BAB
21
Jeffrey menolak troli bagasi sambil
beriringan dengan Izmin. Sebaik keluar daripada pintu balai ketibaan, matanya
melilau mencari kelibat Datin Maimun. Kepulangannya telah dimaklumkan kepada
Datin Maimun awal-awal lagi. Sebaik wajah Mamanya kelihatan, Jeffrey terus
melambai sambil tersenyum. Rindu sungguh pada Datin Maimun. Apa-apa hal sekali
pun, hati Datin Maimun perlu di jaga. Sudah terbayang di dalam mindanya ceramah
dan tazkirah yang akan disampaikan oleh Datin Maimun kerana tidak menelefon
selama seminggu. Tangan Datin Maimun di salam dan kedua belah pipi di cium.
Kemudian dia memeluk Datin Maimun erat, melepas rindu setelah sepuluh hari
tidak bersua muka.
“ Assamualaikum Mama. Mana Pak
Hamid? Tak nampak pun?” Jeffrey terjenguk-jenguk deretan kereta yang menunggu.
“ Pak Mid tak dapat datang. Aziz
cuti anak dia sakit.Jadi Pak Mid terpaksa ikut Papa pergi Kuantan,tengok projek
pusat peranginan kita kat sana.”
“ Jadi Mama datang dengan siapa?”
Jeffrey agak musykil kerana Datin Maimun mungkin memandu sendirian ke KLIA
menjemputnya.
“ Mama datang dengan best friend
baru Mama. Jom kita ke kereta. Best friend Mama dah lama tunggu tu. Dia jadi
drebar tadi, Mama jadi GPS je.” Datin Maimun tersenyum mesra. Tangan Jeffrey
merangkul lengan Datin Maimun dan mereka beriringan berjalan menuju ke arah
kereta. Izmin menolak untuk balik bersama kerana tunangnya akan menjemputnya.
Sebaik sahaja Jeffrey melihat
Volkswagen Beetle berwarna kuning, dia menghentikan langkah.
“ WWV 959. Itu kereta aku tu.” Getus
Jeffrey di dalam hati.
“ Mama bawak ‘Baby’? Tak pernah
pulak Mama bawak ‘Baby’ itu sebelum ini.” Jeffrey kehairanan.’Baby’ adalah nama manja kumbang
kuning bagi Jeffrey. Entah dia ni, takde nama lain ke yang lebih ‘macho’. Gedik
benar bunyinya macam jeli.Nasib baik kereta, kalau orang ada yang muntah dua
hari dua malam.
“ Kenapa? Tak boleh ke? Sayang
sangat ke kereta itu sampai Mama tak boleh nak usik.” Datin Maimun sudah mula
cuak.
“ Mama jangan terasa hati pulak.
Jeff tak maksudkan macam tu. Maksud Jeff,yelah kan Mama kan selalu kompelin
kereta tu keciklah,tak sesuai dengan jiwa Mamalah.Selalunya mana-mana Mama
pergi Mama bawak Mazda X3 pujaan hati Mama tu. Itulah yang Jeff musykil sikit
tu.” Jeffrey menyusun kata,takut juga kalau kata-katanya menguris perasaan
Datin Maimun.
“ Bukan Mama yang drive pun. Isteri
Jeff yang bawa.”
“ Isteri?”
“ Ye, kenapa? Dah lupa ke Jeff dah
ada isteri. Sebab tu langsung tak call Qalisha kan?” Datin Maimun memulangkan
paku buah keras. Geramnya pada sikap Jeffrey yang langsung tidak bertanyakan
khabar Qalisha masih bersisa.
“ Mana ada lupa,rindu sesangat ni
Mama. Dah sepuluh hari tak jumpa ni.” Jeffrey selamba berkata,masih cuba
membela diri.
“ Dah, jom cepat! Kesian Qalisha
menunggu daripada tadi.” Datin Maimun mempercepatkan langkah menujun ke arah
Qalisha yang sedia menanti.
“ Siap kau minah kampung. Memandai
kau bawak ‘baby’ aku. Mama ni pun satu, suka-suki dia benarkan Minah Kampung tu
sentuh ‘Baby’. ” Hati Jeffrey sudah mula hangat sebaik perkataan ‘isteri’ keluar
daripada bibir Datin Maimun.
…………………………………………………………………………………………………….
Qalisha berdiri sambil bersandar
pada pintu depan sambil dua tangannya di silangkan ke dada. Dari tadi dia
sedikit gelisah. Tunggu-menunggu,nanti-menanti ini bab yang paling dia tak
gemar. Dari tadi lagi, Abang polis trafik menjeling-jeling ‘manja’ ke arahnya.
Baru sekejap tadi seorang anggota polis trafik datang mengarahkan dia untuk
pergi.
“ Cik,kat sini tak boleh parking
lama-lama.” Abang polis mendekati Qalisha.
“ Sekejap je Encik,saya nak jemput
suami saya.Dia tak berapa sihat nak jalan jauh. Ha..itu pu dia dah sampai.”
Qalisha buat muka simpati. Entah lelaki mana yang dia tunjuk kononnya suaminya
sudah tiba pada hal bayang Jeffrey pun belum nampak.
“ Manalah Chef Poyo ni. Dah
penat aku buat senaman muka dengan chewing gum. Dah habis sebungkus dah pun. Tulang kering pun tak nampak lagi.”
Qalisha membebel sendirian. Kalau orang lain dengar dia bercakap
sorang-sorang,mesti orang cakap dia ada masalah jiwa.
Dari jarak beberapa meter sahaja
lagi, Jeffrey terus merenung Qalisha yang sedang bersandar di pintu kereta.
Tiba-tiba idea nak mengenakan Qalisha di depan Datin Maimun menjengah.
“ Siap kau minah kampung, kau nak
main sangat kan,so let the play begin.” Jeffrey sudah tersengih penuh muslihat.
“ Hello sayang! Cupp!” satu ciuman
pantas diberi kepada Qalisha. Qalisha yang tidak menyedari kedatangan Jeffrey
terkejut giler. Nasib baik dia tak terbuka silat. Kalau tidak ada yang kena
lipat.
“ Oit! Apa ni?” Qalisha berasa darah
merah sudah menyirap ke muka. Pipinya yang putih gebu sudah berona merah. Malu
juga seposen bila beberapa orang memandang ke arahnya.
“ Sengal punya mamat. Dia ingat ni
London ke? Suka –suki cium orang. Sekolah aje tinggi tapi bangang! Berani
Chef Poyo mangkuk ayun tu cium aku kat bibir,dahlah cium curi!". Hati Qalisha sudah membara dan dia cukup bengang tahap tujuh petala langit.
“Ehem-ehem.Cepat masuk. Kamu ni pun
satu Jeff, dah tak menyempat ke? Tak boleh tunggu sampai rumah? Jangan nak buat
perangai tak semengah depan-depan orang. Di buatnya ada yang kenal dengan kamu
tadi,tak ke haru. Kang esok terpampang dalam surat khabar majalah mana,sapa
yang susah? Jeff jugak yang beria-ia tak nak press tahu yang Jeff dah kahwin
kan?” Datin Maimun melepaskan geram dengan sikap Jeffrey.
“ Adeh! Macam mana boleh lupa pulak
ni? Nasib baik takde paparazzi tadi.Kalau ada?Jenuh aku nak kena menjawab
dengan wartawan.” Jeffrey mengetuk dahinya sendiri. Sebenarnya tadi,dia sendiri
tidak tahu mengapa dia bertindak mencium Qalisha. Ia berlaku terlalu pantas.
Qalisha membuat telahan yang Jeffrey
hanya berlakon di depan Mama. Tiba-tiba idea nak menyakitkan hati Jeffrey
muncul.
“ Kau ni kenapa? Dah buang tabiat
ke? Hai pergi oversea sepuluh hari terus bawa balik budaya songsang?tak takut
ke dengan paparazzi-paparazzi yang selalu mengejar awak tu. Kang ada yang kena
saman sejuta. I’ve got nothing to lose unlike you.” Qalisha bersuara separuh
berbisik ke telinga Jeffrey. Dia tahu hati Jeffrey mesti membara selepas ini.
“ Sorry Sayang, Abang tak boleh nak
tahan tadi. Rindu sangat dekat Qalish. Kalau boleh sekarang jugak Abang nak peluk-peluk
cium tak nak lepas.” Jeffrey sengaja bersuara agak romantik dan menggoda. Dia
mengenyit mata sambil tapak tangan kanannya di hulur seperti meminta sesuatu.
“ Jom kita balik.Bak sini kunci.Let
me drive.Abang dah rindu nak bawa kereta kesayangan Abang ni.” Jeffrey
bersuara, pada hal dia tak sanggup nak bagi Qalisha memandu ‘ baby’ kesayangan.
“ Eh Jeff kan baru touchdown. Tak
rasa pening ke? Biarlah Qalish yang bawak.” Datin Maimun mencelah.
“ Aa aah betul cakap Mama. Biar
Qalish saja yang pandu. Abang duduk rehat je.Abang mesti penat badan kan?”
Balas Qalisha. Sengaja perkataan Abang di tekankan supaya Datin Maimun
mendengarnya.
“ Ambik kau! Kau ingat kau sorang
saja pandai berlakon? Ini Qalishalah. Setakat nak tunjuk bakat buat skrip
spontan takde apa kebendanya.
Qalisha dan Jeffrey masih bermain
tarik tali menentukan siapa yang bawak
kereta. Geram dengan sikap kedua anak menantunya,Datin Maimun bersuara.
“ Bak sini kunci tu! Biar Mama yang
drive! Perangai kamu berdua ni macam budak-budak. Kamu dua orang duduk je
belakang. Tadi kata nak berasmaradana nak melepaskan rindu dendam sangat kan?
Sekarang masuk cepat! “ Datin Maimun bertindak merampas kunci kereta di tangan
Qalisha. Geram sungguh hatinya dengan tingkah laku kedua anak menantu yang tak
mahu mengalah. Mahu tak mahu, Jeffrey dan Qalisha hanya menurut. Mereka berdua
meloloskan diri masuk ke ruang tempat duduk belakang dengan muka masam mencuka.
Sebaik masuk ke dalam kereta,Qalisha
menjarakkan diri daripada duduk terlalu hampir dengan Jeffrey. Melihat
perbuatan Qalisha, Jeffrey mencebik.
“ Aku nak tengok sejauh mana kedegilan
Minah Kampung ni. Macamlah dia tu bagus sangat.” Gumam Jeffrey di dalam hati.
Dia menghulurkan tangan kanannya kepada Qalisha.
“ Sayang belum salam lagi. Cepat
salam.” Bunyinya seperti arahan tegas keluar daripada mulut Jeffrey.
Mahu tak mahu Qalisha menyambut
tangan Jeffrey lalu mengucupnya pantas. Kalau diikutkan hati, mahu dia buat
‘bolayan’ saja tapi bila Datin Maimun yang asyik berdehem-dehem membuatkan
Qalisha menurutkan kehendak Jeffrey.
“ Ha,, macam tu lah isteri yang
hormatkan suami. Meh sini, Abang nak peluk sikit. Dah sepuluh hari tak
jumpa,Abang dah rindu giler dengan Sayang. Sayang tau tak…” Belum pun sempat
Jeffrey menghabiskan kata Qalisha sudah menyampuk selamba.
“ Tak tahu.” Riak muka Qalisha
seperti orang yang tak berperasaan.
“ Ish mulut ni suka menyampuk. Tak
apa,sebab Qalish tak tahu, Abang bagi tahu. Tahu tak masa kat Seoul,Abang ni
ibarat makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi tak basah sebab asyik teringatkan
isteri Abang yang sorang ni. Rindu yang teramat rindu.” Jeffrey bersuara
romantic.Dia mendekatkan dirinya dengan Qalisha. Sebelah tangannya merangkul
bahu Qalisha.
“ Nak muntah aku dengar suara dia ni.Loya
dan meluat tahap stratosfera dah ni. Dahlah kereta ni kecik, mahu lagi dia
menghimpit aku macam ni. Yang aku ni pun satu, kenapalah tadi aku tak terfikir
bawak kereta yang lebih besar. Kereta kumbang cenonet ni jugak yang aku ambil.”
Qalisha hanya mampu mengeluh di dalam hati.
“Ya
Allah, inikah jodohku? Kalau benar dia ini jodoh terbaik buatku,kau jauhkan
sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hatiku. Kau suburkanlah sifat-sifat
mahmudah dan kau tumbuhkanlah perasaan kasih sayangku terhadap suamiku Ya
Allah.” Doa kudus Qalisha bergema di segenap ruang minda dan hati. Rasa berdosa
pula bila berlagak poyo dengan suami.
Tiba-tiba
Jeffrey melakukan satu tindakan drastik. Qalisha tidak tahu sama ada ia adalah
tindakan terkawal atau pun luar kawal. Jeffrey meletakkan kepalanya di atas
pangkuan riba Qalisha. Oleh kerana ketinggian Jeffrey yang sememangnya tinggi
lampai, badannya sedikit mengerekot apabila berbaring. Ini saranan percuma
untuk semua yang mengikuti siaran ini, kalau badan macam galah,tak payah le
beli kereta kecik.Menyusahkan diri dan juga orang yang paling hampir dengan
anda. Hargo mahal pon buak gapo.
Jeffrey
memandang tepat ke dalam mata Qalisha.
“
Boleh tolong picit kepala tak? Peninglah.” Alahai manjanya si Jeffrey ni.
“
Erk! Dia ni biar betul. Selamba saja dia landing
kat atas riba aku.Betul-betul sakit kepala ke berlakon ni? “ Sumpah Qalisha
tidak pasti sama ada Jeffrey hanya berlakon atau tidak.
Jefrrey
memegang kedua tangan Qalisha lalu diletakkan di kiri kanan kepalanya.
“
Picit kat sini, rasa berdenyut-denyut.” Jeffrey masih memegang jemari Qalisha
sambil memejamkan matanya.
Terkesima
Qalisha dengan perbuatan Jeffrey. Tiba-tiba terbit pula rasa simpati terhadap
Jeffrey. Tanpa paksaan, jari-jemari Qalisha mula memicit lembut kepala Jeffrey.
Jeffrey
pula, sebaik jemari Qalisha memicit lembut kepalanya, Jeffrey seakan hanyut.
Terasa asyik dengan sentuhan lembut Qalisha sehingga terlupa dia berada di
mana. Sekejap sahaja Jeffrey terlena.
Datin
Maimun tenang memandu.Sesekali dia mencuri pandang melalui cermin pandang
belakang.Bahagia hatinya melihat perlakuan anak menantu yang cukup disayangi
begitu.Nampak mesra dan bahagia. Tidak lupa dia menitipkan doa di dalam hati
agar rumahtangga Jeffrey aman daripada sengketa dan semoga mereka berdua saling
saling menerima antara satu sama lain.
Selepas empat puluh lima minit, Mereka sampai di
Villa Chinta Qaseh. Datin Maimun memberhentikan kereta betul-betul di anjung
utama.
“
Dah sampai! Qalish,kejutkan Jeff. Tak pernah pulak Jeff tertidur bila balik daripada airport. Mesti dia penat sangat. Itulah kerja
tak ingat dunia.” Sempat lagi Datin Maimun membebel.
“
Awak, bangunlah kita dah sampai rumah ni.Cepat bangun!” Qalisha mengejutkan
Jeffrey.
Sebaik
mendengar suara Qalisha, Jeffrey membuka mata.
“
Dah sampai ye.”
Jeffrey
bangun daripada ribaan Qalisha dan mengeliat seketika.Selepas itu tanpa berkata
apa-apa,dia terus membuka pintu kereta dan keluar. Sedikit pun tidak berpaling
kepada Qalisha. Jeffrey terus menonong melangkah ke pintu masuk rumah.
Qalisha
terpinga-pinga dengan perlakuan Jeffrey seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“
Cis! Memang dasar poyo nak mampos! Boleh dia blah macam tu je. Dasar manusia
takde perasaan! Langsung tak tengok kiri kanan terus blah.Peha aku kebas giler
bukannya dia nak Tanya khabar ke,nak ucap terima kasih.” Qalisha mula berasa
geram. Qalisha membuka pintu kereta namun dia tidak keluar. Pehanya berasa teramat
kebas kerana menampung kepala Jeffrey sejak dari KLIA lagi.
“
Eh! Qalish tunggu apa lagi? Kenapa tak
keluar?” Datin Maimun memberhentikan langkah apabila melihat Qalisha masih
belum keluar daripada kereta waima pintunya sudah di buka.
“
Err,Mama masuklah dulu.Qalish keluar kejap lagi.Peha Qalish rasa kebas. Kejap
lagi bila dah hilang rasa kebas ni, Qalish masuk.” Qalisha bersuara sambil
menyeringai menahan rasa kebas yang masih bersisa.
Sebaik
mendengar kata-kata Qalisha, Datin Maimun mula berasa geram terhadap Jeffrey.
“
Bertuah punya budak.Dia baring sedap-sedap,dah sampai terus lesap. Tak faham
betul perangai budak ni.Kejap baik,kejap mesra,kejap macam air batu.”
Datin
Maimun menapak semula ke arah Qalisha. Simpati bertandang apabila melihat wajah
polos menantunya itu.
“
Tuti! Bawak masuk dan angkat beg Jeffrey ke atas.” Datin Maimun bersuara kepada
Tuti.
Si
Tuti hanya menganggukkan kepala tanda faham dan terus melakukan tugas tanpa
berlengah lagi.
Setelah
rasa kebas hilang, Qalisha keluar daripada kereta dan berjalan masuk ke dalam
villa beriringan dengan Datin Maimun.
“
Qalish naik berehat kat atas dulu.” Ujar Datin Maimun.
“
Err tak pelah Mama, Qalish nak ke dapur kejap, nak tengok Mak Yam masak apa.”
Qalisha memberi alasan.Sengaja dia tidak mahu naik ke bilik kerana rasa kekok
bila Jeffrey ada bersama.
“
Mama faham,Qalish nak ambilkan air untuk Jeffrey kan?” Datin Maimun menduga.
“
Aa aah, Qalish nak ambilkan air untuk Jeff.”
“
Woi! Pandailah kau kelentong ye! Datin Maimun bolehlah kau lipat tapi ini aku,
Hati Bt Sanubari takyah le kau auta. Tak terlintas langsung kau nak ambilkan
air untuk Jeffrey kan? Kau hanya nak mengelak daripada bertembung dengan laki
kau tu.”
Datin
Maimun berlalu ke tingkat atas dengan senyuman masih meniti di bibir. Qalisha
pula menapak ke dapur,mahu tak mahu dia terpaksa melakukan tanggungjawab
menjaga makan minum Jeffrey. Tiba di dapur, peti sejuk terus di buka. Sekotak
Marigold Peelfresh di ambil lalu di letakkan di atas dulang bersama sebiji
gelas.
Langkah
di atur ke tingkat atas. Dia menolak pintu bilik dengan sebelah tangan sambil
sebelah tangan menatang dulang. Sebaik Qalisha melangkah masuk, pintu bilik air
pula di kuak dari dalam. Jeffrey yang memang sah baru selesai mandi keluar
hanya dengan bertuala putih dari paras pinggang ke lutut.
Qalisha
agak terperanjat melihat tubuh Jeffrey tanpa berbaju.Cepat-cepat dia
mengalihkan pandangan ke arah lain. Jeffrey pula hanya selamba melangkah ke
arah dressing room tanpa berpaling ke arah Qalisha seolah-olah Qalisha tiada di situ.
Qalisha
terus meletakkan dulang yang berisi sekotak jus oren bersama sebiji gelas di
atas meja kecil di sisi katil.Dia terus berlalu keluar.
“
Menyakat Mak Yam kat dapur lagi bagus daripada mengadap muka Chef Poyo tu.”
Qalisha
berlari anak menuruni tanggan villa menuju ke dapur.
Usai
berpakaian seluar pendek separas lutut dan sehelai t-shirts,Jeffrey melangkah
keluar daripada dressing room. Sebaik keluar, dia terpandang dulang yang di
bawa oleh Qalisha tadi.
“
Tahu jugak Minah Kampung tu aku suka minum air ni.” Jeffrey terus membuka
karton jus oren tersebut lalu menuangnya ke dalam gelas.
“
Arghhh..nikmatnya dapat minum air ni.” Jeffrey menuang lagi baki air ke dalam
gelas. Tekaknya berasa haus lalu jus oren diteguk rakus untu kali kedua.
Selepas itu, Jeffrey melangkah ke arah beg beroda yang di bawa naik oleh si
Tuti tadi.Tiba-tiba akal untuk mengenakan Qalisha muncul untuk kali yang entah
kali ke berapa.
“
Buat apa penat-penat. Dah ada bini biar dia saja yang buat semua ni. Inilah
masa aku anak pedajalkan Minah Kampung tu.”
Semua
baju di dalam beg di keluarkan dan di longgokkan di atas katil. Habis dua beg
baju di keluarkan. Kemudian beberapa bungkusan hadiah dan oleh-oleh yang dibeli
di Seoul di keluarkan. Jeffrey sudah berkira-kira kepada siapa buah tangan itu
akan diberikan. Matanya tertancap pada beg kertas yang mengandungi set gaun
tidur yang seksi yang dibeli khas untuk mengenakan Qalisha. Gaun tidur bertali
halus berwarna maroon bersama baju dan seluar dalam sedondon di tenung. Jeffrey cuba membayangkan Minah Kampung a.k.a
Minah Kayu memakai gaun tidur tersebut. Jeffrey sudah ketawa tergolek. Dia
tidak dapat membayangkan bagaimana rupa Qalisha apabila memakai gaun tidur
tersebut.
“
Macam mana aku nak buat dia pakai benda alah ni di depan aku? Kalau aku suruh
dia pakai,dah sah sah dia tak akan pakai.Silap haribulan dia koyakkan terus
lempar dalam tong sampah.macam mana ye?” Jeffrey mundar-mandir di tempat yang
sama mencari idea. Tiba-tiba mentol lampunya menyala.
“
Aku akan bet dengan dia! Ye,bet dengan dia dan aku kena pastikan aku akan
menang! He he he, lepas tu,three!” Jeffrey tersengih-sengih sendirian. Seketika
kemudian, dia membawa semua hadiah yang dibeli turun ke ruang tamu. Semua
hadiah untuk penghuni Villa Chinta Qaseh di bawa turun dan di letakkan di ruang
tamu. Hatinya sangat teruja mahu mengenakan Qalisha. Jangan kau yang terkena
balik sudah Jeffrey!
Aik!!!org 1st komen ka??tp no komen
ReplyDeleteHihi..nice story...xsabar nk tunggu next en3...
ReplyDeleteyih? sampai sini saja jer?... baru nak feeling
ReplyDeletenak lagi baru nak romantik
ReplyDeletenakkk lagi
ReplyDeleteehh...byk nie jee...tp mcm ade ruang kosong tu x tulis ape2 ke????
ReplyDeleteNk lgi....smbg cpt.....
ReplyDeletewow...semakin mencabar...semakin best dan semakin mendebarkan...tp mana anna dan fahrin ??
ReplyDeletehehehe...aku dah semakin tamak ni....but still u're the best harissa..
He he...saja nak bagi korang suspen...sabar ye..memang chapter ni short skit...
ReplyDeleteala pendek nye,,,,,,suspen tol la,,,,,apa agak nye reaksi qalisha klu dapt bj tu nt...agak si jef kena terajang tak?,,nk kenakan qalisha konon,?,,,silap hr bulan dia plak yg terkena,,hehehe
ReplyDeletesaya suka la cerita ni..harap dapat post cerita ni sampai tamat even dah published dlm buku sbb saya xda kat Malaysia utk beli novel..hehe
ReplyDeletehaha.. x sabar nak tau apa terjadi...
ReplyDeletehehe... best smbng lgi.
ReplyDeleteBest sesgt.tiap2 hari bukak blog nak tgk ada en3baru .....sambung lg....
ReplyDeletesambung, jgn tak sambung.........
ReplyDeleteBest...Semakin menarik.... #^_^
ReplyDeletePlease please please upload malam ni isnin ni final exam tak tenang kalau taktau cerita ni asik nak bukak check update je ;(
ReplyDeleteCik anonymous,fokus final exam dulu ye...SY pun assignment menimbun ni...don.t worry..tiba masa SY update k..
ReplyDeletealahai cheff... mengado ye ekau nie... heeehhe tapi sweet la diaorg nie
ReplyDeleteChef poyo dh begong, dlm hati ada taman ke? agak-2 lar nk suruh si Qalish pakai gaun tidur seksi tu, rasa-rasanya apa jadi kalu si Qalish betul -2 pakai baju tu. Kompem, chef poyo terpaku..
ReplyDeleteKete kecil takpe, jgn hati pun kecik juga. hidup kelate, gomo kelate gomo..hehheeee...
asyik baca dekat penulisan2u x penah jumpa blog penulis..just wanna say hai :)
ReplyDeletehai nurulkarimah,jgn lupa singgah lg tau!
ReplyDelete