Total Pageviews

Thursday 18 October 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 21


BAB 21

            Jeffrey menolak troli bagasi sambil beriringan dengan Izmin. Sebaik keluar daripada pintu balai ketibaan, matanya melilau mencari kelibat Datin Maimun. Kepulangannya telah dimaklumkan kepada Datin Maimun awal-awal lagi. Sebaik wajah Mamanya kelihatan, Jeffrey terus melambai sambil tersenyum. Rindu sungguh pada Datin Maimun. Apa-apa hal sekali pun, hati Datin Maimun perlu di jaga. Sudah terbayang di dalam mindanya ceramah dan tazkirah yang akan disampaikan oleh Datin Maimun kerana tidak menelefon selama seminggu. Tangan Datin Maimun di salam dan kedua belah pipi di cium. Kemudian dia memeluk Datin Maimun erat, melepas rindu setelah sepuluh hari tidak bersua muka.
            “ Assamualaikum Mama. Mana Pak Hamid? Tak nampak pun?” Jeffrey terjenguk-jenguk deretan kereta yang menunggu.
            “ Pak Mid tak dapat datang. Aziz cuti anak dia sakit.Jadi Pak Mid terpaksa ikut Papa pergi Kuantan,tengok projek pusat peranginan kita kat sana.”
            “ Jadi Mama datang dengan siapa?” Jeffrey agak musykil kerana Datin Maimun  mungkin memandu sendirian ke KLIA menjemputnya.
            “ Mama datang dengan best friend baru Mama. Jom kita ke kereta. Best friend Mama dah lama tunggu tu. Dia jadi drebar tadi, Mama jadi GPS je.” Datin Maimun tersenyum mesra. Tangan Jeffrey merangkul lengan Datin Maimun dan mereka beriringan berjalan menuju ke arah kereta. Izmin menolak untuk balik bersama kerana tunangnya akan menjemputnya.
            Sebaik sahaja Jeffrey melihat Volkswagen Beetle berwarna kuning, dia menghentikan langkah.
            “ WWV 959. Itu kereta aku tu.” Getus Jeffrey di dalam hati.
            “ Mama bawak ‘Baby’? Tak pernah pulak Mama bawak ‘Baby’ itu sebelum ini.” Jeffrey  kehairanan.’Baby’ adalah nama manja kumbang kuning bagi Jeffrey. Entah dia ni, takde nama lain ke yang lebih ‘macho’. Gedik benar bunyinya macam jeli.Nasib baik kereta, kalau orang ada yang muntah dua hari dua malam.
            “ Kenapa? Tak boleh ke? Sayang sangat ke kereta itu sampai Mama tak boleh nak usik.” Datin Maimun sudah mula cuak.
            “ Mama jangan terasa hati pulak. Jeff tak maksudkan macam tu. Maksud Jeff,yelah kan Mama kan selalu kompelin kereta tu keciklah,tak sesuai dengan jiwa Mamalah.Selalunya mana-mana Mama pergi Mama bawak Mazda X3 pujaan hati Mama tu. Itulah yang Jeff musykil sikit tu.” Jeffrey menyusun kata,takut juga kalau kata-katanya menguris perasaan Datin Maimun.
            “ Bukan Mama yang drive pun. Isteri Jeff yang bawa.”
            “ Isteri?”
            “ Ye, kenapa? Dah lupa ke Jeff dah ada isteri. Sebab tu langsung tak call Qalisha kan?” Datin Maimun memulangkan paku buah keras. Geramnya pada sikap Jeffrey yang langsung tidak bertanyakan khabar Qalisha masih bersisa.
            “ Mana ada lupa,rindu sesangat ni Mama. Dah sepuluh hari tak jumpa ni.” Jeffrey selamba berkata,masih cuba membela diri.
            “ Dah, jom cepat! Kesian Qalisha menunggu daripada tadi.” Datin Maimun mempercepatkan langkah menujun ke arah Qalisha yang sedia menanti.
            “ Siap kau minah kampung. Memandai kau bawak ‘baby’ aku. Mama ni pun satu, suka-suki dia benarkan Minah Kampung tu sentuh ‘Baby’. ” Hati Jeffrey sudah mula hangat sebaik perkataan ‘isteri’ keluar daripada bibir Datin Maimun.
…………………………………………………………………………………………………….
            Qalisha berdiri sambil bersandar pada pintu depan sambil dua tangannya di silangkan ke dada. Dari tadi dia sedikit gelisah. Tunggu-menunggu,nanti-menanti ini bab yang paling dia tak gemar. Dari tadi lagi, Abang polis trafik menjeling-jeling ‘manja’ ke arahnya. Baru sekejap tadi seorang anggota polis trafik datang mengarahkan dia untuk pergi.
            “ Cik,kat sini tak boleh parking lama-lama.” Abang polis mendekati Qalisha.
            “ Sekejap je Encik,saya nak jemput suami saya.Dia tak berapa sihat nak jalan jauh. Ha..itu pu dia dah sampai.” Qalisha buat muka simpati. Entah lelaki mana yang dia tunjuk kononnya suaminya sudah tiba pada hal bayang Jeffrey pun belum nampak.
            “ Manalah Chef Poyo ni. Dah penat  aku buat senaman muka dengan  chewing gum. Dah habis sebungkus  dah pun. Tulang kering pun tak nampak lagi.” Qalisha membebel sendirian. Kalau orang lain dengar dia bercakap sorang-sorang,mesti orang cakap dia ada masalah jiwa.
            Dari jarak beberapa meter sahaja lagi, Jeffrey terus merenung Qalisha yang sedang bersandar di pintu kereta. Tiba-tiba idea nak mengenakan Qalisha di depan Datin Maimun menjengah.
            “ Siap kau minah kampung, kau nak main sangat kan,so let the play begin.” Jeffrey sudah tersengih penuh muslihat.
            “ Hello sayang! Cupp!” satu ciuman pantas diberi kepada Qalisha. Qalisha yang tidak menyedari kedatangan Jeffrey terkejut giler. Nasib baik dia tak terbuka silat. Kalau tidak ada yang kena lipat.
            “ Oit! Apa ni?” Qalisha berasa darah merah sudah menyirap ke muka. Pipinya yang putih gebu sudah berona merah. Malu juga seposen bila beberapa orang memandang ke arahnya.
            “ Sengal punya mamat. Dia ingat ni London ke? Suka –suki cium orang. Sekolah aje tinggi tapi bangang! Berani Chef Poyo mangkuk ayun tu cium aku kat bibir,dahlah cium curi!".  Hati Qalisha sudah membara dan dia cukup bengang tahap tujuh petala langit. 
            “Ehem-ehem.Cepat masuk. Kamu ni pun satu Jeff, dah tak menyempat ke? Tak boleh tunggu sampai rumah? Jangan nak buat perangai tak semengah depan-depan orang. Di buatnya ada yang kenal dengan kamu tadi,tak ke haru. Kang esok terpampang dalam surat khabar majalah mana,sapa yang susah? Jeff jugak yang beria-ia tak nak press tahu yang Jeff dah kahwin kan?” Datin Maimun melepaskan geram dengan sikap Jeffrey.
            “ Adeh! Macam mana boleh lupa pulak ni? Nasib baik takde paparazzi tadi.Kalau ada?Jenuh aku nak kena menjawab dengan wartawan.” Jeffrey mengetuk dahinya sendiri. Sebenarnya tadi,dia sendiri tidak tahu mengapa dia bertindak mencium Qalisha. Ia berlaku terlalu pantas.
            Qalisha membuat telahan yang Jeffrey hanya berlakon di depan Mama. Tiba-tiba idea nak menyakitkan hati Jeffrey muncul.
            “ Kau ni kenapa? Dah buang tabiat ke? Hai pergi oversea sepuluh hari terus bawa balik budaya songsang?tak takut ke dengan paparazzi-paparazzi yang selalu mengejar awak tu. Kang ada yang kena saman sejuta. I’ve got nothing to lose unlike you.” Qalisha bersuara separuh berbisik ke telinga Jeffrey. Dia tahu hati Jeffrey mesti membara selepas ini.
            “ Sorry Sayang, Abang tak boleh nak tahan tadi. Rindu sangat dekat Qalish. Kalau boleh sekarang jugak Abang nak peluk-peluk cium tak nak lepas.” Jeffrey sengaja bersuara agak romantik dan menggoda. Dia mengenyit mata sambil tapak tangan kanannya di hulur seperti meminta sesuatu.
            “ Jom kita balik.Bak sini kunci.Let me drive.Abang dah rindu nak bawa kereta kesayangan Abang ni.” Jeffrey bersuara, pada hal dia tak sanggup nak bagi Qalisha memandu ‘ baby’ kesayangan.
            “ Eh Jeff kan baru touchdown. Tak rasa pening ke? Biarlah Qalish yang bawak.” Datin Maimun mencelah.
            “ Aa aah betul cakap Mama. Biar Qalish saja yang pandu. Abang duduk rehat je.Abang mesti penat badan kan?” Balas Qalisha. Sengaja perkataan Abang di tekankan supaya Datin Maimun mendengarnya.
            “ Ambik kau! Kau ingat kau sorang saja pandai berlakon? Ini Qalishalah. Setakat nak tunjuk bakat buat skrip spontan takde apa kebendanya.
            Qalisha dan Jeffrey masih bermain tarik  tali menentukan siapa yang bawak kereta. Geram dengan sikap kedua anak menantunya,Datin Maimun bersuara.
            “ Bak sini kunci tu! Biar Mama yang drive! Perangai kamu berdua ni macam budak-budak. Kamu dua orang duduk je belakang. Tadi kata nak berasmaradana nak melepaskan rindu dendam sangat kan? Sekarang masuk cepat! “ Datin Maimun bertindak merampas kunci kereta di tangan Qalisha. Geram sungguh hatinya dengan tingkah laku kedua anak menantu yang tak mahu mengalah. Mahu tak mahu, Jeffrey dan Qalisha hanya menurut. Mereka berdua meloloskan diri masuk ke ruang tempat duduk belakang dengan muka masam mencuka.
            Sebaik masuk ke dalam kereta,Qalisha menjarakkan diri daripada duduk terlalu hampir dengan Jeffrey. Melihat perbuatan Qalisha, Jeffrey mencebik.
            “ Aku nak tengok sejauh mana kedegilan Minah Kampung ni. Macamlah dia tu bagus sangat.” Gumam Jeffrey di dalam hati. Dia menghulurkan tangan kanannya kepada Qalisha.
            “ Sayang belum salam lagi. Cepat salam.” Bunyinya seperti arahan tegas keluar daripada mulut Jeffrey.
            Mahu tak mahu Qalisha menyambut tangan Jeffrey lalu mengucupnya pantas. Kalau diikutkan hati, mahu dia buat ‘bolayan’ saja tapi bila Datin Maimun yang asyik berdehem-dehem membuatkan Qalisha menurutkan kehendak Jeffrey.
            “ Ha,, macam tu lah isteri yang hormatkan suami. Meh sini, Abang nak peluk sikit. Dah sepuluh hari tak jumpa,Abang dah rindu giler dengan Sayang. Sayang tau tak…” Belum pun sempat Jeffrey menghabiskan kata Qalisha sudah menyampuk selamba.
            “ Tak tahu.” Riak muka Qalisha seperti orang yang tak berperasaan.
            “ Ish mulut ni suka menyampuk. Tak apa,sebab Qalish tak tahu, Abang bagi tahu. Tahu tak masa kat Seoul,Abang ni ibarat makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi tak basah sebab asyik teringatkan isteri Abang yang sorang ni. Rindu yang teramat rindu.” Jeffrey bersuara romantic.Dia mendekatkan dirinya dengan Qalisha. Sebelah tangannya merangkul bahu Qalisha.
            “ Nak muntah aku dengar suara dia ni.Loya dan meluat tahap stratosfera dah ni. Dahlah kereta ni kecik, mahu lagi dia menghimpit aku macam ni. Yang aku ni pun satu, kenapalah tadi aku tak terfikir bawak kereta yang lebih besar. Kereta kumbang cenonet ni jugak yang aku ambil.” Qalisha hanya mampu mengeluh di dalam hati.
“Ya Allah, inikah jodohku? Kalau benar dia ini jodoh terbaik buatku,kau jauhkan sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hatiku. Kau suburkanlah sifat-sifat mahmudah dan kau tumbuhkanlah perasaan kasih sayangku terhadap suamiku Ya Allah.” Doa kudus Qalisha bergema di segenap ruang minda dan hati. Rasa berdosa pula bila berlagak poyo dengan suami.
Tiba-tiba Jeffrey melakukan satu tindakan drastik. Qalisha tidak tahu sama ada ia adalah tindakan terkawal atau pun luar kawal. Jeffrey meletakkan kepalanya di atas pangkuan riba Qalisha. Oleh kerana ketinggian Jeffrey yang sememangnya tinggi lampai, badannya sedikit mengerekot apabila berbaring. Ini saranan percuma untuk semua yang mengikuti siaran ini, kalau badan macam galah,tak payah le beli kereta kecik.Menyusahkan diri dan juga orang yang paling hampir dengan anda. Hargo mahal pon buak gapo.
Jeffrey memandang tepat ke dalam mata Qalisha.
“ Boleh tolong picit kepala tak? Peninglah.” Alahai manjanya si Jeffrey ni.
“ Erk! Dia ni biar betul. Selamba saja dia landing kat atas riba aku.Betul-betul sakit kepala ke berlakon ni? “ Sumpah Qalisha tidak pasti sama ada Jeffrey hanya berlakon atau tidak.
Jefrrey memegang kedua tangan Qalisha lalu diletakkan di kiri kanan kepalanya.
“ Picit kat sini, rasa berdenyut-denyut.” Jeffrey masih memegang jemari Qalisha sambil memejamkan matanya.
Terkesima Qalisha dengan perbuatan Jeffrey. Tiba-tiba terbit pula rasa simpati terhadap Jeffrey. Tanpa paksaan, jari-jemari Qalisha mula memicit lembut kepala Jeffrey.
Jeffrey pula, sebaik jemari Qalisha memicit lembut kepalanya, Jeffrey seakan hanyut. Terasa asyik dengan sentuhan lembut Qalisha sehingga terlupa dia berada di mana. Sekejap sahaja Jeffrey terlena.
Datin Maimun tenang memandu.Sesekali dia mencuri pandang melalui cermin pandang belakang.Bahagia hatinya melihat perlakuan anak menantu yang cukup disayangi begitu.Nampak mesra dan bahagia. Tidak lupa dia menitipkan doa di dalam hati agar rumahtangga Jeffrey aman daripada sengketa dan semoga mereka berdua saling saling menerima antara satu sama lain.
Selepas  empat puluh lima minit, Mereka sampai di Villa Chinta Qaseh. Datin Maimun memberhentikan kereta betul-betul di anjung utama.
“ Dah sampai! Qalish,kejutkan Jeff. Tak pernah pulak Jeff tertidur  bila balik daripada  airport. Mesti dia penat sangat. Itulah kerja tak ingat dunia.” Sempat lagi Datin Maimun membebel.
“ Awak, bangunlah kita dah sampai rumah ni.Cepat bangun!” Qalisha mengejutkan Jeffrey.
Sebaik mendengar suara Qalisha, Jeffrey membuka mata.
“ Dah sampai ye.”
Jeffrey bangun daripada ribaan Qalisha dan mengeliat seketika.Selepas itu tanpa berkata apa-apa,dia terus membuka pintu kereta dan keluar. Sedikit pun tidak berpaling kepada Qalisha. Jeffrey terus menonong melangkah ke pintu masuk rumah.
Qalisha terpinga-pinga dengan perlakuan Jeffrey seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“ Cis! Memang dasar poyo nak mampos! Boleh dia blah macam tu je. Dasar manusia takde perasaan! Langsung tak tengok kiri kanan terus blah.Peha aku kebas giler bukannya dia nak Tanya khabar ke,nak ucap terima kasih.” Qalisha mula berasa geram. Qalisha membuka pintu kereta namun dia tidak keluar. Pehanya berasa teramat kebas kerana menampung kepala Jeffrey sejak dari KLIA lagi.
“ Eh!    Qalish tunggu apa lagi? Kenapa tak keluar?” Datin Maimun memberhentikan langkah apabila melihat Qalisha masih belum keluar daripada kereta waima pintunya sudah di buka.
“ Err,Mama masuklah dulu.Qalish keluar kejap lagi.Peha Qalish rasa kebas. Kejap lagi bila dah hilang rasa kebas ni, Qalish masuk.” Qalisha bersuara sambil menyeringai menahan rasa kebas yang masih bersisa.
Sebaik mendengar kata-kata Qalisha, Datin Maimun mula berasa geram terhadap Jeffrey.
“ Bertuah punya budak.Dia baring sedap-sedap,dah sampai terus lesap. Tak faham betul perangai budak ni.Kejap baik,kejap mesra,kejap macam air batu.”
Datin Maimun menapak semula ke arah Qalisha. Simpati bertandang apabila melihat wajah polos menantunya itu.
“ Tuti! Bawak masuk dan angkat beg Jeffrey ke atas.” Datin Maimun bersuara kepada Tuti.
Si Tuti hanya menganggukkan kepala tanda faham dan terus melakukan tugas tanpa berlengah lagi.
Setelah rasa kebas hilang, Qalisha keluar daripada kereta dan berjalan masuk ke dalam villa beriringan dengan Datin Maimun.
“ Qalish naik berehat kat atas dulu.” Ujar Datin Maimun.
“ Err tak pelah Mama, Qalish nak ke dapur kejap, nak tengok Mak Yam masak apa.” Qalisha memberi alasan.Sengaja dia tidak mahu naik ke bilik kerana rasa kekok bila Jeffrey ada bersama.
“ Mama faham,Qalish nak ambilkan air untuk Jeffrey kan?” Datin Maimun menduga.
“ Aa aah, Qalish nak ambilkan air untuk Jeff.”
“ Woi! Pandailah kau kelentong ye! Datin Maimun bolehlah kau lipat tapi ini aku, Hati Bt Sanubari takyah le kau auta. Tak terlintas langsung kau nak ambilkan air untuk Jeffrey kan? Kau hanya nak mengelak daripada bertembung dengan laki kau tu.”
Datin Maimun berlalu ke tingkat atas dengan senyuman masih meniti di bibir. Qalisha pula menapak ke dapur,mahu tak mahu dia terpaksa melakukan tanggungjawab menjaga makan minum Jeffrey. Tiba di dapur, peti sejuk terus di buka. Sekotak Marigold Peelfresh di ambil lalu di letakkan di atas dulang bersama sebiji gelas.
Langkah di atur ke tingkat atas. Dia menolak pintu bilik dengan sebelah tangan sambil sebelah tangan menatang dulang. Sebaik Qalisha melangkah masuk, pintu bilik air pula di kuak dari dalam. Jeffrey yang memang sah baru selesai mandi keluar hanya dengan bertuala putih dari paras pinggang ke lutut.
Qalisha agak terperanjat melihat tubuh Jeffrey tanpa berbaju.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Jeffrey pula hanya selamba melangkah ke arah dressing room tanpa berpaling ke arah Qalisha seolah-olah  Qalisha tiada di situ.
Qalisha terus meletakkan dulang yang berisi sekotak jus oren bersama sebiji gelas di atas meja kecil di sisi katil.Dia terus berlalu keluar.
“ Menyakat Mak Yam kat dapur lagi bagus daripada mengadap muka Chef Poyo tu.”
Qalisha berlari anak menuruni tanggan villa menuju ke dapur.
Usai berpakaian seluar pendek separas lutut dan sehelai t-shirts,Jeffrey melangkah keluar daripada dressing room. Sebaik keluar, dia terpandang dulang yang di bawa oleh Qalisha tadi.
“ Tahu jugak Minah Kampung tu aku suka minum air ni.” Jeffrey terus membuka karton jus oren tersebut lalu menuangnya ke dalam gelas.
“ Arghhh..nikmatnya dapat minum air ni.” Jeffrey menuang lagi baki air ke dalam gelas. Tekaknya berasa haus lalu jus oren diteguk rakus untu kali kedua. Selepas itu, Jeffrey melangkah ke arah beg beroda yang di bawa naik oleh si Tuti tadi.Tiba-tiba akal untuk mengenakan Qalisha muncul untuk kali yang entah kali ke berapa.
“ Buat apa penat-penat. Dah ada bini biar dia saja yang buat semua ni. Inilah masa aku anak pedajalkan Minah Kampung tu.”
Semua baju di dalam beg di keluarkan dan di longgokkan di atas katil. Habis dua beg baju di keluarkan. Kemudian beberapa bungkusan hadiah dan oleh-oleh yang dibeli di Seoul di keluarkan. Jeffrey sudah berkira-kira kepada siapa buah tangan itu akan diberikan. Matanya tertancap pada beg kertas yang mengandungi set gaun tidur yang seksi yang dibeli khas untuk mengenakan Qalisha. Gaun tidur bertali halus berwarna maroon bersama baju dan seluar dalam sedondon di tenung.  Jeffrey cuba membayangkan Minah Kampung a.k.a Minah Kayu memakai gaun tidur tersebut. Jeffrey sudah ketawa tergolek. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana rupa Qalisha apabila memakai gaun tidur tersebut.
“ Macam mana aku nak buat dia pakai benda alah ni di depan aku? Kalau aku suruh dia pakai,dah sah sah dia tak akan pakai.Silap haribulan dia koyakkan terus lempar dalam tong sampah.macam mana ye?” Jeffrey mundar-mandir di tempat yang sama mencari idea. Tiba-tiba mentol lampunya menyala.
“ Aku akan bet dengan dia! Ye,bet dengan dia dan aku kena pastikan aku akan menang! He he he, lepas tu,three!” Jeffrey tersengih-sengih sendirian. Seketika kemudian, dia membawa semua hadiah yang dibeli turun ke ruang tamu. Semua hadiah untuk penghuni Villa Chinta Qaseh di bawa turun dan di letakkan di ruang tamu. Hatinya sangat teruja mahu mengenakan Qalisha. Jangan kau yang terkena balik sudah Jeffrey!

















22 comments:

  1. Aik!!!org 1st komen ka??tp no komen

    ReplyDelete
  2. Hihi..nice story...xsabar nk tunggu next en3...

    ReplyDelete
  3. yih? sampai sini saja jer?... baru nak feeling

    ReplyDelete
  4. ehh...byk nie jee...tp mcm ade ruang kosong tu x tulis ape2 ke????

    ReplyDelete
  5. Nk lgi....smbg cpt.....

    ReplyDelete
  6. wow...semakin mencabar...semakin best dan semakin mendebarkan...tp mana anna dan fahrin ??

    hehehe...aku dah semakin tamak ni....but still u're the best harissa..

    ReplyDelete
  7. He he...saja nak bagi korang suspen...sabar ye..memang chapter ni short skit...

    ReplyDelete
  8. ala pendek nye,,,,,,suspen tol la,,,,,apa agak nye reaksi qalisha klu dapt bj tu nt...agak si jef kena terajang tak?,,nk kenakan qalisha konon,?,,,silap hr bulan dia plak yg terkena,,hehehe

    ReplyDelete
  9. saya suka la cerita ni..harap dapat post cerita ni sampai tamat even dah published dlm buku sbb saya xda kat Malaysia utk beli novel..hehe

    ReplyDelete
  10. haha.. x sabar nak tau apa terjadi...

    ReplyDelete
  11. Best sesgt.tiap2 hari bukak blog nak tgk ada en3baru .....sambung lg....

    ReplyDelete
  12. sambung, jgn tak sambung.........

    ReplyDelete
  13. Best...Semakin menarik.... #^_^

    ReplyDelete
  14. Please please please upload malam ni isnin ni final exam tak tenang kalau taktau cerita ni asik nak bukak check update je ;(

    ReplyDelete
  15. Cik anonymous,fokus final exam dulu ye...SY pun assignment menimbun ni...don.t worry..tiba masa SY update k..

    ReplyDelete
  16. alahai cheff... mengado ye ekau nie... heeehhe tapi sweet la diaorg nie

    ReplyDelete
  17. Chef poyo dh begong, dlm hati ada taman ke? agak-2 lar nk suruh si Qalish pakai gaun tidur seksi tu, rasa-rasanya apa jadi kalu si Qalish betul -2 pakai baju tu. Kompem, chef poyo terpaku..

    Kete kecil takpe, jgn hati pun kecik juga. hidup kelate, gomo kelate gomo..hehheeee...

    ReplyDelete
  18. asyik baca dekat penulisan2u x penah jumpa blog penulis..just wanna say hai :)

    ReplyDelete
  19. hai nurulkarimah,jgn lupa singgah lg tau!

    ReplyDelete