Qalisha
mundar-mandir di dalam biliknya dengan hati yang teramat gelisah. Di pandang
dirinya di dalam cermin almari di tepi dinding biliknya. Seumur hidup inilah
kali pertama dia memakai baju kebaya. Kebaya moden bersulam putih dengan kain
lace siap berenda-renda lagi. Entah bila Neneknya menempah baju di Kedai Jahit
Sutera milik Kak Jamilah pun dia tak tahu. Alih-alih semalam, Nek Jah
mengajaknya ke pekan untuk mengambil baju di Kedai Jahit Kak Jamilah. Masih
teringat kata-kata Kak Jamilah atau lebih mesra di panggil Kak Jamie ketika di
Kedai Jahit semalam.
“
Wah Akak betul-betul tak sangka , senyap-senyap…rupa-rupanya Qalisha dah nak
kahwin. Meh sini, akak dah siapkan tempahan baju Qalisha mengikut contoh baju
yang Nek Jah bagi..pagi tadi akak cuba pakaikan kat patung depan cermin
tu..Qalisha tahu tak..ada dua tiga orang masuk bertanya tentang baju tu..cantik
sangat kata mereka. Nah..ambil baju ni..pergi cuba kat ‘fitting room’
sana..tengok sesuai tak dengan Qalisha.” Kak Jamie menghulurkan baju kebaya
moden yang dijahit khas untuk Qalisha sambil mengarahkan seorang pembantu kedai
jahit merangkap butik kelengkapan pengantin membantunya.
Qalisha
hanya tersengih selamba tanpa menjawab apa-apa. Apa taknya, dia sendiri terkejut
beruk dengan kejutan oleh Nek Jah. Sangkanya Nek Jah mengajaknya ke bandar
untuk membeli barang, tak sangka pula butik pengantin yang menjadi destinasi
Nek Jah. Qalisha hanya menurut pembantu butik Kak Jamie membawanya ke ‘fitting
room’. Tak berani dia nak membantah bila memandang muka Nek Jah mengerling
tajam. Nak tak nak, dia melangkah longlai ke arah yang di tunjukkan oleh
pembantu butik.
Dari
dalam ‘fitting room’, Qalisha dapat menangkap perbualan Nek Jah dengan Kak
Jamie dengan jelas. Dia memasang telinga untuk menangkap butir-butir perbualan
.
“
Hah Milah..macam mana hantaran yang Mak Jah tempah tu? Dah siap?..kalau dah
siap Mak Jah nak kau hantar hari ni dan esok jangan lupa pulak, Mak Jah nak kau
‘tenyeh’ sikit muka Qalisha dengan make-up bagi berseri sikit muka dia. Pukul
dua petang esok rombongan meminang datang. Kalau boleh nak jugak Mak Jah tengok
Qalisha bila dia bermekap. Kau pun tahukan..seumur hidup secalit mekap pun tak
pernah dia pakai..”
“
Apa pulak tak boleh Mak Jah..saya akan pastikan bakal mertua Qalisha terjojol
biji mata tengok Qalisha nanti. Saya tahu walau pun perlakuan Qalisha nampak
keras sikit tapi lepas dia bersiap esok..tengoklah nanti. Saya gerenti Qalisha
akan nampak cantik..lebih cantik daripada Wardina, anak Mak Kiah yang bertunang
minggu lepas. Petang nanti saya akan hantarkan gubahan yang Mak Jah tempah tu.”
Jamilah memang sudah berazam untuk membuat yang terbaik untuk Majlis
Pertunangan Qalisha esok hari. Dia mahu memastikan majlis pertunangan Qalisha
esok berjalan lancar dan lebih hebat daripada majlis pertunangan Wardina pada
minggu lepas. Bukanlah kerana dendam dan irihati terhadap Mak Kiah dan Wardina,
tetapi dia memang tak sukakan fiil Mak Kiah yang suka mengumpat dan menjaja
cerita yang tak benar tentang Qalisha.
Seketika
kemudian, Qalisha keluar daripada ‘fitting room’ sambil membelek-belek baju kebaya moden yang
melekap di badan.
“
Kak Jamie, tak nampak macam ketat sangat ke? Qalish rasa macam seksi
sangatlah..tengok ni lengan jarang sangat..transparent..malulah Qalish nak
pakai..takde baju lain ke?” Qalisha membuat muka kesian manalah tahu
kalau-kalau dia tak payah memakai baju tersebut. Dia mengomel bukanlah kerana
dia cerewet tapi kerana dia memang rimas kalau bab pakai-memakai baju
trasidional yang mempamerkan ciri-ciri perempuan melayu terakhir. Kalau di beri
pilihan, dia lebih selesa dengan jeans dan t-shirts, selesa, simple, sempoi dan
yang paling penting, tak payah gosok! Tapi mana ada orang bertunang dengan baju
t-shirts dan jeans. Kalau ada, Qalishalah orang yang pertama. Agak-agak boleh
masuk Malaysia’s Book of Records tak?
“
Kau jangan nak mengarut Qalisha…mana ada ketat sangat. Kak Jamie tengok okay
sangat dengan Qalisha. Esok Qalisha pakai ‘ inner’ ni takde nampak seksi-seksi
pun.” Sehelai ‘inner’ berwarna krim di tunjukkan sesuai dengan warna putih gading baju kebaya
moden di badan Qalisha. Dalam hati, Jamilah amat mengkagumi ukuran badan
Qalisha yang cukup sempurna baginya. Mungkin Qalisha tidak menyedari yang dia
mempunyai bentuk badan menjadi idaman anak gadis di luar sana. Dengan warna
kulit kuning langsat, wajah yang cerah bersih tanpa sebarang cela, di tambah
pula dengan ketinggian yang bak peragawati…fuhh..kalau aku lelaki mahu ‘cair’
di buatnya. Yang paling tak tahan dua lesung pipit yang manis sangat tu…Jamilah
merenung Qalisha dari atas ke bawah merangka tata rias yang akan dibuat pada
Qalisha esok.
“
Qalisha! Kak Jamie dah sampai!” Laungan
suara soprano Nek Jah menghentikan lamunan Qalisha. Dia yang sedang berjalan mundar-mandir di dalam bilik, berhenti secara
‘brek mengejut’. Dia mengigit jari telunjuk dan otaknya ligat berkira-kira
langkah yang harus di ambil seterusnya.
“
Alamak! Kak Jamie dah datang!..adoii…macam mana ni? Aku tak nak
bermekap,bertunang, berkahwin..pastu mengandung..beranak..bagai…Banyak benda
lagi aku nak buat dalam hidup. Impian pun tak tercapai lagi..alih-alih kena
kahwin..Hah! lari! Kalau aku lari dah tentu aku tak jadi bertunang..” tiba-tiba
sahaja idea yang tak berapa cerdik menjengah kepala Qalisha yang tengah celaru.
“
Hah..tingkap! lari ikut tingkap..kenapa aku tak terfikir daripada tadi..
Qalisha meluru ke arah tingkap yang bertutup rapat. Daun tingkap di buka dengan
lebar. Hajat di hati mahu melompat ikut tingkap dan lari daripada majlis
pertunangannya . Patah kaki pun tak apa janji tak jadi bertunang. Tetapi sebaik
daun tingkap terbuka luas, Qalisha terkejut bagai nak gugur jantung. Apa
taknya, di luar tingkap dia nampak Usop dan Udin, anak jirannya yang baru masuk
tingkatan satu tersengih macam kerang busuk siap dengan isyarat ‘peace’ di
tunjukkan kepadanya.
“
Oii..Usop..Udin..apa korang buat kat bawah ni? Siap ada meja lipat, bangku dan
siap main kad uno lagi.” Qalisha bertanya kepada Usop dan Udin yang masih
tersengih.
Usop
dan Udin masih meneruskan sengihan dengan menampakkan gigi depan yang sudah
hilang entah ke mana.
“
Kita orang tengah buat kerja part time…Nek Jah bagi upah kat kita orang suruh
tunggu luar tingkap bilik Akak. Nek Jah tu hebat betul..plan a,plan b semua
ada. Nek Jah tak nak akak lari ikut tingkap..scooter, mountain bike akak pun
semua dia rantai..Akak tak boleh lari..kita orang jadi ‘guard’ kat sini
sampailah selesai majlis pertunangan akak nanti..” Usop bercakap dengan gaya
confident tahap maksimum.
Sebaik
mendengar kata-kata Usop, terus air muka Qalisha menjadi kelat. Dia mengundur
ke belakang dan akhirnya terduduk di birai katil.
“
Macam mana Nenek boleh tahu..aku tak plan pun nak lari..tapi Nenek dah boleh
baca apa yang aku nak buat..siap ‘stand by’ dengan bodyguard kat luar tingkap
lagi. Jauh betul akal Nenek..sampai scooter dan mountain bike aku pun dia
rantai sekali. Macam tahu-tahu je aku nak terjun tingkap.” Qalisha termangu
sendirian. Kedua-dua lututnya berasa lemah. “Dah nasib badan..bertunang sajalah
Qalisha..bakal tunang kau hensem giler apa..” Qalisha berkata pada dirinya
sendiri.
Pagi-pagi
lagi, Nek Jah mengarahkan Qalisha memakai kebaya putih yang ditempah khas untuk
majlis pertunangannya dan kata Nek Jah, tengahari nanti, rombongan meminang
akan tiba. Ramai juga orang kampung
datang. Mulanya Nek Jah hanya nak buat jamuan yang sederhana sahaja tapi bila
berita yang Qalisha nak bertunang
tersebar, ramai pulak yang datang. Mereka nak tengok sendiri betul ke tidak
Qalisha akan bertunang. Maklumlah wartawan CNN kan menetap di Kampung Rhu
Seberang. Dah tentu dapat liputan meluas siap dengan siaran langsung dan siaran
tertunda sekali.
Pintu
bilik Qalisha di ketuk dari luar dan kemudian kedengaran suara lembut Kak Jamie
memanggil.
“
Qalisha..Akak dah datang ni..boleh akak masuk?”
“
Masuklah Kak..pintu tak kunci..” jawab Qalisha bersahaja. Suaranya seakan tidak
bersemangat.
“
Kenapa ni..tak bersemangat je Akak dengar..haa..cantik pun. Kang Akak dah
cakap, baju ni memang sesuai dengan potongan badan Qalisha. Kotak kontena mekap
yang bertingkat-tingkat di letakkan di atas katil bersebelahan dengan tempat
Qalisha duduk.
“
Qalisha ni cantik semulajadi..tak payah nak ‘touch up’ banyak pun Akak rasa
Qalisha dah tampil menawan. Okay..kita mulakan ya..nanti bising pulak Nenek
Qalisha kalau lambat siap.” Tangan Jamilah mula melaksanakan tugas sebagai
jurumekap dan jari jemarinya mula bermain dengan tona-tona warna yang jelas
menunjukkan dirinya sebagai jurumekap a.k.a mak andam berpengalaman.
Usai
selesai tugasan mekap, Jamilah beralih pula merapikan busana yang di pakai oleh
Qalisha. Sehelai selendang panjang di padankan dengan baju kebaya moden dan
hasilnya, Qalisha tampil sungguh anggun. Jamilah menilik, merenung Qalisha
seketika. Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya, dia menarik tangan
Qalisha dan membawa Qalisha berdiri di hadapan cermin besar di tepi dinding.
“
Tengok tu..Qalisha memang cantik..” Jamilah memandang ke dalam cermin dengan
pandangan yang kagum.
Qalisha
memandang refleksi dirinya di dalam cermin dengan mata terkebil-kebil. “ Aku ke
ni” Qalisha seakan tidak percaya dengan apa yang di pandang di dalam cermin.
Dia sendiri tidak pernah mengenakan mekap sekali pun dalam hidupnya walau pun
hanya secalit gincu bibir.
Di
luar, rombongan meminang telah pun tiba. Walau pun hanya majlis kecil, ramai
juga orang kampung datang. Masing-masing teruja mahu melihat Qalisha, gadis
yang mereka gelarkan ‘tomboy’ bertunang.
Rombongan
meminang pihak lelaki tiba dengan dua buah kereta. Datuk Abdullah, Datin Maimun,
Mak Yam, Pak Din keluar dari Mercedes Compressor yang di pandu Pak Hamid.,
manakala Adrianna, Encik Hashim pula keluar daripada kereta yang di pandu oleh
Amir.
Keluarga
pihak lelaki sudah bersedia untuk sesi menyarungkan cincin. Sebaik sahaja Qalisha
muncul dengan diiringi Jamilah muncul, semua mata terpegun memandang. Qalisha duduk bersimpuh di atas kusyen yang
memang dikhaskan untuk tujuan bertunang dan akad nikah.
Hati
Qalisha berdebar-debar. Mulalah penyakit darah gemuruh datang menyerang.Datuk
Abdullah dan Hashim tersenyum sesama sendiri, pandangan mereka penuh dengan
agenda yang tersirat. Mak Yam dan suaminya, Pak Din pula mencuit-cuit antara
satu sama lain sambil tersenyum lebar. Datin Maimun, tak usah cakaplah. Dia
tersenyum lebar sampai ke telinga. Datin terpegun dengan kejelitaan semulajadi
yang di miliki oleh Qalisha. Datin Yakin pilihannya memang tepat. Hatinya kuat
mengatakan Qalisha and Jeffrey ’are made for each other’.
Adrianna
yang duduk bersimpuh di sebelah Datin Maimun juga terpukau. Qalisha memang
cantik, ayu dan manis.
“
Ermm..not bad..very impressive! Cayalah pilihan Mama..” Tanpa paksaan, hati
kecil Adrianna berdetik begitu. Dengan pantas dia mengeluarkan kamera Digital
Canon Ixus dari dalam tas tangannya dan mula mengambil gambar Qalisha. Tak
sabar rasanya dia nak tunjukkan pada Jeffrey.
“
Klik! Alamak dia tunduklah pulak..tak nampak muka dengan jelas. Klik!..Qalisha
cium tangan Mama. Klik! Alah dia pandang
kat lain pulak..Klik! Muka dia terlindung oleh Mama bila Mama cium pipi
dia..Klik! ishh..geram betul Qalisha
ni..asyik tunduk je..” Adrianna berasa geram kerana satu gambar Qalisha dalam pose yang jelas pun tidak berjaya di
ambil. Akhirnya, bila Datin Maimun memperkenalkan Adrianna sebagai bakal kakak
ipar Qalisha, barulah Adrianna berjaya mengambil gambar Qalisha. Gambar Qalisha
tersenyum paksa berjaya di rakam siap dengan dua lesung pipit yang menyeri
wajah.
“
Manisnya dia….harap-harap Jeffrey pun tangkap leleh bila tengok gambar ni
nanti. Sejuk mata memandang bila tengok muka dia ni. Agaknya berapa umur dia
ye..” Adrianna tersenyum riang, terlupa seketika yang dia pun akan bertunang
dan berkahwin pada hari yang sama tak lama lagi.
Jeffrey
tidak hadir kerana sibuk dengan shooting rancangan masakannya yang telah masuk
ke musim yang baru. Yelah, inikan majlis pertunangan. Mengikut adat, mana boleh
si lelaki datang bersama. Tapi zaman sekarang dah moden, dah ramai yang ikut
adat lagi. Orang sekarang majlis bertunang dah macam majlis akad nikah siap ada
pelamin bagai..
Adrianna
keluar menjarakkan diri daripada keriuhan sebaik sahaja iphone 4Snya berbunyi.
Nada dering lagu ‘what about now’ oleh Daughtry menandakan yang si pemanggil
adalah Jeffrey.
“
Hello..Anna..camne?” Suara Jeffrey mendatar di sebelah sana.
“
Okay..everything goes smoothly as planned. Well..congratulations Jeff..you’re officially
engaged! And your fiancĂ©e is ….” Belum
sempat Adrianna habis bercakap,Jeffrey sudah memintas percakapan.
“
She is what?....” Tukas Jeffrey tidak sabar.
Akal
Adrianna mula muncul dengan idea nakal mahu mengusik Jeffrey. “ Well…she’s a
girl…”
“
Of course she is! Takkan Mama nak kahwinkan Jeff dengan mak nyah pulak..Anna please.stop teasing me!” Jeffrey
sudah mula hangat. Hatinya tidak sabar mendengar pendapat Adrianna tentang
perempuan yang menjadi tunangannya.
“
Well.. my dear brother, I guessed that
you have to find out by yourself..” Adrianna sudah tergelak kecil dan
dia tahu ketika itu dah tentu Jeffrey dah tentu berasa geram tahap cipan!
“
Okay fine! Tunggu giliran Anna pulak nanti. Jeff nak tengok muka Anna bila jumpa bakal suami tercinta
nanti. What’s his name?...Mr Rayyyyann Fahh…rinn…” Sengaja Jeffrey menyebut
nama Rayyan Fahrin dengan sebutan panjang
dua belas harkat. “ Rasakan ingat dia sorang je yang boleh kenakan aku..ini
Jeffrey Beb..takde maknanya nak buat aku tension.” Getus hati Jeffrey membalas
balik ‘serangan’ Adrianna.
Sebaik
sahaja nama Rayyan Fahrin kedengaran di telinga, Adrianna terus berhenti
ketawa. “ Apa-apa hal kita cakap kat rumahlah…” Adrianna terus mematikan
telefon dengan perasaan geram. Mood gembira terus terbantut sebaik mendengar
usikan Jeffrey.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“ Hey bro…ni apehal muka tension
ni..rileklah..be professional. Ingat..kita tengah shooting ni.Personal jangan
bawa ke lokasi. Nanti mood lari dan tak pasal-pasal kena ulang scene yang sama.
Kau pun tahu kan..direktor kita tu perfectionist…lagi dia tak puas hati,lagi tu
kita kena ulang scene tu ..Hah tu..chef jemputan dah sampai…kau kenal dia tak?
Tu..Sherson Lian. Dia hos rancangan 5 rencah 5 rasa kat AFC. TV3 pun ada
siarkan rancangan dia. ” Luqman , best friend dan juga merangkap pengarah
fotografi memuncungkan mulut ke arah Chef jemputan yang baru muncul. Siapa yang
tak kenal Sherson Lian yang lebih gemar di panggil ‘Sher’ kerana dia selalu
muncul di kaca tv dengan program masakan gaya santai 5 rencah 5 rasa di TV3.
Orangnya nampak macam sempoi tapi tak tahulah karekter macam mana.
“ Thanks bro..aku telefon Anna
tadi..she said, “ congratulations! You’re officially engaged! “ Jeffrey
mengajuk cara sebutan Adrianna sebentar
tadi.
“ So soon? Well..congratu…” belum
sempat Luqman menyudahkan ayatnya, Jeffrey sudah bangun dari kerusi.
“
Don’t even think to say the word.. kau pun sama je dengan Anna..saja nak
menambah ke’tension’gan aku. Jeffrey terus meninggalkan Luqman yang masih
tersengih-sengih mahu menyakat sahabat baiknya itu.
“
Rilek bro..takkan itu pun nak marah kot..” Luqman berlari anak mengejar Jeffrey
yang sudah jauh di hadapan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“ Adoii.. penatnya badan..bestnya
dapat baring kat atas katil ni...” Qalisha terbungkam di atas katil. Badannya
berasa sangat letih dan rahangnya dirasakan seolah mahu ‘terjatuh’ kerana
terpaksa tersenyum sepanjang hari. Tiba-tiba matanya tertancap pada jari
manisnya.Tangan kirinya di angkat ke udara dan objek bersinar di jarinya
..sebentuk cincin emas putih bertatah sebutir berlian di renung. Kini secara
rasminya dia adalah tunangan orang..bakal menantu Datuk Abdullah dan Datin
Maimun.
“Gembirakah aku?” Soalan itu di lontarkan
untuk dirinya sendiri. Petang tadi Nenek kelihatan sangat gembira bila Datin
Maimun menyarungkan cincin di jari manisnya. Melihatkan reaksi Nenek sampai
mengalirkan air mata macam dalam drama
tv, Qalisha berasa sangat terharu. Dia tahu Nek Jah hanya mahukan yang terbaik
untuk dirinya. Kegembiraan Nek Jah adalah kegembiraannya. Jasa Nek Jah
membesarkannya selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia dalam kecelakaan jalan
raya terlalu besar dan tak terbalas. Jadi, apalah sangat pengorbanan yang
dilakukan oleh dirinya. Dia hanya ‘mengorbankan’ perasaan dan cita-cita.
Qalisha bertekad selagi ada hayat di kandung badan, dia akan berusaha untuk
mengembirakan Nek Jah. Itulah tekad Qalisha di dalam hati.
“
Hek eleh..yang tadi nak lari terjun tingkap tu apa kes?” Si Hati kecil Qalisha berkata. Qalisha
mengiringkan badan lantas potret kedua ibu bapanya, Arwah Qhairil dan
Khairunnisa di bawa ke dalam pelukan. Titis-titis jernih mula mengalir daripada
tubir matanya.
“ Qalish rindukan Papa dan Mama…” Akhirnya
Qalisha tertidur dengan linangan air mata yang masih bersisa. Bingkai gambar
kedua ibu bapanya kemas dalam dakapan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Atas permintaan pihak lelaki, majlis
perkahwinan Qalisha dan Jeffrey akan di langsungkan sebulan daripada sekarang. Nek
Jah bersetuju dengan permintaan Datuk Abdullah dan Datin Maimun yang mahukan
majlis akad nikah diadakan serentak dengan majlis akad nikah Adrianna. Nek Jah
tidak kisah majlis akad nikah Qalisha diadakan di pusat Islam, Kuala Lumpur dan
hanya di hadiri oleh keluarga yang terdekat sahaja. Wartawan pun tak di
jemput.
Pun
begitu, kenduri akan di buat di Kampung Rhu Seberang. Kata Nek Jah, “ Nenek akan buat kenduri
besar-besaran dan seluruh orang kampung akan dijemput untuk meraikan
perkahwinan Qalisha nanti. Dapat cucu menantu popular, takkan nak sorok kot.
Kalau sorok pun, agaknya lama manalah akan bertahan. Kalau berita panas dihidu
wartawan CNN Kampung Rhu Seberang, takde maknanya nak sorok-sorok, baik dedah
je terus.”
Jauh
di lubuk hati, Nek Jah amat berharap selepas Qalisha berkahwin nanti, semua
fitnah dan umpatan orang kampung terhadap satu-satunya cucu perempuannya akan
berakhir. Qalisha berhak untuk
mengecapkan kebahagiaan walau pun dia bergelar yatim piatu sejak berusia
sepuluh tahun lagi. Nek Jah tahu, walau pun Qalisha nampak kasar dari luaran
tapi dari sudut dalaman Qalisha amat sensitif dan lembut hati. Qalisha punya
hati yang luhur dan sanggup berkorban
untuk orang yang tersayang.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
BAB 8
Seperti yang telah dijanjikan,
Rayyan Fahrin kembali ke Kuala Lumpur setelah berada empat hari di kampungnya
di Tanjung Karang. Esok, Encik Hashim mahu berjumpa dengannya untuk menguruskan
hal-hal yang berkaitan dengan jawatan Pembantu Kanan Datuk Abdullah dan juga
urusan perkahwinan yang bakal berlangsung sebulan daripada sekarang.
Keesokkannya, Rayyan Fahrin tiba di
menara Casa Impiana yang tersergam megah di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Encik Hashim telah sedia menunggunya di lobi dengan senyuman yang lebar.
“ So..macam mana keadaan Nenek
Fahrin?” Encik Hashim memulakan bicara sambil berjalan beriringan ke arah
elevator.
“ Alhamdulillah.. bertambah baik,
tapi masih dalam rawatan kimoterapi.Sel barah yang malignan sudah terkawal.
Masih dalam berjaga-jaga. Sekarang adik saya yang sedang menunggu keputusan SPM
yang menjaganya ” Rayyan Fahrin menjawab dengan sopan pertanyaan yang diajukan
oleh Encik Hashim.
Sebaik tiba di bilik pejabat Encik
Hashim, tanpa berlengah Rayyan Fahrin di pelawa duduk di sebuah kerusi. Tanpa
melengahkan masa, sebuah fail keras di keluarkan dan di letakkan di atas meja.
“ Okay..Encik Rayyan Fahrin. Let’s
get started. So, saya nak panggil awak
..Encik Rayyan atau Encik Fahrin? Yang mana satu..” Encik Hashim memulakan bicara.
“ Panggil saya Fahrin. Tak payah
ber’encik-encik’ dengan saya. Rasa kurang selesa dan seganlah pulak bila dengar
‘Encik Rayyan Fahrin. Lagi pun,I’m nobody kalau nak di bandingkan dengan Encik
Hashim”. Rayyan Fahrin berkata dengan yang sopan, jelas sekali menunjukkan dia
seorang merendah diri.
“ Who said you’re nobody? Soon you
are going to be somebody. Awak akan jadi menantu Datuk Abdullah, ingat tu
jangan lupa pulak. Jangan terlalu merendah diri Fahrin.Dalam dunia korporat,
sikap merendah diri tu kadang-kala boleh merugikan dan orang lain akan ambil
kesempatan dengan sikap baik hati dan ‘humble’ awak tu. Awak kena tahu bila
awak kena tegas, bila kena merendah diri dan yang paling penting jangan lupa
mengucapkan syukur kepada Yang di atas sana dengan semua pemberianNya. Dan lagi
satu, panggil saya ‘Uncle Hashim’. Kalau Fahrin tak suka saya ber’encik-encik’,
Uncle juga begitu.
Rayyan Fahrin menganggukkan kepala
sebagai tanda faham akan apa yang diberitahu oleh Encik Hashim.
Seketika kemudian, Encik Hashim
menarik laci mejanya. Segugus kunci di keluarkan lalu di letakkan di hadapan
Rayyan Fahrin. Rayyan Fahrin merenung kunci di hadapannya dengan kehairanan.
“ Banyak yang perlu kita uruskan.
Uncle harap Fahrin dah bersedia. Majlis akad nikah Fahrin dengan anak Datuk
akan berlangsung tiga minggu daripada sekarang. Majlis akad nikah ni akan
diadakan serentak dengan majlis akad nikah anak lelaki Datuk, Jeffrey dan
pasangannya, Qalisha. So kira dua pasang pengantin dalam satu majlislah ni.”
Encik Hashim memberitahu Fahrin dengan serius.
“ Maksud Uncle.. Datuk adakan majlis
akad nikah anak-anaknya serentak? So, majlis nanti kira besar jugalah ye.” Rayyan
Fahrin berkata dengan suara yang gugup. Hatinya mula berdegup irama disko.
“ Ya..2 pasang pengantin dalam 1
majlis. Tapi Fahrin jangan risau, majlis
akad nikah ni acara tertutup. Hanya di hadiri keluarga terdekat. Semua
ini adalah untuk tujuan keselamatan dan privasi. Anak lelaki datuk tu seorang
chef selebriti yang popular dan juga seorang model. Kalau jemput wartawan
kecohlah nanti. Lagi satu, dengan ‘title’ dan pencapaian Datuk sekarang, ramai
yang tak senang hati. Musuh perniagaan sentiasa menanti peluang untuk
menjatuhkan Datuk. Sebab itulah Datuk cukup berhati-hati apabila mencari
menantu. Awak kiranya orang yang cukup bertuah kerana berjaya meraih
kepercayaan Datuk dan dapat jadi menantunya pulak. Datuk bukan orang yang mudah
mempercayai orang dengan senang.” Panjang lebar Encik Hashim member penerangan
dan ‘lecture’ percuma kepada Fahrin.
Rayyan Fahrin mendengar dengan penuh
perhatian. Encik Hashim meneruskan kata-katanya.
“ Untuk sementara ni, awak akan di
tinggal sini.,Kondominium Platinum Lake di Danau Kota. Uncle dah lantik tiga
orang pembantu khas untuk membantu Fahrin membuat persiapan. Mereka ini akan
membawa Fahrin untuk ‘fitting’ baju untuk akad nikah dan pelbagai persiapan
yang berkaitan. Dan untuk sementara waktu ini, Fahrin boleh gunakan kereta
syarikat ini untuk memudahkan ke mana-mana.” Segugus kunci rumah dan sekeping
‘residence pass’ di letakkan di hadapan Rayyan Fahrin berserta dengan kunci
kereta.
Encik Hashim kemudian menekan butang
interkom di hadapannya lalu mengarahkan setiausahanya memanggil tiga pembantu
Rayyan Fahrin dengan segera datang ke pejabatnya.Beberapa minit kemudian, pintu
pejabat Encik Hashim di ketuk dan tiga orang pembantu yang di maksudkan muncul.
“ Fahrin, kenalkan ini Cik Mimi. Dia
akan jadi perancang kewangan dan juga PA awak dalam tempoh tiga minggu ini. Ini
pula Richard. Richard adalah perunding imej awak dan dia juga akan jadi
coordinator untul majlis akad nikah awak nanti. Dan ini pula Jacob. Jacob akan
jadi driver untuk bawa awak ke semua tempat yang tersenarai dalam list yang ada
dengan Cik Mimi.” Encik Hashim memperkenalkan tiga orang pembantu yang
ditugaskan untuk membantu Rayyan Fahrin.
Dengan hati yang berdebar-debar,
Rayyan Fahrin bangun dan berjabat tangan dengan ketiga-tiga pembantu yang
berdiri di sebelahnya. Rayyan Fahrin amat terkejut kerana dia tidak menyangka
Datuk Abdullah menyediakan tiga orang pembantu khas untuk dirinya.
“ Okay guys, you know what you have to do right? Remember, he is Datuk
Abdullah’s future son-in-law. Do your best! “ Encik Hashim bersuara dengan ton
yang agak tegas.
“ Yes, we do, Encik Hashim. Shall
we, Encik Rayyan Fahrin?” Ketiga-tiga orang pembantu berkata serentak.
Rayyan Fahrin menelan air liur,
bangun mengikuti ketiga-tiga pembantu yang ditugaskan ke luar daripada ruang pejabat Encik Hashim.
Sebelum berlalu,Rayyan Fahrin berpaling ke arah Encik Hashim. Encik Hashim
tersenyum dan mengangkat tangan kanan dengan isyarat ‘thumb’s up’ kepadanya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Sementara menunggu Jacob pergi
mengambil kenderaan, Rayyan Fahrin mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan
Mimi dan Richard. Pada pengamatannya, Mimi seorang perempuan yang simple dan
sedikit kasar. Dia hanya memakai jeans
dipadankan dengan kemeja vertical stripes. Richard pulak lelaki cina berkulit
cerah tapi lagaknya seperti lelaki lembut dan dia seorang yang mudah tersenyum.
Rayyan Fahrin melemparkan senyuman.
Otaknya menerawang jauh, mengagak ke mana mereka bertiga ini akan membawannya.
“ Boleh percaya ke Richard ni?
Perunding imej aku? Jangan dia ‘tranforms’ aku jadi macam dia sudah.
Hish..simpang malaikat 44. Rayyan Fahrin! Jaga mulut tu! Jangan menilai orang
dari segi luaran..” Mata Rayyan Fahrin meneliti penampilan Richard.
Seketika kemudian, Mimi mengeluarkan
buku catatan dari dalam begnya dan mula memberi penerangan tentang apa yang
akan mereka lakukan pada hari itu.
“ Okay, Encik Rayyan Fahrin. First,
kita akan pergi shopping. Saya di arahkan untuk membelikan Encik Fahrin sut dan
pakaian kerja yang bersesuaian untuk Encik. Lepas itu, kita akan pergi ke butik
‘ Kampung Pengantin’ di Platinum Walk untuk mencuba baju melayu untuk majlis
akad nikah Encik nanti. Selepas selesai, Jacob akan bawa Encik ke kondo . Encik
dah ambil kunci dan ‘entrance pass’ tadi kan? Kita sambung to-do list ni esok
dan esok kami akan bawa Encik ke spa.” Kata-kata Mimi di beri perhatian yang
serius oleh Fahrin.
“ Spa? Apa aku kena buat kat situ?
Adoii..masak kau kali ni, Fahrin. Seumur hidup tak pernah masuk spa,sekarang
kena pergi spa,manicure, pedicure bagai…ya ampun! “ Maka bermulalah persiapan
Rayyan Fahrin ke arah menjadi menantu Datuk Abdullah.
“Kira
okay ape..bersyukurlah Rayyan Fahrin! bukan semua orang dapat peluang macam kau
ni.Dapat jadi menantu jutawan terkenal dan dapat tiga orang pembantu khas pulak
tu.” Hati kecil Fahrin memujuk tuan empunya hati.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Seminggu
berlalu dengan pantas. Dalam tempoh itulah, Rayyan Fahrin ke hulu ke hilir
mengikut ke mana sahaja Mimi dan Richard bawa. Persahabatan mula terjalin
dengan Mimi dan Richard. Mimi dan Richard ibarat kucing dengan anjing selalu
bergaduh tapi akhirnya berbaik semula. Macam Tom dan Jerry pulak.
Usik-mengusik, selalu bercanggah pendapat tapi ada kalanya boleh bertepuk
tampar pulak.
Setelah
seharian ke sana –sini, usai sahaja sembahyang Isya’ Rayyan Fahrin terus sahaja
terlentang di atas katil di kondo yang disediakan oleh Datuk Abdullah
untukknya. Badannya berasa sangat penat. Satu petang di habiskan dengan
menjelajah KLCC, dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Hasilnya,
Jacob,Richard dan Rayyan Fahrin sendiri terpaksa membimbit pelbagai beg kertas.
Semuanya barangan berjenama. Perfume Hugo Boss, pen John Hancock,
briefcase,kasut,stoking tali leher pelbagai warna dan bermacam lagi di beli
oleh Mimi dan Richard. Yang paling menarik ialah semuanya di bayar dengan
menggesek kad kredit platinum pemberian Datuk Abdullah. Bestnya jadi orang
kaya, duit menimbun tak habis nak guna tapi awas ya,hutang pun menimbun juga.
Lamunan
Rayyan Fahrin terhenti apabila deringannya memecah kesunyian malam. Setelah
menjawab panggilan telefon, tangannya seakan kaku. Uncle Hashim memberitahu
Rayyan Fahrin supaya bersedia. Malam esok Datuk Abdullah akan mengadakan makan
malam keluarga dan dia akan diperkenalkan secara rasmi sebagai bakal menantu.
Jantung
Rayyan Fahrin bagai mahu pecah. Si Arteri pulmonary terpaksa bekerja lebih daripada biasa. Si
Hati mula memujuk Si Pemilik hati yang sudah tidak keruan.
“Ayin..sabar..bawak bertenang.Engko nak kena jumpa bakal-bakal in-laws je. Bukan
nak pergi berperang pun. Bakal ibu mertua,bakal bapak mertua, bakal adik ipar
dan yang paling penting dengan bakal isteri engko tu orang. Bukan keluarga
T-Rex yang kau nak takut sangat.”
Takut
betul Rayyan Fahrin. Dia membayangkan bakal isterinya yang gemuk
gedempol,garang dan semua yang negatif bermain di dalam minda. Akhirnya dia
tertidur sehingga bermimpi bersanding dengan seorang gadis gemuk dan garang di
atas pelamin. Di dalam mimpinya, Nenek, Nia dan Daus mengetawakannya sampai
tergolek-golek.
“
Tidakkk!!!!” Buk! Rayyan Fahrin terjatuh dari atas katil. Matanya terbuka luas.
“ Astarghfirullahhalazim..Fuhh…nasib baik mimpi . Aduh..mimpi pun macam betul
je. Mimpi pun dah menakutkan.Kalau betul macam dalam mimpi bagaimana bagaimana
agaknya reaksi Rayyan Firdaus.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Subuh-subuh lagi Rayyan Fahrin
bangkit daripada tidur. Sehari dua ini, lenanya agak terganggu. Mungkin kerana
terlalu memikirkan hal perkahwinannya dengan anak Datuk Abdullah sampai
terbawa-bawa ke dalam minda separa sedar. Kuat betul penangan hal perkahwinan
itu. Dalam keterpaksaan Rayyan Fahrin cuba menerima apa yang berlaku dengan
redha. Mungkin inilah suratan yang telah di tentukan olehNya dan dia berharap
bakal isteri juga begitu.
Malam nanti dia akan menghadiri makan malam di rumah Datuk Abdullah. Pagi
itu, Rayyan Fahrin mengambil keputusan untuk berjoging dan bersenam di Tasik
Titiwangsa yang terletak tidak jauh dari kondo Platinum Lake yang dia diami.
Petang semalam dia sudah meninjau jalan sambil pusing-pusing Kuala Lumpur. Rayyan
Fahrin menyusuri jalan dengan memandu kereta Proton Perdana hitam milik
syarikat yang di pinjamkan kepadanya. Jalan Genting Kelang ke Pusat Bandar agak lengang kerana waktu
masih awal kira-kira jam 7.00 pagi. Hari Ahad, biasalah, tentu masih ramai warga kota sedang memeram air liur basi
di rumah masing-masing.
Sebaik papan tanda susur keluar ke
‘Taman Tasik Titiwangsa’ kelihatan, dia terus member isyarat untuk membelok ke
kiri. Matanya meninjau-ninjau ke kiri dan ke kanan, melihat deretan rumah-rumah
banglo di kawasan itu.
“ Hmmm..mesti harga hartanah kat
sini berjuta-juta. Kalau aku dapat beli banglo kat sini sebijik, kayalah aku..”
Si Otak sudah mula berangan.
Rayyan Fahrin memperlahankan
pemanduan dan matanya mula meninjau tempat untuk memakir kereta yang di
pandunya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk memakir kereta di satu petak
parkir yang agak hampir dengan pintu pagar kecil ke trek untuk berjoging. Isyarat ke kiri sudah di beri awal-awal
supaya pemandu di belakang tahu yang dia memarkir kenderaan di situ.
Tiba-tiba, “ gedegang!!!!” bunyi
hentakan kuat di bahagian kiri depan kereta yang di pandunya.
“ Allah Huakbar! “ Hanya itu yang
keluar daripada mulut Rayyan Fahrin. Hatinya mula hangat. Perasaan marah dan
geram mula membara bila sebuah kereta Honda CRV berwarna perak, tiba-tiba
mengundur dengan laju. Akibatnya, lampu depan Perdana Hitam yang di pandunya
berkecai di langgar oleh belakang kereta Honda CRV itu.
Seketika kemudian, seorang perempuan
keluar daripada Suv Honda tersebut sambil bercekak pinggang.
“ Ewah-ewah..dia pulak yang bercekak
pinggang! Patutnya aku yang marah sebab dia yang keluar menonong macam tu
sampai aku tak sempat nak brek! Ni memang nak kena perempuan.” Rayyan Fahrin
memberhentikan kereta setelah isyarat lampu kecemasan diberikan.
Sebaik Rayyan Fahrin keluar daripada
kereta, Si pemandu Honda CRV terus memarahinya.
“ Hello Encik! Awak ni baru dapat
lesen ke? Tak nampak ke lampu ‘reverse’ kereta saya? Ke mata letak kat kepala
lutut!”
Rayyan Fahrin mula berangin. Mulanya
dia mahu beralah bila nampak pemandunya perempuan. Tapi bila Si pemandu CRV
sudah me’laser’nya tanpa memberi salam, maka dia pun ter’laser’ mulut sekali.
“ Oii Cik Kak! Saya salah ke awak
yang salah? Kereta dah mahal, takkan takde ‘reverse sensor’. Jangan nak sesuka
hati sesedap rasa je nak undur. Sebab tu semua kenderaan ada cermin pandang
belakang! Entah-entah awak yang pakai lessen terbang!” Rayyan Fahrin turut
bercekak pinggang, sudah tidak peduli aksi mereka sudah menjadi perhatian
pengunjung taman yang lain.
“ Lantaklah siapa yang salah!
Sekarang ni saya nak awak alihkan kereta buruk awak ni. Bagi laluan, saya nak
balik sekarang! Setakat lampu pecah tu saya boleh bayar ganti ruginyalah!
“ Tangan pemandu Honda CRV mula menyeluk
poket mahu mengeluarkan dompet. “ Eh..mana pulak perginya ‘purse’ aku ni?
Takkan hilang kot. Tadi ada dalam poket aku ni.” Air muka Si perempuan sudah
mula cemberut.
“ Harapkan muka je cantik tapi
berlagak nak mampus! Kalau takde duit cakap jelah. Tak payah nak kelentong. So
sekarang macam mana. Saya tak kira ,awak kena bayar ganti rugi! “ Rayyan Fahrin
masih tidak mahu mengalah.
“ Err..Encik..macam inilah ye…saya
minta maaf,’Purse’ saya hilang. Saya berikan nombor telefon saya. Nanti Encik
datanglah ke pejabat saya, saya akan bayar ganti rugi.” Si Gadis sudah
menurunkan ton suara.
“ Nombor telefon buat apa!
Entah-entah awak bagi nombor telefon palsu.Tak kira awak kena bagi saya
sesuatu!” Rayyan Fahrin tetap bertegas mahukan ganti rugi.
“ Okay fine! “ Ton suara Si Gadis
mula naik semula. Tiba-tiba otaknya teringatkan sesuatu. Baru dia teringat,
semalam dia ada meletakkan beberapa keping kad perniagaan di dalam ‘dashboard’.
Dengan pantas Si Gadis membuka pintu sebelah penumpang Honda CRVnya dan
menyelongkar ‘dashboard’ kereta. Oleh kerana terlalu bengang dengan Si Lelaki,
tanpa di sedari Si Gadis yang santai
berseluar ‘track bottom’ putih dan berbaju t-shirts Adidas berwarna biru tua,telah
menundukkan kepala ke dalam kereta dan secara tidak langsung telah
‘membontotkan’ Si Lelaki yang masih bercekak pinggang.
“ Mai ai..memang selamba badak betul
minah ni. Boleh bagi ‘bontot’ lagi kat aku. Dah dia tunjuk, apa lagi layan
ajelah.” Rayyan Fahrin menelan liur dan tergamam dengan tayangan percuma di
depan mata.
Tiba-tiba, mata Rayyan Fahrin
tertancap pada punggung Si Gadis. Bukan hendak menjamu mata tetapi kerana dia
ternampak ada tompokan berwarna merah pada seluar Si Gadis di bahagian
punggung. Oleh kerana seluar Si Gadis itu berwarna putih, maka kesan tompokan itu amat jelas kelihatan.
Si Gadis pula,setelah puas
menyelongkar kertas-kertas di dalam dashboard, akhirnya sekeping business card
di temui.
“ Yes! Found it.Err..Encik ini card
saya. Since dompet saya entah ke mana, jadi Encik boleh datang ke alamat ni
untuk dapatkan bayaran gantirugi. Kalau Encik tak percaya juga, ni ambik jam
tangan saya ni. Saya akan ambil semula jam ni nanti.” Adrianna menghulurkan kad
perniagaan dan jam tangan ‘Tag Heuer ladies’ yang baru di beli bulan lepas di
buang daripada pergelangan tangan. Adrianna berharap lelaki itu akan terus
berlalu pergi dari situ. Dia sudah bosan dan meluat melihat muka lelaki
yang ‘kerek’ tersebut.
Rayyan Fahrin menyambut huluran kad
nama daripada Si Gadis dan tanpa membacanya terus memasukkan kad dan jam tersebut
ke dalam poket ‘track bottom’ Adidas yang di pakainya. Sebelum beredar, dia
memandang muka Si Gadis dan selamba menuturkan kata yang berbau usikan.
“ Cantik tompok merah kat punggung
awak…seluar corak baru ke? Kat mana awak beli? Saya pun nak beli satu untuk
adik saya.” Sejurus kemudian, Rayyan Fahrin beredar masuk ke dalam kereta yang
sudah pecah lampunya dibahagian depan
sebelah kiri. Sebelum berlalu sempat lagi dia mengenyitkan mata kepada Si
Gadis. Kalau tidak kerana temujanjinya
pada pukul sembilan nanti dengan Uncle Hashim, mahu dia terus ‘bertekak’ dengan
gadis tersebut. Entah kenapa jantungnya berdegup pantas bila memandang gadis
tersebut. Wajah bujur sirih gadis tersebut sangat manis dan menarik
perhatiannya. Jauh di sudut hati, dia berharap dapat berjumpa gadis itu lagi. Wajah bujur sirih yang cerah, hidung mancung
dan jelingan ‘mautnya’..aduhh..bisa menggetarkan hati lelaki milik Rayyan
Fahrin.
“ Fahrin,kau jangan nak buat hal.
Tak lama lagi kau nak kahwin. Jangan nak menggatal dengan perempuan lain pulak.
Menempah bala namanya tu.” Si Otak mula mengingatkan empunya badan.
Si Gadis pula, apabila terdengar
kata-kata Si Lelaki Kerek,terus berpaling melihat seluarnya di bahagian
punggung.
“ Ya Allah..malunya aku. Macam mana
boleh tak sedar ‘cedera parah’ macam ni. Dalam banyak-banyak hari, hari ni
pulak boleh ‘overflow’. Depan Mamat Kerek pulak tu. Mangkuk geluk, mangkuk
tingkat,mangkuk jamban dan mangkuk segala mangkuk punya Mamat. Boleh dia cakap
macam tu kat aku. Malunya..kalau dia datang mintak gantirugi macam mana
yek?Kena jumpa dia lagi. Jam tangan aku pun ada dengan dia. Aduhh..bodohnya kau
Anna. Apasal senang-senang kau bagi jam tangan kat dia. Lima ribu lebih tu..”
Merah
padam muka Adrianna menahan malu. Dahinya ditepuk-tepuk dengan tapak tangannya.
“Kenapa jantung bagai nak pecah bila berdepan dengan Mamat Kerek tu? Pada hal, bab marah-marah
orang aku dah pro sangat. Aku selalu jumpa lelaki-lelaki tampan luar sana tu,
tapi tak pernah pulak rasa macam ni. Kenapa yek?”
P/S:
HARAP KORANG BERPUAS HATI DENGAN EN3 INI. COMMENTS PLS…
No comments:
Post a Comment