PROLOG & BAB 1
semua insan yang bergelar manusia inginkan kebahagiaan. Sebahagiaan daripada kebahagiaanku adalah bila bila aku menulis. Seketika, segala problem dan tension aku lupakan bila aku dapat mencurahkan ideaku. Semoga kalian juga berasa bahagia bila membaca hasil nukilan mindaku yang tak seberapa.
PROLOG
Kaki Seng menguis-guis pasir pantai yang halus..putih bersih sambil mata
merenung pantai dengan penuh harapan. Hatinya tidak sabar menunggu kepulangan
Abdullah dari laut.Sesekali pangkin usang dibawah pondok menghadap ke laut itu
di ketuk-ketuk melagukankan irama keresahan yang tersemat di hatinya. Melilau
mata mencari kelibat Abdullah dengan bot kecilnya pulang dari menangkap ikan.
“Mana Abdullah ni…semalam cakap tunggu dalam pukul lima petang tapi sekarang dah pukul 6 petang lebih..batang hidung pun belum Nampak…haiya..penat tunggu ini macam..”getus hati kecilnya. Memang betullah kata orang penantian satu penyiksaan. “ isyy…baru tunggu satu jam lebih sudah banyak bosan..tapi tak mengapa.. buat buat Mary Jane tersayang seribu tahun pun sanggup tunggu..” Seng bermonolog sambil tersenyum sendirian. Masih teringat butir percakapannya dengan Abdullah petang semalam di jeti.
“Mana Abdullah ni…semalam cakap tunggu dalam pukul lima petang tapi sekarang dah pukul 6 petang lebih..batang hidung pun belum Nampak…haiya..penat tunggu ini macam..”getus hati kecilnya. Memang betullah kata orang penantian satu penyiksaan. “ isyy…baru tunggu satu jam lebih sudah banyak bosan..tapi tak mengapa.. buat buat Mary Jane tersayang seribu tahun pun sanggup tunggu..” Seng bermonolog sambil tersenyum sendirian. Masih teringat butir percakapannya dengan Abdullah petang semalam di jeti.
“ Lah,
esok kalau dapat ikan jenahak ,kerapu atau ebek engko simpan untuk aku ye..Mary
Jane teringin nak makan. Kau tahu Lah,semenjak dia mengandung ni macam-macam
yang dia nak makan.Aku nak beli kat pasar dia tak mahu.. katanya tak fresh”,
kata Seng yang senang ber’aku’-‘engkau’ dengan Abdullah.Lidah Melayunya cukup
fasih langsung tiada pelat cina.”
Alah..biasalah tu Seng, dulu masa Maimun mengandung lagi teruk. Bulan pertama
hinggalah bulan keenam mengandung kau tahu.. dia pernah mintak dengan aku nak
makan ayam hutan . Kalau tak dipenuhi kehendaknya, berhari-hari dia tak tegur
aku..tarik muncung empat belas.Lepas tu.. setiap kali dia dengar bunyi enjin
motor Honda Cup aku ni dia terus muntah. Yang peliknya masuk bulan keenam semuanya
macam biasa semula.Tiada lagi dia mengidam itu dan ini.” Bersungguh-sungguh
Abdullah memberitahu Chee Seng Perihal isterinya.” Dah berapa bulan Mary Anne
mengandung Seng? Anak perempuan aku usianya baru dua bulan,kalau Mary Anne
bersalin sebelum akhir tahun ni..sempat lagi anak kau dan anak aku sekolah
bersama.”Teringin Abdullah melihat anaknya berkawan bersekolah bersama seperti
persahabatan yang terjalin antara dia dan Chee Seng.
Walau pun
berlainan bangsa , dia dan Chee Seng bersahabat sejak darjah 3 lagi
apabila keluarga Chee Seng berpindah ke
situ mengusahakan bot-bot nelayan.Keluarga Seng mempunyai banyak bot dan
ayahnya dikenali sebagai Tauke Tan. Walau pun anak tauke ikan dan resort
pelancongan yang kaya, Chee Seng tetap
berkawan dengan Abdullah, anak salah seorang awak-awak bot nelayan ayahnya.
Keakrabannya dengan Abdullah kadang-kadang mengundang rasa benci bapa
saudaranyanya, Uncle Kenny yang memang sentiasa prejudis dengan orang melayu.
Namun begitu Tauke Tan seorang tauke yang baik dan disenangi oleh tekong-tekong
dan awak-awaknya yang terdiri daripada orang melayu. Namun, itu semua sudah
berlalu.Tauke Tan dan isterinya sudah meninggal dunia dalam satu kemalangan
ngeri dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta yang mereka naiki
telah jatuh ke dalam gaung lalu terbakar.Lebih tragis lagi mayat mereka
rentung. Chee Seng bernasib baik kerana dia tidak mengikuti mereka ke bandar.
Dia menghabiskan masa dengan Abdullah
dan budak-budak kampung bermain guli. Uncle Kenny mengambil alih pengurusan
bot-bot ikan dan juga pengurusan Ocean Blue Resort milik abangnya sebagai
pemegang amanah. Sebagai ‘trustee’, sampai masanya semua harta dan perniagaan
mesti diserahkan kepada Chee Seng apabila Chee Seng tamat belajar nanti.
Kini setelah Chee Seng telah tamat
belajar, pengurusan perniagaan Ocean Blue Resort terpaksa diserahkan kepada
Seng kerana tauke Tan telah meninggalkan wasiat yang perniagaan dan hartanya
yang bernilai jutaan ringgit itu mesti diserahkan kepada satu-satu anak
lelakinya Chee Seng apabila berumur 21 tahun. Walau mewarisi perniagaan
keluarga dan kaya, Chee Seng tetap meneruskan persahabatannya dengan Abdullah
tetap akrab walaupun Abdullah hanyalah awak-awak di salah sebuah bot nelayan
yang dimilikinya. Seng sangat mengkagumi semangat Abdulah yang kental dan
tabah. Dia cuba memperbaiki taraf hidupnya walau pun dia terpaksa berhenti
sekolah di awal usia lantaran kemiskinan hidup setelah bapanya hilang dilaut.
Baginya, Abdullah adalah sahabat dan orang yang dia paling percaya lebih
daripada dia mempercayai bapa saudaranya sendiri.
“
Sekarang macam mana? Dari dulu lagi gua suruh lu hapuskan Seng. Patutnya
dulu-dulu lagi lu paksa dia ikut abang dan kakak ipar lu pergi ke bandar.Kalau
tidak sudah tentu lu punya anak saudara sudah mampus bersama dengan ibu bapa
dia. Kita sudah rancang kemalangan itu dengan rapi tapi lu sayang sangat sama lu
punya anak saudara. Sekarang tengok..rancangan kita sudah lari daripada
rancangan asal. Kalau tak sekarang ni lu sudah kaya –raya, sudah jadi jutawan
mewarisi harta abang lu tau! Kalau anak saudara lu tiada, lu satu-satunya
pewaris yang sah harta abang lu! Gua tak mahu nanti gua sama anak kita, Ah Chai
merempat kalau lu sudah tiada.”Susan merenung Kenny dengan renungan yang tajam.
“ Lu jangan risau Susan. Lu isteri gua. Gua akan jaga lu dan Ah Chai
baik-baik.Lu kena percaya sama gua.Gua tak akan bagi lu hidup susah. Pasal
Seng, lu jangan bimbang gua sendiri yang akan uruskan. Gua akan pastikan dia
hanya patung boneka sahaja. Pemain dan pengawalnya kita…dia tidak akan tahu
apa-apa. Sampai masanya dia tak ada apa-apa lagi. Dia percaya pada Gua..Gua kan
Uncle Kenny. Apa yang gua cakap dia mesti percaya.” Kenny cuba menyakinkan dan
mententeramkan kerisauan Susan tentang rancangan mereka mahu membolot harta
abangnya.
Sangkanya
dulu setelah abang dan kakak iparnya mati dalam kemalangan yang dirancangnya 15
tahun yang lalu, dia akan kaya menjadi pewaris harta.Akhirnya dia dapati anak
saudaranya Chee Seng terselamat kerana tidak mengikuti abang dan kakak iparnya
ke Bandar dan yang paling menyakitkan hatinya ialah mendiang abangnya ada
membuat wasiat yang diuruskan peguam Lee dan Associates. Dalam wasiat itu dia
hanyalah pemegang amanah kepada anak saudaranya dan semua harta dan perniagaan
yang berjuta ringgit itu mesti diserahkan kepada Chee Seng setelah dia berusia
21 tahun. Dan semalam hatinya cukup panas membara apabila tanpa pengetahuannya
Chee Seng telah berkahwin dengan seorang perempuan berketurunan Inggeris dari Australia yang dikenalinya
ketika dia belajar di sana. Mary Jane..itulah nama perempuan yang dikahwini
oleh Chee Seng. “Maafkan uncle Seng Chai…uncle terpaksa ‘hapuskan’ kau dan
isteri kau dari muka bumi ini kerana uncle lebih sayangkan isteri dan anak
uncle..” sambil tin carlsberg di tangannya diteguk rakus.
“
Seng..dah lama kau tunggu? Maaflah aku balik lambat sikit. Kau tahu kenapa? Ni
ha..aku nak tangkap ikan yang besar ini untuk Mary Jane. Abdullah menunjukkan
ikan kerapu merah yang besar kepada Seng dengan harapan Seng tidak marah
kepadanya kerana dia tahu sudah tentu Seng sudah lama menunggunya. Ekspresi
muka Seng terus bertukar gembira bila melihat ikan kerapu itu. “ Terima kasih
Abdullah kerana sanggup bersusah –payah untuk aku. “Apa susahnya pulak..kau kan
tauke aku..kata Abdullah merendah diri. “ Apa ni Lah..dah berapa kali aku
cakap.Aku tak suka kau panggil aku ‘tauke’.Aku anggap kau sahabat aku
dulu,sekarang dan selamanya. Apa kata kau dengan Maimun datang rumah aku esok
kita makan tengahari sama-sama. Mary Jane tentu suka. Dia tengah berusaha nak
belajar cakap bahasa Melayu. Nanti Maimun boleh ajar bahasa Melayu pada Mary
Jane dan Mary Jane boleh ajar Maimun cakap bahasa Inggeris”, pelawa Seng
bersungguh-sungguh. “Betul ke? Kalau macam tu esok aku datang.” Mereka
bersalaman dan berlalu ke rumah masing-masing.
“ Honey..they are here!” Mary Anne
termengah-mengah apabila bersalaman
dengan Maimun isteri sahabat baik suaminya. “ ..who is this cute little one?”
sambil tangannya mencubit kedua-dua pipi anak perempuan Abdullah dan Maimun. “
She is so cute and adorable” lalu pipi anak kecil itu dicium berkali-kali. “
This is their daughter, Adrianna and she is seven months old” , kata Seng
memperkenalkan anak Abdullah dan Maimun kepada isterinya. “ Jom masuk.Untuk
engkau ,aku dah sediakan makan tengahari yang special tau..” sambil ketawa
mereka beringan masuk menuju ruang makan di bawah gazebo yang nyaman dengan
tiupan bayu laut yang mengasyikkan.
“ Apa yang kau menungkan ni Seng?..kau
ada masalah ke? Bagi tahulah kat aku mana tahu aku boleh tolong”, kata Abdullah
dengan perihatin. Dari tadi lagi dia melihat Seng seperti tidak gembira dengan riak muka yang
seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Seng
merenung muka Abdulah dengan satu keluhan yang berat dan dalam. “
Entahlah Lah, kebelakangan ni hati aku berdebar-debar dan tak tenteram.Tak
tahulah kenapa.”Lalu pandangannya dilontar kepada Mary Jane yang sedang sarat
mengandung. Wajah isterinya direnung dengan penuh kasih dan gelagat Mary Jane
melayan anak perempuan Abdullah dan Maimun yang baru pandai merangkak sungguh
mencuit hatinya. “ Aku rasa kau berdebar-debar sebab tak lama lagi kau akan
jadi ayah.kau jangan risaulah..itu perasaan biasa. Aku dulu pun macam kau’”,
Abdullah menyusun kata cuba mententeramkan hati sahabatnya itu. Seng merenung
muka Abdullah dengan renungan yang sukar ditafsirkan oleh Abdullah. “ Bukan
pasal excited nak jadi ayah. Aku risau sebab Uncle Kenny macam tak sukakan Mary
Jane. Semenjak aku kenalkan Mary Jane sebagai isteri, dia jarang dia bertegur
sapa dengan aku. Aunty Susan dan Ah Chai pun nampak macam tak sukakan Mary Jane.
Aku risau nak tinggalkan Mary Jane sorang-sorang di rumah.”Seng menzahirkan apa
yang terkandung dalam hatinya. “ Abdullah, kalau aku nak minta tolong boleh
tak?”. “ Apa dia? Aku akan tolong selagi terdaya. Kau pun selalu tolong aku
sejak kita kecil lagi..” “Lah aku nak kau janji..kalau sesuatu terjadi pada
aku.. kau jaga Mary Jane dan anak aku ye....kau berjanjilah yang kau akan jaga
Mary Anne dan bakal anak kami nanti..walau apa pun yang terjadi kau mesti jaga
Isteri dan anak aku.Aku dah tiada sesiapa lagi.Aku tak percayakan Uncle Kenny”,
pinta Chee Seng bersungguh-sungguh “. Tergamam Abdullah mendengar permintaan
sahabat yang dikenalinya sejak bersekolah rendah itu. “Kau cakap apa ni Seng?
Jangan bimbang..tiada apa yang akan terjadi pada kau..percayalah itu Cuma
perasaan kau saja tu…” “Kau janji pada aku Lah walau apa pun yang terjadi kau
akan jaga Mary Anne dan anak aku.” Seng memegang erat tangan Abdullah. “Baiklah
Seng..aku berjanji.” Banyak sungguh yang diperkatakan oleh mereka berdua
sehinggalah tidak sedar sang mentari semakin condong ke ufuk barat. Dari cerita
Seng, Abdullah mengetahui bahawa Mary Jane mempunyai kembar yang bernama Mary
Anne. Walau pun keluarga tidak berapa setuju dengan perkahwinan mereka, namun
demi kebahagiaan Mary Jane, mereka sanggup bersetuju Mary Jane berkahwin dengan
Chee Seng. Walau pun dengan berat hati mereka sanggup merelakan Mary Jane
mengikut Chee Seng pulang ke Malaysia. Betapa besar pengorbanan Mary Jane, demi cinta dan kasihnya kepada Chee Seng
sanggup terbang beribu batu meninggalkan keluarga terutamanya kembarnya, Mary
Anne.
Suatu malam, Abdullah dikhabarkan oleh
Chee Seng bahawa Mary Jane sakit perut dan dikejarkan ke hospital. Pantas
Abdullah memberitahu berita itu kepada Maimun. “ Mai.. abang nak ke hospital.
Tadi Seng Beritahu Mary Jane sakit perut nak bersalin. Mai nak ikut tak? Kesian
pulak abang dengan mereka.. abang nak teman kan Seng. Mungkin dia perlukan
abang sebagai sahabat di saat dia kesusahan.” “ Abang pergilah.. Mai tunggu
abang kat rumah sajalah..lagi pun Rianna dah tidur. Takkan nak bawak dia naik motor
malam-malam ni..kena angin malam..sejuk nanti tak sihat pulak dia. Mai doakan
Jane melahirkan anak dengan selamat.
Abang sampaikan salam Mai untuk mereka ya. Esok Mai pergi melawat. ” Tutur
Maimun dengan lembut.” Kalau macam tu
abang pergi dulu.” Ubun-ubun si isteri di kucup lembut lantas kunci
motor Honda cup di ambil dari atas almari.
Dari jauh Abdullah meninjau-ninjau
mencari kelibat Chee Seng. Akhirnya dia ternampak Chee Seng melangkah keluar
dari sebuah bilik sambil mengendong seorang bayi. Abdullah melambai ke arah
Chee Seng dan lambaiannya disambut dengan senyuman meleret. “ Lah.. dah lama
kau sampai? Ini anak aku. Aku dapat anak lelaki Lah. Ini lambang kasih aku dan
Mary Jane.” Seng menyuakan bayinya kepada Abdullah dengan senyuman yang lebar.
“ Mary Jane macam mana?” Tanya Abdullah. “ Dia selamat. Tadi doctor bagi dia
ubat supaya dia dapat berehat. Dia sedang tidur. Lah, pegang anak aku sekejap.
Aku nak pergi ke bilik air sekejap. Dari tadi aku menahan hajat..” sambil
mukanya berkerut menahan ‘hajat’ yang belum dilaksanakan sejak dari tadi. “
Jeffrey duduk dengan uncle sekejap ya.. Papa nak pergi tandas sekejap. Lepas ni
kita pergi jumpa Mummy..” pipi mongel si kecil dikucup lembut sebelum berpaling
meninggalkan bayinya dalam dukungan Abdullah ,sahabat yang amat dipercayainya.
Abdullah dan Chee Seng berjalan
beriringan menuju ke bilik di mana Mary Jane ditempatkan. Tiba-tiba, “ bang!
Bang! Bang!” sejurus dengan itu, sekujur tubuh Chee Seng rebah ke lantai. Darah
membuak keluar daripada dada dan perut Chee Seng. Riuh- rendah bunyi suara
panik semua orang yang berada di dalam wad pesakit wanita. “ Lah..anak aku..
Mary Jane…selamatkan…janji..”. Dengan nafas tercungap-cungap Chee Seng cuba
menuturkan kata. “ Sabar Seng…sabar..doktor! doktor! Selamatkan kawan saya!
Dalam kekalutan itu, tiba-tiba mata Abdullah
terpaku pada sekujur tubuh berdiri tegak tanpa suara. Mary
Jane..memandang suaminya tanpa kata, tanpa suara..beberapa minit kemudian dia
rebah tidak sedarkan diri lagi. Sebelah tangannya mengendong bayi Seng dan
sebelah lagi menggengam erat tangan Chee Seng. Air matanya bercucuran
mengenangkan nasib sahabat yang di kasihinya. Tiba-tiba tangan kanannya terasa
panas dan di tapak tangannya terdapat satu kunci.” Bawa anak aku… Mary Jane dari sini..janji…perrr
gii…kunciii….bannkkk….amm ..billl…perrrgiii….sekarang…tak
selaa..mat..jann..ji…” itulah kata-kata terakhir Chee Seng. Dalam kekalutan
panic semua pesakit di dalam wad itu, sedaya upaya Abdullah mengendong bayi dan
sebelah lagi cuba memapah Mary Jane yang tidak sedarkan diri. Demi janji dan
kasihnya pada seorang sahabat, Abdullah meredah kegelapan malam dan cuba
bersembunyi takut kerana di ekori oleh pembunuh yang menembak Chee Seng di
depan matanya. Dengan segala keberanian yang ada, dia memapah Mary Jane ke arah
kereta Toyota Corona buruknya dan Mary
Jane di baringkan di tempat duduk belakang manakala bayi lelakinya di letak di
atas tempat duduk . depan.Lantas kereta di pandu selaju yang mungkin. Dalam
fikirannya hanyalah Maimun dan anak perempuannya. Setibanya dirumah , “ Mai ini
abang! Bukak pintu..” Pintu di ketuk sekuat hati. “ Abang apa yang berlaku?”, berkerut muka Maimun dengan seribu pertanyaan. “Nanti abang cerita..
Pergi ambil Rianna dan barang yang
penting sahaja. Cepat Mai! Kita takde masa!”. Dalam kepekatan malam Abdullah
membawa pergi keluarganya dan juga Mary Jane serta zuriat sahabatnya telah
pergi buat selama-lamanya. Hatinya sarat dengan pelbagai persoalan apa yang
harus dilakukannya dan yang paling penting ke mana hendak di tuju. Apa pun yang
berlaku, dia mesti mencari tempat yang selamat untuk mereka semua. “ Ya
Allah..selamatkanlah Mary Jane dan bayinya..hanya Kau tempatku mengadu.”
“ Bodoh! Sia-sia aku upah kau
mahal-mahal! Sniper pro konon..tuih! kerja senang pun tak boleh nak selesai!
Aku nak kau cari anak isteri Seng sampai dapat! Kalau kau tak dapat cari,
jangan ingat aku akan lepaskan kau dengan mudah. “, Susan mengamuk lalu
diludah, tampar dan ditendang lelaki yang di upahnya untuk membunuh Chee Seng
dan keluarganya. Marah dan geram sungguh kerana apa yang dirancang tidak
menjadi. Terkocoh-kocoh lelaki yang di kenali sebagai Ice meninggalkan tempat
pertemuan mereka. “ Nak harapkan Si Kenny ambil tindakan alamatnya sampai bila
pun habuk pun tarak…tapi takpe kerana anak saudara Kenny yang di anggapnya batu
penghalang sudah mampus!”, Susan mengorak langkah meninggalkan bilik karaoke
yang di tempah khas dengan senyuman.
Otaknya ligat memikirkan rancangan jahat seterusnya.
BAB 1
Selepas
28 tahun………
“ Jemput
minum bang..Mai ada buat kopi 0 kesukaan abang dan ini bubur jagung special
untuk abang.” Dulang yang berisi secawan kopi o panas bersama semangkuk bubur jagung
di letakkan di atas meja. Sejurus selepas itu, Datin Maimun melabuhkan punggung
di kerusi batu berhadapan dengan suaminya. “ Mai ke Mak Yam yang buat?”,
sengaja Datuk Abdullah mengajukan pertanyaan walau pun dia tahu memang
isterinya yang buat. Sepanjang usia perkahwinan mereka, Maimun tidak pernah
membiarkan orang lain menyediakan makanan untuknya walau pun sekarang sudah
bergelar datin dan mempunyai pembantu untuk menguruskan rumahtangga. “See the
handlah bang…takkan abang tak tau lagi”. Datin Maimun pura-pura menjeling
suaminya dengan lirikan mata yang manja. Mereka diam seketika menikmati hidangan
minum petang di bawah gazebo yang di kelilingi landskap taman dan kolam –kolam
kecil yang cantik. “ Dah pukul 5.30 petang ni..mana chef selebriti dan interior
designer kesayangan awak tu? Kata nak minum petang sama-sama tapi sampai
sekarang batang hidung pun tak nampak?”, Tanya Datuk Abdullah kepada isteri
kesayangannya. “ Baru sekejap tadi Rianna telefon katanya Jeff mintak dia ambik
dia dekat Sri Pentas. Kereta Jeff buat hal.. tak boleh nak start.”
Diam tak diam sudah 29 tahun Datuk
Abdullah dan Datin Maimun mendirikan rumahtangga bersama.Dalam tempoh itu
pelbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa mereka hadapi sebelum mengecapi
kesenangan dan kemewahan yang mereka miliki sekarang. Dari hanyalah seorang
awak-awak sehinggalah sekarang Datuk Abdullah mampu tersenyum lebar dengan
memiliki sebuah syarikat pembinaan dan hartanah yang gah dan terkemuka di
tanahair. Tidak lama lagi syarikatnya akan mengorak langkah selangkah ke
hadapan apabila tidak lama lagi syarikatnya akan tersenarai di papan utama
Bursa Saham Kuala Lumpur. Malah dia juga mempunyai anak syarikatnya sendiri
yang terlibat dalam bidang senireka landskap dan hiasan dalaman. Anak perempuan
permata hatinya, Adrianna yang menguruskan anak syarikatnya itu setelah
menggenggam ijazah dari salah sebuah university yang terkemuka di Ireland.
Datin Maimun pula mempunyai beberapa buah nurseri dan tapak semaian
bunga-bungaan dan tumbuhan landskap. Semua pokok bunga dan barang-barang untuk
landskap dan taman .Sememangnya mereka semua satu kepala kerana mempunyai hobi
dan minat yang sama.Tidak hairanlah banglo 3 tingkat mereka yang tersergam
indah di kawasan berbukit amat memukau mata memandang. Keindahan taman dan
landskap banglo mereka memang terkenal di kawasan perumahan elit itu. Rekaan
banglo dan landskap direka sendiri menggabungkan idea mereka anak-beranak. Tapi
lain pula dengan hero kesayangan mereka, Jeffrey. Kerjayanya agak sedikit
tersasar dengan ahli keluarganya yang lain. Dia memilih untuk menjadi seorang
chef dan sekarang menjawat jawatan head pastry chef di Hotel Ritz Carlton,
sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur. Bukan calang-calang
orangya! Dan sejak setahun yang lalu Jeffrey mempunyai program tv rancangan
masakan ‘ cooking with love’ yang mempunyai rating paling tinggi di stesen Tv3.
Apa taknya..mukanya yang handsome seakan-akan Keanu Reeves ( masa muda 20an
lah..) di tambah dengan western dan Chinese looknya.. mak aii..sememangnya dia
menjdi kegilaan semua perempuan dari segenap usia. Laman facebooknya beribu-ribu follower dari budak kecik
sampailah ke makcik-makcik senah dan
joyah seantero dunia! Fuhh.. dashyat sungguh penangan chef handsome ni.
Sampaikan resepi kek ‘keju cinta kasih’ dan ‘brownie hatiku’ menjadi antara
carian yang popular di Google.
Walau pun berbeza bidang kerjaya,
Datuk Abdullah dan Datin Maimun tidak pernah menghalang minat dan cita-cita
anak teruna mereka. Jeffrey adalah amanah Chee Seng dan Mary Jane dan demi
sebuah janji dan kasih pada seorang sahabat sejati mereka membesarkan Jeffrey
seperti anak sendiri dan di didik dengan penuh kasih sayang sama seperti anak
kandung mereka, Adrianna. Jeffrey dan Adrianna menjadi adik beradik susuan
.Tidak hairanlah hubungan mereka sangat akrab dan selalu menghabiskan masa
bersama walau pun hakikatnya mereka lahir daripada rahim wanita yang berbeza.
“
Assalamualaikum Mama..Baba, sorrylah kami lewat sikit”, Adrianna memulakan
bicara sejurus tiba. Tangan Datuk Abdullah dan Datin Maimun di cium bergilir
oleh mereka berdua. Pipi Datin Maimun di
cium oleh Adrianna sambil tangannya merangkul manja mama kesayangan. “ Tepilah
sikit..giliran Jeff pula nak cium dan peluk Mama”,lantas tangan kanan Rianna
yang memeluk bahu Datin Maimun di tarik. Jeffrey menyelit di tengah-tengah lalu
kedua belah pipi ibu kesayangannya di cium.” “Ishh.. kamu ni sama sahaja.Kamu
baru balik kerja ..busuk tahu tak.Mama baru lepas mandi tadi.nampak gayanya
Mama kena mandi lagi lepas ni”,Datin Maimun berpura-pura marah sambil memicit
hidungnya. Datuk Abdullah hanya ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala
melihat telatah putera puterinya dengan ibu mereka. Tidak dinafikan telatah
Adrianna dan Jeffrey yang suka bergurau dan mengusik antara satu sama lain
menjadi pengubat dan penyeri keluarga mereka. “ Mak aii..bestnya.ada bubur
jagung. Dah lama tak makan bubur jagung ..ni bubur jagung Mama ke bubur jagung
Mak Yam?”. Spontan sahaja ayat keluar daripada mulut Jeffrey. “ Yelah..bubur
jagung Mama mana sedap kalau nak banding dengan masakan chef selebriti tu..”,Datin
Maimun pura-pura merajuk. “ Sapa yang cakap masakan Mama tak sedap tu..cuba
bagi tau Jeff, biar Jeff sekeh kepala dia. Sedap-sedap je mulut cakap masakan
mama tak sedap.Dia tak tau yang mama Jeff adalah chef yang paling hebat dan
sedap sekali kat dunia ni. Sebabnya..setiap masakan mama adalah penuh dengan
kasih sayang…”.Jeffrey bersuara seperti sedang berlakon lantas bahu Mamanya
dipeluk. Perlakuan Jeffrey itu mengundang gelak-ketawa mereka sekeluarga.
Telatah mereka sekeluarga menjadi perhatian Mak Yam dan suaminya Pak Din yang
juga merangkap tukang kebun kediaman mereka. “ Ya Allah..kekalkanlah
kebahagiaan dan suburkanlah kasih sayang antara mereka sekeluarga”, doa Mak Yam
di dalam hati.
Suatu malam, Datuk Abdullah berada di
dalam bilik bacaannya. Kunci di dalam poket pijamanya dikeluarkan.
Perlahan-lahan laci meja kayu mahogany buatan Eropah ditarik lalu sebuah kotak
kayu yang berbentuk seperti peti harta karun yang kecil di keluarkan. Matanya
tertancap pada objek yang di simpan rapi sejak 28 tahun yang lalu. Seutas
rantai di keluarkan lantas loketnya di buka. Gambar Chee Seng dan Mary Jane
bersebelahan direnung. Sebuah medallion yang di buat daripada batu jed di
usapnya. Dia teringat Chee Seng pernah memberitahunya bahawa, medallion jed itu
adalah warisan daripada turun –temurun nenek moyangnya sejak beberapa generasi
yang diwarisi oleh anak lelaki dalam keluarganya. Hatinya berdebar-debar dan
kadang-kala rahsia yang disimpan rapi sejak 28 tahun lalu amat merisaukan dan
menyesakkan dadanya. Janjinya pada Seng telah dia tunaikan. Jeffrey sudah
berumur 28 tahun dan sudah tiba masanya rahsia yang di simpan rapi itu
diberitahu. Peristiwa yang berlaku 28 tahun lepas masih segar di dalam
ingatannya. Mana mungkin dia melupakan peristiwa pembunuhan sahabat baik di
depan matanya sendiri. “ Jangan risau Seng, aku akan cari pembunuh kau sampai
dapat..”.Datuk Abdullah bermonolog sendirian.
Ketukan pada pintu menghentikan
lamunan Datuk Abdullah. Suara Datin Maimun memecah keheningan suasana yang baru
menginjak ke detik 10 malam. Datin Maimun datang dengan membawa secawan minuman
bersama beberapa biji ubat meredakan tekanan darah tinggi yang perlu diambil
oleh Datuk Abdullah setiap hari. Wajah Datin Maimun direnung dalam. Renungan
Datuk Abdullah beralih pula kepada peti kayu kecil di atas meja. Daripada
renungan itu, Datin Maimun sudah dapat membaca apa yang tersirat di dalam
fikiran suaminya. “ Dah tiba masanya Mai…Jeff perlu tahu”. Datin Maimun hanya
menggangguk perlahan. “ Tapi sebelum tu..kita kena pastikan Mary Jane dah
bersedia.”
Usai
solat asar berjemaah bersama isterinya, Datuk Abdullah melangkah ke balkoni
bilik. Matanya jauh memandang ke arah permandangan yang tanpa mengasyikkan dari luar balkoni. Perbagai
persoalan bermain-main diruang mindanya. Beberapa ketika selepas itu, dia masuk
semula ke dalam bilik dan melabuhkan punggungnya di sebuah wing chair. Satu
keluhan yang berat di lepaskan. Perlakuannya diperhatikan oleh Datin Maimun
tanpa disedari. “ Apa yang abang fikirkan? Abang ada masalah ke? Cuba beritahu
Mai..mana tahu Mai boleh tolong..ceritalah mungkin hati abang lebih lapang.”
Lembut suara Datin Maimun. Tangan suaminya diraih dan diusap-usap perlahan. “
Abang tengah fikirkan masa depan Rianna dan Jeffrey.Mereka berdua dah lebih
daripada layak untuk mendirikan rumahtangga. Kita berdua ni pun bukannya muda
lagi. Kalau boleh sebelum mata abang terpejam, abang nak lihat Jeff mempunyai
isteri yang baik dan setia, yang boleh berkongsi susah senang,yang boleh
menjaganya ketika sakit demam. Begitu juga dengan Rianna. Tapi abang risau
betul Rianna dengan gila kerja dan garang. Jeff pulak dengan perangai yang tak
pernah serius, perempuan keliling pinggang. Bila ditanya semuanya peminat.
Pening kepala saya ni Mai..kalau macam ni rasanya sampai bila-bila pun tak
merasa kita nak menimang cucu.”panjang lebar Datuk Abdullah mengomel tentang
anak-anak yang sudah besar panjang. “Ada Mai
Tanya Jeff atau Rianna pasal ni? Yelah takut-takut mereka dah ada
pilihan hati.” “ Kalau Jeff..Mai confirmed dia takde sapa-sapa yang
special..chef romeo katakana.Mengayat perempuan je lebih, sangkutnyaa tidak.
Perempuan gedik yang terhegeh-hegeh nakkan dia adalah..bukan seorang dua tapi
berderet-deret. Rianna pulak sejak putus dengan Shamsul, langsung dia tak
hiraukan mana-mana lelaki. Fokus pada kerja sahaja. Bukan takde yang nak tackle
Rianna tapi dia yang reject awal-awal lagi. Pening kepala saya ni bang…hari tu
pun Datin Endon ada tanyakan pasal Rianna. Saya pujuk supaya dia
kenal-kenal..berkawan dulu dengan anak Datin Endon. Kali pertama dia keluar
dengan Daniel anak Datin Endon tu..abang tahu apa yang Rianna buat? Nasib baik
tak patah hidung Si Daniel di tumbuknya.. malu saya. Sejak daripada peristiwa
tu..Datin Endon tak tegur saya lagi.Kalau terserempak dekat kelab pun dia buat-buat
tak kenal saya tau.” Panjang lebar Datin Maimun memberitahu suaminya. “ Kalau ,macam
tu Mai..kita kena lancarkan satu misi penting.” Datuk Abdullah mengusap-usap
dagunya. Renungan matanya pada Datin Maimun penuh dengan agenda yang tersirat.
“ hah.. misi apa bang? Abang bercakap macam panglima nak pergi berperang je..”.
Datin Maimun tergelak kecil.Ada uncur kecindan dalam pertuturan suaminya. “
Eh.. Mai ni..abang serius dia ketawa
pulak.. Misi ni pun bukan mission imposibble tau! Misi ini misi yang penting
untuk kita berdua dan juga misi penting untuk masa depan Jeff dan Rianna.” “
Misi apa tu bang?”. Datin Maimun bertanya dengan penuh tanda tanya. “ Misi
mencari mencari menantu-menantu. Isteri untuk Jeff dan suami untuk Rianna.”
Selamba sahaja jawapan yang diberikan oleh Datuk Abdulllah. “ hah..biar betul
bang!”. Jawapan Datuk Abdullah membuatkan mulut Datin Maimun melopong luas.
Sungguh terkesima dia dengan kata-kata Datuk Abdullah. “ Mana kita nak cari
bang?..”
BERSAMBUNG…….
:D my third time bca... bila agaknya nak terbit akak?
ReplyDelete