Total Pageviews

Sunday 12 August 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 3



BAB 3
“           Tok! Tok! Tok!” ketukan pada pintu bilik pejabat membuatkan Datuk Abdullah berhenti memeriksa fail ditangannya. “ Masuk! Jelas dan lantang sekali suara Datuk Abdullah dari dalam. “Assalamualaikum Datuk..” “ Waalaikummusssalam..” Salam dijawab dengan senyuman apabila muka Hashim ,orang kanan yang paling dipercayainya muncul. Datuk Abdullah bangun lantas ekor tangannya mengisyaratkan ke arah sofa kulit mewah yang import khas dari Itali. Sebaik duduk di sofa empuk, terus Datuk Abdullah bertanyakan perkembangan tugas yang diarahkannya kepada Hashim. “ So, Shim macam mana? Dah buat apa yang saya suruh? Saya harap awak tak hampakan saya..” ayat yang bersahaja tetapi tegas keluar dari mulut Datuk Abdullah.
            “ Dah datuk. Saya dah buat seperti yang apa datuk arahkan pada saya. Inilah butiran peribadi calon terakhir yang mampu bertahan dengan semua ujian yang telah datuk tetapkan. Dia yang terbaik  daripada sepuluh calon yang berjaya melepasi ujian peringkat akhir di Hutan Belum.Terpulang pada datuk sekarang hendak menerimanya atau tidak. Esok saya akan bawa dia ke lokasi yang telah kita bincangkan sebelum ini. Kita tengok sama ada dia mampu bertahan dan melepasi ujian yang akan menguji ketahanan mental,emosi dan fizikalnya.” Panjang lebar Hashim memberitahu setiap perkembangan “projek” yang ditugaskan sambil sebuah fail biru diserahkan kepada Datuk Abdullah. “ Err.. Datuk, boleh saya tanya..datuk betul-betul seriuskah dengan semua ini? Saya bukan apa,  Cuma seumur hidup saya inilah kali pertama saya berhadapan dengan perkara seperti ini.Cara datuk cari calon menantu lain daripada yang lain.” Hashim menyatakan apa yang terbuku dihatinya dengan perlahan. Bimbang juga kalau-kalau tutur katanya akan mengundang kemarahan Datuk Abdullah. Dia hanya mahukan kepastian untuk menghilangkan rasa was-was yang bermukim dihati. Sebaik mendengar kata-kata Hashim, cermin matanya ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja kopi. “ Awak sudah bekerja dengan saya sudah berapa tahun?” Pertanyaan Hashim dibalas pula dengan pertanyaan. “ Awak kenal siapa saya.Perlukah saya jawab soalan awak itu tadi? “ I do what I have to do.Proceed dengan apa yang telah kita rancang. Esok kita tengok sama ada dia layak atau tidak menjadi menantu saya. Biodata peribadi calon terakhir itu dibaca dan diamati dengan teliti.

Nama Penuh                  : Rayyan Fahrin Bin Iskandar
Tarikh lahir                   : 17 Julai 1982
Tempat lahir                 : Tanjung Karang, Selangor
Pendidikan  Tertinggi :  1) B.A. Hons- Pentadbiran Perniagaan
                                      ( Universiti Teknologi Malaysia)
2) Ijazah Sarjana kelas pertama dalam bidang ‘Business,economic and social studies’
( The University of Dublin, Ireland )
Ibu/bapa    : Iskandar B. Abd.Halim/ Mariam Khadijah bt. Talib.
( Kedua-duanya sudah meninggal dunia dalam nahas kemalangan di Mekah ketika menunaikan Umrah tahun 1992)
Adik-beradik : 3 orang, anak pertama. Adik lelaki Rayyan Firdaus (19), sedang belajar di Universiti Lim Kok Wing dan adik perempuan, Rania Irdiani ( 17) , tingkatan 5.
Latar Belakang:
·        Dibesarkan oleh datuk dan nenek setelah kedua ibu bapa meninggal.
·        Mengambil alih dan mengusahakan ladang ternakan kambing baka ‘Boer’ warisan datuknya.
·        Masih tinggal dengan nenek di Kuala Selangor.
Nenek sakit menghidap kanser payudara.sedang menjalani rawatan.

                    

“ Ermm.. boleh tahan calon ini. Tapi saya hairan ,dia ada kelulusan tinggi dan cemerlang tapi kenapa jadi penternak kambing je..” “ Itu pun saya dah siasat Datuk, dia belajar ke luar Negara atas scholarship syarikat swasta .Pulang daripada Ireland dia memang ada bekerja dengan sebuah Syarikat swasta dan menjawat jawatan yang tinggi. Tapi berhenti kerja sejak neneknya sakit sejak 2 tahun yang lalu. Dalam masa yang sama datuknya pulak meninggal.Dia yang menjaga neneknya yang sakit,ulang-alik hospital untuk rawatan kimoterapi neneknya.” Teliti sekali siasatan Hashim terhadap butiran peribadi Rayyan Fahrin. “ Bagus Shim, siasat dalam segenap aspek. Apa pun kita tengok esok sama ada dia seperti yang awak katakan..” Datuk Abdullah merenung tajam muka Hashim telah menjadi orang kepercayaannya sejak lima belas tahun yang lalu. Hashim mengangguk perlahan tanda mengerti. “ Baik Datuk. Saya akan pastikan semua orang kita bersedia. Saya sendiri akan jemput Datuk pagi esok dirumah.” Hashim bingkas bangun dan meminta diri untuk bersedia dengan tugasan seterusnya.Dalam hati tidak lupa doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar segala urusan yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

            “ Arghh….penatnya badan”. Gumam Rayyan Fahrin di dalam hati. Seluruh badannya terasa sengal-sengal. Bahunya dan lehernya rasa tegang semacam sahaja. Tangan kanannya mengurut-urut bahu dan pangkal leher yang penat tahap dewa. Fuh penat tak terkata. Manakan tidak, sejak tiga  minggu yang lalu pelbagai ujian ala komando dan halangan yang terpaksa di hadapi. Daripada berlari, berjalan sambil menggalas beban 20kg, berenang berpuluh-puluh kilometer, mendaki bukit, merentas hutan,menyelam dan menahan nafas di dalam air.Latihan ala komando yang telah dilalui benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikalnya. Tak cukup dengan itu, dia turut kehendaki mengaji quran dan menjadi bilal serta menjadi imam sebuah surau selama seminggu. Itu bukanlah masalah kepadanya kerana ia sudah menjadi rutin hidupnya di kampung. Pelik tapi benar. Itulah antara ujian yang terpaksa ditempuhi sebagai ‘interview kerja ‘ jawatan ‘Pembantu Khas Datuk Abdullah’ yang dipohonnya sebulan yang lalu. Iklan jawatan tersebut amat menarik  perhatiaannya. Semua syarat dan criteria yang dikehendaki sesuai dengannya dan yang paling penting gaji yang ditawarkan amak lumayan- RM7000! Dahulu dia tidaklah bercita-cita besar. Tetapi semenjak nenek kesayangannya didiagnos dengan kanser payudara, dia terpaksa berfikir jauh ke hadapan. Adik-adik yang masih belajar menuntut perbelanjaan yang tinggi. Termasuklah kos untuk rawatan untuk neneknya yang mencecah ribuan ringgit sebulan . Projek ternakan kambingnya tidak mendatangkan untung seperti yang di harapkan kerana kambing-kambingnya diserang penyakit kuku dan mulut. Maka pihak Jabatan Haiwan terpaksa mengkuarantinkan semua haiwan ternakan dalam kawasan Tanjung Karang. Lagi pula, siapa yang tidak kenal dengan Datuk Abdullah, seorang ahli perniagaan yang terkenal dan mempunyai  empayar perniagaan yang gah di dalam dan di luar Negara. Rayyan Fahrin merasakan ini satu peluang yang baik untuk dia membina kerjaya demi nenek dan adik-adiknya. “ Rayyan Fahrin! Fighting!fighting! “. Dia bermonolog sendirian cuba memberi semangat kepada dirinya sendiri. Badannya direbahkan di atas katil bilik hotel yang disediakan untuknya. Dek kerana badan yang amat keletihan, akhirnya Rayyan Fahrin terlena dalam dengkuran halus. Apa yang bakal di tempuhi esok hari adalah sesuatu diluar jangkaan Rayyan Fahrin. Yang pasti Rayyan Fahrin akan diuji dengan kaedah yang cukup luar biasa.
            Pukul lapan malam keesokkan harinya, Rayyan Fahrin sudah di jemput oleh dua orang lelaki orang bawahan Hashim. Rayyan Fahrin dimaklumkan bahawa mereka akan ke lokasi untuk ujian akhir untuk jwatan yang ditawarkan. Dia dijelaskan yang Datuk Abdullah mahukan orang yang benar-benar berkemampuan untuk mengisi jawatan pembantu khasnya. Rayyan Fahrin mengangguk perlahan sebagai tanda faham semua arahan yang diberikan. Sesekali ada terlintas difikirannya, mana ada temuduga kerja  seperti yang dilaluinya sepanjang tiga minggu yang lalu. Namun, semua yang terlintas di lontarkan jauh-jauh dari fikirannya. Dia perlu fokus!
            Setelah  setengah jam berada di dalam perut kereta Toyota Vios yang di pandu oleh lelaki yang di kenali sebagai Zaki,akhirnya  berhenti di depan pintu masuk Restoran Pelita. “ Mir, kau bawa masuk Encik Fahrin dulu. Aku nak cari parking kejap.” Lelaki yang dikenali sebagai ‘Amir’ mengangguk mengerti. Rayyan Fahrin mengekori Amir dengan hati yang berdebar-debar.  Pelayan restoran yang berpakaian seragam kemas menyambut kedatangan mereka dengan senyuman manis. Seketika kemudian, seorang pelayan menghampiri dan membawa mereka sebuah meja dan perkataan ‘ RESERVED’ di atas meja dialihkan. “ Kita duduk di sini dulu, sekejap lagi Encik Hashim dan Datuk Abdullah akan datang.” Seketika kemudian, Zaki sampai  dan terus melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Amir. Bunyi deringan lagu ‘ ringing tone’ telefon Zaki memecah keheningan suasana antara mereka. “ Hello.. ya, Encik Hashim kami dah sampai . Ok” Ringkas sahaja perbualan telefon Zaki dengan si pemanggil.  Beberapa minit kemudian Rayyan Fahrin nampak figura yang hanya di kenalinya di dalam majalah-majalah ekonomi dan televisyen, Datuk Abdullah berjalan masuk ke dalam Restoran yang agak eksklusif itu diiringi oleh Encik Hashim yang dikenalinya sebagai seorang peguam syarikat Datuk Abdullah. Zaki mengangkat tangan melambai sebagai isyarat di mana mereka berada.
            Tiba-tiba bunyi dua das tembakan  “bang!bang!” mengejutkan semua yang berada di restoran itu. Tiga orang lelaki bertopeng ski-masked menyerbu masuk. Salah seorang meluru ke arah Datuk Abdullah dengan pantas dengan menyilangkan tangan dileher Datuk sambil mengacukan sepucuk pistol di kepalanya. Sekali lagi tembakan dilepaskan ke arah siling dan salah seorang lelaki bertopeng itu mengarahkan semua  meletakkan tangan di kepala. “ What the heck’s going on here?” Rayyan Fahrin cuba berfikir dengan jelas dengan apa yang baru sahaja berlaku di hadapannya. Dengan jelas dia melihat muka Datuk Abdullah berkerut  pistol di kepalanya. Mereka ini bukan perompak tapi penculik yang cuba menculik Datuk Abdullah. Sewaktu penculik cuba beredar ke arah pintu masuk kaca restoran, sewaktu itulah Rayyan Fahrin ternampak kotak fius restoran tersebut. Sepantas kilat, dia membuka kotak fius lalu menarik suis ‘on’ ke bawah menjadi ‘off’. Seluruh restoran  bergelap dan ketika itulah Rayyan Fahrin tangkas meluru ke arah Datuk Abdullah. Mujurlah cahaya dari luar restoran membantunya. Belum sempat penculik membuat apa-apa, Rayyan Fahrin telah menghentak tangan lelaki yang mengacukan pistol menyebabkan pistol terjatuh ke lantai. Satu tumbukan dan tendangan padu diberikan sehingga lelaki yang bertopeng jatuh terduduk. Menyedari perancangan tidak berjalan seperti yang dirancang, salah seorang lelaki bertopeng menjerit, “ lari! “. Lintang- pukang lelaki-lelaki bertopeng itu melarikan diri menuju ke arah sebuah kereta .yang sedia menunggu di luar restoran.  Rayyan Fahrin tersenyum puas. Tidak sia-sia tali pinggang hitam taekwando yang di milikinya ketika belajar di universiti dahulu. Rayyan Fahrin berjalan ke arah kotak fius dan butang ‘off “ diangkat ke atas. Cahaya lampu kembali menerangi restoran itu. Apabila berpaling, Dia ternampak Datuk Abdullah mengerang kesakitan. Tangan kanannya memegang bahagian kiri dada.  Encik Hasyim dan Rayyan Fahrin sama-sama berlari mendapatkan Datuk Abdullah yang dalam kesakitan. “ Sabar Datuk, sabar… kita bawa Datuk ke hospital!” Ucap Rayyan Fahrin bersungguh-sungguh. “ Tak perlu..ambilkan ubat saya di dalam poket baju kot saya.” Ucap Datuk Rayyan tersekat-sekat. Dengan segera Encik Hashim mencari ubat sakit jantung yang Datuk Abdullah maksudkan. Salah seorang pelayan restoran yang hanya memerhati sejak dari tadi bergegas mendapatkan segelas air. Seketika kemudian, Datuk Abdullah beransur pulih. “ Terima kasih kerana menyelamatkan saya. I owed you my life young man.”  Datuk Abdullah menghulurkan tangan kanan untuk berjabat salam tanda terima kasih yang tak terhingga.Kemudian, dia mengeluarkan sebuah buku cek dan sebatang pen dari dalam poket baju kot. “ Berapa yang awak mahukan di atas pertolongan awak tadi? Ini cek kosong yang telah saya tandatangani, tulislah berapa saja jumlah yang awak mahu, saya akan berikan.” Rayyan Fahrin tersenyum kecil apabila mendengar kata-kata Datuk Abdullah sambil mengeleng-gelengkan kepala.  “Datuk, you owe me nothing. Saya ikhlas menolong Datuk. Saya tidak meletakkan harga kepada apa yang saya lakukan. Lagi pun semua orang sama-sama menolong Datuk Tadi.” Jujur Rayyan Fahrin menolak tanpa megesyaki apa-apa.
            Sebenarnya apa yang Rayyan Fahrin tidak tahu ialah, semua insiden yang berlaku sebentar tadi adalah ‘drama’ semata-mata. Ya.. drama dan lakonan yang bertujuan untuk menguji sejauh mana Rayyan Fahrin akan bertindak bila berdepan dengan musibah dan sanggupkah dia mempertaruhkan nyawa demi orang lain. Ternyata Rayyan Fahrin memang seorang yang boleh diharapkan.

            “ By the way Datuk, inilah Rayyan Fahrin, calon pembantu khas Datuk yang kita nak jumpa tadi.” Encik Hashim sengaja menekankan perkataan ‘calon pembantu khas datuk’ sambil matanya memberi isyarat kepada Datuk Abdullah. Dalam hatinya hampir tergelak kerana Datuk Abdullah telah berlakon dengan baik sekali. Kalah pelakon drama tv. Tak pasal-pasal dengan dia sekali ikut sama berlakon. “ oh ye ke..” Datuk Abdullah pura-pura terkejut .Dia tersenyum kerana semua berjalan sperti apa yang dirancang. “ kalau macam tu.. tak payah nak interview lagi. Well..Encik Rayyan Fahrin. You are accepted dan qualified enough to be my…” tergantung begitu sahaja namun didalam hati Datuk Abdullah meyambung..my son –in-law. Bagus..ada pakej lengkap, muka handsome,badan sasa, kulit cerah, tinggi lampai sesuai dengan Rianna., berpendidikan dan pandai mengaji quran, boleh jadi imam.Inilah kriteria yang aku cari. Lelaki yang boleh memimpin keluarga dan paling paling penting membimbing puteri ‘garang’ kesayangannya. Muka Rayyan Fahrin ditenung lama sehingga membuatkan Rayyan Fahrin kelihatan gelisah bila diperhatikan begitu. Melihat Rayyan Fahrin gelisah ,Datuk Abdullah bersuara lagi,“ Hashim, esok awak bawa Encik Rayyan Fahrin ke pejabat saya. Tahniah Encik Fahrin, awak Berjaya. Saya akan terrangkan dengan terperinci tugas awak esok. Jangan lambat!”
Rayyan Fahrin berjabat tangan dengan senyuman yang lebar.Gembira tak terkata. Dia menadah tangan mengucapkan syukur kepadaNya kerana doanya makbul.Dapatlah dia berusaha merawat kanser  nenek dan menampung adik-adiknya yang masih belajar.
            Keesokkan paginya, Rayyan Fahrin awal-awal lagi siap berpakaian kemas. Setelah puas hati dengan penampilannya berkemeja biru lembut dengan tali leher sedondon, dia melangkah keluar dari bilik hotel . Encik Hashim telah menelefon memberikan  alamat pejabat Datuk Abdullah. Jam tangan di kerling.” Ahh..masih awal lagi..”getus hati kecilnya. Rayyan Fahrin memboloskan diri ke dalam perut teksi yang sedia menunggu di hadapan hotel. Sekeping nota kecil yang tertulis alamat tempat hendak dituju diberikan kepada pemandu teksi. Lebih kurang tiga puluh minit kemudian teksi yang dinaiki berhenti dihadapan sebuah bangunan yang tersergam megah. “ Menara Casa Impiana. Inilah tempatnya Encik.” Si pemandu teksi bersuara. Meter teksi menunjukkan ’12.70’.Not kertas sepuluh  dan lima Ringgit di keluarkan dari kocek baju lalu dihulurkan kepada pemandu teksi. “ Keep the change.Terima kasih”.
            Rayyan Fahrin menarik nafas dalam lalu mendongak ke atas.  “Menara Casa Impiana”.Dengan senyuman dan lafaz Bismillah, Rayyan Fahrin berjalan masuk ke main entrance bangunan. Matanya meninjau-ninjau sekeliling sambil melangkah ke arah ruang elevator. Sebaik pintu terbuka, cepat-cepat Rayyan Fahrin masuk lalu butang ‘22’ ditekan. Berdebar-debar dan teruja sungguh hatinya apabila melangkah keluar dari ruang lift. Meja penyambut tetamu dituju dengan senyuman mekar di bibir. “ Hello, Good morning miss, saya Rayyan Fahrin Iskandar.Saya ada appointment dengan Datuk Abdullah pukul 10.00.” Dengan senyuman manis , Kelly si penyambut tetamu memintanya tunggu sebentar. Seketika kemudian, seorang perempuan berkebaya merah muncul. “ Encik Rayyan Fahrin.Saya Melissa, Setiausaha Datuk Abdullah. Panggil saja Kak Mel. Silakan Datuk Abdullah sedang menunggu di atas.” Rayyan Fahrin menurut langkah setiausaha Datuk Abdullah menuju ke arah sebuah bilik. “ DATUK ABDULLAH B.RAHMAN. CEO”. “ Silakan..”
            “ Bagus, right on time”. Datuk Abdullah memulakan bicara. Cepat-cepat Rayyan Fahrin menghulurkan tangan berjabat salam. Encik Hashim orang kanan Datuk Abdullah yang merangkap peguam syarikat mengiringi mereka ke ruang rehat dalam pejabat Datuk Abdullah yang luas. Penuh gaya dan ekslusif pada pandangan Rayyan Fahrin. Mewah. Gabungan warna-warna pastel yang lembut sungguh mendamaikan hati. Bingkai-bingkai gambar dan lukisan menghiasi dinding ruang pejabat itu. Memang fisrt class taste Datuk Abdullah. “ Encik Rayyan Fahrin, let me be straight with you. Mesti awak terfikir-fikir why you have to undergo such an extreme job interview kan? Saya mencari orang yang terbaik to suit the position. Ini kontrak perjanjian jawatan awak. Sila tandatangan selepas awak go through the pages.” Rayyan Fahrin terlalu teruja. Dia hanya membaca semua butiran sepintas lalu. Entah kenapa butiran yang di baca tidak melekat di fikiran. Apa yang dia Nampak adalah bayaran bulanan yang akan diterima basic sahaja RM 6000. Itu tidak termasuk elaun. Otaknya sudah ligat berkira-kira dapatlah dia menampung kos rawatan kimoterapi nenek dan kos belajar adik-adiknya. Demi keluarga dia sanggup susah asalkan semua insan tersayang bahagia. Tanpa berfikir panjang lagi Rayyan Fahrin menurunkan tandatangan pada helaian perjanjian itu. Ya, perjanjian yang akan menyatukannya dengan seseorang.Selepas selesai, giliran Datuk Abdullah pula menurunkan tandatangan diikuti pula oleh Encik Hashim sebagai saksi.
            “ Awak faham tak apa yang awak tandatangan? Terima kasih awak baru sahaja bersetuju menjadi menantu saya.” “ me..nantu? siapa yang jadi menantu?” Awaklah..calon terbaik yang lulus ujian . “ Datuk bergurau ke? Rayyan Fahrin sungguh terkejut otaknya tidak dapat nak memproses sebarang maklumat.Rasa blank semacam. “ Saya tak bergurau. Sebulan lagi awak akan kahwin dengan anak perempuan saya, Adrianna. Don’t let me down.no..no..you can’t let me down.” Datuk Abdullah membetulkan ayatnya. Lidah Rayyan Fahrin kelu seribu bahasa dan dia betul-betul speechless! Dia cuba untuk membantah tapi entah kenapa tiada kata-kata yang mampu keluar dari mulutnya seolah terkunci rapat.
“ Saya dah siasat segala-galanya pasal awak. Awak still single…everything. It’s a win-win situation for both of us. Pasal nenek awak jangan risau. Saya akan tanggung kos rawatan dan hospital terbaik untuk nenek awak di luar negara. So in return, saya nak awak ‘jinakkan’ anak saya.Jadikan dia anak dan isteri solehah..atau kalau awak tak sanggup awak kena bayar suku juta tunai dalam masa tiga hari. The choice is yours.” Datuk Fahrin berkata dengan yakin sekali sambil surat perjanjian tadi ditunjuk-tunjukkan. Wah  hebat sungguh kejutan yang Rayyan Fahrin terima pada pagi yang mulia ini. “ Rayyan Fahrin..masak kau kali ni.. bukan setakat masak dah kira hangus rentung tak dapat diselamatkan lagi. Say no? mana nak cekau suku juta dalam masa 3 hari. Ish buduh betul kau ni Fahrin..tadi kenapa tak baca dulu perjanjian tu ..pakai sain je..itulah kau cepat sangat kelabu mata dengan gaji RM7000, sudahnya tergadai body..adoiii Nek Wan..tolong Ayin! Tapikan apa salahnya, Datuk kata dia akan tanggung kos rawatan nenek.Nenek akan dapat rawatan di hospital terbaik. Jadi apa salahnya kalau aku berkorban sikit..untung sabut timbul,untung batu tenggelam. Manalah tahu, anak datuk tu cantik kan aku juga yang untung. Kalau anak datuk gemuk gedempol macam mana? Ni sah sah anak datuk ni gemuk gedempol takde siapa yang nak sebab tu cari calon menantu macam ni sekali.ishh..habislah aku. Datuk kata dia nak aku ‘jinakkan’ anaknya…apa maksud dia tu? Anak dia kuda ke apa..silap haribulan aku  yang kena tendang..” “ So what’s your answer?” Pertanyaan Datuk Abdullah membuatkan Rayyan Fahrin sedikit tersentak. Fikirannya jauh menerawang cuba berfikir apa yang harus dilakukan. “ Saya..sa..ya.sa..ya..terima! “ Entah apa yang menyebabkan mulut Rayyan Fahrin laju sahaja memberikan jawapan. “ Bagus!  Hashim akan terangkan segala apa yang awak perlu lakukan. So wahai bakal menantuku, bersedialah sebulan daripada sekarang.”.”.Hashim, awak tahu apa yang nak di buat kan?” Pandangan Datuk Abdullah dialihkan pula pada Hashim. “ Jangan bimbang Datuk, saya akan uruskan segala-galanya.”

p/s: please comments..next chapter saya introduce bakal isteri Jeffrey pulak ye..

1 comment: