Total Pageviews

Sunday, 7 October 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 18


BAB 18

            “ Ke mana Datuk?” ringkas sahaja soalan Pak Hamid kepada majikannya.
            “ Bawa saya ke Kelab Golf PDRM.” Datuk Abdullah menjawab dengan suara yang serius. Tegas sahaja bunyinya. Namun bagi bagi Pak Hamid, itu adalah perkara biasa. Dia cukup memahami Sikap Datuk Abdullah. Orang yang tidak mengenalinya akan membuat andaian yang dia seorang yang sombong dan tegas kerana semasa ‘office hour’, Datuk Abdullah karekternya memang begitu. Dia serius, tegas dan bukan seorang yang mudah percayakan orang. Pengalaman hidup yang menjadikannya sebegitu. Namun, bagi pekerja yang sudah lama berkhidmat, semua cukup faham dengan sikap Datuk Abdullah. Sebenarnya, dia seorang majikan yang baik dan cukup mengambil berat terhadap kebajikan pekerja-pekerjanya.
            “ Hello..Hashim. Tunggu saya kat kelab. Saya dalam perjalanan ke sana. Mungkin lima belas minit lagi saya sampai.” Ringkas sahaja perbualan Datuk Abdullah dengan Si Pemanggil.
            Pak Hamid memerhatikan riak wajah Datuk Abdullah melalui cermin pandang belakang. Serius dan bersahaja, tekun membelek majalah Times di tangan. Sebaik papan tanda ‘Kelab Golf PDRM’ kelihatan, signal ke kiri diberi dan Pak Hamid terus membelok. Pak Hamid memberhentikan kereta betul-betul di hadapan pintu masuk utama. Terkocoh-kocoh dia keluar dan tanpa membuang masa dia membukakan pintu.
            “ Mid, saya ada meeting dengan Hashim. Awak boleh pergi rehat. Sekarang pun dah tengahari. Lepas Zohor datang ambil saya. Saya akan makan tengahari kat sini dengan Hashim. Call isteri saya,katakan saya tak jadi balik makan tengahari ni.”
            Hashim mengangguk faham terhadap apa yang dikatakan oleh Datuk Abdullah. Sebaik kelibat Datuk Abdullah menghilang, Pak Hamid terus memandu BMW 7series pergi. Best jugak ye jadi drebar orang kaya,hari-hari boleh pandu kereta mewah.
…………………………………………………………………………………………………….

            Sebaik ternampak kelibat Datuk Abdullah, Hashim terus berdiri.
            “ Assalamualaikum Datuk..” Hashim bersuara.
            “ Waalaikummussalam.Dah lama tunggu Shim?” Datuk Abdullah terus melabuhkan punggung bertentangan dengan Hashim. Tidak sabar dia mahu mendengar apa yang akan disampaikan oleh Hashim, orang kanan selaku peguam syarikat yang sudah hampir 15 tahun berkhidmat dengannya.
            “So, macam mana dengan tugasan yang saya berikan? Dah dapatkan semua maklumat tu?” Datuk Abdullah mengutarakan soalan. Serius.
            “ Saya dah pergi pekan lama Datuk dulu. Dari maklumat yang saya dapat, bangunan Wisma Lee sudah tiada. Hangus terbakar dua puluh  lapan tahun yang lepas. Sekarang, tapak bangunan sudah digantikan dengan sebuah arked perniagaan yang menjual pelbagai barangan. Menurut sumber saya, Firma Lee and Associates turut hangus terbakar malah dalam tragedi itu juga, beberapa orang staff firma guaman tersebut turut terperangkap dalam kejadian.Beberapa orang hangus rentung dalam kebakaran itu.” Hashim menyampaikan maklumat dengan tenang.
            “ Bagaimana bangunan tu boleh terbakar? Bagaimana dengan peguam Dickson Lee?” Datuk Abdullah bertanya dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.
            “ Menurut sumber saya, tiada siapa tahu punca sebenar bangunan firma guaman tu boleh terbakar. Jabatan Bomba mengandaikan ia disebabkan oleh litar pintas. Saya  ada membuat sedikit kajian berkenaan dengan kes ini. Ada beberapa keraguan . Yang pertama, bagaimana litar pintas boleh berlaku kerana semasa kejadian, bangunan firma itu baru berusia dua tahun dan ia di bina mengikut piawaian yang ditetapkan. Litar pintas biasanya berlaku pada bangunan yang sudah lama. Kedua,bangunan itu terbakar dua puluh lapan tahun lepas, sama tahun dengan kejadian yang menimpa mendiang Chee Seng. Saya tak percaya semua itu satu kebetulan.Mungkin ada kaitan antara semua kejadian yang berlaku.Seterusnya yang menjadi kemusykilan ialah, peguam Dickson Lee hilang tanpa dapat di kesan pada hari kebakaran itu berlaku. Hanya lima mayat rentung di jumpai dan DNA mengesahkan mereka adalah, Margaret Lim, Choo Ai Ling, Benjamin Yong dan Peter Fong. Mereka semua adalah peguam dan staff firma itu. Seorang lagi adalah Muniandy,penjaga bangunan. Dan yang paling saya musykil ialah, tuntutan insurans kebakaran bangunan itu di buat oleh isteri Dickson, Mei Fong. Keluarga Dickson Lee mendakwa Dickson Lee telah meninggal dunia dalam kejadian dan Mei Fong turut mengemukakan tuntutan insurans nyawa Dickson Lee. Dia berjaya dalam tuntutan itu Dia meninggalkan Malaysia bersama dua anak lelaki dan tidak kembali lagi. Ada sumber mengatakan dia berhijrah ke Canada.” Panjang lebar Hashim memberi penjelasan. Fail biru yang memuatkan semua maklumat yang di perolehi diserahkan kepada Datuk Abdullah.
            Seketika perbualan mereka terhenti apabila seorang pelayan datang menbawa minuman yang di pesan.
            “ So, saya harap it’s not dead-end. Teruskan mencari. Saya yakin Dickson Lee masih hidup. Kalau mengikut kiraan saya, dia berumur 60 tahun sekarang.Perkembangan Ocean Blue Resort macam mana?” Datuk Abdullah bertanya selepas jus epal membasahi tekaknya.
            “ Sekarang anak lelaki Kenny Tan, Robert Tan yang memegang jawatan CEO. Informer saya memberitahu Kenny Tan telah memindahkan 45 peratus syer Ocean Blue Resort kepada anaknya sebaik bersara. Khabar mengatakan dia diserang strok dan sedang dalam rawatan. 10 peratus syer lagi di miliki oleh isteri Kenny , Susan. 45 peratus syer Ocean Blue di miliki oleh empat orang yang berbeza. 15 peratus milik Eric Chia, 30 peratus lagi di miliki oleh tiga individu yang berbeza, Wilson Chan,Tengku Mukhriz dan Bernard Wong.Masing-masing memiliki 10 peratus.” Hashim menyampaikan semua maklumat yang di ketahuinya kepada Datuk Abdullah dengan terperinci.
            “ Ermm..Seng Chai…” Minda Datuk Abdullah mengingati sesuatu.
            “ Err..siapa Seng Chai Datuk?” Hashim agak keliru.
            “ Seng Chai ialah nama gelaran Robert Tan semasa kecil. Dia anak Kenny,jadi dia adalah sepupu Chee Seng. Awak tahu, nama sebenar Chee Seng adalah Jason Tan Chee Seng…bapa kandung Jeffrey. Saya dan Chee Seng adalah kawan baik. Dia percayakan saya lebih daripada ahli keluarganya sendiri. Saya amat kesal dan sedih tehadap apa yang berlaku pada Chee Seng dan Mary Jane.” Teduh sekali air muka Datuk Abdullah. Memori silam mengusik hatinya.
            “ Datuk sudah lakukan yang terbaik untuk sahabat Datuk itu. Buktinya, Datuk menjaga Jeffrey seperti anak kandung sendiri dan berikan pendidikan terbaik untuknya. Malah Datuk juga carikan isteri yang cantik dan baik buat Jeffrey.Saya percaya tak lama lagi Datuk akan Berjaya merungkai segala persoalan dan menuntut keadilan buat Chee Seng. Datuk jangan risau saya akan selalu berada di belakang.” Hashim memberi sedikit kata perangsang kepada Datuk Abdullah. Sebagai peguam dan juga sahabat, dia banyak menyimpan rahsia Datuk Abdullah.
            “ Err..Datuk kenal dengan Tengku Mukhriz Tengku Ahmad Syah?” Tanya Hasim lagi.
            “ Tengku Mukhriz…kerabat diraja Pahang itukah? “ Datuk Abdullah menjawab sambil tersenyum.Dia sudah mencerna apa yang sedang berlegar di dalam fikiran Hashim.
            Hashim hanya menganggukkan kepala.
            “ Baru semalam saya makan tengahari bersamanya…ermm…” Datuk Abdullah mengusap-usap dagunya. Matanya memandang jauh ke hadapan bersama minda yang mencerna agenda tersirat.
            “ Err.. Datuk. Pagi tadi saya dapat maklumat. Eric Chia sekarang berada di dalam tahanan pihak berkuasa Macau. Dia menimbulkan kekacauan di sebuah kasino di sana dalam keadaan mabuk selepas kalah judi. Menurut sumber yang saya perolehi, besar juga jumlah kekalahannya. Akibat kalah judi, dia berhutang hampir RM2.5 juta dengan kasino di situ termasuk saman oleh kasino tersebut kerana mendatangkan kerosakan dan kerugian. Macam mana Datuk? Saya rasa ini satu peluang baik. Dia tengah terdesak sekarang, saya rasa kita boleh pujuk supaya dia menjualkan 15 peratus syer Ocen Blue kepada kita.” Hashim berhati-hati memberi saranan.
            “ Tawarkan bantuan kepada dia dulu dan kemudian baru pujuk dia jualkan syer itu kepada saya. Katakan padanya saya sanggup langsaikan hutangnya bersama 500k tunai kalau di sanggup lepaskan syer tersebut. Berikan ‘assignment’ ini pada Stephen. Awak siapkan kontrak jual beli syer siap-siap dan serahkan pada saya esok. Dan satu lagi…suruh Stephen jumpa saya pagi esok. Pastikan awak pun ada bersama. Stephen fasih berbahasa mandarin dan kantonis kan? Saya pasti dia boleh melakukan tugasan ini dengan baik. Saya nak awak dan Stephen pergi ke Macau secepat mungkin.”
 Fuh! Serius giler muka Datuk Abdullah. Bagi Datuk Abdullah sudah sampai masanya untuk dia bertindak. Azamnya Cuma satu, dia akan pastikan Ocean Blue Resort akan menjadi milik Mary Jane dan Jeffrey semula. Keadilan untuk mendiang Chee Seng akan ditegakkan dan demi janjinya pada sahabatnya itu, dia sanggup korbankan harta dan nyawa.
            “ Baik Datuk. Saya akan buat seperti yang Datuk suruh. Esok saya dan Stephen akan jumpa Datuk di pejabat.Kalau begitu, saya minta diri dulu Datuk. Saya nak balik ofis siapkan kontrak jual beli syer tu.Saya akan uruskan hal Eric Chia secepat yang mungkin.” Hashim meminta diri. Dia memang seorang workaholic dan sentiasa komited dengan kerja dan setia. Dia sememangnya orang kepercayaan Datuk Abdullah. Dialah teman,dialah sahabat, dialah juga penasihat kedua terpenting selepas, siapa lagi kalau bukan Datin Moon.
            “ Good, awak uruskan Eric Chia, saya pula akan uruskan Tengku Mukhriz. Shim..Kot ya pun, kita makanlah dulu. Takkan saya nak makan sorang kat sini. Terima kasih Shim, saya bersyukur kerana mempunyai orang kanan macam awak. Dan awak juga kawan baik saya, jadi sekarang jom kita makan.” Datuk Abdullah bangun untuk mendapatkan makanan. Hidangan buffet CafĂ© D’Cangkir cukup memikat selera tengahari itu. Hashim hanya menurut dari belakang sambil tersenyum.
………………………………………………………………………………………………………

            Rayyan Fahrin melangkah ke lobi Menara Casa Impiana yang gah di tengah-tengah bandaraya metropolitan Kuala Lumpur. Langkahnya di atur lebih laju daripada biasa. Awal-awal lagi dia sudah menelefon Amri, bodyguard merangkap pemandu Datuk Abdullah, supaya menunggu di ‘drive way’. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahari dan hari ini dia mahu membuat lawatan mengejut terhadap Adrianna. Sudah seminggu usia perkahwinannya dan dalam tempoh seminggu ini, dia dan Adrianna sungguh sibuk. Datuk Abdullah membawanya ke merata  tempat dalam tempoh seminggu ini. Banyak yang dia pelajari. Bapa mertua a.k.a bos adalah orang yang komited dan serius dengan kerja. Waktu kerja, Datuk Abdullah dan Rayyan Fahrin adalah dua indivudu yang berbeza. Memang ‘ngam’lah mereka berdua ni. Buat sementara waktu ini, Datuk Abdullah mahu dia menyelia perjalanan projek Pembinaan Kondominium Seri Impiana yang sudah 50 peratus siap. Datuk Abdullah mahu pastikan projek mega syarikat itu berjalan lancar dan siap mengikut jadual.Selain itu, Datuk Abdullah juga menugaskan Rayyan Fahrin memantau perjalanan bahagian pemasaran dan menjadi tugas Rayyan Fahrin untuk memastikan semua unit kondominium mewah terjual. Kira dia masih dalam ‘trial period’lah.
            Sebaik sahaja dia keluar daripada pintu lift, telefonnya berbunyi.
            “ Assalamualaikum, ..yes Amri.i’m on my way..kejap ye..”
Langkah di atur laju. Ada beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Biasalah..staff-staff perempuan. Sememangnya penampilan Rayyan Fahrin cukup kemas, tegak dan tampan. Tinggi Lampai dan berkulit cerah ditambah pula dengan ‘goatee’ nipis,cukup untuk mengoda anak dara dan mak dara yang memandang. Datuk Abdullah belum membuat majlis resepsi perkahwinan anak perempuannya lagi, jadi tidak semua staff sudah mengetahui yang Rayyan Fahrin adalah menantu Datuk Abdullah. Majlis resepsi Adrianna dan Jeffrey akan diadakan tiga minggu selepas majlis yang akan diadakan di Kampung Rayyan Fahrin di Tanjung Karang.
Pagi tadi Datuk Abdullah sudah memberitahu Rayyan Fahrin yang dia akan masuk ke pejabat lambat sedikit kerana perlu jumpa Hashim di rumah kelab. Jadi Rayyan Fahrin bolehlah masuk ke pejabat lambat juga atas alasan ada ‘lunch meeting’ dengan bos Casa Impiana Landscape and Design. Siapa lagi kalau bukan Cik Adrianna,eh sorry..pembetulan ya..Puan Adrianna. Rasa nak menyakat orang je hari ni. Dia sudah meminta kerjasama Kak Melissa, setiausaha Datuk Abdullah untuk menelefon ke pejabat Adrianna. Setiausaha Adrianna, Fizz sudah memberitahu yang Adrianna tidak keluar untuk makan tengahari. Dia hanya setakat makan di pantry sahaja. Memang itulah kebiasaan Adrianna,kalau tiada lunch meeting, dia hanya akan balik makan di rumah atau makan di pantry sahaja. Biasalah kalau big boss tak keluar, nak tak nak kenalah Si Fizz meneman.
“ Sori Am, dah lama tunggu?”
“ Baru je Encik Fahrin.Encik nak ke mana tengahari ni?” Amri yang lebih suka di panggil ‘Am’ cepat-cepat membuka pintu tempat belakang.
“ Dah berapa kali saya cakap,tak payah nak ber’encik’encik’ dengan saya. Anyway, hari ni saya nak drive. Saya hanya mahu awak jadi ‘GPS’  je..”
“ Err..saya seganlah nak panggil Encik ‘Fahrin’ je.Encik Fahrin nak ke mana?.” Pintu belakang kereta di tutup kembali.
“ Saya nak pergi ofis ‘orang rumah’ saya. Awak tunjuk jalan pada saya hari ni je.Lain kali saya drive sendiri. Boleh kan?” Rayyan Fahrin terus memboloskan diri ke tempat duduk pemandu.
“ Apa pulak tak boleh, small matter je tu.” Balas Amri mesra.
“ Tunggu kedatanganku,wahai isteriku sayang…he he he..” Wajah ayu Adrianna sudah menjengah fikiran Rayyan Fahrin. Tak sabar rasanya mahu melihat reaksi Adrianna nanti.
...........................................................................................................................................

            “ Fizz! Bawa air mineral sebotol untuk saya..”
            “ Opocot mak engkau! Ala Cik Anna ni..buat saya terkejut je tau! Cubalah bagi salam dulu. Suka buat saya terperanjat..saya belum ni kahwin lagi..tak macam Cik Anna…dah selamat..” Fizz yang sibuk membelek muka di cermin bedak compact terperanjat apabila di sergah oleh Adrianna.
            “ Dah sudah..tak payah nak melalut.Bawa air mineral sebotol untuk saya dan roti dua keping. Saya malas nak keluar tengahari ni. Kalau awak nak keluar makan ,awak boleh pergi tapi sebelum pergi bawa apa yang saya nak dulu.”
            “ Baik bos..perintah di junjung. Nanti kejap,I ambilkan. Bukan setakat roti kosong, I buatkan tuna sandwich segera lagi untuk you…” Si Setiausaha Jambu terus beredar ke pantry.
            Adrianna hanya tersenyum mendengar celoteh Si Fizz. “ Hai bilalah agaknya Si Fizz ni nak dapat hidayah jadi lelaki sejati. Makin hari makin lembut pulak aku tengok..” Minda Adrianna bersuara.
            Seketika kemudian, Fizz menhantar sebotol air mineral dan dua keping sandwich kepada Adrianna.
            “ Enjoy your lunch boss..kalau bos perlukan apa-apa, I ada kat luar. I pun nak makan sandwich je tengahari ni..malas nak keluar. Panas betul tengahari ni,daripada I gelapkan kulit I yang cantik ni, baik I makan kat sini je..” Fizz terus beredar ke pantry. Dia pun mahu melantak sandwich tuna segera yang di buatnya tadi.
Adrianna hanya mengelengkan-gelengkan kepala melihat telatah Fizz itu. Secalit senyuman terukir. Sememangnya, perlakuan Fizz selalu mencuit hatinya dan satu-satunya staff yang berani bergurau dan faham dengan sikapnya adalahlah PA jambunya ini.
“ Okay, inilah dia ofis isteri Encik. Tingkat paling atas.” Amri memberitahu Rayyan Fahrin dengan hormat.
 Rayyan Fahrin memberhentikan kereta Perdana V6 yang di pandu. “ Terima kasih Am.Awak bawak balik kereta ni. Nanti saya balik sendiri.”
Rayyan Fahrin berhenti seketika melihat pemandangan sekitar bangunan empat tingkat tersebut.Inilah kali pertama ke pejabat Adrianna sejak berkahwin. Bangunan empat tingkat tersebut turut menempatkan ruang pejabat Adrianna di tingkat paling atas  manakala aras bawah,tingkat satu dan dua menempatkan ruang pameran dan juga contoh material. Sebelum masuk ke dalam ruang bangunan, Rayyan Fahrin berjalan meninjau kawasan sekitar.Dah macam wakil syarikat atau pelanggan baru lagaknya. ‘Compound’ sekeliling bangunan juga cukup memukau. Ada taman mini, rumput karpet,kolam buatan dan air pancut yang menyerikan lagi landskap sekitarnya.Di serikan pula dengan pelbagai spesis bunga yang pelbagai warna serta pokok landskap yang di jaga rapi. Di bahagian belakang dan sisi bangunan pula menempatkan nursery anak-anak semaian.
“ Ermm…cantik tempat ni.Dah nama syarikat landskap dan interior design. Dah tentulah cantik. Kat luar cantik, dah tentu kat dalam lagi cantik…” Rayyan Fahrin kagum dengan santapan mata dengan pemandangan yang memukau. Kedatangannya mengundang pandangan mata beberapa staff di situ yang masih belum keluar rehat tengahari.
“ Ye Encik, ada apa-apa yang boleh kami bantu? Sekarang ni waktu rehat, kalau Encik nak berurusan dengan kami, staff –staff akan masuk pukul 2.30 nanti.” Laila si penyambut tetamu menyapa dengan mesra. Dia yang baru hendak keluar makan,menangguhkan dulu hasrat apabila terpandang seorang lelaki tampan bergaya masuk . Sangkanya mungkin pelanggan biasa atau pun wakil syarikat yang berurusan dengan syarikat mereka. Memang sudah menjadi lumrah bagi Laila.Kalau ada peluang mendekati lelaki kaya dan hensem pula,memang peluang akan diambil.
“ Err..tak pa. Saya datang nak jumpa Puan Adrianna. Saya dah bagitahu setiausaha Dia tadi. It’s okay,I’ll find the way myself..” Rayyan Fahrin terus ke ruang elevator.Bangunan empat tingkat ada lift,kelas gitu. Ye tak?
“ Puan Adrianna? Bila pulak Cik Adrianna kahwin? Apa-apalah..siapalah yang nak kahwin dengan singa betina tu. Siapa lelaki tadi tu ye..hensem giler.kalau aku dapat, aku ‘kepit’ tak lepas-lepas.” Laila hanya memerhatikan kelibat Rayyan Fahrin menghilang ke dalam lift.
Sampai sahaja di tingkat paling atas,Rayyan Fahrin melangkah keluar. Dia berhenti seketika menhayati ruang pejabat yang mempunyai beberapa partition untuk staff.
“ Aik..tak ada orang langsung ke? Ermm..mesti semua keluar rehat. Ini sudah bagus.” Rayyan Fahrin sudah tersengih-sengih apabila memandang label sebuah bilik: ‘Adrianna Abdullah. Managing Director/ Interior Designer’.
Tanpa membuang masa, Rayyan Fahrin mengetuk pintu. Belum pun sempat Rayyan Fahrin memberi salam, Adrianna sudah menjawab dari dalam bilik.
“ Masuk!”
Rayyan Fahrin menapak masuk tanpa suara.
“ Yes Fizz..kan tadi I dah cakap, I’ll call you when I need you…go have your lunch..don’t bother about me. Don’t worry, nanti I makan sandwich yang you buat ok..” Adrianna bersuara sambil membelakangkan pintu masuk. Matanya di pejamkan . Dia sedang berehat -rehat di kerusi kulit empuk menghadap ke arah tingkap.
“ Assalamualaikum…hai sayang..”
“ Sayang? Lain macam je suara Fizz..dah bertukar jadi lelaki sejati ke?” Adrianna membuka mata dan memalingkan kerusi ke hadapan.
Terperanjat sungguh Adrianna. Dia tidak menyangka Rayyan Fahrin yang berdiri di depannya kini.
“ You! Apa you buat kat sini?”
“ Amboi-amboi…seksi sungguh suara sayang. Abang bagi salam belum jawab tu.Tak jawab dosa…Abang datang sebab rindukan sayanglah..dah seminggu kahwin, tapi isteri abang yang cantik ni sibuk betul sampai tak pedulikan suami dia. I come here to see you because I miss you so much and want to have a nice lunch with you..”
“ Sapa cakap I nak lunch dengan you. Sorry I ada banyak kerja dan I dah lunch tadi.” Adrianna berbohong. Intonasi suaranya bergetar sedikit ,nampak sangat berbohong. Pada hal perutnya menyanyi lagu ronggeng dan dondang sayang minta di isi.
Rayyan Fahrin tersenyum.Dia sudah menjangka Adrianna akan menolak mentah-mentah. Lantas dia menapak mara selangkah menghampiri Adrianna. Melihat perlakuan Rayyan Fahrin, Adrianna terus berdiri.
“ You jangan nak buat hal kat sini. This is my ofis!” jantung Adrianna sudah berdebar-debar melihat Rayyan Fahrin mara setapak demi setapak ke arahnya.
“ Tak payah nak bohong Abang. Abang tahu Anna belum makan lagi.Takkan nak makan sandwich dengan air mineral je tengahari ni.”
Adrianna cuak dengan perlakuan Rayyan Fahrin. Mukanya sudah berona merah.Dia tahu Rayyan Fahrin tahu dia sudah menipu sebentar tadi. Adrianna menapak setapak demi setapak ke belakang dan akhirnya langkahnya terhenti, ‘nowhere to go go anymore.’
Rayyan Fahrin semakin galak mengusik. Dia mahu melihat sejauh mana kedinginan Adrianna terhadapnya. Langkah Rayyan Fahrin terhenti betul-betul di hadapan Adrianna dengan jarak yang amat dekat. Adrianna meletakkan dua tangannya untuk menghalang Rayyan Fahrin daripada terus menghampirinya. Rayyan Fahrin melonggarkan sedikit tali lehernya dan dua butang kemeja di bahagian atas di buka. Adrianna berasa seakan sesak nafas. Rayyan Fahrin berdiri terlalu hampir dan dua tangan sudah mengepung dirinya.
“ Apa mangkuk ni nak buat ni. Dia nak rogol aku ke?”
Takut juga Adrianna apabila melihat Rayyan Fahrin melonggarkan tali leher sebegitu. Butang baju yang terbuka jelas menampakkan bahagian atas dada bidangnya.
“ Anna tahu tak..Anna dah buat Abang tak lena tidur dalam seminggu ni. Makin Anna dingin, makin Abang suka. Makin Anna ‘resist’,makin Abang geram.Dan Sekarang ni Abang rasa Abang nak…..” Rayyan Fahrin sudah bermain psikologi dengan Adrianna. Dia sengaja membuat suara menggoda.
“ You nak apa? Err..tadi you kata nak lunch dengan I kan? Jom..nanti lambat pula.” Cepat-cepat Adrianna memotong ayat Rayyan Fahrin dengan degup jantung bagai nak pecah.
“ Kan senang setuju awal-awal. Anna tak nak tahu ke apa yang Abang nak? I nak…..”
“ You nak apa!” Spontan sahaja perkataan keluar daripada mulut Adrianna.
“ I nak makan tengahari dengan dengan isterilah. You ingat apa?” Suara menggoda sudah bertukar kepada nada bersahaja.
“ Huh! Suspen betul Mamat ni.Ingatkan apalah tadi..So sekarang shall we go now?”
“ Okay, jom sayang…”
“ Dah tu bila nak lepas tangan you ni? Macam mana I nak gerak..”
“ Eh..lupa pulak..jom.Jangan lupa bawa kunci kereta Anna.”
“ Kenapa pulak?”
“ Abang tak bawa kereta.Amri hantarkan Abang kat sini tadi…”
“ So..shall we go now?” Geram sungguh Adrianna kerana Rayyan Fahrin masih belum menjatuhkan dua tangan yang menghalang pergerakannya.
Dalam waktu yang sama, Fizz datang membawa sebiji gelas bersama sekotak marigold Peelfresh.
“ I brought you this. I beli…..ops! sorry..i ingat takde tetamu…” Fizz berpura-pura menutup mata dengan sebelah tangan yang memegang gelas.
“ Fizz wait! Kita orang pun dah nak keluar. Saya nak pergi lunch dengan….dengan…” Adrianna teragak-agak mahu menyebut perkataan ‘suami’.
“…husband..ni mesti Fizz kan? Hai, saya Rayyan Fahrin.” Rayyan Fahrin menyambung kata-kata Adrianna sambil  membetulkan semula butang baju dan tali leher. Seketika kemudian, dia mengulurkan tangan kepada Fizz.
“ Fizz menyambut huluran tangan Rayyan Fahrin dengan gaya ‘nyah’ sambil tersenyum-senyum penuh makna.
Pipi Adrianna sudah seperti udang kena bakar. Marah dan segan bercampur –baur. Dia marah dengan perlakuan selamba Rayyan Fahrin seolah memberitahu Fizz yang dia dan Rayyan Fahrin sedang ‘ehem-ehem’ dan dia rasa malu dan segan kerana Fizz ternampak dirinya dalam keadaan seolah berpelukan dengan Rayyan Fahrin.
“ Kami pergi dulu ye Fizz..jom sayang..err..Fizz,kalau Puan Adrianna masuk lambat hari ni,faham-fahamlah ye..” Rayyan Fahrin merangkul pinggang Adrianna dan mereka beriringan keluar. Sempat lagi Rayyan Fahrin mengenyitkan mata kepada Si fizz yang masih tersenyum-senyum lebar nak sampai ke telinga!
Geram Adrianna masih bersisa. “ dia ke aku bos kat sini? Suka-suki je dia cakap aku masuk lambat hari ni. Takpe…takpe.Sabar Anna,kau ikut je dulu apa dia nak..lagi pun dia nak lunch dengan kau je…” Cik Minda bersuara.
“ Yes! berjaya..Ya Allah, kau lembutkanlah hati isteriku ini..” Doa Rayyan Fahrin bergema di dalam hati.


P/S; COMMENTS PLEASE…



Wednesday, 3 October 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 17


BAB 17

            Hari baru bermula, menjanjikan sinar harapan  kepada Penghuni Villa Chinta Qaseh. Awal-awal lagi Qalisha sudah bangun. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia terus menyambung tidur. Tapi bila difikirkan yang dia kini berada di rumah mertua, mahu tak mahu dia bangun. Tuala di capai dan kaki terus melangkah ke bilik air. Kalau di rumah Nenek takde maknanya dia nak mandi awal-awal pagi.Sejuk giler weh! Airnya sejuk dan kesejukannya boleh sampai ke tulang sum sum. Tapi kat sini lain, ada water heater. Nama pun villa, takkan nak mandi guna air bukit. Tapi kalau kat Kuala Lumpur ni,tak yah berangan nak dapat air bersih daripada punca air asli sebab semuanya datang daripada loji kumbahan.Kata orang punca air yang dirawat.Ok ler tu, sumber original lagi. Alang-alang dah bangun, mandi terus. Dalam hati Qalisha berharap Chef Poyo a.k.a Chef mangkuk tu belum bangun lagi. Tadi sebelum masuk ke dalam bilik air, Jeffrey masih berbungkus cantik di atas sofa panjang.
            Usai mandi, baru Qalisha teringat yang dia terlupa membawa baju tukar. Baju kecik dan seluar kecik pun lupa ambik.
            “ Ah..belasah ajelah. Pakai baju ni dulu. Takkan nak berkemban dengan tuala ni pulak. Keselamatan kena jaga. Chef Poyo kat luar tu bukan boleh percaya sangat. Ermm..baju ni pun tak busuk lagi.Pakai dulu, lepas ni baru tukar.” Baju tidur yang di pakai tadi disarungkan semula. Perlahan-perlahan pintu bilik air di buka. Di dalam hatinya dia berdoa semoga Chef Poyo belum lagi terjaga.
            Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebaik pintu bilik air terbuka, Qalisha sungguh terperanjat. Jeffrey sudah bercekak pinggang di muka pintu dengan tuala tersangkut di leher.
            “ Kau ni mandi ke buat iklan sabun kat dalam tu! Tepilah..mandi punyalah lama macam nenek kebayan..”  Jeffrey melangkah masuk ke dalam bilik air dengan mulut tidak henti-henti mengomel.
            Qalisha mencebik mendengar omelan Jeffrey. Sempat lagi dia menjawab, “ Kau pernah tunggu nenek kebayan mandi ke? “ Qalisha terus berlalu tanpa menoleh lagi kepada Jeffrey.
            Sebaik mendengar suara Qalisha menjawab, terus rasa mengantuk yang masih bersisa hilang. Pagi-pagi hari dah sakit hati.Namun Jeffrey terus melangkah ke dalam  bilik air.  Malas dia nak melayan Minah Kampung.Pintu bilik air di tutup kasar sehingga berdentum bunyinya. Marahlah tu!
Jeffrey,Jeffrey..apasallah kau asyik panggil Qalisha tu ‘minah kampung’. Banyak perkara yang kau tak tahu pasal bini kau tu tau! Teruskan sikap ‘tak nak ambil tahu..ada aku kisah.. ‘kau tu. Jangan sampai bila kau tahu, kau jatuh pengsan sudah..Jeffrey ingat dia sorang saja ‘spesis’ kacukan cina dan orang putih. Tapi dia tak tahu yang bini dia tu pun ‘spesis hibrid’ jugak.
 Sebenarnya, arwah ibu Qalisha, Khairunnisa adalah mualaf. Ibu Qalisha berasal dari Hua Hin, Thailand. Arwah Qhairil jatuh cinta dengan gadis siam yang sangat jelita semasa sama-sama menuntut di Universiti Chulalongkorn, Bangkok. Nama sebenarnya ibu Qalisha ialah Rattanee Sukkolawat Suwapom. Dia anak orang yang berpengaruh jugaklah di Hua Hin. Tapi kisah hidup ibu Qalisha sama macam pantun, nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan. Kerana cinta yang menggunung pada lelaki melayu bernama Qhairil b.Amri, Rattanee sanggup di buang keluarga dan melepaskan harta ‘tujuh keturunan tak habis makan’ demi seorang lelaki melayu. Apa yang pasti kecantikan Rattanee kini warisi oleh Qalisha yang wajahnya saling tak tumpah seperti ibunya. Yang tahu kisah hidup Qalisha adalah NekJah dan Pak Usunya serta Datin Maimun dan Datuk Abdullah..yes..they knew everything about her.
             Di dalam closet, Qalisha mencari-cari pakaian yang sesuai. Dia membelek-belek baju  dan seluar yang sesuai dengan jiwanya. Nak pakai baju kurung? Minta mahaplah ye…Akhirnya sehelai track bottom berwarna biru gelap dan sehelai t-shirts putih di sarungkan ke badan. Elok-elok sahaja track bottom tersebut muat dengannya.
“Jeffrey punya ke? Lantaklah..janji aku suka seluar trek ni. T-shirts ni nampak baru lagi..yang Mama sediakan kot..” Qalisha menilik-nilik dirinya di hadapan sebuah cermin besar yang terdapat di dinding dressing room tersebut. Tulisan ‘don’t worry be happy’ yang terdapat pada t-shirts bersama figura muka kartun tersenyum sambil mengenyit mata mengundangkan senyuman manis pada wajah Qalisha.Rambutnya yang pendek di sikat rapi dan setelah berpuas hati dengan penampilan ringkasnya, dia menapak keluar daripada bilik. Jeffrey? Lantaklah dialah nak buat apa pun. Yang penting perutnya yang mula ‘singing and dancing’ perlu di isi jadi ke mana lagi kalau tak ke dapur.
 “ Assamualaikum..” dengan sopan Qalisha memberi salam kepada wanita-warga dapur pada pagi itu.
“ Waalaikummussalam.. Eh..Puan Qalisha. Buat apa kat dapur ..awal lagi ni…” Wanita yang mungkin berusia separuh abad menjawab sopan. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi.
“ Ni mesti Mak Yam kan? Dan yang berdua ni mesti Asih dan Tuti.. Mak Yam masak apa?” Sapa Qalisha dengan lembut.
“ Ya Puan..saya MakYam, yang ini Asih dan yang sebelah tu pulak Tuti. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?”
“ Ala Mak Yam…janganlah panggil saya ‘Puan’.tak rocklah bunyinya..panggil saja ‘Qalish’ ye..ingat tau panggil saya ‘Qalish’ je.
Mak Yam hanya mengangguk mesra. Tiba-tiba Si Tuti bersuara, “ Enggak bisa non..Mak Yam bisa panggil non gak gitu, tapi kami gak bisa..nanti Datuk dan Datin bilang apa sama kami. Nanti Datuk dan Datin bilang kami ini gak hormat sama Puan. Jadi kami panggil Puan ‘Puan’ aja ya..Tuan Jeffrey, Puan Qalisha, Puan Rianna dan juga Tuan Fahrin…sama aja iramanya..bagus sekali kok..”
Mak Yam cukup senang dengan perwatakan Qalisha. Orangnya mudah mesra dan merendah diri.
“ Mak Yam nak sediakan bahan untuk masak bihun singapura. Hari ni bukan Mak Yam yang nak masak..Datin sendiri yang nak buat. Kejap lagi Datin turunlah. Sekarang dia tengah temankan Datuk bersenam dekat gim.”
“ Oh ye ke? Qalish nak Tanya sikit boleh? Biasanya orang kat villa ni makan apa untuk sarapan?”
“ Kalau Datuk, dia makan apa saja yang Datin hidangkan. Dia sukakan nasi lemak, bihun, mee,kue tiew, nasi goreng…apa saja air tangan Datin, Datuk makan. Datuk tak cerewet bab makan. Adrianna pun sama tak cerewet sangat tapi biasalah bagi anak gadis, dia jaga makan, selalunya roti dan segelas susu segar atau jus sudah cukup. Jeffrey pula, setiap hari wajib ada jus oren dan roti bakar. Tu kat dalam peti sejuk tu ,jus marigold Peel Fresh sentiasa ada stok. Qalish pula suka yang macam mana?”
“ Qalish?…Qalish belasah semuanya. Asal halal di makan Qalish sebat . Cuma yang tekak Qalish tak boleh nak terima ialah durian, ikan keli dan ikan patin. Entah kenapa Qalish pun tak tahu, memang tekak Qalish tak boleh nak telan walau orang lain cakap semua tu sangat sedap. Err Mak Yam..ada roti tak? Qalish rasa pedih perut mungkin lapar sangat sebab semalam tak makan nasi..” Qalisha berkata dengan segan.
“ Ya Allah, Qalish lapar ye…meh dok sini. Asih, ambilkan roti dengan jem untuk Puan Qalisha jangan lupa minuman sekali, milo boleh?” Kalut MakYam bila menantu baru Datuk lapar.
“ Mak Yam..janganlah kalut..Qalish boleh ambil sendiri minuman. Tak yah susah-susah..”
“ Mana ada susahnya Qalish,dah memang itu tugas kami. Lagi pun, kalau Datuk nampak Qalish buat sendiri.gelaplah masa depan Tuti dan Asih ni. Kang tak pasal-pasal kena hantar balik indon.”
“ Yelah..kalau macam tu Qalish nak jus oren,roti dan jem je..Qalish duduk kat sini  ye..”
Qalisha melabuhkan punggung di ‘bar stool’ yang ada di dapur yang berkongsepkan ‘island kitchen’ itu.
            “ Uik! Sejak bila kau minum jus oren pagi-pagi buta ni Qalish? Nak ikut macam citarasa Chef Poyo tu ke? Wah dah pandai nak belajar ikut kegemaran ‘Kanda Jeffrey’ nampak?”  Si hati mengusik.
            “ Qalish? Buat apa kat sini? Awal-awal lagi dah turun.mana Jeffrey? Ha..Mama tahu..ni mesti Jeff buli Qalish kan? Alaa..siannya menantu Mama ni..”Datin Maimun merangkul Qalisha daripada belakang. Satu ciuman singgah di ubun-ubun.
            “ Adoi Mak Mertua aku ni.Sekali tanya ,soalan bertubi-tubi macam torpedo..Err..mana ada.Jeff tak buli Qalish, cuma Qalish tak lelap tidur mungkin sebab berubah tempat. Lagi pun semalam Qalish tertidur dengan perut kosong..itu yang pagi-pagi lagi Qalish dah terpacak kat dapur. Qalish ingat nak makan roti sekeping sebelum perut masuk angin..tak pe kan Mama?” Sopan sungguh Qalisha pagi ni, dah berubah jadi perempuan melayu terakhir ke? Cukup ke roti sekeping? Biasa kalau roti Gardenia Butterscotch, bukan sekeping yang kau makan tapi sebungkus kau sekali hadap.
            “ Ya Allah Qalish! Tak payah nak segan. Mulai hari ni Qalish kena buat rumah ni macam rumah sendiri. You’re part of the family now. Mama nak tanya boleh? Qalish boleh masak?” Itu dia soalan cepu emas daripada Datin Maimun.
            Jus oren yang diteguk bagaikan tersekat di kerongkong. Buat apa tipu, jujur sajalah.
“ Masak yang simple-simple tu bolehlah. Setakat masakan campak-campak  sepuluh minit siap yang itu Qalish tahu. Tapi kalau bab gulai-mengulai,kari-mengari, nasi beriani…semua tu memang tak lulus lagi.”
            Datin Maimun cukup senang mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Qalisha. Jujur dan tidak bermuka-muka. Kalau tahu cakap tahu,kalau tak tahu,terus terang sahaja tak tahu,tak payah nak kelentong.
            “ Tadi Mak Yam cakap Mama nak goreng bihun singapura, Qalish nak tengok bihun singapura style Mama macam mana boleh?” Alahai pandai betul budak ni ambil hati mak mertua dia.
            “ Apa pulak tak boleh..kalau Qalish nak tahu, bihun singapura ni makanan kegemaran Jeff tau! Lagi satu Jeff suka masak lemak ikan masin dengan nanas.Itu memang favourite dia.”
            Mak Yam hanya menjadi pendengar setia tersenyum. Hatinya berbunga apabila melihat kemesraan yang terjalin antara mertua dan menantu itu. Dia percaya Qalisha boleh menjadi menantu yang baik .Dia sendiri cukup senang dengan perwatakan Qalisha. Walaupun nampak sedikit kasar namun Qalisha punya keistimewaannya yang tersendiri.
            Pukul 7.45 pagi semua penghuni villa sudah turun ke ruang makan termasuklah semua tetamunya. Keluarga Qalisha dan Fahrin, Nek Jah, Qhairul dan Yasmin, Rayyan Firdaus,Nia,Nek Wan dan Datuk Abdullah sudah bersedia di meja makan. Qalisha turut mengambil tempat. Buat kali pertama dalam hidup, inilah meja makan yang paling besar dan paling panjang pernah dia lihat.Qalisha mencongak di hati, ada 18 buah kerusi semuanya. Sekali pandang tak ubah macam ruang makan Queen Elizabeth di istana Windsor pulak!
            Datuk Abdullah duduk di kerusi tengah macam pengerusi majlis. Kelihatan MakYam dan dua orang minah indon, Tuti danAsih sedang sibuk menghidangkan makanan yang di masak oleh Datin Maimun sendiri.
            “ Tak cukup korum lagi kita ni. Qalisha, Jeffrey mana? Tak turun lagi? Pengantin baru yang satu lagi pun tak turun. Penat kot kerja lebih masa semalam.” Selamba sahaja Datuk Abdullah menuturkan kata sambil matanya berbalas pandang dengan Datin . Mereka berdua tersenyum penuh makna tersirat.  Masih jelas peristiwa yang berlaku subuh tadi di bilik Adrianna.
            “ Assamualaikum semua, sorry lambat sikit. Sampai hati sayang turun tak ajak Abang.” Jeffrey melabuhkan punggung di sebelah Qalisha. Satu ciuman di ubun-ubun di berikan membuatkan Qalisha terkesima. Nasib baik belum makan, kalau tak mahu tersembur. Qalisha hanya tersengih.Tiada satu perkataan keluar daripada mulutnya. Qalisha mencebik tapi dalam hati sajalah. “ Dasar talam 14 muka..depan orang lembut gigi dari lidah..”
            “ Kalau begitu kita makan dululah.Kalau nak tunggu pengantin turun entah pukul berapa baru nampak batang hidung.” Datuk Abdullah bersuara sambil tersenyum. Mereka semua memulakan suapan sebaik Datuk Abdullah membacakan doa.
            Ketika semua sedang menikmati sarapan , Adrianna dan Rayyan Fahrin beriringan berjalan ke ruang makan.
            “ Tengok, we are late for breakfast! “ Adrianna hampir menjerit tapi suaranya di kawal hanya untuk pendengaran Rayyan Fahrin.
            “ Don’t blame me dear, you yang nak kita turun bersama kan. Tapi jangan bimbang, mereka semua takkan marahkan kita sebab semalam kan ‘wedding night’ kita. Anyway, thank you very much for a ‘fruitful’..’wonderful’ night. I’m really appreciate it.” Rayyan Fahrin sengaja menekankan perkataan ‘fruitful’ supaya hati Adrianna menggelegak di pagi yang mulia ini. Wajah Adrianna berona merah. Hatinya tiba-tiba terbakar namun di tahan agar riak wajahnya tidak terlalu ketara.
            Gangguan ‘grand entrance’ Rayyan Fahrin dan Adrianna langsung tidak mengganggu semua yang ada di situ menikmati sarapan. Tiba-tiba  adik bongsu Rayyan Fahrin, Rania bersuara.
            “ Apasal Abang Long Lambat turun? Takkan Kak Long tak kejut abang..”
            Dengan selamba Rayyan Fahrin menjawab, “ Kakak ipar Nia ni tak bagi Abang tidur semalam. Itu yang lepas subuh abang tertidur sampai lambat turun sarapan ni..”
            Adrianna yang sedang meneguk segelas jus oren tersedak. “ Kurang asam betul.Memang sah Mamat ni mulut takde insurans. Jawapan Rayyan Fahrin membuatkan semua yang berada di meja makan tersenyum-senyum kambing.
            Usai bersarapan, Datuk Abdullah duduk berbincang dengan keluarga Qalisha dan Rayyan Fahrin tentang kenduri. Memandangkan kesihatan Nek Wan tidak berapa mengizinkan dia bergerak cergas, hanya satu majlis kesyukuran akan diadakan di Kampung Rayyan Fahrin di Tanjung Karang. Nek Wan tetap berkeras mahu mengadakan majlis walau pun tak sihat kerana dia mahu mengundang orang kampung sekali gus memberitahu orang kampung yang cucu sulungnya ini sudah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati. Kenduri itu akan diadakan dua minggu lagi. Esok, Nek Wan, Nia dan Daus akan pulang ke kampung dahulu untuk menguruskan perihal majlis tersebut. Rayyan dan Adrianna akan menyusul tiga hari sebelum majlis berlangsung.
            Nek Jah juga kalau boleh mahu mengadakan kenduri besar-besaran untuk Qalisha. Kerbau lembu dua tiga ekor pun sanggup dia tumbangkan untuk meraikan perkahwinan satu-satu cucu perempuannya itu. Namun kerana kontrak Jeffrey dengan produser ‘talk show’, majlis resepsi akan diadakan lima bulan lagi sebaik kontrak itu tamat. Jadi hanya keluarga terdekat dan teman rapat sahaja tahu yang Jeffrey dan Qalisha sudah berkahwin.
………………………………………………………………………………………………………

            Seminggu berlalu, Keluarga Qalisha dan Rayyan Fahrin sudah kembali ke kampung masing-masing. Adrianna dan Jeffrey sudah kembali bekerja seperti biasa. Datuk Abdullah juga sudah membawa Rayyan Fahrin bersama apabila dia ke tapak pembinaan ,meninjau projek Kondominium Casa Impiana yang sedang giat dalam proses pembinaan. Sebelum menyerahkan tanggungjawab besar sebagai pengurus projek, Datuk Abdullah mahu Rayyan Fahrin memahami selok-belok projek yang sedang diusahakan dan Rayyan Fahrin sememangnya ‘quick learner’. Datuk Abdullah cukup kagum dengan prestasi menantunya ini setakat ini.
            Kelmarin, Jeffrey sudah berlepas ke Jepun,  diikuti Korea Selatan dan Hong Kong  selama dua minggu untuk rakaman program masakan “Hot guys who cooks’ yang di tayangkan di saluran Diva Channel. Makin ‘hot’lah Jeffrey selepas ini nampak gayanya ye. Jadi, semua orang sibuk dengan tugas masing-masing kecuali Qalisha.
            Sudah seminggu Qalisha tidak berbuat apa-apa selain daripada kerja menyakat Mak Yam dan dua minah indon yang selalu kalut. Nampak gayanya, kerjaya pomen kereta akan berkubur kalau berterusan seperti ini. Masih jelas nasihat Nek Jah sebelum mereka pulang ke kampung minggu lepas.
            “ Ingat Qalish apa yang nenek pesan. Mulai sekarang,jangan buat keputusan ikut kepala saja. Sebelum buat apa-apa ,kena fikir air muka Datuk, Datin, Nenek, Pak Usu dan yang paling kena jaga maruah suami. Jaga diri,jaga hati,jaga maruah..bla bla bla..” Nasihat Nek Jah saja boleh sepuluh  muka surat belum lagi pesanan penaja daripada Pak Usu dan Kak Yasmin. Kalau campur semuanya boleh buat buku.
            Suatu pagi ketika Datin Maimun sibuk membelek pokok bunga yang pelbagai spesis,Qalisha membuat lawatan sambil belajar keliling villa. Di garaj kereta kelihatan Pak Hamid, pemandu peribadi Datuk Abdullah sedang mengilap kereta Mercedes compressor yang baru di cuci. Ralit sekali lelaki yang hampir sebaya dengan Datuk Abdullah melakukan kerjanya sambil bersiul-siul.
            “ Dah berkilat tu Pak Mid..” Qalisha menegur mesra.
            “ Eh..Cik Qalisha..maaf Pak Mid tak perasan tadi.”
            “ Pak Mid dah lama kerja dengan Baba?”
            “ Dah hampir 15 tahun dah..”
            “ Ermm dah lama.Err..Pak Mid boleh Qalish Tanya..apa pendapat Pak Mid tentang Baba, Mama,Jeffrey..”
            “ Datuk dan Datin amat baik hati. Tak ramai orang kaya yang merendah diri dan tidak sombong zaman sekarang ni. Tapi Alhamdulillah sepanjang saya mengenali dan bekerja dengan Datuk dan Datin, tidak pernah lagi Datuk dan Datin bermegah-megah dengan kedudukan mereka. Kalau buat amal kebajikan tak suka menunjuk-nunjuk. Jeffrey pun sama.Walau pun bukan anak kandung Datuk dan Datin, dia anak yang baik dan mudah mesra,yang pasti Datuk dan Datin Berjaya mendidiknya dengan baik.”
            “ Mudah mesra? Ye ke? Macam tak percaya pulak aku Chef Poyo tu baik dan mudah mesra. Dengan aku bukan main bongkak lagi,perasan hensem,perasan macho. Pendek kata dia ni sepsis perah santan.” Ngomel Qalisha di dalam hati.
            Qalisha tersenyum mendengar jawapan Pak Mid. “ Berapa buah kereta yang Datuk ada Pak Mid?”
            Pak Hamid berhenti mengilap kereta. “ Kalau Cik Qalisha nak tahu, jom saya tunjukkan.”
            Qalisha berasa sangat teruja mendengar jawapan Pak Hamid. Dia mengikut langkah Pak Hamid ke ruang parkir kereta. Hampir terbeliak mata Qalisha melihat semua kereta yang terdapat di situ.
            “ Merce tadi dan BMW 7 series ni kereta rasmi Datuk. Lexus tu sama. Suv Cx 5 Mazda dan Suv Subaru ni Datin punya. ‘Kumbang’ kuning ni kereta kesayangan Jeffrey bersama Honda  Crz ni. Cik Adrianna pulak drive Honda CRV untuk pergi kerja dan Mini Cooper merah ni untuk jalan-jalan. BMW X3 ni pun Adrianna punya. Merce SLK Sport hitam pun sama dan BMW Z4 putih ni, Jeffrey punya.” Panjang lebar Pak Hamid memberitahu. Melopong mulut Qalisha mendengarnya. Giler babas..banyak betul kereta.Agak-agaknya berapa cukai jalan dan insurans nak kena bayar setiap tahun.
            Tiba-tiba mata Qalisha tertancap pada sebuah dua buah motor berkuasa besar. Bagaikan kanak-kanak riang, Qalisha berlari mendapatkan motor-motor tersebut. Memang sejak dulu lagi dia sangat berminat dengan motor berkuasa besar. Gelagat Qalisha mengundang tawa kepada Pak Hamid. Lelaki itu ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepala. Tercuit hatinya melihat keterujaan Qalisha membelek motor kesayangan Datuk dan Jeffrey.
            Belum sempat Qalisha bertanya, Pak Hamid sudah bersuara.
            “ Yang Cik Qalisha pegang tu Jeffrey punya dan Harley D tu Datuk punya. Kadang-kadang mereka anak-beranak suka menunggang motor ni bersiar-siar.”
            Qalisha seolah lupa seketika di mana dia berada. Motorbike Kawasaki Ninja milik Jeffrey di gosok-gosok. Angannya suatu hari nanti, dia akan memiliki satu motosikal Kawasaki Ninja sendiri. Qalisha hanyut dalam angannya… Andai Kawasaki Ninja baru ku miliki…wahhh bestnye.. Nasib tak meleleh air liur Qalisha membelek motorbike idamannya di depan mata. Dia idamkan warna biru tapi Jeffrey punya ni warna hitam. Tak kisahlah warna apa..janji Kawasaki Ninja…tak sangka ye.. Qalisha dan Jeffrey ni punya taste sama,dua-dua minat motorbike jenis yang sama. Hai..ada chemistry nampak?
            Gelagat Qalisha yang sedang asyik membelek motorbike milik Jeffrey itu mengundang senyuman Pak Hamid. Lain benar menantu datuk yang seorang ini. Ada sesuatu yang istimewa tentang Qalisha pada pandangan matanya. Kalau gadis lain dah tentu melompat nampak kereta sports tapi Qalisha pula nampak teruja dengan Kawasaki Ninja dan gadis ini nampak serba tahu tentang permotoran.
            WWW 959..nombor plet motorbike itu di renung. Baru Qalisha perasan semua kereta dan motorbike bernombor 959 dan kalau tak silap, alamat villa ini juga no. 959. “ Err..Pak Mid.baru Qalish perasan, nombor plet semua kereta dan motorbike ni 959…bezanya Huruf plet depan je..nombor keluarga ye..”
            “ Ah ahh Cik..semuanya nombor 959..nombor keluarga sejak dulu lagi. “ Pak Hamid menjawab sopan.
            “ Alah Pak Mid ni, tak payahlah ber’cik-cik’ dengan saya. Panggil ‘Qalish’ dah cukup. Kalau ‘Cik’ tu bunyinya macam formal dan tak mesra langsung.” Qalisha tersenyum menampakkan dua lesung pipit yang manis.
            “ Baik Cik..ehh Qalish. Pak Mid nampak Qalish ni macam mahir je bab kereta motor ni..”
            “ Eh. Mama tak cakap ke, apa kerja Qalish sebelum ni?”
            “ Takde pulak..err..Qalish kerja apa ye sebelum kahwin dengan Jeff..” Takut-takut Pak Hamid bertanya, bukan apa takut dikatakan penyibuk pula.
            “ Pomen…” jawab Qalisha sepatah.Tangannya masih membelek Kawasaki Ninja milik Jeffrey.
            “ Hah..pomen?..sapa pomen?” Tanya Pak Hamid spontan.
            “ Sayalah..kenapa? Pak Mid tak caya ke?” tersenyum Qalisha melihat muka terkejut Pak Hamid. Dia sudah mengagak reaksi Pak Hamid sebegitu.
            “ Betul ni? Pak Mid bukan tak percaya tapi secara jujur, Qalishalah ‘pomen’ pompuan pertama yang Pak Mid jumpa. Patutlah Pak Mid nampak Qalish macam tahu serba-serbi pasal keta motor..macam dah biasa je..”
            “ Pakar tu takdelah Pak Mid. Tapi kalau ada problem dengan kereta Pak Mid bagi tahu Qalish je..kalau Qalish tak boleh handle baru hantar worksyop..don’t worry..free of charge je..” Qalisha menjawab dengan rendah diri dan sempat lagi bergurau dengan Pak Mid.
            “ Untung Datuk dan Datin dapat menantu macam    Qalish ni. Jeff pun untung jugak dapat isteri ‘special edition’ lagi..” Pak Hamid turut sama bergurau.
            “ Apa pulak ‘special edition’ Pak Mid. Qalish ni ‘limited edition’lah…bukan senang nak dapat macam Qalish tau! Ceh..terperasan pulak aku.Masuk bakul angkat sendiri nampak..”
            Akhirnya kedua mereka bergelak ketawa bersama.    Datin Maimun hanya memerhati dari jauh. Sebuah senyuman terukir. Memang benar telahannya. Qalisha memang mudah mesra dengan sesiapa pun dan juga amat menghormati orang tua. Walau pun sudah menjadi menantu datuk, dia tetap merendah diri. Itu adalah antara sikap Qalisha yang cukup disenanginya. Lama Datin Maimun memerhatikan Qalisha. Yang pasti, minda Datin Maimun sarat dengan pelbagai agenda tersirat. Agenda baek punya! Khas untuk Jeffrey dan Qalisha. Tunggulah korang berdua ye..Datin Moon akan buat hidup korang berdua upside down lepas ni.

P/s: harap korang puas hati. Happy reading.

Tuesday, 25 September 2012

NAK TANYA KORANG NI...BAGILAH FEEDBACK KAY..

KORANG LEBIH SUKA COUPLE MANA?

ADRIANNA N RAYYAN FAHRIN KE QALISHA N JEFFREY...BAGILAH FEEDBACK SKIT KAT KITA...

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 16


BAB 16

            Di bilik yang satu lagi pulak….
Konfrantasi Adrianna dan Rayyan Fahrin baru bermula. Sampai sahaja di dalam bilik,Adrianna membuka tudung dengan kasar dan selendang yang sedondon dengan baju kebaya akad nikah tadi dihempas kasar ke atas katil. Dia terasa sangat geram dan marah, seolah-olah masih tidak percaya lelaki itu adalah Rayyan Fahrin..ye..lelaki yang telah pun sah menjadi suaminya. Oleh kerana terlalu geram habis semua bantal dan patung-patung beruang comel yang selalu menjadi peneman tidur di balingnya ke lantai. Nasiblah kau beruang comel…tuan kau tengah mengamuk sakan tu. Sabar..bawak-bawak bertenang ye..
Di luar pintu pula, Rayyan Fahrin sedang mengumpul kekuatan dan keberanian untuk berdepan dengan isteri yang baru beberapa jam dinikahinya.
“ Rileks Fahrin..ingat apa yang bapak mertua kau pesan. Jangan cepat mengaku kalah.”
Dengan berbekalkan sedikit keberanian, Rayyan Fahrin membuka pintu  bilik. Sebaik pintu bilik terbuka..’bukk!’
            “ Adoi..apa ni sayang..mana aci macam ni? Main baling je..nasib baik patung beruang je..kalau pasu bunga ,mahu benjol dahi abang. Karang tak hensem lagi abang…suami sapa, suami sayang jugak….” Belum apa-apa seekor beruang comel tepat mendarat di muka Rayyan Fahrin.  Nak buat macam mana,itu baru permulaan. Tabahkan dan cekalkan hatimu Rayyan Fahrin. Man jadda wajada! Ini pun sebahagian daripada perjuangan fisabilillah jugak ni.
            “ Apa sayang-sayang! Tak hingin aku!” Adrianna terus menyinga setelah mendengar suara Rayyan Fahrin. Sebenarnya tadi tu bukan sengaja dia nak membaling patung beruang ke muka Rayyan Fahrin. Tak sengaja terbaling. Rayyan Fahrin bukak pintu at the wrong time waktu Adrianna sedang melepaskan geram.
 “ Amboi mulut tu..sedap sungguh bahasa sayang. Tergoda abang. Rasa nak gigit-gigit mulut comel tu. Kalau selalu sayang buat mulut macam tu, nanti tak keluar bilik abang.  Seksi sungguh abang nampak bila sayang buat muncung macam tu.” Beruang comel yang dilemparkan tadi di kutip. Rayyan Fahrin mendekati Adrianna yang masih menyinga.
“ Lepas ni, sayang tak perlukan beruang-beruang comel ni untuk menjadi peneman tidur..Abangkan ada..”  Rayyan Fahrin sengaja membisikkan kata-kata yang dia sendiri tahu akan menambahkan suhu magma di hati Adrianna.
Buntang mata Adrianna sebaik sahaja mendengar kata-kata Adrianna. Hati-hati Fahrin, gunung berapi dah nak meletus tu! Baik kau blah..selamatkan diri dulu. Rayyan Fahrin berlalu ke arah built –in closet  yang terletak di kanan bilik. Awal-awal lagi Mak mertua terchenta sudah memberitahunya, semua keperluan ada dalam closet tersebut. So, tak payah nak bersusah-  payah mencari. Bagus betul dapat mertua macam ni. Bukan senang nak jumpa orang kaya yang tak berlagak . Dahlah kaya, baik hati dan merendah diri pulak. Kira rezeki tersepak untuk kau Fahrin. Sehelai tuala di capai dan dia terus berlalu ke arah bilik air sambil mengenyitkan mata kepada Adrianna, sengaja menambah lagi suhu ke takat didih.
Sambil berlalu ke bilik air sempat lagi dia menyakat Adrianna, “ Tak nak join abang ke? Anna siapkan sehelai t-shirts dan kain pelikat untuk abang... Abang belum kerjakan solat Isya’ ni..kalau abang keluar, baju dan kain pelikat takde, Anna yang abang kerjakan nanti.” Wah hebat kau Fahrin, dalam sakatan..(eh.. ada ke perkataan ni ah lantak janji sempoi. Sori ye cikgu BM..) ada arahan yang tegas..Satu  flying kiss diberi kepada Adrianna. Woohoo..caya lu bro! lepas ni gerenti Adrianna geram tahap maksimum kuasa lapan!
Sebaik Sahaja kelibat Rayyan Fahrin hilang di sebalik pintu, Adrianna mengambil sebiji bantal lalu menekupkan muka. Apa ke hal ni Anna? Takkan nak commit suicide pulak! Dosa besar tu! Tak cium bau syurga. La..ingatkan apa tadi.Nak menjerit rupa dia. Inilah contoh KL menjerit yang sebenar.
            “ Arghhhhh! Tenang Adrianna..control marah kau. Kang muda-muda dah dapat darah tinggi.Cool.. chill out girl!..inhale..exhale…tarik…hembus…kau kena bersabar banyak-banyak. Memang dia saja nak test kesabaran kau. Kalau kau marah, maka tercapailah objektif dia. Memang itu pun tujuan dia kan..saja nak buat kau marah. So sekarang ni..kau pergi ambik  baju dan kain pelikat yang dia nak tadi. Ingat Anna, dia lelaki,kau perempuan. Apalah sangat kudrat kau ada nak lawan dia. Sekarang ni yang penting strategi..nak lawan Rayyan Fahrin pakai kekuatan buang karan namanya. Nak lawan dia..you have to use your brain Anna.” Ha.ha..ha..itu dia Si Fikiran jahat sudah mari!
            “ Takpe Fahrin,ada ubi ada batas,ada lori ada bas, ada boeing ada airbus! Ada hari pasti akan ku balas!..” Adrianna terus menapak ke arah closet. Dia tahu baju-baju dan semua keperluan Rayyan Fahrin telah disediakan oleh Mamanya. Semalam dia nampak Asih dan Tuty memasukkan semua pakaian Fahrin ke dalam closetnya. Kalau diikutkan hati, tak hingin dia nak berkongsi almari dengan mamat kerek perasan bagus tu. Tapi bak kata pepatah,ikut hati mati,ikut rasa binasa, sakit jiwa kacau dan merana. So apa yang penting sekarang adalah strategi,strategi,strategi dan strategi macam mana nak mematahkan serangan musuh.
            “ Huh..lama giler Mamat kerek ni mandi. Mandi ke buat iklan Rejoice kat dalam tu? Ke tertidur dalam jakuzi? Maklumlah orang kampung, mana pernah jumpa jakuzi. Jumpa tab mandi pun dah kira bagus.” Sementara menunggu Rayyan Fahrin keluar,sempat lagi Adrianna mengutuk Rayyan Fahrin.
“ Mengutuk ke menghina tu Anna? Sewaktu je bunyinya. Hati-hati dengan mulut tu, nak jadi isteri derhaka ke? Tak cium bau syurga nanti. Ingat kau tu dah jadi isteri dia.Syurga kau di bawah telapak kaki lelaki yang bernama Rayyan Fahrin. Ingat pesan orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Minda sedar berbicara.
            “ Baik aku ‘landing’ kejap sementara tunggu mamat kerek ni keluar.Mandi kemain lama mengalahkan anak dara..” Tanpa disedari Adrianna terlena di atas katil sambil mengiring,masih lagi dalam baju kebaya yang di pakai semasa majlis akad nikah tadi. Oleh kerana terlalu letih dan jam sudah menginjak ke pukul 2.00 pagi, ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal, apa lagi sekejap sahaja Adrianna terus belayar ke alam mimpi.. Lagi satu, Adrianna ni pantang jumpa bantal, kejap aje boleh terus terlena. Tambah pulak badan penat, mata mengantuk, apa lagi bom atom meletup pun tak ingat dunia dah.
            Bunyi Azan yang sayup-sayup kedengaran mengejutkan Adrianna dari lena. Matanya masih berat  seolah ada magnet yang sedang menarik matanya supaya terus tertutup. Rasa mengantuk yang teramat sangat sampai nak bukak mata pun  susah. Dalam keadaan mamai, Adrianna cuba mengingati semula apa yang berlaku. Seingatnya tadi, hampir pukul 2.00 pagi dia masih hangin satu badan dengan Fahrin. Tunggu punya tunggu, sampai sudah tak keluar daripada bilik air.
            “ Eh..apasal Cico keras semacam je ni?”
 Dalam cahaya yang samar-samar, Adrianna mencelikkan mata. Dia menenyeh-nyenyeh mata yang masih mengantuk. Sebaik matanya celik, jantungnya berdegup laju! Patutlah keras semacam! Rupanya bukan Cico, si patung beruang besar yang di peluknya tapi Rayyan Fahrin! Buntang mata bundarnya apabila dia elok-elok ‘landing’ cantik di atas  dada Fahrin yang tak berbaju. Tangannya laju memetik suis lampu meja yang terletak di sisi katil. Jantung ni pun satu, time-time macam nilah dia nak masuk lumba lari. Slow-slow sikit wahai jantungku..kang tak pasal-pasal kau terlompat keluar arwah terus aku!
“ Masyaallah! Apa aku dah buat kat dia? Eh.. tak pembetulan, apa dia dah buat kat aku? Eh..tunggu jap..tadi aku tunggu dia keluar daripada bilik air .Lepas tu aku ‘landing’ kejap, aku pakai baju kebaya lagi masa tu…eh bila masa pulak aku tukar baju tidur ni? “ Darah tiba-tiba menyirap ke mukanya. Adrianna bagaikan mahu histeria apabila memandang badannya hanya tersarung baju tidur kain satin bertali halus berwarna biru muda. Dahlah tak berlengan, nipis dan separas peha pulak tu.Seksi gila!
“ Baju ni memang baju aku, tapi aku takkan hilang akal pakai baju macam ni depan Mamat kerek ni….arghhh…!!!!!” Adrianna menjerit sekuat hati dan serentak dengan itu dia apa saja yang boleh di capai lalu di balingnya Rayyan Fahrin yang sedang tidur pulas. Beruang-beruang comel, jam loceng, majalah,buku, semuanya terbang melayang ke arah Rayyan Fahrin.
Sebaik mendengar jeritan nyaring Adrianna, mata Rayyan Fahrin terus terbuka luas. Automatik dia bangun daripada katil dan mencampakkan comforter ke lantai. Terkejut beruk Rayyan Fahrin apabila melihat barang-barang melayang ke arahnya. Dengan mulut memaki hamun Rayyan Fahrin, Adrianna terus mencampakkan barang dan tiba-tiba Adrianna berhenti dengan nafas yang tercungap-cungap. Marah Adrianna sampai tahap maksimum apabila dia ternampak Rayyan Fahrin hanya memakai seluar boxer pendek giler!
“ Apa kau dah buat kat aku! Dasar jantan tak guna! Kau ambil kesempatan kat aku masa aku tak sedar!” Adrianna terus menghamburkan kemarahan kepada Rayyan Fahrin. Tak cukup dengan patung beruang, majalah, jam loceng, di capainya lagi novel-novel tersusun cantik di atas di sisi katil lalu terus di baling kepada Rayyan Fahrin.
Satu! Yea..tak kena. Dua..sempat tangkap! Tiga..yes! tak kena lagi.empat..boleh elak lagi…lima..adoi Anna..dahlah tu yang..benjol dah ni kepala Abang! Anna sayang, bawak bertenang, mengucap..cuba bagi tahu Abang apa dah buat sampai sayang mengamuk macam ni sekali. Tengok tu, kesian jam loceng tu. Habis terburai isi perut dia. Abang rasa dah arwah jam loceng tu..” Kedua-dua tangan Rayyan Fahrin masih berada di posisi menahan macam perisai.
“ Sudah tahu lagi mau tanya! What did you do to me last night? How come we end up on the same bed!” Adrianna bersuara lantang.
“ La..pasal tu rupanya. Abang ingatkan pasal apalah tadi..” Rayyan Fahrin mengurut dada lega. Rayyan Fahrin tersengih. Sebenarnya bukan setakat tersengih lagi dah. Dia dah gelak tergolek di dalam hati.
Sebenarnya tiada  apa yang berlaku pun. Lepas mandi dah pun pukul 2.00 pagi. Sebaik keluar daripada bilik air, Dia ternampak Adrianna sudah tertidur di atas katil, masih berkebaya ayu. Dia cuba mengejutkan Adrianna berkali-kali tapi mungkin kerana keletihan ,lena betul si Adrianna tidur. Tidur pulas tak ingat dunia! Tiba-tiba akal jahat yang tak berapa jahat muncul. Yelah kalau betul-betul jahat, Rayyan Fahrin dah ‘ngap’Adrianna. Tapi, Rayyan Fahrin ni lelaki budiman tau, takkan ambil secara memaksa walau pun dah terang lagi bersuluh Adrianna memang dah menjadi haknya yang sah. Jadi, nak dijadikan cerita, apa lagi Rayyan Fahrin terus menyelongkar closet Adrianna mencari baju tidur yang paling seksi dan yang baju tidur satin tanpa lengan bertali halus itulah yang dia jumpa. Korang pun tahulahkan apa yang berlaku selanjutnya. Rayyan Fahrin menukarkan baju Adrianna dengan berhati-hati. Korang jangan nak jadi otak kuning ye.. Rayyan Fahrin tutup lampu tau! Tak caya? Bukan apa, dia takut tergoda. Gentleman gentleman jugak, kalau dah rezeki di depan mata tak tertolak weh..kucing dengan ikan takkan pejam mata saja, betul tak? Itu kucing dengan ikan, apatah lagi Rayyan Fahrin lelaki  yang punya naluri dan keinginan yang sama. Dah memang fitrah kejadian manusia begitu.Purposely memang Rayyan Fahrin nak Adrianna fikir mereka dah ehem-ehem…sebab itulah dia sengaja tidur pakai boxer je. Lepas tu dia baring sebelah Adrianna, tidur satu comforter. Itulah ceritanya. Tapi yang bab Adrianna peluk Rayyan Fahrin tu..Adrianna sendiri yang buat. Bukan salah Rayyan Fahrin ye. Rayyan Fahrin sendiri tak sedar bila masa Adrianna peluk dia pun, dia tak tahu. Fuh! Aku dah ceriter detail dah kat korang macam mana Rayyan Fahrin dan Adrianna end-up on the same bed. Penat rahang aku ni tau..anyway berbaloi gak sebab tengok tu..korang tersenyum-senyum tu apa kes? Back to kisah mereka berdua ni…
“ You..you!” kata-kata Adrianna terhenti di situ, Speechless bila mendengar jawapan selamba Rayyan Fahrin.
“ Yang Anna marah sangat ni kenapa?  Abang rasa apa yang berlaku semalam tak salah pun. Kitakan dah kahwin, Semalamkan wedding night kita. Takkanlah nak habiskan wedding night kita dengan bertekak je..rugilah. Lagi pun, Anna yang goda Abang dulu tau! Abang tak buat apa-apa pun! Anna tau tak..semalam Anna telah meragut keterunaan Abang yang abang jaga selama tiga puluh tahun.. Sebab Anna adalah isteri Abang, maka Abang dengan rela menyerahkan mahkota berharga Abang sebab Anna adalah isteri Abang…jangan kau persiakan diriku…” Rayyan Fahrin sengaja menayang muka sedih. Entah mana datang ayat tu dia sendiri pun tak tahu. Spontan sahaja keluar. Tak kisahlah sebab dia tahu Adrianna memang sakit hati bila dengan kata-katanya itu dan memang itulah tujuannya.
Buk! Seekor beruang comel dengan jayanya mendarat di muka Rayyan Fahrin. Ala..beruang comel lagi,cuba baling angsa ganas ke baru kaw!
“ Kau ni giler ke apa! Bila masa pulak aku goda kau! Kau ni kan memang…memang…memang…” Adrianna terus meluru ke arah Rayyan Fahrin yang sedang berdiri di birai katil. 
Bagi Adrianna pada waktu itu, apa nak jadi, jadilah. Tunggu kau Mamat kerek akanku cekik kau sampai dapat! Tapi malangnya kakinya tersadung pada comforter di atas lantai lalu terus ter’landing’ dan merempuh cantek Rayyan Fahrin yang terpacak di birai katil. Akibat daripada ‘pendaratan cemas’ tersebut, Rayyan Fahrin tidak sempat membuat apa-apa selain daripada memeluk isteri terchenta dengan kemas. Adrianna selamat mendarat di atas badan Rayyan Fahrin, Kedua-duanya terjatuh ke atas katil dan pendaratan cemas itu menyebabkan bibir mereka bercantum kemas. Seakan ada cas elektrik yang mengalir sehinggakan mata mereka saling berbalas pandangan dan mereka kaku seketika.Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Yang pasti buat seketika Rayyan Fahrin dan Adrianna hanyut dalam renungan antara mereka.
Pada waktu yang sama pula, Datuk Abdullah dan Datin Maimun yang baru hendak menapak menuruni anak tangga sangat terkejut dengan bunyi jeritan nyaring Adrianna. Lovely couple ni memang selalu bangun awal. Selepas subuh selalunya Datin Maimun akan menemankan Datuk Abdullah bersenam di gim mereka. Mereka menyangka sesuatu yang buruk telah berlaku, jadi apa lagi pintu bilik Adrianna terus di terjah  dan..
“ Ops! Maaf..Baba dengan Mama ingat apalah tadi..chop! Jangan risau kami tak nampak apa-apa…” Pintu bilik di tutup semula.
Datuk Abdullah dan Datin Maimun memandang sesama sendiri. Seketika kemudian ketawa mereka berdua terburai. Berair-air mata mereka  berdua ketawa, siap buat ‘high five’ lagi. Mereka berdua betul-betul tak menyangka rancangan mereka berjaya secepat ini.
Sepantas kilat, Adriana terus bangkit. Dia terus mengesat bibirnya seolah ada kotoran yang melekat di situ.Melihat muka Rayyan Fahrin tersengih macam kerang busuk, terus tanganya mendarat pada perut Rayyan Fahrin yang tak berbaju, mencubit sekuat hati .
Rayyan Fahrin pula, “ Adoiiii..dahlah tu yang..dah biru perut Abang ni..”Rayyan Fahrin menyeringai kesakitan. Bukan setakat cubitan manja lagi dah, ini dah boleh masuk kategori ‘domestic violence’ dah ni.
“ Apalah nasib aku dapat bini macam ganas macam gangster. Baru satu hari dah benjol kepala, lebam dekat perut.Kalau dua hari,tiga hari,empat hari..berhari-hari? Warghhh!!!!! Nek Wan tolong Ayin!!!!!!”
Bersabarlah Fahrin. Dah nasib badan kau dapat bini gangster, nak buat macam mana..bapak borek anak rintik, bapak pun macam gangster anak pun lebih kurang sama. Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Apa nak buat..terima ajelah..
 “ Padan muka! Tak dapat cekik, cubit pun jadilah..ambik kau!” Gumam Adrianna di dalam hati. Walau pun tangannya sendiri berasa sakit, semua itu tak penting janji hatinya puas.
“ Darling….I nak mandi ni..you nak join ke?” Adrianna sengaja buat suara manja mengada-ada.
Laju saja Rayyan Fahrin mengeleng-gelengkan kepala. “ Fuh! Nak mampus? Menempah bala namanya tu. Entah-entah disiramnya aku dengan air panas terus masuk gol..Adrianna.Adrianna..Ya Allah, kau lembutkanlah hati isteriku..” Rayyan Fahrin menggosok-gosok perutnya yang masih sengal dengan cubitan kamikaze isterinya sambil matanya memerhati Adrianna menghilang ke dalam bilik air.


p/s : HARAP KORANG PUAS HATI KISAH ANNA DAN FAHRIN...RAMAI BAGI FEEDBACK..PENDEK SANGAT SETIAP EN3..YE KE? ANYWAY WAY..KEEP READING N KEEP SUPPORTING ME BEBEH! LUV YOU ALL..