BAB
17
Hari baru bermula, menjanjikan sinar
harapan kepada Penghuni Villa Chinta
Qaseh. Awal-awal lagi Qalisha sudah bangun. Kalau diikutkan hati mahu sahaja
dia terus menyambung tidur. Tapi bila difikirkan yang dia kini berada di rumah
mertua, mahu tak mahu dia bangun. Tuala di capai dan kaki terus melangkah ke
bilik air. Kalau di rumah Nenek takde maknanya dia nak mandi awal-awal
pagi.Sejuk giler weh! Airnya sejuk dan kesejukannya boleh sampai ke tulang sum
sum. Tapi kat sini lain, ada water heater. Nama pun villa, takkan nak mandi
guna air bukit. Tapi kalau kat Kuala Lumpur ni,tak yah berangan nak dapat air
bersih daripada punca air asli sebab semuanya datang daripada loji
kumbahan.Kata orang punca air yang dirawat.Ok ler tu, sumber original lagi. Alang-alang
dah bangun, mandi terus. Dalam hati Qalisha berharap Chef Poyo a.k.a Chef
mangkuk tu belum bangun lagi. Tadi sebelum masuk ke dalam bilik air, Jeffrey
masih berbungkus cantik di atas sofa panjang.
Usai mandi, baru Qalisha teringat
yang dia terlupa membawa baju tukar. Baju kecik dan seluar kecik pun lupa
ambik.
“ Ah..belasah ajelah. Pakai baju ni
dulu. Takkan nak berkemban dengan tuala ni pulak. Keselamatan kena jaga. Chef
Poyo kat luar tu bukan boleh percaya sangat. Ermm..baju ni pun tak busuk lagi.Pakai
dulu, lepas ni baru tukar.” Baju tidur yang di pakai tadi disarungkan semula.
Perlahan-perlahan pintu bilik air di buka. Di dalam hatinya dia berdoa semoga
Chef Poyo belum lagi terjaga.
Namun apa yang berlaku adalah
sebaliknya. Sebaik pintu bilik air terbuka, Qalisha sungguh terperanjat.
Jeffrey sudah bercekak pinggang di muka pintu dengan tuala tersangkut di leher.
“ Kau ni mandi ke buat iklan sabun
kat dalam tu! Tepilah..mandi punyalah lama macam nenek kebayan..” Jeffrey melangkah masuk ke dalam bilik air
dengan mulut tidak henti-henti mengomel.
Qalisha mencebik mendengar omelan
Jeffrey. Sempat lagi dia menjawab, “ Kau pernah tunggu nenek kebayan mandi ke?
“ Qalisha terus berlalu tanpa menoleh lagi kepada Jeffrey.
Sebaik mendengar suara Qalisha
menjawab, terus rasa mengantuk yang masih bersisa hilang. Pagi-pagi hari dah
sakit hati.Namun Jeffrey terus melangkah ke dalam bilik air. Malas dia nak melayan Minah Kampung.Pintu
bilik air di tutup kasar sehingga berdentum bunyinya. Marahlah tu!
Jeffrey,Jeffrey..apasallah
kau asyik panggil Qalisha tu ‘minah kampung’. Banyak perkara yang kau tak tahu
pasal bini kau tu tau! Teruskan sikap ‘tak nak ambil tahu..ada aku kisah.. ‘kau
tu. Jangan sampai bila kau tahu, kau jatuh pengsan sudah..Jeffrey ingat dia
sorang saja ‘spesis’ kacukan cina dan orang putih. Tapi dia tak tahu yang bini
dia tu pun ‘spesis hibrid’ jugak.
Sebenarnya, arwah ibu Qalisha, Khairunnisa
adalah mualaf. Ibu Qalisha berasal dari Hua Hin, Thailand. Arwah Qhairil jatuh
cinta dengan gadis siam yang sangat jelita semasa sama-sama menuntut di
Universiti Chulalongkorn, Bangkok. Nama sebenarnya ibu Qalisha ialah Rattanee
Sukkolawat Suwapom. Dia anak orang yang berpengaruh jugaklah di Hua Hin. Tapi
kisah hidup ibu Qalisha sama macam pantun, nasi lemak buah bidara,sayang
selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan.
Kerana cinta yang menggunung pada lelaki melayu bernama Qhairil b.Amri,
Rattanee sanggup di buang keluarga dan melepaskan harta ‘tujuh keturunan tak
habis makan’ demi seorang lelaki melayu. Apa yang pasti kecantikan Rattanee
kini warisi oleh Qalisha yang wajahnya saling tak tumpah seperti ibunya. Yang
tahu kisah hidup Qalisha adalah NekJah dan Pak Usunya serta Datin Maimun dan
Datuk Abdullah..yes..they knew everything about her.
Di dalam closet, Qalisha mencari-cari pakaian
yang sesuai. Dia membelek-belek baju dan
seluar yang sesuai dengan jiwanya. Nak pakai baju kurung? Minta mahaplah ye…Akhirnya
sehelai track bottom berwarna biru gelap dan sehelai t-shirts putih di
sarungkan ke badan. Elok-elok sahaja track bottom tersebut muat dengannya.
“Jeffrey
punya ke? Lantaklah..janji aku suka seluar trek ni. T-shirts ni nampak baru
lagi..yang Mama sediakan kot..” Qalisha menilik-nilik dirinya di hadapan sebuah
cermin besar yang terdapat di dinding dressing room tersebut. Tulisan ‘don’t
worry be happy’ yang terdapat pada t-shirts bersama figura muka kartun
tersenyum sambil mengenyit mata mengundangkan senyuman manis pada wajah
Qalisha.Rambutnya yang pendek di sikat rapi dan setelah berpuas hati dengan
penampilan ringkasnya, dia menapak keluar daripada bilik. Jeffrey? Lantaklah
dialah nak buat apa pun. Yang penting perutnya yang mula ‘singing and dancing’
perlu di isi jadi ke mana lagi kalau tak ke dapur.
“ Assamualaikum..” dengan sopan Qalisha
memberi salam kepada wanita-warga dapur pada pagi itu.
“
Waalaikummussalam.. Eh..Puan Qalisha. Buat apa kat dapur ..awal lagi ni…”
Wanita yang mungkin berusia separuh abad menjawab sopan. Ketika itu jam baru
menunjukkan pukul 6.30 pagi.
“
Ni mesti Mak Yam kan? Dan yang berdua ni mesti Asih dan Tuti.. Mak Yam masak
apa?” Sapa Qalisha dengan lembut.
“
Ya Puan..saya MakYam, yang ini Asih dan yang sebelah tu pulak Tuti. Ada apa-apa
yang boleh kami bantu?”
“
Ala Mak Yam…janganlah panggil saya ‘Puan’.tak rocklah bunyinya..panggil saja
‘Qalish’ ye..ingat tau panggil saya ‘Qalish’ je.
Mak
Yam hanya mengangguk mesra. Tiba-tiba Si Tuti bersuara, “ Enggak bisa non..Mak
Yam bisa panggil non gak gitu, tapi kami gak bisa..nanti Datuk dan Datin bilang
apa sama kami. Nanti Datuk dan Datin bilang kami ini gak hormat sama Puan. Jadi
kami panggil Puan ‘Puan’ aja ya..Tuan Jeffrey, Puan Qalisha, Puan Rianna dan
juga Tuan Fahrin…sama aja iramanya..bagus sekali kok..”
Mak
Yam cukup senang dengan perwatakan Qalisha. Orangnya mudah mesra dan merendah
diri.
“
Mak Yam nak sediakan bahan untuk masak bihun singapura. Hari ni bukan Mak Yam
yang nak masak..Datin sendiri yang nak buat. Kejap lagi Datin turunlah.
Sekarang dia tengah temankan Datuk bersenam dekat gim.”
“
Oh ye ke? Qalish nak Tanya sikit boleh? Biasanya orang kat villa ni makan apa
untuk sarapan?”
“
Kalau Datuk, dia makan apa saja yang Datin hidangkan. Dia sukakan nasi lemak,
bihun, mee,kue tiew, nasi goreng…apa saja air tangan Datin, Datuk makan. Datuk
tak cerewet bab makan. Adrianna pun sama tak cerewet sangat tapi biasalah bagi
anak gadis, dia jaga makan, selalunya roti dan segelas susu segar atau jus
sudah cukup. Jeffrey pula, setiap hari wajib ada jus oren dan roti bakar. Tu
kat dalam peti sejuk tu ,jus marigold Peel Fresh sentiasa ada stok. Qalish pula
suka yang macam mana?”
“
Qalish?…Qalish belasah semuanya. Asal halal di makan Qalish sebat . Cuma yang
tekak Qalish tak boleh nak terima ialah durian, ikan keli dan ikan patin. Entah
kenapa Qalish pun tak tahu, memang tekak Qalish tak boleh nak telan walau orang
lain cakap semua tu sangat sedap. Err Mak Yam..ada roti tak? Qalish rasa pedih
perut mungkin lapar sangat sebab semalam tak makan nasi..” Qalisha berkata
dengan segan.
“
Ya Allah, Qalish lapar ye…meh dok sini. Asih, ambilkan roti dengan jem untuk
Puan Qalisha jangan lupa minuman sekali, milo boleh?” Kalut MakYam bila menantu
baru Datuk lapar.
“
Mak Yam..janganlah kalut..Qalish boleh ambil sendiri minuman. Tak yah
susah-susah..”
“
Mana ada susahnya Qalish,dah memang itu tugas kami. Lagi pun, kalau Datuk
nampak Qalish buat sendiri.gelaplah masa depan Tuti dan Asih ni. Kang tak
pasal-pasal kena hantar balik indon.”
“
Yelah..kalau macam tu Qalish nak jus oren,roti dan jem je..Qalish duduk kat
sini ye..”
Qalisha
melabuhkan punggung di ‘bar stool’ yang ada di dapur yang berkongsepkan ‘island
kitchen’ itu.
“ Uik! Sejak bila kau minum jus oren
pagi-pagi buta ni Qalish? Nak ikut macam citarasa Chef Poyo tu ke? Wah dah
pandai nak belajar ikut kegemaran ‘Kanda Jeffrey’ nampak?” Si hati mengusik.
“ Qalish? Buat apa kat sini?
Awal-awal lagi dah turun.mana Jeffrey? Ha..Mama tahu..ni mesti Jeff buli Qalish
kan? Alaa..siannya menantu Mama ni..”Datin Maimun merangkul Qalisha daripada
belakang. Satu ciuman singgah di ubun-ubun.
“ Adoi Mak Mertua aku ni.Sekali
tanya ,soalan bertubi-tubi macam torpedo..Err..mana ada.Jeff tak buli Qalish, cuma
Qalish tak lelap tidur mungkin sebab berubah tempat. Lagi pun semalam Qalish
tertidur dengan perut kosong..itu yang pagi-pagi lagi Qalish dah terpacak kat
dapur. Qalish ingat nak makan roti sekeping sebelum perut masuk angin..tak pe
kan Mama?” Sopan sungguh Qalisha pagi ni, dah berubah jadi perempuan melayu
terakhir ke? Cukup ke roti sekeping? Biasa kalau roti Gardenia Butterscotch,
bukan sekeping yang kau makan tapi sebungkus kau sekali hadap.
“ Ya Allah Qalish! Tak payah nak
segan. Mulai hari ni Qalish kena buat rumah ni macam rumah sendiri. You’re part
of the family now. Mama nak tanya boleh? Qalish boleh masak?” Itu dia soalan
cepu emas daripada Datin Maimun.
Jus oren yang diteguk bagaikan
tersekat di kerongkong. Buat apa tipu, jujur sajalah.
“
Masak yang simple-simple tu bolehlah. Setakat masakan campak-campak sepuluh minit siap yang itu Qalish tahu. Tapi
kalau bab gulai-mengulai,kari-mengari, nasi beriani…semua tu memang tak lulus
lagi.”
Datin Maimun cukup senang mendengar
jawapan yang keluar daripada mulut Qalisha. Jujur dan tidak bermuka-muka. Kalau
tahu cakap tahu,kalau tak tahu,terus terang sahaja tak tahu,tak payah nak
kelentong.
“ Tadi Mak Yam cakap Mama nak goreng
bihun singapura, Qalish nak tengok bihun singapura style Mama macam mana
boleh?” Alahai pandai betul budak ni ambil hati mak mertua dia.
“ Apa pulak tak boleh..kalau Qalish
nak tahu, bihun singapura ni makanan kegemaran Jeff tau! Lagi satu Jeff suka
masak lemak ikan masin dengan nanas.Itu memang favourite dia.”
Mak Yam hanya menjadi pendengar
setia tersenyum. Hatinya berbunga apabila melihat kemesraan yang terjalin
antara mertua dan menantu itu. Dia percaya Qalisha boleh menjadi menantu yang
baik .Dia sendiri cukup senang dengan perwatakan Qalisha. Walaupun nampak
sedikit kasar namun Qalisha punya keistimewaannya yang tersendiri.
Pukul 7.45 pagi semua penghuni villa
sudah turun ke ruang makan termasuklah semua tetamunya. Keluarga Qalisha dan
Fahrin, Nek Jah, Qhairul dan Yasmin, Rayyan Firdaus,Nia,Nek Wan dan Datuk
Abdullah sudah bersedia di meja makan. Qalisha turut mengambil tempat. Buat
kali pertama dalam hidup, inilah meja makan yang paling besar dan paling
panjang pernah dia lihat.Qalisha mencongak di hati, ada 18 buah kerusi
semuanya. Sekali pandang tak ubah macam ruang makan Queen Elizabeth di istana
Windsor pulak!
Datuk Abdullah duduk di kerusi
tengah macam pengerusi majlis. Kelihatan MakYam dan dua orang minah indon, Tuti
danAsih sedang sibuk menghidangkan makanan yang di masak oleh Datin Maimun
sendiri.
“ Tak cukup korum lagi kita ni.
Qalisha, Jeffrey mana? Tak turun lagi? Pengantin baru yang satu lagi pun tak
turun. Penat kot kerja lebih masa semalam.” Selamba sahaja Datuk Abdullah
menuturkan kata sambil matanya berbalas pandang dengan Datin . Mereka berdua
tersenyum penuh makna tersirat. Masih
jelas peristiwa yang berlaku subuh tadi di bilik Adrianna.
“ Assamualaikum semua, sorry lambat
sikit. Sampai hati sayang turun tak ajak Abang.” Jeffrey melabuhkan punggung di
sebelah Qalisha. Satu ciuman di ubun-ubun di berikan membuatkan Qalisha
terkesima. Nasib baik belum makan, kalau tak mahu tersembur. Qalisha hanya
tersengih.Tiada satu perkataan keluar daripada mulutnya. Qalisha mencebik tapi
dalam hati sajalah. “ Dasar talam 14 muka..depan orang lembut gigi dari
lidah..”
“ Kalau begitu kita makan
dululah.Kalau nak tunggu pengantin turun entah pukul berapa baru nampak batang
hidung.” Datuk Abdullah bersuara sambil tersenyum. Mereka semua memulakan
suapan sebaik Datuk Abdullah membacakan doa.
Ketika semua sedang menikmati
sarapan , Adrianna dan Rayyan Fahrin beriringan berjalan ke ruang makan.
“ Tengok, we are late for breakfast!
“ Adrianna hampir menjerit tapi suaranya di kawal hanya untuk pendengaran
Rayyan Fahrin.
“ Don’t blame me dear, you yang nak
kita turun bersama kan. Tapi jangan bimbang, mereka semua takkan marahkan kita
sebab semalam kan ‘wedding night’ kita. Anyway, thank you very much for a
‘fruitful’..’wonderful’ night. I’m really appreciate it.” Rayyan Fahrin sengaja
menekankan perkataan ‘fruitful’ supaya hati Adrianna menggelegak di pagi yang
mulia ini. Wajah Adrianna berona merah. Hatinya tiba-tiba terbakar namun di
tahan agar riak wajahnya tidak terlalu ketara.
Gangguan ‘grand entrance’ Rayyan
Fahrin dan Adrianna langsung tidak mengganggu semua yang ada di situ menikmati
sarapan. Tiba-tiba adik bongsu Rayyan
Fahrin, Rania bersuara.
“ Apasal Abang Long Lambat turun?
Takkan Kak Long tak kejut abang..”
Dengan selamba Rayyan Fahrin
menjawab, “ Kakak ipar Nia ni tak bagi Abang tidur semalam. Itu yang lepas
subuh abang tertidur sampai lambat turun sarapan ni..”
Adrianna yang sedang meneguk segelas
jus oren tersedak. “ Kurang asam betul.Memang sah Mamat ni mulut takde
insurans. Jawapan Rayyan Fahrin membuatkan semua yang berada di meja makan
tersenyum-senyum kambing.
Usai bersarapan, Datuk Abdullah
duduk berbincang dengan keluarga Qalisha dan Rayyan Fahrin tentang kenduri.
Memandangkan kesihatan Nek Wan tidak berapa mengizinkan dia bergerak cergas, hanya
satu majlis kesyukuran akan diadakan di Kampung Rayyan Fahrin di Tanjung
Karang. Nek Wan tetap berkeras mahu mengadakan majlis walau pun tak sihat
kerana dia mahu mengundang orang kampung sekali gus memberitahu orang kampung
yang cucu sulungnya ini sudah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati.
Kenduri itu akan diadakan dua minggu lagi. Esok, Nek Wan, Nia dan Daus akan
pulang ke kampung dahulu untuk menguruskan perihal majlis tersebut. Rayyan dan
Adrianna akan menyusul tiga hari sebelum majlis berlangsung.
Nek Jah juga kalau boleh mahu
mengadakan kenduri besar-besaran untuk Qalisha. Kerbau lembu dua tiga ekor pun
sanggup dia tumbangkan untuk meraikan perkahwinan satu-satu cucu perempuannya
itu. Namun kerana kontrak Jeffrey dengan produser ‘talk show’, majlis resepsi
akan diadakan lima bulan lagi sebaik kontrak itu tamat. Jadi hanya keluarga
terdekat dan teman rapat sahaja tahu yang Jeffrey dan Qalisha sudah berkahwin.
………………………………………………………………………………………………………
Seminggu berlalu, Keluarga Qalisha
dan Rayyan Fahrin sudah kembali ke kampung masing-masing. Adrianna dan Jeffrey
sudah kembali bekerja seperti biasa. Datuk Abdullah juga sudah membawa Rayyan
Fahrin bersama apabila dia ke tapak pembinaan ,meninjau projek Kondominium Casa
Impiana yang sedang giat dalam proses pembinaan. Sebelum menyerahkan tanggungjawab
besar sebagai pengurus projek, Datuk Abdullah mahu Rayyan Fahrin memahami
selok-belok projek yang sedang diusahakan dan Rayyan Fahrin sememangnya ‘quick
learner’. Datuk Abdullah cukup kagum dengan prestasi menantunya ini setakat
ini.
Kelmarin, Jeffrey sudah berlepas ke
Jepun, diikuti Korea Selatan dan Hong
Kong selama dua minggu untuk rakaman
program masakan “Hot guys who cooks’ yang di tayangkan di saluran Diva Channel.
Makin ‘hot’lah Jeffrey selepas ini nampak gayanya ye. Jadi, semua orang sibuk
dengan tugas masing-masing kecuali Qalisha.
Sudah seminggu Qalisha tidak berbuat
apa-apa selain daripada kerja menyakat Mak Yam dan dua minah indon yang selalu
kalut. Nampak gayanya, kerjaya pomen kereta akan berkubur kalau berterusan
seperti ini. Masih jelas nasihat Nek Jah sebelum mereka pulang ke kampung
minggu lepas.
“ Ingat Qalish apa yang nenek pesan.
Mulai sekarang,jangan buat keputusan ikut kepala saja. Sebelum buat apa-apa ,kena
fikir air muka Datuk, Datin, Nenek, Pak Usu dan yang paling kena jaga maruah
suami. Jaga diri,jaga hati,jaga maruah..bla bla bla..” Nasihat Nek Jah saja
boleh sepuluh muka surat belum lagi
pesanan penaja daripada Pak Usu dan Kak Yasmin. Kalau campur semuanya boleh
buat buku.
Suatu pagi ketika Datin Maimun sibuk
membelek pokok bunga yang pelbagai spesis,Qalisha membuat lawatan sambil
belajar keliling villa. Di garaj kereta kelihatan Pak Hamid, pemandu peribadi
Datuk Abdullah sedang mengilap kereta Mercedes compressor yang baru di cuci.
Ralit sekali lelaki yang hampir sebaya dengan Datuk Abdullah melakukan kerjanya
sambil bersiul-siul.
“ Dah berkilat tu Pak Mid..” Qalisha
menegur mesra.
“ Eh..Cik Qalisha..maaf Pak Mid tak
perasan tadi.”
“ Pak Mid dah lama kerja dengan
Baba?”
“ Dah hampir 15 tahun dah..”
“ Ermm dah lama.Err..Pak Mid boleh
Qalish Tanya..apa pendapat Pak Mid tentang Baba, Mama,Jeffrey..”
“ Datuk dan Datin amat baik hati.
Tak ramai orang kaya yang merendah diri dan tidak sombong zaman sekarang ni.
Tapi Alhamdulillah sepanjang saya mengenali dan bekerja dengan Datuk dan Datin,
tidak pernah lagi Datuk dan Datin bermegah-megah dengan kedudukan mereka. Kalau
buat amal kebajikan tak suka menunjuk-nunjuk. Jeffrey pun sama.Walau pun bukan
anak kandung Datuk dan Datin, dia anak yang baik dan mudah mesra,yang pasti
Datuk dan Datin Berjaya mendidiknya dengan baik.”
“ Mudah mesra? Ye ke? Macam tak
percaya pulak aku Chef Poyo tu baik dan mudah mesra. Dengan aku bukan main
bongkak lagi,perasan hensem,perasan macho. Pendek kata dia ni sepsis perah
santan.” Ngomel Qalisha di dalam hati.
Qalisha tersenyum mendengar jawapan
Pak Mid. “ Berapa buah kereta yang Datuk ada Pak Mid?”
Pak Hamid berhenti mengilap kereta.
“ Kalau Cik Qalisha nak tahu, jom saya tunjukkan.”
Qalisha berasa sangat teruja
mendengar jawapan Pak Hamid. Dia mengikut langkah Pak Hamid ke ruang parkir
kereta. Hampir terbeliak mata Qalisha melihat semua kereta yang terdapat di
situ.
“ Merce tadi dan BMW 7 series ni
kereta rasmi Datuk. Lexus tu sama. Suv Cx 5 Mazda dan Suv Subaru ni Datin punya.
‘Kumbang’ kuning ni kereta kesayangan Jeffrey bersama Honda Crz ni. Cik Adrianna pulak drive Honda CRV
untuk pergi kerja dan Mini Cooper merah ni untuk jalan-jalan. BMW X3 ni pun
Adrianna punya. Merce SLK Sport hitam pun sama dan BMW Z4 putih ni, Jeffrey
punya.” Panjang lebar Pak Hamid memberitahu. Melopong mulut Qalisha
mendengarnya. Giler babas..banyak betul kereta.Agak-agaknya berapa cukai jalan
dan insurans nak kena bayar setiap tahun.
Tiba-tiba mata Qalisha tertancap
pada sebuah dua buah motor berkuasa besar. Bagaikan kanak-kanak riang, Qalisha
berlari mendapatkan motor-motor tersebut. Memang sejak dulu lagi dia sangat
berminat dengan motor berkuasa besar. Gelagat Qalisha mengundang tawa kepada
Pak Hamid. Lelaki itu ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepala. Tercuit hatinya
melihat keterujaan Qalisha membelek motor kesayangan Datuk dan Jeffrey.
Belum sempat Qalisha bertanya, Pak
Hamid sudah bersuara.
“ Yang Cik Qalisha pegang tu Jeffrey
punya dan Harley D tu Datuk punya. Kadang-kadang mereka anak-beranak suka
menunggang motor ni bersiar-siar.”
Qalisha seolah lupa seketika di mana
dia berada. Motorbike Kawasaki Ninja milik Jeffrey di gosok-gosok. Angannya
suatu hari nanti, dia akan memiliki satu motosikal Kawasaki Ninja sendiri.
Qalisha hanyut dalam angannya… Andai Kawasaki Ninja baru ku miliki…wahhh
bestnye.. Nasib tak meleleh air liur Qalisha membelek motorbike idamannya di
depan mata. Dia idamkan warna biru tapi Jeffrey punya ni warna hitam. Tak
kisahlah warna apa..janji Kawasaki Ninja…tak sangka ye.. Qalisha dan Jeffrey ni
punya taste sama,dua-dua minat motorbike jenis yang sama. Hai..ada chemistry
nampak?
Gelagat Qalisha yang sedang asyik
membelek motorbike milik Jeffrey itu mengundang senyuman Pak Hamid. Lain benar
menantu datuk yang seorang ini. Ada sesuatu yang istimewa tentang Qalisha pada
pandangan matanya. Kalau gadis lain dah tentu melompat nampak kereta sports
tapi Qalisha pula nampak teruja dengan Kawasaki Ninja dan gadis ini nampak serba
tahu tentang permotoran.
WWW 959..nombor plet motorbike itu
di renung. Baru Qalisha perasan semua kereta dan motorbike bernombor 959 dan
kalau tak silap, alamat villa ini juga no. 959. “ Err..Pak Mid.baru Qalish
perasan, nombor plet semua kereta dan motorbike ni 959…bezanya Huruf plet depan
je..nombor keluarga ye..”
“ Ah ahh Cik..semuanya nombor
959..nombor keluarga sejak dulu lagi. “ Pak Hamid menjawab sopan.
“ Alah Pak Mid ni, tak payahlah
ber’cik-cik’ dengan saya. Panggil ‘Qalish’ dah cukup. Kalau ‘Cik’ tu bunyinya
macam formal dan tak mesra langsung.” Qalisha tersenyum menampakkan dua lesung
pipit yang manis.
“ Baik Cik..ehh Qalish. Pak Mid
nampak Qalish ni macam mahir je bab kereta motor ni..”
“ Eh. Mama tak cakap ke, apa kerja
Qalish sebelum ni?”
“ Takde pulak..err..Qalish kerja apa
ye sebelum kahwin dengan Jeff..” Takut-takut Pak Hamid bertanya, bukan apa
takut dikatakan penyibuk pula.
“ Pomen…” jawab Qalisha
sepatah.Tangannya masih membelek Kawasaki Ninja milik Jeffrey.
“ Hah..pomen?..sapa pomen?” Tanya
Pak Hamid spontan.
“ Sayalah..kenapa? Pak Mid tak caya
ke?” tersenyum Qalisha melihat muka terkejut Pak Hamid. Dia sudah mengagak
reaksi Pak Hamid sebegitu.
“ Betul ni? Pak Mid bukan tak
percaya tapi secara jujur, Qalishalah ‘pomen’ pompuan pertama yang Pak Mid
jumpa. Patutlah Pak Mid nampak Qalish macam tahu serba-serbi pasal keta
motor..macam dah biasa je..”
“ Pakar tu takdelah Pak Mid. Tapi
kalau ada problem dengan kereta Pak Mid bagi tahu Qalish je..kalau Qalish tak
boleh handle baru hantar worksyop..don’t worry..free of charge je..” Qalisha
menjawab dengan rendah diri dan sempat lagi bergurau dengan Pak Mid.
“ Untung Datuk dan Datin dapat
menantu macam Qalish ni. Jeff pun
untung jugak dapat isteri ‘special edition’ lagi..” Pak Hamid turut sama
bergurau.
“ Apa pulak ‘special edition’ Pak
Mid. Qalish ni ‘limited edition’lah…bukan senang nak dapat macam Qalish tau!
Ceh..terperasan pulak aku.Masuk bakul angkat sendiri nampak..”
Akhirnya kedua mereka bergelak
ketawa bersama. Datin Maimun hanya
memerhati dari jauh. Sebuah senyuman terukir. Memang benar telahannya. Qalisha
memang mudah mesra dengan sesiapa pun dan juga amat menghormati orang tua.
Walau pun sudah menjadi menantu datuk, dia tetap merendah diri. Itu adalah
antara sikap Qalisha yang cukup disenanginya. Lama Datin Maimun memerhatikan
Qalisha. Yang pasti, minda Datin Maimun sarat dengan pelbagai agenda tersirat.
Agenda baek punya! Khas untuk Jeffrey dan Qalisha. Tunggulah korang berdua
ye..Datin Moon akan buat hidup korang berdua upside down lepas ni.
P/s:
harap korang puas hati. Happy reading.
nak lagi
ReplyDeletebest dn nak lagi...hehee
ReplyDeleteNak komen ke?tp no komen
ReplyDeletebest..tak sabar nak taw sambungan:-)
ReplyDeletecepat sambung!!!!!
ReplyDeleteMacam menunggu buah tembikai jatuh..... aknirnya jatuh jugak...../buah tembikai jatuh ke:-) /...like it2 sgt2.
ReplyDeletebest sgt2.. xsabar nk tunggu next n3..
ReplyDeleteTungguuuuuuuuuuuuuu....tq for all supports.
ReplyDeletelike3..
ReplyDeletebest sesangat..
next n3..i'm waiting..
Love it 💕
ReplyDelete