Total Pageviews

Monday 17 September 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 15


BAB 15

            Di suatu sudut ditepi kolam, Qalisha sedang memeluk Nek Jah dengan erat. Entah kenapa Qalisha seperti tidak mahu melepaskan neneknya. Selepas pelukan dileraikan, Nek Jah mengusap lembut pipi cucu kesayangannya. Hatinya berasa sayu dan sedikit terkilan kerana anak menantunya, arwah Qhairil dan Khairunnisa tidak sempat melihat satu-satunya anak mereka,Qalisha berumahtangga. Peristiwa yang berlaku 10 tahun  yang lepas masih segar dalam ingatan bila dia di datangi oleh dua orang pegawai daripada Wisma Putra yang memaklumkan berita kemalangan anaknya, Qhairil bersama isteri dalam satu nahas jalan raya di Massachussets, Amerika Syarikat. Ketika itu, arwah Qhairil sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah di bawah tajaan kerajaan Malaysia di Massachussets Institute of Technology, sebuah Universiti yang tersohor di Amerika Syarikat. Qalisha yang ketika itu berusia 14 tahun terselamat kerana  dia berada di sekolah. Hancur luluh hati Nek Jah ketika apabila menyambut kepulangan jenazah arwah Qhairil dan Khairunnisa dilapangan terbang. Sejak daripada peristiwa itu, berbulan-bulan Qalisha menjadi murung dan tidak mahu bergaul dengan orang lain. Nasib baiklah Qhairul yang ketika itu berusia 20 tahun berjaya memujuk Qalisha. Peristiwa inilah yang menjadi titik tolak kepada perwatakan Qalisha sekarang. Dia berubah kepada perwatakan gadis yang agak kasar dan sejak itu juga, jeans dan t-shirts menjadi baju kebangsaan Qalisha.
            “ Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada cucuku ini. Permudahkanlah urusannya,jauhkanlah malapetaka dan bahaya,hindarkanlah cucuku ini daripada perbuatan khianat dan hasad dengki manusia, kau berikanlah Nur dan HidayahMu semoga dia dapat menjadi isteri yang solehah…Amin..” Doa tulus Nek Jah bergema di dalam hati tuanya.
            Jeffrey yang sejak daripada tadi menjadi pemerhati PBB, kagum dengan keakraban Qalisha dengan nenek serta bapa saudaranya. Mama ada  memberitahunya beberapa hari yang lepas yang ibu bapa Qalisha telah meninggal dunia dalam nahas jalan raya, bila dan di mana tidak pula diberitahu. Dia pun berat mulut pula hendak bertanya. Perlahan, dia melangkah menghampiri Qalisha dan Nek Jah. Watak cucu menantu yang baik harus di mainkan sebaik mungkin.
            “ Assalamualaikum, semuanya okay ke?” Jeffrey menegur cucu dan nenek yang masih tengah ‘feeling’. Tangan kanan ringan sahaja merangkul pinggang Qalisha.
            ‘Pendaratan’ tangan Jeffrey di pinggang menyebabkan mood ‘feeling’ Qalisha terhenti. Qalisha sedikit tersentak namun cepat-cepat dia mengawal diri agar tidak melenting.
            “ Chef ‘poyo’ ni memang nak kena . Karang ada jugak chef berenti kerja sebab tangan dah kena ‘lipat’ dengan aku.Nak cacat seumur hidup ke? Selamba je dia pegang-pegang pinggang aku. Jangan pegang kat tempat aku geli sudah. Tak pasal-pasal nanti aku bukak langkah karate dan lian padukan.” Gumam Qalisha di dalam hati. Bibirnya masih mengukir senyuman yang di buat-buat.
            “ Saya harap awak beli insurans untuk tangan awak tu yang paling mahal, sebab saya rasa macam nak ‘lipat-lipat’ je tangan awak yang merayap-rayap tak reti duduk diam kat pinggang saya.” Qalisha berbisik perlahan ke telinga Jeffrey sambil mengetapkan gigi. Senyuman tetap dilemparkan. Terserlah dua lesung pipit di kiri kanan pipinya. Tunggulah..perang dunia ke-3 bakal meletus.
            Jeffrey hanya berpura-pura tidak mendengar apa yang dibisikkan oleh Qalisha. Sebaliknya dia hanya tersenyum sambil mengenyitkan sebelah mata kepada Qalisha. “ Ermm..garangnya..I like  it.” Jeffrey membuat muka selamba. Cupp! Satu ciuman spontan hinggap di pipi kiri Qalisha.
            Qalisha mengetapkan bibir menahan rasa geram yang mula membara.  Hatinya mendidih seperti lahar gunung berapi bila Jeffrey membisikkan ayat yang jelas bertujuan mahu menaikkan suhu kemarahannya. Dia langsung tidak menyangka dengan selamba babun Jeffrey berani mengucup pipinya di depan Nek Jah pulak tu!
            “ Ehem-ehem…kot ya pun nak berbisik-bisik, nak romantic-romantik,ingatlah sikit kat Nenek yang ada kat sebelah ni..” Nek Jah bersuara setelah kaget dengan gelagat Qalisha dan Jeffrey yang berbisik –bisik . Lega juga hati tuanya apabila melihat adegan ala-ala romantik di depannya. Dia berharap Qalisha dan Jeffrey boleh berbaik-baik. Kembang bertaman-taman hati tua Nek Jah bila Jeffrey tanpa segan silu mengucup pipi Qalisha. Dia berharap Jeffrey Berjaya mencairkan hati Qalisha dengan kasih sayang seorang suami. Memang tak cukup kasih sayang pun cucu aku yang seorang ni!
            “ Err..Nenek, saya mintak maaf.Lupa pulak nenek ada kat sini. Cucu nenek ni cantik sangat,itu yang buat Jeff lupa nenek ada kat sebelah ni…” Fuh..kelas ayat kau Jeffrey. Terbaik dari ladang. Memang tiada tandingan. Ikhlas ke tu puji Qalisha cantik?
            Qalisha buat-buat senyum.Hatinya geram tak terkata. Kalau di ikutkan hati mahu saja dia tendang si Jeffrey ni biar jatuh ke dalam kolam! Boleh jugak tengok aksi chef berenang dengan baju melayu..okay jugak tu!
            “ Jeff, Nenek nak cakap sikit boleh?” Nek Jah memandang tepat ke dalam mata Jeffrey. Dah sudah…drama queen Halijah nak beraksi.
            Qalisha sedikit kaget. Berdebar dia menunggu ayat yang bakal keluar daripada mulut Nek Jah. “ Apa yang nenek nak cakap ni? Janganlah nenek cakap yang bukan-bukan” Doa Qalisha di dalam hati.
            “ Nenek nak cakap apa?” Tukas Jeffrey spontan.
            Nek Jah tersenyum. “ yang pertama, nenek nak cakap..Nenek peminat setia Jeff..nenek suka tengok gaya Jeff dalam tv sambil masak..nanti masak untuk Nenek boleh? Nenek teringin pulak nak rasa masakan Jeff...”
            Hampir tergelak Jeffrey mendengar kata-kata Nek Jah. Suspen sungguh! Ingatkan nak cakap apa tadi. “ No problem! Nanti sebelum Nenek balik , Jeff masak spesel untuk Nenek. Nenek cakap je apa yang nenek nak..insyaallah Jeff cuba buatkan…”
                          Makin mendidih hati Qalisha mendengar kata-kata Jeffrey. “ Tak boleh jadi ni! Nampak gaya si Jeffrey nak membodek nenek aku. ‘gelap’ masa depan aku kalau nenek kamceng dengan si Jeffrey. Aku kena fikirkan sesuatu..”
            “ Yang kedua, Nenek nak minta tolong Jeff.. Tolong jaga cucu Nenek dengan baik ye. Cucu Nenek ni banyak kekurangan..harap Jeff boleh terima Qalisha dengan hati terbuka. Sayangi dan lindungi dia. Jangan sakiti Qalisha..dialah satu-satunya cucu nenek..” Air mata Nek Jah bergenang.Suaranya sebak kedengaran. Tangan kanan Jeffrey di raih lalu di letakkan di atas tangan kiri Qalisha.
            “ Aduyai..Nenek buat drama versi mana ni? Drama melayu,Hindustan,siam,korea semua ‘blend’ sekali. Nenek..nenek. Panjang sungguh akalmu. Boleh pulak dia terfikir macam ni. Siap letak tangan chef mangkuk kat atas tangan aku lagi. Nak suruh berjanjilah tu…adus..kusut kusut!” Qalisha terkejut dengan perlakuan Nek Jah. Panas dan pijar pipi Qalisha di buatnya. Malu weh!
            Jeffrey pulak tunjuk reaksi biasa sambil tersenyum. Ceh! Takde riak terkejut langsung! Selamba saja tangan dia yang sebelah lagi tu memegang tangan Qalisha. Siap di elus-elus tangan Qalisha dengan lembut.
            “ Nenek jangan risau, Jeff akan jaga Qalisha dengan baik. Jeff percaya restu dan jodoh pilihan orang tua akan membawa kebahagiaan pada Jeff. Jeff akan cuba yang terbaik tapi Jeff nak cakap awal-awal lagi ni..kalau dengar gossip-gossip liar tentang Jeff jangan mudah percaya ye! Maklumlah selebriti selalu kena gossip dan gossip tu kadang-kadang mengarut je, takde hujung pangkal pun..” Lancar sahaja Jeffrey berkata-kata.
            “ Biar betul mangkuk ni. Hafal skrip ke apa? Dasar buaya tembaga.Mengayat je tahu..sampai Nenek terchenta aku pun dia nak ayat. Belum apa-apa dia dia dah ampu Nenek.Susah aku macam ni. Aku kena pasang strategi kalau macam ni..” Otak Qalisha ligat berfikir. Dia cuba menarik tangannya daripada genggaman Jeffrey tapi makin kemas pulak si Jeffrey menggenggam tangan Qalisha.
            “ Ewah ewah! Ini sudah lebih..bikin hati wa panas woo..sabar  Qalish..cool..depan Nenek kau takyah le nak tunjuk lawan.Silap hari bulan kepala kau kena pelangkung dengan Nenek! Nampak gaya si Jeffrey nak merampas takhta cucu kesayangan Nek Jah daripada kau tu..” Qalisha cuba tersenyum paksa. Jeffrey pulak buat muka selamba derk! Agaknya nanti apa yang berlaku antara Qalisha dan Jeffrey ye? Hishh..tak sabar nak tau ni.
            Perbualan mereka terhenti apabila suara Datuk Abdullah memecah keheningan suasana. Semua yang berada di situ berpaling ke arah  Datuk Abdullah. Macam biasalah, Datin Maimun pula setia di sisi. Loving couple betul mereka berdua ni. Memang patut macam tu pun kan? Tak macam sesetengah pasangan zaman sekarang. Masa bercinta semuanya indah belaka. Kalau berjalan berpimpin tangan tak lepas. Kalau tersepak batu, batu tu yang buta. Bila dah anak berderet, suami di depan isteri sebatu di belakang. Kalau tersepak batu, woi! Mata kau buta ke ape? Dunia oh dunia..itulah hakikatnya bila cinta dah pudar warna.
            “ Malam pun dah menginjak nak tengah malam ni. Rasanya semua pun dah penat.Jadi kita bersurai dululah ye. Nanti Mak Yam, Asih dan Tuti akan tunjukkan bilik-bilik tetamu. Jangan malu dan segan, buatlah macam rumah sendiri ye. Apa-apa hal kita bincang esok. Jangan risau, kalau ada apa-apa keperluan, beritahu Mak Yam.Pengantin-pengantin kita jangan tak jumpa cari bilik pulak. Anna, bawa suami kamu naik berehat kat bilik! Ha..kamu pun sama Jeff, bawa Qalisha naik. Mesti Qalish dah penat tu..”
            Kata-kata Datuk Abdullah bagaikan satu arahan pada Jeffrey dan Adrianna. Pada Qalisha dan Rayyan Fahrin pula bagai di jatuhkan hukuman mandatori pulak. Fikiran mereka berempat berkecamuk. Otak masing-masing merangka pelan dan rancangan mempertahankan diri. Di depan Datuk Abdullah semua berlagak ‘cool’ pada hal di dalam hati masing-masing semuanya berperang dengan perasaan, berfikir macam mana nak berdepan dengan pasangan masing-masing.
            Mak Yam, Tuti dan Asih membawa keluarga Rayyan Fahrin dan Qalisha ke bilik-bilik tetamu. Bab bilik takde hal ye. Villa Chinta Qaseh ni dah macam hotel lima enam bintang. Oleh kerana masing-masing dah kepenatan, mereka semua menuju ke bilik yang di tunjukkan oleh Mak Yam dan dua orang minah indon tanpa banyak soal. Apa-apa hal nak tanya, nak cerita, itu semua cerita esok. Cerita sekarang, mandi,rehat dan tidur!
            Setelah semua naik, giliran Datuk Abdullah dan Datin Maimun pula melangkah ke tingkat atas. Sambil melangkah, sempat lagi dia mencerlung mata kepada Adrianna dan juga Jeffrey, menghantar isyarat telepati ‘ bawa laki dan bini korang masuk bilik sekarang,yang tercegat kat situ kenape?’
            Tanpa suara  Adrianna dengan selamba berlalu ke atas. Suaminya, Rayyan Fahrin di tinggalkan begitu sahaja. Sengaja Adrianna berbuat begitu, geram dan marah pada Rayyan Fahrin masih berbuku di hati.
            “ Lantak engkaulah Encik Fahrin..malas aku nak layan. Pandai-pandailah sendirilah. Yang pasti aku tidur kat atas katil, engkau  tidur kat atas karpet malam ni dan seterusnya. Jangan harap aku nak berkongsi katil favourite aku dengan mamat kerek macam kau!” Adrianna melangkah tanpa menoleh lagi.
            Jeffrey pula memandang Qalisha dengan seribu satu macam agenda.  Yang pasti tiada satu agenda positif pun yang tercerna dalam minda Jeffrey. Entah apa yang bakal dilakukan oleh Jeffrey nanti tak siapa tahu.  Jeffrey melangkah anak tangga dengan akal mindanya menerawang jauh,merangka rancangan yang akan dilakukan. Setelah beberapa langkah dia berhenti.
            “ Well..are you coming? Ke nak kena dukung ke atas?” Jeffrey bersuara sinis. Tiada lagi suara lembut mesra macam dia bercakap dengan Nek Jah tadi. Dia menoleh ke belakang setelah Qalisha tidak berganjak.
            Buat seketika, Qalisha tidak tahu apa yang nak dibuat. Perasaan meluat membuak-buak. Memang sudah dia agak, Jeffrey hanya berpura-pura mesra di hadapan keluarganya. Setelah melihat Qalisha tidak memberi reaksi, dengan selamba dia terus melangkah tanpa menoleh lagi.
Sebelum melangkah, sempat lagi dia mengeluarkan kata-kata sinis pada Qalisha.
“ Suka hati kaulah.Nak naik tak nak naik, itu kau punya pasal. I don’t give a damn..tapi kalau Baba tanya kenapa tak naik lagi, kau pandai-pandailah jawab. Tapi ingat, kalau jawapan itu menyusahkan aku, you’ll be sorry..remember my words.” Jeffrey berlalu sambil sebuah flying kiss di beri kepada Qalisha.
            Kata-kata Jeffrey bagaikan bara api buat Qalisha. Merah padam pipinya menahan kemarahan. Mahu tak mahu dia melangkah mengikuti Jeffrey dari jauh. Mana lagi nak pergi malam-malam buta ni. Jeffrey telah lama meloloskan diri ke dalam bilik tanpa mempedulikan Qalisha lagi. Qalisha pula masih tercegat di depan pintu bilik, masih berkira-kira nak masuk atau tidak.
            “ Masuk…tidak..masuk…tidak..tapi kalau tak masuk, mana aku nak pergi? ..wahai hati..tabahlah ye..lantaklah apa nak jadi. Eh sejak bila Qalisha jadi penakut ni?..”
            “ Eh Qalish? Kenapa tak masuk lagi? Bertuah punya Jeffrey, dia biarkan Qalish kat luar ye?” Sapaan daripada Datin Maimun mengejutkan Qalisha daripada lamunan.
            “ Eh tak..errr..” Suara Qalisha tersekat dikerongkong.Tiba-tiba lidahnya kelu tak terkata, tak tahu nak cakap apa. Hanya mampu memberikan senyuman manis kepada ibu mertuanya sambil menggaru-garu kepala yang memang sah tak gatal.
            Datin Maimun mendapatkan Qalisha dan tangannya laju laju mengetuk pintu bilik.
Tok! Tok! Tok!  “ Jeffrey!” Suara Datin Maimun dari luar mengejutkan Jeffrey yang baru hendak melangkah ke bilik air.
            “ Alamak! Suara Mama! Haish..geramnya aku. Ni mesti pasal minah kampung tu.” Dia yang masih berbaju melayu melangkah malas ke arah pintu bilik.
            “ Eh Mama..apa Mama buat kat sini? Tak tidur lagi? Dah lewat ni..” Jeffrey menggaru-garu kepala yang tak gatal. Dah sah kantoi dengan Mama.
            “ Do you forget something?” Datin Maimun bercekak pinggang. Qalisha di sebelah hanya menundukkan muka.
            “ Eh Sayang..dah minum air? Tadi suruh Abang naik dulu, kata nak pergi ke dapur nak minum air. Dah minum ke belum? Dari tadi Abang tunggu tak naik-naik. Baru je Abang nak turun cari sayang kat dapur..takut sayang sesat. Err.. Mama pulak buat apa kat sini?” Dengan lagak suami romantik, dia menarik tangan Qalisha mengajak Qalisha masuk ke dalam bilik. Bagaikan robot, Qalisha hanya menurut. Namun di dalam hatinya, dia mencebik. Pandai betul Jeffrey ni berlakon.” Okay aku nak tengok sejauh mana Si Jeffrey ni nak berlakon. Ini Qalisha Qhairil. Takde aku herannya bakat lakonan kau tu!”
            “ Mama ingat kamu dah lupa dengan Qalish. Mama nak turun ke dapur ,tu yang Mama nampak Qalish tercegat macam patung cendana kat depan pintu. Mama ingat Jeff dah lupa yang Jeff dah beristeri. Yelah kan..isteri pilihan Mama. Jangan pernah terlintas dalam fikiran Jeff nak buli menantu Mama. Kalau Mama tahu Jeff hurts her in any ways..tahulah apa yang Mama nak buat dengan Jeff.” Sengaja Datin Maimun bersuara mendatar dan sinis. Pipi anak terunanya dielus lembut dengan pandangan mata yang tajam.
            “ Eh Mama ni…takkanlah Jeff dah lupa kat isteri Jeff yang cantik manis ni.Mampus aku kali ni..nampak gaya Mama sayang giler dengan dia. Kalau dia mengadu dengan Mama, berarak mendung kelabu hidup aku nanti. Takpe..takpe..kau kan best aktor..so apa lagi..camera rolls..1,2,3 action!
            “ Manalah tahu kan….Qalish dengar sini, kalau Jeff buli Qalish, cakap dengan Mama tau! Dan kamu Jeff, jangan nak buli menantu Mama yang manis ni lebih-lebih. Dah cepat masuk! Qalish mesti dah penat..semua keperluan Qalish, Mama dah suruh Tuti sediakan tadi. Selamat malam sayang.” Datin Maimun merangkul Qalisha dengan mesra dan sebuah ciuman mendarat di pipi mulus Qalisha. Entah kenapa kasihnya telah tertumpah pada gadis yang telah menjadi menantunya itu. Jauh di sudut hati, Datin Maimun benar-benar yakin Qalisha adalah pilihan yang tepat buat Jeffrey. Qalisha seorang yang istimewa. Dari apa yang diketahui daripada Nek Jah, Qalisha mempunyai kualiti yang tidak ada pada anak gadis yang lain. Walau pun zahirnya nampak kasar, dia yakin Qalisha ibarat kepompong yang akan bertukar menjadi rama-rama yang cantik bila tiba masanya. Apa yang penting sekarang, dia cukup senang dengan sifat kesederhanaan yang ada pada Qalisha dan dia percaya yang Qalisha mampu menawan hati Jeffrey. Ini adalah misi keduanya. Dia akan pastikan Qalisha dan Jeffrey saling jatuh  cinta di antara satu sama lain. Tahun depan dia dan Datuk Abdullah akan pastikan yang mereka berdua akan menimang cucu, sama ada anak Jeffrey dan Qalisha atau anak Adrianna dan Fahrin.Inilah Janji dan ikrar pengakap Datin Maimun!
            Sebaik pintu di tutup, Jeffrey terus berlalu menuju ke bilik air seperti orang tidak berperasaan. Sebenarnya dari tadi lagi dia nak ‘terkucil’. Nak masuk bilik air, Mama pulak sibuk memanggil. Pintu bilik air di tutup dengan kuat. Berdentum bunyinya. Ada orang tak  puas hati nampak!
             Setelah Jeffrey menghilangkan diri ke dalam bilik air,Qalisha yang masih diam tak terkutik memandang sekeliling ruang di dalam bilik itu. Mak ai! Besar sungguh weh! Saiz bilik dah macam saiz apartment! Boleh buat padang golf kat dalam ni! Wah..melampaulah tu sampai boleh buat padang golf. Tapi betul korang..besar giler bilik Chef poyo ni.Warna dindingnya berasaskan biru. Ada ton warna yang berbeza dari biru gelap ke biru cerah dan  terang. Jangan haru-biru lepas ni sudah. Mak datuk! Kalau macam ni tak payah susah-susah, kalau nak jogging, buat lari ulang-alik dalam bilik pun dah cukup.. Qalisha masih memerhati ruang sekeliling. Katil bersaiz king saiz berada di tengah-tengah bilik, di hiasi dengan meja kayu kecil dengan lampu meja di kiri dan kanan katil. Ada karpet berbulu lembut pulak di atas lantai kiri dan kanan katil. Mahu tenggelam buku lali aku. Ermm..minat bulu rupanya Chef poyo ni.
            Di bahagian penjuru kanan ada set sofa ‘two and three seater’ daripada fabrik moden yang berwarna ke’purple’an. Eh ada ke vocab tu? Sofa pun ada ton warna gelap ke cerah jugak. Gila ton warna ke apa Mamat ni? ungu gelap, violet,lavender bagai semua ada. Ada pulak home teater dengan tv yang besar gedabak!Entah berapa inci saiznya, dua kali ganda lebih besar daripada tv LED Samsung yang Nek Jah beli bulan lepas semata-mata nak tengok muka Jeffrey kat ASTRO.  Pintu yang tengah tu dah tentu bilik air sebab Jeffrey masuk kat situ tadi. Di bahagian kiri ada meja study yang cantik dan di sebelahnya ada rak –rak buku yang di pasang siap di dinding dengan pelbagai buku dan majalah, nipis dan tebal tersusun rapi. Inilah kali pertama dia melihat rak buku seperti itu. Ermm…reka bentuk pelik tapi ‘nice and unique’. Ada satu yang kurang dalam bilik ni..takde almari baju ke? Mana dia simpan semua pakaian? Tadi Mama cakap dia dah sediakan semua keperluan aku, mana pulak minah indon tu letak?
            Tiba-tiba pandangan mata bundarnya tertancap pada sebuah pintu lagi di dinding bilik itu. Bilik apa pulak ni? Connecting door ni nak pergi ke mana pulak? Tombol pintu warna kayu original itu di buka.
            “Bagus! Tak kunci..macam Inspektor Gadjet pulak aku”. Qalisya ketawa di dalam hati. “Eh..apasal gelap semacam je ni? Kat mana pulak suis lampu?” Tangan Qalisha meraba-raba dinding sebelah pintu mencari suis lampu. Matanya tertancap pada satu juntaian tali.
“Tali apa pulak ni?..adoi suspen betul!” Tali di tarik dan lampu bilik itu terpasang. “ La..nak bukak lampu tarik tali ni rupanya.Tanpa melengahkan masa dan dengan semangat ingin tahu yang membuak, Qalisha terus masuk dan pintu bilik di tutup.
            “ Mak Datuk! Dahsyatnya Mamat ni…” Mulut Qalisha terlopong luas dengan apa yang terhidang di depan mata. ‘Bilik’ itu adalah built- in closet a.k.a dressing room yang menempatkan semua pakaian Jeffrey. Qalisha seakan tidak percaya dengan apa yang di lihat. Macam kanak-kanak ribena dia berlari anak membelek semua pakaian dalam bilik itu. Dari pengamatannya, Jeffrey mempunyai koleksi pakaian yang boleh bukak butik! Banyak betul..semuanya tersusun rapi mengikut warna. Kalau hitam..semua hitam…lepas tu kelabu….merah pun ada….err..yang ni pulak..baju seragam chef dia..putih bersih. Qalisha berpusing ke belakang..ada rak kasut dengan berpuluh pasang jenis kasut. Ini iklan Zalora Online fashion store ke apa? Secalit debu pun takde. Mahu ‘die standing’ nak kemas semua ni. Qalisha lupa seketika kepada Jeffrey. Keasyikan membelek pakaian membuatnya leka dan secara tak langsung dia belajar sesuatu tentang Jeffrey hari ini. Chef poyo ni mesti cerewet giler. Tengok cara barang-barang ni disusun pun dah tahu. Kalau Qalisha, dia kemas ala kadar je, asal tak sakit mata memandang dah. Dia mencapai sehelai tuala dan sepasang pijama satin berwarna ungu lembut.
            “ Ni agaknya yang Mama sediakan untuk aku…Yelah..takkan Chef poyo tu pulak tidur pakai pijama satin warna macam ni. Lagi pun, nampak baru dan bau kedai lagi.Mesti baju ni Mama beli untuk aku. Ah..tak kisahlah sapa punya. Janji aku boleh tukar baju.Takkan aku nak pakai kebaya ni sampai esok pagi.” Ringan tangannya mencapai baju pijama yang berwarna ungu lembut tersebut.Dia menyusup masuk di celah deretan baju uniform Jeffrey yang tergantung  kemas. Tiba-tiba dia terasa gelihati.Terkekeh-kekeh dia ketawa seorang diri. Dia membayangkan kalau dia main sorok-sorok dengan Nek Jah mesti best. Mahu hangin satu badan Nek Jah mencarinya.
            “ Kalau main sorok-sorok mesti best . Dah la aku pakai baju sedondon sekaler dengan baju uniform ni..menyamar jadi langsuir ke orait gak. Buat rambut mengerbang sikit…mesti jadi.” Qalisha..Qalisha..tak habis-habis dengan idea nak menyakat orang.
            Sementara itu, di luar pintu pula,Jeffrey baru sahaja selesai membersihkan diri. Dengan hanya bertuala sampai ke paras lutut, dia merebahkan diri di atas katil favouritenya.
            “ Arghh..bestnya dapat baring. Naik senak belakang aku berdiri sejak tadi.” Jeffrey menggeliat malas. Tiba-tiba mindanya teringatkan sesuatu.
            “ Eh..mana pulak minah kampung ni pergi? Ah..lantak dialah nak pergi ke mana pun.Yang penting aku nak tidur. Ada dia buat menyemak je ” Mata Jeffrey melilau mencari kelibat Qalisha yang tidak kelihatan. Kurang asam boi betul si Jeffrey ni kan? Dia langsung tidak mempedulikan Qalisha, isteri yang baru di nikahi sebentar tadi. Kau ni spesis ‘jual ikan’ ke apa? Siaplah kau kalau Datin Moon tahu kau buat ‘derk’ kat menantu kesayangan dia tu.
            Jeffrey bingkas bangun dan menapak menuju ke ‘wardrobe’yang menempatkan semua pakaiannya.
            “ Eh..tadi aku rasa aku dah tutup lampu..macam mana pulak boleh terpasang ni? Ermm..mesti aku lupa nak tutup..” Jeffrey melangkah masuk tanpa terlintas di fikirannya kemungkinan Qalisha berada di dalam closet besar itu. Qalisha pula, dia terkejut beruk bila ternampak pintu closet di kuak dari luar. Oleh kerana terkejut, Qalisha hanya mematung-cendanakan dirinya di sebalik deretan gantungan baju uniform Jeffrey. Jelas kelihatan Jeffrey hanya bertuala dan daripada reaksinya, sah dia tidak sedar Qalisha sedang berdiri di sebalik gantungan baju tersebut. Kejap lagi mesti ada tayangan percuma.Kan dah kata…
            Dengan selamba, Jeffrey melucutkan tuala yang di pakai lalu berpusing ke belakang menarik laci mengeluarkan sehelai seluar kain kapas yang longgar untuk di pakai. Dia berpusing ke belakang semula untuk mencapai tuala di atas lantai. Bila sahaja dia membongkokkan badan, tiba-tiba matanya tertancap pada sepasang kaki.
            “ Erk..kaki? kaki apa…..”Buntang mata  Jeffrey melihat sepasang kaki.Dia mendongak sambil menyeret deretan baju uniformnya dan…
            “ Arghhh!!!!!…….kau buat apa kat sini! Kau ni giler ke mereng! Nak bagi aku sakit jantung ke!” Lantang suara Jeffrey menjerit. Terkejut sungguh Jeffrey apabila melihat Qalisha berdiri tegak macam patung sambil tersengih-sengih. Siap buat tanda’peace’ lagi dengan dua jarinya sambil mata yang sengaja di kelip-kelip. Jeffrey terlopong sehingga dia terlupa dia belum lagi menyarungkan seluar.
            Sepantas kilat, Qalisha meluru ke arah pintu. Sebelum meloloskan diri, sempat lagi dia berkata kepada Jeffrey, “ Errr..cantik seluar awak..sekaler dengan kulit.” Qalisha terus berlari menuju ke arah bilik air dengan ketawa yang masih bersisa. Cepat-cepat dia menguncikan diri dari dalam.
            “ Astargfirrullahhalazim…tak pasal-pasal mata aku tengok ‘free show’ tadi,Erk..pembetulan ye..tertengok. Dah namanya ‘ter..’ dah tentu tak sengaja. Masih terbayang muka terkejut Jeffrey tadi. Tak berdosa kalau tak sengaja. Eh..apa pulak berdosa. Dia kan dah jadi laki aku..takde batasan aurat dah aku dengan dia.” Qalisha menepuk-nepuk dahi sambil berdiri di belakang pintu.
            Di dalam closet pula, merah padam muka Jeffrey menahan marah dan malu. “ Ishh..macam mana pulak aku boleh lupa nak pakai seluar tadi..ishh.ishh..malunya aku..tentu dia dah nampak aku tadi. Dialah perempuan pertama melihat aurat aku..aduhh..macam mana aku nak berdepan dengan dia nanti. Pipi aku dah rasa tebal 14 inci dah ni..err..sudah ‘ternoda’kah kemachoan dan keterunaanku?” Jeffrey menhantukkan-hantukkan kepalanya di belakang pintu.
Malu weh..Qalisha dah nampak tu…
            “ Woi..kau ni sengal ke apa? Qalisha dah jadi bini kau lah..nak malu buat apa! Rileks bro..kau tak boleh tunjuk perasaan malu kau tu. Buat ‘dono’ je…jaga ego kau tu. Lagi pun antara kau dengan dia, dah takde batasan aurat. Sudah tahu lagi mau cakap ka?” Si Minda bersuara.
            “ Ye..buat tak tahu je.” Setelah menyarungkan seluar, sehelai t-shirts nipis berwarna putih di sarungkan. Insiden sebentar tadi masih tergambar diruang mata dan geram di hati masih bersisa.
            Langkah di atur ke arah pintu bilik menuju ke dapur. Tekaknya terasa haus semacam. Setelah menghilangkan dahaga, Jeffrey terus melangkah kembali ke bilik. Azamnya Cuma satu,nak tidur dan walau apa pun dia takkan berkongsi katil pujaan hatinya dengan minah kampung tu. Dia menguap berkali-kali. Matanya terasa berat dan mengantuk tahap gaban. Namun baru sahaja dia nak membuat acara ‘landing’ maut ke atas katil, di lihatnya Qalisha sudah berjaya ‘landing’ dengan gaya meniarap dengan dua tangan di depakan.
            “ Wah..wah..banyak cantik! Ini katil aku..aku takkan benarkan kau buat rampasan kuasa ke atas katil favourite aku… Woi..bangunlah! pegi tidur kat sofa!” Siklon tropika sudah melanda hati Jeffrey.  Qalisha hanya diam tak bergerak langsung.
            “ Woi..bangunlah! fuh..dasar minah kampung. Tidur mampus ke dia ni…” Bahu Qalisha di tepuk-tepuk berkali-kali. Namun hampa, Qalisha sudah tidur tak ingat dunia.
            Jeffrey mengetap gigi kerana terlalu geram. Ye.. geram dan sakit hati sungguh. Belum pun 24 jam kahwin dengan perempuan ni, hatinya sudah geram yang teramat sangat. Oleh kerana matanya sudah tersangat mengantuk, dia melangkah ke arah sofa three-seater dan terus menghempaskan badan ke atas sofa tersebut. Seketika kemudian dengkuran halus Jeffrey kedengaran.zzzzzz…apa-apa hal tidur dulu. Sambung gaduh esoklah ye….
            Dan Qalisha pula, “ Yes! Yes! Yes!..jangan harap kau dapat buli aku ye..Mr.chef poyo..ini Qalisha Qhairil. In your dream lah kalau nak buli aku.See you tomorrow Chef poyo..” La...buat-buat tidur rupanya ye. Nakal betul budak ni. Nasib kaulah Jeffrey dapat bini macam Qalisha ni. Bawak banyak-banyak bersabar ye..banyak kejutan menanti buat kau. Qalisha membalikkan badan masuk ke dalam comforter.
            “ Argh..bestnya.padan muka kau Chef Poyo..sweet dream bebeh..” Seketika kemudian Qalisha sudah hanyut di buai mimpi.
           
           
           

6 comments:

  1. hahahahahahaha sengal tul la qalish&jeff, mcm budak telanjur umur jerrr ape2 pon best...tak sabar nak tau perkmbngn ana&rayan!

    ReplyDelete
  2. TQ.. setia menanti dan akan terus menyokong.. Berusaha!!!

    ReplyDelete
  3. tk sabar nk tggu bab seterusnya.. :-))

    ReplyDelete