Total Pageviews

Thursday 1 November 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 23


BAB 23

            Hari Sabtu yang indah. .Sesuai sangat untuk bermain golf. Seawal jam 6.00 pagi lagi, Rayyan Fahrin sudah bangun. Kalau diikutkan hati,mahu saja dia terus menyambung tidur sekejap lagi. Namun bila diingatkan tentang agenda Datuk Abdullah mengajaknya bermain golf,nafsu tidur di lupakan.
            “ Warghhh!!!!” Rayyan Fahrin menggeliatkan badan. Satu badan terasa sengal dan lenguh. Nasiblah dapat isteri macam Adrianna. Malam tadi dia terpaksa tidur di atas sofa apabila Adrianna sampai sudah tidak mahu mengalah dan tidak membenarkan dia berkongsi katil. Selepas peristiwa malam pertama,Adrianna langsung tidak mahu bertolak ansur. Keras hati betul anak perempuan Datuk Abdullah yang seorang ini. Kalau Rayyan Fahrin mahu juga tidur di atas katil,maka Adrianna akan tidur di atas sofa. Jadi mahu tak mahu, Rayyan Fahrin terpaksa mengalah.Takkan dia mahu isterinya yang cantik ini tidur di atas sofa pula.Lelaki budiman tak akan mendera isteri sebegitu.
            Suis lampu di buka. Rayyan Fahrin mencapai tuala lalu menapak ke bilik air. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Lena Adrianna langsung tidak terganggu walau pun lampu sudah di buka. Rayyan Fahrin melangkah ke arah katil. Wajah Adrianna yang masih terlena direnung.
            “ Ya Allah, cantik  sungguh ciptaanMu.” Wajah isteri di renung dengan hati yang tulus. Mungkin cara dia dan Adrianna disatukan agak pelik dan janggal.Memang pelik pun! Mana ada orang pergi temuduga,short-listed daripada senarai panjang dan jadi menantu macam tu saja. Tapi itulah hakikat penyatuan dia dan Adrianna. Namun sebaik dia menjawab akad nikah tempoh hari,dia sudah berazam untuk menerima baik dan buruk isteri serta menjadi suami yang terbaik untuk isteri yang di kahwini.
            “ Nampak gayanya Abang kena usaha lebih gigih nak ‘tackle’ Anna. Kali pertama Abang menatap wajah Anna,Abang dah jatuh hati. Makin Anna menolak,makin Abang geram.Abang berjanji tidak akan berhenti dari jatuh cinta dengan Anna. Abang tahu suatu hari nanti Anna akan jatuh cinta dengan Abang juga.” Rayyan Fahrin mengucup dahi Adrianna lembut,takut juga kalau Adrianna tersedar mahu Si Cico akan jadi mangsa balingannya nanti.
             Rayyan Fahrin terus berlalu ke bilik air. Dia mahu mandi,sembahyang subuh dan bersiap-sedia untuk mengikut Datuk Abdullah bermain golf. Mahu tak mahu dia kena belajar bermain golf kerana kelak pasti Datuk Abdullah mahu dia selalu menemaninya ke padang golf.
            Usai bersiap-siap, Rayyan Fahrin bersedia untuk menapak ke bawah. Jam baru menunjukkan 6.30 pagi. Adrianna yang masih tidur di hampiri perlahan-lahan.
            “ Sayang, cepat bangun!” Bahu Adrianna di tepuk perlahan.
            “Ishh..kacau je dia ni!” Adrianna mengomel separa sedar.Comforter di tarik menutupi dada.
            “ Cepat bangun! Abang kira sampai lima,kalau tak bangun Abang cium! Sa..tu! dua! Ti..ga! em..pat! Li…”Belum sempat kiraan berakhir,Adrianna terus bangun.
            “ Huh! Tak boleh tengok orang senang,kacau je!” Adrianna mendengus sambil menyelak comforter kasar. Pantang sungguh kalau tidurnya di ganggu. Seperti anak kecil,dia menapak ke bilik air dengan muncung mencuka. Siap hentak-hentak kaki lagi.
            “  Buat lagi mulut macam tu,kang Abang cium.” Dengar sahaja perkataan ‘cium’ keluar daripada mulut Rayyan Fahrin,laju Adrianna berdecit ke dalam bilik air. Tercuit hati Rayyan Fahrin melihat perlakuan Adrianna.
            “ Tahu pun takut..” Satu senyuman terukir di bibir Rayyan Fahrin. Kaki di atur keluar daripada bilik menuju ke ruang tamu. Datuk Abdullah mahu keluar awal kerana mahu bersarapan di kelab.
            “  Siapa agaknya orang yang Baba nak jumpa ni? Mesti orang yang penting.”Hati Rayyan Fahrin tertanya-tanya. Langkah terus di atur menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu utama di tingkat bawah. Tiba sahaja  di bawah,Rayyan Fahrin berasa lega kerana Datuk Abdullah masih belum turun.
            “ Fuh! Nasib baik aku turun dulu. Baik aku jenguk Pak Hamid kat luar.”Ujar Rayyan Fahrin di dalam hati. Rayyan Fahrin mengatur langkah pintu utama.
            Di garaj, kelihatan Pak Hamid sedang mengelap cermin kereta BMW  mewah Datuk Abdullah sambil bersiul-siul riang.
            “ Assalamualaikum Pak Mid.” Rayyan Fahrin member salam.
            “ Waalaikummussalam..eh! Encik Fahrin,maaf saya tak perasan Encik datang tadi.” Nada suara Pak Hamid sedikit terkejut.
            “ Pak Mid,hari tu saya dah cakap,tak perlu ber’encik-encik’ dengan saya. Panggil saya Fahrin cukup. Saya lebih selesa Pak Mid panggil saya begitu,lebih mesra bunyinya.Lagi pun,saya bukan bos besar.Anggap sahaja saya ni macam anak Pak Mid.”Rayyan Fahrin bersuara lembut. Memang banar,kalau arwah Papanya masih hidup,dia tentu hampir seusia Pak Mid.
            “ Err..baiklah kalau macam tu.Mulai hari ini,Pak Mid panggil ‘Fahrin’ tapi kalau depan Datuk atau orang lain,Pak Mid tetap akan panggil ‘Encik Fahrin’,lebih formal begitu.” Pak Mid bersuara dengan sopan.
            “ Suka hati Pak Mid lah. Pak Mid bawa kereta yang mana satu hari ni?” Hati Rayyan Fahrin tertanya-tanya apabila melihat deretan kereta yang terparkir di dalam garaj. Ada dua belas buah semuanya! Bermacam ‘brand’ pulak tu,kaya betul!
            Sedang asyik Rayyan Fahrin dan Pak Hamid berbual-bual,sebuah kereta Perdana V6 hitam  berhenti di pintu pagar. Nampak sahaja kereta itu,Pak Hamid terus menekan remote pintu pagar dan Perdana V6 terus masuk ke dalam. Sebaik kereta di parkir di dalam garaj, dua orang ‘abang men in black’ muncul. Siapa lagi kalau bukan Amir dan Amri. Tapi hari ini mereka berdua ni ‘bersalin’ kulit,tidak memakai sut hitam seperti selalu. Yelah, nak pergi padang golf weh! Cuba bayangkan dua’ men in black’ jadi guard di kiri kanan dengan setianya dari satu lubang ke lubang,ikut sahaja ke mana ‘bos’ pergi dengan muka dua tiga riusnya,dengan cermin  mata hitamnya, dah macam keluarga mafia pulak, betuk tak?
            Dari perbualan dengan Amir dan Amri, barulah Rayyan Faham yang dia akan pergi ke Kelab Golf di Templer Park, Rawang. Datuk Abdullah ada perbincangan penting dengan Tengku Mukhriz sambil bermain golf. Agaknya orang korporat memang selalu seperti ini,sambil bermain golf sambil berbincang,kalau setuju, esok hantar proposal,sign dan ‘deal’.
            Seketika kemudian,Datuk Abdullah muncul.Penampilannya cukup santai,hanya berseluar slack, t-shirts Polo dan bertopi.
            “ Dah ready semua?” Datuk Abdullah mengajukan pertanyaan kepada semua yang ada di situ.
“Dah,Datuk.Silakan.”  Amri membuka pintu  belakang kereta BMW mewah   dan Datuk Abdullah terus meloloskan diri ke dalam perut kereta. Rayyan Fahrin turut sama masuk. Pak Hamid yang telah bersedia di tempat duduk pemandu bersedia untuk menerima isyarat daripada Amir dan Amri untuk bergerak .Faham dengan isyarat yang di beri,Pak Hamid memulakan pemanduan mengikut Perdana V6 keluar daripada perkarangan villa.
“ Hari ini, Baba ada perbincangan penting dengan Tengku Mukhriz. Ingat lagi tak pasal saham Ocean Blue yang Baba cakap hari tu? Hari ini Baba nak Fahrin dengar dengan teliti butir-butir perbincangan nanti. Baba nak pujuk Tengku Mukhriz supaya menjual  sepuluh peratus saham Ocean Blue yang di milikinya kepada Baba.” Datuk Abdullah bersuara serius sambil membelek majalah ‘ Times’ di tangan.
“ Baba, maaf kalau saya bertanya, apa rancangan  Baba dengan Ocean Blue?Bukan apa, dari apa yang saya tahu, Ocean Blue adalah satu konsortium yang memiliki rangkaian hotel dan resort peranginan di Malaysia.Mereka hanya terlibat dalam bidang perhotelan dan hospitaliti sahaja. Dari maklumat yang saya dapat,Ocean Blue mempunyai tujuh cawangan hotel dan resort di serata Malaysia,Kalau tak silap saya,di langkawi,Kuantan,Kota Kinabalu,Johor Bharu,Pulau Pangkor,Kuching dan juga di Melaka. Hotel mereka hanya bertaraf dua tiga bintang sahaja. Syarikat Baba pula fokus pada pembangunan hartanah dan landscaping ,itu yang buat saya tertanya-tanya.Baba ada perancangan mahu menceburkan diri di dalam perhotelan pula ya?” Berhati-hati Rayyan Fahrin menuturkan kata,takut juga kalau dia tersalah bicara.
Datuk Abdullah hanya tersenyum. Dari apa yang dituturkan oleh Rayyan Fahrin, jelas menunjukkan yang menantunya ini ada membuat ‘homework’.
“ Baba tahu mesti banyak persoalan yang bermain di minda Fahrin sekarang kan?Baba akan jelaskan satu-persatu kemudian. Tapi untuk hari ini, Baba nak Fahrin fokus pada perbincangan yang berlaku dan Baba mahu Fahrin ‘back –up’ Baba nanti. By hook by crook, kita kena pastikan Tengku Mukhriz jualkan sepuluh peratus saham Ocean Blue kepada kita.”
Rayan Fahrin hanya menganggukkan kepala. Walau pun pelbagai persoalan bermain di dalam kepalanya, semuanya di biarkan berlalu begitu sahaja. Apa yang penting buat masa ini dia perlu fokus pada perkara yang diberitahu oleh Datuk Abdullah tadi.
………………………………………………………………………………………………………

            “ Apa khabar Tengku?” Datuk Abdullah menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan Tengku Mukhriz. Bersama –sama dengan Tengku Mukhriz seorang perempuan muda dan seksi berambut perang serta berskirt pendek setia memegang lengannya.
            “ Khabar baik. Maaf kalau Datuk sudah lama menunggu. Oh ya! Kenalkan ini Camelia,my beautiful companion this morning.”
            “ Hai, I’m Camelia.” Dengan gediknya, Camelia menghulurkan tangan untuk bersalam.
            Kalau di ikutkan hati, mahu sahaja Datuk Abdullah buat tak tahu pada huluran tangan Camelia. Namun bila memikirkan yang dia perlu mengambil hati Tengku Mukhriz, huluran tangan Camelia di sambut mesra.
            “ Err..siapa jejaka tampan kat sebelah Datuk ni.Tak nak kenalkan ke?” Camelia mengajukan pertanyaan kepada Datuk Abdullah dengan suara yang menggoda. Memang sah dia ni sepsis pisau cukur yang gedik.
            “  Oh Ya! Lupa pulak nak kenalkan.Tengku,Cik Camelia, kenalkan ini Rayyan Fahrin,menantu saya.” Datuk Abdullah tersenyum.
            “ Menantu? Bila masa anak Datuk kahwin? Saya tak dapat surat jemputan pun. Ai Datuk..senyap-senyap je terus dapat menantu,ada apa-apa ke?” Tengku Mukhriz berasa agak terkejut. Seingat dialah,Datuk Abdullah hanya mempunyai seorang anak perempuan.Cantik pula orangnya.Matanya pernah terpukau dengan penampilan anak perempuan Datuk Abdullah semasa majlis amal yang dianjurkan oleh kekandanya Tengku Manisa beberapa bulan lepas. Huh! Dasar lelaki mata keranjang,pantang nampak perempuan cantik mulalah nak meroyan.
            “ Saya belum buat lagi majlis resepsi perkahwinan anak perempuan saya.Insyaalllah,majlis akan menyusul.Tengku jangan bimbang, Tengku adalah tetamu VVIP saya nanti dan saya akan pastikan nama Tengku ada di dalam senarai yang paling atas.” Datuk Abdullah mengatur ayat secantik mungkin untuk mengambil hati Tengku Mukhriz.
            “ Pandailah Datuk.Terima kasih, jangan tak jemput pulak.” Tengku Mukhriz bersuara senang hati.
            Sambil berjalan ke arah ‘golf cart’ yang sedia menanti,Datul Abdullah dan Tengku Mukhriz berbual tentang pelbagai perkara. Rayyan Fahrin hanya mendengar setia.Otaknya ligat memproses segala maklumat yang berkaitan Ocean Blue. Datuk Abdullah menaiki ‘golf cart’ bersama Tengku Mukhriz,jadi mahu tak mahu Rayyan Fahrin terpaksa menaiki ‘golf cart’ bersama perempuan gedik yang bernama Camelia itu. Dalam keterpaksaan,Rayyan Fahrin memandu ‘golf cart’ dengan hati yang sedikit sebal dan tak selesa.Lagak gaya Camelia tak ubah macam kucing parsi yang suka ‘menempel’ dengan tuannya.
            “ Entah kat mana cantik perempuan ni pun aku tak tahu.Agaknya mata Tengku Mukhriz ni letak mata kat kepala lutut kot. Perempuan minah saleh celup ni di katakan cantik. Datin Maimun pun sepuluh kali ganda cantik daripada perempuan ni. Kalau nak banding dengan Adrianna..ermmm..Wajah Adrianna beratus kali ganda lebih menawan daripada kucing parsi ni.” Rayyan Fahrin melayan lamunannya. Sesekali dia menganjak ke tepi,rimas sungguh dengan perlakuan Camelia yang asyik memegang lengannya. Makin dia ke tepi makin rapat pula perempuan ni ‘menyondol’.
            “ Kalau tahu perempuan ni ada, mahu aku paksa Anna ikut aku tadi.Takdelah aku terseksa jiwa raga melayan kerenah perempuan gedik ni.” Rayyan Fahrin mengeluh di dalam hati. Kalau diikutkan hati,mahu sahaja dia menolak Si Camelia ni biar jatuh ke bawah. Sekali –sekala Rayyan Fahrin menoleh ke arah Amir dan Amri yang menaiki ‘golf cart’ lain di belakangnya.
            “ Kenapa Encik Fahrin,you nampak gelisah je. You tak suka naik dengan I ke?” Camelia bersuara. Baguslah tu,perasan juga yang orang tak sukakan dia.
            “ Eh takdelah! I bukan apa,Cuma teringatkan isteri I yang tak sihat kat rumah. Dia demam,itu yang I risau sikit tu.” Rayyan Fahrin bersuara kelat.
“ Sayang betul you kat isteri ye.Kalau I dapat suami yang macam you ni,alamatnya I ‘kepit’ tak lepas-lepas. I ‘terkam’ dia hari-hari, Meow!” Camelia membuat aksi kucing menerkam.
            “ Eii..seram betul perempuan ni. Kau jangan terkam aku sudah.Pergi terkam kucing jantan berdarah raja kat depan tu. Sesuai sangatlah korang berdua ni.Sorang miang,sorang gedik.Perfect couple.” Rayyan Fahrin hanya mampu bersuara di dalam hati.
            “ So,Tengku macam mana dengan tawaran saya?” Datuk Abdullah bersuara sebaik selesai memukul bola. ‘Golf club’ nya dihulur kepada kedi yang setia mengekor dari satu lubang ke lubang yang lain. Giliran Tengku Mukhriz pula membuat pukulan.
            “ Apa yang membuatkan Datuk berminat sangat dengan Ocean Blue?” Tengku Mukhriz bersuara usai membut pukulan. Bola golf sedikit tersasar, selamat mendarat cantik lebih kurang sdua tiga kaki daripada lubang.
            “ Seperti yang saya jelaskan tadi,saya nak cuba pula bidang perhotelan dan hospitality. Dalam keadaan sekarang memang saya akui agak risky untuk saya memandangkan imej Ocean Blue yang agak tercemar dengan insiden salah seorang pengunjung resort yang menyaman Hotel Ocean Blue atas alasan kehilangan barang berharga.Pengunjung itu mendakwa bilik hotelnya diceroboh. Kawalan keselamatan yang longgar,kes menggunakan sijil halal palsu, sarang maksiat dan banyak lagi memberi impak negatif kepada nama Ocean Blue. Saham  Ocean Blue jatuh merudum.Menurut penganalisis ekonomi dan saham saya, Saham  Ocean Blue dijangka akan terus merudum dan sekiranya itu berlaku, Ocean Blue akan terkeluar daripada Papan Kedua sedikit masa lagi.” Datuk Abdullah sengaja mengembar-gemburkan berita negative berkenaan Ocean Blue.
            Riak wajah Tengku Mukhriz jelas menunjukkan dia sedang berfikir sesuatu. Datuk Abdullah mengambil peluang itu sebaik mungkin. Mungkin Tengku Mukhriz masih ragu-ragu mahu melepaskan sepuluh peratus sahamnya di dalam Ocean Blue.
Rayyan Fahrin hanya mendiamkan diri sejak dari tadi menyampuk.
 “  Semalam, ada satu lagi kes yang melibatkan Ocean Blue. Seorang kanak-kanak lelaki warga Argentina berusia enam tahun mati lemas di dalam kolam renang Hotel Ocean Blue di Langkawi. Budak tu anak kepada pelancong yang menginap di hotel. Mereka mendakwa ‘lifeguard’ lambat memberikan bantuan sewaktu berlakunya kejadian. Nampaknya semakin buruklah nama Ocean Blue.” Sengaja Rayyan Fahrin menambah perisa supaya Tengku Mukhriz terus hilang keyakinan.
“ Kalau keadaan Ocean Blue sebegitu teruk,kenapa Datuk berminat? Malah Datuk tawarkan harga yang agak tinggi untuk memiliki saham syarikat yang sedang mengalami kerugian yang teruk. Itu yang buat saya muyskil sangat.Kalau rugi buat apa nak beli.” Tengku Mukhriz melontarkan pertanyaan.
“ Fuh! Susah juga nak pujuk orang tua ni.” Rayyan Fahrin memandang Datuk Abdullah dengan seribu pengertian.
“ Agaknya Tengku dah lupa.Saya kan ada seorang anak lelaki yang bergelar chef selebriti. Dia tu tak minat dunia bisnes langsung.Jadi satu-satunya cara saya memaksa dia menceburi dunia korporat ni ialah dengan membeli syarikat yang terlibat secara langsung dengan bidang kerjayanya. Saya mahu dia bermula daripada bawah, buktikan kemampuan dengan memajukan semula hotel yang bermasalah.” Datuk Abdullah bersuara tenang.
“ Wah!  Sayang betul Datuk dengan anak ye, sampaikan sanggup mengeluarkan modal yang begitu besar.” Tengku Mukhriz bersuara bersahaja. Datuk Abdullah hanya melontar senyuman.
“So,macam mana Tengku?” Datuk Abdullah mengajukan pertanyaan.
“ Okay,saya setuju.Lagi pun memang saya berniat untuk menjualkan saham saya di Ocean Blue.Ia buat saya rugi teruk kebelakangan ini. Kiranya tawaran Datuk tu ibarat pucuk di cita ulam mendatang.
Datuk Abdullah dan Rayyan Fahrin sama-sama tersenyum.
“ Satu lagi Tengku, boleh Tengku rahsiakan dulu daripada pengetahuan Robert Tan? Tengku boleh umumkan penjualan saham Tengku ini apabila semua dokumentasi transaksinya  selesai.” Datuk Abdullah menambah.
“ Okay,it won’t be a problem for me. Saya mahu lihat proposal dan wakil Datuk mesti jumpa saya di pejabat first thing in the morning . So Isnin ni boleh?  Transaksi pemindahan wang RM 500K  harus selesai dalam minggu depan juga,kalau tidak saya batalkan penjualan saham Ocean Blue dan untuk pengetahuan Datuk, Robert Tan sendiri pernah menyuarakan sendiri hasratnya untuk membeli semua saham saya.” Tengku  Mukhriz bermain kata. Sengaja dia berkata begitu supaya Datuk Abdullah lebih bersungguh mahukan syer tersebut.
“ Jangan risau Tengku,Pukul sepuluh pagi ,hari Isnin,saya akan pastikan peguam saya ada di pejabat Tengku bersama dengan kontrak penjualan saham.” Datuk Abdullah bersuara sambil berjabat salam dengan Tengku Mukhriz.
“ Yes! Alhamdulillah. Sekarang dua puluh lima peratus saham Ocean Blue sudah berada dalam tangan aku. Aku akan tunaikan hasrat kau Seng..tak lama lagi.” Datuk Abdullah memanjatkan syukur yang tak terkira kepada Dia yang Maha Melihat di atas sana. 
" Selepas ini,perlu 'approach' Bernard Wong dan Wilson Chan untuk dapatkan lagi dua puluh peratus saham Ocean Blue.Ermmm.." Datuk Abdullah sudah merangka strategi bagaimana mahu mendapatkan saham-saham tersebut.Pelan tindakan sudah dirangka,tinggal lagi peringkat pelaksanaannya sahaja. Gerak gempur untuk mendapatkan semula Ocean Blue sudah bermula.

14 comments:

  1. aiseyy camelia hg nikan gatai nk terkam laki org...bini dia pon xprnh terkam lg...nk lg cik writer citer fahrin ngan adrianna...sory gram sngt terkluar aura kedah...heheh

    ReplyDelete
  2. bila adrianna terkam jgn sakit jantung plak..he he..selamat membaca.

    ReplyDelete
  3. there is so many plot in this novel... ocean blue la, fahrin & adriana la, jeffery & qalisha la.. datuk & datin la.. semuanye interesting & happening... so cik writer jgn la lmbt2 kasi n3 baru ye.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. kalau lambat update bawak bertenang,sabar banyak2 ye...tengah pulun assignment ni...manuskrip lg...doakan smg sy dikurniakan KEKUATAN YG EXTRAORDINARY nak buat semuanye...huhuuuu..

    ReplyDelete
  5. aduhai apa pulak strategi gerak gempur datuk ni... jgn lah terjadi hal2 yg tak elok.. tgh berdebar ni..jgn meletup jantung dah lerr.. hehhee.. tuk cik writer teruskan perjuangan anda dan sentiasa ceria..

    ReplyDelete
  6. eh... gatalss camelia nih....huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. best la! dah release novel ke?

    ReplyDelete
  8. dare i say dat d 'thriller' part of d story has started? cepat smbng!!!!

    ReplyDelete
  9. Huh gedik tol kamelia ni, dah terang2 si fahrin tu menantu datuk lg nk mcm kucing parsi.tuk penulis,nk lg ye.

    ReplyDelete
  10. nak lagi.. pleasee :')

    ReplyDelete
  11. comfirm....!!!
    kalo release novel neh bole jd best seller... xD

    ReplyDelete
  12. Ceriter ni dah macam ceriter Godfather pulak.Ada unsur-unsur mafia pulak . Apapun ceriternya best.

    ReplyDelete
  13. bagus betul cita ala-ala mafia n yakuza....
    harap dpr ikut sampai penghujung cerita!

    ReplyDelete