BAB 4
“
Hai Jah, banyak beli barang? Tanya Kiah a.k.a mami jarum a.k.a ratu gossip Kampung Rhu Seberang kepada Halijah.” “ Hah
kau Kiah..takdelah banyak, kicap dengan cili boh ni aje.” Lijah menjawab dengan acuh tak acuh. Kalau
boleh Halijah mahu cepat-cepat balik ke rumah tapi terjumpa pulak Kiah Cucuk
kat simpang jalan. Malas dia nak melayan Si Kiah. ‘Kiah Cucuk’ itulah antara
nama glamournya. Hobinya tak lain tak bukan cucuk sini, cucuk sana,kipas sini,
kipas sana. Bukan nak suruh sejuk tapi nak suruh terbakar satu kampung dengan
cerita-ceriti panas yang tak tau hujung pangkal. Bab mengembangkan cerita serah
kat dia memang cemerlang sekali.
“
Jah, kau nak tahu, semalam ada orang datang meminang anak aku, Wardina.
Senyap-senyap rupanya anak aku dah berkawan lama dengan Hazim, anak Datuk
Rosli. Aku bangga sungguh dengan Wardina, pandai dia pilih. Budak tu kerja
bawak kapal terbang…alah apa tu yang orang panggil pelot…pilot. Gaji besar Jah
oii..bertuahlah badan anak aku..tak payah kerja pun tak apa. Dapatlah aku
tumpang sekaki kesenangan anak menantu aku tu nanti. Lagi dua minggu aku akan buat
majlis pertunangannya. Kau datang ye Jah..Eh cucu kau Si Qalisha tu belum ada
yang risik ke? Takkan tak laku kot? ..opps! lupa pulak aku, cucu kau tu kan
spesel.Lain dari yang lain.Nak kata perempuan tak macam perempuan, nak kata
lelaki memang pun bukan lelaki..jenis dua dalam satu kot..yelah kan..siapalah
yang buat menantu kalau perangai, pakaian dan kerja pun macam jantan!..kalau
aku ada anak lelaki mintak simpang malaikat 44 Jah oii..aku..” “Pang!” Belum
sempat Kiah meneruskan kata-kata, satu tamparan hinggap di pipinya. Terkedu
Kiah dengan pelempang sulung Halijah. Tangannya mengusap-usap pipinya yang
masih pedih. Terkesima sungguh Kiah dengan perbuatan Halijah. Ini boleh di kira
satu hari dalam sejarah. Halijah yang penyabar dah hilang sabar!
“
Aku ada hutang kau ke? Yang kau sesedap mulut sesedap rasa je mengata cucu aku
tu kenapa? Kami anak-anak beranak tak
pernah mengganggu kau! Baik kau pergi sekarang sebelum aku tenyeh cili boh ni
kat mulut yang tak tahu nak hormat orang. Sedarlah sikit Kiah. Rumah kata
pergi, Kubur kata mari..aku tak heranlah dengan kau yang nak dapat bakal
menantu kaya, kerja bawak kapal terbang semua.Bertunang je, bukan kahwin pun! “
Menggelegak dalam hati Halijah bila cucunya dan maruah keluarganya di hina
sebegitu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia tenyeh cili boh di muka Kiah.
Sudah lama dia bersabar dengan kata-kata
Si Kiah tetapi hari ini barulah bertemu buku dengan ruas. “ Sekali lagi
kau cakap yang bukan-bukan tentang keluarga aku, aku akan pastikan sepuluh jari
pulak berbekas kat muka kau tu!”
“
Hah! Dah senja baru balik? Kenapa tak tidur terus kat bengkel tu? Tak pun lain
kali bawak terus tikar, bantal ..semua sekali kan senang! Engkau pun sama
Qhairul! Engkau dengan dengan Qalisha sama je 2X5, 5X3. Anak sedara dengan
bapak sedara sama. dua-dua satu kepala ,dua-dua buat aku cepat tua, dua-dua
buat aku nak gila!” Lijah terus meyembur kemarahan sebaik sahaja muka satu-satu
anak terunanya Qhairul dan cucunya Qalisha muncul di muka pintu.
“
Uihh.. Mak apa ni? Macam machine gun je nampak terus tembak. Tak sempat orang
nak bagi salam. Kot ye pun bagilah kita orang masuk dulu Mak.. penat ni. Perut
pun lapar dari tengahari lagi tak makan”.Qhairul melentok kepalanya di bahu
Halijah.” Aa..aa Nek, lapar …ni perut Qalish menyanyi lagu keroncong ,zapin,
joget..dari tadi lagi.” Qalisha merengek lantas
memeluk nenek tercinta. Dalam
hatinya berharap nenek akan melupakan kemarahanya tadi.
“
Ishh…rimaslah korang berdua ni.bau sorang-sorang dah macam kambing gurun. Muka
pulak macam penyamun conteng sana-sini.
Kau tak bayar bil air kat bengkel kau tu ke sampai tak cuci muka dulu sebelum
balik? Dah-dah pergi mandi, busuk! Tadi kata lapar kan? Kamu berdua pergi mandi
cepat.. hari ni Chef Lijah dah masak spesel..daging masak lemak cili api dengan
rebung” terus hilang kemarahannya dengan perlakuan anak dan cucu kesayangan.
Semoga mereka ini dapat menjadi tempat dia menumpang kasih di hari tua.
“
Err.. Nek..tadi Nenek cakap 2X5,5X3. 5x2=10,5x3=15, mana sama nek…lagi satu
Qalish anak sedara, Pak Usu pulak bapak sedara, mana sama nek!...” Qalisha
tersengih pada Neneknya sambil dua jari simbol ‘peace’ di angkat.
“
Qalisha!!!!” sebaik sahaja suara singa tua mengaum, terus Qalisha dan Qhairul
membuka langkah seribu sambil ketawa mengekek-ngekek menuju ke bilik
masing-masing. Halijah hanya mampu tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala
dengan kerenah anak cucunya itu. Qalisha, satu-satunya anak arwah Qhairil dan
Khairunisa.Qhairil ,anak lelaki sulung dan menantunya, Khairunisa telah lama meninggal dunia dalam kemalangan
jalanraya. Sejak itulah Qalisha tinggal bersama Halijah. Qalisha membesar
bersama dengan Qhairul yang hanya lapan tahun lebih tua daripadanya. Besar
sungguh pengaruh si Qhairul pada Qalisha sampaikan perwatakan mereka hampir
sama. Dua-dua keras kepala dan dua-dua menpunyai cita-cita yang sama , nak jadi
mekanik serba boleh dan mempunyai bengkel membaiki kereta yang terkemuka di
Malaysia! Fuh..punyalah tinggi cita-cita.agak-agak boleh tercapai ke?
Namun jauh di sudut hati, Halijah
sungguh risau dengan cucunya yang seorang itu.Pedih hatinya apabila
mengenangkan kata-kata dan tohmahan orang kampung kepada Qalisha. Qalisha
tomboi, Qalisha dua alam, Qalisha itu, Qalisha ini. Bermacam kata nista yang di
lemparkan namun Qalisha tetap Qalisha. Tidak pernah ambil pusing dengan
cakap-cakap orang. Penyebar cerita dah tentulah Kiah Cucuk dan anak gadis
gediknya, Wardina. Mengalahkan wartawan CNN atau Al-Jazeera. Cerita dan gossip
panas yang sentiasa meletup dan bab menokok –tambah cerita memang kepakaran
yang tiada tandingan seantero kampung. Bilalah dunia nak aman kalau orang yang sentiasa hasad dengki
tak pernah pupus. Apa pun Halijah tetap berwaspada dan berdoa kepada Allah Yang
Maha Esa supaya suatu hari nanti intan yang bersalut lumpur seperti Qalisha
akan menyerlah juga. “ Suatu hari nanti tu bila? Kalau ‘suatu hari nanti’ tak
kunjung tiba macam mana? Aku pun dah tua, hidup bukan boleh menongkat dunia..”
Fuh.. penuh ayat puitis berjiwa-jiwa Halijah bermonolog sendirian. Sesekali
kepalanya yang sudah beruban di garu-garu. “ Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha
Mengetahui,semoga cucuku Qalisha bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, yang boleh
membimbingnya ke jalan yang Engkau redhai.Semoga dia boleh menjadi seorang
isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti. Amin..halijah
meraut kedua belah tangannya ke muka.
“
Apa yang nenek aminkan tu?” “ Opocot! Mak engkau, aku nak kahwin!...ehhh” “
Terkejut Halijah dengan pertanyaan Qalisha yang terlalu hampir dengan
telinganya.
“
Ye ke nenek nak kahwin? Bila? Siapa jejaka yang bertuah tu ?”.Hobi menyakat
Nenek tetap di tangga teratas.
“Qalisha,
kamu ni suka sangat menyakat nenek. Dah mandi? Mana Pak Usu kamu? Tadi kata
lapar sangat. Dah lah tu..malas Nenek nak layan kamu. Ni Hati Nenek sakit tahu
tak…Petang tadi Nenek letak cap mohor pelempang lima jari ni kat muka Kiah
Cucuk. Kau nak rasa jugak ke?” Halijah
mengangkat tangan sebelah tangannya kepada Qalisha. Acah-acah je, mana mungkin
dia melempang Qalisha cucu kesayangan sedangkan jentik pun tak pernah.
Mendengar
suara Nenek yang sudah meninggi itu, terus Qalisha diam tak terkutik. “ makan
tebuan ke ape nenek aku aku ni..orang kata sarang tebuan jangan dijolok,nanti
buruk akibatnya..baik aku diam.Angin nenek betul-betul tak baik hari ni..kang
tak pasal-pasal merasa penampar sulung daripada nenek.” Qalisha bercakap
perlahan sendirian sambil tangannya menekup mulut sendiri.
Usai makan malam, Qalisha dan
Qhairul menyiku-yiku sesama sendiri siapa yang mesti memujuk Halijah yang masam
mencuka sejak dari tadi. “ Pak Usu lebih tua, Pak Usulah kena pujuk.”
“ eh apa pulak Pak Usu, Qalish kan cucu
kesayangan nenek,Qalish lah yang pujuk.” Qhairul tidak mahu mengalah. Bukan apa
dia tahu macam mana nak mulakan bicara itu saja. “ Bukan dia tak kenal emak
kesayangannya itu. Sekali mengaum boleh retak gegendang telinga dengan bunyi
yang mencecah desibel tahap maksima.
kalau macam tu kita osom! Sapa kalah dia yang
kena pergi pujuk nenek. Oo…som! Batu-batu. Seri! oo..som! gunting-gunting. seri lagi…o..som!” Seperti
dua anak kecil yang sedang bermain, Qalisha dan Qhairul ber’osom’ untuk
menentukan siapa yang mesti memujuk Halijah.
“ Qhairul! Qalisha! Duduk sini aku nak cakap.
Dah tua bangka pun main osom lagi..” Ya Allah, apalah dosa aku! Ada anak dan
cucu pun memeningkan kepala saja. Sebelah tangannya menepuk-nepuk dahi.
“ Bila nenek guna ‘aku’ maknanya berasaplah
lepas ni.. adoii..matilah aku kali ni..dah nasib badan ..terima sajalah.
Angguk-angguk,geleng-geleng, tunduk-tunduk lepas tu cakap..ya nek.macam tak biasa.” Otak
Qalisha ligat berfikir idea-idea yang nak diguna untuk mematahkan serangan
torpedo neneknya nanti.
“Qalisha, telinga Nenek dah tak
tahan mendengar tohmahan orang kampung mengata macam-macam pada kamu. Nenek tak
sanggup lagi..” teduh muka Halijah menuturkan kata-kata. Setelah seketika
mengumpul sedikit kekuatan dia meneruskan, “ Jadi…ini yang nenek akan buat.
Mulai esok, Qalish tak dibenarkan lagi pakai baju macam jantan. Nenek nak
Qalisha pakai baju kurung! atau pun baju yang menyerlahkan yang kamu tu
perempuan“. Tegas sekali Halijah berkata.
"Apa ni nek, kalau Qalish pakai baju
kurung macam mana nak kerja.Mana ada mekanik pakai baju pompuan buat kerja.”
Qalisha memprotes cakap neneknya dengan muncung panjang sedepa. Lengan Pak Usunya di siku meminta bantuan.
“
Aa..aa mak. Macam mana dia nak baiki kereta kalau pakai baju kurung. Nak
bergerak pun susah. Pendek kata tak sesuailah Mak..” Qhairul cuba menyokong
kata-kata Qalisha. Mencerlung
pandangan Halijah ke muka Qhairul. “ Ni semua kau punya pasal tau tak? Patutnya
kau didik dia jadi macam perempuan lain. Pakai baju perempuan, perangai macam
perempuan. Tapi kau ajar dia jadi lelaki sejak kecik lagi. Panjat
pokok,melastik burung, mandi sungai semua yang budak-budak lelaki buat.
Sekarang banggalah kau ye bila semua orang mengata Qalisha macam-macam. Dah
bernanah telinga mak dengar caci nista orang kat kampung ni. Kau pun sama…mak
bagi kau belajar tinggi masuk university tapi alih-alih jadi mekanik pulak. Tak
ada kerja lain ke yang boleh kau buat? Kerja yang pakai baju kot, tali leher.
Hensem apa. Mak nak jugak tumpang bangga naik kereta mahal. Lagi satu, umur kau
dah 32 tahun tahu tak? Bila nak kahwin? Aku ni dah tua, takkan nak jaga makan
pakai kau sampai bila-bila. Kalau susah-susah sangat mak pinangkan Yasmin, anak
mak cik Zaiton tu. Habis cerita.”
“ Mak..janganlah marah sangat.
Kesian Qalish ni..Qhairul pun mak kena kesian jugak. Janganlah dengar
cakap-cakap orang terutamanya Kiah Cucuk tu…buat sakit hati mak je.nanti tak
pasal-pasal darah tinggi mak naik lagi. Lagi satu mak, Qhai memang sa…yang
sangat dengan Yasmin tapi nak buat macam mana, fulus tak cukup lagi mak..macam
mana nak kahwin. Nanti Mak Eton awal-awal dah reject Qhai, Duit tak cukup macam mana nak bagi anak
dia makan. Sapa yang susah? Qhai jugak…sapa yang kempunan? Mak jugak yang
kempunan tak dapat jadikan Yasmin
menantu…” Qhairul merangkul bahu ibunya memohon pengertian.
“Hah kalau dah tahu macam tu cepat-cepatlah
cari duit..jangan pulak sampai Si Yasmin tu di kebas orang . Ni pasal kau
Qalisha, Nenek tak kira, Qalisha sudah berumur 24 tahun. Kalau ada orang masuk
meminang Qalisha, nenek akan terima! Tak kiralah siapa pun…muktamad. Sebarang
bantahan tidak diterima. Surat-menyurat
tidak akan di layan. Halijah bangun dan terus berlalu masuk ke bilik.
“ Nek, takkan sampai macam tu sekali! Nek..jangan
buat Qalish macam ni.” Namun kata-kata
Qalisha tidak berbekas di hati Halijah. Rayuan Qalisha hanya dibiarkan sepi. “
Pak Usu.. macam mana ni..tolonglah Qalish..Qalish tak nak kahwin..tak bestlah
kalau paksa-paksa macam ni..”
“ Qalish..Pak Usu pun tak dapat tolong kali
ni. Pak Usu pun sesak nafas sekarang mana nak cari duit nak kahwin dengan Kak
Yasmin. Lambat-lambat nanti Kak Yasmin kahwin dengan orang lain, barulah merana
jiwa raga Pak Usu.” “ Susah-susah esok Qalish pakai je baju kurung. Mesti nenek
tak marah lagi. Tadi dah dengar kan. Keputusan muktamad dan surat-menyurat tak
akan di layan..”
“
Grrr.. geramnya! Pak Usu pun sama! Tak nak geng dengan Pak Usu lagi..” Qalisha
merajuk seakan kanak-kanak ribena, berjalan masuk ke bilik sambil
menghentak-hentakkan kaki. Qhairul
ketawa melihat Qalisha yang muncung boleh diikat riben tapi dia tahu Qalisha
merajuk bukan lama. Lepas bangun pagi esok mesti dia dah tak ingat apa-apa
lagi.
“Bang, macam mana misi ‘ mencari
menantu-menantu’ kita tu? Ada perkembangan tak?” Datin Maimun bertanya kepada
Datuk Abdullah sewaktu mereka menikmati minum petang. “
Bakal menantu lelaki kita dah
settled. Mai jangan bimbang minggu depan abang bawak Mai jumpa bakal suami
Adrianna. Namanya Rayyan Fahrin. Percayalah pada Abang. Abang tidak akan
jodohkan orang sembarangan dengan anak kita. Abang yakin dia boleh membimbing
Rianna. Cuma bakal menantu perempuan kita yang abang tak pasti lagi. Semua
anak-anak perempuan kawan-kawan abang…huh seorang pun abang tak berkenan.
Semuanya gedik semacam je. Seram saya Mai.. dengan saya pun ada yang cuba nak
‘mengesel’. Jujur Datuk Abdullah memberitahu isterinya.
“ Ewahh…gembiralah abang ye ada pucuk muda
yang nak mengendeng..” Lengan Datuk Abdullah di cubit geram.
“
Mana ada Mai, dalam hati abang Cuma ada seorang bidadari je. Nama dia Maimun Bt
Muhamed Ali. Tak percaya? Ambil kapak belahlah dada…” Suasana ketika minum
petang di sulami dengan gelak ketawa mereka berdua.
“ Bang, kalau Mai bagi cadangan
bakal menantu perempuan kita boleh?” Datin Maimun menyatakan pendapatnya. “
Siapa?” “ Mai rasalah Mai berkenan dengan cucu Nek Jah. Nama cucu Nek Jah tu
Qalisha. Dua minggu lepas masa Mai pergi Kampung Rhu Seberang dengan Pak Hamid,
Mai jumpa dia. Enjin kereta tiba-tiba mati.Yelah mati kat tengah kampung
tu..masa tulah Seorang gadis cantik,manis berbaju kurung datang bertanya.
Kebetulan Pak Cik dia ada bengkel membaiki kereta tak jauh dari situ. Dia yang
menolong Mai hari tu, kalau tak susah
jugak Mai Hari tu. Manis orangnya bang, tinggi lampai,putih melepak, pendek
kata Mai rasa sesuai sangat dengan Jeff. Kebetulan pulak, dia rupa-rupanya cucu
Nek Jah, yang selalu bekalkan anak-anak pokok anggerik hutan dan langsuyar
untuk nurseri kita. Apa kata esok kalau abang lapang kita pergi rumah Nek Jah.
Nak tak?”bersinar-sinar mata Datin Maimun memberitahu suaminya.
“ Okay, kalau macam tu esok kita pergi. Lagi
pun Abang pun tengok apa yang istimewanya Qalisha ni..sampai Mai berkenan
sangat.”
“ Memang lain dari yang lain bang, abang nak
tahu tak apa kerja Qalisha?” “ Mai tak cakap mana abang tahu.” “ Dia kerja
sebagai mekanik di bengkel Pak Ciknya. Dia yang baiki Suv Mazda
Mai masa kereta tu tak boleh start. Kelaslah dia bang! Nampak macam
gadis ayu tapi pandai baiki kereta. Lagi satu yang paling Mai suka dia ada dua
lesung pipit. Bila dia senyum..alahai bang..manisnya. ”
“
Mekanik! Ni first time abang dengar mekanik perempuan…Mekanik dengan
Chef..macam tak ngam je…risau Abang …” “ Ngam tak ngam itu nombor dua, yang
penting sekarang tadi abang dah janji nak pergi.Abang jumpa dia dulu,baru
decide sesuai ke tak sesuai dia dengan Jeff.”
“ kalau macam tu kita tengok esok, adakah dia
seperti yang Mai cakapkan atau pun sebaliknya.”
“ Tak percaya dengan pilihan Mai? Abang
tengoklah nanti…jangan abang yang terjojol biji mata sudah…”
Keesokkan harinya, Datuk Abdullah
dan Datin Maimun awal-awal lagi sudah bersiap-siap hendak ke Kampung Rhu
Seberang . Perjalanan akan mengambil masa dua jam lebih dari Kuala Lumpur. Bihun goreng yang telah di masak oleh Datin
Maimun untuk sarapan telah sedia
terhidang di ruang makan. Mak Yam menuangkan kopi o kegemaran Datuk Abdullah ke
dalam cawan di ikuti ke dalam cawan Datin Maimun.
“ Good Morning Baba, Mama.” Adrianna melabuhkan punggung di
sebelah Datin Maimun.” Mama dan Baba ada plan ke? Nak ke mana? Siap dengan beg
untuk overnight lagi..nak pergi honeymoon lagi ye….” Adrianna mengusik kedua
ibu bapanya yang sememangnya romantic. “ aa.. aah nak pergi honeymoon kenapa
jealous ke? Tu tengok jam dah pukul berapa. Tahulah ofis tu Anna yang punya
tapi itu bukan alasan Anna masuk lambat. Nanti macam mana staf Anna nak respect
kau bos selalu masuk lambat. Cepat sarapan.” Datin Maimun menjeling manja pada
puteri kesayangan.”
“Mana ada lambat Mama. Jam dinding tu tunjuk
waktu kat Bangkok bukan kat KL. Alah bukan selalu..lagi pun Anna dah called
Fizz cakap Anna masuk lambat sikit hari ni.”
“
Mana pulak Jeff tak turun-turun lagi?” Datuk Abdullah pula bersuara.
“ Tak yah tunggu dia Baba. Jeff tidur balik
lepas subuh tadi. Dia cakap nak qadha tidur yang tak cukup..diakan baru balik
shooting semalam. Chef selebriti katakan…” Adrianna bersuara sambil menyuap
bihun ke dalam mulut. “ okay got to go..dah lambat ni..Mama, bihun tadi sedap
sangat! Mmuah! Pipi Datin Maimun dan Datuk Abdullah di cium. Selepas bersalaman
Adrianna bergegas keluar untuk ke pejabat.
Datuk
Abdullah dan Datin Maimun sama-sama ketawa kecil sambil mengeleng-gelengkan
kepala melihat perlakuan Adrianna. “ Jom kita gerak, kita ada misi penting nak
dilaksanakan ni…nanti lambat pulak kita sampai” Datin Maimun menghulurkan
tangan mengajak Datuk Abdullah bangun pergi..”
“Iyalah..tak
sabar-sabar. Tahulah nak pergi melihat bakal menantu, kot ya pun sabarlah..dah
jom…” Datuk Abdullah dan Datin Maimun beriringan menuju ke arah Pak Hamid yang
sedia membukakan pintu kereta.
“ Qalisha! Hari ni jangan nak
mengelat lagi macam semalam. Nenek nak tengok Qalisha pakai baju kurung sampai
petang dan….tak payah ikut Pak Usu kerja kat bengkel hari ni. Faham! Hari ni
Qalisha kena tolong nenek siram anak-anak semaian pokok sebab petang nanti ada
pelanggan nenek dari Kolumpo nak datang ambik. Kalau Qalisha boleh buat apa
yang nenek suruh ni..Nenek bagi off dua hari tak payah pakai baju
kurung..”Jelingan maut diberikan oleh Halijah kepada Qalisha.
“
Baik Tengku Maharani! Perintah dijunjung! Patik pacar yang hina ini akan
melaksanakan titah Tengku seperti yang di arahkan.” Qalisha menyakat Nenek
Lijah. Hati gembira kerana dua hari dia
tak payah memakai baju kurung.
Itu satu perkembangan yang baik memandangkan dia masih lagi di bawah ‘perintah
berkurung’ yang dikenakan oleh Nek Lijah.”
“ Banyaklah kau punya Tengku
Maharani..tak payah nak bodek..” Kepala Qalisha ditunjal manja. “ Ingat apa
yang nenek pesan…Nenek nak pergi bawa Yop, Leman and the geng makan rumput kat
padang.”” Uihh.. matahari dah meninggi ni, karang kebulur pulak Yop, Leman and
the geng. Cepat-cepat Halijah berlalu
meninggalkan Qalisha…nak pergi mana lagi kalau tak pergi bawak
kambing-kambingnya makan!
“
Jauh lagi ke Mai?” Datuk Abdullah bertanya seakan-akan tidak sabar. Teruja juga
dia nak melihat pilihan hati Datin
Maimun.
“
eh.ehh..Abang pulak yang over excited..sekejab lagi sampailah.. itu haa… lepas
simpang tu kita belok kanan..dalam 50 meter je kita jumpalah rumah Nek Jah..”
Tangan Datin Maimun iklmenunjuk ke arah
jalan. “ haa… dah sampai. Harap-harap Nek Jah dan Qalisha ada di rumah. Jom
bang kita turun.”
“ Assalamualaikum! “ Bunyi orang
memberi salam membuatkan Qalisha menoleh ke arah empunya suara itu. Seorang
wanita bersama seorang lelaki menghampirinya. Dari cara pemakaian, Qalisha
mengagak mereka bukanlah orang sembarangan. “ Waalaikummusssalam.” Salam dijawab dengan
tertib dan sopan.
“ Ini Qalisha kan? Ingat lagi
tak..Auntie…Qalisha baiki kereta Auntie yang rosak dua minggu lepas.” Datin Maimun memulakan
bicara.”
“ Ehh Auntie…mana boleh lupa kat Auntie yang jelita ni..” “ Lantas tangan
di hulur untuk bersalaman dengan Datin Maimun.
“
Eh..lupa pulak nak kenalkan..ini suami Auntie..Datuk Abdullah. Bang..inilah
Qalisha yang Mai cakapkan tu..” Pandangan Datin Maimun dihalakan pada suaminya.
“
Datuk! Kalau macam tu Auntie ni ‘Datin’lah ye? Maaf Datin…saya tak tahu yang
Datin ni ‘Datin’.Menggelabah Qalisha bila mengetahui wanita jelita di
hadapannya bukan sembarangan orang. Di Datuk Abdullah dan Datin Maimun adalah
pelanggan yang datang nak membeli anak pokok daripada nurseri neneknya.
“
Eh..tak payahlah nak berdatin-datin. Panggil Auntie je.. Mana Nek Jah? “
Melilau mata Datin Maimun memandang sekeliling.
“
Nenek bawak Yop,Leman and the geng makan…ops! Maksud saya Nenek bawak
kambing-kambing dia makan rumput kang belakang rumah. Kejab lagi dia
balik..Datuk,Datin naiklah dulu.” Cepat-cepat Qalisha membetulkan ayatnya.
“
Wah..kambing pun ada nama ye..ni fisrt time Auntie dengar kambing nama Yop dan
Leman. Mesti hensem kambing tu kan? ”Datin Maimun cuba berlelucon.
Tersipu-sipu
dan tergelak Qalisha bila mendengar kata-kata Datin Maimun. “ Datuk dan Datin
duduk dululah sekejab. Saya panggilkan nenek. Qalisha meminta diri dan terus
berlalu ke belakang rumah.
“
Haa..macam mana Bang? Apa pendapat abang tentang Qalisha..cantik dan manis
orangnya kan?” Datin Maimun bertanya kepada Datuk Abdullah.
“
Cantik..memang cantik. Nak cair abang tengok lesung pipit dia tadi. Memang
kelas pilihan Mai. Orangnya tinggi lampai dan kulitnya yang kuning langsat
tu..sesuai sangat dengan anak kita. Walau pun Abang Nampak agak kelam –kabut
sikit tapi..semua tu nampak comel sangat..Nanti Tanya Nek Jah..dah berpunya ke
belum. Tak sabar Abang nak dia jadi menantu kita. Abang gerenti Jeff pun akan
terpikat dengan Qalisha nanti…” Datuk Abdullah berasa teruja sekali dengan
pilihan isterinya untuk calon menantu mereka. Pada pandangan matanya, Qalisha
mempunyai pakej seperti yang di cari-carinya sebagai calon isteri Jeffrey.
“
Eh..Abang pulak yang over excited! Kan Mai dah cakap bila Nampak dua lesung
pipit dia tu…mesti Abang suka. Lagi pun, dah lama Mai kenal Nek Jah, dia baik
dan kelakar jadi tentulah cucu dia pun
baik macam dia jugak kan? Setiap kali datang berurusan dengan Nek Jah Mai rasa
gembira dan terhibur sangat sebab karekter Nek Jah yang lucu dan suka melatah.
Besides..takkanlah Mai nak cari yang tangkap muat je untuk Jeff.” Datin Maimun
sangat gembira apabila Datuk Abdullah berkenan dengan pilihannya.
Kedatangan Datin Maimun dan suaminya dikhabarkan oleh
qalisha pada Nek Jah. Cepat-cepat Nek Jah memacak baji penunggul tali- tali
kambingnya di padang rumput. “ korang makan kat sini kenyang-kenyang, aku nak
pergi jumpa klain kejap..” Nek Jah bercakap dengan kambing-kambing yang sedang
meragut rumput.
Tergelak kuat Qalisha bila mendengar
pesanan panaja oleh Nek Jah kepada Yop, Leman and the geng.” Nek..jangan
risaulah takde ke mana ye kambing-kambing Nenek tu..cepatlah Nek..kang lari
‘klain’ pulak ‘klien’ nenek yang menunggu tu. Qalisha mengajuk cakap Nek Jah
dan sememangnya menyakat Nek Jah adalah hobi Qalisha nombor satu.
“ Nek..seramlah Qalish. Tadi Datin
dengan Datuk tu pandang Qalish atas bawah atas bawah..ni mesti pasal baju
kurung ni. Rimaslah Nek..panas dan gatal-gatal kat leher dan ketiak ni..Qalish nak tanggalkan boleh?” Qalisha
sengaja berkata begitu untuk memujuk Neneknya. Manalah tahu kot-kot Nenek
melupakan ‘perintah berkurung’ yang di kenakan terhadapnya.
“ Jangan nak mengada-gada. Qalisha
ingat Nenek main-main ke? Tunggulah nanti kalau ada orang meminang terus Nenek
terima! Takde maknanye nak main-main..”
Kata-kata
Nek Jah benar-benar menakutkan Qalisha. “ Apa ni Nek.main ugut-ugut kahwin
pulak..Qalish gurau je tadi.” Muncung Qalisha sudah panjang sedepa. Takut sungguh
dengan kata-kata Nek Jah kerana dia tahu kata-kata Halijah Bt.Saman tak boleh
di buat main . Setiap kata akan di kota! Adehh..cita-cita nak jadi mekanik yang
berjaya pun tak tercapai lagi..harap-harap takdelah malaun, sameon mana yang
gatal masuk meminang aku.. aminn..”
Nek
Jah cepat-cepat mendapatkan Datin Maimun yang sedang duduk menunggu di bawah
pondok rehat di depan rumah. Memang dia sengaja dia ‘mengerahkan’ Qhairul
membina sebuah pondok gazebo khas siap dengan pangkin-pangkin batu untuk
memudahkan pembeli anak semaian pokok yang datang. Boleh duduk-duduk sambil
berehat sebelum membuat keputusan pokok mana yang hendak di beli. “
Datin..maaflah sebab lama menunggu.Saya bawak kambing-kambing makan kat
belakang tadi. Datin kata nak datang petang..tu yang saya tak tunggu tu.” Nek
Jah berbicara dengan tertib segan kerana Datin Maimun telah menunggunya sejak
tadi.
“
Eh..takpelah Nek Jah..saya datang pagi sebab ada hal penting yang nak
ditanyakan pada Nek Jah. “ Datin Maimun memulakan bicara.
“
Hal apanya Datin..Datin nak beli anak pokok lagi ke?” Dengan lurus Nek Jah
bertanya.Akal fikirannya langsung tidak dapat membaca maksud Datin Maimun.
“
Nek Jah..kami datang ni bukan nak bertanya pasal anak pokok tapi membawa hajat
yang besar. Kami nak bertanya bunga di taman Nek Jah, dah ada yang punya ke
belum? “
“
Maksud Datin bunga yang mana satu? Saya tak berapa faham ni…” Nek Jah terpinga-pinga.
Dia keliru bunga mana yang Datin maksudkan.Dalam otaknya ligat berfikir bunga
dalam tapak semaiannya.
Datuk
Abdullah dan Datin Maimun tergelak dengan jawapan Nek Jah. Dalam hati Datuk
Abdullah mengiyakan memang Nek Jah seorang yang kelakar. “ Maksud kami bunga
yang bernama Qalisha tu..dah berpunya ke belum?”
Pertanyaan
Datin Maimun membuatkan Nek Jah terkesima. Apa taknya sebelum ini mana ada
orang bertanya tentang Qalisha. Seketika kemudian Nek Jah tersenyum. “
Oh..Qalisha. err..belum berpunya. Kenapa Datin?”
“
Kalau belum berpunya, kami berkenan dan ingin menyunting Qalisha untuk anak
bujang kami. Kalau takde halanganlah..Saya berkenan betul dengan cucu Nek Jah.
Manis dan cantik orangnya. ” Datin Maimun berbasa-basi.
Halijah
tidak menyangka rupa-rupanya kedatangan Datin Maimun dan Suami membawa hajat.
Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia bangun melompat gembira kerana akhirnya
ada juga orang yang datang merisik Qalisha dan yang pasti ini akan menutup
segala tohmahan orang kampung terhadap Qalisha terutamanya Kiah Cucuk. Tak
sangka tindakannya memaksa Qalisha memakai baju kurung ada juga hikmahnya.
“
Cucu saya tu banyak kekuranganya, sesuai ke jadi menantu Datuk dan Datin? Terus
terang Qalisha bukanlah lemah-lembut, sopan –santun macam anak gadis biasa.
Baju kurung pun puas memaksa baru dia pakai..agaknya salah saya jugak..dia dah
terbiasa membesar dengan Pak Usunya. Orang lain suka make up cantik-cantik tapi
dia lebih suka pakai baju t-shirts dengan seluar jeans..dia bekerja baiki
kereta dengan Pak Usu dia. Qalisha lain dari yang lain. Saya tak mahu
berpura-pura dengan Datuk dan Datin..tapi Qalisha seorang cucu yang baik dan
taat. Dia tak pernah buat perkara yang tidak baik atau memalukan saya.” Nek Jah
terus terang memberitahu Datuk Abdullah dan Datin Maimun. Dia tidak mahu
menyembunyikan apa-apa tentang Qalisha. Padanya, sekiranya Datin Maimun dan
Datuk Abdullah benar-benar ikhlas mahu Qalisha sebagai menantu, mereka mesti
menerima Qalisha seadanya.
“
Nek Jah, kami tak memandang semua itu. Pada pandangan kami Qalisha cukup
sempurna dan sesuai dengan anak kami. Dari segi penampilan tu..jangan Nek Jah
risau, saya akan uruskan segala-galanya nanti. Saya akan pastikan Qalisha akan
menjadi gadis yang paling cantik sampai Nek Jah sendiri pun tak kenal…” Datin
Maimun melahirkan apa yang terkandung dalam fikirannya. Dia sudah berkira-kira
dengan rancangan ‘make over’ bakal menantunya itu nanti. “ Kalau macam tu Nek
Jah..kami akan datang lagi minggu depan dengan rombongan merisik dan meminang
secara rasmi. Jadi..kira jadilah ye..Nek Jah. Anak teruna kami tu seorang
chef..dia ada rancangan masakan kat TV3 dan kat ASTRO Asian Food
Channel..namanya Jeffrey…Chef Jeffrey.” Giliran Datin Maimun pulak
memperkenalkan bakal cucu menantu kepada Nek Jah.
“
Oooo…Chef selebriti ye…Nek Jah selalu tengok rancangan masakan Chef Jeffrey
tu..anak Datin yang itu ke?” Terkejut sungguh Nek Jah. Kalau betul bertuahlah
kau Qalisha dapat laki pandai masak. Nek Jah tersenyum –senyum sendirian dan
yang paling penting bakal cucu menantunya lebih glamour daripada bakal menantu
Kiah Cucuk! Yahoo!..cucu aku nak kahwin! Qalisha oh Qalisha! Nenek akan
pastikan kau kahwin jugak..tak kiralah walau pun secara paksarela…he..he..he..
BERSAMBUNG…TUNGGU
APA JADI SETERUSNYA YE…
Ejaan banyak yang salah lah sis....tapi novel ni memang best!!!!#^_^
ReplyDeleterock kapak la nek jah ni
ReplyDelete