin dan kalau aku tidak dapat memilikinya,tiada orang lain yang
akan dapat sebab dia hanya milik aku seorang. Ha ha ha hi hi hi….”
Tiba-tiba Nadhia
mengilai-ngilai.Dia ketawa seorang diri sambil gambar Rayyan Fahrin yang di
ambil secara curi di dakap kemas.Dan kemudian,dia menangis sambil
mengamuk-ngamuk. Semua barang di balingnya ke dinding. Seketika kemudian pula,
dia ketawa lagi dan kemudian senyap. Sebilah pisau di keluarkan lalu
gambar-gambar Fahrin dan Adrianna serta ahli keluarganya yang di ambil secara
sembunyi semasa majlis menyambut menantu di rumah Nek Wan beberapa minggu lau
di tikam-tikam sehingga hancur.
“
Adrianna…aku akan pastikan kau hidup tak lama di atas muka bumi ini. Aku tak
akan biarkan kau berbahagia dengan lelaki yang paling aku cinta.”
Serentak dengan itu, pisau di tangan Nadhia
menikam tepat pada muka Adrianna di dalam gambar sehingga bahagian dahi
Adrianna di dalam gambar tersebut berlubang luas. Dendam kesumat yang sudah
sebati di dalam hati Nadhia. Para syaitan bertepuk tangan menandakan kemenangan
menghasut seorang lagi anak Adam supaya bersama-samanya di dalam neraka
jahannam nanti.
“ Aku akan hapuskan siapa sahaja
yang menghalang aku. Rayyan Fahrin hanya milik aku seorang dan selama-lamanya
akan menjadi milik aku.Tidak Adrianna dan tidak juga perempuan lain!”
Nadhia
menyeringai dengan wajah yang cukup menakutkan.Gambar Rayyan Fahrin di
bawa ke dalam dakapan. Dia sudah terlalu obses dalam mengejar cinta Rayyan
Fahrin tanpa menyedari perasaan obses itu akan memusnahkan dirinya suatu hari
nanti.
…………………………………………………………………………………………..
Dua hari selepas keluar daripada
wad, Qalisha telah di bawa oleh Nek Jah pulang ke Kampung Rhu Seberang dengan
alasan mahu mengurut sendiri kaki Qalisha. Datuk Abdullah dan Datin Maimun
bersetuju dengan permintaan Nek Jah memandangkan Chef sibuk giler tu terlalu
sibuk sehingga tiada masa untuk menjaga isteri yang sakit. Nasib baiklah Nek
Jah tidak merungut dan memahami kesibukan Jeffrey.
Qalisha cukup teruja kerana sudah
lama dia tidak berjumpa dengan kak Yasmin. Banyak perkara yang hendak dia
kongsikan dengan Kak Yasmin. Rindu juga mahu memegang spanar dan bergaduh
dengan anak jirannya,Usop dan Udin serta Yop dengan Leman. Agaknya sudah
berjanggut dua ekor kambing jantan milik Nek Jah yang sudah lama ditinggalkan. Dia
juga mahu melihat Kambing betina dan anak kambing yang baru Nek Jah beli.
Namanya Kembang.Anak-anak Kembang pula namanya Jlo dan Jolie. Rindu dekat
kambing rupanya.Sabar sajalah dengan perangai Qalish ni macamlah takde orang
lain yang sepatutnya di rindui selain kambing dua ekor tu. Selain itu,niat di
hati Qalisha ialah mahu berjoli sakan tanpa memikirkan apa-apa yang menyesakkan
fikiran.
Ketika Qalisha bertolak pulang ke
kampung bersama Nek Jah, Jeffrey sudah dua hari tidak pulang kerana berada di
lokasi pengambaran rancangan masakannya di Pulau Pangkor. Hanya mesej yang di
titip oleh Qalisha sebagai penganti diri setelah berbelas panggilan suara hanya
masuk ke dalam peti simpanan suara.
“ Salam,ikut nenek balik
kampung.maybe a few days.tytl.”
Ringkas giler
mesej yang Qalisha hantar kepada Jeffrey selepas semua panggilan tidak
berjawab. Namun begitu, Datin Maimun sudah mengetahui perihal Qalisha balik ke
kampung dan bagi pihak Jeffrey, dia memberi keizinan kepada Qalisha.
Jauh di sudut hati Datin Maimun,
dia semakin berasa terkilan dengan kesibukkan Jeffrey yang melampau. Pada
hematnya, dia perlu berbincang dengan suaminya.Sesuatu perlu dilakukan dengan
segera bagi ‘mengikat’ Jeffrey dengan Qalisha. Begitu juga halnya dengan Fahrin
dan Anna. Sepanjang pemerhatiannya, misi menyatukan kedua-dua pasangan ini akan
menemui jalan buntu tanpa campurtangan dia dan Datuk Abdullah.
Suatu petang, ketika Datuk Abdullah
sedang menikmati minum petang di tepi kolam,Datin Maimun mengambil peluang itu
untuk berbincang dengan Datuk Abdullah.
“ Tiga bulan sudah berlalu Bang.
Saya risau melihat perkembangan hubungan anak-anak dan menantu-menantu kita.
Sorang ke hulu,sorang ke hilir. Kalau macam ni, masalah kita Bang.”
Datuk Abdullah hanya mendengar
dengan tenang apa yang di luahkan oleh isterinya sambil menyisip perlahan kopi
o yang masih berasap nipis.
Riak muka Datin Maimun jelas
menampakkan kerisauan. Dahinya berkerut sedikit.
“ Abang,Abang dengar tak apa yang Mai
cakapkan ni?”
Muka Datin Maimun sudah mencuka.
“ Ya sayang, Abang dengar.Abang pun
tengah fikir ni.Ada kalanya Abang pun kesian dengar Fahrin.Sudah macam-macam
cara dia cuba,tapi hati anak kita tu keras betul.Qalish pun sama.Saya kesian
benar dengan menantu-menantu kita. Baiklah kalau plan A tak jalan, kita kena
lancarkan plan B.”
Tenang sahaja Datuk Abdullah
menuturkan kata sedangkan hati Datin Maimun sudah berkecamuk.Mana tak risau
weh!
“ Plan B yang mana pulak ni? Mai
dah konpius ni.Boleh tak Abang cakap tu biar terang.Hati saya risau tahu
tak.Saya tak mahu rumahtangga berantakan macam tu je. Yang buat paling saya
geram dan marah ialah Jeffrey. Kita kena beri kata dua pada anak teruna kita ni
bang. Entah apa yang dia kejar pun saya tak tahu. Duit bukan soalnya.Kalau
glamer yang di cari, suatu hari dia akan menyesal tak sudah. Qalisha is the
sweetest girl I ever met. Kat mana dia letak mata dia pun saya tak tahu.Kat
kepala lutut agaknya. Kalau nak di bandingkan, Qalish sepuluh kali ganda lebih
cantik daripada penyanyi perempuan yang di gosipkan dengan Jeff. Alah sapa nama
dia..Maria..Ria Safira..eh tak.hah! Lya Safiyya.”
Datin meluahkan apa ketidakpuasan
hatinya.Datuk Abdullah hanya setia mendengar.
“ Mai jangan risau.Abang nak buat
majlis resepsi perkahwinan mereka dekat hotel. Abang nak umumkan kepada public
siapa menantu-menantu kita.Lagi pun kita belum buat majlis di pihak kita kan?
Bila Jeff balik nanti kita bincangkan pasal ni dengan dia.Kita bagi dia dua pilihan,
sama ada kita umumkan perkahwinannya dengan Qalisha dalam masa yang terdekat
atau dia kurangkan aktiviti dia yang membuatkan dia sibuk giler tu. Kita paksa
dia pilih antara satu. Pasal Anna
pulak,Mai jangan bimbang. Abang yakin,Fahrin boleh mencairkan hati Anna
tak lama lagi. Percayalah cakap Abang. Just wait and see.”
“ Bila Abang rancang nak buat
majlis resepsi ni?”
Datin Maimun sudah mula teruja
sebaik mendengar kata-kata Datuk Abdullah.
“ Mai rasa dua minggu cukup tak
masa untuk Mai uruskan persiapan majlis ni?”
“ Dua minggu? Di tanggung beres!
Esok jugak Mai mula. Mai akan panggil staff peribadi Mai bersidang esok. Pasal
majlis ni Abang serah saja kat Mai. Tahulah apa yang Mai nak buat. Tapi
seminggu ni ,Mai nak pinjam Amir dan anak buahnya boleh?Abang rasa hotel mana
yang sesuai?”
“ Terpulang pada Mai tapi Abang nak
hotel yang dekat dengan rumah kita. Cuba
Mai survey Hotel Seri Pasifik yang dekat PWTC tu? Atau pun hotel Ritz
Carlton.Jeff kan duta dia. Senang nak kautim. Okay Mai boleh ‘pinjam’ Amir dan
anak-anak buahnya pada Mai untuk seminggu tapi ada syaratnya.”
“ Mak ai! Siap bersyarat bagai. Apa
syaratnya?”
Datin Maimun bertanya dengan tidak
sabar.
Datuk Abdullah tidak menjawab
pertanyaan Datin Maimun itu dengan kata-kata.Sebaliknya dia menjawab dengan
telunjuknya di halakan ke pipi.
“ Abang! Dah buang tebiat ke?
Miang! Malu kalau anak menantu nampak.”
Pipi Datin Maimun sudah kemerahan
apabila diusik oleh Datuk Abdullah sebegitu.
“ Abang miang pun dengan Mai saja.”
Datuk Abdullah mengenyitkan
mata,masih menggiat Datin Maimun yang sudah kemerahan pipinya menahan malu.
“ Dah, malas Mai nak layan Abang.
Abang duduklah minum kopi o sorang-sorang.Mai nak naik atas nak buat senarai
tetamu jemputan. Baik Mai mulakan kerja daripada melayan Abang yang gatal ni.”
Datin Maimun terus berlalu dengan
mulut mengulum senyum. Datuk Abdullah pula hanya tergelak kecil melihat reaksi
Datin Maimun yang masih merajuk manja dan segan apabila diusik. Sudah hampir
tiga puluh berkahwin namun, Datin Maimun masih lagi malu-malu persis anak dara
yang baru berkahwin.
……………………………………………………………………………………………
“ Ma..kita dah bincang pasal ni
sebelum ini kan. Jeff tak boleh nak umumkan lagi perkahwinan Jeff dengan
Qalisha macam tu saja. Jeff tak nak melanggar kontrak, nanti tak pasal-pasal
Jeff di label selebriti yang berimej negative.I don’t want that to happen
besides tinggal beberapa bulan je lagi kontrak tu tamat. After that, Jeff tak
kisah kalau Mama nak canang satu dunia pun yang Qalisha tu menantu mama.”
Sedaya –upaya Jeffrey cuba memujuk
Datin Maimun yang mahu membuat majlis resepsi perkahwinannya dan Adrianna
serentak.
Sebenarnya, isu kontrak tu nombor
dua. Nombor satu ialah dirinya sendiri yang belum bersedia mahu mengumumkan
status perkahwinannya kepada public.Dalam fikirannya, kalau diumumkan sudah
tentu press akan minta gambar atau pun sesi bergambar dengan isterinya.
Takkanlah dia nak muncul di dada akhbar dan majalah bersama Qalisha yang tak
berapa nak ayu tu. Dahlah tak ayu,kasar pulak.Mana dia nak letak muka bila
berdepan dengan rakan-rakan selebriti. Tidak sanggup dia mahu memikirkan
situasi itu kalau betul-betul berlaku.Ya ampun!
Jeffrey ni memang kan? Dia
betul-betul underestimate Qalisha.Alahai Jeffrey,mata kau letak kat kepala
lutut ke? Cubalah kau pandang isteri kau tu betul-betul, isteri punyalah cantik
dia tak Nampak. Cuba kau suruh Qalisha buat make over sikit,mahu terjojol bijik
mata terbeliak dengan kecantikan Qalisha.
“ Okay fine kalau Jeff nak macam
tu. In two weeks times Mama akan buat resepsi Anna dengan Fahrin dulu. It’s
time to let everybody knows who is the son-in law of Datuk Abdullah and Datin
Maimun. Baba nak semua orang kenal dengan Rayyan Fahrin dan kalau boleh mama
juga nak semua orang tahu yang Qalisha adalah isteri Jeff supaya takde lagi
pompuan-pompuan yang entah apa-apa entah mengaku sebagai girlfriend Jeff.”
Akhirnya Datin Maimun terpaksa
mengalah dengan permintaan anak lelaki kesayangannya. Namun dia tidak
menoktahkan kata-katanya begitu sahaja.
“ Tapi Jeff mesti ingat, you have to
stay ‘clean’ as you promised.Kalau ada saja gossip mengarut keluar kat
public,Mama dan Baba akan masuk campur dan masa tu Jeff tak boleh bantah
sebarang keputusan yang Mama dan Baba buat. Deal?” Muka Jeffrey direnung dengan
serius.
“ Okay then.Deal.Anything you say
Mama.Jeff akan ikut.” Jeffrey menarik nafas lega apabila Datin Maimun yan tegas
itu sanggup berkompromi dengannya.
………………………………………………………………………………………………
Seminggu sebelum berlangsung
majlis, Datin Maimunlah orang yang paling sibuk. Perancangan majlis resepsi
Adrianna dan Rayyan Fahrin berjalan dengan lancar. Majlis resepsi tersebut akan
di buat di Ballroom Hotel Ritz Carlton bertemakan garden and fairy tale wedding.
Warna ungu pula menjadi warna tema dan semua ahli keluarga Villa Chinta Qaseh akan
berpakaian serba ungu. Semua tetamu yang hadir di mestikan memakai pakaian atau
kostum yang dilhamkan daripada cerita Cinderella,Snow White,Repunzel dan
lain-lain cerita Grimm’s Brother. Gaun pengantin Adrianna pula ditempah khas
ala-ala gaun ballroom Cinderella. Ini semua Datin Maimun punya Idea.Rayyan
Fahrin pula berpakaian seperti Prince Charming dan nanti mereka akan menaiki kereta kuda dari jarak 500meter
sehinggalah ke pintu masuk utama hotel. Ini semua adalah idea Datin Maimun.
Macamlah korang tak tau bila Datin Maimun a.k.a Datin Vogue bersuara, siapa
yang berani nak membantah. Tambahan
pula, Datuk Abdullah sendiri yang memberi mandat kepada Datin Maimun untuk
menentukan segala-galanya.
Tengahari
itu, Rayyan Fahrin sudah mula bercuti dua minggu tapi Adrianna masih terpaksa
ke pejabat untuk memastikan semua urusan Casa Impiana Landscape and Design
terurus sebelum bercuti. Datin Maimun sudah berkali-kali mengingatkan supaya
menjemput Adrianna untuk pergi fitting baju di Butik Melvin Choo.
Rayyan
Fahrin hanya berpakaian ringkas T-shirts Polo berwarna biru laut di padan
dengan seluar Bermuda separas bawah lutut menuju ke pejabat Adrianna. Sampai
sahaja di perkarangan bangunan empat tingkat tersebut,Rayyan memakir kereta
Lexus Ct Sport miliknya di ruangan yang dikhaskan di sebelah bangunan. Jam di
tangan di kerling.
“
Alamak! Lambat lagi! Janganlah bini aku mengamuk.”
Rayyan
Fahrin cukup faham dengan perangai Adrianna kalau masuk bab ‘punctuality’.
Sebaik kaki melangkah di ruang lobi, macam biasalah beberapa pasang mata
memandang kepadanya.Tapi hari ini,mereka menoleh dua kali kerana memang tidak
dapat di sangkal lagi,Rayyan Fahrin memang punya aura yang boleh membuatkan
ramai anak dan mak dara meleleh air liur.Hensem siot!
“
Aduhhhh..hensem giler dia ni..kenapalah dia tak kahwin dengan aku.” Khaty,Si
penyambut tetamu yang baru sebulan bekerja mula berangan.
“
Assalamualaikum Khaty, can you please tell my ‘mem’ yg saya dah sampai.Thank
you.”
“
Baik Encik Fahrin,Encik tunggu disana sajalah ya.” Khaty melayan Rayyan Fahrin
sesopan,seayu dan dengan senyuman semanis yang mungkin.
Langkah
kaki Rayyan Fahrin di atur ke arah ruang menunggu lalu punggung di labuh pada
sofa yang disediakan. Cermin mata hitam pula mendarat cantik di atas kepala.
“
Puan Adrianna, please.” Tanpa membuang masa Khaty terus menyambung talian ke
meja Fizz, PA Adrianna.
“
Yes,Puan Adrianna’s office, may I help you?”
“
Hoi Fizz, aku aku ni. Ni kau cakap dengan Puan Adrianna,laki hensem dia dah
sampai.”
“
Hah! Dia dah sampai? Cat, hensem tak dia hari ni?” Fizz separa berbisik dengan
Khaty yang mula akrab dengannya.
“
Hensem giler siot! Nak meleleh air liur
aku tengok. Rugi kau, hari ni dia tak naik.Dia mintak Puan Adrianna turun.dia
tunggu kat lobi.”
“
Alaaa…”
“
Oit Fizz! Cepat sikit.Dah lama Abang hensem tunggu.” Khaty terus mematikan talian.
Apa-apalah budak berdua ni. Si
Khaty dan Si Fizz cukup admire dengan Rayyan Fahrin. Walau pun Rayyan Fahrin
bukan berdarah kacukan tapi dia tetap hensem giler.Tubuh tegap,tinggi lampai,kulit
tak gelap dan juga terlalu cerah,gigi pun putih tersusun rapi,pendek kata cukup
satu pakej lengkap untuk dijadikan lelaki idaman. Orang kelate kato,sedang
molek!
Tanpa membuang masa, Fizz terus
menekan butang intercom untuk memberitahu Adrianna tentang kedatangan Rayyan
Fahrin.
“ Yes Fizz,anything important?”
“ Cik Adrianna, your hubby sedang
menunggu kat bawah.Hari ni dia tak naik.” Ada nada sedikit frust pada suara si
Fizz.
“ Dia dah sampai? Okay,I’ll be
there in few minutes.”
Tanpa berlengah,Adrianna terus
bangun mencapai tas tangan di atas meja.Memang dari tadi dia menunggu Rayyan
Fahrin. Mama sudah berkali-kali menelefon supaya jangan lambat. Pukul 2.30
petang mesti ada di Butik Melvin. Langkah terus di atur dengan senyuman meleret
di bibir. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan suami yang di nikahi tiga
bulan yang lalu.
Apa kes ni Anna? Ooo..baru
faham.Depan Rayyan Fahrin kau jual mahal eh..buat-buat sombong buat-buat macam
takde perasaan,pada hal dalam hati sudah ada taman.Kesian kat Abang Fahrin tau
Anna.Bukan main dia berusaha nak me’nackle’ engko tapi ko main tarik tali
dengan dia.Aduhai..nasib engkolah Fahrin sebab dapat bini macam Anna
ni.Jinak-jinak merpati makan di tangan di tangkap lari.
Tiba di lobi, Adrianna memandang
Rayyan Fahrin yang khusyuk membelek majalah sambil bersiul-siul kecil.
“ Ehem-ehem.”Adrianna berdehem
namun tiada respon daripada Rayyan Fahrin. Sekali lagi dia berdehem-dehem namun
respon yang diberi oleh Rayyan Fahrin tetap sama,tiada respon. Oleh kerana
Adrianna berasa sedikit geram, sebiji anak batu kecil berwarna yang terdapat di
dalam pasu bunga disebelahnya di ambil lalu di lontar ke arah Rayyan Fahrin.
‘Pap’ terkena pada majalah yang
sedang di baca oleh Rayyan Fahrin membuatkan dia mendongak.
“ Eh Anna, sejak bila Anna jadi pak
pacak ni? Meh duduk sebelah Abang jab,Abang nak tunjuk gambar perempuan seksi
kat dalam majalah ni…fuh! Seksi giler ni.” Rayyan Fahrin menyakat walhal gambar
yang di lihatnya tadi adalah gambar-gambar kereta mewah yang di impot.
“ Sempat lagi eh dia melayan gambar
yang tak senonoh.Dasar lelaki berdahi licin.Pantang Nampak perempuan
cantik,mulalah.” Adrianna membuat muka menyampah termakan kata-kata Rayyan
Fahrin.
“ Cuba tengok ni, seksi ke seksa?”
Majalah roda tadi di suakan di depan mata Adrianna. Mahu tak mahu dia terpaksa
melihat dan apabila gambar kereta yang di lihatnya, pipinya mula berona merah.
Malu seh!tersilap cemburu tadi.
Rayyan Fahrin tersenyum melihat
reaksi Adrianna. Tangan Adrianna di capai lalu di kucup mesra. Dia mendekatkan
mulut ke telinga Adrianna lalu berbisik.
“ You’re hot! Anna dah cukup seksi
pada mata Abang.Jangan buat mulut macam tu lagi tambah-tambah lagi kat
sini.Nanti Abang tak tahan.” Bibirnya dengan sengaja mengucup telinga Adrianna
dengan lembut dan pantas.
“ Abang! Behave youself! Jangan nak
buat Anna malu depan staf Anna sendiri.” Adrianna sudah mula cuak.Memang
kadang-kala Rayyan Fahrin ni romantic tak bertempat. Dahlah tak bertempat, tak
makan saman pulak tu.
Rayyan Fahrin hanya muka selamba
seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“ Jom, kita dah lambat ni.Kang tak
pasal-pasal Mama mengamuk. Anna tahu tak Mama called Abang empat kali untuk
ingatkan pasal ni.” Rayyan Fahrin mengatur langkah sambil menggenggam erat jemari
Adrianna.
“ Kalau Abang empat kali Mama
called, Anna lebih daripada tu. Pot pet
pot pet, naik rimas Anna tau! Ni tengok ni, lapan missed calls,sengaja Anna tak
angkat.” Telefon Sony Xperia di suakan pada Rayyan Fahrin.
“ Mama bukan apa. Dia nak yang
terbaik untuk kita dan dia nak majlis resepsi kita ni berjalan lancar tanpa
gangguan. Dalam hal ni no doubt that Mama is the best.”
“ Yang Abang puji Mama melangit ni
apa kes?”
“ Salah ke yang Abang cakap? Mama
is the best right? Kalau orang lain, tambah pulak yang berkedudukan macam Mama,
hanya jadi pengarah je.”
Adrianna mengangguk kepala
sebagai tanda dia bersetuju dengan
kata-kata Rayyan Fahrin.
“ Tapi kan Bang, mesti konco-konco
Mama tension giler minggu ni.”
“ Kenapa pulak?”
“ Yang sabar tahap tujuh petala
langit je boleh bertahan dengan arahan Datin Maimun.’
“ Ish sayang ni, ada ke cakap macam
tu.”
“ Betul apa yang Anna cakap..”
Mereka berdua berbual-bual
sehinggalah ke tempat letak kereta. Mesra.Ya mesra.Teman tapi mesra. Satu
permulaan yang bagus untuk hubungan mereka berkembang lebih jauh lagi.
Usai tiba di Butik Melvin,
Cepat-cepat mereka masuk. Rayyan Fahrin dan Adrianna berasa lega apabila
kelibat Mama tidak kelihatan. Mereka beranggapan mereka tiba dahulu daripada
Datin Maimun.
“ Ehem-ehem! Baru sekarang nak
Nampak batang hidung. Buat penat je Mama called berkali-kali.” Datin Maimun
menyergah daripada belakang.
“ Eh Mama! Dah lama Mama sampai?
Kalau Mama nak marah, Mama marah kat Abang sebab dia yang lambat ambik Anna.”
Adrianna menuding ke arah Rayyan Fahrin.
Buntang mata Rayyan Fahrin apabila
mendengar kata-kata Adrianna yang terang-terang menyalahkannya.
“ Eh mana ada Abang lambat, Anna tu
yang berjalan lenggang kangkong.Elok sampai kat kereta nak pergi pergi rest
roomlah,tertinggal handphonelah..”Rayyan Fahrin turut sama tidak mahu mengalah.
“ Bila masa pulak Anna tertinggal
handphone? Eiiii..geramnya Abang ni memandai je reka cerita.” Terus handbag di
tangan pantas menhempap bahu Rayyan Fahrin.
“ Adoi! Sakitlah Anna. Oh berani
cepuk Abang macam tu depan Mama eh! Nak kena dia ni.Cuba cepuk sekali lagi..”
Adrianna sudah lari ke belakang Datin Maimun.
Tadi sebelum sampai ke butik bukan
main teman tapi mesra. Sekarang apa sudah jadi? Mereka saling berkejar
mengelilingi Datin Maimun. Datin Maimun sudah naik pening dengan perangai anak
menantunya ini. Kalau berterusan boleh pitam di buatnya. Entah apa kena dengan
budak berdua ni hari ini. Tak pernah Datin Maimun melihat Rayyan Fahrin dan
Adrianna berlari berkejaran macam kanak-kanak ribena. Melvin yang memerhati
hanya mampu tersenyum. Datin Maimun pula sudah terduduk sambil mengipas-gipas
mukanya dengan tangan.
Monday, 4 March 2013
Akanku 'tackle' kau sampai dapat! 30
BAB
30
“ Harap-harap Jeffrey tak bertekak
dengan Qalish ya Bang.” Ujar Datin Maimun sambil beriringan bersama Datuk
Abdullah menuju ke wad yang menempatkan Qalisha.
“ Eh! Kenapa Mai cakap macam tu?”
Hairan pula bertandang di benak Datuk Abdullah . Wajah isteri disebelah di
pandang dengan penuh tanda Tanya.
“ Yelah, takkan Abang tak tahu Jeff
tu pantang nampak Qalish. Mulut laser takde insurans.Cakap main redah
je,langsung tak fikirkan perasaan si Qalish. Abang jangan tertipu dengan
pelakon idaman Malaya tu. Depan kita, bukan main romantik dia layan Qalish,
belakang kita, menyakitkan hati Qalish sahaja kerjanya.” Datin Maimun sudah
tidak berselindung tentang perangai Jeffrey.
“ Mana Mai tahu? Qalish ada mengadu
kat Mai ke?” Tanya Datuk Abdullah lagi.
“ Qalish nak mengadu? Cari Qalish
lainlah Bang. Qalish tu menantu yang baik. Walau pun apa yang anak kesayangan
kita buat kat dia, sekali pun dia tak pernah cakap atau mengadu apa-apa. Dekat
Nek Jah dan Pak Usunya pun sama. Saya sendiri yang nampak dan dengar. Jeff tak
pernah cakap elok-elok dengan dia. Qalish pun boleh tahan juga, barulah bertemu
buku dengan ruas si Jeff tu. Setiap kali dia nak mengenakan Qalish,dia yang
terkena balik. Ada satu hari tu kan Bang, Mai ternampak mereka berdua bertekak
sampai jatuh tergolek atas karpet..” Galak sekali Datin Maimun bercerita.
“ Awak skodeng anak menantu kita ke?
Tak elok awak buat macam tu sorang-sorang. Lain kali ajak Abang sekali.” Datuk
Abdullah berlagak serius. Namun selepas itu ketawa kecil menyusul.
“ Abang! Ke situ pulak dia! Mana ada
Mai skodeng! Mai ternampak.Kebetulan masa tu Mai nak turun ke dapur nak minum
air. Pintu bilik mereka separuh terbuka.Ada ke tuduh kita skodeng anak
menantu.”Datin Maimun sudah mula mencuka. Merajuk manja.
“ Ai dah merajuk ke? Abang usik je
tadi.” Sebelah tangan merangkul mesra bahu Datin Maimun.
“ Mana ada merajuk.Dah tua-tua ni
Bang, tak larat nak merajuk dah.” Balas Datin Maimun bersahaja.
“ Mana ada tua, Mai tetap muda dan
jelita di hati Abang.Sambil bila-bila.Insyaalah sampai ke nafas Abang yang
terakhir.” Satu ciuman singgap di ubun-ubun Datin Maimun.
“ Ish Abang ni, nak romantik pun
tengok tempatlah. Kita kat hospital ni.” Pipi Datin Maimun mula membahang
seketika. Namun jauh di dalam hati, hatinya berbunga-bunga mendengar pujian
sang suami. Walau pun usia sudah separuh abad, kasih sayang antara mereka suami
isteri tidak pernah pudar malah sentiasa dibaja dengan gurau senda. Mendengar
kata-kata Datin Maimun, Datuk Abdullah hanya buat muka selamba. Tiba-tiba muka
selamba Rayyan Fahrin apabila melayan kerenah Adrianna bertandang dibenak Datin
Maimun.
“ Ermm…ini rupanya tok guru muka
selamba Fahrin tu ya.Baru aku tahu..” Satu senyuman manis diberikan kepada
suami.
Sebaik tiba di depan pintu bilik wad
yang menempatkan Qalisha, Datin Maimun terus memulas tombol pintu. Tanpa
menoleh kepada Qalisha, matanya melilau mencari kelibat Jeffrey. Barang
keperluan Jeffrey dan Qalisha yang di bawa di letakkan di atas meja di depan sofa.
Datin Maimun berpaling ke arah Datuk Abdullah sambil mulutnya mengomel.
“ Mana pulak perginya si Jeffrey
ni..” Dia menghentikan kata-katanya apabila melihat Datuk Abdullah meletakkan
jari telunjuk di bibir.
“ Shhhhh..” Datuk Abdullah menuding
ke arah Jeffrey dan Qalisha yang sedang lena di atas katil. Nyenyak sekali
walau pun dalam cahaya yang terang.
Bulat mata Datin Maimun memandang
seolah tidak percaya apa sedang dilihat. Dia turut tersenyum. Tiba-tiba mentol
lampu mindanya bernyala. Cepat-cepat dia mengeluarkan Samsung Galaxy Tablet di
dalam tas tangannya lalu beberapa keping gambar kandid Jeffrey dan Qalisha
diambil. Dia menunjukkan gambar-gambar yang di rakam kepada Datuk Abdullah.
“ Abang tengok ni,so sweet. Romantik
sangat gambar mereka berdua yang sedang lena tidur ni. Gambar sisi yang sangat
cantik.Mai nak framekan gambar ni,letak dalam bilik mereka besar-besar.” Datin
Maimun mengawal suaranya.Takut juga kalau mereka berdua tersedar.Selain itu,
Datin Maimun risau aksi berdakapan mesra bertukar menjadi aksi bertolakan
sampai keduanya jatuh daripada katil.
“ Tak payah kacau dia oranglah Mai.
Jom kita balik. Biarkan mereka macam ni. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian
yang menimpa Qalish ni. Mana tahu mereka berdua betul-betul berbaik.” Sporting
sekali Datuk Abdullah mengajak Datin Maimun keluar.Malas nak kacau daun.
Bagaikan pencuri pula Datuk Abdullah
dan Datin Maimun menyelinap keluar. Sebelum menutup daun pintu, sempat lagi
mereka berdua menjeling ke arah Qalisha dan Jeffrey yang lena di ulit mimpi.
Mereka berdua beredar daripada situ dengan senyuman yang tidak lekang daripada
bibir.
Pukul lima setengah pagi, seorang
jururawat bertugas masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan rutin. Usai
selesai menjenguk bilik –bilik sebelumnya, jururawat yang bernama Evelyn
menolak daun pintu bilik 405 dengan perlahan. Sebuah troli di tolak bersamanya.
Tanpa memandang ke arah katil, dia membaca carta pesakit dan meneliti carta
tersebut. Pen hitam di dalam poket baju dikeluarkan lalu beberapa catatan rutin
di tulis pada carta tersebut. Sudah tiba masanya untuk mengejutkan pesakit
untuk mengambil bacaan tekanan darah dan makan ubat.
“Qalisha Bt Qhairil. Umur dua puluh
empat. Minor cuts and bruises only.” Jururawat berketurunan serani itu membaca
carta.
“Erk! Alahai ada aksi dot dot pulak.
Mak ai, siap tidur berpelukan lagi. Tahulah ini private hospital yang mewah.Kot
ya pun, tak perlulah tunjuk kasih sayang kat sini. Ni mesti kes baru kahwin. Eh
macam aku kenal je muka yang lelaki ni,tapi kat mana ya? Adoi,aku pulak yang
naik segan nak kejutkan mereka ni.” Jururawat Evelyn mengaru-garu kepala yang
tidak gatal. Muka si lelaki amat biasa di lihat namun fikirannya pada masa itu
tidak mampu mengecam siapa gerangan lelaki tersebut.
Walau pun sedikit segan, Evelyn
terpaksa juga mengejutkan Qalisha. Dia perlu mengambil bacaan tekanan darah
gadis tersebut dan memberi ubat seperti di dalam preskripsi yang telah
ditetapkan oleh doktor di dalam carta.
“ Err..Cik Qalisha. Maaf mengganggu.
It’s time to get up. Saya perlu ambil bacaan tekanan darah Cik.” Evelyn
bersuara namun tiada jawapan. Tiada pergerakkan daripada kedua mereka baik yang
lelaki mahu pun perempuan.
“ Mak ai, ni tidur ke pengsan?”
Evelyn mencuba sekali lagi.Kali ini lebih kuat.
Panggilan namanya sayup-sayup
kedengaran. Qalisha membuka mata perlahan. Matanya masih berat dan rasa
mengantuk masih bersisa. Rasa berat sekali untuk membuka mata. Dia lupa
seketika yang dia berada di atas katil hospital. Entah kenapa dia tidur dengan
lenanya serta bermimpikan Mama dan Papa.
“ Eh apasal susah sangat nak bangun
ni? Apa benda pulak yang ‘menghempap’ perut aku ni berat semacam je.” Qalisha
masih terpisat-pisat. Tiba-tiba matanya terbuka luas sebaik dia melihat tangan
yang enak-enak melingkar pada pinggangnya. Dia terus menjerit sebaik ternampak
muka Jeffrey yang agak terlalu hampir dengan mukanya.
“ Argh!!!!!!!! Apa kau buat kat
aku!” serentak dengan itu, kakinya automatik menendang Jeffrey dengan sekuat
hati. Akibat daripada tendangan tersebut,Jeffrey jatu tergolek ke bawah
bagaikan nangka busuk.
“
Buk! Adoi! What the ….Wei, apasal kau tendang aku? Buang tebiat betul dia ni.”
Jeffrey cuba untuk bangun. Sengal juga punggung dan pinggangnya bila terjatuh
sebegitu. Boleh tahan juga tinggi katil hospital tersebut. Tiba-tiba Qalisha
dan Jeffrey sama-sama terdiam. Mereka sama-sama terkejut namun masing-masing
cuba control ayu apabila melihat sepasang mata jururawat beruniform merah jambu
yang turut sama melopong di situ,
barulah Jeffrey tersedar di mana dia berada. Begitu juga dengan Qalisha.
Langsung dia tidak menyangka tindakan spontannya menendang Jeffrey sebentar
tadi menjadi bahan tontonan. Rasa bersalah pula menjengah kerana secara tidak
sengaja, dia telah memalukan Jeffrey.
“Errr.. maaf nurse, maaf abang.
Qalish tak sengaja. Ingatkan perogol bersiri mana tadi.” Selamba tenuk Qalisha
menjawab sambil membuat muka simpati mahu menutup rasa malu dan segan yang
bertandang sehingga tergagap-gagap bicaranya.
Jururawat yang turut sama terkejut
akhirnya turut sama tersenyum malu.Tidak sangka tugasan rutin pada hari
tersebut membuatkan dirinya dapat menonton lawak mega. Walau pun dia turut sama
terkejut beruk, namun tercuit juga rasa hati melihat gelagat pasangan yang
berada di depannya. Tanpa berlengah, dia terus menjalankan tugasnya untuk
memeriksa tekanan darah pesakit.
“ Ermm..bacaan normal.Ini ubat yang
puan kena makan. Saya keluar dulu. Kalau Puan nak bersihkan diri boleh. Pukul
lapan nanti doktor akan datang untuk memeriksa puan. So kalau tak ada
apa-apa,saya keluar dulu.” Jururawat Evelyn menghulurkan beberapa biji tablet
di dalam cawan kecil kepada Qalisha. Qalisha hanya menggangguk dengan muka yang
masih tebal. Malu siot!
Sebaik jururawat berlalu pergi,
Qalisha memandang muka Jeffrey yang terang-terang masih tidak puas hati.
Sebelah tangannya masih mengurut pinggang yang sengal-sengal.Boleh tahan jugak
tendangan Qalisha tadi.
“ Ko ni pehal tendang-tendang aku?
Kau tahu tak apa hukumnya isteri yang memperlakukan suami macam yang kau buat
tadi. Nak aku jelaskan satu persatu ke?Eh lupa pulak, kau kan arif bab-bab
isteri yang ingkar dan derhaka ni. Buat apa aku nak cakapkan.” Kata-kata
Jeffrey cukup sinis.
Perkataan
‘abang’ sudah berganti dengan perkataan ‘aku’ dan ‘kau’. Sakit hatinya apabila
diperlakukan begitu oleh Qalisha sedangkan niatnya hanya mahu menolong
mententeramkan Qalisha yang meracau-racau di dalam tidur. Dia tidak menyangka
sampai begitu sekali tindakan reflex Qalisha apabila dia memeluknya. Tanpa
menunggu jawapan daripada Qalisha, Jeffrey terus menapak ke bilik air yang
terdapat di dalam bilik wad itu.Malu siot! Secara tidak sengaja jururawat tadi
ternampak aksi yang memakukan itu. Jeffrey berdoa agar Jururawat tadi tidak
mengecamnya. Pintu bilik air dihempas sehingga berdentum bunyinya.
Kata-kata Jeffrey cukup
menghangatkan cuping telinga Qalisha.Sinis sekali. Rasa sakit hati dan geram
mula bertapak di hatinya.Namun dalam masa yang sama, rasa bersalah turut
menjelma. Memang Qalisha berasa amat bersalah.Sebenarnya dia bukan sengaja mahu
menendang Jeffrey sehingga jatuh tergolek tetapi oleh kerana terlampau terkejut
dia tertendang Jeffrey secara tidak
sengaja.
“ Alamak merajuk pulak Si Jeff tu.Apa
aku nak buat ni.Memang aku yang salah pun.Habislah aku kalau macam ni.Mama pun
akan cakap aku yang salah.Nek Jah? Mati keras aku kalau Nek Jah tahu. Erk!
Nampak gayanya aku kena mengalah dan minta maaf dengan dia. Pujuk dia? Mampus
aku.Bab pujuk-memujuk rayu-merayu lelaki yang aku lemah sangat ni.Bukan setakat
lemah tapi gagal terus.” Qalisha mula mundar-mandir di tempat yang sama.
Mindanya sarat mempertimbangkan apa yang harus di lakukan.
Qalisha masih lagi mundar-mandir di
depan pintu menunggu Jeffrey keluar daripada bilik air. Apa pun yang terjadi,
dia akan memohon maaf daripada Jeffrey. Qalisha sudah nekad. Terpulanglah pada
Jeffrey sama ada mahu memaafkan dia atau tidak.
Sebaik sahaja pintu bilik air di
kuak dari dalam, sepantas itu juga Qalisha berdiri terpacak menghalang langkah
Jeffrey. Terkejut sungguh Jeffrey dengan tindakan Qalisha itu. Hatinya mula
berangin taufan. Entah apa lagi yang perempuan ini mahu darinya.
“Tepilah!
Pagi-pagi dah buat aku menyampah.”Keras sekali kata-kata yang dilontarkan
Jeffrey.Namun Qalisha tetap tidak berganjak.
“ Errr..awak…eh! Abang…” Kata-kata Qalisha
tersangkut di situ.
“ Kau fikir dulu apa yang kau nak cakap lepas tu
baru kau bagi tahu.Aku takde masa nak melayan orang gagap macam kau.” Jeffrey
merengus sambil menepis Qalisha dengan kasar. Hampir terjatuh Qalisha di
buatnya.
Qalisha terpana dengan tindakan Jeffrey. Rumusan
yang mampu Qalisha fikirkan pada masa itu adalah Jeffrey benar-benar marah.
Tiba-tiba teringat pula kata yang pernah disampaikan oleh salah seorang
pendakwah bebas di kaca tv, ‘jangan biarkan suami meninggalkan rumah dalam
keadaan marah dan kecil hati terhadap kita.Jika itu berlaku, kita berdosa dan
para malaikat juga turut sama melaknat selagi si isteri tidak meminta ampun
dengan suaminya.’
Kecut perut bila memikirkan kata-kata tersebut.
Jeffrey sudah mahu beredar, jaket kulit yang terdampar di atas sofa di ambil
bersama topi keledar ‘full face’. Jeffrey mengambil kunci motosikal berkuasa
besar milik Luqman dan mula mengatur langkah pergi.Sedikit pun tidak
mempedulikan Qalisha lagi. Melihat tindakan Jeffrey yang mahu pergi, Qalisha
terus berlari mendapatkan Jeffrey dan memeluk Jeffrey daripada belakang. Egonya
di campak sejauh mungkin.Kemaafan Jeffrey perlu diraih.Dia tidak mahu
mengeruhkan lagi keadaan. Walau pun pergelangan kaki masih sakit dan sedikit
terhencut-hencut, Qalisha memeluk Jeffrrey dengan kemas.
“ Please don’t go. Forgive me. Qalish tahu Qalish
tak patut buat Abang begitu. Hukumlah Qalish.Qalish memang berdosa dengan
Abang.Qalish betul-betul minta maaf.” Qalisha memejamkan mata menanti tindakan
Jeffrey selanjutnya.Qalisha mengemaskan pelukan apabila Jeffrey seolah cuba
melepaskan pelukannya.
Buat seketika tiada suara keluar antara
mereka.Terkejut juga Jeffrey dengan tindakan Qalisha memeluk dan memohon maaf
daripadanya. Akhirnya dengan dengan keluhan yang dalam, Jeffrey bersuara.
“ Ikhlas ke kau minta maaf ni? Jangan pulak dah
minta maaf lepas ni kau buat lagi.” Jeffrey memusingkan badannya untuk mengadap
Qalisha.Dia cuba mencari kemaafan daripada si pemilik mata bundar yang jernih
itu.
Qalisha menggangguk-anggukkan kepala. Dagu Qalisha
di angkat dan mata Qalisha direnung. Mata bundar itu mula berkaca, tersentuh
dengan perlakuan sang suami.
“ Qalish sanggup buat apa saja asalkan Abang maafkan
Qalish.” Perlahan sahaja bunyi suara Qalisha.Jantungnya bagai nak pecah dek
kerana terlalu berdebar-debar menanti reaksi oleh Si Jeffrey.
Tiba-tiba, ‘cup!’ satu ciuman singgah di bibir
Qalisha.Qalisha terpaku. Jeffrey hanya tersenyum.Namun pada pengamatan Qalisha,
senyuman itu cukup sinis.Ada unsur tanpa perasaan di situ.
“ Abang akan claim janji Qalish yang sanggup buat
apa sahaja asalkan Abang maafkan Qalish tu kemudian.Sekarang ni, pergi
mandi.Busuk.”Jeffrey berpura-pura menutup hidung. Matanya dikenyit nakal dan
satu flying kiss diberikan pada Qalisha yang masih terpaku. Kemudian dia terus
berlalu pergi meninggalkan Qalisha yang masih ternganga.Speechless!
“ Erk! Dia maafkan aku ke tak ni?” Qalisha
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Akhirnya dia tersenyum sendiri. Boleh
tahan juga tindakan berani matinya sebentar tadi.
“ Aduh…senyuman itu bisa sekali menusuk kalbu.
Ganteng bangat sih.Memang bisa mengganggu-gugat dan memporak-perandakan jiwa
aku. Eh bila masa pulak aku jadi awek indon nih?” Qalisha mengaru-garu kepala
yang memang sah tiada kutu rayau.
Tengahari itu ketika waktu melawat, Rayyan Fahrin
dan Adrianna datang melawat Qalisha bersama-sama dengan Datuk Abdullah dan
Datin Maimun. Jeffrey? Macam biasalah, subuh hari lagi dia kembali ke lokasi pengambaran di Shah
Alam. Rayyan Fahrin dan Adrianna berjalan beriringan dengan Adrianna. Rayyan
Fahrin menggenggam erat tangan Adrianna menuju ke arah wad yang menempatkan
Qalisha.
Pada mulanya, Rayyan Fahrin agak teragak-agak juga
mahu meraih tangan Adrianna. Bukan apa, takut juga kalau isteri yang di
cintainya itu tiba-tiba melenting. Rayyan Fahrin berasa lega apabila Adrianna
tidak membantah sebaliknya hanya membiarkan Rayyan Fahrin menggenggam lembut
jari-jemarinya. Rayyan Fahrin tersenyum puas. Sikap Adrianna yang tidak lagi memberi tindak –balas negative
membuatkan hatinya terpaut dengan isterinya sendiri.
Adrianna pula, hanya membiarkan jemari runcingnya
digenggam erat oleh Rayyan Fahrin. Sesekali mata Adrianna menjeling ke wajah lelaki
yang sudah tiga bulan lebih bergelar suaminya dengan perasaan yang berbaur.
Baginya amat sukar sekali untuk dia mempercayai kata-kata yang lahir daripada
mulut lelaki tampan dan bermulut –manis seperti Rayyan Fahrin. Apa yang berlaku
antara dia dan Shamsul suatu ketika dulu benar-benar merobek perasaan.Nasib
baiklah dia tidak berkahwin dengan buaya tembaga tu,kalau tidak sudah tentu dia
makan hati sepanjang masa.
Tiba-tiba, telefon milik Rayyan Fahrin berbunyi.
Rayyan Fahrin terpaksa melepaskan tangan Adrianna yang dipegang. Kocek seluar
jean yang di pakai di seluk.Sebaik sahaja melihat nama pemanggil,Rayyan Fahrin
terus mengukir senyum.
“ Hello cutie, kejap lagi Abang sampai.”
“Ya…Abang ada bawak ‘Tabby’ Qalish ni ha. Kenapa?
Dah bosan sangat ke dok sorang-sorang kat wad?”.Sungguh manja suara Rayyan
Fahrin. Ya, manja yang di buat-buat untuk menguji sama ada Adrianna cemburu
atau tidak. Qalisha memintanya membawa Samsung tablet apabila dia datang
melawatnya di hospital untuk menghilangkan kebosanan.
Adrianna sudah mula berasa cuak. Dia tahu Rayyan
Fahrin sedang berbual dengan Qalisha di telefon. Entah mengapa, hatinya berasa
jengkel dan meluat mendengar perbualan Rayyan Fahrin dengan Qalisha yang pada
pendengarannya cukup akrab. Adrianna melajukan langkah kakinya dengan muka
bagaikan mangga muda. Dia meninggalkan Rayyan Fahrin yang sedang berbual di
talian lalu menyaingi Mama dan Baba yang sedang beriringan di hadapan.
“ Huh! Buat aku menyampah je! Kejap lagi cakaplah
face-to-face lama-lama. Tunggu ya Qalish..Abang Ray datang ni…” Adrianna
mencebik di dalam hati. Tanpa dia sedari, perasaan cemburu apabila Rayyan
Fahrin berbicara mesra dengan Qalisha atau mana-mana perempuan lain sudah mula bertapak
di dalam hati.
Setiap kali Rayyan Fahrin datang ke pejabatnya,
melopong semua semua staff perempuan sampai ada yang ternganga mulut. Di tambah
pula dengan Rayyan Fahrin yang memang tak lekang dengan senyuman ‘killer’ dia
tu dan ramah pula melayan semua staffnya, maka bertambahlah geram hati
Adrianna. Bukan setakat staff pompuan, malah si Fizz ,PA jambu Adrianna pun
bukan main lagi. Dengar sahaja Rayyan Fahrin datang dia tersengih sampai ke
telinga! Hensem sangat ke laki kau ni Adrianna?
Rayyan Fahrin sudah tersenyum.Bukan dia tak nampak
muncung Adrianna yang sudah boleh di ikat riben itu. Tadi pun sengaja dia
bercakap lembut dan romantic dengan Qalisha kerana mahu melihat reaksi daripada Adrianna sehinggakan Qalisha
mengatakan dia sudah buang tabiat kerana memanggilnya ‘cutie’. Kata Qalisha
lagi, bunyinya macam memanggil anak kucing pula.
“ Ermmm…nampak macam ada unsur jeles.Jeles tandanya
sayang.Dia sayang ke tak kat aku agaknya ya? Nampak gaya nak kena buat
eksperimen ni.” Otak Rayyan Fahrin sudah berkira-kira dengan apa yang akan di
lakukannya sebentar nanti.
“ Anna, tunggu abang!” Rayyan Fahrin sudah berlari
anak mendapatkan Adrianna yang sudah jauh di hadapan.
Adrianna berpaling apabila dengan kuatnya Rayyan
Fahrin memanggil. Bukan setakat Anna sahaja yang berpaling,malah beberapa orang
yang berada di laluan koridor ke wad itu turut sama berpaling.Ada yang membuat
tanda ‘shhhh’ mengingatkan yang mereka berada di kawasan wad.
Adrianna menepuk dahi.Geram pula rasa hatinya kerana
tidak pasal-pasal dia menjadi tumpuan orang seketika. Datin Maimun dan Datuk
Abdullah sudah jauh di depan macam tak sabar pula mahu berjumpa dengan menantu
kesayangan.
“ Kenapa tak jerit kuat sikit lagi? Yang tadi tu tak
berapa nak dengar.” Adrianna menyindir. Langkahnya di hentikan.Sempat lagi satu
dengan jelingan yang tajam diberikan pada Rayyan Fahrin.
“ Sorry sayang,Abang tak perasan tadi Abang panggil
sayang terlebih ‘volume’. Kenapa tinggalkan Abang macam tu je?” Sengaja
suaranya di lantun dengan gaya yang cukup menggoda.Siap berbisik lagi dan
dengan selamba, sebelah tangannya memaut pinggang Adrianna mesra supaya
berjalan beriringan dengannya.
“ Awak ni kenapa? Kita kan kat hospital ni.Tak
payahlah nak tunjuk romantik bagai.” Adrianna sudah berasa kurang selesa bila
ada mata-mata yang memandang apabila mereka berselisih.
“ Kat sini tak boleh, jadi kalau kat rumah bolehlah
ye?” Rayyan Fahrin cuba menggiat Adrianna.Dia cukup suka apabila melihat muka
Adrianna yang putih melepak itu berona merah menahan marah dan malu. ‘Cupp!!’
saru ciuman pantas singgah di pipi Adrianna.
“ ‘Abang’.Kalau Anna panggil Abang, ‘awak’ sekali
lagi,Abang cium kat bibir pulak,tak kira kat mana pada masa tu. Hari tu kan
cakap.”
“ Arghhhh!!! Malas nak layan awa…eh Abang ni tahu
tak! Buat sakit hati je.”Adrianna terus menonong ke depan mencari kelibat Datin
Maimun dan Datuk Abdullah yang sudah hilang daripada pandangan.
Rayyan Fahrin tersenyum puas.Menjadi juga ujian
spontan yang di lakukan tadi. Rayyan Fahrin pasti Adrianna cemburu apabila dia
berpura-pura melayan panggilan telefon daripada Qalisha dengan mesra.
“ Abang tahu Anna sayangkan abang. Cuma mungkin
bukan masanya lagi untuk Anna luahkan. Ambillah seberapa lama masa yang Anna
perlukan.Abang akan tunggu.” Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati Fahrin.
Langkah di hayun menuju ke wad di mana Qalisha di tempatkan di mana Adrianna
dan ahli keluarga yang lain berkumpul.
Suasana di dalam wad eksklusif tersebut bertukar
kepada mood yang ceria. Usai tiba di situ, Doktor Emelda dan Doktor Azrul
selaku doktor pakar yang merawat Qalisha mengesahkan yang Qalisha sudah
dibenarkan untuk keluar daripada hospital pada petang itu. Qalisha gembira
bukan kepalang kerana dia tidak perlu berada di wad lagi dan yang paling
penting, dia tidak perlu menyusahkan sesiapa untuk bersusah-payah menemaninya
di dalam wad. Esok. Nek Jah dan Usu Qhairul serta Kak Yasmin akan datang untuk
melawatnya. Bila difikirkan tentang Nenek kesayangannya itu,Qalisha berasa
kecut perut. Entah apa yang akan dihamburkan oleh Nek Jah apabila mengetahui
apa yang terjadi. Mahu tak mahu sudah tentu dia terpaksa menadah telinga untuk
mendengar tazkirah yang bakal di sampaikan oleh Nek Jah nanti.
Datin Maimun dan Datuk Abdullah juga teramat
bersyukur kerana tiada apa serius berlaku kepada Qalisha ketika di serang.Kalau
tidak tentu mereka akan berasa malu yang teramat sangat dengan Nek Jah kerana
tidak dapat menjaga cucu kesayangannya. Datuk Abdullah sudah berkira-kira untuk
menugaskan seorang pengawal untuk menjaga keselamatan ahli keluarganya.Dia
cukup bimbang sekiranya sesuatu yang buruk akan menimpa keluarganya sekiranya
tanpa pengawasan yang rapi. Datuk Abdullah tahu, ramai orang yang akan cuba
menghampiri Qalisha sekiranya mereka tahu Qalisha adalah menantunya.Tambah haru
lagi sekiranya orang surat khabar mendapat tahu Qalisha adalah isteri Jeffrey.
Otak Datuk Abdullah sudah ligat untuk memikirkan apa yang harus di lakukan
dengan menantu perempuannya itu.
Sedang mereka berbual, mereka sekeluarga din
kejutkan dengan suara orang orang member salam.
“ Assalamualaikum.”
Semua yang berada di dalam bilik wad itu menoleh ke
arah pintu masuk.
“ Waalaikummussalam.”
Pantas sekali Qalisha menjawab dengan perasaan
teruja.Dia cukup kenal suara itu.
“ Nenek!”
Tanpa menghiraukan keadaan kakinya yang masih
terhincut-hincut, Qalisha turun daripada katil dan meluru ke arah Nek Jah dan Qhairul
yang sedang menapak masuk.
“ Nenek! Rindunya.dah hampir sebulan tak jumpa.
Nenek sihat?”
Batang tubuh Nek Jah yang sudah mencecah usia enam
puluh tahun di peluk kemas. Kedua belah pipi tua di cium mesra.
“ Ya Allah kamu ni Qalish! Kamu kan sakit.”
Nek Jah cuba meleraikan dakapan Qalisha. Begitulah
Qalisha,sememangnya dia cukup manja dan mesra dengan Neneknya.
Qalisha meraih tangan Nek Jah lalu di salam dan
kemudian tangan Qhairul pula menjadi sasaran.
“Apa khabar Datuk,Datin..maaflah kalau cucu saya
yang seorang ini menyusahkan Datuk dan Datin sekeluarga.”
Ucapan spontan itu keluar daripada mulut Nek Jah
sebaik menyambut salam yang di hulurkan oleh Datin Maimun.
“ Ya Allah Kak Jah, janganlah panggil kami sebegitu.
Panggil saya Mai sudah.Lagi pun, saya yang sepatutnya meminta maaf kerana tidak
menjaga menantu saya dengan baik.”
Datin Maimun pula yang berbahasa. Jujur jauh di
sudut hati dia berasa segan dengan Nek Jah atas apa yang berlaku pada Qalisha.
Mujurlah Qalisha tidak diapa-apakan kalau tidak apa yang hendak dia cakapkan
pada wajah tua yang mengamanahkan tanggungjawab menjaga Qalisha padanya? Apa
yang lebih menyakitkan hati ialah sikap lepas tangan Jeffrey. Kalau hendak
diikutkan malu pula rasanya pada Nek Jah. Isteri berada di hospital tapi si
suami tak habis-habis dengan shooting sana-sini.
Nek Jah
membelek pergelangan kaki Qalisha yang terseliuh. Masih bengkak sedikit.Kalau
tak di urut lambat nak baik dan boleh memudaratkan.
“ Datuk,Datin, Nenek rasa kaki Qalisha perlu di
untuk cepat sembuh. Nenek rasalah, Nenek nak bawak Qalisha balik kampung dalam
seminggu.Nenek nak urut sendiri.Takut nanti kalau berurut dengan orang yang tak
berapa mahir lain pula jadinya.” Nek Jah meminta kebenaran dengan penuh
berhemah. Bimbang kalau-kalau Datuk dan Datin tersalah faham.
“ Nek Jah, Mai mintak maaf sebab tak jaga Qalish
dengan baik.” Datin Maimun bersuara perlahan.Dia berasa besalah di atas kejadian yang menimpa Qalisha.
“ Kenapa cakap macam tu? Ini bukan salah
sesiapa.Benda dah nak jadi. Nak buat macam mana?” Giliran Nek Jah pula yang
bersuara.
Lain pula dengan Qalisha. Dengar saja perkataan ‘kampung’,kalau
boleh dia nak melompat sampat ke siling. Gembira bukan kepalang.Rindu sungguh
pada rumah Nek Jah dan biliknya dan katilnya dan bantalnya, Yop,Leman,Kembang
dan anak Kembang yang dua ekor tu! Kelas
Nek Jah anak kembang di beri nama Jlo dan Jolie. Ha ha ha! Bila masa Nek Jah
jadi peminat tegar artis Hollywood ni takde sapa yang tahu!
Subscribe to:
Posts (Atom)