BAB
18
“ Ke mana Datuk?” ringkas sahaja
soalan Pak Hamid kepada majikannya.
“ Bawa saya ke Kelab Golf PDRM.”
Datuk Abdullah menjawab dengan suara yang serius. Tegas sahaja bunyinya. Namun
bagi bagi Pak Hamid, itu adalah perkara biasa. Dia cukup memahami Sikap Datuk
Abdullah. Orang yang tidak mengenalinya akan membuat andaian yang dia seorang
yang sombong dan tegas kerana semasa ‘office hour’, Datuk Abdullah karekternya
memang begitu. Dia serius, tegas dan bukan seorang yang mudah percayakan orang.
Pengalaman hidup yang menjadikannya sebegitu. Namun, bagi pekerja yang sudah
lama berkhidmat, semua cukup faham dengan sikap Datuk Abdullah. Sebenarnya, dia
seorang majikan yang baik dan cukup mengambil berat terhadap kebajikan
pekerja-pekerjanya.
“ Hello..Hashim. Tunggu saya kat
kelab. Saya dalam perjalanan ke sana. Mungkin lima belas minit lagi saya
sampai.” Ringkas sahaja perbualan Datuk Abdullah dengan Si Pemanggil.
Pak Hamid memerhatikan riak wajah
Datuk Abdullah melalui cermin pandang belakang. Serius dan bersahaja, tekun
membelek majalah Times di tangan. Sebaik papan tanda ‘Kelab Golf PDRM’
kelihatan, signal ke kiri diberi dan Pak Hamid terus membelok. Pak Hamid
memberhentikan kereta betul-betul di hadapan pintu masuk utama. Terkocoh-kocoh
dia keluar dan tanpa membuang masa dia membukakan pintu.
“ Mid, saya ada meeting dengan
Hashim. Awak boleh pergi rehat. Sekarang pun dah tengahari. Lepas Zohor datang
ambil saya. Saya akan makan tengahari kat sini dengan Hashim. Call isteri
saya,katakan saya tak jadi balik makan tengahari ni.”
Hashim mengangguk faham terhadap apa
yang dikatakan oleh Datuk Abdullah. Sebaik kelibat Datuk Abdullah menghilang,
Pak Hamid terus memandu BMW 7series pergi. Best jugak ye jadi drebar orang
kaya,hari-hari boleh pandu kereta mewah.
…………………………………………………………………………………………………….
Sebaik ternampak kelibat Datuk
Abdullah, Hashim terus berdiri.
“ Assalamualaikum Datuk..” Hashim
bersuara.
“ Waalaikummussalam.Dah lama tunggu
Shim?” Datuk Abdullah terus melabuhkan punggung bertentangan dengan Hashim.
Tidak sabar dia mahu mendengar apa yang akan disampaikan oleh Hashim, orang
kanan selaku peguam syarikat yang sudah hampir 15 tahun berkhidmat dengannya.
“So, macam mana dengan tugasan yang
saya berikan? Dah dapatkan semua maklumat tu?” Datuk Abdullah mengutarakan
soalan. Serius.
“ Saya dah pergi pekan lama Datuk
dulu. Dari maklumat yang saya dapat, bangunan Wisma Lee sudah tiada. Hangus
terbakar dua puluh lapan tahun yang
lepas. Sekarang, tapak bangunan sudah digantikan dengan sebuah arked perniagaan
yang menjual pelbagai barangan. Menurut sumber saya, Firma Lee and Associates
turut hangus terbakar malah dalam tragedi itu juga, beberapa orang staff firma
guaman tersebut turut terperangkap dalam kejadian.Beberapa orang hangus rentung
dalam kebakaran itu.” Hashim menyampaikan maklumat dengan tenang.
“ Bagaimana bangunan tu boleh
terbakar? Bagaimana dengan peguam Dickson Lee?” Datuk Abdullah bertanya dengan
perasaan ingin tahu yang membuak-buak.
“ Menurut sumber saya, tiada siapa
tahu punca sebenar bangunan firma guaman tu boleh terbakar. Jabatan Bomba
mengandaikan ia disebabkan oleh litar pintas. Saya ada membuat sedikit kajian berkenaan dengan
kes ini. Ada beberapa keraguan . Yang pertama, bagaimana litar pintas boleh
berlaku kerana semasa kejadian, bangunan firma itu baru berusia dua tahun dan
ia di bina mengikut piawaian yang ditetapkan. Litar pintas biasanya berlaku
pada bangunan yang sudah lama. Kedua,bangunan itu terbakar dua puluh lapan
tahun lepas, sama tahun dengan kejadian yang menimpa mendiang Chee Seng. Saya
tak percaya semua itu satu kebetulan.Mungkin ada kaitan antara semua kejadian
yang berlaku.Seterusnya yang menjadi kemusykilan ialah, peguam Dickson Lee
hilang tanpa dapat di kesan pada hari kebakaran itu berlaku. Hanya lima mayat
rentung di jumpai dan DNA mengesahkan mereka adalah, Margaret Lim, Choo Ai
Ling, Benjamin Yong dan Peter Fong. Mereka semua adalah peguam dan staff firma
itu. Seorang lagi adalah Muniandy,penjaga bangunan. Dan yang paling saya
musykil ialah, tuntutan insurans kebakaran bangunan itu di buat oleh isteri
Dickson, Mei Fong. Keluarga Dickson Lee mendakwa Dickson Lee telah meninggal
dunia dalam kejadian dan Mei Fong turut mengemukakan tuntutan insurans nyawa
Dickson Lee. Dia berjaya dalam tuntutan itu Dia meninggalkan Malaysia bersama
dua anak lelaki dan tidak kembali lagi. Ada sumber mengatakan dia berhijrah ke
Canada.” Panjang lebar Hashim memberi penjelasan. Fail biru yang memuatkan
semua maklumat yang di perolehi diserahkan kepada Datuk Abdullah.
Seketika perbualan mereka terhenti
apabila seorang pelayan datang menbawa minuman yang di pesan.
“ So, saya harap it’s not dead-end.
Teruskan mencari. Saya yakin Dickson Lee masih hidup. Kalau mengikut kiraan
saya, dia berumur 60 tahun sekarang.Perkembangan Ocean Blue Resort macam mana?”
Datuk Abdullah bertanya selepas jus epal membasahi tekaknya.
“ Sekarang anak lelaki Kenny Tan,
Robert Tan yang memegang jawatan CEO. Informer saya memberitahu Kenny Tan telah
memindahkan 45 peratus syer Ocean Blue Resort kepada anaknya sebaik bersara.
Khabar mengatakan dia diserang strok dan sedang dalam rawatan. 10 peratus syer
lagi di miliki oleh isteri Kenny , Susan. 45 peratus syer Ocean Blue di miliki
oleh empat orang yang berbeza. 15 peratus milik Eric Chia, 30 peratus lagi di
miliki oleh tiga individu yang berbeza, Wilson Chan,Tengku Mukhriz dan Bernard
Wong.Masing-masing memiliki 10 peratus.” Hashim menyampaikan semua maklumat
yang di ketahuinya kepada Datuk Abdullah dengan terperinci.
“ Ermm..Seng Chai…” Minda Datuk
Abdullah mengingati sesuatu.
“ Err..siapa Seng Chai Datuk?”
Hashim agak keliru.
“ Seng Chai ialah nama gelaran
Robert Tan semasa kecil. Dia anak Kenny,jadi dia adalah sepupu Chee Seng. Awak
tahu, nama sebenar Chee Seng adalah Jason Tan Chee Seng…bapa kandung Jeffrey.
Saya dan Chee Seng adalah kawan baik. Dia percayakan saya lebih daripada ahli
keluarganya sendiri. Saya amat kesal dan sedih tehadap apa yang berlaku pada
Chee Seng dan Mary Jane.” Teduh sekali air muka Datuk Abdullah. Memori silam
mengusik hatinya.
“ Datuk sudah lakukan yang terbaik
untuk sahabat Datuk itu. Buktinya, Datuk menjaga Jeffrey seperti anak kandung
sendiri dan berikan pendidikan terbaik untuknya. Malah Datuk juga carikan
isteri yang cantik dan baik buat Jeffrey.Saya percaya tak lama lagi Datuk
akan Berjaya merungkai segala persoalan dan menuntut keadilan buat Chee Seng.
Datuk jangan risau saya akan selalu berada di belakang.” Hashim memberi sedikit
kata perangsang kepada Datuk Abdullah. Sebagai peguam dan juga sahabat, dia
banyak menyimpan rahsia Datuk Abdullah.
“ Err..Datuk kenal dengan Tengku
Mukhriz Tengku Ahmad Syah?” Tanya Hasim lagi.
“ Tengku Mukhriz…kerabat diraja
Pahang itukah? “ Datuk Abdullah menjawab sambil tersenyum.Dia sudah mencerna
apa yang sedang berlegar di dalam fikiran Hashim.
Hashim hanya menganggukkan kepala.
“ Baru semalam saya makan tengahari
bersamanya…ermm…” Datuk Abdullah mengusap-usap dagunya. Matanya memandang jauh
ke hadapan bersama minda yang mencerna agenda tersirat.
“ Err.. Datuk. Pagi tadi saya dapat
maklumat. Eric Chia sekarang berada di dalam tahanan pihak berkuasa Macau. Dia
menimbulkan kekacauan di sebuah kasino di sana dalam keadaan mabuk selepas
kalah judi. Menurut sumber yang saya perolehi, besar juga jumlah kekalahannya.
Akibat kalah judi, dia berhutang hampir RM2.5 juta dengan kasino di situ
termasuk saman oleh kasino tersebut kerana mendatangkan kerosakan dan kerugian.
Macam mana Datuk? Saya rasa ini satu peluang baik. Dia tengah terdesak
sekarang, saya rasa kita boleh pujuk supaya dia menjualkan 15 peratus syer Ocen
Blue kepada kita.” Hashim berhati-hati memberi saranan.
“ Tawarkan bantuan kepada dia dulu
dan kemudian baru pujuk dia jualkan syer itu kepada saya. Katakan padanya saya
sanggup langsaikan hutangnya bersama 500k tunai kalau di sanggup lepaskan syer
tersebut. Berikan ‘assignment’ ini pada Stephen. Awak siapkan kontrak jual beli
syer siap-siap dan serahkan pada saya esok. Dan satu lagi…suruh Stephen jumpa
saya pagi esok. Pastikan awak pun ada bersama. Stephen fasih berbahasa mandarin
dan kantonis kan? Saya pasti dia boleh melakukan tugasan ini dengan baik. Saya
nak awak dan Stephen pergi ke Macau secepat mungkin.”
Fuh! Serius giler muka Datuk Abdullah. Bagi
Datuk Abdullah sudah sampai masanya untuk dia bertindak. Azamnya Cuma satu, dia
akan pastikan Ocean Blue Resort akan menjadi milik Mary Jane dan Jeffrey
semula. Keadilan untuk mendiang Chee Seng akan ditegakkan dan demi janjinya
pada sahabatnya itu, dia sanggup korbankan harta dan nyawa.
“ Baik Datuk. Saya akan buat seperti
yang Datuk suruh. Esok saya dan Stephen akan jumpa Datuk di pejabat.Kalau
begitu, saya minta diri dulu Datuk. Saya nak balik ofis siapkan kontrak jual
beli syer tu.Saya akan uruskan hal Eric Chia secepat yang mungkin.” Hashim
meminta diri. Dia memang seorang workaholic dan sentiasa komited dengan kerja
dan setia. Dia sememangnya orang kepercayaan Datuk Abdullah. Dialah
teman,dialah sahabat, dialah juga penasihat kedua terpenting selepas, siapa
lagi kalau bukan Datin Moon.
“ Good, awak uruskan Eric Chia, saya
pula akan uruskan Tengku Mukhriz. Shim..Kot ya pun, kita makanlah dulu. Takkan
saya nak makan sorang kat sini. Terima kasih Shim, saya bersyukur kerana
mempunyai orang kanan macam awak. Dan awak juga kawan baik saya, jadi sekarang
jom kita makan.” Datuk Abdullah bangun untuk mendapatkan makanan. Hidangan
buffet Café D’Cangkir cukup memikat selera tengahari itu. Hashim hanya menurut
dari belakang sambil tersenyum.
………………………………………………………………………………………………………
Rayyan Fahrin melangkah ke lobi Menara
Casa Impiana yang gah di tengah-tengah bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.
Langkahnya di atur lebih laju daripada biasa. Awal-awal lagi dia sudah
menelefon Amri, bodyguard merangkap pemandu Datuk Abdullah, supaya menunggu di
‘drive way’. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahari dan hari ini dia mahu
membuat lawatan mengejut terhadap Adrianna. Sudah seminggu usia perkahwinannya
dan dalam tempoh seminggu ini, dia dan Adrianna sungguh sibuk. Datuk Abdullah
membawanya ke merata tempat dalam tempoh
seminggu ini. Banyak yang dia pelajari. Bapa mertua a.k.a bos adalah orang yang
komited dan serius dengan kerja. Waktu kerja, Datuk Abdullah dan Rayyan Fahrin
adalah dua indivudu yang berbeza. Memang ‘ngam’lah mereka berdua ni. Buat
sementara waktu ini, Datuk Abdullah mahu dia menyelia perjalanan projek
Pembinaan Kondominium Seri Impiana yang sudah 50 peratus siap. Datuk Abdullah
mahu pastikan projek mega syarikat itu berjalan lancar dan siap mengikut
jadual.Selain itu, Datuk Abdullah juga menugaskan Rayyan Fahrin memantau
perjalanan bahagian pemasaran dan menjadi tugas Rayyan Fahrin untuk memastikan
semua unit kondominium mewah terjual. Kira dia masih dalam ‘trial period’lah.
Sebaik sahaja dia keluar daripada
pintu lift, telefonnya berbunyi.
“ Assalamualaikum, ..yes Amri.i’m on
my way..kejap ye..”
Langkah
di atur laju. Ada beberapa pasang mata memandang ke arahnya.
Biasalah..staff-staff perempuan. Sememangnya penampilan Rayyan Fahrin cukup
kemas, tegak dan tampan. Tinggi Lampai dan berkulit cerah ditambah pula dengan
‘goatee’ nipis,cukup untuk mengoda anak dara dan mak dara yang memandang. Datuk
Abdullah belum membuat majlis resepsi perkahwinan anak perempuannya lagi, jadi
tidak semua staff sudah mengetahui yang Rayyan Fahrin adalah menantu Datuk
Abdullah. Majlis resepsi Adrianna dan Jeffrey akan diadakan tiga minggu selepas
majlis yang akan diadakan di Kampung Rayyan Fahrin di Tanjung Karang.
Pagi
tadi Datuk Abdullah sudah memberitahu Rayyan Fahrin yang dia akan masuk ke
pejabat lambat sedikit kerana perlu jumpa Hashim di rumah kelab. Jadi Rayyan
Fahrin bolehlah masuk ke pejabat lambat juga atas alasan ada ‘lunch meeting’
dengan bos Casa Impiana Landscape and Design. Siapa lagi kalau bukan Cik
Adrianna,eh sorry..pembetulan ya..Puan Adrianna. Rasa nak menyakat orang je
hari ni. Dia sudah meminta kerjasama Kak Melissa, setiausaha Datuk Abdullah
untuk menelefon ke pejabat Adrianna. Setiausaha Adrianna, Fizz sudah
memberitahu yang Adrianna tidak keluar untuk makan tengahari. Dia hanya setakat
makan di pantry sahaja. Memang itulah kebiasaan Adrianna,kalau tiada lunch
meeting, dia hanya akan balik makan di rumah atau makan di pantry sahaja.
Biasalah kalau big boss tak keluar, nak tak nak kenalah Si Fizz meneman.
“
Sori Am, dah lama tunggu?”
“
Baru je Encik Fahrin.Encik nak ke mana tengahari ni?” Amri yang lebih suka di
panggil ‘Am’ cepat-cepat membuka pintu tempat belakang.
“
Dah berapa kali saya cakap,tak payah nak ber’encik’encik’ dengan saya. Anyway,
hari ni saya nak drive. Saya hanya mahu awak jadi ‘GPS’ je..”
“
Err..saya seganlah nak panggil Encik ‘Fahrin’ je.Encik Fahrin nak ke mana?.”
Pintu belakang kereta di tutup kembali.
“
Saya nak pergi ofis ‘orang rumah’ saya. Awak tunjuk jalan pada saya hari ni
je.Lain kali saya drive sendiri. Boleh kan?” Rayyan Fahrin terus memboloskan
diri ke tempat duduk pemandu.
“
Apa pulak tak boleh, small matter je tu.” Balas Amri mesra.
“
Tunggu kedatanganku,wahai isteriku sayang…he he he..” Wajah ayu Adrianna sudah
menjengah fikiran Rayyan Fahrin. Tak sabar rasanya mahu melihat reaksi Adrianna
nanti.
...........................................................................................................................................
“ Fizz! Bawa air mineral sebotol
untuk saya..”
“ Opocot mak engkau! Ala Cik Anna
ni..buat saya terkejut je tau! Cubalah bagi salam dulu. Suka buat saya
terperanjat..saya belum ni kahwin lagi..tak macam Cik Anna…dah selamat..” Fizz
yang sibuk membelek muka di cermin bedak compact terperanjat apabila di sergah oleh
Adrianna.
“ Dah sudah..tak payah nak
melalut.Bawa air mineral sebotol untuk saya dan roti dua keping. Saya malas nak
keluar tengahari ni. Kalau awak nak keluar makan ,awak boleh pergi tapi sebelum
pergi bawa apa yang saya nak dulu.”
“ Baik bos..perintah di junjung.
Nanti kejap,I ambilkan. Bukan setakat roti kosong, I buatkan tuna sandwich
segera lagi untuk you…” Si Setiausaha Jambu terus beredar ke pantry.
Adrianna hanya tersenyum mendengar
celoteh Si Fizz. “ Hai bilalah agaknya Si Fizz ni nak dapat hidayah jadi lelaki
sejati. Makin hari makin lembut pulak aku tengok..” Minda Adrianna bersuara.
Seketika kemudian, Fizz menhantar
sebotol air mineral dan dua keping sandwich kepada Adrianna.
“ Enjoy your lunch boss..kalau bos
perlukan apa-apa, I ada kat luar. I pun nak makan sandwich je tengahari
ni..malas nak keluar. Panas betul tengahari ni,daripada I gelapkan kulit I yang
cantik ni, baik I makan kat sini je..” Fizz terus beredar ke pantry. Dia pun
mahu melantak sandwich tuna segera yang di buatnya tadi.
Adrianna
hanya mengelengkan-gelengkan kepala melihat telatah Fizz itu. Secalit senyuman
terukir. Sememangnya, perlakuan Fizz selalu mencuit hatinya dan satu-satunya
staff yang berani bergurau dan faham dengan sikapnya adalahlah PA jambunya ini.
“
Okay, inilah dia ofis isteri Encik. Tingkat paling atas.” Amri memberitahu
Rayyan Fahrin dengan hormat.
Rayyan Fahrin memberhentikan kereta Perdana V6
yang di pandu. “ Terima kasih Am.Awak bawak balik kereta ni. Nanti saya balik
sendiri.”
Rayyan
Fahrin berhenti seketika melihat pemandangan sekitar bangunan empat tingkat
tersebut.Inilah kali pertama ke pejabat Adrianna sejak berkahwin. Bangunan
empat tingkat tersebut turut menempatkan ruang pejabat Adrianna di tingkat
paling atas manakala aras bawah,tingkat
satu dan dua menempatkan ruang pameran dan juga contoh material. Sebelum masuk
ke dalam ruang bangunan, Rayyan Fahrin berjalan meninjau kawasan sekitar.Dah
macam wakil syarikat atau pelanggan baru lagaknya. ‘Compound’ sekeliling
bangunan juga cukup memukau. Ada taman mini, rumput karpet,kolam buatan dan air
pancut yang menyerikan lagi landskap sekitarnya.Di serikan pula dengan pelbagai
spesis bunga yang pelbagai warna serta pokok landskap yang di jaga rapi. Di
bahagian belakang dan sisi bangunan pula menempatkan nursery anak-anak semaian.
“
Ermm…cantik tempat ni.Dah nama syarikat landskap dan interior design. Dah
tentulah cantik. Kat luar cantik, dah tentu kat dalam lagi cantik…” Rayyan
Fahrin kagum dengan santapan mata dengan pemandangan yang memukau.
Kedatangannya mengundang pandangan mata beberapa staff di situ yang masih belum
keluar rehat tengahari.
“
Ye Encik, ada apa-apa yang boleh kami bantu? Sekarang ni waktu rehat, kalau
Encik nak berurusan dengan kami, staff –staff akan masuk pukul 2.30 nanti.”
Laila si penyambut tetamu menyapa dengan mesra. Dia yang baru hendak keluar
makan,menangguhkan dulu hasrat apabila terpandang seorang lelaki tampan bergaya
masuk . Sangkanya mungkin pelanggan biasa atau pun wakil syarikat yang
berurusan dengan syarikat mereka. Memang sudah menjadi lumrah bagi Laila.Kalau
ada peluang mendekati lelaki kaya dan hensem pula,memang peluang akan diambil.
“
Err..tak pa. Saya datang nak jumpa Puan Adrianna. Saya dah bagitahu setiausaha
Dia tadi. It’s okay,I’ll find the way myself..” Rayyan Fahrin terus ke ruang
elevator.Bangunan empat tingkat ada lift,kelas gitu. Ye tak?
“
Puan Adrianna? Bila pulak Cik Adrianna kahwin? Apa-apalah..siapalah yang nak
kahwin dengan singa betina tu. Siapa lelaki tadi tu ye..hensem giler.kalau aku
dapat, aku ‘kepit’ tak lepas-lepas.” Laila hanya memerhatikan kelibat Rayyan
Fahrin menghilang ke dalam lift.
Sampai
sahaja di tingkat paling atas,Rayyan Fahrin melangkah keluar. Dia berhenti
seketika menhayati ruang pejabat yang mempunyai beberapa partition untuk staff.
“
Aik..tak ada orang langsung ke? Ermm..mesti semua keluar rehat. Ini sudah
bagus.” Rayyan Fahrin sudah tersengih-sengih apabila memandang label sebuah
bilik: ‘Adrianna Abdullah. Managing Director/ Interior Designer’.
Tanpa
membuang masa, Rayyan Fahrin mengetuk pintu. Belum pun sempat Rayyan Fahrin
memberi salam, Adrianna sudah menjawab dari dalam bilik.
“
Masuk!”
Rayyan
Fahrin menapak masuk tanpa suara.
“
Yes Fizz..kan tadi I dah cakap, I’ll call you when I need you…go have your
lunch..don’t bother about me. Don’t worry, nanti I makan sandwich yang you buat
ok..” Adrianna bersuara sambil membelakangkan pintu masuk. Matanya di pejamkan
. Dia sedang berehat -rehat di kerusi kulit empuk menghadap ke arah tingkap.
“
Assalamualaikum…hai sayang..”
“
Sayang? Lain macam je suara Fizz..dah bertukar jadi lelaki sejati ke?” Adrianna
membuka mata dan memalingkan kerusi ke hadapan.
Terperanjat
sungguh Adrianna. Dia tidak menyangka Rayyan Fahrin yang berdiri di depannya
kini.
“
You! Apa you buat kat sini?”
“
Amboi-amboi…seksi sungguh suara sayang. Abang bagi salam belum jawab tu.Tak
jawab dosa…Abang datang sebab rindukan sayanglah..dah seminggu kahwin, tapi
isteri abang yang cantik ni sibuk betul sampai tak pedulikan suami dia. I come
here to see you because I miss you so much and want to have a nice lunch with
you..”
“
Sapa cakap I nak lunch dengan you. Sorry I ada banyak kerja dan I dah lunch
tadi.” Adrianna berbohong. Intonasi suaranya bergetar sedikit ,nampak sangat
berbohong. Pada hal perutnya menyanyi lagu ronggeng dan dondang sayang minta di
isi.
Rayyan
Fahrin tersenyum.Dia sudah menjangka Adrianna akan menolak mentah-mentah.
Lantas dia menapak mara selangkah menghampiri Adrianna. Melihat perlakuan
Rayyan Fahrin, Adrianna terus berdiri.
“
You jangan nak buat hal kat sini. This is my ofis!” jantung Adrianna sudah
berdebar-debar melihat Rayyan Fahrin mara setapak demi setapak ke arahnya.
“
Tak payah nak bohong Abang. Abang tahu Anna belum makan lagi.Takkan nak makan
sandwich dengan air mineral je tengahari ni.”
Adrianna
cuak dengan perlakuan Rayyan Fahrin. Mukanya sudah berona merah.Dia tahu Rayyan
Fahrin tahu dia sudah menipu sebentar tadi. Adrianna menapak setapak demi
setapak ke belakang dan akhirnya langkahnya terhenti, ‘nowhere to go go anymore.’
Rayyan
Fahrin semakin galak mengusik. Dia mahu melihat sejauh mana kedinginan Adrianna
terhadapnya. Langkah Rayyan Fahrin terhenti betul-betul di hadapan Adrianna
dengan jarak yang amat dekat. Adrianna meletakkan dua tangannya untuk
menghalang Rayyan Fahrin daripada terus menghampirinya. Rayyan Fahrin
melonggarkan sedikit tali lehernya dan dua butang kemeja di bahagian atas di
buka. Adrianna berasa seakan sesak nafas. Rayyan Fahrin berdiri terlalu hampir
dan dua tangan sudah mengepung dirinya.
“
Apa mangkuk ni nak buat ni. Dia nak rogol aku ke?”
Takut
juga Adrianna apabila melihat Rayyan Fahrin melonggarkan tali leher sebegitu.
Butang baju yang terbuka jelas menampakkan bahagian atas dada bidangnya.
“
Anna tahu tak..Anna dah buat Abang tak lena tidur dalam seminggu ni. Makin Anna
dingin, makin Abang suka. Makin Anna ‘resist’,makin Abang geram.Dan Sekarang ni
Abang rasa Abang nak…..” Rayyan Fahrin sudah bermain psikologi dengan Adrianna.
Dia sengaja membuat suara menggoda.
“
You nak apa? Err..tadi you kata nak lunch dengan I kan? Jom..nanti lambat
pula.” Cepat-cepat Adrianna memotong ayat Rayyan Fahrin dengan degup jantung
bagai nak pecah.
“
Kan senang setuju awal-awal. Anna tak nak tahu ke apa yang Abang nak? I nak…..”
“
You nak apa!” Spontan sahaja perkataan keluar daripada mulut Adrianna.
“
I nak makan tengahari dengan dengan isterilah. You ingat apa?” Suara menggoda
sudah bertukar kepada nada bersahaja.
“
Huh! Suspen betul Mamat ni.Ingatkan apalah tadi..So sekarang shall we go now?”
“
Okay, jom sayang…”
“
Dah tu bila nak lepas tangan you ni? Macam mana I nak gerak..”
“
Eh..lupa pulak..jom.Jangan lupa bawa kunci kereta Anna.”
“
Kenapa pulak?”
“
Abang tak bawa kereta.Amri hantarkan Abang kat sini tadi…”
“
So..shall we go now?” Geram sungguh Adrianna kerana Rayyan Fahrin masih belum
menjatuhkan dua tangan yang menghalang pergerakannya.
Dalam
waktu yang sama, Fizz datang membawa sebiji gelas bersama sekotak marigold
Peelfresh.
“
I brought you this. I beli…..ops! sorry..i ingat takde tetamu…” Fizz
berpura-pura menutup mata dengan sebelah tangan yang memegang gelas.
“
Fizz wait! Kita orang pun dah nak keluar. Saya nak pergi lunch dengan….dengan…”
Adrianna teragak-agak mahu menyebut perkataan ‘suami’.
“…husband..ni
mesti Fizz kan? Hai, saya Rayyan Fahrin.” Rayyan Fahrin menyambung kata-kata
Adrianna sambil membetulkan semula
butang baju dan tali leher. Seketika kemudian, dia mengulurkan tangan kepada
Fizz.
“
Fizz menyambut huluran tangan Rayyan Fahrin dengan gaya ‘nyah’ sambil tersenyum-senyum penuh
makna.
Pipi
Adrianna sudah seperti udang kena bakar. Marah dan segan bercampur –baur. Dia
marah dengan perlakuan selamba Rayyan Fahrin seolah memberitahu Fizz yang dia
dan Rayyan Fahrin sedang ‘ehem-ehem’ dan dia rasa malu dan segan kerana Fizz
ternampak dirinya dalam keadaan seolah berpelukan dengan Rayyan Fahrin.
“
Kami pergi dulu ye Fizz..jom sayang..err..Fizz,kalau Puan Adrianna masuk lambat
hari ni,faham-fahamlah ye..” Rayyan Fahrin merangkul pinggang Adrianna dan
mereka beriringan keluar. Sempat lagi Rayyan Fahrin mengenyitkan mata kepada Si
fizz yang masih tersenyum-senyum lebar nak sampai ke telinga!
Geram
Adrianna masih bersisa. “ dia ke aku bos kat sini? Suka-suki je dia cakap aku
masuk lambat hari ni. Takpe…takpe.Sabar Anna,kau ikut je dulu apa dia nak..lagi
pun dia nak lunch dengan kau je…” Cik Minda bersuara.
“
Yes! berjaya..Ya Allah, kau lembutkanlah hati isteriku ini..” Doa Rayyan Fahrin
bergema di dalam hati.
P/S;
COMMENTS PLEASE…
hahah best2... adrianna tu grang btul.. tp klu ngn fahrin selalu terkucil....
ReplyDeletex sabar nk taw cite qalish ngn jeff lak... update cepat2 taw....
suka2...nak lagi!!!!!!
ReplyDeletebe patient my darling readers..hope u guys addicted to this novel..don't worry coz this addicted won't do any harm other than put some smile on your face..
ReplyDeletesenyum sorang-sorang baca entry nie..nak lagi!!!!!!!
ReplyDeletenak lagi best le
ReplyDeletenak lagi sambungan die.. wa.. xsabr sgt
ReplyDeletebagus fahrin.... macam tu je nak lenturkan si wifey ni....dan awak semakin nakal fahrin...
ReplyDeletefahrin dah ok...jeff plak mcm manayer... qalish dah la garang semacam... asyik nk smackdown je kerjanya...
ReplyDeleteBest......Nak lgiii......
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu ni...cepat la kuarkn next episod...
ReplyDeletehuh,,best betul,,,,,,,,,,,nak lg,,,,,klu fahrin cam gini selalu,,,cair la anna,,,,,,jef dan qalish ape citer plak,,,,,tak sabar n3 seterusnye,,
ReplyDeletebest sngat2...
ReplyDeletesmbng la lgi.. hehe
Ocean blue resort sikit sgt..
ReplyDeletePlot citer semakin mendaki, lps ni Akan mula bab bab ocean blue resort and so on...saber ye LAN..
ReplyDeleteAdegan memikat si isteri sudah bermula. God luck Rayyan Fahrin, semoga semua nya berjalan dgn lancar.
ReplyDeleteSo writer, lepas ni pula buat adegan Jeffrey dngn Qalisha pula.
Wah mencabar imaginasiku..satu group penyokong kuat FAHRIN n Anna,satu lg minat Jeff n qalish...saya Cuba terbaek utk dua dua couple k! Ada pulak nak james bond lebih...aduh...dont worry it will be Win win situation for everybody.
ReplyDeleteI like!!!!
ReplyDeleteSuka;> tertunggu2..... nak lagi....
ReplyDeletebest sgt nak lagi......
ReplyDeleteYayy. Fahrin dah reti handle Adriannnnnnnnnnnnnnaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDelete