BAB
19
Usai makan tengahari, Rayyan Fahrin
beriringan dengan Adrianna keluar daripada restoran menuju ke arah tempat letak
kereta. Sebaik pintu restoran di tolak, seorang gadis tergesa-gesa masuk lalu
melanggar Adrianna.
“ Ops maaf! Saya tak sengaja.”
Sebaik sahaja mata mereka bertentang,Adrianna dan Gadis itu terkaku.
“ Anna….” “ Elaine..” Hanya itu yang
terkeluar daripada kedua mereka serentak.
Mereka berbalas pandang. Tiba-tiba
mata gadis yang di bernama ‘Elaine’ itu kelihatan berkaca. Titis-titis jernih
mula gugur daripada kelopak matanya.
Rayyan Fahrin yang hanya memerhati
mula memahami situasi sebaik nama ‘Elaine’ kedengaran. Dia masih ingat, sewaktu
dia dan Uncle Hashim berkunjung ke Villa Chinta Qaseh untuk makan malam sebelum
berkahwin dengan Adrianna, Adrianna di culik oleh lelaki yang bernama Shamsul
dengan bantuan oleh Elaine.
“ Err Sayang,tak nak kenalkan kami
ke?” Rayyan Fahrin memecahkan kesunyian antara mereka.
“ Err sorry..Abang, kenalkan ini
Elaine Sofea,best friend Anna. A bestfriend who betrayed me. And Elaine this is
my husband, Rayyan Fahrin.” Adrianna bersuara sinis. Marahnya pada Elaine belum
reda. Dia hanya bersuara acuh tak acuh. Laju juga mulutnya memanggil Rayyan
Fahrin ‘abang’. Sengaja Adrianna mahu menunjukkan kepada Elaine yang sudah
berkahwin dan lambat laun dia pasti Elaine akan menyampaikannya kepada Shamsul.
Itulah tujuannya.Sengaja pula perkataan ‘abang’ ditekankan supaya jelas dan
terang.
Elaine agak terkejut dengan kata-kata
Adrianna. Dari kata-kata itu, jelas menunjukkan Adrianna masih marah dan belum
memaafkanya. Dia sungguh menyesal kerana termakan pujukan Shamsul yang jelas
berniat jahat terhadap Adrianna.
“ Anna,I ’m so sorry,teribbly
sorry.Memang aku bersalah pada kau…aku..aku…”
Tanpa
menunggu Elaine menghabiskan kata-kata, Adrianna terus berlalu pergi
meninggalkan Elaine terpinga-pinga. Rayyan Fahrin berlari anak mengejar langkah
Adrianna.Namun sebelum berlalu, Rayyan Fahrin berkata kepada Elaine, “ Sorry
abaout that, give her some time…”
“
Anna! Tunggu Abang..kot ya pun marah,takkan dengan Abang sekali Anna tinggal.”
Rayyan Fahrin mempercepatkan langkah supaya seiring dengan Adrianna. Sebelah
tangannya merangkul pinggang Adrianna.
“
Encik Fahrin , I’m really not in the mood now , tolong alihkan tangan awak! This
is public, tak payahlah nak tunjuk sikap romantik tak bertempat.” Sinis sekali
kata-kata Adrianna bersama sindiran yang tajam.
Terkejut
Rayyan Fahrin dengan nada suara Adrianna namun cepat-cepat dia memujuk hatinya
supaya tidak terasa dengan kata-kata Adrianna sebentar tadi. Akur dengan
kehendak Adrianna, dia menjarakkan sedikit badannya dengan Adrianna.
Sebaik
tiba di tempat parkir kereta, Adrianna terus menekan ‘alarm’ kereta dan masuk
di sebelah tempat duduk pemandu. Adrianna menundukkan kepala di stereng
seketika . Dia cuba mententeramkan diri kerana tidak mahu perasaan marah
menguasai diri. Rayyan Fahrin hanya memerhati dan cuba memberi sedikit ruang
kepada Adrianna untuk bertenang. Akhirnya Rayyan Fahrin bersuara.
“
Are you okay?You know what,I think tak
baik Anna cakap macam tu pada Elaine.” Rayyan Fahrin bersuara dengan lembut
sekali. Namun belum pun sempat dia menghabiskan kata-kata, Adrianna sudah
menyinga.
“
Oh..tak baik! jadi apa yang dia buat kat Anna tu baiklah ye!” Adrianna
menghamburkan kemarahan.
“Sabar
ye Fahrin, Adrianna bukan nak marah kau tapi dia termarah kau sebab kau yang
ada kat depan dia sekarang.” Cik Hati menenangkan Si Tuan.
“
Ada Abang cakap yang dia buat kat Anna tu baik? memandai je,yang Abang nak
cakap tak guna Anna terus marahkan Elaine.Mama ada cakap kat Abang Elaine tu
kawan rapat Anna sejak sekolah menengah lagi, so Abang faham perasaan Anna.
Anna rasa dikhianati dan Anna tak sangka orang yang Anna sayang,rapat dan
percaya sanggup buat Anna macam tu..betul tak? Maafkanlah dia, mungkin dia
hanya diperalatkan oleh Shamsul. Hati Anna akan lebih tenang bila Anna maafkan
dia..take your time okay…” Spontan Rayyan Fahrin meraih Adrianna ke dalam
pelukan. Ubun-ubun Adrianna di kucup penuh kasih.
Adrianna
kaget seketika dengan perlakuan Rayyan Fahrin. Namun entah mengapa sebaik bibir
Rayyan Fahri menyapa ubun-ubunnya, satu perasaan halus muncul. Api yang sedang
marak di dalam hati seolah terpadam di siram air. Kata-kata lembut Rayyan
Fahrin Berjaya menusuk ke tangkai hatinya. Seketika, Adrianna keliru dengan
perasaan sendiri.
“
Erk! Aku ni kenapa? Aku sukakan dia ke?
Ya ampun….” Habis terkeluar bahasa Si Tuti.
“
Apa peluk-peluk ni? Rimas tau tak!Asyik-asyik nak peluk orang,gatal!” Adrianna
merengangkan badannya daripada Rayyan Fahrin.
Rayyan
Fahrin hanya tersengih nakal.
“
Abang pun tak tahu kenapa. Tangan Abang ni asyik nak pegang peluk Anna
memanjang .Mulut Abang ni pulak kalau boleh nak cium-cium Anna.Lagi pun Abang
gatal dengan Anna je.Pepatah orang putih kata, ‘action speaks louder than
words’,itu yang Abang tengah praktiskan sekarang ni. Abang nak tunjukkan kasih
sayang Abang melalui perbuatan Abang.”
Adrianna
mencebik. “ Uwek!! Mintak maaf.you ayat salah orang. You nak cakap macam tu kat
perempuan lain silakan. Tapi kalau kat I..takde maknanya.” Meluat sungguh
Adrianna tatkala mendengar kata-kata Rayyan Fahrin. Adrianna mencebik dan mulut
pun muncung empat belas.
Tiba-tiba,
“ Cupp!! Buat lagi mulut macam tu ,Abang cium Anna,tak kira kat mana masa tu.”
Geram sungguh Rayyan Fahrin ,ada saja jawapan daripada Adrianna.
“
You ni kenapa! Tak nampak kita kat mana sekarang ni. Ingat ni New York ke! Malu
orang tengok. Tengok tu! Orang pandang kita semacam je.” Adrianna mula
melenting bila Rayyan Fahrin mencium bibirnya secara curi.
“
Haa,buat lagi,buat lagi…nak Abang cium lagi sekali ke? Abang dah cakap tadi
kan? Lepas ni tak ada ulang suara.”
Laju
Adrianna menekup mulutnya sambil mengeleng-gelengkan kepala.
“
Tau pun takut..Abang tak kira, kalau Anna muncung mulut macam tadi ke atau pun
meninggikan suara bila bercakap dengan Abang…Abang cium Anna tang tang tu jugak
tak kiralah kat mana kita masa tu,depan ofis ke, depan Baba dan Mama ke, depan
Mak Yam ke, depan Tuti dan Asih ke..faham sayang? Ingat tu, I’m your husband,
you have to show some respect.” Ada ketegasan di situ walau pun dalam nada
gurauan.
“
Yelah,yelah.Tak buat lagi macam tu.” Macam kanak-kanak merajuk pula bunyinya. He..he..nak juga Si Adrianna ni dengar cakap
Rayyan Fahrin ye.
Rayyan
Fahrin menyambung lagi, “ Ni Anna nak drive ke tak nak? Dah pukul 2.40 ni..tak
nak masuk ofis? Abang kalau lama-lama dengan Anna lagi suka.Berdua-duaan dalam
kereta macam ni,alahai romantika di Tampoi.”
“
Banyaklah kau punya romantika di Tampoi. Lama-lama aku duduk dengan kau,tak
pasal-pasal aku yang masuk wad sakit jiwa di Hospital Tampoi.Pergi berjalan
dengan Cik Dolah,boleh jalan boleh blah.” Namun semua ini hanya bergema di
dalam hati Adrianna.
Tanpa
berlengah lagi, Adrianna terus memasukkan gear ‘ D” dan terus memandu pulang ke
pejabat.Orang macam Rayyan Fahrin bukan boleh di buat main. Adrianna memujuk
hatinya supaya tidak menentang Rayyan Fahrin.
“Mamat
psiko ni tak makan saman langsung.Karang dia kota apa yang dia kata tadi tak ke
haru. Kang tak pasal-pasal di cap gadis tak bermoral. Takut nanti keluar muka
depan Metro: PASANGAN TAK BERMORAL TAK SENONOH DI DALAM KERETA TENGAHARI BUTA”.
Getus Adrianna di dalam hati.
Honda CRV meluncur laju di jalan raya.
Adrianna memberi perhatian kepada pemanduan. Namun sesekali ekor matanya
menjeling Rayyan Fahrin yang enak bersandar di tempat duduk penumpang sambil
tersengih-sengih. Huh!..hangat..hangat..Air-cond kereta paling sejuk pun tidak
mampu menyejukkan hati Adrianna yang membara. Sebelum itu, dia perlu menghantar
Rayyan Fahrin ke Menara Casa Impiana terlebih dahulu.
………………………………………………………………………………………………………
Qalisha duduk bermalas-malasan di
dalam bilik. Semua ahli Villa Chinta Qaseh sibuk dengan kerja masing-masing
kecuali diri. Qalisha berasa sungguh bosan. Kadang-kala dia berasa dirinya ibarat
seekor burung di dalam sangkat emas. Hidup terkurung dan tiada kebebasan.
“ Eh..aku terkurung ke? Takdelah
tenat sampai macam tu. Eiii bosannya! Boleh mata kutu kalau hari-hari macam
ni.”
Qalisha bangun daripada katil dan
berjalan menuju ke balkoni. Pandangan matanya terarah kepada kolam renang .Biru
mata memandang. Tiba-tiba, akalnya
menjana sesuatu untuk dibuat. Berenang ! yea…kolam renang,here I come. Dia
menyelongkar dressing room mencari pakaian yang sesuai untuk berenang. Sehelai
seluar panjang ketat untuk aerobic di sarung. Yelah..takkan nak pakai bikini
kot. Kemudian, sehelai jubah mandi dan
tuala di ambil. Tak lupa juga telefon Samsung Champs bersama-sama dengan fon
telinga sekali. Dengan memakai t-shirts bergambar mickey mouse putih dan berseluar
aerobic hitam, dia melangkah ke kolam renang.
Sampai sahaja di tingkat bawah,
Qalisha terus ke dapur. Nak order air oren dulu dengan Tuti atau Asih. Suruh
minah indon ni hantar kat kolam .he he..he..aku kan ‘mem’ kat vila ni..
“ Tutiiiii…” sengaja panggilan minah
indon itu di leretkan.
“ Iya non…ada apa yang bisa saya
bantu..” Terkocoh-kocoh Tuti datang sebaik namanya di panggil.
“ Tuti, boleh tak nanti hantarkan
jus oren marigold kat kolam. Saya nak berenang.”
Ceh..ceh..ceh..semenjak
dua tiga menjak ni Qalisha dah suka minum air oren ye. Jus kegemaran
‘kanda’Jeffrey pulak tu. Ada apa-apa ke?
Qalisha terus mengatur langkah ke
kolam . Qalisha sudah tidak sabar mahu terjun ke kolam renang. Tahu berenang ke
dia ni? Eh..mestilah.Jangan pandang Qalisha sebelah mata tau! Dulu masa tinggal
di Massachussets, dia masuk kelas renang. Malah dia pernah mewakili High school
dalam acara renang. Walau pun tak jadi juara, tapi kira okay sangatlah tu.
Kadang-kala adalah juga si Qalisha ni lepas gian nak berenang. Kat Kampung Rhu
Seberang ada sungai yang mana adalah sekali-sekala dia terjun tiruk dengan Pak
Usunya. Berenang untuk suka-suka bukan nak masuk sukan Olimpik pun!
Sebaik tiba di kolam, dia meletakkan
tuala,jubah mandi dan telefon di atas kerusi rehat yang sememang sudah tersedia
kat situ. Cantik kawasan sekitar kolam ni.Sekali tengok dah macam kolam dekat
Hotel Hilton dah. Qalisha mengambil kesempatan suasana vila yang sunyi untuk
merehatkan fikiran. Rindunya pada Nek Jah, Pak Usu dan spanar-spanarnya sudah
tak terbendung lagi.
Kalau
nak di kira, sudah hampir sebulan dia tak menyentuh spanar-spanar
kesayangannya. Erk! Spanar pun boleh jadi barang kesayangan ke? Rindu pula nak
masuk bawah perut kereta dan comot-comot kat muka dengan minyak hitam.
Tanpa
mempedulikan orang lain lagi, Qalisha terjun ke dalam kolam dengan gaya rasanya
mengalahkan gaya terjunan Pandalela Rinong. Dia berenang ulang-alik
berkali-kali . Sekali-sekala lepas gian apa salahnya. Setelah berasa agak
penat,Qalisha naik ke tebing kolam.Kakinya di juntaikan ke dalam air.
Tiba-tiba
memori semasa berada di US bertandang di minda. Dulu masa kat US, dia selalu
berenang dengan anak jirannya yang bernama Ashley. Macam –macam benda yang
mereka lakukan bersama. Apa khabar Ashley sekarang ye.Dah dua bulan lebih tak
online dengan Ashley. Adakalanya pada hujung minggu, mereka akan bergilir untuk
‘sleep over’ di rumah salah satu daripada mereka. Yang paling best bila tidur
di rumah Ashley ialah bila dapat berjumpa dan berbual dengan abang-abang kembar
Ashley, Joshua and Jacob yang hensem giler tu. Dua bulan lepas, Ashley upload
keluarga mereka yang terbaru, Abang-abang Ashley tiga bijik macam Ryan Reynolds..hensem
siot!
“
Alah takpe,nanti aku keluar cari mana CC yang terdekat.Aku nak online dengan
Ashley dan Handsome Rat. Dah lama tak chatting dengan dia orang.Kalau aku cakap
aku dah kahwin, mahu terkejut babun tahap cipan mereka berdua ni.” Qalisha
tersenyum bermonolog sendiri.
Siapa
Handsome Rat? Nantilah,sampai masa korang tahu jugak sapa dia ni.
Sementara
itu, Datin Maimun melilau mencari kelibat menantu kesayangan. Puas mencari
namun kelibat Qalisha langsung kelihatan. Langkah di atur ke ruang dapur. Datin
mengagak,Mak Yam , Tuti atau Asih tentu tahu di mana Qalisha berada.
“
Yam.,ada nampak Qalish tak?” Datin Maimun mengajukan pertanyaan kepada Mak Yam
yang sibuk di dapur.
“
Err..tak nampak pulak.Kamu ada nampak Puan Qalisha, Tuti?” Mak Yam mengalihkan
pula pertanyaan kepada Tuti.
“
Puan Qalisha ada di kolam Datin. Baru sekejap tadi Asih hantarkan jus oren pada
Puan Qalisha. Err mungkin Puan Qalisha
kebosanan Datin. Ngak tahu apa yang hendak di buat. Semua orang sibuk bangat,
dia sorang-sorang di rumah, ngak ada teman.” Tuti yang kalut dan becok
berbicara.
“
Ya Allah, kesiannya dengan menantu aku..” Getus Datin Maimun di dalam hati. Dia
sendiri pun sibuk dengan bunga dan pokok semaian di nurseri. Sampai terlupa
Qalisha keseorangan di rumah.
Sebaik
tiba di kolam, Datin Maimun melihat Qalisha sedang merenung jauh sambil dua kakinya
berjuntai bermain air. Rasa bersalah tiba-tiba bertandang. Di lihat daripada
perlakuan Qalisha yang merenung jauh cukup menjelaskan bahawa menantunya itu
bosan dan mungkin sangat merindui keluarganya di kampung.
“
Ermmm..Qalish buat apa kat sini sorang-sorang?”
Pertanyaan
Datin Maimun menyentak Qalisha daripada lamunan.
“
Eh Mama! Maaf, Qalish tak sedar Mama datang. ” Qalisha berpaling dan automatik
satu senyuman manis diberikan yang jelas menampakkan dua lesung pipit.
“Alahai,manisnya
menantu aku ni bila tersenyum. Boleh meruntun qalbu orang yang
memandangnya.” Minda Datin Maimun
membuat tafsiran.
“
Mama tengok jauh Qalish mengelamun.Teringat kat kat sapa? kat Nek Jah dengan
Pak Usu ye?ke teringat kat Jeff?” Datin Maimun cuba bercanda.
“
Aa aah Mama, terasa rindu pulak dengan Nenek dan Pak Usu.” Qalisha bangun dan
duduk di kerusi rehat bersebelahan dengan Datin Maimun.
“
Aku? Nak rindu kat Chef Poyo tu? Huh! Tak kuasa aku! Buang karan buang bateri
je! Lantak dialah.” Suara Qalisha hanya bergema di dalam hati. Takkan nak cakap
macam tu dekat mak mertua aku,nak mampos!
“
Jeff ada telefon Qalish tak?” Datin Maimun cuba memancing perbualan dengan
menantunya.
Qalisha
hanya mengelengkan kepala. Buat apa nak tipu. Memang Chef Poyo tu tak pernah
telefon.
Datin
Maimun mengerutkan dahi.
“
Langsung tak pernah?” Datin Maimun bertanya sekali lagi seakan tidak percaya
dengan Qalisha yang hanya mengelengkan kepala.
“
Jeff ni memang nak kena.Dah seminggu pergi langsung tak tanya khabar berita
bini sihat ke tidak. Takpe Qalish jangan risau, bila dia balik nanti, tahulah
apa yang Mama nak buat. Kalau dia tak ‘call’,Qalish ‘call’lah dia.” Datin
Maimun memberi saranan.
“
Err Qalish tak tahu nombor telefon dia.” Lurus sahaja Qalisha menjawab.
“
Jeff tak bagi nombor telefon dia? Jeffrey ni memang nak kena.Siap dia! “
Suara
Datin Maimun agak meninggi. Terkejut
Qalisha mendengarnya. Datin Maimun bukanlah marahkan Qalisha tapi hatinya
hangat dengan perangai Jeffrey sedangkan sebelum bertolak ke Korea seminggu
lalu, Jeffrey bersungguh-sungguh berjanji akan menelefon rumah dan Qalisha.
Datin
Maimun terus mencapai Galaxy Note dan nombor telefon Jeffrey di dail namun dia
hampa bila panggilan di jawab oleh suara. ‘the number you have dialed cannot be
reached at the moment,please try again later..nombor yang anda dail tidak dapat
di hubungi, sila cuba sebentar lagi..’. Ayat paling membengangkan dalam dunia
ni. Lantas Datin Maimun menaip mesej teks.
‘
MANA JANJI JEFF? KATA NAK CALL TAPI HAMPEH! DAH LUPA PADA TANGGUNGJAWAB JEFF
KE? SIAP JEFF BILA BALIK NANTI. SEBAB JEFF DAH LUPA MAMA DAN QALISH, BALIK
NANTI JEFF KENA BELI HADIAH YG PALING BEST,PALING MAHAL UTK KAMI.KALAU TAK MAMA
TAK AKAN MAAFKAN JEFF! LAGI SATU, MLM NI CALL ISTERI JEFF.” Mesej di hantar.
Itu dia,siap taip dengan huruf besar lagi.Itu maknanya Datin Maimun geram tahap
babun dengan Jeffrey.
Simpati bertandang di hati Datin
Maimun. Tentu Qalisha kesunyian di dalam villa ini. Rasa bersalah pun ada jadi
dia bercadang mahu menghabiskan masa
sepetang ini bersama Qalisha.
“ Jom sayang , petang ni Mama nak
bawa Qalish jalan-jalan pusing KL. Lagi pun dah lama Mama tak shopping so today
we’ll shop till we drop!” Datin Maimun bersuara dengan penuh semangat. Dia
terus bingkas bangun.
“ Tapi Mama,err.. bab shopping ni
yang Qalish lemah.Mama kan tahu sejak dua tiga menjak ni, Qalish kan penganggur
terhormat.”
Sebaik mendengar perkataan
‘penganggur terhormat’, Datin Maimun terus tergelak. Sikap polos menantu ini
memang sentiasa mencuit hatinya.
“ Yang tu Qalish jangan risau.Pasal
duit no problem. Dah cepat! Petang ni, kita akan berseronok sakan.”
Mahu tak mahu Qalisha hanya menurut.
Shopping- menyoping ni bukan hobi yang digemarinya. Sebaik bersiap ala kadar
dengan t-shirts Adidas,jeans biru dan sehelai ‘key’ di kepala, Qalisha melangkah
turun. Seketika kemudian, Datin Maimun pula turun berpakaian lebih kurang sama
dengannya. Bezanya Cuma Qalisha memakai ‘key’ di kepala manakala Datin Maimun
pula berselendang panjang.
“Mak
ai! Biar betul mak mertua aku ni ermm.boleh tahan juga.Nampak awet muda, kalau
berjalan bersama mahu orang kata adik dengan kakak. Mesti orang tak sangka mak
mertua dengan menantu.” Qalisha memandang Datin Maimun dengan kagum. Memang
tidak dapat di nafikan walau pun sudah berusia 52 tahun, Datin Maimun nampak lebih
anggun dan muda daripada usia yang sebenar. Kena korek rahsia awet muda ni.
“
Jom. Hari ini Mama yang drive.” Datin Maimun menarik tangan Qalisha dan
bersedia menuju ke pintu depan.
“
Mama, boleh tak Qalish drive? Dah lama tak pegang stereng,rindu pulak rasa.
Mama jadi penunjuk arah je. Don’t worry, Qalish ada lesen memandu.” Qalisha
bersuara dan dia berharap sangat Datin Maimun akan bersetuju.
Melihat
air muka Qalisha yang penuh mengharap, Datin Maimun tidak sampai hati pula
menolak permintaan menantunya itu.
“
Kalau Qalish nak drive, Mama tak kisah. Lagi pun Qalish nak kena biasakan diri
dengan selok-belok jalan kat KL ni. So Qalish nak drive kereta yang mana satu?’
“Wah
bestnya Mak mertua aku! Siap suruh aku pilih kereta yang mana satu lagi.” Kalau
diikutkan hati, mahu sahaja Qalisha melompat sampai ke siling. Nampaknya hari
ini bolehlah dia lepas gian nak pegang stereng.
“
Qalish boleh pilih ke?”Selamba Qalisha bertanya.
“He
he he, inilah peluang aku nak naik kereta kesayangan Chef Poyo tu.” Suara Qalisha
bergema di dalam hati.
“
Kalau macam tu, Qalish nak drive Kumbang Kuning boleh? Lagi pun kereta tu
paling kecik, nanti senang nak menyelit dan yang penting senang nak parking.”
Sengaja Qalisha memilih Kumbang kuning itu. Dia tahu Jeffrey paling sayangkan
kereta tersebut. Inilah masanya nak menyakitkan hati Chef Poyo tu. Minggu lepas
sebelum Jeffrey bertolak, sempat lagi dia mengingatkan Pak Hamid supaya menjaga
kereta kesayangan dia itu.
“
Pak Mid, jaga ‘Baby’ saya elok-elok ye, yang penting jangan bagi sembarangan
orang bawak kereta ni.” Perkataan ‘sembarangan orang’ sengaja ditekankan sambil
mata menjeling kepada Qalisha.
“
Huh! Macamlah aku tak faham. Dia maksudkan akulah tu. Takde aku herannya
setakat kumbang ketot.Dah ketot,warna kuning pulak!” Qalisha mencebik di dalam
hati.
Datin
Maimun terus mencapai kunci Si Kumbang Kuning yang tersangkut di tempat
pemegang kunci yang telah tersedia cantik bersebelahan dengan cermin berbingkai
kayu antik. Dengan senyuman yang tak lekang daripada bibir, mereka berdua
berjalan beriringan ke arah tempat parkir kereta.
……………………………………………………………………………………………………..
Dari satu butik ke butik Datin Maimun dan
Qalisha berjalan. Mereka sudah menjelajah ke serata tingkat di Berjaya Times
Square. Lepas ni Datin Maimun mahu ke Plaza Low Yat dan Pavillion pulak. Kedai
yang mereka singgah bukan kedai atau butik cap ayam. Semuanya outlet yang
tersohor dan established. Setakat ini, tangan masing-masing sudah membimbit
lapan beg kertas. Datin Maimun memang melaksanakan misi ‘shop till we drop’yang
diucapkan di rumah tadi. Beg tangan limited edition LV, pakaian, minyak
wangi,kasut sepatu berjenama, aksesori wanita dan beberapa helai tudung dan
selendang yang semuanya berjenama di beli oleh Datin Maimun. Semua sudah
mencecah tujuh lapan ribu! Qalisha hanya menelan air liur bila Datin Maimun
mengeluarkan Kad kredit platinum di kaunter bayaran.
“ Mak ai! Banyak betul Mama
shopping.” Melopong mulut Qalisha melihat aksi selamba Datin Maimun.
Akhirnya,
Datin Maimun mengajak Qalisha berehat seketika sambil membasahkan tekak.
“ Jom kita minum kat situ dulu.
Qalish pun dah tentu haus kan?” Datin Maimun menunjukkan memuncungkan mulut ke
arah sebuah restoran makanan segera.
“ Okay jugak tu.Dah dua jam lebih
kita berjalan. Mama tentu dah penat kan?” Qalisha berbahasa. Pandailah budak
ni.Pada hal, yang penat tu dia.
“ Adus mak mertua aku ni. Ingatkan
tak nak berhenti tadi. Kepala lutut aku rasa dah nak tercabut.Kaki lenguh
gila.Nasib baik pakai sneakers,kalau bertumit tinggi mahu dua hari dua malam
kakiku menderita.” Getus Qalisha di dalam hati. Inilah kali pertama dia membeli
belah yang paling lama. Kalau dia jenis gadis material,dah tentu inilah acara
yang di tunggu-tunggu. Tapi dia bukan begitu. Butik pakaian,kasut,beg dan
aksesori mewah tidak berjaya menarik perhatiannya.
“ Lepas minum kita singgah surau,
sembahyang Asar. Lepas tu kita pergi Low Yat.” Datin Maimun berkata selepas
selesai menyedut air tembikai di dalam gelas.
“ Kita nak shopping lagi ke Mama?”
Qalisha bertanya dengan muka berkerut.
“ Kenapa? Qalish dah penat ke?”
“ Eh mana ada Qalish penat.Cuma Q alish takut Mama yang penat,kesian pulak Mama
nanti.” Ceh,manis mulut betul budak ni. Kontrol cantik ler tu. Pada hal,
kakinya rasa seakan mahu tercabut sendi.
Datin Maimun hanya tersenyum. “ Mana
boleh, tadi beli barang Mama. Lepas ni nak beli barang Qalish pulak. Barulah
adil kan? Jangan risau, lepas shopping nanti kita singgah spa kawan Mama. Kita
manja-manjakan diri pulak,urut yang mana tegang.”
“ Alamak! Low yat dan PV tak pergi
lagi. Lepas tu spa pulak? Adoiii…masak aku kali ni. “ Qalisha bermonolog di
dalam hati.
Seperti yang di kata, Datin Maimun
membawa Qalisha ke Low Yat pula. Sampai sahaja di sana,mulut Qalisha sudah
melopong luas. Rambang mata kalau macam ni. Fuyoo! Banyak betul gadjet-gadjet
terkini yang di jual kat sini. Qalisha sudah rambang mata.Dia tidak sedar
perlakuannya diperhatikan oleh Datin Maimun. Datin Maimun sudah tersenyum
kecil.Hatinya tercuit dengan gelagat Qalisha yang umpama kanak kecil mendapat
gula-gula.
“Kalaulah
aku ada duit,aku rembat lappy satu. Tak payah aku nak ke cc nak online dengan
Ashley dan HandsomeRat dan kengkawan
laman muka buku aku yang lain. Eii bestnya kalau ada duit..” Qalisha asyik
membelek sebuah lappy jenama Hewlett Packard. Berkenan sungguh dia dengan
laptop yang berwarna silver grey itu. Namun bila memikirkan wallet yang tak
berapa nak kembung, dia meletakkan semula lappy tersebut.
“Tak
apa, nanti aku ada duit, aku rembat lappy ni.” Azam Qalisha di dalam hati.
“
Okay saya ambil yang itu.”Datin Maimun tiba-tiba bersuara kepada jurujual kedai
computer tersebut.
“
Ini latest model ma, kita ada rebet RM100 lagi untuk model ini. Kita beri
percuma Bluetooth mouse,mouse pad,beg dan satu pendrive lagi. Ada apa-apa lagi
yang you mahu? Saya boleh kasi harga
‘kautim’ punya. Adik manis punya pasal no problem ma.”” Dengan ramah jurujual
berbangsa Cina melayan mereka berdua.
“
Tambah satu external hard disk satu. You kira semua berapa.” Datin Maimun
mengeluarkan beg dompetnya.
“
Biar betul! “ Terkebil-kebil mata Qalisha memandang Datin Maimun seakan tidak
percaya.
“
Okay jugak tu, nanti aku boleh pinjam lappy ni dengan Mama.Gerenti Mama bagi
punya.Tak payahlah aku susah-susah nak keluar ke cc.”Qalisha tersenyum riang.
Oh,budak ni nak ngendeng lappy baru Datin Moon ye.
Selepas
membayar harga laptop tersebut, Datin Maimun menarik tangan Qalisha singgah di
kedai Samsung pula. Tanpa bercakap banyak. Datin Maimun bersuara.
“
Saya nak Samsung Beam satu. Warna Hitam.”
Qalisha
berpaling kepada Datin Maimun dengan pandangan ingin tahu.
“
Mama nak tukar telefon ke?”
“
Eh taklah. Mama nak beli yang baru. Nak bagi hadiah untuk sesorang.” Jawab
Datin Maimun sambil tersenyum kepada Qalisha.
“
Alahai, sapalah yang bertuah dapat Samsung Beam pujaan hatiku ni. Kalau aku
yang dapat kan best.” Qalisha hanya memandang jurujual memasukkan kotak Samsung
Beam ke dalam beg kertas. Bestnya jadi orang kaya,nak apa semua tak jadi
masalah.
“
Dah jom. Kita pergi PV pulak.” Datin Maimun dan Qalisha berjalan beriringan ke
tempat letak kereta.
Kalau
diikutkan hati, mahu sahaja Qalisha
mengajak Datin Maimun pulang ke villa terus. Huh! Penat giler. Lutut dah
longgar skru dan kaki tak usah cakaplah,memang lenguh tahap
Gajah
tarik kayu balak.
Memahami air muka Qalisha yang nampak
sedikit penat, Datin Maimun membatalkan niat mahu ke PV . Sebenarnya, Datin
Maimun nak ke butik lingerie eksklusif kat situ. Nak buat apa? Dia nak beli
lingerie dan night gown yang seksi-seksi untuk Qalisha. Nak harap Qalisha beli
sendiri semua tu? Haramm. Tahun depan pun belum tentu dia beli. Nak suruh
Qalisha melaksanakan misi memikat Jeffrey perlukan ‘alat bantu’ yang sesuai
baru menjadi.
“ Alamak! Dah pukul nak pukul enam. Mama rasa kita batalkan saja
nak shopping kat PV. Mama lupa, Papa dan Fahrin balik pukul 6.30 hari ni.
Harap-harap kita sampai dulu daripada mereka.” Datin Maimun berpura-pura
terlupa. Pada hal dia sengaja mahu pulang kerana kesiankan menantu barunya itu.
Dia dapat rasakan Qalisha tidak teruja sangat mahu membeli-belah. Kagum juga Datin
Maimun dengan Qalisha. Ini membuktikan bahawa Qalisha bukanlah gadis
materialistik. Kalau gadis lain,kalau dah ada orang nak sponsor,dah tentu nak
beli macam-macam nak itu nak ini.
Akhirnya tepat jam 6.30 petang,
mereka sudah sampai di villa. Usai memarkir kereta, mereka menapak ke dalam
villa.Tuti dan Asih terkocoh-kocoh mendapat mereka sebaik mereka berdua memberi
salam. Melopong mereka melihat beg shopping yang dikeluarkan daripada
kereta.Nampaknya Datin dan menantu barunya membeli-belah sakan hari ini. Faham
dengan tugas yang sepatutnya di lakukan, Semua beg barangan di bawa oleh minah
indon berdua ke atas.
“ Qalish pun mesti dah penat kan?
Pergi naik rehat,mandi segarkan badan dulu. Mama pun nak naik rehat.”
Qalisha hanya mengangguk seperti burung
kakak tua. Yang pasti dia nak naik atas dan benda pertama yang dia nak buat
ialah, baring atas katil king size yang menjadi rebutan antara dia dan chef
Poyo. Laju sahaja kakinya melangkah seolah ternampak sang katil menggamitkan
tangan kepadanya.
BAB
20
“
Tok! Tok! Tok!” Ketukan di pintu bergema namun tiada sahutan.
“
Tengah mandi ke budak ni?” Datin Maimun yang sudah selesai menunaikan solat
Maghrib mahu menjenguk Qalisha di bilik. Adrianna, Rayyan Fahrin dan Datuk
Abdullah pulang pada pukul 6.40 petang tadi. Mereka semua sudah berada di bawah
untuk makan malam. Menyedari Qalisha tidak turun-turun, Datin Maimun
terpaksalah memanggil Qalisha untuk makan bersama.
“
Ermm, nasib baik dia tak kunci pintu.” Datin Maimun membuka pintu bilik dan dia
ternampak Qalisha sedang tidur dengan lena sambil mengerekotkan badan seperti
anak kecil.
“
Ya Allah budak ni, dari tadi tak mandi-mandi lagi. Mesti dia penat kena dera
dengan aku ikut shopping petang tadi.Qalisha,Qalisha.” Datin Maimun tersenyum
kecil melihat gelagat Qalisha yang sedang tidur.
“
Qalish, bangun sayang. Ni kenapa tak mandi lagi ni? Sekarang ni dah pukul 7.50
malam. Baba dah turun untuk makan malam.”
Qalisha
terus membuka mata bila berasa ada tepukan lembut di bahu.
“
Alamak! Dah pukul berapa ni? Ya Allah Mama, Qalish minta maaf. Qalish ingat nak
baring sekejap aje. Tak sangka pulak terlena sampai macam ni sekali. Nasib baik
tak terbabas solat Maghrib. Macam mana ni Mama, Baba mesti dah ada kat bawah
kan? Kalau Baba marah macam mana?” Qalisha terus bangun dan dengan laju
mencapai tuala menuju ke bilik mandi. Tiba-tiba langkahnya terhenti.
“
Err..Mama,Qalish minta maaf ye. Tak payah tunggu Qalish lah. Baba dan Mama
makanlah dulu. Nanti Qalish turun,Qalish
nak solat dulu.” Qalisha melangkah ke arah Datin Maimun yang sedang tersenyum
simpul di tepi katil. Tangan ibu mertua di genggam lalu di cium.
Datin
Maimun bagai mahu tergelak sakan sakan apabila melihat kekalutan Qalisha.
Tercuit hatinya bila riak muka Qalisha seakan anak kecil yang mahu menangis.
“
Qalish jangan bimbang. Tahulah apa yang Mama nak cakap dengan Baba nanti. Ni
mesti sebab Qalish letih sangat ikut Mama shopping petang tadi kan?”
Qalisha
hanya mengangguk kecil.
“
Dah, pergi mandi sekarang. Oh ya! Sebelum tu, Laptop dan telefon ni Mama
hadiahkan untuk Qalish. Kalau Qalish rasa bosan boleh surfing internet.” Datin
Maimun meletakkan satu beg kertas besar yang jelas berisi dengan kotak laptop
dan telefon yang mereka beli di Plaza Low Yat petang tadi.
“
Untuk Qalish? Tapi..”
“
Takde tapi-tapi. Dah, pergi mandi sekarang. Tak salah kan kalau Mama belikan
untuk Qalish sebagai tanda terima kasih sebab Qalish sudi menjadi menantu Mama.
Nak tunggu Jeff belikan untuk Qalish,alamatnya tunggu kucing tumbuh tanduk dululah.”
Datin Maimun memberikan cari ciuman di dahi Qalisha sebelum melangkah ke arah
pintu bilik.
Sebaik
Datin Maimun menutup pintu bilik, Qalisha terus melompat tak ingat dunia.
“
Yea!!!! Mama, you’re best mom-in law in the whole world! Alamak! Aku belum
solat!” Qalisha terus berdecit menuju ke arah bilik air.
……………………………………………………………………………………………………
Jeffrey melangkah longlai ke bilik
hotel penginapannya. Badannya berasa sungguh letih setelah seharian melakukan
pengambaran ‘ Hot Guy Who Cooks’ di sebuah hotel penaja rancangan di Bandaraya
Seoul. Rancangan empat belas episod itu akan di tayangkan di saluran tv satelit
berbayar,Diva Channel di mana dua orang selebriti yang terpilih dari setiap
negara seperti Malaysia, Hong Kong,Taiwan, Korea Selatan, Filipina,Thailand dan
juga Jepun. Jeffrey dan Zain Saidin terpilih untuk mewakili selebriti Malaysia
dan itu bermakna makin sibuklah Jeffrey
selepas ini ye.
Sampai sahaja di dalam bilik,badan
terus dihempaskan ke atas katil. Apabila difikirkan semula, menyesal dia
menerima tawaran untuk rancangan tersebut. Ini semua kerana termakan pujukan PA
merangkap pengurusnya, Izmin. Memang tawaran seperti ini merupakan batu
loncatan untuk kariernya sebagai chef selebriti,model dan juga pengacara
rancangan untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa. Namun kesibukan kerja
membataskan masanya bersama keluarga.
“ Arghh…bestnya dapat baring macam
ni.” Jeffrey merebahkan tubuh di atas katil.Dia menyeluk poket seluar bermuda
yang di pakai lalu semua benda alah yang ada di dalam poket di keluarkan
termasuklah telefonnya. Jeffrey terus mengaktifkan semula telefon yang
dimatikan semasa pengambaran. Pengarah mahu semua menutup telefon kerana tidak
mahu sebarang gangguan semasa proses pengambaran sedang dilakukan. Sebaik
telefon di aktifkan, berbelas missed called dan message masuk. Semua message
yang tidak penting terus dipadamkan namun mesej yang di hantar oleh Mama
menarik perhatian.
Kesibukan tugas menyebabkan dia lupa
seketika kepada keluarganya. Dalam tempoh seminggu ini juga, dia langsung tidak
teringat yang dia sudah berkahwin. Malah, Perkahwinannya turut di rahsiakan
daripada pengetahuan Izmin.
“ Alamak! Ada mesej daripada Mama
lah.Macam mana aku boleh lupa nak call Mama.” Jeffrey membaca satu persatu teks
yang di hantar oleh Datin Maimun. Dari gaya tulisan Mama di dalam mesej
tersebut,terang lagi bersuluh yang Mamanya memang marah. Nama ‘Qalisha’ yang
tertera di dalam mesej Mama membuatkan Jeffrey geram seketika.
“ Apa yang aku nak buat dengan minah
kampung tu bila balik nanti.’ Jeffrey menarik rambutnya seperti seorang yang
tengah kusut memikrkan masalah negara.
“ Macam mana aku boleh senang-senang setuju nak kahwin
dengan minah kampung tu. Entah apa yang Mama nampak dengan perempuan tu,dahlah
kasar,lagak macam tomboi dan tak bergaya langsung! Tapi, muka dia tu comel
betul. Melayu tulen ke dia? Ahh lantaklah dia melayu tulen ke ,melayu campur
ke,ada aku kesah? “ Jeffrey bercakap seorang diri.
Tiba-tiba peristiwa yang berlaku di
dalam dreesing room pada malam selepas akad nikah mengimbau di dalam ingatan.
Wajah Qalisha sedang mengetawakannya di rasakan sungguh comel dan menawan, bisa
meruntun qalbu. Tanpa di sedari, satu senyuman terukir di wajah Jeffrey.
“
Apa kena dengan aku ni? Muka minah kampung tu jugak yang aku ingat. Tak boleh
jadi ni, aku tak boleh senang-senang nak angau kat dia. Aku tak boleh jatuh
hati kat dia,never!”
Jeffery terus bangun mencapai tuala dan terus
menuju ke bilik air. Dia tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Lepas mandi nanti,
azamnya dia mahu terus tidur. Dia akan bertolak pulang ke Malaysia petang esok.
Sebelum berangkat pulang, Mahu tak mahu dia
kena belikan hadiah untuk Qalisha dan Mama. Kalau tak beli mampus dia
dikerjakan oleh Mama. Bukan dia tak tahu perangai Mama, selagi hajatnya tak
tercapai,selagi itula dia akan ‘mendera’ telinganya sehingga bernanah! Tak
sanggup Jeffrey mendengar bebelan Datin Maimun nanti.
Pagi keesokkan harinya, Jeffrey
awak-awal lagi sudah bangun dan bersiap-siap untuk keluar . Pengurusnya, Izmin
sudah menunggunya di lobi hotel. Dia hanya santai memakai jeans dan T-shirts
Polo berwarna biru laut. Memandangkan suhu di Seoul agak rendah walau pun sudah
di penghujung musim sejuk, dia turut menyarungkan sarung tangan, ski-mask dan
juga sehelai scarf di leher.
Sebaik kelibat Izmin kelihatan,
Jeffrey terus menggamitkan tangan.
“ Jom,kita kena cepat,takut nanti
lambat nak check-out hotel. Aku nak beli barang sikit untuk keluarga aku.”
Tutur Jeffrey sambil beriringan keluar menujun ke pintu masuk utama.
“ Kita nak ke mana ni? Kita ada
empat jam sebelum kita check-out, aku rasa kita pergi shopping mall yang dekat
dengan hotel ni sajalah. Lagi pun kita bukannya biasa sangat kat sini.Di
buatnya kita tersesat, mampos kita terlepas penerbangan balik. Aku tak sanggup
nak lama-lama kat sini.Dah sepuluh hari
aku tak jumpa nasi tau! Benda pertama bila kita touchdown di KLIA, aku
nak makan nasi ayam.” Izmin bersuara.
Jeffrey tergelak bila mendengar ayat
yang dituturkan oleh Izmin.
“ Kenapa hari tu tak angkut beras
sekampit dengan rice cooker sekali?” Jeffrey bercanda.
“ Amboi mulut,sedap-sedap kau
mengata aku ye. Yang hari tu kau rembat mee maggi kari yang aku bawak tu apa
hal?”
“ Hek eleh! Maggi kari sebungkus pun
nak berkira. Nanti aku ganti sekotak! Suruh mat dispatch bangla hantar kat
rumah engko.” Jeffrey pura-pura merajuk.
“ Sekotak? Orait jugak tu. Cukup aku
buat stok dua bulan.”
“ Blah lah engko! Malas aku nak
layan. Macam manalah aku boleh ambik PA sengal macam kau ni.”
“ Ini sengal bukan sebarang sengal.
Ini sengal terbaik dari ladang!” Mereka berdua ketawa sambil melintas jalan
untuk ke sebuah bazaar menjual cenderamata.
Akhirnya selepas puas membelek,
Jeffrey memilih untuk membeli sepasang Hanbok untuk Datin Maimun. Nanti
bolehlah pakai Hanbok bila ada majlis kebudayaan atau apa-apalah. Untuk Qalisha, dia hanya membelikan sebuah
topi berwarna purple muda dengan hiasan bunga-bunga kecil dan juga satu rantai
kunci.
Biar
betul Jeffrey ni! Beli topi feminin macam tu,nak ke Qalisha pakai. Lepas tu
rantai kunci, macam nak bagi kat budak kecik je. Kalau bagi kat Tuti dan Asih
boleh jugak, tapi ini nak bagi kat bini. Jeffrey,Jeffrey.Kedekut betul!
“ Kau beli topi tu untuk Anna ke? Ke
untuk Lya Safiyya…” Izmin cuba menduga.
“ Untuk family aku lah.Buat apa aku
nak beli untuk Si Gedik tu pulak.”
“ Ye ke? Manalah tahu..kau kan agak
rapat dengan Lya dua tiga menjak ni.”
“ Eh, tolong sikit ye! Kau jangan
memandai mereka cerita pulak.Kalau wartawan dengar ‘statement’ kau tu tadi,
mampus aku dikejar paparazzi tau!”
Jeffrey meninggalkan Izmin yang
asyik membelek cenderamata di sebuah kiosk. Tiba-tiba mata Jeffrey tertancap
pada patung pameran di sebuah kedai pakaian dalam. Bukan patung yang di renung
tapi pakaian yang di pakai patung itu yang menarik perhatiannya. Tiba-tiba akal
mahu mengenakan Qalisha datang. Jeffrey tersengih seorang diri. Dia cuba
membayangkan kalau Qalisha memakai baju tidur satin berwarna merah hati
tersebut. Gaun tidur itu memang seksi nak mampos! Bertali halus,terbuka luas di
bahagian dada mengikut lurah dan singkat giler. Tanpa berfikir panjang lagi,
Jeffrey terus melangkah masuk ke dalam butik tersebut. Sebaik sahaja melangkah
masuk, gadis jurujual berbangsa Korea terus datang menyapa.
“ Ermm.harap-harap dia ni tahu cakap
bahasa Inggeris. Kalau tak mahu jadi ayam bercakap dengan itiklah jawabnya.”
“ Hello..what can we do for you?” Si
jurujual datang menyapa. Bunyinya pelat sekali tapi tak kisahlah janji boleh
faham.
“ I want to buy that night gown. ”
Jeffrey menunjukkan jari ke arah patung display.
“What size?” Tanya jurujual itu lagi.
“ Err..is free size available?”
Jeffrey menjawab. Tiba-tiba jantungnya berdebar-debar.
“
Kenapa pulak jantung aku ni? Bukan aku buat salah pun? Ah hantam sajalah, aku
bukan tahu minah kampung tu size apa.” Jeffrey sendiri tidak faham dengan
perasaannya ketika itu.
“
Yes we have. This gown comes together with these.” Jurujual tersebut
menunjukkan baju dalam dan g-string yang sedondon dengan gaun tidur tersebut.
Hampir
terbeliak Jeffrey mata Jeffrey melihat baju dan seluar dalam yang cukup seksi
tersebut. Kelu lidah untuk berkata. Tiba-tiba, Izmin datang dan menyergahnya.
“
Hoi Jeff. Kau buat apa kat sini? Kau nak beli ‘sepentot’ seksi ni untuk sapa?”
“
Izmin! Terkejut tahu tak! Err..aku nak beli ni untuk …Anna! Ye untuk Anna. Kan
hari tu aku dah cakap, Anna baru je kahwin,so aku nak hadiahkan ni untuk
dialah.” Jeffrey cuba berkata selamba mungkin.Dia tidak mahu Izmin mengesyaki
apa-apa.
“
Kau nak beli benda alah ni untuk Anna. Kau ni biar betul,tak pernah aku dengar
lelaki beli benda-benda intimate macam ni untuk kakak. Kalau untuk bini tu
adalah, macam bulan lepas, aku nampak Remy Iskandar belikan benda ni untuk bini
dia.Itu pun bini dia ada sekali pilih nak yang mana satu.”
“
Mengarutlah kau ni. Aku sengaja beli benda ni untuk menyakat Anna tau tak. Aku
nak sengaja nak bagi hadiah ni sebelum dia pergi honeymoon. Manalah tahu,
berkat aku bagi hadiah ni, tahun depan aku dapat anak saudara.” He he he pandai
juga Si Jeffrey ni auta.
Selepas
membayar harga lingerie tersebut, Jeffrey dan Izmin terus berlalu keluar
daripada butik tersebut. Izmin berasa sedikit curiga lalu dia bertanya lagi
kepada Jeffrey.
“
Jeff,kau tak sembunyikan apa-apa daripada aku kan?”
“
Malaslah aku nak layan kau. Kalau aku kahwin, kau adalah orang pertama yang
akan tahu selepas keluarga aku. Sudah-sudahlah buat kening Ziana Zain macam tu.
Tak Percaya sudah.” Jeffrey terus melangkah meninggalkan Izmin yang masih tak
puas hati.
“
Mengapa aku sedikit sangsi pada jawapanmu, Jeff. I smell something fishy here. Tak pe takpe,akanku siasat walau
pun ke lubang pacat!” Izmin mengusap-usap janggut sejemputnya.
“
Sorry Izmin.Aku bukan tak percayakan kau. Tapi aku tak percayakan mulut kau tu.
Di buatnya kau terlepas cakap dekat girlfriend wartawan kau tu,seantero dunia
akan tahu yang aku dah kahwin. Sampai masa kau akan tahu juga nanti.” Jeffrey
hanya bersuara di dalam hati.
p/s:
jangan lupa komen lak..
hahaha beli lingerie utk qalisha ...nakal betul Jeff...cakap utk anna n maybe dapat anak saudara tahun depan....silap hari bulan dia yg dapat anak ngan qalisha tahun depan ...hahahaha...best..best best
ReplyDeletenak lagiii..beeesssssssssstttttttt
ReplyDeletenak lagi please..............best le
ReplyDeletehaha leh tahan juga nakal si jeff nie nk kna kn qalish.. kak sambung la lg.. best sgt2...
ReplyDeleteheheeee.. malu lah. Nakal juga ya si Jeff ni, apa reaksi Qalish bila dpt hadia itu nnt. Kompem satu bilik dia berkejaran dgn Jeff..
ReplyDeleteFahrin dan boleh control Adriana, in sudah baik.
bestttttt...sgt...
ReplyDeleteBest sesgt.....nak tgk reaksi qalish bile dpt hdiah jeff....hehe....cpt smbg agi....
ReplyDeleteBestnyew..nak lagi..rayyan n jeff nakal gle..
ReplyDeletebest2... sngat2
ReplyDeletesmbng lgi
jeff n rayyan..... sama2 nakal....
ReplyDeletebesttttt sgttttttt..
ReplyDeletenak sggh rayyan nie... jeff huhuuu sgt sombong la u nie
ReplyDeleteperghh..syok la akak writer..terbaikk la kak...sambung lagi erk..gud luck dear writer..
ReplyDeletehahaha...lawak la jeff tu..best
ReplyDeletemarathon baca curi2 dari semalam, baru habis ni... best sgt2.. blog baru yg nak kena follow... best dik, sambung cepat2 ye...
ReplyDeleteRayyan&qalish tk penah bersembang ke..kalau tagteam kan qalish&rayyan utk kenakan 2 beradik tu lg best kot..
ReplyDeletesoon lan soon...rayyan & qalish will be best ally ever!
ReplyDeleteGreat!!!!
ReplyDeleteBest sangat.
ReplyDelete