Total Pageviews

Wednesday 8 August 2012

AKANKU 'TACKLE' KAU SAMPAI DAPAT! 6



BAB 6

          Rayyan Fahrin merenung jauh ke arah sawah padi yang luas terbentang. Sejak sejam yang lalu dia duduk di pondok usang yang terletak jauh di tengah sawah berfikir tentang apa yang berlaku dalam hidupnya kebelakangan ini. Lebih tepat lagi, sebenarnya Rayyan Fahrin sedang mengarang cerita di dalam mindanya. Apa dan bagaimana hendak dia beritahu nenek dan adik-adiknya yang dia akan berkahwin bulan depan dengan anak Datuk Abdullah.
          “ Ishh..macam mana aku nak cakap dengan Nek Wan ni..macam ni boleh kot..
Ehem..ehem..Nek Wan…Ayin nak beritahu satu perkara ni..Ayin nak kahwin..bulan depan..eh boleh ke tak ni? Terkejut tu memang Nek Wan akan terkejut.Nanti Nek Wan confirm akan tanya dengan sapa, anak sapa, bila kenal, bila masa pulak engko bercinta..angin rebut takde tut-tut nak kahwin…adoii..macam mana ni? Itu baru Nek Wan. Kalau tambah pulak dengan Nia dengan Daus apa pulak aku nak jawab…bukan tak tahu dengan Nia , adiknya yang sorang tu..kalau dia nak tahu satu-satu perkara, sampai lubang cacing pun dia sanggup gali…aduh duh..gi mana sih..” Rayyan Fahrin mundar-mandir di tempat yang sama. Sekejap dia duduk di atas pondok, sekejap turun ke bawah sesekali di garu-garu kepalanya yang tidak gatal sampai terkeluar bahasa dari seberang. Besar sungguh pengaruh sinetron Indonesia yang kadang-kadang ditonton bersama adiknya Nia.

          “ Haa..macam ni ajalah..Nek Wan dan Nia mesti percaya ..Daus senang je nak kelentong. Mamat ‘nerd’ tu cakap apa pun dia akan percaya punya.. Aku cakap macam ni sajalah..Ayin dah lama kenal Rianna ..masa belajar dekat Dublin dulu lagi. Baru-baru ni jumpa semula. Kira cinta kenal dah lama lamalah ni. Rupa-rupanya dia anak majikan tempat kerja baru Ayin..nak kahwin sebab dah lama memendam perasaan dan mungkin dah sampai seru kot. Perasaan Ayin dah mengebu-gebu sangat kat Rianna. Dia pun sama, sayang sangat kat Ayin. Ishh..over sangatlah pulak..adehh..macam mana pun aku kena cakap jugak. Nek     Wan akan percaya ke? Rasa berdosa pulak..aku tak pernah tipu Nek Wan.. Encik Hashim bagi aku masa empat hari je..campur hari ni dah dua hari..lusa aku kena balik semula ke Kuala Lumpur. Banyak perkara yang perlu dibereskan sebelum majlis perkahwinan tu..ekspress betul..takde tunang-tunang..terus kahwin. Huh..macam kahwin koboi je..” Rayyan Fahrin mengomel sendirian lalu duduk semula di atas pondok usang tersebut sambil menjuntaikan kaki. Sesekali tangannya meraup muka dan memicit-micit kepala yang berdenyut-denyut.

 Tanpa Rayyan Fahrin sedari, perlakuan mundar-mandirnya diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Seseorang yang sudah lama menyimpan hati pada Rayyan Fahrin dalam diam. Seseorang yang sudah lama cuba mengambil hati Rayyan Fahrin dengan menabur baik budi pekerti dan lembut tutur kata. Telah lama Si Gadis itu cuba mengambil hati Nek Wan, selalu menziarah dan bertanya khabar dan selalu juga menghantar buah tangan. Namun, sesekali pemilik hati yang bernama Nadhia berasa geram kerana sungguh sukar menembusi dan memiliki hati Rayyan Fahrin, lelaki yang dicintai dalam diam. Pelbagai cara dilakukan untuk mengambil hati Rayyan Fahrin tapi Rayyan Fahrin tetap tak paham-paham atau pun sengaja buat-buat tak paham. Mustahil orang terpelajar seperti Rayyan Fahrin tak dapat menangkap ‘cues’ yang menunjukkan Nadhia sukakan dirinya. Tinggal lagi berterus terang je belum. Yelah..takkan timba mencari perigi kot..eh mana satu yang betul? perigi mencari timba ke timba yang mencari perigi? Ahh lantaklah..zaman dah moden. Orang dah guna air paip.

“ Eh Abang Long dari mana ni? Dari tadi Nia cari tak jumpa-jumpa. Itu haa.. Nenek kat atas tu dah bising cari Abang..Abang pergi jumpa Kak Dhia ye..” Rania Irdiani, satu-satu adik perempuan Rayyan Fahrin cuba menyakat.
“ Nia jangan nak memandai..nanti dengar kat Kak Dhia malulah abang..ni lagi satu jangan nak buat cerita yang bukan-bukan. Bila masa Abang cakap abang abang pergi jumpa Kak Dhia..eeii tak mahulah abang..Abang tak pernah anggap Kak Dhia lebih daripada seorang kawan. Lagi pun diakan jiran kita..kita perlu berbuat baik dengan jirankan?” Malas dia melayan adiknya. Lagi pun memang betul, dia tidak pernah menaruh perasaan pada Nadhia. Jujurnya, kadang-kadang dia berasa rimas bila Nadhia datang ke rumah menghantar itu dan ini. Bukannya dia tak faham renungan mata Nadhia Cuma dia sengaja dia buat-buat tak faham. Huh..seram betul perempuan tu..agaknya kalau kahwin dengan aku mahu dia berkepit dengan aku 24 jam. Boleh sesak nafas aku di buatnya.
 Rayyan Fahrin terus berlalu naik ke atas rumah setelah motor kapcai peninggalan arwah datuknya di tongkat. Bahu adiknya dirangkul dan mereka beriringan naik.

“ Ada apa Nenek cari Ayin?” Tanya Rayyan Fahrin setelah tangan Nek Wan di salam. Dia duduk di birai katil tempat Nek Wan berehat.
“ Nenek nak cakap sikit dengan Ayin..yelah dari  tadi tak nampak batang hidung..mana Ayin pergi?” Nek Wan duduk menyandar di kepala katil. Kebelakangan ini  Nek Wan sedikit lemah. Walau pun doktor yang merawat ada memberitahu yang sel kanser Nek Wan sudah agak terkawal, namun Rayyan Fahrin tetap bimbang.
“ Nek, jom Ayin bawa Nenek duduk kat pangkin bawah pokok mempelam..cuaca dah redup ni..pandang sawah yang menghijau tu boleh merehatkan otak kita tau..” Pujuk Rayyan Fahrin lantas memimpin Nek Wan untuk bangun.
 “ Eloklah tu..Nenek pun memang nak turun tadi. Kalau pekena kopi ‘o’ petang-petang ni best jugak,,tadi Nadhia ada hantar kuih lepat pisang. Boleh makan sekali.”

Rayyan Fahrin dan Nek Wan berjalan menuruni tangga batu menuju ke arah pangkin kayu dan buluh yang dibina khas untuk bersantai di waktu petang.
Cuaca petang itu sungguh redup dan nyaman. Permandangan sekitar rumah amat menenangkan dan teduh mata memandang. Rumah pusaka Atuk Ali yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau serta pokok-pokok buah-buahan seperti mempelam, manggis dan rambutan di kiri kanan rumah amat mendamaikan.

Setelah Nek Wan kelihatan agak selesa, Rayyan Fahrin cuba mencari peluang yang sesuai untuk memulakan bicara.
“ Nek..Ayin ada benda nak cakap dengan Nenek. Err..sebenarnya Ayin nak cakap Ayin.. Ayin…Ayin..”
“ Sejak bila kamu ada penyakit gagap ni? Apa bendanya sampai kamu susah benar nak sebut…kamu ada usik anak dara orang ke? “ Nek Wan sudah melontar suara ‘merdunya’.
“ Eh..mana ada Nek!..Nenek kan tahu Ayin budak baik, Ayin takkan usik anak dara orang. Kalau Ayin suka terus Ayin pinang. Lepas kahwin baru Ayin usik..” Rayyan Fahrin pantas menjawab dengan nada berseloroh sengaja mahu menyembunyikan perasaan gemuruh yang mencengkam di lubuk hati.
“ Dah tu  apa bendanya yang kamu nak cakap? Macam ayam berak kapur je Nenek tengok..” tempelak Nek Wan. Cuak dia melihat perlakuan Rayyan Fahrin yang gelisah semacam.
“ Ayin nak beritahu dua berita gembira. Pertamanya, Ayin.. Ayin dah dapat kerja kat Kolumpo.. Isyaallah lepas ni Nenek tak payah risau pasal duit lagi. Gaji Ayin agak besar jugak..so boleh tampung kos rawatan Nenek dan persekolahan Nia dan Daus. Rayyan Fahrin cuba mengatur ayat sebaik mungkin.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Rayyan Fahrin, air muka Nek Wan menjadi teduh dan muram. Dia tahu cucu sulungnya ini sudah banyak berkorban untuk dirinya semenjak dia disahkan mengidap barah buah dada dua tahun yang lalu sehingga sanggup berhenti kerja di luar negara.
“ Ayin..Nenek mintak maaf sebab dah banyak menyusahkan Ayin. Kalau tak kerana sakit Nenek ni..Ayin tak perlu bersusah payah macam ni.” Sayu  dan bergetar suara Nek Wan menahan sebak. 
“ Nenek..apa Nenek cakap ni? Ayin tak pernah rasa Nenek menyusahkan Ayin sebaliknya hanya ini yang mampu Ayin lakukan untuk membalas jasa Nenek menjaga dan membesar Ayin dan adik-adik. Budi dan jasa Nenek dan Arwah Atok amat besar..tak terbalas. Jangan cakap macam tu lagi ya Nek.. dan berita gembira yang kedua, Ayinn…nak kahwin!”

“ Hah nak kahwin? Dengan sapa?..Alhamdulillah..makbul jugak doa Nenek ni nak lihat Ayin berumahtangga. Haa..nenek tahu..dengan Nadhia kan?” Nek Wan sudah tersenyum-senyum. Bersinar bola matanya beranggapan Rayyan Fahrin akhirnya memilih Nadhia sebagai teman hidup.
“ Ishh..Nenek ni..bila masa Ayin cakap nak kahwin dengan Nadhia. Tak pernah terlintas dalam fikiran pun..Sebenarnya dulu masa Ayin belajar kat Dublin, Ayin ada bercinta dengan seorang gadis. Namanya Adrianna. Masa di Kolumpo hari tu Ayin jumpa dia semula. Ayin ingat Ayin yang bertepuk sebelah tapi rupa-rupanya dia pun sayang sangat kat Ayin. Ayin ingat Ayin yang syok sendiri tapi tak sangka pulak Adrianna pun dah lama memendam rasa kat Ayin. Seperti bulan jatuh ke riba aje  rasanya .Jadi, kami kalau boleh nak kahwin secepat yang mungkin. Patutnya dari dulu lagi kami dah kahwin tapi itulah kan..mungkin masa tu tak sampai seru lagi. Ayin dan Adrianna dah buat keputusan kami tak mahu tunggu lama lagi. Kami ingat ..nak kahwin terus bulan depan!” Rayyan Fahrin sendiri terkejut kerana lancar sekali ayat bohong sunat yang keluar daripada mulutnya. Hatinya berharap Nek Wan akan percaya kata-katanya dan tidak bertanya banyak soalan cepu emas.

“ Hah..bulan depan! Kamu cakap betul-betul Fahrin! Kenapa cepat sangat. Nenek tak pernah pun dengar kamu sebut pasal perempuan bernama Adrianna. Alih-alih kamu cakap nak kahwin..ke kamu dah buntingkan anak dara orang? Cakap betul-betul Fahrin, jangan nak kelentong Nenek..!” Mata Nek Wan bulat memandang Rayyan Fahrin.
“ Err..Nek..janganlah macam tu..seram Ayin tengok. Betul Nek..sumpah Ayin tak pernah usik anak dara orang. Ayin rasa Ayin dah jatuh cintalah Nek. Siang malam asyik terbayang wajah dia je..makan rasa tak kenyang, mandi memanglah basah, tapi tengah mandi pun mata Ayin ni dok nampak dia je. Seumur hidup inilah kali pertama Ayin rasa macam ni.rasa bahagia sangat...Ayin rasa memang dah wajib kahwin dah ni. Kami nak kahwin buat majlis kecil cukup kalau keluarga yang terdekat saja yang hadir..tak nak tunang-tunang..nak terus kahwin je.” Seperti seorang yang sudah professional dalam bab tipu-menipu Rayyan Fahrin menuturkan bicara. Sengaja dia membuat muka macam orang tengah angau.
“ Uihh..mana datang ayat-ayat tu? Dah lama kenal dan cinta konon..pada hal macam mana rupa rupa anak Datuk Abdullah pun aku tak tahu. Pandai kau Fahrin..di buatnya anak Datuk mata juling..gigi jongang ke..atau pun badan dia macam blue hyppo tak pun kurus sikit daripada gajah tak ke haru. Mahu  Nek Wan sakit jantung pulak. Derita ‘breast cancer’ pun tak tertanggung… “ Rayyan Fahrin mengetapkan bibir dam memejamkan matanya untuk menahan debaran di dalam dada. Dadanya rasa bagai nak pecah! Dia berdoa agar Nek Wan akan mempercayai kata-katanya bulat-bulat.

Getaran yang hebat sedang melanda hati Rayyan Fahrin dan hanya Tuhan yang tahu betapa dia berasa bersalah kerana terpaksa menipu Nek Wan. Mana mungkin dia memberitahu perkara yang sebenar yang terjadi kepada Nek Wan. ‘Commit suicide’ namanya tu. Kalau beritahu sekali pun, belum tentu Nek Wan akan percaya. Apa yang berlaku beberapa hari yang lepas persis cerita di dalam novel atau pun macam dalam ‘thai lakorn’ dan dah tentu akan bertanya bermacam soalan yang akhirnya akan buat dirinya terkantoi. Tapi betullah kata ungkapan Inggeris yang mengatakan ‘one lie leads to another” kerana Rayyan Fahrin tahu selepas ini dia terpaksa mereka cerita yang lain lagi untuk meng’cover’ kata-katanya tadi. Kalau kira bohong sunat aci tak?

Nek Wan kelu tak terkata dengan kata-kata Rayyan Fahrin sebentar tadi. Dia memang masih meragui kata-kata Rayyan Fahrin. Tetapi apabila dia fikirkan, Rayyan Fahrin belum pernah menipunya selama ini dan dia amat bersyukur kerana Rayyan Fahrin amat taat dan menyayangi dirinya serta tidak pernah mengabaikan dirinya sejak Rayyan Fahrin pulang dari seberang laut. Kebahagiaan Rayyan Fahrin amat penting bagi Nek Wan walau pun jauh di sudut hati dia berharap Rayyan Fahrin akan memilih Nadhia untuk di jadikan teman hidup. Pada pandangan mata tuanya, Nadhia amat baik dan menghormati orang tua. Dia yakin Nadhia boleh menjaga Rayyan Fahrin setelah ketiadaan dirinya nanti. Namun Nek Wan juga faham yang dia tidak boleh memaksa Rayyan Fahrin menerima Nadhia kerana Rayyan Fahrin pernah memberitahu dirinya sendiri bahawa hatinya tidak pernah terpaut pada Nadhia. Bukanlah kerana Nadhia tidak cantik dan baik budi pekerti tetapi kerana dia hanya menganggap Nadhia tidak lebih daripada seorang kawan dan adik angkat sahaja.
“ Kalau kau dah suka Nenek nak cakap apa lagi..tapi Nenek benar-benar berharap perempuan yang kau pilih ni biarlah perempuan yang boleh menjaga makan pakai dan sakit demam kau di kemudian hari. Ceritalah pada Nenek siapa dia..” Nek Wan akhirnya bersuara. Teruja juga Nek Wan mahu mendengar siapa gerangan gadis yang berjaya mencuri hati cucu kesayangannya.

Seketika kemudian, Rania Irdiani datang menghampiri mereka dengan seteko kopi ‘o’ dan sepinggan lepat pisang di dalam dulang. Mereka menikmati minum petang dengan suasana yang tenang. Setelah menyisip kopi ‘o’ yang masih berasap, Nek Wan meminta Ryan Fahrin menceritakan siapa gerangan gadis yang bakal menjadi cucu menantunya itu nanti.

“ Hah..apa lagi Ayin..ceritalah..” Nek Wan bersuara.
“ Cerita apa Nek?” Rania Irdiani menyampuk tidak tahu hujung pangkal.
“ Nia tak lama lagi kau akan dapat ‘Kak Long’. Abang kau ni dah nak kahwin.” Nek Wan menjuihkan mulutnya ke arah Rayyan Fahrin.
“ Yeaa…betul ke Abang? Dengan siapa?Dengan Kak Nadhia ke? Bila Abang bercintan –cintun dengan Kak Nadhia?” Seperti serangan peluru berpandu, Rania Irdiani mengutarakan soalan kepada Rayyan Fahrin bertubi-tubi. Dia berasa amat teruja kerana sudah lama dia mahu melihat Abang sulungnya ini mendirikan rumahtangga. Nanti adalah seorang kakak ipar yang boleh dia berkongsi cerita.

Rayyan Fahrin berasa amat geram dengan Rania yang terlebih petah bercakap lalu sebiji lepat pisang di ambil dan dengan kulitnya sekali Rayyan Fahrin menyumbatkan lepat pisang tersebut ke dalam mulut adiknya yang masih terlopong sejak tadi. Geram sungguh kerana sejak daripada tadi asyik nama Nadhia yang di sebut-sebut.

“ Hah makan kuih tu..cakap banyak pulak dia. Nadhia..Nadhia..Nadhia.Takde orang lain ke? Memang Abang nak kahwin tapi bukan dengan Nadhia tapi dengan kekasih hati pengarang jantung Abang yang bernama Adrianna. Girlfriend Abang masa kat Universiti di Dublin dulu. Faham! Kedua belah pipi Rania dicubit geram oleh Rayyan Fahrin.

“ Sakitlah Bang! Main cibit-cubit pipi pulak.” Rania sudah menarik muncung masam tidak suka diperlakukan sebegitu oleh Abangnya.
“ Cantiknya muncung tu..dah macam muncung alligator dah Abang tengok..buaya muncung pun kalah .” Rayyan masih menyakat adik perempuannya.
“ Okay..dengar elok-elok pasal gadis idaman abang ni..” Otak Rayyan Fahrin ligat cuba mengingati beberapa fakta tentang Adrianna  yang dia tahu. Nasib baiklah dia masih teringat lagi kata-kata Encik hashim tempohari.
“ Nama dia Adrianna Bt Dato’ Abdullah. Anak tokoh perniagaan yang bergelar Dato’ tapi ayah seorang yang merendah diri tak  bermegah-megah dengan kekayaan yang ada .Umur dia 28,  dua tahun lebih muda daripada Abanglah. Dia anak bakal majikan baru Abang nanti. Tapi masa Abang pergi interview kerja hari tu, Abang tak tahu yang kompeni tu milik bapak dia. Orangnya…ermmm..surprise! Nanti bila Abang kita pergi kolumpo bulan depan baru Abang kenalkan. Jadi Nia dan Nenek kena tunggu dan bersabar ye..semuanya di tanggung beres.”

“ Ayin lain macam je Nenek rasa..kamu ni macam kahwin koboi pulak.Habis tu macam mana persiapan dan duit hantaran semua tu? Kamu dah ada ke?.Kamu cakap dia anak datuk ke  apa tadi..Datuk tu tak kisah ke nak kahwinkan anak mereka dengan orang biasa-biasa macam kita?” Kalau dah anak datuk,mahu taknya duit hantaran koman-koman pun 15-20 ribu! Nek Wan menzahirkan rasa kebimbangan yang terbuku di hati.

“ Eh Nek..sapa kata kita tak kaya? Kita pun orang kaya jugak..kita kaya dengan budi bahasa, kita  ada 50 ekor kambing, itu tak masuk lagi lembu ,kerbau,,ayam ,itik dan angsa Nenek..kalau di kira semuanya memang kita kaya Nek…” Rayyan Fahrin cuba berseloroh untuk menutup perasaan gusar di hatinya.
“ Nenek janganlah risau pasal semua tu… Datuk Abdullah dan Adrianna tak memandang semua tu. Macam yang Ayin cakap tadi, kami nak buat majlis kecil untuk keluarga terdekat je..Nenek tak payah risau okay..yang penting lepas kahwin nanti, Ayin nak bawak Nenek buat rawatan di Kuala Lumpur.”  Rayyan Fahrin merangkul bahu Nenek Wan lantas dibawa ke dalam pelukannya. Sebak rasa hati apabila dia mendengar kata-kata Nenek Wan yang sangat mengambil berat tentang dirinya dan adik-adik.

“ Errr..betul ke Adrianna boleh menerima siapa aku seadanya? Adriannaaa…anak Datuk Abdullah yang aku kena jinakkan..kalau anak kucing boleh aku peluk cium tapi ibu harimau matilah aku kena terkam. Kalau ibu gajah mampus aku kena hempap. Kalau dia ibu kuda..adoiii cedera parahlah kau kena tendang!  Adakah dia secantik namanya?..Gulppp!” Rayyan Fahrin menelan air liur yang pahit semacam.


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Usai makan malam, Datuk Abdullah dan Datin Maimun duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton rancangan bual bicara ‘9 Soalan’ di TV9. Kebetulan pula pada malam itu, tetamu undangan yang ditemuramah adalah ikon yang menjadi idola Datuk Abdullah, Tun Dr.Mahathir Mohamad.  Dari dulu hingga sekarang Tun Dr. Mahathir adalah sumber inspirasinya dalam memajukan bisnes. Semangat kental, aura dan karisma Tun Dr.Mahathir semasa menjadi pemimpin nombor satu Negara benar-benar mengkagumkam. Tidak hairanlah beliau dinobatkan sebagai ‘Bapa Pemodenan Malaysia’.
Seketika kemudian, kelihatan Jefrey laju menuruni anak tangga sambil bersiul-siul riang. Dia sudah berjanji dengan kawan baiknya Luqman dan Andy untuk lepak di ‘The Pastries’, café yang mereka usahakan bersama. Sebenarnya, dia dan Luqman hanyalah ‘sleeping partners’ sahaja kerana Dia dan Luqman masing-masing mempunyai kerjaya lain. Andy atau nama sebenarnya Andika lah yang menguruskan café tersebut sepenuh masa. Nama ‘Andika’ pun dah macam pahlawan melayu sesuai sangatlah dengan tuan empunya diri, agresif dan tegas serta memang mempunyai ‘otak bisnes’ yang bagus. Café yang terletak ekslusif di kawasan ‘segi tiga emas’ Bukit Bintang memang menjadi tumpuan ramai. Kombinasi dekorasi café yang superb, live bands dan makanan yang sedap terutamanya ‘desserts’ popular sentuhan Chef Jeffrey yang menjadi ‘signature’ , memang menjadi tarikan pengunjung setia café itu. 

“ Jeff nak keluar ke?” Datuk Abdullah bertanya kepada Jeffrey. Datuk Abdullah dan Datin Maimun baru berkira-kira mahu memanggil Jeffrey untuk berbincang tentang sesuatu.
“ Aa..aah Baba, Mama. Jeff dah janji nak jumpa Luqman dan Andy kat café. Ada hal yang kami nak bincang..pasal bisnes dan partnership kita orang”. Jeffrey menghampiri Baba dan Mamanya untuk bersalam sebelum keluar.
“ Can you please sit for a while? Baba dan Mama ada hal yang nak di beritahu. I promise it won’t takes long..” Datuk Abdullah meminta Jeffrey duduk di sofa berhadapan dengannya.

Jantung Jeffrey berdegup kencang. Berdebar sungguh apabila melihat air muka Babanya yang serius. Dia sudah mengagak sudah tentu tentang soal kahwinnya dan Adrianna.
“ Sudah ada calon isteri untuknya dan calon suami untuk Adrianna kah?” Soalan cepu berlian spontan bermain di fikiran Jeffrey. Adoii…kusut! Kalau betul pasal tu..eii..tensionnya!
“ Mai, panggilkan Adrianna.” Tegas sekali Datuk Abdullah menuturkan ‘ayat perintah’ kepada Datin Maimun.
Sejurus dengan itu, Datin Maimun mengangguk perlahan dan terus berlalu mendaki anak tangga ke tingkat atas untuk memanggil anak gadisnya, Adrianna.

Setelah semua berada di ruang tamu mewah itu, Datuk Abdullah memulakan bicara.
“ Jeff..Anna..Baba dan Mama nak bincang tentang apa yang Baba cakap beberapa minggu yang lepas…pasal calon isteri Jeff dan suami untuk Anna. Well…Baba dan Mama dah carikan calon yang sesuai untuk kamu berdua. Baba percaya lelaki yang Baba pilih untuk Anna adalah yang terbaik dan boleh di harapkan. Dan yang paling penting, dia adalah orang yang Baba percayai. Baba yakin dia boleh membimbing Anna dan menjadi ‘nakhoda kapal’ yang baik buat keluarga Anna nanti. And as for you son, calonnya bukan Baba yang pilih, tapi Mama yang carikan. Semalam, kami dah pergi merisik. Minggu depan Baba dan Mama akan pergi meminang ‘Qalisha’ dan dengan rasminya Jeff akan bertunang dengannya minggu depan…ya..namanya Qalisha and she’s lovely..Baba percaya Jeff akan jatuh cinta pandang pertama bila tengok dia..and as for you my dear, Rianna… your fiancé-to-be is handsome a man indeed..his name is Fahrin..Rayyan Fahrin.” Tegas dan bersahaja Datuk Abdullah menuturkan kata.

Kata-kata Datuk Abdullah membuatkan Jeffrey dan Adrianna terkedu dan diam tak terkutik. Mulut Jeffrey ingin membantah tetapi suaranya seolah terlekat di kerongkong.
Begitu juga dengan Adrianna. Hebat sangatkah calon yang Baba dan Mama cari ni? Persoalan itu bermain di minda Adrianna.  Kata-kata Baba sebentar tadi umpama ‘ayat perintah’ yang harus di ikuti dan dilaksanakan. Dia tidak berani membantah walaupun hatinya tidak rela diperlakukan begitu. Namun, dia juga tidak mahu menjadi anak yang derhaka. Baba dan Mama memberikan segala yang diingini dalam hidupnya..dia di layan persis seorang puteri. Dan demi kasih dan taat pada ibu bapa dia akan ikut apa yang Baba dan Mama putuskan.

Selepas menuturkan  ‘ayat-ayat power’ kepada Jeffrey dan Adrianna, Datuk Abdullah terus berlalu ke tingkat atas. Baru sahaja beberapa langkah menapak Datuk Abdullah bersuara lagi,
“ dan lagi satu sebelum Baba terlupa..this weekend, make sure Jeff dan Anna free..Baba dah minta Encik Hashim aturkan Jeff dan Anna untuk kursus kahwin..details..nanti Hashim contact Jeff dan Anna..make sure both of you available for this Saturday dan Sunday..no excuses! Kena ada sijil kursus baru boleh kahwin..”. Datuk Abdullah terus berlalu ke tingkat atas sambil beriringan dengan Datin Maimun.

Jeffrey dan Adrianna memandang antara satu sama lain. Mereka sungguh terkejut seakan tidak percaya yang Baba akan mencarikan jodoh untuk mereka secepat ini. Jeffrey menekup muka dengan kedua tapak tangannya dan “ arghhhh…” dia melepaskan geram pada kusyen sofa. Beberapa biji kusyen kecil yang menghiasi sofa di baling untuk melepaskan rasa geram dihatinya. Salah satunya nyaris terkena pasu antik kesayangan Datin Maimun. Dengan rasa geram yang masih bersisa , dia dengan pantas melangkah ke pintu besar. Si Kumbang kuning yang setia menanti di bawah porch dipandu laju keluar dari pintu pagar automatik, membelah malam yang masih muda bagi warga kota metropolitan Kuala Lumpur.

Di dalam rumah pula, Adrianna melangkah longlai menuju ke bilik. Dia mahu menenangkan diri dan dia  tahu hanya ‘wudhuk dan solat istikharah’ mampu menghilangkan rasa gelisah dan gusar di hatinya. Dia berharap, Yang Maha Esa akan memberikan petunjuk dan membuang sifat-sifat mazmumah yang bermukim di hati.
“ Ikhlaskah aku menerima perkahwinan yang Baba dan Mama aturkan ini? Ya Allah, berikan aku petunjuk..tenangkanlah hatiku semoga aku tidak ragu dan was-was dengan keputusan Baba dan Mama. Semoga Jeffrey juga redha dengan semua ini..Ya Allah hanya Engkau tempat aku mengadu dan meminta pertolongan..” Doa kudus Adrianna memecah kesunyian malam yang semakin larut..


PLZ COMMENTS..TQ  GUYS 4 # SUPPORTS.NEXT EN3 WILL BE A LITTLE BIT LATE..GOT PILE OF ASSIGNMENTS 2 DO..DEADLINE IS GETTING CLOSER..LUV YA.






1 comment: