BAB 3
“ Tok! Tok! Tok!” ketukan pada pintu
bilik pejabat membuatkan Datuk Abdullah berhenti memeriksa fail ditangannya. “
Masuk! Jelas dan lantang sekali suara Datuk Abdullah dari dalam.
“Assalamualaikum Datuk..” “ Waalaikummusssalam..” Salam dijawab dengan senyuman
apabila muka Hashim ,orang kanan yang paling dipercayainya muncul. Datuk
Abdullah bangun lantas ekor tangannya mengisyaratkan ke arah sofa kulit mewah
yang import khas dari Itali. Sebaik duduk di sofa empuk, terus Datuk Abdullah
bertanyakan perkembangan tugas yang diarahkannya kepada Hashim. “ So, Shim
macam mana? Dah buat apa yang saya suruh? Saya harap awak tak hampakan saya..”
ayat yang bersahaja tetapi tegas keluar dari mulut Datuk Abdullah.
“ Dah datuk. Saya dah buat seperti
yang apa datuk arahkan pada saya. Inilah butiran peribadi calon terakhir yang
mampu bertahan dengan semua ujian yang telah datuk tetapkan. Dia yang
terbaik daripada sepuluh calon yang
berjaya melepasi ujian peringkat akhir di Hutan Belum.Terpulang pada datuk
sekarang hendak menerimanya atau tidak. Esok saya akan bawa dia ke lokasi yang
telah kita bincangkan sebelum ini. Kita tengok sama ada dia mampu bertahan dan
melepasi ujian yang akan menguji ketahanan mental,emosi dan fizikalnya.”
Panjang lebar Hashim memberitahu setiap perkembangan “projek” yang ditugaskan
sambil sebuah fail biru diserahkan kepada Datuk Abdullah. “ Err.. Datuk, boleh
saya tanya..datuk betul-betul seriuskah dengan semua ini? Saya bukan apa, Cuma seumur hidup saya inilah kali pertama
saya berhadapan dengan perkara seperti ini.Cara datuk cari calon menantu lain
daripada yang lain.” Hashim menyatakan apa yang terbuku dihatinya dengan
perlahan. Bimbang juga kalau-kalau tutur katanya akan mengundang kemarahan
Datuk Abdullah. Dia hanya mahukan kepastian untuk menghilangkan rasa was-was
yang bermukim dihati. Sebaik mendengar kata-kata Hashim, cermin matanya
ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja kopi. “ Awak sudah bekerja dengan
saya sudah berapa tahun?” Pertanyaan Hashim dibalas pula dengan pertanyaan. “
Awak kenal siapa saya.Perlukah saya jawab soalan awak itu tadi? “ I do what I
have to do.Proceed dengan apa yang telah kita rancang. Esok kita tengok sama
ada dia layak atau tidak menjadi menantu saya. Biodata peribadi calon terakhir
itu dibaca dan diamati dengan teliti.
Nama Penuh : Rayyan Fahrin Bin Iskandar
Tarikh lahir : 17 Julai 1982
Tempat lahir : Tanjung Karang, Selangor
Pendidikan Tertinggi : 1) B.A. Hons- Pentadbiran Perniagaan
(
Universiti Teknologi Malaysia)
2) Ijazah Sarjana kelas pertama dalam
bidang ‘Business,economic and social studies’
( The University of Dublin, Ireland )
Ibu/bapa : Iskandar B. Abd.Halim/ Mariam Khadijah
bt. Talib.
( Kedua-duanya sudah meninggal dunia
dalam nahas kemalangan di Mekah ketika menunaikan Umrah tahun 1992)
Adik-beradik : 3 orang, anak pertama.
Adik lelaki Rayyan Firdaus (19), sedang belajar di Universiti Lim Kok Wing
dan adik perempuan, Rania Irdiani ( 17) , tingkatan 5.
Latar Belakang:
·
Dibesarkan oleh datuk dan nenek
setelah kedua ibu bapa meninggal.
·
Mengambil alih dan mengusahakan
ladang ternakan kambing baka ‘Boer’ warisan datuknya.
·
Masih tinggal dengan nenek di
Kuala Selangor.
Nenek sakit menghidap
kanser payudara.sedang menjalani rawatan.
|
“
Ermm.. boleh tahan calon ini. Tapi saya hairan ,dia ada kelulusan tinggi dan
cemerlang tapi kenapa jadi penternak kambing je..” “ Itu pun saya dah siasat
Datuk, dia belajar ke luar Negara atas scholarship syarikat swasta .Pulang
daripada Ireland dia memang ada bekerja dengan sebuah Syarikat swasta dan
menjawat jawatan yang tinggi. Tapi berhenti kerja sejak neneknya sakit sejak 2
tahun yang lalu. Dalam masa yang sama datuknya pulak meninggal.Dia yang menjaga
neneknya yang sakit,ulang-alik hospital untuk rawatan kimoterapi neneknya.”
Teliti sekali siasatan Hashim terhadap butiran peribadi Rayyan Fahrin. “ Bagus
Shim, siasat dalam segenap aspek. Apa pun kita tengok esok sama ada dia seperti
yang awak katakan..” Datuk Abdullah merenung tajam muka Hashim telah menjadi
orang kepercayaannya sejak lima belas tahun yang lalu. Hashim mengangguk
perlahan tanda mengerti. “ Baik Datuk. Saya akan pastikan semua orang kita
bersedia. Saya sendiri akan jemput Datuk pagi esok dirumah.” Hashim bingkas
bangun dan meminta diri untuk bersedia dengan tugasan seterusnya.Dalam hati
tidak lupa doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar segala urusan yang dirancang
akan berjalan dengan lancar.
“ Arghh….penatnya badan”. Gumam
Rayyan Fahrin di dalam hati. Seluruh badannya terasa sengal-sengal. Bahunya dan
lehernya rasa tegang semacam sahaja. Tangan kanannya mengurut-urut bahu dan
pangkal leher yang penat tahap dewa. Fuh penat tak terkata. Manakan tidak,
sejak tiga minggu yang lalu pelbagai
ujian ala komando dan halangan yang terpaksa di hadapi. Daripada berlari,
berjalan sambil menggalas beban 20kg, berenang berpuluh-puluh kilometer,
mendaki bukit, merentas hutan,menyelam dan menahan nafas di dalam air.Latihan
ala komando yang telah dilalui benar-benar menguji ketahanan mental dan
fizikalnya. Tak cukup dengan itu, dia turut kehendaki mengaji quran dan menjadi
bilal serta menjadi imam sebuah surau selama seminggu. Itu bukanlah masalah kepadanya
kerana ia sudah menjadi rutin hidupnya di kampung. Pelik tapi benar. Itulah
antara ujian yang terpaksa ditempuhi sebagai ‘interview kerja ‘ jawatan
‘Pembantu Khas Datuk Abdullah’ yang dipohonnya sebulan yang lalu. Iklan jawatan
tersebut amat menarik perhatiaannya.
Semua syarat dan criteria yang dikehendaki sesuai dengannya dan yang paling
penting gaji yang ditawarkan amak lumayan- RM7000! Dahulu dia tidaklah
bercita-cita besar. Tetapi semenjak nenek kesayangannya didiagnos dengan kanser
payudara, dia terpaksa berfikir jauh ke hadapan. Adik-adik yang masih belajar
menuntut perbelanjaan yang tinggi. Termasuklah kos untuk rawatan untuk neneknya
yang mencecah ribuan ringgit sebulan . Projek ternakan kambingnya tidak
mendatangkan untung seperti yang di harapkan kerana kambing-kambingnya diserang
penyakit kuku dan mulut. Maka pihak Jabatan Haiwan terpaksa mengkuarantinkan
semua haiwan ternakan dalam kawasan Tanjung Karang. Lagi pula, siapa yang tidak
kenal dengan Datuk Abdullah, seorang ahli perniagaan yang terkenal dan
mempunyai empayar perniagaan yang gah di
dalam dan di luar Negara. Rayyan Fahrin merasakan ini satu peluang yang baik
untuk dia membina kerjaya demi nenek dan adik-adiknya. “ Rayyan Fahrin!
Fighting!fighting! “. Dia bermonolog sendirian cuba memberi semangat kepada
dirinya sendiri. Badannya direbahkan di atas katil bilik hotel yang disediakan
untuknya. Dek kerana badan yang amat keletihan, akhirnya Rayyan Fahrin terlena
dalam dengkuran halus. Apa yang bakal di tempuhi esok hari adalah sesuatu
diluar jangkaan Rayyan Fahrin. Yang pasti Rayyan Fahrin akan diuji dengan
kaedah yang cukup luar biasa.
Pukul lapan malam keesokkan harinya,
Rayyan Fahrin sudah di jemput oleh dua orang lelaki orang bawahan Hashim.
Rayyan Fahrin dimaklumkan bahawa mereka akan ke lokasi untuk ujian akhir untuk
jwatan yang ditawarkan. Dia dijelaskan yang Datuk Abdullah mahukan orang yang
benar-benar berkemampuan untuk mengisi jawatan pembantu khasnya. Rayyan Fahrin
mengangguk perlahan sebagai tanda faham semua arahan yang diberikan. Sesekali
ada terlintas difikirannya, mana ada temuduga kerja seperti yang dilaluinya sepanjang tiga minggu
yang lalu. Namun, semua yang terlintas di lontarkan jauh-jauh dari fikirannya.
Dia perlu fokus!
Setelah setengah jam berada di dalam perut kereta
Toyota Vios yang di pandu oleh lelaki yang di kenali sebagai Zaki,akhirnya berhenti di depan pintu masuk Restoran Pelita.
“ Mir, kau bawa masuk Encik Fahrin dulu. Aku nak cari parking kejap.” Lelaki
yang dikenali sebagai ‘Amir’ mengangguk mengerti. Rayyan Fahrin mengekori Amir
dengan hati yang berdebar-debar. Pelayan
restoran yang berpakaian seragam kemas menyambut kedatangan mereka dengan
senyuman manis. Seketika kemudian, seorang pelayan menghampiri dan membawa
mereka sebuah meja dan perkataan ‘ RESERVED’ di atas meja dialihkan. “ Kita
duduk di sini dulu, sekejap lagi Encik Hashim dan Datuk Abdullah akan datang.”
Seketika kemudian, Zaki sampai dan terus
melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Amir. Bunyi deringan lagu ‘ ringing
tone’ telefon Zaki memecah keheningan suasana antara mereka. “ Hello.. ya,
Encik Hashim kami dah sampai . Ok” Ringkas sahaja perbualan telefon Zaki dengan
si pemanggil. Beberapa minit kemudian
Rayyan Fahrin nampak figura yang hanya di kenalinya di dalam majalah-majalah
ekonomi dan televisyen, Datuk Abdullah berjalan masuk ke dalam Restoran yang
agak eksklusif itu diiringi oleh Encik Hashim yang dikenalinya sebagai seorang
peguam syarikat Datuk Abdullah. Zaki mengangkat tangan melambai sebagai isyarat
di mana mereka berada.
Tiba-tiba bunyi dua das
tembakan “bang!bang!” mengejutkan semua
yang berada di restoran itu. Tiga orang lelaki bertopeng ski-masked menyerbu
masuk. Salah seorang meluru ke arah Datuk Abdullah dengan pantas dengan
menyilangkan tangan dileher Datuk sambil mengacukan sepucuk pistol di
kepalanya. Sekali lagi tembakan dilepaskan ke arah siling dan salah seorang
lelaki bertopeng itu mengarahkan semua
meletakkan tangan di kepala. “ What the heck’s going on here?” Rayyan
Fahrin cuba berfikir dengan jelas dengan apa yang baru sahaja berlaku di
hadapannya. Dengan jelas dia melihat muka Datuk Abdullah berkerut pistol di kepalanya. Mereka ini bukan perompak
tapi penculik yang cuba menculik Datuk Abdullah. Sewaktu penculik cuba beredar
ke arah pintu masuk kaca restoran, sewaktu itulah Rayyan Fahrin ternampak kotak
fius restoran tersebut. Sepantas kilat, dia membuka kotak fius lalu menarik
suis ‘on’ ke bawah menjadi ‘off’. Seluruh restoran bergelap dan ketika itulah Rayyan Fahrin
tangkas meluru ke arah Datuk Abdullah. Mujurlah cahaya dari luar restoran
membantunya. Belum sempat penculik membuat apa-apa, Rayyan Fahrin telah
menghentak tangan lelaki yang mengacukan pistol menyebabkan pistol terjatuh ke
lantai. Satu tumbukan dan tendangan padu diberikan sehingga lelaki yang
bertopeng jatuh terduduk. Menyedari perancangan tidak berjalan seperti yang
dirancang, salah seorang lelaki bertopeng menjerit, “ lari! “. Lintang- pukang
lelaki-lelaki bertopeng itu melarikan diri menuju ke arah sebuah kereta .yang
sedia menunggu di luar restoran. Rayyan
Fahrin tersenyum puas. Tidak sia-sia tali pinggang hitam taekwando yang di
milikinya ketika belajar di universiti dahulu. Rayyan Fahrin berjalan ke arah
kotak fius dan butang ‘off “ diangkat ke atas. Cahaya lampu kembali menerangi
restoran itu. Apabila berpaling, Dia ternampak Datuk Abdullah mengerang
kesakitan. Tangan kanannya memegang bahagian kiri dada. Encik Hasyim dan Rayyan Fahrin sama-sama
berlari mendapatkan Datuk Abdullah yang dalam kesakitan. “ Sabar Datuk, sabar…
kita bawa Datuk ke hospital!” Ucap Rayyan Fahrin bersungguh-sungguh. “ Tak
perlu..ambilkan ubat saya di dalam poket baju kot saya.” Ucap Datuk Rayyan
tersekat-sekat. Dengan segera Encik Hashim mencari ubat sakit jantung yang
Datuk Abdullah maksudkan. Salah seorang pelayan restoran yang hanya memerhati
sejak dari tadi bergegas mendapatkan segelas air. Seketika kemudian, Datuk
Abdullah beransur pulih. “ Terima kasih kerana menyelamatkan saya. I owed you
my life young man.” Datuk Abdullah
menghulurkan tangan kanan untuk berjabat salam tanda terima kasih yang tak
terhingga.Kemudian, dia mengeluarkan sebuah buku cek dan sebatang pen dari
dalam poket baju kot. “ Berapa yang awak mahukan di atas pertolongan awak tadi?
Ini cek kosong yang telah saya tandatangani, tulislah berapa saja jumlah yang
awak mahu, saya akan berikan.” Rayyan Fahrin tersenyum kecil apabila mendengar
kata-kata Datuk Abdullah sambil mengeleng-gelengkan kepala. “Datuk, you owe me nothing. Saya ikhlas
menolong Datuk. Saya tidak meletakkan harga kepada apa yang saya lakukan. Lagi
pun semua orang sama-sama menolong Datuk Tadi.” Jujur Rayyan Fahrin menolak
tanpa megesyaki apa-apa.
Sebenarnya apa yang Rayyan Fahrin
tidak tahu ialah, semua insiden yang berlaku sebentar tadi adalah ‘drama’
semata-mata. Ya.. drama dan lakonan yang bertujuan untuk menguji sejauh mana
Rayyan Fahrin akan bertindak bila berdepan dengan musibah dan sanggupkah dia
mempertaruhkan nyawa demi orang lain. Ternyata Rayyan Fahrin memang seorang yang
boleh diharapkan.
“ By the way Datuk, inilah Rayyan
Fahrin, calon pembantu khas Datuk yang kita nak jumpa tadi.” Encik Hashim
sengaja menekankan perkataan ‘calon pembantu khas datuk’ sambil matanya memberi
isyarat kepada Datuk Abdullah. Dalam hatinya hampir tergelak kerana Datuk
Abdullah telah berlakon dengan baik sekali. Kalah pelakon drama tv. Tak
pasal-pasal dengan dia sekali ikut sama berlakon. “ oh ye ke..” Datuk Abdullah
pura-pura terkejut .Dia tersenyum kerana semua berjalan sperti apa yang dirancang.
“ kalau macam tu.. tak payah nak interview lagi. Well..Encik Rayyan Fahrin. You
are accepted dan qualified enough to be my…” tergantung begitu sahaja namun
didalam hati Datuk Abdullah meyambung..my son –in-law. Bagus..ada pakej
lengkap, muka handsome,badan sasa, kulit cerah, tinggi lampai sesuai dengan
Rianna., berpendidikan dan pandai mengaji quran, boleh jadi imam.Inilah
kriteria yang aku cari. Lelaki yang boleh memimpin keluarga dan paling paling
penting membimbing puteri ‘garang’ kesayangannya. Muka Rayyan Fahrin ditenung
lama sehingga membuatkan Rayyan Fahrin kelihatan gelisah bila diperhatikan
begitu. Melihat Rayyan Fahrin gelisah ,Datuk Abdullah bersuara lagi,“ Hashim,
esok awak bawa Encik Rayyan Fahrin ke pejabat saya. Tahniah Encik Fahrin, awak
Berjaya. Saya akan terrangkan dengan terperinci tugas awak esok. Jangan lambat!”
Rayyan
Fahrin berjabat tangan dengan senyuman yang lebar.Gembira tak terkata. Dia
menadah tangan mengucapkan syukur kepadaNya kerana doanya makbul.Dapatlah dia
berusaha merawat kanser nenek dan
menampung adik-adiknya yang masih belajar.
Keesokkan paginya, Rayyan Fahrin
awal-awal lagi siap berpakaian kemas. Setelah puas hati dengan penampilannya
berkemeja biru lembut dengan tali leher sedondon, dia melangkah keluar dari bilik
hotel . Encik Hashim telah menelefon memberikan
alamat pejabat Datuk Abdullah. Jam tangan di kerling.” Ahh..masih awal
lagi..”getus hati kecilnya. Rayyan Fahrin memboloskan diri ke dalam perut teksi
yang sedia menunggu di hadapan hotel. Sekeping nota kecil yang tertulis alamat
tempat hendak dituju diberikan kepada pemandu teksi. Lebih kurang tiga puluh
minit kemudian teksi yang dinaiki berhenti dihadapan sebuah bangunan yang
tersergam megah. “ Menara Casa Impiana. Inilah tempatnya Encik.” Si pemandu teksi
bersuara. Meter teksi menunjukkan ’12.70’.Not kertas sepuluh dan lima Ringgit di keluarkan dari kocek baju
lalu dihulurkan kepada pemandu teksi. “ Keep the change.Terima kasih”.
Rayyan Fahrin menarik nafas dalam
lalu mendongak ke atas. “Menara Casa Impiana”.Dengan
senyuman dan lafaz Bismillah, Rayyan Fahrin berjalan masuk ke main entrance
bangunan. Matanya meninjau-ninjau sekeliling sambil melangkah ke arah ruang
elevator. Sebaik pintu terbuka, cepat-cepat Rayyan Fahrin masuk lalu butang
‘22’ ditekan. Berdebar-debar dan teruja sungguh hatinya apabila melangkah
keluar dari ruang lift. Meja penyambut tetamu dituju dengan senyuman mekar di
bibir. “ Hello, Good morning miss, saya Rayyan Fahrin Iskandar.Saya ada
appointment dengan Datuk Abdullah pukul 10.00.” Dengan senyuman manis , Kelly
si penyambut tetamu memintanya tunggu sebentar. Seketika kemudian, seorang
perempuan berkebaya merah muncul. “ Encik Rayyan Fahrin.Saya Melissa,
Setiausaha Datuk Abdullah. Panggil saja Kak Mel. Silakan Datuk Abdullah sedang
menunggu di atas.” Rayyan Fahrin menurut langkah setiausaha Datuk Abdullah
menuju ke arah sebuah bilik. “ DATUK ABDULLAH B.RAHMAN. CEO”. “ Silakan..”
“ Bagus, right on time”. Datuk
Abdullah memulakan bicara. Cepat-cepat Rayyan Fahrin menghulurkan tangan
berjabat salam. Encik Hashim orang kanan Datuk Abdullah yang merangkap peguam
syarikat mengiringi mereka ke ruang rehat dalam pejabat Datuk Abdullah yang
luas. Penuh gaya dan ekslusif pada pandangan Rayyan Fahrin. Mewah. Gabungan
warna-warna pastel yang lembut sungguh mendamaikan hati. Bingkai-bingkai gambar
dan lukisan menghiasi dinding ruang pejabat itu. Memang fisrt class taste Datuk
Abdullah. “ Encik Rayyan Fahrin, let me be straight with you. Mesti awak
terfikir-fikir why you have to undergo such an extreme job interview kan? Saya
mencari orang yang terbaik to suit the position. Ini kontrak perjanjian jawatan
awak. Sila tandatangan selepas awak go through the pages.” Rayyan Fahrin
terlalu teruja. Dia hanya membaca semua butiran sepintas lalu. Entah kenapa
butiran yang di baca tidak melekat di fikiran. Apa yang dia Nampak adalah
bayaran bulanan yang akan diterima basic sahaja RM 6000. Itu tidak termasuk
elaun. Otaknya sudah ligat berkira-kira dapatlah dia menampung kos rawatan
kimoterapi nenek dan kos belajar adik-adiknya. Demi keluarga dia sanggup susah
asalkan semua insan tersayang bahagia. Tanpa berfikir panjang lagi Rayyan
Fahrin menurunkan tandatangan pada helaian perjanjian itu. Ya, perjanjian yang
akan menyatukannya dengan seseorang.Selepas selesai, giliran Datuk Abdullah
pula menurunkan tandatangan diikuti pula oleh Encik Hashim sebagai saksi.
“ Awak faham tak apa yang awak
tandatangan? Terima kasih awak baru sahaja bersetuju menjadi menantu saya.” “
me..nantu? siapa yang jadi menantu?” Awaklah..calon terbaik yang lulus ujian .
“ Datuk bergurau ke? Rayyan Fahrin sungguh terkejut otaknya tidak dapat nak
memproses sebarang maklumat.Rasa blank semacam. “ Saya tak bergurau. Sebulan
lagi awak akan kahwin dengan anak perempuan saya, Adrianna. Don’t let me
down.no..no..you can’t let me down.” Datuk Abdullah membetulkan ayatnya. Lidah
Rayyan Fahrin kelu seribu bahasa dan dia betul-betul speechless! Dia cuba untuk
membantah tapi entah kenapa tiada kata-kata yang mampu keluar dari mulutnya
seolah terkunci rapat.
“
Saya dah siasat segala-galanya pasal awak. Awak still single…everything. It’s a
win-win situation for both of us. Pasal nenek awak jangan risau. Saya akan
tanggung kos rawatan dan hospital terbaik untuk nenek awak di luar negara. So
in return, saya nak awak ‘jinakkan’ anak saya.Jadikan dia anak dan isteri
solehah..atau kalau awak tak sanggup awak kena bayar suku juta tunai dalam masa
tiga hari. The choice is yours.” Datuk Fahrin berkata dengan yakin sekali
sambil surat perjanjian tadi ditunjuk-tunjukkan. Wah hebat sungguh kejutan yang Rayyan Fahrin
terima pada pagi yang mulia ini. “ Rayyan Fahrin..masak kau kali ni.. bukan
setakat masak dah kira hangus rentung tak dapat diselamatkan lagi. Say no? mana
nak cekau suku juta dalam masa 3 hari. Ish buduh betul kau ni Fahrin..tadi
kenapa tak baca dulu perjanjian tu ..pakai sain je..itulah kau cepat sangat
kelabu mata dengan gaji RM7000, sudahnya tergadai body..adoiii Nek Wan..tolong
Ayin! Tapikan apa salahnya, Datuk kata dia akan tanggung kos rawatan
nenek.Nenek akan dapat rawatan di hospital terbaik. Jadi apa salahnya kalau aku
berkorban sikit..untung sabut timbul,untung batu tenggelam. Manalah tahu, anak
datuk tu cantik kan aku juga yang untung. Kalau anak datuk gemuk gedempol macam
mana? Ni sah sah anak datuk ni gemuk gedempol takde siapa yang nak sebab tu
cari calon menantu macam ni sekali.ishh..habislah aku. Datuk kata dia nak aku
‘jinakkan’ anaknya…apa maksud dia tu? Anak dia kuda ke apa..silap haribulan
aku yang kena tendang..” “ So what’s
your answer?” Pertanyaan Datuk Abdullah membuatkan Rayyan Fahrin sedikit
tersentak. Fikirannya jauh menerawang cuba berfikir apa yang harus dilakukan. “
Saya..sa..ya.sa..ya..terima! “ Entah apa yang menyebabkan mulut Rayyan Fahrin
laju sahaja memberikan jawapan. “ Bagus!
Hashim akan terangkan segala apa yang awak perlu lakukan. So wahai bakal
menantuku, bersedialah sebulan daripada sekarang.”.”.Hashim, awak tahu apa yang
nak di buat kan?” Pandangan Datuk Abdullah dialihkan pula pada Hashim. “ Jangan
bimbang Datuk, saya akan uruskan segala-galanya.”
p/s:
please comments..next chapter saya introduce bakal isteri Jeffrey pulak ye..
Ehh , birthday Rayyan Fahrin same ngan kite laaa
ReplyDelete