Total Pageviews

Thursday 11 October 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 19,20


BAB 19

            Usai makan tengahari, Rayyan Fahrin beriringan dengan Adrianna keluar daripada restoran menuju ke arah tempat letak kereta. Sebaik pintu restoran di tolak, seorang gadis tergesa-gesa masuk lalu melanggar Adrianna.
            “ Ops maaf! Saya tak sengaja.” Sebaik sahaja mata mereka bertentang,Adrianna dan Gadis itu terkaku.
            “ Anna….” “ Elaine..” Hanya itu yang terkeluar daripada kedua mereka serentak.
            Mereka berbalas pandang. Tiba-tiba mata gadis yang di bernama ‘Elaine’ itu kelihatan berkaca. Titis-titis jernih mula gugur daripada kelopak matanya.
            Rayyan Fahrin yang hanya memerhati mula memahami situasi sebaik nama ‘Elaine’ kedengaran. Dia masih ingat, sewaktu dia dan Uncle Hashim berkunjung ke Villa Chinta Qaseh untuk makan malam sebelum berkahwin dengan Adrianna, Adrianna di culik oleh lelaki yang bernama Shamsul dengan bantuan oleh Elaine.
            “ Err Sayang,tak nak kenalkan kami ke?” Rayyan Fahrin memecahkan kesunyian antara mereka.
            “ Err sorry..Abang, kenalkan ini Elaine Sofea,best friend Anna. A bestfriend who betrayed me. And Elaine this is my husband, Rayyan Fahrin.” Adrianna bersuara sinis. Marahnya pada Elaine belum reda. Dia hanya bersuara acuh tak acuh. Laju juga mulutnya memanggil Rayyan Fahrin ‘abang’. Sengaja Adrianna mahu menunjukkan kepada Elaine yang sudah berkahwin dan lambat laun dia pasti Elaine akan menyampaikannya kepada Shamsul. Itulah tujuannya.Sengaja pula perkataan ‘abang’ ditekankan supaya jelas dan terang.
            Elaine agak terkejut dengan kata-kata Adrianna. Dari kata-kata itu, jelas menunjukkan Adrianna masih marah dan belum memaafkanya. Dia sungguh menyesal kerana termakan pujukan Shamsul yang jelas berniat jahat terhadap Adrianna.
            “ Anna,I ’m so sorry,teribbly sorry.Memang aku bersalah pada kau…aku..aku…”
Tanpa menunggu Elaine menghabiskan kata-kata, Adrianna terus berlalu pergi meninggalkan Elaine terpinga-pinga. Rayyan Fahrin berlari anak mengejar langkah Adrianna.Namun sebelum berlalu, Rayyan Fahrin berkata kepada Elaine, “ Sorry abaout that, give her some time…”
“ Anna! Tunggu Abang..kot ya pun marah,takkan dengan Abang sekali Anna tinggal.” Rayyan Fahrin mempercepatkan langkah supaya seiring dengan Adrianna. Sebelah tangannya merangkul pinggang Adrianna.
“ Encik Fahrin , I’m really not in the mood now , tolong alihkan tangan awak! This is public, tak payahlah nak tunjuk sikap romantik tak bertempat.” Sinis sekali kata-kata Adrianna bersama sindiran yang tajam.
Terkejut Rayyan Fahrin dengan nada suara Adrianna namun cepat-cepat dia memujuk hatinya supaya tidak terasa dengan kata-kata Adrianna sebentar tadi. Akur dengan kehendak Adrianna, dia menjarakkan sedikit badannya dengan Adrianna.
Sebaik tiba di tempat parkir kereta, Adrianna terus menekan ‘alarm’ kereta dan masuk di sebelah tempat duduk pemandu. Adrianna menundukkan kepala di stereng seketika . Dia cuba mententeramkan diri kerana tidak mahu perasaan marah menguasai diri. Rayyan Fahrin hanya memerhati dan cuba memberi sedikit ruang kepada Adrianna untuk bertenang. Akhirnya Rayyan Fahrin bersuara.
“ Are you okay?You know what,I think  tak baik Anna cakap macam tu pada Elaine.” Rayyan Fahrin bersuara dengan lembut sekali. Namun belum pun sempat dia menghabiskan kata-kata, Adrianna sudah menyinga.
“ Oh..tak baik! jadi apa yang dia buat kat Anna tu baiklah ye!” Adrianna menghamburkan kemarahan.
“Sabar ye Fahrin, Adrianna bukan nak marah kau tapi dia termarah kau sebab kau yang ada kat depan dia sekarang.” Cik Hati menenangkan Si Tuan.
“ Ada Abang cakap yang dia buat kat Anna tu baik? memandai je,yang Abang nak cakap tak guna Anna terus marahkan Elaine.Mama ada cakap kat Abang Elaine tu kawan rapat Anna sejak sekolah menengah lagi, so Abang faham perasaan Anna. Anna rasa dikhianati dan Anna tak sangka orang yang Anna sayang,rapat dan percaya sanggup buat Anna macam tu..betul tak? Maafkanlah dia, mungkin dia hanya diperalatkan oleh Shamsul. Hati Anna akan lebih tenang bila Anna maafkan dia..take your time okay…” Spontan Rayyan Fahrin meraih Adrianna ke dalam pelukan. Ubun-ubun Adrianna di kucup penuh kasih.
Adrianna kaget seketika dengan perlakuan Rayyan Fahrin. Namun entah mengapa sebaik bibir Rayyan Fahri menyapa ubun-ubunnya, satu perasaan halus muncul. Api yang sedang marak di dalam hati seolah terpadam di siram air. Kata-kata lembut Rayyan Fahrin Berjaya menusuk ke tangkai hatinya. Seketika, Adrianna keliru dengan perasaan sendiri.
“ Erk! Aku ni kenapa? Aku sukakan dia ke?  Ya ampun….” Habis terkeluar bahasa Si Tuti.
“ Apa peluk-peluk ni? Rimas tau tak!Asyik-asyik nak peluk orang,gatal!” Adrianna merengangkan badannya daripada Rayyan Fahrin.
Rayyan Fahrin hanya tersengih nakal.
“ Abang pun tak tahu kenapa. Tangan Abang ni asyik nak pegang peluk Anna memanjang .Mulut Abang ni pulak kalau boleh nak cium-cium Anna.Lagi pun Abang gatal dengan Anna je.Pepatah orang putih kata, ‘action speaks louder than words’,itu yang Abang tengah praktiskan sekarang ni. Abang nak tunjukkan kasih sayang Abang melalui perbuatan Abang.”
Adrianna mencebik. “ Uwek!! Mintak maaf.you ayat salah orang. You nak cakap macam tu kat perempuan lain silakan. Tapi kalau kat I..takde maknanya.” Meluat sungguh Adrianna tatkala mendengar kata-kata Rayyan Fahrin. Adrianna mencebik dan mulut pun muncung empat belas.
Tiba-tiba, “ Cupp!! Buat lagi mulut macam tu ,Abang cium Anna,tak kira kat mana masa tu.” Geram sungguh Rayyan Fahrin ,ada saja jawapan daripada Adrianna.
“ You ni kenapa! Tak nampak kita kat mana sekarang ni. Ingat ni New York ke! Malu orang tengok. Tengok tu! Orang pandang kita semacam je.” Adrianna mula melenting bila Rayyan Fahrin mencium bibirnya secara curi.
“ Haa,buat lagi,buat lagi…nak Abang cium lagi sekali ke? Abang dah cakap tadi kan? Lepas ni tak ada ulang suara.”
Laju Adrianna menekup mulutnya sambil mengeleng-gelengkan kepala.
“ Tau pun takut..Abang tak kira, kalau Anna muncung mulut macam tadi ke atau pun meninggikan suara bila bercakap dengan Abang…Abang cium Anna tang tang tu jugak tak kiralah kat mana kita masa tu,depan ofis ke, depan Baba dan Mama ke, depan Mak Yam ke, depan Tuti dan Asih ke..faham sayang? Ingat tu, I’m your husband, you have to show some respect.” Ada ketegasan di situ walau pun dalam nada gurauan.
“ Yelah,yelah.Tak buat lagi macam tu.” Macam kanak-kanak merajuk pula bunyinya.  He..he..nak juga Si Adrianna ni dengar cakap Rayyan Fahrin ye.
Rayyan Fahrin menyambung lagi, “ Ni Anna nak drive ke tak nak? Dah pukul 2.40 ni..tak nak masuk ofis? Abang kalau lama-lama dengan Anna lagi suka.Berdua-duaan dalam kereta macam ni,alahai romantika di Tampoi.”
“ Banyaklah kau punya romantika di Tampoi. Lama-lama aku duduk dengan kau,tak pasal-pasal aku yang masuk wad sakit jiwa di Hospital Tampoi.Pergi berjalan dengan Cik Dolah,boleh jalan boleh blah.” Namun semua ini hanya bergema di dalam hati Adrianna.
Tanpa berlengah lagi, Adrianna terus memasukkan gear ‘ D” dan terus memandu pulang ke pejabat.Orang macam Rayyan Fahrin bukan boleh di buat main. Adrianna memujuk hatinya supaya tidak menentang Rayyan Fahrin.
“Mamat psiko ni tak makan saman langsung.Karang dia kota apa yang dia kata tadi tak ke haru. Kang tak pasal-pasal di cap gadis tak bermoral. Takut nanti keluar muka depan Metro: PASANGAN TAK BERMORAL TAK SENONOH DI DALAM KERETA TENGAHARI BUTA”. Getus Adrianna di dalam hati.
 Honda CRV meluncur laju di jalan raya. Adrianna memberi perhatian kepada pemanduan. Namun sesekali ekor matanya menjeling Rayyan Fahrin yang enak bersandar di tempat duduk penumpang sambil tersengih-sengih. Huh!..hangat..hangat..Air-cond kereta paling sejuk pun tidak mampu menyejukkan hati Adrianna yang membara. Sebelum itu, dia perlu menghantar Rayyan Fahrin ke Menara Casa Impiana terlebih dahulu.

………………………………………………………………………………………………………

            Qalisha duduk bermalas-malasan di dalam bilik. Semua ahli Villa Chinta Qaseh sibuk dengan kerja masing-masing kecuali diri. Qalisha berasa sungguh bosan. Kadang-kala dia berasa dirinya ibarat seekor burung di dalam sangkat emas. Hidup terkurung dan tiada kebebasan.
            “ Eh..aku terkurung ke? Takdelah tenat sampai macam tu. Eiii bosannya! Boleh mata kutu kalau hari-hari macam ni.”
            Qalisha bangun daripada katil dan berjalan menuju ke balkoni. Pandangan matanya terarah kepada kolam renang .Biru mata memandang.  Tiba-tiba, akalnya menjana sesuatu untuk dibuat. Berenang ! yea…kolam renang,here I come. Dia menyelongkar dressing room mencari pakaian yang sesuai untuk berenang. Sehelai seluar panjang ketat untuk aerobic di sarung. Yelah..takkan nak pakai bikini kot.  Kemudian, sehelai jubah mandi dan tuala di ambil. Tak lupa juga telefon Samsung Champs bersama-sama dengan fon telinga sekali. Dengan memakai t-shirts bergambar mickey mouse putih dan berseluar aerobic hitam, dia melangkah ke kolam renang.
            Sampai sahaja di tingkat bawah, Qalisha terus ke dapur. Nak order air oren dulu dengan Tuti atau Asih. Suruh minah indon ni hantar kat kolam .he he..he..aku kan ‘mem’ kat vila ni..
            “ Tutiiiii…” sengaja panggilan minah indon itu di leretkan.
            “ Iya non…ada apa yang bisa saya bantu..” Terkocoh-kocoh Tuti datang sebaik namanya di panggil.
            “ Tuti, boleh tak nanti hantarkan jus oren marigold kat kolam. Saya nak berenang.”
Ceh..ceh..ceh..semenjak dua tiga menjak ni Qalisha dah suka minum air oren ye. Jus kegemaran ‘kanda’Jeffrey pulak tu. Ada apa-apa ke?
            Qalisha terus mengatur langkah ke kolam . Qalisha sudah tidak sabar mahu terjun ke kolam renang. Tahu berenang ke dia ni? Eh..mestilah.Jangan pandang Qalisha sebelah mata tau! Dulu masa tinggal di Massachussets, dia masuk kelas renang. Malah dia pernah mewakili High school dalam acara renang. Walau pun tak jadi juara, tapi kira okay sangatlah tu. Kadang-kala adalah juga si Qalisha ni lepas gian nak berenang. Kat Kampung Rhu Seberang ada sungai yang mana adalah sekali-sekala dia terjun tiruk dengan Pak Usunya. Berenang untuk suka-suka bukan nak masuk sukan Olimpik pun!
            Sebaik tiba di kolam, dia meletakkan tuala,jubah mandi dan telefon di atas kerusi rehat yang sememang sudah tersedia kat situ. Cantik kawasan sekitar kolam ni.Sekali tengok dah macam kolam dekat Hotel Hilton dah. Qalisha mengambil kesempatan suasana vila yang sunyi untuk merehatkan fikiran. Rindunya pada Nek Jah, Pak Usu dan spanar-spanarnya sudah tak terbendung lagi.
Kalau nak di kira, sudah hampir sebulan dia tak menyentuh spanar-spanar kesayangannya. Erk! Spanar pun boleh jadi barang kesayangan ke? Rindu pula nak masuk bawah perut kereta dan comot-comot kat muka dengan minyak hitam.
Tanpa mempedulikan orang lain lagi, Qalisha terjun ke dalam kolam dengan gaya rasanya mengalahkan gaya terjunan Pandalela Rinong. Dia berenang ulang-alik berkali-kali . Sekali-sekala lepas gian apa salahnya. Setelah berasa agak penat,Qalisha naik ke tebing kolam.Kakinya di juntaikan ke dalam air.
Tiba-tiba memori semasa berada di US bertandang di minda. Dulu masa kat US, dia selalu berenang dengan anak jirannya yang bernama Ashley. Macam –macam benda yang mereka lakukan bersama. Apa khabar Ashley sekarang ye.Dah dua bulan lebih tak online dengan Ashley. Adakalanya pada hujung minggu, mereka akan bergilir untuk ‘sleep over’ di rumah salah satu daripada mereka. Yang paling best bila tidur di rumah Ashley ialah bila dapat berjumpa dan berbual dengan abang-abang kembar Ashley, Joshua and Jacob yang hensem giler tu. Dua bulan lepas, Ashley upload keluarga mereka yang terbaru, Abang-abang Ashley tiga bijik macam Ryan Reynolds..hensem siot!
“ Alah takpe,nanti aku keluar cari mana CC yang terdekat.Aku nak online dengan Ashley dan Handsome Rat. Dah lama tak chatting dengan dia orang.Kalau aku cakap aku dah kahwin, mahu terkejut babun tahap cipan mereka berdua ni.” Qalisha tersenyum bermonolog sendiri.
Siapa Handsome Rat? Nantilah,sampai masa korang tahu jugak sapa dia ni.
Sementara itu, Datin Maimun melilau mencari kelibat menantu kesayangan. Puas mencari namun kelibat Qalisha langsung kelihatan. Langkah di atur ke ruang dapur. Datin mengagak,Mak Yam , Tuti atau Asih tentu tahu di mana Qalisha berada.
“ Yam.,ada nampak Qalish tak?” Datin Maimun mengajukan pertanyaan kepada Mak Yam yang sibuk di dapur.
“ Err..tak nampak pulak.Kamu ada nampak Puan Qalisha, Tuti?” Mak Yam mengalihkan pula pertanyaan kepada Tuti.
“ Puan Qalisha ada di kolam Datin. Baru sekejap tadi Asih hantarkan jus oren pada Puan Qalisha. Err  mungkin Puan Qalisha kebosanan Datin. Ngak tahu apa yang hendak di buat. Semua orang sibuk bangat, dia sorang-sorang di rumah, ngak ada teman.” Tuti yang kalut dan becok berbicara.
“ Ya Allah, kesiannya dengan menantu aku..” Getus Datin Maimun di dalam hati. Dia sendiri pun sibuk dengan bunga dan pokok semaian di nurseri. Sampai terlupa Qalisha keseorangan di rumah.
Sebaik tiba di kolam, Datin Maimun melihat Qalisha sedang merenung jauh sambil dua kakinya berjuntai bermain air. Rasa bersalah tiba-tiba bertandang. Di lihat daripada perlakuan Qalisha yang merenung jauh cukup menjelaskan bahawa menantunya itu bosan dan mungkin sangat merindui keluarganya di kampung.
“ Ermmm..Qalish buat apa kat sini sorang-sorang?”
Pertanyaan Datin Maimun menyentak Qalisha daripada lamunan.
“ Eh Mama! Maaf, Qalish tak sedar Mama datang. ” Qalisha berpaling dan automatik satu senyuman manis diberikan yang jelas menampakkan dua lesung pipit.
“Alahai,manisnya menantu aku ni bila tersenyum. Boleh meruntun qalbu orang yang memandangnya.”  Minda Datin Maimun membuat tafsiran.
“ Mama tengok jauh Qalish mengelamun.Teringat kat kat sapa? kat Nek Jah dengan Pak Usu ye?ke teringat kat Jeff?” Datin Maimun cuba bercanda.
“ Aa aah Mama, terasa rindu pulak dengan Nenek dan Pak Usu.” Qalisha bangun dan duduk di kerusi rehat bersebelahan dengan Datin Maimun.
“ Aku? Nak rindu kat Chef Poyo tu? Huh! Tak kuasa aku! Buang karan buang bateri je! Lantak dialah.” Suara Qalisha hanya bergema di dalam hati. Takkan nak cakap macam tu dekat mak mertua aku,nak mampos!
“ Jeff ada telefon Qalish tak?” Datin Maimun cuba memancing perbualan dengan menantunya.
Qalisha hanya mengelengkan kepala. Buat apa nak tipu. Memang Chef Poyo tu tak pernah telefon.
Datin Maimun mengerutkan dahi.
“ Langsung tak pernah?” Datin Maimun bertanya sekali lagi seakan tidak percaya dengan Qalisha yang hanya mengelengkan kepala.
“ Jeff ni memang nak kena.Dah seminggu pergi langsung tak tanya khabar berita bini sihat ke tidak. Takpe Qalish jangan risau, bila dia balik nanti, tahulah apa yang Mama nak buat. Kalau dia tak ‘call’,Qalish ‘call’lah dia.” Datin Maimun memberi saranan.
“ Err Qalish tak tahu nombor telefon dia.” Lurus sahaja Qalisha menjawab.
“ Jeff tak bagi nombor telefon dia? Jeffrey ni memang nak kena.Siap dia! “
Suara Datin Maimun agak meninggi.  Terkejut Qalisha mendengarnya. Datin Maimun bukanlah marahkan Qalisha tapi hatinya hangat dengan perangai Jeffrey sedangkan sebelum bertolak ke Korea seminggu lalu, Jeffrey bersungguh-sungguh berjanji akan menelefon rumah dan Qalisha.
Datin Maimun terus mencapai Galaxy Note dan nombor telefon Jeffrey di dail namun dia hampa bila panggilan di jawab oleh suara. ‘the number you have dialed cannot be reached at the moment,please try again later..nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi, sila cuba sebentar lagi..’. Ayat paling membengangkan dalam dunia ni. Lantas Datin Maimun menaip mesej teks.
‘ MANA JANJI JEFF? KATA NAK CALL TAPI HAMPEH! DAH LUPA PADA TANGGUNGJAWAB JEFF KE? SIAP JEFF BILA BALIK NANTI. SEBAB JEFF DAH LUPA MAMA DAN QALISH, BALIK NANTI JEFF KENA BELI HADIAH YG PALING BEST,PALING MAHAL UTK KAMI.KALAU TAK MAMA TAK AKAN MAAFKAN JEFF! LAGI SATU, MLM NI CALL ISTERI JEFF.” Mesej di hantar. Itu dia,siap taip dengan huruf besar lagi.Itu maknanya Datin Maimun geram tahap babun dengan Jeffrey.
            Simpati bertandang di hati Datin Maimun. Tentu Qalisha kesunyian di dalam villa ini. Rasa bersalah pun ada jadi dia bercadang mahu menghabiskan  masa sepetang ini bersama Qalisha.
            “ Jom sayang , petang ni Mama nak bawa Qalish jalan-jalan pusing KL. Lagi pun dah lama Mama tak shopping so today we’ll shop till we drop!” Datin Maimun bersuara dengan penuh semangat. Dia terus bingkas bangun.
            “ Tapi Mama,err.. bab shopping ni yang Qalish lemah.Mama kan tahu sejak dua tiga menjak ni, Qalish kan penganggur terhormat.”
            Sebaik mendengar perkataan ‘penganggur terhormat’, Datin Maimun terus tergelak. Sikap polos menantu ini memang sentiasa mencuit hatinya.
            “ Yang tu Qalish jangan risau.Pasal duit no problem. Dah cepat! Petang ni, kita akan berseronok sakan.”
            Mahu tak mahu Qalisha hanya menurut. Shopping- menyoping ni bukan hobi yang digemarinya. Sebaik bersiap ala kadar dengan t-shirts Adidas,jeans biru dan sehelai ‘key’ di kepala, Qalisha melangkah turun. Seketika kemudian, Datin Maimun pula turun berpakaian lebih kurang sama dengannya. Bezanya Cuma Qalisha memakai ‘key’ di kepala manakala Datin Maimun pula berselendang panjang.
“Mak ai! Biar betul mak mertua aku ni ermm.boleh tahan juga.Nampak awet muda, kalau berjalan bersama mahu orang kata adik dengan kakak. Mesti orang tak sangka mak mertua dengan menantu.” Qalisha memandang Datin Maimun dengan kagum. Memang tidak dapat di nafikan walau pun sudah berusia 52 tahun, Datin Maimun nampak lebih anggun dan muda daripada usia yang sebenar. Kena korek rahsia awet muda ni.
“ Jom. Hari ini Mama yang drive.” Datin Maimun menarik tangan Qalisha dan bersedia menuju ke pintu depan.
“ Mama, boleh tak Qalish drive? Dah lama tak pegang stereng,rindu pulak rasa. Mama jadi penunjuk arah je. Don’t worry, Qalish ada lesen memandu.” Qalisha bersuara dan dia berharap sangat Datin Maimun akan bersetuju.
Melihat air muka Qalisha yang penuh mengharap, Datin Maimun tidak sampai hati pula menolak permintaan menantunya itu.
“ Kalau Qalish nak drive, Mama tak kisah. Lagi pun Qalish nak kena biasakan diri dengan selok-belok jalan kat KL ni. So Qalish nak drive kereta yang mana satu?’
“Wah bestnya Mak mertua aku! Siap suruh aku pilih kereta yang mana satu lagi.” Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Qalisha melompat sampai ke siling. Nampaknya hari ini bolehlah dia lepas gian nak pegang stereng.
“ Qalish boleh pilih ke?”Selamba Qalisha bertanya.
“He he he, inilah peluang aku nak naik kereta kesayangan Chef Poyo tu.” Suara Qalisha bergema di dalam hati.
“ Kalau macam tu, Qalish nak drive Kumbang Kuning boleh? Lagi pun kereta tu paling kecik, nanti senang nak menyelit dan yang penting senang nak parking.” Sengaja Qalisha memilih Kumbang kuning itu. Dia tahu Jeffrey paling sayangkan kereta tersebut. Inilah masanya nak menyakitkan hati Chef Poyo tu. Minggu lepas sebelum Jeffrey bertolak, sempat lagi dia mengingatkan Pak Hamid supaya menjaga kereta kesayangan dia itu.
“ Pak Mid, jaga ‘Baby’ saya elok-elok ye, yang penting jangan bagi sembarangan orang bawak kereta ni.” Perkataan ‘sembarangan orang’ sengaja ditekankan sambil mata menjeling kepada Qalisha.
“ Huh! Macamlah aku tak faham. Dia maksudkan akulah tu. Takde aku herannya setakat kumbang ketot.Dah ketot,warna kuning pulak!” Qalisha mencebik di dalam hati.
Datin Maimun terus mencapai kunci Si Kumbang Kuning yang tersangkut di tempat pemegang kunci yang telah tersedia cantik bersebelahan dengan cermin berbingkai kayu antik. Dengan senyuman yang tak lekang daripada bibir, mereka berdua berjalan beriringan ke arah tempat parkir kereta.
……………………………………………………………………………………………………..

             Dari satu butik ke butik Datin Maimun dan Qalisha berjalan. Mereka sudah menjelajah ke serata tingkat di Berjaya Times Square. Lepas ni Datin Maimun mahu ke Plaza Low Yat dan Pavillion pulak. Kedai yang mereka singgah bukan kedai atau butik cap ayam. Semuanya outlet yang tersohor dan established. Setakat ini, tangan masing-masing sudah membimbit lapan beg kertas. Datin Maimun memang melaksanakan misi ‘shop till we drop’yang diucapkan di rumah tadi. Beg tangan limited edition LV, pakaian, minyak wangi,kasut sepatu berjenama, aksesori wanita dan beberapa helai tudung dan selendang yang semuanya berjenama di beli oleh Datin Maimun. Semua sudah mencecah tujuh lapan ribu! Qalisha hanya menelan air liur bila Datin Maimun mengeluarkan Kad kredit platinum di kaunter bayaran.
            “ Mak ai! Banyak betul Mama shopping.” Melopong mulut Qalisha melihat aksi selamba Datin Maimun.
Akhirnya, Datin Maimun mengajak Qalisha berehat seketika sambil membasahkan tekak.
            “ Jom kita minum kat situ dulu. Qalish pun dah tentu haus kan?” Datin Maimun menunjukkan memuncungkan mulut ke arah sebuah restoran makanan segera.
            “ Okay jugak tu.Dah dua jam lebih kita berjalan. Mama tentu dah penat kan?” Qalisha berbahasa. Pandailah budak ni.Pada hal, yang penat tu dia.
            “ Adus mak mertua aku ni. Ingatkan tak nak berhenti tadi. Kepala lutut aku rasa dah nak tercabut.Kaki lenguh gila.Nasib baik pakai sneakers,kalau bertumit tinggi mahu dua hari dua malam kakiku menderita.” Getus Qalisha di dalam hati. Inilah kali pertama dia membeli belah yang paling lama. Kalau dia jenis gadis material,dah tentu inilah acara yang di tunggu-tunggu. Tapi dia bukan begitu. Butik pakaian,kasut,beg dan aksesori mewah tidak berjaya menarik perhatiannya. 
            “ Lepas minum kita singgah surau, sembahyang Asar. Lepas tu kita pergi Low Yat.” Datin Maimun berkata selepas selesai menyedut air tembikai di dalam gelas.
            “ Kita nak shopping lagi ke Mama?” Qalisha bertanya dengan muka berkerut.
            “ Kenapa? Qalish dah penat ke?”
            “ Eh mana ada Qalish penat.Cuma Q alish takut Mama yang penat,kesian pulak Mama nanti.” Ceh,manis mulut betul budak ni. Kontrol cantik ler tu. Pada hal, kakinya rasa seakan mahu tercabut sendi.
            Datin Maimun hanya tersenyum. “ Mana boleh, tadi beli barang Mama. Lepas ni nak beli barang Qalish pulak. Barulah adil kan? Jangan risau, lepas shopping nanti kita singgah spa kawan Mama. Kita manja-manjakan diri pulak,urut yang mana tegang.”
            “ Alamak! Low yat dan PV tak pergi lagi. Lepas tu spa pulak? Adoiii…masak aku kali ni. “ Qalisha bermonolog di dalam hati.
            Seperti yang di kata, Datin Maimun membawa Qalisha ke Low Yat pula. Sampai sahaja di sana,mulut Qalisha sudah melopong luas. Rambang mata kalau macam ni. Fuyoo! Banyak betul gadjet-gadjet terkini yang di jual kat sini. Qalisha sudah rambang mata.Dia tidak sedar perlakuannya diperhatikan oleh Datin Maimun. Datin Maimun sudah tersenyum kecil.Hatinya tercuit dengan gelagat Qalisha yang umpama kanak kecil mendapat gula-gula.
“Kalaulah aku ada duit,aku rembat lappy satu. Tak payah aku nak ke cc nak online dengan Ashley dan  HandsomeRat dan kengkawan laman muka buku aku yang lain. Eii bestnya kalau ada duit..” Qalisha asyik membelek sebuah lappy jenama Hewlett Packard. Berkenan sungguh dia dengan laptop yang berwarna silver grey itu. Namun bila memikirkan wallet yang tak berapa nak kembung, dia meletakkan semula lappy tersebut.
“Tak apa, nanti aku ada duit, aku rembat lappy ni.” Azam Qalisha di dalam hati.
“ Okay saya ambil yang itu.”Datin Maimun tiba-tiba bersuara kepada jurujual kedai computer tersebut.
“ Ini latest model ma, kita ada rebet RM100 lagi untuk model ini. Kita beri percuma Bluetooth mouse,mouse pad,beg dan satu pendrive lagi. Ada apa-apa lagi yang  you mahu? Saya boleh kasi harga ‘kautim’ punya. Adik manis punya pasal no problem ma.”” Dengan ramah jurujual berbangsa Cina melayan mereka berdua.
“ Tambah satu external hard disk satu. You kira semua berapa.” Datin Maimun mengeluarkan beg dompetnya.
“ Biar betul! “ Terkebil-kebil mata Qalisha memandang Datin Maimun seakan tidak percaya.
“ Okay jugak tu, nanti aku boleh pinjam lappy ni dengan Mama.Gerenti Mama bagi punya.Tak payahlah aku susah-susah nak keluar ke cc.”Qalisha tersenyum riang. Oh,budak ni nak ngendeng lappy baru Datin Moon ye.
Selepas membayar harga laptop tersebut, Datin Maimun menarik tangan Qalisha singgah di kedai Samsung pula. Tanpa bercakap banyak. Datin Maimun bersuara.
“ Saya nak Samsung Beam satu. Warna Hitam.”
Qalisha berpaling kepada Datin Maimun dengan pandangan ingin tahu.
“ Mama nak tukar telefon ke?”
“ Eh taklah. Mama nak beli yang baru. Nak bagi hadiah untuk sesorang.” Jawab Datin Maimun sambil tersenyum kepada Qalisha.
“ Alahai, sapalah yang bertuah dapat Samsung Beam pujaan hatiku ni. Kalau aku yang dapat kan best.” Qalisha hanya memandang jurujual memasukkan kotak Samsung Beam ke dalam beg kertas. Bestnya jadi orang kaya,nak apa semua tak jadi masalah.
“ Dah jom. Kita pergi PV pulak.” Datin Maimun dan Qalisha berjalan beriringan ke tempat letak kereta.
Kalau diikutkan hati, mahu  sahaja Qalisha mengajak Datin Maimun pulang ke villa terus. Huh! Penat giler. Lutut dah longgar skru dan kaki tak usah cakaplah,memang lenguh tahap
Gajah tarik kayu balak.
            Memahami air muka Qalisha yang nampak sedikit penat, Datin Maimun membatalkan niat mahu ke PV . Sebenarnya, Datin Maimun nak ke butik lingerie eksklusif kat situ. Nak buat apa? Dia nak beli lingerie dan night gown yang seksi-seksi untuk Qalisha. Nak harap Qalisha beli sendiri semua tu? Haramm. Tahun depan pun belum tentu dia beli. Nak suruh Qalisha melaksanakan misi memikat Jeffrey perlukan ‘alat bantu’ yang sesuai baru menjadi.
            “ Alamak! Dah pukul  nak pukul enam. Mama rasa kita batalkan saja nak shopping kat PV. Mama lupa, Papa dan Fahrin balik pukul 6.30 hari ni. Harap-harap kita sampai dulu daripada mereka.” Datin Maimun berpura-pura terlupa. Pada hal dia sengaja mahu pulang kerana kesiankan menantu barunya itu. Dia dapat rasakan Qalisha tidak teruja sangat mahu membeli-belah. Kagum juga Datin Maimun dengan Qalisha. Ini membuktikan bahawa Qalisha bukanlah gadis materialistik. Kalau gadis lain,kalau dah ada orang nak sponsor,dah tentu nak beli macam-macam nak itu nak ini.
            Akhirnya tepat jam 6.30 petang, mereka sudah sampai di villa. Usai memarkir kereta, mereka menapak ke dalam villa.Tuti dan Asih terkocoh-kocoh mendapat mereka sebaik mereka berdua memberi salam. Melopong mereka melihat beg shopping yang dikeluarkan daripada kereta.Nampaknya Datin dan menantu barunya membeli-belah sakan hari ini. Faham dengan tugas yang sepatutnya di lakukan, Semua beg barangan di bawa oleh minah indon berdua ke atas.
            “ Qalish pun mesti dah penat kan? Pergi naik rehat,mandi segarkan badan dulu. Mama pun nak naik rehat.”
            Qalisha hanya mengangguk seperti burung kakak tua. Yang pasti dia nak naik atas dan benda pertama yang dia nak buat ialah, baring atas katil king size yang menjadi rebutan antara dia dan chef Poyo. Laju sahaja kakinya melangkah seolah ternampak sang katil menggamitkan tangan kepadanya.


BAB 20

“ Tok! Tok! Tok!” Ketukan di pintu bergema namun tiada sahutan.
“ Tengah mandi ke budak ni?” Datin Maimun yang sudah selesai menunaikan solat Maghrib mahu menjenguk Qalisha di bilik. Adrianna, Rayyan Fahrin dan Datuk Abdullah pulang pada pukul 6.40 petang tadi. Mereka semua sudah berada di bawah untuk makan malam. Menyedari Qalisha tidak turun-turun, Datin Maimun terpaksalah memanggil Qalisha untuk makan bersama.
“ Ermm, nasib baik dia tak kunci pintu.” Datin Maimun membuka pintu bilik dan dia ternampak Qalisha sedang tidur dengan lena sambil mengerekotkan badan seperti anak kecil.
“ Ya Allah budak ni, dari tadi tak mandi-mandi lagi. Mesti dia penat kena dera dengan aku ikut shopping petang tadi.Qalisha,Qalisha.” Datin Maimun tersenyum kecil melihat gelagat Qalisha yang sedang tidur.
“ Qalish, bangun sayang. Ni kenapa tak mandi lagi ni? Sekarang ni dah pukul 7.50 malam. Baba dah turun untuk makan malam.”
Qalisha terus membuka mata bila berasa ada tepukan lembut di bahu.
“ Alamak! Dah pukul berapa ni? Ya Allah Mama, Qalish minta maaf. Qalish ingat nak baring sekejap aje. Tak sangka pulak terlena sampai macam ni sekali. Nasib baik tak terbabas solat Maghrib. Macam mana ni Mama, Baba mesti dah ada kat bawah kan? Kalau Baba marah macam mana?” Qalisha terus bangun dan dengan laju mencapai tuala menuju ke bilik mandi. Tiba-tiba langkahnya terhenti.
“ Err..Mama,Qalish minta maaf ye. Tak payah tunggu Qalish lah. Baba dan Mama makanlah dulu. Nanti  Qalish turun,Qalish nak solat dulu.” Qalisha melangkah ke arah Datin Maimun yang sedang tersenyum simpul di tepi katil. Tangan ibu mertua di genggam lalu di cium.
Datin Maimun bagai mahu tergelak sakan sakan apabila melihat kekalutan Qalisha. Tercuit hatinya bila riak muka Qalisha seakan anak kecil yang mahu menangis.
“ Qalish jangan bimbang. Tahulah apa yang Mama nak cakap dengan Baba nanti. Ni mesti sebab Qalish letih sangat ikut Mama shopping petang tadi kan?”
Qalisha hanya mengangguk kecil.
“ Dah, pergi mandi sekarang. Oh ya! Sebelum tu, Laptop dan telefon ni Mama hadiahkan untuk Qalish. Kalau Qalish rasa bosan boleh surfing internet.” Datin Maimun meletakkan satu beg kertas besar yang jelas berisi dengan kotak laptop dan telefon yang mereka beli di Plaza Low Yat petang tadi.
“ Untuk Qalish? Tapi..”
“ Takde tapi-tapi. Dah, pergi mandi sekarang. Tak salah kan kalau Mama belikan untuk Qalish sebagai tanda terima kasih sebab Qalish sudi menjadi menantu Mama. Nak tunggu Jeff belikan untuk Qalish,alamatnya tunggu kucing tumbuh tanduk dululah.” Datin Maimun memberikan cari ciuman di dahi Qalisha sebelum melangkah ke arah pintu bilik.
Sebaik Datin Maimun menutup pintu bilik, Qalisha terus melompat tak ingat dunia.
“ Yea!!!! Mama, you’re best mom-in law in the whole world! Alamak! Aku belum solat!” Qalisha terus berdecit menuju ke arah bilik air.

……………………………………………………………………………………………………
            Jeffrey melangkah longlai ke bilik hotel penginapannya. Badannya berasa sungguh letih setelah seharian melakukan pengambaran ‘ Hot Guy Who Cooks’ di sebuah hotel penaja rancangan di Bandaraya Seoul. Rancangan empat belas episod itu akan di tayangkan di saluran tv satelit berbayar,Diva Channel di mana dua orang selebriti yang terpilih dari setiap negara seperti Malaysia, Hong Kong,Taiwan, Korea Selatan, Filipina,Thailand dan juga Jepun. Jeffrey dan Zain Saidin terpilih untuk mewakili selebriti Malaysia dan itu  bermakna makin sibuklah Jeffrey selepas ini ye.
            Sampai sahaja di dalam bilik,badan terus dihempaskan ke atas katil. Apabila difikirkan semula, menyesal dia menerima tawaran untuk rancangan tersebut. Ini semua kerana termakan pujukan PA merangkap pengurusnya, Izmin. Memang tawaran seperti ini merupakan batu loncatan untuk kariernya sebagai chef selebriti,model dan juga pengacara rancangan untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa. Namun kesibukan kerja membataskan masanya bersama keluarga.
            “ Arghh…bestnya dapat baring macam ni.” Jeffrey merebahkan tubuh di atas katil.Dia menyeluk poket seluar bermuda yang di pakai lalu semua benda alah yang ada di dalam poket di keluarkan termasuklah telefonnya. Jeffrey terus mengaktifkan semula telefon yang dimatikan semasa pengambaran. Pengarah mahu semua menutup telefon kerana tidak mahu sebarang gangguan semasa proses pengambaran sedang dilakukan. Sebaik telefon di aktifkan, berbelas missed called dan message masuk. Semua message yang tidak penting terus dipadamkan namun mesej yang di hantar oleh Mama menarik perhatian.
            Kesibukan tugas menyebabkan dia lupa seketika kepada keluarganya. Dalam tempoh seminggu ini juga, dia langsung tidak teringat yang dia sudah berkahwin. Malah, Perkahwinannya turut di rahsiakan daripada pengetahuan Izmin.
            “ Alamak! Ada mesej daripada Mama lah.Macam mana aku boleh lupa nak call Mama.” Jeffrey membaca satu persatu teks yang di hantar oleh Datin Maimun. Dari gaya tulisan Mama di dalam mesej tersebut,terang lagi bersuluh yang Mamanya memang marah. Nama ‘Qalisha’ yang tertera di dalam mesej Mama membuatkan Jeffrey geram seketika.
            “ Apa yang aku nak buat dengan minah kampung tu bila balik nanti.’ Jeffrey menarik rambutnya seperti seorang yang tengah kusut memikrkan masalah negara.
            “ Macam mana  aku boleh senang-senang setuju nak kahwin dengan minah kampung tu. Entah apa yang Mama nampak dengan perempuan tu,dahlah kasar,lagak macam tomboi dan tak bergaya langsung! Tapi, muka dia tu comel betul. Melayu tulen ke dia? Ahh lantaklah dia melayu tulen ke ,melayu campur ke,ada aku kesah? “ Jeffrey bercakap seorang diri.
            Tiba-tiba peristiwa yang berlaku di dalam dreesing room pada malam selepas akad nikah mengimbau di dalam ingatan. Wajah Qalisha sedang mengetawakannya di rasakan sungguh comel dan menawan, bisa meruntun qalbu. Tanpa di sedari, satu senyuman terukir di wajah Jeffrey.
“ Apa kena dengan aku ni? Muka minah kampung tu jugak yang aku ingat. Tak boleh jadi ni, aku tak boleh senang-senang nak angau kat dia. Aku tak boleh jatuh hati kat dia,never!”
 Jeffery terus bangun mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air. Dia tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Lepas mandi nanti, azamnya dia mahu terus tidur. Dia akan bertolak pulang ke Malaysia petang esok. Sebelum berangkat pulang, Mahu tak mahu dia  kena belikan hadiah untuk Qalisha dan Mama. Kalau tak beli mampus dia dikerjakan oleh Mama. Bukan dia tak tahu perangai Mama, selagi hajatnya tak tercapai,selagi itula dia akan ‘mendera’ telinganya sehingga bernanah! Tak sanggup Jeffrey mendengar bebelan Datin Maimun nanti.
            Pagi keesokkan harinya, Jeffrey awak-awal lagi sudah bangun dan bersiap-siap untuk keluar . Pengurusnya, Izmin sudah menunggunya di lobi hotel. Dia hanya santai memakai jeans dan T-shirts Polo berwarna biru laut. Memandangkan suhu di Seoul agak rendah walau pun sudah di penghujung musim sejuk, dia turut menyarungkan sarung tangan, ski-mask dan juga sehelai scarf di leher.
            Sebaik kelibat Izmin kelihatan, Jeffrey terus menggamitkan tangan.
            “ Jom,kita kena cepat,takut nanti lambat nak check-out hotel. Aku nak beli barang sikit untuk keluarga aku.” Tutur Jeffrey sambil beriringan keluar menujun ke pintu masuk utama.
            “ Kita nak ke mana ni? Kita ada empat jam sebelum kita check-out, aku rasa kita pergi shopping mall yang dekat dengan hotel ni sajalah. Lagi pun kita bukannya biasa sangat kat sini.Di buatnya kita tersesat, mampos kita terlepas penerbangan balik. Aku tak sanggup nak lama-lama kat sini.Dah sepuluh hari  aku tak jumpa nasi tau! Benda pertama bila kita touchdown di KLIA, aku nak makan nasi ayam.” Izmin bersuara.
            Jeffrey tergelak bila mendengar ayat yang dituturkan oleh Izmin.
            “ Kenapa hari tu tak angkut beras sekampit dengan rice cooker sekali?” Jeffrey bercanda.
            “ Amboi mulut,sedap-sedap kau mengata aku ye. Yang hari tu kau rembat mee maggi kari yang aku bawak tu apa hal?”
            “ Hek eleh! Maggi kari sebungkus pun nak berkira. Nanti aku ganti sekotak! Suruh mat dispatch bangla hantar kat rumah engko.” Jeffrey pura-pura merajuk.
            “ Sekotak? Orait jugak tu. Cukup aku buat stok dua  bulan.”
            “ Blah lah engko! Malas aku nak layan. Macam manalah aku boleh ambik PA sengal macam kau ni.”
            “ Ini sengal bukan sebarang sengal. Ini sengal terbaik dari ladang!” Mereka berdua ketawa sambil melintas jalan untuk ke sebuah bazaar menjual cenderamata.
            Akhirnya selepas puas membelek, Jeffrey memilih untuk membeli sepasang Hanbok untuk Datin Maimun. Nanti bolehlah pakai Hanbok bila ada majlis kebudayaan  atau apa-apalah.  Untuk Qalisha, dia hanya membelikan sebuah topi berwarna purple muda dengan hiasan bunga-bunga kecil dan juga satu rantai kunci.
Biar betul Jeffrey ni! Beli topi feminin macam tu,nak ke Qalisha pakai. Lepas tu rantai kunci, macam nak bagi kat budak kecik je. Kalau bagi kat Tuti dan Asih boleh jugak, tapi ini nak bagi kat bini. Jeffrey,Jeffrey.Kedekut betul!
            “ Kau beli topi tu untuk Anna ke? Ke untuk Lya Safiyya…” Izmin cuba menduga.
            “ Untuk family aku lah.Buat apa aku nak beli untuk Si Gedik tu pulak.”
            “ Ye ke? Manalah tahu..kau kan agak rapat dengan Lya dua tiga menjak ni.”
            “ Eh, tolong sikit ye! Kau jangan memandai mereka cerita pulak.Kalau wartawan dengar ‘statement’ kau tu tadi, mampus aku dikejar paparazzi tau!”
            Jeffrey meninggalkan Izmin yang asyik membelek cenderamata di sebuah kiosk. Tiba-tiba mata Jeffrey tertancap pada patung pameran di sebuah kedai pakaian dalam. Bukan patung yang di renung tapi pakaian yang di pakai patung itu yang menarik perhatiannya. Tiba-tiba akal mahu mengenakan Qalisha datang. Jeffrey tersengih seorang diri. Dia cuba membayangkan kalau Qalisha memakai baju tidur satin berwarna merah hati tersebut. Gaun tidur itu memang seksi nak mampos! Bertali halus,terbuka luas di bahagian dada mengikut lurah dan singkat giler. Tanpa berfikir panjang lagi, Jeffrey terus melangkah masuk ke dalam butik tersebut. Sebaik sahaja melangkah masuk, gadis jurujual berbangsa Korea terus datang menyapa.
            “ Ermm.harap-harap dia ni tahu cakap bahasa Inggeris. Kalau tak mahu jadi ayam bercakap dengan itiklah jawabnya.”
            “ Hello..what can we do for you?” Si jurujual datang menyapa. Bunyinya pelat sekali tapi tak kisahlah janji boleh faham.
            “ I want to buy that night gown. ” Jeffrey menunjukkan jari ke arah patung display.
            “What size?” Tanya jurujual itu lagi.
            “ Err..is free size available?” Jeffrey menjawab. Tiba-tiba jantungnya berdebar-debar.
“ Kenapa pulak jantung aku ni? Bukan aku buat salah pun? Ah hantam sajalah, aku bukan tahu minah kampung tu size apa.” Jeffrey sendiri tidak faham dengan perasaannya ketika itu.
“ Yes we have. This gown comes together with these.” Jurujual tersebut menunjukkan baju dalam dan g-string yang sedondon dengan gaun tidur tersebut.
Hampir terbeliak Jeffrey mata Jeffrey melihat baju dan seluar dalam yang cukup seksi tersebut. Kelu lidah untuk berkata. Tiba-tiba, Izmin datang dan menyergahnya.
“ Hoi Jeff. Kau buat apa kat sini? Kau nak beli ‘sepentot’ seksi ni untuk sapa?”
“ Izmin! Terkejut tahu tak! Err..aku nak beli ni untuk …Anna! Ye untuk Anna. Kan hari tu aku dah cakap, Anna baru je kahwin,so aku nak hadiahkan ni untuk dialah.” Jeffrey cuba berkata selamba mungkin.Dia tidak mahu Izmin mengesyaki apa-apa.
“ Kau nak beli benda alah ni untuk Anna. Kau ni biar betul,tak pernah aku dengar lelaki beli benda-benda intimate macam ni untuk kakak. Kalau untuk bini tu adalah, macam bulan lepas, aku nampak Remy Iskandar belikan benda ni untuk bini dia.Itu pun bini dia ada sekali pilih nak yang mana satu.”
“ Mengarutlah kau ni. Aku sengaja beli benda ni untuk menyakat Anna tau tak. Aku nak sengaja nak bagi hadiah ni sebelum dia pergi honeymoon. Manalah tahu, berkat aku bagi hadiah ni, tahun depan aku dapat anak saudara.” He he he pandai juga Si Jeffrey ni auta.
Selepas membayar harga lingerie tersebut, Jeffrey dan Izmin terus berlalu keluar daripada butik tersebut. Izmin berasa sedikit curiga lalu dia bertanya lagi kepada Jeffrey.
“ Jeff,kau tak sembunyikan apa-apa daripada aku kan?”
“ Malaslah aku nak layan kau. Kalau aku kahwin, kau adalah orang pertama yang akan tahu selepas keluarga aku. Sudah-sudahlah buat kening Ziana Zain macam tu. Tak Percaya sudah.” Jeffrey terus melangkah meninggalkan Izmin yang masih tak puas hati.
“ Mengapa aku sedikit sangsi pada jawapanmu, Jeff. I smell something  fishy here. Tak pe takpe,akanku siasat walau pun ke lubang pacat!” Izmin mengusap-usap janggut sejemputnya.
“ Sorry Izmin.Aku bukan tak percayakan kau. Tapi aku tak percayakan mulut kau tu. Di buatnya kau terlepas cakap dekat girlfriend wartawan kau tu,seantero dunia akan tahu yang aku dah kahwin. Sampai masa kau akan tahu juga nanti.” Jeffrey hanya bersuara di dalam hati.



p/s: jangan lupa komen lak..


19 comments:

  1. hahaha beli lingerie utk qalisha ...nakal betul Jeff...cakap utk anna n maybe dapat anak saudara tahun depan....silap hari bulan dia yg dapat anak ngan qalisha tahun depan ...hahahaha...best..best best

    ReplyDelete
  2. nak lagiii..beeesssssssssstttttttt

    ReplyDelete
  3. nak lagi please..............best le

    ReplyDelete
  4. haha leh tahan juga nakal si jeff nie nk kna kn qalish.. kak sambung la lg.. best sgt2...

    ReplyDelete
  5. heheeee.. malu lah. Nakal juga ya si Jeff ni, apa reaksi Qalish bila dpt hadia itu nnt. Kompem satu bilik dia berkejaran dgn Jeff..

    Fahrin dan boleh control Adriana, in sudah baik.

    ReplyDelete
  6. Best sesgt.....nak tgk reaksi qalish bile dpt hdiah jeff....hehe....cpt smbg agi....

    ReplyDelete
  7. Bestnyew..nak lagi..rayyan n jeff nakal gle..

    ReplyDelete
  8. jeff n rayyan..... sama2 nakal....

    ReplyDelete
  9. besttttt sgttttttt..

    ReplyDelete
  10. nak sggh rayyan nie... jeff huhuuu sgt sombong la u nie

    ReplyDelete
  11. perghh..syok la akak writer..terbaikk la kak...sambung lagi erk..gud luck dear writer..

    ReplyDelete
  12. hahaha...lawak la jeff tu..best

    ReplyDelete
  13. marathon baca curi2 dari semalam, baru habis ni... best sgt2.. blog baru yg nak kena follow... best dik, sambung cepat2 ye...

    ReplyDelete
  14. Rayyan&qalish tk penah bersembang ke..kalau tagteam kan qalish&rayyan utk kenakan 2 beradik tu lg best kot..

    ReplyDelete
  15. soon lan soon...rayyan & qalish will be best ally ever!

    ReplyDelete