Total Pageviews

Sunday 12 August 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT ! 10,11,12,13

BAB 10

            Jam menunjukkan jam lapan malam. Datin Maimun melilau satu rumah mencari kelibat anak teruna dan anak daranya. Puas dia mencari serata ceruk villa mereka, namun pencariannya tak berhasil. Penat juga mencari kalau rumah terlalu besar. Menyelit sikit dah terlindung. Kalau main sorok-sorok agaknya yang menyorok penat menyorok,yang mencari penat mencari. Akhirnya, Datin Maimun melabuhkan punggungnya di sofa empuk di ruang tamu di tingkat bawah. Ruang tamu sahaja ada tiga,dua di tingkat bawah dan satu lagu di tingkat kedua. Bilik ada sepuluh termasuklah perpustakaan yang menempatkan koleksi buku milik keluarga ,bilik kerja dan bilik sembahyang. Malah sebuah gymnasium  dibina bersebelahan dengan kolam renang untuk semua ahli keluarga ‘mengeluarkan peluh’. Kos membina villa tersebut mencecah hampir sepuluh juta! Mak ai..mahal giler!
            “  Mana Anna dan Jeff ni? Nak kata keluar,semua kereta ada.Alah,buat apa susah,zaman moden ni,gunakan teknologi yang ada.Dah penat kaki baru terfikir macam ni.” Gumam Datin Maimun di dalam hati. Lantas,Datin Maimun mencapai Galaxy Note dan mendail nombor telefon Adrianna.
            “ Assalamualaikum, Anna dan Jeff kat mana? Penat Mama cari,mana korang menyorok.” Tembak Datin Maimun sebaik Adrianna mengangkat telefon.
            “ Mana ada kita orang menyorok Ma. Anna dengan Jeff ada kat ‘pool’ ni.” Adrianna menjawab manja.Dah memang anak manja pun tapi dengan Mama dan Baba sahajalah. Dengan orang lain bukan main menyinga lagi,terutamanya dengan staff pejabat. Mereka menggelarkan Adrianna sebagai ‘lioness’. Pernah sekali staff Adrianna terkantoi.Tengah sibuk membuat ketupat berbucu-bucu, alih-alih Adrianna berdehem di belakang.
            “ Takkan ‘lioness’ je, kenapa tak panggil ‘tigress’ke, ‘leopardess’ ke, senang sikit saya nak mengaum. Sapa rasa tak nak kerja tu, boleh letak  surat perletakan jawatan kat atas meja saya. Kalau takut nak masuk, pass je kat Fizz. Saya okay je,saya boleh cari orang lain yang betul-betul komited dengan kerja,yang ikhlas nak kerja dan yang penting ,tak makan gaji buta!…” Celah Adrianna selamba. Apa lagi, maka ‘bertempiaran’mereka lari ke partition masing-masing.Tau takut!

            “ Kolam? Buang tabiat ke budak berdua ni. Takkan berenang malam-malam.” Gumam Datin Maimun di dalam hati.Langkah di atur menuju ke kolam renang. Ada hal yang nak dibincangkan dengan anak-anaknya.Apa lagi kalau tak pasal majlis pernikahan mereka yang akan diadakan lusa.
            Jeffrey sedang berenang, ulang-alik pelbagai gaya. Salah satu cara Jeffrey menenangkan dirinya apabila kusut fikiran adalah dengan berenang. Biasanya dia berenang siang hari saja sebab malam hari, air kolam  agak sejuk. Sudah lama dia tidak berenang waktu malam tapi malam itu, hati Jeffrey tengah ‘kusut’ dan berdebar-debar. Lagi dua hari, status bujang trang-tang-tang akan bertukar kepada status suami orang. Kalau berkahwin dengan idaman hati dah tentu hati kembang setaman tapi bila mengenangkan bakal isteri pilihan Mama dan Baba, hati kuncup setaman adalah. Nak jadi laki orang mana tak gugup weh!
            Adrianna pula tengah melayan muzik daripada ipod dengan ‘earphones’ di telinga. Dia berbaring santai sambil meluncurkan kaki di atas buaian gantung yang dibuat khas di tepi kolam. Matanya di pejamkan.Walau pun muzik kedengaran ditelinga,namun mindanya tetap menerawang jauh.Mindanya  sekusut Jeffrey juga. Pelbagai cara dia cuba menenangkan diri.Sembahyang istikharah sudah berkali dilakukan. Adrianna cuba untuk mengikhlaskan diri dan redha dengan jodoh yang di pilih oleh Baba dan Mama. Namun,bila belum pernah bersua muka dengan bakal suami,hatinya berasa sedikit ragu. Kalau diikutkan hati, mahu dia pergi menemui lelaki yang bernama Rayyan Fahrin, tapi dia malulah pulak. Kalau jumpa pun nak cakap apa. Semalam, puas dia mencari sampul surat yang mengandungi gambar bakal suaminya yang diberikan oleh Baba, tapi sampai sudah dia lupa di mana dia campak sampul surat tu. Nak mintak sekali lagi, malulah pulak.Yelah, nanti nampak sangat yang dia kurang cakna sampai gambar bakal suami pun hilang entah ke mana. Tak pasal-pasal kena tazkirah percuma Datuk Abdullah.Bukan dia tak tahu perangai Baba kesayangannya tu. Kalau bab ceramah percuma, Datin Maimun pun angkat bendera putih. Tak terlawan beb!
            “ Ermm..di sini rupanya dua beradik ni. Sorang tengah jadi hantu air, sorang lagi tengah layan perasaan. Pencuri masuk rumah pun  mahu tak sedar  kalau macam ni.” Datin Maimun melangkah mendekati buaian ‘hammock’ di mana Adrianna berada dan mencabut  ‘earphones’ di telinga Adrianna.
            “ Dah ..turun! Mama ada hal nak cakap.”Seketika kemudian, Datin Maimun duduk di kerusi rehat yang tersedia di tepi kolam. Isyarat mata jelas menunjukkan yang Datin Maimun mahukan Adrianna duduk bersamanya.
            Adrianna hanya menurut dengan langkah yang longlai. Malas dia nak cakap banyak,kalau cakap pun tak ada bezanya.Semuanya telah di atur. Kadang-kala boleh tahan garang  juga Datin Maimun ni. Singa pencen pun kalau tak kena boleh mengaum,kalah bapak singa dalam cerita Narnia tu.
            “ Kamu pun sama Jeff! Naik sini.tak cukup lagi ke berenang? Cepat sikit! Mama ada hal nak bincang dengan kamu .” Agak tegas suaranya. Dia bukan apa. Hatinya berasa geram dengan sikap Adrianna dan Jeffrey yang buat  acuh tak acuh.Lusa dah majlis nikah tapi budak berdua ni buat ‘dert’ ,buat muka ‘dono’ je. Macam mana hati Datin Maimun tak geram.
            Sebaik terdengar suara Mama tercinta, Jeffrey terus naik daripada kolam. Gogel dan ‘swimming cap’ di buka lantas tangannya mencapai tuala yang terletak di atas bangku. Punggung di labuhkan di kerusi bertentangan dengan Datin Maimun. Jus oren yang tersedia di atas meja disedut rakus.
            “ Hal apa yang Mama nak cakap dengan Jeff?” Jeffrey bersuara. Bosan. Otaknya sudah mencerna apa yang bakal di perkatakan oleh Mama tercinta.
            “ Ni ,Mama cakap sikit…apa kena dengan kamu berdua ni? Ni ..Hati Mama ni geram tau tak.Geram dengan sikap kamu yang acuh tak acuh. Majlis nikah kamu lusa ni tapi kamu berdua buat tak tahu je. Yang nak kahwin tu kamu, tapi Anna dan Jeff Mama tengok selamba je. Macam takde apa-apa yang berlaku.” Datin Maimun mula melahirkan kegusaran hati.
            “ Habis tu Mama nak Jeff buat macam mana lagi. Kan semua dah diaturkan.Petang tadi, Jeff dah pergi cuba baju melayu untuk akad nikah esok.Semua yang Mama cakap Jeff dah ikut.Apa lagi yang Mama nak. Jeff setuju nak nikah dengan pilihan Mama pun dah kira okay dah…”  Jeffrey menjawab selamba. Masih lagi acuh tak  acuh.
            “ Yelah Mama, kita orang dah buat exactly macam Mama suruh. Anna dan Jeff dah mula bercuti seminggu  mulai hari ni.” Adrianna menambah dengan suara yang hambar.
            “ Ye, memang betul Anna dan Jeff dah buat apa yang Mama suruh tapi Mama nampak sangat yang muka ‘terpaksa’ Anna dan Jeff . Mama tahu sekarang ni,Anna dan Jeff mungkin fikir tindakan Mama dan Baba tak betul but believe me, both of you will thank us later. We just want you to be happy and believe me Jeff, Qalisha is the best for you. And as for you Anna, Rayyan Fahrin is the best for you. Mama yakin tu. Dah kahwin nanti belajar untuk menerima pasangan kelebihan dan kekurangan pasangan kamu dengan hati yang terbuka. Mama dan Baba dulu pun hanya kenal selepas berkahwin dan kami bahagia sampai sekarang dan insyaallah sehingga ke akhir hayat kami. Cinta boleh di pupuk selepas kamu kahwin nanti. Berkasih sayang dengan ikatan yang sah adalah ibadah juga. Cinta dan kasih yang diredhai Allah  dan direstui ibu bapa akan memberikan kebahagiaan dalam hidup kamu.” Datin Maimun benar-benar berharap sedikit sebanyak kata-katanya tadi akan ‘menusuk’ hati kedua-dua anak yang disayanginya.
            “ I just want both of you to be happy….at least when I’m not around anymore, you’ll have someone who can takes good care of you.Mama dan Baba cuba berikan yang terbaik untuk Anna dan Jeff.” Suara sedikit sebak.
            Dengan kata lain,sengaja buat-buat sebak.Sengaja Datin Maimun buat begitu untuk meraih simpati Adrianna dan Jeffrey. Jangan ingat Datuk Abdullah sahaja yang pandai berlakon . Datin Maimun pun ‘drama queen’ yang hebat juga. Siap mengalir airmata lagi. Elly Suriati dan Wan Maimunah pun mahu tergugat kedudukan.
            Melihat ekspresi wajah Datin   sugul benar-benar membuatkan Adrianna berasa bersalah.Sungguh dia tidak sedar bahawa tindakannya semenjak dua menjak ni telah membuatkan hati ibunya terguris. Bagi Adrianna, Mama dan Baba sudah melalui pelbagai onak dan duri sebelum mengecap kemewahan yang mereka miliki sekarang. Mama dan Baba sudah memberikan yang terbaik dalam hidupnya.Di layan persis bak puteri .Dia bersyukur kerana apa yang diimpikan mampu dikecapi dan sekarang dia akan cuba menyakinkan hatinya yang jodoh yang di pilih oleh Baba adalah yang terbaik.
            “Mama, maafkan Anna kalau Anna dah buat Mama susah hati. Anna janji yang Anna akan belajar untuk menerima Rayyan Fahrin dan bukakan hati Anna untuk dia. Anna bukannya apa, Cuma terfikirkan apa yang berlaku dua hari lepas.Anna langsung tak menyangka kawab baik Anna, Elaine dan Shamsul  sanggup buat macam tu kat Anna.” Tangan Datin Maimun diraih dan dicium,kemudian di peluk Datin Maimun dengan erat. Sambil memeluk Datin Maimun, matanya sempat lagi mencerlung kepada Jeffrey yang selamba memerhatikan drama melankolia di hadapannya.
            Jeffrey faham apa yang cuba disampaikan oleh isyarat mata Adrianna. Dia bangun menyarungkan  jubah mandi yang tersangkut dikerusi ke badannya .Seketika kemudian,dia bangun dan berdiri di sisi Datin Maimun dan Adrianna.
            “ Ish..tepilah Anna.takkan Anna sorang je yang boleh peluk Mama. Awak tu kakak.Kakak kenalah mengalah dengan adik. It’s my turn now.” Jeffrey menarik tangan Anna dan menolak Anna ke tepi dengan lembut. Kalau kasar-kasar kang ada yang jatuh dalam kolam.
            Adrianna mencebik sambil meleraikan pelukan . “  Orang nak peluk Mama lama-lama sikit pun tak boleh.Dengkilah tu..wekkk!” Adrianna menjelirkan lidah kepada Jeffrey.
            Giliran Jeffrey pula yang meraih tangan Datin Maimun dan dikucup tangan yang telah membesarkannya itu. Kemudian di peluk erat sebelum dirungkaikan.
            “ Jeff pun nak maaf dengan Mama kalau sikap Jeff buat Mama terasa hati. Jeff cuba terima semua ni dengan redha sebab Jeff sayangkan Mama. Jeff yang patut bersyukur dan berterima kasih sebab Mama dan Baba anggap Jeff macam anak kandung Mama. I love you and I’ll do anything to make you happy. Kalau Mama rasa Qalisha yang terbaik untuk Jeff,then I’ll accept it. Jeff tak boleh janji tapi Jeff akan cuba untuk terima this Qalisha to be my wedded wife.” Lancar sekali kata-kata Jeffrey memujuk Datin Maimun.
            “ Wah wah wah! Bravo! Betul ke ikhlas dengan kata-kata kau tadi tu Jeff.Kata tak boleh terima,tensionlah,takkan jatuh cintalah, dan entah apa-apa lagi .Boleh percaya ke..” Si Fikiran Jahat melancarkan serangan separa kamikaze terhadap tuannya.
            “ Mestilah.besides semua orang kata Qalisha baik,cantik dan yang paling penting Mama dan Baba sukakan dia.Okaylah tu.Dah kahwin nanti, aku kenallah dia.”
            “ Kau percayalah sangat.itu orang kata. Kau dah tengok dia jumpa dia? Entah-entah gigi jongos macam Halimah Jongang kau nak? Ingat sikit,kau tu selebriti.Cuba kau bayangkan muka kau dengan bini kau yang bergigi jongos terpampang kat muka depan Metro …aku rasa kau boleh ucap selamat tinggal pada karier chef selebriti dan modeling. Saham kau akan jatuh merudum!” Si  Fikiran Jahat terus cuba menghasut Si Tuan yang tengah celaru.
            “Jangan risau Jeff,Mama kau sayangkan kau.Dah tentu dia cari menantu yang sepadan dengan kau.Yang penting,kau mesti ikhlas dan dengan restu ibu bapa ,insyaalah kau akan bahagia dunia dan akhirat.” Si Fikiran Baik terus member perangsang pada tuan empunya diri.
            Tepukan perlahan pada belakang membuatkan Jeffrey tersedar daripada lamunan.
“ Lega hati Mama bila dengar  kata-kata Anna dan Jeff tadi. Mama tahu Jeff dan Anna tak akan hampakan Mama dan Baba. I love you both..very much.Kamu berdua ni macam nyawa Mama.Kedua-dua tangan Datin Maimun di angkat lalu bahu Adrianna dan Jeffrey di rangkul. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayangnya dia pada anak kandung dan anak angkatnya ini.
            Sayu hati Adrianna dan Jeffrey bila mendengar kata-kata yang terbit daripada mulut Datin Maimun.
             “ We love you Mama..very much too. Jangan risau ye.Tak nak sedih-sedih. Anak-anak Mama dah nak kahwin ni. Nanti Mama dapat menantu,bukan sorang tapi dua orang lagi. Qalisha yang cantik dan seorang lagi hensem. Mahu mak-mak datin dan puan-puan sri kat kelab wanita Mama tu jeles.” Adrianna sengaja menjawab dengan suara yang ceria, mahu menutup kegusaran hati.
            “ Dengar tu Mama, ada orang tu dah tak sabar-sabar nak kahwin.Siap puji abang Fahrin dia hemsem lagi.” Jeffrey mula menyakat Adrianna.
            “ Aduh! Sakitlah Anna.Kalau macam ni, Jeff nak kena warning awal-awal dengan Fahrin yang dia bakal kahwin dengan sejenis spesies ketam ..nanti!Mana mau lari! Ooo..dah cubit orang lepas tu lari..apa lagi kejar!”
            Awal-awal lagi Adrianna sudah buka langkah seribu sambil mencebik kepada Jeffrey.Datin Maimun hanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah mereka berdua. Dua hari lagi,seorang akan jadi suami,seorang lagi akan jadi isteri.Tapi sekarang dua-dua sedang bermain ‘kau kejar ku lari’keliling kolam macam budak bawah umur. Datin Maimun gembira melihat dua orang ‘kanak-kanak’ ribena berkejaran.Di dalam hati dia berdoa semoga keakraban dua adik-beradik susuan ini akan berkekalan sampai bila-bila.

………………………………………………………………………………………………………
 BAB 11
            Qalisha sedang baring bermalasan di dalam bilik.Dengan tepat lagi dia sedang menghitung hari.Dua hari lagi dia akan di ijabkabulkan dengan anak lelaki Datin Maimun dan Datuk Abdullah. Sudah hampir sebulan dia menjadi tunangan lelaki yang bernama ‘Jeffrey’ yang wajahnya dia kenali di kaca televisyen. Semua orang kampung heboh memperkatakan perihalnya bertunang dengan anak datuk bernama Jeffrey tapi keluarganya tetap merahsiakan siapa Jeffrey. Mereka tak tahu yang Jeffrey adalah ‘Chef Jeffrey’ yang selalu keluar di kaca tv dalam rancangan masakan dan yang terbaru Jeffrey mempunyai ‘talk show: What men want, what women want ’ bergandingan dengan  seorang personality tv dan juga pelakon popular, Lya Safiyya.
‘Jeffrey…’ tanpa disedari,nama itu terkeluar daripada mulut Qalisha. Hati Qalisha amat berdebar-debar sehari dua ini. Demi melihat Nenek Halijah gembira, Qalisha sanggup berkahwin walau pun dengan lelaki yang langsung di kenalinya.Nasib baiklah juga lelaki tu hensem. Nasib baik juga Datin Maimun orang pertama yang datang merisik kalau di buatnya  Karim Misai,duda anak satu yang selalu mengacaunya masuk meminang,mahunya dia menangis tak berlagu.   Petang nanti dia, Nek Jah,Pak su Qhairul dan juga Kak Yasmin akan bertolak ke Kuala Lumpur. Datuk dan Datin akan menghantar pemandu untuk menjemput mereka. Semua persiapan telah disediakan oleh Datin Maimun. Tinggal lagi bawa badan je.
                        Teringat Qalisha akan perbualannya dengan Datin Maimun beberapa minggu yang lalu apabila Datin Maimun datang berkunjung ke rumah sambil  membuat tempahan baru anak pokok di nurseri Nek Jah.
            “Qalisha apa khabar? Sihat? Sukanya Aunty tengok muka Qalisha.Manis.Tambah dengan dua lesung pipit tu, makin bertambah manis. Aunty yakin anak Aunty akan terpikat dengan Qalisha nanti.” Datin Maimun mengusap lembut tangan Qalisha.
            “ Sihat Datin. Mana ada cantiknya, saya biasanya saja Datin. Mekap pun tak pernah. Masa bertunang hari tu,itulah kali pertama saya bermekap.Lipstik sebatang pun saya tak ada.”
Qalisha bersuara merendah diri.
            “ Tak usah ber ‘datin-datin’. Panggil saja ‘Mama’.Lagi pun dua minggu lagi ,Qalisha akan jadi menantu Mama.”
            “ Errr..Ma..ma. Kalau macam tu Mama pun panggil saya ‘Qalish’ ye. Arwah Papa dan Mama dulu pun panggil Qalish ‘Qalish’.Mama…kalau Qalish cakap, Mama jangan terasa hati ye.. Qalish nak terus –terang . Qalish ni sejak kecil perangai kasar,boyish sikit. Nak jadi perempuan melayu terakhir tu….Qalish agak kekok sikit. Insyaallah, Qalish cuba berubah tapi Qalish tak boleh buat ‘on the spot’ macam petik jari je..”Qalisha berhati-hati menyusun kata,takut kata-katanya membuat Datin Maimun berkecil hati.
            “ Mama senang sekali dengan sikap Qalisha ni.Jujur dan berani berterus-terang. Mama terima Qalish sebagai menantu kerana diri Qalish.Perwatakan Qalish yang Mama Nampak ini yang buat Mama terpikat.Mama yakin Mama tak salah pilih Qalish untuk anak Mama. Mama harap Qalish dapat terima Jeffrey seadanya.” Lembut sekali tutur kata Datin Maimun.
            “ Insyaallah Mama Qalish akan cuba.Tapiii….bolehkah Jeffrey terima Qalish nanti.”
Qalisha menyuarakan kebimbangan di hatinya.
            “ Yang tu Qalish jangan risau.Belajarlah mengenali Jeff.Kalau Jeff buli Qalish,cakap dengan Mama.Tahulah apa yang Mama nak buat nanti. Mama nak minta tolong daripada Qalisha boleh?” Tanya Datin Maimun dengan mengharap.
            “ Insyaallah, kalau Qalish mampu tolong, Qalish akan tolong.” Lurus sahaja jawapan Qalisha tanpa fikirkan apa-apa .
            “ Mama nak Qalish ‘tackle’ anak Mama sampai dapat. Janji dengan Mama yang Qalish akan buat anak Mama jatuh cinta dengan Qalish dan…bagi Mama cucu cepat-cepat.”
            Terkedu Qalisha apabila mendengar permintaan luar biasa Datin Maimun. “ Adeh..nak terbunuh  dengar permintaan ni. Tadi suruh aku panggil Mama. Belum kahwin lagi dah mintak cucu. Nak jadi bini orang pun aku tak sedia lagi,ini pulak nak jadi mak orang. Apa aku nak cakap,takkan nak kata ‘tak boleh’,nanti kecik hati pulak dia. Bakal Mertua ni..kena jaga hati beb.Senang masa depan. Nak cakap ‘boleh’ pun tak boleh jugak. Kalau jawab boleh,Nampak sangat yang aku ni over-confident. Aku sendiri pun belum tentu suka kat anak dia. Adeh..kusut kusut..teramat kusut. Dah kusut masai dah ni.” Qalisha masih bermonolog sendiri.
            “ Permintaan Mama ni too much ke? “ Suara lembut Datin Maimun membawa Qalisha ke alam nyata semula.
            “ Qalish..Qalish tak tahu nak cakap apa tapi Qalish akan cuba memenangi hati Jeffrey.” Laju sahaja mulut Qalisha menuturkan kata.
            Qalisha menampar-nampar mulutnya sendiri. “ Mulut oh mulut kenapa kau jalan dulu sebelum otak. Memandai je kau berjanji macam tu. Kau ingat  hati Jeffrey tu piala ke yang kau boleh menang.Silap haribulan awal-awal lagi kau kena reject, jual kat reject shop pun tak de sapa nak beli.” Qalisha mempamerkan muka yang kelat. Bukan apa, sebenarnya Qalisha ni seorang yang tersangatlah baik hati. Tapi ingat Qalisha, buat baik berpada-pada,buat jahat sekali-sekala. Eh, boleh ke macam tu?
            “ Gembira Mama dengar Qalish cakap macam tu.Jangan risau, nanti Mama akan tolong Qalish. Mama yakin Qalish boleh.Jeffrey tu belum pernah betul-betul jatuh cinta lagi. Ingat,Qalish dah janji dengan Mama , so Qalish kena berjuang habis-habisan. Mama akan menyokong Qalish dari belakang. Yang penting,Qalish tak perlu berpura-pura. Just be yourself.” Teruja sungguh hati Datin M aimun apabila mendengar jawapan Qalisha.
            “ Ya Allah, bantulah aku. Berikanlah kekuatan mental,emosi dan fizikal untukku. Semoga aku dapat melaksanakan misi ini dengan jayanya.Amin..Doa aku macam orang nak pergi berperang je..aci ke tak ni? Ahh..redah ajelah.”
            Qalisha masih lagi bergolek-golek di atas katil. Fikirannya masih menerawang jauh. Dia sedang berfikir tentang lelaki yang bakal diijabkabulkan dengannya dua hari lagi. Dia risau akan penerimaan Jeffrey terhadap dirinya.
“Macam mana kalau Jeffrey dah ada ‘girlfriend’. Macam mana kalau dia tak suka kat aku. Macam mana kalau dia terpaksa terima aku sebab…sebab apa yek? Sebab kena paksa dengan Mak bapak dialah…Aduyai,berapa banyak ‘kalau’ daa..” Qalisha menggaru-garu kepala yang tak gatal.
“ Qalisha!” Laungan suara Nek Jah yang cukup kuat membuatkan Qalisha tersentak daripada lamunan.
“ Kau dah siap ke belum? Ya Allah budak ni..aku luku karang kang benjol kat kepala tu. Dari tadi Nenek suruh bersiap, tapi masih berguling-guling kat atas katil.Kot ya pun nak berangan,tunggulah bila dah selesai kahwin nanti, kau bergulinglah puas-puas.Tujuh hari tujuh malam pun tak pe.Tak nak keluar bilik pun lagi takpe.Nanti senang aku dapat cicit….”
 Belum sempat Nek Jah menghabiskan kata-kata, Qalisha sudah menyampuk dengan suara orang merajuk  darab dengan orang bengang. “ Ishh.tensionlah.Nenek dengan Datin Maimun ni 2x5 je. Orang belum kahwin lagi tau! Belum apa-apa lagi sorang dah sebut cucu,sorang dah sebut cicit. Kalau macam ni tak nak kahwinlah..” Muncung Qalisha dah boleh dijerut dengan riben.
“ Oh tak nak kahwin…kau jangan nak buat hal.Kalau kau tak nak kahwin dengan Jeffrey,nenek kahwinkan kau dengan Karim Misai. Mana satu yang kau nak, yang muda hensem,selebriti terkenal  ke atau inspektor duda berjanggut bermisai. Nenek okay je janji Nenek dapat cucu menantu.Kalau nak kira, Karim tu okay jugak.Ada cucu menantu inspektor cerah juga masa depan.Kalau ada kes kat balai polis senang nak setel…” Nek Jah dengan sengaja berkata begitu. Cucunya yang manja seorang ini tak boleh terlebih ‘privilege’ nanti naik tocang dia.
Mendengar kata-kata Nek Jah, Qalisha terus bangun,mencapai tuala dan terus ke bilik air. Sebelum Nek Jah mengaum lagi baik  cabut awal-awal.Adakalanya terdetik juga di dalam hati Qalisha, “ Betul ke nenek ni nenek aku?Garangnya kadang kala mengalahkan mak tiri Cinderella. Suaranya..kus semangat.Segala syaitan yang bergayut kat badan mau terpelanting jauh bila mendengar suara ‘merdu’ Nek Jah..sabar ajelah Qalish..nak buat macam mana. Nenek sapa? Nenek kau jugak…Tak nak aku kahwin dengan inspektor misai tu. Misai saja dah dua kali ganda lebat daripada A. Galak. Eiii..tak nak aku, geli-geleman!”

            Jam 2.00 petang,seperti yang dijanjikan sebuah Toyota Alphard muncul untuk menjemput Qalisha dan keluarga ke Kuala Lumpur. Nek Jah menjengok  keluar daripada jendela apabila terdengar orang member salam. Seorang lelaki dalam lewat 30an yang menggelarkan dirinya sebagai Aziz keluar daripada kereta.
            “ Assalamualaikum.Saya Aziz.Datuk dan Datin arahkan saya jemput Nek Jah dan keluarga.Dah siap ke? Kalau dah siap, saya tolong angkatkan beg.”
            “ Kami dah siap dari tadi lagi. Tunggu sekejap ye Aziz..Eh  mana pulak Qhairul dan Yasmin ni…Qalisha, cepat sikit. Apa lagi yang kau buat dalam bilik tu! Nenek nak kunci pintu ni!” Melilau mata Nek Jah memandang ke dalam rumah. Mulut Nek Jah mula mengomel. Entah apa nak jadi dengan cucu manjanya yang seorang ini.
            “ Ye..Qalish datanglah ni.” Laung Qalisha dari dalam rumah. “ Nenek ni..tak sabar-sabar. Macam dia pulak yang nak pergi kahwin.”  Omel Qalisha di dalam hati. Qalisha menuruni anak tangga batu dengan membawa sebuah beg beroda. Setelah puas di leter oleh Neneknya,akhirnya dia akur untuk memakai baju kurung. Wajahnya nampak  polos tetapi penampilannya yang ringkas tetap menarik walau pun tanpa secalit mekap.
            “ Ohh..inilah Qalisha bakal menantu Datuk tu ye..manis Qalisha ni. Sesuai dengan Jeff.” Kata-kata Aziz disambut dengan senyuman yang dibuat-buat.  Qalisha berasa sedikit cuak apabila mendengar kata-kata Aziz. Sudah  berpuluh kali telinganya mendengar ayat yang sama. Dia mencebik di dalam hati, “ betul ke aku ni sesuai dengan selebriti popular tu? Entah-entah sebab aku ni bakal menantu Datuk Abdullah ,sebab tu dia orang cakap macam tu. Fuh..pujian ikhlas ke tak ikhlas ke, sapa yang tahu selain Dia di atas sana.”  Otak celaru campur keliru berbicara.
Seketika kemudian, Qhairul dan Yasmin muncul dari depan  halaman rumah. Qhairul pergi menjemput Yasmin yang tinggal selang tiga buah rumah. Qalisha yang berkeras mahukan Yasmin, bakal tunang Qhairul mengikutnya dengan alasan ,” Kalau Kak Min ada, takdelah Qalish takut sangat. Kak Min boleh temankan Qalish,tolong Qalish siap-siap. Lagi pun  kalau Kak Min ada, Pak Su pun dah tentu suka sangat kan?”.Sememangnya mengikut perancangan, lepas selamat majlis Qalisha, Qhairul pula yang akan naik pelamin.
Pemandu Datuk Abdullah yang bernama Aziz itu memunggah bagasi yang hendak di bawa dengan dibantu oleh Qhairul. Setelah semuanya bersedia, mereka memulakan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Apabila Toyota Alphard mula bergerak meninggalkan rumah, Qalisha sempat lagi memandang ke arah rumah yang telah banyak meninggalkan memori,tempat dia menumpang kasih semenjak ketiadaan Papa dan Mama sejak sepuluh tahun yang lalu. Tiba-tiba dia berasa sebak, namun sedaya-upaya dia menyeka air mata supaya tidak jatuh. Dia redha dengan apa yang akan berlaku selepas ini. Demi Nek Jah, dia sanggup berkahwin dengan lelaki yang langsung dia tidak kenal hati budinya. Hanya padaNya dia berserah. Yang pasti, apabila dia kembali ke rumah nanti, dia sudah bergelar isteri.Isteri kepada lelaki yang tidak dicintai, lelaki yang tidak dikenali hati budi. Qalisha hanya berharap restu kedua Nek Jah,Datuk dan Datin, akan memberikan sinar harapan dalam hidupnya.

………………………………………………………………………………………………………
           
            “ Jemputlah masuk Nek,Nia. Buat sementara waktu ni, Ayin tinggal kat sini. Rumah ni rumah ibu bapa Adrianna yang sediakan. Tengoklah nanti bila dah kahwin dan kerja, Ayin akan carikan rumah lain.Untuk majlis malam esok, kita akan bersiap-siap dari sinilah.” Rayyan Fahrin membawa Nek Wan dan adiknya,Rania Irdiani masuk ke dalam rumah. Adik lelakinya, Rayyan Firdaus akan tiba petang nanti .Dia yang baru bercuti semester akan datang sendiri.Rayyan Firdaus menolak apabila Rayyan Fahrin mahu menjemputnya daripada kampus university tempat dia belajar. Katanya, Cyberjaya dengan KL bukanlah jauh sangat. Rayyan akur dengan kehendak Rayyan Firdaus. Adik lelakinya ini seorang yang amat berdikari dan bijak. Tidak pernah dia ambil pusing dengan kata-kata orang lain .Prinsip hidupnya, “ give a damn to what people might say as long as we are on the right track”. Entah prinsip hidup yang ke berapa pun tak tahulah. Banyak sangat prinsip hidup dia.
            Rania Irdiani teruja melihat keadaan kondo yang didiami oleh abangnya ini. Reka bentuk moden dan mewah.Rekaan dalamannya macam rumah orang putih, dapur di bahagian depan . Rania meletakkan beg beroda yang ditarik dan berlari ke balkoni.
            “ Wah !Nia sukalah tempat ini. Kat bawah tu siap ada kolam renang lagi. Abang pernah pergi berenang kat situ tak?” Memang nampak sangat Rania sangat teruja.
            Rayyan Fahrin tersenyum melihat gelagat adik bongsunya.Dia menoleh kepada Nek Wan.Nek Wan kelihatan agak penat. Tanpa menunggu lama, Rayyan Fahrin memimpin tangan Nek Wan dan membawanya duduk di sofa.
            “ Nenek rehat dulu ye. Nenek ada rasa sakit tak?” Risau sungguh Rayyan Fahrin. Walau pun keadaan Nek Wan semakin baik, dia tetap berjaga-jaga.
            “ Jangan risaulah Ayin.Nenek tak apa-apa. Bila Daus sampai? Tahu ke dia nak cari kita kat sini?” Nek Wan mengajukan pertanyaan.
            Rayyan Fahrin tergelak kecil apabila mendengar pertanyaan Nek Wan. “ Jangan risaulah Nek. Takkan sesat nya. Ayin dah bagi alamat rumah ni kat Daus.Kalau dah sampai nanti dia telefonlah tu.Nenek duduk dulu, Ayin ambilkan air.” Rayyan Fahrin bingkas bangun dan terus menapak ke ruang dapur untuk membuat teh ‘o’,minuman kesukaan Nek Wan.
            ‘ Ting tong!’. “ Sapa pulak yang datang ni? Gumam Rayyan Fahrin di dalam hati. Langkah di atur menuju ke  arah pintu. Sebaik pintu dibuka, terus sahaja muka Mimi dan Richard tersembul di pintu.
            “ Assamualaikum Encik Fahrin! kita orang datang bincang tentang majlis malam lusa dan buat final checking. Majlis malam lusa sangat penting dan kami ditugaskan untuk memastikan semua akan berjalan dengan lancar.” Menonong saja Mimi masuk sambil dibontoti oleh Richard. Belum pun sempat Rayyan Fahrin menjemput masuk, mereka berdua ni dah terjah. Terkedek-kedek si ‘lembut’ Richard mengikut langkah Mimi yang berjalan ala tomboy.
            Rayyan Fahrin tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala. Kadang-kala perlakuan dua pembantunya ini amat mencuit hati. Yang lelaki gayanya macam sotong dan yang perempuan pulak gayanya macam Hercules. Itu dah tanda-tanda dunia makin hampir dengan hari kiamat , apabila lelaki nak jadi perempuan dan perempuan pulak nak jadi lelaki. Mintak jauh simpang Malaikat 44! Semoga tiada ahli keluarganya tergolong dalam kategori macam ni.
            Langkah Mimi yang bermulut becok terhenti apabila terpandang Wajah seorang perempuan tua duduk bersandar di sofa ruang tamu.
            “ Ha…ni mesti nenek Ayin kan? Apa khabar Mak Cik? Saya Mimi dan Ini Richard. Maaflah menganggu, kami datang ni nak bincang pasal persiapan majlis malam esok.” Belum sempat Rayyan Fahrin memperkenalkan diri mereka kepada Nek Wan,Mimi sudah memperkenalkan dirinya. Memang dasar perempuan mulut becok dan ‘over’ peramah.
            “ Khabar baik, panggil aja Nek Wan. Kamu bincanglah ye. Nenek nak rehat kejap. Nia! Bawak Nenek ke bilik .Nenek nak mandi dan rehat.” Nek Wan memanggil Nia yang masih ‘jakun’ di balkoni. Tersipu-sipu Rania apabila perlakuan ‘jakunnya’ menjadi tontonan orang.
            “ Mimi, Rich..ini Rania Irdiani adik bongsu saya.” Rayyan Fahrin memperkenalkan Rania kepada dua pembantunya itu.
            “ Wow! Adik you cantiklah Fahrin. Ada ‘cutting’ nak jadi model. I boleh recommend kalau you nak..” Richard terpegun melihat keanggunan adik Rayyan Fahrin.
            “ In your dreams Rich! Aku takkan bagi adik aku terlibat dalam dunia menayang body kat orang .Jangan nak mengada ya..adik saya tu result SPM pun tak keluar lagi!” Sengaja penumbuk di tayang di depan muka Si Richard.
            “ Dah dah! Please fokus!..pay attention pada tujuan utama kita datang okay. Rich, you simpan dulu agenda tu. Agenda kita ni yang lebih penting. Kalau majlis tak berjalan lancar as plnnned,kau nak kena pancung dengan Datuk ke? Tak pasal-pasal gelap masa depan aku dan kau. Encik Fahrin kita ni tak apalah, kalau majlis tak proper pun, dia tetap menantu Datuk.Kita apa ada.? Now let’s get started.”Si Mimi menyampuk. Sebuah buku nota dan organizer di keluarkan.
            “ Esok, Rich and I akan datang dengan baju untuk majlis. Then, Rich will do some make up. After that,..wait! sebelum I lupa..tadaa! this is the most important thing. Wedding ring! Tadi Datuk called I mintak I pergi ofis ambik benda ni. Tiffany and Co. beb! Bestlah jadi you Encik Fahrin, cincin kahwin pun Datuk sponsor. Harga cincin ni,gaji I kerja setahun pun belum tentu dapat beli.” Sebuah kotak baldu berwarna biru diserahkan pada Fahrin.
            Terkejut Fahrin apabila kotak baldu biru itu bertukar ke tangannya. Dia benar-benar tak menyangka Datuk Abdullah akan berbuat sampai begitu sekali. Kotak baldu biru itu dibuka dan di dalamnya kelihatan sebentuk cincin platinum bertatahkan sebutir berlian berbentuk hati. Cantik sangat. Berlian itu tidak terlalu kecil dan tidak juga terlalu besar.just nice. Lagi tampak cantik kalau bakal si pemakai juga cantik. Rayyan Fahrin rasa tercabar sedikit egonya. Yelah,diakan lelaki.Takkanlah cincin kahwin pun sponsored beb! Sebenarnya, Rayyan Fahrin telah pun membeli sebentuk cincin cincin emas bertatahkan sebutir berlian. Minggu lepas semasa dia jalan –jalan dekat Festivals City yang berhampiran dengan kondo yang didiaminya, dia sempat menyinggahkan diri di Kedai Emas Sri Pinang kat situ. ‘Meyinggahkan diri’ ayat tu macam bunyi terpaksa je tapi memang terpaksa pun kan? Rayyan Fahrin main agak-agak je saiz jari bakal isterinya. Walau pun harga seribu lebih je, dia tetap mahu membeli sendiri cincin untuk disarungkan pada jari manis isteri yang akan dinikahinya nanti.Dia berharap anak Datuk Abdullah bukanlah seorang yang mementingkan materialistic. Kecut perutnya bila memikirkan perkara itu. Di buatnya anak datuk tu tak berkenan,karang dicampaknya cincin tu masa majlis tu nanti ,tak ke haru. Tapi ,takkan dia nak buat macam tu kan? Kalau dia buat?
            Rayyan Fahrin hanya mengangguk-angguk mengiyakan apa yang di beritahu oleh Mimi dan Richard. Entah kenapa satu perkara apa pun tak melekat dalam otak. Apa yang di cakap oleh Mimi ibarat masuk telinga kanan, belum pun sampai ke telinga kiri,ikut lubang hidung pun dah keluar. Jauh di sudut hati dia masih berasa ragu-ragu.
            “ Hallooo…Encik Fahrin dengar tak apa yang I cakap ni? Don’t say you’re building the castle in the air now!” Mimi melambai-lambai tangan di hadapan muka Rayyan Fahrin. Sah mamat ni sedang berangan. Gumam Mimi di dalam hati.
            “ Err..okay Mimi, Rich , I promise I won’t run away okay!” Rayyan Fahrin yang baru tersentak daripada lamunan terus bangun dengan tangan kanan di angkat macam orang sedang berikrar.
            “ Erkk! Bila masa pulak aku cakap dia nak lari? Ishh..tak paham aku. Boleh tahan sengal bakal menantu datuk ni. Apa-apalah..asal poket aku masyuk!” Gumam Mimi agak terkejut dengan perlakuan spontan Rayyan Fahrin.
            Fahrin oh Fahrin! Malam esok akan terpatrilah sebuah janji yang akan mengikat dirimu pada sebuah ikatan perkahwinan. Dah bersedia ke aku nak jadi laki orang ni? Sedia ke tak sedia ke ,belasah ajelah.
……………………………………………………………………………………………………
            BAB 12

14 Febuari.
Hari yang di tunggu-tunggu oleh semua orang telah pun tiba. Malam nanti majlis pernikahan anak-anak Datuk Abdullah akan berlangsung di Pusat Islam. Semua persiapan berjalan lancar. Amir and Amri selaku ketua bodyguards Datuk Abdullah,awal-awal lagi sudah diberi penerangan. Dah macam men in  black dah sekali pandang dia orang ni. Berkot hitam siap dengan cermin mata hitam lagi. Muka sorang serius giler,takde secalit senyuman pun. Hanya orang tetamu yang mempunyai pas khas sahaja yang di benarkan masuk.Dan para tetamu yang hadir hanyalah keluarga yang terdekat sahaja and ‘strictly no handphones and cameras are allowed.’ Datuk Abdullah mahukan majlis yang tertutup. Pengawal yang bertugas akan memeriksa setiap tetamu yang hadir siap dengan scanner lagi. Fullamak! Macam meyambut kedatangan presiden Amerika pulak. Ketat betul kawalan. Bukan apa, Datuk Abdullah tidak mahu privasi terganggu takut pulak nanti ada paparazzi ke, wartawan  surat khabar mana yang terlepas masuk. Ini semua adalah syarat yang di persetujui bersama dengan Jeffrey. Al maklumlah selebriti katakan. Boleh tahan popular jugak si Jeffrey ni. Nama tengah meningkat naik. Apa kes? Takut saham jatuh ke? Si Jeffrey ni bukan apa, dia sebenarnya ada kontrak dengan produser ‘talk show’ yang di kendalikannya sekarang ini bersama personaliti dan penyanyi sensasi, Lya Safiyya. Tak boleh kahwin dalam tempoh setahun kontrak berlangsung. Ada  ke macam tu. Kolot betul otak produser  kalau kahwin rating jatuh. Habis tu kenapa Aaron Aziz yang dah kahwin anak tiga saham makin meningkat. Apa lagi, takut ambik risikolah tu!
 Rancangan ‘talk show’ tu pulak sedang hangat di siarkan di stesen TV3 dan salah sebuah rancangan yang mempunyai rating tertinggi setiap minggu. Bertuah betul si Jeffrey ni. Berbekal muka hensem, tinggi lampai macam model..eh dia memang model pun, berbakat pulak tu, chef terkenal , bijak, berkarisma di depan tv, pendek kata satu pakej lengkap yang menjadi buruan produser-produser di luar sana. Kalau produser ‘talk show’ tu tahu, mahu dia di saman berjuta ringgit kerana melanggar kontrak. Pada majlis malam nanti, Luqman dan Andy a.k.a BFSM ( Best Friend Sehidup Semati) ,adalah orang di pertanggungjawabkan tukang tangkap gambar. Andy tukang tangkap gambar manakala Luqman tukang tangkap video. Dua orang yang memang pakar dalam bidang fotografi.
……………………………………………………………………………………………………

            Di hotel Ritz Carlton, Designer a.k.a Pak Andam Qalisha telah tiba untuk menyiapkan Qalisha untuk majlis malam nanti. Pak Andam yang bernama Melvin dan pembantunya siap kena tandatangan surat akujanji lagi.Akujanji menjaga rahsia tentang majlis yang akan berlangsung. Kalau press dapat tahu,alamaknya ‘see you in court-saman 1 juta menanti.’ Memandangkan Jeffrey adalah duta dan juga chef selebriti Ritz Carlton, senanglah dia slow talk dengan Pengurus Besar Ritz Carlton Malaysia, Mr.Steven Cokkinias dan dia sanggup bekerjasama.
            Di dalam bilik hotel mewah itu, Qalisha menanti dalam debar untuk di solek oleh Pak Andam. Dari tadi lagi lelaki jambu bernama Melvin sudah sampai tapi dari tadi juga Qalisha masuk dalam bilik dan tak keluar-keluar. Hangin satu badan Nek Jah dibuatnya.
            “ Qalisha! Haa..singa pencen dah mengaum.Benda alah apa yang kau buat kat dalam tu sampai sekarang tak keluar-keluar. Nenek nak kau keluar sekarang jugak. Dari tadi lagi Pak Andam kau sampai. Nenek kira sampai lima.kalau tak keluar jugak tahulah apa yang nenek nak buat.” Lantang sekali suara Nek Jah memanggil Qalisha.
            Di dalam bilik air mewah pula, Qalisha sedang terkekeh ketawa sambil menekup mulut. Bukan apa, dia sengaja nak menguji tahap kesabaran Nek Jah. Nakal betul budak ni. Malam nanti dah nak jadi bini orang. Nasib kaulah Jeffrey, banyak kejutan akan kau terima bila dapat isteri macam Qalisha.
            “ Satu! Dua! Tiga! Empat! Li..”
Belum sempat Nek Jah habis dengan countdown, pintu bilik air mewah tersebut di buka dari dalam.  “ Apa ni Nek, Qalish nak lepak lama sikit dalam bilik air pun kecoh. Baru nak berangan dah potong line. Bila lagi boleh lepak dalam bilik air mewah macam ni? Siap ada jakuzi nek! Baru nak main buih sabun Nenek dah kacau daun.” Qalisha sengaja memuncungkan mulut ala-ala merajuk.
            “ Adoyai….kang ada pulak yang kena sekeh dengan aku ni karang. Tu..nampak tak tu..Pak Andam kau dah sampai. Cepat, pergi duduk dekat bangku tu.Kang lambat pulak kita nanti.” Nek Jah memuncungkan mulut ke arah Melvin yang duduk sambil mengipas. Ayu betul lelaki ni. Pelik betul, air-cond punyalah sejuk pun masih mengipas lagi.
            Melvin mengarahkan pembantunya yang di panggil Daisy menyerahkan baju kebaya rekaan ekslusifnya kepada Qalisha. Baju kebaya berwarna putih gading yang di buat daripada fabric French lace, chiffon dan pearl satin bertukar tangan. Seketika kemudian, kebaya labuh itu tersarung kemas di badan Qalisha.
            “ Superb! You memang cantik semulajadi. Natural.. and I like it! Cantik betul bakal menantu datuk ni. Baju ni suit you very well. Tak payah I nak otter apa-apa lagi. Sit here sugar, I akan pastikan semua orang terjojol biji mata kat you nanti.” Melvin mengarahkan Qalisha duduk di sebuah bangku di hadapannya. Kotak kontena make up yang bertingkat-tingkat di keluarkan. Tangannya lincah sahaja mengeluarkan berus mekap.
            Hampir terbeliak mata Qalisha melihat pelbagai jenis alatan mekap milik Melvin. Berpuluh-puluh warna yang berlainan dan mata Qalisha agak berpinar dengan serangan warna alat mekap yang tak pernah dia lihat sebelum ini.
            Melihat reaksi Qalisha yang agak terkejut melihat alatan mekapnya, Melvin tersenyum.
“ you jangan risau okay, semua alatan mekap I original and branded.  I tak guna jenama tiruan.
 I ‘ll make sure you’ll be the most beautiful bride tonight.” Laju sahaja tangan Melvin memainkan peranan.
            Selepas hampir satu jam, akhirnya Melvin siap menenyeh muka Qalisha dengan mekap. Kening terbentuk cantik. Pendek kata, semuanya cantik. Selepas tudung di pakai elok, sehelai veil di tambah untuk menambah serlah pengantin. Nek Jah, Yasmin dan Qhairul hampir terbeliak mata seakan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Mereka langsung tak menyangka gadis tomboy macam Qalisha bertukar menjadi gadis ayu yang sangat jelita.
            “ Nasib baik Qalish ni anak saudara Pak Usu. Kalau tak,mahu Pak Usu jatuh cinta dengan Qalish. Qalish cantik sangat.” Spontan sahaja Qhairul menuturkan ayat.
            “ Ada hati awak nak jatuh cinta kat orang lain ye..nanti saya cakap dengan Mak biar tolak pinangan awak. Tapikan Qalish, Kak Min pun setuju, Qalish memang cantik, anggun sangat. Kalau bakal suami Qalish tak jatuh cinta pandang pertama dengan Qalish, tak tahulah apa nak cakap. Memang mata dia letak kat kepala lututlah jawabnya.” Yasmin mencubit lengan Qhairul dan kemudian memeluk Qalisha, mahu menyalurkan sedikit kekuatan dan kasih kerana dia tahu hati Qalisha menahan debaran tahap dewa! Eh, mana Nek Jah? Tak nak bagi komen ke? Lhor…tengah feelinglah pulak. Drama queen betul Nek Jah ni. Elok sangatlah tu,drama queen Halijah jumpa dengan drama queen Maimun tambah pulak drama king Abdullah,rasa-rasanya apa hasilnya nanti. Kita pakat-pakat tunggu dan lihat ye!
           
            Seketika kemudian telefon Melvin berbunyi. Melvin hanya cakap “yes, yes, we are ready.”
“ Okay everybody, kalau semua dah siap, shall we go now? Kereta dah tunggu kita di bawah.
Mereka semua melangkah ke arah pintu. Nek Jah pun anggun berbaju kurung. Sesekali melaram boleh tahan juga orang tua ni. Qhairul pun kacak dan segak berbaju melayu warna biji kundang dan bersampin. Yasmin juga ramping berkebaya warna sedondon dengan baju melayu Qhairul. Tak lama lagi giliran dia orang pulak naik pelamin. Malam ni kasi can dengan Qalisha dulu ye. Dengan satu tarikan nafas yang dalam, Qalisha memulakan langkah. Lengan Pak Usunya di raih untuk sokongan. “ Ya Allah, tenangkanlah hatiku. Semoga dia adalah jodohku yang sebenar-benarnya. Berikanlah nur dan hidayah mu padaku. Semoga bakal suamiku boleh menerima aku seadanya,pandulah aku ke jalan yang Engkau redhai. Amin.” Doa kudus Qalisha bergema di dalam hati.
            “ Cantik betul anak sedara Pak Usu ni, ingat,lepas ni kena control nakal tau! Dan tak boleh nak manja-manja lebih dengan Pak Usu lagi.Lepas ni manja-manja dengan dengan Jeffrey pulak!” Tutur Qhairul perlahan semasa mereka beriringan berjalan ke lobi. Sempat lagi dia menyakat anak saudara kesayangannya.
            “ Pak Usu ni…janganlah usik Qalish lagi. Qalish tengah takut ni…” Lengan Qhairul di ketam. Alahai manjanya Qalisha.
 Sampai sahaja di ruang lobi hotel semua mata memandang ke arah Qalisha yang anggun menawan dalam busana yang di reka khas oleh Melvin Choo. Ruang lobi senyap buat seketika bila mereka melintas menuju ke arah pintu masuk utama di mana sebuah Toyota Alphard sedang menunggu.
“ My gosh! She’s very gorgeous!” kedengaran satu suara pelancong asing yang turut berada di ruang lobi. Dari belakang, Melvin sudah tersengih-sengih macam lala busuk. Hidungnya kembang kuncup kerana bangga hasil kerjanya mampu mencuri tumpuan. Tidak dinafikan busana yang direka dan tata rias mekap nipis serta ditambah dengan wajah Qalisha yang memang cantik semulajadi menjadi satu pakej lengkap. Dua lesung pipit menambah perisa keanggunan penampilan Qalisha. Kalau catwalk atas runway, memang nampak macam supermodel. Semua mata yang memandang terpegun dan ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri. Mereka tertanya-tanya siapa gerangan gadis ayu yang sedang berjalan ke pintu utama.
Mata-mata yang memandang sambil tersenyum berbisik sesama sendiri menyebabkan Qalisha menjadi gelisah dan malu. Peluh gelisah mula muncul di atas dahi. Pegangan pada lengan Pak Usunya di kemaskan sedikit. Jantung berdegup laju bagai nak pecah.Jari tangan Qalisha sudah sesejuk ais.
“ Pak Usu, kenapa semua orang pandang Qalish semacam? Ada yang tak kena dengan Qalish ke?” Tanya Qalish dengan dahi berkerut.
“ Sebab Qalish cantik sangat.” Tutur Qhairul dengan bangga. Tumpang bangga sekaki weh! Bila lagi nak jadi perhatian di hotel mewah macam ni. Qhairul melirik kepada bakal tunangnya, Yasmin sambil tersenyum. Otaknya mula berangan, kalau Yasmin di tempat Qalisha,dah tentu kekasih hatinya juga anggun bergaya. “ Yasmin oh Yasmin,akanku jadikan kau ratu hatiku” Ikrar Qhairul di dalam hati.
Tiba sahaja di pintu utama, Aziz si pemandu turut tersenyum.Cepat-cepat dia membukakan pintu Alphard. Dengan berhati-hati, Qalisha masuk ke dalam mpv mewah tersebut di ikuti oleh Yasmin dan Nek Jah. Qhairul pula duduk di sebelah pemandu. Setelah semuanya bersedia,Aziz member isyarat ‘thumbs up’ kepada kereta BMW 5 series yang berada di belakang dan kepada seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa besar di hadapan. Dua orang lelaki berkot hitam mengangguk dan turut mengangkat tangan diikuti oleh lelaki berjaket kulit bertopi keledar ‘full face’ di hadapan.
“ Siapa mereka tu? “Spontan mulut Qhairul bertanya kepada Abang Aziz.
“ Mereka bodyguards yang ditugaskan oleh Datuk untuk mengiringi kita ke Pusat Islam. Datuk memang teliti orangnya. Dia mahu pastikan kita selamat sampai ke sana tanpa sebarang gangguan.” Jawab Aziz bersahaja. 
“ Mak ai..siap escort lagi. Rasa macam VVIPlah pulak.” Gumam Qalisha di dalam hati.
Toyota Alphard yang di pandu Abang Aziz meluncur laju menuruti motosikal berkuasa besar di hadapan manakala BMW hitam setia mengikut di belakang menuju ke Pusat Islam yang akan memerterai dua pasang pengantin dalam ikatan perkahwinan.

………………………………………………………………………………………………………

BAB 13
            “ Hensemnya,Abang Long! Kalau Kak Dhia tengok, mesti tangkap cintan dengan abang.” Rania teruja melihat penampilan Abang sulungnya, Rayyan Firdaus yang kcak dan segak berbaju melayu cekak musang berwarna putih gading.
“ Apa hal pulak Kak Dhia yang tangkap cintan dengan Abang Long? Bukan ke Abang Long nak kahwin dengan Kak Adrianna?” Rayyan Firdaus menyampuk. Dia turut sama berbaju melayu berwarna hitam. Siap bersampin warna keemasan. Nia dan Nek wan turut mengenakan baju kurung yang berlatarkan warna hitam juga. Sedondon satu sekeluarga dan semuanya di sponsor oleh Datuk Abdullah.
“ Eii Abang Ngah ni kan, memang tau! Tak habis-habis dengan blur dia. Memanglah Abang Long nak kahwin dengan Kak Adrianna, tapi takkan Abang Ngah tak tau Kak Nadhia tu kan minat denganAbang Long. Tentu sekarang Kak Dhia tengah frust menonggeng sebab Abang Long nak kahwin dengan orang lain.” Rania mengetap bibir geram terhadap abang keduanya.
“ Ye ke? Manalah Abang Ngah tahu. Patutlah Kak Dhia baik sangat dengan nenek.Rupa-rupanya ada lepat di sebalik daun pisang. Kalau dia minat dengan Abang Long kenapa pulak dia ‘tackle’ Nenek pulak. Patutnya, dia ‘tackle’ Abang Long tapi ini tidak pergi ‘tackle’ Nenek tu buat apa.” Rayyan Firdaus ketawa.
Hati Rania bertambah geram mendengar jawapan yang sedikit sengal pada pendengarannya. Lantas dia mencubit lengan Rayyan Firdaus.
Rayyan Fahrin yang sejak daripada tadi hanya mendengar perbualan Nia dan Daus hanya mengelengkan kepala. “ Sudahlah tu korang berdua ni ada saja perkara yang kamu nak kecohkan. Nia, lain kali Abang tak nak Nia sebut-sebut nama Kak Dhia.Pandai-pandai je dia cakap Kak Dhia frust menonggenglah bagai. Kalau dia suka kat Abang, Abang tak boleh nak buat apa.Itu hak dia nak suka kat sapa pun. Yang penting hati Abang ni, Hati Abang hanya untuk gadis yang bernama A.D.R.I.A.N.N.A je.” Rayyan Fahrin selamba bercakap sambil tangan kanan menepuk-nepuk dada kiri.
“ Betul ke tu Fahrin dalam hati ada nama Adrianna je? Muka dia pun kau tak kenal lagi. Apa-apalah Fahrin,janji family kau percaya cerita kau.” Si Minda berkata.
“ Okay guys, kita kena gerak sekarang. Orang-orang Datuk dah sampai.” Mimi bersuara memecahkan keheningan suasana.
“ Okay jom, your look is stunning dear! I pun tangkap cintan sama you. Geram I tengok.” Richard dengan gaya gediknya pula bersuara.
“ Kau cakap elok-elok ye Rich.Jangan nak ber’dear-dear’ dengan saya. Meremang bulu roma saya ni tau! Saya ni lelaki sejati.Original,bukan artificial.”Bicara Rayyan Fahrin sambil tersenyum.
“ Don’t worry Encik Fahrin. Tak berani  I nak kacau. Kalau I kacau you, alamatnya tamatlah riwayat hidup dan kerjaya I yang tengah meningkat naik ni. Siapa yang berani bual hal dengan Datuk Abdullah, tak pasal-pasal kena pancung.” Tangan Richard membuat gaya orang memenggal leher.
“ Tahu takut tak pe.” Mimi pulak menyampuk. Mereka semua mengatur langkah ke ruang elevator. Sebaik pintu lift terbuka,mereka terus menapak ke arah chauffer Mercedes yang sedia menunggu untuk membawa mereka ke Pusat Islam di mana majlis akad nikah akan berlangsung selepas maghrib nanti.
…………………………………………………………………………………………………..

            “ Are you ready for this Jeff? Adrianna bersuara.”
            “ Ready or not, we have to do it. Kita ikut saja dulu, tengok  ‘flow’dia macam mana.Tengok macam mana nanti. Ingat apa yang kita pernah bincang dulu. ‘Never fall in love’. Jangan cepat cair dengan Rayyan Fahrin. Walau pun Baba percayakan dia,tapi we don’t know yet. Apa-apa pun kita perlu berhati-hati. And one more thing, you look gorgeous Sis.” Jeffrey yang memang skeptical terhadap Rayyan Fahrin mengingatkan Adrianna sambil memberi satu ciuman di pipi Adrianna.
            “ Yeah..ingatkan diri Jeff jugak. ‘Never fall in love’ with Qalisha. Let me remind you my dear brother, she’s sweet and gorgeous too. Jangan cepat tergoda pulak. Jangan cakap tak serupa bikin sudah.” Giliran Adrianna pula mengingatkan Jeffrey.
            “ Anna ! Jeff! Are you ready guys. We need to move now. Nanti lambat pulak nanti.” Itu dia, suara merdu Datin Maimun sudah mula bersoprano.
            Sebaik sahaja ternampak Jeffrey dan Adrianna beriringan turun, Datin Maimun terpaku. Airmata mula merembes daripada pipi. Sehelai sapu tangan sutera di keluarkan daripada tas tangan Fendi yang sedondon warna dengan baju kebayanya. Dah sudah…drama queen dah mula shooting drama kat depan tangga.
            Adrianna dan Jeffrey meluru mendapatkan Datin Maimun. Mereka berdua beranggapan ada sesuatu telah berlaku bila melihat Datin Maimun menangis.
            “ Mama! Kenapa ni ada sesuatu yang berlaku ke?” Laju sahaja pertanyaan Adrianna.
            Datin Maimun mengeleng-gelengkan kepala dan semakin laju pula air mata menitis keluar daripada tubir matanya.
            “ Mama, tell us what actually happen. Is something wrong?” Jeffrey pula yang bertanya.Cuak pula dia melihat Mamanya begitu.
            “ Mama menangis sebab anak-anak Mama dah nak kahwin.” Jawab Datin Maimun teresak kecil.
            “ La..pasal tu rupanya. Buat saspen je Mama ni.Jeff ingat apalah tadi. Kalau Mama sedih sangat, kalau macam tu kita batalkan sajalah akad nikah malam ni. Kalau Mama sedih Jeff tak payah kahwinlah. Jeff okay je..Jeff nak Mama happy,kalau Mama sedih buat apa Jeff nak kahwin.Kalau ‘cancel’ lagi suka adalah.” Jeffrey mengurut dadanya kelegaan.
            ‘Pap!’ Tangan Datin selamat mendarat di belakang Jeffrey. Perkataan ‘cancel’ membuatkan darahnya mula panas. Nak bergurau tak bertempat Jeffrey ni.
            “ Aduh! Sakitlah Ma..”
            “ Bila masa Mama cakap Mama sedih?” Geram Datin Maimun mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Jeffrey.
            “ Habis tu yang Mama menangis bagai nak rak tu kenapa?” Jeffrey mengosok-gosok belakang bahunya yang masih pedih.Kuat juga tamparan manja Datin Maimun. Mulutnya muncung sedepa. Merajuklah tu,memang sah anak manja.
            “ Mama menangis sebab terlalu teruja. Malam ni, Mama dapat dua orang menantu sekali gus. Malam ni,Mama dan Baba akan serahkan tangungjawab pada Rayyan Fahrin untuk menjaga Anna. Dan malam ni jugak, Jeff akan mula memikul tanggungjawab sebagai suami kepada Qalisha. Malam ni jugak, ahli keluarga kita akan bertambah.Dan Mama juga berharap tahun depan, ada dua orang lagi ahli keluarga kita akan bertambah.” Daripada menangis,Datin Maimun tersenyum-senyum pula.
            “ Tahun depan? Bertambah lagi dua orang? Sapa pulak? Mama ada anak yang lain ke?” Itu dia ayat poyo daripada mulut Jeffrey.Yang pasti mulut jalan dulu baru otak.
            “ Susah betul.Nak cakap dengan kamu berdua ni, baik straight to the point je. Cakap kias-kias sikit dah tak faham atau pun kamu ni buat-buat tak faham. Pertambahan dua orang tahun depan tu maksudnya anak-anak kamulah! Malam ni kahwin, tahun depan bagi Mama cuculah pulak!” Power betul ayat yang keluar daripada mulut Datin Maimun. Itu dia! Chaiyok Datik Maimun! yang pastinya, ayat tersebut membuatkan lidah Jeffrey dan Adrianna kelu tak terkata! Tak terjangkau,panjang sungguh akal dan anganmu Datin Maimun!
…………………………………………………………………………………………………….

            Adrianna dan Qalisha memandang di antara satu sama lain. Mereka saling merenung.Hanya Tuhan yang tahu apa yang bermain di minda mereka sekarang ini.  Mereka berdua duduk bersimpuh di atas kusyen yang memang di khaskan untuk majlis akad nikah dengan debaran tahap maksimum. Jantung mereka seakan mahu melompat keluar. Sebentar sahaja lagi akan berlangsungnya acara yang di tunggu-tunggu oleh semua orang.  Andy selaku jurugambar awal-awal lagi telah bersiap sedia dengan dua kamera yang tergantung dileher. Begitu juga Luqman yang telah bersedia dengan perakam video siap dengan tripod lagi. Mereka berdua turut memakai baju melayu. Segak bergaya dan muka dua rakan karib Jeffrey pun boleh tahan hensem. Yelah seorang kacukan melayu siam dan yang sorang lagi kacukan melayu Filipina.
            Seketika kemudian, Tok kadi yang bakal mengakad nikah tiba dengan dua orang pembantu. Tok Kadi mengambil tempat yang disediakan dan mengeluarkan sebuah fail biru yang memuatkan beberapa dokumen yang berkaitan. Beberapa minit kemudian, Rayyan Firdaus mengiringi Rayyan Fahrin menuju ke arah  Tok Kadi yang sedia menanti. Rayyan Fahrin kelihatan sungguh segak dan kacak dengan baju melayu berwarna putih gading. Di tambah pula dengan ‘goatee’ yang nipis,menambah lagi ke’macho’an. Aura menantu Datuk katakan. Si Rayyan Firdaus pun tak kurang hebatnya. Cuma penampilannya di tambah dengan kaca mata.Nak buat macam mana kalau dah rabun jauh. Nak tak nak kena pakai cermin mata juga, kalau tak, mahu meraba jalannya.
Manakala Datuk Abdullah pula mengiringi anak lelakinya,Jeffrey. Si Jeffrey sudah terang lagi bersuluh.Memang hensem giler.Jantan pujaan anak dan mak gadis di luar sana.Kacukan cina dan orang putih yang memang ada aura yang tersendiri. Kalau peminat-peminatnya tahu dia kahwin, mahu ada yang menangis tak berlagu dan frust terguling-guling.
Rayyan Fahrin dan Jeffrey duduk bersila sebelah-menyebelah. Sepintas lalu, mereka saling jelling-menjeling. “ kenapa? Tak puas hati ke?” . Dah sudah! dua-dua saling berprasangka. Tapi itu semua hanya di dalam hati masing-masing sajalah. Nak mampus cakap macam tu depan Datuk Abdullah, Dia punya ‘men in black’ ada di segenap penjuru bilik! Silap hari bulan ada yang masuk ICU malam tu jugak.
Di sebalik tirai nipis, Ketika itu Qalisha hanya tunduk memandang karpet dengan pandangan yang kosong. Rasa separuh jiwanya melayang entah ke mana. Adrianna pula memejamkan mata, tak sanggup melihat wajah bakal suami yang di nikahi sebentar nanti. Namun, perasaan ingin tahu tetap ada. Adrianna memandang sekilas lelaki yang duduk bersila di sebelah Jeffrey tetapi pandangan terhalang dengan tirai nipis. Tak nampak jelaslah wei…Ini siapa punya angkara letak tabir nipis macam ni. Ini tak lain tak bukan, mesti idea Si Melvin a.k.a designer a.k.a wedding planner sotong tu.
            “ Aduhai jantung, bawak-bawaklah bertenang. Jangan kau melompat keluar pulak. Tarik nafas..hembus..tarik nafas…hembus…” Adrianna cuba mententeramkan dirinya. Dia menjeling kepada bakal adik ipar,Qalisha yang tertunduk dari tadi.
            “ Ni lagi satu kes.Apa hal pulak asyik tunduk dan merenung karpet bagai nak tembus? Agaknya Si Qalisha pun tengar berdebar giler macam aku jugak.” Getus Adrianna di dalam hati.
            Datin Maimun, Nek Jah, Nek Wan, Yasmin,Nia dan semua perempuan yang ada kat situ semuanya tersenyum dan teruja dengan suasana yang akan berlangsung sebentar lagi.
            Akhirnya, Al- Fadhil Ustaz Hassan, Tok Kadi yang akan mengakad nikah bersuara.
“ Kalau semua dah sedia, saksi-saksi,wali-wali ,pengantin-pengantin..kita mulakan akad nikah ye. Siapa dulu yang nak mula?”
            “ Dia!” Rayyan Fahrin dan Jeffrey berkata serentak sambil menuding jari ke arah masing-masing.
            Reaksi spontan Rayyan Fahrin dan Jeffrey mengundang gelak ketawa semua yang berada di dalam bilik itu. Nampak sangat mereka tengah gabra tahap dewa! Abang-abang men in black pun hampir nak ketawa tapi di tahan-tahan. Fokus! Fokus! Tengah kerja wei…Tok Kadi pun tersenyum juga, yelah orang yang alim tak ketawa berdekah-dekah.
            Melihat keadaan tergendala sebentar, Datuk Abdullah pun bersuara. Semua terdiam sebaik Datuk Abdullah mengangkat tangan. “ Kita mula dengan yang nak kahwin dengan kakak dulu. Saya sendiri yang akan mengakad nikah anak perempuan saya. Dah sedia ke Fahrin?”. Datuk Abdullah duduk berhadapan dengan Rayyan Fahrin. Tangan di jabat. Bismillahhirrahmannirrahim…
            “ Rayyan Fahrin Bin Iskandar,….”
            “ Ya, saya..”
            “ Aku nikah akan dikau dengan Adrianna Bt Abdullah………………….dengan mas kahwinnya 88 Ringgit tunai….”
            “ Sah!” Tok Kadi yang memerhati dan semua saksi mengangguk-anggukkan kepala. Dengan sekali lafaz, kini sah sudah ikatan antara Rayyan Fahrin Iskandar dengan Adrianna bt Abdullah. “Alhamdulillah..” perlahan sahaja suara Rayyan Fahrin berkata pada dirinya. Wah! Bagus betul Rayyan Fahrin. Cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam gabra pun lancar sahaja bila jawab akad nikah.
            Kini tiba pula giliran Jeffrey yang sudah mula berpeluh di dahi. Tok Kadi menjabat tangan Jeffrey.
            “ Aku nikah akan dikau dengan Qalisha Bt Qhairil………………………….dengan 99 Ringgit tunai…”
            Gabra punya pasal begini pula jadinya. “ Aku terima nikahnya, Qhairil bt Qalisha……99 Ringgit tunai…”
“Mintak-mintak sah.” Doa Jeffrey di dalam hati.
            “ Tak sah! Sekali lagi ye Jeff, ingat awak nak kahwin dengan anaknya bukan dengan bapaknya. ‘Qalisha bt Qhairil’ bukan ‘Qhairil bt Qalisha’..lembut saja suara Tok Kadi.
            “Adeh..macam mana tersasul sebut nama bapak dulu ni?” Jeffrey bertambah gelisah.
Datuk Abdullah menepuk-nepuk belakang bahu. Cuba menyalurkan sedikit kekuatan. Dia tahu Jeffrey tengah berdebar-debar. Semua yang berada di situ tersenyum-senyum.Lantak koranglah apa nak fikir.
            Jeffrey menarik satu nafas yang dalam dan akhirnya dengan dua kali lafaz, Qalisha Bt Qhairil kini sudah sah menjadi isterinya dengan berwalikan bapa saudara Qalisha, Qhairul Bin Amri.
            Setelah  selesai menurunkan tandatangan pada dokumen yang diberi oleh Tok Kadi, Rayyan Fahrin dan Jeffrey bangun menuju ke arah pengantin perempuan.  Bukan saja-saja gatal nak pergi weh! Dah orang suruh kenalah buat. Tabir nipis di alihkan. Kini tibalah masa untuk sesi membatalkan air sembahyang dengan kata lain sesi menyarungkan cincin perkahwinan.
            Rayyan Fahrin mendahului Jeffrey. Di hadapannya dua pengantin perempuan yang sedang menundukkan muka. Hai..tak habis-habis lagi ke merenung karpet..agaknya cantik sangat ke karpet tu?. Sudah-sudahlah kamu berdua ni, dah jadi bini orang pun.
            “ Mana satu bini aku?” Rayyan Fahrin berhenti seketika. Datuk Abdullah dan Datin Maimun mula memainkan peranan. Mereka tahu Rayyan Fahrin keliru yang mana satu Adrianna.
            “ Anna  gerak ke kiri sikit ye Fahrin nak sarungkan cincin ni. Qalisha pulak gerak ke kanan, Jeff pun dah ready nak sarungkan cincin juga….” Sengaja Datin Maimun menekankan perkataan kiri dan kanan supaya Rayyan Fahrin jelas, kenal yang mana satu Adrianna.
            Adrianna dan Qalisha bangun menurut apa yang di beritahu oleh Datin Maimun. Mimi yang berada di situ, cepat-cepat menjarakkan dua buah kusyen besar yang menjadi lapik duduk Qalisha dan Adrianna sejak daripada tadi. Semua yang berlaku di rakam oleh Luqman yang setia dengan perakam videonya.
            Rayyan Fahrin bergerak menghampiri gadis yang duduk bersimpuh di sebelah kiri.  Adrianna mengangkat muka sambil menghulurkan tangan kanan. Rayyan Fahrin terpegun melihat wajah isteri yang baru di nikahinya sebentar tadi.Mereka bertentang mata buat pertamanya kalinya. Adrianna dan Rayyan Fahrin terkaku seketika. Insiden yang berlaku di Tasik Titiwangsa mula berlegar di ruang minda mereka berdua.
            “ You!” Rayyan Fahrin dan Adrianna berkata serentak. Hanya mereka berdua faham apa maksud di sebalik perkataan mereka tadi. “ Apasal kau boleh ada kat sini?” Serentak senada seirama mereka berkata. Aikk..sehati sejiwa nampak. Ayat yang keluar pun boleh sama. Rayyan Fahrin dan Adrianna sama-sama saling menuding jari ke muka. Dua-dua terkaku dan dua-dua mencegilkan bijik mata.
            “ Ehem-ehem…bila nak sarung cincin ni? Sarung cincin dulu lepas tu renunglah lama mana yang korang nak.” Suara Datin Maimun bersuara.
            Rayyan Fahrin tersentak daripada lamunan. Begitu juga dengan Adrianna.Adrianna berasa pipinya hangat dan pijar. Insiden bertekak dengan Rayyan Fahrin di Tasik Titiwangsa mula membuat siarann  ulangan. Menyedari banyak mata memandang, Rayyan Fahrin cuba berlagak tenang. Rayyan Fahrin memegang tangan Adrianna. Cincin yang diberi oleh Mimi kelmarin di keluarkan. Mulanya dia mahu menyarungkan cincin yang dibelinya sendiri tapi bila melihat dirinya menjadi tumpuan, dia mengeluarkan cincin daripada kotak baldu biru lalu cincin platinum Tiffany and Co. di sarungkan dijari manis Adrianna. Saat jari-jemari mereka bersentuhan terasa seperti ada sesuatu yang sukar dimengertikan.  Sebaik cincin di sarungkan di jari , Rayyan mengucup lembut dahi Adrianna.
“ Ya Allah, andai wanita ini adalah jodohku yang sebenar-benarnya, Engkau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan agar aku dapat menjadi suami yang terbaik buatnya. Berikanlah aku petunjuk agar aku dapat membimbingnya ke jalan yang Engkau redhai… Cekalkanlah hatiku dalam berdepan dengan sebarang situasi..” Doa kudus Rayyan Fahrin bergema di dalam hati.
“ Mamat kerek ni memang nak kena dengan aku. Ambik kesempatan betul! Bukan main lama di kucup kat dahi aku..Sabar Anna, sabar…..senyum…Mama, Baba,..semua orang tengah menonton drama sebabak engkau dengan dia.” Si hati dan Si Akal bergabung tenaga mengingatkan tuannya. Selepas itu, Adrianna turut menyarungkan sebentuk cincin platinum ke Jari Rayyan Fahrin. Ini semua kerja Mamanya yang mahukan dia berbuat demikian. Eternity ringlah…entah apa-apa lagi dan dia hanya menurut.
Jeffrey juga berbuat demikian. Cincin yang diberi oleh Mama disarungkan di jari manis Qalisha. Buat pertama kalinya dia memandang wajah isteri yang dinikahi sebentar tadi. Mata mereka bertaut. Jeffrey terpaku seketika. “ Ya Allah! Cantiknya dia. Mata dia,bibir dia..alahai. Betul ke dia ni isteri aku? “ Terpegun Jeffrey dengan keayuan Qalisha.
“ control Jeff,control! Takkan belum apa-apa dah cair kot. Mana ikrar kau. Dah terkena panah asmara ke? “ Cepat-cepat Jeffrey menyedarkan dirinya. Senyuman nakal diberikan kepada Qalisha. Hanya dia yang tahu maksud di sebalik senyuman itu.
“ Not bad pilihan Mama. Sweet…tapi kenapa dia tak senyum? Jeling maut kat aku adalah..” Getus hati Jeffrey.
“ Fuhh..perasan hensem perasaan macho. Bukan main lama dia pegang tangan aku. Apa yang bermain di kepala otak dia sampai tersengih-sengih macam tu. Eii ngeri aku tengok.” Qalisha pula yang memandang Jeffrey tanpa senyuman. Namun di dalam hati Qalisha tetap mengakui sememangnya Jeffrey hensem. Bibir dia merah dan wajahnya cerah bersih.Sebiji jerawat pun takde. No wonderlah anak dara dan mak dara minat giler dengan Jeffrey ni termasuklah Neneknya sekali.
Majlis berjalan lancar dan Datuk Abdullah, Jeffrey, Rayyan Fahrin dan semua bersalam –salaman dengan Tok Kadi dan semua yang hadir di majlis tertutup tu.
Andy si jurukamera dan Luqman si perakam video tak habis dengan kamera masing-masing.
“ Okay, pengantin-pengantin sila datang sini kejap. Saya nak ambik gambar.” Andy sengaja menguatkan suara. Mahu tak mahu, Rayyan dan Adrianna serta Jeffrey dan Qalisha akur. Lebih-lebih lagi semua hadirin memandang kepada mereka.
Jeffrey merangkul pinggang Qalisha bila di arahkan oleh Andy. Begitu juga Rayyan Fahrin. Macam-macam aksi romantik yang di arahkan oleh Andy dan Luqman kepada dua pasang pengantin tersebut. Dah kerjanya pengarah fotografi, Luqman menyuruh itu dan ini kepada mereka. Hah..semua senyum palsu yang dibuat- buat. Akhirnya selepas puas hati dengan pelbagai gaya gambar yang telah di ambil, sesi bergambar selesai.
“ Penat rahang aku asyik tersenyum je. Kiranya hari ni hari dalam sejarah aku senyum paling lama. Si Jeffrey ni pulak asyik nak mengambil kesempatan. Tahulah selebriti pandai berlakon depan kamera.Tangan dia tu boleh tahan jugak, asyik nak pegang pinggang aku je. Nasib baik depan orang, kalau kat tempat lain tahulah nasib kau macam mana. Ini Qalisha Qhairil, pemegang tali pinggang hitam karate dan lian padukan!” Qalisha mengetap-ngetap gigi kerana terlalu geram.
Andy dan Luqman menghampiri Jeffrey.
“ Tahniah Jeff…your wife is gorgeous! Kelas pilihan Datin Maimun. Kau dengan dia macam pinang di belah dua. Aku pun tak puas tengok muka dia cute sangat. Bertuah kau ni. Kalau aku jumpa dia dulu, aku pun akan jatuh cinta pandang pertama. Tak nak kenalkan dengan kita orang ke?”  Selamba sahaja Luqman bersuara.
“ Err..Qa..Qalisha, Kenalkan ini Luqman dan Andy, my buddy” Jeffrey tergagap memperkenalkan dua kawan karibnya.
“ Err faham ke dia ‘buddy’ tu apa? Ah lantaklah minah kampung..” Hati Jeffrey berbicara.
“ Saya Andy dia Luqman.” Andy dan Luqman menghulur tangan untuk bersalam.
“ Err sori, saya tak biasa bersalam dengan bukan muhrim.” Qalisha menjawab selamba namun senyuman tetap diberi.
 “ Yang tak puas kau pandang tu dah jadi wife aku so paham-paham jelah ye. Boleh pandang-pandang tapi jangan lebih-lebih pulak. “ Spontan jawapan Jeffrey.
Qalisha mengerling tajam kepada Jeffrey. “ Huh! Selamba badak je dia cakap macam tu.Ada aku kesah.”
“ Wah..possessive nampak?  Dah jeles ke?Jangan risaulah. Aku tak berani nak kacau. Aku tak takut kat engkau tapi yang tu aku tak berani. Nak mampus kacau menantu Datuk Abdullah dan Datin Maimun..bunuh diri nama tu..” Luqman memuncungkan mulut ke arah Datuk Abdulah dan Datin Maimun yang tengah sibuk berbual dengan besan-besan mereka.
“ Jeles? Aku? Takde maknanya bro…buang karan je nak jeles-jeles.”  Tadi selamba badak, sekarang selamba tenuk pulak Jeffrey berkata.
“ Okay semua, saya ucapkan terima kasih atas semua yang terlibat dalam menjayakan majlis akad nikah anak-anak saya tadi. Semua di jemput ke kediaman saya kerana ada jamuan ringkas telah saya sediakan. Kalau tak ada apa-apa, kita bersurai dan jumpa di rumah saya.” Suara Datuk Abdullah lantang dan jelas.
“ Saya nak jumpa keluarga saya kejap ye..saya mintak diri dulu.Boleh saya ke sana?” Qalisha berbasa-basi.Dia memandang Jeffrey dengan senyuman. Kalau boleh cepat-cepat dia mahu blah dari situ.
“ Okay dear, see you later. Jumpa kat rumah ye.” Sengaja Jeffrey mengenyit matanya kepada Qalisha. Apa kes ni? Apa permainanmu Jeffrey?
Qalisha hanya tersenyum tetapi di dalam hati, “ Uwekk! Ingat aku tergoda ke.Tak yah le nak ber’dear-dear’ dengan aku. Perempuan lain kau boleh ayat..tapi ini Qalishalah..takkan semudah itu aku nak jatuh chenta dengan kau.” Qalisha terus beredar menapak ke arah Nek Jah, Kak Yasmin dan Pak Usu yang sedia menanti.


P/S: COMMENTS PLEASE. HARAP KORANG PUAS HATI 4 BAB SEKALI GUS.SORRY LAMBAT UPDATE TENGAH KALUT DENGAN ASSIGNMENT DAN UPCOMING EXAM.KEEP READING AND THANKS 4 SUPPORTS. KALAU NEXT CHAPTER LAMBAT SKIT SORRY YEK!

8 comments:

  1. best sgt2... enjoy baca... msti jeff nnt terkejut ngn qalisha

    ReplyDelete
  2. memang banyak kejutan menanti untuk jeffrey..

    ReplyDelete
  3. best sangat la...tengkiu hariissa

    ReplyDelete
  4. ye sangat2 best..teroskan update ye..:)

    ReplyDelete
  5. thks! update cepat!! tak sabo nak tau perkembangan strusnye,
    mesti byk "slips&blunders". bace n3 atas dah guling2...
    lots of bling,blink&glam...sgt2 entertaining. can't wait 4
    d action side of d story!

    ReplyDelete
  6. bila mau sambung episod baru?
    bila nkbukukn story ni?

    ReplyDelete
  7. sgt2 best ok..baru je jumpa blog ni..huhuuu

    ReplyDelete
  8. bila nk sambung ep baru?
    xsabar nie nk thu ending dier taw..wee:)

    ReplyDelete