BAB 6
Rayyan
Fahrin merenung jauh ke arah sawah padi yang luas terbentang. Sejak sejam yang
lalu dia duduk di pondok usang yang terletak jauh di tengah sawah berfikir
tentang apa yang berlaku dalam hidupnya kebelakangan ini. Lebih tepat lagi,
sebenarnya Rayyan Fahrin sedang mengarang cerita di dalam mindanya. Apa dan
bagaimana hendak dia beritahu nenek dan adik-adiknya yang dia akan berkahwin
bulan depan dengan anak Datuk Abdullah.
“
Ishh..macam mana aku nak cakap dengan Nek Wan ni..macam ni boleh kot..
Ehem..ehem..Nek Wan…Ayin nak beritahu
satu perkara ni..Ayin nak kahwin..bulan depan..eh boleh ke tak ni? Terkejut tu
memang Nek Wan akan terkejut.Nanti Nek Wan confirm akan tanya dengan sapa, anak
sapa, bila kenal, bila masa pulak engko bercinta..angin rebut takde tut-tut nak
kahwin…adoii..macam mana ni? Itu baru Nek Wan. Kalau tambah pulak dengan Nia
dengan Daus apa pulak aku nak jawab…bukan tak tahu dengan Nia , adiknya yang
sorang tu..kalau dia nak tahu satu-satu perkara, sampai lubang cacing pun dia
sanggup gali…aduh duh..gi mana sih..” Rayyan Fahrin mundar-mandir di tempat
yang sama. Sekejap dia duduk di atas pondok, sekejap turun ke bawah sesekali di
garu-garu kepalanya yang tidak gatal sampai terkeluar bahasa dari seberang.
Besar sungguh pengaruh sinetron Indonesia yang kadang-kadang ditonton bersama
adiknya Nia.
“
Haa..macam ni ajalah..Nek Wan dan Nia mesti percaya ..Daus senang je nak
kelentong. Mamat ‘nerd’ tu cakap apa pun dia akan percaya punya.. Aku cakap
macam ni sajalah..Ayin dah lama kenal Rianna ..masa belajar dekat Dublin dulu
lagi. Baru-baru ni jumpa semula. Kira cinta kenal dah lama lamalah ni.
Rupa-rupanya dia anak majikan tempat kerja baru Ayin..nak kahwin sebab dah lama
memendam perasaan dan mungkin dah sampai seru kot. Perasaan Ayin dah
mengebu-gebu sangat kat Rianna. Dia pun sama, sayang sangat kat Ayin.
Ishh..over sangatlah pulak..adehh..macam mana pun aku kena cakap jugak. Nek Wan akan percaya ke? Rasa berdosa pulak..aku
tak pernah tipu Nek Wan.. Encik Hashim bagi aku masa empat hari je..campur hari
ni dah dua hari..lusa aku kena balik semula ke Kuala Lumpur. Banyak perkara
yang perlu dibereskan sebelum majlis perkahwinan tu..ekspress betul..takde
tunang-tunang..terus kahwin. Huh..macam kahwin koboi je..” Rayyan Fahrin
mengomel sendirian lalu duduk semula di atas pondok usang tersebut sambil
menjuntaikan kaki. Sesekali tangannya meraup muka dan memicit-micit kepala yang
berdenyut-denyut.
Tanpa Rayyan Fahrin sedari, perlakuan
mundar-mandirnya diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Seseorang yang sudah
lama menyimpan hati pada Rayyan Fahrin dalam diam. Seseorang yang sudah lama
cuba mengambil hati Rayyan Fahrin dengan menabur baik budi pekerti dan lembut
tutur kata. Telah lama Si Gadis itu cuba mengambil hati Nek Wan, selalu
menziarah dan bertanya khabar dan selalu juga menghantar buah tangan. Namun,
sesekali pemilik hati yang bernama Nadhia berasa geram kerana sungguh sukar
menembusi dan memiliki hati Rayyan Fahrin, lelaki yang dicintai dalam diam. Pelbagai
cara dilakukan untuk mengambil hati Rayyan Fahrin tapi Rayyan Fahrin tetap tak
paham-paham atau pun sengaja buat-buat tak paham. Mustahil orang terpelajar
seperti Rayyan Fahrin tak dapat menangkap ‘cues’ yang menunjukkan Nadhia
sukakan dirinya. Tinggal lagi berterus terang je belum. Yelah..takkan timba
mencari perigi kot..eh mana satu yang betul? perigi mencari timba ke timba yang
mencari perigi? Ahh lantaklah..zaman dah moden. Orang dah guna air paip.
“ Eh Abang Long dari mana ni? Dari tadi
Nia cari tak jumpa-jumpa. Itu haa.. Nenek kat atas tu dah bising cari
Abang..Abang pergi jumpa Kak Dhia ye..” Rania Irdiani, satu-satu adik perempuan
Rayyan Fahrin cuba menyakat.
“ Nia jangan nak memandai..nanti dengar
kat Kak Dhia malulah abang..ni lagi satu jangan nak buat cerita yang
bukan-bukan. Bila masa Abang cakap abang abang pergi jumpa Kak Dhia..eeii tak
mahulah abang..Abang tak pernah anggap Kak Dhia lebih daripada seorang kawan.
Lagi pun diakan jiran kita..kita perlu berbuat baik dengan jirankan?” Malas dia
melayan adiknya. Lagi pun memang betul, dia tidak pernah menaruh perasaan pada
Nadhia. Jujurnya, kadang-kadang dia berasa rimas bila Nadhia datang ke rumah
menghantar itu dan ini. Bukannya dia tak faham renungan mata Nadhia Cuma dia
sengaja dia buat-buat tak faham. Huh..seram betul perempuan tu..agaknya kalau
kahwin dengan aku mahu dia berkepit dengan aku 24 jam. Boleh sesak nafas aku di
buatnya.
Rayyan
Fahrin terus berlalu naik ke atas rumah setelah motor kapcai peninggalan arwah
datuknya di tongkat. Bahu adiknya dirangkul dan mereka beriringan naik.
“ Ada apa Nenek cari Ayin?” Tanya Rayyan
Fahrin setelah tangan Nek Wan di salam. Dia duduk di birai katil tempat Nek Wan
berehat.
“ Nenek nak cakap sikit dengan
Ayin..yelah dari tadi tak nampak batang
hidung..mana Ayin pergi?” Nek Wan duduk menyandar di kepala katil. Kebelakangan
ini Nek Wan sedikit lemah. Walau pun
doktor yang merawat ada memberitahu yang sel kanser Nek Wan sudah agak
terkawal, namun Rayyan Fahrin tetap bimbang.
“ Nek, jom Ayin bawa Nenek duduk kat
pangkin bawah pokok mempelam..cuaca dah redup ni..pandang sawah yang menghijau
tu boleh merehatkan otak kita tau..” Pujuk Rayyan Fahrin lantas memimpin Nek
Wan untuk bangun.
“
Eloklah tu..Nenek pun memang nak turun tadi. Kalau pekena kopi ‘o’
petang-petang ni best jugak,,tadi Nadhia ada hantar kuih lepat pisang. Boleh
makan sekali.”
Rayyan Fahrin dan Nek Wan berjalan
menuruni tangga batu menuju ke arah pangkin kayu dan buluh yang dibina khas
untuk bersantai di waktu petang.
Cuaca petang itu sungguh redup dan
nyaman. Permandangan sekitar rumah amat menenangkan dan teduh mata memandang.
Rumah pusaka Atuk Ali yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau serta
pokok-pokok buah-buahan seperti mempelam, manggis dan rambutan di kiri kanan
rumah amat mendamaikan.
Setelah Nek Wan kelihatan agak selesa,
Rayyan Fahrin cuba mencari peluang yang sesuai untuk memulakan bicara.
“ Nek..Ayin ada benda nak cakap dengan
Nenek. Err..sebenarnya Ayin nak cakap Ayin.. Ayin…Ayin..”
“ Sejak bila kamu ada penyakit gagap
ni? Apa bendanya sampai kamu susah benar nak sebut…kamu ada usik anak dara
orang ke? “ Nek Wan sudah melontar suara ‘merdunya’.
“ Eh..mana ada Nek!..Nenek kan tahu
Ayin budak baik, Ayin takkan usik anak dara orang. Kalau Ayin suka terus Ayin
pinang. Lepas kahwin baru Ayin usik..” Rayyan Fahrin pantas menjawab dengan
nada berseloroh sengaja mahu menyembunyikan perasaan gemuruh yang mencengkam di
lubuk hati.
“ Dah tu apa bendanya yang kamu nak cakap? Macam ayam
berak kapur je Nenek tengok..” tempelak Nek Wan. Cuak dia melihat perlakuan
Rayyan Fahrin yang gelisah semacam.
“ Ayin nak beritahu dua berita gembira.
Pertamanya, Ayin.. Ayin dah dapat kerja kat Kolumpo.. Isyaallah lepas ni Nenek
tak payah risau pasal duit lagi. Gaji Ayin agak besar jugak..so boleh tampung
kos rawatan Nenek dan persekolahan Nia dan Daus. Rayyan Fahrin cuba mengatur
ayat sebaik mungkin.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Rayyan
Fahrin, air muka Nek Wan menjadi teduh dan muram. Dia tahu cucu sulungnya ini sudah
banyak berkorban untuk dirinya semenjak dia disahkan mengidap barah buah dada
dua tahun yang lalu sehingga sanggup berhenti kerja di luar negara.
“ Ayin..Nenek mintak maaf sebab dah
banyak menyusahkan Ayin. Kalau tak kerana sakit Nenek ni..Ayin tak perlu
bersusah payah macam ni.” Sayu dan
bergetar suara Nek Wan menahan sebak.
“ Nenek..apa Nenek cakap ni? Ayin tak
pernah rasa Nenek menyusahkan Ayin sebaliknya hanya ini yang mampu Ayin lakukan
untuk membalas jasa Nenek menjaga dan membesar Ayin dan adik-adik. Budi dan
jasa Nenek dan Arwah Atok amat besar..tak terbalas. Jangan cakap macam tu lagi
ya Nek.. dan berita gembira yang kedua, Ayinn…nak kahwin!”
“ Hah nak kahwin? Dengan
sapa?..Alhamdulillah..makbul jugak doa Nenek ni nak lihat Ayin berumahtangga.
Haa..nenek tahu..dengan Nadhia kan?” Nek Wan sudah tersenyum-senyum. Bersinar
bola matanya beranggapan Rayyan Fahrin akhirnya memilih Nadhia sebagai teman
hidup.
“ Ishh..Nenek ni..bila masa Ayin cakap
nak kahwin dengan Nadhia. Tak pernah terlintas dalam fikiran pun..Sebenarnya
dulu masa Ayin belajar kat Dublin, Ayin ada bercinta dengan seorang gadis.
Namanya Adrianna. Masa di Kolumpo hari tu Ayin jumpa dia semula. Ayin ingat
Ayin yang bertepuk sebelah tapi rupa-rupanya dia pun sayang sangat kat Ayin. Ayin
ingat Ayin yang syok sendiri tapi tak sangka pulak Adrianna pun dah lama
memendam rasa kat Ayin. Seperti bulan jatuh ke riba aje rasanya .Jadi, kami kalau boleh nak kahwin
secepat yang mungkin. Patutnya dari dulu lagi kami dah kahwin tapi itulah kan..mungkin
masa tu tak sampai seru lagi. Ayin dan Adrianna dah buat keputusan kami tak
mahu tunggu lama lagi. Kami ingat ..nak kahwin terus bulan depan!” Rayyan
Fahrin sendiri terkejut kerana lancar sekali ayat bohong sunat yang keluar
daripada mulutnya. Hatinya berharap Nek Wan akan percaya kata-katanya dan tidak
bertanya banyak soalan cepu emas.
“ Hah..bulan depan! Kamu cakap
betul-betul Fahrin! Kenapa cepat sangat. Nenek tak pernah pun dengar kamu sebut
pasal perempuan bernama Adrianna. Alih-alih kamu cakap nak kahwin..ke kamu dah
buntingkan anak dara orang? Cakap betul-betul Fahrin, jangan nak kelentong
Nenek..!” Mata Nek Wan bulat memandang Rayyan Fahrin.
“ Err..Nek..janganlah macam tu..seram
Ayin tengok. Betul Nek..sumpah Ayin tak pernah usik anak dara orang. Ayin rasa
Ayin dah jatuh cintalah Nek. Siang malam asyik terbayang wajah dia je..makan
rasa tak kenyang, mandi memanglah basah, tapi tengah mandi pun mata Ayin ni dok
nampak dia je. Seumur hidup inilah kali pertama Ayin rasa macam ni.rasa bahagia
sangat...Ayin rasa memang dah wajib kahwin dah ni. Kami nak kahwin buat majlis
kecil cukup kalau keluarga yang terdekat saja yang hadir..tak nak
tunang-tunang..nak terus kahwin je.” Seperti seorang yang sudah professional
dalam bab tipu-menipu Rayyan Fahrin menuturkan bicara. Sengaja dia membuat muka
macam orang tengah angau.
“ Uihh..mana datang ayat-ayat tu? Dah
lama kenal dan cinta konon..pada hal macam mana rupa rupa anak Datuk Abdullah pun
aku tak tahu. Pandai kau Fahrin..di buatnya anak Datuk mata juling..gigi
jongang ke..atau pun badan dia macam blue hyppo tak pun kurus sikit daripada gajah
tak ke haru. Mahu Nek Wan sakit jantung
pulak. Derita ‘breast cancer’ pun tak tertanggung… “ Rayyan Fahrin mengetapkan
bibir dam memejamkan matanya untuk menahan debaran di dalam dada. Dadanya rasa
bagai nak pecah! Dia berdoa agar Nek Wan akan mempercayai kata-katanya
bulat-bulat.
Getaran yang hebat sedang melanda hati
Rayyan Fahrin dan hanya Tuhan yang tahu betapa dia berasa bersalah kerana
terpaksa menipu Nek Wan. Mana mungkin dia memberitahu perkara yang sebenar yang
terjadi kepada Nek Wan. ‘Commit suicide’ namanya tu. Kalau beritahu sekali pun,
belum tentu Nek Wan akan percaya. Apa yang berlaku beberapa hari yang lepas
persis cerita di dalam novel atau pun macam dalam ‘thai lakorn’ dan dah tentu
akan bertanya bermacam soalan yang akhirnya akan buat dirinya terkantoi. Tapi
betullah kata ungkapan Inggeris yang mengatakan ‘one lie leads to another” kerana
Rayyan Fahrin tahu selepas ini dia terpaksa mereka cerita yang lain lagi untuk
meng’cover’ kata-katanya tadi. Kalau kira bohong sunat aci tak?
Nek Wan kelu tak terkata dengan
kata-kata Rayyan Fahrin sebentar tadi. Dia memang masih meragui kata-kata Rayyan
Fahrin. Tetapi apabila dia fikirkan, Rayyan Fahrin belum pernah menipunya
selama ini dan dia amat bersyukur kerana Rayyan Fahrin amat taat dan menyayangi
dirinya serta tidak pernah mengabaikan dirinya sejak Rayyan Fahrin pulang dari
seberang laut. Kebahagiaan Rayyan Fahrin amat penting bagi Nek Wan walau pun
jauh di sudut hati dia berharap Rayyan Fahrin akan memilih Nadhia untuk di
jadikan teman hidup. Pada pandangan mata tuanya, Nadhia amat baik dan
menghormati orang tua. Dia yakin Nadhia boleh menjaga Rayyan Fahrin setelah
ketiadaan dirinya nanti. Namun Nek Wan juga faham yang dia tidak boleh memaksa
Rayyan Fahrin menerima Nadhia kerana Rayyan Fahrin pernah memberitahu dirinya
sendiri bahawa hatinya tidak pernah terpaut pada Nadhia. Bukanlah kerana Nadhia
tidak cantik dan baik budi pekerti tetapi kerana dia hanya menganggap Nadhia
tidak lebih daripada seorang kawan dan adik angkat sahaja.
“ Kalau kau dah suka Nenek nak cakap
apa lagi..tapi Nenek benar-benar berharap perempuan yang kau pilih ni biarlah
perempuan yang boleh menjaga makan pakai dan sakit demam kau di kemudian hari.
Ceritalah pada Nenek siapa dia..” Nek Wan akhirnya bersuara. Teruja juga Nek
Wan mahu mendengar siapa gerangan gadis yang berjaya mencuri hati cucu
kesayangannya.
Seketika kemudian, Rania Irdiani datang
menghampiri mereka dengan seteko kopi ‘o’ dan sepinggan lepat pisang di dalam
dulang. Mereka menikmati minum petang dengan suasana yang tenang. Setelah
menyisip kopi ‘o’ yang masih berasap, Nek Wan meminta Ryan Fahrin menceritakan
siapa gerangan gadis yang bakal menjadi cucu menantunya itu nanti.
“ Hah..apa lagi Ayin..ceritalah..” Nek
Wan bersuara.
“ Cerita apa Nek?” Rania Irdiani
menyampuk tidak tahu hujung pangkal.
“ Nia tak lama lagi kau akan dapat ‘Kak
Long’. Abang kau ni dah nak kahwin.” Nek Wan menjuihkan mulutnya ke arah Rayyan
Fahrin.
“ Yeaa…betul ke Abang? Dengan
siapa?Dengan Kak Nadhia ke? Bila Abang bercintan –cintun dengan Kak Nadhia?”
Seperti serangan peluru berpandu, Rania Irdiani mengutarakan soalan kepada
Rayyan Fahrin bertubi-tubi. Dia berasa amat teruja kerana sudah lama dia mahu
melihat Abang sulungnya ini mendirikan rumahtangga. Nanti adalah seorang kakak
ipar yang boleh dia berkongsi cerita.
Rayyan Fahrin berasa amat geram dengan
Rania yang terlebih petah bercakap lalu sebiji lepat pisang di ambil dan dengan
kulitnya sekali Rayyan Fahrin menyumbatkan lepat pisang tersebut ke dalam mulut
adiknya yang masih terlopong sejak tadi. Geram sungguh kerana sejak daripada
tadi asyik nama Nadhia yang di sebut-sebut.
“ Hah makan kuih tu..cakap banyak pulak
dia. Nadhia..Nadhia..Nadhia.Takde orang lain ke? Memang Abang nak kahwin tapi
bukan dengan Nadhia tapi dengan kekasih hati pengarang jantung Abang yang
bernama Adrianna. Girlfriend Abang masa kat Universiti di Dublin dulu. Faham!
Kedua belah pipi Rania dicubit geram oleh Rayyan Fahrin.
“ Sakitlah Bang! Main cibit-cubit pipi
pulak.” Rania sudah menarik muncung masam tidak suka diperlakukan sebegitu oleh
Abangnya.
“ Cantiknya muncung tu..dah macam
muncung alligator dah Abang tengok..buaya muncung pun kalah .” Rayyan masih
menyakat adik perempuannya.
“ Okay..dengar elok-elok pasal gadis
idaman abang ni..” Otak Rayyan Fahrin ligat cuba mengingati beberapa fakta
tentang Adrianna yang dia tahu. Nasib
baiklah dia masih teringat lagi kata-kata Encik hashim tempohari.
“ Nama dia Adrianna Bt Dato’ Abdullah. Anak
tokoh perniagaan yang bergelar Dato’ tapi ayah seorang yang merendah diri
tak bermegah-megah dengan kekayaan yang
ada .Umur dia 28, dua tahun lebih muda
daripada Abanglah. Dia anak bakal majikan baru Abang nanti. Tapi masa Abang
pergi interview kerja hari tu, Abang tak tahu yang kompeni tu milik bapak dia.
Orangnya…ermmm..surprise! Nanti bila Abang kita pergi kolumpo bulan depan baru
Abang kenalkan. Jadi Nia dan Nenek kena tunggu dan bersabar ye..semuanya di
tanggung beres.”
“ Ayin lain macam je Nenek rasa..kamu
ni macam kahwin koboi pulak.Habis tu macam mana persiapan dan duit hantaran
semua tu? Kamu dah ada ke?.Kamu cakap dia anak datuk ke apa tadi..Datuk tu tak kisah ke nak kahwinkan
anak mereka dengan orang biasa-biasa macam kita?” Kalau dah anak datuk,mahu
taknya duit hantaran koman-koman pun 15-20 ribu! Nek Wan menzahirkan rasa
kebimbangan yang terbuku di hati.
“ Eh Nek..sapa kata kita tak kaya? Kita
pun orang kaya jugak..kita kaya dengan budi bahasa, kita ada 50 ekor kambing, itu tak masuk lagi lembu
,kerbau,,ayam ,itik dan angsa Nenek..kalau di kira semuanya memang kita kaya
Nek…” Rayyan Fahrin cuba berseloroh untuk menutup perasaan gusar di hatinya.
“ Nenek janganlah risau pasal semua tu…
Datuk Abdullah dan Adrianna tak memandang semua tu. Macam yang Ayin cakap tadi,
kami nak buat majlis kecil untuk keluarga terdekat je..Nenek tak payah risau
okay..yang penting lepas kahwin nanti, Ayin nak bawak Nenek buat rawatan di
Kuala Lumpur.” Rayyan Fahrin merangkul
bahu Nenek Wan lantas dibawa ke dalam pelukannya. Sebak rasa hati apabila dia mendengar
kata-kata Nenek Wan yang sangat mengambil berat tentang dirinya dan adik-adik.
“ Errr..betul ke Adrianna boleh
menerima siapa aku seadanya? Adriannaaa…anak Datuk Abdullah yang aku kena
jinakkan..kalau anak kucing boleh aku peluk cium tapi ibu harimau matilah aku
kena terkam. Kalau ibu gajah mampus aku kena hempap. Kalau dia ibu kuda..adoiii
cedera parahlah kau kena tendang! Adakah
dia secantik namanya?..Gulppp!” Rayyan Fahrin menelan air liur yang pahit
semacam.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Usai makan malam, Datuk Abdullah dan
Datin Maimun duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton rancangan bual
bicara ‘9 Soalan’ di TV9. Kebetulan pula pada malam itu, tetamu undangan yang
ditemuramah adalah ikon yang menjadi idola Datuk Abdullah, Tun Dr.Mahathir
Mohamad. Dari dulu hingga sekarang Tun
Dr. Mahathir adalah sumber inspirasinya dalam memajukan bisnes. Semangat
kental, aura dan karisma Tun Dr.Mahathir semasa menjadi pemimpin nombor satu
Negara benar-benar mengkagumkam. Tidak hairanlah beliau dinobatkan sebagai
‘Bapa Pemodenan Malaysia’.
Seketika kemudian, kelihatan Jefrey
laju menuruni anak tangga sambil bersiul-siul riang. Dia sudah berjanji dengan
kawan baiknya Luqman dan Andy untuk lepak di ‘The Pastries’, café yang mereka
usahakan bersama. Sebenarnya, dia dan Luqman hanyalah ‘sleeping partners’
sahaja kerana Dia dan Luqman masing-masing mempunyai kerjaya lain. Andy atau
nama sebenarnya Andika lah yang menguruskan café tersebut sepenuh masa. Nama
‘Andika’ pun dah macam pahlawan melayu sesuai sangatlah dengan tuan empunya
diri, agresif dan tegas serta memang mempunyai ‘otak bisnes’ yang bagus. Café
yang terletak ekslusif di kawasan ‘segi tiga emas’ Bukit Bintang memang menjadi
tumpuan ramai. Kombinasi dekorasi café yang superb, live bands dan makanan yang
sedap terutamanya ‘desserts’ popular sentuhan Chef Jeffrey yang menjadi
‘signature’ , memang menjadi tarikan pengunjung setia café itu.
“ Jeff nak keluar ke?” Datuk Abdullah
bertanya kepada Jeffrey. Datuk Abdullah dan Datin Maimun baru berkira-kira mahu
memanggil Jeffrey untuk berbincang tentang sesuatu.
“ Aa..aah Baba, Mama. Jeff dah janji
nak jumpa Luqman dan Andy kat café. Ada hal yang kami nak bincang..pasal bisnes
dan partnership kita orang”. Jeffrey menghampiri Baba dan Mamanya untuk
bersalam sebelum keluar.
“ Can you please sit for a while? Baba
dan Mama ada hal yang nak di beritahu. I promise it won’t takes long..” Datuk
Abdullah meminta Jeffrey duduk di sofa berhadapan dengannya.
Jantung Jeffrey berdegup kencang.
Berdebar sungguh apabila melihat air muka Babanya yang serius. Dia sudah
mengagak sudah tentu tentang soal kahwinnya dan Adrianna.
“ Sudah ada calon isteri untuknya dan
calon suami untuk Adrianna kah?” Soalan cepu berlian spontan bermain di fikiran
Jeffrey. Adoii…kusut! Kalau betul pasal tu..eii..tensionnya!
“ Mai, panggilkan Adrianna.” Tegas
sekali Datuk Abdullah menuturkan ‘ayat perintah’ kepada Datin Maimun.
Sejurus dengan itu, Datin Maimun
mengangguk perlahan dan terus berlalu mendaki anak tangga ke tingkat atas untuk
memanggil anak gadisnya, Adrianna.
Setelah semua berada di ruang tamu
mewah itu, Datuk Abdullah memulakan bicara.
“ Jeff..Anna..Baba dan Mama nak bincang
tentang apa yang Baba cakap beberapa minggu yang lepas…pasal calon isteri Jeff
dan suami untuk Anna. Well…Baba dan Mama dah carikan calon yang sesuai untuk
kamu berdua. Baba percaya lelaki yang Baba pilih untuk Anna adalah yang terbaik
dan boleh di harapkan. Dan yang paling penting, dia adalah orang yang Baba
percayai. Baba yakin dia boleh membimbing Anna dan menjadi ‘nakhoda kapal’ yang
baik buat keluarga Anna nanti. And as for you son, calonnya bukan Baba yang
pilih, tapi Mama yang carikan. Semalam, kami dah pergi merisik. Minggu depan
Baba dan Mama akan pergi meminang ‘Qalisha’ dan dengan rasminya Jeff akan
bertunang dengannya minggu depan…ya..namanya Qalisha and she’s lovely..Baba
percaya Jeff akan jatuh cinta pandang pertama bila tengok dia..and as for you
my dear, Rianna… your fiancé-to-be is handsome a man indeed..his name is
Fahrin..Rayyan Fahrin.” Tegas dan bersahaja Datuk Abdullah menuturkan kata.
Kata-kata Datuk Abdullah membuatkan
Jeffrey dan Adrianna terkedu dan diam tak terkutik. Mulut Jeffrey ingin
membantah tetapi suaranya seolah terlekat di kerongkong.
Begitu juga dengan Adrianna. Hebat
sangatkah calon yang Baba dan Mama cari ni? Persoalan itu bermain di minda
Adrianna. Kata-kata Baba sebentar tadi
umpama ‘ayat perintah’ yang harus di ikuti dan dilaksanakan. Dia tidak berani
membantah walaupun hatinya tidak rela diperlakukan begitu. Namun, dia juga
tidak mahu menjadi anak yang derhaka. Baba dan Mama memberikan segala yang
diingini dalam hidupnya..dia di layan persis seorang puteri. Dan demi kasih dan
taat pada ibu bapa dia akan ikut apa yang Baba dan Mama putuskan.
Selepas menuturkan ‘ayat-ayat power’ kepada Jeffrey dan
Adrianna, Datuk Abdullah terus berlalu ke tingkat atas. Baru sahaja beberapa
langkah menapak Datuk Abdullah bersuara lagi,
“ dan lagi satu sebelum Baba
terlupa..this weekend, make sure Jeff dan Anna free..Baba dah minta Encik
Hashim aturkan Jeff dan Anna untuk kursus kahwin..details..nanti Hashim contact
Jeff dan Anna..make sure both of you available for this Saturday dan Sunday..no
excuses! Kena ada sijil kursus baru boleh kahwin..”. Datuk Abdullah terus
berlalu ke tingkat atas sambil beriringan dengan Datin Maimun.
Jeffrey dan Adrianna memandang antara
satu sama lain. Mereka sungguh terkejut seakan tidak percaya yang Baba akan
mencarikan jodoh untuk mereka secepat ini. Jeffrey menekup muka dengan kedua
tapak tangannya dan “ arghhhh…” dia melepaskan geram pada kusyen sofa. Beberapa
biji kusyen kecil yang menghiasi sofa di baling untuk melepaskan rasa geram
dihatinya. Salah satunya nyaris terkena pasu antik kesayangan Datin Maimun.
Dengan rasa geram yang masih bersisa , dia dengan pantas melangkah ke pintu
besar. Si Kumbang kuning yang setia menanti di bawah porch dipandu laju keluar
dari pintu pagar automatik, membelah malam yang masih muda bagi warga kota
metropolitan Kuala Lumpur.
Di dalam rumah pula, Adrianna melangkah
longlai menuju ke bilik. Dia mahu menenangkan diri dan dia tahu hanya ‘wudhuk dan solat istikharah’
mampu menghilangkan rasa gelisah dan gusar di hatinya. Dia berharap, Yang Maha
Esa akan memberikan petunjuk dan membuang sifat-sifat mazmumah yang bermukim di
hati.
“ Ikhlaskah aku menerima perkahwinan
yang Baba dan Mama aturkan ini? Ya Allah, berikan aku petunjuk..tenangkanlah
hatiku semoga aku tidak ragu dan was-was dengan keputusan Baba dan Mama. Semoga
Jeffrey juga redha dengan semua ini..Ya Allah hanya Engkau tempat aku mengadu
dan meminta pertolongan..” Doa kudus Adrianna memecah kesunyian malam yang
semakin larut..
PLZ COMMENTS..TQ GUYS 4 # SUPPORTS.NEXT EN3 WILL BE A LITTLE
BIT LATE..GOT PILE OF ASSIGNMENTS 2 DO..DEADLINE IS GETTING CLOSER..LUV YA.
best best =D
ReplyDelete