BAB 2
“ Fizz! Meet me in my office now!” Butang intercom di tekan dengan perasaan geram. Sejambak bunga mawar merah yang confirmed mahal di atas meja dicampak ke lantai “ Tak habis-habis nak ganggu aku! Tak paham bahasa punya jantan.”Nampak saja tulisan ‘love,Sham..’ pada kad yang datang bersama jambangan bunga terus angin Rianna sekencang puting beliung. Rasanya lebih kencang daripada puting beliung kot..nasiblah.Lepas ni adalah yang akan jadi ‘collateral damage’ kerana gunung berapi dah nak meletup. Semua staff di ofis Rianna sudah alah bisa tegal biasa dengan sikap Rianna yang garang dan berangin.Tapi dia seorang yang professional,takkan marah staffnya kalau kerja mereka tiptop. “ Terkocoh-kocoh Si Fizz, setiausaha yang merangkap PA masuk ke ofis Rianna sebaik bunyi suara ‘merdu’ bosnya kedengaran di intercom. Sebelum pintu diketuk, sempat lagi dia menadah tangan.” Harap-harap aku tak kena marah..aminn yarabbal alaminn..”” Ya bos..saya datang. Ada apa bos?” Fizz, sudah bersedia dengan pen dan buku nota di tangan bersedia mencatat apa saja yang bakal lady bossnya perkatakan. “ Berapa kali saya cakap jangan memandai nak letak bunga,coklat atau apa-apa atas meja saya! I hate it especially from mamat samdol tu !faham! read my lips..SAYA TAK SUKA! Geram sungguh apabila PAnya melanggar arahan. “ Sabar Cik Rianna..tarik nafas..bertenang. Pasal bunga ni bukan saya yang letak. Kalau saya dah tentu saya bawak balik bunga ni buat potpourri lagi bagus..” Fizz mengambil jambangan bunga di lantai lalu dicium. Harum..emm .Sempat lagi Si Fizz berangan.“ Kalau awak nak sangat.. ambik atau pun masuk terus dalam tong sampah. Ingat pesan saya..lain kali jangan nak memandai.Cakap pada semua staff kat ofis ni. By the way, Saya ada apa-apa appointment tak tengahari dan petang ni?” Muka PA nya direnung tajam. Renungan ‘memukau’ daripada Rianna bagaikan menghantar isyarat halilintar lalu terus Si Setiausaha yang kelibut amat membuka organizer menyemak temujanji penting.“ “Tengahari ni lunch hour dengan Datuk di tempat biasa.Lepas tu pukul tiga petang ada appointment dengan wakil dari Syarikat Green Ventures pasal design landskap projek Apartments Villarea.” Tenang saja Fizz berkata kerana dia sudah masak dengan perangai Rianna. Cepat marah dan cepat juga sejuk. “Kalau macam tu saya gerak dulu. Saya tak nak lambat nanti penat telinga saya nak dengar tazkirah percuma Baba. “ Beg tangan jenama Coach dicapai lalu kunci kereta Honda CRVnya di keluarkan.” No calls during my lunch time” ayat yang bersahaja tapi tegas sempat lagi ditujukan kepada PAnya. “Titah dijunjung bos!” Lagak Fizz dengan tabik spring. Tingkah laku spontan Fizz,lelaki jambu a.k.a lelaki ayu berjaya mencuit hati Rianna.
“
Okay great job guys…that’s all our shooting for today. Kita sambung rakaman
last episode for this season next Monday. Jeff great job!..remember do your
homework..revise the script because this episode is very special. We ‘re going
to shoot at Ocean Blue Resort.” Suara Bob selaku pengarah rancangan masakan
‘Cooking With Love’ jelas memberi arahan kepada semua krew produksi. “ Okay..no
sweat.Got to go now.Sorry tak boleh tolong korang kemas.Ada lunch meeting
dengan Baba I”. Jeff bergegas menanggalkan seragam putih chef sebalik skrin
yang memang dikhaskan untuk selebriti menukar pakaian. Selalunya selepas habis
shooting dia akan menolong Luqman selakunya pengarah fotografi merangkap
sahabat baik mengemas kamera-kamera yang menjadi kesayangan. Lepas penat
shooting biasanya mereka akan lepak dekat The Pastries, sebuah café milik Andy,
seorang lagi sahabat baiknya. Jam Tag Heuer ditangan dikerling. “ Alamak mati aku! Lambat lagi..Baba mesti
jeling manja kat aku nanti.” Getus Jeffrey sendirian. Dia berlari anak menuju
ke arah lift lalu butang ke tempat parking kereta ditekan. Terkial-kial dia
cuba mengeluarkan kunci kereta daripada poket seluar jeans biru dengan sebelah
tangan lagi menjinjing sebuah beg yang memuatkan pakaian seragam chefnya.Dia
memang cerewet kalau masuk bab berpakaian, lebih-lebih lagi pakaian ‘rasmi’
chef yang berwarna putih. Dia lebih rela membawa pulang seragam tersebut dan
hanya mencucinya dengan detergent Dynamo Downy yang baru. ( wah..macam iklan
lah pulak..) Pedal minyak kereta Volkswagen Beetle berwarna kuning dipecut agak
laju menuju ke restoran Nelayan di Tasik Titiwangsa di mana Baba dan Mama
sedang menunggu.
“
Sorry Baba, Jeff lambat sikit. Macam biasalah….” “ Ye ye.. Baba faham baru
habis shooting, jalan jammed, shooting habis lambat, ada teknikal problem kat
lokasi..itu yang Jeff nak cakap kan?”Kata-kata Jeffrey di potong oleh Datuk
Abdullah dengan pantas. “ Aikk..macam mana Baba boleh tahu apa yang Jeff nak
cakap? Hebatlah Baba ni”…Renungan Baba yang mencerlung ke arahnya
menyebabkan dia tidak jadi meneruskan
lawak antarabangsanya. “Err.. Baba, mana Mama dan Rianna? Kata nak lunch
sekali.”Melilau mata Jeffrey mencari kelibat Mama dan Rianna. “ Mama kamu pergi
ke bilik air sekejap. Hah..panjang umur,itu pun Rianna.” Datuk Abdullah
membalas gamitan daripada Rianna. “ Assalamualaikum, maaf semua Rianna
terlambat sikit.” Rianna melabuhkan punggungnya di tempat duduk kosong
bersebelahan dengan Jeffrey. Seketika kemudian, Datin Maimun muncul lalu duduk
di sebelah Datuk Abdullah. “ So, semua dah ada. Kita nak makan apa tengahari
ni?” Pertanyaan Jeffrey memecahkan kensunyian suasana. “ Hidangan buffet, pilih
sendiri tepuk dada tanya selera. Abang nak makan apa? jom kita pilih makanan.”
Lembut sahaja tutur kata Datin Maimun mengajak suaminya. “ Mama tak acilah
macam ni, ajak Baba je ke?kita orang ni tak nak ajak ke?” Sengaja Jeffrey menyakat
Mama dan Baba yang romantis berjalan beriringan mengambil makanan. “ Aci-aci
buka pintulah.”Datin Maimun turut membuat lawak.
“
Jeff, lain macam je Baba dan Mama kita hari ni.Selalunya kita makan kat rumah
tapi ni nak lunch kat luar.Rianna bercakap perlahan seolah berbisik.” Itulah
pasal..tadi Mama called Jeff suruh datang sini lepas habis shooting. Katanya
Baba ada hal nak bincang dengan kita. Hal apa ye?” Jeffrey mengiakan kata-kata Rianna. Dahinya berkerut
dengan seribu tanda tanya bermain di minda. Mereka turut mengekori Mama dan
Baba mengambil makanan. Ketika mereka sedang makan, Jeffrey memberitahu
keluarganya yang dia akan ke Pantai Timur pada minggu hadapan untuk rakaman
episode terakhir rancangan masakannya di sebuah resort yang terkenal di sana,
Ocean Blue Resort. Sebaik sahaja nama Ocean Blue Resort di sebut, Datuk
Abdullah yang sedang meneguk fresh orange terus tersedak. Spontan Rianna bangun
menepuk-nepuk belakang Babanya. Datuk Abdullah merenung Wajah Jeffrey. Di dalam
hatinya berkata, “ Resort itu sebenarnya milikkau nak..Semua itu harta
peninggalan Papa kau yang telah dirampas oleh bapa saudara kau sendiri”.
Memandangkan Datuk Abdullah senyap seribu bahasa, Datik Maimun menggengam erat
tangan suaminya memberikan kekuatan dan semangat.Dia tahu apa yang bermain di
fikiran suaminya. Genggaman erat tangan Datin Maimun membuatkan Datuk
Abdullah tersedar dari lamunan.
“
Rianna ,Jeff, Baba ada perkara penting yang nak Baba bincangkan dengan kamu
berdua.” Datuk Abdullah meneruskan bicaranya sambilnya merenung wajah Rianna
dan Jeffrey silih berganti. “ Dah sebulan Baba siasat tentang kamu dan Baba
pasti kamu berdua tiada teman istimewa.” “ Sapa yang nak jadi boyfriend Rianna
ni Baba, garang mengalahkan mak singa.” Jeffrey menyampuk. “ Jeff, dengar dulu
apa yang Baba nak cakap!” Datin Maimun mula meninggikan suara, tidak suka dengan
sikap Jeffrey yang menyampuk dan tidak serius itu. Mendengar nada suara Datin
Maimun yang agak tinggi, Jeffrey diam tak terkutik. “ Apa yang Baba dan Mama
usahakan adalah untuk kamu berdua. Kami sayangkan Rianna dan Jeff sama rata.
Walau pun Jeff bukan anak kandung Baba dan Mama, tapi Baba dan Mama tetap
menganggap Jeff macam anak kami sendiri. Tak pernah kami bezakan kasih sayang Kamu
berdua sudah 28 tahun dan kami rasa sudah sampai masanya kamu memikirkan masa
depan, mempunyai keluarga kamu sendiri. Baba dan Mama sudah tua, kalau boleh
kami ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata. Jadi Baba dan Mama telah
membuat keputusan, kami yang akan carikan pasangan yang sesuai untuk kamu
berdua kerana nak harapkan kamu cari sendiri calon pasangan kamu, alamatnya
sampai mati pun Baba dan Mama tak dapat melihat Jeff dan Rianna ada keluarga
sendiri. “ What!” serentak Rianna dan Jeffrey bersuara. “ Are you serious Baba?
Ini tahun 2012 Ba, mana ada lagi orang zaman sekarang kahwin di atur keluarga
lagi. Zaman dah moden Ba,in fact Jeff nak jugak rasa bercinta-cinta dulu lepas tu kalau rasa serasi baru kita proceed
dengan kahwin.” Jeffrey dengan lancar cuba membantah cadangan Babanya. “ aa..aa
Baba jangan risau pasal kami, bagilah
kami tempoh, kami janji akan cari calon menantu Baba dan Mama yang baik.Dah
jumpa kami perkenalkan pada Baba dan Mama. Please Baba..gives us some time..”
Riana turut bersuara cuba memujuk Baba. Dia tahu kata-kata Baba adalah serius.
“ Tempoh? No..no..Baba takkan berkompromi dengan kamu. Papa dah penat.Hanya
orang yang Baba percaya sahaja boleh jadi menantu Baba. Kalau Baba beri kamu
tempoh, entah-entah perempuan mana atau lelaki mana yang Jeff dan Rianna bawa jumpa Baba. Tak pun kalau terdesak sangat
mungkin Jeff dan Rianna upah entah sapa-sapa kahwin kontrak hanya untuk
menyenangkan hati Baba dan Mama. So sebelum kamu buat drama adaptasi novel ke,
drama siam ke, Baba dan Mama dah buat keputusan , within 2 months both of you
will be married to the person I chose and trust.Dan untuk pengetahuan kamu
berdua, Baba dah pun jumpa calon suami untuk Rianna dan juga calon isteri untuk
Jeff. Keputusan Baba muktamad tak ada tapi-tapi lagi. Mungkin apa yang Baba dan
Mama buat ini tak masuk akal bagi Jeff dan Rianna tapi suatu hari nanti Jeff
dan Rianna akan faham kenapa Baba buat semua ini. Percayalah apa yang Baba buat
adalah untuk kebahagiaan kamu kemudian hari..bila Baba sudah tiada di dunia ini
lagi…” Kata-kata Datuk Abdullah tergantung begitu sahaja. Lantas Datuk Abdullah
bingkas bangun terus berlalu meninggalkan kedua putera dan puteri kesayangan
dengan penuh tanda tanya. Melihat Datuk Abdullah berlalu dengan pantas, Datin
Maimun berlari anak mengejar dari belakang. Dalam hatinya dia memanjatkan doa
pada Yang Maha Esa agar dibukakan pintu hati Jeffrey dan Rianna untuk menerima
keputusan suaminya. Semoga mereka akan menjadi anak yang taat pada perintah ibu
bapa. Datin Maimun cukup faham akan keputusan yang dibuat oleh Datuk Abdullah.
Andainya dia bisa bersuara sudah pasti semua rahsia yang di pendam selama iniakan di
luahkan. Kalaulah ianya semudah itu….
“
Cik Rianna, your brother wants to see you “. He’s here now.” Fizz setiausaha
Rianna memberitahu kedatangan Jeffrey melalui intercom. “ Let him in”.Pendek
dan ringkas sahaja jawapan Rianna. “ Thanks Fizz”. Sengaja Jeffrey mengenyitkan
matanya mahu mengusik Fizz, si mamat jambu. Entah apa yang Rianna Nampak pada
Fizz sehinggakan memilihnya menjadi setiausaha merangkap PA sekali. Bila di
tanya Rianna kata Fizz dapat melaksanakan tanggunjawabnya sebagai PA dengan
baik. Yalah, kalau perempuan tentu dah lama cabut lari dengan angin puting
beliung Rianna. Cuma Fizz ni lelaki yang tak nampak macam lelaki. Nak buat
macam mana kelembutan dan keayuannya lebih terserlah. Paling penting dia mamat
jambu yang penyabar dan pandai ‘kipas’ bila bos panas nak meletup.Lantak
engkaulah Fizz asalkan kau bahagia.
“
So macam mana ni Anna..apa kita nak buat? Baba betul-betul serius pasal nak
carikan kita jodoh. Ishh..kusut! kusut! Tak boleh nak fikir..” kedua tangan
Jeffrey diletakkan di atas kepalanya. “Tak sangka kita kena kahwin paksa. Anna
tak sampai hati nak lawan cakap Baba. Baba dah banyak berkorban untuk kita
selama ini.” Rianna menyandarkan kepala pada kerusi. “ Semudah itu? Come on
Anna, this is our lives, we have right to choose..” Jeffrey masih tidak
bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Datuk Abdullah. “ I don’t know
Jeff..mungkin ini adalah qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah. Anna
tak mahu jadi anak derhaka dan Anna tahu Jeff pun tak mahu jugak kan? So Anna
dah buat keputusan akan ikut cakap Baba. Okay kalau Anna dah nekad macam
tu..okay I’m in..tapi drama ni kita yang jadi direktornya..Jeffrey tersenyum
sinis dengan agenda tersembunyi. “ Jeff, what do you mean when you said kita
yang jadi direktornya..cakap biar terang! Sakit kepala Anna nak fikir tau!
Pening kepala Rianna cuba menangkap maksud yang cuba di sampaikan oleh Jeffrey.
“ Ishh.. belajar sampai oversea tapi itu pun tak boleh nak tangkap. My dear
sister, we will get married with whoever Baba chose for us, but we’ll make
their life miserable!” Tersengih-sengih Jeffrey dengan idea jahat terlintas di
fikirannya. Sapalah minah malang tu..just wait and see. Tangan kanannya
mengusap-usap dagu. “ Okay I get it.. kita jangan mengalah dan yang paling
penting,tak boleh jatuh cinta. Ingat tu..never fall in love! Tapikan Jeff,
sapalah agaknya lelaki yang Baba carikan untuk Anna ye?” Rianna merenung
Jeffrey seketika dengan muka yang cemberut.. Jeffrey mencelah, “I wonder about
it too..sapalah perempuan tu ye…cantik tak dia.Anna, kalau kita terjatuh cinta
dengan orang yang Baba cari ni macam mana ?” Jeffrey dan Rianna memandang
antara satu sama lain dan dengan serentak mereka berkata,” ahh..tak
mungkinlah.. never! ” Mereka berdua ketawa terbahak-bahak.
BERSAMBUNG…..SUDI-SUDIKAN
MEMBERI KOMEN YANG BOLEH MENYUNTIK SEMANGAT BUAT SAYA.TQ.
No comments:
Post a Comment