BAB 5
Setelah hampir seharian Jeffrey
tidur, dia bangun setelah alarm daripada telefonnya berbunyi. Lagu ‘glad you
came’ oleh The Wanted berkali-kali berkumandang dan dengan malas tangannya
mengagau mencari iphone .Matanya masih terpejam dan rasa mengantuk masih
bersisa. Jeffrey berkalih tidur, dari meniarap dia menelentang. Fuh..buasnya
dia tidur tak ubah macam kanak-kanak kecil yang lasak. Seketika kemudian dia terpisat-pisat membuka mata sambil sebelah
tangan menekup mulut yang menguap. Fuh..mengantuk gila! Lepas subuh tadi terus
dia tidur sampai tak turun bersarapan dengan Mama dan Baba. Iphone yang diletakkan meja kecil di tepi
katil dicapai..” Hah..dah pukul 3.00
petang..sekejab betul masa berlalu..baik aku bangun..kalau diikutkan nafsu
tidur aku ni..alamaknya nanti dah tentu Asar pun terbabas” Jeffrey bermonolog dengan dirinya sendiri. Dengan
langkah longlai, dia bangun menuju ke arah almari pakaian. Setelah almari di
buka, matanya tertancap pada susunan tuala yang pelbagai warna. Warna apa aku
nak pakai hari ni..sempat lagi dia berkira-kira yang mana satu tuala yang
hendak di ambil. Lantas tuala yang berwarna ungu di capai dan di cium tuala
itu. Wah..wangi sungguh! Boxer yang di pakai di lucut dengan selamba dan
dicampakkan ke dalam bakul yang dikhaskan untuk pakaian kotor.
Usai mandi, Jeffrey menilik-nilik
mukanya di dalam cermin. Manalah tahu takut-takut ada jerawat batu yang
tersesat. Dia memang mementingkan penampilan wajah yang bersih..yelah selebriti
dan lelaki metrosexual katakan. Semuanya mesti tampak kemas, bergaya dan
menarik lebih-lebih lagi bila berada di hadapan lensa kamera.
“
Ermm…hensem jugak aku..eh perasan pulak…tapi mana ada aku perasan aku memang
tergolong dalam kategori hensem ape. Muka kacukan cina dan orang putih..not
bad.Kalau tak masakan Gina,Meena,Tina, Dina dan perempuan-perempuan yang aku
sendiri pun tak ingat nama asyik mengejar aku.” Jeffrey memaling-malingkan
mukanya ke kiri dan kanan di hadapan cermin. Perasan sikit je bukan sampai
tahap riak dan bangga diri. Sememangnya Jeffrey sangat bersyukur kerana Allah
menjadikannya sempurna. Maha suci Allah tak terjangkau dek akal fikiran manusia
dengan kekuasaanNya mencipta segala kejadian alam.
Setelah
puas menilik muka di cermin, dia mencapai t-shirts Adidas putih tanpa lengan
dengan seluar Bermuda coklat muda bawah paras lutut. Rambutnya di gayakan
dengan ‘gaya pacak cicak jatuh gerenti mati’ . Sememangnya Jeffrey tergolong
dalam kategori ‘good-looking man’. Bulan lepas, majalah ‘Stylo’ melabelkan
Jeffrey sebagai antara sepuluh orang lelaki kacak di Malaysia.Kiranya jejaka
idaman malayalah ni sebaris dengan Aaron Aziz , Remy Ishak, Fahrin Ahmad dan
yang lain-lain. Kembang bermangkuk-mangkuk Jeffrey. Apa
taknya..selebriti-selebriti yang lain-lain tu semuanya model dan pelakon
popular sedangkan dia hanyalah chef dan model sambilan je.
Setelah
berpuas hati dengan imej santainya, dia menapak keluar dari bilik menuju ke
ruang makan di tingkat bawah. Dari pagi perutnya tak di isi dengan apa-apa jadi
dah tentulah segala macam irama berlagu. Kakinya melangkah menuruni anak tangga
sambil kepalanya terjenguk-jenguk mencari kelibat manusia di dalam mansion
mewah yang di panggil Villa Chinta Qaseh.
“
Apesal senyap semacam je ni..mana pergi semua orang? Mak Yam..ooo Mak
Yam..” Kelihatan Mak Yam sedang memotong
buah tembikai di dapur mewah Datin Maimun. Tiba-tiba terlintas idea menyakat
muncul. Sambil berjalan terjongket-jongket dan dengan suara yang kuat, Jeffrey
menyergah Mak Yam yang sedang khusyuk memotong tembikai.
“
Potong apa darling!” “ Opocot darling
kau aku sayang..meh sini aku sayang..” Mak Yam sudah melatah sehingga sepotong
tembikai terjatuh ke lantai.
“
Bertuah punya budak! Jeffrey! Kalau tak menyakat Mak Yam dalam satu hari memang
tak senang duduk kan?.” Mak Yam sudah masak benar dengan perangai Jeffrey yang
suka mengusiknya.
“
Janganlah marah darling…nanti cepat tua..senyummm bagi awet muda..” Jeffrey
cuba memujuk Mak Yam. Mak Yam mana pernah marah.Geram tu mungkin adalah kot..
“
Aa..aah..banyaklah kau punya darling! Pak Din je boleh panggil Mak Yam darling
tau…dah pergi duduk.Jeff lapar kan? Nak makan tak? Mak Yam masak gulai ikan kurau
masin dengan nanas. Favourite Jeff..tapi
hari ni Mak Yam tak masak banyak..Jeff aje ada kat rumah..Anna tak balik makan.
Datuk dan Datin pulak keluar pergiii….”
Belum
sempat Mak Yam habis bercakap Jeffrey sudah memotong. Memang tak pandang kiri
kanan punya budak..eh budak apenya..dah layak jadi bapak budak dah.
“
Takpe Mak Yam…orang lain takde tapi Jeff
ada. Cepatlah Mak Yam Jeff dah hampir kebulur ni..” Jeffrey terus duduk di
kerusi dan dengan cepat-cepat nasi disenduk ke dalam pinggan gaya orang yang
memang lapar empat hari makan. Dah lama tak makan gulai ikan kurau masin dengan
nanas. Masakan Mak Yam pulak tu. Setanding dengan rasa masakan Datin Maimun
kesayangannya..
“
Mama pergi mana Mak Yam? Biasa waktu-waktu macam ni tak lain membelek mencium
bunga-bunga kat taman.” Jeffrey bertanya kepada Mak Yam sambil mulutnya
mengunyah nasi.
“
Pagi-pagi lagi Datin dengan Datuk keluar. Datuk tak masuk ofis hari. Mereka ada
misi penting. Mereka pergi ke Kampung Rhu Seberang, meninjau dan melihat bunga
idaman” Bicara Mak Yam sambil tersenyum-senyum.
“
Misi penting apanya Mak Yam? Tak cukup lagi ke bunga kat taman tu..spesis
pelbagai dah tak cukup nak bilang dengan kaki dan tangan dah.. Mama..Mama..”
Jeffrey meneruskan suapan sambil menggeleng-gelengkan kepala mengingatkan minat
Mamanya pada bunga.
“
Yang ni bunga spesel Jeff..bunga ni untuk Jeff. Itu yang Datuk ikut sekali
tu..nak tengok bunga yang Datin pilih untuk Jeff..yelah nak tengok ngam tak
bunga tu dengan Jeff.” Mak Yam masih lagi berkias-kias dengan Jeffrey.
“
Bunga? Bunga apa nye? Mama kan tahu Jeff tak minat bunga-bunga…tanam-tanam
pokok ke apa….ish pelik betul!”
“
Ishh..kamu ni Jeff,penatlah Mak Yam berkias-kias dengan kamu.Tak faham-faham.
Sekolah aje tinggi-tinggi sampai cucur atap, belum tumbuh gigi dah pandai baca
kitab… Biar Mak Yam ‘straight to the point” ajelah.. Datuk dan Datin pergi ke
Kampung Rhu Seberang tu untuk melihat dan merisik bakal isteri kamu. Do you understand! Datuk and Datin was going to look-look at your bakal isteri…”
Belum
pun habis Mak Yam melepaskan geram dengan speaking Londonnya, terus tersembur
nasi di dalam mulut Jeffrey sebaik sahaja ayat ‘ merisik bakal isteri kamu’
dituturkan oleh Mak Yam. Tersedak Jeffrey mendengar ungkapan maut daripada Mak
Yam.
Geli
hati Mak Yam melihat reaksi Jeffrey bila dia menyebut ‘bakal isteri’. Segelas
air sirap limau dihulur kepada Jeffrey.
“
What! Bakal isteri Jeff?” Jari telunjuk Jeffrey menuding pada mukanya sendiri.
“
Yelahh..berapa orang Jeffrey yang ada dalam rumah ni…kalau tak bakal isteri
kamu..siapa lagi. Eiii..bestnya tak sabar Mak Yam nak jumpa bakal isteri kamu
Jeff..nanti meriahlah sikit villa ni..nanti bila Jeff dah kahwin ada
anak..mesti Datuk dan Datin seronok sangat dapat cucu….” Mak Yam pulak yang
terlebih excited dengan misi mencari menantu-menantu Datuk Abdullah dan Datin
Maimun.
“
Ishh.. apa ni Mak Yam…bukannya nak sokong Jeff tapi menambah tension adalah.
Jeff kena kahwin paksa ni..aduyai…” Terus selera makan Jeffrey terhenti.Laju
dia menuju ke singki membasuh tangan. “ Jeff nak keluarlah kejab…”
“
Nak ke mana tu…merajuk ke? Janganlah darling merajuk..nanti tak hensem pulak
bakal pengantin…” Mengekek Mak Yam ketawa. Rasakan…suka sangat mengusik
aku..kali ni aku pulak yang usik engko..” Kata Mak Yam Di dalam hati.
Jeffrey
melangkah ke tingkat atas menuju ke biliknya .Kemudian, kunci Volkswagen Beetle
kuning di capai bersama dengan iphone. Dia melangkah dengan laju menuruni anak
tangga dan dalam beberapa saat, Si kumbang kuning meluncur laju melewati
kawasan berbukit perumahan elit menuju ke arah yang pemandunya sendiri tak
pasti. Hati tengah bengang katakan. Sudah enam kali Jeffrey melewati jalan yang
sama. Lagi sekali alamaknya cukuplah tawaf Jeffrey mengelilingi jalan tu. Akhirnya
Taman Tasik Titiwangsa yang menjadi destinasi pilihan untuk menenangkan hati
yang bersedang berkecamuk. Pedal minyak ditekan agak laju memandangkan jalan
raya tengah lengang kerana orang lain tengah sibuk bekerja.
Perasaan
marah, geram,serba-salah,tak sanggup..semuanya dah jadi macam bubur lambuk.
Tasik yang menjadi tempat warga kota Kuala Lumpur bersantai di hujung minggu
dilewati dengan pemanduan yang perlahan. Orang lain pusing tasik hari minggu
tapi Jeffrey pusing tasik di petang hari Rabu yang mulia. Sengaja dia membuka
tingkap kereta luas-luas supaya bayu petang yang redup dapat menyapa mukanya
dan yang paling penting meredakan perasaan marah yang bertamu di hati. Kalau
boleh dia tidak mahu menamatkan zaman bujang dengan kahwin paksa. Dalam masa
yang sama dia juga tidak mahu melukakan hati Baba dan Mama yang mendidiknya
sejak kecil. Walau pun dia bukan darah daging mereka, namun Baba dan Mama
menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Mereka tidak pernah membezakan
kasih sayang dengan Adrianna walau pun Adrianna adalah anak kandung .
“
Arghh…Jeffrey menjerit sekuat hati sambil menhentakkan kedua belah tangan ke
stereng kereta. Alahh..jerit terkeluar anak tekak pun bukannya ada orang dengar
pun.. Akhirnya, Jeffrey memakir kereta di tempat parkir kereta berhampiran
dengan Restoran Nelayan.. Hari orang bekerja memang suasana taman tasik agak
sunyi. Jeffrey berjalan-jalan sekitar tasik dan dia melabuhkan punggung di
sebuah bangku batu. Sebiji anak batu di pungut dan dengan sekuat hati di
lemparkan ke dalam tasik. Dia memandang tasik dengan pandangan kosong..
Seketika kemudian, lagu ‘ Guilty’ oleh Blue ( lagu boyband lama..nostalgia beb!)
berkumandang daripada iphone menandakan ada panggilan masuk. Nama ‘ Luqman ’
tertera di skrin iphone.
“
Hello Luq, what’s up…” Jeffrey menjawab panggilan sahabat karib dengan suara
yang takde mood, tak bermaya langsung.
“
Hei bro.what’s up ..ni kenapa suara macam orang mati bini je aku
dengar..bawak-bawak keluar rumah tu. Takkan nak membuta je…jomlah lepak dengan
kat tempat biasa…Kata nak jadi partner. Takkan jadi ‘sleeping partner’ je
kot..kenalah ambik tahu sikit-sikit pasal bisnes kita. So..aku tahu kau
free..wake up sleepyhead and come here now!” Luqman menyangka Jeffrey masih
menqadha tidur dirumah.
“
Hoi mangkuk! Kau ingat aku ni apa nak membuta je kerja. Aku ada kat Tasik
Titiwangsalah…” balas Jeffrey lupa seketika masalah yang membuatnya tension
tahap dewa.
“
TT. Buat ape kat situ bro? tengah dating ke?”
“
Dating kepala hotak kau..aku tengah nak merehatkan fikiran daripada memikirkan
masalah jiwa aku yang celaru ni..aku tengah takde mood ni. Apa-apa hal, esoklah
aku jumpa korang.” Jeffrey terus menutup
telefon malas nak melayan Luqman. Kalau di layan entah apa-apa si Luqman merapu
merabai pulak nanti. Dalam hatinya dititipkan doa pada yang Esa agar
ditenangkan hati untuk menerima apa jua keadaan yang bakal terjadi dengan
redha.
Suatu
malam sambil bersantai-santai menonton televisyen, Nek Jah memanggil Qalisha
dan Qhairul. Sejak petang tadi lagi Qalisha dan Qhairul memerap di dalam bilik
mungkin kerana sudah seharian penat berada bengkel.
“
Qalisha ! Qhairul!.. sini jab…” suara soprano Nek Jah yang tiada tandingan
memecah kesunyian malam. Terkocoh-kocoh
Qalisha dan Qhairul keluar dari bilik stelah mendengar suara ‘Tengku Maharani’.
“
Ya..Tengku Maharani..patik pacar-pacar yang hina datang mengadap..” jawab
Qalisha dan Qhairul serentak. Memang satu kepala anak sedara dan bapak sedara
ni. Jawab pun serentak macam dah berpakat awal-awal.
“
Ha dengar perintah Tengku Maharani ni. Esok tutup bengkel kau tu..off satu
hari.” Nek Jah bersuara lantang gaya seorang bos member arahan.
“
Mak..kereta tengah banyak nak kena baiki ni..lusa customer nak ambik kereta.
Kalau tutup, macam mana nak siapkannya. Qhai kerja sendirian berhad..kalau
tutup memanjang bila nak dapat fulusnya.. “ Qhairul cuba memprotes.
“
Mak tak kira Qhairul.. esok tutup. Bukannya Mak suruh kau tutup seminggu pun!
Tak kira..esok engko kena bawak ‘Tengku Maharani’ ni pergi Courts Mammoths kat
pekan tu..Beta nak soping…” terpercik air liur Nek Jah nak menyebut perkataan ‘
Courth Mammoths’ dan ‘shopping’ sampai
herot-herot mulutnya.
“
Apa yang nenek nak beli kat Courts tu?”
Qalisha bertanya dengan berjuta tanda soal bermain di minda. Pelik tapi
benar,hairan bin ajaib kalau betul-betul nenek mahu ke situ. Bukan dia tak
tahu..NeK Jah sangat ‘berhemat’ dalam bab berbelanja. Tv Sony 14 inci zaman tok
kaduk tu pun dah berjuta kali dah dia minta tukar, dengan kata lain beli yang
baru tapi tak di layan. Nak masukkan ASTRO dah lama dah..tapi ditegah oleh Nek
Jah.Katanya, “ Apa kejadahnya dok tengok cerita yang ulang-ulang. Perabihkan
duit je bayar bulan-bulan. Hujan sikit terus tergendala siaran..belum lagi
ribut taufan!”
“
Nak beli tv baru saiz paling besar kat situ..lepas tu esok jugak Qhairul..kau
pergi daftar ASTRO …”
“
Biar betul nenek ni…..nenek demam ke? Nenek nak buat apa dengan tv besar tu?
Dulu nenek kata takde pekdahnya beli“ Qalisha meletakkan tapak tangannya di
atas dahi Nek Jah. Rasa tak percaya dengan apa yang di dengarnya. Kemudian muka
Pak Usunya di pandang.
“
Mak nak beli hutang kat Courts?” Qhairul bersuara masih tidak percaya dengan
kata-kata ibunya.
“
Eh..helo..apa kelas beli hutang! Engko ingat Mak sengkek sangat ke..setakat 5-6
ribu tu..anytime.Cash-On-Delivery tau”.
“
Mak ai..ni Halijah Bt Saman yang bercakap ke ni? Macam tak percaya je. Tapi Okay
jugak tu Mak..sekarang ni musim bola EURO. Takyah le Qhai dengan Qalish pergi
ke stadium kat kedai Ayob nak tengok bola. Kalau macam tu..esok tutup bengkel.
Keranamu..aku bebas merdeka! Keranamu aku nak tengok bola..keranamu..ku ikut
apa saja..demi Halijah bt Saman yang tercinta!....” Qhairul dan Qalisha
menyanyi bersama mengikut irama lagu KeranaMu Malaysia.
“
Kelekuk!..ambik kau luku sebijik. Bab merapu memang serah kat kat korang
berdua..”fuh anak cucu sapalah ni…
Keesokkan
harinya, apabila berkumandang azan subuh daripada Surau Sulaiman Yasin yang
berhampiran dengan rumah, Nek Jah sudah bangun. Usai mandi dan solat subuh, dia
terus menapak ke bilik anak bujangnya, Qhairil.
“
Tok! tok! tok! Qhairul! Bangun sekarang! Dah subuh ni..jangan nak peram air
liur basi kamu..Mak kira sampai lima kalau kau tak bangun Mak terjah masuk
siram kau dengan air..” Laung Halijah dari luar bilik.
Seterusnya
dia menapak ke bilik Qalisha. Pakai ayat ‘copy-paste’ yang dicakap pada Qhairul
sekejab tadi. Ishh..sama je budak dua ekor ni..liat betul nak bangun subuh.
Dua-dua dah besar panjang dan dah nak kahwin pun tapi masih liat nal bangun
sembahyang subuh. “ Takpe..tunggu korang sekejab lagi. Ini Halijah Bt
Samanlah.Berani korang buat ‘ dono’ dengan aku.” Gumam Nek Jah dengan mulut
terkumat-kamit membebel. Setelah tiada respon ‘positif’ daripada Qhairul dan
Qalisha, Nek Jah berlalu menuju dapur. Air teh ‘o’ di dalam jag lebihan malam
semalam di ambil. Dia tersengih panjang.
“
Oo.tak nak bangun ye..haa tunggu kejab lagi anak sedara dan bapak sedara,
dua-dua aku jirus air teh ‘o’ ni..” Nek Jah menapak semula ke bilik Qhairul
lalu daun pintu yang tak berkunci di tolak kasar. “ Qhairul….bangun sayang dah
subuh ni…” Sengaja Nek Jah memanggil anak terunanya dengan suara yang perlahan.
Qhairul yang masih mamai menjawab, “ Min ke ni? Abang nak bangunlah ni..sengaja
tunggu Min datang kejut abang dulu..abang sayang sangat kat Min..” Melihat aksi
Qhairul memeluk bantul golek, hati Nek Jah membara geram dan “ burr…” setengah
jag air the ‘o’ yang dah hampir masam disimbah ke arah Qhairul.
“
Eh.. air apa ni..lain macam je rasanya..Mak! Mak buat apa kat sini?” Qhairul
terpisat-pisat bangun. Terkejut melihat wajah ‘ayu’ emaknya sedang bercekak
pinggang.
“
Ooo tadi bukan main lagi ye..Min sayang datang kejut abang..hah rasakan sedap
tak rasa teh ‘o’ masam tu? Dari tadi lagi Mak kejut bangun sembahyang subuh kau
buat tak dengar je ye..nasib baik tak tercabut pintu aku ketuk rupa-rupanya
tengah mimpi angau dengan Yasmin. Bertuah punya anak. Dah cepat bangun! Apa
yang kau janji dengan Mak semalam? Mak nak pergi Courts Mammoths awal-awal.
Jangan banyak songeh. Dah sudah Mak nak pergi siram Qalisha pulak ni..” Halijah
bangun daripada sisi katil.
“
Kot ye pun Mak..rileklah awal lagi ni. Court Mammoths pukul sepuluh pagi baru
bukak..” Dengan malas Qhairul bangun daripada katil. “ Dah nasib badan,
pagi-pagi sudah kena siram air the masam..” Gumam Qhairul di dalam hati.
Mendengar
kekecohan di bilik sebelah. Qalisha terus membuka mata. Sepantas kilat dia
terus bingkas daripada katil menuju ke pintu bilik. “ Hah ada apa…ada perompak
ke?” Qalisha bertanya sebaik ternampak Nek Jah keluar daripada bilik Pak
Usunya.
“
Perompak apa ke bendanya! Nenek baru siram teh ‘o’ masam kat Pak Usu kesayangan
engko tu. Padan muka! Lain kali liatlah lagi nak bangun sembahyang subuh. Yang
kamu tercegat lagi kat sini buat apa? Ni mesti belum sembahyang lagi..tengok tu
rambut pun terpacak macam kena karan.” Nek Jah menuding jari ke arah rambut
pendek Qalisha yang kelihatan agak terpacak Nampak sangat baru bangun dari
tidur.
“
Qalish ABClah nek..”
“
hah..ABC tu apa?” tukas Nek Jah sambil tergaru-garu kepala.
“
Allah Bagi Cuti. Qalish bendera merahlah nek..tak boleh sembahyang.” Jawab
Qalisha manja sambil merangkul bahu dan melentokkan kepalanya di bahu Nek Jah.
“
Tak boleh sembahyang pun pergi mandi dan bersiap-siap. Lepas sarapan nanti
siram pokok dekat nurseri Nenek dulu. Suruh Pak Usu kamu bawa Yop, Leman dan
konco-konconya makan rumput kat belakang. Nenek nak jadi ‘mem besar’ hari ni.
Jangan buat tak ingat pulak, hari ni kita pergi pekan nak beli…” Belum sempat
Nek Jah habis bercakap, Qalisha sudah menyampuk.
“
Beli tv besar dekat Courts. Lepas tu pergi daftar ASTRO.Ada apa lagi nek?”
Qalisha buat muka seposen sambil tersengih-sengih.
“
aa..lagi satu..pakai baju kurung!”
“
Baju kurung lagi..yelah nanti Qalish pakai..” Qalisha berlalu de dalam bilik.
Tuala mandi ‘Hello Kitty’ dan kain batik di capai dan terus ke bilik air yang
terletak di dapur.
Akhirnya setelah penat memilih ,
Nek Jah telah membuat keputusan membeli TV LED Samsung 55 inci. Hampir
terbeliak mata Qalisha dan Qhairul. Rasa macam tak percaya! Terkebil-kebil biji
mata melihat Nek Jah membayar harga TV tersebut RM 4050.00 tunai! Qalisha dan Qhairul ketawa sambil menutup
mulut bila mendengar Nek Jah memberitahu pengurus jualan Courts yang dia nak TV
tu di hantar kalau boleh pada hari itu juga. Siap dengan ‘warning ‘ lagi.
Setelah semua urusan selesai jam sudah
menunjukkan jam dua petang. Mereka tiga beranak mengambil keputusan untuk makan
tengahari di Restoran Sari Rasa yang menyajikan pelbagai lauk untuk nasi
campur.
Keesokkan
hari dengan bangganya lori Courts Mammoths datang menghantar Tv baru Nek Jah.
Ketika itu Qalisha dan Qhairul berada di
bengkel membaiki kereta. Bukan setakat menghantar malah Nek Jah mengarahkan
pekerja Courts memasang terus TV tersebut. Pada waktu tengahari pula wakil
ASTRO pulak datang memasang piring ASTRO. Nek Jah berasa sangat teruja selepas
semuanya selesai. TV dan ASTRO dah ada. Terus dia mencari siaran TV3. Tak sabar
dia nak menonton rancangan masakan ‘Cooking With Love’ yang akan ke udara pukul
5.30 petang nanti. Sebenarnya Halijah mahu
melihat muka bakal cucu menantunya, anak Datin Maimun dengan jelas.
Bukan nak tengok rancangan masakan tu sangat pun kerana dia bukannya faham
bahasa Inggeris yang digunakan tapi dia tengok pengacara rancangan tu!
Selepas
makan malam, Nek Jah, Qalisha dan Qhairul mengadap TV baru siap dengan ASTRO
Beyond lagi. Nek Jah merampas Remote Astro di tangan Qhairul lalu di ‘mute’ kan
suara TV tersebut.
“
Qalisha dengar sini Nenek nak cakap sesuatu.” Dua tangan Qalisha di elus
lembut.
“
Ingat tak tiga hari lepas Datin Maimun dan suaminya datang kat rumah kita?” Nek
Jah memulakan bicara.
“
Aa..aah..ingat. Cantik betul Datin tu kan Nek?baik pulak tu..tak sombong dengan
kedudukan yang di miliki.” Qalisha dengan jujur memberikan pendapatnya.
“
Sebenarnya Datin Maimun dan Datuk Abdullah datang bukan nak beli bunga. Tapi
dia datang nak menyunting bunga. Dia datang bertanya sama ada Qalisha dah
berpunya ke belum? Dia merisik Qalisha untul di jodohkan dengan anak
terunanya.”Nek Jah memberitahu Qalisha dengan tenang.
“
Hah.. apa! Habis tu apa yang Nenek cakap?” Qalisha sudah terhenyak bila
mendengar perkhabaran itu.
“
Nenek dah setuju. Minggu depan hari Khamis Datin Maimun datang bawa rombongan
merisik dan meminang.Dia akan bawa cincin tanda. Majlis pertunangan Qalisha dan
Majlis perkahwinan akan diadakan serentak bulan September depan. “
“
Tunang? Kahwin? Lawak apa ni Nek? Pandai betul Nenek buat lawak..ada ke orang
kaya –raya nak meminang Qalish.. Pak Usu dia tak pinang sekali ke?” Qalisha
sudah tergolek ketawa berdekah-dekah. Qhairul yang dari tadi hanya mendengar
turut sama ketawa.
Geram
betul Halijah melihat reaksi anak cucunya.
“
Adoii.. Nek ampun..sakitlah.” “ Adoii..Mak ampun..sakitlah” Qalisha dan Qhairul
mengaduh kesakitan serentak apabila
lengan mereka di cubit kuat oleh Halijah.
“
Kamu ingat Nenek main-main ke? Ni kalau tak percaya, inilah bakal suami kamu
Qalisha. Inilah anak Datin Maimun dan Datuk Abdullah, Chef Jeffrey Dato’
Abdullah. Bukan depan kamu kahwin dengan dia. Nenek dah setuju. Ingat tak apa
yang Nenek cakap? orang pertama yang datang meminang kamu Nenek akan terima.
Hah..sekarang kamu tenung muka bakal laki kamu ni puas-puas. Petang tadi Nenek
mintak tolong Yasmin rekodkan rancangan masakan dia guna Astro Beyond. Jangan
sampai tak tidur sudah. Dah Nenek nak masuk tidur dulu..no..no..takde tapi-tapi
lagi.Muktamad. Bantahan tidak diterima.” Halijah dengan pantas memintas apabila
melihat Qalisha cuba membuka mulutnya. Dengan selamba Halijah terus berlalu ke
bilik. Mulutnya tersenyum nyaris nak sampai ke telinga. Dalam hatinya melonjak
gembira tak terkata. Dalam hatinya, “
Yea !!!!!! bakal cucu menantu aku hensem dan glamer!”
Qalisha
dan Qhairul merenung skrin tv dengan mulut terlopong luas. Bagai tak percaya
dengan apa yang ditonton di depan mata.
“
Wah!..hensem betul bakal anak sedara Pak Usu. Selebriti popular pulak tu..nanti
glamerlah Qalish.Bukan setakat kat kampung ni aje tapi satu Malaysia tahu. Bertambah sakit hatilah
Mak Kiah sebab cucu menantu Halijah Bt Saman lebih glamour dan berada..”
Qhairul spontan berkata sambil matanya tertancap pada skrin tv. Skrin tv Led
cukup besar dan jelas sekali itu di tenung bagai nak tembus.
Dan
Qalisha pula, “ Warghhhh!!!!!!!!!!” Jeritannya sah-sah mengejutkan Yop, Leman and the geng kat kandang belakang rumah.
Ini jeritan gembira tak terkata ke jeritan tension tak terucap ni? Qalisha
terduduk sambil menghentak-hentakkan kedua belah kakinya.
THANKS
4 ALL SUPPORTS. SEE YA IN NEXT EN3.
No comments:
Post a Comment